Kesimpulan
1. Empayar Turki Uthmaniyah berakhir apabila Rejim Turki Muda melibatkan diri dalam
perang dunia pertama dengan memihak kepada Jerman. Kekalahan dalam perang ini
kepada pihak bersekutu menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah.
2. Banyak wilayah di bawah penguasaan Turki Uthmaniyah mendapat kemerdekaan.
Akhirnya Mustafa Kamal Ataturk Berjaya mengisytiharkan sebuah kerajaan Republik
Turki dengan sokongan padu rakyat TurkI.
KE TEMA 3 KE MUKA DEPAN
TEMA 3: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
SOALAN 11: JELASKAN FAKTOR POLITIK YANG MEMBAWA KEPADA
PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TURKI PADA ABAD KE-20.
PENGENALAN
1. Konsep negara bangsa ialah sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan
penduduknya mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan
bahasa, adat dan tradisi yang sama, mempunyai pemerintah tersendiri, sempadan
wilayah dan hak untuk menggubal undang-undang sendiri.
2. Konsep negara bangsa dunia Islam dikaitkan dengan dasar imperialisme kuasa barat
khasnya selepas Perang Dunia Pertama. Fahaman kebangsaan moden yang
mencetuskan konsep negara bangsa turut dipengaruhi oleh Revolusi Perancis.
3. Akibat daripada pengaruh barat, pelbagai idea baharu telah mempengaruhi pemikiran
rakyat. Situasi ini membawa kepada usaha pembentukan negara bangsa dalam empayar
Turki Uthmaniyah yang akhirnya menumbangkan kerajaan tersebut pada tahun 1924.
4. Terdapat beberapa faktor politik dalaman dan luaran yang menyumbang kepada
pembentukan negara bangsa Turki.
A. FAKTOR DALAMAN
1. Kekuasan Mutlak dan Kelemahan Khalifah.
Sejak abad ke-19 M, kekuasaan mutlak Sultan Turki Uthmaniyah semakin bertambah
setelah Sultan Mahmud II menubuhkan pasukan tentera baharu Muallem Eshkinji dan
membubarkan pasukan tentera elit Janissari. Pembubaran tentera Janissari telah
melemahkan pengaruh dan kuasa khalifah.
151
Perjuangan pembentukan negara bangsa Turki bermula daripada penentangan
terhadap campur tangan kuasa barat. Matlamat perjuangan akhirnya berubah
menjadi penentangan terhadap khalifah berikutan kelemahan sultan dan kerajaan
dalam menghadapi kemaraan kuasa-kuasa imperialisme barat.
Pejuang nasionalisme Turki menganggap ketidakmampuan kerajaan Turki
Uthmaniyah menghadapi barat berpunca dari kelemahan sistem pemerintahan dan
kekuasaan mutlak sultan.
Kelemahan sultan turut terserlah apabila terpaksa tunduk kepada tekanan kuasa
barat seperti melaksanakan tanzimat mengikut acuan barat dalam pelbagai bidang
termasuk pentadbiran dan sosial.
Situasi ini membentuk kesedaran rakyat untuk membentuk identiti baharu baagi
kerajaan Turki Uthmaniyah.
2. Pengaruh wanita terhadap pemerintah
Sultan-sultan Turki Uthmaniyah dikuasai oleh isteri atau ibu sultan yang dikenali
sebagai harem (sebahagiannya berasal dari tawanan perang yang dihadiahi oleh
orang-orang Eropah). Situasi ini menjejaskan kecekapan pentadbiran kerajaan.
Masalah perebutan kuasa dan jawatan di kalangan putera-putera dan bangsawan
mendorong berlakunya ketidakstabilan politik. Sistem syura tidak diamalkan dan
pemilihan sultan berdasarkan kekuatan pengaruh dalam istana, bukan berdasarkan
bakat kepimpinan.
Kelemahan kepimpinan sultan ini menyebabkan pentadbiran kerajaan dipengaruhi
dan dikuasai oleh anggota-anggota harem atau kelompok tertentu di istana. Konflik
politik ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kemerosotan kerajaan Turki
Uthmaniyah dan akhirnya mempengaruhi pembentukan negara bangsa Turki.
3. Peranan Golongan Turki Muda
Turki Muda merupakan golongan radikal yang menentang Sultan Abdul Hamid II.
Mereka merupakan para pelajar yang dihantar oleh kerajaan melanjutkan pengajian
ke barat terutama dalam bidang perubatan.
Kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah awal abad ke-20 membawa kepada
kemunculan gerakan Uthmani Muda, Turki Muda dan gerakan sekular. Era
kebangkitan golongan Uthmani Muda, khalifah Uthmaniyah masih bertahan.
Namun, era golongan Turki Muda, mereka berjaya mendominasi pentadbiran
kerajaan dan ketenteraan.
152
Semasa rejim Turki Muda menguasai politik Turki sekitar 1910 hingga 1915, mereka
menekankan dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar Uthmaniyah sebagai reaksi
kepada penentangan dan pemberontakan penduduk Kristian dan Yahudi di wilayah-
wilayah Balkan. Dasar Turkifikasi telah mempercepatkan pembentukan negara
bangsa Turki.
B. PENGARUH LUAR
1. Gerakan Nasionalisme Arab
British berjaya mempengaruhi pemimpin Arab seperti keluarga Saud di Najd dan
Sharif Husain di Hijaz agar bangkit menentang penguasaan Turki Uthmaniyah di
Tanah Arab.
British memainkan sentimen nasionalisme dengan mengaitkan kemuliaan dan
kelayakan bangsa Arab berbanding bangsa Turki dalam isu kepimpinan umat Islam
sejagat.
Elemen ketidaksetiaan bangsa Arab terhadap Turki Uthmaniyah, bahkan menjadi tali
barut kepada kuasa Kristian Barat telah membangkitkan gerakan nasionalisme Turki
anjuran para pemimpin kumpulan al-Ittihad wa al-Taraqqi seperti gerakan Pan
Turkinisme dan Pan Turanisme yang merupakan gagasan dan langkah awal ke arah
pembentukan negara bangsa Turki.
Pemberontakan penduduk Kristian Balkan dan campur tangan bangsa Yahudi dalam
politik Uthmaniyah menyemarakkan lagi semangat nasionalisme bangsa Turki dan
Arab.
2. Penglibatan Dalam Perang Dunia Pertama
Golongan Turki Muda memainkan peranan penting melibatkan Turki Uthmaniyah
dalam Perang Dunia Pertama.
Usaha pembentukan negara bangsa Turki semakin ketara setelah Turki Uthmaniyah
tewas dalam Perang Dunia Pertama.
Kekalahan demi kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam beberapa siri
peperangan berkenaan serta dipaksa menandatangani beberapa perjanjian yang
merugikan menyebabkan rakyat mula mempertikaikan kemampuan sultan untuk
mentadbir negara.
Kekalahan ini telah mempercepatkan proses pembentukan negara bangsa Turki.
153
3. Kegagalan Dasar Tanzimat Dan Tekanan Kuasa Barat
Akibat desakan dan tekanan kuasa barat, kerajaan Turki Uthmaniyah melaksanakan
tanzimat (pembaharuan) yang memberi hak sama rata kepada warganegara bukan
Ialam khasnya golongan Kristian dalam aspek ekonomi dan sosial termasuk jaminan
keselamatan.
Tanzimat juga bertujuan menyelamatkan kerajaan Uthmaniyah dari aspek kelemahan
sistem pemerintahan dan pentadbiran.
Pembaharuan ini dilaksanakan dalam Piagam Hatti Humayyun pada tahun 1856.
Namun, bagi kumpulan Uthmani Muda, tanzimat dilihat sebagai suatu kegagalan
kerana unsur-unsur sekularisme mula meresap dalam pentadbiran kerajaan, lahirnya
golongan birokrat yang probarat, ekonomi Uthmaniyah mula terlibat dengan sistem
kapitalis dan sikap autokratik yang diamalkan oleh sultan dan menteri.
Gerakan tanzimat ala barat bukan sahaja mengimport budaya dan gaya hidup barat
bahkan mengundang mereka campur tangan dalam urusan negara Islam. Situasi ini
membawa kemunculan gerakan memperjuangkan pembentukan negara bangsa
Turki.
Meskipun kuasa-kuasa imperialis barat bersaing sesama mereka untuk menguasai
khazanah Uthmaniyah, namun mereka sentiasa bersatu untuk menghancurkan
kerajaan Islam ini.
Kuasa-kuasa Barat ini menghasut penduduk bukan Islam (Ahl-Dhimmah) dalam
wilayah Uthmaniyah agar bangun memberontak untuk menuntut persamaan hak,
Keadilan dan kebebasan. Hasutan ini bertujuan melemahkan pentadbiran dalaman
kerajaan Uthmaniyah. Walaupun program pembaharuan (tanzimat) dilaksanakan bagi
memenuhi kehendak Barat, namun penduduk Ahl al-Dhimmah tetap mengkhianati
kerajaan Uthmaniyah apabila mereka bersekongkol dengan kuasa barat.
Tindakan kuasa-kuasa barat dan ketidaksetiaan penduduk minority yang
memberontak dan menuntut autonomi mendorong pemimpin nasionalis Turki
berusaha menguatkan pembentukan negara bangsa Turki melalui dasar Turkifikasi,
Pan Islamisme dan sebagainya.
KESIMPULAN
1. Kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyah membawa kepada perpecahan wilayah umat
Islam. Sebahagian besar wilayahnya telah membebaskan diri seperti di rantau Balkan
dan sebahagiannya ditakluki oleh kuasa barat khususnya di bumi Arab. Bahkan
154
sebahagian wilayah-wilayah Arab membebaskan diri seperti di bawah pimpinan Sharif
Husain dan Faisal Sharif Husain di bumi Syam.
2. Faktor dalaman dianggap elemen terpenting kepada pembentukan negara bangsa
Turki. Namun begitu, tidak dinafikan faktor luaran turut memberi impak tambahan yang
menyebabkan terbentuknya negara bangsa Turki.
KE TEMA 3 KE MUKA DEPAN
155