The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROZ AZEAN RAMLAN, 2024-01-04 08:37:02

Kajian Tindakan SMK Cochrane 2023

Kajian Tindakan SMK Cochrane 2023

25


26


27 Exercises


28


29


30


31


32


33


34


35


36


37


38


39


40


41


42


43


44


45


46


47


48


49


50


1 TAJUK: Penggunaan Peta i-Think dalam meningkatkan kebolehan menghafal fakta dalam silibus subjek Perniagaan bagi murid tingkatan 4 Bakti. MASLIZA BINTI ABDUL JAMAL [email protected] ABSTRAK Mata Pelajaran Perniagaan adalah salah satu mata pelajaran elektif untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5 di bawah kumpulan sastera ikhtisas. Mata pelajaran ini bertujuan untuk memberi pendedahan supaya murid mengetahui, memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang berkaitan. Kelas yang mengambil mata pelajaran ini terdiri daripada murid kelas sederhana dan lemah. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah, saya mendapati kurangnya penglibatan menyeluruh daripada murid. Murid didapati kurang menunjukkan minat untuk bergiat aktif dalam sesi soal jawab dan kurang memberi perhatian kepada penerangan dan pengajaran guru. Murid menganggap diri mereka lemah kerana berpendapat mata pelajaran Perniagaan adalah mata pelajaran yang sukar sehinggakan mereka tidak bersungguh-sungguh untuk belajar. Walaupun guru juga telah mengamalkan gaya Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) iaitu pembelajaran berpusatkan kepada murid di mana murid perlu aktif dalam pembelajaran tetapi murid masih lemah dalam menjawab soalan peperiksaan. Ini kerana murid tidak dapat menguasai fakta dalam perniagaan serta keliru untuk mengingat kata kunci dan cara menulis jawapan tidak tepat. Prestasi sekolah dan murid untuk mata pelajaran Perniagaan juga tidak berada di tahap yang membanggakan. Justeru itu, kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini terdiri daripada 27 murid kelas 4 Bakti terdiri daripada 16 lelaki dan 11 perempuan yang mengambil mata pelajaran Perniagaan bagi tahun 2023 bertujuan untuk melihat penggunaan peta i-Think bagi meningkatkan kebolehan menghafal fakta dalam silibus bagi subjek Perniagaan murid tingkatan 4 dan mengetahui cara menulis jawapan dengan tepat. Selain itu, kajian ini juga bertujuan dalam melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian murid yang diajar dengan menggunakan peta i-Think.


2 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pada tahun ini saya masih lagi diamanahkan mengajar mata pelajaran Perniagaan tingkatan empat. Mata pelajaran Perniagaan merupakan mata pelajaran Elektif bagi murid tingkatan empat dan merupakan subjek baharu bagi mereka. Sebilangan murid menganggap mata pelajaran Perniagaan susah dan perlu banyak membaca. Dari pemerhatian saya sendiri beserta dapatan analisa bagi peperiksaan akhir tahun tingkatan empat tahun 2022, peratusan lulus masih rendah dan murid kurang menjawab kertas 2 kerana tidak ingat fakta untuk menulis kerana masalah murid untuk menghafal fakta. Saya berharap murid akan lebih bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan Perniagaan nanti setelah menggunakan peta i-think untuk menghafal. Rangkuman daripada permasalahan ini, maka terhasillah kajian tindakan yang saya namakan Penggunaan Peta i-Think dalam meningkatkan kebolehan menghafal fakta dalam silibus subjek Perniagaan bagi murid tingkatan 4 Bakti. Ini selari apabila pihak pengurusan meminta setiap guru menggunakan peta i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran, saya mengambil inisiatif untuk mengguna peta i-Think yang menunjukkan fakta dan kata kunci huraian untuk mengingat fakta dengan pembelajaran kendiri. Saya berharap sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid serta merealisasikan kata-kata bahawa peta i-Think mudah dan berharap membantu murid-murid mengingat fakta. 2.0 ISU KEPRIHATINAN Masalah yang saya hadapi jika tidak diselesaikan akan menyebabkan murid-murid menganggap mata pelajaran Perniagaan membosankan kerana banyak membaca, mengelirukan dan merumitkan keadaan murid-murid untuk mudah memahami tajuk yang diajar. Selain itu murid ada beranggapan mata pelajaran Perniagaan adalah sukar untuk mendapat markah tinggi. Dengan adanya peta i-Think akan dapat menyelesaikan masalah untuk mengingat fakta kepada kumpulan murid-murid yang disasarkan. Secara tidak langsung kumpulan murid ini dapat mengingat fakta dengan baik. Selain itu, murid dapat membuat latihan kendiri untuk menguji kefahaman mereka.


3 3.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini terdiri daripada 27 murid Kelas 4 Bakti terdiri daripada 16 lelaki dan 11 perempuan yang mengambil mata pelajaran Perniagaan bagi tahun 2023. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian yang dijalankan, diharap agar murid akan mencapai objektif berikut: 1. Objektif Am i. Meningkatkan kebolehan murid dalam menghafal fakta dengan menggunakan peta i-Think bagi mata pelajaran Perniagaan. 2. Objektif Khusus i. Memberi penekanan dan minat kepada murid dalam mata pelajaran Perniagaan. ii. Membantu menambah keyakinan murid untuk menjawab soalan peperiksaan. 5.0 KAJIAN TERDAHULU Jensen (2000) mendapati 80% daripada informasi yang diterima oleh otak adalah dalam bentuk visual dan penggunaan bentuk linguistik dan bukan linguistik menyenangkan kita berfikir dan mengingati sesuatu. P&P berbentuk grafik yang melibatkan penggunaan visual dapat membantu murid meningkatkan pencapaian mereka. Clarke III, Flaherty dan Yankey (2006) mendapati 40%daripada jumlah murid Pendidikan Pemasaran berupa murid visual. Mereka lebih suka belajar melalui gambar, rajah, peta alir, filem dan demonstrasi. Prestasi murid dalam tajuk pemasaran dan dalam kursus secara keseluruhan bertambah dengan adanya gabungan kaedah visual dan P&P tradisional.Buzan (2011) juga menyokong penggunaan grafik dalam P&P. Menurut beliau, kaedah grafik menggunakan perkataan, nombor, logik, rima, warna, dan ruang dalam satu masa membolehkan seseorang mengembangkan pemikiran dan menggunakan otak seseorang dengan optimum. Hyerle (2009) telah mencipta peta pemikiran yang berupa grafik dalam menjana pembelajaran sepanjang hayat. Teknik ini mudah dan ringkas tetapi membawa kesan yang amat efektif dalampembelajaran. Ia menggunakan proses pemikiran yang sama untuk semua peringkat umur pelajar yang menggunakannya. Hyerle menamakan kaedah Peta Pemikiran (Thinking Maps) ini peta i-Think.


4 Peta i-Think membolehkan murid memahami kemahiran kognitif yang abstrak melalui bentukvisual yang konkrit. Ia terdiri dari 8 jenis peta (peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta aliran,peta dakap, peta sebab dan akibat, peta bulatan, dan peta titi) yang perlu diperkenalkan kepada murid, supaya mereka sendiri mampu mengaplikasikannya dalam konteks yang berbeza. Berdasarkan kajian kecerdasan, peta i-Think menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik. Lapan jenis peta pemikiran yang dicadangkan dalam Program i-Think adalah Peta Bulatan, Peta Pokok , Peta Buih, Peta Dakap , Peta Alir, Peta Buih Berganda, Peta Pelbagai Alir dan Peta Titian. Rajah 1 menunjukkan gambar keseluruhan secara umum berkenaan peta pemikiran yang diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Rajah 1 Memandangkan salah satu dapatan tinjauan awal murid Perniagaan ialah mereka inginkan P&P yang menarik dan berbentuk grafik, maka pengkaji telah melaksanakan intervensi dalam P&P dengan menggunakan peta i-Think. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keinginan untuk mencapai salah satu ciri utamadalam ekshibit 8 dalam PPPM iaitu KBAT (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013), pengkaji bercadang untuk menggunakan kaedah iThink dalam kajian ini. Kaedah i-Think telah pun diperkenalkan kepada 1000 buah sekolah di Malaysia setelah menjalankan kajian rintis ke atas 10 buah sekolah. Kaedah ini merupakan anjuran KPM dengan bantuan Agensi Inovasi Malaysia.


5 Dalam kajian ini, murid diberikan pendedahan penggunaan peta i-Think. ini bertujuan untuk meningkatkan daya ingatan murid untuk mengingat fakta dan kata kunci dalam sesuatu topik mata pelajaran Perniagaan dengan menggunakan Peta i-Think. Pendedahan harus diberikan kepada murid tentang ilmu pengetahuan dalam penggunaan pelbagai alat berfikir. Murid akan dapat menggunakan alat berfikir bukan sahaja dalam pembelajaran mereka malahan dalam situasi harian jika mereka dapat menguasai penggunaannya yang betul (Tee et al. 2010). Kajian Sidek (2012) turut mendapati mur id menjadi lebih positif dan rajin dalam pembelajaran dengan amalan pengajaran yang diamalkan guru melalui peta pemikiran ini. 6.0 PELAKSANAAN KAJIAN 6.1 Tinjauan Masalah Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan awal masalah dibuat berdasarkan pemerhatian dan ujian pra. 6.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sebelum dan selepas kajian ini dijalankan. Sebelum kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada soalan yang diajukan dan menjawab soalan dengan fakta yang kurang tepat. Tiada motivasi atau persaingan antara rakan sebaya. Maklum balas daripada murid lambat kerana murid memerlukan masa untuk menjawab jawapan. 6.1.2 Ujian Pra Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu 27 orang murid untuk mengesan sejauh manakah kefahaman dan minat mereka sebelum menggunakan peta i-Think dan selepas penggunaan kaedah ini diperkenalkan. Peta i-Think yang telah dibentuk perlu dihafal dan soalan berkaitan yang perlu dijawab. 6.2 Analisis tinjauan masalah Hasil tinjauan yang dilaksanakan melalui pemerhatian dan ujian Pra mendapati bahawa analisis telah membawa kesan yang memberangsangkan.


6 6.2.1 Tindakan yang dijalankan i) Ujian Pra Sebelum pengajaran menggunakan peta i-Think dilaksanakan murid-murid akan diberikan ujian pra.Tujuan ujian ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian awal pelajar sebelum kajian dijalankan. a) Sesi Idea Rush (Lisan) Aktiviti menjawab soalan-soalan berkaitan tajuk yang diajar dilakukan iaitu guru menyoal soalan berkaitan tajuk pembelajaran secara terbuka dan memanggil nama setiap murid di dalam kelas. b) Soalan Esei Soalan esei Bab 1 diberikan kepada pelajar selepas sesi Pengajaran dan pembelajaran. Soalan ini berkaitan Bab 1 yang perlu dijawab dalam masa 20 minit. Contoh soalan: 1 Jelaskan maksud tujuan perniagaan (Peta Bulatan) 2 Nyatakan lima komponen utama dalam konsep asas perniagaan (Peta Buih). 3 Nyatakan lima bentuk pemilikan perniagaan (Peta pokok) 4 Jelaskan proses pendaftaran penubuhan Perniagaan Milikan Tunggal (Peta Alir) Rajah 2: Ujian Pra Hasil kerja murid


7 ii) Aktiviti kumpulan (CL) Dalam waktu Pdp murid akan dibahagikan dalam kumpulan untuk membuat tugasan menggunakan peta i-Think dan guru akan memberi tajuk berdasarkan topik-topik dalam bab 1 dan 2 Perniagaan tingkatan 4. Seterusnya pembentangan dibuat oleh setiap kumpulan untuk mendapat penilaian dari kumpulan yang lain. Rajah 3: Perbincangan dan pembentangan kumpulan


8 iii) Sesi hafalan Guru juga menggunakan satu waktu dalam seminggu sesi PdP untuk membuat sesi hafalan menggunakan peta i-Think. Murid akan menghafal mana-mana topik secara kendiri seterusnya bertukar-tukar pendapat bersama rakan dan guru. Rajah 4: sesi hafalan iv) Ujian Pos Untuk menilai keberkesanan tindakan yang diambil, satu ujian pos diberikan kepada murid. Langkah dan ujian yang sama diberikan bertujuan untuk menilai peningkatan dalam pengetahuan sedia ada murid berkaitan menghurai jawapan bagi soalan esei. Seterusnya saya melakukan analisis untuk melihat perubahan dalam peningkatan pengetahuan pelajar berkaitan kemahiran tersebut sebelum dan selepas tindakan dijalankan.


9 Rajah 5: Hasil kerja murid Ujian pos


10 6.3 Analisis Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati; i. murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan dalam kaedah Carta Alir i-Think ii. murid berjaya mengingat fakta, menghafal dan memahami topik yang dipelajari. iii. suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan dan menarik. iv. motivasi murid meningkat dan berlaku persaingan antara murid-murid. 6.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pos Perbandingan pencapaian murid dalam dengan ujian pra adalah seperti jadual 1. Dapatan kajian hasil analisis kuiz dan ujian pra menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dari segi pencapaian murid. Murid berjaya mendapat keputusan yang baik. Peningkatan pencapaian murid ini membuktikan bahawa teknik penggunaan kaedah i-Think sebagai salah satu langkah meningkatkan kemahiran mengingat, memahami subtopik yang diajar dan meningkat keyakinan semasa menjawab adalah berkesan dan berjaya mencapai objektif kajian. Penilaian pencapaian murid sebelum kajian ini dijalankan ke atas murid-murid 4 Bakti sebelum menggunakan peta i-Think, satu ujian pra telah dijalankan ke atas mereka. Ujian pra terdiri daripada 4 soalan esei dari bab 1 perniagaan tingkatan 4 dan kumpulan sasaran ini diberi masa menjawab selama 20 minit. Keputusan ujian pra dapat dirumuskan seperti berikut: JUMLAH MARKAH BILANGAN PELAJAR PERATUS % 0-4 ( sangat lemah) 5 19 5-8 (lemah) 7 25 9-12 (sederhana) 10 37 13-16(cemerlang) 5 19 JUMLAH 27 100 Jadual 1: Keputusan Ujian Pra


11 Berdasarkan jadual di atas,didapati bahawa peratus cemerlang ujian pra ini ialah 19% daripada pelajar 5 orang murid 4 Bakti mendapat markah 13-16 iaitu markah cemerlang. Justeru, sebahagian besar pelajar Kelas 4 Bakti telah mendapat markah secara sederhana dalam Ujian pra ini. Selepas Ujian Pra ini dijalankan,kumpulan sasaran ini diajar bab satu dengan menggunakan peta iThink. Sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran bab satu ini telah digunakan peta i-Think dan buku teks. Selepas pengajaran bab satu ini, satu ujian pos telah diadakan untuk mengesan keberkesanan peta i-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran muridmurid Kelas 4 Bakti ini. Murid diberi masa seminggu sebagai tempoh persediaan ujian pos ini. Keputusan ujian pos telah dirumuskan dalam Jadual 2 dibawah: JUMLAH MARKAH BILANGAN PELAJAR PERATUS % 0-4 (sangat lemah) - - 5-8 (lemah) - - 9-12 (sederhana) 7 26 13-16(cemerlang) 20 74 JUMLAH 27 100 Jadual 2 : Keputusan ujian Pos Dalam ujian pos ini, peratus cemerlang ialah 74% iaitu berbeza peningkatan peratusan sebanyak 55% Jika dibandingkan dengan ujian pra. Jika dbandingkan dengan keputusan ujian pra, peratus cemerlang ujian pos adalah lebih rendah. Selain itu, sebanyak 26% daripada kumpulan sasaran ini masih mendapat markah antara 9-12 iaitu sederhana. Tetapi majoriti murid telah meningkat markahnya berbanding semasa ujian pra dan tiada lagi murid mendapat markah lemah dan sangat lemah. Ini menunjukkan murid dapat menguasai topik dengan bantuan peta i-Think.


12 Keputusan ujian ujian pra dan ujian pos dapat dilihat lebih jelas melalui graf garis di bawah: Graf garis menunjukkan bilangan pelajar yang mendapat markah bagi ujian pra dan ujian pos. Graf bar menunjukkan jumlah peratus tahap penguasaan pelajar bagi ujian pra dan ujian pos. 0 10 20 30 40 50 60 70 80 Amat Lemah Lemah Sederhana Cemerlang Ujian PRA Ujian POS 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% Amat Lemah Lemah Sederhana Cemerlang Ujian PRA Ujian POS


13 8.0 REFLEKSI KAJIAN Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara dalam markah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kali pertama dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kali kedua . Rujuk Jadual 3 untuk melihat perbandingan markah. Peningkatan pencapaian murid ini membuktikan bahawa penggunaan peta i-Think salah satu langkah meningkatkan kemahiran mengingat, menghafal dan memahami subtopik yang diajar secara berkesan dan berjaya mencapai objektif kajian. Murid tidak lagi perlu merujuk kepada buku teks atau nota semasa menjawab soalan. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa teknik ini dapat meningkatan motivasi kerana persaingan antara rakan-rakan sebaya. Selain itu dapat mewujudkan suasana yang menarik dan lebih ceria semasa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Saya yakin bahawa teknik ini dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mengingat fakta dan memahami keseluruhan topik pembelajaran selain dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran perniagaan. Jadual 3


14 8.0 CADANGAN KAJIAN AKAN DATANG Saya bercadang untuk meneruskan kaedah ini dalam bab-bab yang seterusnya bagi mata pelajaran Perniagaan. Kaedah ini dapat menarik murid untuk terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan daya ingatan murid, mengurangkan rasa bosan murid di dalam kelas serta lebih memahami sub-sub topik secara mudah. Kaedah ini juga sesuai digunakan oleh semua tahap kelulusan dan pengetahuan murid. Selain itu, mereka meminta supaya kaedah ini diteruskan kerana lebih memudahkan mereka mengingat fakta dan mengulangkaji pelajaran selaras dengan aktiviti abad Ke 21 (PAK-21). Guru perlu membuat perancangan yang teliti dan mengenal pasti pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dengan tahap pengetahuan murid. Bagi murid yang berada di tahap sederhana, guru harus menggunakan kaedah yang menarik bagi melibatkan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jika tidak, murid tersebut akan mudah hilang fakta dan bosan seterusnya hilang minat untuk belajar. Selain itu juga kaedah ini akan digunakan pada setiap waktu P&P mengikut topik yang sesuai mengikut kreativiti murid itu sendiri. Dengan cara ini dapat meningkatkan motivasi murid. Saya juga bercadang untuk membina lebih banyak set soalan kuiz berdasarkan fakta- fakta penting pada bab-bab yang akan datang. Walaupun mengambil masa yang lama, saya percaya kaedah ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid supaya mudah mengingat dan menghafal fakta. Bagi mengatasi masalah murid kurang membaca, saya bercadang memperbanyakkan latihan kuiz selepas proses pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar akan sentiasa membaca bagi menjawab soalan tersebut. Hasil daripada kajian yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi kaedah mengingat, menghafal dan amalan pengajaran dan pembelajaran murid dan guruguru. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, interaktif, berkesan dan menyeronokkan pada masa akan datang.


15 9.0 PENUTUP Daripada dapatan kajian boleh disimpulkan bahawa peta i-Think memang boleh diguna pakai dalam P&P Perniagaan. Maklum balas pelajar yang positif dan keputusan peperiksaan menunjukkan persepsi murid dan pencapaian murid meningkat selepas menggunakan kaedah i-Think. Murid-murid juga dapat menjawab soalan esei kertas 2 mata pelajaran Perniagaan dengan lebih baik. Kaedah i-Think dapat membantu murid meringkaskan apa yang dipelajari ke dalam bentuk gambar mengekalkan ingatan jangka panjang. Ini dapat diperhatikan apabila murid dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan murid lebih menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan peta i-Think. Mereka juga lebih berdikari dalam membuat kerja. Mereka tidak memerlukan gesaan saya untuk membuat hafalan menggunakan peta i-Think kerana meraka merasakan menghafal menggunakan peta ithink lebih mudah. Sikap dan sahsiah mereka telah bertambah positif dan mula suka serta mahir dengan kaedah peta i-think ini. Saya juga telah belajar supaya lebih prihatin kepada muridmurid. Saya berupaya memikirkan kaedah baharu dalam P&P. Memandangkan keputusan kajian menunjukkan keputusan murid bertambah baik, penggunaan kaedah i-Think banyak disyorkan diguna oleh guru-guru di seluruh pelusuk negara seperti mana Kementerian Pelajaran Malaysia rancangkan.


16 BIBLIOGRAFI . Journal of Marketing Education. 28(3), pp. 218-226.Dunn, R. & Honigsfeld, A. (2013). Learning Styles: What We Know and What We Need. The Educational Forum . 77(2).Hyerle, D. (2009). Visual tools for transforming information into knowledge. Corwin Press; SecondEdition.Jensen, E. (2000). Brain-based Learning. A Reality Check. . 57(7).Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah). Buzan, T. (2011). Mind Mapping. Retrieved 21 March, 2015, fromhttp://www.tonybuzan.com /about/mind-mapping/ Clarke, I., Flaherty, T. & Yankey, M. (2006). Teaching the Visual Learner: The Use of VisualSummaries in Marketing Education . Journal of Marketing Education. 28(3), pp. 218-226 Putrajaya: Kementerian Pendidikan MalaysiaMarzano, R. J., & Pickering, D. J. (2005). Building academic vocabulary teacher's manual.Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.Ng, C. L. dan Chapman, K. Charting the future with maps . StarEducate, TheStar. Retrieved 17March, 2013. Tee Tze, et al. 2010. Kepentingan peta minda sebagai alat berfikir dalam mengambil nota kuliah. (2010): 1-15. Muhamad Sidek, Mohamad Ab Kadir & Mohamad Sabri Awang Hitam. 2012. Penilaian Pelaksanaan Program I think :Satu Pengenalan


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN COCHRANE JALAN SHAHBANDAR OFF JALAN COCHRANE 55100 KUALA LUMPUR NAMA PENGKAJI RAUDHATUL ASNIDA BINTI ABDUL RAZAK TAJUK KAJIAN PELAKSANAAN PENDEKATAN DIDIK HIBUR UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM TAJUK UNGKAPAN ALGEBRA 25 SEPTEMBER 2023


ABSTRAK Mata pelajaran Matematik sering dibayangi dengan perkataan sukar oleh murid. Salah satu punca utama adalah kelemahan penguasaan konsep asas matematik. Hal ini menyebabkan murid hilang minat dengan subjek Matematik. Konsep asas Matematik yang perlu difahami adalah Algebra kerana ia digunakan dalam topik Matematik daripada Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Kaedah sedia ada yang diajarkan oleh guru hanya berkesan kepada murid yang cemerlang sahaja tapi tidak efektif kepada murid yang lemah kerana mereka seringkali berasa keliru dengan kewujudan pemboleh ubah atau huruf-huruf dan seterusnya melakukan kesilapan semasa menyelesaikan operasi Ungkapan Algebra. Oleh itu, pengenalan kaedah didik hibur di dalam kajian tindakan ini adalah salah satu inisiatif untuk menarik minat murid terutamanya murid aras rendah dalam menguasai topik tersebut. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam konsep Ungkapan Algebra dan seterusnya meningkatkan kemahiran murid untuk menyelesaikan soalan gabungan operasi dalam topik tersebut. Peserta kajian ini terdiri daripada 15 orang murid Tingkatan 2, SMK Cochrane. Peserta kajian dipilih berdasarkan keputusan UASA 2022 yang memperoleh markah kurang daripada 20. Data dianalisis menggunakan ujian Pra dan Ujian Pasca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran murid dalam menyelesaikan soalan gabungan operasi semakin meningkat setelah. Murid juga menunjukkan tingkah laku yang positif dan minat yang tinggi dalam mempelajari topik ini setelah pendekatan didik hibur diperkenalkan. Oleh itu, kajian ini perlu diteruskan dan diperluaskan lagi pada masa akan datang dengan memberi penekanan kepada soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kata Kunci : Didik Hibur, Algebra, Ungkapan Algebra, Matematik


1.0 PENGENALAN Mata pelajaran Matematik sentiasa mengalami anjakan paradigma apabila unsurunsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi kehendak dan cabaran masa hadapan (Nor Syazwani & Mohd, 2022). Matematik merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang amat penting dalam sistem pendidikan. Di dalam kehidupan seharian juga, kita tidak dapat lari daripada tidak menggunakan matematik. Matematik mempunyai bahasa, simbol dan operasi yang tersendiri. Namun begitu, mata pelajaran ini sering dibayangi dengan perkataan ‘subject killer’ oleh murid. Menurut kajian oleh Nurshafariza & Muhammad Nubli (2022), kurangnya minat murid terhadap mata pelajaran matematik itu berpunca daripada sikap mereka yang beranggapan matematik adalah mata pelajaran yang susah. Antara topik yang digeruni oleh murid adalah topik Ungkapan Algebra. Dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), murid-murid telah didedahkan dengan konsep algebra sejak dari Tingkatan Satu lagi. Kemahiran algebra turut diguna pakai sehingga di Tingkatan 5 untuk subjek matematik. Selain itu, murid juga turut menggunakan kemahiran dalam konsep algebra dalam mata pelajaran yang lain seperti Fizik dan Kimia. Senario ini membuktikan betapa pentingnya topik Ungkapan Algebra kepada murid. Justeru itu, murid perlu menguasai konsep ini sejak di Tingkatan 1 lagi. Kaedah sedia ada yang diajarkan oleh guru hanya berkesan kepada murid yang cemerlang sahaja tapi tidak efektif kepada murid yang lemah kerana mereka seringkali berasa keliru dengan huruf-huruf yang terdapat dalam Algebra. Selain itu, murid juga turut melakukan kesilapan semasa menyelesaikan operasi ungkapan algebra. Oleh itu, penerapan pendekatan yang berbeza seperti pendekatan didik hibur di dalam PdPc adalah penting supaya dapat meningkatkan kemahiran di dalam Algebra dan seterusnya menarik minat murid dalam subjek Matematik. Teknik didik hibur di dalam bilik darjah akan menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. 1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Sepanjang pengalaman mengajar mata pelajaran Matematik Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3, saya dapati bahawa kebanyakan murid tidak dapat menguasai konsep Ungkapan Algebra. Melalui analisis yang telah dijalankan ke atas jawapan murid semasa ujian pra, kesilapan yang sering dilakukan ialah tidak dapat membezakan operasi tambah dengan darab. Kebanyakan murid tertukar operasi tambah dengan darab. Sekiranya murid gagal memahami topik ini, besar kemungkinan mereka akan berterusan melakukan kesilapan


dan pastinya Objektif Pembelajaran tidak akan tercapai (Noor, 2021). Selain itu, dibimbangi mereka juga akan gagal untuk menjawab topik-topik berkaitan yang lain. Selain itu, terdapat sebilangan besar murid yang gagal menjawab soalan gabungan beberapa operasi secara serentak iaitu penambahan (+) , penolakan (-) dan pendaraban (×). Murid hanya mampu menjawab jika terdapat satu operasi yang sama dan mudah. Murid juga tidak dapat memberikan jawapan yang lengkap dan menyebabkan mereka kehilangan markah. Hal ini timbul kerana murid sebenarnya tidak memahami konsep Ungkapan Algebra itu sendiri. Selain itu, mereka juga keliru dalam memberikan jawapan akhir. Kebanyakan murid tidak boleh mempermudahkan ungkapan algebra untuk menulis jawapan akhir. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Berdasarkan refleksi tersebut, masalah ini akan dinilai berdasarkan dua aspek utama dalam PdPc iaitu guru dan murid. 1.2.1 Guru Teknik PdPc guru yang hanya menggunakan kaedah konvensional seperti menggunakan huruf semasa penerangan mengenai topik ini menyebabkan murid hilang minat untuk memahami topik ini. Kaedah ini juga tidak bersesuaian dengan murid aras rendah. Murid keliru dengan penggunaan huruf atau pemboleh ubah dalam memahami ungkapan algebra dan seterusnya menganggap bahawa topik ini adalah susah dan membosankan. Masalah ini timbul kerana konsep algebra adalah terlalu abstrak bagi kebanyakan orang dan amat sukar untuk dikaitkan dengan kehidupan seharian. 1.2.2 Murid Hasil temu bual didapati bahawa murid keliru dengan topik Matematik yang melibatkan huruf (pemboleh ubah) dan seterusnya mereka gagal menyesaikan soalan Ungkapan Algebra. Murid tidak memahami dan keliru dengan penggunaan huruf di dalam Ungkapan Algebra. Hasil analisis daripada buku latihan dan ujian pra, murid sering keliru dengan operasi tambah dan darab di mana mereka menyatakan + + = 3 sedangkan jawapan sebenarnya adalah 3. Hal ini amat membimbangkan kerana Ungkapan Algebra mempunyai kaitan yang rapat dengan topik-topik selepas itu iaitu Persamaan Linear, Ketaksaaman Linear, Garis dan Sudut dan Poligon di mana topik ini merupakan asas kepada topik-topik yang telah dinyatakan


diatas. Sekiranya murid mempunyai masalah dalam topik ini, berkemungkinan mereka juga turut berpotensi untuk mempunyai masalah dalam topik-topik yang disebutkan di atas dan akan memberi kesan semasa mereka di Tingkatan 3 dan seterusnya. Dengan mengambil kira factor-faktor di atas, maka satu program khas telah disusun untuk membantu murid-murid berkenaan. Program ini dikenali sebagai Program PUPUK Matematik. Program ini perlu dilaksanakan untuk membantu murid menguasai topik Ungkapan Algebra. Ia dilaksanakan menggunakan pendekatan didik hibur dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang interaktif. Abdul Rasid & Hasmah (2023) dalam kajiannya menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan dan menarik minat murid dalam PdPc. 1.3 OBJEKTIF Objektif umum Meningkatkan kemahiran murid dalam topik Ungkapan Algebra menerusi pendekatan didik hibur Objektif Khusus 1. Meningkatkan kemahiran murid dalam konsep Ungkapan Algebra menerusi pendekatan didik hibur 2. Meningkatkan kemahiran murid untuk menyelesaikan soalan melibatkan gabungan operasi bagi topik Ungkapan Algebra 3. Meningkatkan minat murid dalam topik Ungkapan Algebra. 1.4 KUMPULAN SASARAN Seramai 15 orang murid Tingkatan 2 dipilih untuk mengikuti kajian ini di dalam Program yang dipanggil sebagai PUPUK. Mereka dipilih berdasarkan prestasi yang kurang memberangsangkan di dalam keputusan UPSA Matematik semasa di Tingkatan 1. Kesemua mereka mendapat markah bawah 15. Berdasarkan keputusan itu, menunjukkan bahawa murid-murid ini adalah sangat lemah dalam penguasan konsep Matematik.


Berikut merupakan senarai murid-murid yang terlibat: BIL NAMA PENUH KELAS MARKAH 1 MUHAMMAD DANIAL HAIQAL BIN JOHARI 2 UNGGUL 7 2 MUHAMMAD LUQMAN HAQIMI BIN ABDULLAH 2 IKHLAS 7 3 MUHAMMAD DANISH SYAZRIEL BIN MOHD AZRUL FAREEZ 2 UNGGUL 9 4 MUHAMMAD AASHIQ AIKAL BIN ABDULLAH 2 UNGGUL 10 5 NIHARIKA A/P RAMESH 2 IKHLAS 10 6 MUHAMMAD AMMAR BIN ABDUL RAZZAQ 2 BAKTI 10 7 ABDUL QAYYUM HAZIM BIN SHAMSURI 2 UNGGUL 11 8 NANMUGAN A/L RAMESH 2 UNGGUL 11 9 LUKAYIESH A/L KUMARASAN 2 IKHLAS 11 10 SARRAVANAKUMAR A/L RAMAKRISHNAN 2 UNGGUL 13 11 SYAHRUL HAZIQ BIN ABDULLAH 2 UNGGUL 13 12 KRETHIKAA SAMUGAM 2 DINAMIK 13 13 ZAINAL AMSYAR BIN ZAINAL ABIDIN 2 PINTAR 13 14 NUR IMAN HAZIQ BIN MOHD AMIN 2 BAKTI 13 15 KISHOR KUMAR A/L SURESH 2 UNGGUL 14 Jadual 1: Senarai nama murid yang terlibat dalam Program PUPUK Matematik


2.0 PELAKSANAAN KAJIAN Di dalam kajian ini, saya akan menggunakan prosedur yang mempunyai 4 peringkat utama. Model prosedure ini diambil daripada Lewin (1946). Model tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan seperti berikut: Langkah 1: Mereflek (Reflect) Langkah 2: Merancang (Plan) Langkah 3: Bertindak (Action) Langkah 4: Memerhati (Observe) Rajah 2: Model Kajian Tindakan Lewin 2.1 PELAN TINDAKAN 1) Membuat refleksi Hasil refleksi daripada ujian pra mendapati murid kurang mahir dalam menjawab soalan Ungkapan Algebra. Dapatan daripada ujian pra menunjukkan bahawa murid • tidak dapat membezakan operasi tambah dengan darab • tertukar operasi tambah dengan darab. • tidak boleh menyelesaikan gabungan beberapa operasi ungkapan algebra secara serentak


BIL NAMA PENUH KELAS UJIAN PRA 1 MUHAMMAD DANIAL HAIQAL BIN JOHARI 2 UNGGUL 1 2 MUHAMMAD LUQMAN HAQIMI BIN ABDULLAH 2 IKHLAS 1 3 MUHAMMAD DANISH SYAZRIEL BIN MOHD AZRUL FAREEZ 2 UNGGUL 2 4 MUHAMMAD AASHIQ AIKAL BIN ABDULLAH 2 UNGGUL 1 5 NIHARIKA A/P RAMESH 2 IKHLAS 2 6 MUHAMMAD AMMAR BIN ABDUL RAZZAQ 2 BAKTI 3 7 ABDUL QAYYUM HAZIM BIN SHAMSURI 2 UNGGUL 2 8 NANMUGAN A/L RAMESH 2 UNGGUL 0 9 LUKAYIESH A/L KUMARASAN 2 IKHLAS 0 10 SARRAVANAKUMAR A/L RAMAKRISHNAN 2 UNGGUL 1 11 SYAHRUL HAZIQ BIN ABDULLAH 2 UNGGUL 1 12 KRETHIKAA SAMUGAM 2 DINAMIK 2 13 ZAINAL AMSYAR BIN ZAINAL ABIDIN 2 PINTAR 3 14 NUR IMAN HAZIQ BIN MOHD AMIN 2 BAKTI 2 15 KISHOR KUMAR A/L SURESH 2 UNGGUL 0 Jadual 3: Markah murid dalam Ujian Pra Selain itu, tinjauan secara tidak formal juga turut dilaksanakan melalui ‘Class Point’. Dapatan tinjauan adalah seperti berikut. Dapatan ini membuktikan bahawa murid tidak faham akan konsep Ungkapan Algebra itu dan mereka keliru apabila wujudnya pemboleh ubah di dalam soalan. saya tak faham mengenai pemboleh ubah confuse antara darab dan tambah topik ini memeningkan saya susahnya


Click to View FlipBook Version