9 lagi dalam Tahap 1. Analisis secara rinci berkaitan interpretasi makna bagi tiga peringkat ini sama seperti yang dijelaskan dalam Objektif 1. Tambahan maklumat penting untuk pencerahan berdasarkan Rajah di atas ialah murid KIA 2M sukar untuk membaca dengan lancar apabila sebaris ayat dikeluarkan daripada perenggan. Tetapi murid dapat membaca dengan baik apabila ujian membaca dilaksanakan dalam bentuk perenggan. Perkara ini terjadi kerana murid lebih cenderung untuk mengabaikan kesilapan ejaan dengan menggunakan intonasi yang mendatar dalam membaca sesuatu perenggan. Perkara ini berkait rapat dengan faktor psikologi murid yang mana murid berpendapat bahawa intonasi yang diujarkan itu akan dapat menghilangkan kesilapan mereka. 5.7.3 OBJEKTIF 3 : Membina dan mengenal pasti perkataan, frasa, klausa dan ayat dengan betul. Rajah 4 : Tatatingkat Sintaksis Berdasarkan Objektif 3, murid akan diuji bagi kemahiran menulis. Aktiviti ketiga ini tidak menggunakan Teknik SALAK kerana pada bahagian ini guru ingin mendedahkan kepada murid mengenai unsur nahu dalam Bahasa Melayu. Peringkat ini akan dapat membantu murid membina idea untuk aktiviti yang seterusnya. Bagi aktiviti ketiga dan keempat, guru telah mengambil gambar sebagai bukti pelaksanaan aktiviti dijalankan bagi tujuan penilaian kemahiran menulis. Setiap murid diberikan helaian kertas seperti Rajah 4 di atas dan murid diberikan masa selama 10 minit untuk menyiapkan tugasan tersebut. Ada 4 peringkat dalam sintaksis Bahasa Melayu dan murid perlu melengkapkannya dengan konsep daripada yang kecil kepada yang besar. Murid dipaparkan oleh guru dengan dua grafik sahaja untuk murid membina ayat. Bukti data bagi tatatingkat berikut boleh dilihat secara terperinci menerusi Rajah 5 yang telah disediakan.
10 Rajah 5 : Graf Kemenjadian Murid bagi Kemahiran Menulis Merujuk kepada Rajah 5 di atas, kita dapat merumuskan bahawa semua murid dapat membina satu perkataan dengan baik dan mereka berada pada Tahap 3. Berikutnya, dalam kategori tingkat frasa, 5 orang murid mencapai Tahap 2 dan 3 orang lagi berada dalam Tahap 1. Bukan itu sahaja, kita lihat pula pada tingkat klausa 5 orang murid mencapai Tahap 2 dalam peringkat ini dan 3 orang dalam Tahap 1. Pada tingkat frasa dan klausa murid mengalami masalah penulisan kerana murid tidak memahami dan mengingati pengajaran berkaitan konsep Pola Ayat Dasar (FN, FA, FK, FSN) dan Konstituen Ayat (Subjek & Predikat). Dalam konteks penulisan ayat, murid boleh menulis dengan baik kerana tatatingkat ini bersifat kecil kepada besar, yakni murid hanya perlu menyalin semula ayat daripada bawah. 5.7.4 OBJEKTIF 4 : Menulis dan mengedit hasil penulisan daripada aspek ejaan dan nahu tatabahasa. Rajah 6 : Variasi Ayat yang Dibina dengan Teknik Salak
11 Rajah 7 : Pemurnian Ayat Berdasarkan Objektif 4, murid akan diuji sepenuhnya berkaitan penggunaan Teknik Salak dalam membina idea dengan efektif. Dalam aktiviti keempat ini, murid turut diberikan sehelai kertas seperti Rajah 6 dan 7 di atas dan murid diberikan masa selama 7 minit untuk menyiapkan tugasan tersebut. Murid dipaparkan dengan tiga grafik dan mereka perlu membuat pilihan grafik supaya mudah untuk membina ayat dalam lapan variasi ayat tersebut. Bukti data boleh dilihat secara terperinci menerusi Rajah 8 di bawah. Rajah 8 : Variasi Ayat Daripada 8 variasi ayat, pengkaji mengenal pasti 3 ayat yang paling dominan dibina oleh murid-murid. Arah kecenderungan murid membina ayat lebih tertumpu pada variasi ayat SA, SAL dan SALAK. Semua murid sangat mahir membina ayat permulaan iaitu SA dengan mendapat Tahap 3. Dalam masa yang sama, murid turut berminat dan berpengetahuan untuk membina ayat SA dengan
12 mencapai Tahap 2. Arah kecenderungan bagi dominan variasi ayat yang ketiga ialah variasi ayat SALAK iaitu ayat yang paling lengkap. Di sini kita dapat merungkaikan bahawa apabila murid telah dapat membina idea bagi setiap akronim, akhirnya murid dapat melengkapkan satu jenis ayat iaitu SALAK. 5.8 REFLEKSI KAJIAN Hasil kajian ini menunjukkan murid-murid KIA 2M mampu meningkatkan kemahiran membaca dan menulis menerusi pengaplikasian Teknik SALAK ini. Walau bagaimanapun, murid-murid masih perlu diberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang sepenuhnya daripada guru. Dalam masa yang sama, guru boleh memperluas kefahaman strategi pengajaran dengan pendekatan didik hibur bagi merangsang penglahiran kosa kata sebelum membina ayat berdasarkan grafik. Lapan jenis ayat yang boleh dibina oleh murid dengan Teknik SALAK. Ayat yang dibina dengan teknik ini gramatis dan masih mengikut rumus tatabahasa. Pendedahan penggunaan teknik ini perlu dilakukan di peringkat awal dengan penerapan dan garis panduan oleh guru kepada murid. Setelah murid memahami pembinaan ayat dengan teknik ini, pengajaran menjadi lebih mudah dan murid belajar dalam suasana ceria serta menyeronokkan. 6.0 KESIMPULAN Variasi ayat dengan Teknik SALAK yang dibina adalah bergantung kepada kosa kata yang diketahui oleh murid KIA 2M. Banyak kosa kata yang diketahui, banyaklah ayat yang boleh dibina oleh murid. Ini diperlihatkan dengan kebolehan murid menyusun perkataan atau kosa kata yang disenaraikan untuk disusun menjadi ayat. Bagi murid yang kurang kosa kata, hanya sekadar ayat tunggal sahaja yang dibina. Perbandingan ayat pada Jadual 1 dengan Jadual 2 memperlihatkan peranan yang boleh dilakukan oleh guru bagi membimbing murid-murid menjadikan ayat yang dibina lebih gramatis. Pembinaan ayat dengan empat elemen tatabahasa untuk proses pemurnian ayat, iaitu penggunaan kata sendi, penjodoh bilangan, imbuhan dan kata kerja. Penggunaan kata sendi, penjodoh bilangan, imbuhan dan kata kerja yang sesuai dengan grafik dapat menjadikan ayat yang dibina gramatis. Murid yang telah beransur maju memahami penggunaan elemen tatabahasa dalam ayat akan mudah melakukan proses membina ayat dan pemurnian ayat juga akan menjadi lebih mudah. Teknik SALAK yang diperkenalkan dapat mempermudah proses membina ayat. Selain itu, dapatan menunjukkan pelbagai variasi ayat yang boleh dibina dengan Teknik SALAK supaya antara satu ayat dengan ayat yang lain tidak kelihatan stereotaip dan dapat melaksanakan PdPc dalam suasana yang menghiburkan kepada murid-murid. Menurut Mohd. Azam (2009), teknik P&P yang diperkenalkan oleh guru melatih murid berfikir secara kreatif dan kritis dan mampu mematangkan kemahiran individu murid yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
13 RUJUKAN A. Rahman Haron. (2009). Membina ayat dengan Teknik ‘SALAK’ dan Mencari isi karangan dengan Teknik ‘SALAK’. Kertas Kerja Kursus Peningkatan Profesionalisme dan Kursus Kajian Tindakan serta Inovasi Guru-guru Cemerlang. Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, di PPD Hulu Langat, 19 Ogos. A. Rahman Haron. (2010). Membina ayat dengan Teknik ‘SALAK’ dan Mencari isi karangan dengan Teknik ‘SALAK’. Kertas Kerja Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Kajian Tempatan (Sekolah Rendah) dan Pendidikan Agama Islam (Sekolah Menengah) Daerah Hulu Langat. Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat di Pangkor Coral Bay Resort, Pulau Pangkor, Perak, 13-15 Julai. A. Rahman Haron. (2011). Membina ayat dengan Teknik ‘SALAK’. Pertandingan Guru Inovatif 2011. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. A. Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Sharifah Nor Puteh & Jamaludin Badusah. (2012). Teknik ‘SALAK’ dalam Menjana Idea Membina Ayat dengan Cepat dan Efektif, 2(2), 84-93.
0 PENINGKATAN PENGUASAAN ASAS SIFIR MURID TINGKATAN SATU MELALUI KAEDAH SWIPE AND SET (S & S) HALIMATULSAADIAH BINTI HALIM [email protected] (010-8847492) Abstrak Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kadar keberkesanan kaedah kad Swipe & Set (S&S) dalam meningkatkan penguasaan sifir di kalangan murid Tingkatan 1. Sebanyak 15 orang murid Tingkatan 1 telah dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini. Penilaian awal dilakukan dengan menjalankan temubual dan juga ujian pra untuk tujuan perbandingan sebelum dan selepas penggunaan kaedah kad Swipe & Set (S&S). Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa murid masih belum mahir dan agak lemah dalam menguasai sifir. Murid masih lagi keliru dalam penggunaan antara operasi tambah dan operasi darab. Oleh yang sedemikian, suatu kajian tindakan telah dirancang dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan sifir dalam kalangan murid Tingkatan 1. Melalui maklumat yang telah diperolehi, hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan positif dari segi penguasaan, minat, dan perhatian murid dalam menguasai sifir setelah penggunaan kaedah kad Swipe & Set (S&S). Keputusan ujian pasca yang dijalankan menunjukkan peningkatan prestasi yang positif ditunjukkan oleh 15 responden. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kad Swipe & Set (S&S) mampu membantu untuk meningkatkan lagi tahap penguasaan murid Tingkatan 1 dalam sifir. Kata kunci: penguasaan sifir, kad Swipe and Set (S&S), operasi darab, Tingkatan 1 Abstract This study was conducted to identify the rate of effectiveness of the Swipe & Set (S&S) card method in improving the mastery of numbers among Form 1 students. A total of 15 Form 1 students were selected to be respondents in this study. Preliminary assessment was done by conducting interviews as well as pre -tests for comparison purposes before and after the use of the Swipe & Set (S&S) card method. The results of the study showed that students are still unskilled and relatively weak in mastering the cipher. Pupils are still confused in the use between addition and multiplication operations. Therefore, an action research has been planned in an effort to improve cipher mastery among Form 1 students. Through the information obtained, the results show that there are positive changes in terms of mastery, interest, and attention of students in cipher mastery after the use of card method Swipe & Set (S&S). The results of the post-test conducted showed a positive improvement in performance shown by both respondents. Therefore, it can be concluded that the Swipe & Set (S&S) card is able to help to further improve the level of mastery of Form 1 students in numbers. Keywords: cipher mastery, Swipe and Set card, multiplication operation, Form 1
1 1.0 Pengenalan Dalam mengejar arus pembangunan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah cuba sedaya untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Bahasa Inggeris: "Engineering"), dan Matematik (STEM). Salah satu cabang penting dalam STEM ialah Matematik. Generasi muda pada masa kini perlu meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam STEM yang dianggap semakin sukar dan mencabar. Keadaan akan bertambah teruk dan kritikal lagi jika murid-murid tidak berminat dengan Matematik. Murid-murid menganggap Matematik adalah mata pelajaran yang paling susah dan sukar berbanding dengan mata pelajaran lain. Bagi menguasai konsep asas Matematik, muridmurid perlu menguasai konsep asas dan kemahiran asas sifir. Kaedah susunan dan pengunaan alat bantu mengajar yang sistematik serta bahan visual yang bersesuaian dengan kepelbagaian pelajar adalah amat penting bagi meningkatkan fokus murid kepada Matematik. Dengan penggunaan bahan yang betul dapat menarik minat murid kepada Matematik. Bahan bantu mengajar (BBM) merupakan antara kaedah alternatif yang digunakan oleh pengajar untuk membantu sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan lebih menarik dan berkesan. Bahan bantu mengajar amat penting untuk digunakan mengikut kepelbagaian murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bahan ini dapat membantu untuk menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar terutama mata pelajaran Matematik dengan lebih jelas dan berkesan (Bakhir & Zamri, 2016) . Aplikasi asas sifir amat penting dalam menyelesaikan masalah lain selain darab dan bahagi dalam Matematik seperti pecahan, perpuluhan, ukuran jarak, Matematik harian, wang, timbangan, masa dan waktu. Dengan menguasai sifir murid dapat mengaplikasikan Matematik dalam kehidupan seharian. Justeru itu, murid-murid mesti menguasai asas sifir pada peringkat awal persekolahan lagi. Sekiranya murid-murid dapat menguasai sifir ketika sekolah rendah, tidak menjadi masalah kepada murid-murid setelah mereka memasuki sekolah menengah untuk menguasai matematik pada peringkat yang lebih tinggi dan lebih kompleks. Oleh itu, para guru perlu lebih inovatif dan proaktif dalam mencari ruang dan peluang bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi menarik minat dan kepercayaan murid kepada asas sifir dan asas Matematik dengan lebih berkesan. Dengan ini kemahiran Matematik dalam kalangan murid dapat ditingkatkan dan mengelakkan murid ketinggalan dalam kemahiran Matematik.
2 2.0 Latar Belakang Kajian Matematik merupakan perkara asas yang penting dalam kehidupan manusia. Murid-murid mempelajari Matematik sejak awal usia kanak-kanak. Di bangku sekolah ketika murid berusia lapan tahun iaitu Tahun Dua murid-murid didedahkan dengan sifir. Namun begitu tidak ramai murid yang dapat menguasai sifir sepenuhnya. Bagi murid yang tidak dapat menguasai asas sifir mereka tidak dapat menyelesaikan soalan Matematik yang melibatkan operasi asas seperti darab dan bahagi. Apatah lagi soalan yang berbentuk penyelesaian masalah. Sifir merupakan kemahiran asas penting dalam mata pelajaran Matematik. Sekiranya murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran asas sifir pada peringkat awal pembelajaran, mereka akan menghadapi masalah untuk mempelajari Matematik pada peringkat seterusnya. Oleh itu, murid-murid sering menganggap Matematik sebagai satu mata pelajaran yang susah. Salah faham ini sering berlaku di kalangan murid-murid kerana mereka kurang memahami hakikat penggunaan sifir yang sebenar. Murid yang tiada kemahiran asas sifir amat memerlukan bimbingan dari guru dalam menyelesaikan masalah Matematik. Pelbagai teknik dan kaedah telah direka dan diguna pakai oleh guru-guru terdahulu bagi menggalakkan murid menguasai asas sifir. Mungkin juga kaedah yang digunakan oleh guru tidak relevan dan tidak sesuai bagi murid zaman kini untuk mengingati sifir. Murid-murid cepat bosan dan tidak mahu mempelajari sifir dengan lebih baik lagi. Kaedah baru perlu dibina oleh guru untuk menarik minat murid menguasai operasi asas sifir. Murid-murid juga perlu didedahkan dengan kaedah dan teknik terbaru dalam mempelajari, mengingati dan menguasai sifir. Tambahan pula pembelajaran masa kini melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Jadi, ‘critical thinking’ sangat diperlukan oleh murid untuk dikuasai kemahirannya. 3.0 Objektif Kajian Antara objektif kajian ini ialah: a) Menarik minat murid Tingkatan Satu untuk menguasai sifir melalui kaedah kad Swipe and Set (S&S). b) Memperkenalkan cara penggunaan kad Swipe and Set kepada murid Tingkatan Satu. c) Mengkaji keberkesanan kaedah kad Swipe and Set dalam penguasaan sifir murid Tingkatan Satu.
3 4.0 Soalan Kajian Persoalan kajian yang dijalankan merangkumi beberapa aspek berikut: a) Apakah tahap penguasaan sifir murid Tingkatan Satu? b) Bagaimanakah cara penggunaan Swipe and Set (S&S) dapat diperkenalkan kepada murid Tingkatan Satu? c) Mengapakah kaedah Swipe and Set (S&S) mampu membantu murid Tingkatan Satu menguasai sifir? 5.0 Rasional Kajian Ramai murid gagal dalam menguasai Matematik kerana mereka gagal untuk menguasai operasi asas sifir. Fenomena ini berlaku selalunya disebabkan kerana murid diarahkan untuk menghafal sahaja sifir yang ada di dalam buku latihan mereka. Hakikatnya murid tidak memahami konsep asas sifir. Faktor penyumbang terbesar dalam masalah ini adalah teknik yang diajar, persekitaran, dan perbezaan individu. Pada zaman dahulu, guru-guru hanya menulis sifir di papan tulis dan murid akan menyalin dalam buku latihan mereka. Kemudian, murid-murid menghafal dan meluahkan semula tanpa dipersoalkan oleh guru. Murid tidak berpeluang untuk menaakul konsep asas sifir. Tahap penerimaan murid terhadap pelajaran terutamanya Matematik sangat berbeza bagi setiap orang murid. Kaedah Swipe and Set (S&S) akan digunakan dalam kajian ini bagi menggantikan kaedah tradisional. Matlamat Swipe and Set (S&S) adalah untuk membina dan memperkembangkan kemahiran dan kefahaman berkaitan dengan konsep asas sifir Matematik pada peringkat awal persekolahan. Pada peringkat ini, murid-murid memerlukan benda maujud dan 'hand's on material'. Mereka memerlukan benda yang boleh disentuh, dirasa, dan boleh dilihat. Kaedah Swipe and Set (S&S) merupakan salah satu panduan yang boleh diberikan kepada murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Modul pengajaran ini secara tidak langsung akan membantu guru dan murid mengatasi masalah penguasaan konsep asas sifir. Dalam masa yang sama, dapat menguji tahap keberkesanan penggunaan kaedah Swipe and Set (S&S) berbanding dengan kaedah tradisional.
4 6.0 Pernyataan Masalah Kajian Asas kemahiran konsep Matematik di peringkat sekolah rendah di Malaysia perlu diperkukuhkan agar peringkat pengajian seterusnya menjadi lebih lancar. Ramai murid tidak mahir konsep asas Matematik terutamanya sifir pada peringkat rendah. Murid sukar untuk mengingati sifir. Sekiranya murid tidak mahir sifir, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah Matematik terutamanya yang melibatkan masalah sifir seperti darab dan bahagi. Apatah lagi operasi bercampur. Apabila tidak mahir sifir, murid tidak dapat menggunakan kemahiran Matematik dalam kehidupan harian mereka seperti untuk membeli makanan, mengira tambang bas ke sekolah, dan sebagainya. Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik perlu membuat kajian tindakan. Ini kerana penyelidik mendapati bahawa sifir sangat penting untuk dikuasai oleh murid kerana dengan mengusai sifir murid lebih yakin dengan subjek Matematik. Masalah ini perlu diatasi dengan segera supaya tidak berlarutan lebih lama. Dengan menguasai asas sifir pada peringkat sekolah rendah, pembelajaran Matematik akan menjadi lebih mudah dan proses pembelajaran menjadi lebih lancar. Berdasarkan pernyataan di atas dan pemerhatian yang telah dibuat oleh penyelidik, didapati bahawa pemahaman operasi asas sifir amat dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Dari sudut pendidikan Matematik, penyelesaian masalah ialah satu proses menangani situasi baharu, membina hubungan antara fakta, masalah dan matlamat dan mencuba semua strategi yang mungkin untuk mencapai matlamat. Justeru itu, satu kaedah yang dikenali sebagai Swipe and Set (S&S) dibangunkan oleh penyelidik bagi mengatasi masalah ini. 7.0 Signifikan Kajian Kajian ini dijalankan untuk mencapai apa yang diceritakan pada bahagian objektif kajian. Kaedah kad Swipe & Set (S&S) ini boleh diguna pakai oleh semua murid kerana cara penggunaannya yang sangat mudah difahami dan merupakan kad yang menyeronokkan untuk murid. Murid dapat belajar dan pada masa yang sama, ada keseronokan di dalam kaedah kad Swipe & Set (S&S). Kaedah kad Swipe & Set (S&S) ini juga boleh dikongsi kepada guru Matematik lain yang mempunyai masalah sama iaitu untuk memastikan bahawa anak murid dapat menghafal sifir dengan mudah.
5 Selain itu, kaedah kad Swipe & Set (S&S) ini juga boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama kerana kaedah dia adalah mudah dan tahap keberkesanan penggunaannya tidak akan berkurang seiring dengan waktu. 8.0 Kajian Literatur Bahagian kajian literatur ini meneliti laporan kajian-kajian yang lepas berkaitan dengan kajian tindakan yang dijalankan ini. Kajian ini merupakan satu inisiatif untuk membantu murid-murid sekolah rendah mengatasi kesukaran untuk mengingati sifir. Berdasarkan kajian lepas berkaitan dengan penyelidikan yang diperolehi daripada pengkaji (Siti Hajar Aishah Ramli & Md Yusoff Daud, 2017) melalui aktiviti kajian tindakan di sebuah sekolah kawasan pedalaman di daerah Dungun Terengganu iaitu Sekolah Kebangsaan Jongok Batu. Kajian ini dijalankan ke atas sepuluh orang murid Tahun Empat sekolah tersebut di mana sepuluh orang murid tersebut dijadikan sebagai peserta kajian. Tujuan kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji tahap keberkesanan penggunaan kaedah Petak Bijak dalam operasi darab dan bahagi. Hasil kajian tindakan ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah Petak Bijak dapat meningkatkan penguasaan murid dalam menyelesaikan masalah soalan operasi dan bahagi. Justeru itu, penggunaan teknik menggunakan kad diguna pakai dalam kajian tindakan kali ini. Selain itu, satu kajian di Sekolah Kebangsaan Seri Intan, Kluang Johor melibatkan 22 orang murid Tahun Dua yang mempunyai masalah dalam operasi fakta asas darab. Oleh itu, pengkaji (Rosnee Ahad, Mohamad Zaid Mustafa, Salina Supiyan, & Abdul Rasid Abdul Razzaq, 2018) membuktikan peningkatan tahap penguasaan asas darab daripada 59% semasa ujian pra kepada 100% semasa ujian pasca setelah kaedah Petak Sifir diperkenalkan. Lantas, kaedah seperti eksplorasi, rekreasi dan permainan dilihat mampu menjana minat dan kreativiti murid untuk meminati mata pelajaran Matematik. Kaedah kad Swipe and Set (S&S) mampu merangsang domain psikomotor serta domain kognitif murid dalam menguasai sifir melalui kajian tindakan ini. Di samping itu, kajian tindakan oleh (Zowyah Shabdin & Muhammad Shamsul Naim Mohd Sukri, 2013) terhadap 10 orang murid Tahun Empat sebuah sekolah di Butterworth, Pulau Pinang yang mengalami kesukaran penguasaan operasi darab. Hal yang demikian, kaedah pendaraban Garis Silang diperkenalkan oleh pengkaji. Hasil kajian menunjukkan sampel berpencapaian cemerlang berjaya mengekalkan markah mereka dengan mendapat 100 peratus setelah diaplikasikan kaedah Garis Silang. Kaedah ini mampu memberikan satu
6 keseronokan baru kepada murid dalam mempelajari Matematik serta dapat merasai sendiri akan keajaiban dunia Matematik. Menurut Gagne (1970) menerusi bukunya The Condition of Learning dalam Muhammad Shamsul Naim Mohd Sukri et al. (2013), menegaskan bahawa amat sukar untuk membentuk konsep pada minda pelajar dan jika ia telah berlaku, maka mudahlah pembelajaran itu dilakukan. Pengkaji meyakini bahawa kaedah kad Swipe & Set (S&S) ini merupakan satu inovasi baharu yang mampu membantu murid Tingkatan Satu dalam menguasai sifir pada peringkat awal di sekolah menengah. Pemikiran murid-murid di peringkat awal lebih mudah untuk dibentuk berbanding pemikiran murid dewasa umpama melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tuntasnya, setelah kita dapat menanam konsep kepada murid dari peringkat awal, maka murid tersebut tidak akan mempunyai masalah untuk menguasai konsep matematik yang seterusnya. 9.0 Metodologi Kajian Reka Bentuk Kajian Kajian tindakan ini dilaksanakan adalah berdasarkan model kajian tindakan Stephen Kemmis dan Robin McTaggart pada tahun 1988. Terdapat empat langkah dalam model kajian ini iaitu merancang, bertindak, memerhati, dan membuat refleksi mengikut urutan dalam setiap gelung yang berterusan. Melalui kajian tindakan yang dilaksanakan ini, terdapat beberapa kelebihan antaranya ialah guru dapat menyiasat dan menganalisis amalan pengajaran mereka sendiri dengan lebih mendalam melalui cara yang baru berkaitan apa yang mereka dan pelajara berjaya dan gagal lakukan. Dalam konteks ini, pengkaji mengenal pasti kesukaran yang dialami oleh murid dalam menguasai kemahiran asas sifir. Hal ini bermatlamat untuk membantu murid mengatasi masalah tersebut dengan menjalankan satu intervensi yang bersesuaian iaitu kaedah kad Swipe and Set (S&S). Info lanjut mengenai empat langkah tersebut dapat ditunjukkan dalam Rajah 1.
7 Responden Kajian Lokasi kajian tindakan yang dilaksanakan ini ialah di dalam satu kawasan bandar di daerah Pudu, Kuala Lumpur. Kajian diadakan di dalam sebuah kelas mata pelajaran Matematik murid Tingkatan Satu. Murid-murid di Tingkatan Satu ini seramai 15 orang terdiri daripada muridmurid kawasan bandar di mana kebanyakan daripada mereka terdiri daripada anak kakitangan kerajaan, kakitangan swasta dan bekerja sendiri. Responden di dalam kelas ini terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, dan India. Kajian ini melibatkan sampel murid-murid Tingkatan Satu iaitu seramai 15 orang. Murid-murid ini terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Kaedah persampelan bertujuan dilaksanakan berdasarkan pemerhatian dan refleksi pengkaji sebagai guru semasa sesi pembelajaran dan pemudahcaraan diadakan. Hal ini menyebabkan pengkaji dapat mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai kemahiran asas sifir semasa di dalam kelas dan mereka dipilih sebagai responden. Pendekatan ini merupakan satu pemilihan yang disengajakan agar pemberi sumber data utama
8 berkeupayaan dalam menjelaskan konsep atau fenomena tertentu menurut pandangan (Michalos, 2014) dalam (Nur Zila Muhamad Jubri, Effandi Zakaria, & Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, 2020). Prosedur Kajian Lima belas orang murid Tingkatan Satu dipilih untuk dijadikan responden kajian. Kajian dimulakan dengan menemu bual lima belas orang responden yang telah dipilih. Temubual pertama dijalankan adalah untuk membuat pemerhatian tentang sejauh mana tahap penguasaan dan minat responden yang dipilih tentang sifir. Selepas itu, ujian Matematik (Ujian Pra) dijalankan. Ujian Matematik (Ujian Pra) dilakukan adalah untuk menguji tahap penguasaan sifir lima belas orang responden yang telah dipilih dalam menyelesaikan soalan sifir sebelum menggunakan kaedah kad Swipe & Set (S&S) diterapkan ke atas murid tersebut. Seterusnya, lima belas orang responden tersebut didedahkan dengan kaedah kad Swipe & Set (S&S). Responden diajar menggunakan kaedah kad Swipe & Set (S&S). Mereka diajar bagaimana cara yang betul dalam mengaplikasikan kad Swipe & Set (S&S) untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan sifir. Lima belas orang responden dilatih dengan menggunakan kaedah kad Swipe & Set (S&S) secara konsisten dan secara teratur untuk mengukuhkan lagi kefahaman responden tentang penggunaan kaedah kad Swipe & Set (S&S). Setelah itu, ujian Matematik (Ujian Pasca) dijalankan. Ujian Matematik kedua diuji sekali lagi kepada responden untuk menguji tahap penguasaan sifir responden tersebut setelah mengaplikasikan kaedah kad Swipe & Set (S&S). Ujian Matematik diadakan sebelum dan selepas penggunaan kaedah kad Swipe & Set (S&S) adalah bertujuan untuk perbandingan hasil penguasaan sifir sebelum dan selepas penggunaan kaedah kad Swipe & Set (S&S) dalam kalangan responden tersebut. Kaedah temubual dilakukan sekali lagi ke atas semua responden untuk mengetahui minat responden terhadap penguasaan sifir setelah menggunakan kaedah kad Swipe & Set (S&S).
9 Kaedah Kajian Kaedah kad Swipe & Set (S&S) merupakan sebuah kad yang dibuat untuk memudahkan dan menarik minat murid untuk menghafal sifir. Rupa kad Swipe & Set (S&S) adalah seperti berikut: Rajah 2: Kad Swipe & Set (S&S) sifir 2 Rajah 2 merupakan kad Swipe & Set (S&S) untuk sifir 2. Luaran kad Swipe & Set (S&S) yang berwarna-warni dapat menarik minat murid untuk lebih bersemangat untuk menghafal sifir. Cara penggunaannya yang seronok dapat membuatkan kaedah kad Swipe & Set (S&S) ini lebih unik daripada kaedah yang lain. Secara analoginya, kad S&S ini seperti permainan komputer iaitu Solitaire. Umum mengetahui dunia kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan kreatif. Mengikut Piaget (1962) dalam (Khoo Bee Lee, 2013) kanak-kanak lebih bersifat egosentrik dan suka bermain berpusatkan diri dalam perkembangan konsep praoperasi. Justeru, menerusi penggunaan kad S&S ini, dapat menggalakkan perkembangan motor halus dan motor kanak-kanak secara fizikal dan dapat menggalakkan perkembangan intelek kanak-kanak secara tidak langsung. Cara penggunaan kad Swipe & Set (S&S) amatlah mudah. Responden hanya perlu “Swipe” ke nombor yang dikehendaki untuk “Set”. Sebagai contoh, seperti Rajah 3, stik aiskrim di “Swipe” ke nombor 1 dan secara terus, responden “set” di mana 1x2=2. Hubungan aplikasi tambah dan aplikasi darab juga diambil kira dalam Kad Swipe&Set (S&S) dimana penambahan aplikasi tambah ditunjukkan juga di dalam kad tersebut.
10 Rajah 3: Swipe dan Set ke Nombor 1 Dalam penyelidikan ini saya menggunakan tiga kaedah pengutipan iaitu: a. Soalan-soalan ujian Kami menggunakan dua set soalan ujian yang diberikan kepada responden yang dikaji, iaitu ujian pra dan ujian pasca. Set soalan ujian ini mengandungi 20 soalan ayat Matematik sifir. Set pertama yang mengandungi ujian pra bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang tahap pencapaian dan pengetahuan murid-murid terhadap penguasaan sifir di dalam menjawab soalan ayat Matematik yang melibatkan sifir. Manakala set kedua, iaitu ujian pasca menggambarkan pencapaian murid terhadap masalah yang dikaji setelah rawatan dan pengajaran kad Swipe and Set (S&S). b. Temu bual (interview) Temu bual dengan 15 orang responden yang menghadapi masalah yang ketara dalam menguasai sifir dijalankan sebelum ujian pra dan selepas ujian pasca. Bagi mendapatkan maklum balas tentang pengajaran guru dan kesulitan-kesulitan yang dihadapi untuk menguasai sifir, temu bual dijalankan sebelum ujian pra manakala temu bual selepas ujian pasca adalah untuk mengetahui keberkesanan kaedah kad S&S terhadap responden dalam penguasaan sifir. Terdapat dua bentuk soalan yang digunakan, iaitu soalan berstruktur dan soalan tidak berstruktur. Kebanyakan soalan yang ditanya itu berbentuk terbuka berdasarkan pengetahuan sedia ada murid.
11 c. Pemerhatian (observation) Untuk meninjau masalah murid, saya telah membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan dalam kelas iaitu melalui respons murid kepada soalan-soalan yang diajukan dan respons murid ketika menjawab soalan latihan yang melibatkan sifir. Perancangan Kajian ini melibatkan pengkaji sebagai guru mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu dan 15 orang murid sebagai responden kajian. Jadual 1 menunjukkan perancangan kajian tindakan dalam tempoh masa yang telah ditentukan. Bil Aktiviti Tarikh 1. Mengenal pasti Kajian Tindakan 3-Julai- 23 2. Menulis proposal Kajian Tindakan 4-Julai- 23 3. Membentang proposal Kajian Tindakan 17-Julai- 23 4. Merancang dan Menambah baik Kajian Tindakan 18-Julai- 23 5. Membuat Kad Swipe & Set (S&S) 24-Julai- 23 6. Menjalankan Ujian Matematik (Ujian Pra) untuk menguji tahap penguasaan sifir murid Tingkatan 1 8-Ogos- 23 7. Mengaplikasikan kad S&S kepada murid Tingkatan 1 15-Ogos- 23 8. Menjalankan Ujian Matematik (Ujian Pasca) untuk menguji tahap penguasaan sifir murid Tahun 2 23-Ogos- 23 9. Analisis data 5-September- 23 10. Menulis Laporan Kajian Tindakan 12-September- 23 11. Hantar Laporan Kajian Tindakan 22-September- 23 Jadual 1: Perancangan Pelaksanaan Kajian
12 Pelaksanaan Kajian Aktiviti 1: Mengimbas masalah murid (Problem Scan) Tinjauan masalah dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pemudahcaraan dijalankan. Responden yang terlibat dalam kajian ini ditemu bual untuk mengetahui masalah-masalah dan kelemahan mereka dalam penguasaan sifir. Langkah ini juga merupakan langkah pertama iaitu merancang berdasarkan model Kemmis dan Mc Taggart (1988). Perancangan dilaksanakan selepas masalah berjaya dikenalpasti dari responden. Pemerhatian- berdasarkan pemerhatian guru, responden-responden ini agak lemah dalam menguasai sifir dengan cekap dan lancar, mereka ada kalanya keliru antara operasi tambah dan operasi darab. Pemerhatian ini dijalankan pada peringkat awal ke atas kumpulan sasaran sebagaimana proses PdPc yang telah dilaksanakan. Refleksi- Saya merasakan melalui pendekatan ini, saya akan dapat mengetahui masalahmasalah yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran sifir. Pengetahuan ini penting untuk saya membimbing kumpulan sasaran ini dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti seterusnya. Aktiviti 2: Bijak Sifir (Ujian Pra) Berikut adalah langkah-langkah perlaksanaan Aktiviti 2. a. Guru menyediakan satu set soalan sifir yang mengandungi 20 soalan. b. Murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh masa 30 minit. c. Aktiviti ini juga menguji penguasaan murid dalam sifir dengan memberi soalan sifir bermula dari sifir 0 hingga sifir 10. Susunan soalan adalah secara rawak. Pemerhatian- tujuan ujian pra dilakukan adalah untuk menguji tahap penguasaan sifir 15 orang responden yang telah dipilih dalam menyelesaikan soalan sifir sebelum menggunakan kaedah kad Swipe & Set (S&S) yang bakal diterapkan ke atas murid tersebut. Daripada pemerhatian guru, kumpulan sasaran ini masih belum menguasai sifir yang dipelajari dengan baik, mereka keliru antara operasi tambah dan operasi darab dalam Matematik.
13 Refleksi- Melalui keputusan ujian pra yang diperolehi oleh responden, pengkaji dapat bertindak untuk memperkenalkan kaedah baru bagi membantu murid dalam penguasaan sifir. Bertindak merupakan langkah kedua mengikut model kajian yang digunakan. Tindakan yang diambil oleh pengkaji adalah relevan bagi memudahkan murid untuk meningkatkan penguasaan sifir bagi menyelesaikan masalah Matematik terutama melibatkan konsep pendaraban. Aktiviti 3: Pendedahan Swipe and Set (S & S Exposure) Aktiviti 3 ini adalah lanjutan daripada Aktiviti 2 (Bijak Sifir). Tujuan aktiviti 3 ini adalah untuk memperkenalkan dan mendedahkan penggunaan kad Swipe and Set (S&S) kepada responden. Antara langkah yang dilaksanakan dalam aktiviti ini adalah seperti berikut: a. Guru mempamerkan kad S&S kepada murid. Terdapat 10 kad S&S yang dihasilkan bermula sifir 1 hingga sifir 10. b. Guru mengajar murid bagaimana caranya untuk menggunakan kad S&S tersebut dengan betul. Cara penggunaan kad Swipe & Set (S&S) amatlah mudah. Murid hanya perlu “Swipe” ke nombor yang dikehendaki untuk “Set”. c. Murid digalakkan untuk berlatih menggunakan kad S&S bagi mengukuhkan lagi pemahaman mengenai konsep sifir di mana penekanan yang diberi dalam tindakan yang dijalankan di peringkat ini lebih menekankan konsep ‘memahami sifir’ bukan ‘menghafal sifir’. Pemerhatian- berdasarkan pemerhatian yang dibuat responden kajian ini dapat memahami konsep sifir dengan lebih baik. Mereka juga kelihatan lebih berkeyakinan semasa membaca sifir secara berulang-ulang tanpa melihat kad S&S. Selain itu, mereka juga dapat menjawab soalan sifir dengan betul apabila disoal oleh guru secara spontan. Refleksi- saya berasa sungguh gembira kerana semua responden dalam kajian ini dapat memahami dan menguasai kemahiran sifir dengan lebih baik. Latih tubi dan aktiviti yang dijalankan dapat memberikan impak positif terhadap penguasaan mereka dalam memahami konsep sifir dengan baik. Perubahan yang saya rasakan ialah di mana jika sebelum kajian ini dilaksanakan, pengetahuan atau penguasaan sifir responden agak lemah tetapi mereka berkeyakinan dalam membaca sifir dan menjawab soalan sifir dengan lancar.
14 Aktiviti 4: Ujian Pengesanan Celik Sifir (UPCS) – Ujian Pasca Langkah-langkah yang dijalankan dalam aktiviti ini antaranya ialah: a. Guru mengedarkan set soalan yang sama seperti di Ujian Pra (Bijak Sifir) kepada murid. b. Murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh 30 minit. c. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid. d. Selesai menjawab soalan, guru menemu bual sekali lagi murid untuk mengetahui keberkesanan kaedah kad S&S serta minat murid terhadap sifir. Pemerhatian- berdasarkan pemerhatian yang dibuat responden ini dapat menjawab dan menyiapkan ujian yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga berkeyakinan menulis jawapan pada kertas ujian dengan membuat jalan pengiraan mengikut kefahaman mereka mengenai konsep operasi darab yang mana dikenali sebagai sifir. Menerusi temu bual yang dilaksanakan selepas ujian, didapati responden amat berminat mempelajari sifir menggunakan kad S&S dan mereka mengakui lebih faham mengenai konsep sifir. Refleksi- saya sebagai guru yang terlibat dalam kajian ini berasa amat gembira dengan pencapaian responden. Berdasarkan UPCS juga mereka dapat menjawab soalan-soalan sifir yang diuji dengan baik. Jelaslah bahawa responden telah dapat meningkatkan penguasaan sifir setelah mempelajari kaedah kad S&S.
15 10.0 Dapatan Kajian Soalan Kajian 1: Apakah tahap penguasaan sifir murid Tingkatan Satu? a) Jalan kerja Ujian Pra responden Rajah 4: Kesalahan Menjawab Sifir yang Salah
16 b) Jalan Kerja Ujian Pra Responden B Rajah 5: Cara Menjawab Sifir yang Salah
17 Rajah 6: Tiada Pengetahuan Asas Sifir (0 didarab dengan 8 menghasilkan nilai 8) Berdasarkan penelitian terhadap keputusan ujian pra responden, jelas membuktikan penguasaan murid terhadap asas sifir masih rendah dan amat lemah. Responden masih lagi keliru dan tidak memahami konsep darab dalam sifir. Soalan Kajian 2: Bagaimanakah cara penggunaan Swipe and Set (S&S) dapat diperkenalkan kepada murid Tingkatan Satu? Persoalan kajian 2 dijawab dengan menjalankan ujian pra dan juga ujian pasca. Pada permulaan, responden dikehendaki menjalankan ujian pra. Pengkaji menyediakan satu set soalan sifir yang mengandungi 20 soalan. Responden dikehendaki untuk menjawab semua soalan yang diberikan dalam tempoh masa 30 minit. Set soalan ujian pra yang diberikan adalah untuk menguji penguasaan responden dalam sifir dengan memberi soalan sifir yang bermula dari sifir 0 sehingga sifir 10. Susunan soalan yang diberikan adalah secara rawak. Ujian pasca pula diberikan setelah Kaedah Kad Swipe & Set (S&S) didedahkan kepada responden. Ujian pasca dijalankan sama seperti pelaksanaan ujian pra dimana responden diberikan masa selama 30 minit untuk menjawab 20 soalan. Jadual 2 menunjukkan perbandingan pencapaian responden berdasarkan ujian pra dan ujian pasca sebelum dan selepas penggunaan Kaedah Kad Swipe & Set (S&S).
18 Responden Markah Ujian Pra (Bijak Sifir) Peratus (%) Markah Ujian Pasca (UPCS) Peratus (%) Peningkatan (%) A 0 0 12 60 60 B 7 35 19 95 60 C 8 40 17 85 45 D 9 45 17 85 40 E 8 40 12 60 20 F 3 15 10 50 35 G 6 30 13 65 35 H 4 20 11 55 35 I 9 45 18 90 45 J 8 40 16 80 40 K 7 35 14 70 35 L 3 15 12 60 45 M 6 30 17 85 55 N 5 25 15 75 50 O 10 50 20 100 50 JUMLAH 1115 650 Jadual 2: Perbandingan Tahap Penguasaan Sifir di Kalangan Responden
19 Rajah 7: Perbandingan Markah Lulus Ujian Pra dan Ujian Pasca Jelas dapat diperhatikan melalui hasil perbandingan yang ditunjukkan dalam Jadual 2 dan Rajah 7 bahawa terdapat peningkatan yang positif dihasilkan selepas penggunaan kaedah Kad Swipe & Set (S&S). Soalan Kajian 3: Mengapakah kaedah Swipe and Set (S&S) mampu membantu murid Tingkatan Satu menguasai sifir? Berdasarkan kaedah temubual dan pemerhatian untuk melihat peningkatan minat penguasaan asas sifir murid Tingkatan Satu, analisis menunjukkan semua responden memberikan jawapan yang positif. Dengan adanya Kaedah Kad Swipe and Set (S&S), ia membantu mereka menyelesaikan soalan ayat Matematik yang berkaitan dengan mencari hasil darab dengan cepat dan tepat. Mereka tidak perlu menghafal sifir dan hanya menggunakan kad S&S tersebut serta dapat menterjemahkan jalan pengiraan hasil darab berdasarkan pemahaman konsep darab. 0 5 10 15 20 25 A B C D E F G H I J K L M N O Sum of UPBS Sum of UPCS
20 Berikut adalah petikan temu bual bersama beberapa responden kajian: Responden A Temu bual sebelum Ujian Pra (Bijak Sifir) Guru : Adakah kamu berminat untuk belajar sifir? Murid : Saya rasa tak berminat, cikgu. Guru : Kenapa tak minat? Murid : Sebab saya rasa sifir itu, susah. Guru : Apa yang kamu rasa apabila kamu tidak pandai sifir? Murid : Saya malu dengan rakan-rakan lain yang pandai sifir. Guru : Adakah kamu tahu sebab kamu tidak pandai sifir? Murid : Selama ini, saya tidak pernah hafal sifir Guru : Adakah kamu buat latihan sifir di rumah? Murid : Tidak, cikgu. Temu bual selepas Ujian Pasca (UPCS) Guru : Adakah kamu sudah berminat untuk belajar sifir? Murid : Ya, saya rasa minat selepas guna kaedah kad S&S, ni. Guru : Mengapa rasa berminat? Murid : Kad S&S ini menarik sebab ianya berwarna-warni. Kad ini juga memudahkan saya untuk lebih memahami konsep sifir. Guru : Selepas ini, adakah kamu akan membuat latihan sifir di rumah? Murid : Semestinya, cikgu. Sebab saya dah mula faham dan mengingati sifir. Responden B Temu bual sebelum Ujian Pra (Bijak Sifir) Guru : Adakah kamu berminat untuk belajar sifir? Murid : Saya minat cuma tidak dapat menghafal sifir. Guru : Kenapa tak dapat hafal? Murid : Sebab tak faham konsep sifir. Guru : Apa yang kamu rasa apabila kamu tidak pandai sifir?
21 Murid : Saya rasa tidak yakin dengan diri sendiri dan malu dengan rakan-rakan lain yang pandai sifir. Guru : Adakah kamu tahu sebab kamu tidak pandai sifir? Murid : Selama ini, saya tidak pernah hafal sifir Guru : Adakah kamu buat latihan sifir di rumah? Murid : Tidak, cikgu. Temu bual selepas Ujian Pasca (UPCS) Guru : Adakah kamu sudah berminat untuk belajar sifir? Murid : Ya, saya amat berminat selepas guna kaedah kad S&S, cikgu. Guru : Mengapa rasa berminat? Murid : Kad S&S ini mudah untuk dipelajari dan menarik sebab ianya berwarna-warni. Guru : Selepas ini, adakah kamu akan membuat latihan sifir di rumah? Murid : Semestinya, cikgu. Sebab saya dah dapat memahami konsep sifir. 11.0 Rumusan dan Cadangan Kajian Lanjutan Dapatan kajian ini mendapati bahawa kemahiran asas sifir menggunakan kaedah Swipe and Set (S&S) berjaya membantu murid meningkatkan kemahiran penguasaan asas sifir dari sifir satu hingga sifir 10. Seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai asas Matematik seperti darab. Oleh itu, pencapaian murid dalam Matematik juga dapat ditingkatkan. Daripada 15 sampel yang dipilih menunjukkan prestasi yang amat membanggakan selepas menjalani ujian pra dan ujian pasca. Responden A menunjukkan peningkatan dari keputusan sifar pada ujian pra menjadi 60% pada ujian pasca. Manakala responden O menunjukkan peningkatan yang positif dari 50% pada ujian pra menjadi 100% pada ujian pasca. Dengan kenaikan prestasi markah ujian ini menjadikan murid tidak takut lagi dengan Matematik. Kaedah Swipe and Set (S&S) berjaya menarik minat murid kepada Matematik. Dengan erti kata lain, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sesuai berjaya memupuk kesedaran murid tentang asas Matematik. Murid juga mudah menguasai Matematik. Selain daripada itu, guru juga akan menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam sesi PdPc. Guru juga bejaya menambah baik segala kekurangan dan kelemahan yang dikenal pasti semasa sesi PdP (Fakhrul Anwar Mohd Sabri, 2019). Kemahiran ini menuntut guru agar lebih komited
22 dan kompeten dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (JPKK Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2016). Sekaligus membuatkan kaedah penyampaian guru juga menjadi lebih efektif (Ekhwan Haque Fazlul Haque, 2021). Aktiviti-aktiviti yang boleh menjana pemikiran pelajar perlu lebih dipraktikkan dalam kalangan guru semasa sesi PdP (Nur Shahirah Mat Isa & Zamri Mahamod, 2021). Kualiti pengajaran akan menjadi lebih berkesan. Objektif dan matlamat PdP juga berjaya dicapai. Secara keseluruhannya, kajian ini memberikan serta membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan apabila semua sampel menunjukkan peningkatan skor yang positif dalam ujian pasca mereka. Cadangan untuk kajian seterusnya ialah pengkaji ingin menambah jumlah responden kajian yang lebih ramai lagi bagi menonjolkan lagi keberkesanan kaedah kad S&S dalam penguasaan asas sifir murid Tingkatan Satu. Selain itu, kaedah kad Swipe and Set (S&S) ini boleh untuk diketengahkan perkongsian penggunaan kepada mana-mana murid yang masih lemah sifir walaupun sudah melepasi Tingkatan Satu. Dalam pada masa yang sama, guru-guru Matematik Tambahan juga boleh mengubahsuai kaedah ini untuk mengajar topik Algebra yang melibatkan pendaraban. Kesimpulannya, kaedah kad S&S ini relevan untuk digunakan bagi peningkatan penguasaan asas sifir dalam kalangan murid Tingkatan Satu kerana penggunaannya yang mudah, pantas, dan efektif.
1 Meningkatkan Kemahiran dan Penguasaan bagi Topik “Cell Divison” dengan Menggunakan Teknik 5M Abstrak Kajian ini adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan penguasaan bagi topik “Cell Division” dengan menggunakan teknik 5M, seterusnya mampu meninggikan kebolehupayaan pelajar dalam menjawab soalan yang kebiasaannya berbentuk analisis bagi topik tersebut. Teknik 5M ialah (i) meninjau, (ii) membuat kad-kad kecil, (iii) melukis dan melabel, (iv) menganalisis, dan (v) mengingat & mengulang. Seramai 10 orang pelajar dari kelas Tingkatan 4 Ikhlas yang mempamerkan pencapaian sederhana telah dipilih dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dibuat melalui kaedah pemerhatian dan soal selidik terhadap pelajar. Hasil tinjauan menunjukkan hampir semua pelajar tidak dapat menguasai isi kandungan pelajaran topik “Cell Division” dengan baik. Ujian pra dan pasca telah dijalankan untuk membandingkan jumlah markah yang telah diperoleh oleh responden sebelum dan selepas kaedah ini dijalankan. Dapatan menunjukkan peningkatan markah sebanyak 50.0% dari 50.0% dalam ujian pra ke 100% pelajar yang lulus dalam ujian pasca. Konklusi daripada data yang diperoleh, kajian telah berjaya membuktikan bahawa penggunaan teknik 5M amat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Biologi.
2 1. Latar Belakang/ Refleksi P & P Lepas Di dalam Sukatan Pelajaran Biologi, topik “Cell Division” merupakan salah satu tajuk yang penting kerana terdapat banyak fakta dan gambarajah serta memerlukan kefahaman yang kukuh dari pelajar. Berdasarkan objektif di dalam Huraian Sukatan Pelajaran pula, pelajar diminta agar dapat mencurahkan isi kandungan pelajaran ini semula dalam bentuk penerangan dan berupaya melukis semula gambarajah keadaan kromosom mengikut peringkat-peringkat pembahagian sel (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2005). Tambahan pula, topik “Cell Division” di dalam Tingkatan 4 ini seringkali disoal di dalam Kertas 2 Biologi bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan merupakan soalan wajib sekiranya keluar di dalam Bahagian A (struktur). Namun begitu, kebanyakan pelajar menghadapai masalah menjawab soalan topik ini. Walaupun kebiasaannya pelajar tiada kesukaran untuk memahami konten di dalam mata pelajaran Biologi, tetapi bermasalah dalam menjawab soalan peperiksaan bagi topik “Cell Division”. Lazimnya, di dalam peperiksaan, teknik menjawab adalah penting bagi mencapai skor yang tinggi. Akan tetapi bagi topik “Cell Division”, pelajar juga perlu tahu lukisan gambarajah keadaan kromosom peringkat tertentu. Oleh yang demikian, penting supaya pelajar memahami isi kandungan pelajaran dan berupaya untuk menganalisis, mengingat dan menghafal gambarajah. Oleh kerana pelajar saya adalah pelajar aliran sains, maka tiada masalah bagi mereka untuk menghafal konten, akan tetapi mereka tidak memberi fokus kepada soalan analisis. Akibatnya jawapan yang dihasilkan tidak mengikut kehendak soalan.
3 2. Penyataan Masalah/ Isu Kajian Walaupun pelajar di kelas 4 Ikhlas ini merupakan pelajar yang terpilih, namun terdapat beberapa pelajar yang dikenalpasti agak lemah dari segi penguasaan dalam topik “Cell Division”. Akibatnya, mereka selalu gagal dalam mempamerkan bentuk jawapan yang melibatkan gambarajah di dalam Kertas 2. Oleh yang demikian, isu keprihatinan kajian ini berkisar kepada masalah utama kajian bagi topik “Cell Division” di dalam Kertas 2 dan dapat dibahagikan kepada beberapa aspek fokus kajian antaranya ialah: i- pelajar tidak berupaya membina lukisan rajah melibatkan perlakuan kromosom pada setiap peringkat “Cell Division” dengan jelas dan tepat; ii- pelajar keliru dan kurang arif mentafsir maklumat tentang perlakuan kromosom yang terdapat pada setiap peringkat “Cell Division”; iii- pelajar kurang arif dalam jumlah kromosom pada peringkat-peringkat tertentu “Cell Division”; iv- subtopik “Cell Division” ini kebiasaannya keluar di dalam soalan SPM Kertas 2 Biologi; dan v- calon Biologi SPM mudah hilang markah di dalam Kertas 2 kerana terdapat Bahagian B yang sukar untuk diskor iaitu Esei. Selain itu, tajuk “Cell Division” yang mempunyai fakta yang padat telah menyebabkan subjek Biologi lazimnya dianggap sebagai satu subjek yang susah kerana mengandungi banyak fakta yang perlu diingat dan beserta fakta yang berbentuk gambarajah. Ini mendorang pengkaji untuk mengkaji permasalahan yang dihadapi pelajar dan seterusnya mencari jalan untuk menyelesaikannya, selain dapat mengembangkan lagi profesion keguruan pengkaji dalam mempelbagaikan lagi teknik mengajar yang berkesan. Akhir sekali, daripada isu kajian ini, pengkaji berharap dapat membantu pelajar agar lulus dengan cemerlang di dalam SPM.
4 3. Objektif Kajian 3.1 Objektif umum Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam mengenalpasti dan menganalisis peringkat-peringkat kromosom di dalam “Cell Division” melalui teknik 5M dan seterusnya meningkatkan gred purata sekolah di dalam peperiksaan SPM. 3.2 Objektif khusus 3.2.1 Untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengenalpasti isi penting konten dan membuat nota sendiri dalam bentuk kad kecil melibatkan fakta dan gambarajah. 3.2.2 Untuk menambahbaik kaedah pengajaran guru ke arah yang lebih terancang dan berkesan. 3.2.3 Untuk meningkatkan keyakinan pelajar bahawa subjek Biologi adalah mudah dan dapat menyumbang A di dalamSPM. 4. Soalan Kajian i- Adakah teknik 5M mampu meningkatkan kemahiran pelajar menguasai isi kandungan bagi topik “Cell Division”? ii- Bagaimanakah untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang sesuai dan seterusnya memperbanyakkan kaedah pengajaran yang lebih terancang dan berkesan bagi guru? iii- Bagaimanakah untuk meyakinkan pelajar bahawa subjek Biologi adalah mudah dan dapat menyumbang A di dalam SPM? 5. Kumpulan Sasaran Melibatkan 10 orang pelajar Tingkatan 4 Ikhlas 2023 yang secara umumnya mempunyai tahap pencapaian yang berbeza
5 6. Kepentingan Kajian 6.1 Pelajar Pelajar dapat menguasai cara untuk memahami konten dan mengenalpasti kata kunci, menghafal fakta dalam bentuk ayat dan gambarajah seterusnya dapat menjawab soalan Kertas 2 Biologi SPM dengan mudah. 6.2 Guru Guru dapat meningkatkan kemahiran pengajaran dan mengenalpasti kaedah yang sesuai bagi topik “Cell Division” dan seterusnya bab yang lain di dalam Biologi. Selain itu, guru juga dapat mengenalpasti pelajar yang lemah dalam topik tertentu dan mencari kaedah yang sesuai untuk membolehkan pelajar memahami konten, menghafal dan seterusnya menjawab soalan bagi topik ini dalam Kertas 2 Biologi. 6.3 Sekolah Pihak sekolah dapat menaikkan GPS dalam SPM. 7. Tinjauan Literatur Dalam kajian Razunari (n.d), yang bertajuk “Mengaplikasikan teknik 5M untuk meningkatkan penguasaan topik “Cell Division” dalam Biologi”, beliau telah membuktikan bahawa teknik 5M mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam topik tersebut. Maka dengan itu, dalam kajian ini, teknik tersebut telah digunapakai dengan mengubah beberapa langkah dalam teknik tersebut. Teknik 5M dalam kajian beliau ialah (i) membuat tinjauan, (ii) melukis dan melabel, (iii) membina hubungkait, (iv) membuat kad-kad kecil, dan (v) mengingat. Manakala teknik 5M dalam kajian ini, pula ialah (i) meninjau, (ii) membuat kad-kad kecil, (iii) melukis dan melabel, (iv) menganalisis, dan (v) mengingat dan mengulang. Ini adalah kerana kajian telah disesuaikan dengan keadaan responden dan tempat kajian dilaksanakan. Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan oleh para penyelidik seperti model Kemmis & McTaggart (1998), Ebbut, McNiff, Somekh, Cochran-Smith & Lyte, dan Kember & Glow. Othman Lebar (2011), menyimpulkan bahawa walaupun terdapat pelbagai bentuk kajian yang berbeza, setiap bentuk kajian mempunyai ciri am yang sama yang dilakukan dalam bentuk gelung yang merangkumi aktiviti (i) mengenal
6 pasti masalah, (ii) merancang tindakan, (iii) melaksanakan tindakan, (iv) melakukan refleksi dan masuk ke gegelung kedua dengan merancang semula kajian berkenaan akan berulang sehingga mantap dan dapat mencari jalan menyelesaikannya. Oleh yang demikian, Model Kemmis dan McTaggart (1998) dipilih dalam kajian ini. Rasional model ini dipilih kerana kekuatannya yang tersendiri iaitu paling ringkas dan mudah difahami sebagaimana yang dipersetujui oleh Zahratul Laili Abdul Rahim dan Ramlee Mustafa (2011) di dalam kajian ke atas pelajar Sekolah Teknik dengan menggunakan model yang sama. Selain itu, model ini juga merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif bagi meningkatkan kerasionalan di samping meningkatkan amalan-amalan dalam pendidikan (Zailah Zainuddin, 2005). Refleksi adalah sangat penting. Refleksi adalah dilakukan bertujuan seperti (i) memahami kewujudan sesuatu masalah atau kesukaran, (ii) memahami mengapa masalah tersebut wujud, (iii) memahami bentuk masalah yang timbul, (iv) memahami tahap keseriusan masalah yang membelengu P&P tersebut, dan (v) memahami pelaku yang terlibat secara lagsung atau tidak langsung dalam permasalahan itu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2008). Di dalam topik “Cell Division” ini, terdapat banyak fakta dalam bentuk perkataan dan juga gambarajah. Fakta gambarajah yang banyak dapat diingat dengan cara melukis sendiri dan melakukan proses pengulangan. Hal ini bertepatan dengan konsep Teori Behaviorisme yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan seterusnya dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, yang berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan tingkah laku. Perbuatan melukis perlakuan kromosom di dalam peringkat-peringkat “Cell Division” secara sendiri tanpa bantuan orang lain akan membolehkan pelajar tersebut mengingati fakta gambarajah dalam topik yang dikaji. Seterusnya, kaedah mengulang lukisan perlakuan kromosom di kad-kad kecil secara berterusan boleh meneguhkan lagi ingatan pelajar – selaras dengan konsep Teori Peneguhan Skinner. Proses mengulang tidak menjadi sesuatu yang berat bagi kumpulan pelajar yang hendak dikaji.
7 8. Model Model yang dipilih ialah mengikut Model Kemmis dan McTaggart (1998). Menurut model ini, kajian tindakan bergerak satu kitaran atau gelung yang melibatkan empat peringkat iaitu: peringkat I : mereflek peringkat II : merancang peringkat III : bertindak peringkat IV : memerhati Langkah-langkah tersebut adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1998)
8 Kementerian Pendidikan Malaysia (2008) merumuskan model kajian tindakan seperti dalam Rajah 1 dapat diringkaskan dan dijalankan berpandukan proses (i) guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani, (ii) guru menyediakan satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya, (iii) guru melaksanakan rancangan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. 9. Metodologi Kajian dan Analisis Teknik, dapatan, dan analisis kajian yang dijalankan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2. Rajah 2: Aliran prosedur kajian 9.1 Pemerhatian Guru menyoal pelajar dengan meminta pelajar melukiskan gambarajah kromosom di dalam peringkat-peringkat “Cell Division” tanpa merujuk buku. Analisisnya di sini ialah dapat diperhatikan bahawa terdapat ramai pelajar yang tidak berkebolehan untuk melukis perlakuan kromosom dengan tepat apabila disuruh melakukannya di hadapan kelas. Kajian diteruskan dengan membuat soal selidik terhadap pelajar. Pemerhatian Ujian Pra Tindakan (Teknik 5M) Ujian Pasca Refleksi
9 9.2 Ujian pra Ujian pra dilakukan sebelum pelajar-pelajar menghasilkan kad-kad kecil. Ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan langkah-langkah dalam teknik 5M. Analisis keputusan ujian pra ditunjukkan seperti Jadual 3 di bawah. Jadual 3: Analisis keputusan ujian pra Bil Nama pelajar Markah (%) 1 Asma 94 2 Raisa 50 3 Qaisara 44 4 Amelia 31 5 Nurin 56 6 Nikhil 88 7 Neal 44 8 Lee Gyan 44 9 Addryan 56 10 Megat 61 Jadual analisis di atas menunjukkan bahawa dua orang pelajar mendapat markah yang agak cemerlang, manakala seorang pelajar mendapat markah 61%, du orang sahaja mendapat markah 56%, 1 orang mendapat markah 50%, dan tiga seorang memperoleh markah 44% dan seorang pelajar didapati gagal dengan markah 31%. Secara keseluruhan, jumlah lulus pelajar 8 orang sahaja iaitu dalam julat markah 31% – 61%. Ini menunjukkan bahawa pelajar masih belum menguasai sepenuhnya topik “Cell Division”. Rajah 3 menunjukkan graf prestasi keputusan pelajar selepas ujian pra dijalankan.
10 9.3 Tindakan (Teknik 5M) Tindakan seterusnya selepas ujian pra ialah pelaksanaan teknik 5M. Di bawah adalah langkah-langkah dalam teknik 5M. Rajah 4: Teknik 5M mengikut urutan Meninjau Membuat kadkad kecil Menerangkan Menganalisis Mengingat dan mengulang
11 9.3.1 Langkah 1: Meninjau Pelajar diberikan link video dengan video animasi peringkat-peringkat “Cell Division”. Pelajar diminta membuat pemerhatian dengan dengan teliti tentang struktur yang berlabel pada (i) warna kromosom, (ii) bilangan kromosom, dan (iii) susunan kromosom yang terdapat pada video tersebut. Guru juga meminta pelajar untuk membuat catatan peribadi di sepanjang menonton video tersebut. 9.3.2 Langkah 2: Membuat kad-kad kecil Pelajar diberikan tugasan untuk menghasilkan flash card untuk menerangkan perlakuan kromosom semasa Meiosis dan Mitosis Seterusnya, pelajar dikendaki untuk melengkapkan butiran diri di hadapan kad kecil dan dinomborkan mengikut susuan. Kad dibahagikan kepada dua bahagian dalam “Cell Division” iaitu mitosis dan meiosis. 9.3.3 Langkah 3: Menerangkan Dengan menggunakan flash card yang telah dihasilkan, pelajar dikehendaki membuat pembentangan semasa PDPC. Penghasilan flash kad oleh pelajar dapat membantu pelajar membentangkan bahagaian masingmasing dengan penuh yakin dan lancar. 9.3.4 Langkah 4: Menganalisis Langkah yang seterusnya ialah pelajar dikehendaki membuat hubungkait dan menganalisis rajah-rajah yang mereka lukis di atas kad-kad kecil. Pemerhatian yang teliti perlu diberikan terhadap rajah untuk mendapatkan maklumat yang dapat membantu mereka menjawab soalan kelak. Untuk mengenalpasti kehendak dan menjawab soalan, pelajar perlu mahir dengan sesuatu rajah serta dapat menjana idea-idea yang berkaitan dengan rajah tersebut.
12 9.3.5 Langkah 5: Mengingat dan mengulang Proses mengingat melibatkan penyusunan konsep dan fakta ke dalam satu sistem yang teratur dan mudah supaya pelajar dapat memanggil semula maklumat dengan mudah, tepat dan cepat. Rajah yang dibina tadi diteliti berulang kali dan disediakan dalam bentuk mudah bawa serta mudah guna iaitu rajah yang dibina pada kad-kad kecil dengan menggunakan warna yang pelbagai untuk merangsang minda dan minat. 9.4 Ujian pasca Ujian pasca pula dijalankan selepas teknik 5M dilakukan. Soalan-soalan di dalam ujian pos adalah serupa dengan soalan bagi ujian pra. Pelajar yang mempraktikkan kaedah ini, terutamanya dalam dua langkah terakhir iaitu langkah kelima menganalisis dan keenam mengingat dan mengulang kebiasaannya mampu untuk menjawab soalan di dalam ujian pasca dengan lebih baik. Jadual 4 di bawah mempamerkan analisis perbezaan bagi ujian pra dan pasca yang dikira berdasarkan peratusan Jadual 4: Analisis perbezaan keputusan ujian pra dan pasca Bil Nama pelajar Markah (%) Perbezaan (%) Ujian pra Ujian pasca 1 Asma 94 100 +4 2 Raisa 50 58 +8 3 Qaisara 44 94 +50 4 Amelia 31 63 +19 5 Nurin 56 81 +25 6 Nikhil 88 94 +8 7 Neal 44 94 +50 8 Lee Gyan 44 100 +56 9 Addryan 56 100 +44 10 Megat 61 92 +31
13 Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan di dalam ujian pasca selepas penggunaan teknik 5M. Terdapat seorang pelajar sahaja yang mendapat markah lulus paling rendah iaitu 58%, 3 orang pelajar yang masing-masing mendapat markah 67% dan 75%, 2 orang pelajar mendapat markah 83%, dan seorang sahaja mendapat markah paling tinggi iaitu 92%. Ini menunjukkan kesemua pelajar iaitu 100% pelajar mendapat markah lulus dalam ujian pasca selepas pelaksanaan teknik 5M. Perbezaan markah dalam ujian pra dan pasca dapat dirumuskan seperti di dalam Rajah 5. Senarai Pelajar Rajah 5: Graf analisis peningkatan dan perbezaan ujian pra dan pasca 0 20 40 60 80 100 120 Asma Raisa Qaisara Amelia Nurin Nikhil Neal Lee Gyan Addryan Megat Graf markah ujian pra dan pos melawan senarai pelajar Ujian Pra Ujian Pasca Markah Pelajar
14 9.5 Refleksi Sebelum pengakhiran kaedah, ulangkaji dilakukan sebelum ujian pasca dijalankan. Pemerhatian mendapati ramai pelajar berjaya memberi respond dengan cepat apabila ditanya berkenaan dengan topik “Cell Division”. Setelah dilakukan pengulangan sebanyak 3 kali, pencapaian pelajar di dalam ujian pasca menunjukkan prestasi yang sungguh membanggakan. Ini menunjukkan petanda positif dalam teknik 5M. Maka dengan itu, gelung pertama dalam model kajian tindakan ini dapat ditamatkan dengan jayanya.
15 10. Jadual Pelaksanaan Jadual 3: Jadual pelaksanaan kajian Perkara Tarikh Merancang kertas kerja 08 Jun 2023 Menghasilkan soalan ujian pra 24 Jun 2023 Menganalisis data ujian & menghasilkan data dalam bentuk Jadual 27 Jun 2023 Menyusun aktiviti (tindakan) i- Memperkenalkan teknik 5M ii- Mereka bentuk kad-kad kecil bersama pelajar 29 Jun 2023 Melakukan langkah kelima (mengingat dan mengulang) bersama pelajar 6 Julai 2023 Menghasilkan soalan ujian pasca 20 Ogos 2023 Menganalisis data ujian & menghasilkan data dalam bentuk jadual 30 Ogos 2023 Refleksi 15 September 2023 Menghasilkan laporan 20 September 2023
16 11. Cadangan Kaedah ini perlu diteruskan kerana ia dapat membantu pelajar dalam membandingbeza antara mitosis dan meiosis dan seterusnya menjawab soalan berbentuk analisis. Ianya dapat mengatasi kelemahan mereka, sedikit sebanyak dapat menambahbaik lagi keputusan mereka. Diharapkan kajian ini dapat dimurnikan atau ditambah baik oleh pengkaji yang lain dimasa akan datang, mungkin dengan cara mengkaji bagaimanakah menarik minat pelajar dalam membuat kad-kad kecil atau menjadikan proses mengingat dan mengulang menjadi lebih mudah. Adalah juga dicadangkan teknik 5M dalam kajian akan datang boleh dilakukan bagi topik-topik yang memerlukan penerangan proses seperti (i) ekosistem terancam (aras BOD), (ii) variasi, dan (iii) perwarisan. 12. Kesimpulan Secara total, kajian tindakan memang berkeupayaan menyelesaikan atau sedikit sebanyak memperbaiki P&P. Hasil kajian ini mendapati bahawa teknik 5M ini mampu memberikan kefahaman dan penguasaan kepada pelajar. Pelajar yang sebelum ini memberikan tanggapan bahawa topik ini sukar, mereka telah berjaya menunjukkan kesan positif dan memberikan respond yang memberangsangkan.
17 Rujukan Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Huraian sukatan pelajaran Biologi Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Buku manual kajian tindakan. (Edisi ke-3). Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kemmis, S. & McTaggart, R. (1998). Action research planner, 3 rd ed. Victoria: Deakin Univeristy Press. Othman Lebar. (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan: teori dan amalan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Razunari Rodzali. (n.d). Mengaplikasikan teknik 5M untuk meningkatkan penguasaan topik `Cell Division` dalam Biologi. Dicapai pada Jun 6, 2013, daripada http://norkhatimah.smkbt.com/pluginfile.php/170/mod_page/content/1/KT_BIOLOGI.p df Zahratul Laili Abdul Rahim & Ramlee Mustapha. (2011). Problem-based learning in Malaysian Technical School. International Journal for Educational Studies, 4(1): 42- 54. Zailah Zainuddin. (2005). Kemantapan interaksi verbal dalam pengajaran Fizik melalui pengajaran reflektif: satu kajian tindakan kolaboratif. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
18 Lampiran 1 Soalan Pra dan Pasca 1. Diagram shows four phases in cell division. a) Name the type of cell division shown above. [1m] ______________________________________________________________________________ b) Give two reason to support your answer in (a). [2m] _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ c) Write the correct phases sequence for the process of cell division above. [1m] __________________________________________________________________________________ d) Based on diagram, explain the chromosomal behaviour during phase A. [2m] e) Describe one importance of the cell division above to human. [2m] A A A B A C A D
19
2. Diagram shows part of phases in cell division carried out by cell P and cell Q. Cell P Cell Q P1 Q1 Q2 P2 a) Name the type of cell division for; cell P : cell Q : b) Based on diagram, identify the phase in cell division for; P1 : Q2 : c) State the number of chromosome in parent cell for cell P. [1m] d) State the number of chromosome in daughter cell for cell Q. [1m] e) Give one example for; [2m] cell P : cell Q :
Lampiran 3 Flash card yang dihasilkan pelajar
Lampiran 4 Flash Card yang dihasilkan pelajar