The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROZ AZEAN RAMLAN, 2024-01-04 08:37:02

Kajian Tindakan SMK Cochrane 2023

Kajian Tindakan SMK Cochrane 2023

2) Merancang Faktor utama yang dikenal pasti ialah mereka gagal memahami konsep algebra itu sendiri. Dalam menyelesaikan pengiraan Ungkapan Algebra, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah pemahaman mengenai konsep. Justeru, saya telah memilih pendekatan didik hibur bagi mengatasi masalah kepada kekeliruan murid dan membantu murid aras rendah untuk memahami konsep Ungkapan Algebra dengan mudah, seterusnya meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan pengiraan operasi untuk topik ini. Kaedah didik hibur ini dipilih kerana selari dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan di mana pembelajaran adalah berpusat kepada murid dan menyeronokkan. Didik hibur merupakan satu jenis pembelajaran yang berasaskan permainan, permainan digital atau gamifikasi. Dua dimensi penting yang perlu ada dalam didik hibur adalah unsur keseronokan dalam pembelajaran dan penggabung jalinan unsur pendidikan dalam hiburan (Mohamad Rizwan & Roslinda, 2023). Selain itu, saya juga membantu murid dengan perkongsian gambar atau visual tertentu sebagai perwakilan kepada pemboleh ubah. Visual ini diharapkan mampu merangsang pemikiran murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam memahami dan menjawab soalan tersebut. 3) Perlaksanaan tindakan intervensi Perlaksaan intervensi yang diambil adalah dengan memberi pendedahan kepada murid untuk menyelesaikan soalan Ungkapan Algebra dengan menggunakan bahan-bahan bantu belajar yang interaktif. Perlaksanaan tindakan intervensi ini adalah seperti berikut 1) Murid dibekalkan dengan bahan bantu mengajar 2) Guru sebagai pembimbing dalam melaksanakan tindakan intervensi 3) Murid diberikan arahan dan masa untuk menjawab. 4) Murid menyelesaikan soalan berpandukan bahan bantu mengajar


AKTIVITI 1 : KAD BERGAMBAR Rajah 4: Kad bergambar di dalam Aktiviti 1 Rajah 5: Penilaian kemahiran murid berdasarkan Aktiviti 1


Tindakan intervensi yang pertama menggunakan bahan bantu mengajar iaitu kad bergambar (flash card). Kad bergambar digunakan untuk mewakili pemboleh ubah (huruf). Aktiviti ini dipercayai mampu meningkatkan kemahiran murid dalam konsep Ungkapan algebra di mana huruf atau pemboleh ubah diterjemahkan secara visual. Murid meneroka dan menggunakan gambar sebagai perwakilan kepada pemboleh ubah dan sekaligus murid mampu memahami konsep tersebut. Kemudian, murid dibekalkan dengan lembaran kerja untuk penilaian. AKTIVITI 2: PUZZLE TARSIA Rajah 6: Hasil kerja murid di dalam Aktiviti 2 Rajah 7: Penilaian berdasarkan Aktiviti 2


Aktiviti kedua yang dilaksanakan adalah penggunaan ‘Puzzle Tarsia’ di mana murid diminta untuk memadankan soalan Ungkapan Algebra dengan jawapan yang bersesuaian. Soalan yang diberikan adalah berdasarkan kepada operasi gabungan ungkapan algebra. Murid akan menggunakan pengetahuan mereka tentang konsep Ungkapan Algebra untuk menyelesaikan soalan gabungan operasi Ungkapan Algebra. Aktiviti kedua ini adalah hasil daripada pemahaman konsep di dalam aktiviti kad bergambar. AKTIVITI 3 : Mathematics Bingo (MATHO) Rajah 8: Aktiviti Math Bingo (MATHO) Rajah 9: Penilaian berdasarkan Aktiviti 3


Aktiviti ketiga yang dilaksanakan adalah MATHO. Aktiviti ini diadaptasi daripada permainan BINGO tetapi soalannya adalah dalam bentuk Ungkapan Algebra. Dalam aktiviti ini, murid akan memilih nombor soalan. Setiap nombor mempunyai soalan yang berbeza. Sekiranya betul, mereka boleh menanda X pada lampiran yang disediakan. Murid akan menang sekiranya mendapat MATHO dimana murid perlu menyelesaikan soalan sama ada secara menegak, melintang atau perpenjuru. Sama seperti Aktiviti 2, murid akan menggunakan pengetahuan mereka dalam konsep Algebra untuk menyelesaikan soalan gabungan operasi Ungkapan Algebra. KAEDAH GANJARAN (CLASS DOJO) Rajah 10: Kaedah Ganjaran dalam Class Dojo Selain daripada menggunakan pendekatan didik hibur di dalam aktiviti, saya juga turut menggunakan pendekatan ini semasa memberikan ganjaran kepada peserta. Aplikasi gamifikasi iaitu Class Dojo digunakan dalam memberikan ganjaran kepada murid. Menurut Musyrifah & Nurfaradila (2021), elemen gamifikasi berupaya meningkatkan keseronokan dan meningkatkan penguasaan terhadap isi kandungan dalam kalangan murid. Hasilnya, murid berlumba-lumba untuk melakukan aktiviti dan menjawab soalan yang diberikan oleh guru.


4) Memerhati Selepas murid melaksanakan aktiviti menggunakan pendekatan didik hibur, satu Ujian Pasca telah diberikan untuk menilai keberkesanan intervensi kepada murid. Ujian Pasca ini mampu mengukur tahap kemahiran murid dalam topik Ungkapan Algebra. Berikut merupakan hasil dapatan Ujian Pasca. BIL NAMA PENUH MARKAH 1 MUHAMMAD DANIAL HAIQAL BIN JOHARI PINDAH 2 MUHAMMAD LUQMAN HAQIMI BIN ABDULLAH 9 3 MUHAMMAD DANISH SYAZRIEL BIN MOHD AZRUL FAREEZ 17 4 MUHAMMAD AASHIQ AIKAL BIN ABDULLAH 17 5 NIHARIKA A/P RAMESH 20 6 MUHAMMAD AMMAR BIN ABDUL RAZZAQ 16 7 ABDUL QAYYUM HAZIM BIN SHAMSURI 7 8 NANMUGAN A/L RAMESH 15 9 LUKAYIESH A/L KUMARASAN 12 10 SARRAVANAKUMAR A/L RAMAKRISHNAN 8 11 SYAHRUL HAZIQ BIN ABDULLAH 10 12 KRETHIKAA SAMUGAM 21 13 ZAINAL AMSYAR BIN ZAINAL ABIDIN 25 14 NUR IMAN HAZIQ BIN MOHD AMIN 16 15 KISHOR KUMAR A/L SURESH 22 Jadual 11: Markah murid dalam Ujian Pasca


Perlaksaan intervensi yang diambil adalah dengan memberi pendedahan kepada murid untuk menyelesaikan soalan Ungkapan Algebra dengan menggunakan kaedah didik hibur. Keberkesanan tindakan intervensi ini dinilai berdasarkan keputusan atau analisis markah dalam Ujian Pasca. Prestasi murid-murid dalam menyelesaikan soalan Ungkapan Algebra semasa ujian pasca akan dibandingkan dengan prestasi murid dalam Ujian Pra. Hasil perbandingan ini menunjukkan peningkatan dalam kemahiran murid untuk menyelesaikan soalan berkaitan Ungkapan Algebra. Saya berasa berpuas hati dengan penglibatan aktif dan penerimaan murid dalam mengaplikasikan kaedah didik hibur dalam menjawab soalan Ungkapan Algebra. Berikut merupakan perbandingan markah murid dalam ujian Pra dan Ujian Pasca. BIL NAMA PENUH UJIAN PRA UJIAN PASCA 1 MUHAMMAD DANIAL HAIQAL BIN JOHARI 1 PINDAH 2 MUHAMMAD LUQMAN HAQIMI BIN ABDULLAH 1 9 3 MUHAMMAD DANISH SYAZRIEL BIN MOHD AZRUL FAREEZ 2 17 4 MUHAMMAD AASHIQ AIKAL BIN ABDULLAH 1 17 5 NIHARIKA A/P RAMESH 2 20 6 MUHAMMAD AMMAR BIN ABDUL RAZZAQ 3 16 7 ABDUL QAYYUM HAZIM BIN SHAMSURI 2 7 8 NANMUGAN A/L RAMESH 0 15 9 LUKAYIESH A/L KUMARASAN 0 12 10 SARRAVANAKUMAR A/L RAMAKRISHNAN 1 8 11 SYAHRUL HAZIQ BIN ABDULLAH 1 10 12 KRETHIKAA SAMUGAM 2 21 13 ZAINAL AMSYAR BIN ZAINAL ABIDIN 3 25 14 NUR IMAN HAZIQ BIN MOHD AMIN 2 16 15 KISHOR KUMAR A/L SURESH 0 22 Jadual 12: Perbandingan markah murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca


3.0 ANALISIS DATA Data telah dikumpul dan dianalisis melalui beberapa kaedah iaitu daripada ujian Pra, Ujian Pasca serta hasil pemerhatian serta tinjauan melalui class point. Berikut merupakan hasil analisis data yang diperolehi: 3.1 Analisis Data berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pasca a) Perbandingan di antara markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Graf 13: Perbandingan markah di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca Berdasarkan graf di atas, murid menunjukkan peningkatan markah yang ketara selepas saya melakukan tindakan intervensi 1. Penggunaan pendekatan didik hibur melalui aktiviti kad gambar, ‘Puzzle Tarsia’ dan MATHO ternyata mampu meningkatkan kemahiran murid dalam topik ini. Murid telah memahami konsep Ungkapan Algebra dan boleh menyelesaikan soalan yang melibatkan gabungan operasi. . 3.2) Analisis data berdasarkan minat murid terhadap topik Ungkapan Algebra Selain itu, pemerhatian juga dilakukan semasa aktiviti sedang dijalankan. Hasil pemerhatian mendapati bahawa murid menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif kepada topik Ungkapan Algebra. Mereka sangat gembira melakukan aktiviti yang dijalankan. Murid-murid juga mula berminat untuk menjawab soalan berkaitan tajuk Ungkapan Algebra. 0 5 10 15 20 25 30 BILANGAN MARKAH PERBANDINGAN MARKAH UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA Ujian Pra Ujian Pasca


Selain itu, saya turut menjalankan tinjauan melalui aplikasi Class Point. Berikut menunjukkan hasil analisis tinjauan yang dijalankan: Rajah 14: Tinjauan mengenai minat murid terhadap topik Ungkapan Algebra


3.5 GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI


Gambar penilaian semasa Class Point Adakah topik ungkapan algebra lebih mudah setelah kamu mengikuti program PUPUK? mudahnya


4.0 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Pendekatan didik hibur ini sangat membantu murid Tingkatan 2 dalam meningkatkan keseronokan dan minat semasa mempelajari topik Ungkapan Algebra. Menerusi kaedah ini, murid lebih bersemangat dan berasa gembira semasa aktiviti dijalankan. Dalam masa yang sama, kemahiran murid dalam menjawab soalan gabungan operasi Ungkapan Algebra dapat ditingkatkan. Namun begitu, terdapat beberapa aspek yang masih boleh diperbaiki pada masa akan datang. Antaranya adalah kurangnya soalan berbentuk KBAT yang diterapkan oleh guru. Oleh sebab itu, kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah operasi ungkapan algebra yang melibatkan penggabungan operasi adalah terhad. Hal ini kerana masa yang diperuntukkan untuk program PUPUK ini adalah terhad di mana program ini hanya dijalankan selama 50 minit setiap minggu dalam tempoh kurang daripada 3 bulan. Oleh itu, disarankan agar program ini berlangsung dengan tempoh yang lebih panjang supaya data yang diperolehi adalah lebih tepat. Selain itu, data yang diperolehi juga dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti masalah kehadiran murid. Disarankan agar masalah kahadiran ini ditangani supaya tidak mengganggu kesahan data. Selain itu, untuk meningkatkan kesahan data, tindakan intervensi perlu diulang sebanyak 2 kali. Kitaran kedua penting penting sebagai penambahbaikan daripada kitaran pertama dan untuk memastikan data yang diperolehi adalah tepat. Sebagai rumusan, kemahiran murid menjawab soalan di dalam topik Ungkapan Algebra boleh ditingkatkan dengan pendekatan didik hibur ini. Penggunaan sepenuhnya pedagogi didik hibur ini dalam Algebra adalah efektif dalam usaha meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan Ungkapan Algebra dan seterusnya meningkatkan minat dan keseronokan murid dalam mempelajari Matematik. Adakah kamu lebih berminat belajar topik Ungkapan Algebra selepas kelas PUPUK ? Minat. TQ cikgu Best giler. Luff. Minat Minat Minat sangat Yess.. makin faham dan minat Dah terminat tanpa sengaja


5.0 RUJUKAN Che Mohd Sukri, N., & Abdul Rahman, M. (2022). Permainan Berkomputer Mata Pelajaran Matematik dalam Tajuk Operasi Asas. Journal of Engineering, Technology and Applied Science. Ismail, M., & Mohamad Nasri, N. (2021). Keberkesanan Pendekatan Gamifikasi Dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris Dari Segi Penglibatan Murid Dan Pengekalan Pembelajaran. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 49-61. M, L. (2016). Keberkesanan Kaedah Visualisasi: Meningkatkan Keupayaan Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat. 687-689. Norshafariza , M., & Muhammad Nubli , A. (2022). Kajian Masalah Pembelajaran Matematik di kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. Nur Aliah Izzaty, H. (2019). Penggunaan kaedah didik hibur untuk pembelajaran matematik dalam kalangan murid. University Malaya Publisher.


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN COCHRANE JALAN SHAHBANDAR OFF JALAN COCHRANE 55100 KUALA LUMPUR NAMA PENGKAJI RAHAYU BINTI GHAZALI TAJUK KAJIAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MEMBANTU MURID TINGKATAN 4 HARAPAN MENGINGATI FAKTA DALAM MENJAWAB SOALAN ESEI SEJARAH 23 SEPTEMBER 2023


PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MEMBANTU MURID TINGKATAN 4 HARAPAN MENGINGATI FAKTA DALAM MENJAWAB SOALAN ESEI SEJARAH RAHAYU BINTI GHAZALI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN COCHRANE 2023


BAB 1 PERSEDIAAN


1.0 PENGENALAN Cabaran utama yang dihadapi dalam sistem pendidikan abad ke-21 ialah melahirkan generasi muda yang berilmu pengetahuan luas, mampu berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif, mempunyai pelbagai kemahiran kepimpinan dan mampu berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Titik tolak kejayaan seseorang murid itu bermula apabila mereka menamatkan alam persekolahan dan mengorak langkah ke peringkat seterusnya dengan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti universiti, IPTA atau IPTS. Keputusan kerajaan menetapkan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2013 membuktikan kepentingan mata pelajaran ini dalam melahirkan generasi yang berjiwa patriotik, mempunyai identiti kebangsaan dan mampu mengambil iktibar daripada peristiwa Sejarah dan menganalisis dan menilai fakta Sejarah dengan matang untuk membentuk kehidupan yang harmoni pada masa akan datang. Impian untuk melahirkan generasi yang cemerlang ini akan menghadapi cabaran dan halangan sekiranya murid yang menduduki peperiksaan SPM ini gagal mata pelajaran Sejarah. Keluhan yang paling kerap didengari adalah terlalu banyak fakta yang perlu diingati dan kesukaran mengenalpasti isi penting yang terdapat dalam penceritaan peristiwa sejarah berkenaan. Hal ini sekaligus menjadikan pelajar sukar mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran ini dan ramai juga yang gagal membuatkan mereka tidak layak memperolehi sijil SPM. Peta Minda atau juga dikenali sebagai peta pemikiran atau I-Think Map merupakan satu kaedah yang dapat membantu murid mencatat isi penting dan sekaligus membolehkan pelajar mengingati fakta dan meningkatkan kefahaman bagi sesuatu topik Sejarah yang dipelajari.


1.1 PERNYATAAN MASALAH Mata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran wajib lulus sejak tahun 2013. Pendidikan Sejarah merupakan satu mata pelajaran teras yang sering dikritik oleh kebanyakan murid sebagai satu mata pelajaran yang membosankan dan sukar difahami. (Zahara & Nurliah 2009). Hal ini kerana murid perlu mengingati peristiwaperistiwa sejarah dan perlu mengkaitkannya dengan masa kini atau masa datang. Kepentingan murid mengingati fakta ini tidak dapat dinafikan kerana sebahagian besar markah adalah daripada bahagian esei iaitu sebanyak 60% dalam peperiksaan mata pelajaran Sejarah Kertas 2 Sijil Pelajaran Malaysia. Hasil tinjauan saya selama ini mendapati kegagalan murid mendapat markah yang tinggi atau lulus adalah disebabkan ketidakupayaan mereka mengingati fakta Sejarah. Kajian dan penyelidikan tentang kaedah mengingati fakta dan peristiwa sejarah pula kurang dijalankan. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauh mana penggunaan Peta Minda dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengingati fakta Sejarah dalam menjawab soalan esei. 1.2 FOKUS KAJIAN Fokus kajian ini tertumpu kepada mata pelajaran Sejarah. Aspek yang ditekankan dalam kajian ini ialah berkenaan penggunaan peta minda yang merupakan satu kaedah pembelajaran abad ke-21 bagi membantu murid mengingat fakta, urutan / kronologi peristiwa Sejarah. Dalam kajian ini, penyelidik melihat pemahaman murid dalam dua topik yang terdapat dalam buku Sejarah iaitu : Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua


1.3 SOALAN KAJIAN Kajian yang dijalankan bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut : 1.3.1 Mengapakah murid sukar mengingati fakta Sejarah? 1.3.2 Bagaimanakah peta minda dapat membantu murid mengingati fakta? 1.3.3 Apakah terdapat perbezaan pencapaian dalam menjawab soalan esei tanpa menggunakan peta minda dengan amalan menggunakan peta minda untuk mengingati fakta? 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus kajian ini adalah untuk : 1.4.1 Meninjau bagaimana penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengingati fakta Sejarah. 1.4.2 Meninjau bagaimana peta minda membantu murid menjawab soalan esei Sejarah Kertas 2. 1.4.3 Membuat penilaian tentang tahap penguasaan murid. 1.5 KUMPULAN SASARAN / PESERTA KAJIAN Kumpulan murid atau peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 10 orang murid tingkatan 4 Harapan . Kumpulan sasaran ini terdiri daripada lima orang murid lelaki dan lima orang murid perempuan. Kebanyakan murid kelas ini mengakui sukar untuk mengingati fakta yang sangat banyak dan membuatkan mereka sukar mendapat markah yang tinggi dalam soalan berbentuk esei. Dalam kajian ini saya dan murid memainkan peranan masing-masing. Saya mengarahkan murid menggunakan peta minda untuk topik tertentu dan murid pula menggunakan peta minda untuk mengeluarkan fakta penting dan kemudian mengingati dan menghafal fakta berkenaan.


1.5 JADUAL KERJA Jadual pelaksanaan kajian tindakan ini adalah seperti berikut : Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan 1 PRA UJIAN Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 8.5.2023 2 Menulis Proposal Kajian Mengumpul kajian lepas yang berkaitan 10.5 2023 3 Merancang Tindakan – (Individu ) 15.5.2023 4 Melaksanakan Tindakan - Aktiviti 1 22.5.2023 5 Membincangkan masalah yang timbul dalam Tindakan 1 Analisis Hasil Kerja Pelajar Mengumpul Evidens 26.6.2023 6 Melaksanakan Tindakan - Aktiviti 2 16.7.2023 7 Membincangkan masalah yang timbul dalam Tindakan 2 (Individu) 8.8.2023 8 Ujian untuk mengesan pencapaian murid 16.8.2023 9 Refleksi Kajian 5.9.2023 10 Menulis Laporan Kajian 18.9.2023 11 Pembentangan Dapatan Kajian 26.9.2023


BAB 2 PENULISAN


2.0 PERNYATAAN MASALAH Masalah kurangnya minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah bukan sesuatu yang baru. Kebanyakan murid menyatakan kesukaran menghafal peristiwa penting yang berlaku di dalam Sejarah kerana perlu mengingati fakta yang terdiri daripada tahun, urutan peristiwa, faktor dan kesan yang timbul di dalam sesuatu penceritaan Sejarah. Hal ini akan mengakibatkan markah murid merosot dan ada yang gagal mata pelajaran Sejarah. Perkara ini dinyatakan oleh Ismail (2006), masalah dalam pengajaran wujud apabila guru tidak memberi penekanan kepada unsur pemetaan minda dalam sesuatu kaedah. Akibatnya murid tidak bersedia dalam pembelajaran. Berdasarkan kajian Abd. Aziz (2007), pengajaran konvensional masih menjadi amalan di dalam kelas. Para guru menggunakan kaedah syarahan dengan merujuk buku teks, nota dan buku latihan topikal. Keadaan ini menjadikan proses PdPc tidak menarik dan murid tidak memberi tumpuan dalam pengajaran serta sukar mengingati fakta. Seterusnya murid tidak berjaya mencapai peratus lulus yang baik serta mengakibatkan gred purata mata pelajaran Sejarah merosot. Oleh itu, penggunaan peta minda / peta pemikiran i-Think oleh guru dan murid dalam PdPc, dapat meningkatkan pemahaman terhadap peristiwa Sejarah terutamanya dalam mengingati urutan peristiwa atau kronologi sesuatu peristiwa Sejarah. 2.1 OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus kajian ini adalah untuk : 2.1.1 Meninjau bagaimana penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengingati fakta Sejarah. 2.1.2 Meninjau bagaimana peta minda membantu murid menjawab soalan esei Sejarah. 2.1.3 Membuat penilaian tentang tahap penguasaan murid.


2.2 SAMPEL KAJIAN Sampel kajian merupakan kumpulan murid yang terlibat dalam penyelidikan ini. Mereka merupakan 10 orang murid berbilang bangsa daripada tingkatan 4 Ikhlas dan masing-masing berumur 16 tahun. Sampel kajian terdiri daripada lima orang murid lelaki dan lima orang murid perempuan. Kebanyakan murid kelas ini mengakui sukar untuk mengingati fakta yang sangat banyak dan membuatkan mereka sukar mendapat markah yang tinggi dalam menjawab soalan esei Sejarah. Bil. Murid Tkn Masalah pembelajaran 1 Murid 1 4H Sukar mengingati fakta 2 Murid 2 4H Keliru banyak maklumat 3 Murid 3 4H Sukar mengingati fakta 4 Murid 4 4H Tidak dapat mencari isi penting 5 Murid 5 4H Tidak dapat mencari isi penting 6 Murid 6 4H Terlalu banyak fakta untuk diingat 7 Murid 7 4H Terlalu banyak fakta 8 Murid 8 4H Keliru banyak maklumat 9 Murid 9 4H Sukar mengingati fakta 10 Murid 10 4H Terlalu banyak fakta untuk diingat Jadual 1 : Senarai nama murid, tingkatan dan masalah pembelajaran Sejarah 2.3 TINJAUAN LITERATUR Setiap kajian memerlukan tinjauan literatur sebagai panduan ke arah memperincikan lagi kajian. Dalam konteks kajian ini, tinjauan literatur melihat aspek kepentingan mata pelajaran Sejarah dan kelebihan penggunaan peta minda dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap topik yang dipelajari. Menurut Ismail Bin Said dan Rosadah Binti Nik Ali (2013) tujuan kepada kurikulum Sejarah adalah untuk menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah. Kajian lepas mendapati bahawa isi pengajaran dan pembelajaran yang dipenuhi dengan fakta dan jalan cerita yang meliputi pelbagai kronologi telah menyukarkan pelajar untuk memahami dan


meminati mata pelajaran Sejarah (Khairuddin 2011). Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila guru Sejarah tidak mengambil inisiatif yang lebih kreatif untuk merangsang minat pelajar dalam pembelajaran Sejarah. (Zahara & Nurliah 2009) RoseHoney (2012), menyatakan masalah pembelajaran Sejarah wujud adalah disebabkan oleh murid yang terlalu bergantung kepada ayat buku teks menyebabkan murid tidak dapat menjawab soalan apabila ayat tersebut diubah dan kebergantungan kepada fakta buku teks semata-mata menyebabkan murid tepu dan rigid untuk berfikir. Robert M Gagne (1916-2002) dalam taksonomi pembelajaran menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas. Dalam fasa penyimpanan murid meringkaskan fakta Sejarah menggunakan kemahiran tersendiri seperti membentuk peta minda untuk memudahkan mengingati isi penting. Fasa ini penting untuk meransang ingatan semula apabila diperlukan. Dalam Teori Pembelajaran Konstruktivisme, murid perlu mencari maklumat yang diperlukan, berbincang dengan rakan untuk membina pengetahuan yang baru dan mengolahkannya sendiri untuk menjana pengetahuan dan menjadikan pembelajaran itu lebih bermakna dan kekal. Kajian yang dilakukan oleh Mahzan, Razak & Muhaimi (2014), menyatakan mata pelajaran Sejarah mempunyai banyak idea yang abstrak serta konsep yang sukar untuk difahami. Konsep ini memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan daya pemikiran seseorang individu dan membentuk daya intelektual murid. Dengan menggunakan kaedah peta minda, segala nota Sejarah yang dipenuhi dengan fakta dapat dipendekkan dengan menggunakan pelbagai simbol, warna, corak dan sebagainya. Hal ini akan memudahkan murid untuk mengingati segala fakta yang telah dipelbagaikan melalui peta minda. Pernyataan ini dibuktikan melalui dapatan kajian iaitu majoriti murid mengakui bahawa penggunaan peta minda mempunyai banyak manfaat termasuklah membantu murid mengingati fakta


Sejarah (97%, n=29), membantu murid untuk membuat ulang kaji pelajaran yang efektif (90%, n=27), memudahkan ulang kaji (70%, n=21), dan membantu murid untuk menguasai konsep-konsep dalam pembelajaran Sejarah (80%, n=24). Ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah peta minda boleh membantu murid faham tentang pembelajaran Sejarah. Manakala Yahya Othman dan Azmey Othman (2012) mendapati bahawa penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah sekolah menengah Arab di negara Brunei Darussalam menunjukkan prestasi sampel daripada kumpulan eksperimen lebih tinggi dan signifikan berbanding prestasi sampel daripada kumpulan kawalan. Dapatan kajian ini menunjukkan peta minda mampu menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Selain itu, dengan menggunakan peta minda, para murid akan terlibat secara aktif dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.


BAB 3 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA


3.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Terlebih dahulu sebelum saya menjalankan kajian tindakan , saya telah mengenalpasti 10 orang murid yang menghadapi masalah dalam menjawab soalan esei Sejarah. Saya telah memilih lima murid lelaki dan lima murid perempuan dari tingkatan 4 Harapan. Seterusnya langkah-langkah telah dilakukan untuk mengenalpasti masalah dan kelemahan mereka dalam menjawab soalan esei. Untuk mengumpul data, saya melakukan kaedah pemerhatian (memeriksa kertas latihan esei murid), melaksanakan ujian pra, Pentaksiran Bilik Darjah, melaksanakan kaedah peta minda serta soalan latihan, dan akhirnya ujian pasca. Kaedah pengumpulan data diperolehi melalui Tindakan 1 dan 2. Tindakan tersebut merangkumi aktiviti berikut : Aktiviti 1 : Kaedah Pemerhatian (Memeriksa Latihan Esei ) Saya telah melakukan pemerhatian terhadap 10 orang murid yang menjadi sampel kajian saya. Saya dapati mereka sukar menulis esei yang baik kerana mereka tidak dapat mengenal pasti fakta dan juga tidak mengingati fakta penting untuk di tulis di dalam jawapan esei. Hal ini kerana mereka hanya membaca terus daripada buku teks dan buku rujukan tanpa mengeluarkan isi dan fakta penting melalui kaedah peta minda. Gambar 1: Contoh esei murid telah menunjukkan beliau tidak dapat menjawab soalan esei kerana tidak mengingati fakta dan juga tidak memahami kehendak soalan menyebabkan salah fakta.


Aktiviti 2 : Melaksanakan Ujian Pra Satu ujian pra telah dijalankan kepada murid-murid tingkatan 4 Harapan. Ujian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian awal murid sebelum penggunaan peta minda dijalankan. Saya telah mendapat kerjasama yang baik. Sampel seramai 10 orang telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai tujuan ujian diadakan. Dalam melaksanakan ujian pra ini, dua soalan esei Bab 3 diberikan kepada murid selepas pelaksanaan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Murid perlu menjawab soalan esei berkenaan dalam masa 40 minit. Soalan yang dikemukakan ialah : i) Mengapakah tercetusnya Perang Dunia Kedua? (10 Markah) ii) Jelaskan peristiwa bermulanya Perang Dunia Kedua di Eropah. (10 Markah) # Setiap fakta diberi 2 markah Hasil daripada kajian ini telah menunjukkan murid masih tidak dapat mengingati fakta yang dipelajari walaupun selepas PdPc dilaksanakan. Berikut adalah markah yang diperolehi oleh murid berkenaan : Bil. Murid Tkn Markah Ujian Pra (40 M) 1 Murid 1 4H 14 2 Murid 2 4H 11 3 Murid 3 4H 12 4 Murid 4 4H 8 5 Murid 5 4H 8 6 Murid 6 4H 10 7 Murid 7 4H 12 8 Murid 8 4H 12 9 Murid 9 4H 14 10 Murid 10 4H 10 Jadual 2 : Senarai nama murid, tingkatan dan markah ujian pra Aktiviti 3 : Membuat Peta Minda dan Aktiviti 4 : Ujian Pasca


Tindakan yang Dijalankan Untuk mengenalpasti hubungkait antara penggunaan peta minda dengan peningkatan pemahaman murid terhadap sesuatu topik, saya telah melaksanakan kaedah peta minda. Penggunaan peta minda juga untuk melihat sejauh mana murid dapat mengeluarkan fakta penting dari sesuatu peristiwa dan seterusnya dapat mengingati fakta tersebut sewaktu menjawab soalan esei. Pelaksanaan aktiviti ini berterusan secara konsisten dalam sesi PdPc bermula dari Mei 2021 hingga Ogos 2023. Contoh hasil kerja murid dapat dilihat seperti di bawah ini : Gambar 2 : Peta minda yang dihasil oleh murid (sampel)


Gambar 3 : Peta minda yang dihasil oleh Nur Wafa dan Natasha. Gambar 4 : Peta minda yang dihasil oleh Syaqila. Gambar 5 : Tugasan berbentuk peta minda yang disiapkan oleh Razif.


Sewaktu di dalam kelas, saya telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran. Kemudiannya saya memberi murid masa untuk melakarkan peta minda. Dari pemerhatian saya, mereka lebih jelas dengan fakta dalam topik berkenaan apabila melakukan aktiviti menggunakan peta minda. Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan bagi aktiviti ini adalah seperti berikut : Set induksi Guru memberi penerangan tentang tajuk dan dikuti dengan peristiwa dan kronologi Sejarah. Kemudian bincang mengenai isi penting. Langkah 1 Murid meneliti keseluruhan peristiwa dan soal jawab berkaitan Pdpc yang dijalankan hari itu. Langkah 2 Murid mencari fakta penting yang berkaitan dengan kehendak soalan . Langkah 3 Murid mencatat fakta tersebut menggunakan peta minda yang bersesuaian. Langkah 4 Latihan menulis esei diberi oleh guru. Penutup Menyemak isi penting untuk melihat pencapaian murid dalam mengingati fakta. Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian, saya memulakan pengajaran dengan menyatakan tajuk yang akan dipelajari serta objektif dan kriteria kejayaan yang ingin dicapai. Seterusnya saya menerangkan peristiwa dan kronologi Sejarah yang terdapat di dalam topik hari itu. Pada langkah yang pertama, saya meminta murid membaca dan meneliti keseluruhan peristiwa dan kronologi yang terdapat dalam topik berkenaan. Kemudian, murid mencari fakta penting dan mencatatnya di dalam peta minda yang bersesuaian. Ada yang menggunakan carta alir dan ada yang menggunakan peta buih.


Gambar 6 : Peta minda yang dihasilkan oleh Harith. Gambar 7 : Murid (sampel) sedang menghasilkan peta minda. (Rubaasrie, Natasya dan Farzana)


Murid juga menunjukkan pemahaman yang tinggi apabila mereka berjaya membuat pembentangan yang baik dan dapat menghasilkan peta minda untuk dikongsi bersama rakan-rakan sekelas. Maklumat dapat dilihat dengan jelas melalui penggunaan peta minda. Gambar 8 : Firas membuat pembentangan dalam bentuk peta minda di dalam kelas. Gambar 9 : Razif, Zaem dan Adam memindahkan hasil perbincangan peta minda ke dalam bentuk powerpoint.


Gambar 10 : Firas, Harith, Adam, Razif dan Zaem sedang memindahkan maklumat penting ke dalam bentuk peta minda. Langkah seterusnya , setelah penggunaan peta minda dilakukan, saya telah menjalankan Ujian Pasca bagi menguji kefahaman dan penguasaan murid dalam menjawab soalan esei. Saya telah memberi dua soalan esei untuk dijawab oleh murid. Pemerhatian yang saya jalankan mendapati keputusan ujian pasca adalah amat memberangsangkan dan menunjukkan peningkatan. Gambar 11 : Esei Murid selepas ujian Pasca menunjukkan peningkatan pemahaman & penguasaan fakta DAPATAN DARIPADA DATA / REFLEKSI KAJIAN Ujian pra telah dilaksanakan untuk membolehkan perbandingan dilihat antara pencapaian sampel sebelum dan sesudah Pdpc menggunakan peta minda. Ujian pra terdiri daripada dua soalan esei dari Bab 3 Tingkatan 4 dan kumpulan sasaran ini diberi masa menjawab selama 40 minit.


Bil. Murid Tkn Markah Ujian Pra (40 M) Markah Ujian Pasca (40 M ) 1 Murid 1 4H 14 36 2 Murid 2 4H 11 28 3 Murid 3 4H 12 32 4 Murid 4 4H 8 16 5 Murid 5 4H 8 18 6 Murid 6 4H 10 22 7 Murid 7 4H 12 30 8 Murid 8 4H 12 24 9 Murid 9 4H 14 34 10 Murid 10 4H 10 26 Jadual 3 : Senarai nama murid, tingkatan dan markah ujian pra serta markah ujian pasca Keputusan ujian pra dapat dirumuskan seperti berikut: JUMLAH MARKAH BILANGAN PELAJAR PERATUS % 0-9 (sangat lemah) 2 20 10-19 (lemah) 4 40 20-29 (sederhana) 2 20 30-40 (cemerlang) 2 20 JUMLAH 10 100 Jadual 3: Keputusan Ujian Pra Berdasarkan jadual di atas, didapati keputusan ujian pra adalah 20% sampel mendapat keputusan di tahap yang sangat lemah, 40% ditahap lemah, 20% di tahap sederhana manakala 20% di tahap yang cemerlang. Ini menunjukkan murid tidak dapat mengingati fakta dan rentetan peristiwa dengan baik tanpa menggunakan peta minda. Selepas murid menggunakan peta minda dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru, ujian pasca telah diadakan untuk mengesan keberkesanan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid Kelas 4 Harapan. Murid diberi masa seminggu sebagai tempoh persediaan ujian pasca ini. Keputusan ujian pasca dapat dilihat seperti Jadual 2 di sebelah :


JUMLAH MARKAH BILANGAN PELAJAR PERATUS % 0-4 (sangat lemah) - 0 5-8 (lemah) 1 10 9-12 (sederhana) 4 40 13-16 (cemerlang) 5 50 JUMLAH 10 100 Jadual 4 : Keputusan Ujian Pasca Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat tiada lagi murid yang menduduki tahap sangat lemah selepas penggunaan peta minda dalam aktiviti pembelajaran. Hal ini menunjukkan penggunaan peta minda telah berjaya membantu murid dalam mengingati fakta Sejarah. Manakala peratus murid lemah dalam menguasai topik Sejarah telah menurun sebanyak 40% iaitu daripada 40% kepada 10% sebelum ini. Ternyata murid lebih memahami dan dapat mengingati fakta jika mengaplikasikan peta minda dalam mencari maklumat atau isi penting. Peratus murid cemerlang juga telah meningkat ke 50% berbanding sebelum ini yang hanya 20%. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan peta minda dalam mengingati fakta Sejarah telah berjaya membantu murid menguasai isi penting dan memahami topik yang dipelajari berbanding dengan PdPc atau catatan nota seperti yang terdapat di dalam buku teks atau buku rujukan. Pencapaian ini sekaligus meningkatkan markah lulus dan score murid dalam mata pelajaran Sejarah. Peratus Pencapaian Murid sangat lemah lemah sederhana cemerlang


Carta 1 : Keputusan Ujian Pra mengikut peratusan. Carta menunjukkan pencapaian murid yang kurang memberangsangkan sebelum penggunaan peta minda. Carta 2 : Keputusan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan peratus murid cemerlang dalam menjawab soalan esei selepas menggunakan peta minda. Peratus Pencapaian Murid sangat lemah lemah sederhana cemerlang


BAB 4 PELAPORAN


4.0 PELAPORAN 4.1: Kesimpulan Secara keseluruhan, penggunaan peta minda sebagai salah satu teknik pengajaran sejarah sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sejarah. Dapatan kajian jelas menunjukkan berlakunya peningkatan pemahaman dan perubahan sikap murid terhadap mata pelajaran Sejarah selepas didedahkan kepada pengajaran menggunakan peta minda. Pencapaian murid dalam mata pelajaran Sejarah telah meningkat dengan ketara selepas diajar menggunakan peta minda. Kebanyakan murid telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Sejarah yang secara tidak langsung telah meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sejarah tersebut. Justeru, para guru hendaklah mengambil inisiatif untuk mendedahkan teknik pengajaran menggunakan peta minda terhadap semua mata pelajaran sebagai satu kaedah berkesan meningkatkan kefahaman, minat dan pencapaian pelajar. Guru Sejarah juga hendaklah kreatif dan inovatif dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik seiring dengan era globalisasi. 4.2: Cadangan Penambahbaikan Secara keseluruhan , kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian murid semakin baik walaupun bukan 100%. Namun begitu , usaha diteruskan agar murid dapat menguasai 100% fakta penting sewaktu menduduki peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia nanti. Saya juga akan terus menggunakan pendekatan ini di samping kaedah dan teknik pengajaran yang lain bersesuaian dengan pembelajaran alaf ke-21 ini. Sebagai kesimpulan , kajian tindakan yang saya lakukan ini sangat memberi manfaat kepada murid kerana mereka lebih menguasai fakta dan lebih memahami topic yang dipelajari. Selain itu mereka juga dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian dalam pelajaran. Kajian ini juga telah menyedarkan saya bahawa teknik ini berjaya merangsang minda murid dalam memahami mata pelajaran Sejarah.


BIBLIOGRAFI Mohd Mahzan Awang et al. 2014. Penggunaan Peta Minda Oleh Pelajar Pintar Cerdas dalam Pembelajaran Sejarah. Kuala Lumpur. Jurnal Pendidikan Malaysia. Noor Hidayu Mohd Rahim et al. 2016. Keberkesanan Peta Bulatan dan Peta Alir Dalam Meningkatkan Penguasaan Menulis Karangan Naratif Murid-Murid Cina. Fakulti Pendidikan UKM. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Norfarahin Izzati & Tengku Zawawi. 2014. Penggunaan Peta Alir i-Think dan Kit “Pat-Pat Kup” Dalam Membantu Murid Menguasai Kemahiran Mengukur Perimeter Gabungan Bentuk Dua Dimensi. Penyelidikan Tindakan PISMP 20141.2 (2014). Tee Tze, et al. 2010. Kepentingan Peta Minda Sebagai Alat Berfikir Dalam Mengambil Nota Kuliah. (2010): 1-15. Looi Kuang Siang. 2012. Pengguaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Kefahaman dan Ingatan Murid Tahun 4 dalam Subjek Sains. SeminarPenyelidikan Tindakan. IPG Kampus Batu Lintang.


1 Teknik ‘SALAK’ dalam Menginterpretasikan Makna Disebalik Ayat dan Menjana Idea untuk Membina Ayat dengan Efektif Wan Nor Syahira Wan Draman SMK Cochrane, Kuala Lumpur [email protected] Abstrak Teknik SALAK diperkenalkan kepada murid Kelas Intervensi Awal Membaca & Menulis (KIA 2M) untuk melihat keberkesanan mereka dalam membina ayat berdasarkan grafik yang diberi dengan pendekatan didik hibur. Tujuan utama teknik ini diaplikasikan sepenuhnya untuk murid KIA 2M agar sesi pengajaran dapat merangsang dan menarik minat murid-murid untuk berinteraksi, melahirkan idea serta belajar dalam suasana yang kondusif dan menyeronokkan. SALAK ialah akronim daripada perkataan (S) bagi ‘Siapa’, (A) bagi ‘Aktiviti’, (L) bagi ‘Lokasi’, (A) bagi ‘Alatan’ dan (K) merujuk kepada ‘Keterangan’. Reka bentuk penyelidikan berdasarkan kajian ke atas 8 orang murid KIA 2M yang kesemuanya ialah murid Tingkatan 1 yang terdiri daripada kelas Bakti, Unggul dan Dinamik, SMK Cochrane. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 8 jenis ayat yang boleh dibina menerusi teknik ini. Ayat yang dibina tidak kelihatan stereotaip antara satu ayat dengan ayat yang lain. Ayat yang dibina beransur maju daripada mudah hinggalah kepada ayat yang lebih kompleks. Murid-murid KIA 2M daripada pelbagai tahap sama ada aras lemah, sederhana dan baik boleh mengaplikasikan teknik ini untuk membina ayat dengan cepat dan efektif. Kelas Intervensi Awal Membaca & Menulis (KIA 2M) telah diperkenalkan mulai tahun 2006 merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membantu murid-murid menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu bagi menangani masalah keciciran murid menguasai kemahiran 2M. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh. Kata Kunci: keberkesanan, didik hibur, KIA 2M, akronim dan stereotaip 1.0 PENGENALAN Kajian Tindakan (KT) merupakan satu kaedah penyelidikan dalam sektor pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap guru perlu mengenal pasti setiap masalah yang berlaku dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (Lebar, 2011). Masalah yang dikenal pasti memerlukan tindakan penyelesaian yang terbaik agar memberi kesan yang positif terhadap proses PdPc ini. Setiap langkah yang dilaksanakan oleh guru perlu melibatkan satu proses akademik yang efektif agar langkah-langkah yang digunakan menjadi panduan kepada guru-guru lain. Dalam konteks ini, kajian tindakan merupakan wadah yang sangat berkesan dalam membantu guru-guru memahami dan menganalisis masalah dan seterusnya menjalankan kajian bagi mendapatkan jawapan untuk


2 mengatasi masalah tersebut. Kajian tindakan membantu guru-guru untuk bertindak secara sistematik berdasarkan tatacara yang digariskan untuk menjalankan kajian. Rentetan daripada kesulitan ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan KT sebagai satu budaya penyelidikan yang asas di peringkat sekolah yang dapat menyokong para guru untuk mengambil tindakan yang relevan. Pengajaran dengan mempamerkan grafik atau ilustrasi kepada murid kerap diamalkan oleh guru di dalam bilik darjah. Gambar atau grafik merupakan salah satu Bahan Batu Mengajar (BBM) yang digunakan oleh guru untuk merangsang murid berlisan, seterusnya mengeja, menulis dan membaca. Prinsip asas dalam pengajaran bahasa ialah pengajaran haruslah bergerak daripada yang mudah kepada yang kompleks, daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat kepada yang jauh daripada yang telah diketahui kepada yang belum diketahui (Azizul 2010, Bajuri 2010). 2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Murid-murid KIA 2M atau lebih dikenali dengan murid kelas peralihan yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 1 sememangnya lemah dalam kemahiran membaca dan menulis bagi subjek Bahasa Melayu. Kelas KIA 2M ialah satu program yang mesti dilaksanakan di sekolah bagi membantu meningkatkan kemahiran membaca dan menulis murid-murid dari kelas peralihan. Baru-baru ini murid-murid tingkatan 1, 2 dan 3 telah selesai menduduki Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) 2023 bagi subjek Bahasa Melayu. Bagi menyokong tujuan kajian tindakan ini dilakukan, menerusi kaedah pemerhatian dan penelitian sepanjang proses PdPc dilakukan di dalam kelas serta semakan keputusan UPSA yang diperoleh oleh murid-murid ini membuktikan bahawa mereka lemah dalam aspek membaca dan menulis. 3.0 ISU KEPRIHATINAN Dalam kalangan murid KIA 2M salah seorang daripada mereka telah dikenal pasti merupakan Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan murid berbangsa Cina daripada SJKC yang semestinya mempunyai masalah yang ketara dalam kedua-dua kemahiran ini. Sehubungan dengan itu, kedua-dua murid ini memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang sepenuhnya daripada guru yang menguruskannya. Melihat kepada keputusan yang diperoleh oleh 8 orang murid ini, maka saya telah mencari dan memikirkan cara dan teknik yang terbaik untuk mengatasi kelemahan murid-murid ini. Justeru, intisari dalam kajian tindakan saya ialah berkaitan pengaplikasian Teknik SALAK yang diguna pakai untuk membimbing murid dari sudut yang lebih spesifik iaitu Kemahiran Membaca; Memberikan makna dan Kemahiran Menulis; Membina Ayat berdasarkan grafik. Penjanaan idea dan pemahaman dengan teknik ini dapat membantu murid KIA 2M memahami dengan jelas dan dapat membina ayat dengan mudah dan efektif. Perbendaharan kata dapat dijana secara lisan dan penggunaan tatabahasa bergerak seiring dalam struktur ayat yang dibina. Dapatan kajian ini akan memperlihatkan kesan penggunaan Teknik SALAK dalam aspek pemberian makna


3 ayat dan pembinaan ayat berdasarkan grafik kepada murid KIA 2M di samping meninjau sikap murid apabila strategi ini berlangsung di dalam kelas KIA 2M. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan Teknik SALAK dengan kaedah didik hibur agar dapat membantu murid-murid KIA 2M melahirkan nilai kefahaman dan penjanaan idea untuk menyenaraikan perkataan-perkataan secara lisan berdasarkan bahan yang dibaca terlebih dahulu sebelum membina ayat berdasarkan petikan dan grafik. Berikutnya, proses mempermudah murid-murid membina perkataan dan ayat yang mudah dan sukar seterusnya perenggan yang lengkap. Penulisan yang perlu dicapai oleh murid KIA 2M, iaitu; 1. Membaca secara mekanis ayat mudah dan kompleks serta perenggan dengan betul. 2. Membaca secara intensif bagi memahami apa yang dibacanya. 3. Membina dan mengenal pasti perkataan, frasa, klausa dan ayat dengan betul. 4. Menulis dan mengedit hasil penulisan daripada aspek ejaan dan nahu tatabahasa. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 SUBJEK KAJIAN Subjek kajian adalah terdiri daripada murid-murid tingkatan 1 dari 3 buah kelas. 3 buah kelas ialah kelas Unggul, Dinamik dan Bakti. Bilangan murid KIA 2M ialah seramai 8 orang; 7 murid lelaki dan seorang murid perempuan. Berdasarkan keputusan mereka, 7 orang murid memperoleh markah diantara 7- 30 dalam Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) bagi subjek Bahasa Melayu dan seorang murid TH kerana mempunyai masalah kesihatan. 5.2 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian merujuk kepada grafik, petikan dan jadual yang diberikan kepada murid-murid KIA 2M. Murid-murid dirangsang melahirkan kosa kata yang bersesuaian merujuk kepada grafik yang diberikan. Rangsangan untuk mendapatkan kosa kata yang bersesuaian dengan grafik melalui kaedah didik hibur. Kosa kata yang diperoleh daripada murid-murid disenaraikan dalam jadual. Kemudian, pemilihan atau saringan perkataan yang dibuat oleh muridmurid mengikut variasi ayat yang dikehendaki. 5.2.1 Akronim SALAK SALAK merujuk kepada akronim sebagaimana di bawah ini, iaitu; S : Siapa (menamakan pelaku atau watak yang dilihat dalam gambar) A : Aktiviti yang sedang dilakukan oleh pelaku L : Lokasi atau tempat aktiviti berlangsung A : Alatan yang diguna pakai oleh pelaku


4 K : Keterangan (pelengkap ayat bagi aktiviti yang sedang dilakukan dan merupakan ayat tersirat. Tidak terdapat dalam gambar dan murid perlu kreatif memikirkan kesesuaiannya dengan ayat yang dibina). 5.2.2 Ayat yang boleh Dibina dengan Menggunakan Teknik SALAK Terdapat lapan variasi atau bentuk ayat yang boleh dibina oleh murid dengan Teknik SALAK. Kepelbagaian variasi ayat menunjukkan ayat yang dibina tidak kelihatan stereotaip antara satu ayat dengan ayat yang lain. Ayat-ayat yang dibina dengan teknik ini masih gramatis mengikut laras tatabahasa. Berikut adalah lapan variasi ayat daripada Teknik SALAK; SA SAL SALA SALK SALAK SAA SAAK SAK 5.2.3 Kaedah Didik Hibur PdPc menggunakan kaedah didik hibur. Guru menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sepenuhnya daripada peringkat permulaan sehingga penilaian dalam PdPc. Pada peringkat permulaan murid diuji dalam kebolehan membaca bagi menilai tahap pemahaman dalam memberikan makna perkataan yang dibaca. Guru menyediakan satu permainan dalam talian iaitu Wordwall yang mengandungi grafik dan bersifat dinamik. Elemen didik hibur yang disisipkan dalam PdPc bertujuan murid-murid belajar dalam situasi yang ceria dan menyeronokkan. Murid-murid dirangsang minda menyenaraikan kosa kata yang berkaitan dengan grafik secara lisan terlebih dahulu. Jawapan-jawapan yang diberikan dibincang untuk penyaringan kosa kata yang bersesuaian dengan grafik. Zamri (2012) menyatakan kaedah permainan bahasa ini dapat menarik minat murid supaya aktif sertai sesi PdPc, mengelak kebosanan dan menambahkan keseronokan belajar. Oleh itu, bagi kajian tindakan ini, kaedah didik hibur telah diterapkan dalam keempat-empat objektif kajian bagi mendapatkan dapatan kajian yang sempurna. Bagi memantapkan kajian ini, saya menggunakan rangka kerja teoritikal yang direka bentuk oleh Kemmis dan McTaggart (1982) seperti kitaran di dalam Rajah 1 berikut;


5 Rajah 1 : Kitaran Kajian Tindakan Model Kemmis dan McTaggart (1988) Kepentingan menggunakan Kajian Tindakan Model ini merupakan langkah awal bagi menggerakkan sesuatu kajian tindakan supaya kajian ini berada dalam landasan yang telah ditetapkan. Keteraturan ini perlu diambil perhatian supaya kajian yang dilakukan oleh pengkaji kelihatan berstruktur dan sistematik. Secara amnya, kepentingan menggunakan Model Kemmis dan McTaggart ini mampu membantu para pendidik untuk melakukan penambahbaikan yang berterusan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan sesebuah bilik darjah. Oleh yang demikian, secara tidak langsung para pendidik dapat terus memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran menerusi pelaksanaan kajian tindakan ini. Tinjauan awal guru menerusi PdPc Bahasa Melayu Guru melaksanakan proses tapisan kemasukan KIA 2M dan analisis markah pentaksiran UPSA 2023 Guru merancang tindakan bagi membantu meningkatkan kemahiran membaca dan menulis melalui Teknik SALAK Pelaksanaan Tindakan : • Guru melaksanakan PdPc mengikut perancangan pelaksanaan kelas KIA 2M 2023 • Latih tubi menerusi Teknik SALAK ditekankan kepada murid KIA 2M yang sepenuhnya menggunakan Teknik Didik Hibur Pemantauan dan Penilaian • Guru sebagai fasilitator sepenuhnya memantau prestasi murid dari semasa ke semasa dan juga penilaian dari segi bahasa dan kuantitatif • Guru menilai kefahaman murid dalam penggunaan Teknik SALAK melalui latihan berkala ketika kelas KIA 2M dijalankan. Evidens bagi data murid dipersembahkan dalam bentuk graf. Guru membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan penggunaan Teknik SALAK yang dilaksanakan bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan datang


6 5.3 TINJAUAN MASALAH 5.4 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati: i. Murid semakin cekap mengaplikasikan Teknik SALAK dalam PdPc. ii. Murid melibatkan diri secara aktif dalam kelas KIA 2M. iii. Murid mampu memberikan makna dengan baik dan membina ayat secara efektif. 5.5 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.5.1 Pemilihan Variasi Ayat Pemilihan variasi ayat yang dilakukan oleh murid tingkatan satu sebagaimana Jadual 1 di bawah. Kosa kata yang disenaraikan dimasukkan ke dalam jadual untuk memperlihatkan variasi ayat yang dibina oleh murid. Perkataan-perkataan yang disenaraikan oleh murid perlu melalui proses pemurnian ayat dengan tatabahasa yang betul untuk menjadikan ayat yang dibina lebih gramatis. Siapa Aktiviti Lokasi Alatan Keterangan Jenis Ayat Adik mandi SA Adik mandi bilik air SAL Adik mandi bilik air gayung SALA Adik mandi bilik air waktu pagi SALK Adik mandi bilik air gayung waktu pagi SALAK Adik mandi gayung SAA Adik mandi gayung waktu pagi SAAK Adik mandi waktu pagi SAK Jadual 1 : Variasi Ayat yang boleh Dibina dengan Teknik SALAK 5.6 Pemurnian Ayat Empat elemen tatabahasa untuk proses pemurnian ayat, iaitu penggunaan kata sendi, penjodoh bilangan, imbuhan dan pemilihan kata kerja yang sesuai dalam ayat yang dibina. Bimbingan daripada guru untuk proses pemurnian ayat yang dibina adalah sangat diperlukan pada peringkat awal pengajaran. Ini dapat dilihat sebagaimana dalam Jadual 2: Siapa Aktiviti Lokasi Alatan Keterangan Jenis Ayat Adik sedang mandi SA Adik sedang mandi di dalam bilik air SAL Adik sedang mandi di dalam bilik air dengan menggunakan SALA


7 sebuah gayung Adik sedang mandi di dalam bilik air pada waktu pagi SALK Adik sedang mandi di dalam bilik air dengan menggunakan sebuah gayung pada waktu pagi SALAK Adik sedang mandi dengan menggunakan sebuah gayung SAA Adik sedang mandi dengan menggunakan sebuah gayung pada waktu pagi SAAK Adik sedang mandi pada waktu pagi SAK Jadual 2 : Pemurnian Ayat dengan Teknik SALAK 5.7 AKTIVITI YANG DIJALANKAN 5.7.1 OBJEKTIF 1 : Membaca secara mekanis ayat mudah dan kompleks serta perenggan dengan betul. Rajah 2 : Bahan Grafik dan Petikan Objektif 1 memerlukan murid untuk membaca secara mekanis perenggan ayat yang telah disediakan dalam Rajah 2 dengan kuat, jelas, dan mengikut intonasi bacaan yang betul dan lantang. Menerusi aktiviti pertama dan kedua, guru telah membuat rakaman dan bukti bergambar sepanjang aktiviti murid dijalankan bagi tujuan penilaian terhadap perkembangan murid dari segi kemahiran


8 membaca mereka. Guru membuat penilaian berdasarkan aspek lisan sepenuhnya pada peringkat awal. Dengan adanya grafik, murid dapat memberikan gambaran awal dan idea berkaitan apa yang akan dibincangkan dalam kelas bersama guru. Dalam perenggan yang sedia ada itu, guru telah menyediakan ayat yang merangkumi 3 peringkat asas. Pemeringkatan yang dibincangkan ialah murid dapat membaca ayat mudah, ayat sukar dan seterusnya perenggan yang lengkap. Bukti data bagi aspek pemeringkatan tersebut boleh dilihat secara terperinci menerusi Rajah 3 yang telah disediakan. 5.7.2 OBJEKTIF 2 : Membaca secara intensif bagi memahami apa yang dibacanya. Objektif 2 masih lagi dalam aspek kemahiran membaca tetapi secara intensif bagi memahami makna daripada yang mudah kepada yang kompleks dari segi perkataan dan ayat dengan mengaplikasikan Teknik SALAK sebagai agen untuk menganalisis. Secara amnya, Rajah 3 tersebut ialah representasi sebagai dapatan kajian terhadap kumpulan sasaran iaitu murid KIA2M untuk kedua-dua objektif dalam aspek membaca ini. Rajah 3 : Graf Kemenjadian Murid bagi Kemahiran Membaca Merujuk kepada Rajah 3 di atas, pengkaji telah menetapkan skala dalam tiga tahap sahaja, iaitu Tahap 1, 2 dan 3. Sehubungan dengan itu, kita dapat perhatikan bahawa 3 orang murid dapat membaca ayat mudah dengan baik dan mereka berada pada Tahap 3, manakala 5 orang murid berada pada tahap 2 yang mana mereka masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru untuk menyebutnya dengan membaca secara pecahan suku kata. Dalam masa yang sama, bagi peringkat ayat sukar pula, hanya 3 orang murid sahaja yang mencapai Tahap 3 dan baki 5 orang lagi berada dalam Tahap 1. Berikutnya, kita lihat pada peringkat yang terakhir iaitu peringkat perenggan lengkap. 2 orang murid sahaja yang mencapai Tahap 3 dalam peringkat ini, 3 orang dalam Tahap 2 dan 3 orang


Click to View FlipBook Version