The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROZ AZEAN RAMLAN, 2024-01-04 08:37:02

Kajian Tindakan SMK Cochrane 2023

Kajian Tindakan SMK Cochrane 2023

Lampiran 5 Kad-kad kecil


PENGGUNAAN KAEDAH ‘KAMI SANGAT SUKA DAPAT BM A’ DALAM PENULISAN RINGKASAN MENENGAH RENDAH. Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Jalan Shahbandar, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2023 MUHAMAD BIN KAMARUDDIN


PENGGUNAAN KAEDAH ‘KAMI SANGAT SUKA DAPAT BM A’ DALAM PENULISAN RINGKASAN TINGKATAN 3 Oleh: Muhamad bin Kamaruddin Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane ABSTRAK Melalui penelitian, ramai murid mengalami masalah untuk membentuk ayat-ayat dalam penulisan karangan sama ada karangan respon terhad mahupun karangan respon terbuka. Salah satu masalah yang dihadapi ialah murid tidak dapat menyusun atur ayat untuk menjadi lebih menarik dan gramatis. Disini dapat dilihat kepentingan kefahaman murid dalam menggunakan penanda wacana dalam membina sesebuah ayat agar ayat kelihatan lebih kemas, menarik dan gramatis. Ayat yang gramatis akan mempengaruhi pentaksir dalam pemberian markah sekali gus membantu murid mencapai dan mendapat markah yang lebih baik dan cemerlang. Kebanyakan murid kehilangan markah apabila penulisan yang dibina tidak tersusun kerana kurang kefahaman dalam penggunaan penanda wacana. 1.0 PENGENALAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 Bahagian C iaitu bahagian ringkasan yang merangkumi 15 markah. Sasarannya adalah kalangan murid 3 Efisien. Seramai 10 orang murid terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan pemerhatian saya, masih terdapat murid sukar untuk mendapat markah penuh dalam penulisan ringkasan kerana pemilihan isi penting yang kurang tepat dan penggunaan penanda wacana yang kurang sesuai. Dalam mengatasi masalah penanda wacana, saya telah memperkenalkan formula berbentuk akronim mudah untuk murid ingat dan membaiki kemahiran menulis ringkasan. Hasil daripada pelaksanaan kajian ini, saya dapati murid lebih tersusun dalam penulisan ringkasan dan mampu mencapai markah maksimum. Pelaksanaan kajian ini akan diteruskan untuk murid yang lain agar murid lain turut mampu mendapatkan markah maksimum dalam penulisan ringkasan.


2.0 PERNYATAAN MASALAH Masalah utama murid 3 Efisien adalah tidak dapat menulis ringkasan dengan baik. Murid mampu kenalpasti isi penting yang sesuai dalam penulisan ringkasan namun masih ada murid yang tidak dapat menyusun penulisan isi-isi penting kerana kurang kemahiran dalam menguasai penggunaan penanda wacana. Selain itu juga terdapat murid yang tidak dapat mengemukakan isi dengan lengkap. Kegagalan mengemukakan isi yang lengkap menyebabkan murid hilang markah untuk isi penting dan markah bahasa. Keadaan ini menyebabkan murid hanya mampu mendapat markah memuaskan sahaja iaitu 8-10 / 15 markah penuh. Dengan menggunakan kaedah akronim ‘Kami Sangat Suka Dapat Bm A’ dalam penulisan ringkasan, diharapkan murid-murid dapat menulis ringkasan yang sangat gramatis malah mendapat markah maksimum untuk bahagian ini. 3.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian adalah bagaimana hendak membantu pelajar saya memperbaiki cara penulisan ringkasan. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah menyediakan formula atau akronim yang mudah untuk murid faham dan memperbaiki kemahiran penulisan ringkasan. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN 1.4.1 Objektif Am i. Memastikan murid dapat menjawab dan menulis ringkasan dengan lengkap melalui kaedah ini.


1.4.2 Objektif Khusus i. Murid dapat menyatakan penanda wacana melalui kaedah ‘Kami Sangat Suka Dapat BM A’. ii. Murid dapat mengenal pasti enam isi ringkasan daripada petikan. iii. Murid boleh menulis ringkasan yang lengkap serta gramatis berdasarkan isi dan penanda wacana yang betul. 5.0 KUMPULAN SASARAN / SAMPEL Kumpulan murid-murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 10 orang murid tingkatan 3 Efisien. Murid-murid tersebut terdiri daripada pelbagai jantina. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. 6.0 KAJIAN TERDAHULU Sebelum kajian ini dilanjutkan, saya telah membuat tinjauan terdahulu yang berkaitan tentang penulisan. Kajian terdahulu merupakan suatu ulasan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber seperti jurnal, penyelidikan-penyelidikan lepas dan lain-lain lagi untuk melakukan sesuatu kajian yang baru. Kajian terdahulu adalah merupakan kajian semasa dan yang terdahulu. Antara kajian terdahulu yang saya rujuk ialah ‘Meningkatkan Kefahaman Pelajar Mengemukakan Isi


Tersirat Bahagian Ulasan Dalam Kalangan Pelajar 3UKM Menerusi Kaedah Suasim’ dan ‘Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Di Dalam Disiplin Penulisan Bahasa Melayu Di Kalangan Murid Tahun 4’. Namun begitu, kajian tentang ringkasan PT3 belum pernah dikaji. Perkara ini membuatkan saya ingin mengenal pasti keberkesanan kaedah ‘Aku Sangat Suka Dapat BM A’ yang lebih tepat kaedah didik hibur agar dapat membantu murid-murid tingkatan 3 dalam penulisan ringkasan. Seterusnya, mempermudahkan murid-murid untuk mengingati kaedah penulisan ringkasan dengan gramatis 6.0 PELAKSANAAN KAJIAN / PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA 6.1 TINJAUAN AWAL MASALAH Dalam kajian ini saya telah mengambil beberapa langkah bagi mengetahui masalah sebenar muridmurid. Antara langkah tersebut ialah melalui semakan buku latihan dan ujian pra. 6.1.1 Pemeriksaan buku latihan Melalui semakan buku latihan atau lembaran kerja murid-murid, saya dapat mengenal pasti beberapa orang murid yang masih lemah menguasai ringkasan, terutamanya dalam mengenal pasti isi dan penulisan ringkasan yang lengkap.


6.1.2 Ujian pra dan pasca Ujian merupakan salah satu item yang boleh mengukur dan mengenal pasti tahap pencapaian murid-murid dalam pemahaman berkaitan sesuatu tajuk yang dipelajari. Justeru, saya telah menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pasca bagi mengukur tahap pencapaian murid-murid berkaitan pemahaman murid dalam penulisan ringkasan. Tujuan ujian pra adalah untuk mengenal pasti dan menentukan bilangan sebenar kumpulan sasaran bagi kajian ini manakala ujian pasca akan dilaksanakan kepada kumpulan sasaran bagi melihat keberkesanan penggunaan kaedah ‘Kami Sangat Suka Dapat BM A’ dalam menguasai kemahiran penulisan ringkasan. 6.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Hasil semakan buku latihan dan ujian pra. 6.2.1 Pemeriksaan buku latihan Hasil daripada semakan buku latihan dan ujian, saya dapati murid lebih cenderung mengambil isiisi penting yang terlalu ringkas menyebabkan murid kehilangan markah isi penting iaitu 2 markah untuk setiap isi. Keadaan ini menyebabkan murid gagal mendapat markah maksimum dalam penulisan ringkasan. Terdapat juga segelintir murid menulis ringkasan tanpa menggunakan penanda wacana. Situasi ini menjadikan penulisan murid tidak gramatis dan matang dalam menyusun semula isi-isi penting dalam membina ringkasan. Berikut adalah contoh kesalahan yang dilakukan oleh murid ketika menulis ringkasan :


Contoh 3 :


BIL NAMA PRA UJIAN 1 Murid 1 9 2 Murid 2 11 3 Murid 3 11 4 Murid 4 10 5 Murid 5 11 6 Murid 6 11 7 Murid 7 12 8 Murid 8 10 9 Murid 9 10 10 Murid 10 8 Jadual 1: Markah Ujian Pra Jadual 1 menunjukkan hasil ujian pra yang dijalankan kepada murid-murid. Data tersebut dibuat sebelum pelaksanaan tindakan kajian. Saya mendapati tahap penguasaan murid dalam pemilihan isi, dan penggunaan penanda wacana masih tahap memuaskan. Berdasarkan jadual, pelajar tidak dapat markah isi kerana isi yang diberikan oleh murid salah dan tidak tepat. Cara penulisan ringkasan juga tidak gramatis kerana murid tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai. Justeru itu, untuk mengatasi masalah ini saya telah membantu murid untuk meningkatkan kefahaman mereka dengan menggunakan kaedah ‘Kami Sangat Suka Dapat Bm A’ dalam menguasai kemahiran penulisan ringkasan.


6.3 PELAKSANAAN TINDAKAN 6.3.1 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Saya telah memperkenalkan kaedah ‘Kami Sangat Suka Dapat Bm A’ dalam beberapa siri pembelajaran bagi membantu meningkatkan kefahaman murid-murid dalam penulisan ringkasan. ‘Kami Sangat Suka Dapat Bm A’ ialah akronim untuk penanda wacana. Kaedah ini saya namakan ‘Kami Sangat Suka Dapat Bm A’ kerana murid dapat memahami cara untuk menulis ringkasan dengan lengkap dengan menggunakan penanda wacana yang betul. Apabila murid faham penggunaan akronim ini, murid-murid akan lebih mudah faham untuk menulis ringkasan dengan betul dan tersusun. Saya telah menggunakan kaedah ini semasa sesi pengajaran bagi bahagian ringkasan. Kata Kunci (Isi 1). Selain itu, (Isi 2). Seterusnya, (Isi 3). Di samping itu, (Isi 4). Bukan itu sahaja, (Isi 5). Akhir sekali, (Isi 6).


Saya juga memberi latihan kepada 10 responden dengan bentuk soalan dan bahan rangsangan yang berbeza pada hari yang berlainan. Kemudian responden dikehendaki menjawab latihan bahagian ringkasan tanpa pementoran atau bimbingan guru. Bentuk soalan yang diberikan kepada responden dalam kelas di papan tulis ialah responden mengenal pasti isi dan menulis ringkasan lengkap dan gramatis. 6.4 DAPATAN KAJIAN Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas murid, kaedah yang telah dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran itu telah memberikan suatu impak yang positif. Peningkatan skor markah murid ketara meningkat. Ini menunjukkan kaedah yang dilaksanakan sangat bersesuaian dan berkesan. Murid semakin yakin untuk membina ayat yang gramatis. Daripada tinjauan yang dibuat, murid telah mengikut kaedah yang dipelajari. Murid tidak lagi memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan maklumat dan menulis ringkasan yang gramatis. Hasil ujian telah dianalisis dengan membandingkan markah ujian pra dan pasca serta perubahan yang telah dicatat setelah kaedah ‘Aku Sangat Suka Dapat BM A’ dilaksanakan. Jadual 2 dan Graf 1 menunjukkan pencapaian markah yang di peroleh oleh responden sebelum dan selepas kaedah ‘Aku Sangat Suka Dapat BM A’ dilaksanakan.


BIL NAMA UJIAN PRA 1 UJIAN PRA 2 1 Murid 1 9 13 2 Murid 2 11 14 3 Murid 3 11 15 4 Murid 4 10 14 5 Murid 5 11 15 6 Murid 6 11 15 7 Murid 7 12 15 8 Murid 8 10 14 9 Murid 9 10 13 10 Murid 10 8 13 Jadual 2 : Markah Ujian Pra 1 dan Ujian Pasca 2 Perbandingan Ujian Pra 1 dan Ujian Pra 2 Jadual 2 menunjukkan peningkatan markah bagi murid-murid tersebut. Ini menunjukkan satu peningkatan yang amat ketara malah terdapat murid yang mendapat markah maksimum 15. Hasil daripada kajian ini, murid lebih selesa untuk menjawab ringkasan berbanding rumusan dan ulasan kerana murid dapat menguasai teknik pengambilan isi penting serta susunan isi berdasarkan penggunaan penanda wacana. Pelaksanaan kajian ini akan diteruskan sepanjang PDPC mahupun PDP bagi memastikan murid terus menguasai bahagian ringkasan.


7.0 KESIMPULAN Sepanjang pelaksanaan kajian ini, banyak pengalaman yang telah diperoleh. Selepas kajian, saya dapat melihat perubahan yang ketara kepada murid terutama dalam penulisan ringkasan. Selepas kajian, murid-murid telah menunjukkan peningkatan dalam penulisan ringkasan. Kini, bagi murid-murid 3 Efisien dapat menulis ringkasan lengkap dan gramatis. Di samping itu, kesalahan dari segi isi juga berkurangan. Bagi saya, ini adalah perkembangan yang baik dan wajar diteruskan. 7.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Pelaksanaan kajian ini akan diteruskan untuk pada masa akan datang. Hal ini kerana bagi memastikan murid terus mendapat markah yang relevan dalam penulisan ringkasan sekaligus memastikan murid mencapat gred yang baik dalam subjek Bahasa Melayu. 8.0 BIBLIOGRAFI Abdullah Mohd Amin & Nur Zahlia Nadzri (2017). Skor A Kertas Model PT3 Bahasa Melayu. Bandar Baru Bangi:Pelangi. Mohd Hazli Che Othman et al.(2018). Modul Intervensi Pembelajaran (MIP) Bahasa Melayu PT3 GuruAKRAM. Kuala Terengganu: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Supian Mohamad Noor et al.(2004). Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Teo Wei Sing & Darwis Jasmin (2016). PT3 Bahagian C Pemindahan Maklumat(Ulasan) Bahasa Melayu.Petaling Jaya:Ilmu Bakti.


MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID 3 BAKTI DALAM PENGIRAAN JUMLAH KOS PENGELUARAN PROJEK MENGGUNAKAN KAEDAH BLOK TAMBAH DARAB BAHAGI DALAM BAB 2: PEMBANGUNAN PRODUK ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengira kos pengeluaran sesuatu projek Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 3 Bakti yang melibatkan seramai 19 orang murid. Fokus kajian ini adalah bagi memastikan murid boleh mengira jumlah kos pengeluaran yang melibatkan kos jualan seunit produk beserta keuntungan dengan tepat. Pada penghasilan laporan Kerja Kursus RBT didapati separuh kelas yang tidak dapat menjawab ketiga-tiga pecahan soalan dengan betul. Bagi menyelesaikan masalah pemahaman murid ini, saya menggunakan teknik pengiraan menggunakan Blok Tambah Darab Bahagi.Masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan memandangkan murid -murid saya akan menghadapi Ujian Pertengahan Sesi Akademik pada bulan Ogos nanti. Saya telah cuba membantu murid dalam mengatasi masalah di atas dengan cara meminta setiap murid memberikan jawapan dalam modul dan menjawab soalan latihan dengan berpandukan halaman buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3. 1


1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Semasa saya menyemak buku Modul yang lepas, saya dapati tiada seorang pun murid yang boleh menjawab soalan pengiraan kos pengeluaran bagi suatu produk dengan tepat. 8 orang murid boleh menjawab soalan yang melibatkan operasi tambah kos bahan, kos upah dan kos overhead, tetapi ini tidak membolehkan murid mendapat markah penuh bagi keseluruhan soalan tersebut. Murid seperti tidak memahami soalan yang diberi kerana dalam bentuk ayat yang Panjang. Murid tidak mampu untuk memahami kehendak sebenar soalan tersebut. Pada sesi pdp yang lepas juga, saya dapati murid lebih mudah untuk menjawab soalan yang melibatkan pengiraan sekiranya saya menulis dalam bentuk persamaan nombor seperti soalan matematik aras rendah. Murid tidak memahami soalan berkaitan pengiraan dalam bentuk ayat atau masalah, akibatnya murid berputus asa untuk menyelesaikan soalan tersebut. Ini juga membuatkan murid tersebut kurang berminat untuk menguasai kemahiran mengira kos pengeluaran dengan baik. Oleh itu, saya perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya dengan teknik menjawab soalan pengiraan kos pengeluaran produk yang lebih berkesan untuk murid- murid saya . 2.0 ISU KEPRIHATINAN Kajian yang dijalankan adalah berfokuskan kemahiran mengira kos pengeluaran yang melibatkan kos jualan seunit produk beserta keuntungan dengan tepat. Kemahiran ini adalah penting kerana di dalam mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi, setiap bab yang dipelajari melibatkan projek reka bentuk yang memerlukan murid mengira kos jualan bagi produk yang dihasilkan. Di dalam format soalan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), selalunya (tidak semestinya) soalan yang melibatkan soalan pengiraan ini akan keluar dalam Bahagian C yang memperuntukkan 10 markah secara khususnya. Selain itu, pengiraan kos jualan juga penting dalam aplikasi reka bentuk produk sebenar. Sekiranya murid mahu menjual produk hasil ciptaan mereka, murid perlu tahu kos- kos yang perlu diambil kira dalam menetapkan harga jualan setiap unit produk tersebut dengan mengira peratus keuntungan yang berpatutan. 2


3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut: 3.1 OBJEKTIF UMUM: I. Meningkatkan kemahiran mengira kos pengeluaran dengan betul dan tepat. 3.2 OBJEKTIF KHUSUS: I. Murid dapat mengira kos pengeluaran yang melibatkan kos bahan, kos upah dan kos overhead dengan tepat. II. Murid dapat mengira jumlah keuntungan dari jualan produk dengan mengambil kira peratus keuntungan yang berpatutan. III. Murid dapat menetapkan harga jualan bagi setiap unit produk dengan tepat 4.0 SASARAN Kajian ini melibatkan seramai 19 murid daripada kelas 3 Bakti 5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Kaedah mengutip data: Tarikh Cara penilaian Kumpulan sasaran Tujuan 2 Ogos 2023 Modul latihan RBT Semua 19 murid kelas 3 Bakti Mengenalpasti cara menjawab soalan pengiraan dalam pengiraan kos 4 Ogos 2023 Kaedah temubual 8 Murid yang lemah dalam menjawab soalan kos pengeluaran dalam Modul latihan RBT Memahami secara lisan pemahaman murid mengenai soalan pengiraan kos pengeluaran 3


5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Tarikh Cara penilaian Kumpulan sasaran Masalah yang dikenalpasti 16 - 18 Ogos 2023 Menyemak kertas soalan Ujian Pertengahan Semester Akademik (UPSA) bulan Ogos 2023 17 murid kelas 3 Bakti ( 2 orang murid tidak hadir) Semua murid salah menjawab soalan pengiraan kos pengeluaran secara keseluruhan. Hanya 5 sahaja betul untuk pengiraan yang melibatkan operasi menambah kos bahan, kos upah dan kos overhead. 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Berdasarkan tinjauan awal, murid kurang memahami kehendak soalan walaupun telah ditulis dalam bentuk jadual yang ringkas. Bagi murid yang berada pada aras sederhana rendah ke aras rendah, pengiraan seperti ini dilihat rumit dan sukar untuk diselesaikan. Oleh itu saya telah memikirkan satu kaedah baharu untuk lebih senang murid fahami dan mudah untuk diselesaikan. Kaedah yang diberi nama Blok Tambah Darab Bahagi. Di bawah adalah set soalan soalan Ujian Pra yang dijalankan pada murid selepas pentaksiran pertengahan tahun diadakan. 4


Soalan Set 1( Ujian Pentaksiran Pertengahan Tahun ( UPSA) 5


Soalan Set 2 (Ujian Pos) 6


Gambarajah 1: Murid membuat ujian Pra menggunakan kaedah pengiraan biasa melalui Konsep SMART 7


Skema jawapan yang sepatutnya (Langkah PENGIRAAN BIASA yang dipelajari dalam Konsep SMART adalah seperti di bawah: 8


Gambarajah 2: Contoh lampiran murid menjawab mengikut kaedah biasa 9


Rajah Kaedah Blok Tambah Darab Bahagi adalah seperti di bawah: Setiap murid diberikan template Blok Tambah Darab dan Bahagi serta langkah-langkah menggunakan blok tersebut.Cara menggunakan kaedah ini adalah seperti berikut: 10


Jawapan menggunakan kaedah Blok Tambah Darab Bahagi Saya memberi penerangan cara menggunakan kaedah ini semasa sesi pendedahan kaedah Blok Tambah Darab dan Bahagi. Selepas itu, murid diminta untuk menjawab semula soalan yang sama dengan soalan Ujian Pra (Soalan Set 1) sebelum ini. Soal jawah secara lisan dibuat bagi mendapat maklum balas keberkesanan kaedah ini. Kemudian, murid diminta untuk menjawab soalan set 2 laitu soalan yang lain tetapi dalam bentuk yang sama. Soalan set 2 ini dijadikan soalan Ujian Pos untuk membandingkan keberkesanan kaedah ini. Tips bagi memudahkan murid menjawab soalan pengiraan kos pengeluaran menggunakan kaedah ini di masa akan datang, saya meminta murid mengingati jumlah kotak pada setiap blok mengikut baris iaitu, 3 2 3 1. Untuk operasi pula, murid perlu mengingati tambah darab bahagi. Jika dilihat secara keseluruhan, blok ini kelihatan seperti piramid terbalik. 11


PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN BIL TARIKH TINDAKAN KUMPULAN SASARAN PEMERHATIAN/ PENILAIAN 1 12.9.2023 Pendedahan kaedah Blok Tambah Darab dan Bahagi 17 orang murid RBT kelas 3 Bakti - Murid mudah faham dengan kaedah baru yang digunakan - Mempraktikan kaedah yang diberi dalam latihan - Murid lebih ceria dan gembira menjawab soalan 2 12.9.2023 Soalan Set 1 Soalan sama dengan soalan tinjauan masalah ditambah dengan kiraan mengira untung Soalan Set 2 (Ujian Pos) Soalan yang baharu 17 orang murid RBT kelas 3 Bakti Soalan Set 1 8 orang menjawab dengan betul Soalan Set 2 10 orang menjawab dengan betul 3 12.9.2023 Maklumbalas secara lisan 17 orang murid RBT kelas 3 Bakti Murid ditemuramah secara lisan oleh guru Hasil dapatan daripada murid 1. Murid gembira kerana mampu menjawab dengan betul 2. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab sangat cepat. 3. Murid menunjukkan minat untuk menjawab soalan 12


Gambarajah 3: Guru mengedarkan contoh Kaedah Blok Tambah Darab Bahagi kepada semua murid dan guru memberikan penerangan langkah-langkah menggunakan Kaedah Blok Tambah Darab Bahagi 13


Gambarajah 4 : Murid menggunakan Kaedah Blok Tambah Darab Bahagi 14


Gambarajah 6: Temubual secara lisan pendapat murid tentang KAEDAH TAMBAH DARAB DAN BAHAGI 5.4 REFLEKSI KAJIAN Penilaian pencapaian murid 1) Ujian Pra } Markah yang menjawab dengan langkah kerja yang betul 15 Markah Bilangan Murid 6 0 5 0 4 5 3 3 2 1 1 5 0 3


2) Ujian Pos } Markah yang menjawab dengan langkah kerja yang betul Ujian Pra dan Pos telah dilaksanakan dan saya mendapati banyak perbezaan markah terutama yang boleh menjawab dengan betul bagi ketiga-tiga pecahan soalan berbanding Ujian Pra tiada murid yang dapat menjawab ketiga-tiga pecahan soalan dengan betul. Ini adalah kerana semasa Ujian Pra dijalankan murid-murid belum mendapat pendedahan Kaedah Blok Tambah Darab Bahagi. Ujian Pos telah menunjukkan ada peningkatan markah kerana murid telah menggunakan kaedah yang ditunjukkan dengan mengikut langkah-langkah yang diberi dengan baik.Murid lebih mudah dan faham dengan kehendak soalan dan mempraktikkan Kaedah Blok Tambah Darab Bahagi dalam Ujian Pos. Gambarajah 5: Markah ujian Pra dan Ujian Pos murid 3 BaktI 16 Markah Bilangan Murid 6 10 5 4 4 2 3 1 2 0 1 0 0 0


6.0 CADANGAN KAJIAN AKAN DATANG Saya mencadangkan kajian ini diteruskan dan ditambahbaik iaitu dengan menambah langkah-langkah penerangan bagi memastikan murid dapat menulis jawapan soalan tersebut dengan lebih lengkap seterusnya membolehkan murid mendapat markah penuh untuk langkah pengiraan pula. Dalam kajian kali ini saya dapati murid hanya berjaya memberi jawapan yang tepat tanpa menunjukkan langkah kerja pengiraan lengkap dalam bentuk persamaan matematik 7.0 PENUTUP Hasil dapatan daripada kajian mendapati murid lebih mudah dan seronok menggunakan Kaedah Tambah Darab dan Bahagi dan jawapan yang diperolehi adalah lebih tepat berbanding menggunakan kaedah sebelum ini. Markah murid juga makin meningkat setelah murid juga menggunakan kaedah ini di dalam pengiraan kos menggunakan Konsep SMART melalui soalan Ujian Pos. Murid juga telah mengaplikasikan kaedah ini juga di dalam pengiraan kos dalam Kerja Kursus RBT. BIBLIOGRAFI Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (2008) , Buku Manual Kajian Tindakan Edisi 3. Kementerian Pendidikan Malaysia(2018), Reka Bentuk dan Teknologi , Tingkatan 3 17


1 TEKNIK ASP (AKTIVITI SIAPA PERKARA) DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT BAHASA ARAB UASA NORUNNAJWA BINTI ABDULLAH Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA ), Kelas Aliran Agama ( KAA ) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK ) di Malaysia telah pun bermula sejak dari tingkatan satu lagi. Subjek Bahasa Arab dibahagikan kepada empat kemahiran iaitu Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Kemahiran Menulis merupakan kemahiran yang penting kerana murid perlu menulis sebagai satu elemen penilaian pentaksiran ujian bertulis. Kemahiran menulis dilihat sebagai kemahiran terpenting yang perlu diberi keutamaan khususnya dalam pengajaran kemahiran menulis ayat Bahasa Arab. Oleh itu, olahan teknik pengajaran yang lebih bersifat interaktif, menarik serta memaksimumkan penglibatan murid adalah sangat penting dalam memastikan murid-murid dapat mengikuti pembelajaran secara berkesan. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Masalah utama bagi murid tingkatan 3 Efisien ialah tidak dapat menguasai teknik membina ayat yang betul dan tepat. Isu yang timbul ialah murid lemah membina ayat dengan baik. Tujuan kajian ini adalah bagi melihat tahap murid dalam membina ayat melalui penyusunan perkataan, penyambungan ayat dan menulis ayat atau karangan. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Teknik ASP dalam kemahiran membina ayat. Masalah lain yang dialami murid-murid ini apabila menulis ayat ialah mereka tidak dapat menginterpretasikan bahasa lisan dan fikiran mereka kepada bentuk ayat. Murid akan menghadapi kesukaran untuk menulis meskipun mereka sebenarnya mempunyai idea untuk disampaikan. Memandangkan masalah ini masih tidak dapat diatasi, maka satu inisiatif diambil untuk mengetengahkan kajian ini bagi mengatasi isu-isu yang timbul dalam pengajaran disamping dapat membantu murid -murid dalam menguasai kemahiran menulis atau membina ayat yang sememangnya tidak dapat dikuasai oleh murid dengan baik. Perkara ini berlaku kerana membina ayat merupakan landasan yang pertama yang akan dapat membantu murid untuk menulis ayat dengan baik dan gramatis. Intervensi yang dilaksanakan membantu menimbulkan rasa minat dan dapat memotivasikan murid untuk menulis ayat mudah melalui bahan-bahan rangsangan secara interaktif. Kajian yang dilaksanakan oleh Rosni Samah (2012) mendapati tahap pelajar dalam membina ayat melalui karangan pendek adalah pada tahap yang lemah, di mana kesalahan meliputi kesilapan dalam memilih perkataan yang tepat dalam menggambarkan suatu makna. Melalui sorotan kajian yang telah dilaksanakan di atas, kemahiran menulis dalam kalangan pelajar didapati masih berada pada tahap yang lemah. Justeru, penting untuk dinyatakan bahawa teknik pengajaran dalam kemahiran menulis perlu divariasikan sebagai usaha untuk membantu murid mempelajari kemahiran menulis khususnya dalam penulisan ayat. Hal ini disokong oleh Ahmad Fikri (1995) yang berpendapat bahawa masalah yang dihadapi pelajar dalam pengajaran bertutur adalah pada perbendaharaan kata, nahu, morfologi dan ayat. Pengalaman saya sendiri sebagai guru Bahasa Arab mendapati kekeliruan pelajar dalam penulisan ayat mudah di mana murid tidak dapat mengekspresi idea mereka dalam bentuk


2 ayat lengkap mengikut kaedah dan struktur yang betul. Malah murid juga mengambil masa yang terlalu lama untuk membina suatu frasa ayat. Hal ini menggambarkan idea murid yang terlalu abstrak dan tidak berfokus selain kekurangan kosa kata. Perkara ini seterusnya membawa saya untuk cuba menggunakan Teknik “Aktiviti )فعل )Siapa )فاعل )Perkara .“(ASP((مفعول به( 2.0 ISU KEPRIHATINAN Kajian ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid tingkatan 3 Efisien yang melakukan kesalahan pada penyusunan perkataan, kesalahan tatabahasa dan kekurangan kosa kata ketika membina ayat. Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak mahir dengan penggunaan kata kerja, pelaku iaitu siapa yang melakukan sesuatu aktiviti, kesalahan tatabahasa dan kosa kata yang minimum. Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat dalam kalangan murid lemah pembelajaran dengan menggunakan Teknik “Aktiviti )فعل )Siapa )فاعل )Perkara )به مفعول))ASP)”. Berdasarkan objektif kajian ini adalah untuk menjawab semua persoalan tersebut: 1. Bagaimanakah Teknik “Aktiviti )فعل )Siapa )فاعل )Perkara )به مفعول) )ASP)” dapat meningkatkan ingatan murid untuk membina ayat dengan betul dan tepat? 2. Sejauh manakah Teknik “Aktiviti )فعل )Siapa )فاعل )Perkara )به مفعول) )ASP)” meningkatkan amalan pengajaran guru dalam mata pelajaran Bahasa Arab? 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 OBJEKTIF AM Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan murid dapat menguasai kemahiran membina ayat. 3.2 OBJEKTIF KHUSUS 1. Murid dapat menjawab soalan membina ayat mudah Bahasa Arab dengan yang betul 2. Murid. dapat memahami dan menguasai teknik membina ayat mudah Bahasa Arab. 3. Murid dapat mengetahui kesalahan-kesalahan pada ayat yang dibina. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 10 orang murid Bahasa Arab Tingkatan 3 Efisien yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Murid-murid ini mendapat markah 20 – 32 daripada 45 markah untuk bahagian membina ayat ( Bahagian B, D dan E ) semasa Pra Pentaksiran dilaksanakan.


3 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN Kajian ini menggunakan instrumen analisis data dan pemerhatian semasa sesi latihan atau soal jawab. Setelah mengenal pasti kelemahan yang ada, saya telah melaksanakan kajian tindakan dengan menggunakan model Lewin (1948) yang mengandungi empat langkah yang terdiri daripada merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Kajian tindakan ini hanya mempunyai satu kitaran sahaja. Setelah mengambil kira Model Lewin (1948) yang akan digunapakai sepanjang melakukan kajian tindakan, maka saya telah melakukan langkah-langkah berikut : Fasa 1: Merancang Rutin PdPc saya yang biasa adalah dengan menggunakan buku teks dan hanya secara sehala. Rutin itu berterusan sehinggalah saya cuba untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan yang bermain di benak fikiran saya berkaitan dengan fokus dan seterusnya prestasi pencapaian murid. Saya mula berfikir untuk mencari inovasi dan mengubah teknik pengajaran saya kepada sesuatu yang baru untuk menyelesaikan masalah pengajaran saya di dalam kelas. Saya mula merancang dan menerangkan cara membina ayat dengan betul dengan menggunakan Teknik Aktiviti ( فعل ( Siapa ( فاعل ( Perkara ( به مفعول( (ASP) semasa sesi PDPc secara bersemuka dan juga di alam maya. Fasa 2: Bertindak Pendekatan dilaksanakan secara terancang di mana teknik ASP pada peringkat pertama dan disusuli oleh aktiviti pengukuhan. Teknik ini dilaksanakan berulang kali bagi melihat keberkesanannya. Fasa 3 : Memerhati Pemerhatian dilakukan dari masa ke semasa untuk memastikan murid dapat mengaplikasai teknik yang diberikan. Fasa 4 : Mereflek Teknik yang digunakan adalah sama. Murid kelihatan lebih bersemangat kerana mereka sudah mula membezakan antara فعل dan فاعل .Guru memberi pelbagai bahan untuk membina ayat sama ada dari sumber perkataan, gambar atau tajuk karangan yang berkisar tentang tema yang sama. Murid-murid kelihatan gembira, ceria dan tidak mengantuk semasa pertama kali mencuba kaedah ini. Mereka mula tekun membuat kerja dan berbincang dengan rakan. Mereka berlumba-lumba dan bersemangat meneruskan aktiviti. Di samping itu juga murid diminta untuk mengenal pasti kesalahan pada ayat yang dibina sama ada kesalahan tatabahasa, ejaan dan kekurangan isi. Selepas perbincangan dibuat mereka mula yakin dengan ayat yang telah dibina berdasarkan sumber yang diberikan. Reaksi murid semakin positif serta terdapat peningkatan ketara juga kelihatan pada reaksi mereka di dalam kelas sebelum ini.


4 5.1 TINJAUAN MASALAH 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati: i. Murid lebih yakin menjawab soalan bahagian membina ayat (Bahagian B, D dan E). ii. Penglibatan aktif dalam PdPc Bahasa Arab. iii. Murid berjaya mencapai keputusan yang baik dalam Ujian Pentaksiran Bahasa Arab. 5.3 TINDAKANYANG DIJALANKAN Semasa Ujian Pra dilaksanakan, kebanyakan murid tidak menguasai kemahiran membina ayat dari pelbagai bahan; perkataan atau rangkai kata, gambar, iklan, jadual dan juga karangan. Kebanyakan mereka hanya mendapat markah separuh sahaja daripada 45 markah. Tinjauan awal mendapati murid-murid lemah dalam membina ayat berdasarkan Ujian Diagnostik dan pemerhatian. Justeru itu, Teknik ASP telah digunakan untuk membantu murid menghadapi masalah tersebut. Kajian ini telah menggunakan tiga jenis instrumen pengumpulan data iaitu ujian, pemerhatian dan temu bual. Dapatan ujian dan pemerhatian menunjukkan berlakunya peningkatan dalam kemahiran membina ayat. Tahap kemahiran membina ayat kumpulan sasaran telah meningkat daripada lemah dan sederhana kepada cemerlang. Peningkatan tersebut dipaparkan menerusi graf perbandingan markah antara Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ini membuktikan bahawa Teknik ASP telah berjaya meningkatkan kemahiran membina ayat dalam kalangan kumpulan sasaran. Hal ini turut disokong oleh dapatan daripada temu bual yang dijalankan. Gambarajah 1 : Teknik ASP


5 Gambarajah 2 : Pembahagian ASP


6 Gambarajah 3 : Murid menggunakan Teknik ASP dalam latihan


7 5.4 REFLEKSI KAJIAN Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara dalam markah ujian murid. Rujuk Jadual 1 dan Graf 1 untuk melihat markah yang diperolehi oleh murid semasa Pra Ujian dan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan markah selepas pendedahan Teknik ASP. Namun, masih terdapat murid yang gagal menguasai Teknik ASP dalam ujian. Murid tidak menggunakan Teknik ASP kerana tidak mempunyai pendedahan yang jitu dalam cara-cara membina ayat. Saya perlu lebih bertegas terhadap segelintir murid yang malas dan bersikap sambil lewa dalam menjawap ujian dan akan terus menekankan penggunaan Teknik ASP sehingga murid-murid ini mahir dengan penggunaan Teknik ASP. BIL NAMA MURID MARKAH PRA UJIAN MARKAH UJIAN PASCA 1 Rias Qistina Dania binti Ramli 10.5 15 2 Muhammad Nazhan bin Muhammad Hatta 11 14.5 3 Muhammad Izz Zharfan bin Mohamad Hafazah 11 14.5 4 Muhammad Izz Darwisy bin Md Jani 9.5 14 5 Marzuki bin Yahya Azmi 10 13 Jadual 1 : Pencapaian Murid dalam Pra Ujian dan Ujian Pasca Graf 1 : Peningkatan Pencapaian Murid 0 2 4 6 8 10 12 14 16 RIAS NAZHAN ZHARFAN DARWISY MARZUKI PENINGKATAN PENCAPAIAN MURID Pra Ujian Ujian Pasca


8 ١ .تـخصم نصف درجة إن كان له خطأ أو أخطاء لغوي. 1. Tolak ½ markah sekiranya ada kesalahan atau kesalahan-kesalahan tatabahasa. ۲ .تـخصم نصف درجة إن كان له خطأ أو أخطاء إمإلي. 2. Tolak ½ markah sekiranya ada kesalahan atau kesalahan-kesalahan ejaan. ٣ .تـخصم نصف درجة إن كان له نقص الفكرة. 3. Tolak ½ markah sekiranya isi kurang. Contoh : (salah ejaan) (salah tatabahasa) (markah 2/1 (ير مي الطالبة القمامة يف الـمزبالة tolak ½ markah ejaan dan ½ markah tatabahasa (markah 2/2 (تر مي الطالبة القمامة يف الـمزبلة (kurang isi) (markah 2½ /1 (ترمي الطالبة £ يف الـمزبلة tolak ½ markah ejaan dan ½ markah tatabahasa (markah 2/2 (ترمي الطالبة القمامة يف الـمزبلة


9 1. Rias Qistina Dania binti Ramli Latihan 1 : 10.5/15 Latihan 2 : 15/15 2. Muhammad Nazhan bin Muhammad Hatta Latihan 1 : 11/15 Latihan 2 : 14.5/15


10 3. Muhammad Izz Zharfan bin Mohamad Hafazah Latihan 1 : 11/15 Latihan 2 : 14.5/15 4. Muhammad Izz Darwisy bin Md Jani Latihan 1 : 9.5/15 Latihan 2 : 14/15


11 5. Marzuki bin Yahya Azmi Latihan 1 : 10/15 Latihan 2 : 13/15 6.0 CADANGAN KAJIAN AKAN DATANG Berdasarkan kajian yang telah dibuat, Teknik Aktiviti Siapa Perkara (ASP) yang telah dilaksanakan telah memberi impak yang positif kepada murid. Peningkatan skor markah murid telah berlaku. Ini menunjukkan kajian yang dilakukan bersesuaian dan memberi kesan kepada murid. Murid semakin yakin dan berpotensi untuk membina ayat yang lengkap dan gramatis. Daripada tinjauan yang dilakukan, murid tidak lagi menggunakan masa yang lama untuk membina ayat yang lengkap. Murid juga semakin yakin dalam pembinaan ayat. Sebagai seorang guru, saya merasa bangga apabila melihat peningkatan skor murid-murid yang lemah. Kajian dan kaedah serta strategi yang digunakan sangat membantu murid. Pada pandangan saya, murid mampu murid mampu membuat yang baik apabila mereka dapat memahami kehendak sebenar soalan dan mengetahui kaedah dan teknik-teknik yang betul. 7.0 PENUTUP Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian sebenar murid semakin baik dan ada peningkatan walaupun bukan 100%. Namun begitu, usaha perlu diteruskan agar murid semakin mahir dalam membina ayat untuk pentaksiran ujian bertulis. Sebagai kesimpulan, kajian tindakan yang saya jalankan sangat memberi impak kepada murid untuk meningkatkan prestasi khusunya dan memberi kelebihan kepada guru untuk memantapkan pengajaran amnya.


12 BIBLIOGRAFI / SENARAI RUJUKAN 1. Dayang Fuziah Hj Awang Ahamad, Wan Muna Ruzana Wan Muhammad ( Penggunaan Teknik SAP dalam meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Tunggal 2. Ku Fatahiyah Ku Azizan, Hairun Najuwah Jamali ( 2016 ) Menulis Ayat Arab melalui Teknik Sinambungan Visual-Gambar 3. Dr Abd Razak bin Abu Chik (2013) Kuasai Bahasa Arab 4. [email protected] Kaedah-Kaedah Pembelajaran Bahasa Arab 5. basirmdpiah.blogspot.com 6. ejournal.ukm.my 7. http://www.slideshare.net


Click to View FlipBook Version