Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2015
2019
‘PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PROFESIONALISME
KEGURUAN’
Anjuran
Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
Sabah
Penerbitan
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
Sabah
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
KOMPILASI SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
AMBILAN JUN 2015
PENDIDIKAN ISLAM (SK)
Terbitan: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
Sabah
Hak Cipta Terpelihara
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan
isi kandungan dalam kompilasi ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apapun
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan cara lain sebelum
mendapat keizinan dari Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau,
Sabah. Perundingan tertakluk kepada royalti atau honorarium.
Diatur huruf : Dr. ISMAIL BIN HUSIN
Ilustrasi
Muka taip teks : MOHAMMAD HALIM SHAH BIN MURIBIN
ISSN : Times New Roman 11,12,14 & 16
Percetakan Arial 14,16 & 18
: 978-983-44302-1-4
: INNOVET PRINTING, TAWAU
PRAKATA
Pengarah
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan Salam Sejahtera.
Tugas utama seorang pendidik adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
para pelajar. Untuk memenuhi tuntutan ini, pendidik bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan kondusif, tetapi juga perlu
menciptakan pedagogi pengajaran yang boleh membantu untuk menyampaikan ilmu
pelajaran itu dengan lebih berkesan. Melalui aplikasi pedagogi inilah nanti para guru dapat
merangsang minat pelajar untuk terus belajar seterusnya menguasai kemahiran yang
telah ditetapkan.
Hakikat bahawa guru perlu berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan
dan kecerdasan telah menyebabkan timbulnya pelbagai persoalan dan isu-isu kritikal
yang berkaitan dengan pedagogi pengajaran ini. Isu-isu sebegini boleh diselesaikan sama
ada secara langsung dan tidak langsung melalui kajian penyelidikan konvensional dalam
konteks pembelajaran itu sendiri.
Kajian penyelidikan konvensional yang dibentangkan memberikan manfaat bukan sahaja
kepada murid tetapi juga kepada warga pendidik secara amnya. Kecemerlangan ilmu
dapat digarap dengan penghasilan kajian penyelidikan yang dapat membuka lebih banyak
persepsi dan peluang dalam isu pendidikan itu sendiri.
Kepada para pelajar dan pensyarah yang telah menghasilkan kajian ini saya mengambil
kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas usaha yang telah ditunjukkan
oleh semua pada masa-masa akan datang demi memertabatkan profesion keguruan.
Tahniah juga saya ucapkan kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) kerana
berjaya mengambil inisiatif menerbitkan Kompilasi Artikel Jurnal Pelajar PISMP Ambilan
Jun 2015 Pengkhususan Pendidikan Islam (SK) untuk tahun 2019 ini.
Sekian, terima kasih
( ALIYAS BIN SAID )
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
Sabah
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
`
PANEL PENILAI Jabatan Pendidikan Islam
Jabatan
Halimahtus Saadiah Binti Mat Saad, PhD Jabatan
dan Moral
Mohd Nazmi Bin Desa, PhD Jabatan Pendidikan Islam
Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pendidikan Islam
Ismail Bin Husin, PhD Jabatan Pendidikan Islam
Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Islam
Khalid Bin Sa’at @ Jamil
dan Moral
Wan Azmi Bin Wan Omar
dan Moral
Siti Fatimah Binti Ishak
dan Moral
Sharifa Binti Samsudin
dan Moral
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
JURNAL PENYELIDIDKAN PENDIDIKAN
JOURNAL OF RESEARCH IN TEACHER EDUCATION
_____________________________________________________________________________
_______
Bil Isi Kandungan
Halaman
1. Pengintegrasian Teknologi Maklumat Komunikasi Dalam Pembelajaran dan
1 Pemudahcaraan PendidikanIslam Di Sekolah Rendah Daerah Tawau
Ali Akmal Isamuddin Ali Hassan & Ismail Husin (PhD)
2. Pengetahuan dan Penguasaan Guru Pelatih Pendidikan Islam Zon Sabah
18
Terhadap Penggunaan Penulisan Ejaan Jawi Yang di Sempurnakan
Ainun Bahiah Abd Halim & Wan Azmi Wan Omar
3. Pengetahuan dan Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Kaedah Didik Hibur
28
Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Pendidikan Islam
Nur Adlina Md Azmi & Siti Fatimah Ishak
4. Pengaplikasian KBAT Dalam PdPC dan Hubungannya Dengan Persepsi
40
Guru Pendidikan Islam Terhadap Pencapaian Murid
Ain Syafiqah Binti Mohamad Sa’id & Khalid Sa’at @ Jamil
5. Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan
53
Pendidikan Islam Di Sekolah Rendah Daerah Tawau
Anas Fahmi Zulkefli & Ismail Husin (PhD)
6. Penghayatan Rohani dan Hubungannya Dengan Penghayatan Adab dan Akhlak
67
Terhadap Alam Sekitar Dalam Kalangan Guru Pelatih Muslim Di Institut
Pendidikan Guru Kampus Tawau
Nur Aimi Izzati Ahmad Shabudin & Siti Fatimah Ishak
7. Kefahaman Guru Pendidikan Islam Terhadap Kaedah Kolaboratif dan
81
Hubungannya Dengan Pengaplikasian Dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan
Noranizah Saineh & Khalid Sa’at @ Jamil
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
8. Hubungan Pengetahuan Dengan Kesediaan Menggunakan Sistem Analisis
93
Peperiksaan Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam
Muhammad Faizie Rasid & Mohd Nazmi Desa (PhD)
9. Kemudahan Infrastruktur dan Motivasi Murid Terhadap Penggunaan
107
Surau Sekolah Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Pendidikan
Islam Di Sekolah Rendah
Mohammad Halim Shah Muribin & Sharifa Samsudin
10. Hubungan Kemahiran dan Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
119
Dengan Tahap Penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE-Frog)
Jejeh Faziran Walin & Sharifa Samsudin
11. Hubungan Tahap Membaca Al-Quran Dengan Penguasaan Hafazan
129
Ayat Lazim Murid Tahun 6 Di Sekolah Rendah Daerah Tawau
Luqman Yusof & Khalid Sa’at @ Jamil
12. Kesediaan Guru Pendidikan Islam Menggunakan Teknologi Maklumat dan
138
Komunikasi (TMK) Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC)
Rushiha Irina Mohamed Yusof & Wan Azmi Wan Omar
13. Pengetahuan dan Kemahiran Serta Hubungannya Dengan Penggunaan
152
Komputer Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Dalam Daerah Tawau
Nursyahida Saman & Halimatus Saadiah Mat Saad (PhD)
14. Tahap Kefahaman, Penglibatan dan Sikap Murid Terhadap Penggunaan Audio
163
Visual Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Pendidikan Islam
Zia Safiqah Zamree & Siti Fatimah Ishak
15. Penghayatan Beragama dan Hubungannya Dengan Akhlak Guru Pelatih IPG
179
Kampus Tawau
Zulaikha Md Yusoff & Halimatus Saadiah Mat Saad (PhD)
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI DALAM
PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN PENDIDIKAN ISLAM
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
DI SEKOLAH RENDAH DAERAH TAWAU
¹Ali Akmal Isamuddin Ali Hassan & ²Ismail Husin (Ph.D)
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah
[email protected] & [email protected]
Abstrak
Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran penting di sekolah yang memberikan
penekanan dalam bidang Al-quran, hadis, akidah, ibadah, sirah dan akhlak. Kaedah
pengajaran guru yang tidak mengaplikasikan TMK dalam bilik darjah menyebabkan
Pendidikan Islam kelihatan hambar dan kurang menarik perhatian murid di sekolah.
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penggunaan, penguasaan, faktor yang
mempengaruhi minat murid menggunakan Teknologi Maklumat Komunikasi dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah
dalam daerah Tawau. Satu set instrumen soal selidik yang mengandungi 25 item
telah diedarkan kepada responden. Seramai 30 orang murid tahap 2 diplih sebagai
responden bagi menjawab intrumen soal selidik skala 5 mata poin. Data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statical Packages for
Social Sciences (SPSS) Versi 23.0 yang dianalisis secara deskriptif bagi
mendapatkan kekerapan, peratusan dan min yang di ukur berdasarkan interprestasi
skor Suwarnee (2006). Hasil analisa dapatan kajian menunjukkan bahawa murid
tahap 2 di sekolah-sekolah rendah daerah Tawau mempunyai tahap penggunaan
dan penguasaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam adalah sederhana. Manakala,
tahap kesediaan murid menggunakan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam adalah
pada tahap tinggi. Oleh itu, beberapa cadangan telah dibuat kepada pihak KPM,
Sekolah dan guru supaya dapat mengambil tindakan untuk meningkatkan
keberkesanan PdPC menggunakan TMK dengan mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih bermakna dengan mengambil kira keperluan pendidikan
abad ke-21.
Kata kunci : integrasi, penggunaan, penguasaan, pengaruh, teknologi maklumat
dan komunikasi
Pengenalan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dapat didefinisikan sebagai pelbagai bentuk
peralatan dan sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi,
memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Pada
zaman kini, TMK digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya
dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar terhadap dunia akan datang
(Rosernberg, 2001).Menurut Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi
teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan
fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata
pelajaran yang diajar. Manakala Menurut Pisapa (1994), integrasi TMK dalam PdPC
bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan
menambah kemahiran. Hal ini jelas bahawa, penggunaan teknologi mesti digabungjalin
bersama kaedah pengajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Sehubungan
dengan itu, guru perlu mengintegrasi TMK untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
PdPC. Ringkasnya, peranan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam akan membawa kepada
kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan pemudahcaraan.
Pendidikan Islam memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai hasrat
pendidikan kebangsaan yang menuju ke arah pembangunan insan yang menyeluruh dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ringkasnya, guru-guru
Pendidikan Islam menggalas tanggung jawab besar untuk melahirkan murid yang mampu
menjana diri mereka menjadi insan berakhlak al-Qur’an dan pada masa yang sama
mempunyai daya saing serta berkemahiran tinggi dalam mengaplikasi TMK selaras
dengan tuntutan semasa ke negara maju.
Pernyataan Masalah
Pendidikan Islam adalah merupakan mata pelajaran yang penting untuk dipelajari oleh
murid di sekolah kerana ia memberi penekanan dalam bidang Al-quran, hadis, akidah,
ibadah, sirah dan akhlak. Namun, realiti hari ini corak pembelajaran dan pemudahcaraan
Pendidikan Islam sering dikatakan mundur dan perkara ini dilihat sebagai faktor yang
menjadi masalah dalam PdPC. Justeru, guru Pendidikan Islam mestilah menggunakan
pendekatan yang boleh menarik minat murid untuk mendekatkan ilmu agama bersesuaian
dengan jiwa murid. Menurut Azhar & Nurul Huda (2009), gabungan teknologi maklumat
dan ilmu agama ini telah melahirkan guru-guru pelatih yang mempunyai pakej yang
lengkap sebagai seorang tekno-da’i. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa guru
Pendidikan Islam berperanan dalam penggunaan TMK kerana dengan cara ini mampu
menarik perhatian dan minat murid mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam.
Selain itu, permasalahan yang dapat dilihat pada hari ini ialah penggunaan TMK
dalam kalangan murid sekolah rendah tidak diaplikasikan. Kaedah chalk and talk yang
digunakan oleh guru Pendidikan Islam menyebabkan pengajaran Pendidikan Islam
kelihatan hambar.Sehubungan itu, pengkaji berminat untuk mengenalpasti tahap
penggunaan, penguasaan dan kesediaan murid dalam penggunaan TMK ketika PdPC
Pendidikan Islam dilaksanakan di dalam kelas.
Objektif dan Soalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan:
1. Tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pembelajaran
dan pemudahcaraan Pendidikan Islam dalam kalangan murid tahap 2 di sekolah
rendah daerah Tawau.
2. Tahap penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam matapelajaran
Pendidikan Islam dalam kalangan murid tahap 2 di sekolah rendah daerah Tawau.
3. Tahap kesediaan murid dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
semasa pembelajaran dan pemudahcaraan dijalankan.
4. Mengenalpasti hubungan penggunaan dan penguasaan integrasi TMK dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam dalam kalangan murid tahap
2 di sekolah rendah.
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan
berikut:
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
1. Apakah tahap penggunaan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam dalam kalangan murid
tahap 2 di sekolah rendah daerah Tawau?
2. Sejauhmanakah tahap penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
mata pelajaran pendidikan islam dalam kalangan murid tahap 2 di sekolah rendah
daerah Tawau?
3. Apakah tahap kesediaan murid dalam penggunaan TMK semasa PdPC dalam
matapelajaran Pendidikan Islam?
4. Adakah terdapat hubungan antara penggunaan dan penguasaan integrasi TMK
dalam kalangan murid tahap 2 di sekolah?
Metodologi
Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tinjauan. Tujuan kajian dijalankan untuk
mengenal pasti tahap penggunaan, penguasaan dan faktor-faktor integrasi TMK dalam
PdPC Pendidikan Islam di sekolah. Populasi dalam kajian terdiri daripada 30 orang murid
yang dipilih secara rawak mudah di beberapa buah sekolah dalam daerah Tawau. Borang
soal selidik mengandungi 30 item berskala likert 5 mata poin digunakan sebagai instrumen
yang diubah suai berdasarkan Badrul Hisham, Ahmad Rizal dan Kamarul Azman (2013).
Menurut Azizi Yahaya, et al. (2007), soal selidik merupakan kaedah yang efisien bagi
mengutip data dalam jumlah yang banyak pada kos yang rendah dalam tempoh yang
singkat. Bagi mendapatkan kesahan dalam pembinaan item soal selidik terlebih dahulu
telah disemak oleh sekumpulan pakar dalam bidang berkaitan. Kajian rintis telah
dijalankan oleh pengkaji bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach di
mana secara keseluruhannya konstruk yang ditadbir memperoleh nilai 0.83. Menurut Field
(2009), Indeks kebolehpercayaan dengan nilai tersebut dianggap memuaskan dan
diterima.
Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis profail subjek kajian dan borang
soal selidik berbantukan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 23.0.
Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kekerapan,
peratusan, min dan sisihan piawai. Bagi menentukan tahap tahap penggunaan,
penguasaan serta kesediaan minat murid terhadap integrasi TMK dalam PdPC, penyelidik
mengunakan panduan skor min oleh Suwarnee (2006).
Jadual 1 Interprestasi
Interprestasi skor min Tinggi
Nilai
3.68 - 5.00
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
2.34 – 3.67 Sederhana
1.00 – 2.33 Rendah
Sumber: Suwarnee (2006)
Dapatan Kajian
Demografi
Jadual 2 menunjukkan responden yang terdiri daripada 30 orang dimana yang dipilih
secara rawak majoritinya terdiri daripada murid perempuan iaitu 18 (60%) orang.
Manakala bilangan responden lelaki adalah seramai 12 (40%) orang. Hal ini menunjukkan
bahawa bilangan lelaki dan perempuan adalah tidak seimbang dan ini jelas menunjukkan
bahawa dalam menggunakan TMK samada waktu kelas formal atau informal dalam
pencarian maklumat berkaitan Pendidikan Islam, murid perempuan adalah lebih ramai
berbanding lelaki.
Jadual 2 Kekerapan Peratus (%)
Demografi responden 12 40.0
Jantina 18 60.0
Lelaki 30 100.0
Kekerapan Peratus (%)
Perempuan
6 20.0
Jumlah 6 20.0
Umur 18 60.0
30 100.0
10 Kekerapan Peratus (%)
11 11 36.7
12 0 00.0
Jumlah 0 00.0
Bangsa 19 63.3
Melayu 30 100.0
Cina Kekerapan Peratus (%)
India 6 20
Lain-lain 6 60
Jumlah 18 20
Tahun/Kelas 30 100
4
5
6
Jumlah
Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pembelajaran
dan Pemudahcaraan Pendidikan Islam
Soalan 1 : Apakah tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam dalam
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Dapatan kajian bagi item 5 menunjukkan 53.3 peratus (16 orang) dan 10.0 peratus (3
orang) responden menyatakan setuju dan sangat setuju mengenai penggunaan TMK
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan membantu saya menguasai mata pelajaran
Pendidikan Islam dengan berkesan. Manakala, selebihnya 23.3 peratus (7 orang)
menyatakan tidak pasti, 10.0 peratus (3 orang) dan 3.3 peratus (1 orang) menyatakan
tidak setuju dan sangat tidk setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap
penggunaan terhadap item tersebut adalah pada tahap sederhana (M = 3.57, SP = 0.93).
Bagi penyataan item 6, penggunaan komponen-komponen asas dalam TMK
memudahkan saya dalam PdPC Pendidikan Islam hanya 30.0 peratus (9 orang) dan 3.3
peratus (1 orang) sahaja yang menyatakan setuju dan sangat setuju, selebihnya 33.3
peratus (10 orang) menyatakan tidak pasti, 20.0 peratus (6 orang) tidak setuju dan 13.3
peratus (4 orang) sangat tidak setuju. Seterusnya, bagi item 7 penggunaan perisian
aplikasi TMK (Powerpoint, WonderShare, EXE) memudahkan pemahaman saya terhadap
PdPC Pendidikan Islam yang diajar menunjukkan 23.3 peratus (7 orang) dan 13.3 peratus
(4 orang) menyatakan bersetuju dan sangat bersetuju, manakala 40.0 peratus (12 orang)
menyatakan tidak pasti, 20.0 peratus (6 orang) dan 3.3 peratus (1 orang) menyatakan
tidak setuju dan sangat tidak setuju.
Selain itu, bagi murid yang ingin menyiapkan tugasan mata pelajaran Pendidikan
Islam perlulah menggunakan TMK adalah pada item 8. Bagi kenyataan tersebut, dapatan
menunjukkan 36.7 peratus (11 orang) dan 16.7 peratus (5 orang) responden bersetuju
dan sangat bersetuju. Manakala 3.3 peratus (1 orang) tidak pasti, 13.3 peratus (4 orang)
tidak setuju dan 30.0 peratus (9 orang) menyatakan sangat tidak bersetuju.Dapatan juga
menunjukkan 43.3 peratus (13 orang) dan 6.7 peratus (2 orang) menyatakan persetujuan
dan sangat bersetuju bagi item 9 iaitu murid menggunakan TMK untuk mencari maklumat
berkenaan mata pelajaran Pendidikan Islam, 46.7 peratus (14 orang) menyatakan tidak
pasti dan 3.3 peratus (1 orang) menyatakan tidak setuju. Begitu juga bagi kenyataan pada
item 10 iaitu murid yang mahir menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat
berkenaan topik dalam Pendidikan Islam, dapatan menunjukkan 28.7 peratus (8 orang),
50.0 peratus (15 orang) menyatakan setuju dan sangat setuju. Manakala, 23.3 peratus (7
orang) responden menyatakan tidak pasti.
Jadual 3
Kekerapan, peratusan, pin dan pisihan piawai tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan pendidikan Islam (N=30)
Tahap Penggunaan TMK Dalam PdPC Kekerapan (Peratus) Jumlah
M SP
Pendidikan Islam 3.57 0.93
Item Perkara STS TS TP S SS 2.90 1.09
1 3 7 16 3
1 Penggunaan Teknologi Maklumat (10.0) (23.3) (53.3) (10.0)
(3.3)
dan Komunikasi dalam 1
4 (3.3)
pembelajaran dan pemudahcaraan (13.3)
membantu saya menguasai mata
pelajaran Pendidikan Islam
dengan berkesan
2 Penggunaan komponen- 6 10 9
(20.0) (33.3) (30.0)
komponen asas dalam Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
memudahkan saya dalam
pengajaran dan pemudahcaraan
Pendidikan Islam
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
3 Penggunaan perisian aplikasi 1 6 12 7 4 3.23 1.04
(3.3) (20.0) (40.0) (23.3) (13.3)
Teknologi Maklumat dan 2.97 1.56
9 4 1 11 5 3.47 1.25
Komunikasi (Powerpoint, (30.0) (13.3) (3.3) (36.7) (16.7) 4.27 0.83
WonderShare, EXE) memudahkan 7 1 14 13 2
(23.3) (3.3) (46.7) (43.3) (6.7)
pemahaman saya terhadap
8 15
pengajaran da pemudahcaraan (26.7) (50.0)
Pendidikan Islam yang diajar
4 Saya menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi untuk
menyiapkan tugasan bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam
5 Saya menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi bagi
tujuan mencari maklumat dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam
6 Saya mahir menggunakan Internet
untuk mendapatkan maklumat
topik mata pelajaran Pendidikan
Islam
Min Keseluruhan : 3.40
Analisis dan perbincangan mengenai tahap penggunaan TMK responden dalam PdPC
Pendidikan Islam adalah skor min. Skor min pula diukur berdasarkan kepada tiga tahap
iaitu nilai skor min 1.00 hingga 2.33 adalah rendah, skor min 2.34 hingga 3.66 adalah
sederhana, dan skor min 3.67 hingga 5.00 adalah tinggi. Secara umumnya, min
keseluruhan tahap penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam dalam kalangan
murid tahap 2 di sekolah rendah daerah Tawau adalah pada tahap sederhana. Namun
begitu, hanya satu item sahaja pada tahap tinggi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
4.7. Skor min adalah di antara 2.90 hingga 4.27 dan nilai purata min keseluruhan ialah
3.40.Hasil dapatan kajian dianalisis secara terperinci bagi mengetahui apakah tahap
penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam dalam kalangan murid tahap 2 sekolah-
sekolah rendah di daerah Tawau. Berdasarkan jadual analisis data mendapati tahap
penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam pada tahap sederhana. Dapatan ini
menunjukkan terdapat persamaan dengan dapatan kajian yang dilakukan terhadap murid
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Temenggung Ahmad adalah pada tahap
sederhana (Hazura Mohammed et.al, 2012). Ini juga jelas menunjukkan bahawa
sekiranya murid tidak meneruskan budaya pembelajaran dengan menggunakan TMK
pada tahap yang optimum maka janganlah hairan jika satu masa nanti murid terus
mengekalkan budaya pembelajaran tradisional yang hanya berbantukan Bahan Bantu
Belajar (BBM) seperti buku teks, kertas sebak, manila kad dan kad imbasan. Hal ini kerana
guru itu tidak mengaplikasikan pengajarannya berasaskan TMK. Ini selari dengan
dapatan kajian Kamarul Azmi et.al (2011) bahawa guru cemerlang pendidikan Islam lebih
banyak menggunakan buku teks dan modul berbentuk kertas disebabkan ianya lebih
mudah utuk diurus dan dinilai terutama melibatkan pelajar yang menghadapi peperiksaan
besar. Keadaan ini juga mungkin disebabkan oleh subjek Pendidikan Islam yang
melibatkan topik Ibadah, akidah, sirah dan tilawah memerlukan murid bergantung kepada
sumber utama iaitu buku teks berbanding menggunakan sumber dari Internet.
Manakala pada item 5 penggunaan TMK dalam PdPC membantu murid
menguasai mata pelajaran Pendidikan Islam dengan berkesan mempunyai skor min 3.57
iaitu pada tahap sederhana adalah bertentangan dengan dapatan kajian Hasnuddin et.al
(2015). Pengkaji mendapati skor min tinggi bagi penggunaan TMK membantu murid
dalam meningkatkan kemahiran pemahaman PdPC Pendidikan Islam. Walau
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
bagaimanapun, penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam ini lebih kepada murid
mahir menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat topik mata pelajaran
Pendidikan Islam (M=4.27, SP=0.83). Dapatan kajian ini menunjukkan selari dengan
kajian Abdul Razaq. et al (2009) yang mendapati tahap penggunaan TMK dalam kalangan
murid sekolah rendah berada pada tahap tinggi. Kajian beliau juga mendapati ramai murid
mempunyai pengetahuan tinggi terhadap penggunaan TMK dan multimedia namun hanya
berkisar pada perisian pemprosesan data dan perkataan seperti MS Word, Internet
Explore, Power point, Ms Excel, Gmail, Google Chrome dan perisian lain yang mudah
diakses dan digunakan dalam kalangan murid. Namun menurut Aluyah (2011),
keberkesanan penggunaan TMK dalam kalangan murid dalam PdPC Pendidikan Islam
amat dipengaruhi oleh faktor pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan guru tentang
TMK serta penyediaan peralatan yang lengkap di sekolah. Tambahan pula, kata
penyelidik tersebut, dapatan kajian dari murid pula menunjukkan pengetahuan sedia ada
murid sangat penting bagi memastikan pelaksanaan penggunaan TMK dalam PdPC
Pendidikan Islam. Oleh itu, penggunaan TMK dalam kalangan murid memerlukan
pengetahuan, kemahiran dan kemudahan di sekolah bagi mencapai pembelajaran yang
baik dalam PdPC Pendidikan Islam.
Jadual 4
Rumusan tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
pendidikan Islam (N=30)
Item Perkara Min (M) Sisihan Tahap
3.57 Piawai (SP) Sederhana
1 Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam pembelajaran dan 2.90 0.94 Sederhana
pemudahcaraan membantu saya menguasai 3.23 Sederhana
mata pelajaran Pendidikan Islam dengan 1.94
berkesan 2.97 Sederhana
3.47 1.04 Sederhana
2 Penggunaan komponen-komponen asas 4.27
dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi 1.56 Tinggi
memudahkan saya dalam pengajaran dan 1.25
pemudahcaraan Pendidikan Islam 0.83
3 Penggunaan perisian aplikasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (Powerpoint,
WonderShare, EXE) memudahkan
pemahaman saya terhadap pengajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Islam yang
diajar
4 Saya menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi untuk menyiapkan tugasan bagi
mata pelajaran Pendidikan Islam
5 Saya menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi bagi tujuan mencari maklumat
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
6 Saya mahir menggunakan Internet untuk
mendapatkan maklumat topik mata pelajaran
Pendidikan Islam
Min Keseluruhan : 3.40
Tahap Penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan Pendidikan Islam
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Soalan 2: Apakah tahap penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam dalam kalangan murid tahap 2 di
sekolah rendah daerah Tawau?
Merujuk kepada Jadual 5, dapatan pada item 11 menunjukkan 20.0 peratus (6 orang)
responden menyatakan mereka bersetuju dan 23.3 peratus (7 orang) responden lagi
menyatakan bersetuju. Selebihnya 33.3 peratus (10 orang) menyatakan tidak pasti, 20.0
peratus (10 orang) dan 3.3 peratus (1 orang) responden menyatakan tidak bersetuju dan
sangat tidak bersetuju berkenaan murid tahu menggunakan komponen komputer dan
fungsinya (tetikus, monitor dan keyboard) ketika sesi PdPC Pendidikan Islam
berlangsung.Selain itu, pada item 12 penguasaan TMK bagi aspek menyimpan maklumat
topik-topik mata pelajaran Pendidikan Islam berbentuk grafik, teks dan imej, dapatan
menunjukkan 6.7 peratus (2 orang) responden menyatakan sangat bersetuju dan 33.3
peratus (10 orang) responden lagi menyatakan mereka bersetuju dengan perkara
tersebut. Penguasaan dalam penggunaan TMK adalah murid perlu tahu menguruskan
maklumat topik-topik mata pelajaran Pendidikan Islam dalam folder. Dapatan
menunjukkan 26.7 peratus (8 orang) responden menyatakan sangat bersetuju dan 40.0
peratus (12 orang) responden lagi menyatakan bersetuju dengan penyataan tersebut.
Manakala, 13.3 peratus (4 orang) menyatakan tidak pasti, selebihnya 3.3 peratus (1
orang) dan 16.7 peratus (5 orang) responden pula menyatakan tidak setuju dan sangat
tidak setuju.Seterusnya, penguasaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam bagi item 14
ialah murid mengetahui pencarian maklumat berkaitan Pendidikan Islam dengan
berbantukan TMK. Bagi penyataan tersebut, dapatan kajian menunjukkan 26.7 peratus (8
orang) dan 20.0 peratus (6 orang) responden menyatakan sangat setuju dan bersetuju.
Manakala, 50.0 peratus (15 orang) dan 3.3 peratus (1 orang) responden menyatakan tidak
pasti dan tidak setuju.
Sehubungan dengan ini juga, kenyataan pada item 15 kefahaman sesuatu topik
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam adalah berdasarkan kemahiran murid menguasai
TMK. Dapatan kajian menunjukkan 6.7 peratus (2 orang) responden menyatakan mereka
sangat setuju dan 43.3 peratus (13 orang) responden lagi menyatakan mereka bersetuju
bahawa kefahaman murid terhadap topik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam adalah
berdasarkan kemahiran murid menguasai TMK. Selebihnya, 46.4 peratus (14 orang) dan
3.3 peratus (1 orang) responden menyatakan tidak pasti dan tidak setuju.Manakala,
dapatan juga menunjukkan 6.7 peratus (2 orang) responden menyatakan mereka sangat
setuju dan 36.7 peratus (11 orang) menyatakan mereka bersetuju bahawa selalu
membentang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan elemen-
elemen dalam TMK (animasi, grafik dan audio) yang berada pada item 16. 13.3 peratus
(4 orang) responden menyatakan tidak pasti, 13.3 peratus (4 orang) dan 30.0 peratus (9
orang) menyatakan tidak setuju dan sangat tidak bersetuju.
Jadual 5
Kekerapan, peratusan, pin dan pisihan piawai pahap penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam (N=30)
Tahap Penguasaan TMK Dalam PdPC Kekerapan (Peratus) Jumlah
Pendidikan Islam
Item Perkara STS TS TP S SS M SP
1 Saya tahu menggunakan 1 6 10 7 6 3.37 1.13
komponen komputer dan fungsinya (3.3) (20.0) (33.3) (23.3) (20.0)
(tetikus, monitor dan keyboard)
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
ketika sesi pengajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Islam
berlangsung
2 Saya menyimpan maklumat topik- 1 5 12 10 2 3.23 0.94
topik mata pelajaran Pendidikan (3.3) (16.7) (40.0) (33.3) (6.7)
Islam berbentuk grafik, teks dan
imej
3 Saya tahu menguruskan maklumat 5 1 4 12 8 3.57 1.38
topik-topik mata pelajaran (16.7) (3.3) (13.3) (40.0) (26.7)
Pendidikan Islam dalam folder
4 Saya mengetahui pencarian 1 15 6 8 3.70 0.92
maklumat berkaitan Pendidikan (3.3) (50.0) (20.0) (26.7)
Islam dengan berbantukan
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
5 Kefahaman sesuatu topik dalam 1 14 13 2 3.53 0.68
mata pelajaran Pendidikan Islam (3.3) (46.7) (43.3) (6.7)
adalah berdasarkan kemahiran
saya menguasai Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
6 Saya selalu membentang dalam 9 4 4 11 2 2.77 1.41
mata pelajaran Pendidikan Islam (30.0) (13.3) (13.3) (36.7) (6.7)
dengan menggunakan elemen-
elemen dalam Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (animasi, grafik
dan audio)
Min Keseluruhan : 3.36
Perbincangan kedua ialah analisis tahap penguasaan TMK dalam PdPC
Pendidikan Islam. Berdasarkan Jadual 4.9 di bawah, nilai min keseluruhan bagi persoalan
kedua ini ialah min 3.36 yang dikategorikan pada tahap sederhana. Item bagi tahap
penguasaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam ini memperlihatkan min masing-masing
pada skor min 2.77 hingga 3.70. Keadaan item yang lain juga adalah pada tahap
sederhana. Pada item yang ke sebelas iaitu murid tahu menggunakan komponen
komputer dan fungsinya (tetikus, monitor dan keyboard) ketika sesi pengajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Islam berlangsung menunjukkan skor min 3.37 adalah pada
tahap sederhana. Namun, dapatan daripada Hasnuddin et.al (2015) mendapati bahawa
skor min tinggi (M=4.56) murid tahu menggunakan fungsi perkakasan komputer seperti
tetikus. Perkara ini adalah berbeza dengan dapatan pada item kesebelas. Hal ini kerana
dapatan daripada Hasnuddin et.al (2015), beliau mengambil responden dari kalangan
murid di kawasan bandar sahaja berbanding pengkaji menfokuskan kajian ini di kawasan
bandar dan luar bandar. Manakala, item 14 berkenaan tahu bagaimana membuat
pencarian maklumat berkaitan Pendidikan Islam dengan berbantukan TMK menunjukkan
skor min 3.70. Perkara tersebut menunjukkan min pada tahap sederhana selari dengan
dapatan kajian Esa Rahman (2006), pendapat beliau penguasaan TMK dalam
penggunaan komputer dan perisian tertentu membantu pembelajaran murid-murid dalam
bilik darjah dengan mudah dan cepat. Dalam erti kata lain, penguasaan TMK membantu
murid dalam pencarian maklumat mengenai isi kandungan pelajaran Pendidikan Islam
bagi tujuan mencapai objektif mata pelajaran tersebut.
Walau bagaimanapun, tahap penguasaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam
bagi murid tahap 2 memerlukan pengetahuan sedia ada berkenaan TMK bagi memastikan
PdPC berjalan dengan lancar dan tidak berlakunya keciciran dalam pembelajaran.
Menurut Hasnuddin et.al (2015), pengetahuan sedia ada murid dan kesediaan mereka
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
untuk mengamalkan penggunaan TMK boleh membantu mereka meningkatkan
pencapaian mereka dalam pelajaran. Hal ini jelas bahawa bukan guru sahaja berperanan
dalam menyampaikan ilmu pengetahuan malahan murid itu sendiri mestilah mempunyai
pengetahuan sedia ada agar proses PdPC Pendidikan Islam itu lebih bermakna.
Jadual 6
Rumusan tahap penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan pendidikan Islam (N=30)
Item Perkara Min (M) Sisihan Tahap
3.57 Piawai (SP) Sederhana
1 Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam pembelajaran dan 2.90 0.94
pemudahcaraan membantu saya menguasai 3.23
mata pelajaran Pendidikan Islam dengan 1.94 Sederhana
berkesan 2.97 1.04 Sederhana
3.47
2 Penggunaan komponen-komponen asas 4.27 1.56 Sederhana
dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi 1.25 Sederhana
memudahkan saya dalam pengajaran dan 0.83 Tinggi
pemudahcaraan Pendidikan Islam
3 Penggunaan perisian aplikasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (Powerpoint,
WonderShare, EXE) memudahkan
pemahaman saya terhadap pengajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Islam yang
diajar
4 Saya menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi untuk menyiapkan tugasan bagi
mata pelajaran Pendidikan Islam
5 Saya menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi bagi tujuan mencari maklumat
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
6 Saya mahir menggunakan Internet untuk
mendapatkan maklumat topik mata pelajaran
Pendidikan Islam
Min Keseluruhan : 3.40
Tahap kesediaan murid dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
semasa pembelajaran dan pemudahcaraan dijalankan.
Soalan 3: Apakah tahap kesediaan murid dalam penggunaan TMK semasa PdPC dalam
matapelaaran Pendidikan Islam?
Berdasarkan Jadual 7, dapatan pada item 17 menunjukkan 20.0 peratus (6 orang)
responden menyatakan mereka sangat bersetuju dan 53.3 peratus (16 orang) responden
lagi menyatakan bersetuju. Selebihnya 20.0 peratus (6 orang) menyatakan tidak pasti dan
6.7 peratus (2 orang) responden menyatakan tidak bersetuju berkenaan penggunaan
TMK dalam PdPC Pendidikan Islam dapat meningkatkan motivasi murid untuk
belajar.Pembelajaran dan pemudahcaraan berbantukan TMK oleh guru menarik minat
murid untuk belajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Dapatan item 18 menunjukkan 23.3
peratus (7 orang) responden menyatakan sangat bersetuju dan 50.0 peratus (15 orang)
responden lagi menyatakan bersetuju dengan penyataan tersebut. Manakala, 23.3
peratus (7 orang) menyatakan tidak pasti dan selebihnya 3.3 peratus (1 orang) responden
pula menyatakan tidak setuju.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Seterusnya, faktor yang mempengaruhi minat murid dalam penggunaan TMK
dalam PdPC Pendidikan Islam ialah guru menggalakkan penggunaan TMK dalam aktiviti
PdPC Pendidikan Islam. Bagi penyataan tersebut, dapatan kajian pada item 19
menunjukkan 16.7 peratus (5 orang) dan 23.3 peratus (7 orang) responden menyatakan
sangat setuju dan bersetuju. Manakala, 26.7 peratus (8 orang) menyatakan tidak pasti,
13.3 peratus (4 orang) dan 20.0 peratus (6 orang) responden menyatakan tidak setuju
dan sangat tidak bersetuju. Sehubungan dengan ini juga, TMK memudahkan murid
memahami topik-topik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Dapatan kajian pada item
20 menunjukkan 26.7 peratus (8 orang) responden menyatakan mereka sangat setuju
dan 46.7 peratus (14 orang) responden lagi menyatakan mereka bersetuju bahawa TMK
memudahkan murid memahami topik-topik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
adalah berdasarkan faktor yang mempengaruhi minat murid menggunakan TMK.
Selebihnya, 16.7 peratus (5 orang), 6.7 peratus (2 orang) dan 3.3 peratus (1 orang)
responden menyatakan tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Antara faktor
yang mempengaruhi minat murid menggunakan TMK ketika PdPC Pendidikan Islam ialah
guru menggunakan pelbagai strategi dalam PdPC menggunakan TMK. Dapatan item 21
menunjukkan 26.7 peratus (8 orang) responden menyatakan sangat bersetuju dan 13.3
peratus (4 orang) responden lagi menyatakan bersetuju dengan penyataan tersebut.
Manakala, 33.3 peratus (10 orang) menyatakan tidak pasti, selebihnya 16.7 peratus (5
orang) dan 10.0 peratus (3 orang) responden pula menyatakan tidak setuju dan sangat
tidak setuju. Manakala, dapatan item 22 juga menunjukkan 30.0 peratus (9 orang)
responden menyatakan mereka sangat setuju dan 40.0 peratus (12 orang) menyatakan
mereka bersetuju bahawa penggunaan TMK dalam pembelajaran Pendidikan Islam
menggalakkan mereka berfikir secara kreatif dan kritis. Selebihnya, 26.7 peratus (8 orang)
responden menyatakan tidak pasti dan 3.3 peratus (1 orang) menyatakan tidak setuju.
Selain itu, bagi item 23 penggunaan TMK meningkatkan minat saya terhadap mata
pelajaran Pendidikan Islam, dapatan menunjukkan 6.7 peratus (2 orang) responden
menyatakan sangat bersetuju dan 46.7 peratus (14 orang) responden lagi menyatakan
mereka bersetuju dengan perkara tersebut. Manakala, 36.7 peratus (11 orang)
menyatakan tidak pasti dan selebihnya 3.3 peratus (1 orang) dan 6.7 peratus (2 orang)
responden menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju. Bagi penyataan item 24
penggunaan perisian yang pelbagai oleh guru dalam PdPC Pendidikan Islam menarik
minat murid untuk belajar, 23.3 peratus (7 orang) dan 43.3 peratus (13 orang) menyatakan
sangat setuju dan setuju, selebihnya 26.7 peratus (8 orang) menyatakan tidak pasti, dan
6.7 peratus (2 orang) tidak setuju. Begitu juga bagi kenyataan item 25 murid bahawa
kemudahan peralatan yang mencukupi dalam PdPC Pendidikan Islam berorientasikan
TMK membolehkan mereka belajar dengan berkesan, dapatan menunjukkan 20.0 peratus
(6 orang), 36.7 peratus (11 orang) menyatakan sangat setuju dan setuju. Manakala, 43.3
peratus (13 orang) responden menyatakan tidak pasti.
Jadual 7
Kekerapan, peratusan, pin dan pisihan piawai paktor yang mempengaruhi minat murid
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam PdPC pendidikan Islam
Tahap Kesediaan Murid Menggunakan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kekerapan (Peratus) Jumlah
Dalam PdPC Pendidikan Islam
Item Perkara STS TS TP S SS M SP
1 Penggunaan Teknologi Maklumat 2 6 16 6 3.87 0.82
dan Komunikasi dalam (6.7) (20.0) (53.3) (20.0)
pembelajaran dan pemudahcaraan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Pendidikan Islam dapat
meningkatkan motivasi saya untuk
belajar
2 Pembelajaran dan 1 7 15 7 3.93 0.79
(3.3) (23.3) (50.0) (23.3)
pemudahcaraan berbantukan 3.03 1.38
4 8 7 5 3.87 1.01
Teknologi Maklumat dan (13.3) (26.7) (23.3) (16.7) 3.30 1.32
3.97 0.85
Komunikasi oleh guru menarik 2 5 14 8 3.43 0.94
(6.7) (16.7) (46.7) (26.7) 3.83 0.87
minat saya untuk belajar mata 3.77 0.77
5 10 4 8
pelajaran Pendidikan Islam (16.7) (33.3) (13.3) (26.7)
3 Guru menggalakkan penggunaan 6 1 8 12 9
(3.3) (26.7) (40.0) (30.0)
Teknologi Maklumat dan (20.0)
1 11 14 2
Komunikasi dalam aktiviti (3.3) (36.7) (46.7) (6.7)
pembelajaran dan pemudahcaraan 2 8 13 7
(6.7) (26.7) (43.3) (23.3)
Pendidikan Islam
13 11 6
4 Teknologi Maklumat dan 1 (43.3) (36.7) (20.0)
Komunikasi memudahkan saya (3.3)
memahami topik-topik dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam
5 Guru menggunakan pelbagai 3
strategi dalam pembelajaran dan (10.0)
pemudahcaraan menggunakan
Teknologi Maklumat Komunikasi
6 Penggunaan Teknologi dan
Maklumat dan Komunikasi dalam
pembelajaran Pendidikan Islam
menggalakkan saya berfikir secara
kreatif dan kritis
7 Penggunaan Teknologi Maklumat 2
dan Komunikasi meningkatkan (6.7)
minat saya terhadap mata
pelajaran Pendidikan Islam
8 Penggunaan perisian yang
pelbagai oleh guru dalam
pengajaran dan pemudahcaraan
Pendidikan Islam menarik minat
saya untuk belajar
9 Kemudahan peralatan yang
mencukupi dalam pengajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Islam
berorientasikan TMK
membolehkan saya belajar dengan
berkesan
Min Keseluruhan : 3.68
Dapatan persoalan ketiga ialah melihat nilai min bagi faktor yang mempengaruhi
minat murid menggunakan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam di daerah Tawau adalah
pada nilai min yang tinggi iaitu skor min 3.68. Pada item ketujuh belas membuktikan
bahawa kebanyakkan murid berpendapat penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan
Islam dapat meningkatlkan motivasi murid untuk belajar. Perkara ini adalah selari dengan
dapatan Andin (2006) mendapat skor min adalah tinggi pada item TMK dapat
memotivasikan murid di dalam PdPC Pendidikan Islam. Selain itu, Mansor (2010), yang
menyatakan bahawa sikap, tahap motivasi dan pencapaian akademik pelajar adalah
berada pada tahap positif dan tinggi apabila PdPC Pendidikan Islam menggunakan TMK.
Hal ini demikian kerana penggunaan TMK seperti powerpoint, video, Internet dan
multimedia menggalakkn pelajar menggunakan semua jenis pancaindera ketika belajar
dan lebih menyeronokkan. Oleh itu, daripada dapatan data dapatlah penyelidik simpulkan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
nilai min yang tinggi membuktikan bahawa faktor yang mempengaruhi minat murid
menggunakan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam berada pada tahap yang baik.
Jadual 8
Rumusan tahap kesediaan murid menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam PdPC
pendidikan Islam
Item Perkara Min (M) Sisihan Tahap
3.87 Piawai (SP) Tinggi
1 Penggunaan Teknologi Maklumat dan 3.93
Komunikasi dalam pembelajaran dan 0.82
pemudahcaraan Pendidikan Islam dapat 3.03
meningkatkan motivasi saya untuk belajar 3.87 0.79 Tinggi
3.30
2 Pembelajaran dan pemudahcaraan 3.97 1.38 Sederhana
berbantukan Teknologi Maklumat dan 3.43 1.01 Tinggi
Komunikasi oleh guru menarik minat saya 3.83 1.32 Sederhana
untuk belajar mata pelajaran Pendidikan 3.77 0.85 Tinggi
Islam 0.94 Sederhana
0.87 Tinggi
3 Guru menggalakkan penggunaan Teknologi 0.77 Tinggi
Maklumat dan Komunikasi dalam aktiviti
pembelajaran dan pemudahcaraan
Pendidikan Islam
4 Teknologi Maklumat dan Komunikasi
memudahkan saya memahami topik-topik
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
5 Guru menggunakan pelbagai strategi dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan
menggunakan Teknologi Maklumat
Komunikasi
6 Penggunaan Teknologi dan Maklumat dan
Komunikasi dalam pembelajaran Pendidikan
Islam menggalakkan saya berfikir secara
kreatif dan kritis
7 Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi meningkatkan minat saya
terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam
8 Penggunaan perisian yang pelbagai oleh
guru dalam pengajaran dan pemudahcaraan
Pendidikan Islam menarik minat saya untuk
belajar
9 Kemudahan peralatan yang mencukupi
dalam pengajaran dan pemudahcaraan
Pendidikan Islam berorientasikan TMK
membolehkan saya belajar dengan berkesan
Min Keseluruhan : 3.86
Mengenalpasti hubungan penggunaan dan penguasaan integrasi TMK dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam dalam kalangan murid tahap 2
di sekolah rendah
Soalan 4: Adakah terdapat hubungan antara penggunaan dan penguasaan integrasi TMK
dalam kalangan murid tahap 2 di sekolah?
Selain daripada tahap penggunaan, penguasaan dan kesediaan murid dalam
menggunakan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam, pengkaji ingin melihat adakah
terdapat hubungan antara penggunaan dan penguasaan integrasi TMK dalam kalangan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
murid tahap 2 semasa PdPC dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Pekali Korelasi
Pearson r digunakan bagi menilai hubungan antara penggunaan dan penguasaan
integrasi TMK dalam kalangan murid tahap 2. Interprestasi kekuatan hubungan adalah
berdasarkan analisis pekali kolerasi oleh Cohen (1998) seperti dalam jadual 9.
Jadual 9 Interprestasi
Interprestasi Kolerasi Pearson
Tinggi
Nilai Sederhana
0.50 - 1.00 Rendah
0.30 – 0.49
0.10 – 0.29
Jadual 9 menunjukkan pekali kolerasi antara tahap penggunaan dan
penguasaan integrasi TMK dalam kalangan murid tahap 2 di sekolah rendah. Statistik
inferensi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang tinggi dan positif penggunaan
dan penguasaan integrasi TMK dalam kalangan murid. Ini menunjukkan bahawa
penggunaan TMK memerlukan penguasaan kemahiran TMK agar proses PdPC
Pendidikan Islam menjadi mudah. Namun, pengintegrasian TMK dalam PdPC Pendidikan
Islam memerlukan guru mengunakan aplikasi TMK dalam pengajaran. Menurut Rosnaini
(2006), guru-guru didapati masih kurang mengintegrasikan TMK dalam pengajaran
mereka walaupun pelbagai latihan dan kursus berkaitan TMK telah diberikan.
Jadual 10
Ujian korelasi pearson r antara penggunaan dan penguasaan integrasi tmk dalam PdPC pendidikan Islam
dalam kalangan murid tahap 2 di sekolah rendah daerah Tawau
Pembolehubah Kolerasi Inteprestasi Paras Keertian
0.690 Hubungan tinggi 0.00
Tahap penggunaan TMK
dalam PdPC Pendidikan Islam 0.690 Hubungan tinggi 0.00
dalam kalangan murid tahap 2
Tahap penguasaan TMK
dalam PdPC Pendidikan Islam
dalam kalangan murid tahap 2
Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi
Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa murid-murid sekolah rendah
mempunyai asas pengetahuan dalam penggunaan TMK ketika PdPC berlangsung tetapi
berada pada tahap sederhana. Selain itu, rata-rata murid kurang kerap menggunakan
TMK di dalam PdPC Pendidikan Islam. Penggunaan TMK dilihat dapat mempelbagaikan
aktiviti semasa pembelajaran, merupakan pendekatan baru yang positif di dalam
pengajaran bahkan ianya dilihat dapat meningkatkan pemahaman murid di dalam PdPC
Pendidikan Islam. Kajian ini juga menunjukkan diantara kekangan yang timbul di dalam
merealisasikan PdPC menggunakan TMK adalah tertumpu kepada aspek sokongan dari
pihak pengurusan sekolah, guru dan diri murid itu sendiri.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan TMK dalam
PdPC bukan hanya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada
pemimpin sekolah. Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya
TMK di sekolah. Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi
juga menjadi model sebagai pengguna TMK dalam pentadbiran dan memberi respons
kepada perubahan. Untuk menerapkan budaya TMK di sekolah, satu dokumen polisi
bertulis seharusnya disediakan. Polisi ini membantu mereka bentuk dan mengurus
program TMK bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai TMK secara teratur dan
progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali
terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada
dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi TMK dibina berdasarkan
kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa dan komuniti,
polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang PdPC yang efektif
dan perkembangan teknologi (Noraini Attan, 2002). Bagi melaksanakan polisi dan
matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus menyediakan pelan pembangunan.
Heinrich (1995) menyatakan pelan ini mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi
pemantauan dan penilaian; spesifikasi tentang pemilihan pembiayaan serta pembelian
perisian dan perkakasan, kurikulum yang digunakan dan perancangan untuk penggantian
serta pembinaan peralatan secara berterusan.
Bagi pelajar pula pelbagai projek di sediakan dalam laman web untuk
membolehkan pelajar mengakses maklumat daripada ‘World Wide Web’ seperti tugasan
mencari maklumat dalam bidang akidah, ibadah, sirah, jawi dan adab islamiyyah yang
menarik, mencari URL laman berkaitan mata pelajaran Pendidikan Islam seperti
Powerpoint, Slide Share, Scribd, Prezi dan sebagainya serta menulis satu sinopsis
tentang bahan -bahan yang ada pada laman yang diperolehi untuk dikongsi dengan rakan
yang lain. Murid berkomunikasi dengan murid di sekolah yang sama atau dari sekolah
yang lain melalui emel atau Schology untuk berkongsi maklumat yang ditemui sama ada
untuk tujuan perbincangan atau memberi cadangan pelaksanaan tugasan atau projek.
Maklumat ini disimpan dalam laman web untuk diakses oleh murid yang lain. Misalnya
dalam pautan emel murid dan cadangan murid. Untuk memantapkan integrasi TMK dalam
proses PdPC di sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak
swasta, kerajaan, badan akademik dan komuniti setempat. Pusat Sumber Pendidikan
Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan untuk mendapat khidmat nasihat
mengenai teknik dan kaedah PdPC menggunakan TMK. Sekolah harus menggunakan
peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam
bentuk tenaga pakar untuk membantu murid-murid dalam menjadikan penggunaan TMK
dalam PdPC secara berkesan.
Pengunaan TMK bukanlah untuk menggantikan kaedah sedia ada dan tidak juga
menjadi kayu ukur kejayaan proses PdPC. Bahkan, TMK boleh menjadi antara salah satu
kemudahan yang boleh menarik minat murid untuk belajar Pendidikan Islam dengan
variasi teks, grafik dan audio serta membantu memudahkan urusan guru. Justeru,
pengkaji melahirkan harapan agar setiap pihak memainkan peranan masing-masing bagi
memastikan bidang pendidikan negara kita terus berada pada tahap yang cemerlang
khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam yang berdepan dengan arus
kemodenan. Hal ini kerana, penggunaan TMK yang begitu meluas dalam aspek
pendidikan khususnya institusi sekolah, bukan sahaja tertumpu kepada guru Sains dan
Matematik malah semua guru subjek lain termasuk di kalangan guru Pendidikan Islam.
Mereka perlu bersama-sama sederap selangkah menggunakan TMK untuk tujuan PdPC
agar pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam akan menjadi afektif. Penggunaan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
TMK sebagai bahan bantu belajar juga boleh membina kemahiran belajar berpusatkan
murid yang mana dapat membantu murid mengembangkan kemahiran kooperatif,
kemahiran meneroka dan kemahiran menyiasat di dalam diri mereka. Menurut Jamalludin
Harun dan Zaidatun Tasir (2003), perisian berasaskan multimedia dan TMK dapat
mengurangkan pembelajaran berpusatkan guru kerana kaedah ini membuka ruang untuk
pelajar meneroka isi pelajaran mereka secara terbuka.
Menurut Rozinah Jamaludin (2005), kewujudan kepelbagaian teknologi sebagai
alat bantu mengajar mampu membawa perubahan positif kepada kaedah pengajaran
guru. Siti Fatimah (2010) mendapati majoriti guru bersetuju menyatakan penggunaan
TMK dalam PdPC dapat menjimatkan masa pembelajaran. Selain itu, dengan
menggunakan TMK juga guru dapat mencari maklumat berkaitan dengan kaedah serta
aktiviti pembelajaran yang lebih baik dan menarik untuk disampaikan kepada murid. Ini
mampu beri nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan
ilmu kepada murid agar ianya mudah untuk di fahami. Dengan itu, guru dapat menyampai
PdPC yang berkualiti serta dapat meningkatkan kefahaman murid dan sekali gus dapat
melahirkan murid yang berjaya. Guru itu sendiri juga dapat meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran terhadap TMK semasa dalam proses pengajaran tersebut. Sistem
pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan murid-murid yang
serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa
kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat
dipertingkatkan.
Rujukan
Abdul Aziz bin Abdul Ghani. (2009). Keberkesanan Penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam.OUM
Aminuddin Mansor. (2010). Persepsi pelajar terhadap keberkesanan ICT dalam
Pendidikan Syariah Islamiyyah di SMKA Pedas Negeri Sembilan. Universiti
Kebangsaan Malaysia
Aluyah binti Suhai.(2011). Keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran Al Quran di SK. Abang Haji Matahir Sarikei.OUM
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan
(2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Azhar & Nurul Huda. (2015). Aplikasi ICT Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Semasa
Latihan Mengajar. Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8
International Conference on Information Technology & Society 8-9 June 2015,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
Badrul Hisham, Ahmad Rizal & Kamarul Azman. (2013). Penggunaan Virtual Learning
Environment (VLE) oleh guru-guru di sekolah rendah. Jurnal Bahagian Teknologi
Pendidikan, 2013
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences, 2nd ed.
Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Field, P. A. (2009). Discovering Statistic Using SPSS (Introducing Statistical Methods),
3rd ed. Singapore: SAGE Publications Asia Pacific Ltd.
Holmes, W. (1999). The transforming power of information technology. Community
College Journal, 70(2): m.s. 10-15
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Abdul Halim Tamuri dan Mohd Izham Mohd
Hamzah. (2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan
guru cemerlang pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of
Islamic and Arabic Education. 3(1): 59-74.
Mohd Izham Mohd Hamzah dan Noraini Attan. (2007). Tahap kesediaan guru Sains
dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Teknologi. 46(E): 45-60.
Pisapa, J. 1994. In Williams, D.M. (2000). Integrating Technology Into Teaching and
Learning. Singapore: Prentice Hall.
Ramlee Ismail, Jamal@ Nordin Yunus & Hariri Kamis. (2011). Analisa Data Dan
Pentafsiran dengan menggunakan SPSS. Kuala Lumpur: Titisan Ilham Sdn. Bhd.
Rosenberg, J.M., (2001). E-learning: Strategies For Delevering Knowledge In The Digital
Age. U.S.A: McGraw-Hill.
PENGETAHUAN DAN PENGUASAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM ZON SABAH
TERHADAP PENGGUNAAN PENULISAN EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN
¹Ainun Bahiah & ²Wan Azmi Wan Omar
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah
[email protected] & [email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan dan penguasaan guru
pelatih Pendidikan Islam zon Sabah terhadap penggunaan penulisan ejaan jawi yang
disempurnakan. Kajian ini merupakan kajian berbentuk tinjauan secara kuantitatif
dengan menggunakan instrumen soal selidik bagi pengumpulan data kajian. Kajian
dijalankan ke atas 56 orang guru pelatih Pendidikan Islam zon Sabah sebagai sampel
kajian. Data-data deskriptif yang diperoleh daripada sampel ini kemudiannya dianalisis
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
dan dipersembahkan dengan statistik kekerapan, peratusan dan min, manakala data-
data inferensi yang diperoleh dianalisis dan dipersembahkan dengan ujian korelasi
pearson untuk mencari hubungan antara pembolehubah. Dapatan kajian menunjukkan
nilai min 4.28 pada tahap pengetahuan guru pelatih, min 4.14 bagi tahap penguasaan
dan min 4.10 bagi tahap penggunaan penulisan EJYD dalam kalangan guru pelatih
Pendidikan Islam zon Sabah. Hasil analisis korelasi Pearson telah menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan penguasaan guru pelatih Pendidikan
Islam zon Sabah dengan penggunaan penulisan EJYD. Secara ringkasnya, dapat
dirumuskan bahawa guru pelatih Pendidikan Islam perlu memantapkan pengetahuan
dan penguasaan dalam penggunaan penulisan EJYD kerana aspek ini memainkan
peranan yang sangat penting dalam menentukan keberkesanannya menyampaikan ilmu
kepada murid.
Kata kunci : Pengetahuan, Penguasaan, Penggunaan, Kaedah EJYD, Guru Pelatih
Pendidikan Islam
Pengenalan
Tulisan jawi berkait rapat dengan Pendidikan Islam dalam proses mendidik akal, rohani
dan jasmani insan berlandaskan al-Quran dan al-Hadis. Tulisan jawi menjadi medium
penyampaian ilmu dalam kalangan umat Islam di nusantara (Fatimah, 2016). Sistem
ejaan jawi sentiasa mengalami perubahan dan evolusi. Sistem tulisan dan ejaan jawi yang
digunakan sekarang ialah sistem yang termuat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan (PEJYD) yang diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) pada tahun 1986 (edisi kedua. 1987; edisi ketiga, 1993). Sistem ini merupakan
sistem ejaan Jawi yang digunakan, disempurnakan atau dimantapkan daripada Kaedah
Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Za’ba
(sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949).
Justeru itu, pelbagai usaha dan inisiatif Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
memartabatkan dan melestarikan sistem ejaan jawi yang disempurnakan (EJYD) bermula
seawal murid sekolah rendah. Pendedahan mengenai sistem EJYD diberikan kepada
guru Pendidikan Islam melalui kursus asas jawi dan latihan. Usaha untuk merealisasikan
dan memartabatkan penggunaan penulisan EJYD bermula di institusi pengajian secara
formal termasuk Institut Pendidikan Guru (IPG) yang melatih bakal guru Pendidikan Islam
menulis sistem ejaan jawi yang betul. Justeru itu, melalui kajian ini, pengkaji akan
menfokuskan kepada pengetahuan dan penguasaan guru pelatih Pendidikan Islam zon
Sabah terhadap penggunaan penulisan EJYD.
Pernyataan Masalah
Pengkaji mendapati bahawa guru pelatih kurang menguasai kandungan (content
knowledge) kaedah di dalam sistem EJYD. Hal ini dilihat amat mempengaruhi
penggunaan mereka dalam penulisan ejaan jawi. Malah, penguasaan guru pelatih dalam
penggunaan penulisan jawi mempengaruhi pencapaian dan kecenderungan murid dalam
pembelajaran jawi. Walaubagaimanapun, masih timbul permasalahan kekeliruan ejaan
jawi yang telah disempurnakan. Kesalahan penggunaan ejaan jawi ketara melalui
tugasan-tugasan kertas projek Pendidikan Islam yang melibatkan penulisan ejaan Jawi.
Menurut Naquiah Nahar & Jimaain Safar (2017), penguasaan pengetahuan kandungan
mata pelajaran jawi yang kurang membanggakan juga turut dikesan terdapat dalam
kalangan guru pelatih Pendidikan Islam yang sedang mengikuti latihan perguruan.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Kajian Niswa (2014) di dalam kajian Naquiah Nahar & Jimaain Safar (2017)
mendapati kemahiran guru pelatih dalam tulisan jawi hanya pada tahap sederhana
sahaja. Manakala dapatan kajian Sabariah (2011) di dalam kajian Naquiah Nahar &
Jimaain Safar (2017) pula menunjukkan 57.2% daripada 265 orang guru pelatih gagal
menguasai kaedah penulisan jawi mengikut kaedah ortografi yang betul. Tahap
pengetahuan dan penguasaan kandungan kaedah di dalam sistem EJYD merupakan
faktor penentu kepada penggunaan penulisan ejaan jawi yang betul dan keberkesanan
pengajaran guru pelatih dan GPI dalam matapelajaran Pendidikan Islam bidang jawi.
Oleh itu, dengan mengkaji pegetahuan dan penguasaan guru pelatih Pendidikan Islam
Zon Sabah, pengkaji telah dapat mengisi tentang penerimaan terhadap penggunaan
penulisan EJYD.
Objektif dan Soalan Kajian
Objektif Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti:
1. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih Pendidikan Islam zon Sabah
terhadap penulisan EJYD.
2. Mengenalpasti tahap penguasaan guru pelatih Pendidikan Islam zon Sabah
terhadap penulisan EJYD.
3. Mengenalpasti tahap penggunaan penulisan EJYD dalam kalangan guru pelatih
Pendidikan Islam zon Sabah.
4. Mengenalpasti hubungan antara pengetahuan guru pelatih Pendidikan Islam
dengan penggunaan penulisan EJYD.
5. Mengenalpasti hubungan antara penguasaan guru pelatih Pendidikan Islam
dengan penggunaan penulisan EJYD.
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan
berikut:
1. Apakah tahap pengetahuan guru pelatih Pendidikan Islam zon Sabah terhadap
penulisan EJYD ?
2. Apakah tahap penguasaan guru pelatih Pendidikan Islam zon Sabah terhadap
penulisan EJYD ?
3. Apakah tahap penggunaan penulisan EJYD dalam kalangan guru Pelatih
Pendidikan Islam zon sabah ?
4. Adakah terdapat hubungan antara pengetahuan guru pelatih Pendidikan Islam dengan
penggunaan penulisan EJYD ?
5. Adakah terdapat hubungan antara penguasaan guru pelatih Pendidikan Islam dengan
penggunaan penulisan EJYD ?
Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan data kuantitatif yang dipungut melalui soal selidik sebagai
instrumen utama bagi menjawab persoalan kajian. Pengkaji telah memilih seramai 56
orang guru pelatih Pendidikan Islam sebagai sampel berdasarkan penentuan saiz sampel
krejcie dan Morgan (1970) yang telah menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan
dengan saiz populasi kajian. Seterusnya sampel tersebut dipilih berdasarkan populasi
dengan menggunakan kaedah rawak bertujuan. Bagi mendapatkan kesahan muka,
pengkaji telah memberikan soal selidik kepada 5 orang rakan bagi memberi maklum balas
mengenai kejelasan item. Bagi memastikan kesahan kandungan pula, setiap item soalan
di dalam instrumen kajian telah ditunjukkan dan dibentangkan kepada seorang pensyarah
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
pakar dalam pengkhususan Pendidikan Islam dan dua orang pensyarah pakar dalam
penyelidikan di IPG Kampus Tawau, Sabah sebagai tujuan mendapatkan kesahan
sebelum dibawa untuk proses kajian rintis. Kajian rintis juga dijalankan untuk memenuhi
beberapa tujuan iaitu menguji kefahaman responden terhadap struktur ayat dan item-item
tertentu dalam soal selidik ini di samping meninjau masalah yang akan timbul sebelum
kajian sebenar dijalankan (Adibah & Fatimah Harlina, 2010). Bond dan Fox (2007)
menjelaskan nilai kebolehpercayaan yang melebihi 0.8 adalah baik dan diterima kuat.
Data-data deskriptif yang diperoleh daripada sampel ini kemudiannya dianalisis
dan dipersembahkan dengan statistik kekerapan, peratusan dan min, manakala data-data
inferensi yang diperoleh dianalisis dan dipersembahkan dengan ujian korelasi pearson
untuk mencari hubungan antara pembolehubah.
Jadual 1 Interpretasi
Interprestasi skor min Tinggi
Skor Min Sederhana
3.68 - 5.00 Rendah
2.34 - 3.67
1.00 – 2.33
Sumber: Suwarnee (2006)
Dapatan Kajian
Soalan 1: Apakah tahap pengetahuan guru pelatih Pendidikan Islam zon Sabah dalam
penulisan EJYD?
Hasil analisis data menunjukkan kesemua item berada pada tahap tinggi. Manakala
Keseluruhan dapatan analisis juga menunjukkan tahap pengetahuan guru pelatih berada
di tahap tinggi iaitu dengan nilai min 4.28. Hasil daripada keseluruhan analisis item ini
membuktikan bahawa guru pelatih mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap setiap
isi kandungan ejaan jawi yang disempurnakan. Menurut Habibah @ Artini et al., (2016),
sebagai guru yang dipertanggungjawab untuk mengajar Pelajaran Jawi, guru
Pendidikan Islam perlu memiliki pengetahuan yang mendalam tentang isi kandungan
subjek Jawi secara meluas serta melangkaui batasan pengetahuan murid di samping
penguasaan ilmu naqliyyah serta ilmu aqliyyah.
Jadual 2
Tahap pengetahuan guru pelatih pendidikan Islam
No Item STS TS TP S SS Min Tahap
item f f
Saya tahu bentuk-bentuk huruf jawi % % fff Min
1 Saya tahu huruf jawi terbahagi
kepada 37 huruf jawi tunggal 0 0 %%%
2 0 0
2 4 50 4.85 Tinggi
0 0 3.6 7.1 89.3
0 0
1 16 39 4.67 Tinggi
1.8 28.6 69.6
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
3 Saya tahu huruf vokal jawi terbahagi 0 0 0 1 55 4.98 Tinggi
0 0 1.8 98.2
kepada tiga iaitu ا/و/ي 0 2 6 22 26 4.29 Tinggi
3.6 10.7 39.3 46.4
4 Saya tahu huruf konsonan jawi 0 0 0 5 51 4.91 Tinggi
0 0 8.9 91.1
terbahagi kepada 33 huruf 0
1 8 26 21 4.20 Tinggi
5 Saya tahu suku kata jawi terbahagi 0 1.8 14.3 46.4 37.5
kepada dua iaitu suku kata terbuka 0 1 5 24 26 4.34 Tinggi
1.8 8.9 42.9 46.4
dan suku kata tertutup 0 2 26 28 4.46 Tinggi
0 3.6 46.4 50.0
6 Saya tahu kaedah diftong dalam 0 0 4 29 23 4.34 Tinggi
0 7.1 51.8 41.1
ejaan jawi yang disempurnakan 0 1 9 29 16 4.04 Tinggi
1.8 16.1 51.8 28.6
dengan baik
7 Saya tahu cara pengejaan kata dasar 0
ekasuku/satu suku kata. 0
8 Saya tahu cara pengejaan kata dasar 0
dua suku kata 0
9 Saya tahu cara pengejaan kata dasar 0
tiga suku kata atau lebih. 0
10 Saya tahu kaedah ejaan perkataan 1
tradisi 1.8
11 Saya tahu kaedah ejaan kata 0 0 2 31 23 4.38 Tinggi
serapan bahasa Arab 0 0 3.6 55.4 41.1
12 Saya tahu kaedah ejaan kata 0 0 3 36 17 4.25 Tinggi
serapan bahasa Inggeris 0 0 5.4 64.3 30.4
13 Saya tahu kaedah ejaan kata terbitan 0 1 5 35 15 4.14 Tinggi
1.8 8.9 62.5 26.8
0 1 4 29 22 4.29 Tinggi
1.8 7.1 51.8 39.3
14 Saya tahu kaedah ejaan kata sendi 0 1 7 31 17 4.14 Tinggi
1.8 12.5 55.4 30.4
nama 0
15 Saya tahu kaedah ejaan kata ganti 0
singkat 0
16 Saya tahu kaedah penulisan partikel 0 3 17 24 12 3.80 Tinggi
5.4 30.4 42.9 21.4
dengan baik 0
0 15 30 11 3.93 Tinggi
17 Saya tahu kaedah penulisan 0 0 26.8 53.6 19.6
gabungan kata dengan baik 0
18 Saya tahu kaedah penulisan 0 2 11 36 7 3.86 Tinggi
3.6 19.6 64.3 12.5
akronim/singkatan dengan baik 0 1 8 28 19 4.16 Tinggi
1.8 14.3 50.0 33.9
19 Saya tahu kaedah penulisan kata 0
1 5 41 9 4.04 Tinggi
ulang dalam ejaan jawi yang 0 1.8 8.9 73.2 16.1
disempurnakan dengan baik
20 Saya tahu kaedah pengajaran jawi 0
yang sesuai 0
21 Saya tahu cara untuk mengenalpasti 1 1 10 30 14 3.98 Tinggi
murid-murid yang bermasalah dalam 1.8 17.9 53.6 25.0
0 3 44 9 4.29 Tinggi
penulisan ejaan jawi dengan betul 1.8
0 5.4 78.6 16.1
22 Saya tahu cara untuk berkongsi 0 4.28 Tinggi
pengetahuan dengan guru pelatih
yang lain 0
Min Keseluruhan
Soalan 2: Apakah tahap penguasaan guru pelatih Pendidikan Islam zon Sabah dalam penulisan
EJYD?
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Nilai min kesemua item bagi bahagian ini dikategorikan pada tahap tinggi. Keseluruhan dapatan
analisis menunjukkan tahap penguasaan guru pelatih berada di tahap tinggi iaitu dengan nilai min
4.14. Dapatan ini bertentangan dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Faisal@Ahmad Faisal
Abdul Hamid dan Niswa@Noralina Abdullah, 2009. Dapatan kajian tersebut menunjukkan tahap
penguasaan tulisan jawi mahasiswa Pengajian Islam berada pada tahap yang rendah. Menurut
pandangan saya, hal ini dipengaruhi oleh pendedahan latihan dan kursus yang diterima oleh guru
pelatih IPG dan mahasiswa IPTA yang tidak sama. Guru pelatih menjalani latihan yang lebih
berfokus kepada bidang-bidang Pendidikan Islam termasuk bidang jawi yang dipelajari di sekolah.
Oleh itu, penekanan kepada isi kandungan kaedah sistem ejaan jawi yang disempurnakan lebih
diberi perhatian.
Jadual 3
Tahap penguasaan guru pelatih pendidikan Islam
No Item ST TS TP S SS Min Tahap
item S f f ff min
23 Saya dapat menulis kaedah f % % %%
24 penulisan ejaan jawi yang % Tinggi
25 disempurnakan dengan baik 0 2 4 40 10 4.04
Saya dapat menulis setiap huruf Tinggi
26 jawi dengan baik 0 3.6 7.1 71.4 17.9 Tinggi
0 1 3 31 21 4.29
27 Saya dapat menulis kaedah ejaan 0 1.8 5.4 55.4 37.5 Tinggi
huruf vokal di dalam perkataan
28 dengan baik 0 1 4 32 19 4.23 Tinggi
Saya dapat menulis kaedah ejaan
huruf konsonan di dalam 0 1.8 7.1 57.1 33.9 Tinggi
perkataan dengan baik 0 1 3 34 18 4.23 Tinggi
Saya dapat menulis huruf
bersambung tiga suku kata atau 0 1.8 5.4 60.7 32.1 Tinggi
lebih dengan baik 0 1 3 30 22 4.30 Tinggi
Saya dapat menulis kaedah suku
kata terbuka dengan baik 0 1.8 5.4 53.6 39.3 Tinggi
0 1 2 34 19 4.27 Tinggi
0 1.8 3.6 60.7 33.9
29 Saya dapat menulis kaedah suku 0 1 3 30 22 4.30
1.8 5.4 53.6 39.3
kata tertutup dengan baik 0
2 5 38 11 4.04
30 Saya dapat menulis kaedah ejaan 0 3.6 8.9 67.9 19.6
1 7 36 12 4.05
diftong dengan baik 0 1.8 12.5 64.3 21.4
31 Saya dapat menulis kata dasar 0 1 2 39 14 4.18
1.8 3.6 69.6 25.0
ekasuku/satu suku kata dengan 0 1 3 35 17 4.21
1.8 5.4 62.5 30.4
baik
32 Saya dapat menulis kata dasar 0
dua suku kata dengan baik 0
33 Saya dapat menulis kata dasar tiga 0
suku kata atau lebih dengan baik 0
34 Saya dapat menulis kaedah ejaan 0 2 7 34 13 4.04 Tinggi
3.6 12.5 60.7 23.2
tradisi dengan baik 0 1 5 36 14 4.13 Tinggi
35 Saya dapat menulis kaedah ejaan 0 1.8 8.9 64.3 25.0
1 4 38 13 4.13 Tinggi
kata serapan bahasa Arab dengan
1.8 7.1 67.9 23.2
baik. 0 1 6 34 15 4.13 Tinggi
1.8 10.7 60.7 26.8
36 Saya dapat menulis kaedah ejaan 0 1 6 30 19 4.19 Tinggi
1.8 10.7 53.6 33.9
kata serapan bahasa Inggeris
dengan baik 0
37 Saya dapat menulis kata terbitan 0
dengan baik 0
38 Saya dapat menulis kata sendi 0
nama dengan baik 0
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
39 Saya dapat menulis kata ganti 0 1 9 36 10 3.98 Tinggi
1.8 16.1 64.3 17.9
singkat dengan baik 0 2 10 32 12 3.96 Tinggi
3.6 17.9 57.1 21.4
40 Saya dapat menulis kaedah 0
penulisan partikel dengan baik 0
41 Saya dapat memahami kaedah 0 1 6 34 15 4.13 Tinggi
penulisan gabungan kata dengan
baik 0 1.8 10.7 60.7 26.8
42 Saya dapat menulis perkataan 0 1 7 35 13 4.07 Tinggi
akronim/singkatan dengan baik 0 1.8 12.5 62.5 23.2
43 Saya dapat memahami kaedah 0 0 5 38 13 4.14 Tinggi
penulisan kata ulang dengan baik 0 0 8.9 67.9 23.2
Saya dapat merancang aktiviti 0 1 1 41 13
44 pengajaran yang sesuai bagi 4.18 Tinggi
kemahiran menulis jawi murid 0 1.8 1.8 73.2 23.2
Min Keseluruhan 4.14 Tinggi
Soalan 3: Apakah tahap penggunaan guru pelatih Pendidikan Islam zon Sabah dalam
penulisan EJYD?
Secara keseluruhannya, terdapat dua item yang mendapat skor min yang dikategorikan
tahap sederhana. Item saya menggunakan tulisan ejaan jawi yang disempurnakan untuk
membuat nota peperiksaan mempunyai nilai min 3.38 manakala item saya banyak
menggunakan tulisan jawi berbanding tulisan rumi mempunyai nilai min 2.70 di mana
kedua-dua item berada pada tahap sederhana. Manakala selebihnya iaitu 9 soalan adalah
pada tahap yang tinggi. Analisis dapatan ini jelas menunjukkan penggunaan penulisan
ejaan jawi yang memberangsangkan dalam kalangan guru pelatih Pendidikan Islam di
IPG zon Sabah. Penggunaan penulisan jawi dalam ruang lingkup seharian
menterjemahkan aspek kefahaman seseorang guru pelatih dalam sistem ejaan jawi.
Dapatan persoalan ketiga ini menunjukkan guru pelatih zon Sabah mengimplimentasikan
pengetahuan dan penguasaan mereka terhadap penulisan ejaan jawi yang
disempurnakan di dalam tugasan yang diberikan pensyarah, membuat nota peperiksaan
menggunakan tulisan jawi, menggunakan sumber yang pelbagai untuk menulis jawi serta
mengaplikasikan ejaan jawi yang betul dalam sesi penyampaian pembelajaran dan
pemudahcaraan di bilik darjah.
Jadual 4
Tahap penggunaan guru pelatih pendidikan Islam
No Item STS TS TP S SS Min Tahap
item f f f ff min
Saya menggunakan sumber % % % %%
45 rujukan yang pelbagai untuk 0 1 10 29 16 4.07 Tinggi
menulis jawi
46 0 1.8 17.9 51.8 28.6 4.13 Tinggi
Saya menggunakan ejaan jawi 0 1 6 34 15
47 yang betul dalam menyiapkan 3.38 Sederhana
tugasan yang diberikan oleh 0 1.8 10.7 60.7 26.8
pensyarah 4 12 12 15 13
Saya menggunakan tulisan ejaan
jawi yang disempurnakan untuk 7.1 21.4 21.4 26.8 23.2
membuat nota peperiksaan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
48 Saya banyak menggunakan 8 18 16 11 3 2.70 Sederhana
tulisan jawi berbanding tulisan
rumi 14.3 32.1 28.6 19.6 5.4
49 Saya membuat Rancangan 0 0 0 10 46 4.82 Tinggi
0 0 17.9 82.1
Pengajaran Harian dengan
menggunakan tulisan jawi 0
50 Saya menggunakan ejaan jawi 0 3 1 21 31 4.43 Tinggi
yang disempurnakan dalam sesi
pembelajaran dan 0 0 1.8 37.5 55.4
pemudahcaraan
51 Saya menggunakan kaedah 0 0 2 33 21 4.34 Tinggi
pengajaran jawi yang sesuai 0 0 3.6 58.9 37.5
52 Saya menerangkan kaedah 0 0 7 30 19 4.21 Tinggi
penulisan jawi dengan jelas 0 12.5 53.6 33.9
0 1 24 31 4.54 Tinggi
kepada murid 0
0 1.8 42.9 55.4
53 Saya membuat soalan latihan 0 0 4 19 33 4.52 Tinggi
kepada murid menggunakan 0 7.1 33.9 58.9
1 11 30 14 4.02 Tinggi
tulisan jawi 0 1.8 19.6 53.6 25.0
54 Saya menyediakan bahan 0 4.10 Tinggi
pengajaran kepada murid dalam
tulisan jawi 0
55 Saya berjaya merangsang minat 0
murid untuk menulis jawi 0
Min Keseluruhan
Soalan 4: Adakah terdapat hubungan antara pengetahuan dengan penggunaan
penulisan EJYD dalam kalangan guru pelatih pendidikan Islam zon Sabah?
Dapatan kajian menunjukkan hubungan antara pengetahuan guru pelatih Pendidikan
Islam dan penggunaan ppenulisan ejaan jawi yang disempurnakan berada pada tahap
hubungan yang tinggi iaitu sebanyak 0.620. Selain itu, hasil kajian juga jelas menunjukkan
terdapat perkaitan yang signifikan antara dua pembolehubah pengetahuan dan
penggunaan penulisan ejaan jawi yang disempurnakan dalam kalangan guru pelatih
Pendidikan Islam zon Sabah. nilai sig.(2-tailed) untuk hubungan antara pengetahuan dan
penggunaan adalah sebesar 0.00 < 0.05, yang bererti terdapat korelasi yang signifikan
antara pembolehubah pengetahuan dan penggunaan. Hasil ujian korelasi menunjukkan
signifikan (r =0.620, p = 0.000) antara pembolehubah pengetahuan dan penggunaan.
Oleh itu, hipotesis alternatif diterima di mana terdapat hubungan yang signifikan antara
pengetahuan guru pelatih Pendidikan Islam dengan penggunaan penulisan ejaan jawi
yang disempurnakan.
Jadual 5
Ujian korelasi pearson terhadap hubungan antara pengetahuan dan penggunaan
Pembolehubah Korelasi Pearson (r) Sig (p) (2-tailed)
.000
Pengetahuan
Penggunaan .620**
**.Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Soalan 5: Adakah terdapat hubungan antara penguasaan dengan penggunaan
penulisan EJYD dalam kalangan guru pelatih pendidikan Islam zon Sabah?
Nilai sig.(2-tailed) untuk hubungan antara penguasaan dan penggunaan adalah sebesar
0.00 < 0.05, yang bererti terdapat korelasi yang signifikan antara pembolehubah
penguasaan dan penggunaan. Hasil ujian korelasi menunjukkan signifikan (r = 0.452, p =
0.000) antara pembolehubah penguasaan dan penggunaan. Berdasarkan jadual 4.6,
pekali korelasi bagi pasangan pembolehubah penguasaan dan penggunaan guru pelatih
Pendidikan Islam terhadap penulisan ejaan jawi yang disempurnakan adalah sederhana
memandangkan nilai pekali korelasi dalam lingkungan 0.40 hingga 0.60. Oleh itu,
hipotesis alternatif diterima iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan
guru pelatih Pendidikan Islam dengan penggunaan penulisan ejaan jawi yang
disempurnakan.
Jadual 6
Ujian korelasi pearson terhadap hubungan antara penguasaan dan penggunaan
Pembolehubah Korelasi Pearson (r) Sig (p) (2-tailed)
.000
Penguasaan
Penggunaan .452**
**.Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi
Kajian ini berfokuskan kepada isi kandungan yang terdapat di dalam kaedah sistem EJYD
untuk melihat tahap pengetahuan dan penguasaan guru pelatih Pendidikan Islam
terhadap sistem EJYD oleh DBP pada tahun 1986 yang telah diarahkan oleh KPM untuk
digunapakai dalam bidang pendidikan di Malaysia. Manakala tahap penggunaan
penulisan ejaan jawi pula menyentuh secara meluas dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, cadangan yang boleh dijalankan pada masa akan datang ialah
mencari hubungan penguasaan pengetahuan kandungan guru Pendidikan Islam dengan
keberkesanan pengajaran guru dalam penyampaian matapelajaran jawi. Selain itu, kajian
ini memberi implikasi kepada pihak IPGM. IPGM seharusnya memperbanyakkan
pendedahan kaedah EJYD kepada guru pelatih seluruh Malaysia. Hal ini amat perlu
ditekankan kerana ia merupakan teras dan isi kandungan yang harus dikuasai oleh guru
yang akan membimbing murid untuk menguasai matapelajaran tersebut. Isi kandungan
jawi adalah satu elemen yang ditekankan dalam pedagogi abad ke-21. Oleh itu,
pengetahuan dan penguasaan serta penggunaan penulisan EJYD melaui pendedahan
yang berterusan adalah satu keperluan terhadap guru pelatih Pendidikan Islam itu sendiri.
Kajian ini berjaya meneliti secara menyeluruh dan telah memberi gambaran yang
jelas tentang tahap pengetahuan dan penguasaan guru pelatih Pendidikan Islam zon
Sabah terhadap penggunaan penulisan EJYD. Kajian ini juga jelas menunjukkan
kepentingan guru pelatih untuk menggarap pengetahuan dan penguasaan dalam
penggunaan EJYD. Aspek-aspek tersebut akan menjadi kayu pengukur terhadap amalan
pengajaran seseorang guru pelatih apabila ia melangkah ke dunia pengajaran dan
pembelajaran yang sebenar. Keyakinan dan kepercayaan murid terhadap sesuatu ilmu
bergantung kepada amalan pengajaran guru tersebut dalam membantu pencapaian
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
mereka. Oleh itu, diharapkan dengan wujudnya kajian ini dapat membantu pelbagai pihak
dan menjadi inspirasi kepada kajian-kajian pada masa hadapan untuk meneliti secara
lebih mendalam lagi dalam bidang jawi ini.
Rujukan
Adibah Abdul Latif & Fatimah Harlina Mohd Taib. (2010). Hubungan Tingkah Laku
Kesediaan Pensyarah Dengan Tahap Motivasi Pelajar. Fakulti Pendidikan.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Bond, T. G., & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch model : fundamental measurement
in the human sciences (2nd ed.). Mahwah, N.J.: Lawrence Erlbaum Associates
Publishers.
Faisal @ Ahmad Faisal Abd Hamid dan Niswa @ Noralina Abdullah. (2009). Penguasaan
Tulisan Jawi di Kalangan Mahasiswa Pengajian Islam: Kajian di Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) Tempatan. Jurnal Al-Tamadun. Vol.4(1). 145-156.
Fatimah Rajak. (2016). Permasalahan Penguasaan Pelajaran Jawi dalam Kalangan
Murid Tahun Tiga. Disertasi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Universiti Sains
Islam Malaysia.
Habibah @ Artini Ramli, Zaharah Hussin et. al. (2016). Profesionalisme guru Pendidikan
Islam (GPI) dalam aspek pengajaran. Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, Vol. 3(3).
85 – 109.
Krejcie. R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities.
Educational and Psychological Measurement. 30. 607-610.
Naquiah Nahar & Jimaain Safar (2017). Penguasaan Pengetahuan Kandungan (Content
Knowledge): Pemangkin Ketrampilan Pedagogi Jawi Berkesan Abad Ke-21.
Jurnal Teknikal & Sains Sosial.Bil. 8, Jilid 1, Dis. 2017.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN KAEDAH DIDIK
HIBUR DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN PENDIDIKAN ISLAM
¹Nur Adlina Md Azmi & ²Siti Fatimah Ishak
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah
[email protected] & [email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melaksanakan tinjauan mengenai pengetahuan dan
kesediaan guru terhadap pelaksanaan kaedah didik hibur dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Islam. Kajian ini dijalankan ke atas 100 orang guru
Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah rendah di daerah Tawau yang
menggunakan Dokumen Standard Kurikulum Kebangsaan KSSR. Kaedah didik hibur
merupakan satu kaedah baru tetapi kaedah ini telah diterapkan di dalam pengajaran
dan pembelajaran bagi murid tahap 1 yang mengikuti program LINUS. Metodologi
kajian adalah berdasarkan tinjauan yang menggunakan borang soal selidik untuk
mengutip data. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan statistik diskriptif yang
terdiri min, sisihan piawai dan peratus dengan menggunakan perisian IBM SPSS
Statistics Version 23.0. Selain itu, analisis korelasi pearson juga digunakan antara
pemboleh ubah bagi melihat hubungan antara pengetahuan dan kesediaan guru
terhadap pelaksanaan kaedah didik hibur. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap
pengetahuan, kesediaan guru dan pelaksanaan kaedah didik hibur merekodkan
bacaan min yang tinggi dan terdapat hubungan antara pengetahuan dan kesediaan
guru dengan pelaksanaan kaedah didik hibur oleh guru Pendidikan Islam. Hasil kajian
mendapati guru Pendidikan Islam di daerah Tawau menggunakan kaedah didik hibur
bagi merangsang aktiviti pembelajaran yang aktif dan menjadikan proses
pembelajaran berkesan dan bermakna bagi murid.
Kata kunci : Pengetahuan, Kesediaan, Pelaksanaan, Didik hibur, Pembelajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Islam
Pengenalan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berusaha ke arah mengembangkan potensi
individu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari aspek intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Kerajaan telah menerapkan konsep ‘Fun Learning’ atau didik hibur
yang tidak terhad pada pembelajaran dalam bilik darjah semata-mata. Didik hibur
merupakan satu teknik pengajaran yang baru diperkenalkan dalam usaha merangsang
minat murid dalam pembelajaran. Melalui proses ini, kanak-kanak akan membuat
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
penerokaan, penemuan dan pembinaan pengalaman secara semulajadi. Tambahan pula,
Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan standard
kualiti di sekolah dan institusi pelajaran tercapai melalui penggunaan instrumen Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Instrumen ini diguna pakai bagi menaksir keupayaan
dan potensi pentadbir sekolah menyelia guru dalam melaksana proses PdPC, mengurus
sumber dan mengasuh kemenjadian setiap murid. Elemen 9.13 (a) (vi) telah menyatakan
tentang sumbangan guru terhadap suasana pembelajaran yang kondusif. Standard ini
menegaskan bahawa guru perlu mewujudkan suasana riang yang merangsang
pembelajaran (Jemaah Nazir Sekolah, 2004). Suasana riang dalam elemen ini merujuk
pada kaedah yang berunsurkan didik hibur dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPC) di dalam kelas.
Kaedah didik hibur di dalam bilik darjah akan menjadikan proses PdPC lebih
interaktif serta berpusatkan murid. Oleh itu, pengajaran guru akan lebih mudah dihayati
dan difahami oleh murid (Masitah & Mohd. Razak, 2015). Guru yang mampu mewujudkan
proses PdPC yang efektif merupakan guru yang cemerlang. Oleh itu, program pendidikan
guru adalah penting bagi membekalkan guru-guru dengan pengetahuan, kefahaman,
kesediaan yang tingi dan kemahiran profesional bagi membolehkan mereka mengajar
dengan lebih berkesan.
Pernyataan Masalah
Penyampaian guru yang membosankan boleh mengakibatkan prestasi pelajar merosot
dan mempengaruhi pembelajaran pelajar (Wan Nur Hasmy, 2014). Menurut Ramlah, Nor
Afni & Siti Fathimah (2016) menyatakan Statistik Bahagian Sekolah menunjukkan seramai
115 377 murid sekolah rendah di seluruh Malaysia menghadapi masalah pembelajaran
dan tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Oleh itu, hal ini akan menjadi rumit sekiranya tiada pendekatan dan kaedah yang
berkesan untuk membantu murid yang lemah dalam meningkatkan keupayaan diri mereka
dalam pembelajaran.
Menurut Grossman & Schoenfeld (2005), dalam usaha membantu murid
memahami idea penting dalam suatu mata pelajaran, guru mestilah mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang idea tersebut termasuk bagaimana idea tersebut
berkait dengan idea lain dalam suatu disiplin. Tambahan pula, berlakunya kegagalan
dalam sesuatu pelaksanaan kurikulum adalah disebabkan kurang penekanan aspek
kesediaan agen pelaksana iaitu para guru. Keberkesanan proses PdPC amat berkait
rapat dengan kebijaksanaan seorang guru dalam memilih kaedah yang sesuai dengan
tahap dan kebolehan pelajar (Zanariah Wahab & Zamri Mahamod, 2017). Oleh itu,
pengkaji berpendapat bahawa kajian perlu dijalankan untuk mengkaji kaedah serta cara
penyampaian guru semasa proses PdPC yang mempengaruhi minat dan pencapaian
murid khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.
Objektif dan Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk :
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap kaedah didik hibur dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
2. Mengenal pasti tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan kaedah didik hibur
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam.
3. Mengenal pasti tahap pelaksanaan kaedah didik hibur oleh guru dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam.
4. Mengenal pasti hubungan antara pengetahuan guru dengan pelaksanaan kaedah
didik hibur dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam.
5. Mengenal pasti hubungan antara kesediaan guru dengan pelaksanaan kaedah
didik hibur dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam.
Berdasarkan objektif kajian yang dilaksanakan ini maka terdapat beberapa persoalan
berikut :
1. Apakah tahap pengetahuan guru terhadap kaedah didik hibur dalam pembelajaran
dan pemudahcaraan Pendidikan Islam ?
2. Apakah tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan kaedah didik hibur dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam ?
3. Apakah tahap pelaksanaan kaedah didik hibur oleh guru dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Islam ?
4. Apakah hubungan antara pengetahuan guru dengan pelaksanaan kaedah didik
hibur dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam ?
5. Apakah hubungan antara kesediaan guru dengan pelaksanaan kaedah didik
hibur dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam ?
Hipotesis Kajian
Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan guru dengan pelaksanaan
kaedah didik hibur dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam.
Ho2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan guru dengan pelaksanaan
kaedah didik hibur dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam.
Metodologi
Jenis kajian yang dijalankan merupakan kajian tinjauan. Kaedah tinjauan dilaksanakan
dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama. Penggunaan
instrumen soal selidik yang sama untuk semua responden dapat menyeragamkan data
yang dikumpul, boleh digunakan untuk menolak atau menyokong hipotesis dan berupaya
membentuk generalisasi dengan menganalisis dan menginterprestasi dapatan daripada
responden. Maka, pengkaji telah menyediakan soal selidik berskala 5 likert bagi
mendapatkan maklumat tentang pengetahuan, kesediaan dan pelaksanaan kaedah didik
hibur dalam kalangan guru Pendidikan Islam.
Sampel yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada 100 orang guru
Pendidikan Islam sekolah rendah daerah Tawau. Bagi mendapatkan kesahan dalam
pembinaan item soal selidik, kesahan kandungan dilakukan dengan melantik dua orang
panel pakar yang mempunyai kepakaran dalam bidang kajian penyelidikan dan bidang
Pendidikan Islam bagi menilai borang soal selidik. Selain itu, kajian rintis telah dijalankan
bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach dan memperoleh nilai
α=0.957. Menurut Sekaran (1992), nilai kebolehpercayaan tersebut dianggap baik dan
menepati kebolehpercayaan item soal selidik. Data kuantitatif digunakan untuk
menganalisis dapatan soal selidik menggunakan perisian Statistic Package for Social
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Science (SPSS) versi 23.0. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dengan
menggunakan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Seterusnya, analisis inferensi
digunakan bagi menilai hubungan antara pemboleh ubah dengan menggunakan analisis
korelasi pearson.
Dapatan Kajian
Demografi
Jantina responden kajian menunjukkan bilangan responden perempuan lebih ramai
daripada responden lelaki iaitu terdiri daripada 87 orang responden perempuan dan 13
orang responden lelaki. Seramai 17 orang guru Pendidikan Islam responden dalam kajian
ini mempunyai pencapaian akademik pada tahap diploma pendidikan, 49 orang guru
Pendidikan Islam berada pada peringkat ijazah pertama dan 34 orang guru Pendidikan
Islam berada di peringkat ijazah sarjana. Daripada aspek demografi kelulusan akademik
pula, seramai 33 orang guru yang mempunyai tempoh perkhidmatan antara 1 hingga 5
tahun, 20 orang guru mempunyai pengalaman mengajar 6 hingga 10 tahun manakala 47
orang guru Pendidikan Islam mempunyai pengalaman mengajar 11 tahun ke atas.
Tahap pengetahuan guru Pendidikan Islam terhadap kaedah didik hibur
No item Item Min Sisihan Tahap
4.03 Piawai Min
1 Saya tahu konsep kaedah didik hibur dalam 4.14
pembelajaran Pendidikan Islam 4.01 0.59 Tinggi
4.06
2 Saya tahu kaedah pengajaran yang bersesuaian 0.59 Tinggi
semasa sesi pembelajaran Pendidikan Islam 3.96
0.73 Tinggi
3 Saya tahu menghasilkan bahan bantu mengajar
yang menarik minat murid dalam pembelajaran 0.68 Tinggi
4 Saya tahu cara penyampaian maklumat kepada 0.62 Tinggi
murid secara tepat
5 Saya tahu cara menarik perhatian murid dalam
pembelajaran melalui kaedah didik hibur
6 Saya tahu memberi respons terhadap soalan 4.13 0.54 Tinggi
murid semasa sesi pembelajaran 4.06 0.55 Tinggi
Min keseluruhan
Min Keseluruhan : 4.06
Hasil analisis data merekodkan kesemua item yang ditadbir mencapai tahap min yang
tinggi. Min keseluruhan bagi konstruk yang pertama merekodkan nilai pada tahap tinggi
iaitu 4.06 dan nilai sisihan piawai 0.55.(M = 4.06, SP = 0.55). Kepentingan pengetahuan
mengenai pedagogi pengajaran dalam kalangan guru Pendidikan Islam memberi kesan
secara langsung terhadap kemahiran guru dalam melaksanakan kaedah dan aktiviti
pengajaran. Oleh itu, penting untuk guru Pendidikan Islam menguasai pengetahuan
dalam melaksanakan kaedah pengajaran yang berkesan. Antara salah satu teknik
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
pengajarannya adalah terkandung kaedah pengajaran secara didik hibur. Daripada
analisa yang telah dilakukan, item pertama iaitu “Saya tahu konsep kaedah didik hibur
dalam pembelajaran Pendidikan Islam” merekodkan nilai min yang tinggi iaitu 4.03.
Seterusnya, item kedua yang merekodkan bacaan min yang paling tinggi iaitu 4.14
berdasarkan soalan “Saya tahu kaedah pengajaran yang bersesuaian semasa sesi
pembelajaran Pendidikan Islam”. Perkara ini dibuktikan dengan kajian Nurul Syuhada,
Fathiyah dan Asmawati (2016) yang menyatakan bahawa pemilihan kaedah yang betul
akan menimbulkan minat murid untuk belajar. Selari dengan dapatan kajian Zaitun Ejuri
(2009) menunjukkan murid-murid sangat berminat untuk belajar semasa guru
menggunakan elemen muzik. Oleh itu, guru perlu melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran terkini bagi setiap pendekatan yang ingin digunakan.
Pengetahuan guru dapat memenuhi keperluan pendidikan yang diperlukan oleh
semua guru Pendidikan Islam bagi meningkatkan kualiti PdPC di sekolah. Ramai guru
yang tahu mengenai konsep kaedah didik hibur yang seharusnya diaplikasikan dalam
menarik minat murid dalam pembelajaran. Perkara ini selaras dengan matlamat
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerapkan pembelajaran menyeronokkan
dalam memenuhi ciri pendidikan abad ke 21. Penyataan ini disokong oleh Hussin (2003)
dalam Suriana (2012) di mana golongan pendidik perlu melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan sejajar dengan pelbagai perubahan dalam bidang pendidikan, terminalogi
baru, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Kebanyakan guru juga
mempunyai pengetahuan mengenai ciri dan contoh aktiviti yang terkandung dalam
kaedah didik hibur. Pengetahuan yang baik dalam kalangan guru Pendidikan Islam perlu
merangkumi aspek pengetahuan terhadap alat, bahan, isi dan cara penggunaan bagi
memastikan pengetahuan itu bersifat holistik. Selari dengan Esah (2004), sekiranya guru
memilih menggunakan sesuatu kaedah, guru harus mengetahui dan memahami definisi
kaedah. Hal ini disebabkan pengetahuan tersebut akan membantu meningkatkan
keberkesanan penggunaan pendekatan didik hibur.
Jadual 2
Tahap kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap kaedah didik hibur
No Item Min Sisihan Tahap
item 4.08 Piawai Min
Saya perlu mengikuti kursus kemahiran pedagogi
7 berkaitan kaedah didik hibur 0.71 Tinggi
8 Saya perlu memberi peluang kepada murid meneroka 4.15 0.58 Tinggi
0.56 Tinggi
ilmu secara mendalam melalui kaedah didik hibur 0.58 Tinggi
0.71 Tinggi
9 Saya perlu mempelajari teknik menghasilkan bahan 4.21
bantu mengajar yang menarik untuk kaedah didik hibur
10 Saya perlu meningkatkan interaksi antara murid dengan 4.18
rakan sekelas melalui perbincangan kumpulan
11 Saya perlu menggunakan media elektronik seperti 4.14
komputer untuk menyediakan bahan pembelajaran dan
pemudahcaraan yang menyeronokkan
12 Saya perlu menggunakan unsur kecindan semasa 4.15 0.66 Sederhana
0.51 Tinggi
mengajar di dalam bilik darjah
13 Saya perlu melakukan gerakan ketika sesi 4.24
pembelajaran untuk menimbulkan suasana yang
menyeronokkan kepada murid
14 Saya perlu mengaplikasikan teknik pembelajaran di 4.11 0.62 Tinggi
0.49 Tinggi
luar bilik darjah
Min keseluruhan 4.16
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Min Keseluruhan : 4.16
Keseluruhan dapatan analisis menunjukkan bahawa kesediaan guru terhadap kaedah
didik hibur dalam PdPC Pendidikan Islam berada pada tahap tinggi dengan nilai min 4.16
dan sisihan piawai 0.49. (M = 4.16, SP = 0.49). Dapatan ini juga selari dengan kajian
Abdul Rasid Jamian dan Hasmah Ismail (2013) yang menyatakan kesediaan guru
mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi. Data ini menunjukkan guru bersikap positif
terhadap pembelajaran menyeronokkan.
Kebanyakan guru menunjukkan kesediaan yang tinggi untuk mempelajari teknik
menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik minat murid untuk kaedah didik hibur.
Kenyataan ini direkodkan nilai min iaitu 4.21 dan nilai sisihan piawai 0.56 pada item
kesembilan (M=4.21, SP=0.56). Hal ini menunjukkan mereka begitu menitikberatkan
keberkesanan pengajaran berkaitan pembelajaran menyeronokkan. Oleh itu, setiap
kursus peningkatan profesionalisme perlu disertai dengan bengkel-bengkel penghasilan
bahan bantu mengajar. Tambahan pula, pembelajaran menyeronokkan amat memerlukan
bahan bantu mengajar yang efektif bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan
pengajaran guru untuk menarik tumpuan murid dalam pembelajaran.
Dalam item soalan kesepuluh iaitu “Saya perlu meningkatkan interaksi antara
murid dengan rakan sekelas melalui perbincangan kumpulan juga merekodkan bacaan
nilai min yang tinggi iaitu 4.18 dan nilai sisihan piawai 0.58. (M=4.18, SP=0.58). Oleh itu,
kaedah ini dapat membantu percambahan idea serta menghasilkan minda yang kreatif
dan inovatif dengan bantuan rakan sekelas. Pada item soalan tiga belas iaitu “Saya perlu
melakukan gerakan ketika sesi pembelajaran untuk menimbulkan suasana yang
menyeronokkan kepada murid” menunjukkan nilai min yang paling tinggi dalam aspek
kesediaan iaitu 4.24 dan sisihan piawai 0.51. (M=4.24, SP=0.51). Guru disaran agar
bersedia mencuba pelbagai teknik PdPC dalam menghadapi perubahan dari segi
kandungan kurikulum dan penggunaan teknologi. Kesediaan guru untuk mengendali
aktiviti PdPC adalah merangkumi ilmu pengetahuan mata pelajaran, kemahiran untuk
mengajar kandungan mata pelajaran dan sikap guru ke atas tanggungjawab mereka.
Kebanyakan guru menyatakan kesediaan dalam mempelajari dan melaksanakan
kaedah didik hibur dalam sesi PdPC Pendidikan Islam semasa di dalam kelas. Guru pada
masa kini perlu mempunyai kesediaan yang tinggi dalam melengkapkan diri dengan ilmu
pedagogi untuk menyampaikan isi pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana ilmu
pedagogi membantu guru dalam memahami prinsip pembelajaran. Oleh itu, guru tersebut
akan lebih mudah memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap
penerimaan murid.
Jadual 3
Tahap pelaksanaan kaedah didik hibur oleg guru Pendidikan Islam
No Item Min Sisihan Tahap
item 3.79 Piawai Min
15 Saya menggunakan teknik pembelajaran lakonan 3.98
dalam Pendidikan Islam 0.77 Tinggi
16 Saya menggunakan teknik pembelajaran nyanyian
dalam Pendidikan Islam 0.72 Tinggi
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
17 Saya menggunakan teknik pembelajaran belajar 3.96 0.70 Tinggi
sambil bermain dalam Pendidikan Islam 3.98 0.65 Tinggi
3.98 0.65 Tinggi
18 Saya menggunakan bahasa yang kreatif untuk 3.77 0.72 Sederhana
menerangkan isi kandungan 3.92 0.68 Tinggi
3.91 0.51 Tinggi
19 Saya menggunakan unsur jenaka semasa mengajar
20 Saya menggunakan bahan media yang lucu sesuai
dengan isi pembelajaran
21 Saya menggunakan media elektronik semasa
mengajar
Min keseluruhan
Min keseluruhan : 3.91
Keseluruhan dapatan analisis menunjukkan bahawa pelaksanaan kaedah didik hibur oleh
guru Pendidikan Islam berada pada tahap tinggi iaitu dengan nilai min 3.91 dan sisihan
piawai 0.51. (M = 3.91, SP = 0.51). Dapatan daripada keseluruhan analisis item
membuktikan guru Pendidikan Islam melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah didik
hibur dalam sesi PdPC Pendidikan Islam semasa di dalam kelas. Data ini menunjukkan
guru bersikap positif terhadap pembelajaran menyeronokkan ini.Kebanyakan guru
melaksanakan teknik pembelajaran nyanyian dalam Pendidikan Islam. Kenyataan ini
direkodkan dengan bacaan nilai min yang paling tinggi iaitu 3.98 dan nilai sisihan piawai
0.72 (M=3.98, SP=0.72). Dalam item soalan kelapan belas iaitu “Saya menggunakan
bahasa yang kreatif untuk menerangkan isi kandungan” serta item sembilan belas iaitu
“Saya menggunakan unsur jenaka semasa mengajar” juga merekodkan bacaan nilai min
yang paling tinggi. Kaedah ini dilaksanakan bagi menimbulkan suasana gembira untuk
mengurangkan tekanan belajar kepada murid. Tambahan pula, murid juga akan berasa
gembira dengan unsur kecindan yang digunakan oleh guru. Pelaksanaan kaedah didik
hibur membawa kesan positif pada murid terutama dalam meningkatkan kemahiran
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif seperti yang dihasratkan oleh
kementerian pendidikan dalam usaha melahirkan murid yang mampu berdaya saing pada
masa akan datang.
Pada item soalan dua puluh iaitu “Saya menggunakan bahan media yang lucu
sesuai dengan isi pembelajaran” menunjukkan nilai min yang paling rendah dalam aspek
pelaksanaan iaitu 3.77 dan sisihan piawai 0.72. (M=3.77, S=0.72). Situasi ini mungkin
disebabkan guru kurang berminat menggunakan bahan media yang lucu seperti kartun
atau komik dalam sesi PdPC. Oleh itu, guru perlu menggunakan bahasa yang berupaya
menzahirkan perasaan lucu, penggunaan grafik seperti kartun dan bahasa badan yang
boleh menimbulkan suasana yang menyeronokkan kepada murid. Sesi pembelajaran
yang santai dan menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai
mampu menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru
amat penting dalam mewujudkan proses PdPC yang berkesan. Oleh itu guru perlu sedar
tentang kepentingan unsur pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran untuk
memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan bagi murid.
Aspek-aspek yang menjadi tumpuan dalam analisis dapatan tentang kaedah
mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan ialah persepsi responden tentang teknik,
media serta sesi pengajaran yang sesuai untuk mengaplikasikan pembelajaran
menyeronokkan di samping kebolehan mereka untuk mengaplikasikannya. Secara amnya
dapatan kajian menunjukkan bahawa responden dapat melaksanakan kaedah didik hibur
dengan baik dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam dengan skor min
berada pada tahap tinggi.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Jadual 4
Hubungan tahap pengetahuan guru dengan pelaksanaan kaedah didik hibur
Correlations
Pengetahuan Pearson Correlation Pengetahuan Pelaksanaan
1 .585**
Sig. (2-tailed) .000
100 100
N .585** 1
.000
Pelaksanaan Pearson Correlation 100 100
Sig. (2-tailed)
N
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Dalam kajian ini juga menyatakan persoalan yang keempat iaitu mencari hubungan antara
pengetahuan dengan pelaksanaan terhadap kaedah didik hibur oleh guru dalam PdPC
Pendidikan Islam. Bagi membincangkan perkara ini rujukan ke atas dapatan kajian yang
telah dianalisis telah dilaksanakan melalui nilai pekali korelasi. Nilai pekali korelasi yang
positif menunjukkan pada pengkaji bahawa perkaitan atau perhubungan yang wujud
antara kedua pembolehubah tersebut merupakan satu hubungan yang positif. Hal ini
menunjukkan bahawa sekiranya tahap pengetahuan guru terhadap kaedah didik hibur
adalah tinggi maka tahap pelaksanaannya juga akan tinggi. Secara keseluruhan, dapatan
kajian mengenai hubungan antara pengetahuan dan pelaksanaan terhadap kaedah didik
hibur adalah berada pada tahap sederhana iaitu 0.585.
Jadual 5
Hubungan tahap kesediaan guru dengan pelaksanaan kaedah didik hibur
Correlations
Kesediaan Pearson Correlation Kesediaan Pelaksanaan
1 .552**
Sig. (2-tailed) .000
100 100
N .552** 1
.000
Pelaksanaan Pearson Correlation 100 100
Sig. (2-tailed)
N
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Dalam kajian ini juga menyatakan persoalan yang kelima iaitu mencari hubungan antara
kesediaan dengan pelaksanaan kaedah didik hibur oleh guru dalam PdPC Pendidikan
Islam. Bagi membincangkan perkara ini rujukan ke atas dapatan kajian yang telah
dianalisis juga telah dilaksanakan melalui nilai pekali korelasi. Nilai pekali korelasi yang
positif menunjukkan pada pengkaji bahawa perkaitan atau perhubungan yang wujud
antara kedua pembolehubah tersebut merupakan satu hubungan yang positif. Ini
menunjukkan bahawa sekiranya tahap kesediaan guru terhadap kaedah didik hibur
adalah tinggi maka tahap pelaksanaannya juga akan tinggi. Secara keseluruhan, dapatan
kajian mengenai hubungan antara kesediaan dengan pelaksanaan terhadap kaedah didik
hibur adalah berada pada tahap tinggi iaitu 0.552.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi
Kesimpulannya, kebanyakan responden mempunyai tahap pengetahuan dan kesediaan
yang positif terhadap kaedah didik hibur dalam PdPC Pendidikan Islam. Aspek ini penting
bagi merancang kaedah pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan bagi murid.
Apabila guru mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai pedagogi pengajaran,
kesannya guru berupaya untuk memilih kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengan
tahap murid yang mempunyai pelbagai aras kognitif. Dari segi tahap kesediaan guru
terhadap kaedah didik hibur pula menunjukkan guru amat bersedia untuk mempelajari
kaedah dan melaksanakan teknik pengajaran yang dapat menarik minat serta
menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang aktiviti pembelajaran. Kesannya, murid
berupaya untuk membentuk pengetahuan dan pengalaman berdasarkan konsep yang
telah dipelajari di dalam bilik darjah melalui bimbingan guru. Bagi aspek pelaksanaan
kaedah didik hibur oleh guru Pendidikan Islam juga merekodkan bacaan nilai min yang
tinggi. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa kebanyakan guru Pendidikan Islam di
daerah Tawau mengaplikasikan kaedah didik hibur dalam sesi pembelajaran seperti yang
dihasratkan oleh kementerian pendidikan. Kesannya, sesi pembelajaran akan menjadi
bermakna bagi murid kerana mereka berupaya untuk mengembangkan potensi dan bakat
yang ada dalam diri melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik
darjah. Oleh itu, dapat dibuktikan bahawa pencapaian kualiti pendidikan di sesebuah
sekolah sangat bergantung pada kemampuan yang dimiliki seorang guru dalam
menjalankan tugasnya.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan
antara pengetahuan dan kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan kaedah
didik hibur dalam pembelajaran. Hal ini bermaksud tahap pengetahuan dan kesediaan
guru terhadap kaedah didik hibur memberi kesan pada pelaksanaan pedagogi
pembelajaran di dalam kelas. Dapatan ini menunjukkan guru Pendidikan Islam sentiasa
bersedia mempersiapkan diri untuk mengaplikasikan kaedah pengajaran yang
menyeronokkan bagi murid. Secara tidak langsung, kajian ini menyimpulkan bahawa
sekiranya tahap pengetahuan dan kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap kaedah
didik hibur itu berada pada tahap yang tinggi, maka tahap pelaksanaannya dalam proses
pembelajaran juga akan turut meningkat. Seorang guru perlu mempunyai pengetahuan
dan kesediaan yang mendalam mengenai mata pelajaran yang hendak diajar dan kaedah
yang akan diaplikasikan dalam sesi pembelajaran di dalam kelas. Hal ini disebabkan
apabila kurangnya pengetahuan dan kesediaan yang rapi akan menyebabkan rasa tidak
percaya pada diri, mendatangkan rasa bimbang dan seterusnya akan menghilangkan
kepercayaan murid kepada guru. Kementerian Pendidikan Malaysia mahu merealisasikan
hasrat mentransformasi sistem ataupun kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan di
dalam bilik darjah di semua sekolah di negara ini. Antara elemen perubahan ketara dalam
proses transformasi tersebut adalah memperkenalkan kaedah didik hibur bermula di
sekolah rendah.
Kaedah didik hibur di dalam bilik darjah akan menjadikan proses PdPC lebih
interaktif serta berpusatkan murid. Antara implikasi kajian ini kepada pihak KPM ialah
perlunya pada peningkatan kursus-kursus berkaitan kaedah pembelajaran abad ke 21
yang salah satunya berunsurkan didik hibur. Hal ini disebabkan pihak kementerian
memainkan peranan penting dalam menyusun sistem pendidikan negara supaya dapat
memenuhi kehendak negara dalam melahirkan generasi yang cemerlang dari pelbagai
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pihak kementerian haruslah
mempersiapkan modul yang lengkap dalam melatih guru mempelajari kaedah pengajaran
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
dan pedagogi terkini supaya seimbang dengan konteks pembaharuan pendidikan
Malaysia. Profesion perguruan sebenarnya tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya
yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja (Lokman et al, 2007). Hanya mereka yang
mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa
pendidik layak menjadi guru (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006). Dalam
proses menjadi seorang guru yang berjaya dan profesional mengambil tempoh yang lama
dan perlu sentiasa mengamalkan sikap ingin belajar untuk mengajar. Sebagai guru dan
pendidik, mereka merupakan agen perubahan sosial yang mengubah pola berfikir, sikap
dan perilaku masyarakat ke arah yang lebih baik.
Dalam menangani masalah ini, guru seharusnya melengkapkan diri dengan
persediaan sebelum pengajaran, pengetahuan yang luas mengenai topik yang hendak
diajar, kefahaman mengenai teknik pedagogi yang sesuai untuk mengajar dan motivasi
yang tinggi bagi mempamerkan keyakinan diri dan kesungguhan semasa mengajar
dengan mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak kementerian pendidikan
semasa di peringkat guru pelatih. Pedagogi abad ke 21 yang salah satunya mengandungi
unsur-unsur didik hibur perlu disediakan dalam bentuk modul yang lengkap dan aktiviti
yang disusun rapi sebagai panduan kepada bakal guru tentang konsep didik hibur. Guru
juga perlu diberi pendedahan, pengalaman, kefahaman dan pengetahuan yang lebih luas
tentang amalan pembelajaran menyeronokkan. Hal ini kerana aspek-aspek tersebut
merupakan faktor utama dalam menghasilkan proses PdPC yang berkesan. Bagi
memastikan semua murid memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran, guru perlu
membuat persediaan yang rapi kerana tidak akan wujud kumpulan murid yang sama
keupayaan berfikir dan memahami maklumat yang disampaikan oleh guru. Oleh itu,
peranan guru sebagai pendidik yang bertanggungjawab amat penting dalam keadaan
wujudnya perbezaan individu supaya dapat melaksanakan sesi pembelajaran di dalam
kelas dengan berkesan dan berfaedah untuk setiap murid-murid yang berbeza. Namun,
guru perlu merancang aktiviti PdPC mengikut kebolehan murid. Oleh itu, penyerapan
kaedah pembelajaran didik hibur dibuktikan dapat diikuti oleh semua murid yang terdiri
daripada pelbagai aras kebolehan dan pembelajaran.
Guru haruslah menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti
kerja berkumpulan, bermain sambil belajar, nyanyian dan berlakon supaya dapat
memotivasi murid yang mempunyai perbezaan gaya pembelajaran. Sebagai pendidik
yang bertanggungjawab perlu sentiasa berusaha untuk menentukan dan membina
kebijaksanaan serta kebolehan murid. Kaedah pembelajaran yang dilaksanakan akan
mempengaruhi penerimaan serta minat murid untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam
kehidupan sebenar.
Rujukan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran
menyeronokkan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM (Malay Language Education Journal - MyLEJ),
49-63.
Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai, Malaysia: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Grossman, P., & Schoenfeld, A. (2005). Teaching subject matter. In L. Darling-
Hammond & J. Bransford (Eds.), Preparing teachers for a changing world (pp.
201-230). San Francisco: Jossey-Bass.
Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Pernyataan
Standard SKPM 1 -Edisi Disember 2004. Putrajaya: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Lokman Mohd Tahir & Ida Juliana Mat Johari (2007). Tahap Kesediaan Bakal Guru
Tahun Akhir perdana UTM (Kemahiran Hidup) dalam Menceburi Profesion
Perguruan. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Masitah Ahmad & Mohd Razak Mohd Nordin. (2015). Pendekatan didik hibur dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu: Tinjauan terhadap sikap dan
minat murid orang asli di negeri Perak. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 9, 77-
90.
Nurul Syuhada Johari, Fathiyah Mohd Fakhruddin & Asmawati Suhid. (2016). Pendekatan
dan kaedah pengajaran ibadah solat guru Pendidikan Islam menurut perspektif
murid. Online Journal Of Islamic Education, 46-53.
Pelan induk pembangunan pendidikan (PIPP). Diakses pada 20 februari 2018 daripada
laman sesawang https://www.slideshare.net/hanawrin/pelan-induk- pembangunan-
pendidikan-pipp-19069936
Ramlah Jantan, Nor Afni Resad & Siti Fathimah Az-Zahra Mohd. Fauzi. (2016). Aktiviti
didik hibur dalam kalangan guru prasekolah di daerah Gombak. Jurnal Pendidikan
Awal Kanak-Kanak Jilid 5, 19-29.
Sekaran, U. 1992. Research methods for bussiness: a skill-building approach. New
York: John Wiley & Sons, Inc.
Suriana Ismail. (2012). Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Mata pelajaran Reka
bentuk dan Teknologi (RBT) Sekolah Rendah di Malaysia. Fakulti pendidikan
Teknikal dan Vokasional UTHM.
Wan Nur Hasmy Wan Mansor. (2014). Penerapan unsur kecindan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional UTHM.
Zaitun Ejuri. (2009). Kaedah Nyanyian terhadap penguasaan operasi tambah bagi
kanak-kanak prasekolah. Tesis Sarjana. Universiti Sultan Idris. Tanjung
Malim.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Zanariah Wahab & Zamri Mahamod. (2017). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan
dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap pendekatan
didik hibur. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
PENGAPLIKASIAN KBAT DALAM PDPC DAN HUBUNGANNYA DENGAN
PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PENCAPAIAN MURID
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
¹ Ain Syafiqah Binti Mohamad Sa’id & ²Khalid Sa’at @ Jamil
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah
[email protected] & [email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dari aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran dan persepsi Guru
Pendidikan Islam terhadap pencapaian murid. Selain itu, kajian ini juga melihat
hubungan antara tahap pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dari aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran terhadap persepsi Guru
Pendidikan Islam terhadap pencapaian murid.. Satu set instrumen soal selidik
yang mengandungi 23 item telah diedarkan kepada responden. Seramai 60 orang
responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik ini yang terdiri daripada guru
Pendidikan Islam. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian
komputer Statical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 23.0 yang dianalisis
secara deskriptip bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Nilai
kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α= 0.945. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah daerah bandar Tawau
mempunyai tahap pengaplikasian KBAT PdPC Pendidikan Islam yang tinggi. Oleh
itu, beberapa cadangan telah dibuat bagi pihak yang berkenaan supaya dapat
mengambil tindakan untuk memperkasakan pengaplikasian KBAT bagi guru yang
lain untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna.
Kata kunci : pengaplikasian, kurikulum, pedagogi, pentaksiran, KBAT
Pengenalan
Pelaksanaan amalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan pendekatan
pengajaran yang menjadi tumpuan perbahasan di dalam era pendidikan abad ke 21.
Pembentukan falsafah, kurikulum, kaedah dan sebagainya telah diperincikan di dalam
menghasilkan konstruk yang bertepatan dengan kehendak manusia untuk menggunakan
pemikiran aras tinggi (KBAT). Penekanan KBAT ini dalam sistem pendidikan negara
adalah lanjutan daripada pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
yang telah dilaksanakan bermula 1993. Pelajar yang menguasai kemahiran abad ke-21
dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif mampu untuk
bersaing di peringkat global (Ismail, Sidek & Mahbib, 2015).
Pendidikan Islam memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai hasrat
pendidikan kebangsaan yang menuju ke arah pembangunan insan yang menyeluruh dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ringkasnya, guru-guru
Pendidikan Islam menggalas tanggung jawab besar untuk melahirkan murid yang mampu
menjana diri mereka menjadi insan berakhlak al-Qur’an dan pada masa yang sama
mempunyai daya saing serta berkemahiran tinggi dalam mengaplikasi KBAT selaras
dengan tuntutan semasa ke negara maju.
Pernyataan Masalah
Pendidikan Islam adalah merupakan mata pelajaran yang penting untuk dipelajari oleh
murid di sekolah kerana mata pelajaran Pendidikan Islam memberi penekanan dalam
bidang Al-quran, hadis, akidah, ibadah, sirah dan akhlak. Namun, realiti hari ini corak
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam sering dikatakan mundur dan
perkara dilihat sebagai faktor yang menjadi kepada masalah ini. Justeru, guru Pendidikan
Islam mestilah menggunakan pendekatan yang boleh menarik minat murid untuk
mendekatkan ilmu agama bersesuaian dengan jiwa murid. Menurut Ab Rahim(1985)
mendapati kebanyakan guru tidak mempraktikkan strategi pemusatan murid dan
pengajaran guru masih lagi bersifat tradisional. Ini seiring dengan kajian yang dilakukan
oleh (Kamarul Azmi, 2012) mendapati guru pendidikan Islam menyampaikan pengajaran
menggunakan kaedah kuliah dan syarahan dalam sesuatu masa yang diperuntukkan. Ini
menyebabkan wujud elemen kebosanan, tiada kefahaman, tidak dapat mengaitkan
dengan situasi semasa, mengantuk dan hilang tumpuan di kalangan pelajar.Oleh itu,
pengkaji berpendapat bahawa guru Pendidikan Islam berperanan dalam penggunaan
KBAT dalam PdPCkerana dengan cara ini mampu menarik perhatian dan minat murid
mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam.
Hal ini kerana, kesediaan guru yang tinggi dari segi pengetahuan KBAT dan
kemahiran penyelesaian masalah dengan menerapkan KBAT ini dalam setiap topik
Pendidikan Islam maka dapat melahirkan individu yang seimbang dan mengamalkan
ajaran Islam secara total (Rosnani Hashim, 2012). Justeru itu, penulis mendapati satu
kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengaplikasian KBAT dan persepsi
Guru Pendidikan Islam terhadap pencapaian murid sekolah rendah.
Objektif dan Soalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan:
1. Mengenalpasti tahap pengaplikasian KBAT Guru Pendidikan Islam dari aspek
kurikulum.
2. Mengenalpasti tahap pengaplikasian KBAT Guru Pendidikan Islam dari aspek
pedagogi.
3. Mengenalpasti tahap pengaplikasian KBAT Guru Pendidikan Islam dari aspek
pentaksiran.
4. Mengenalpasti tahap persepsi Guru Pendidikan Islam terhadap pencapaian murid.
5. Menilai hubungan antara tahap pengaplikasian KBAT Guru Pendidikan Islam dari
aspek kurikulum,pedagogi dan pentaksiran dan tahap persepsi Guru Pendidikan
Islam terhadap pencapaian murid.
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan
berikut:
1. Apakah tahap pengaplikasian KBAT dalam kalangan guru Pendidikan Islam
berdasarkan aspek kurikulum?
2. Apakah tahap pengaplikasian KBAT dalam kalangan guru Pendidikan Islam
berdasarkan aspek pedagogi?
3. Apakah tahap pengaplikasian KBAT dalam kalangan guru Pendidikan Islam
berdasarkan aspek pentaksiran?
4. Apakah tahap persepsi Guru Pendidikan Islam terhadap pencapaian murid?
5. Adakah terdapat hubungan antara tahap pengaplikasian KBAT Guru Pendidikan
Islam dari aspek kurikulum,pedagogi dan pentaksiran dan tahap persepsi Guru
Pendidikan Islam terhadap pencapaian murid.
Metodologi
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tinjauan. Tujuan kajian dijalankan untuk
mengenal pasti tahap pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dari aspek
kurikulum, pedagogi dan pentaksiran dan persepsi Guru Pendidikan Islam terhadap
prestasi murid. Selain itu, kajian ini juga melihat hubungan antara tahap pengaplikasian
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dari aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran
terhadap persepsi Guru Pendidikan Islam terhadap prestasi murid. Populasi dalam kajian
ini merupakan 60 orang Guru Pendidikan Islam yang dipilih secara rawak mudah di
beberapa buah sekolah dalam daerah Bandar Tawau. Borang soal selidik mengandungi
23 item berskala likert 5 mata poin diubah suai berdasarkan Badrul Hisham, Ahmad Rizal
dan Kamrul Azman (2013). Menurut Azizi Yahaya, et al. (2007), soal selidik merupakan
kaedah yang efisien bagi mengutip data dalam jumlah yang banyak pada kos yang rendah
dalam tempoh yang singkat. Bagi mendapatkan kesahan dalam pembinaan item soal
selidik terlebih dahulu telah disemak oleh sekumpulan pakar dalam bidang berkaitan.
Kajian rintis telah dijalankan terlebih oleh pengkaji bagi mendapatkan nilai
kebolehpercayaan Alpha Cronbach di mana secara keseluruhannya di mana keseluruhan
konstruk yang ditandbir memperoleh nilai 0.94. Menurut Field (2009), Indeks
kebolehpercayaan dengan nilai tersebut dianggap memuaskan dan diterima.
Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis profail subjek kajian dan borang
soal selidik berbantukan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 23.0.
Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan frekuensi,
peratusan, min dan sisihan piawai. Bagi pernyataan soalan kajian melihat hubungan
antara tahap pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dari aspek kurikulum,
pedagogi dan pentaksiran terhadap persepsi Guru Pendidikan Islam terhadap prestasi
murid., pekali korelasi r digunakan. Bagi tahap pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dari aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran dan persepsi Guru
Pendidikan Islam terhadap prestasi murid, penyelidik mengunakan panduan skor
Jadual 1 Interprestasi
Pentaksiran skor min Tinggi
Nilai Sederhana
0.50 - 1.00 Rendah
0.30 – 0.49
0.10 – 0.29
Sumber: Cohen (1998)
Dapatan Kajian
Tahap Pengaplikasian KBAT Guru Pendidikan Islam Dari Aspek Kurikulum
Soalan 1: Apakah tahap pengaplikasian KBAT dalam kalangan guru Pendidikan Islam
berdasarkan aspek kurikulum?
Dapatan kajian bagi persoalan ini, bagi penyataan pertama iaitu “Saya mengamalkan
penerapan KBAT berdasarkan empat tahap pemikiran dalam kurikulum” menunjukkan 1
orang (1.7%) menyatakan sangat tidak setuju, manakala 2 orang (3.3%) menyatakan tidak
setuju, 7 orang(11.7%) tidak pasti, 43 orang (71.7%) setuju dan 7 orang (11.7%) sangat
setuju. Pada item ini mempunyai tahap min yang tinggi iaitu 3.88 dan sisihan piawai 0.72
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
(M = 3.88, SP = 0.72).Manakala, pada item kedua iaitu “Saya menggalakkan KBAT dalam
kalangan pelajar menerusi pembelajaran merentasi kurikulum”. Menunjukkan 7 orang
menyatakan tidak pasti (11.7%), 47 orang (78.3%)mengatakan setuju dan 6 orang( 10%)
sangat setuju. Pada item ini skor min adalah 3.98 yang dikategorikan tinggi dan sisihan
piawai 0.47. (M = 3.98, SP = 0.47).
Seterusnya, bagi item ketiga iaitu “Saya mengaplikasikan KBAT berdasarkan
standard kandungan dan standard pembelajaran”. Menunjukan 2 orang (3.3%)
menyatakan setuju , 8 orang (13.3%) memilih jawapan tidak pasti, 41 orang (68.3%)
menyatakan setuju dan 9 orang (15%) menyatakan sangat setuju. Item ini mempunyai
nilai min 3.92 yang dikategorikan tinggi dan sisihan piawai 0.65. (M = 3.92, SP = 0.65).
Bagi item keempat iaitu “Saya mengaplikasikan KBAT dalam proses PdPC berpandukan
buku teks.”. menunjukan 2 orang (3.3%) menyatakan tidak setuju , 7 orang (11.7%)
memilih jawapan tidak pasti, 41 orang (68.3%) menyatakan setuju dan 10 orang (16.7%)
menyatakan sangat setuju. Pada item ini mempunyai nilai min 3.98 yang dikategorikan
tinggi dan sisihan piawai 0.65. (M = 3.98, SP = 0.65). Bagi item kelima iaitu item terakhir
dalam bahagian tersebut “Saya mengutamakan pengajaran KBAT lebih daripada sekadar
menghabiskan silibus.”. Menunjukan 3 orang (5%) menyatakan tidak setuju , 18 orang
(30%) memilih jawapan tidak pasti, 32 orang (53.3%) menyatakan setuju dan 7 orang
(11.7%) menyatakan sangat setuju. Pada item ini mempunyai nilai min yang tinggi iaitu
3.72 dan sisihan piawai 0.74. (M = 3.72, SP = 0.74)
Kesimpulannya, didapati semua item berada pada skor min yang tinggi dengan
purata keseluruhan skor min pengaplikasian KBAT dari aspek kurikulum sebanyak 3.90
dan sisihan piawai sebanyak 0.51. Item B2 dan B4 mempunyai skor min paling tinggi iaitu
3.98 dan diikuti dengan B3 iaitu 3.95 dan B1 iaitu 3.88. Ini menunjukkan guru-guru telah
mengamalkan KBAT dalam kurikulum pelajaran yang diajar.
Jadual 1
Kekerapan, min dan sisihan piawai tahap pengaplikasian guru dalam KBAT dari aspek kurikulum (N=60)
No Item Skor Frekuensi Skor Sisihan Tahap
TS TP S Min Piawai
STS 2 7 43 SS Tinggi
7 Tinggi
B1 Saya mengamalkan penerapan 0 7 47
6 Tinggi
KBAT berdasarkan empat tahap 1 2 8 41 3.88 0.72
0 9 Tinggi
pemikiran dalam kurikulum. 0 2 7 41 Tinggi
0 3 18 32 10 Tinggi
B2 Saya menggalakkan KBAT dalam 0 7
kalangan pelajar menerusi
pembelajaran merentasi 3.98 0.47
kurikulum.
B3 Saya mengaplikasikan KBAT
berdasarkan standard
kandungan dan standard 3.95 0.65
pembelajaran.
B4 Saya mengaplikasikan KBAT
dalam proses PdPC
berpandukan buku teks. 3.98 0.65
3.72 0.74
B5 Saya mengutamakan pengajaran
KBAT lebih daripada sekadar
menghabiskan silibus.
Purata keseluruhan skor min dan sisihan piawai 3.90 0.51
Min Keseluruhan : 3.90
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015