The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sienmiell, 2020-07-05 01:11:07

KOMPILASI ARTIKEL JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

PISMP PAI Ambilan Jun 2015

Tahap Pengaplikasian KBAT Guru Pendidikan Islam Dari Aspek Pedagogi

Soalan 2: Apakah tahap pengaplikasian KBAT dalam kalangan guru Pendidikan
Islam berdasarkan aspek pedagogi?

Berdasarkan Jadual 2 menunjukkan analisis bagi setiap item bagi konstruk
pengaplikasian guru mengenai KBAT daripada aspek pedagogi berdasarkan kekerapan,
skor min dan sisihan piawai. Bagi penyataan pertama iaitu ‘Saya menyediakan rancangan
pengajaran yang mengandungi elemen KBAT’. Menunjukkan 2 orang (3.3%) menyatakan
tidak setuju, manakala 12 orang (20%) menyatakan tidak pasti, 37 orang(61.7%)
menyatakan setuju, 9 orang (15%) sangat setuju. Pada item ini mempunyai tahap min
yang tinggi iaitu 3.88 dan sisihan piawai 0.70 (M = 3.88, SP = 0.70).
Manakala, pada item kedua iaitu “Saya mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran
yang berpusatkan pelajar.”. Menunjukkan 11 orang menyatakan tidak pasti (18.3%), 37
orang (61.7%) mengatakan setuju dan 12 orang( 20%) sangat setuju. Pada item ini skor
min adalah 4.02 yang dikategorikan tinggi dan sisihan piawai 0.62. (M = 4.02, SP = 0.62).

Seterusnya, bagi item ketiga iaitu “Saya menggunakan lapan jenis peta
pemikiran (I-Think) dalam proses PdPC.”. Menunjukan 4 orang (6.7%) menyatakan tidak
setuju , 19 orang (31.7%) memilih jawapan tidak pasti, 30 orang (50%) menyatakan setuju
dan 7 orang (11.7%) menyatakan sangat setuju. Item ini mempunyai nilai min 3.67 yang
dikategorikan tinggi dan sisihan piawai 0.77. (M = 3.67, SP = 0.77). Bagi item keempat
iaitu “Saya menggunakan pelbagai alat berfikir dalam PdPC..”. menunjukan 4 orang
(6.7%) menyatakan tidak setuju , 13 orang (21.7%) memilih jawapan tidak pasti, 37 orang
(61.7%) menyatakan setuju dan 6 orang (10%) menyatakan sangat setuju. Pada item ini
mempunyai nilai min 3.75 yang dikategorikan tinggi dan sisihan piawai 0.73. (M = 3.75,
SP = 0.73). Selain itu, bagi item kelima iaitu “Saya memberi peluang kepada pelajar untuk
memberi pandangan semasa PdPC.”. menunjukan 1 orang (1.7%) tidak setuju. manakala
12 orang (20%) menyatakan tidak pasti , 35 orang (58.3%) memilih jawapan setuju, dan
12 orang (20%) menyatakan sangat setuju. pada item ini mempunyai nilai min yang
sederhana iaitu 3.97 dan sisihan piawai 0.69. (M = 3.97, SP = 0.69). Bagi item keenam
iaitu item terakhir dalam bahagian tersebut “Saya menghubungkaitkan konsep
pembelajaran dengan isu-isu kehidupan seharian”. Menunjukan 1 orang (1.7%)
menyatakan sangat tidak setuju , 13 orang (21.7%) memilih jawapan tidak pasti, 29 orang
(48.3%) menyatakan setuju dan 17 orang (28.3%) menyatakan sangat setuju. Pada item
ini mempunyai nilai min yang tinggi iaitu 4.02 dan sisihan piawai 0.81. (M = 4.02, SP =
0.81)

Secara keseluruhannya, Jadual 4.4 menunjukkan purata keseluruhan skor min
pengaplikasian KBAT dalam pedagogi adalah tinggi iaitu 3.88 dan sisihan piawai
sebanyak 0.52. item C6 mempunyai skor min tertinggi iaitu 4.02. Ini menunjukkan guru-
guru Pendidikan Islam menghubungkaitkan konsep pembelajaran dengan isu- isu
kehidupan seharian. Diikuti dengan item C5 iaitu skor min 3.97 di mana guru Pendidikan
Islam sentiasa memberi peluang kepada pelajar untuk memberi pandangan semasa
proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Item C3 mempunyai skor min paling rendah
iaitu 3.67. Ini menggambarkan bukan semua guru menggunakan lapan jenis peta
pemikiran I-Think dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan.

Jadual 2

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Rumusan tahap Pengaplikasian Guru Mengenai KBAT Dari Aspek Pedagogi (N=60)

No Item Skor Frekuensi Skor Sisihan Tahap
Piawai
STS TS TP S SS Min
0.70 Tinggi
C1 Saya menyediakan rancangan 0 2 12 37 9 3.88
pengajaran yang mengandungi 0
elemen KBAT. 0 11 37 12 4.02 0.62 Tinggi

C2 Saya mengaplikasikan pelbagai
kaedah pengajaran yang
berpusatkan pelajar.

C3 Saya menggunakan lapan jenis 0 4 19 30 7 3.67 0.77 Sederhana
peta pemikiran (I-Think) dalam
proses PdPC.

C4 Saya menggunakan pelbagai 0 4 13 37 6 3.75 0.73 Tinggi
alat berfikir dalam PdPC. 0.69 Tinggi

C5 Saya memberi peluang kepada

pelajar untuk memberi 0 1 12 35 12 3.97

pandangan semasa PdPC.

C6 Saya menghubungkaitkan

konsep pembelajaran dengan 1 0 13 29 17 4.02 0.81 Tinggi
0.52 Tinggi
isu-isu kehidupan seharian.

Purata keseluruhan skor min dan sisihan piawai 3.88

Min Keseluruhan : 3.88

Tahap Guru Terhadap Pengaplikasian KBAT Dari Aspek Pentaksiran

Soalan 3: Apakah tahap pengaplikasian KBAT dalam kalangan guru Pendidikan Islam
berdasarkan aspek pentaksiran?

Berdasarkan Jadual 3, menunjukkan bagi penyataan pertama iaitu ‘Saya
mengaplikasikan Taksonomi Bloom sebagai panduan dalam penyoalan aras berbeza”.
Menunjukkan 1 orang (1.7%) menyatakan sangat tidak setuju, manakala 1 orang (1.7%)
menyatakan tidak setuju, 21 orang(35%) tidak pasti, 29 orang (48.3%) setuju dan 8 orang
(13.3%) sangat setuju. Pada item ini mempunyai tahap min yang tinggi iaitu 3.70 dan
sisihan piawai 0.79 (M = 3.70, SP = 0.79).
Manakala, pada item kedua iaitu “Saya menyediakan soalan berbentuk struktur semasa
pentaksiran.”. Menunjukkan 2 orang menyatakan tidak setuju (3.3%), 15 orang
(25%)mengatakan tidak pasti, 39 orang(65%) menyatakan setuju dan 4 orang( 6.7%)
sangat setuju. Pada item ini skor min adalah 3.75 yang dikategorikan tinggi dan sisihan
piawai 0.63. (M = 3.75, SP = 0.63).
Seterusnya, bagi item ketiga iaitu “Saya menggunakan soalan bukan rutin semasa
pentaksiran.”. Menunjukan 4 orang (6.7%) menyatakan tidak setuju , 13 orang (21.7%)
memilih jawapan tidak pasti, 41 orang (68.3%) menyatakan setuju dan 2 orang (3.3%)
menyatakan sangat setuju. Item ini mempunyai nilai min 3.68 yang dikategorikan tinggi
dan sisihan piawai 0.65. (M = 3.68 SP = 0.65).

Bagi item keempat iaitu “Saya mentaksir pelajar melalui penguasaan keseluruhan
proses dan tidak tertumpu kepada hasil akhir..”. menunjukan 3 orang (5%) menyatakan
tidak setuju , 14 orang (23.3%) memilih jawapan tidak pasti, 37 orang (61.7%) menyatakan
setuju dan 6 orang (10%) menyatakan sangat setuju. Pada item ini mempunyai nilai min
3.77 yang dikategorikan tinggi dan sisihan piawai 0.70. (M = 3.77, SP = 0.70). Bagi item
kelima iaitu item terakhir dalam bahagian tersebut “Saya membimbing pelajar kearah

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai strategi”. Menunjukan 14 orang
(23.3%) menyatakan tidak pasti, 35 orang (58.3%) menyatakan setuju dan 11 orang
(18.3%) menyatakan sangat setuju. Pada item ini mempunyai nilai min yang tinggi iaitu
3.95 dan sisihan piawai 0.65. (M = 3.95, SP = 0.65)

Kesimpulannya, Jadual 3 menunjukkan purata keseluruhan skor min pengaplikasian
pentaksiran adalah tinggi iaitu 3.77 dan sisihan piawai sebanyak 0.46. Item D5
mempunyai skor min paling tinggi iaitu 3.95 dimana guru-guru Pendidikan Islam
membimbing pelajar kearah penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai strategi.
Diikuti dengan item D4 di mana guru Pendidikan Islam mentaksir pelajar melalui
penguasaan keseluruhan proses dan tidak tertumpu kepada hasil akhir. Item D3
mempunyai skor min paling rendah iaitu 3.68. ini menggambarkan bukan semua guru
menggunakan soalan bukan rutin semasa pentaksiran.

Jadual 3
Kekerapan, min dan sisihan piawai tahap pengaplikasian Guru mengenai KBAT daripada aspek pentaksiran
(N=60)

No Item Skor Frekuensi Skor Sisihan Tahap
Min Piawai
STS TS TP S SS
8
D1 Saya mengaplikasikan 4

Taksonomi Bloom sebagai 2
6
panduan dalam penyoalan aras 1 1 21 29 3.70 0.79 Tinggi
11 3.75 0.63 Tinggi
berbeza.

D2 Saya menyediakan soalan 0 2 15 39 3.68 0.65 Tinggi
berbentuk struktur semasa 3.77 0.70 Tinggi
pentaksiran. 0 4 13 41
0 3 14 37 3.95 0.65 Tinggi
D3 Saya menggunakan soalan 3.77 0.46 Tinggi
bukan rutin semasa pentaksiran. 0 0 14 35

D4 Saya mentaksir pelajar melalui
penguasaan keseluruhan proses
dan tidak tertumpu kepada hasil
akhir.

D5 Saya membimbing pelajar
kearah penyelesaian masalah
yang menggunakan pelbagai
strategi.

Purata keseluruhan skor min dan sisihan piawai

Min Keseluruhan : 3.77

Persepsi Guru Pendidikan Islam Terhadap Pencapaian Murid

Soalan 4: Apakah tahap persepsi Guru Pendidikan Islam terhadap pencapaian murid?

Berdasarkan Jadual 4, menunjukkan bagi penyataan pertama iaitu ‘Murid dapat
menguasai objektif pembelajaran dengan mudah.”. Menunjukkan orang (3.3%)
menyatakan tidak setuju, manakala 7 orang (11.7%) menyatakan tidak pasti, 39
orang(65%) setuju dan 12 orang (20%) sangat setuju. Pada item ini mempunyai tahap
min yang tinggi iaitu 4.02 dan sisihan piawai 0.68 (M = 4.02, SP = 0.68). Manakala, pada
item kedua iaitu “Murid dapat mengaplikasikan pembelajaran dengan situasi yang
sebenar”. Menunjukkan 2 orang menyatakan tidak setuju (3.3%), 13 orang
(21.7%)mengatakan tidak pasti, 34 orang(54.7%) menyatakan setuju dan 11 orang(

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

18.3%) sangat setuju. Pada item ini skor min adalah 3.90 yang dikategorikan tinggi dan
sisihan piawai 0.73. (M = 3.90, SP = 0.73). Seterusnya, bagi item ketiga iaitu “Murid
berupaya menyelesaikan masalah dengan pemikiran kreatif dan kritis.”. Menunjukan 4
orang (6.7%) menyatakan tidak setuju , 11 orang (18.3%) memilih jawapan tidak pasti, 35
orang (58.3%) menyatakan setuju dan 10 orang (16.7%) menyatakan sangat setuju. Item
ini mempunyai nilai min 3.85 yang dikategorikan tinggi dan sisihan piawai 0.78. (M = 3.85
SP = 0.78).

Bagi item keempat iaitu “Murid dapat berfikir dengan aras tinggi setiap
pembelajaran”. menunjukan 5 orang (8.3%) menyatakan tidak setuju , 20 orang (33.3%)
memilih jawapan tidak pasti, 31 orang (51.7%) menyatakan setuju dan 4 orang (6.7%)
menyatakan sangat setuju. Pada item ini mempunyai nilai min 3.57 yang dikategorikan
tinggi dan sisihan piawai 0.74. (M = 3.57, SP = 0.74). Bagi item kelima iaitu item terakhir
dalam bahagian tersebut “Murid semakin berminat untuk meneroka pembelajaran
merentasi kurikulum.”. Menunjukan 13 orang (21.7%) menyatakan tidak pasti, 36 orang
(60%) menyatakan setuju dan 11 orang (18.3%) menyatakan sangat setuju. Pada item ini
mempunyai nilai min yang tinggi iaitu 3.97 dan sisihan piawai 0.64. (M = 3.97, SP = 0.64).
Secara keseluruhannya, Jadual 4 menunjukkan purata keseluruhan skor min persepsi
guru pendidikan islam terhadap pencapaian murid adalah tinggi iaitu 3.86 dan sisihan
piawai sebanyak 0.46. Item E1 mempunyai skor min paling tinggi iaitu 4.02 dan sisihan
piawai 0.68 di mana guru-guru Pendidikan Islam bersetuju bahawa murid dapat
menguasai objektif pembelajaran dengan mudah setelah pengaplikasian KBAT. Diikuti
dengan item E5 di mana guru bersetuju bahawa murid semakin berminat untuk meneroka
pembelajaran merentasi kurikulum. Item E4 pula adalah yang paling rendah iaitu 3.57. ini
menunjukkan bukan semua guru berpendapat murid dapat berfikir aras tinggi setiap
pembelajaran.

Jadual 4
Tahap persepsi guru pendidikan Islam terhadap pencapaian murid (N=60)

No Item Skor Frekuensi Skor Sisihan Tahap
STS TS TP S Min Piawai
SS Tinggi
E1 Murid dapat menguasai objektif 12 4.02 0.68 Tinggi
11
pembelajaran dengan mudah. 0 2 7 39 3.90 0.73
0 2 13 34 10
E2 Murid dapat mengaplikasikan
0 4 11 35 4
pembelajaran dengan situasi 11
0 5 20 31
yang sebenar. 0 0 13 36

E3 Murid berupaya menyelesaikan

masalah dengan pemikiran 3.85 0.78 Tinggi

kreatif dan kritis.

E4 Murid dapat berfikir dengan

aras tinggi setiap pembelajaran. 3.57 0.76 Tinggi
3.97 0.64 Tinggi
E5 Murid semakin berminat untuk 3.86 0.46 Tinggi

meneroka pembelajaran

merentasi kurikulum.

Purata keseluruhan skor min dan sisihan piawai

Min Keseluruhan : 3.86

Hubungan Tahap Pengaplikasian KBAT Guru Pendidikan Islam Dari Aspek
Kurikulum, Pedagogi dan Pentaksiran Yahap Persepsi Guru Pendidikan Islam
Terhadap Pencapaian Murid

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Soalan 5: Adakah terdapat hubungan antara tahap pengaplikasian KBAT Guru
Pendidikan Islam dari aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran dan tahap persepsi
Guru Pendidikan Islam terhadap pencapaian murid?

Dari paparan hasil di Jadual 5 tersebut kelihatan pekali korelasi bagi dapatan analisis
Jadual 5 menunjukkan terdapat hubungan positif yang tinggi (r = .619) dan signifikan pada
aras keertian (p<.01) antara pengaplikasian KBAT dari aspek kurikulum dan persepsi
guru terhadap pencapaian murid. Ini bermakna guru yang mengamalkan KBAT dalam
kurikulum dapat meningkatkan prestasi murid dalam pencapaian akademik. Jadual 6 pula
menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana (r = .524) dan signifikan pada
aras keertian (p<.01) antara pengaplikasian KBAT dari aspek pedagogi dan persepsi guru
terhadap pencapaian murid. Ini bermakna guru yang mempunyai pengaplikasian KBAT
dalam pedagogi cenderung kepada peningkatan prestasi murid. Jadual 5 menunjukkan
terdapat hubungan positif yang sederhana (r =.527) dan signifikan pada aras keertian
(p<.01) antara pengaplikasian KBAT dari aspek pentaksiran dan persepsi guru terhadap
pencapaian murid. Ini bermakna guru Pendidikan Islam yang mengaplikasikan KBAT
dalam pentaksiran akan mendorong kepada peningkatan prestasi murid.

Jadual 5
Analisis korelasi Antara pengaplikasian KBAT dari aspek kurikulum dan persepsi guru terhadap pencapaian
murid.

Correlations

KURIKULUM PERSEPSI
.619**
KURIKULUM Pearson Correlation 1 .000
60
Sig. (1-tailed) 1

PERSEPSI N 60 60
Pearson Correlation .619**

Sig. (1-tailed) .000

N 60

** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 6
Analisis korelasi Antara pengaplikasian KBAT dari aspek pedagogi dan persepsi guru terhadap pencapaian
murid.

Correlations

PERSEPSI Pearson Correlation PEDAGOGI PERSEPSI
PEDAGOGI Sig. (1-tailed) 1 .524**
N .000
60 60
Pearson Correlation .524** 1
Sig. (1-tailed)
N .000 60
60

Jadual 7
Analisis korelasi Antara pengaplikasian KBAT dari aspek pentaksiran dan persepsi guru terhadap pencapaian
murid.

PENTAKSIRAN PERSEPSI

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

PERSEPSI Pearson Correlation 1 .527**
.000
Sig. (1-tailed) 60
1
PENTAKSIRAN N 60
Pearson Correlation .527** 60

Sig. (1-tailed) .000

N 60

** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi

Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam
sekolah rendah daerah Bandar Tawau telah mengaplikasikan KBAT di dalam PdPC
Pendidikan Islam dengan kerap. Pengaplikasian KBAT dilihat dapat mempelbagaikan
aktiviti semasa pembelajaran, merupakan pendekatan baru yang positif di dalam
pengajaran bahkan ianya dilihat dapat meningkatkan pemahaman murid di dalam PdPC
Pendidikan Islam. Kajian ini juga menunjukkan hubungan tahap pengaplikasian dan
persepsi guru terhadap pencapaian murid adalah menunjukkan korelasi yang sederhana.
Makan, ini menyimpulkan bahawa pengaplikasian KBAT dapat memberi kesan kepada
peningkatan prestasi murid. Guru pendidikan Islam memainkan peranan penting dalam
penguasaan dan pelaksanaan silibus Pendidikan Islam secara menyeluruh. Oleh itu,
sebelum murid menguasai ilmu, guru perlu terlebih dahulu mempunyai pelaksanaan yang
mantap terhadap sukatan pelajaran kerana ia memberi gambaran secara menyeluruh
tentang kurikulum. Guru perlu menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan bagi memastikan kemahiran berfikir diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan alat-alat berfikir dapat menyokong proses pembentukan
KBAT dan membantu pelajar berfikir dengan lebih tersusun, sistematik dan berfokus.
Malah, melalui pentaksiran, guru dapat menilai keberkesanan, menambah baik dan
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Hasil analisis dapatan kajian menunjukkan guru perlu bijak menggunakan
pelbagai aktiviti yang boleh disesuaikan dengan semua gaya pembelajaran pelajar dalam
proses PdPC khususnya pengajaran kemahiran berfikir. Teknik yang dapat
menggalakkan pelajar berfikir aras tinggi seperti pembelajaran konstruktivisme,
konstektual, berasaskan projek, inkuiri dan kajian masa depan harap dapat
menambahkan kemahiran menerapkan KBAT melalui kursus-kursus pedagogi yang
berkaitan dengan KBAT.Kajian penyelidik adalah berfokus kepada pengaplikasian KBAT
dan persepsi guru Pendidikan Islam terhadap murid serta hubungan kedua-dua
pembolehubah tersebut. Maka kepada penyelidik lain yang berminat dalam bidang kajian
ini boleh menjalankan kajian seperti melihat tahap pengetahuan dan pengaplikasian
KBAT dalam kalangan guru. Malah, penyelidik lain boleh melihat perbezaan pengetahuan
dan pengaplikasian mengikut faktor demografi seperti jantina,gred jawatan , pengalaman
mengajar dan sebagainya. Oleh kerana kajian penyelidik hanya tertumpu kepada guru
Pendidikan Islam di bandar Tawau sahaja, maka penyelidik lain juga boleh meluaskan
bilangan populasi kajian kepada peringkat negeri bagi membandingbezakan tahap
pengaplikasian KBAT dalam kalangan guru mengikut negeri.

Selain itu,Kajian ini hanya melibatkan guru sahaja sebagai sampel dan jika
penglibatan murid sebagai sampel akan menunjukkan hasil dapatan kajian yang lebih
menarik. Sekaligus dapat mengenal pasti kecenderungan kedua-dua golongan ini
terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Kajian akan lebih menarik juga jika dibuat perbandingan di antara sekolah menengah dan
rendah. Corak pengaplikasian KBAT mungkin berbeza antara murid sekolah menengah
dengan sekolah rendah begitu juga dengan murid. Dapatan ini akan menunjukkan minat
serta aktiviti yang mungkin sama atau berbeza. Kajian yang melibatkan perbandingan
kategori sekolah bandar dan luar bandar turut akan menunjukkan corak atau pola
penggunaan yang menarik. Dapatan kajian ini membuktikan pengaplikasian Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi(KBAT) dan meningkatkan prestasi pencapaian murid. Konsep subjek
Pendidikan Islam amnya sesuatu yang abstrak untuk difahami sekalipun ia merangkumi
kehidupan dan aktiviti harian kita. Murid memerlukan kaedah pembelajaran dan bahan
bantu mengajar yang sesuai untuk mendalami dan menghayati pengetahuan Pendidikan
Islam mereka. Dalam menjana pembelajaran berkesan dan bermakna guru perlu peka
terhadap cara penyampaian dan kaedah pembelajaran yang afektif untuk murid.

Dalam mencapai matlamat negara untuk menjadikan Malaysia pada tangga satu
pertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa (PPPM, 2012-2025), murid perlu
menguasai Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi dan mampu menjawab soalan-soalan aras
tinggi. Berfikir pada aras tinggi memerlukan murid bukan setakat menguasai kandungan
dalam buku Sains bahkan dapat mengaplikasikan pengetahuan Sains mereka dalam
situasi yang baru serta dalam diamalkan dalam kehidupan seharian. Kemahiran Berfikiran
Aras Tinggi dapat membantu seseorang itu membuat keputusan, menyelesaikan
masalah, mendapat idea-idea baru, meringankan atau mengurangkan beban kerja,
mengurangkan pembaziran masa dan menjadikan kehidupan lebih bermakna.
Berdasarkan analisis item dalam jadual 4.14, hasil dapatan menunjukkan sederhana
dalam item E4. Sedangkan keupayaan seseorang berfikir boleh mempengaruhi cara
pembelajaran, kepantasan serta keberkesanan pembelajarannya (Yee Mei Hong, 2007).
Maka dengan itu, pemikiran aras tinggi boleh ditingkatkan dengan cara membimbing
murid menganalisis, menilai fakta dan mereka atau mencipta. Pertanyaan mengenai
kebenaran atau kesahihan fakta atau konsep Pendidikan Islam yang diajukan oleh para
murid adalah satu pendekatan ke arah pemikiran aras tinggi kerana untuk menjelaskan
tentang sesuatu kebenaran.

Phillips (1996), menyatakan berfikiran aras tinggi menggabungkan dua perkara
iaitu kebolehan atau skill dan minat. Kebolehan dikaitkan dengan aspek kognitif manakala
minat pula dikaitkan dengan aspek keberkesanan. Minat yang mendalam terhadap
Pendidikan Islam akan menjadi dorongan untuk menguasai dan memahami konsep-
konsep Sains. Oleh yang demikian, guru perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan dapat menarik minat murid. Guru perlu mempelbagaikan bahan bantu
mengajar, peka terhadap kaedah atau strategi yang sesuai bagi topik-topik tertentu dan
memastikan keberkesanan Pengajaran dan pembelajaran adalah menyeluruh dan tidak
kepada sesetengah golongan murid sahaja. Bagi menjayakan negara untuk
membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad ke-21, guru sebagai
pendokong kepada pembentukan masyarakat yang berpemikiran aras tinggi perlu
menguasai KBAT. Amalan pengajaran guru perlu memberikan fokus kepada tindakan
menerapkan kemahiran berfikir dalam pembelajaran dan pemudahcaraan bagi
membangunkan kemahiran berfikir dan pencapaian akademik pelajar.

Perubahan kurikulum dalam skala besar amat sukar untuk dijalankan apatah lagi
kurikulum sedia ada yang mengutamakan peperiksaan semata-mata sudah digunapakai
sejak sekian lama. Guru perlu diberi panduan dan ruang untuk berubah secara perlahan-
perlahan dan akhirnya dapat mengintegrasikan KBAT sepenuhnya dalam bilik darjah.
Pendedahan guru dalam kursus KBAT memberi kesan yang mendalam terhadap tahap

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

pengaplikasian guru dalam proses PdPC serta tahap pencapaian pelajar. Maka, latihan
dan kursus wajar dilaksanakan secara berterusan agar guru sentiasa peka dengan
sebarang perubahan dan penambahbaikan dalam pelaksanaan KBAT di sekolah.

Rujukan

Abdul Aziz bin Abdul Ghani. (2009). Keberkesanan Penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam.OUM

Aminuddin Mansor. (2010). Persepsi pelajar terhadap keberkesanan ICT dalam
Pendidikan Syariah Islamiyyah di SMKA Pedas Negeri Sembilan. Universiti
Kebangsaan Malaysia

Aluyah binti Suhai.(2011). Keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran Al Quran di SK. Abang Haji Matahir Sarikei.OUM

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan
(2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Azhar & Nurul Huda. (2015). Aplikasi Ict Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Semasa
Latihan Mengajar. Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8
International Conference on Information Technology & Society 8-9 June 2015,
Kuala Lumpur, Malaysia

Badrul Hisham, Ahmad Rizal & Kamarul Azman. (2013). Penggunaan Virtual Learning
Environment (VLE) oleh guru-guru di sekolah rendah. Jurnal Bahagian Teknologi
Pendidikan, 2013

Chew bee gek (2017). Pengetahuan Dan Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Dalam Kalangan Guru Teknik Dan Vokasional. Jurnal pendidikan UTHM. Fakulti
Pendidikan Teknikal Dan Vokasional 2017.

Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences, 2nd ed. Hillsdale,
NJ:
Erlbaum.

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Abdul Halim Tamuri dan Mohd Izham Mohd
Hamzah.
(2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru
cemerlang pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic
and Arabic Education. 3(1): 59-74.

Mohd Izham Mohd Hamzah dan Noraini Attan. (2007). Tahap kesediaan guru Sains dalam
penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Jurnal Teknologi. 46(E): 45-60.

Pisapa, J. 1994. In Williams, D.M. (2000). Integrating Technology Into Teaching and
Learning. Singapore: Prentice Hall.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Ramlee Ismail, Jamal@ Nordin Yunus & Hariri Kamis. (2011). Analisa Data Dan
Pentafsiran dengan menggunakan SPSS. Kuala Lumpur: Titisan Ilham Sdn. Bhd.

Rosenberg, J.M., (2001). E-learning: Strategies For Delevering Knowledge In The Digital
Age. U.S.A: McGraw-Hill.

Uminur Atikah Ramli (2016). Persepsi Guru Matematik Terhadap Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM PEMBELAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH
DAERAH TAWAU
¹Anas Fahmi Zulkefli & ²Ismail Husin (Ph.D)
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah

[email protected] & [email protected]

Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran insaniah
dan hubungannya dengan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC)
Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah daerah Tawau. Satu set
instrumen soal selidik yang mengandungi 23 item telah diedarkan kepada

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

responden. Seramai 33 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal
selidik ini yang terdiri daripada murid tahun 6. Data yang diperolehi dianalisis
dengan menggunakan perisian komputer Statical Packages for Social
Sciences (SPSS) Versi 23.0 yang dianalisis secara deskriptip bagi
mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Ujian T-Test juga telah
dijalankan bagi mengetahui tahap komunikasi antara gender. Nilai
kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α= 0.833. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa murid tahun 6 di sekolah-sekolah rendah daerah Tawau mempunyai
tahap kemahiran insaniah dalam aspek komunikasi, kerja berpasukan dan
penyelesaian masalah dalam PdPC Pendidikan Islam yang sederhana.
Manakala, nilai T-Test menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara tahap
komunikasi pelajar lelaki dan perempuan dalam PdPC Pendidikan Islam. Oleh
itu, beberapa cadangan telah dibuat bagi pihak yang berkenaan supaya dapat
mengambil tindakan untuk meningkatkan keberkesanan PdPC dengan
menggalakkan pembinaan kemahiran insaniah dalam diri pelajar supa - ya
dapat berdaya saing kelak pada masa hadapan.

Kata kunci : kemahiran insaniah, komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian
masalah

Pengenalan

Islam menyeru umatnya supaya mengimbangi antara kehidupan duniawi dan ukhrawi.
Perkara berkaitan duniawi seperti kemahiran dalam hal ehwal berkaitan kemajuan,
pembinaan tamadun dan seumpamanya perlu dimiliki oleh umat Islam supaya mereka
menjadi umat yang maju dan disegani oleh masyarakat bukan Islam. Umat Islam juga
diseru supaya memperkukuhkan ilmu wahyu dan kerohanian sepertimana dituntut oleh
Allah dan Rasulullah SAW. Ilmu pengetahuan adalah asas kepada pembentukan peribadi
dan tamadun manusia. Masyarakat bertamadun dan maju terdiri daripada individu-
individu yang memiliki pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Islam adalah agama yang
prihatin terhadap ilmu pengetahuan dan menggalakkan umatnya mempelajari pelbagai
ilmu pengetahuan sama ada ilmu duniawi atau ukhrawi. Tugas utama sebuah sekolah
ataupun institut pengajian tinggi (IPT) adalah melahirkan bakal graduan yang cemerlang
akademiknya dan dilengkapi ciri-ciri kemahiran insaniah yang diperlukan oleh negara
(Basri et al.,2012).

Bagi murid yang mengikuti kelas pendidikan Islam di sekolah, sudah maklum
bahawa prinsip asas kejayaan seseorang muslim bukan sahaja mempunyai ilmu yang
tinggi, namun penerapan kemahiran serta nilai-nilai murni menjadi pelengkap kejayaan di
dunia. Kejayaan pelajar dinilai bukan sahaja daripada aspek akademik atau kognitif
semata-mata. Namun kemahiran insaniah pelajar Islam di sekolah juga dikenal pasti oleh
pihak pendidik supaya pelajar mempunyai suatu nilai tambah untuk tujuan mengharungi
cabaran semasa.

Pernyataan Masalah

Era globalisasi telah mengubah hala tuju pendidikan negara daripada hanya
bertunjangkan akademik kepada penerapan kemahiran sosial dalam diri setiap pelajar.
Oleh yang demikian, pembangunan modal insan yang berkemahiran, berkualiti dan
berketerampilan merupakan elemen yang terpenting untuk masa depan yang cemerlang.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Penguasaan akademik merupakan tiang seri. Namun tiang ini akan lebih teguh jika
dipasak bersama kemahiran insaniah yang bakal melahirkan modal insan yang berkualiti.

Pengangguran di kalangan siswazah terutamanya dari Institusi Pendidikan Tinggi
Awam (IPTA) bukanlah satu isu yang baru. Antara faktor berlakunya pengangguran di
kalangan graduan institusi pengajian tinggi adalah kurangnya penguasaan kemahiran
insaniah sejak dari peringkat rendah (Mohd Zaki Kamsah, 2004 dan Hasliza Hassan,
2002). Aspek pegetahuan dan kemahiran insaniah dilihat bukan sahaja membantu pelajar
diperingkat pendidikan rendah dan tinggi sahaja, ia juga sebuah nilai tambah yang bakal
memberi tempat kepada pelajar ketika bekerja nanti.

Objektif dan Soalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan:
1. Tahap kemahiran komunikasi dalam kemahiran insaniah pelajar Islam tahun 6 di
sekolah daerah Tawau.
2. Tahap kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dalam kemahiran insaniah
pelajar Islam tahun 6 di sekolah daerah Tawau.
3. Tahap kemahiran kerja berpasukan dalam kemahiran insaniah pelajar Islam tahun
6 di sekolah daerah Tawau.
4. Perbezaan tahap kemahiran komunikasi dalam kemahiran insaniah pelajar tahun
6 di sekolah daerah Tawau lelaki dan perempuan

Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan
berikut:

6. Apakah tahap kemahiran komunikasi dalam kemahiran insaniah pelajar Islam
tahun 6 di sekolah daerah Tawau?

7. Apakah tahap kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dalam kemahiran
insaniah pelajar Islam tahun 6 di sekolah daerah Tawau?

8. Apakah tahap kemahiran kerja berpasukan dalam kemahiran insaniah pelajar
Islam tahun 6 di sekolah daerah Tawau?

9. Adakah terdapat perbezaan tahap kemahiran komunikasi dalam kemahiran
insaniah pelajar tahun 6 di sekolah daerah Tawau lelaki dan perempuan?

Hipotesis
Kajian ini dilakukan bagi tujuan untuk melihat sejauh mana perbezaan signifikan secara
statistik terhadap tahap kemahiran komunikasi antara jantina lelaki dan perempuan
sebelum melangkah ke sekolah menengah.

H0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran komunikasi pelajar lelaki
dan perempuan dalam kemahiran insaniah pelajar Islam tahun 6 di sekolah daerah
Tawau.

Metodologi

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Menurut Creswell (2005) reka bentuk
kajian tinjauan adalah prosedur dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif yang mana
pengkaji menjalankan satu tinjauan terhadap sampel atau keseluruhan populasi. Kajian
ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik melibatkan 33
pelajar tahun 6 yang mengambil subjek pendidikan Islam di sekolah rendah sekitar daerah
Tawau. Pemilihan responden yang terlibat bagi kaedah bersemuka adalah secara rawak
dan pengkaji mengedarkan borang soal selidik ini di sekolah-sekolah sekitar daerah
Tawau, Sabah yang dipilih melalui kaedah ‘cabut undi’.

Bagi mendapatkan kebolehpercayaan bagi kajian ini, kajian rintis telah
dilaksanakan. Nilai Alpha Cronbach’s (α) yang boleh diterima kebolehpercayaannya ialah
di antara 0.71 – 0.99 di mana ianya berada pada tahap yang terbaik (71% - 99%) (Bond
& Fox 2007). Kajian rintis dijalankan terlebih dahulu untuk memastikan item soalan yang
dibina akan memiliki kebolehpercayaan yang tinggi dalam kajian yang akan dijalankan.
Dalam kajian rintis ini, pengkaji memilih sekolah rendah zon Balung di daerah Tawau,
Sabah kerana semua kriteria pelajar adalah wujud untuk mewakili kategori masing-
masing. Ini akan memberi penjelasan yang lebih kepada pengkaji berkenaan aspek
kemahiran insaniah seperti kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran
berkomunikasi dan kemahiran berfikir kritis dalam pembelajaran mereka.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan data primer (primary) sebagai data
kuantitatif, iaitu data-data yang di kumpul melalui soal selidik. Penganalisisan data kajian
ini telah menggunakan analisis deskriptif. Data yang dikumpulkan melalui set soal selidik
diproses dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi
23.0 untuk mendapatkan keputusan yang jitu daripada data yang diperoleh.

Dapatan Kajian

Demografi

Jadual 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina dalam kalangan pelajar
tahun 6 di sekolah-sekolah daerah Tawau. Kajian ini telah mengumpulkan 33 responden
terlibat yang terdiri daripada 14 orang lelaki (42.4 %) dan 19 orang perempuan (57.6 %).
Kesemua responden berumur 12 tahun dan bersekolah pada tahun 6 di sekolah masing-
masing. Majoriti responden adalah responden perempuan seramai 19 orang berbanding
responden lelaki yang hanya 14 orang sahaja. Perbezaan ini tidak terlalu ketara, namun
ia merupakan fenomena biasa yang berlaku di sekolah kebangsaan kini di mana
kebanyakan penuntutnya adalah pelajar perempuan.

Jadual 1
Demografi

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Jantina Kekerapan (f) Peratus (%)
Lelaki 14 42.4
Perempuan 19 57.6
Jumlah 33 100.0

Bangsa Kekerapan Peratus (%)
Melayu 28 84.8
Lain-Lain 5 15.2
Jumlah 33 100.0

Sekolah Kekerapan Peratus (%)
Bandar 23 69.7
Luar Bandar 10 30.3
Jumlah 33 100.0

Tahap Penguasaan Kemahiran Komunikasi Dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan Pendidikan Islam

Soalan 1 : Apakah aspek komunikasi dalam kemahiran insaniah pelajar Islam tahun 6 di
sekolah daerah Tawau?

Berdasarkan kepada Jadual 2 di bawah, dapatan kajian pada item 1 mampu menyuarakan
idea dengan jelas secara lisan dalam subjek Pendidikan Islam (PI). menunjukkan 9.1
peratus (3 orang) dan 60.6 peratus (20 orang) responden menyatakan sangat setuju dan
setuju mengenai murid mampu menyuarakan idea dengan jelas secara lisan dalam subjek
Pendidikan Islam (PI). Manakala selebihnya 21.2 peratus (7 orang) menyatakan tidak
pasti dan 9.1 peratus (3 orang) menyatakan tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga
menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap tinggi (M = 3.70 SP = 0.77). Selain itu,
bagi item 2 mampu menyuarakan idea dengan jelas secara bertulis dalam subjek
Pendidikan Islam (PI), menunjukkan 33.3 peratus (11 orang) sangat setuju. Manakala
30.3 peratus (10 orang) setuju, 30.3 peratus (10 orang) tidak pasti dan 6.1 peratus (1
orang) tidak setuju dengan pernyataan ini dengan skor min dan sisihan piawai juga
menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap yang tinggi (M = 3.90 SP = 0.95).
Seterusnya bagi item 3 berupaya membuatkan pendengar memahami apa yang saya
sampaikan menunjukkan 33.3 peratus (11 orang) sangat setuju, 27.3 peratus (9 orang)
setuju manakala 33.3 peratus (11 orang) tidak pasti, 3.0 (1 orang) tidak setuju dan 3.0
peratus (1 orang) sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan
tahap kemahiran murid pada tahap tinggi (M = 3.85 SP = 1.03).

Bagi item 4 berkebolehan untuk membuat pembentangan di khalayak ramai pula
menunjukkan keputusan 12.1 peratus (4 orang) sangat setuju, 18.2 peratus (6 orang)
setuju, 42.4 peratus (14 orang) tidak pasti, 6.1 peratus (2 orang) tidak setuju dan 9.1
peratus (3 orang) sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan
tahap kemahiran murid pada tahap sederhana (M = 3.06 SP = 1.12). Untuk item 5 iaitu
tidak gugup ketika membuat pembentangan mengikut kesesuaian kumpulan sasaran
menunjukkan 9.1 peratus (3 orang) sangat setuju. Manakala 33.3 peratus (11 orang)

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

setuju, 18.2 peratus (6 orang) tidak pasti, 6.1 peratus (2 orang) tidak setuju dan 21.2
peratus (7 orang) sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan
tahap kemahiran murid pada tahap sederhana (M = 3.27 SP = 1.44).

Jadual 2
Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai Tahap Kemahiran Berkomunikasi dalam PdPC Pendidikan
Islam

Tahap Kemahiran Berkomunikasi Dalam Kekerapan Jumlah

PdPC Pendidikan Islam (Peratus)

Item Perkara STS TS TP S SS M SP

1. Mampu menyuarakan idea dengan 3 7 20 3 3.70 0.77
jelas secara lisan dalam subjek 0.95
Pendidikan Islam (PI). 9.1 21.2 60.6 9.1 1.03
1.12
2. Mampu menyuarakan idea dengan 2 10 10 11 3.90
jelas secara bertulis dalam subjek
Pendidikan Islam (PI). 6.1 30.3 30.3 33.3

3. Berupaya membuatkan pendengar 1 1 11 9 11 3.85
memahami apa yang saya
sampaikan 3.0 3.0 33.3 27.3 33.3

4. Berkebolehan untuk membuat 3 6 14 6 4 3.06
pembentangan di khalayak ramai
9.2 18.2 42.4 18.2 12.1

5. Tidak gugup ketika membuat 7 2 6 11 7 3.27 1.44

pembentangan mengikut kesesuaian 21.2 6.1 18.2 33.3 21.2
kumpulan sasaran.

Min Keseluruhan : 3.56 (sederhana)

Perbincangan kajian ini menunjukkan tiga daripada lima item yang dinilai pada tahap
tertinggi ialah item pertama ‘mampu menyuarakan idea dengan jelas secara lisan dalam
subjek Pendidikan Islam (PI)’ (min= 3.70), item kedua ‘mampu menyuarakan idea dengan
jelas secara bertulis dalam subjek Pendidikan Islam (PI)’ (min= 3.90) dan item ketiga
‘berupaya membuatkan pendengar memahami apa yang saya sampaikan’ (min= 3.85).
Murid bersetuju bahawa mereka mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi dalam
subjek Pendidikan Islam dengan baik dan membantu proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, pada item keempat
kemahiran berkomunikasi responden dinilai pada tahap sederhana ‘tidak gugup ketika
membuat pembentangan mengikut kesesuaian kumpulan sasaran’ (min= 3.27) dan item
5 ‘berkebolehan untuk membuat pembentangan di khalayak ramai’ (min= 3.06) yang
menunjukkan bahawa murid kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi ketika di depan
khalayak ramai. Sehubungan dengan itu, kajian ini tidak selari dengan kajian yang
dilaksanakan oleh Ahmad Esa et al. (2004), dapatan kajiannya mendapati semua item
bagi penguasaan kemahiran komunikasi pelajar di UniKL berada pada tahap yang tinggi
(min= 4.17).

Tahap Penguasaan Kemahiran Penyelesaian Masalah Dalam Pembelajaran
dan Pemudahcaraan Pendidikan Islam

Soalan 2: Apakah aspek menyelesaikan masalah secara kritis dalam kemahiran insaniah
pelajar Islam tahun 6 di sekolah-sekolah rendah daerah Tawau?

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kemahiran menyelesaikan
masalah secara kritis, bagi item 6, pelajar mampu memahami masalah yang terjadi
menunjukkan 9.1 peratus (3 orang) sangat setuju, 42.4 peratus (14 orang) setuju dan 30.3
peratus (10 orang) tidak pasti. Terdapat 3 orang yang memilih skala tidak setuju dan
sangat tidak setuju bagi setiap satu skala iaitu sebanyak 9.1 peratus. Skor min dan sisihan
piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap sederhana (M = 3.33 SP =
1.08). Seterusnya bagi item 7, yakin untuk mengatasi semua masalah menunjukkan 18.2
peratus (6 orang) sangat setuju, manakala 30.3 peratus (10 orang) setuju, 30.3 peratus
(10 orang) tidak pasti, 15.2 peratus (5 orang) tidak setuju dan 6.1 peratus (2 orang) sangat
tidak setuju dengan pernyataan ini dengan skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan
tahap kemahiran murid pada tahap sederhana (M = 3.40 SP = 1.14). Bagi item 8, dapat
mengenal pasti keperluan untuk membuat keputusan menunjukkan 12.1 peratus (4 orang)
sangat setuju, 42.4 peratus (14 orang) setuju, 42.4 peratus (14 orang) tidak pasti dan 3.0
peratus (1 orang) tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap
kemahiran murid pada tahap sederhana (M = 3.64 SP = 0.74).

Selain itu, item 9, pelajar dapat berfikir secara kritis dalam menyelesaikan
masalah menunjukkan 12.1 peratus (4 orang) sangat setuju, 45.5 peratus (15 orang)
setuju, 33.3 peratus (11 orang) tidak pasti 6.1 peratus (2 orang) dan 3.0 peratus (1 orang)
sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemahiran
murid pada tahap sederhana (M = 3.58 SP = 0.90). Pada item 10, pelajar dapat
menyenaraikan penyelesaian alternatif terhadap permasalahan yang di hadapi
menunjukkan 18.2 peratus (6 orang) sangat setuju, 39.4 peratus (13 orang) setuju, 30.3
peratus (10 orang) tidak pasti, 9.1 peratus (3 orang) tidak setuju dan 3.0 peratus (1 orang)
sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemahiran
murid pada tahap sederhana (M = 3.60 SP = 1.00). Bagi item 11: pelajar boleh memilih
penyelesaian alternatif terbaik menunjukkan 15.2 peratus (5 orang) sangat setuju, 36.4
peratus (12 orang) setuju, 30.3 peratus (10 orang) tidak pasti dan 18.2 peratus (6 orang).
Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap
sederhana (M = 3.48 SP = 0.97). Bagi item 12: mampu menilai penyelesaian yang telah
dibuat menunjukkan 12.1 peratus (4 orang) sangat setuju, 33.3 peratus (11 orang) setuju,
33.3 peratus (11 orang) tidak pasti, 9.1 peratus (3 orang) tidak setuju dan 12.1 peratus (4
orang) sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap
kemahiran murid pada tahap sederhana (M = 3.24 SP = 1.17).

Di samping itu, item 13, pelajar berani untuk bertanggungjawab di atas
keputusan yang telah dibuat menunjukkan 18.2 peratus (6 orang) sangat setuju, 39.4
peratus (13 orang) setuju, 30.3 peratus (10 orang) tidak pasti, 9.1 peratus (3 orang) tidak
setuju dan 3.0 peratus (1 orang) sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga
menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap sederhana (M = 3.60 SP = 1.00). Bagi
item yang 14: pelajar boleh membuat keputusan yang tidak mengikut emosi menunjukkan
12.1 peratus (4 orang) sangat setuju, 39.4 peratus (13 orang) setuju, 30.3 peratus (10
orang) tidak pasti, 15.2 peratus (5 orang) tidak setuju dan 3.0 peratus (1 orang) sangat
tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada
tahap sederhana (M = 3.42 SP = 1.00).

Jadual 3

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai tahap kemahiran penyelesaian masalah dalam pembelajaran
dan pemudahcaraan Pendidikan Islam

Tahap Kemahiran Berkomunikasi Dalam Kekerapan Jumlah

PdPC Pendidikan Islam (Peratus)

Item Perkara STS TS TP S SS M SP
1.08
6. Mampu memahami masalah yang 3 3 10 14 3 3.33 1.14
9.1 0.74
terjadi 9.1 9.1 30.3 42.4 6 3.39 0.90
18.2 1.00
7. Yakin untuk mengatasi semua 2 5 10 10 4 3.63
12.1
masalah 6.1 15.2 30.3 30.3 4 3.58
12.1
8. Dapat mengenal pasti keperluan 1 14 14 6 3.60
18.2
untuk membuat keputusan 3.0 42.4 42.4

9. Dapat berfikir secara kritis dalam 1 2 11 15

menyelesaikan masalah 3.0 6.1 33.3 45.5

10. Dapat menyenaraikan penyelesaian 1 3 10 13

alternatif terhadap permasalahan 3.0 9.1 30.3 39.4

yang di hadapi

11. Boleh memilih penyelesaian alternatif 6 10 12 5 3.48 0.97
15.2 1.17
terbaik 18.2 30.3 36.4 1.00
4 3.24 1.00
12. Mampu menilai penyelesaian yang 4 3 11 11 12.1
telah dibuat 12.1 9.1 33.3 33.3
6 3.60
13. Berani untuk bertanggungjawab di 1 3 10 13 18.2
atas keputusan yang telah dibuat 3.0 9.1 30.3 39.4
4 3.42
14. Boleh membuat keputusan yang tidak 1 5 10 13 12.1

mengikut emosi 3.0 15.2 30.3 39.4

Min Keseluruhan : 3.47

Perbincangan kedua ialah analisis tahap penguasaan kemahiran penyelesaian
masalah dalam PdPC Pendidikan Islam. Berdasarkan Jadual 11 di bawah, didapati tiga
daripada lima item kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis yang berada pada
tahap tertinggi ialah ‘memikirkan cara untuk melaksanakan keputusan yang dibuat’, (min=
4.30) ‘mengenal pasti keperluan untuk membuat keputusan’, (min= 4.24) dan ‘membuat
penilaian untuk menyelesaikan masalah’ (min= 4.23) dinilai pada tahap tertinggi oleh
responden. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Kamarul Azmi Jasmi (2010) bahawa
pengaplikasian kemahiran menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran pendidikan
Islam di kalangan pelajar sekolah menengah di pada berada pada tahap tinggi dengan
purata min (4.43). Namun begitu, dapatan kajian ini menunjukkan murid mempunyai
masalah dan berada pada tahap sederhana dalam menganalisis dan memahami masalah
yang terjadi.

Kesimpulannya, tahap kemahiran pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah
dalam PdPC Pendidikan Islam ialah sederhana. Kesemua item yang dianalisis
menunjukkan tahap sederhana iaitu min di antara 3.24 – 3.67. Ini menunjukkan bahawa
penerapan kemahiran penyelesaian masalah sememangnya berlaku dalam amalan
pembelajaran pendidikan Islam namun beberapa penambahbaikan perlu dilakukan
seperti interaksi pelajar sesama pelajar ketika pelaksanaan proses set induksi,
pengendalian sesi perbincangan dalam kalangan pelajar dan guru menerusi penetapan
objektif yang melihat penguasaan pelajar menerusi pemikiran kritis ini dapat dicapai
seiring seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Tahap Penguasaan Kemahiran Kerja Berpasukan Dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan Pendidikan Islam

Soalan 3: Apakah tahap kemahiran kerja berpasukan dalam kemahiran insaniah pelajar
Islam tahun 6 di sekolah-sekolah rendah daerah Tawau?

Berdasarkan Jadual 4, Bagi item 15: 42.4 peratus (14 orang) sangat setuju, juga 42.4
peratus (14 orang) setuju terhadap soalan berkebolehan bekerja secara efektif dengan
ahli kumpulan Pendidikan Islam (PI). Manakala 12.1 peratus (4 orang) tidak pasti dan 3.0
peratus (1 orang) tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap
kemahiran murid pada tahap tinggi (M = 4.24 SP = 0.79). Item 16: berkebolehan
menyelesaikan konflik antara ahli kumpulan menunjukkan 27.3 peratus (9 orang) sangat
setuju. Manakala setuju dan tidak pasti berkongsi peratus yang sama iaitu 33.3 peratus
(11 orang) dan 6.1 peratus (2 orang) sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga
menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap tinggi (M = 3.76 SP = 1.06). Selain itu,
item 17: membuat keputusan secara bersama dengan ahli kumpulan menunjukkan 42.2
peratus (14 orang) sangat setuju, 33.3 peratus (11 orang), 18.2 peratus (6 orang) tidak
pasti dan tidak setuju dan sangat tidak setuju sama peratusnya iaitu 3.0 peratus (1 orang).
Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap tinggi
(M = 4.09 SP = 1.01). Seterusnya bagi item 18: menunjukkan 24.2 peratus (8 orang)
sangat setuju, manakala setuju dan tidak pasti mempunyai persamaan dari segi peratusan
iaitu 36.4 peratus (12 orang) dan sangat tidak setuju untuk item boleh menerima kritikan
yang membina oleh rakan sekumpulan 3.0 peratus (1 orang). Skor min dan sisihan piawai
juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap tinggi (M = 3.79 SP = 0.93).

Bagi item 19: berkebolehan berfikir secara kritis untuk merancang strategi kerja
kumpulan, 12.1 peratus (4 orang) sangat setuju, 42.4 peratus (14 orang) setuju, 27.3
peratus (9 orang) tidak pasti, 12.1 peratus (4 orang) tidak setuju dan 6.1 peratus (2 orang).
Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap tinggi
(M = 4.33 SP = 5.25). Di samping itu, item 20: pelajar berkebolehan memahami peranan
yang dimainkan oleh ketua dan ahli kumpulan menunjukkan 24.2 peratus (8 orang) sangat
setuju, 39.4 peratus (13 orang) setuju, 21.2 peratus (7 orang) tidak pasti, 3.0 peratus (1
orang) dan 12.1 peratus (4 orang). Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap
kemahiran murid pada tahap sederhana (M = 3.60 SP = 1.25). Sebanyak 15.2 peratus (5
orang) pelajar sangat setuju bagi item 21: berkebolehan mengambil peranan bersilih ganti
antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan. Selain itu, 45.5 peratus (15 orang) setuju, 30.3
peratus (10 orang) tidak pasti, 6.1 peratus (2 orang) tidak setuju dan 3.0 peratus (1 orang).
Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap
sederhana (M = 3.64 SP = 0.93).
Bagi item 22: berkebolehan menghormati sikap dan kelakuan orang lain menunjukkan
27.3 peratus (9 orang) sangat setuju, 48.5 peratus (16 orang) setuju 21.2 peratus (7
orang) tidak pasti dan 3.0 peratus (1 orang) sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan
piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap tinggi (M = 3.97 SP = 0.88).
Item 23: pelajar berkebolehan menghormati kepercayaan orang lain menunjukkan 42.4
peratus (14 orang) sangat setuju, 39.4 peratus (13 orang) setuju, 15.2 peratus (5 orang)
tidak pasti dan 3.0 peratus (1 orang). Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap
kemahiran murid pada tahap tinggi (M = 4.18 SP = 0.92).

Jadual 4

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai tahap kemahiran kerja berpasukan dalam PdPC
Pendidikan Islam

Tahap Kemahiran Berkomunikasi Dalam Kekerapan Jumlah

PdPC Pendidikan Islam (Peratus)

Item Perkara STS TS TP S SS M SP

6. Mampu memahami masalah yang 3 3 10 14 3 3.33 1.08
terjadi 1.14
9.1 9.1 30.3 42.4 9.1 0.74
7. Yakin untuk mengatasi semua
masalah 2 5 10 10 6 3.39

8. Dapat mengenal pasti keperluan 6.1 15.2 30.3 30.3 18.2
untuk membuat keputusan
1 14 14 4 3.63

3.0 42.4 42.4 12.1

Tahap Kemahiran Kerja Berpasukan Kekerapan Jumlah
Dalam PdPCPendidikan Islam (Peratus)

Item Perkara STS TS TP S SS M SP
0.79
15. Berkebolehan bekerja secara efektif 1 4 14 14 4.24
dengan ahli kumpulan Pendidikan 3.0 12.1 42.4 42.4 1.06
Islam (PI) 1.01
9 3.76 0.93
16. Berkebolehan menyelesaikan konflik 2 11 11 27.3 5.25
33.3 33.3 14 4.09
antara ahli kumpulan 6.1 42.4 1.25

17. Membuat keputusan secara 1 1 6 11 8 3.79 0.93
bersama dengan ahli kumpulan 3.0 3.0 18.2 33.3 24.2
0.88
18. Boleh menerima kritikan yang 1 12 12 4 4.33 0.92
membina oleh rakan sekumpulan 3.0 36.4 36.4 12.1

19. Berkebolehan berfikir secara kritis 2 4 8 14 8 3.60
untuk merancang strategi kerja 6.1 12.1 24.2 42.4 24.2
kumpulan
5 3.64
20. Berkebolehan memahami peranan 4 1 7 13 15.2
yang dimainkan oleh ketua dan ahli 12.1 3.0 21.2 39.4
kumpulan 9 3.97
27.3
21. Berkebolehan mengambil peranan 1 2 10 15 14 4.18
42.4
bersilih ganti antara ketua kumpulan 3.0 6.1 30.3 45.5

dan ahli kumpulan

22. Berkebolehan menghormati sikap 1 7 16
dan kelakuan orang lain 3.0 21.2 48.5

23. Berkebolehan menghormati 1 5 13
kepercayaan orang lain 3.0 15.2 39.4

Min Keseluruhan : 3.96

Dapatan kajian ini adalah sama dengan kajian oleh pengkaji terdahulu yang mendapati
pembelajaran koperatif dapat menerapkan kemahiran kerja berpasukan kepada pelajar
(Norziha Megat Mohd Zainuddin, et al., 2006 dan Gan Teck Hock, 2001). Secara
keseluruhannya, pengkaji dapat simpulkan bahawa tahap kemahiran kerja berpasukan
dalam PdPC Pendidikan Islam berada pada tahap tinggi (m = 3.96). Terdapat 7 item
berada pada tahap tinggi dengan nilai min melebihi 3.68. Lebihan dua item berada pada
tahap sederhana min antara 3.24 – 3.67. Ini menunjukkan pelajar menguasai serta
mengaplikasikan kemahiran kerja berpasukan di dalam kelas pendidikan Islam.

Terdapat Perbezaan Signifikan Tahap Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Mengikut Gender Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Pendidikan Islam

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Soalan 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran komunikasi
pelajar lelaki dan perempuan dalam kemahiran insaniah pelajar Islam tahun 6 di sekolah
daerah Tawau.

Berdasarkan Jadual 5, didapati tidak terdapat perbezaan tahap kemahiran komunikasi
bagi pelajar lelaki dan perempuan secara signifikan (sig 2 tailed = .168, p>0.05).
Keputusan ini menerima Hº, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap
kemahiran komunikasi antara jantina.

Jadual 5
Ujian-t kemahiran berkomunikasi mengikut jantina

Levene's t-test for Equality of Means
Test for
Equality of
Variances

Komunikasi t df Sig. Mean Std. 95% Confidence
F Sig. (2 Difference Error Interval of the
tailed) Differ Difference
ence
.439 .512 -1.412 31 .168 -.37293 Lower Upper
26403 -.91143 .16556

-1.357 23.612 .188 -.37293 27476 -.94051 .19464

Dapatan ini didapati menyamai hasil kajian Syed Abdul Hakim dan Mohini (2010) dan
Guven dan Cobackor (2013) yang mendapati tiada perbezaan antara kemahiran
komunikasi pelajar lelaki dan perempuan. Dalam mengharungi kehidupan seharian,
kemahiran bahasa adalah aspek penting sebagai medium perantara (Noor Aini, Zamri &
Zahara,2012). Ini kerana, komunikasi sama ada lisan atau bukan lisan akan melibatkan
perpindahan pengetahuan, pengertian atau perasaan yang dikongsi bersama melalui
mesej yang disampaikan (Fenstermacher,2005). Dalam konteks pendidikan, guru sebagai
individu yang menyampaikan ilmu pengetahuan perlu memiliki pelbagai jenis kemahiran
meliputi kemahiran bertutur, mengawal bilik darjah, dan penggunaan komunikasi yang
berkesan dan teratur. Ini kerana, berkomunikasi di dalam bilik darjah bukan hanya
berfungsi untuk menyampaikan ilmu, tetapi membina interaksi supaya proses
PdP mencapai matlamatnya. Kualiti perkembangan sosial danpengajaran dalam
sesebuah organisasi ditentukanoleh mekanisme hubungan sosial yang dibinadalamnya
seperti penggunaan bahasa yang berkesan, proses interaksi, komunikasi terbuka dan
kemahiran lisan (Rahim, 2011)

Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi

Kesimpulannya, berdasarkan kajian ini data telah menunjukkan bahawa pelajar bagi
peringkat sekolah rendah mengaplikasikan kemahiran insaniah pada tahap yang
sederhana di sekolah. Ringkasnya, tahap kemahiran komunikasi, kemahiran
penyelesaian masalah dan kerja berpasukan masih berada pada tahap sederhana dan
masih mempunyai ruang untuk ditambahbaik dari aspek kefahaman dan
pengaplikasiannya di sekolah rendah. Di samping itu, terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap kemahiran komunikasi pelajar lelaki dan perempuan di sekolah. Ujian-T telah

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

dilaksanakan dan keputusannya membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan
kemahiran komunikasi antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki (sig 2 tailed = .168,
p>0.05). Data yang dikumpulkan melalui soal selidik menyokong kajian-kajian sebelum ini
bahawa elemen kemahiran insaniah di bilik darjah menyebabkan tahap kemahiran yang
berbeza sekiranya elemen kemahiran insaniah tidak diberi perhatian.

Kemahiran Insaniah adalah sesuatu yang amat penting bagi pelajar sebelum
mereka melangkah kaki ke alam dewasa. Pengkaji berharap impak kajian ini bakal
membuka mata seluruh lapisan masyarakat berkenaan pentingnya penerapan kemahiran
insaniah pada diri pelajar dalam bidang pendidikan pada abad ini. Individu pelajar sendiri
perlu menyediakan diri mereka dengan sikap ingin tahu dan ingin belajar kerana pada
zaman ini pelbagai maklumat boleh diperolehi di hujung jari sahaja. Dalam pada itu,
pelajar sendiri perlu memahami konsep dan matlamat pendidikan di sekolah agar mereka
mampu dibentuk menjadi pelajar yang holistik. Penguasaan pelajar pada elemen
kemahiran insaniah secara tidak langsung dapat mengimarahkan aktiviti di sekolah
terutamanya dalam bilik darjah. Kebanyakan masa diperuntukkan untuk proses
pembelajaran dan pemudahcaraan dalam kelas di sekolah. Ini dibuktikan berdasarkan
kajian Siti Marlina (2013) mengenai proses pendidikan itu dijalankan bagi peringkat
persekolahan rendah, pembentukan elemen-elemen insaniah, imaginasi, animasi, fantasi
dan muzikal adalah antara pendekatan yang bersesuaian dalam proses pengajaran yang
berkesan bagi kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun. Maka menjadi keperluan
keseimbangan ini dipraktikkan dalam setiap diri pelajar dan ini menjadi keperluan untuk
dilaksanakan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam dalam bilik
darjah.

Kajian yang dijalankan ini mengisyaratkan bahawa pembinaan kemahiran
insaniah telah dilaksanakan oleh guru Pendidikan Islam dalam pengajaran mereka
kepada pelajar tetapi tidak secara menyeluruh. Guru Pendidikan Islam dilihat
melaksanakan pembelajaran tersebut dalam bidang Akidah dan Ibadat sahaja. Kajian ini
dapat memberi cadangan kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk merangka dan menganjur program atau latihan dalam
perkhidmatan yang memfokuskan pendekatan berpusatkan murid yang menekankan
kemahiran insaniah khasnya kemahiran komunikasi yang merupakan asas dan
permulaan bagi penguasaan pelajar terhdap kemahiran insaniah. Pembelajaran
berpusatkan pelajar merupakan suatu pendekatan yang mengambil kira kepentingan
kemahiran dan membiarkan pelajar bebas dalam proses pembelajaran, membentangkan
mereka dengan pelbagai peluang belajar dalam kadar sendiri (Sparrow dan Swan, 2000).
Elemen kemahiran insaniah ini dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir aras
tinggi, pembelajaran kendiri, kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Institusi sekolah merupakan wadah atau saluran suara kerajaan. Pihak sekolah yang
mengambil berat terhadap warga sekolah seharusnya memberi sepenuh komitmen dalam
mencorak pelajar menjadi insan yang berwawasan. Oleh itu, pihak sekolah terutama guru
besar perlu menyeimbangkan antara aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah.
Terdapat segelintir pelajar yang cemerlang dalam pelajaran namun apabila diuji daripada
aspek sukan dan kemahiran insaniah, pelajar tadi tidak menunjukkan pencapaian yang
memuaskan. Dalam konteks pemupukan kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah
dan kerja berpasukan menerusi proses kurikulum dan kokurikulum, kedua aktiviti ini dapat
memberikan latihan awal kepada pelajar berkaitan aspek sahsiah, kemasyarakatan dan

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

kepimpinan. Lebih pada itu, dalam kokurikulum, kebolehan memimpin mampu diterap
melalui aktiviti pakaian seragam, kelab, sukan dan persatuan.

Seterusnya, pihak pentadbir perlu menyediakan satu platform untuk pelajar
mengetengahkan bakat dan mengekspresikan diri mereka di sekolah. Idea “speaker
corner” yang digagaskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik harus
disahut. Penyediaan ganjaran dan lencana khas juga boleh disediakan pihak sekolah
untuk diberikan kepada pelajar ketika perhimpunan pagi juga suatu inisiatif yang baik
khusus untuk pelajar yang berani kehadapan mengetengahkan idea serta bercakap di
“speaker corner”. Pendapat ini disokong oleh Abdul Hamid (2002), yang menyatakan
bahawa aspek pemupukan kemahiran perlu dipelajari melalui satu pendidikan yang harus
dirasai dan dialami sendiri oleh pelajar tersebut kerana berkomunikasi dan pemikiran kritis
berkait rapat dengan kehidupan seharian manusia. Ilmu akademik yang dipelajari pelajar
hanya berhubungan dengan kelas serta kertas - kertas ujian, berbeza dengan kemahiran
komunikasi dan pemikiran kritis yang pelajar akan aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Pembangunan kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran
memimpin dan kemahiran menyelesaikan suatu permasalahan dalam kalangan pelajar
dapat dilaksanakan menerusi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Namun menurut Siti Nur Nadir ah dan Hasnah (2012), kurikulum di sekolah yang terdiri
daripada aktiviti PdPC menyukarkan guru untuk membina kemahiran insaniah. Guru lebih
sibuk meluangkan masa untuk menyelesaikan tugasan pengurusan di sekolah
berbanding tugasan PdPC. Isu ini perlu bijak ditangani oleh guru dan tidak menjadikan ia
sebagai batu penghalang penerapan kemahiran insaniah ke dalam diri pelajar di dalam
kelas. Sehubungan dengan itu, guru boleh menyediakan borang kemahiran insaniah
untuk pelajar. Setiap murid dibekalkan sebuah borang yang di dalamnya terkandung
elemen kemahiran insaniah yang berkaitan dengan isi pelajaran pada hari tersebut.
Pemerhatian akan dilaksanakan oleh guru sepanjang pembelajaran berlangsung. Di akhir
proses pembelajaran, guru akan menilai pelajar dan menanda borang pelajar
berdasarkan tingkah laku pelajar yang berkisarkan kemahiran insaniah di dalam kelas.

Rujukan

Abdul Hamid Mahmood. (2002). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Media Printext
(M) Sdn. Bhd.

Ahmad Bin Esa, Jailani Bin Md. Yunos dan Noraini Binti Kaprawi, (2004). Peranan
Kokurikulum Dalam Pembangunan Kemahiran Generik.

Albrecht, S. & Sack, R. 2000. Accounting Education: Charting the Course Through a
Perilous Future. Sarasota, FL: The American Accounting Association.

Basri, N. E. A., Zain, S. M., Jaafar, O., Basri, H., & Suja, F. 2012. Introduction to
Environmental Engineering: A Problem-Based Learning Approach to Enhance
Environmental Awareness among Civil Engineering Students. ProcediaSocial
and Behavioral Sciences 60: 36-41.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Fenstermacher, G.D. & Richardson, V. (2005). On Masking determination of quality in
teaching. Teachers College Record, 107: 186-213.

Guven, B. & Cabakcor, B. O. (2013). Factors influencing mathematical problemsolving
achievement of seventh grade Turkish students. Learning and Individual
Differences,23, 131-137.

Hadiyanto. (2011). The Development of core competencies among Economic students in
National University of Malaysia (UKM) and Indonesia (UI). Tesis Phd. tidak terbit,
Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi.

Jarvis, P. & Parker, S. (2005), Human Learning : An Holistic Approach. London: Taylor &
Francis.

Kamaruddin Md Tahir. (2010). Penilaian pembangunan kemahiran generik dalam
kalangan pelajar tahun akhir Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia. Tesis Dokor Falsa

Kamarul Azmi Jasmi. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah
Menengah di Malaysia: Satu Kajian Kes. Tesis PhD. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Kavanagh, M.H.& Drenan, L. 2008. What skills and attributes does final year accounting
graduate need? evidence from students perceptions and employers expectations.
Accounting and Finance 48: 279-300.

Kementerian Pengajian Tinggi. 2006. Garis Panduan Modul Pembangunan Insan (Soft
Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.

Murray Stein (2001). Triumph Over Shyness. McGraw-HillUSA.

Noor Aini Ahmad, Zamri Mahamod & Zahara Aziz. (2012). Pengajaran kemahiran
komunikasi bagi murid-murid bermasalah pembelajaran teruk. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 2 (2): 11-18.

Norziha Megat Mohd Zainuddin, Norihan Abu Hassan, dan Syed Ardi Syed Yahya Kamal,
(2006) “Kajian kes penggunaan pembelajaran koperatif dan kemahiran generik
terhadap pencapaian mata pelajaran logic digital”. In: National Student
Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur,
Malaysia.

Ramzan Bin Muhamad (2001). Satu Kajian Eksperimen Tentang Keberkesanan
Pembelajaran Secara Koperatif Dalam Matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Marlina Binti Sabran. (2013). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Pelajar Tingkatan
Lima Dalam Penyelesaian Matematik. Johor Bharu: Universiti Teknologi Malaysia.

Siti Nur Nadirah dan Hasnah (2012). Sistem Mentor dan Amalan Guru dalam
Meningkatkan Literasi Awal Kanak-Kanak.

Sparrow, L., Sparrow, H. and Swan, P. (2000). Student centred learning: Is it possible? In
A. Herrmann and M.M. Kulski (Eds), Flexible Futures in Tertiary Teaching.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Proceedings of the 9th Annual Teaching Learning Forum, 2-4 February 2000.
Perth: Curtin University of Technology.
Syed Abdul Hakim Syed Zainuddin & Mohini Mohamed. (2010). Keupayaan dan sikap
dalam menyelesaikan masalah Matematik bukan rutin. Jurnal Teknologi (Sains
Sosial) 53, 47-62.

PENGHAYATAN ROHANI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENGHAYATAN ADAB
DAN AKHLAK TERHADAP ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN
GURU PELATIH MUSLIM INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TAWAU
¹Nur Aimi Izzati Ahmad Shabudin & ²Siti Fatimah Ishak
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah

1aimizzati95gmail.com & [email protected]

Abstrak

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penghayatan rohani dan hubungannya dengan tahap
penghayatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar. Kajian ini dijalankan dalam kalangan guru pelatih
Muslim IPG Kampus Tawau seramai 100 orang. Data kajian dikumpulkan melalui instrumen soal
selidik. Penyelidik membuat analisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Package Science
Windows 23.0). Data dianalisis dalam bentuk deskriptif dan inferensi seperti min, peratusan dan
korelasi. Dapatan kajian menunjukkan tahap penghayatan rohani dan tahap penghayatan adab dan
akhlak terhadap alam sekitar guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau berada pada tahap yang tinggi.
Berdasarkan analisis inferensi, dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara
tahap penghayatan rohani dengan tahap penghayatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar dalam
kalangan guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau berdasarkan nilai korelasi yang diperoleh.

Kata Kunci: Penghayatan rohani, penghayatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar, guru pelatih

Pengenalan

Adab dan akhlak terhadap alam sekitar merupakan sub kategori akhlak terhadap
lingkungan hidup (Ajmain, 2011). Kita perlulah mengamalkan adab dan akhlak yang baik
bukan sahaja kepada manusia bahkan terhadap persekitaran khususnya alam sekitar
juga. Sebagai khalifah di bumi ini, kita dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan dan
menjaga alam sekitar dengan sebaiknya dan tidak boleh melakukan sebarang kerosakan
dan kemusnahan alam sekitar dengan sewenang-wenangnya. Menurut Khairul Azhar
(2018), pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada manusia boleh menjejaskan
hakikat keimanan individu yang terlibat. Pandangan ini jelas sekali menunjukkan bahawa
adab dan akhlak terhadap alam sekitar mempunyai hubungan dengan keimanan
seseorang Muslim. Tauhid yang sempurna bukan terhad kepada pengucapan iman
semata-mata bahkan perlu dikukuhkan dengan pembuktian manifestasi iman tersebut
melalui amal soleh dengan mematuhi segala perintah Allah serta menghadirkan sifat
ihsan yang berperanan sebagai pemantau dan pengawas dalam setiap perbuatan. Khairul
Azhar juga menyatakan sebagai pemegang amanah yang dipertanggungjawabkan
terhadap bumi ini, pengurusan alam yang baik merupakan manifestasi keimanan dan
kepatuhan individu Muslim terhadap perintah Allah.

Pandangan ini jelas menerangkan bahawa pentingnya bagi kita sebagai Muslim untuk
beradab dan berakhlak terhadap alam sekitar kerana perkara ini berkait rapat dengan
keimanan kita kepada Allah terhadap apa yang telah diperintahkanNya. Menurut
Asmawati Suhid (2007), iman yang kuat akan mewujudkan akhlak yang baik dan mulia,
sedangkan iman yang lemah melahirkan akhlak yang buruk dan keji. Dengan kata lain,
agama merupakan asas dalam pembentukan akhlak manusia. Tanpa ikatan agama,
suatu pendidikan akhlak itu tidak akan mantap dan kekal malah hanya bersifat sementara
yang akhirnya membawa kepada kegagalan pendidikan akhlak. Hal ini sekaligus
membuktikan bahawa penghayatan agama itu sememangnya mempengaruhi adab dan
akhlak seseorang Muslim.

Penyataan Masalah

Penjagaan alam sekitar merupakan tanggungjawab manusia yang diamanahkan oleh
Allah S.W.T. Sebagai manusia yang memikul tanggungjawab tersebut, kita seharusnya
meletakkan penjagaan alam sekitar itu sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian.
Penggunaan frasa alam sekitar yang diketengahkan dalam kajian ini bukan sahaja

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

merujuk kepada alam sekitar semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akan
tetapi alam sekitar buatan seperti binaan-binaan oleh manusia, harta awam dan
sebagainya. Antara contoh kerosakan alam sekitar yang paling mudah dan dekat dengan
persekitaran kita adalah tentang pembuangan sampah merata-rata, penyiksaan haiwan,
pembalakan haram, kerosakan harta awam dan sebagainya. Terdapat banyak isu
berkaitan dengan alam sekitar yang berlaku di negara kita. Antaranya ialah tentang
pembuangan sampah merata-rata. Kebanyakan masyarakat di Malaysia sering
membuang sampah merata-rata. Ekoran itu kita dapat melihat sampah di mana-mana
sahaja tidak kira di rumah, pejabat, kedai, taman rekreasi dan seumpamanya. (Utusan
Online, 21 November 2018)

Menurut Ahmad Zaharuddin (2017), sedar atau tidak setiap penduduk negara ini
menghasilkan sampah sarap domestik antara satu hingga dua kilogram sehari. Mungkin
ramai yang terkejut akan fakta tersebut, namun itulah dilema yang dialami negara ini.
Berasaskan fakta tersebut, sampah yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia dalam tempoh
lima hari sahaja boleh menutupi seluruh negeri Kedah mahupun Perlis jika dikumpulkan
dan diratakan. Sebenarnya, masalah sampah ini adalah satu masalah yang tidak pernah
putus dibicarakan. Bagaimanapun, Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan
Muslim sebagai pedoman, sepatutnya menjadi contoh kepada negara-negara lain di dunia
ini. Selain itu, isu tentang penyiksaan haiwan dan pencemaran sungai juga turut wujud
dalam kalangan rakyat Malaysia. Pada 12 September 2018, menerusi Berita Harian,
Malaysia dikejutkan dengan kes kucing yang telah dimasukkan ke dalam mesin pengering
yang sedang berputar di sebuah dobi di Gombak. Hal ini sangat tidak wajar dilakukan oleh
manusia yang dikurniakan akal dan hati oleh Tuhan. Pada 7 Mac 2019 pula, Berita Astro
Awani telah melaporkan isu penduduk Pasir Gudang, Johor diancam bahaya dengan kes
pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim. Banyak sekolah yang terpaksa ditutup
berikutan daripada kejadian tersebut.

Di samping itu, Dewan Negara diberitahu hari ini sebanyak 187 kes pembalakan haram
dan 2,617 kes kesalahan lain hutan melibatkan kawasan seluas 514.61 hektar di
Semenanjung Malaysia telah direkod sejak 2008 hingga tahun lepas (Kosmo Online, 4
September 2018). Rentetan daripada pembalakan haram tersebut, banyak kejadian tanah
runtuh yang berlaku. Hal ini disokong dengan kenyataan yang dibuat oleh Perdana
Menteri menerusi Berita Harian Online, bertarikh 21 Oktober 2018 yang mengakui bahawa
masalah yang berlaku di Malaysia ketika ini adalah akibat terlalu banyak kegiatan
pembalakan hingga kerap berlakunya tanah runtuh di kawasan bukit. Tidak cukup dengan
isu alam sekitar semula jadi, Malaysia turut dihujani dengan isu alam sekitar buatan
(binaan manusia) seperti isu vandalisme terhadap harta awam. Antara harta awam yang
sering menjadi isu vandalisme ialah tandas awam. Menurut Utusan Online bertarikh 18
Disember 2017, menyatakan bahawa tahap kebersihan tandas awam di negara ini masih
berada pada tahap kurang memuaskan dan perlu sentiasa dipertingkatkan kebersihannya
dari masa ke semasa. Terdapat banyak laporan, aduan dan perbincangan mengenai
tandas awam yang tersumbat, kotor, rosak, berbau dan tidak diselenggara dengan baik
masih kedengaran di pelbagai tempat.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Berdasarkan isu-isu alam sekitar yang dinyatakan, tidak dapat dinafikan lagi bahawa
sememangnya Malaysia sedang menghadapi kerosakan alam sekitar daripada pelbagai
aspek. Hakikatnya, manusia adalah individu yang perlu dipertanggungjawabkan atas
segala kerosakan, kemusnahan dan pencemaran alam sekitar yang berlaku. Hal ini
disokong dengan sebuah kajian lepas oleh Mohd Hamdan Adnan dan Diana Demiyah
(2017) yang menyatakan kemerosotan kualiti alam sekitar dan kemusnahannya adalah
angkara manusia sendiri. Oleh hal yang demikian, bagi mencegah isu kerosakan alam
sekitar ini daripada terus berleluasa, masyarakat perlulah diterapkan dengan adab dan
akhlak terhadap alam sekitar. Hal ini demikian kerana, apabila seseorang Muslim itu
mempunyai adab dan akhlak, sudah pasti dirinya terkawal daripada melakukan perkara-
perkara yang negatif yang dilarang agama. Adab dan akhlak terhadap alam sekitar
perlulah diterapkan ke dalam diri masyarakat semenjak daripada kecil lagi, ibarat kata
pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah
memainkan peranan dengan memberi didikan adab dan akhlak terhadap alam sekitar
kepada anak-anak. Hal ini bertepatan dengan kata-kata hikmah iaitu anak-anak
diibaratkan seperti sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Namun
begitu, tugas mendidik adab dan akhlak terhadap alam sekitar bukan sahaja tergalas di
bahu ibu bapa malah guru di sekolah turut memainkan peranan penting dalam
mencorakkan adab dan akhlak terhadap alam sekitar kepada murid-murid. Hal ini
demikian kerana, guru merupakan suri teladan kepada murid-murid di sekolah. Jika guru
mempamerkan adab dan akhlak yang baik, sudah pasti murid akan mencontohi adab dan
akhlak tersebut.

Apabila menyentuh soal adab dan akhlak seseorang Muslim, pengkaji berpendapat
bahawa sudah pasti hal ini melibatkan perihal pengetahuan agama. Kekurangan
pengetahuan agama menyebabkan penghayatan rohani juga kurang atau tiada. Hal ini
dijelaskan oleh H.M. Ariffin dalam Mohd Rashidi dan Azmil Hashim (2015), iaitu
penghayatan agama berfungsi mencorakkan kerohanian atau kejiwaan manusia dalam
kehidupannya sehari-hari. Ketiadaan penghayatan rohani sebagai umat Islam
menyebabkan nilai-nilai murni dan sifat-sifat terpuji juga tiada dalam diri. Oleh sebab itu,
tingkah laku yang tidak beradab dan tidak berakhlak terpamer oleh diri mereka yang tiada
penghayatan rohani. Realitinya, hal ini turut memberi kesan besar kepada alam sekeliling
iaitu alam sekitar yang kita diami. Oleh sebab itu, guru perlulah sentiasa meningkatkan
amalan kerohanian. Hal ini demikian kerana, guru yang mempunyai penghayatan rohani
yang tinggi, akan menyebabkan terzahirlah juga adab dan akhlak yang baik melalui
percakapan dan perbuatannya.

Sebelum individu itu bergelar guru, individu tersebut akan bergelar guru pelatih terlebih
dahulu dalam suatu tempoh yang ditetapkan. Terdapat sebuah kajian lepas yang
mengaitkan guru pelatih dengan isu kebersihan iaitu menurut Fazida (2012), pembuangan
sampah tidak diuruskan dengan baik dalam kalangan pelajar seperti membuang sisa
makanan dan minuman ke dalam tong sampah yang berdekatan dengan bilik-bilik kuliah.
Pelajar yang dimaksudkan dalam penyataan tersebut adalah guru pelatih. Hal ini sangat
membimbangkan kerana guru pelatih adalah individu yang akan mengajar murid-murid di
sekolah nanti dan semestinya berperanan sebagai suri teladan kepada murid.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Sehubungan itu, ketika fasa bergelar guru pelatih inilah, guru pelatih perlu dipupuk
dengan amalan-amalan atau program-program keagamaan bagi membina kekuatan
kerohanian di samping pelbagai lagi latihan lain dan ilmu pedagogi. Hal ini sudah pasti
membantu guru pelatih tersebut untuk membentuk adab dan akhlak yang baik serta terpuji
termasuklah adab dan akhlak terhadap alam sekitar.Berdasarkan isu-isu dan perkara-
perkara yang dibincangkan dalam penyataan masalah ini, pengkaji berpendapat bahawa
menjadi keperluan untuk melaksanakan sebuah kajian yang mengenal pasti tahap
penghayatan rohani dan tahap penghayatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar serta
hubungan yang wujud antara kedua-dua tahap tersebut dalam kalangan guru pelatih
Muslim. Pengkaji telah memilih guru pelatih Muslim Institut Pendidikan Guru (IPG)
Kampus Tawau sebagai responden kajian.

Objektif dan Persoalan Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:
1. Mengenalpasti tahap penghayatan rohani dalam kalangan guru pelatih Muslim
IPG Kampus Tawau.
2. Mengenalpasti tahap penghayatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar dalam
kalangan guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau.
3. Mengenalpasti hubungan antara tahap penghayatan rohani dengan tahap
penghayatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar dalam kalangan guru pelatih
Muslim IPG Kampus Tawau.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:
1. Apakah tahap penghayatan rohani dalam kalangan guru pelatih Muslim IPG
Kampus Tawau?
2. Apakah tahap penghayatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar dalam
kalangan guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau?
3. Adakah terdapat hubungan antara tahap penghayatan rohani dengan tahap
penghayatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar dalam kalangan guru pelatih
Muslim IPG Kampus Tawau?

Metodologi Kajian

Kajian ini berbentuk kuantitatif dan dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan.
Populasi kajian ini ialah semua guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau seramai 131
orang. Sampel kajian pula terdiri daripada 100 orang guru pelatih Muslim Institut
Pendidikan Guru Kampus Tawau. Penentuan sampel ini merujuk kepada jadual Krejcie
Morgan (1970). Kajian ini menggunakan satu set borang soal selidik yang mengandungi
3 bahagian iaitu Bahagian A (demografi), Bahagian B (penghayatan rohani) dan Bahagian
C (penghayatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar). Bagi tujuan mengesahkan dan
menentukan kebolehpercayaan data, pengkaji telah melakukan kajian rintis dengan
menggunakan 30 orang guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau untuk mengenal pasti
kesesuaian item yang terkandung dalam soal selidik agar tidak mengelirukan, tepat dan
mudah difahami oleh responden. Keseluruhan indeks kebolehpercayaan mencapai nilai
cronbach alpha sebanyak 0.93.

Dapatan Kajian

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Soalan 1: Apakah tahap penghayatan rohani guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau?

Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan tahap penghayatan rohani dalam
kalangan guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau berada pada tahap yang tinggi iaitu
skor min=4.23.

i. Akidah

Min bagi tahap penghayatan akidah guru pelatih muslim IPG Kampus Tawau berada pada
tahap yang tinggi iaitu m=4.41. Apabila analisis item dilakukan, dapatan menunjukkan
hanya 3 daripada 13 item sahaja yang memperolehi persetujuan pada tahap 100%. Item-
item tersebut ialah item 1 iaitu Kepercayaan kepada Allah asas keimanan saya, item 3
iaitu Saya menguatkan jiwa dengan bersabar terhadap sesuatu perkara dan item 5 iaitu
Saya memperkukuhkan ikatan kekeluargaan kerana Allah.

Item yang memperoleh nilai min paling tinggi ialah item 1 iaitu sebanyak m=4.95. Hal ini
menunjukkan bahawa para guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau meyakini bahawa
kepercayaan kepada Allah merupakan teras keimanan mereka sebagai individu yang
beragama Islam. Item yang memperoleh nilai min paling rendah ialah item 4 dan 9 iaitu
sebanyak m=4.10. Item 4 ialah Saya menyucikan jiwa dengan berzikir sebagai amalan
harian manakala item 9 ialah Saya mengamalkan zikir di dalam amalan seharian saya.
Kedua-dua item ini berkaitan dengan amalan zikir. Dapatan ini memberi gambaran
bahawa guru-guru pelatih tidak mengamalkan zikir sebagai amalan harian serta tidak
menjadikan amalan ini sebagai salah satu cara untuk menyucikan jiwa.

ii. Ibadah

Nilai keseluruhan min bagi aspek ibadah ialah sebanyak m=3.90 iaitu berada pada tahap
penghayatan yang tinggi. Dalam aspek penghayatan ibadah, pengkaji mendapati item
yang memperolehi persetujuan yang paling tinggi ialah item 14 iaitu sebanyak 99% di
samping memperoleh min yang paling tinggi juga. Item 14 ialah Saya berusaha untuk
khusyuk dalam solat. Hal ini menunjukkan guru-guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau
meletakkan elemen khusyuk dalam solat itu sebagai perkara yang penting untuk dikecapi
dalam ibadah. Item-item yang lain juga memperolehi tahap persetujuan yang tinggi namun
pengkaji mendapati terdapat beberapa item yang memperoleh nilai min di bawah 4.00
iaitu 3.66-3.11.

Pengkaji berpendapat item yang memperoleh nilai min bawah 4.00 perlu diberi perhatian
dan dibincangkan. Item-item tersebut ialah item 15 iaitu Saya mengamalkan solat
berjemaah, item 18 iaitu Saya mampu membaca al-Quran dengan baik, item 19 iaitu Saya
memaklumkan kepada pelajar bahawa membaca al-Quran dapat menajamkan fikiran dan
item 21 iaitu, Saya sering mengamalkan berpuasa sunat terutamanya “Puasa Enam
Syawal”. Item 22 iaitu Saya sering mengamalkan berpuasa sunat terutamanya puasa
Isnin dan Khamis juga memperoleh nilai min di bawah 4.00 dan paling rendah iaitu
sebanyak m=3.11. Hal ini menjelaskan bahawa para guru pelatih Muslim masih kurang
melakukan puasa sunat.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

iii. Syariat

Nilai min keseluruhan bagi aspek syariat ialah m=4.29 iaitu berada pada tahap
penghayatan syariat yang tinggi. Pengkaji mendapati hanya satu item yang mencapai
100% persetujuan iaitu item 23 yang turut memperoleh nilai min paling tinggi sebanyak
m=4.60. Item 23 ialah Islam menjadi peraturan kehidupan saya. Dapatan ini menunjukkan
bahawa para guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau menjadikan Islam itu sebagai
landasan dan prinsip kehidupan. Item yang memperoleh nilai min paling rendah ialah item
25 iaitu Saya bersangka baik terhadap apa jua peristiwa yang terjadi, sebanyak m=4.06.
Pengkaji berpendapat bahawa kemungkinan perkara itu agak sukar untuk dilakukan dan
berkait rapat dengan soal keyakinan tentang qada’ dan qadar yang ditentukan Allah
S.W.T.

Soalan 2: Apakah tahap penghayatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar dalam
kalangan guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau?

Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan tahap penghayatan adab dan akhlak
tehadap alam sekitar guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau berada pada tahap yang
tinggi iaitu skor min=4.63.

i. Penjagaan Kebersihan Persekitaran

Min keseluruhan bagi aspek penjagaan kebersihan persekitaran dalam kalangan guru
pelatih Muslim IPG Kampus Tawau berada pada tahap yang tinggi iaitu m=4.55. Dapatan
adab dan akhlak tehadap alam sekitar bagi aspek pejagaan kebersihan persekitaran ini
menunjukkan bahawa terdapat dua item yang mempunyai kekerapan 100% iaitu item 36
dan 37. Item 36 ialah Mengelakkan diri dari meludah merata-rata manakala item 37 ialah
Mengelak dari membuang sampah merata-rata. Item yang mendapat nilai min paling
tinggi bagi aspek ini ialah item 38 iaitu Membuang sampah di tempat yang disediakan,
sebanyak m=4.75. Dapatan ini menunjukkan bahawa guru pelatih mengamalkan amalan
pembuangan sampah yang baik. Item yang mendapat nilai min paling rendah bagi aspek
ini pula ialah item 39 iaitu Mengutip sampah yang didapati bersepah, sebanyak m=4.26.
Hal ini memberi gambaran bahawa terdapat beberapa orang guru pelatih kurang
mengamalkan budaya mengutip sampah yang didapati bersepah.

ii. Penggunaan Harta Awam

Min keseluruhan bagi adab dan akhlak terhadap penggunaan harta awam mencapai
tahap yang tinggi iaitu sebanyak m=4.74. Analisis data bagi aspek penggunaan harta
awam menunjukkan semua item mencapai kekerapan 100%. Item yang mendapat nilai
min tertinggi ialah item 42 iaitu Menggunakan harta awam dengan betul seperti tandas
dipam selepas digunakan, sebanyak m=4.84. Hal ini menunjukkan bahawa para guru
pelatih Muslim bukan sahaja mempunyai nilai baik daripada aspek penjagaan harta
awam, tetapi kebersihan juga. Item yang mendapat nilai min terendah ialah item 41 iaitu
Menggunakan kemudahan awam seperti pondok telefon dengan cermat, sebanyak

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

m=4.56. Pengkaji berpendapat hal ini mungkin adalah disebabkan penggunaan pondok
telefon yang terlalu sedikit pada zaman sekarang.

iii. Penjagaan Harta Awam
Skor min yang diperoleh bagi aspek penjagaan harta awam berada pada tahap yang tinggi
iaitu sebanyak m=4.60. Hasil analisis data menunjukkan hanya satu item sahaja yang
tidak mencapai 100% kekerapan iaitu item 48. Item ini juga mendapat nilai min paling
rendah sebanyak m=3.92. Item 48 ialah Melapor segala kerosakan harta awam kepada
pihak berwajib. Hal ini menunjukkan bahawa guru pelatih tidak rajin untuk melaporkan
kerosakan harta awam kepada pihak yang sepatutnya di samping disebabkan kekangan
masa guru pelatih untuk berjumpa dengan pihak berwajib. Item yang mendapat skor min
tertinggi ialah item 45 iaitu Mengelakkan diri daripada merosakkan harta benda awam,
sebanyak m=4.83. Hal ini menunjukkan guru pelatih berupaya untuk mengelakkan diri
daripada merosakkan harta awam.

iv. Penjagaan Tumbuh-tumbuhan

Min keseluruhan bagi aspek adab dan akhlak terhadap penjagaan tumbuh-tumbuhan
berada pada tahap yang tinggi iaitu sebanyak m=4.54. Hasil analisis data menunjukkan
bahawa ketiga-tiga item bagi aspek penjagaan tumbuh-tumbuhan ini mendapat
kekerapan 100%. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru pelatih Muslim IPG Kampus
Tawau mempunyai sifat menyayangi tumbuh-tumbuhan yang ada di sekeliling mereka.

v. Penjagaan Haiwan
Min bagi aspek adab dan akhlak terhadap penjagaan haiwan berada pada tahap yang
tinggi iaitu m=4.74. Analisis data menunjukkan ketiga-tiga item bagi aspek penjagaan
haiwan mencapai 100% kekerapan. Perkara ini memberi gambaran bahawa guru-guru
pelatih Muslim IPG Kampus Tawau mempunyai semangat cintakan haiwan. Item yang
mendapat min paling tinggi iaitu Mengelakkan diri daripada bersubahat menyiksa
binatang menunjukkan bahawa guru-guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau tidak suka
untuk menyakiti binatang walaupun hanya bersubahat.

Analisis Korelasi

Ha Adakah terdapat hubungan antara tahap penghayatan rohani dengan tahap
penghayatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar dalam kalangan guru pelatih Muslim
IPG Kampus Tawau.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Berdasarkan analisis nilai pekali korelasi, r= 0.43 menunjukkan terdapat hubungan antara
penghayatan rohani dengan penghayatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar. Nilai
p=0.00 menunjukkan bahawa kedua-dua variabel ini iaitu penghayatan rohani dan
penghayatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar mempunyai hubungan pada aras
yang signifikan. Hal ini merujuk kepada p<0.01. Nilai r=0.43 menunjukkan kekuatan
hubungan berada pada tahap yang sederhana. Dapatan ini merujuk Cohen (1998) yang
mengatakan jika nilai r antara 0.30-0.49, maka kekuatan hubungan itu adalah sederhana.

Jadual 1

Kekerapan, peratusan dan min tahap penghayatan rohani (akidah) dalam kalangan guru pelatih

Muslim IPG Kampus Tawau (n=100)

` f (%)

Bil. Item STS TS AS S SS Min Tahap

1. Kepercayaan kepada Allah asas 0 0 0 5 95 4.95 Tinggi

keimanan saya. (0%) (0%) (0%) (5%) (95%)

2. Guru merupakan pewaris para 0 1 3 23 73 4.68 Tinggi

nabi dalam menyebarkan ilmu. (0%) (1%) (3%) (23%) (73%)

3. Saya menguatkan jiwa dengan 0 0 6 50 44 4.38 Tinggi

bersabar terhadap sesuatu (0%) (0%) (6%) (50%) (44%)

perkara.

4. Saya menyucikan jiwa dengan 1 1 17 49 32 4.10 Tinggi

berzikir sebagai amalan harian. (1%) (1%) (17%) (49%) (32%)

5. Saya memperkukuhkan ikatan 0 0 2 42 56 4.54 Tinggi

kekeluargaan kerana Allah. (0%) (0%) (2%) (42%) (56%)

6. Saya taat kepada ibu bapa 0 1 3 25 71 4.66 Tinggi

kerana Allah. (0%) (1%) (3%) (25%) (71%)

7. Saya menyahkan nilai-nilai 0 1 3 25 71 4.18 Tinggi

mungkar dalam kehidupan. (0%) (1%) (3%) (25%) (71%)

8. Saya menerapkan nilai bahawa 1 1 7 29 62 4.50 Tinggi

Allah melihat perbuatan kita (1%) (1%) (7%) (29%) (62%)

setiap masa kepada pelajar.

9. Saya mengamalkan zikir di 1 1 21 41 36 4.10 Tinggi

dalam amalan seharian saya. (1%) (1%) (21%) (41%) (36%)

10. Saya melahirkan perasaan 0 1 10 31 58 4.46 Tinggi

kagum pelajar terhadap (0%) (1%) (10%) (31%) (58%)

kekuasaan Allah

S.W.T dengan bukti yang nyata.

11. Saya mengaitkan pengajaran 1 2 11 43 43 4.25 Tinggi

dan pembelajaran dengan (1%) (2%) (11%) (43%) (43%)

keagungan ciptaan Allah.

12. Saya menanamkan niat pelajar 1 3 7 46 43 4.27 Tinggi

belajar kerana Allah. (1%) (3%) (7%) (46%) (43%)

13. Saya mengingatkan kepada 1 2 12 42 43 4.24 Tinggi

pelajar bahawa hubungan (1%) (2%) (12%) (42%) (43%)

sesama manusia hendaklah

berlandaskan kepada

mengagung kan Allah.

Min Keseluruhan 4.41 Tinggi

Jadual 2
Kekerapan, peratusan dan min tahap penghayatan rohani (Ibadah) dalam kalangan guru pelatih
muslim IPG Kampus Tawau (N=100)

f (%)

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

No. Item STS TS AS S SS Min Tahap
Item 4.53 Tinggi
14. Saya berusaha untuk khusyuk 0 1 4 36 59 3.66 Tinggi
15. (0%) (1%) (4%) (36%) (59%) 4.05 Tinggi
16 dalam solat. 39 4.02 Tinggi
17. 2 4 (39%) 36 19
Saya mengamalkan solat (2%) (4%) 18 (36%) (19%) 3.87 Tinggi
18. (18%) 3.98 Tinggi
19. berjemaah 1 3 17 46 32
(1%) (3%) (17%) (46%) (32%) 4.30 Tinggi
20. Saya mampu mengajar pelajar
2 2 25 50 29 3.54 Tinggi
21. cara solat yang betul. (2%) (2%) (25%) (50%) (29%)
3.11 Tinggi
22. Saya mampu mengajar pelajar 1 3 20 50 21
(1%) (3%) (20%) (50%) (21% 3.90 Tinggi
Min cara bacaan di dalam solat
3 3 15 41 33
yang betul. (3%) (3%) (15%) (41%) (33%)

Saya mampu membaca al 2 1 26 29 53
(2%) (1%) (26%) (29%) (5%)
Quran dengan baik.
3 16 36 34 21
Saya memaklumkan kepada (3%) (16%) (36%) (34%) (21%)

pelajar bahawa membaca al 9 17 30 8
(9%) (17%) (30%) (8%)
Quran dapat menajamkan

fikiran.

Saya tidak pernah

meninggalkan amalan

berpuasa di bulan Ramadhan

Saya sering mengamalkan

berpuasa sunat terutamanya

“Puasa Enam Syawal”.

Saya sering mengamalkan

berpuasa sunat terutamanya

puasa Isnin dan Khamis.

Keseluruhan

Jadual 3
Kekerapan, peratusan dan min tahap penghayatan rohani (syariat) dalam kalangan guru pelatih
muslim IPG Kampus Tawau (N=100)

f (%)

No. Item STS TS AS S SS Min Tahap
Item Tinggi
23. Islam menjadi peraturan 0 0 4 32 64 4.60 Tinggi
24. (0%) (0%) (4%) (32%) (64%) 4.11 Tinggi
25. kehidupan saya. 14 4.06 Tinggi
26. 0 2 (14%) 55 29 4.10
Saya bersangka baik terhadap (0%) (2%) 15 (55%) (29%) Tinggi
27. (15%) Tinggi
28. orang lain. 1 1 15 57 26
(1%) (1%) (15%) (57%) (26%) Tinggi
29. Saya bersangka baik terhadap Tinggi
30. 1 2 50 32 Tinggi
31. apa jua peristiwa yang terjadi. (1%) (2%) (50%) (32%)

Saya berfikiran positif di dalam 1 3
(1%) (3%)
menghadapi sebarang
1 2
permasalahan (1%) (2%)

Saya membina disiplin kendiri 1 0 13 53 30 4.08
(1%) (0%) (13%) (53%) (30%) 4.10
berasaskan syariat Islam.
0 1 16 48 33
Saya merujuk Al Quran dan (0%) (1%) (16%) (48%) (33%)

Hadis untuk menentukan 1 0
(1%) (0%)
hukum sesuatu perkara.

Saya mengetahui tujuan hukum 12 43 44 4.29
(12%) (43%) (44%) 4.34
syariat di jalankan. 4.34
12 39 48
Saya tahu batasan pergaulan (12%) (39%) (%)
47
dengan penganut agama lain. 10 42 (47%)
(10%) (42%)
Saya mengasingkan pelajar

lelaki dan perempuan di dalam

aktiviti yang melibatkan

sentuhan.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

32. Saya mengingatkan pelajar 1 1 7 47 44 4.32 Tinggi
(7%) (47%) (44%)
batasan pergaulan antara lelaki (1%) (1%)
5 46 47 4.37 Tinggi
dan perempuan. (5%) (46%) (47%)

33. Saya menerapkan kepada 1 1 6 34 59 4.50 Tinggi
(6%) (34%) (59%)
pelajar cara berfikir mengenal (1%) (1%)
3 33 61 4.50 Tinggi
pasti sesuatu yang baik dan (3%) (33%) (61%)

buruk. 4.29 Tinggi

34. Saya mengetahui bahawa 1 0

meninggalkan perkara yang (1%) (0%)

dilarang merupakan perkara

yang utama.

35. Saya membimbing pelajar 2 1

membaca doa sebelum (2%) (1%)

melakukan pengajaran dan

pembelajaran.

Min Keseluruhan

Jadual 4

Kekerapan, peratusan dan min tahap penghayatan Adab dan Akhlak Terhadap Alam Sekitar

(Penjagaan Kebersihan Persekitaran) dalam kalangan guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau

(n=100)

f (%)

No. Item STK TK AK K SK Min Tahap
Item

36. Mengelakkan diri dari 00 5 16 79 4.74 Tinggi

meludah merata-rata (0%) (0%) (5%) (16%) (79%)

37. Mengelak dari membuang 00 5 25 70 4.65 Tinggi

sampah merata-rata (0%) (0%) (5%) (25%) (70%)

38. Membuang sampah di tempat 1 0 4 13 82 4.75 Tinggi

yang disediakan (1%) (0%) (4%) (13%) (82%)

39. Mengutip sampah yang 0 1 14 43 42 4.26 Tinggi

didapati bersepah (0%) (1%) (14%) (43%) (42%)

40. Membantu dan memelihara 01 8 44 47 4.37 Tinggi

kebersihan dengan menyertai (0%) (1%) (8%) (44%) (47%)

gotong royong

Min Keseluruhan 4.55 Tinggi

Jadual 5

Kekerapan, peratusan dan min tahap penghayatan Adab dan Akhlak Terhadap Alam Sekitar (Penggunaan
Harta Awam) dalam kalangan guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau (n=100)

f (%)

No. Item STK TK AK K SK Min Tahap

Item

41. Menggunakan 0 0 8 28 64 4.56 Tinggi

kemudahan (0%) (0%) (8%) (28%) (64%)
awam seperti

pondok telefon

dengan cermat

42. Menggunakan 0 0 1 14 85 4.84 Tinggi

harta awam (0%) (0%) (1%) (14%) (85%)
dengan betul

seperti tandas

dipam selepas

digunakan

43. Menggunakan 0 0 2 14 84 4.82 Tinggi

harta awam

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

dengan baik (0%) (0%) (2%) (14%) (84%)
seperti peralatan
yang ada di
sekolah

44. Menutup suiz 0 0 3 20 77 4.74 Tinggi
Tinggi
lampu atau (0%) (0%) (3%) (20%) (77%)
kipas selepas

digunakan

Min Keseluruhan 4.74

Jadual 6

Kekerapan, peratusan dan min tahap penghayatan Adab dan Akhlak Terhadap Alam Sekitar (Penjagaan

Harta Awam) dalam kalangan guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau (n=100)

f (%)

No. Item STK TK AK K SK Min Interpretasi

Item

45. Mengelakkan 0 0 2 13 85 4.83 Tinggi

diri dari (0%) (0%) (2%) (13%) (85%)

merosakkan

harta benda

awam

46. Menutup suiz 0 0 1 23 76 4.74 Tinggi

lampu atau (0%) (0%) (1%) (23%) (76%)

kipas yang

tiada orang

menggunakan

nya

47. Mengelakkan 0 0 3 12 85 4.82 Tinggi

diri dari (0%) (0%) (3%) (12%) (85%)

menconteng

bangunan

atau

kemudahan di

tempat awam

48. Melapor 1 6 23 40 30 3.92 Tinggi

segala (1%) (6%) (23%) (40%) (30%)

kerosakan

harta awam

kepada pihak

berwajib

49 Mengelakkan 0 0 4 25 71 4.67 Tinggi

diri dari (0%) (0%) (4%) (25%) (71%)

bersubahat

merosakkan

harta

awam

Min Keseluruhan 4.60 Tinggi

Jadual 7
Kekerapan, peratusan dan min tahap penghayatan Adab dan Akhlak Terhadap Alam Sekitar (Penjagaan
Tumbuh-Tumbuhan) dalam kalangan guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau (n=100)

f (%)

No. Item STK TK AK K SK Min Interpretasi
Item

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

50. Menjaga pokok / 0 1 6 32 61 4.53 Tinggi

tumbuhan (0%) (1%) (6%) (32%) (61%)

yang ditanam

51. Mengelakkan diri 0 0 11 35 54 4.43 Tinggi

mencabut (0%) (0%) (11%) (35%) (54%)

atau merosakkan

pokok

52. Mengelakkan diri 0 0 3 29 68 4.65 Tinggi

dari (0%) (0%) (2%) (29%) (68%)

bersubahat

merosakkan

tumbuhan yang

ditanam

Min Keseluruhan 4.54 Tinggi

Jadual 8
Kekerapan, peratusan dan min tahap penghayatan Adab dan Akhlak Terhadap Alam Sekitar (Penjagaan
Haiwan) dalam kalangan guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau (n=100)

f (%)

No. Item STK TK AK K SK Min Interpretasi
Item 0 4.74 Tinggi
53. Bersifat belas (0%) 0 2 22 76 4.71 Tinggi
54. kasihan 0 (0%) (2%) (22%) (76%)
terhadap haiwan (0%) 4.77 Tinggi
55. Mengelakkan diri 0 1 27 72
dari 0 (0%) (1%) (27%) (72%)
menyiksa binatang (0%)
seperti 0 2 19 79
memukul atau (0%) (2%) (19%) (79%)
mencederakan
Mengelakkan diri
daripada
bersubahat
menyiksa binatang

Min Keseluruhan 4.74 Tinggi

Kesimpulan, Implikasi dan Cadangan

Berdasarkan analisis data, tahap penghayatan rohani guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau
berada pada tahap yang tinggi. Bagi tahap penghayatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar
dalam kalangan guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau juga berada pada tahap yang tinggi.
Selain itu, hasil analisis data turut menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
penghayatan rohani guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau dengan tahap penghayatan adab
dan akhlak terhadap alam sekitar dalam kalangan guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau.
Berdasarkan kepada hasil analisis ini, dapat disimpulkan bahawa tahap penghayatan rohani
memberi impak terhadap penghayatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar dalam kalangan
guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau. Dapatan ini selari dengan sebuah kajian lepas oleh
Hazura Ab Bakar (2009), yang menyatakan individu yang benar-benar menghayati dasar
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan pasti berperanan sebagai ‘abd (hamba) dan khalifah
yang baik di atas muka bumi serta tidak melakukan kerosakan terhadap alam sekitar. Ini bermakna
bahawa penghayatan rohani yang berlaku dalam diri seseorang Muslim itu mampu
menterjemahkan akhlak yang terpuji melalui perbuatannya (Asmawati Suhid, 2007).

Dapatan kajian tentang tahap penghayatan rohani guru pelatih Muslim IPG Kampus Tawau
mendapati bahawa sememangnya berlaku penghayatan rohani dalam kalangan guru-guru pelatih

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Muslim ini. Ini merujuk kepada min yang diperolehi adalah tinggi iaitu sebanyak m= 4.23. Dapatan
ini turut selari dengan dapatan sebuah kajian lepas iaitu menurut Ridzuan Ahmad & Azimah
Abdullah (2017), tahap penghayatan “Iklim Dini” dalam kalangan guru pelatih IPG Kampus Sultan
Abdul Halim adalah tinggi dan memuaskan.

Secara keseluruhannya, skor min bagi tahap penghayatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar
dalam kalangan guru pelatih mencapai tahap yang tinggi. Item yang mendapat skor min tertinggi
adalah item Menggunakan harta awam dengan betul seperti tandas dipam selepas digunakan.
Item ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden mengamalkan amalan yang baik iaitu pam
tandas selepas menggunakannya. Tambahan pula, Islam sememangnya memberi penekanan
kepada kebersihan. Hal ini dibuktikan menerusi hadis yang menyatakan kebersihan itu sebahagian

daripada iman.

Bagi meningkatkan lagi penghayatan rohani dalam kalangan guru pelatih Muslim, amalan zikrullah
perlulah ditekankan. Hal ini demikian kerana apabila seseorang Muslim itu mengamalkan zikir,
sudah pasti ingatannya sentiasa pada Allah. Ingatan yang sentiasa pada Allah sudah pasti akan
memelihara seseorang Muslim itu daripada berbuat perkara yang mungkar. Hal ini disokong
sebuah kajian lepas oleh Zulkiple & Nor Salimah (2006) yang menyatakan di dalam Ihya’, al-
Ghazali (1988: 917-1061) menjelaskan tentang kepentingan zikir adalah sebahagian amalan
kesinambungan mengingati Allah. Hikmah yang dimaksudkan daripada amalan ini adalah
mewujudkan hubungan secara vertikal manusia dengan Tuhannya dalam konteks hubungan
menegak (hablun min Allah) agar manusia tersebut sentiasa dalam lindungan, jagaan, suluhan dan
hidayah Allah (S.W.T.) yang memberi kesan langsung kepada tabiat dan tingkah lakunya.

Selain itu, guru pelatih juga perlulah membudayakan amalan puasa terutamanya puasa sunat pada
hari Isnin dan Khamis. Amalan puasa merupakan salah satu amalan yang mampu mengekang kita
daripada melakukan perbuatan yang dilarang agama. Hal ini demikian kerana, puasa bertujuan
untuk menundukkan hawa nafsu seseorang. Apabila kita berjaya menundukkan hawa nafsu, sudah
pasti kita tidak akan melakukan perbuatan yang dilarang agama yang boleh meruntuhkan adab
dan akhlak. Perkara ini menjelaskan bahawa hawa nafsu itu merupakan punca utama manusia
melakukan perbuatan yang dilarang agama. Penyataan ini disokong sebuah kajian lepas oleh
Zulkiple & Nor Salimah (2006) yang menyatakan puasa menurut al-Ghazali (1988: 760) adalah
sebagai benteng (pencegah) dari gangguan hawa nafsu, mengukuhkan kerohanian dan
mententeramkan jiwa. Jelaslah bahawa tujuan puasa ialah untuk mengosongkan perut dan
menghancurkan hawa nafsu bagi menguatkan jiwa kepada taqwa (al-Ghazali, 1988: 773). Bagi
peningkatan adab dan akhlak terhadap alam sekitar pula, program bertemakan alam sekitar
perlulah diterapkan dengan elemen kerohanian. Hal ini disokong oleh kajian Rosmidzatul Azila
(2010) yang menyatakan penerapan nilai-nilai agama di dalam setiap program sempena sambutan
Hari Alam Sekitar Sedunia dapat menjadi pemacu kesedaran kepada semua anggota masyarakat
untuk berusaha mengubah diri agar lebih prihatin dan menyayangi alam sekitar.

Rujukan

Ajmain@Jimaain Safar & Ab. Halim Tamuri. (2011). Penghayatan Adab dan Akhlak Terhadap Alam
Sekitar Dalam Kalangan Pelajar Sekolah. International Conference And Exhibition On Research In
Islamic And Arabic Language Education, 117-135.

Asmawati Suhid. (2007). Pengajaran Adab & Akhlak Islam Dalam Membangunkan Modal Insan.
Pengajian Umum, 167-178.

Bernama. (2018). Kira-kira 190 Kes Pembalakan Haram Dalam Tempoh 10 tahun. Kuala Lumpur:
Kosmo Online.

Cohen, J. W. . (1998). Statistical power analysis for the behavioral sciences (Edisi ke-2). NJ:
Lawrence Erlbaum Associates.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Fazida Othman. (2012). Amalan Pembuangan Sampah Dalam Kalangan Pensyarah, Pelajar &
Pekerja Kafeteria Di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Sustainable Education,
54-69.
Hazura Ab. Bakar (2009). Hubungan Antara Penghayatan Agama, Nilai hidup dan Pengurusan
Alam Sekitar Pelajar Muslim dengan sikap dan tingkah laku. Skema Taakulan Akhlak, 1-24.
Khairul Azhar. (2018). Kepentingan Penjagaan Alam Sekitar Menurut Perspektif Maqasid Syariah.
Isu-Isu Semasa Islam & Sains, 543-560.
Krejcie R. V. & Morgan D. W. (1970). Determining sample size for research. Education and
Psychological Education and Psychological. 607-610.
Mohd Azam Shah Yaacob. (2018). Tergamak Sungguh. Kuala Lumpur: Berita Harian.
Mohd Hamdan Adnan & Diana Demiyah. (2017). Perspektif Pengguna Sabah Terhadap Alam
Sekitar. Jurnal Kinabalu, 87-114.
Mohd Rashidi Bujai, Azmil Hashim. (2015). Pelaksanaan Aktiviti Keagamaan dan Hubungannya
dengan Penghayatan Kerohanian Anggota Tentera Malaysia. Tinta Artikulasi Membina Ummah,
176-186.
Muhamad Aimy Ahmad. (2017). Tandas Di Malaysia Kurang Memuaskan. Kuala Lumpur: Utusan
Online.
Nora Farina Mohd.Halim. (2018). Sampah Bukan Harta Pusaka Anak Cucu. Kuala Lumpur: Utusan
Online.
Ridzuan Ahmad & Azimah Abdullah. (2017). Iklim Dini. Jurnal Penyelidikan Khazanah, 12-90.
Rosmidzatul Azila Mat Yamin. (2010). Hari Alam Sekitar Sedunia Sebagai Pemacu Kesedaran.
Retrieved from http://www.ikim.gov.my/index.php/2010/06/04/hari-alam-sekitar-sedunia-sebagai-
pemacu-kesedaran/
Zulkiple & Nor Salimah. (2006). Penghayatan Agama Sebagai Asas Pembangunan Pelajar:
Analisis Terhadap Beberapa Pandangan Al-Imam Al-Ghazali. National Student Development
Conference (NASDEC), 1-19.

KEFAHAMAN GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP KAEDAH KOLABORATIF
DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENGAPLIKASIAN DALAM PEMBELAJARAN DAN

PEMUDAHCARAAN

¹Noranizah Saineh & ²Khalid Sa’at @ Jamil
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah

[email protected] & [email protected]

Abstrak

Pendidikan dalam konteks Islam merangkumi proses penerimaan, penyebaran dan
perkongsian maklumat. Kaedah pengajaran kolaboratif merupakan kaedah yang

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

mencakupi ketiga-tiga aspek dalam pendidikan ini. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti tahap kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap kaedah kolaboratif dan
hubungannya dengan pengaplikasian di dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPC). Kajian ini dijalankan di zon Bandar daerah Tawau yang melibatkan bilangan
responden seramai 63 orang dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah.
Data kajian dikumpulkan melalui instrumen soal selidik yang diedarkan kepada
responden yang terlibat. Penyelidik membuat analisis dengan menggunakan SPSS
(Statistical Package Science Windows 23.0) dan dinyatakan dalam bentuk deskriptif
seperti min, peratusan dan sisihan piawai serta dalam bentuk inferensi seperti ujian-t dan
korelasi. Kajian pada keseluruhannya mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan
yang tinggi terhadap kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap kaedah kolaboratif
dengan pengaplikasiannya di dalam PdPC berdasarkan nilai korelasi yang diperoleh.
Beberapa implikasi dan cadangan kajian lanjutan juga dibincangkan di dalam kajian ini
bagi mencapai sesi pembelajaran yang berkesan dan bermakna kepada murid
khususnya dalam Pendidikan Islam.

Kata kunci : Kefahaman, pengaplikasian, kolaboratif

Pengenalan

Kaedah kolaboratif boleh didefinisikan sebagai perbincangan aktif oleh sekumpulan
pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang pelbagai dalam kumpulan yang kecil bagi
mencapai sesuatu tujuan yang sama (Gokhale, 1995). Hal ini bermaksud, kaedah
kolaboratif ini mengutamakan perbincangan secara berkumpulan bagi tujuan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dan mendapat maklumat yang baru. Pengajaran
kolaboratif ini juga secara tidak langsung akan membuatkan pelajar lebih memahami
sesuatu konsep yang kompleks (Levin-Peled, Kali, and Dori, 2007). Selain itu, menurut
kajian Benayed & Verreman (2008), pembelajaran kolaboratif ini mampu membina
pengetahuan pelajar. Hal ini disebabkan oleh semasa proses perbincangan berlaku, murid
akan saling bertukar maklumat. Justeru, di situlah, mereka akan mengetahui sesuatu
perkara yang mungkin tidak mereka ketahui ataupun mereka dapat mengembangkan lagi
pengetahuan mereka tentang sesuatu perkara itu.

Maka, kaedah dan teknik pengajaran guru adalah amat perlu untuk dititikberatkan
bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna kepada murid. Hal ini bertepatan dengan
pendapat Abdul Rasid Jamlan & Hasmah Ismail (2013), kreativiti guru dalam
menghasilkan pembelajaran menyeronokkan ini mampu memberi kesan kepada
pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini turut disokong dengan kajian Mohamad Azrien
Mohamad Adnan & Mohd Alwee Yusof (2009) yang mengatakan para pendidik perlu
menyediakan strategi pembelajaran bagi membantu pelajar terlibat secara aktif dalam
pembelajaran. Maka, kaedah kolaboratif merupakan salah satu strategi yang boleh
membuatkan pelajar aktif khususnya semasa sesi pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPC) berlangsung.

Pernyataan Masalah

Umum mengetahui bahawa corak pendidikan di Malaysia bersifat dinamik iaitu sering
berubah-ubah. Contohnya, kini corak pendidikan di Malaysia adalah mengaplikasikan
pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) yang menuntut pembelajaran aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun, masalah yang dihadapi ialah kurangnya
penggunaan aspek pembelajaran aktif ini terutamanya dalam kalangan guru Pendidikan

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Islam. Hal ini selaras dengan pendapat Yusop Hashim dalam Mohd Isha Awang & Sukreni
Ismail (2004), iaitu masih ramai guru yang masih menggemari amalan tradisi berpaksikan
chalk and talk. Perkara ini disebabkan oleh ketidakprihatinan guru terhadap keperluan dan
kehendak pelajar itu sendiri. Walhal, guru bukan sahaja harus kreatif dalam pembelajaran
dan pemudahcaraan (PdPC) di dalam atau luar bilik darjah namun juga seharusnya
mempunyai strategi, perkaedahan pengajaran, kemahiran yang sesuai dan terkini serta
keilmuan yang mantap (Siti Muhibah Nor & Ab. Halim Tamuri, 2015). Maka, di atas faktor
itulah, guru seharusnya mahir dengan ilmu-ilmu terkini berkaitan dengan pendidikan agar
proses PdPC yang berlangsung menjadi satu proses pembelajaran yang bermakna dan
disukai oleh murid.

Di samping itu juga, masalah pelajar yang introvert juga merupakan salah satu
faktor kepada kajian ini dijalankan. Hal ini bermaksud, murid-murid yang bersikap introvert
perlulah dicungkil bakat dan idea mereka semasa kaedah pembelajaran kolaboratif ini
dijalankan terutamanya semasa waktu PdPC di dalam bilik darjah. Menurut Kamarul Azmi
Jasmi, Osmawadi Talip dan Mohd Faeez Ilias (2012), komunikasi merupakan prinsip
utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh hal yang demikian,
komunikasi pelajar juga perlu dilatih bagi memastikan mereka meningkatkan lagi tahap
keyakinan diri mereka dan seterusnya menjadikan proses PdPC itu lebih berkesan dan
bermakna. Hal ini bukan sahaja menguntungkan guru kerana proses PdPC menjadi
berkesan, namun ianya juga memberi kelebihan kepada murid kerana dapat
meningkatkan motivasi dirinya untuk tampil lebih berkeyakinan.

Objektif, Soalan dan Hipotesis Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan:

1. Tahap kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap kaedah kolaboratif.
2. Tahap pengaplikasian guru Pendidikan Islam dalam pembelajaran dan

pemudahcaraan (PdPC).
3. Perbezaan pengaplikasian guru Pendidikan Islam dalam PdPC berdasarkan

demografi.
4. Hubungan antara kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap kaedah kolaboratif

dengan pengaplikasiannya dalam PdPC.
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan
berikut:

1. Apakah tahap kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap kaedah kolaboratif?
2. Sejauhmanakah tahap pengaplikasian guru Pendidikan Islam dalam pembelajaran

dan pemudahcaraan?
3. Adakah perbezaan antara pengaplikasian guru Pendidikan Islam dalam PdPC

berdasarkan demografi?
4. Adakah terdapat hubungan antara kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap

kaedah kolaboratif dengan pengaplikasiannya dalam PdPC?
Manakala, hipotesis kajian ini pula ialah:

Ho1 Tidak terdapat perbezaan signifikan terhadap pengaplikasian guru Pendidikan Islam
dalam PdPC berdasarkan jantina.

Ho2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman guru Pendidikan Islam
terhadap kaedah kolaboratif dengan pengaplikasian guru Pendidikan Islam dalam PdPC.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Metodologi

Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kuantitatif iaitu berbentuk kajian tinjauan. Tujuan
kajian ini dijalankan ialah untuk meninjau tahap kefahaman guru terhadap kaedah
kolaboratif dan hubungannya dengan pengaplikasian dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPC). Populasi kajian terdiri daripada semua guru Pendidikan Islam di
Daerah Tawau dan sampel yang dipilih ialah seramai 63 orang guru Pendidikan Islam
dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Borang soal selidik yang
mengandungi 28 item berskala likert 5 mata poin digunakan sebagai instrumen dalam
kajian ini. Instrumen soal selidik ini juga diambil dan diubahsuai daripada kajian lepas iaitu
kajian Mohd Isha Awang dan Sukreni Ismail (2004). Bagi mendapatkan kesahan muka dan
kandungan, instrumen soal selidik ini telah disemak oleh 3 orang pakar yang mana dua
daripadanya pakar dalam melihat struktur teknikal. Bagi kesahan kandungan pula telah
disahkan oleh pakar bagi konteks matapelajaran Pendidikan Islam itu sendiri.

Kajian rintis juga telah dijalankan yang mana nilai Alpha Cronbach keseluruhan
yang diperolehi ialah 0.951 yang mana menurut Pallant (2001), nilai 0.60 sering
digunapakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrument. Maka, nilai Alpha
Cronbach bagi keseluruhan item dalam instrumen ini adalah tinggi. Statistik deskriptif
digunakan untuk menganalisis faktor demografi, soalan kajian yang pertama dan juga
soalan kajian yang kedua. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dengan
menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Penyelidik juga telah
menggunakan panduan skor min oleh Suwarnee (2006) seperti dalam Jadual 1. Selain itu,
statistik inferensi juga digunakan bagi menganalisis soalan kajian yang ketiga iaitu dengan
menggunakan ujian-t serta menggunakan korelasi Pearson untuk menganalisis soalan
kajian yang keempat. Penyelidik telah menggunakan nilai pekali korelasi daripada Pallant
(2005) seperti dalam Jadual 2.

Jadual 1 Tahap
Interpretasi skor min Rendah
Sederhana
Skor Min Tinggi
1.00 – 2.33
2.34 – 3.67 Kekuatan Hubungan
3.68 – 5.00 Hubungan Rendah
Sumber: Suwarnee (2006)
Hubungan Sederhana
Jadual 2 Hubungan Kuat
Interpretasi pekali korelasi Pearson

Nilai Korelasi
0.10 – 0.29
0.30 – 0.49
0.50 – 1.00

Sumber: Pallant (2005)

Dapatan Kajian

Demografi

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Jadual 3 menunjukkan responden terdiri daripada 63 orang guru Pendidikan Islam yang
mana 49 orang (78%) daripadanya merupakan perempuan dan seramai 14 orang (22%)
selebihnya adalah lelaki. Melalui dapatan ini menunjukkan guru perempuan lebih ramai
berbanding guru lelaki.

Jadual 3
Taburan responden mengikut jantina (N=63)

Jantina Kekerapan Peratusan (%)

Lelaki 14 22
Perempuan 49 78
63 100
Jumlah

Tahap Kefahaman Guru Pendidikan Islam Terhadap Kaedah Kolaboratif

Soalan 1 : Apakah tahap kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap kaedah kolaboratif?

Analisis dan perbincangan mengenai tahap kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap
kaedah kolaboratif akan ditunjukkan melalui skor min menurut Suwarnee seperti dalam
Jadual 4. Oleh itu, min keseluruhan bagi tahap kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap
kaedah kolaboratif ialah berada pada tahap yang tinggi. Seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 4, skor min adalah di antara 3.58 sehingga 4.33 dan nilai bagi purata min
keseluruhan ialah 4.05.

Hasil dapatan kajian yang telah dianalisis secara terperinci bagi mengetahui tahap
kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap kaedah kolaboratif. Maka, berdasarkan jadual
analisis data, didapati bahawa tahap kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap
keberkesanan kaedah kolaboratif adalah berada pada tahap yang tinggi. Ini secara tidak
langsung, bertepatan dengan kajian Yusliza Baharin dan Fara Dina Yusop dalam Masni
Othman & Jamalludin Harun (2013), yang mengatakan pembelajaran kolaboratif telah
membantu meningkatkan pencapaian dan minat pelajar untuk belajar.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya guru tidak memahami tentang
keberkesanan kaedah kolaboratif ini dalam PdPC Pendidikan Islam, maka proses PdPC
itu akan menjadi kurang berkesan. Hal ini kerana pelajar lebih mudah memahami sesuatu
konsep yang kompleks dengan adanya perbincangan secara kolaboratif (Levin-Peled, Kali
& Dori, 2007). Maka, jelaslah bahawa guru yang memahami tentang keberkesanan
kaedah kolaboratif ini akan menjadikan proses PdPC yang berlangsung menjadi satu
proses yang mengutamakan kehendak murid yang mana ianya selaras dengan hasrat
pendidikan abad ke-21 (PAK-21) yang mementingkan proses PdPC yang berpusatkan
murid.

Walau bagaimanapun, kefahaman guru tentang pembelajaran melalui kaedah
kolaboratif dapat mengukuh pertimbangan intelek pelajar berada pada tahap yang tinggi
dengan min 4.20 dan sisihan piawai 0.69. Dapatan ini selari dengan kajian Benayed dan
Verreman (2008) yang mengatakan antara keberkesanan pembelajaran kolaboratif ini
juga ialah ianya dapat membina pengetahuan pelajar. Maka, terbuktilah bahawa
kefahaman guru terhadap kaedah kolaboratif adalah amat penting bagi memastikan sesi
PdPC yang berlangsung menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan kepada murid.

Di samping itu juga, dapatan kajian menunjukkan kefahaman guru tentang peranan
mereka sebagai fasilitator di dalam kelas berada pada tahap yang paling tinggi dengan

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

skor min 4.33 dan sisihan piawai 0.62. Hal ini membuktikan kebanyakan guru memahami
tugas mereka di dalam kelas adalah sebagai fasilitator ataupun pemudahcara kepada
murid. Ini juga merupakan hasrat pendidikan Malaysia yang mengutamakan keperluan dan
kehendak murid bagi memastikan sesebuah proses PdPC itu menjadi satu pembelajaran
yang menyeronokkan. Oleh itu, kesemua guru haruslah memahami tentang keberkesanan
kaedah kolaboratif ini khususnya dalam PdPC Pendidikan Islam.

Jadual 4
Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai tahap Kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap Kaedah
Kolaboratif (N=63)

Tahap Kefahaman Guru Pendidikan Kekerapan (Peratus) Jumlah
Islam Terhadap Kaedah Kolaboratif M SP
STS TS TP S SS
Bil Perkara

2 Saya berpendapat bahawa 1 4 38 20 4.20 0.69
(1.6) (6.3) (60.3) (31.7) 3.95 0.90
pembelajaran melalui kaedah
3 9 36 15 3.58 0.96
kolaboratif dapat mengukuh (4.8) (14.3) (57.1) (23.8) 3.93 0.87
4.33 0.62
pertimbangan intelek pelajar 1 17 27 10 4.31 0.59
(1.6) (27.0) (42.9) (15.9) 4.23 0.58
3 Saya berpendapat bahawa 3.87 0.79
2 8 37 14 0.50
kebanyakan persoalan yang (3.2) (12.7) (58.7) (22.2) 4.05
Tinggi
ditimbulkan dalam kelas boleh 1 5 32 26
(1.6) (7.9) (50.8) (41.3)
dijawab melalui kaedah
4 35 24
kolaboratif (6.3) (55.6) (38.1)

4 Saya berpendapat bahawa 8 5 38 20
(12.7) (7.9) (60.3) (31.7)
pengajaran menggunakan
2 15 34 12
kaedah tradisional lebih (3.2) (22.1) (54.0) (19.0)

berkesan 1
(1.6)
5 Saya berpendapat bahawa

kaedah kolaboratif sangat

sesuai dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam

6 Saya berpendapat bahawa guru

berperanan penting sebagai

fasilitator di dalam kelas

7 Saya berpendapat bahawa

pengajaran dan pembelajaran

adalah pengalaman yang

dikongsi antara guru dan pelajar

8 Saya berpendapat bahawa
pembelajaran dalam bentuk aktif
perlu sentiasa diberikan kepada
pelajar

9 Saya berpendapat bahawa saya

telah mendapat pendedahan

yang cukup tentang

pembelajaran kolaboratif

Keseluruhan

Tahap Pengaplikasian Kaedah Kolaboratif Dalam PdPC Pendidikan Islam

Soalan 2: Apakah tahap pengaplikasian kaedah kolaboratif dalam PdPC Pendidikan Islam
bagi guru Pendidikan Islam daerah Tawau?

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Perbincangan kedua ialah analisis tahap pengaplikasian kaedah kolaboratif dalam PdPC
Pendidikan Islam. Merujuk kepada Jadual 5, nilai min keseluruhan bagi bahagian ini ialah
min=4.05 yang mana ianya dikategorikan sebagai tahap tinggi. Seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 5, skor min adalah di antara 3.82 sehingga 4.15. Item yang keempat belas
menunjukkan skor min yang paling tinggi iaitu min=4.15, manakala item yang kedua belas
menunjukkan skor min yang paling rendah iaitu min=3.84.

Selain itu,dapatan kajian juga menunjukkan bahawa 73 peratus (46 orang)
responden menyatakan setuju dan sangat bersetuju dengan pengaplikasian teknik
penyediaan tugasan berdasarkan kegemaran pelajar. Hal ini secara tidak langsung dapat
memberi motivasi dan galakan kepada pelajar kerana diberikan tugasan berdasarkan
kegemaran mereka. Maka, cetusan pemikiran positif pelajar akan terhasil dan ianya
mendorong kepada perubahan tingkah laku pelajar atau amalan pelajar Kamarul Azmi et
all dalam Abdul Halim Tamuri dan Kamarul Azmi Jasmi (2012). Justeru, jelaslah bahawa
dapatan kajian mendapati bahawa guru Pendidikan Islam mengaplikasikan kaedah
kolaboratif dalam PdPC Pendidikan Islam.

Selain itu juga, dapatan menunjukkan min bagi setiap item dalam bahagian ini ialah
berada pada tahap yang tinggi. Hal ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa
guru pada masa kini telah banyak mengaplikasikan kaedah kolaboratif ini khususnya
dalam proses PdPC. Hal ini bertentangan dengan hasil kajian Mohd Isha Awang & Sukreni
Ismail (2004) yang mendapati bahawa tahap penggunaan kaedah kolaboratif ini masih
pada tahap sederhana. Maka, di sini dapat difahami bahawa guru masa kini sudah
memahami tentang keberkesanan kaedah kolaboratif ini dan mereka pun
mengaplikasikannya dalam konteks PdPC masa kini.

Jadual 5
Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan Piawai Tahap Pengaplikasian Kaedah Kolaboratif Dalam
Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Pendidikan Islam (N=63)

Tahap Pengaplikasian Kaedah Kekerapan (Peratus) Jumlah
Kolaboratif dalam PdPC Pendidikan M SP
Islam STS TS TP S SS

Bil Perkara

10 Saya mengaplikasikan kaedah 1 9 39 14 4.04 0.65

kolaboratif untuk membina ilmu (1.6) (14.3) (61.9) (22.2)

pengetahuan pelajar

11 Saya mengaplikasikan kaedah 1 12 39 11 3.93 0.71

kolaboratif untuk menilai idea (1.6) (19.0) (61.9) (17.5)

pelajar

12 Saya mengaplikasikan teknik 1 1 15 36 10 3.84 0.76

penyediaan tugasan Pendidikan (1.6) (1.6) (23.8) (57.1) (15.9)

Islam berdasarkan kegemaran

pelajar

13 Saya mengaplikasikan 6 46 11 4.07 0.51

persekitaran pembelajaran yang (9.5) (73.0) (17.5)

aktif dalam melaksanakan proses

pembelajaran dan

pemudahcaraan

14 Saya mengaplikasikan peluang 5 43 15 4.15 0.54

yang ada agar murid boleh (7.9) (63.2) (23.8)

menyumbang idea

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

15 Saya mengaplikasikan aktiviti 1 10 35 17 4.07 0.70
(1.6) (15.9) (55.6) (27.0)
secara kolaboratif semasa proses
10 37 16 4.09 0.64
pembelajaran dan (15.9) (58.7) (25.4)

pemudahcaraan 8 41 14 4.09 0.58
(12.7) (65.1) (22.2)
16 Saya mengaplikasikan
8 42 13 4.07 0.57
perbincangan yang aktif dalam (12.7) (66.7) (20.6)

kalangan pelajar untuk 5 45 13 4.12 0.52
(7.9) (71.4) (20.6)
menyelesaikan masalah
8 37 18 4.15 0.62
17 Saya mengaplikasikan teknik (12.7) (58.7) (28.6)
memberi penghargaan kepada
setiap pendapat yang berbeza 2 10 40 11 3.95 0.68
daripada pelajar (3.2) (15.9) (63.5) (17.5)

18 Saya mengaplikasikan teknik 1 10 36 16 4.06 0.69
penglibatan seluruh kelas dalam (1.6) (15.9) (57.1) (25.4)
membincangkan idea pelajar yang
menarik 7 42 14 4.11 0.57
(11.1) (66.7) (22.2)
19 Saya mengaplikasikan
8 39 16 4.12 0.60
pengetahuan baru dan (12.7) (61.9) (25.4)

pengalaman sedia ada untuk 7 40 16 4.14 0.59
(11.1) (63.5) (25.4)
membimbing pelajar
7 43 13 4.09 0.55
20 Saya mengaplikasikan teknik (11.1) (68.3) (20.6)

penggalakan kepada semua 6 9 38 10 3.82 0.81
(9.5) (14.3) (60.3) (15.9)
pelajar untuk melibatkan diri dalam
8 41 14 4.09 0.58
aktiviti kelas secara terbuka (12.7) (65.1) (22.2)

21 Saya mengaplikasikan teknik 4.05 0.48
membentang tugasan secara Tinggi Tinggi
berkumpulan di hadapan kelas

22 Saya mengaplikasikan teknik

kumpulan yang kecil ketika proses

pembelajaran dan

pemudahcaraan berlangsung

23 Saya mengaplikasikan kaedah

komunikasi yang berkesan kepada

pelajar

24 Saya mengaplikasikan kaedah
berkongsi bahan pembelajaran
94tatis pelajar dalam kumpulan
mereka

25 Saya mengaplikasikan kaedah
berkongsi maklumat 94tatis
pelajar dalam kumpulan mereka

26 Saya mengaplikasikan teknik
bertolak ansur dalam kumpulan
semasa aktiviti pembelajaran dan
pemudahcaraan

27 Saya mengaplikasikan ruangan
bilik darjah untuk menyimpan
buku, jurnal dan surat khabar bagi
memudahkan pencarian maklumat
oleh pelajar

28 Saya mengaplikasikan teknik
perkongsian maklumat antara diri
sendiri dengan pelajar

Keseluruhan

Perbezaan pengaplikasian guru Pendidikan Islam dalam PdPC berdasarkan
demografi.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Persoalan 3: Adakah terdapat perbezaan pengaplikasian guru Pendidikan Islam dalam
PdPCberdasarkan demografi?

Persoalan kajian yang ketiga ialah adakah terdapat perbezaan pengaplikasian guru
Pendidikan Islam dalam PdPC berdasarkan demografi. Ianya menggunakan 95tatistic
inferensi. Ianya adalah untuk melihat perbezaan tahap pengaplikasian kaedah kolaboratif
di dalam PdPC berdasarkan demografi jantina. Menurut Pallant (2011), terdapat dua jenis
ujian-t, iaitu ujian-t bersandar dan ujian-t bebas. Ujian-t bersandar bermaksud untuk
mengukur perbezaan sesuatu pembolehubah pada dua waktu yang berbeza iaitu sebelum
dan selepas. Manakala, ujian-t bebas adalah untuk mengukur dua kumpulan yang berbeza
melalui satu pembolehubah. Maka, ujian-t bagi kajian ini ialah ujian-t bebas. Hal ini kerana
ianya menguji perbezaan tahap pengaplikasian kaedah kolaboratif dalam PdPC
berdasarkan jantina guru.

Berdasarkan Jadual 6, didapati bahawa nilai t bagi pengaplikasian kaedah
kolaboratif dalam PdPC untuk lelaki dan perempuan ialah t=0.504 dan tahap signifikan
p=0.622. Tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05(p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul
(Ho1) diterima dan gagal ditolak. Jadi tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
pengaplikasian kaedah kolaboratif dalam PdPC antara guru lelaki dan guru perempuan.
Hal ini bertepatan dengan dapatan kajian Mohd Isha Awang & Sukreni Ismail (2004), yang
mengatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekerapan penggunaan
kaedah kolaboratif dalam PdPC berdasarkan guru lelaki dan guru perempuan.

Jadual 6
Tahap Pengaplikasian Kaedah Kolaboratif dalam PdPC mengikut Jantina

Independent Samples Test

Levene’s Test for t-test for Equality of Means
Equality of
Variances

Sig. (2- Mean

F Sig. t df tailed) Difference

PENGAPLIKASIAN Equal

variances 11.809 .001 .705 61 .483 .10365

assumed

Equal

variances not .504 15.081 .622 .10365

assumed

Hubungan Antara Kefahaman Guru Terhadap Kaedah Kolaboratif Dengan
Pengaplikasiannya Dalam PdPC.

Persoalan 4: Adakah terdapat hubungan antara kefahaman guru Pendidikan Islam
terhadap kaedah kolaboratif dengan pengaplikasiannya dalam PdPC?

Persoalan kajian yang keempat ialah adakah terdapat hubungan antara kefahaman guru
terhadap kaedah kolaboratif dengan pengaplikasiannya dalam PdPC Pendidikan Islam.
Hal ini menunjukkan, pengkaji ingin mengkaji tentang hubungan antara dua
pembolehubah iaitu kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap kaedah kolaboratif dan
pengaplikasiannya dalam PdPC Pendidikan Islam. Ianya juga diukur melalui statistik
inferensi melalui pendapat Pallant (2005) seperti dalam Jadual 2. Hasil analisis data dalam
jadual 7 menunjukkan nilai korelasi ialah r = 0.693. Nilai ini menunjukkan hubungan antara

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji adalah kuat. Manakala, nilai signifikan (p), yang
diperoleh ialah 0.000 dan nilai ini lebih kecil daripada nilai alpha (0.01). Oleh itu, hipotesis
Ho2 didapati tidak benar dan ditolak. Keputusan analisis menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap kaedah
kolaboratif dengan pengaplikasiannya dalam PdPC. Hal ini bermakna skor kefahaman
guru Pendidikan Islam terhadap kaedah kolaboratif mempunyai perkaitan positif yang kuat
dengan skor pengaplikasiannya dalam PdPC Pendidikan Islam. Justeru, keputusan ini
membawa implikasi bahawa seseorang guru yang mempunyai kefahaman terhadap
kaedah kolaboratif yang tinggi berkemungkinan cenderung mengaplikasikannya dalam
PdPC Pendidikan Islam.

Jadual 7
Nilai Korelasi Antara Kefahaman Guru Pendidikan Islam Terhadap Kaedah Kolaboratif Dengan
Pengaplikasiannya Dalam PdPC Pendidikan Islam

Correlations

KEFAHAMAN Pearson Correlation KEFAHAMAN PENGAPLIKASIAN
PENGAPLIKASIAN 1 .693**
Sig. (2-tailed) .000
63 63
N .693** 1
Pearson Correlation .000
Sig. (2-tailed) 63
63
N
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi

Secara kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden mempunyai
kefahaman yang baik terhadap keberkesanan kaedah kolaboratif dalam konteks PdPC
Pendidikan Islam. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa semua responden
mempunyai persepsi yang baik tentang pengaplikasian kaedah kolaboratif dalam proses
PdPC dan mereka turut mengaplikasikannya. Manakala, hasil analisis keputusan ujian-t
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman guru Pendidikan
Islam terhadap kaedah kolaboratif dengan pengaplikasiannya dalam PdPC. Akhir sekali,
dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan antara
kefahaman guru Pendidikan Islam terhadap kaedah kolaboratif dengan pengaplikasiannya
dalam PdPC. Antara cadangan kajian yang boleh dijalankan pada masa akan datang ialah
melihat perbezaan ciri demografi seperti tempoh perkhidmatan mengajar responden dan
kelulusan akademik responden dengan tahap pengaplikasian kaedah kolaboratif dalam
PdPC. Selain itu, kajian ini juga dicadangkan untuk disambung untuk melihat tahap
pengaplikasian kaedah kolaboratif dan hubungannya dengan prestasi pencapaian murid.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Selain itu, antara implikasi kajian ini terbahagi kepada empat pihak iaitu
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), guru-
guru Pendidikan Islam sekolah rendah dan pelajar sekolah rendah. Antara implikasi kajian
ini kepada pihak KPM ialah perlunya kepada peningkatan kursus-kursus berkaitan dengan
kaedah pembelajaran kolaboratif ini. Hal ini kerana, tanggungjawab KPM bukan sahaja
untuk menggubal sistem pendidikan di negara, namun juga bagi memastikan guru
mempunyai pengetahuan yang banyak dan meluas mengenai sesuatu pembaharuan
dalam sistem pendidikan khususnya dalam Pendidikan Islam. Oleh itu, dalam konteks
kajian ini, KPM berperanan untuk memastikan pelbagai kursus berkenaan maklumat
pembelajaran kolaboratif ini dari segi cara pelaksanaan dan kelebihan-kelebihannya
dijalankan. Seterusnya, implikasi kepada pihak IPGM ialah mereka perlu melatih guru-
guru pelatih ini tentang konsep kaedah kolaboratif ini agar mereka mampu
melaksanakannya di sekolah selepas sahaja mereka bergraduasi. Hal ini penting bagi
memastikan graduan IPGM mempunyai tahap pengetahuan tentang perkembangan
sistem pendidikan khususnya pada abad ke-21 ini. Di samping itu juga, implikasi kepada
guru ialah guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam
melaksanakan pembelajaran kolaboratif dalam PdPC ini agar boleh menjadikan proses
pembelajaran murid sebagai proses yang menyeronokkan. Sesungguhnya, adalah perlu
diketahui bahawa gabungan antara kemahiran terkini dan pengalaman mengajar adalah
amat diperlukan untuk menghasilkan sesebuah proses PdPC yang menarik dan berkesan.

Akhir sekali, implikasi kajian ini kepada murid ialah motivasi dalaman pelajar akan
lebih meningkat sekiranya pendapat mereka didengari dan dihargai. Secara tidak
langsung, hal ini dapat menjadikan mereka lebih bersemangat untuk belajar. Hal ini secara
tidak langsung bertepatan dengan kajian Yusliza Baharin dan Fara Dina Yusop dalam
Masni Othman & Jamalludin Harun (2013), yang menagatakan pembelajaran kolaboratif
telah membantu meningkatkan pencapaian murid dan minat untuk belajar Selain itu, tahap
keyakinan diri pelajar juga akan meningkat disebabkan sudah terbiasa untuk
berkomunikasi semasa pembelajaran menggunakan kaedah kolaboratif ini dilaksanakan.
Secara tidak langsung, kemahiran komunikasi mereka juga menjadi lebih meningkat
sehingga mereka menjadi semakin berani untuk menyuarakan pendapat mereka.

Rujukan

Ab. Halim Tamuri, Muhamad Faiz Ismail & Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Komponen Asas
Untuk Latihan Guru Pendidikan Islam. GJAT VOL 2 ISSUE 2, 53-63.

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran
Menyeronokkan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu . Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)
Vol.3, Bil.2, 49-63.

Benayed, M. & Verreman, A. (2008). Collaborative Learning in Asynchronous Online
Discussion. Society for Information Technology & Teacher Education International
Conference.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Gokhale, A. A. (1995). Collaborative learning enhances critical thinking . Journal of

Technology Education 7(1). Retrieved from

http://scholar.lib.vt.edu/ejournals/JTE/v7nl/gokhale.jte-v7nl.html.

Kamarul Azmi Jasmi, Osmawadi Talip & Mohd Faeez Ilias. (2012). Strategi Pengajaran
Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Berpusatkan Pelajar. Prosiding Seminar
Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam (SEAPPI2012), (pp. 33-40). Johor
Bahru.

Kise, J., & Russell, B. (2008). Differentiated school leadership. Thousand oaks, CA:
Corwin Press.

Levin-Peled, R., Kali, Y. & Dori, Y. J. (2007). Promoting Collaborative Learning in Higher
Education: Design Principles for Hybrid Courses. Proceedings of the Computer
Support for Collaborative Learning (CSCL) International Conference. New Jersey,
USA.

Masni Othman & Jamalludin Harun. (2013). Pembelajaran Inkuiri-Kolaboratif dalam
Persekitaran Teknologi Web 2.0 dan Potensinya Terhadap Tahap Kemahiran
Penghujahan Saintifik Pelajar dalam Pembelajaran Sains. 1-11.

Mohamad Azrien Mohamed Adnan & Mohd Alwee Yusoff. (2009). Motivasi, Pembelajaran
Pengaturan Kendiri Dan Prestasi Akademik: Satu Kajian Di Kalangan Pelajar
Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri . Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4 ,
1-16.

Mohd Isha Awang & Sukreni Ismail. (2004). Penilaian terhadap pelaksanaan
pembelajaran kolaboratif dalam pengajaran pendidikan Islam. Seminar
Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004). Hotel City
Bayview Langkawi.

Pallant, J. (2001). SPSS survival manual: A step by step guide to data analysis using
SPSS for Windows (versions 10 and 11): SPSS student version 11.0 for Windows.
Open University Press.

Pallant, J. (2005). SPSS survival manual Ed. Kedua. Berksire, United Kingdom: Open
University Press.

Pallant, J. (2011). “SPSS Survival Manual: A step by step guide to data analysis using

SPSS”. Retrieved from http://eunacal.org/metodakerkimi/wp-

content/uploads/spss/SPSS_Survival_Manual_4th_Edition.pdf

Siti Muhibah Nor & Ab. Halim Tamuri. (2015). Prinsip Pembelajaran Aktif dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Fakulti
Pendidikan Bil 3 (2) , 29-42.

Suwarnee Mohd Solah. (2006). Persepsi terhadap kesediaan dan tahap penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan guru Bahasa Melayu
di sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar. Projek Penyelidikan
Sarjana Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

HUBUNGAN PENGETAHUAN DENGAN KESEDIAAN MENGGUNAKAN
SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN DALAM KALANGAN
GURU PENDIDIKAN ISLAM

¹Muhammad Faizie Rasid & ² Mohd Nazmi Desa (Ph.D)
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah

[email protected] & [email protected]

Abstrak

Pentaksiran adalah suatu proses dalam pendidikan bagi melihat prestasi dan
pencapaian murid. Proses analisis pentaksiran boleh berlaku dalam bentuk atas
talian mahupun secara manual. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
merupakan suatu sistem analisis yang digunakan untuk tujuan pentaksiran. Semua
guru wajib mengetahui dan mahir menggunakannya termasuk Guru Pendidikan
Islam di Sekolah Rendah. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap pengetahuan
dan kesediaan menggunakan SAPS dalam kalangan GPI di Sekolah rendah sekitar
daerah Tawau serta hubung kait antara keduanya. Intrumen yang merangkumi 21
item soalan diedarkan kepada 39 orang GPI sekolah rendah di sekitar daerah Tawau
bagi menjawab instumen soal selidik skala 5 poin. Data yang telah dikumpul akan
dianalisis menggunakan Statical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 23.0
yang dianalisis secara diskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian menunjukkan
tahap pengetahuan dan kesediaan menggunakan SAPS dalam kalangan GPI di
daerah Tawau berada di tahap tinggi. Terdapat hubungan yang positif antara kedua
pembolehubah tersebut dan dinyatakan di dalam kajian ini. Oleh hal yang demikian,
pihak Kementerian perlu memikirkan suatu cara untuk terus menambahbaik sistem
kearah yang lebih maju dan berkesan. Dengan cara ini dapat meletakkan sistem
pendidikan dan pentaksiran berada di suatu tahap yang lebih baik pada masa yang
akan datang.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015

Kata kunci: tahap, pengetahuan, kesediaan, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah,
Guru Pendidikan Islam

Pengenalan

Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap
sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pentaksian merupakan suatu
proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan
atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, kewujudan ciri “penguasaan”
sesuatu isi pengajaran yang diajar oleh guru pada pelajar dikuantifikasikan dengan
memberi skor ujian. Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu proses
mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran
juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang
pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki pengajaran dan
pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap
keupayaan murid.

Pentaksiran atas talian ini sebagai proses pentaksiran secara elektronik iaitu
Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) telah digunakan untuk persembahan aktiviti
pentaksiran dan mendapatkan maklum balas. Kaedah pentaksiran atas talian ini adalah
berbeza dengan pentaksiran berasaskan komputer yang merujuk kepada pentaksiran
dilaksanakan secara manual menggunakan alat elektronik tanpa sebarang rangkaian
internet manakala pentaksiran berbantukan komputer adalah merujuk kepada amalan
yang bergantung kepada penggunaan computer semata-mata. Contohnya, penggunaan
atas talian bagi tujuan merekod, menilai, mentaksir secara keseluruhan data atau e-
portfolio.

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu
berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember
2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan
sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. PBS merupakan satu
usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap
penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan
pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang
dihasratkan dalam Misi Nasional. PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun
2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada
tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik.
Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

Pernyataan Masalah

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015


Click to View FlipBook Version