dan Fariza (2017) berpendapat guru mengambil masa yang lama untuk menyediakan
bahan dan merancang pengajaran yang menggunakan TMK ini. Disebabkan guru sendiri
mempunyai banyak waktu mengajar maka kekangan masa menjadi salah satu faktor
terbesar guru lebih suka menggunakan bahan lain yang lebih mudah diselia berbanding
bahan berbentuk TMK.
Bagi item ke-25 pula iaitu “Saya suka melayari internet untuk mendapatkan
maklumat tambahan dan terkini sebagai bahan bantu mengajar”. Menunjukkan 4 orang
(4.9%) memilih jawapan tidak pasti, 41 orang (50.6%) menyatakan setuju dan 36 orang
(44.4%) menyatakan sangat setuju. pada item ini mempunyai nilai min ditahap tinggi iaitu
4.40 dan sisihan piawai 0.58. (M = 4.40, SP = 0.58). Item ini mencatatkan nilai min tertinggi
bagi bahagian ini dengan nilai min 4.40. Tidak dinafikan internet merupakan sumber yang
boleh membantu para guru dalam mencari idea bagi menambahbaik PdPC kerana segala
maklumat mudah diakses di mana-mana sahaja. Kajian Abdul Razak & Norazlina (2008)
menguatkan lagi pernyataan ini apabila jumlah guru adalah tinggi (70%) yang bersetuju
dengan item ketiga iaitu “Di luar waktu sekolah, saya melayari internet di rumah bagi
tujuan mencari bahan PdPC”.
Rata-rata guru bersikap positif terhadap penggunaan TMK dalam PdPC
Pendidikan Islam sehingga meletakkan nilai min berada pada tahap tinggi. Sikap guru
adalah penting kerana ia merupakan satu bentuk penerimaan guru bagi penggunaan TMK
dalam PdPC sama ada berbentuk positif atau negatif. Jika guru menerima yakin, suka
dan menyokong untuk menggunakan TMK dalam PdPC, maka tidak sukar untuk guru
mengaplikasi penggunaan TMK dalam PdPC. Sikap yang positif inilah yang mendorong
untuk pengaplikasiannya.
Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran
dan Pemudahcaraan Pendidikan Islam
Soalan 3: Apakah tahap penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam?
Hasil analisis data pada konstruk item bagi soal selidik bahagian ketiga pengkaji
merekodkan daripada 24 item, hanya 7 item sahaja min berada pada tahap tinggi
manakala baki 17 item berada pada tahap sederhana (Rujuk Jadual 5). Hal ini membawa
kepada jumlah keseluruhan min berada pada tahap sederhana iaitu 3.53 dengan sisihan
piawai 0.63 (M=3.53, SP= 0.63)
Jadual 5
Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam
Tahap Penggunaan TMK dalam PdPC
Pendidikan Islam Kekerapan (Peratus)
Jumlah
No Item STS TS TP S SS M SP
32 Saya menggunakan perisian 1 12 17 41 10 3.58 0.93
Pembelajaran Berbantukan (1.2) (14.8) (21.0) (50.6) (12.3)
Komputer (PBK) yang sedia ada
dalam proses PdPC
33 Saya membangunkan perisian 2 11 23 38 7 3.46 0.92
Pembelajaran Berbantukan (2.5) (13.6) (28.4) (46.9) (8.6)
Komputer (PBK) untuk proses PdPC
saya
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
34 Saya membangunkan laman web 4 21 27 25 4 3.05 0.10
berkaitan dengan PdPC saya (4.9) (25.9) (33.3) (30.9) (4.9)
35 Saya menggunakan aplikasi 1 18 24 35 3 3.26 0.89
komputer sewaktu memberikan latih (1.2) (22.2) (29.6) (43.2) (3.7)
tubi kepada pelajar
36 Saya menggunakan perisian 1 11 29 35 5 3.40 0.85
penyelesaian masalah dalam PdPC (1.2) (13.6) (35.8) (43.2) (6.2)
saya
37 Saya menggalakkan pelajar 2 6 18 46 9 3.67 0.87
menggunakan TMK untuk berkongsi (2.5) (7.4) (22.2) (56.8) (11.1)
sesuatu pembelajaran dengan
pelajar di sekolah-sekolah lain
38 Saya menggalakkan pelajar mencari 0 5 11 47 18 3.96 0.78
maklumat pembelajaran melalui (0) (6.2) (13.6) (58.0) (22.2)
internet
39 Saya menggunakan kemudahan 1 10 18 41 11 3.63 0.91
komputer untuk membuat latihan (1.2) (12.3) (22.2) (50.6) (13.6)
bagi sesuatu aktiviti pengukuhan
pelajar (contoh: menggunakan
perisian membuat kuiz)
40 Saya mengaplikasikan pengajaran 0 5 12 54 10 3.85 0.71
pemusatan pelajar dalam PdPC saya (0) (6.2) (14.8) (66.7) (12.3)
41 Saya mengaplikasikan pengajaran 0 6 21 48 6 3.67 0.72
berkonstruktif dalam PdPC saya (0) (7.4) (25.9) (59.3) (7.4)
42 Saya menggunakan email untuk 1 9 22 39 10 3.59 0.89
berkongsi dan bertukar pendapat (1.2) (11.1) (27.2) (48.1) (12.3)
sesama guru mengenai PdPC
43 Saya menggunakan email untuk 9 25 23 22 2 2.79 1.05
berhubung dengan ibu bapa (11.1) (30.9) (28.4) (27.2) (2.5)
44 Saya menggunakan ruang sembang 3 9 12 45 12 3.67 0.99
di internet untuk berkomunikasi (3.7) (11.1) (14.8) (55.6) (14.8)
sesama guru
45 Saya menggunakan email untuk 9 27 24 18 3 2.74 1.05
berhubung dengan pelajar (11.1) (33.3) (29.6) (22.2) (3.7)
46 Saya menggunakan ruang forum di 7 22 25 25 2 2.91 1.01
internet untuk berbincang dengan (8.6) (27.2) (30.9) (30.9) (2.5)
pelajar
47 Saya menggalakkan pelajar saya 0 3 14 44 20 4.00 0.76
mencari maklumat di internet (0) (3.7) (17.3) (54.3) (24.7)
48 Saya mengaplikasikan pengajaran 0 4 13 51 13 3.90 0.72
berasaskan sumber dalam PdPC (0) (4.9) (16.0) (63.0) (16.0)
saya
49 Saya selalu menggunakan komputer 2 8 23 38 10 3.57 0.92
dalam PdPC (2.5) (9.9) (28.4) (46.9) (12.3)
50 Saya menggunakan komputer bagi 0 2 5 47 27 4.22 0.67
menaip dokumen berkaitan PdPC (0) (2.5) (6.2) (58.0) (33.3)
51 Saya menggunakan pelbagai alat 1 6 18 43 13 3.75 0.86
pandang dengar bagi menggalakkan (1.2) (7.4) (22.2) (53.1) (16.0)
aktiviti PdPC
52 Saya menggunakan power point bagi 2 7 16 39 17 3.77 0.97
slide pengajaran (2.5) (8.6) (19.8) (48.1) (21.0)
53 Saya menggunakan grafik dalam 2 14 22 33 10 3.43 0.10
PdPC (2.5) (17.3) (27.2) (40.7) (12.3)
54 Saya menggunakan file sharing 3 9 18 42 9 3.56 0.96
dalam berkongsi bahan PdPC (3.7) (11.1) (22.2) (51.9) (11.1)
55 Saya menggunakan File Transfer 5 10 31 31 4 3.23 0.95
Protocol (FTP) dalam PdPC untuk (6.2) (12.3) (38.3) (38.3) (4.9)
mendapatkan bahan pengajaran
Min Keseluruhan: 3.53
Penggunaan TMK dalam PdPC adalah sebagai alat bantuan dalam menjadikan
PdPC lebih menarik, menyeronokkan dan bersifat interaktif. Namun begitu, berdasarkan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
analisis data di atas, guru-guru Pendidikan Islam di daerah Tawau hanya mencapai tahap
min yang sederhana bagi penggunaan TMK dalam PdPC. Hal ini membuktikan bahawa
kurangnya guru-guru ini mengaplikasi TMK sewaktu mendidik murid-murid di dalam kelas.
Perkara ini bertepatan dengan kajian Noraffandy, Siti Fatimah, Mohamed Bilal dan Megat
Aman Zahiri (2011) yang juga menunjukkan min pada tahap sederhana (M= 3.30) bagi
tahap penggunaan TMK dalam kalangan graduan Pendidikan Islam UTM.
Melalui analisis yang dijalankan juga saya mendapati item ke-45 iaitu “Saya
menggunakan email untuk berhubung dengan pelajar’’ merekodkan nilai min terendah
bagi persoalan ketiga dan berada pada tahap (min= 2.74). Guru juga jarang berhubung
dengan ibu bapa melalui email seperti yang tertera pada item ke-43 dengan nilai min yang
juga pada tahap sederhana iaitu 2.79. Biarpun item ke-42 mempunyai nilai min lebih tinggi
berbanding kedua-dua item di atas (min=3.59), namun ia masih berada pada tahap
sederhana. Ini menunjukkan bahawa guru jarang untuk berhubung dengan mana-mana
pihak menggunakan email. Hal ini mungkin disebabkan guru-guru menggunakan aplikasi-
aplikasi lain yang lebih mudah dan pantas bagi berhubung dengan pihak-pihak tersebut.
Daripada analisa yang telah dilakukan, item ke-50 iaitu “Saya menggunakan
komputer bagi menaip dokumen berkaitan PdPC” merekodkan nilai min yang paling tinggi
(min=4.22). Ini membuktikan bahawa komputer menjadi bahan utama bagi guru dalam
pengaplikasian TMK dalam PdPC. Puncanya adalah kerana segala bahan yang
diperlukan guru boleh diakses atau ditaip pada menggunakan komputer dengan mudah.
Perkara ini disokong oleh kajian Noraffandy, Siti Fatimah, Mohamed Bilal dan Megat
Aman Zahiri (2011) yang menunjukkan 92.6% responden bersetuju dengan kenyataan
yang sama bagi item ini.
Perbezaan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Pembelajaran dan Pemudahcaraan Pendidikan Islam Berdasarkan Lokasi
Sekolah
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi penggunaan TMK dalam PdPC
Pendidikan Islam berdasarkan lokasi sekolah.
Hipotesis ini dikemukakan bertujuan untuk melihat sama ada perbezaan yang signifikan
dalam skor min penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam berdasarkan lokasi
sekolah. Ujian-t digunakan untuk menguji hipotesis tentang min lokasi sekolah apabila
nilai sisihan piawai lokasi sekolah adalah tidak diketahui. Ujian-t telah dijalankan untuk
menentukan sama ada terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara penggunaan
TMK dalam PdPC dengan lokasi sekolah.
Jadual 6
Perbezaan min penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam berdasarkan lokasi sekolah
Lokasi N Min Sisihan Piawai Nilai t Nilai p
Sekolah 48 (a=0.05)
Bandar 3.55 0.60 0.728
0.423
Luar Bandar 33 3.50 0.69
Signifikan pada tahap p<0.05
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Berdasarkan Jadual di atas, didapati nilai t bagi perbandingan penggunaan TMK
dalam PdPC Pendidikan Islam ialah t=0.728 dan nilai p adalah p=0.423. Tahap signifikan
ini adalah lebih besar daripada 0.05 (p= 0.423> 0.05). Hal ini bermaksud tidak terdapat
perbezaan yang signifikan min penggunaan TMK dalam PdPC antara guru Pendidikan
Islam di sekolah bandar (min=3.55) dan luar bandar (min=3.50) berdasarkan lokasi
sekolah. Perkara ini adalah bertepatan dengan kajian Siti Fatimah & Ab Halim (2010) yang
juga mengenalpasti bahawa tidak berlaku perbezaan yang signifikan bagi persepsi guru
menggunakan BBM berasaskan multimedia berdasarkan lokasi sekolah. Oleh itu, hasil
ujian-t telah menerima hipotesis nul (Ho1).
Kesimpulan
Hasil daripada analisis kajian mendapati majoriti daripada responden adalah terdiri
daripada guru yang berkhidmat di sekolah bandar berbanding luar bandar. Selain itu,
daripada hasil dapatan soal selidik yang diedarkan kepada responden berkenaan dengan
tahap kemahiran guru Pendidikan Islam menggunakan TMK dalam PdPC, didapati semua
item mempunyai min di antara 3.16 sehingga 4.40 seperti di dalam Jadual 9. Hal ini dapat
disimpulkan bahawa tahap kemahiran guru Pendidikan Islam menggunakan TMK dalam
PdPC berada pada tahap yang tinggi melalui nilai keseluruhan min bagi tahap kemahiran.
Dari segi tahap sikap guru menggunakan TMK dalam PdPC pula, dapatan kajian
menunjukkan min yang tinggi bagi setiap item soal selidik yang diedarkan kepada
responden, yang mana setiap item yang dikemukakan mempunyai min yang lebih
daripada 3.82. Perkara ini membuktikan bahawa semua responden mempunyai
penerimaan dan keyakinan yang baik tentang pengaplikasian TMK dalam PdPC
Pendidikan Islam. Namun begitu, sebaliknya pula bagi item-item di bahagian penggunaan
TMK dalam PdPC. Min bagi bahagian ini hanya berada pada tahap sederhana dan
pengkaji menyimpulkan bahawa guru-guru ini mempunyai kemahiran dan penerimaan
yang positif namun tidak menggunakan TMK dalam PdPC yang dijalankan. Selain itu,
hasil analisis keputusan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
bagi kemahiran guru Pendidikan Islam menggunakan TMK dalam PdPC berdasarkan
lokasi sekolah.
Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama dalam menangani masalah ini dengan
mengambil tindakan yang sewajarnya. Pihak KPM perlu mewajibkan guru-guru untuk
menghadiri beberapa kursus yang berkaitan dengan TMK. Dengan adanya kursus-kursus
ini dapat meningkatkan kemahiran guru-guru serta minat mereka untuk mencuba perisian-
perisian yang baru. Lantaran itu, guru yang sudah berkemahiran dalam penggunaan TMK
tidak sukar bagi mereka untuk menyediakan BBM berbentuk multimedia sekaligus
menggalakkan penggunaannya dalam PdPC. Selain itu, pihak sekolah boleh merangka
strategi dalam memberi pendedahan ke atas kaedah pengaplikasian TMK dalam PdPC
untuk menjadikan proses pembelajaran itu lebih berkesan. Tambahan pula, guru sendiri
perlu mengambil inisiatif dengan mengaplikasi kemahiran dan sikap positif mereka
dengan mengaplikasi TMK sewaktu PdPC dijalankan.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Rujukan
Abdul Razak Idris & Norazlina Adam. (2008). Penggunaan Internet Dalam Kalangan Guru-
Guru Sekolah Rendah Di Sekitar Johor Bahru, Johor. Fakulti Pendidikan: Universiti
Teknologi Malaysia.
Baharin Abu dan Lim Lih Hoon. (2010). Tahap Pengetahuan Dan Penggunaan Komputer
Dalam Kalangan Guru-Guru Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di Kuala
Lumpur. pp. 1-8. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Ching, M. C. H. & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap guru Bahasa Melayu Terhadap
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di
Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia. 35 (1).
59-65.
Field, P. A. (2009). Discovering Statistic Using SPSS (Introducing Statistical Methods),
3rd ed. Singapore: SAGE Publications Asia Pacific Ltd.
Harianti Rokman. (2006). Kesediaan Guru Pendidikan Islam Terhadap Penggunaan
Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah
Kebangsaan Zon Skudai Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Sarjana Muda.
Hasnuddin Ab Rahman, Norfaizuryana Zainal & Norazzarahton Ab Karim. (2015).
Keberkesanan Penggunaan ICT di dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam bagi sekolah Desa Pandan Kuala Lumpur. International
Conference on Information Technology & Society.
Junaidah Mohamed Kassim & Rasyidah Anuar. (2006). Pembangunan Model Peka Bagi
Perisian Kursus E-Pembelajaran Animasi 3D. Kertas Kerja Sitma 2006, 19-20
August, Terengganu, Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013- 2025.
Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Shuhada’ Wan Hassan & Mohd Isa Hamzah. (2017).
Tahap Pengetahuan dan Kesediaan Guru-guru Pendidikan Islam Sekolah
Menengah di Selangor terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran
Pendidikan Islam. ASEAN Comporative Education Research Journal on Islam and
Civilization (ACER-J). Volume 1(1). 1-13.
Noraffandy Yahaya, Siti Fatimah Ahmad, Mohamad Bilal Ali & Megat Aman Zahiri. (2011),
Pengaplikasian Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam: Kajian
Di Kalangan Graduan Pendidikan Islam Utm, Seminar Penguruan Ugama
Serantau, anjuran Kolej Universiti Perguruan Ugama Darussalam, Brunei
Darussalam, 2011.
Nuraimi Kamis & Fariza Khalid. (2017). Kekangan penggunan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran guru prasekolah.
Simposium Pendidikan Diperibadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Othman Md. Johan & Lukman Dinyati. (2011). Persepsi guru-guru Islam terhadap
penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sekolah kebangsaan
di daerah Kluang. UNSPECIFIED. pp. 1-8.
Siti Fatimah Ahmad dan Abdul Halim Tamuri. (2010). Persepsi Guru Terhadap
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Maklumat Dalam
Pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education. 2(2): 53-64.
Sufean Hussin (2004). Teacher Education in Meeting Contemporary Expectations.
International Conference and Managing Teacher Education for Excellence,
Faculty of Education, Chulalogkorn University, Bangkok, July 11-14.
Zailawati Husin & Fariza Khalid. (2014). Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Di
Kalangan Guru Sekolah Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. (page 74-82),
Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan
dalam Pendidikan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN SERTA HUBUNGANNYA DENGAN
PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM KALANGAN GURU
PENDIDIKAN ISLAM DALAM DAERAH TAWAU
¹Nursyahida Saman & ² Halimatus Saadiah Mat Saad (Ph.D)
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah
[email protected] & [email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara pengetahuan dan kemahiran
dengan penggunaan komputer dalam kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI). Kajian ini
dijalankan di zon bandar dan luar bandar daerah Tawau yang melibatkan bilangan
responden seramai 60 orang Guru Pendidikan (GPI) Sekolah Rendah (SK). Data kajian
dikumpul melalui instrumen soal selidik yang diukur melalui skala likert telah diedarkan
kepada responden yang terlibat. Analisis data diproses dengan menggunakan Statical
Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 23.0. Data deskriptif dinyatakan dalam min,
peratusan dan sisihan piawai manakala data inferensi dinyatakan hasil daripada ujian t-
test dan korelasi pearson. Hasil dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara ketiga-tiga pembolehubah berdasarkan lokasi dengan penetapan
aras signifikan melebihi (p>0.05). Manakala hasil dapatan menunjukkan terdapat
hubungan antara pembolehubah di mana semakin tinggi tahap pengetahuan dan
kemahiran terhadap komputer maka semakin tinggi penggunaan komputer dalam
kalangan GPI. Oleh itu, beberapa implikasi dan cadangan kajian lanjutan dapat
dibincangkan di dalam kajian ini bagi meningkatkan lagi penguasaan ilmu dan kemahiran
terhadap komputer agar dapat memberi input yang maksimum dalam pengajaran dan
pemudahcaraan.
Kata kunci: Pengetahuan, kemahiran, penggunaan, komputer dan Guru Pendidikan
Islam
Pengenalan
Rian dan Kamisah (2012) menyatakan bahawa dunia pendidikan telah mengalami
perkembangan dan pertumbuhan yang sangat pesat. Kehadiran komputer serta teknologi
yang berkaitan dengannya dalam bidang pendidikan mampu mengurangkan bebanan
serta kekangan yang sedia wujud dalam pembelajaran tradisional dan konvensional.
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, penggunaan
komputer adalah tertumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang
digunakan bagi memindahkan ia kepada ilmu pengetahuan yang lebih bermakna dan
bermanfaat. Komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer
memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum
zaman komputer (Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg, 2000).
Menurut Fiske (1991), manfaat penggunaan komputer dapat dilaksanakan dalam
3 aspek utama iaitu sebagai alat penyediaan bahan bantu mengajar (BBM), media
pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan juga memudahkan pengurusan maklumat di
kalangan guru-guru di sekolah. Ketiga-tiga aspek ini jika diaplikasikan bersama boleh
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
menghasilkan suatu hasil yang cukup berkesan dalam merealisasikan suatu kaedah
pengajaran dan pembelajaran dengan pengetahuan dan kemahiran yang baik. Menyedari
hakikat ini, penggunaan bahan yang sesuai seperti komputer ini amat penting dalam
pengajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam untuk memudahkan murid-murid
memahami dan meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran. Pengetahuan
dan kemahiran guru dalam menggunakan komputer amatlah penting kerana ia akan
mendorong para murid juga untuk menjadi generasi celik IT seterusnya mencapai
matlamat kurikulum yang diharapkan.
Pernyataan Masalah
Menurut Ahmad Mohd Salleh (2011), Guru Pendidikan Islam merupakan ejen yang
memainkan peranan penting dalam memberi pendidikan awal kepada murid-murid untuk
memenuhi tuntutan fardu ain. Di peringkat sekolah rendah, matapelajaran Pendidikan
Islam diperuntukkan sebanyak 180 minit seminggu bersamaan 6 waktu pengajaran di
Tahun 1 hingga Tahun 6. Tanpa pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan
komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan penggunaan komputer
oleh guru di sekolah menjadi sangat terhad (Sherry, 1990).
Penyelidik ingin mengkaji tentang pengetahuan, kemahiran dan penggunaan
komputer dalam kalangan guru Pendidikan Islam di Daerah Tawau. Kurangnya
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Islam dikaitkan
dengan kaedah pengajaran yang pasif dan tidak inovatif serta terlalu terikat dengan tradisi
lama, tempoh waktu mengajar yang tidak mencukupi dan kegagalan guru Pendidikan
Islam bersaing dengan perkembangan ICT yang teramat pantas pada masa kini (Buku
Panduan Kursus Khas Guru Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia Fasa 3
Tahun 2005, m.s. 69). Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
sangat penting dan ia menjadi peranan guru sebagai pelaksana bertanggungjawab
mengajar dan menarik minat murid untuk menguasai satu-satu pelajaran bagi mencapai
objektif tertentu.
Objektif dan Soalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan terhadap komputer dalam kalangan Guru
Pendidikan Islam.
2. Mengenal pasti tahap kemahiran terhadap komputer dalam kalangan Guru
Pendidikan Islam.
3. Mengenal pasti tahap penggunaan komputer dalam kalangan Guru Pendidikan
Islam.
4. Mengenal pasti perbezaan antara pengetahuan dan kemahiran dengan
penggunaan komputer dalam kalangan guru Pendidikan Islam berdasarkan lokasi.
5. Mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dan kemahiran dengan
penggunaan komputer dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan
berikut:
1. Apakah tahap pengetahuan terhadap komputer dalam kalangan Guru Pendidikan
Islam.
2. Apakah tahap kemahiran terhadap komputer dalam kalangan Guru Pendidikan
Islam.
3. Apakah tahap penggunaan komputer dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.
4. Adakah terdapat perbezaan antara pengetahuan dan kemahiran dengan
penggunaan komputer dalam kalangan Guru Pendidikan Islam berdasarkan
lokasi.
5. Adakah terdapat hubungan antara pengetahuan dan kemahiran dengan
penggunaan komputer dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.
Metodologi
Reka bentuk kajian ialah rancangan yang menentukan cara data dikumpulkan dan
dianalisis (Mohammad Yusuf, 2001). Reka bentuk kajian utama yang digunakan oleh
penyelidik ialah penyelidikan kuantitatif berbentuk tinjauan. Populasi terdiri daripada GPI
di sekolah-sekolah rendah daerah Tawau di mana 60 orang responden dipilih sebagai
sampel kajian. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diukur menggunakan
skala likert sebagai instrumen kajian bagi mengumpul data. Kajian tinjauan dengan
menggunakan borang soal selidik ini dipilih kerana kaedah ini mudah ditadbir dan data
juga senang diproses dan dianalisis (Ahmad Mahzan Ayob, 1995). Kesahan telah
dijalankan ke atas 5 orang rakan bagi memberi maklum balas mengenai kebolehbacaan
dan kejelasan item. Manakala kajian rintis dijalankan untuk mendapatkan nilai
kebolehpercayaan Alpha Cronbach di mana secara keseluruhannya konstruk item yang
ditadbir memperoleh nilai 0.95. Menurut Mohd Ali (2011), indeks kebolehpercayaan
dengan nilai tersebut dianggap sah dan diterima.
Analisis deskriptif digunakan berdasarkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan
piawai yang diproses oleh Statical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 23.0.
Manakala data analisis inferensi ditunjukkan melalui hasil ujian t-test (p<0.05) dan korelasi
Pearson (p<0.01). Bagi menentekan tahap-tahap untuk setiap variabel yang terlibat,
penyelidik menggunakan panduan skor;
Jadual 1 Interpretasi
Interpretasi Julat Skor Min Tinggi
Skor Min Sederhana
3.68 - 5.00 Rendah
2.34 - 3.67
1.00 – 2.33
Sumber: Suwarnee (2006)
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Dapatan Kajian
Soalan 1: Apakah tahap pengetahuan terhadap komputer dalam kalangan GPI?
Berdasarkan hasil dapatan kajian, kebanyakan guru menyatakan mereka mempunyai
pengetahuan yang baik terhadap komputer. Hal ini dibuktikan melalui nilai min
keseluruhan yang tinggi bagi bahagian ini iaitu 4.20, serta min bagi setiap item di dalam
soal selidik yang mempunyai min lebih daripada 3.90. Selain itu, dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa 98.3 peratus (59 orang) responden menyatakan setuju dan sangat
bersetuju dengan penggunaan komputer untuk menaip sesetengah maklumat. Hasil ini
selari dapatan Zaidatun Tasir & Lim Bee Yeok (2008) di mana hasil dapatan ini
menunjukkan guru-guru mempunyai pengetahuan yang baik dalam penggunaan
komputer dalam pengajaran. Hal ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa guru
menggunakan komputer untuk menaip sesetengah maklumat secara kerap. Justeru,
dapatan kajian mendapati bahawa guru Pendidikan Islam mengaplikasikan komputer
dalam pengajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam. Dalam erti kata lain,
pengetahuan guru amat penting dalam banyak aspek yang berkaitan dengan pengajaran
dan pemudahcaraan di dalam kelas.
Selain itu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru mempunyai
pengetahuan yang tinggi terhadap penggunaan komputer pada beberapa elemen seperti
cara menyimpan data ke dalam media storan seperti cakera keras/cakera mudah alih,
cara menggunakan perisian asas komputer seperti buku skrap dan menggunakan
perisisan asas komputer seperti “note pad”. Para responden juga mempunyai
pengetahuan dalam menggunakan “trash can” dan “clip art”. Para responden juga tahu
cara memasang set komputer dan mampu menggunakan komputer untuk mengendalikan
beberapa perisian kursus.
Jadual 2
Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai tahap pengetahuan terhadap komputer dalam kalangan GPI
Tahap pengetahuan menggunakan dalam Kekerapan Jumlah
kalangan guru Pendidikan Islam
Bil Perkara (Peratus)
1 Saya boleh menggunakan komputer ST TS TP S SS M SP
untuk menaip sesuatu bahan atau S
dokumen-dokumen lain.
1 28 31 4.50 0.54
2 Saya tahu cara penyimpanan data ke 1.7 46.7 51.7
dalam media storan seperti cakera
keras. 8 26 26 4.30 0.70
13.3 43.3 43.3
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
3 Saya tahu cara penyimpanan data ke 5 29 26 4.35 0.63
dalam media storan seperti cakera 8.3 48.3 43.3
mudah alih (traveling disk/pendrive).
4 Saya tahu menggunakan perisian 14 27 19 4.08 0.74
asas komputer seperti buku skrap. 23.3 45.0 1.7 0.64
5 Saya tahu menggunakan perisian 8 34 18 4.17
asas komputer seperti "note pad". 13.3 56.7 30.0
6 Saya tahu menggunakan "trash can". 2 17 26 15 3.90 0.82
3.3 8.3 43.3 25.0 0.67
7 Saya tahu cara menggunakan "clip
art”. 11 33 16 4.08
18.3 55.0 26.7
8 Saya tahu memasang set komputer. 1 5 9 26 19 3.95 0.98
5.0 43.3 31.7
1.7 8.3
9 Saya boleh menggunakan komputer 1 7 36 16 4.12 0.67
untuk mengendalikan beberapa 1.7 11.7 60.0 26.7 0.61
perisian kursus yang sedia ada.
6 35 19 4.22
10 Saya tahu cara mengitegrasikan 10.0 58.3 31.7
komputer dalam pengajaran.
11 Saya tahu mencari bahan-bahan 31 29 4.48 0.50
pengajaran di internet. 51.7 48.3
Min keseluruhan 4.20 Tinggi
Soalan 2: Apakah tahap kemahiran terhadap komputer dalam kalangan GPI?
Dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian kedua ialah melihat nilai min bagi kemahiran
terhadap komputer dalam kalangan GPI iaitu berada pada tahap yang tinggi 3.90.
Walaupun skor min berada pada tahap yang tinggi iaitu di antara min=3.81 dan min=4.28,
terhadap dua item yang berada pada tahap sederhana. Kemahiran yang dinyatakan
dalam item ini kurang dikuasai oleh kebanyakan responden iaitu dalam kemahiran
menggunakan Pangkalan data (Data Base) min=3.58 dan Program Grafik min=3.63.
Pada item-item ini membuktikan bahawa kebanyakkan guru menyatakan bahawa
kemahiran dalam penggunaan komputer penting untuk dikuasai. Oleh itu, daripada
dapatan data dapatlah penyelidik simpulkan nilai min yang tinggi dan beberapa item
sederhana membuktikan bahawa kemahiran penggunaan komputer dalam kalangan guru
Pendidikan Islam berada pada tahap yang baik namun kebanyakkan guru menyatakan
bahawa kemahiran terhadap penggunaan komputer perlu ditingkatkan dari semasa ke
semasa seperti yang dinyatakan dalam kajian Johari Bin Hassan & Siti Norazlina Binti
Kamisan (2011) yang menyimpulkan bahawa masih terdapat ramai pensyarah yang
kurang mahir dalam ICT.
Jadual 3
Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai tahap kemahiran terhadap komputer dalam kalangan GPI
Tahap kemahiran menggunakan Kekerapan Jumlah
komputer dalam kalangan guru (Peratus)
Pendidikan Islam
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Bil Perkara STS TS TP S SS M SP
1 Pemprosesan perkataan (Word 2 6 37 15 4.08 0.70
Processor). 3.3 10.0 61.7 25.0
2 Telekomunikasi e-mail. 5 35 20 4.25 0.60
8.3 58.3 33.3
3 Perisian Pengarangan (Multimedia 1 19 28 12 3.85 0.76
authoring). 1.7 31.7 46.7 20.0
4 Perisian Persembahan (Presentation 1 15 31 13 3.93 0.73
software). 1.7 25.0 51.7 21.7
5 CD-ROM. 2 13 34 11 3.90 0.73
3 21.7 56.7 18.3
6 Membina Pengkalan Data (Data 1 4 23 23 9 3.58 0.89
Base). 1.7 6.7 38.3 38.3 15.0
7 Hamparan Eletronik (Electronic 1 3 21 24 11 3.68 0.89
Spreadsheet). 1.7 5.0 35.0 40.0 18.3
8 Program grafik. 2 2 23 23 10 3.62 0.92
3.3 3.3 38.3 38.3 16.7
9 Pencarian maklumat secara on-line 2 3 31 24 4.28 0.72
(Internet). 3.3 5.0 51.7 40.0
Simulasi Komputer. 2 1 13 34 10 3.82 0.85
3.3 1.7 21.7 56.7 16.7
Min keseluruhan 3.90 Tinggi
Soalan 3: Apakah tahap penggunaan komputer dalam kalangan GPI?
Analisis dan perbincangan mengenai tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru
Pendidikan Islam adalah skor min. Skor min pula diukur berdasarkan kepada tiga tahap
iaitu nilai skor min 1.00 hingga 2.33 adalah rendah, skor min 2.34 hingga 3.66 adalah
sederhana, dan skor min 3.67 hingga 5.00 adalah tinggi. Secara umumnya, min
keseluruhan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru Pendidikan Islam adalah
pada tahap tinggi. Semua item berada pada tahap tinggi seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 4.7. Skor min adalah di antara 4.07 hingga 4.50 dan nilai purata min keseluruhan
ialah 4.32.
Hasil dapatan kajian dianalisis secara terperinci bagi mengetahui apakah tahap
penggunaan komputer dalam kalangan guru Pendidikan Islam. Berdasarkan jadual
analisis data mendapati tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru Pendidikan
Islam pada tahap tinggi. Selari dengan dapatan Zaidatun Tasir & Lim Bee Yeok (2008) di
mana hasil dapatan ini menunjukkan guru-guru kerap menggunakan komputer. Ini
membuktikan bahawa para guru Pendidikan Islam di sekitar daerah Tawau cakna dengan
perkembangan arus semasa dan mampu meliterasikan komputer di dalam pengajaran
dan pemudahcaraan.
Jadual 4
Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai tahap penggunaan komputer dalam kalangan GPI
Tahap penggunaan komputer dalam Kekerapan (Peratus) SS Jumlah
kalangan guru Pendidikan Islam STS TS TP S M SP
Bil Perkara
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
1 Saya menggunakan komputer 6 38 16 4.17 0.59
dalam penyediaan bahan 10.0 63.3 26.7 0.53
pengajaran. 0.58
1 31 28 4.45 0.66
2 Saya menggunakan komputer 1.7 51.7 46.7 0.61
untuk menyimpan rekod pelajar. 3 33 24 4.35
5.0 55.0 (40.0
3 Saya menggunakan komputer
untuk membantu dalam analisis 1 8 37 14 4.07
peperiksaan. 1.7 13.3 61.7 23.3
4 Saya menggunakan komputer 1 1 25 33 4.37
untuk membantu dalam proses 1.7 1.7 41.7 55.0
pengajaran dan pembelajaran.
5 Saya turut menggunakan
komputer di rumah untuk mencari
bahan pengajaran dan
pembelajaran.
6 Dengan memiliki komputer mudah 1 1 25 33 4.50 0.62
alih (laptop) sendiri akan 1.7 1.7 (1.7 55.0
memudahkan saya melakukan
kerja.
Min keseluruhan 4.32
Tinggi
Soalan 4: Adakah terdapat Perbezaan antara pengetahuan, kemahiran dan penggunaan
komputer berdasarkan lokasi dalam kalangan GPI?
Dengan merujuk nilai min, didiapati GPI yang bertugas di bandar mempunyai nilai min
yang rendah (4.16) berbanding di luar bandar (4.23). Namun, tidak terdapat perbezaan
yang signifikan berdasarkan lokasi dengan tahap pengetahuan GPI (p= 0.65).
Jika dilihat pula keputusan analisis ujian t-test bagi variabel kemahiran mengikut
lokasi, perbezaan skor min kemahiran di bandar adalah lebih rendah (3.88) berbanding di
kawasan luar bandar (3.92). Keputusan analisis t-test menunjukkan tidak terdapat
keputusan yang signifikan variabel kemahiran berdasarkan lokasi (0.65). Demikian juga
keputusan analisi t-test bagi variabel penggunaan iaitu tidak terdapat perbezaan yang
signifikan (0.91).
Walau bagaimanapun, kesemua variabel untuk tahap pengetahuan, kemahiran
dan penggunaan komputer menununjukkan skor min variabel yang lebih tinggi di luar
bandar berbanding di bandar. Penyelidik menyimpulkan bahawa, tidak terdapat jurang
teknologi multimedia dan komunikasi yang ketara. Oleh itu, kajian yang dijalankan di
daerah Tawau ini tidak selari dengan pendapat Salman (2011) di mana jurang digital
antara sekolah di kawasan bandar dan luar bandar mendepani senario pendidikan yang
masih wujud ketika ini iaitu berkenaan ketaksamaan penembusan TMK antara kawasan
bandar dan luar bandar.
Jadual 5
Ujian t-Test terhadap perbezaan pengetahuan terhadap komputer berdasarkan lokasi
Lokasi Bilangan Min Sisihan Nilai t Tahap signifikan
Piawai 0.65
Bandar
Luar Bandar 30 4.16 0.57 0.45
30 4.23 0.52
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Jadual 6
Ujian t-Test terhadap perbezaan kemahiran terhadap komputer berdasarkan lokasi
Lokasi Bilangan Min Sisihan Nilai t Tahap
Piawai signifikan
Bandar
Luar Bandar 30 3.88 0.69 0.24 0.81
30 3.92 0.59
Jadual 7
Ujian t-Test terhadap perbezaan penggunaan komputer berdasarkan lokasi
Lokasi Bilangan Min Sisihan Nilai t Tahap signifikan
Piawai
Bandar
Luar Bandar 30 4.21 0.59 1.72 0.91
30 4.43 0.39
Soalan 5: Adakah terdapat hubungan antara pengetahuan dan kemahiran dengan
penggunaan komputer dalam kalangan GPI?
Bahagian ini menjawab soalan keempat iaitu berkaitan dengan hubungan antara
pengetahuan dan kemahiran dengan penggunaan komputer dalam kalangan Guru
Pendidikan Islam. Bagi menjawab persoalan ini, ujian korelasi pearson telah dijalankan.
Ujian korelasi digunakan sebagai alat untuk melihat hubungan antara dua pembolehubah
yang dipilih dengan nilai koefisien korelasi. Dalam kajian ini setiap data berada di dalam
bentuk kuantitatif dan telah diuji taburan data berada dalam kelompok taburan normal.
Oleh sebab itu korelasi pearson dijalankan ke atas data tersebut bagi menguji hubungan
antara pembolehubah tersebut. Hasil tersebut juga jelas menunjukkan terdapatnya satu
perkaitan yang signifikan diantara pembolehubah pengetahuan dan kemahiran dengan
penggunaan komputer dalam kalangan GPI. Dengan kata lain semakin tinggi tahap
pengetahuan dan kemahiran maka semakin tinggi nilai penggunaan komputer dalam
kalangan GPI. Analisis menggunakan SPSS dalam dinilai melalui Jadual 15 dibawah:
Jadual 8
Ujian korelasi Pearson terhadap hubungan pengetahuan dan kemahiran dengan penggunaan komputer
dalam kalangan GPI
penggunaan Pearson Correlation penggunaan pengetahuan kemahiran
Sig. (2-tailed) 1 .615** .454**
N .000 .000
60 60 60
pengetahuan Pearson Correlation .615** 1 .736**
Sig. (2-tailed) .000 .000
N 60 60
60 .736** 1
kemahiran Pearson Correlation .454** .000
Sig. (2-tailed) .000 60
N 60
60
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi
Secara keseluruhan, skor min tahap penggunaan komputer dalam kalangan Guru
Pendidikan Islam adalah sangat tinggi (M=4.32) berbanding skor min tahap pengetahuan
(M=4.20) dan tahap kemahiran (M=3.90) dalam menggunakan komputer. Dalam hal ini,
sudah pasti Guru Pendidikan Islam mengaplikasikan komputer dengan pengetahuan dan
kemahiran yang asas di mana memberi kesan yang terhad terhadap diri dan murid. Oleh
itu, beberapa item tahap pengetahuan dan kemahiran boleh diambil perhatian oleh para
guru untuk berusaha mengikuti kursus dalaman atau luaran bagi mengingkatkan
pengetahuan dalam istilah-istilah di dalam komputer supaya dapat menggunakannya
secara maksimum dengan kemahiran yang betul. Jika dilihat semula, hasil dapatan
analisis perbezaan tidak menunjukkan perbezaan signifikan antara variabel tahap
pengetahuan dan kemahiran dengan penggunaan komputer dalam kalangan Guru
Pendidikan Islam. Hal ini menunjukkan tiada jurang teknologi antara bandar dan luar
bandar sekitar Tawau di mana komputer digunakan dan diaplikasikan secara meluas oleh
para guru. Kajian yang dijalankan ini telah dapat memberikan gambaran secara terperinci
kepada tahap pengetahuan dan kemahiran guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan
komputer. Penyelidik menggariskan tiga cadangan utama iaitu kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), guru-guru sekolah
rendah dan pelajar sekolah rendah. Antara implikasi kajian ini kepada pihak KPM ialah
perlunya kepada peningkatan kursus-kursus berkaitan dengan penggunaan komputer
dan cara untuk meliterasikan komputer dalam pengajaran dan pemudahcaraan.
Selain itu, kajian ini juga memberi implikasi kepada pihak IPGM. Hal ini kerana,
IPG di Malaysia merupakan pusat latihan dan institusi yang melahirkan graduan guru
terlatih dan akan mengajar pelajar di sekolah rendah. Maka, latihan dalam kemahiran
teknologi khususnya komputer perlu diterapkan dari awal lagi. Seterusnya, kajian ini
memberi implikasi kepada guru-guru khususnya guru Pendidikan Islam. Adalah perlu
diketahui bahawa gabungan antara kemahiran terkini dan pengalaman mengajar adalah
amat diperlukan untuk menghasilkan sesebuah proses PdPC yang menarik dan
berkesan. Oleh hal yang demikian, kajian ini bukan sahaja berkepentingan untuk menjaga
imej profesion Guru Pendidikan Islam dalam memainkan peranan ke arah membina
generasi Islam Hadhari masa depan malah pengkaji juga mengharapkan Guru Pendidikan
Islam tidak terus ketinggalan dalam perkembangan era teknologi dalam melaksanakan
tugas pada masa akan datang. Walaubagaimanapun, pengkaji hanya menitikberatkan
kajian ini kepada pengetahuan dan kemahiran guru Pendidikan Islam terhadap komputer
dan hubungannya dengan penggunaan komputer. Beberapa cadangan kajian lanjutan
boleh dijalankan ke atas dapatan kajian skor min perbezaan variabel luar bandar yang
lebih tinggi daripada skor min bandar sekitar Tawau. Selain itu, cadangan kajian pada
masa akan datang boleh dilihat pada perbezaan ciri demografi seperti tempoh
perkhidmatan mengajar responden dan kelulusan akademik responden dengan tahap
pengetahuan dan kemahiran guru. Selain itu, kajian ini juga dicadangkan untuk
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
disambung untuk melihat tahap penggunaan komputer dan hubungannya dengan prestasi
murid.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah ke hadapan dengan
menyediakan bekalan penggunaan teknologi yang bertujuan untuk memudahkan
pengajaran dan pemudahcaraan guru di sekolah. Ia juga sekaligus bertujuan untuk
mendedahkan dan menarik minat guru, murid, ketua panitia dan para pentadbir dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan terkini. Sistem pendidikan yang berteraskan literasi
komputer sudah pasti mengandungi pelbagai kebaikan dan manfaat. Guru merupakan
orang yang berperanan untuk meggerakan proses PdPC di dalam bilik darjah perlu
bersedia membuat anjakan paradigma sama ada dari segi amalan mahupun mindset.
Kesimpulannya, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa penggunaan komputer
sangat bermanfaat kepada guru dan murid. Kegunaannya sangat meluas dan ia amat
efektif dalam membantu para guru menyampaikan pelajaran dengan lebih baik di samping
guru juga dapat melakukan tugasnya dengan lebih berkesan. Berdasarkan kajian ini
kebanyakan guru telah memahami tentang kepentingan penggunaan komputer dalam
kalangan guru Pendidikan Islam. Di samping itu juga, beberapa implikasi kajian ini
terhadap pihak KPM, IPGM, guru sekolah rendah dan pelajar juga telah dikenalpasti.
Cadangan kajian tindakan susulan juga telah disertakan.
Rujukan
Ahmad Mohd Salleh. 2011. Kurikulum, Metodologi Dan Pedagogi Pengajian Islam Edisi
Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ahmad Mahzan Ayob. 1995. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan. 2006.
Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.
Buku Panduan Kursus Khas Guru Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia Fasa 3
Tahun 2005, m.s. 69.
Cohen, L. andManion, L. 1980. Research Methods in Education. London: Groom Helm Ltd.
Johari hassan & Fazliana Rashida. 2011. Penggunaan ICT dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran di Kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia Skudai, Johor. Journal of Technical & Engineering Education.
Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. 2012. Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohammad Yusuf. 2001. Kaedah Penyelidikan Kuantitatif. Dalam Ahmat Adam dan Saidatul
Nornis Mahali (eds.). Penyelidikan dan penulisan Ilmiah: Prosiding Seminar Penyelidikan
dan Penulisan Ilmiah. Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Mohd. Majid Konting. 2009. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Rian Vebrianto & Kamisah Osman. 2012. Keberkesanan Penggunaan Pelbagai Media
Pengajaran dalam Menigkatkan Kemahiran Proses Sains dalam Kalangan
Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 37(1), 1-11.
Sherry. 1990. Penggunaan Komputer Dan Internet Di Kalangan Guru Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Teknik di seluruh Kelantan.
Tesis sarjana muda tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia.
Uma Sekaran. 2000. Research Methods for Business; A Skill-Building Approach. John Wiley and
Sons: New York.
Zaidatun Tasir & Lim Bee Yeok. 2008. Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan
Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Fakulti
Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
TAHAP KEFAHAMAN, PENGLIBATAN DAN SIKAP MURID TERHADAP
PENGGUNAAN AUDIO VISUAL DALAM PEMBELAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN PENDIDIKAN ISLAM
¹Zia Safiqah Zamree & ²Siti Fatimah Ishak
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah
[email protected] & [email protected]
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kefahaman, penglibatan dan sikap murid
terhadap penggunaan audio visual dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC)
Pendidikan Islam. Kajian ini dijalankan zon bandar daerah Tawau yang melibatkan
bilangan responden 80 orang dalam kalangan murid sekolah rendah. Data kajian
dikumpulkan melalui instrumen soal selidik diedarkan kepada responden yang terlibat.
Penyelidik membuat analisis deskriptif dengan menggunakan Statical Packages for
Social Sciences (SPSS) Versi 23.0. Penganalisisan data dalam bentuk deskriptif
seperti penulisan min, peratusan dan sisihan piawai. Dapatan kajian keseluruhannya
mendapati bahawa tahap kefahaman, penglibatan dan sikap murid terhadap
penggunaan audio visual dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC)
Pendidikan Islam adalah tinggi. , Beberapa implikasi dan cadangan kajian lanjutan
juga dibincangkan dalam kajian ini tbagi mencapai sesi pembelajaran yang berkesan
dan bermakna kepada murid khususnya dalam Pendidikan Islam.
Kata kunci:Kefahaman,penglibatan,sikap,penggunaan,audiovisual, pembelajaran
dan pemudahcaraan
Pengenalan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dapat didefinisikan sebagai pelbagai bentuk
peralatan dan sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi,
memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Pada
zaman kini, TMK digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya
dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar terhadap dunia akan datang
(Rosernberg, 2001).Menurut Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi
teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan
fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata
pelajaran yang diajar. Manakala Menurut Pisapa (1994), integrasi TMK dalam PdPC
bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan
menambah kemahiran. Hal ini jelas bahawa, penggunaan teknologi mesti digabungjalin
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
bersama kaedah pengajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Sehubungan
dengan itu, guru perlu mengintegrasi TMK untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti
PdPC. Ringkasnya, peranan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam akan membawa kepada
kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan pemudahcaraan.
Pendidikan Islam memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai hasrat
pendidikan kebangsaan yang menuju ke arah pembangunan insan yang menyeluruh dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ringkasnya, guru-guru
Pendidikan Islam menggalas tanggung jawab besar untuk melahirkan murid yang mampu
menjana diri mereka menjadi insan berakhlak al-Qur’an dan pada masa yang sama
mempunyai daya saing serta berkemahiran tinggi dalam mengaplikasi TMK selaras
dengan tuntutan semasa ke negara maju.
Pernyataan Masalah
Pendidikan Islam adalah merupakan mata pelajaran yang penting untuk dipelajari oleh
murid di sekolah kerana ia memberi penekanan dalam bidang Al-quran, hadis, akidah,
ibadah, sirah dan akhlak. Namun, realiti hari ini corak pembelajaran dan pemudahcaraan
Pendidikan Islam sering dikatakan mundur dan perkara ini dilihat sebagai faktor yang
menjadi masalah dalam PdPC. Justeru, guru Pendidikan Islam mestilah menggunakan
pendekatan yang boleh menarik minat murid untuk mendekatkan ilmu agama bersesuaian
dengan jiwa murid. Menurut Azhar & Nurul Huda (2009), gabungan teknologi maklumat
dan ilmu agama ini telah melahirkan guru-guru pelatih yang mempunyai pakej yang
lengkap sebagai seorang tekno-da’i. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa guru
Pendidikan Islam berperanan dalam penggunaan TMK kerana dengan cara ini mampu
menarik perhatian dan minat murid mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam.
Selain itu, permasalahan yang dapat dilihat pada hari ini ialah penggunaan TMK
dalam kalangan murid sekolah rendah tidak diaplikasikan. Kaedah chalk and talk yang
digunakan oleh guru Pendidikan Islam menyebabkan pengajaran Pendidikan Islam
kelihatan hambar.Sehubungan itu, pengkaji berminat untuk mengenalpasti tahap
penggunaan, penguasaan dan faktor-faktoryang mempengaruhi minat murid dalam
penggunaan TMK ketika PdPC Pendidikan Islam dilaksanakan di dalam kelas.
Objektif dan Soalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan:
5. Tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pembelajaran
dan pemudahcaraan Pendidikan Islam dalam kalangan murid tahap 2 di sekolah
rendah daerah Tawau.
6. Tahap penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam matapelajaran
Pendidikan Islam dalam kalangan murid tahap 2 di sekolah rendah daerah Tawau.
7. Faktor-faktor yang mempengaruhi minat murid dalam penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi semasa pembelajaran dan pemudahcaraan dijalankan.
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan
berikut:
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
5. Apakah tahap penggunaan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam dalam kalangan murid
tahap 2 di sekolah rendah daerah Tawau?
6. Sejauhmanakah tahap penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
mata pelajaran pendidikan islam dalam kalangan murid tahap 2 di sekolah rendah
daerah Tawau?
7. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi minat murid dalam penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi semasa pembelajaran dan pemudahcaraan
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam?
Metodologi
Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tinjauan. Tujuan kajian dijalankan untuk
mengenal pasti tahap penggunaan, penguasaan dan faktor-faktor integrasi TMK dalam
PdPC Pendidikan Islam di sekolah. Populasi dalam kajian terdiri daripada 30 orang murid
yang dipilih secara rawak mudah di beberapa buah sekolah dalam daerah Tawau. Borang
soal selidik mengandungi 30 item berskala likert 5 mata poin digunakan sebagai instrumen
yang diubah suai berdasarkan Badrul Hisham, Ahmad Rizal dan Kamarul Azman (2013).
Menurut Azizi Yahaya, et al. (2007), soal selidik merupakan kaedah yang efisien bagi
mengutip data dalam jumlah yang banyak pada kos yang rendah dalam tempoh yang
singkat. Bagi mendapatkan kesahan dalam pembinaan item soal selidik terlebih dahulu
telah disemak oleh sekumpulan pakar dalam bidang berkaitan. Kajian rintis telah
dijalankan oleh pengkaji bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach di
mana secara keseluruhannya konstruk yang ditadbir memperoleh nilai 0.83. Menurut Field
(2009), Indeks kebolehpercayaan dengan nilai tersebut dianggap memuaskan dan
diterima.
Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis profail subjek kajian dan borang
soal selidik berbantukan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 23.0.
Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan frekuensi,
peratusan, min dan sisihan piawai.. Bagi menentukan tahap tahap pergunaan,
penguasaan sera faktor yang mempengaruhi minat murid terhadap integrasi TMK dalam
PdPC, penyelidik mengunakan panduan skor min oleh Suwarnee (2006)
Jadual 1 Interprestasi
Pentaksiran skor min
Tinggi
Nilai Sederhana
3.68 - 5.00
2.34 – 3.67 Rendah
1.00 – 2.33
Sumber: Suwarnee (2006)
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Dapatan Kajian
Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan Pendidikan Islam
Soalan 1 : Apakah tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam dalam
Dapatan kajian bagi item 5 menunjukkan 53.3 peratus (16 orang) dan 10.0 peratus (3
orang) responden menyatakan setuju dan sangat setuju mengenai penggunaan TMK
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan membantu saya menguasai mata pelajaran
Pendidikan Islam dengan berkesan. Manakala, selebihnya 23.3 peratus (7 orang)
menyatakan tidak pasti, 10.0 peratus (3 orang) dan 3.3 peratus (1 orang) menyatakan
tidak setuju dan sangat tidk setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap
penggunaan terhadap item tersebut adalah pada tahap sederhana (M = 3.57, SP = 0.93).
Bagi penyataan item 6, penggunaan komponen-komponen asas dalam TMK
memudahkan saya dalam PdPC Pendidikan Islam hanya 30.0 peratus (9 orang) dan 3.3
peratus (1 orang) sahaja yang menyatakan setuju dan sangat setuju, selebihnya 33.3
peratus (10 orang) menyatakan tidak pasti, 20.0 peratus (6 orang) tidak setuju dan 13.3
peratus (4 orang) sangat tidak setuju. Seterusnya, bagi item 7 penggunaan perisian
aplikasi TMK (Powerpoint, WonderShare, EXE) memudahkan pemahaman saya terhadap
PdPC Pendidikan Islam yang diajar menunjukkan 23.3 peratus (7 orang) dan 13.3 peratus
(4 orang) menyatakan bersetuju dan sangat bersetuju, manakala 40.0 peratus (12 orang)
menyatakan tidak pasti, 20.0 peratus (6 orang) dan 3.3 peratus (1 orang) menyatakan
tidak setuju dan sangat tidak setuju.
Selain itu, bagi murid yang ingin menyiapkan tugasan mata pelajaran Pendidikan
Islam perlulah menggunakan TMK adalah pada item 8. Bagi kenyataan tersebut, dapatan
menunjukkan 36.7 peratus (11 orang) dan 16.7 peratus (5 orang) responden bersetuju
dan sangat bersetuju. Manakala 3.3 peratus (1 orang) tidak pasti, 13.3 peratus (4 orang)
tidak setuju dan 30.0 peratus (9 orang) menyatakan sangat tidak bersetuju.Dapatan juga
menunjukkan 43.3 peratus (13 orang) dan 6.7 peratus (2 orang) menyatakan persetujuan
dan sangat bersetuju bagi item 9 iaitu murid menggunakan TMK untuk mencari maklumat
berkenaan mata pelajaran Pendidikan Islam, 46.7 peratus (14 orang) menyatakan tidak
pasti dan 3.3 peratus (1 orang) menyatakan tidak setuju. Begitu juga bagi kenyataan pada
item 10 iaitu murid yang mahir menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat
berkenaan topik dalam Pendidikan Islam, dapatan menunjukkan 28.7 peratus (8 orang),
50.0 peratus (15 orang) menyatakan setuju dan sangat setuju. Manakala, 23.3 peratus (7
orang) responden menyatakan tidak pasti.
Jadual 3
Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam (N=30)
Tahap Penggunaan TMK Dalam PdPC Kekerapan (Peratus) Jumlah
Pendidikan Islam
Item Perkara STS TS TP S SS M SP
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
1 Penggunaan Teknologi Maklumat 1 3 7 16 3 3.57 0.93
dan Komunikasi dalam (3.3) (10.0) (23.3) (53.3) (10.0)
pembelajaran dan pemudahcaraan
membantu saya menguasai mata
pelajaran Pendidikan Islam dengan
berkesan
2 Penggunaan komponen-komponen 4 6 10 9 1 2.90 1.09
asas dalam Teknologi Maklumat (13.3) (20.0) (33.3) (30.0) (3.3)
dan Komunikasi memudahkan saya
dalam pengajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Islam
3 Penggunaan perisian aplikasi 1 6 12 7 4 3.23 1.04
Teknologi Maklumat dan (3.3) (20.0) (40.0) (23.3) (13.3)
Komunikasi (Powerpoint,
WonderShare, EXE) memudahkan
pemahaman saya terhadap
pengajaran da pemudahcaraan
Pendidikan Islam yang diajar
4 Saya menggunakan Teknologi 9 4 1 11 5 2.97 1.56
Maklumat dan Komunikasi untuk (30.0) (13.3) (3.3) (36.7) (16.7)
menyiapkan tugasan bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam
5 Saya menggunakan Teknologi 1 14 13 2 3.47 1.25
Maklumat dan Komunikasi bagi (3.3) (46.7) (43.3) (6.7)
tujuan mencari maklumat dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam
6 Saya mahir menggunakan Internet 7 8 15 4.27 0.83
untuk mendapatkan maklumat topik (23.3) (26.7) (50.0)
mata pelajaran Pendidikan Islam
Min Keseluruhan : 3.40
Analisis dan perbincangan mengenai tahap penggunaan TMK responden dalam PdPC
Pendidikan Islam adalah skor min. Skor min pula diukur berdasarkan kepada tiga tahap
iaitu nilai skor min 1.00 hingga 2.33 adalah rendah, skor min 2.34 hingga 3.66 adalah
sederhana, dan skor min 3.67 hingga 5.00 adalah tinggi. Secara umumnya, min
keseluruhan tahap penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam dalam kalangan
murid tahap 2 di sekolah rendah daerah Tawau adalah pada tahap sederhana. Namun
begitu, hanya satu item sahaja pada tahap tinggi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
4.7. Skor min adalah di antara 2.90 hingga 4.27 dan nilai purata min keseluruhan ialah
3.40.Hasil dapatan kajian dianalisis secara terperinci bagi mengetahui apakah tahap
penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam dalam kalangan murid tahap 2 sekolah-
sekolah rendah di daerah Tawau. Berdasarkan jadual analisis data mendapati tahap
penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam pada tahap sederhana. Dapatan ini
menunjukkan terdapat persamaan dengan dapatan kajian yang dilakukan terhadap murid
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Temenggung Ahmad adalah pada tahap
sederhana (Hazura Mohammed et.al, 2012). Ini juga jelas menunjukkan bahawa
sekiranya murid tidak meneruskan budaya pembelajaran dengan menggunakan TMK
pada tahap yang optimum maka janganlah hairan jika satu masa nanti murid terus
mengekalkan budaya pembelajaran tradisional yang hanya berbantukan Bahan Bantu
Belajar (BBM) seperti buku teks, kertas sebak, manila kad dan kad imbasan. Hal ini kerana
guru itu tidak mengaplikasikan pengajarannya berasaskan TMK. Ini selari dengan
dapatan kajian Kamarul Azmi et.al (2011) bahawa guru cemerlang pendidikan Islam lebih
banyak menggunakan buku teks dan modul berbentuk kertas disebabkan ianya lebih
mudah utuk diurus dan dinilai terutama melibatkan pelajar yang menghadapi peperiksaan
besar. Keadaan ini juga mungkin disebabkan oleh subjek Pendidikan Islam yang
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
melibatkan topik Ibadah, akidah, sirah dan tilawah memerlukan murid bergantung kepada
sumber utama iaitu buku teks berbanding menggunakan sumber dari Internet.
Manakala pada item 5 penggunaan TMK dalam PdPC membantu murid
menguasai mata pelajaran Pendidikan Islam dengan berkesan mempunyai skor min 3.57
iaitu pada tahap sederhana adalah bertentangan dengan dapatan kajian Hasnuddin et.al
(2015). Pengkaji mendapati skor min tinggi bagi penggunaan TMK membantu murid
dalam meningkatkan kemahiran pemahaman PdPC Pendidikan Islam. Walau
bagaimanapun, penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam ini lebih kepada murid
mahir menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat topik mata pelajaran
Pendidikan Islam (M=4.27, SP=0.83). Dapatan kajian ini menunjukkan selari dengan
kajian Abdul Razaq. et al (2009) yang mendapati tahap penggunaan TMK dalam kalangan
murid sekolah rendah berada pada tahap tinggi. Kajian beliau juga mendapati ramai murid
mempunyai pengetahuan tinggi terhadap penggunaan TMK dan multimedia namun hanya
berkisar pada perisian pemprosesan data dan perkataan seperti MS Word, Internet
Explore, Power point, Ms Excel, Gmail, Google Chrome dan perisian lain yang mudah
diakses dan digunakan dalam kalangan murid. Namun menurut Aluyah (2011),
keberkesanan penggunaan TMK dalam kalangan murid dalam PdPC Pendidikan Islam
amat dipengaruhi oleh faktor pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan guru tentang
TMK serta penyediaan peralatan yang lengkap di sekolah. Tambahan pula, kata
penyelidik tersebut, dapatan kajian dari murid pula menunjukkan pengetahuan sedia ada
murid sangat penting bagi memastikan pelaksanaan penggunaan TMK dalam PdPC
Pendidikan Islam. Oleh itu, penggunaan TMK dalam kalangan murid memerlukan
pengetahuan, kemahiran dan kemudahan di sekolah bagi mencapai pembelajaran yang
baik dalam PdPC Pendidikan Islam.
Jadual 4
Rumusan tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
Pendidikan Islam (N=30)
Item Perkara Min (M) Sisihan Tahap
3.57 Piawai (SP) Sederhana
1 Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam pembelajaran dan 2.90 0.94
pemudahcaraan membantu saya menguasai 3.23
mata pelajaran Pendidikan Islam dengan 1.94 Sederhana
berkesan 2.97 1.04 Sederhana
3.47
2 Penggunaan komponen-komponen asas 1.56 Sederhana
dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi 1.25 Sederhana
memudahkan saya dalam pengajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Islam
3 Penggunaan perisian aplikasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (Powerpoint,
WonderShare, EXE) memudahkan
pemahaman saya terhadap pengajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Islam yang
diajar
4 Saya menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi untuk menyiapkan tugasan bagi
mata pelajaran Pendidikan Islam
5 Saya menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi bagi tujuan mencari maklumat
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
6 Saya mahir menggunakan Internet untuk 4.27 0.83 Tinggi
mendapatkan maklumat topik mata pelajaran
Pendidikan Islam
Min Keseluruhan : 3.40
Tahap Penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan Pendidikan Islam
Soalan 2: Apakah tahap penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam dalam kalangan murid tahap 2 di
sekolah rendah daerah Tawau?
Merujuk kepada Jadual 5, dapatan pada item 11 menunjukkan 20.0 peratus (6 orang)
responden menyatakan mereka bersetuju dan 23.3 peratus (7 orang) responden lagi
menyatakan bersetuju. Selebihnya 33.3 peratus (10 orang) menyatakan tidak pasti, 20.0
peratus (10 orang) dan 3.3 peratus (1 orang) responden menyatakan tidak bersetuju dan
sangat tidak bersetuju berkenaan murid tahu menggunakan komponen komputer dan
fungsinya (tetikus, monitor dan keyboard) ketika sesi PdPC Pendidikan Islam
berlangsung.Selain itu, pada item 12 penguasaan TMK bagi aspek menyimpan maklumat
topik-topik mata pelajaran Pendidikan Islam berbentuk grafik, teks dan imej, dapatan
menunjukkan 6.7 peratus (2 orang) responden menyatakan sangat bersetuju dan 33.3
peratus (10 orang) responden lagi menyatakan mereka bersetuju dengan perkara
tersebut. Penguasaan dalam penggunaan TMK adalah murid perlu tahu menguruskan
maklumat topik-topik mata pelajaran Pendidikan Islam dalam folder. Dapatan
menunjukkan 26.7 peratus (8 orang) responden menyatakan sangat bersetuju dan 40.0
peratus (12 orang) responden lagi menyatakan bersetuju dengan penyataan tersebut.
Manakala, 13.3 peratus (4 orang) menyatakan tidak pasti, selebihnya 3.3 peratus
(1 orang) dan 16.7 peratus (5 orang) responden pula menyatakan tidak setuju dan sangat
tidak setuju.Seterusnya, penguasaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam bagi item 14
ialah murid mengetahui pencarian maklumat berkaitan Pendidikan Islam dengan
berbantukan TMK. Bagi penyataan tersebut, dapatan kajian menunjukkan 26.7 peratus
(8 orang) dan 20.0 peratus (6 orang) responden menyatakan sangat setuju dan bersetuju.
Manakala, 50.0 peratus (15 orang) dan 3.3 peratus (1 orang) responden menyatakan tidak
pasti dan tidak setuju.
Sehubungan dengan ini juga, kenyataan pada item 15 kefahaman sesuatu topik
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam adalah berdasarkan kemahiran murid menguasai
TMK. Dapatan kajian menunjukkan 6.7 peratus (2 orang) responden menyatakan mereka
sangat setuju dan 43.3 peratus (13 orang) responden lagi menyatakan mereka bersetuju
bahawa kefahaman murid terhadap topik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam adalah
berdasarkan kemahiran murid menguasai TMK. Selebihnya, 46.4 peratus (14 orang) dan
3.3 peratus (1 orang) responden menyatakan tidak pasti dan tidak setuju.Manakala,
dapatan juga menunjukkan 6.7 peratus (2 orang) responden menyatakan mereka sangat
setuju dan 36.7 peratus (11 orang) menyatakan mereka bersetuju bahawa selalu
membentang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan elemen-
elemen dalam TMK (animasi, grafik dan audio) yang berada pada item 16. 13.3 peratus
(4 orang) responden menyatakan tidak pasti, 13.3 peratus (4 orang) dan 30.0 peratus (9
orang) menyatakan tidak setuju dan sangat tidak bersetuju.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Jadual 5
Kekerapan, peratusan, pin dan pisihan piawai pahap penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam (N=30)
Tahap Penguasaan TMK Dalam PdPC Kekerapan (Peratus) Jumlah
Pendidikan Islam
Item Perkara STS TS TP S SS M SP
1 Saya tahu menggunakan komponen 1 6 10 7 6 3.37 1.13
(3.3) (20.0) (33.3) (23.3) (20.0)
komputer dan fungsinya (tetikus, 3.23 0.94
1 5 12 10 2 3.57 1.38
monitor dan keyboard) ketika sesi (3.3) (16.7) (40.0) (33.3) (6.7) 3.70 0.92
pengajaran dan pemudahcaraan 5 1 4 12 8 3.53 0.68
(16.7) (3.3) (13.3) (40.0) (26.7)
Pendidikan Islam berlangsung 2.77 1.41
9 1 15 6 8
2 Saya menyimpan maklumat topik- (30.0) (3.3) (50.0) (20.0) (26.7)
topik mata pelajaran Pendidikan 1 14 13 2
(3.3) (46.7) (43.3) (6.7)
Islam berbentuk grafik, teks dan imej
4 4 11 2
3 Saya tahu menguruskan maklumat (13.3) (13.3) (36.7) (6.7)
topik-topik mata pelajaran
Pendidikan Islam dalam folder
4 Saya mengetahui pencarian
maklumat berkaitan Pendidikan
Islam dengan berbantukan
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
5 Kefahaman sesuatu topik dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam
adalah berdasarkan kemahiran saya
menguasai Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
6 Saya selalu membentang dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam
dengan menggunakan elemen-
elemen dalam Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (animasi, grafik dan
audio)
Min Keseluruhan : 3.36
Perbincangan kedua ialah analisis tahap penguasaan TMK dalam PdPC
Pendidikan Islam. Berdasarkan Jadual 4.9 di bawah, nilai min keseluruhan bagi persoalan
kedua ini ialah min 3.36 yang dikategorikan pada tahap sederhana. Item bagi tahap
penguasaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam ini memperlihatkan min masing-masing
pada skor min 2.77 hingga 3.70. Keadaan item yang lain juga adalah pada tahap
sederhana. Pada item yang ke sebelas iaitu murid tahu menggunakan komponen
komputer dan fungsinya (tetikus, monitor dan keyboard) ketika sesi pengajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Islam berlangsung menunjukkan skor min 3.37 adalah pada
tahap sederhana. Namun, dapatan daripada Hasnuddin et.al (2015) mendapati bahawa
skor min tinggi (M=4.56) murid tahu menggunakan fungsi perkakasan komputer seperti
tetikus. Perkara ini adalah berbeza dengan dapatan pada item kesebelas. Hal ini kerana
dapatan daripada Hasnuddin et.al (2015), beliau mengambil responden dari kalangan
murid di kawasan bandar sahaja berbanding pengkaji menfokuskan kajian ini di kawasan
bandar dan luar bandar. Manakala, item 14 berkenaan tahu bagaimana membuat
pencarian maklumat berkaitan Pendidikan Islam dengan berbantukan TMK menunjukkan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
skor min 3.70. Perkara tersebut menunjukkan min pada tahap sederhana selari dengan
dapatan kajian Esa Rahman (2006), pendapat beliau penguasaan TMK dalam
penggunaan komputer dan perisian tertentu membantu pembelajaran murid-murid dalam
bilik darjah dengan mudah dan cepat. Dalam erti kata lain, penguasaan TMK membantu
murid dalam pencarian maklumat mengenai isi kandungan pelajaran Pendidikan Islam
bagi tujuan mencapai objektif mata pelajaran tersebut.
Walau bagaimanapun, tahap penguasaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam
bagi murid tahap 2 memerlukan pengetahuan sedia ada berkenaan TMK bagi memastikan
PdPC berjalan dengan lancar dan tidak berlakunya keciciran dalam pembelajaran.
Menurut Hasnuddin et.al (2015), pengetahuan sedia ada murid dan kesediaan mereka
untuk mengamalkan penggunaan TMK boleh membantu mereka meningkatkan
pencapaian mereka dalam pelajaran. Hal ini jelas bahawa bukan guru sahaja berperanan
dalam menyampaikan ilmu pengetahuan malahan murid itu sendiri mestilah mempunyai
pengetahuan sedia ada agar proses PdPC Pendidikan Islam itu lebih bermakna.
Jadual 6
Rumusan tahap penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Islam (N=30)
Item Perkara Min (M) Sisihan Tahap
3.57 Piawai (SP) Sederhana
1 Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam pembelajaran dan 2.90 0.94
pemudahcaraan membantu saya menguasai 3.23
mata pelajaran Pendidikan Islam dengan 1.94 Sederhana
berkesan 2.97 1.04 Sederhana
3.47
2 Penggunaan komponen-komponen asas 4.27 1.56 Sederhana
dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi 1.25 Sederhana
memudahkan saya dalam pengajaran dan 0.83 Tinggi
pemudahcaraan Pendidikan Islam
3 Penggunaan perisian aplikasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (Powerpoint,
WonderShare, EXE) memudahkan
pemahaman saya terhadap pengajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Islam yang
diajar
4 Saya menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi untuk menyiapkan tugasan bagi
mata pelajaran Pendidikan Islam
5 Saya menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi bagi tujuan mencari maklumat
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
6 Saya mahir menggunakan Internet untuk
mendapatkan maklumat topik mata pelajaran
Pendidikan Islam
Min Keseluruhan : 3.40
Faktor yang Mempengaruhi Minat Murid Menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam PdPC Pendidikan Islam
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Soalan 3: Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi minat murid dalam penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi semasa pembelajaran dan pemudahcaraan dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam?
Berdasarkan Jadual 7, dapatan pada item 17 menunjukkan 20.0 peratus (6 orang)
responden menyatakan mereka sangat bersetuju dan 53.3 peratus (16 orang) responden
lagi menyatakan bersetuju. Selebihnya 20.0 peratus (6 orang) menyatakan tidak pasti dan
6.7 peratus (2 orang) responden menyatakan tidak bersetuju berkenaan penggunaan
TMK dalam PdPC Pendidikan Islam dapat meningkatkan motivasi murid untuk
belajar.Pembelajaran dan pemudahcaraan berbantukan TMK oleh guru menarik minat
murid untuk belajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Dapatan item 18 menunjukkan 23.3
peratus (7 orang) responden menyatakan sangat bersetuju dan 50.0 peratus (15 orang)
responden lagi menyatakan bersetuju dengan penyataan tersebut. Manakala, 23.3
peratus (7 orang) menyatakan tidak pasti dan selebihnya 3.3 peratus (1 orang) responden
pula menyatakan tidak setuju.
Seterusnya, faktor yang mempengaruhi minat murid dalam penggunaan TMK
dalam PdPC Pendidikan Islam ialah guru menggalakkan penggunaan TMK dalam aktiviti
PdPC Pendidikan Islam. Bagi penyataan tersebut, dapatan kajian pada item 19
menunjukkan 16.7 peratus (5 orang) dan 23.3 peratus (7 orang) responden menyatakan
sangat setuju dan bersetuju. Manakala, 26.7 peratus (8 orang) menyatakan tidak pasti,
13.3 peratus (4 orang) dan 20.0 peratus (6 orang) responden menyatakan tidak setuju
dan sangat tidak bersetuju. Sehubungan dengan ini juga, TMK memudahkan murid
memahami topik-topik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Dapatan kajian pada item
20 menunjukkan 26.7 peratus (8 orang) responden menyatakan mereka sangat setuju
dan 46.7 peratus (14 orang) responden lagi menyatakan mereka bersetuju bahawa TMK
memudahkan murid memahami topik-topik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
adalah berdasarkan faktor yang mempengaruhi minat murid menggunakan TMK.
Selebihnya, 16.7 peratus (5 orang), 6.7 peratus (2 orang) dan 3.3 peratus (1 orang)
responden menyatakan tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Antara faktor
yang mempengaruhi minat murid menggunakan TMK ketika PdPC Pendidikan Islam ialah
guru menggunakan pelbagai strategi dalam PdPC menggunakan TMK. Dapatan item 21
menunjukkan 26.7 peratus (8 orang) responden menyatakan sangat bersetuju dan 13.3
peratus (4 orang) responden lagi menyatakan bersetuju dengan penyataan tersebut.
Manakala, 33.3 peratus (10 orang) menyatakan tidak pasti, selebihnya 16.7 peratus (5
orang) dan 10.0 peratus (3 orang) responden pula menyatakan tidak setuju dan sangat
tidak setuju. Manakala, dapatan item 22 juga menunjukkan 30.0 peratus (9 orang)
responden menyatakan mereka sangat setuju dan 40.0 peratus (12 orang) menyatakan
mereka bersetuju bahawa penggunaan TMK dalam pembelajaran Pendidikan Islam
menggalakkan mereka berfikir secara kreatif dan kritis. Selebihnya, 26.7 peratus (8 orang)
responden menyatakan tidak pasti dan 3.3 peratus (1 orang) menyatakan tidak setuju.
Selain itu, bagi item 23 penggunaan TMK meningkatkan minat saya terhadap mata
pelajaran Pendidikan Islam, dapatan menunjukkan 6.7 peratus (2 orang) responden
menyatakan sangat bersetuju dan 46.7 peratus (14 orang) responden lagi menyatakan
mereka bersetuju dengan perkara tersebut. Manakala, 36.7 peratus (11 orang)
menyatakan tidak pasti dan selebihnya 3.3 peratus (1 orang) dan 6.7 peratus (2 orang)
responden menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju. Bagi penyataan item 24
penggunaan perisian yang pelbagai oleh guru dalam PdPC Pendidikan Islam menarik
minat murid untuk belajar, 23.3 peratus (7 orang) dan 43.3 peratus (13 orang) menyatakan
sangat setuju dan setuju, selebihnya 26.7 peratus (8 orang) menyatakan tidak pasti, dan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
6.7 peratus (2 orang) tidak setuju. Begitu juga bagi kenyataan item 25 murid bahawa
kemudahan peralatan yang mencukupi dalam PdPC Pendidikan Islam berorientasikan
TMK membolehkan mereka belajar dengan berkesan, dapatan menunjukkan 20.0 peratus
(6 orang), 36.7 peratus (11 orang) menyatakan sangat setuju dan setuju. Manakala, 43.3
peratus (13 orang) responden menyatakan tidak pasti.
Jadual 7
Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai paktor yang mempengaruhi minat murid
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam PdPC Pendidikan Islam
Faktor yang Mempengaruhi Minat Murid
Menggunakan Teknologi Maklumat dan Kekerapan (Peratus) Jumlah
Komunikasi Dalam PdPC Pendidikan
Islam
Item Perkara STS TS TP S SS M SP
1 Penggunaan Teknologi Maklumat 2 6 16 6 3.87 0.82
dan Komunikasi dalam (6.7) (20.0) (53.3) (20.0)
pembelajaran dan pemudahcaraan
Pendidikan Islam dapat
meningkatkan motivasi saya untuk
belajar
2 Pembelajaran dan pemudahcaraan 1 7 15 7 3.93 0.79
berbantukan Teknologi Maklumat (3.3) (23.3) (50.0) (23.3)
dan Komunikasi oleh guru menarik
minat saya untuk belajar mata
pelajaran Pendidikan Islam
3 Guru menggalakkan penggunaan 6 4 8 7 5 3.03 1.38
Teknologi Maklumat dan (20.0) (13.3) (26.7) (23.3) (16.7)
Komunikasi dalam aktiviti
pembelajaran dan pemudahcaraan
Pendidikan Islam
4 Teknologi Maklumat dan 1 2 5 14 8 3.87 1.01
Komunikasi memudahkan saya (3.3) (6.7) (16.7) (46.7) (26.7)
memahami topik-topik dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam
5 Guru menggunakan pelbagai 3 5 10 4 8 3.30 1.32
strategi dalam pembelajaran dan (10.0) (16.7) (33.3) (13.3) (26.7)
pemudahcaraan menggunakan
Teknologi Maklumat Komunikasi
6 Penggunaan Teknologi dan 1 8 12 9 3.97 0.85
Maklumat dan Komunikasi dalam (3.3) (26.7) (40.0) (30.0)
pembelajaran Pendidikan Islam
menggalakkan saya berfikir secara
kreatif dan kritis
7 Penggunaan Teknologi Maklumat 2 1 11 14 2 3.43 0.94
dan Komunikasi meningkatkan (6.7) (3.3) (36.7) (46.7) (6.7)
minat saya terhadap mata pelajaran
Pendidikan Islam
8 Penggunaan perisian yang pelbagai 2 8 13 7 3.83 0.87
oleh guru dalam pengajaran dan (6.7) (26.7) (43.3) (23.3)
pemudahcaraan Pendidikan Islam
menarik minat saya untuk belajar
9 Kemudahan peralatan yang 13 11 6 3.77 0.77
mencukupi dalam pengajaran dan (43.3) (36.7) (20.0)
pemudahcaraan Pendidikan Islam
berorientasikan TMK membolehkan
saya belajar dengan berkesan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Min Keseluruhan : 3.68
Dapatan persoalan ketiga ialah melihat nilai min bagi faktor yang mempengaruhi
minat murid menggunakan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam di daerah Tawau adalah
pada nilai min yang tinggi iaitu skor min 3.68. Pada item ketujuh belas membuktikan
bahawa kebanyakkan murid berpendapat penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan
Islam dapat meningkatlkan motivasi murid untuk belajar. Perkara ini adalah selari dengan
dapatan Andin (2006) mendapat skor min adalah tinggi pada item TMK dapat
memotivasikan murid di dalam PdPC Pendidikan Islam. Selain itu, Mansor (2010), yang
menyatakan bahawa sikap, tahap motivasi dan pencapaian akademik pelajar adalah
berada pada tahap positif dan tinggi apabila PdPC Pendidikan Islam menggunakan TMK.
Hal ini demikian kerana penggunaan TMK seperti powerpoint, video, Internet dan
multimedia menggalakkn pelajar menggunakan semua jenis pancaindera ketika belajar
dan lebih menyeronokkan. Oleh itu, daripada dapatan data dapatlah penyelidik simpulkan
nilai min yang tinggi membuktikan bahawa faktor yang mempengaruhi minat murid
menggunakan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam berada pada tahap yang baik.
Jadual 8
Rumusan tahap faktor yang mempengaruhi minat murid menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam PdPC Pendidikan Islam
Item Perkara Min (M) Sisihan Tahap
3.87 Piawai (SP) Tinggi
1 Penggunaan Teknologi Maklumat dan
3.93 0.82
Komunikasi dalam pembelajaran dan 3.03
3.87
pemudahcaraan Pendidikan Islam dapat 3.30
3.97
meningkatkan motivasi saya untuk
belajar
2 Pembelajaran dan pemudahcaraan 0.79 Tinggi
berbantukan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi oleh guru menarik minat
saya untuk belajar mata pelajaran
Pendidikan Islam
3 Guru menggalakkan penggunaan 1.38 Sederhana
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam aktiviti pembelajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Islam
4 Teknologi Maklumat dan Komunikasi 1.01 Tinggi
memudahkan saya memahami topik-
topik dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam
5 Guru menggunakan pelbagai strategi 1.32 Sederhana
dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan menggunakan
Teknologi Maklumat Komunikasi
6 Penggunaan Teknologi dan Maklumat 0.85 Tinggi
dan Komunikasi dalam pembelajaran
Pendidikan Islam menggalakkan saya
berfikir secara kreatif dan kritis
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
7 Penggunaan Teknologi Maklumat dan 3.43 0.94 Sederhana
Komunikasi meningkatkan minat saya 3.83
terhadap mata pelajaran Pendidikan 3.77 0.87 Tinggi
Islam
0.77 Tinggi
8 Penggunaan perisian yang pelbagai oleh
guru dalam pengajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Islam
menarik minat saya untuk belajar
9 Kemudahan peralatan yang mencukupi
dalam pengajaran dan pemudahcaraan
Pendidikan Islam berorientasikan TMK
membolehkan saya belajar dengan
berkesan
Min Keseluruhan : 3.86
Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi
Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa murid-murid sekolah rendah
mempunyai asas pengetahuan dalam penggunaan TMK ketika PdPC berlangsung tetapi
berada pada tahap sederhana. Selain itu, rata-rata murid kurang kerap menggunakan
TMK di dalam PdPC Pendidikan Islam. Penggunaan TMK dilihat dapat mempelbagaikan
aktiviti semasa pembelajaran, merupakan pendekatan baru yang positif di dalam
pengajaran bahkan ianya dilihat dapat meningkatkan pemahaman murid di dalam PdPC
Pendidikan Islam. Kajian ini juga menunjukkan diantara kekangan yang timbul di dalam
merealisasikan PdPC menggunakan TMK adalah tertumpu kepada aspek sokongan dari
pihak pengurusan sekolah, guru dan diri murid itu sendiri.
Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan TMK dalam
PdPC bukan hanya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada
pemimpin sekolah. Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya
TMK di sekolah. Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi
juga menjadi model sebagai pengguna TMK dalam pentadbiran dan memberi respons
kepada perubahan. Untuk menerapkan budaya TMK di sekolah, satu dokumen polisi
bertulis seharusnya disediakan. Polisi ini membantu mereka bentuk dan mengurus
program TMK bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai TMK secara teratur dan
progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali
terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada
dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi TMK dibina berdasarkan
kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa dan komuniti,
polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang PdPC yang efektif
dan perkembangan teknologi (Noraini Attan, 2002). Bagi melaksanakan polisi dan
matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus menyediakan pelan pembangunan.
Heinrich (1995) menyatakan pelan ini mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi
pemantauan dan penilaian; spesifikasi tentang pemilihan pembiayaan serta pembelian
perisian dan perkakasan, kurikulum yang digunakan dan perancangan untuk penggantian
serta pembinaan peralatan secara berterusan.
Bagi pelajar pula pelbagai projek di sediakan dalam laman web untuk
membolehkan pelajar mengakses maklumat daripada ‘World Wide Web’ seperti tugasan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
mencari maklumat dalam bidang akidah, ibadah, sirah, jawi dan adab islamiyyah yang
menarik, mencari URL laman berkaitan mata pelajaran Pendidikan Islam seperti
Powerpoint, Slide Share, Scribd, Prezi dan sebagainya serta menulis satu sinopsis
tentang bahan -bahan yang ada pada laman yang diperolehi untuk dikongsi dengan rakan
yang lain. Murid berkomunikasi dengan murid di sekolah yang sama atau dari sekolah
yang lain melalui emel atau Schology untuk berkongsi maklumat yang ditemui sama ada
untuk tujuan perbincangan atau memberi cadangan pelaksanaan tugasan atau projek.
Maklumat ini disimpan dalam laman web untuk diakses oleh murid yang lain. Misalnya
dalam pautan emel murid dan cadangan murid. Untuk memantapkan integrasi TMK dalam
proses PdPC di sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak
swasta, kerajaan, badan akademik dan komuniti setempat. Pusat Sumber Pendidikan
Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan untuk mendapat khidmat nasihat
mengenai teknik dan kaedah PdPC menggunakan TMK. Sekolah harus menggunakan
peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam
bentuk tenaga pakar untuk membantu murid-murid dalam menjadikan penggunaan TMK
dalam PdPC secara berkesan.
Pengunaan TMK bukanlah untuk menggantikan kaedah sedia ada dan tidak juga
menjadi kayu ukur kejayaan proses PdPC. Bahkan, TMK boleh menjadi antara salah satu
kemudahan yang boleh menarik minat murid untuk belajar Pendidikan Islam dengan
variasi teks, grafik dan audio serta membantu memudahkan urusan guru. Justeru,
pengkaji melahirkan harapan agar setiap pihak memainkan peranan masing-masing bagi
memastikan bidang pendidikan negara kita terus berada pada tahap yang cemerlang
khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam yang berdepan dengan arus
kemodenan. Hal ini kerana, penggunaan TMK yang begitu meluas dalam aspek
pendidikan khususnya institusi sekolah, bukan sahaja tertumpu kepada guru Sains dan
Matematik malah semua guru subjek lain termasuk di kalangan guru Pendidikan Islam.
Mereka perlu bersama-sama sederap selangkah menggunakan TMK untuk tujuan PdPC
agar pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam akan menjadi afektif. Penggunaan
TMK sebagai bahan bantu belajar juga boleh membina kemahiran belajar berpusatkan
murid yang mana dapat membantu murid mengembangkan kemahiran kooperatif,
kemahiran meneroka dan kemahiran menyiasat di dalam diri mereka. Menurut Jamalludin
Harun dan Zaidatun Tasir (2003), perisian berasaskan multimedia dan TMK dapat
mengurangkan pembelajaran berpusatkan guru kerana kaedah ini membuka ruang untuk
pelajar meneroka isi pelajaran mereka secara terbuka.
Menurut Rozinah Jamaludin (2005), kewujudan kepelbagaian teknologi sebagai
alat bantu mengajar mampu membawa perubahan positif kepada kaedah pengajaran
guru. Siti Fatimah (2010) mendapati majoriti guru bersetuju menyatakan penggunaan
TMK dalam PdPC dapat menjimatkan masa pembelajaran. Selain itu, dengan
menggunakan TMK juga guru dapat mencari maklumat berkaitan dengan kaedah serta
aktiviti pembelajaran yang lebih baik dan menarik untuk disampaikan kepada murid. Ini
mampu beri nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan
ilmu kepada murid agar ianya mudah untuk di fahami. Dengan itu, guru dapat menyampai
PdPC yang berkualiti serta dapat meningkatkan kefahaman murid dan sekali gus dapat
melahirkan murid yang berjaya. Guru itu sendiri juga dapat meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran terhadap TMK semasa dalam proses pengajaran tersebut. Sistem
pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan murid-murid yang
serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa
kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat
dipertingkatkan.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
RUJUKAN
Abdul Aziz bin Abdul Ghani. (2009). Keberkesanan Penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam.OUM
Aminuddin Mansor. (2010). Persepsi pelajar terhadap keberkesanan ICT dalam
Pendidikan Syariah Islamiyyah di SMKA Pedas Negeri Sembilan. Universiti
Kebangsaan Malaysia
Aluyah binti Suhai.(2011). Keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran Al Quran di SK. Abang Haji Matahir Sarikei.OUM
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan
(2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Azhar & Nurul Huda. (2015). Aplikasi ICT Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Semasa
Latihan Mengajar. Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967-0850-07-8
International Conference on Information Technology & Society 8-9 June 2015,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
Badrul Hisham, Ahmad Rizal & Kamarul Azman. (2013). Penggunaan Virtual Learning
Environment (VLE) oleh guru-guru di sekolah rendah. Jurnal Bahagian Teknologi
Pendidikan, 2013
Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences, 2nd ed. Hillsdale,
NJ: Erlbaum.
Field, P. A. (2009). Discovering Statistic Using SPSS (Introducing Statistical Methods), 3rd
ed. Singapore: SAGE Publications Asia Pacific Ltd.
Holmes, W. (1999). The transforming power of information technology. Community
College Journal, 70(2): m.s. 10-15
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Abdul Halim Tamuri dan Mohd Izham Mohd
Hamzah. (2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan
guru cemerlang pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of
Islamic and Arabic Education. 3(1): 59-74.
Mohd Izham Mohd Hamzah dan Noraini Attan. (2007). Tahap kesediaan guru Sains dalam
penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Teknologi. 46(E): 45-60.
Pisapa, J. 1994. In Williams, D.M. (2000). Integrating Technology Into Teaching and
Learning. Singapore: Prentice Hall.
Ramlee Ismail, Jamal@ Nordin Yunus & Hariri Kamis. (2011). Analisa Data Dan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Pentafsiran dengan menggunakan SPSS. Kuala Lumpur: Titisan Ilham Sdn. Bhd.
Rosenberg, J.M., (2001). E-learning: Strategies For Delevering Knowledge In The Digital
Age. U.S.A: McGraw-Hill.
PENGHAYATAN BERAGAMA DAN HUBUNGANNYA DENGAN AKHLAK GURU
PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
.
¹Nurzulaikha Md Yusoff & ² Halimatus Saadiah Mat Saad (Ph.D)
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah
[email protected] & [email protected]
Abstrak
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penghayatan beragama dan hubungannya
dengan akhlak guru pelatih muslim Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau,
Sabah. Seramai 100 orang guru pelatih daripada Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) ambilan Jun 2015 dan ambilan Jun 2016 dijadikan sebagai
responden. Instrumen soal selidik telah disebarkan kepada responden iaitu
semua siswa guru IPG Kampus Tawau, Sabah melalui pautan Google Form di
aplikasi Whatsapp. Penyelidik membuat analisis dengan menggunakan
Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 23.0 . Hasil dapatan
dianalisis dengan statistik deskriptif (min, peratusan) bagi mengukur tahap
penghayatan akidah, ibadah dan akhlak guru pelatih muslim IPGKT dan statistik
inferensi (korelasi Pearson) digunakan bagi mengkaji hubungan akidah-akhlak
dan ibadah-akhlak dalam kalangan guru pelatih muslim. Dapatan kajian
keseluruhannya menunjukkan tahap penghayatan beragama dalam kalangan
siswa guru muslim IPG Kampus Tawau berada pada tahap yang baik
berdasarkan skor min dan hipotesis diterima. Beberapa implikasi dan cadangan
kajian lanjutan juga dibincangkan dalam kajian ini bagi meningkatkan kualiti
penghasilan mukmin sejati yang berakhlak.
Kata kunci : Penghayatan beragama, Akidah, Ibadah, Akhlak, Guru pelatih
Pengenalan
Dalam konteks pembangunan insan guru, aspek penghayatan terhadap agama
merupakan suatu perkara yang sepatutnya diberi perhatian bagi membentuk jati diri dan
keperibadian bakal guru yang unggul (Fathiyah Mohd Fakhruddin, 2012). Menurut
Norhisham (2015), guru yang berjaya menghayati nilai-nilai Islam sahaja yang akan
mampu melahirkan seorang insan menurut acuan yang dikehendaki oleh Allah SWT. Guru
ibarat suri teladan dan pemberi petunjuk ke jalan yang benar kepada anak didiknya.
Setiap gerak-geri dan tindak tanduk seseorang guru perlu sejajar dengan kehendak Al-
Quran dan as-Sunnah .
Muktamar tentang hala tuju Pendidikan Islam tahun 1990 telah menyarankan
untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum perwatakan guru juga perlu
selari dengan konsep guru muslim. Ini bererti watak, keperibadian, sikap dan nilai yang
diamalkan oleh seseorang guru perlu sejajar dengan tuntutan beragama. Oleh itu,
kepincangan menterjemah penghayatan terhadap agama dalam individu turut
menyumbang kepada krisis akhlak guru yang akhirnya membawa kepada kepincangan
dalam aspek pelaksanaan tugas sebagai seorang guru (Gamal Abdul Nasir, 2003).
Pernyataan masalah
Menurut Abdullah Sani (2005), guru ialah golongan yang melaksanakan tugas-tugas
ikhtisas sebagai pendidik dan pemimpin. Mereka bertanggungjawab membentuk dan
mencorakkan masa depan anak bangsa. Tugas guru adalah merupakan amanah Allah
SWT yang mesti dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan intergriti. Segala
tingkah laku seseorang guru muslim mestilah bersesuaian dengan gelaran yang
dipikulnya. Kepekaan dan kesedaran terhadap kejayaan dan keberkesanan pendidikan
perlu dimiliki oleh setiap guru muslim (Fathiyah Mohd Fakhruddin, 2012). Guru perlu
memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran pedagogi, ilmu pengetahuan,
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
keluhuran budi pekerti dan penghayatan nilai-nilai keagamaan yang menjadi pemangkin
kecemerlangan dan contoh teladan kepada anak didik mereka (Suriani Ismail, 2011).
Namun begitu, berdasarkan data-data yang diperolehi melalui kajian ilmiah dan
paparan di dada akhbar, penyelidik mendapati tahap penghayatan beragama dalam
golongan pendidik masih diperdebatkan. Memetik daripada sumber Berita Harian
bertarikh 15 Mei 2012, sepanjang tempoh lima bulan daripada Januari hingga Mei 2012
KPM telah menerima sebanyak 200 aduan berhubung pelbagai salah laku guru di seluruh
negara termasuk 81 kes yang melibatkan jenayah syariah. Terdapat segelintir guru yang
selalu ponteng kelas dan keluar dari kawasan sekolah atas urusan peribadi. Malah,
terdapat guru-guru yang telah memperdaya dan melakukan hubungan seks dengan
pelajar (Utusan Malaysia. 24 Febuari 2009), membocorkan kertas soalan peperiksaan
UPSR (Utusan Malaysia, 15 September 2014), guru memeras ugut murid 11 tahun
(Utusan Malaysia, 15 Mac 2016), guru dipecat kerana memukul pelajar (Utusan Malaysia
,9 April 2016) dan beberapa kes yang lain sepertimana yang dilaporkan Rafidah (2016).
Dapatan kes ini membenarkan kenyataan Yusuf Al-Qardawi (1999), bahawa krisis
besar yang kita hadapi ialah krisis spiritual, moral, keimanan dan akhlak. Tidak mustahil
bahawa krisis ini akan mengarah kepada ekonomi, politik, pengurusan serta sains dan
teknologi. Krisis ini terjadi kerana matinya roh keimanan dan akhlak. Sedangkan pada
hakikatnya, iman dan ibadat bersatu dengan akhlak. Iman mampu mengubah manusia
secara total daripada segi keinginan, perilaku dan kemampuannya untuk berkorban.
Daripada aspek yang lain, iman menjaga manusia daripada hawa nafsunya dan tipu daya
bisikan syaitan.
Objektif dan Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk: guru
1. Mengkaji tahap penghayatan akidah dalam kalangan guru pelatih IPGKT guru
2. Mengkaji tahap penghayatan ibadah dalam kalangan guru pelatih IPGKT
3. Mengkaji tahap penghayatan akhlak dalam kalangan guru pelatih IPGKT
4. Mengkaji hubungan antara penghayatan akidah dengan akhlak
pelatih IPGKT
5. Mengkaji hubungan antara penghayatan ibadah dengan akhlak
pelatih IPGKT
Kajian ini mempunyai persoalan kajian seperti berikut: akhlak
1. Apakah tahap penghayatan akidah dalam kalangan guru pelatih IPGKT? akhlak
2. Apakah tahap penghayatan ibadah dalam kalangan guru pelatih IPGKT?
3. Apakah tahap penghayatan akhlak dalam kalangan guru pelatih IPGKT?
4. Adakah terdapat hubungan antara penghayatan akidah dengan
guru pelatih IPGKT?
5. Adakah terdapat hubungan antara penghayatan ibadah dengan
guru pelatih IPGKT?
Metodologi kajian
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tinjauan kuantitatif. Tujuan kajian dijalankan
untuk mengenal pasti tahap penghayatan agama dan hubungannya dengan akhlak guru
pelatih muslim IPGK Tawau. Sampel dalam kajian ini merupakan 100 orang guru pelatih
yang dipilih secara rawak mudah. Data diperoleh menggunakan borang soal selidik yang
diambil daripada: Iklim Dini dan Tahap Penghayatan dalam Kalangan Guru Pelatih
IPGKSAH: Satu Kajian Kes oleh Ridzuan dan Azimah (2017). Instrumen ini mengandungi
63 item berdasarkan lima skala likert (STS= Sangat Tidak Setuju, TS= Tidak Setuju, TP=
Tidak Pasti, S= Setuju, SS= Sangat Setuju) dan terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
i. Bahagian A : Demografi responden
ii. Bahagian B : Penghayatan dalam Aspek Akidah (22 item)
iii. Bahagian C : Penghayatan dalam Aspek Ibadah (19 item)
iv. Bahagian D : Penghayatan dalam Aspek Akhlak (22 item)
Kesahan bagi item soal selidik telah disemak oleh pakar pakar dalam bidang
berkaitan. Di samping itu, kajian rintis telah dijalankan lebih awal oleh penyelidik kepada
30 orang guru pelatih bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach
keseluruhan konstruk ditadbir memperoleh nilai 0.958. Skor tersebut melebihi 0.70 Indeks
kebolehpercayaan, maka nilai tersebut dianggap memuaskan dan diterima (Nunnally,
1978).Setelah borang soal selidik yang disediakan mendapat kelulusan penyelia, pengkaji
mula mengedarkan borang soal selidik tersebut kepada responden melalui pautan di
media sosial Whatsapp. Setelah responden menjawab borang soal selidik, pengkaji mula
menganalisis data-data yang terdapat pada borang tersebut. Analisis statistik deskriptif
dan inferensi digunakan untuk menganalisis data berbantukan perisian Statistic Package
for Social Science (SPSS) versi 23.0. Data deskriptif yang diperoleh dianalisis
menggunakan peratusan dan min. Penyelidik menggunakan skor min yang digariskan
oleh Landell (1997) bagi menentukan tahap yang diukur dalam kajian ini.
Jadual 1
Nilai min serta interpretasi tahapnya (Landell, 1997)
Skor Min Tahap
1.00 - 2.33 Rendah
2.43 - 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00
Tinggi
Manakala hubungan penghayatan akidah dan ibadah terhadap akhlak guru pelatih muslim
diukur dengan menggunakan interpretasi kekuatan hubungan menurut Cohen (1988). Tahap
hubungan boleh dilihat berdasarkan jadual di bawah.
Jadual 2
Anggaran kekuatan perhubungan antara dua pembolehubah (Cohen, 1988)
Pekali korelasi r Kekuatan perhubungan
0.01-0.29 Kecil
0.30-0.49 Sederhana
0.50-1.00
Besar
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Dapatan dan perbincangan
Soalan 1 : Apakah tahap penghayatan akidah dalam kalangan guru pelatih IPGKT?
Nilai min bagi aspek ini adalah tinggi berbanding aspek ibadah dan akhlak. Hampir kesemua nilai min
menunjukkan bahawa guru pelatih muslim menyatakan setuju terhadap item-item tersebut. Nilai min bagi
setiap item pula berbeza-beza daripada julat 4.36 sehinggalah kepada nilai min 5.00.
Jadual 3 di bawah memperlihatkan bahawa nilai min tertinggi bagi aspek ini ialah item 1 iaitu “yakini
Allah SWT itu wujud” dengan nilai min 5.00 sementara nilai min terendah pula ialah bagi item 15 iaitu “sentiasa
berwaspada melakukan maksiat” dengan nilai min 4.36. Ini menunjukkan guru pelatih IPG Kampus Tawau,
mempunyai keimanan yang utuh terhadap kewujudan Allah SWT sekaligus meyakini sifat wajib bagi Allah
yang pertama iaitu wujud. Begitu juga dengan memahami maksud dua kalimah syahadah, elemen tawakal,
taubat, takut dan berharap pada Allah, meyakini kitab Allah (al-Quran), malaikat dan Nabi Muhammad SAW.
Terkandung juga di dalam aspek ini elemen kufur, di mana data menunjukkan Guru Pelatih menolak amalan
syirik. Hal ini terbukti apabila item 4 menyatakan “Tidak melakukan amalan syirik” yang mencatat min tinggi.
Secara keseluruhannya, dapatan daripada aspek ini menunjukkan Guru Pelatih Muslim IPG Kampus Tawau
masih mempunyai tahap penghayatan akidah yang baik dan boleh dijadikan role model daripada aspek
keimanan.
Namun, masih belum sepenuhnya berhati-hati terhadap perkara-perkara yang berunsurkan maksiat
ataupun mengundang kemurkaan Allah. Justeru, ilmu dan amalan untuk mewujudkan rasa khauf iaitu takut
kepada Allah itu perlu diperkukuhkan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, pihak kampus mewajibkan
kehadiran pelajar muslim ke majlis ilmu mingguan (kuliah maghrib) di masjid an-Nur untuk menambahkan
ilmu ketauhidan. Firman Allah dalam surah al-Mujadilah ayat 11 yang bermaksud:
“Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu
beberapa darjat”
Hal ini kerana dengan menghadiri majlis ilmu akan mewujudkan kesedaran, kefahaman dan seterusnya
amalan yang baik dalam diri penuntut ilmu (Walid al-Malik, 2017). Di samping itu, pihak kampus juga boleh
mewujudkan institusi hisbah bagi memantau dan mengawasi aktiviti siswa guru dengan penuh hikmah agar
sentiasa terpelihara daripada perbuatan yang mungkar. Firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 104 yang
bermaksud :
“Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang mengajak kepada kebaikan, menyuruh
kepada kebaikan, dan mencegah dari kemungkaran, dan mereka itulah orang-orang yang
beruntung”.
Maka, dengan wujudnya institusi ini, maka bi’ah solehah bercirikan amar ma’ruf nahi mungkar iaitu menyuruh
kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dapat diwujudkan dalam kampus ini.
Jadual 3
Peratusan dan min tahap penghayatan akidah dalam kalangan guru pelatih muslim IPG Kampus Tawau,
Sabah (N=100)
Tahap Penghayatan Akidah Peratus (%) Jumlah
TS TP S SS M
Bil Perkara STS 100 5.00
1 Yakini Allah SWT itu wujud 5 95 4.95
2 Dapat melafazkan dua kalimah syahadah
12 88 4.88
dengan baik
3 Memahami maksud dua kalimah syahadah
4 Tidak melakukan amalan syirik 4 16 80 4.76
5 Mengharap setiap kebaikan diganjari pahala 1 10 18 71 4.59
6 Takut untuk melakukan perkara yang dilarang 2 4 35 59 4.51
Allah SWT
2 27 71 4.69
7 Bertawakal setelah berusaha 16 84 4.84
8 Sentiasa berdoa ketika kesusahan 12 88 4.88
9 Yakin malaikat mencatat setiap amalan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
10 Menjadikan Nabi Muhammad sebagai ‘role 2 19 79 4.77
model’ 4 25 71 4.67
11 Membaca kisah Nabi Muhammad 2 10 88 4.86
menambahkan rasa cinta kepada baginda
SAW 4 96 4.96
12 Membaca al-Quran dapat memberi 1 2 16 82 4.80
ketenangan kepada jiwa 10 44 46 4.36
8 30 61 4.50
13 Sentiasa mengharapkan rahmat Allah SWT
2 15 83 4.81
14 Berusaha untuk mendapat kejayaan 3 97 4.97
15 Sentiasa berwaspada melakukan maksiat
16 Tidak suka berkhalwat atau berdua-duaan 4 15 81 4.77
17 Sentiasa memohon keampunan Allah SWT 4 96 4.96
18 Tahu tidak berpuasa adalah dosa
19 Merasa tenang dengan menunaikan solat 1 99 4.99
3 97 4.97
20 Yakin tugas malaikat mencatat amalan
manusia 4.80
Tinggi
21 Yakin al-Quran adalah kitabullah
22 Yakin dengan perkhabaran al-Quran
Min Keseluruhan
Soalan 2: Apakah tahap penghayatan ibadah dalam kalangan guru pelatih IPGKT?
Bagi menjawab persoalan ini, analisis telah dilakukan bagi melihat peratus, min dan tahap
min bagi item 23 hingga 41 yang berkaitan dengan amalan rukun Islam dan beberapa
amalan tambahan asas dalam kehidupan seseorang muslim. Nilai min bagi aspek ini
adalah rendah berbanding aspek akidah dan akhlak. Nilai min bagi setiap item pula
berbeza-beza daripada julat 3.35 sehinggalah kepada nilai min 4.78. Dapatan bagi aspek
ibadah yang ditunjukkan menerusi Jadual 4 di bawah, memperlihatkan bahawa nilai min
tertinggi bagi aspek ini ialah item 38 iaitu “Tidak ponteng puasa Ramadhan” dengan nilai
min 4.78 sementara nilai min terendah pula ialah bagi item 39 iaitu “Berpuasa sunat pada
setiap bulan” dengan nilai min 3.35. Ini menunjukkan guru pelatih IPG Kampus Tawau,
menjalankan ibadah puasa Ramadhan sekaligus menepati rukun islam yang ketiga.
Begitu juga dengan rukun Islam yang lain seperti amalan solat dan zakat. Terkandung
juga dalam aspek ini amalan istighfar, menutup aurat, bersedekah dan berzikir di mana
data kajian menunjukkan guru pelatih muslim IPGKT menjalankan ibadat harian sebagai
seorang hamba Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah adz-Zaariyat ayat 56 yang
bermaksud:
“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah-Ku (beribadat kepada-Ku)”
Namun demikian, elemen tambahan seperti amalan puasa sunat pada setiap bulan
masih belum menjadi kebiasaan atau rutin. Amalan ini boleh diterapkan melalui
pembudayaan ibadah puasa sunat dalam kalangan guru pelatih. Misalnya, puasa sunat
hari Khamis setiap minggu. Hal ini kerana amalan berpuasa berupaya melatih manusia
dalam mengendalikan hawa nafsu dan menumbuhkan sifat-sifat yang mulia (Winda
Nurmalasari, 2016). Bukan itu sahaja, malah Muhammad Abduh (2015) menyatakan
amalan puasa akan menjadi sia-sia sekiranya sikap atau tingkah laku buruk yang
dilakukan ketika berpuasa. Hal ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang
bermaksud :
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah
mengamalkannya, maka tiadalah di sisi Allah (puasanya itu) selain rasa lapar
dan dahaga yang diperoleh” (Riwayat Bukhari)
Maka, dengan pembudayaan amalan puasa sunat dalam kalangan siswa guru muslim
IPG Kampus Tawau dapat melatih sifat-sifat yang mulia dan terpuji sekaligus
menghidupkan iklim dini di IPG ini.
Jadual 4
Peratusan dan min tahap penghayatan ibadah dalam kalangan guru pelatih muslim IPG Kampus Tawau,
Sabah (N=100)
Tahap Penghayatan Ibadah Peratus Jumlah
SS M
Bil Perkara STS TS TP S 77 4.67
23 Solat fardu ditunaikan setiap hari
1 2 3 17
24 Menjaga solat fardu dalam apa 3 11 35 51 4.34
keadaan sekalipun 5 25 51 19 3.84
25 Menunaikan solat fardu di awal waktu
26 Melakukan solat dengan tenang dan 1 1 19 61 19 3.98
tekun 5 32 42 20 3.75
27 Mengutamakan solat berjemaah
28 Berdoa selepas solat 1 5 26 68 4.61
29 Melakukan solat sunat 5 4 36 37 18 3.59
30 Menunaikan zakat fitrah 3 3 13 31 50 4.22
31 Memastikan makan makanan yang
3 17 80 4.77
halal
32 Menutup aurat 1 4 35 60 4.54
33 Tidak suka menonton rancangan 4 19 45 32 4.05
yang berunsur maksiat 11 47 42 4.31
34 Membaca bismillah sebelum
3 25 72 4.69
melakukan sesuatu perkara 1 12 34 53 4.38
35 Membaca doa makan
36 Membaca al-Quran 2 13 34 51 4.34
37 Beristighfar setiap hari 4 14 82 4.78
38 Tidak ponteng puasa Ramadhan
39 Berpuasa sunat pada setiap bulan 8 8 39 31 14 3.35
40 Suka bersedekah 1 15 52 32 4.15
41 Sentiasa berzikir
2 3 20 50 25 3.93
Min Keseluruhan 4.23
Tinggi
Soalan 3: Apakah tahap penghayatan akhlak dalam kalangan guru pelatih IPGKT?
Bagi menjawab persoalan ini, analisis telah dilakukan bagi melihat peratus, min dan tahap
min bemula item 42 hingga 63 berkaitan tingkah laku dan sikap harian bagi seorang
muslim amnya. Jadual 5 pula menunjukkan bahawa min keseluruhan bagi aspek akhlak
ialah 4.31. Nilai min tersebut menunjukkan bahawa bagi aspek ini guru pelatih muslim
mempunyai akhlak pada tahap yang tinggi. Kebanyakkan item didapati mempunyai nilai
min menghampiri nilai 4.00 atau melebihi nilai 4.00 yang bermaksud penyataan item
adalah dipersetujui oleh guru pelatih muslim. Dapatan bagi aspek akhlak yang ditunjukkan
menerusi Jadual 5 di bawah, memperlihatkan bahawa nilai min tertinggi bagi aspek ini
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
ialah item 54 iaitu “Tidak meminta bayaran lebihan jika wang dipinjam” dengan nilai min
4.76 sementara nilai min terendah pula ialah bagi item 49 iaitu “Tidak mudah marah dalam
situasi yang tidak menyenangkan” dengan nilai min 3.91. Ini menunjukkan guru pelatih
muslim IPG Kampus Tawau, tidak mengamalkan amalan riba yang sangat dilarang dalam
Islam dengan meminta bayaran yang sama dengan nilai wang yang dipinjamkan.
Begitu juga di dalam aspek ini mencatatkan min tinggi bagi elemen menjaga tutur
kata dan tidak menyinggung perasaan orang lain, berlapang dada dan menerima teguran,
berkomunikasi dengan suara yang sederhana dan teratur, mengucapkan salam ketika
bertemu, segera berselawat apabila mendengar ucapan selawat, suka penampilan yang
kemas dan menutup aurat. Hal ini menunjukkan siswa guru IPG Kampus Tawau
mempunyai ketrampilan dan perwatakan yang baik dan layak dicontohi. Guru pelatih juga
suka membantu orang yang dalam kesusahan serta tidak mengharapkan balasan. Hal ini
terbukti apabila item 46 “segera membantu orang yang dalam kesusahan” mencatatkan
skor min tinggi iaitu 4.33. Sikap saling membantu ini sangat lah sinonim dengan
perwatakan seorang guru kerana dunia keguruan memerlukan sikap kerjasama yang
tinggi bagi mencapai visi dan misi sekolah (Muhammad Faizal A. Ghani & Crow, G.M.,
2012). Sikap ini juga sangat digalakkan dalam islam di mana Allah memberikan motivasi
kepada golongan yang suka membantu dengan menjelaskan bahawa, sesiapa yang
membantu, dia juga akan dibantu oleh Tuhan sekalian alam yang Maha Kuasa. Hal ini
dinyatakan melalui maksud sabda Baginda Nabi Muhammad SAW iaitu:
“Allah memberikan pertolongan kepada hamba itu selama hamba itu
menolong saudaranya” (Riwayat at-Tabrani)
Di samping itu, Islam juga menggalakkan umatnya saling membantu dalam melakukan
kebaikan dan taqwa sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Maidah ayat 2 yang
bemaksud :
“Hendaklah kamu tolong-menolong dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa,
dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan kerosakan. Dan
bertakwalah kepada Allah”
Namun demikian, daripada aspek pengurusan emosi belum sepenuhnya dapat
dikawal apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak disukai. Bukan itu sahaja, malah
elemen bercakap benar juga dicatatkan sebagai min terendah selain aspek kawalan
emosi. Hal ini terbukti apabila item 56 “sentiasa bercakap benar” mencatatkan skor min
3.98. Sememangnya, Islam melarang kita untuk berkata dusta lantaran itu adalah salah
satu daripada ciri-ciri orang munafik. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Empat perkara, barangsiapa ada pada dirinya maka jadilah dia orang
munafik yang sebenarnya, dan barangsiapa ada salah satu perkara pada
dirinya, maka dia mempunyai tanda orang yang munafik sehingga dia
melepaskannya. Apabila diberi amanat dia berkhianat, apabila berbicara dia
berdusta, apabila berjanji tidak menepati janji dan apabila bertengkar dia
bersikap keras (dengan pendapatnya).” (Riwayat Bukhari)
Bukan itu sahaja, malah daripada aspek emosi. Nabi Muhammad SAW juga mengajarkan
umatNya agar tidak bersifat pemarah. Sabda Baginda SAW yang bermaksud :
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah,
berikanlah wasiat kepadaku.” Rasulullah SAW menjawab, “Janganlah kamu
marah.” (Riwayat Bukhari)
Menyentuh elemen akhlak, sememangnya ikon yang perlu diangkat dan diserlahkan
adalah baginda Nabi Muhammad SAW kerana baginda diutuskan adalah untuk
mengajarkan akhlak kepada semua umat manusia. Sabda baginda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Aku (Nabi Muhammad SAW) diutuskan adalah untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia” (Riwayat Baihaqi)
Di dalam al-Quran juga menyatakan tentang keagungan akhlak Nabi Muhammad SAW
sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:
“Sungguh telah dapat pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik”
Oleh yang demikian, ilmu dan latihan pengurusan emosi perlu diberi dan
diperkukuhkan dari masa ke masa selain daripada penerapan elemen bercakap benar.
Bagi mencapai hasrat ini, exco ataupun lajnah kerohanian dibawah organisasi
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) disarankan untuk mengadakan sesi perkongsian
ringkas ataupun tazkirah ringkas mingguan. Misalnya sesi tazkirah ketika perhimpunan
mingguan pada setiap hari Jumaat yang berkisarkan akhlak Rasulullah SAW ketika disakiti
yang tetap bersabar dan sentiasa memilih kebenaran. Slot ini boleh dijadikan sebagai
peringatan untuk terus menginspirasikan siswa guru melakukan akhlak yang baik
sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW (Yanuar Arifin, 2017).
Tazkirah ringkas ini perlu dijadikan budaya selain daripada amalan puasa sunat
dalam kalangan pelajar bagi mengatasi item akhlak yang mempunyai nilai min terendah.
Walaupun amalan keagamaan ini sukar diukur kesannya terhadap IPG, namun amalan
seperti ini dapat membersihkan jiwa. Menurut al-Ghazali (1970), sebelum belajar
seseorang pelajar itu mestilah membersihkan jiwanya daripada kecenderungan yang
buruk dan perangai yang jelek. Hal ini kerana ilmu itu tempatnya di hati. Seandainya
seorang bakal guru mempunyai perangai buruk, mungkin berkeupayaan untuk
memperoleh ilmu pengajaran, tetapi tidak memperoleh jiwa pendidik.
Jadual 5
Peratusan dan min tahap penghayatan akhlak dalam kalangan guru pelatih muslim IPG Kampus Tawau,
Sabah (N=100)
Tahap Penghayatan Akhlak Peratus Jumlah
SS M
Bil Perkara STS TS TP S 59 4.54
66 4.61
42 Berbuat baik sesama manusia 5 36
55 4.47
43 Segera berselawat apabila mendengar 5 29
49 4.42
ucapan selawat
44 4.33
44 Sentiasa menjaga tutur kata bila 1 6 38
41 4.25
berbicara dengan ibu bapa
37 4.24
45 Mengucapkan salam ketika bertemu 7 44
rakan dan pensyarah
46 Segera membantu orang yang dalam 1 9 46
kesusahan
47 Membantu dan tidak mengharapkan 1 4 5 49
sebarang balasan
48 Berlapang dada dan menerima teguran 1 11 51
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
49 Tidak mudah marah dalam situasi yang 2 4 19 51 24 3.91
tidak menyenangkan
3 1 32 67 4.65
50 Saya suka penampilan yang kemas 1
dan sopan 1 20 52 27 4.05
1
51 Tidak menyinggung perasaan orang 3 1 7 49 43 4.34
lain dengan tingkah laku
2 17 30 48 4.18
52 Tidak mengambil barang tanpa
meminta izin 1 3 15 81 4.76
53 Perasaan tidak gembira apabila keluar 7 43 49 4.39
berdua-duaan.
2 21 54 23 3.98
54 Tidak meminta bayaran lebihan jika 11 46 43 4.32
wang dipinjam 15 51 34 4.19
55 Segera meminta maaf sekiranya 1 9 42 47 4.33
melakukan kesalahan
2 13 32 50 4.24
56 Sentiasa bercakap benar
57 Sentiasa senyum dan peramah 2 19 46 33 4.10
58 Sentiasa bersikap ihsan melakukan
13 46 41 4.28
ibadah (13) (46) (41)
59 Sentiasa menutup aurat ketika aktiviti 1 15 53 31 4.14
(1) (15) (53) (31)
riadah/ senaman
60 Lebih menyukai aktiviti kumpulan yang 4.31
Tinggi
mengikut jantina
61 Suka bantu rakan menyiapkan
assigment
62 Membaca doa sebelum dan selepas
makan
63 Berkomunikasi dengan suara yang
sederhana dan teratur
Min Keseluruhan
Soalan 4 : Adakah terdapat hubungan antara penghayatan akidah dengan akhlak guru
pelatih IPGKT?
Ujian korelasi pearson telah dijalankan untuk menganalisis data bagi menjawab
persoalan kajian keempat. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat kesan penghayatan
akidah terhadap variabel bersandar kajian, iaitu akhlak guru pelatih muslim. Keputusan
analisis menunjukkan bahawa secara signifikan, terdapat korelasi besar penghayatan
akidah terhadap kepada akhlak guru pelatih muslim (r=.585). Maka hipotesis alternatif
(Hₐ1) yang menyatakan terdapat hubungan signifikan antara penghayatan akidah dengan
akhlak guru pelatih muslim IPGKT adalah diterima.Dapatan kajian ini mempunyai
keselarian dengan Ulwan (2000) yang menyatakan guru perlu memiliki sifat takwa. Sifat
takwa akan menjadi benteng utama kepada guru daripada terlibat dengan tingkah laku
negatif. Selain itu, sifat tersebut akan sentiasa mendorong komitmen dalam
melaksanakan kewajipan dan amanah yang dipertanggunjawabkan. Hal ini terjadi kerana
timbulnya hubungan yang harmonis dalam hubungan manusia dengan Allah dan
hubungan manusia sesama manusia berasaskan ajaran tauhid (aqidah). Melalui asas ini
juga, persekitaran sekolah yang selesa daripada aspek rohani dan kemasyarakatan
berupaya mengukuhkan akidah dan akhlak murid untuk sentiasa bercakap benar, ikhlas,
menghormati masalah orang lain, bekerjasama dan melakukan suruhan Allah SWT dan
meninggalkan larangan-Nya (Ahmad Zabidi, 2006).
Dapatan ini juga selaras dengan resolusi Persidangan Pembangunan Pelajar
Peringkat Kebangsaan yang menegaskan seseorang itu membuktikan keyakinannya
kepada Allah swt dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan menjauhi segala
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
larangan-Nya. Keyakinan yang meresap ke dalam hati itu seterusnya menggerakkan
pelajar untuk membentuk tingkahlaku dalaman (pemikiran, keyakinan, sikap, perasaan,
kehendak dan lain-lain) dan luaran (percakapan, penglihatan, pendengaran dan lainlain
tingkahlaku) yang sejajar dengan tuntutan Islam. Melalui penghayatan ini juga akan
lahirlah keperibadian hamba yang mampu memikul amanah sebagai khalifah Allah swt di
muka bumi ini (Khairul Anwar dan Hasnan, 2008).
Soalan 5: Adakah terdapat hubungan antara penghayatan ibadah dengan akhlak guru
pelatih IPGKT?
Untuk menganalisis data bagi menjawab persoalan kajian kelima, ujian korelasi pearson
telah dijalankan. Tahap hubungan dinilai berdasarkan Cohen (1988). Dapatan daripada
ujian korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat kesan penghayatan ibadah
terhadap variabel bersandar kajian, iaitu akhlak guru pelatih muslim. Keputusan analisis
menunjukkan bahawa secara signifikan, terdapat korelasi besar penghayatan ibadah
dengan akhlak guru pelatih muslim (r=.721). Maka hipotesis alternatif (Hₐ2) yang
menyatakan terdapat hubungan signifikan antara penghayatan ibadah dengan akhlak
guru pelatih muslim IPGKT adalah diterima.Dapatan kajian ini juga disokong oleh Mohd
Sabri, Syed Najmuddin dan Abd Halim (2009) yang menyatakan pihak pengurusan perlu
memantapkan amalan aspek ibadah dengan mengutamakan pendidikan kerohanian bagi
membina ketrampilan sahsiah iaitu akhlak dan budi pekerti. Akan tetapi, kajian yang
dijalankan terhadap mahasiswa Islam UTM oleh Ahmad Johari, Abdul Rahim, Jamaluddin
dan Nor (2006) menyatakan, walaupun siswa mempunyai tahap pengetahuan agama
yang tinggi, tetapi tidak semestinya semua pengetahuan yang dimiliki itu diterjemahkan
dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini membuktikan bahawa ilmu
keyakinan (aqidah) sahaja tidak mencukupi. Keimanan tersebut perlu dibuktikan melalui
amalan seharian (ibadah) sebagai bukti ketaatan yang membawa manusia kepada
kemurnian akhlak peribadi (Walid al-Malik, 2016).
Dapatan kajian ini juga menyokong kajian yang pernah dijalankan oleh pengkaji
lepas iaitu Azhar Ahmad dan Ab. Halim Tamuri (2006). Melalui analisis deskriptif, mereka
mendapati peratus penghayatan yang amat rendah dalam kalangan pelajar sekolah
menengah terhadap kewajipan ibadah solat lima waktu sehari semalam, telah
mencatatkan peratus kekerapan yang agak tinggi penglibatan pelajar dalam pergaulan
bebas dan tidak berhemat selain daripada pendedahan aurat. Demikian juga kajian yang
menunjukkan bahawa pengamalan gaya hidup Islam dalam kalangan warga sekolah
merupakan ciri yang terpenting bagi mewujudkan iklim sekolah yang berkesan. Budaya
hidup beragama ini membantu mengawal akhlak dan meningkatkan prestasi akademik
pelajar. Sejarah membuktikan bahawa kejayaan sebuah sekolah agama yang terkenal
Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) banyak dibantu oleh budaya hidup beragama.
Amalan sebahagian besar pelajar seperti solat berjemaah dan amalan-amalan sunat
seperti solat sunat hajat, berzikir, berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis serta
amalan tazkirah merupakan faktor penting kecemerlangan pelajar kolej ini (Ahmad Zabidi,
2006).
Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Min tahap penghayatan beragama keseluruhannya mempunyai tahap yang tinggi. Min
aspek akidah berada di tahap tertinggi (4.80), diikuti dengan aspek penghayatan akhlak
(4.31) dan seterusnya aspek ibadah (4.23). Terdapat hubungan yang signifikan antara
variabel penghayatan akidah dengan akhlak guru pelatih muslim IPGKT dengan nilai
korelasi Pearson 0.585 dan terdapat hubungan yang signifikan antara variabel
penghayatan ibadah dengan akhlak guru pelatih muslim IPGKT dengan nilai korelasi
Pearson 0.721. Dapatan kajian keseluruhannya menunjukkan tahap penghayatan
beragama dalam kalangan siswa guru muslim IPG Kampus Tawau berada pada tahap
yang baik berdasarkan skor min. Sekalipun terdapat beberapa item tertentu dalam ketiga-
tiga aspek yang wajar diberi perhatian oleh pihak institut. Dapatan ini secara tidak
langsung memperkukuhkan dan melestarikan peranan IPG selaku peneraju pendidikan
guru.
Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan dianjurkan untuk tujuan
peningkatan aspek akidah, ibadah dan akhlak guru pelatih secara khususnya. Antaranya
pengkaji mendapati hasil tinjauan literatur dan dapatan kajian inferensi, variabel ibadah
adalah sesuai dijadikan sebagai mediator. Hal ini kerana, pelaksanaan ibadah adalah
pembuktian aspek penghayatan akidah yang benar bagi menghasilkan tingkah laku dan
akhlak yang baik. Pihak KPM harus memikirkan proses PISMP dan aktiviti terbaik yang
perlu diberikan kepada siswa guru bagi memastikan penghayatan akhlak dapat
ditingkatkan ke tahap optimum bagi memastikan generasi barisan pendidik yang berkualiti
dan berkesan dapat dilahirkan. Kementerian juga perlu membuat penyelidikan tentang
keberkesanan program-program yang telah digariskan dalam Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP).
Adakah program-program yang dirangka memadai ataupun perlu penambahbaikan
agar ia mampu membentuk keperibadian seorang bakal guru yang mempunyai
penghayatan agama yang tinggi dan seterusnya berakhlak mulia. Hal ini kerana guru
sememangnya dijadikan suri teladan yang utama dalam kalangan masyarakat dan
khususnya murid-murid di sekolah (Abdullah Sani, 2005). Oleh itu, usaha perlu dibuat bagi
meningkatkan penghayatan beragama siswa guru muslim khususnya supaya menjadi
guru-guru yang mempunyai tauladan yang baik kelak.Pihak pengurusan IPG Kampus
Tawau khususnya perlu memantapkan aspek amalan ibadat dengan mengutamakan
pendidikan kerohanian. Keterampilan sahsiah (akhlak dan budi pekerti) perlu diberi
penekanan dan keutamaan seiring dengan kecemerlangan akademik di dalam dan luar
kuliah. Sehubungan dengan itu, kaedah pendidikan kerohanian perlu dikaji semula dan
ditingkatkan. Pengemblengan tenaga oleh semua pihak, terutamanya pensyarah-
pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), warden, Jabatan Hal Ehwal
Pelajar (JHEP) dan barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) harus mengambil
pendekatan holistik dan realistik.
Semua pihak berkenaan disarankan untuk bekerjasama bagi melaksanakan
cadangan aktivti-aktiviti yang telah dinyatakan oleh pengkaji bagi memperbaiki kelemahan
dalam aspek penghayatan beragama dalam kalangan guru pelatih muslim. Misalnya,
membuat penggiliran tajaan makanan berbuka puasa pada setiap hari Khamis sebagai
motivasi dan galakkan pembudayaan amalan puasa sunat dalam kalangan guru pelatih.
Jabatan HEP dan warden pula mengambil langkah tegas dalam usaha menggalakkan
kehadiran guru pelatih muslim ke Masjid an-Nur bagi menghadiri kuliah maghrib. Pihak
JPP pula memainkan peranan dalam memastikan program yang dirancang berjalan
lancar dan berterusan. Tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan ini seharusnya
dipikul bersama demi membentuk generasi pendidik yang memahami tujuan kewujudan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
mereka di muka bumi. Secara individu, guru pelatih muslim itu sendiri hendaklah
mempunyai kesedaran tentang perlunya penghayatan beragama dalam kehidupan
khususnya sebagai seorang bakal guru. Kerana ketiga-tiga elemen ini bermatlamatkan
pembentukan diri muslim yang diredhai Allah dan dikasihi Rasullah SAW. Keutuhan iman
dan pengabdian diri adalah merupakan komitmen yang penting bagi membentuk
personaliti yang mempunyai unsur ihsan dalam diri.
Guru pelatih juga perlu kesedaran untuk sentiasa memperbaiki dan bermuhasabah
diri dalam usaha membentuk akhlak terpuji. Hal ini kerana, seorang guru itu ialah "role
model" utama dalam masyarakat. Seorang bakal guru yang terlatih dan berpengalaman
itu perlu sentiasa melakukan penambahbaikkan dalam kehidupan beragama kerana realiti
hawa nafsu yang sentiasa membolak-balikkan iman manusia. Usaha ini penting supaya
seorang bakal guru itu benar-benar berupaya menanamkan nilai dan akhlak terpuji serta
akhlak terpuji merentas kurikulum dalam apa subjek sekalipun (Ridzuan Ahmad & Azimah
Abdullah, 2017). Justeru, guru pelatih digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti dan
majlis-majlis ilmu yang berunsurkan keagamaan dan kecintaan kepada Allah dan
Rasullah SAW.
Ibu bapa perlu sedar bahawa pentingnya peranan mereka dalam pendidikan agama
kepada anak mereka sejak anak itu masih kecil hingga dewasa. Menurut Robiah Sidin
(2007), ibu bapa juga perlu menjadi role model kepada anak-anak dalam pembentukan
peribadi anak mereka. Mereka tidak seharusnya menyerahkan tugas mendidik kepada
guru di sekolah semata-mata. Guru juga insan biasa yang boleh melakukan kesilapan,
dan apa yang dikhuatiri ialah kesilapan tersebut mempengaruhi minda dan tindakan
murid. Oleh yang demikian, mereka perlu memantau dan mengawasi anak-anak mereka
dan masa ke semasa agar anak-anak tersebut tidak terpesong dari landasan yang
sebenar. Ibu bapa juga digalakkan untuk menghadiri seminar keibubapaan, menghadiri
kuliah dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang parenting skill supaya menjadi ibu
bapa yang professional dalam usaha pembinaan keluarga yang sakinah dan harmoni.
Rujukan
Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus disiplin pelajar. Pahang Darul Makmur: PTS
Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Johari, Abdul Rahim, Jamaluddin Ramli dan Nor Salis . (2006). Pengaruh
pengetahuan agama ke atas amalan agama dan gaya hidup mahasiswa Islam
Universiti Teknologi Malaysia. National Student Development Conference
(NASDEC). Kuala Lumpur: UTM.
Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri iklim sekolah berkesan: Implikasinya terhadap
motivasi pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, Jilid 31, 3-19.
Al-Ghazali. (1970). The book of knowledge. Lahore: Sh. Muhamad Ashraf Publishers &
Booksellers.
Azhar Ahmad & Ab Halim Tamuri. (2006). Penghayatan akhlak pelajar sekolah
menengah. Jurnal Akademik, 1-10.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Cohen, J. (1988). Statistical power analysis or the behavioral sciences, 2nd ed. Hillsdale:
Erlbaum.
Fathiyah Mohd Fakhruddin. (2012). Peranan & cabaran guru dalam pengajaran
pendidikan islam. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Gamal Abdul Nasir. (2003). Prinsip-prinsip pendidikan. Bentong: PTS Publication &
Distributions Sdn Bhd.
Khairul Anwar Mastor & Hassan Kasan. (2008). Penghayatan agama dan kepimpinan
pelajar. Kertas kerja dibentangkan pada Persidangan Pembangunan Pelajar
Peringkat Kebangsaan. Universiti Teknologi Malaysia.
Landell, K. (1997). Management by Menu. London: Wiley and Soms Inc.
Mohd Sabri Mamat, Syed Najmuddin Syed Hassan & Ab. Halim Tamuri. (2009). Amalan
ibadat harian dan sumbangannya kepada kecerdasan emosi remaja. Journal of
Islamic and Arabic Education, 1(1), 29-40.
Muhammad Abduh Tuasikal. (2015). Kajian ramadhan 43: Ramadhan mengajar akhlak
mulia. Retrieved from https://muslim.or.id/25918-kajian-ramadhan-43-ramadhan-
mengajarkan-akhlak-mulia.html
Muhammad Faizal A. Ghani & Crow, G.M. (2012). Amalan komuniti pembelajaran
professional : Perspektif pemimpin sekolah cemerlang negara maju. Jurnal
kurikulum & pengajaran asia pasifik, 10-27.
Norhisham Muhamad. (2015). Biah solehah dan penghayatan akhlak pelajar SMKA.
Universiti Pendidikan Sultan idris.
Nunnally, J.C. (1978). Psychometric theory (2 ed.). New York: McGraw-Hill.
Ridzuan Ahmad & Azimah Abdullah. (2017). Iklim dini dan tahap penghayatan dalam
kalangan guru pelatih IPGKSAH : Satu kajian kes. Jurnal penyelidikan khazanah,
Jilid 19, 56-80.
Robiah Sidin. (2007). Masalah Disiplin dan Cara Menanganinya . Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Suriani Ismail. (2011). Dunia Pendidikan. Retrieved from HAMKA:
http://surianaismail.blogspot.sg/2011/01/hamka.html
Ulwan Abdullah Nasih. (2000). Pendidikan anak-anak dalam Islam. Kuala Lumpur:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Walid al-Malik. (2016). Kitab Allah syariat & hakikat I : Satu penghuraian. Kuala Lumpur:
Sunan Press.
Walid al-Malik. (2017). Diari salik. Kuala Lumpur: Sunan Press.
Winda Nurmalasari. (2016). Melatih sikap ramah dan lemah lembut dengan ibadah puasa.
Jurnal penelitian siswa, 1-14.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Yanuar Arifin. (2017). Mencontohi sikap Rasulullah ketika disakiti: Inilah teladan yang
mesti kita contohi. Selangor: Al-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd.
Yusuf Al-Qardawi. (1999). Umat Islam menangani cabaran dan tentangan zaman. Kuala
Lumpur: Al-Hidayah Publisher.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015