Negara Malaysia kini menjurus ke arah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) dalam pelbagai bidang dan khususnya dalam dunia pendidikan kini semakin
menular dalam kalangan guru dan murid. Tidak dinafikan pentaksiran atas tallian kini juga
sudah menjadi satu kewajipan dilakukan oleh kebanyakan guru termasuk Guru
Pendidikan Islam. Hal ini jelas terbukti apabila penggunaan banyak aplikasi yang
menggunakan atas talian sebagai medium utama dalam menyimpan dan merekod
maklumat perkembangan murid. Terdapat dua jenis aplikasi atas talian yang membantu
pentaksiran atas talian dilakukan iaitu yang bersifat sepenuh masa dan bersifat berkala.
Antara yang digunakan sepenuh masa adalah aplikasi sistem pengurusan latihan guru (e-
SPLG) dan Portal Rasmi Rasmi Akses Rangkaian Di Sekolah (HRMIS). Kesemua perisian
di atas memerlukan kemahiran guru untuk melaksanakan dan mengendalikan maklumat.
Pentaksiran berasaskan sekolah merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi, dan rohani) dan psikomotor (jasmani)
selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah
mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Pentaksiran ini menjamin kualiti
sehingga menjamin setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau perlaksanaan
sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu
pentaksiran yang dikendalikan. Setiap pentaksiran yang dilakukan ini mewajibkan guru
merekod dan memasukkan maklumat data murid kedalam sistem analisis peperiksaan
sekolah (SAPS). Secara tidak sedar perkara ini memerlukan tenaga kerja yang mahir dan
pakar dalam melaksanakan perkara tersebut.
Selain itu, terdapat juga masalah seperti masalah Import Pelajar. Sesetengah
sekolah tidak dapat melaksanakan proses Import Pelajar ke dalam sistem SAPS kerana
nama pelajar tidak dapat diimport secara pukal disebabkan telah ditutup oleh sistem (SrI
Kartini, 2013). Pihak guru terpaksa melakukan Import Pelajar secara individu bagi pelajar
yang terlibat dan proses ini juga memakan masa yang agak lama sekiranya terdapat
banyak jumlah pelajar yang perlu di import. Pelajar baru yang mendaftar ke sekolah perlu
diimport masuk ke dalam SAPS. Oleh hal yang demikian pengkaji merasakan begitu
banyak kepentingan untuk melakukan kajian dalam perkara tersebut. Walau
bagaimanapun sekiranya guru benar-benar tahu cara mengendalikan apikasi perisian
dengan baik, masalah tersebut tidak timbul. Untuk mengetahui cara yang betul
memerlukan latihan dan kursus yang sewajarnya bagi meningkatkan pengetahuan dan
kebolehan guru tersebut.
Berdasarkan maklumat tersebut menunjukkan bahawa guru tidak benar-benar
mempunyai pengetahuan yang jelas. Hal ini kerana pengetahuan yang benar menuntut
seseorang itu mempunyai ciri yang betul iaitu mengetahui objektif, cara, perlaksanaan
yang sistematik dan pengetahuan yang diterima kebenarannya oleh semua pihak.
Disebabkan oleh ciri tersebut tidak dimiliki oleh guru khususnya Guru Pendidikan Islam
menjadikan mereka menghadapi masalah dalam melakukan tanggungjawab khususnya
melaksanakan pentaksiran atas talian. Manakala kesediaan pula memerlukan ciri-ciri
yang memerlukan seseorang yang bersedia itu untuk berada dalam keadaan dalaman
mereka berupaya untuk melakukan sesuatu dengan tujuan untuk menyelesaikan tugasan
yang di amanahkan. Sehubungan itu, penyelidik merasa terpanggil untuk mengenalpasti
adakah guru pendidikan Islam di sekolah rendah khususnya di daerah Tawau mempunyai
pengetahuan dan kesediaan dalam menggunakan aplikasi pentaksiran atas talian dalam
menyimpan prestasi pencapaian murid. Pengkaji juga ingin melihat hubungkait antara
pengetahuan dengan kesediaan Guru Pendidikan Islam dalam penggunaan sistem
tersebut.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Objektif dan Soalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan:
1. Tahap pengetahuan menggunakan sistem analisis peperiksaan sekolah
(SAPS) dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.
2. Tahap kesediaan menggunakan sistem analisis peperiksaan sekolah
(SAPS) dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.
3. Hubungan Antara pengetahuan dengan kesediaan mnggunakan sistem
analisis peperiksaan sekolah (SAPS) dalam kalangan Guru Pendidikan
Islam.
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan
berikut:
1. Apakah tahap pengetahuan menggunakan sistem analisis peperiksaan sekolah
(SAPS) dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.
2. Apakah tahap kesediaan menggunakan sistem analisis peperiksaan sekolah
(SAPS) dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.
3. Adakah terdapat hubungan antara pengetahuan dan kesediaan menggunakan
sistem analisis peperiksaan sekolah dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.
Metodologi
Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tinjauan. Tujuan kajian dijalankan untuk
mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesediaan menggunakan Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah dalam kalangan Guru Pendidikan Islam. Populasi dalam kajian
terdiri daripada 39 orang guru yang dipilih secara rawak mudah di beberapa buah sekolah
dalam daerah Tawau. Borang soal selidik mengandungi 21 item berskala likert 5 mata
point digunakan sebagai instrumen yang diubah suai Item-item yang digunakan di dalam
soal selidik ini telah diubahsuai daripada kajian Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul
Syuhada’ Wan Hassan dan Mohd Isa Hamzah (2017). Bagi mendapatkan kesahan dalam
pembinaan item soal selidik terlebih dahulu telah disemak oleh sekumpulan pakar dalam
bidang berkaitan. Bahagian A mengandungi 2 item tentang profil demografi responden,
iaitu jantina, pencapaian akademik. Manakala Bahagian B pula mengandungi 10 item
tentang tahap pengetahuan guru menggunakan perisian SAPS, Bahagian C pula
mempunyai 9 item tentang tahap kesediaan guru menggunakan perisian SAPS. Kajian
rintis telah dijalankan oleh pengkaji bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach di mana secara keseluruhannya konstruk yang ditadbir memperoleh nilai 0.83.
Menurut Field (2009), Indeks kebolehpercayaan dengan nilai tersebut dianggap
memuaskan dan diterima
Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis profail subjek kajian dan borang
soal selidik berbantukan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 23.0.
Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kekerapan,
peratusan, min dan sisihan piawai. Bagi menentukan tahap tahap pengetahuan, dan
kesediaan mengguanakan SAPS dalam kalangan GPI, penyelidik mengunakan panduan
skor min oleh Suwarnee (2006). Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk
menggambarkan kestabilan dan ketekalan dalaman (Creswell, 2010). Nilai Cronbach
Alpha pula seringkali dirujuk semasa pengukuran ketekalan dalaman sesuatu konstruk
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
(Norusis 1977). Nilai Cronbach Alpha yang melebihi 0.60 sering kali diguna pakai sebagai
indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen (Siti Rahayah 2003).
Jadual 1 Interprestasi
Interprestasi Skor Min Tinggi
Nilai Sederhana
3.68 - 5.00 Rendah
2.34 – 3.67
1.00 – 2.33
Sumber: Suwarnee (2006)
Dapatan Kajian
Demografi
Terdapat seramai 40 orang guru yang menjadi responden dan kesemua guru tersebut
adalah dari beberapa buah sekolah yang berlainan. Walau bagaimanapun borang soal
selidik yang dikembalikan dengan lengkap hanya mencapai angka 39. Perkara ini tidak
mengganggu dapatan kajian secara keseluruhan dan masih mampu menjawab kesemua
persoalan kajian yang dinyatakan. Sekolah yang dipilih adalah secara rawak mudah
melibatkan beberapa sekolah di bahagian zon Bandar daerah Tawau, Sabah. Taburan
sampel kajian ini terdiri daripada 39 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar
matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah kebangsaan di daerah
Tawau, Sabah. Analisis latar belakang guru tertumpu kepada maklumat demografi
responden. Dapatan tentang profil responden ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1 Kekerapan Peratus (%)
Demografi 5 12.8
34 87.18
Jantina 39 100.0
Lelaki
Perempuan
Jumlah
Responden kajian yang dipilih secara rawak adalah terdiri daripada 5 orang (12.82%) guru
lelaki dan 34 orang (87.18%) guru perempuan. Secara keseluruhannya, dalam kajian
yang dilaksanakan ini guru perempuan adalah lebih ramai berbanding dengan guru lelaki.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Jadual 2 Kategori Frekuensi Peratusan (%)
Pencapaian akademik Diploma 2 5.10
Ijazah Sarjana Muda 37 94.90
Demografi 39 100
Akademik N
Dari aspek taraf akademik pula, seramai 2 orang guru (5.10%) adalah terdiri daripada
guru yang mempunyai kelayakan dengan sijil diploma. Manakala seramai 37 orang guru
(94.90%) adalah terdiri daripada guru siswazah yang mempunyai taraf akademik sarjana
muda. Walaupun bilangan ijazah sarjana muda mempunyai jurang yang besar dibanding
dengan pencapaian akademik diploma, namun perkara tersebut tidak mengganggu
objektif dan dapatan kajian yang ingin dicari.
Tahap Pengetahuan menggunakan SAPS dalam kalangan Guru Pendidikan Islam
Soalan 1: Apakah tahap pengetahuan Menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan
Sekolah (SAPS) dalam kalangan Guru Pendidikan Islam
Jadual 3
Kekerapan, peratusan, min dan pisihan piawai tahap pengetahuan menggunakan SAPS dalam kalangan
Guru Pendidikan Islam (N=39)
Item Perkara STS TS TP S SS Min Tahap
Min
f f f f f SP
Tinggi
% % % %% Tinggi
1 Saya mempunyai pengetahuan 0 1 0 23 15 4.33 Tinggi
mengendalikan sistem analisis Tinggi
Tinggi
peperiksaan sekolah (SAPS). 0 2.6 0 59 38.5 0.62 Tinggi
2 Saya mahir menyusun data 0 1 8 21 9 3.97
prestasi murid menggunakan
sistem analisis peperiksaan 0 2.6 20.5 53.8 23.1 0.74
sekolah (SAPS).
3 Saya tahu cara mengemaskini 0 2 4 27 6 3.95
perubahan maklumat murid dalam
sistem analisis peperiksaan 0 5.1 10.3 69.2 15.4 0.69
sekolah (SAPS).
4 Grafik perisian sistem analisis 0 1 5 24 9 4.05
peperiksaan sekolah (SAPS) tidak
mengelirukan saya. 0 2.6 12.8 61.5 23.1 0.69
5 Saya sentiasa mempelajari ilmu 0 1 3 26 9 4.10
baharu tentang sistem analisis
peperiksaan sekolah (SAPS). 0 2.6 7.7 66.7 23.1 0.64
6 Saya tahu menggunakan sistem 0 2 4 24 9 4.03
analisis peperiksaan sekolah
(SAPS). 0 5.1 10.3 61.5 23.1 0.74
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
7 Perisian sistem analisis 0 3 3 23 10 4.02 Tinggi
peperiksaan sekolah (SAPS) tidak
membebankan saya. 0 7.7 7.7 59 25.6 0.81
8 Saya mempunyai pengetahuan 0 2 1 16 20 4.36 Tinggi
mengendali komputer.
0 5.1 2.6 42 51.3 0.78
9 Saya boleh membaiki komputer 3 10 8 10 8 3.26 Sederhana
apabila berlaku kerosakan.
7.7 25.6 20.5 25.6 20.5 1.27
10 Perisian sistem peperiksaan atas 0 1 5 18 15 4.21 Tinggi
talian (SAPS) tidak menyukarkan
saya. 0 2.6 12.8 46.2 38.5 0.77
Min keseluruhan 4.03 Tinggi
0.44
Hasil analisis data pada konstruk item bagi soal selidik bahagian pertama merekodkan
kesemua item yang ditadbir mencapai tahap min yang tinggi iaitu melebihi 3.68. Walau
bagaimanapun terdapat pengecualian item ke sembilan iaitu nilai min 3.26 yang
dikategorikan berada di tahap sederhana. Namun demikian persoalan pertama kajian
terjawab apabila min keseluruhan bagi konstruk yang pertama merekodkan min di tahap
tinggi iaitu nilai min 4.03 dan nilai sisihan piawai 0.44. (M = 4.03, SP = 0.44)
Kepentingan pengetahuan dalam kalangan GPI untuk meningkatkan kemahiran
memberi kesan secara langsung terhadap kemahiran GPI dalam mengendalikan
sebarang perisian. Oleh hal yang demikian, penting untuk GPI menguasai pengetahuan
dalam mengendalikan SAPS. Perkara ini terbukti apabila dapatan kajian menunjukkan
tahap pengetahuan GPI berada di tahap yang tinggi sehingga guru menyatakan mereka
mempunyai pengetahuan mengendalikan sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS).
Walau bagaimanapun perkara ini tidak selari dengan dapatan Jamaludin Badusah dan
Suzlina Baharudin (2016) yang menyatakan tahap pengetahuan guru terhadap web
adalah berada di tahap rendah. Perkara ini mungkin terdapat perbezaan kerana berlaku
perbezaan demografi kajian dan perbezaan aspek penilaian keseluruhan. Melalui analisis
yang dijalankan juga mendapati item kesembilan iaitu “Saya boleh membaiki komputer
apabila berlaku kerosakan’’ merekodkan tahap min sederhana. Perkara ini selari dengan
dapatan yang dilakukan oleh Zainudin Abu Bakar (2006). Dalam kajian beliau juga
mendapati Guru Pendidikan Islam di Kuala Lumpur berada di tahap yang sederhana
dalam mengelola dan mengendalikan perisian dan peralatan komputer. Selain itu, Kang
Hwa Choo (2005) juga mendapati pengetahuan teknologi kebanyakan guru di Malaysia
juga berada di tahap sederhana.
Daripada analisa yang telah dilakukan, item pertama iaitu “Saya mempunyai
pengetahuan mengendali komputer” merekodkan nilai min yang paling tinggi iaitu 4.36.
perkara ini membuktikan bahawa dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dilakukan
pada tahun 2006 oleh Mohd Anuar yang menyatakan pengetahuan guru dalam
penggunaan teknologi maklumat terutama oleh guru penyelaras TMK di sekolah adalah
berada ditahap yang baik. Selain itu Norizan (2003) juga mempunyai dapatan kajian yang
sama iaitu tahap pengetahuan Guru Pendidikan Islam adalah di tahap yang baik terutama
dalam melibatkan penggunaan Teknologi termasuk SAPS. Pengetahuan guru dapat
memenuhi keperluan pendidikan yang diperlukan oleh semua GPI bagi meningkatkan
kualiti pengajaran dan pemudahcaraan di sekolah. Ramai guru yang tahu menggunakan
sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS). Perkara ini selaras dengan matlamat
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerapkan pembelajaran berkonsepkan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
“Sekolah Bestari” iaitu pendidikan berteraskan kemahiran teknologi maklumat.
Kebanyakan guru juga mahir menyusun data prestasi murid menggunakan sistem analisis
peperiksaan sekolah (SAPS), isi dan cara penggunaan bagi memastikan pengetahuan itu
bersifat holistik.
Tahap Kesediaan menggunakan SAPS dalam kalangan Guru Pendidikan Islam
Soalan 2: Apakah tahap kesediaan Menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
(SAPS) dalam kalangan Guru Pendidikan Islam
Jadual 5
Kekerapan, peratusan, pin dan pisihan piawai tahap kesediaan menggunakan SAPS dalam kalangan Guru
Pendidikan Islam (N=39)
Item Perkara STS TS TP S SS Min Tahap
f f f f f SP Min
%%%%%
11 Saya bersedia menggunakan 0 1 3 25 10 4.13
sebarang perisian secara atas Tinggi
talian. 0 2.6 7.7 64.1 25.6 0.66
12 Saya bersedia mengemaskini 0 1 2 27 9 4.13
maklumat tentang perisian atas Tinggi
talian. 0 2.6 5.1 69.3 23.1 0.61
13 Saya berkeyakinan menggunakan 0 1 5 22 11 4.1
perisian atas talian. Tinggi
0 2.6 12.8 56.4 28.2 0.72
14 Saya boleh mengendalikan sistem 0 4 2 21 12 4.01
analisis peperiksaan sekolah Tinggi
(SAPS) pada bila-bila masa. 0 10.3 5.1 53.8 30.8 0.89
15 Saya bersedia melakukan 0 2 2 23 12 4.15
kemaskini dalam sistem analisis Tinggi
peperiksaan sekolah (SAPS). 0 5.1 5.1 59 30.8 0.74
16 Kemudahcapaian untuk mengakses 1 6 8 10 14 3.77
sistem analisis peperiksaan sekolah Sederhana
(SAPS) yang disediakan tidak 2.6 15.4 20.5 25.6 35.9 1.18
mencukupi.
17 Saya sering menjalankan ujian dan 0 1 1 28 9 4.15
penilaian di sekolah. Tinggi
0 2.6 2.6 71.8 23.1 0.59
18 Saya sedia menyimpan prestasi 0 0 3 25 11 4.2
murid secara atas talian. Tinggi
0 0 7.7 64.1 28.2 0.57
19 Masa yang saya ada memudahkan 0 3 3 22 11 4.05
saya mengisi maklumat di dalam Tinggi
sistem analisis peperiksaan sekolah 0 7.7 7.7 56.4 28.2 0.83
(SAPS).
Min keseluruhan 4.02 Tinggi
0.52
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Analisis pada bahagian konstruk yang kedua dilakukan pada item kesebelas hingga item
kesembilan belas. Pada jadual tersebut menunjukkan kesemua item berada di tahap yang
tinggi iaitu berada pada nilai min sekurang-kurangnya 4.01. Walau bagaimanapun masih
terdapat item yang berada di tahap sederhana iaitu niai min 3.77 tercatat pada item
keenambelas. Keseluruhan dapatan analisis menunjukkan kesediaan menggunakan
SAPS dalam kalangan GPI berada di tahap tinggi iaitu dengan nilai min 4.02 dan sisihan
piawai 0.52. (M = 4.02, SP = 0.52). Dapatan dari keseluruhan analisis item membuktikan
GPI bersedia dalam menggunakan SAPS. Perkara ini bertentangan dengan dapatan
kajian Md Omar (2014) yang menyatakan guru terbeban dengan tugasan merekod dan
menganalisis markah murid dalam setiap ujian. Beban tugas guru ini juga turut dinyatakan
di dalam kajian Hamzah (2016) yang menyatakan guru merungut bilangan murid
bertambah menjadikan guru tidak bersedia melakukan tugasan merekod data murid ke
dalam sistem. Kebanyakan guru yang mengeluh berkaitan dengan sistem atas talian
adalah kerana sistem tersebut dilihat baharu dan belum betul-betul serasi dengan tugas
kebiasaan guru.
Dalam dapatan tersebut mencatatkan item keenam belas merekodkan nilai min
3.77 iaitu berada di tahap sederhana. Perkara ini menyokong kajian oleh su’adah (2014)
yang mnyatakan kesediaan guru bergantung kepada tahap motivasi guru. Kebanyakan
guru yang termotivasi dengan jawatan yang digalas, keadaan persekitaran sekolah yang
baik akan lebih bersedia melakukan tugasa dan mengemaskini sistem, tetapi sebaliknya
sekiranya motivasi menurun maka kesediaan dalam melakukan tugasan yang
diamanahkan akan turun menurun. Rata-rata guru kerap menjalankan ujian di sekolah
sekaligus menuntut untuk melakukan kemas kini di atas talian sehingga meletakkan min
berada di tahap tinggi yang mana menunjukkan GPI bersedia untuk menggunakan SAPS
dalam menyimpan prestasi murid. Dapatan ini menyokong kajian yang dijalankan oleh
Mubarak (2015) yang menyatakan guru bersedia dalam melakukan kemaskini secara atas
talian. Perkara ini berlaku keselarasan dalam dapatan kajian adalah mungkin disebabkan
oleh keadaan fizikal sekolah dan demografi sekeliling yang menyokong dan memudahkan
guru dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab tersebut.
Kebanyakan guru menyatakan kesediaan dalam melaksanakan SAPS ialah
mereka sedia menyimpan prestasi murid secara atas talian. Malah mereka bersedia
melakukan kemaskini dalam sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS). Masalah
capaian internet yang lemah di sekolah mungkin menjadikan para guru tidak termotivasi
dan tidak ikhlas dalam melaksanakan tugasan. Namun masih ramai guru yang boleh
mengendalikan sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS) pada bila-bila masa. Guru
juga Saya bersedia menggunakan sebarang perisian secara atas talian.
Hubungan Pengetahuan dan Kesediaan menggunakan SAPS dalam kalangan
Guru Pendidikan Islam
Soalan 3: Adakah terdapat hubungan antara pengetahuan dan kesediaan menggunakan
sistem analisis peperiksaan sekolah dalam kalangan Guru Pendidikan Islam.
Untuk menganalisis data bagi menjawab persoalan kajian ketiga, iaitu adakah terdapat
hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan kesediaan GPI dalam menggunakan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
SAPS ujian korelasi pearson telah dijalankan. Ujian korelasi pearson digunakan sebagai
alat untuk melihat tahap hubungan antara dua pembolehubah yang dipilih dengan nilai
koefisien korelasi. Menurut (Alias, 1977) Terdapat dua syarat untuk menggunakan
korelasi pearson dalam menganalisis data kajian iaitu data haruslah berada dalam
taburan normal dan data haruslah berskala ratio yang bersifat interval iaitu dalam bentuk
kuantitatif. Dalam kajian ini setiap data berada di dalam bentuk kuantitatif dan telah diuji
taburan data berada dalam kelompok taburan normal. Oleh sebab itu, korelasi pearson
dijalankan ke atas data tersebut bagi menguji hubungan antara kedua pembolehubah
tersebut. Hubungan antara pengetahuan dan kesediaan GPI menggunakan SAPS dalam
dinilai melalui jadual dibawah.
Jadual 6
Jadual korelari pearson hubungan pengetahuan dan kesediaan menggunakan SAPS dalam kalangan Guru
Pendidikan Islam
Pengetahuan Pearson Correlation Pengetahuan Kesediaan
Kesediaan Sig. (2-tailed) 1 .693**
N .000
Pearson Correlation 39 39
Sig. (2-tailed) .693** 1
N .000
39
39
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Berdasarkan jadual output di atas dapat diketahui nilai sig. (2-tailed) untuk hubungan
antara pengetahuan dan kesediaan adalah sebesar 0.000 < 0.05, yang bererti terdapat
korelasi yang signifikan antara pembolehubah pengetahuan dan kesediaan. Selain itu
tahap hubungan boleh juga dilihat berdasarkan jadual di bawah. Dari paparan hasil
tersebut kelihatan pekali korelasi bagi pasangan pembolehubah pengetahuan dan
kesediaan GPI dalam menggunakan SAPS adalah tinggi memandangkan nilai pekali
korelasi dalam lingkungan 0.60 hingga 0.80. Dengan berdasarkan kepada jadual tersebut
yang menunjukkan anggaran kekuatan perhubungan antara dua pembolehubah. Jika
dilihat nilai pearson correlation (r) untuk hubungan antara pengetahuan dan kesediaan
adalah sebanyak 0.693 > 0.316. Dari situ juga dapat disimpulkan bahawa ada hubungan
atau korelasi antara kedua pemboleh ubah tersebut. Rumus untuk mengetahui nilai (r)
berdasarkan jadual adalah bergantung kepada nilai N iaitu jumlah responden. Secara
keseluruhan, dapatan kajian mengenai hubungan Antara pengetahuan dan kesediaan
menggunakan SAPS dalam kalangan GPI adalah dalam tahap hubungan yang tinggi iaitu
sebanyak 0.693. Ini telah menyokong pendapat Mohd Isa Hamzah (2016) yang
menyatakan bahawa pengetahuan tentang sesuatu perkara yang tinggi akan
meningkatkan kesediaan melakukan perkara yang diketahui. Hasil kajian juga jelas
menunjukkan bahawa terdapatnya satu perkaitan yang signifikan di antara pembolehubah
pengetahuan dan kesediaan menggunakan SAPS dalam kalangan GPI di daerah Tawau.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Perkara ini sekaligus mempengaruhi penentuan hipotesis kajian yang telah diramalkan di
awal kajian dahulu.
Secara keseluruhan dapatan daripada kajian ini membuktikan bahawa hipotesis
alternatif dalam kajian ini diterima dan dipakai. Terdapat hubungan signifikan Antara
pengetahuan dan kesediaan menggunakan sistem analisis peperiksaan sekolah dalam
kalangan Guru Pendidikan Islam. Hubungan antara kedua ini menunjukkan bahawa
terdapat kesan perubahan yang berlaku pada kesediaan dalam menggunakan SAPS
dalam kalangan GPI sekiranya berlaku perubahan pada pengetahuan dalam
menggunakan SAPS dalam kalangan GPI di sekitar daerah Tawau. Perkara ini sekaligus
menolak hipotesis nul yang dinyatakan di awal kajian. Jelas membuktikan bahawa
hipotesis nul yang menyatakan Tidak terdapat hubungan signifikan Antara pengetahuan
dan kesediaan menggunakan sistem analisis peperiksaan sekolah dalam kalangan Guru
Pendidikan Islam di tolak dan tidak dipakai di dalam dapatan kajian ini.
Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi
Pendidikan adalah asas untuk menerajui perubahan Negara pada masa akan datang.
Justeru itu, keperluan kepada pengetahuan dan kesediaan kepada sebarang perubahan
amat penting bagi melaksanakan visi tersebut. Bagi mengetahui tahap pengetahuan dan
kesediaan dalam kalangan guru terutama Guru Pendidikan Islam, pengkaji telah
membangunkan sebuah instrumen soal selidik dan disebarkan kepada beberapa buah
sekolah di daerah Tawau. Instrumen akan digunakan oleh guru untuk menilai tahap
pengetahuan dan kesediaan menggunakan SAPS berdasarkan skala likert 5 point.
Dengan dapatan ini dapat memberi beberapa kesimpulan untuk merumuskan secara
holistik tentang dapatan kajian yang telah diperoleh. Hasil kajian ini dapatan telah
menunjukkan bahawa Guru Pendidikan Islam bagi peringkat sekolah rendah tentang
pengetahuan mereka menggunakan SAPS berada pada tahap yang tinggi di sekolah.
Ringkasnya, tahap pengetahuan tersebut menunjukkan perubahan kepada suatu fasa
yang lebih baik boleh dilakukan bagi meningkatkan kualiti bidang pendidikan khususnya
dalam perkara berkaitan dengan pentaksiran murid. Dalam dapatan ini menunjukkan
bahawa GPI di sekolah rendah tahu cara untuk mengendalikan SAPS dengan baik. Selain
itu, GPI di daerah Tawau mahir menyusun data prestasi murid menggunakan SAPS
dengan baik dan terancang. Boleh dikatakan perkara ini berikutan daripada pengetahuan
melalui perkongsian dan kursus yang pernah diikuti oleh GPI di daerah Tawau.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan serta dapatan daripada kajian tersebut
mendapati kebenaran dan kesinambungan antara teori yang digunakan iaitu teori
birokrasi dan perlaksanaan pentadbiran. Dari segi pengertiannya, birokrasi boleh
didefinisikan sebagai satu konsep dalam bidang sosiologi dan sains politik yang merujuk
kepada satu cara perlaksanaan pentadbiran. Lazimnya kita menganggap birokrasi
sebagai kewujudan pelbagai posisi atau aktiviti dimana fungsinya memberikan khidmat
dan mengekalkan organisasi. Sebahagian orang menganggap birokrasi adalah
merupakan satu prosedur yang kompleks dan menyulitkan. Bagi sebahagian orang pula,
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
mereka menganggap birokrasi dari sudut positif, iaitu sebagai satu usaha untuk mengatur
dan mengendalikan perilaku masyarakat supaya sesuatu proses dapat dijalankan secara
teratur. Daripada kajian yang telah dijalankan dapat disimpulkan bahawa teori birokrasi
max weber boleh diterima pakai. Perkara ini merujuk kepada hubungan yang signifikan
dengan nilai yang tinggi antara pengetahuan dan kesediaan yang diperoleh dalam
dapatan kajian ini. Menurut teori tersebut individu yang memegang jawatan haruslah
mempunyai autoriti pengurus untuk menjadikan pentadbiran yang baik. Untuk mempunyai
autoriti pengurus yang baik memerlukan pengetahuan yang baik sekaligus menjadikan
individu yang memegang jawatan tersebut mampu dan bersedia melakukan tugasan
pentadbiran dengan baik. Oleh hal yang demikian kajian ini dapat membuktikan
kebenaran dan kelangsungan teori birokrasi Max Weber ini untuk terus diguna pakai pada
kajian-kajian yang akan datang.
Maklumat yang diperoleh daripada kajian ini juga membuktikan bahawa kualiti
perisian atas talian yang diwujudkan oleh bidang pendidikan sememangnya memberi
impak positif dalam sistem pentaksiran. Selain itu, ini juga membuktikan kolaborasi yang
dilakukan dengan pihak pakar dalam bidang TMK ini membuahkan hasil yang baik. Oleh
itu, pihak KPM boleh membantu mana-mana pihak lain dengan membuat perkongsian
pintar untuk menambahbaik sistem yang sedia ada. Walau bagaimanapun pihak KPM
tidak boleh selesa dengan pencapaian yang telah dicapai. Hubungan dengan pihak yang
lebih mahir dan pakar seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga
boleh dilakukan untuk meningkatkan mutu dan kualiti sedia ada. Dapatan kajian ini telah
menunjukkan suatu tahap yang baik dalam kalangan GPI. Penyelidikan seperti ini
memberi maklumat kepada banyak pihak tentang gambaran sebenar guru khususnya
Guru Pendidikan Islam. Kajian ini juga membuktikan bahawa tahap pengetahuan dan
kesediaan guru khususnya Guru Pendidikan Islam merupakan suatu tahap yang boleh
diberi perhatian dan dilihat semula untuk menambah baik beberapa keperluan dalam
dunia pendidikan. Pengkaji yang melakukan kajian sebegini mampu memberi gambaran
kepada pihak sekolah dan pendidikan khususnya KPM tentang keperluan semasa yang
dikehendaki oleh guru di sekolah.
Seterusnya untuk masa yang akan datang sebaiknya kajian yang dilakukan
menyentuh perkaitan perbezaan berkaitan demografi melibatkan jantina, umur, dan
tempoh berkhidmat. Kajian selanjutnya juga boleh melibatkan lebih banyak pihak
termasuk pentadbir sekolah dan murid-murid itu sendiri untuk memantapkan lagi hasil dan
dapatan kajian. Kajian selanjutnya juga boleh menggabungkan kajian menggunakan
instrumen soal selidik dan temubual. Kajian yang menggunakan kedua kaedah tersebut
akan menjadikan dapatan lebih kukuh untuk terus dirujuk pada masa-masa yang akan
datang. Pengkaji akan datang juga boleh menambah lebih banyak lagi item soal selidik
bagi mendapatkan dapatan kajian yang lebih sempurna.
Rujukan
Abd Rahman, Magdeline Anak NOR, Z. M. (2007). Penterjemahan Pengetahuan
Pedagogi Kandungan dalam Proses Tindakan Guru Bahasa Iban Baharu dan
Berpengalaman Bukan Opsyen (The Application of the Pedagogical Content
Knowledge Among not an Opstion New and Experienced Iban Language
Teachers). Kuala Lumpur: UKM.
Abdul Razzaq, Abdul Rasid and Ab.Hadi, Mohd Yusop and Madar, Ahmad Rizal and
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Mustaffa, Mohamad Zaid and Hashim, Jamaluddin and Baharom, Madiha. (2010).
Kesediaan guru pelatih terhadap penempatan di sekolah bukan pilihan: kajian
Alias Baba (1997). Statistik Penyelidikan dlam Pendidikan dan Sains Sosial,
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ambigaphaty Pandian, Murshidi@harun Zakaria, Tan Hock Thye, Siti Nuraini Jupri,
Noraini Ali (2010) Pancadimensi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa: Trend
dan Amalan. USM.12-14
Arasythamby Veloo. (2011). Keupayaan teori pelaksanaan pentaksiran dan
Pembelajaran. Pengajian pendidikan dan bahasa moden. UUM. 8-15.
Aried Rifkie. (2018, Mac, 28). PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah Oleh
KPM. Sistem Guru Online. https://www.sistemguruonline.my/2018/01/ppsr-
pelaporan-pentaksiran-sekolah-rendah.html
Asraf Mubarak. (2015) Beban Tugas Guru Dalam pelaksanaan PBS Di Sekolah
Kebangsaan Bandar Dan Luar Bandar Di Daerah Muar. Universiti Teknologi
Malaysia
Bakar, Z. A. (2006). psikologi pendidikan : pedoman ibu bapa. Kuala Lumpur: pelangi
publisher.
Choo, K. H. (2005). Tahap Kemahiran Ict Kalangan Guru Pelatih Disebuah Maktab
pergurusan Di Sabah Dan Hubunganya Dengan Gaya Pembelajaran. Johor:
UTM.
Cohen, J. 1960. A coeffisient for agreement for nominal scales. Educational dan
Psychological Measurement, 37-46.
Field, P. A., (2009). Discovering Statistics Using SPSS (Introducing Statistical
Methods). (3rd ed). Singapore: SAGE Publications Asia Pasific Ltd.
Garrison, D.R., 1997. Self-directed learning: Toward a comprehensive model. Adult
Education Quarterly 48: 16-18.
Gay, L. R. dan Airasian, P. (2003). Educational research: Competencies for analysis
and applications. Ed. ke-3. New Jersey: Merrill Prentice-Hall.
hamid, A. (2004). kecerdasan emosi dan sikap terhadap kursus tamadun islam . Port
Dickson : UKM.
Johari Hassan., Fazliana Rashida. (2011). Penggunaan TMK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di kalangan pendidik fakulti pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Fakulti pendidikan.22-37.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Bahagian Pendidikan Islam. Surat
pekeliling ikhtisas KPM 2/2015 pelaksanaan norma baharu guru Pendidikan Islam
di sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015)
Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan, Mohd Isa Hamzah. (2017).
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Tahap Pengetahuan Dan Kesediaan Guru-Guru Pendidikan Islam Sekolah
Menengah Di Selangor Terhadap Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran
Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: UKM.
Mohd. Majid Konting, (1990), Kaedah penyelidikan pendidikan, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Noor Su’udah Mohd Nawawi. (2014). Integriti guru dalam pelaksanaan pentaksiran
berasaskan sekolah (PBS) di sekolah rendah luar bandar Kulaijaya. Pendidikan.
UTM.
Norashid Othman. (2014). Hamzah Md Omar. Beban dan motivasi pengajaran guru
di sekolah menengah daerah Ranau. Pemikir pendidikan. UMS. 35-57.
Norhisham Mohd Nordin. (2013). Amalan pengurusan pelaksanaan pentaksiran
berasaskan sekolah (PBS) di sekolah gugusan Adela Kota Tinggi. Pendidikan.
UTM.
Norizan Abdul Razak (2003). Computer Competency of In-Service ESL Teachers in
Malaysian Secondry Schools. Ph.D. Thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norusis, M.J. (1977). SPSS Professional Statistic 7.5. USA: North Michigan Avanue,
Chicago.
Norwood, T., & Bloch, J. (1993). Strategies for inferring word meaning in context: A
cognitive model. In T. Huckin, M. M. Haynes, & J. Coady, Second language
reading and vocabulary learning (pp. 153-176), N.J: Ablex.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DAN MOTIVASI MURID TERHADAP
PENGGUNAAN SURAU SEKOLAH DALAM PEMBELAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH
DAERAH TAWAU
¹Mohammad Halim Shah Muribin & ²Sharifa Samsudin
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah
1 [email protected] & [email protected]
Abstrak
Kepentingan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu sememangnya tidak dapat
dinafikan lagi. Hal ini bermula sejak zaman awal Islam lagi, masjid menjadi tumpuan
penyebaran ilmu dan pendidikan. Dalam konteks pendidikan di sekolah rendah, surau
sekolah wajar dijadikan pusat untuk Guru Pendidikan Islam melaksanakan PdPC
Pendidikan Islam kepada murid. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap
penggunaan dan kemudahan infrastruktur surau sekolah serta mengenal pasti
motivasi murid terhadap penggunaan surau sekolah semasa PdPC Pendidikan Islam.
Sebanyak 10 buah sekolah di daerah Tawau iaitu 50 orang responden murid tahap
dua yang dipilih secara rawak mudah oleh pengkaji terlibat dalam kajian ini. Instrumen
soal selidik telah digunakan merangkumi 20 item soalan dengan pecahan empat
bahagian. Data yang telah dikumpul akan dianalisis menggunakan Statical Packages
for Social Sciences (SPSS) versi 23.0 yang dianalisis secara diskriptif. Dapatan kajian
menunjukkan tahap penggunaan surau sekolah dalam PdPC Pendidikan Islam di
sekolah rendah daerah Tawau berada di tahap tinggi. Begitu juga dengan kemudahan
infrastruktur dan motivasi murid terhadap surau sekolah kedua-duanya berada di
tahap tinggi. Justeru, semua pihak perlu meningkatkan kualiti surau sekolah agar
menjadi sebuah tumpuan penyebaran ilmu yang berkualiti di sekolah rendah. Dengan
ini murid bukan sahaja dapat membina motivasi ketika belajar malah mampu
mengamalkan ilmu yang dipelajari dengan baik dan berakhlak selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Kata kunci : Pendidikan Islam, surau sekolah, motivasi, kemudahan infrastruktur
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Pengenalan
Dalam konteks sekolah rendah fungsi surau sekolah sangat signifikan dengan Pendidikan
Islam. Surau sekolah bukan sahaja menjadi tempat untuk beribadah tetapi dapat dijadikan
tempat melaksanakan aktiviti dakwah, hari kebesaran Islam dan pengukuhan pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam (Abdul Halim, 2003). Kesedaran inilah yang dapat
membantu pelajar-pelajar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam di
samping melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan di sekolah. Namun begitu, fungsi surau
sekolah masih kurang diguna pakai oleh guru Pendidikan Islam (GPI) khususnya dalam
amalan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC). GPI perlu sedar bahawa proses
Pendidikan bukan hanya bertumpu pada bilik darjah sahaja tetapi, di luar bilik darjah
khususnya di surau sekolah. Justeru kajian ini membincangkan berkenaan tahap
penggunaan surau sekolah oleh GPI di sekolah rendah daerah Tawau dalam PdPC mata
pelajaran Pendidikan Islam mereka, tahap kemudahan infrastruktur surau sekolah dan
tahap motivasi murid terhadap surau sekolah.
Pernyataan Masalah
Pendidikan Islam merupakan bidang yang sangat penting dalam membangunkan individu
muslim demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Hubungan antara masjid dan
Pendidikan Islam tidak dapat dipisahkan bagi menjamin kemudahan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah, Namun begitu, fungsi surau sekolah dilihat
tidak diguna pakai secara efisien dalam sesi PdPC. GPI masih terikat dengan
pembelajaran tradisional iaitu menggunakan elemen di dalam bilik darjah sahaja untuk
melaksanakan PdPC. Menurut kajian Kamarul Azmi (2011) menyatakan bahawa GPI
masih belum begitu kreatif ketika proses PdP yang melibatkan suasana pembelajaran.
Hal ini menyekat kreativiti murid untuk berinteraksi dengan persekitaran di luar bilik darjah.
Menurut Bani Hidayat (2014) penggunaan surau sekolah masih ditahap minima
dan tidak menepati hasrat matlamat penubuhan surau sekolah untuk mengukuhkan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Tambahan lagi pelbagai
kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa aspek kemudahan infrastruktur surau
sekolah masih boleh dipersoalkan (Ab. Halim. 2003). Dalam bidang Pendidikan,
kemudahan infrastruktur sangat berkaitan menentukan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran kerana persekitaran yang sempurna dan selesa menjamin kepuasan dan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang mantap.
Objektif dan Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti:
1. Tahap kekerapan penggunaan surau sekolah dalam amalan pembelajaran dan
pemudahcaraan mata pelajaran Pendidikan Islam.
2. Tahap kemudahan infrastruktur surau sekolah dalam amalan pembelajaran dan
pemudahcaraan mata pelajaran Pendidikan Islam.
3. Tahap motivasi murid terhadap penggunaan surau sekolah dalam amalan
pembelajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Pendidikan Islam.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan
berikut:
1. Apakah tahap penggunaan surau sekolah dalam amalan pembelajaran dan
pemudahcaraan mata pelajaran Pendidikan Islam?
2. Apakah tahap kemudahan infrastruktur surau sekolah dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan mata pelajaran Pendidikan Islam?
3. Apakah tahap motivasi murid terhadap penggunaan surau sekolah dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Pendidikan Islam?
Metodologi
Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif dengan pendekatan deskriptif
yang menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihanpiawai bagi mengukur tahap
penggunaan surau sekolah dalam amalan PdPC mata pelajaran Pendidikan Islam dan
bagi mengukur tahap kemudahan infrastruktur surau sekolah dalam PdPC mata pelajaran
Pendidikan Islam dan tahap motivasi murid terhadap surau sekolah. Mohd. Majid (2000)
menyatakan bahawa penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat
untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Bagi mendapatkan
maklumat mengenai sesuatu peristiwa yang sedang berlaku, kaedah penyelidikan
deskriptif digunakan. Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mendapat maklumat dan
data yang diperlukan. Pengkaji menggunakan persampelan bertujuan (purposive
sampling) seperti yang dicadangkan oleh Merriam (1998) dan Creswell (2003), iaitu
dengan mengenalpasti kelompok responden yang mewakili populasi yang hendak dikaji
dan menjadikan semua individu dalam kelompok tersebut sebagai sampel. Menurut
Roscoe (1975) yang diambil daripada Uma Sekaran (2006) penentuan ukuran sampel
lebih dari 30 dan kurang dari 500 adalah tepat untuk kebanyakan penelitian.
Untuk mengumpulkan data, instrumen kajian yang digunakan ialah set borang soal
selidik. Set borang soal selidik telah diubah suai daripada Bani Hidayat (2015). Pengkaji
menggunakan satu set soal selidik menggunakan skala Likert. Kaedah soal selidik ini
dijalankan bagi tujuan mengenalpasti aspek tahap penggunaan surau sekolah, tahap
kemudahan infrastruktur dan tahap motivasi murid terhadap surau sekolah dalam amalan
PdPC mata pelajaran Pendidikan Islam. Soal selidik ini mempunyai 20 soalan utama
daripada 4 bahagian iaitu Bahagian A: Demografi responden, Bahagian B: Tahap
penggunaan surau Sekolah dalam PdPC mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahagian C:
Tahap kemudahan infrastruktur surau sekolah dalam PdPC mata pelajaran Pendidikan
Islam, manakala Bahagian D: Tahap motivasi murid terhadap surau sekolah dalam PdPC
mata pelajaran Pendidikan Islam. Kesemua Instrumen ini dianalisis menggunakan
perisian SPSS versi 23.
Data yang dikutip adalah merupakan data primer (data asas) melalui pendekatan
kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan menerusi penggunaan borang soal selidik. Data
primer tersebut telah diproses dan dianalisis melalui manipulasi perisian Statistical for
Social Science (SPSS) versi 23 untuk mendapatkan maklumat atau data kategori
deskriptif. Penyelidikan sains sosial kuantitatif memerlukan penggunaan komputer di
mana kemajuan ini adalah dipengaruhi oleh penerimaan yang meluas di kalangan ahli
sains sosial ke atas perisian statistik. Pengkaji telah menganalisis data deskriptif dengan
melihat min dan peratusan untuk mengetahui tahap penggunaan surau sekolah, tahap
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
kemudahan infrastruktur dan tahap motivasi murid di 10 buah sekolah rendah dalam
daerah Tawau.
Dapatan Kajian
Seramai 50 responden terlibat dalam kajian ini. Penyelidik menetapkan 4 item bagi
mengetahui latar belakang responden yang terdiri daripada jantina, umur, bangsa dan
darjah ditunjukkan dalam bentuk jadual. Jadual 1 menunjukkan demografi responden
berdasarkan jantina dalam kalangan 50 pelajar tahap dua di sekolah-sekolah daerah
Tawau. Kajian ini telah mengumpulkan 50 responden terlibat yang terdiri daripada 20
orang lelaki (40.0 %) dan 30 orang perempuan (60.0 %). Kesemua responden berumur
10 hingga 12 tahun dan bersekolah pada tahap dua di sekolah masing-masing. Majoriti
responden adalah responden perempuan iaitu seramai 30 orang berbanding dengan
responden lelaki yang seramai 20 orang sahaja.
Jadual 1
Jantina
Jantina Frekuensi Peratus (%)
Lelaki 20 40.0
Perempuan 30 60.0
Jumlah 50 100.0
Jadual 2 menunjukkan umur responden yang dikaji oleh pengkaji. Pengkaji telah
mengambil secara rawak responden di tahap 2 persekolahan rendah iaitu 10 tahun
seramai 9 (18.0%) murid, 11 tahun seramai 9 (18.0%) dan 12 tahun seramai 32 (64.0%)
murid.
Jadual 2
Umur
Umur Frekuensi (f) Peratus (%)
10 9 18.0
11 9 18.0
12 12 24.0
50 100.0
Jumlah
Jadual 3 menunjukkan pecahan bangsa yang telah pengkaji dapati. Daripada 50
orang responden yang disoal selidik, hanya 8 (16.0%) murid yang berbangsa lain-lain
seperti Bugis dan Bajau dan selebihnya 242 (84.0%) murid adalah berbangsa Melayu.
Kepelbagaian bangsa ini berlaku kerana daerah Tawau mempunyai pelbagai bangsa dan
etnik di Sabah, maka pecahan ini berlaku kerana di samping bangsa Melayu yang
dominan terdapat juga pelajar berasal dari keluarga yang berbangsa Bugis dan Bajau.
Jadual 3
Bangsa
Bangsa Frekuensi(f) Peratus (%)
Melayu 42 84.0
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Lain-Lain 8 16.0
Jumlah 50 100.0
Berdasarkan jadual 4, daripada 50 orang responden yang dipilih daripada beberapa
buah sekolah daerah Tawau, hanya 9 (18.0%) orang daripada darjah 4 manakala 9
(18.0%) responden daripada darjah 5 dan 32 (64.0%) orang berada di darjah 6.
Jadual 4
Darjah
Tahun Frekuensi (f) Peratus (%)
4 9 18.0
5 9 18.0
6 32 64.0
Jumlah 50 100
Soalan 1: Apakah tahap penggunaan surau sekolah dalam PdPC mata pelajaran
Pendidikan Islam?
Berdasarkan kepada Jadual 5, dapatan kajian pada item 1 menunjukkan 32.0 peratus (16
orang) dan 36.0 peratus (18 orang) responden menjawab sangat setuju dan setuju iaitu
pada pernyataan surau sekolah membantu dalam pembelajaran dalam Pendidikan Islam.
Manakala selain itu 30.0 peratus (15 orang) menyatakan tidak pasti dan 2.0 peratus (1
orang) tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Skor min dan sisihan piawai juga
menunjukkan tahap penggunaan surau sekolah adalah berada pada tahap sederhana
tinggi (M = 3.96, SP = 0.84). Bagi item 2 menunjukkan dapatan kajian 48.0 peratus (24
orang) dan 36.0 peratus (18 orang) responden menjawab sangat setuju dan setuju. 10.0
peratus (5 orang) menjawab tidak pasti dan sebanyak 6.0 peratus (3 orang) responden
menjawab tidak setuju bagi pernyataan surau sekolah menyokong dalam aktiviti
pembelajaran Pendidikan Islam. Manakala skor min dan sisihan piawai menunjukkan
tahap penggunaan surau sekolah berada pada tahap tinggi (M = 4.26, SP = 0.88).
Pernyataan bagi item 3 adalah surau sekolah memperkukuhkan lagi kefahaman dalam
pengajaran Pendidikan Islam. Seramai 28.0 peratus (14 orang) dan 36 peratus (18 orang)
responden menjawab sangat setuju dan setuju. Manakala 28.0 peratus (14 orang) tidak
pasti dan 6.0 (3 orang) peratus tidak setuju serta 2.0 peratus (1 orang) sangat tidak setuju.
Dapatan ini menjadikan skor min dan sisihan piawai menunjukkan tahap penggunaan
suarau sekolah berada pada tahap sederhana tinggi (M = 3.82, SP = 0.98)
Seterusnya adalah pernyataan surau sekolah merangsang saya untuk belajar
Pendidikan Islam bersungguh-sungguh iaitu bagi item 4. Sebanyak 38.0 peratus (19
orang) sangat setuju dan 32.0 peratus (16 orang) menjawab setuju. Manakala terdapat
24.0 peratus (12 orang) tidak pasti dan 4.0 peratus (2 orang) tidak setuju dan 2.0 peratus
(1 orang) sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai menunjukkan bahawa tahap
penggunaan surau sekolah adalah berada pada tahap sederhana tinggi (M = 4.00, SP =
0.99). Item 5 dengan pernyataan surau sekolah membantu saya belajar mendidirkan solat
dengan betul telah dijawab oleh responden dengan 64.0 peratus (32 orang) sangat setuju
dan 24.0 peratus (12 orang) menjawab setuju. Selain itu, seramai 6.0 peratus (3 orang)
menjawab tidak pasti, 4.0 peratus (2 orang) tidak bersetuju dan 2.0 peratus (1 orang)
sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai menunjukkan tahap penggunaan surau
sekolah adalah berada pada tahap tinggi (M = 4.44, SP = 0.93). Surau sekolah membantu
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
saya belajar fardhu ain dengan sempurna merupakan pernyataan bagi item 6. Seramai
50.0 peratus (25 orang) dan 28.0 peratus (14 orang) telah menjawab sangat setuju dan
setuju. Manakala 20.0 peratus (10 orang) menjawab tidak pasti dan 2.0 peratus (1 orang)
lagi tidak bersetuju. Skor min dan sisihan piawai menunjukkan tahap penggunaan surau
sekolah adalah berada pada tahap tinggi (M = 4.26, SP = 0.85).
Jadual 5
Tahap penggunaan surau sekolah dalam PdPC mata pelajaran Pendidikan Islam (N=50)
Tahap penggunaan Surau Sekolah dalam Kekerapan Jumlah
PdPC mata pelajaran Pendidikan Islam (Peratus)
Item Perkara STS TS TP S SS M SP
16 3.99 0.84
1. Surau sekolah membantu dalam 1 1 15 18 32.0
2.0
pembelajaran saya dalam 1 2.0 30.0 36.0
2.0
Pendidikan Islam 1
2.0
2. Surau sekolah menyokong dalam 1 3 5 18 24 4.26 0.87
2.0 6.0 10.0 36.0 48.0
aktiviti pembelajaran Pendidikan
Islam
3. Surau sekolah memperkukuhkan 3 14 18 14 3.82 0.98
6.0 28.0 36.0 28.0
lagi kefahaman dalam pengajaran
Pendidikan Islam
4. Surau sekolah merangsang saya 2 12 16 19 4.00 0.99
4.0 24.0 32.0 38
untuk belajar Pendidikan Islam
bersungguh-sungguh
5. Surau sekolah membantu saya 2 3 12 32 4.44 0.92
4.0 6.0 24.0 64.0
belajar mendirikan solat dengan
betul
6. Surau sekolah membantu saya 1 1 14 25 4.26 0.85
2.0 2.0 2.8.0 50.0
belajar fardhu ain dengan sempurna
4.13 Tinggi
Min Kesuluruhan
Soalan 2 : Apakah tahap kemudahan infrastruktur surau sekolah dalam PdPC mata
pelajaran Pendidikan Islam?
Berdasarkan Jadual 6, menunjukkan bagi pernyataan surau sekolah mempunyai tempat
wudhu yang selesa menunjukkan 50.0 peratus (25 orang) sangat setuju, 26.0 peratus (13
orang) setuju dan 12.0 peratus (6 orang) tidak pasti. Terdapat 3 orang yang memilih skala
tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi setiap satu skala iaitu sebanyak 6.0 peratus (3
orang). Dapatan ini menjadkan skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap
kemudahan infrastruktur surau pada tahap tinggi (M = 4.08, SP = 1.12). Seterusnya bagi
item 8, sebanyak 44.0 peratus (22 orang) sangat setuju dan 34.0 peratus (17 orang)
setuju. Manakala 22.0 peratus (11 orang) lagi hanya menjawab tidak pasti. Pernyataan
surau sekolah mempunyai bahan bacaan Pendidikan Islam ini menunjukkan skor min dan
sisihan piawai tahap kemudahan infrastruktur surau pada tahap tinggi (M = 4.22, SP =
0.79).
Pernyataan item 9 iaitu surau sekolah mempunyai kipas yang berfungsi dengan
baik mendapat respon 58.0 peratus (29 orang) sangat setuju dan 22.0 peratus (11 orang)
setuju. 12.0 peratus (6 orang) menjawab tidak pasti manakala 6.0 peratus (3 orang) dan
2.0 (1 orang) peratus masing-masing menjawab tidak setuju dann sangat tidak setuju.
Skor min dan sisihan piawai menunjukkan tahap kemudahan infrastruktur surau pada
tahap tinggi (M = 4.28, SP = 1.03). Pada item 10, surau sekolah mempunyai pendingin
hawa yang berfungsi dengan baik menunjukkan 32.0 peratus (16 orang) sangat setuju,
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
18.0 (9 orang) peratus setuju, 14.0 peratus (7 orang) tidak pasti, 12.0 peratus (6 orang)
tidak setuju dan 24.0 (12 orang) peratus sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai
juga menunjukkan tahap kemudahan infrastruktur surau pada tahap tinggi (M = 3.22, SP
= 1.60).
Item 11 menyatakan surau sekolah mempunyai lampu yang berfungsi dengan baik.
Seramai 58.0 peratus (29 orang) menyatakan sangat setuju dan 24.0 (12 orang) peratus
lagi setuju. Manakala 12.0 peratus (6 orang) hanya tidak pasti dan 6.0 peratus (3 orang)
lagi tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai pula menunjukkan tahap kemudahan
infrastruktur surau pada tahap tinggi (M = 4.34, SP = 0.92). Seterusnya adalah item 12
iaitu surau sekolah mempunyai koleksi naskhah al-quran untuk digunakan sewaktu
pembelajaran Pendidikan Islam. Sebanyak 70.0 peratus (35 orang) dan 18.0 peratus (9
orang) sangat setuju dan setuju dengan pernyataan tersebut. Hanya 8.0 peratus (4 orang)
tidak pasti dan 2.0 peratus (1 orang) menjawab tidak setuju dan sangat tidak setuju. Skor
min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemudahan infrastruktur surau pada
tahap tinggi (M = 4.52, SP = 0.89). Pernyataan bagi item 13 ialah surau sekolah
mempunyai ruang yang luas untuk pembelajaram Pendidikan islam. Sebanyak 44.0
peratus (22 orang) menjawab sangat setuju dan 28.0 peratus (14 orang) pula setuju.
Manakala 20.0 peratus (10 orang) tidak pasti dan 8.0 peratus (4 orang) tidak setuju. Skor
min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemudahan infrastruktur surau pada
tahap tinggi (M = 4.08, SP = 9.86).
Jadual 6
Tahap kemudahan infrastruktur surau sekolah dalam PdPC mata pelajaran Islam (N=50)
Tahap kemudahan infrastruktur Surau Kekerapan Jumlah
(Peratus)
Sekolah dalam PdPC mata pelajaran
Pendidikan Islam
Item Perkara STS TS TP S SS M SP
3 25 4.08 1.20
7. Surau sekolah mempunyai tempat 6.0 3 6 13 50.0
wudhu yang selesa 6.0 12.0 26.0
8. Surau sekolah mempunyai bahan 11 17 22 4.22 0.79
bacaan Pendidikan Islam 22.0 34.0 44.0
9. Surau sekolah mempunyai kipas 1 3 6 11 29 4.28 1.03
yang berfungsi dengan baik 2.0 6.0 12.0 22.0 58.0
10. Surau sekolah mempunyai penghawa 12 6 7 8 16 3.22 1.60
dingin yang berfungsi dengan baik 24.0 12.0 14.0 16.0 32.0
11. Surau sekolah mempunyai lampu 3 6 12 2 4.34 0.92
yang berfungsi dengan baik 6.0 12.0 24.0 58.0
12. Surau sekolah mempunyai koleksi 1 1 4 9 35 4.52 0.88
naskhah Al-Quran untuk digunakan 2.0 2.0 8.0 18.0 70.0
sewaktu pembelajaran Pendidikan
Islam
13. Surau sekolah mempunyai ruang 4 10 14 22 4.08 0.98
yang luas untuk pembelajaran 8.0 20.0 28.0 44.0
Pendidikan Islam
Min Kesuluruhan 4.10 Tinggi
Soalan 3: Apakah tahap motivasi murid terhadap surau sekolah dalam PdPC mata
pelajaran Pendidikan Islam?
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Berdasarkan Jadual 7, menunjukkan bagi item 14, 34.0 peratus (17 orang) sangat setuju
dan setuju terhadap pernyataan surau sekolah membantu mengurangkan bosan semasa
pembelajaran Pendidikan Islam. Manakala 24.0 peratus (12 orang) hanya tidak pasti dan
2.0 peratus (1 orang) tidak bersetuju serta 6.0 peratus (3 orang) sangat tidak setuju. Skor
min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap motivasi murid terhadap surau sekolah
adalah pada tahap sederhana tinggi (M = 3.88, SP = 1.10). Pernyataan item 15 ialah
surau sekolah mendorong saya mengamalkan ilmu yang dipelajari. Sebanyak 50.0
peratus (25 orang) menjawab sangat setuju, 34.0 peratus (17 orang) setuju dan 12.0
peratus (6 orang) tidak pasti. Hanya 4.0 peratus (2 orang) tidak setuju dengan pernyataan
pada item 15 tersebut. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap motivasi
murid terhadap surau sekolah adalah pada tahap tinggi (M = 4.30, SP = 0.84). Selain itu,
pernyataan surau sekolah mendorong saya untuk membaca Al-Quran mendapat respon
68.0 peratus (34 orang) sangat setuju dan 20.0 peratus (10 orang) setuju. 8.0 peratus (4
orang) tidak pasti dan 4.0 peratus (2 orang) menjawab tidak setuju. Skor min dan sisihan
piawai juga menunjukkan tahap motivasi murid terhadap surau sekolah adalah pada
tahap tinggi (M = 4.52, SP = 0.81). Item 17 menyatakan surau sekolah membantu saya
untuk menghafaz ayat-ayat hafazan mendapat respon sebanyak 52.0 peratus (26 orang)
menjawab sangat setuju, 26.0 peratus (13 orang) setuju, 18.0 peratus (9 orang) tidak
pasti dan tidak setuju dan sangat tidak setuju masing-masing dijawab oleh 2.0 peratus (1
orang). Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap motivasi murid terhadap
surau sekolah adalah pada tahap tinggi (M = 4.24, SP = 0.96).
Seterusnya, pernyataan bagi item 18 ialah surau sekolah menggalakkan saya solat
secara berjemaah. Sebanyak 58.0 peratus (29 orang) sangat setuju dan 24.0 peratus (12
orang) menjawab setuju. Manakala 10.0 peratus (5 orang) tidak pasti, 2.0 peratus (1
orang) tidak setuju dan 6.0 peratus (3 orang) sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan
piawai menunjukkan tahap motivasi murid terhadap surau sekolah adalah pada tahap
tinggi (M = 4.26, SP = 1.12). Bagi pernyataan surau sekolah memberikan keselesaan
semasa pembelajaran Pendidikan Islam, 50.0 peratus (25 orang) sangat setuju dan 32.0
peratus (16 orang) setuju. Manakala 12.0 peratus (6 orang) tidak pasti dan 4.0 peratus (2
orang) tidak setuju. Hanya 2.0 peratus (1 orang) sahaja yang menjawab sangat tidak
setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap motivasi murid terhadap
surau sekolah adalah pada tahap tinggi (M = 4.24, SP = 0.96). Item terakhir iaitu surau
sekolah menggalakkan saya aktif dalam pembelajaran Pendidikan islam menunjukkan
50.0 peratus (25 orang) sangat setuju, 20.0 peratus (10 orang) setuju, 22.0 peratus (11
orang) tidak pasti, 2.0 peratus (1 orang) tidak setuju dan 6.0 peratus (3 orang) sangat
tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap motivasi murid
terhadap surau sekolah adalah pada tahap tinggi (M = 4.06, SP = 1.17).
Jadual 7
Tahap motivasi murid terhadap surau sekolah dalam PdPC mata pelajaran Pendidikan Islam (N=50)
Tahap motivasi murid Surau Sekolah Kekerapan Jumlah
(f)
dalam PdPC mata pelajaran Pendidikan
Islam
Item Perkara STS TS TP S SS M SP
3 1 12 17 17 3.88 1.10
14. Surau sekolah membantu
mengurangkan bosan semasa
pembelajaran Pendidikan Islam
15. Surau sekolah mendorong saya 2 6 17 25 4.30 0.84
mengamalkan ilmu yang dipelajari
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
16. Surau sekolah mendorong saya 2 4 10 34 4.52 0.81
untuk membaca Al-Quran
17. Surau sekolah membantu saya untuk 1 1 9 13 26 4.24 0.95
menghafaz ayat-ayat hafazan
18. Surau sekolah menggalakkan saya 3 1 5 1 29 4.26 1.12
menunaikan solat secara berjamaah
19. Surau sekolah memberikan 3 1 5 12 29 4.24 0.96
keselesaan semasa belajar
Pendidikan Islam
20. Surau sekolah menggalakkan saya 1 2 6 16 25 4.06 1.17
aktif dalam pembelajaran Pendidikan
Islam.
Min Kesuluruhan 4.21 Tinggi
Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi
Secara umumnya, dapat disimpulkan bahawa surau sekolah mempunyai pelbagai
peranan yang besar dalam mencapai matlamat sesebuah pembelajaran yang efektif
khususnya dalam bidang Pendidikan Islam. Sesungguhnya matlamat utama Pendidikan
Islam adalah untuk membentuk muslim yang berilmu, beriman dan beramal salih dan
mempunyai keperibadian yang mulia. Hal ini boleh bermula dengan pembelajaran secara
efektif di surau sekolah kerana iklim yang bertepatan dengan konteks pembelajaran yang
boleh diadaptasi dalam kehidupan seharian. Dengan memperingkatkan penggunaan
surau sekolah serta menaik taraf kemudahan dan infrastruktur maka ia dapat
memberikan impak yang sewajarnya kepada murid untuk terus bersemngat belajar mata
pelajaran Pendidikan Islam.
Kajian berkaitan tahap penggunaan surau sekolah dalam PdPC mata pelajaran
Pendidikan Islam telah dilaksanakan oleh beberapa pengkaji terdahulu namun kajian ini
masih lagi releven dijalankan kerana surau sekolah sememangnya signifikan dalam
pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Dengan kepelbagaian fungsi dan tujuan surau
sekolah, ia dapat mewujudkan satu pusat sehenti untuk ilmu dan pembelajaran. Dapatan
kajian lalu juga menyokong surau sekolah untuk dipelbagaikan fungsi bukan sahaja untuk
pusat ibadah tetapi sebagai sebuah tempat untuk belajar dan mengaplikasikan nilai-nilai
yang dipelajari di sekolah. Tidak dinafikan di dalam kajian ini tahap penggunaan surau
sekolah dalam PdPC mata pelaaran Pendidikan Islam adalah berada di tahap yang tinggi.
Ini memberi implikasi kepada para guru dan pihak pentadbir bahawa kepentingan untuk
memperkasakan lagi surau sekolah sebagai sebuah prasarana yang perlu diberi
perhatian sama seperti bilik-bilik subjek penting yang lain. Walau bagaimanapun para
guru perlu memastikan bahawa amalan menjalani pembelajaran di surau sekolah
berjalan dengan benar agar memberikan kesan kepada murid. Murid juga akan perlu
diberi galakan dan sokongan dari guru Pendidikan Islam untuk menjalani pembelajaran
yang berkesan di dalam surau sekolah. Dapatan kajian ini telah membuka ruang untuk
para pengkaji melihat betapa pentingnya aspek pelaksanaan pembelajaran yang
melibatkan warga sekolah, kaedah dan bahan bantu mengajar dalam penggunaan surau
sekolah demi meningkatkan mutu proses pembelajaran murid di sekolah. Pengkaji boleh
memperkembangkan lagi kajian ini dengan melihat beberapa faktor yang mempengaruhi
dapatan kajian tersebut. Suatu analisis inferensi boleh dilaksanakan dalam kajian lain
bagi memperkembangkan idea ini. Hal ini bagi meneruskan kesinambungan kajian
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
mengenai sebuah prasarana yang telah sedia ada dan hanya perlu diberi kesedaran akan
peri pentingnya dalam pembangunan modal insan yang sejagat.
Analisis dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tahap penggunaan surau
sekolah berada di tahap yang tinggi. Ini menunjukkan kesedaran guru akan pentingnya
surau sekolah dalam melahirkan murid yang berjiwa holistik dan mencapai matlamat
Pendidikan Islam yang benar adalah berada di tahap yang memberangsangkan.
Beberapa cadangan akan dicadangkan oleh pengkaji menurut pandangan dan
pembacaan meluas pengkaji mengenai bab ini. Penglibatan dari pihak ibu bapa,
kakitangan sekolah dan pihak pentadbir perlu dipertingkatkan lagi. Hal ini boleh
dimaksimumkan dengan kewujudan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Aktiviti surau
walaupun telah memberi kesan yang positif kepada pelajar perlu dipertingkatkan lagi
khususnya dari aspek mesra pembelajaran serta mesra pengguna. Pelbagai usaha perlu
dilaksanakan bagi menaik taraf kemudahan di surau sekolah agar ianya mudah untuk
diakses oleh murid untuk pembelajaran dan ibadah khusus yang lain. Sumbangan
kewangan adalah contoh penglibatan ibu bapa yang boleh dibuat untuk menambah baik
keadaan di surau sekolah. Guru boleh memperbanyakkan informasi-informasi bergambar
untuk dilekatkan dan dihiaskan di surau sekolah. Tidak kurang juga aspek keselesaan
dan kebolehfungsian infrastruktur surau sekolah boleh dibaiki.
Pihak pentadbir sekolah perlu sedar bahawa tujuan pembinaan surau sekolah
adalah untuk mengukhkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam serta
meningkatkn penghayatan Islam dalam kalangan pelajar. Peranan pihak pentadbir
seharusnya lebih peka untuk melihat fungsi surau sekolah sebagai sebuah pusat
Pendidikan rohani murid sekolah tersebut. Aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum sewajarnya
dilaksanakan di dalam surau sekolah kerana mengambil kira bahawa surau sekolah boleh
digunakan sebagai pusat ilmu khususnya dalam bidang Pendidikan Islam.
Hal ini perlu selaras dengan kemudahan dan kemudahan infrastruktur yang terdapat di
dalam surau sekolah. Tidak dinafikan bahawa terdapat surau sekolah yang kurang
kondusif serta tidak mampu menarik minat murid dan guru untuk melaksanakan aktiviti
dan pembelajaran di sana. Ini menjadikan peranan pihak pentadbir sekolah untuk
mengembleng usaha yang mapan ke arah tujuan tersebut. Ab Halim et al. (2003)
menyatakan bagi mewujukan keselesaan dalam pengajaran dan pembelajaran, faktor-
faktor fizikal seperti kebersihan, keindahan, kemudahan dan keselamatan harus dititik
beratkan bagi menimbulkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang sihat di kalangan
guru dan pelajar
Menyedari keperluan dan kepentingan surau sekolah dalam sistem pendidikan
agensi luar yang berkaitan adalah seharusnya boleh membantu dalam menjayakan
matlamat yang murni ini. Kerjasama yang jitu perlu digembleng untuk mewujudkan
sebuah kombinasi usaha agar pihak sekolah tidak terbeban dengan kehendak
Pendidikan masa kini. Dalam kesibukan mengejar kemajuan teknologi maklumat, agensi
seperti syarikat pencetakan bahan-bahan infografik boleh menyumbang bahan-bahan
hiasan dinding yang berinformasi untuk surau sekolah. Selain membantu untuk
menceriakan surau sekolah, ia juga dapat menjalinkan hubungan erat serta
memasyarakatkan syarikat dan sekolah. Kempen-kempen untuk menyemarakkan aktiviti
di surau sekolah juga perlu diberi perhatian. Hal ini dapat membuka peluang kepada
murid untuk membiasakan diri dengan surau sekolah sebagai pusat ilmu dan
pembelajaran kendiri mereka. Aktiviti seperti kempen-kempen dan kem motivasi boleh
diadakan dengan menjemput fasilitator daripada badan-badan agensi yang bertauliah.
Selain itu, kem motivasi, ceramah akademik, kaunseling dan kerjaya, kelas
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
perbincangan, perbincangan kumpulan boleh dilaksanakan dengan bantuan fasilitator
yang berpengalaman. Justeru surau sekolah mampu menjadi sebuah pusat
pembelajaran murid dan guru khususnya dalam bidang Pendidikan Islam dengan
penglibatan agensi luar yang berkaitan.
Untuk rumusan perbincangan bab ini, pengkaji ingin menyatakan bahawa surau
sekolah mempunyai peranan yang sangat penting khususnya di dalam proses
pengajaran dan pengajaran Pendidikan Islam kerana ianya memantapkan dan
mengukuhkan lagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dalam
kalangan para pelajar. Hasil dari penghayatan tersebut, akan lahirlah seorang individu
muslim yang cemerlang dari pelbagai bidang kehidupan. Paduan buah fikiran dan
gabungan tenaga kerja dari pihak pelajar, ibubapa, guru, kakitangan dan masyarakat
setempat akan memudahkan lagi proses Pendidikan Islam dilaksanakan dengan
berkesan sehingga dapat melahirkan modal insan yang sempurna. Kemudahan yang
disediakan oleh pihak sekolah di surau membolehkan pelajar-pelajar menunaikan
tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam di samping melaksanakan aktiviti-aktiviti
keagamaan di sekolah serta PdPC Pendidikan Islam. Surau sekolah perlu dijadikan
sebagai tempat yang paling tenteram, harmoni dan sesuai bagi Pendidikan dan
penyampaian ilmu agama ke arah membentuk sahsiah yang beriman, berilmu dan
berakhlak mulia.
Selain itu, program-program yang diatur oleh pihak sekolah seperti Program
Khusus al-Quran dan Program Budaya Ilmu, Program amali solat dan aktiviti-aktiviti lain
perlu mendapat sokongan agar dapat dilaksanakan dengan baik di surau-surau sekolah.
Guru-guru Pendidikan Islam dapat melaksanakan Penilaian Perkara Asas Fardu Ain
(PAFA) dengan lebih sempurna dengan kemudahan surau-surau sekolah yang kondusif
dan berkesan. Maka, surau-surau sekolah dapat mengukuhkan aktiviti-aktiviti pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam kalangan murid-murid di sekolah
rendah.
Rujukan
Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul
Rahim & Khadijah Abdul Razak. (2004). Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam ke atas Pembangunan Diri Pelajar. Laporan
Penyelidikan. Bangi: Fakulti Pendidikan, UKM dan Bahagian Kurikulum Pendidikan
Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ab Halim Tamuri, Shahrin Awaluddin dan Tajul Ariffin Nordin. (2003). Fungsi surau dan
keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam: Suatu
kajian di sekolah-sekolah menengah di Selangor. Kajian penyelidikan Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Al-Abrasyi, Muhammad 'Atiyah. (1976). Al-Tarbiyah al-Islamiyyah wa Falasafatuha.
alQahirah: Dar al-Fikr al-'Arabiy.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Amjad Mahmud Hussain, Mohd Aderi Che Nohd & Ab. Halim Tamuri. (2011). The Need
for an Islamic Social History: A Focus on Islamic Education. Muslim Education
Quaterly. 24 (3&4) : 3-13.
Atan, M. (2003). Sikap, Minat, Pengaruh Rakan Sebaya dan Pengajaran Guru Pelajar
Bahasa Sebagai Satu Cara Mengatasi Masalah Kepelbagaian Pelajar dalam Kelas
Bahasa. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2000.
Bahagian Pendidikan Islam. KP.5206/12/5 (17), 2 Mac 1989.
Bani Hidayat Mohd Shafie. (2014). Fungsi surau sekolah dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam. Tesis Ph.D, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Campo, Juan Eduardo. (2009). Encyclopedia of Islam. New York: Infobase Publishing.
Creswell, John W. (2003). Design Qualitative, Quantitative and Mixed Methods
Approaches. (2nd Ed.). California : Sage Publications, Inc.
Dunn, R. dan Stevenson , J.M (1997). Teaching Diverse College Students To Study A
Learning Style Prescription. College Student Journal, 31(3): 333-339.
Esposito, John L. (1995). The Oxford Encyclopedia of the Modern World. New York:
Oxford University Press.
Ibrahim Mohammad. (2004). Peranan surau sekolah dalam pembangunan sahsiah murid
Islam di sekolah menengah daerah Kulai, Johor. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Jasmi Amin. (2011). Penggunaan Surau dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Melaka. Tesis Sarjana
Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamarul Azmi Jasmi & Mohd Faeez Ilias. (2011). Penggunaan masjid dan persekitaran
sekolah dalam amalan pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang Pendidikan
Islam sekolah menengah di Malaysia. Dalam Prosiding Seminar Pengurusan Masjid
Inovatif Peringkat Antarabangsa: IAIN Ar-Raniry, Banda Aceh, 23-24 April 2011.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kolb, D. A. (1984). Experiential Learning: Experience As The Source of Learning and
Development. New Jersey: Prentice-Hall.
Kroemer K.H.E.(1994). Ergonomics How to Design for Ease & Effiency . Prentice Hall
International Series In Industrial & System Engineering.
Merriam, Sharan B. (1998). Qualitative Research and Case Study Aplications in
Education:Revised and Expanded from Case Study Research in Education. John
Wiley & Sons.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Roscoe dalam Uma Sekaran. (2006). Metode Penelitian Bisnis. Jakarta. Salemba Empat.
Sulaiman Masri. (2003). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan, Kuala Lumpur:
Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.
HUBUNGAN KEMAHIRAN DAN KEMUDAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
DENGAN TAHAP PENGGUNAAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE-Frog)
¹Jejeh Faziran Walin & ² Sharifa Samsudin
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah
[email protected] & [email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan kemahiran dan kemudahan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) dengan tahap penggunaan persekitaran pembelajaran
maya (VLE-Frog). Kajian ini juga menggunakan instrumen soal selidik untuk
mendapatkan data kuantitatif daripada 62 orang Guru Pendidikan Islam sekolah rendah
zon bandar di daerah tawau. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan pakej statistik
SPSS Versi 23.0. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif ( min, peratusan dan
sisihan piawai) dan analisis inferensi dengan menggunakan ujian korelasi pearson. Nilai
keboleh percayaan Alpha Cronbach insturumen soal selidik ialah a= 0.919. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa Tahap kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) guru pendidikan islam dan tahap kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) di sekolah zon bandar dalam daerah tawau berada pada tahap yang tinggi.
Disamping itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap penggunaan
persekitaran pembelajaran maya (VLE-Frog) dalam kalangan guru pendidikan islam
sekolah rendah zon bandar di daerah tawau berada pada tahap yang sederhana.
Walaubagaimanapun, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua
pemboleh ubah tersebut. Oleh yang demikian, beberapa cadangan telah dibuat bagi
pihak yang berkenaan supaya dapat mengambil tindakan untuk meningkatkan
penggunaan aplikasi VLE-Frog bagi mewujudkan suasana pengajaran dan
pemudahcaraan yang benar-benar bermakna.
Kata kunci: Kemahiran, kemudahan, penggunaan, VLE-Frog, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
Pengenalan
Perkembangan Terknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah banyak mempengaruhi
budaya kehidupan masa kini. Teknologi ini mempengaruhi cara anak-anak muda bermain,
bersosial dan berkomunikasi serta telah memberi impak yang besar dalam sistem
pendidikan. Penggunaan teknologi secara dinamik dalam dunia pendidikan telah memberi
kesan langsung kepada perkembangan kurikulum dan pedagogi pendidikan itu sendiri
(Mahizer Hamzah & Mohd Azli Yeop, 2016). Sebagai langkah proaktif, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka perubahan baru dalam sistem pendidikan
selari dengan perkembangan teknologi semasa iaitu salah satunya penarafan sekolah
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
bestari kepada sekolah-sekolah terpilih (Projek Sekolah Bestari), di bawah Pelan
Pembestarian Sekolah yang bermula pada tahun 1999.
Melalui Projek 1BestariNet ini pula, KPM telah memperkenalkan satu platform
maya yang dikenali sebagai Persekitaran Pembelajaran Maya-Frog (VLE-Frog).
Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment-VLE) merupakan satu
platform berasaskan web yang direka untuk menyokong guru-guru dalam mengurus
proses pembelajaran pelajar secara maya (dalam talian). VLE terdiri daripada “peralatan
komunikasi” seperti e-mel, ruang forum, sudut perbincangan dan alat untuk menyusun
pentadbiran proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia juga boleh digunakan
sebagai alat penilaian pelajar seperti kuiz dan ujian secara dalam talian, serta sebagai
medium penyebaran maklumat kepada pelajar (Mahizer Hamzah & Mohd Azli Yeop,
2016).
Walau bagaimanapun, tahap penerimaan dan penggunaannya dalam kalangan
guru di sekolah masih berada pada tahap yang rendah walaupun kerajaan telah
membelanjakan sejumlah dana yang besar untuk melestarikan kemudahan ini. Kegagalan
ini diukur berdasarkan penggunaan atau bilangan log masuk ke platform VLE-Frog yang
sedikit (Kementerian Kewangan Malaysia, 2013). Oleh itu, kajian tinjauan ini dilaksanakan
bertujuan untuk melihat kekerapan penggunaan VLE-Frog dalam kalangan guru
Pendidikan Islam di sekolah rendah. Kepelbagaian kaedah dan penggunaan teknologi
dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran mampu menggalakkan penyertaan aktif para
pelajar dan dijangka mampu meningkatkan keberhasilan pencapaian matlamat
pembelajaran pelajar (Mohd Azli & Abdul Latif, 2012). Maka, atas dasar inilah pengkaji
ingin menghasilkan pemulisan ilmiah ini berdasarkan kajian terhadap tahap penggunaan
VLE-Frog dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah.
Pernyataan Masalah
Menurut sumber daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (2011), kerajaan telah
melaburkan berbilion ringgit bagi melaksanakan konsep persekitaran pembelajaran maya
menggunakan aplikasi VLE-Frog dengan pelbagai prasarana telah disediakan bagi
menjayakan konsep pembelajaran ini. Kerajaan juga merangka strategi bagi
meningkatkan sistem pembelajaran terkini berasaskan TMK dan Internet. Namun, Johari
dan Fazliana (2011) mendapati bahawa ramai guru yang mengalami masalah dalam
penggunaan aktiviti berbantukan teknologi dalam proses PdPC di bilik darjah. Sebagai
penerima inovasi, guru tentunya mempunyai pelbagai alasan yang menjadikannya
sebagai cabaran dalam pelaksanaan PdPC secara maya ini. Disamping itu, Jamalludin
Harun dan Zaidatun Tasir, (2005) mengatakan bahawa guru kurang menggunakan VLE-
Frog dalam PdPC kerana kurangnya pengetahuan. Ini mungkin kerana penggunaan
internet dalam proses PdPC adalah satu isu yang perlu diambil perhatian dalam bidang
pendidikan. Guru turut mengalami masalah dalam mengintegrasikan teknologi ke dalam
kurikulum dan pengajaran disamping memerlukan masa untuk pengintegrasian (Johari
dan Fazliana, 2011).
Objektif Dan Soalan Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:
1. Menentukan tahap kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
2. Menentukan tahap kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di
sekolah rendah.
3. Menentukan tahap penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE-Frog)
dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah.
4. Menentukan hubungan antara kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dengan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE-Frog) dalam
kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah.
5. Menentukan hubungan antara kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dengan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE-Frog) dalam
kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah.
Berikut adalah soalan kajian yang bertujuan untuk mencapai objektif kajian:
1. Apakah tahap kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah?
2. Apakah tahap kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah
rendah?
3. Apakah tahap penggunaan persekitaran pembelajaran maya (VLE-Frog) dalam
kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah?
4. Adakah terdapat hubungan antara kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dengan penggunaan persekitaran pembelajaran maya (VLE-
Frog) dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah?
5. Adakah terdapat hubungan antara kemudahan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dengan penggunaan persekitaran pembelajaran maya (VLE-
Frog) dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah?
Metodologi
Reka bentuk kajian yang digunakan ialah penyelidikan kuantitatif yang berbentuk tinjauan
yang mana populasi kajian terdiri daripada Guru Pendidikan Islam sekolah rendah zon
bandar di Daerah Tawau. Seramai 62 orang responden telah dipilih sebagai sampel
kajian. Bagi tujuan kutipan data, instrumen soal selidik telah diedarkan. Untuk memastikan
kesahan instrumen, maklum balas berkaitan kejelasan dan ketepatan ejaan item telah
dijalankan ke atas 5 orang rakan. Manakala, kajian rintis telah dijalankan bagi
mendapatkan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach dan nilai yang diperolehi ialah
0.919. Menurut Bond & Fox (2007), indeks kebolehpercayaan dengan nilai tersebut
adalah sangat baik dan diterima untuk meneruskan kajian. Prosedur penganalisisan data
dijalankan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0 untuk
analisis deskriptif bagi mendapatkan nilai min, peratusan, kekerapan dan sisihan piawai.
Manakala, analisis inferensi pula diperolehi melalui ujian Korelasi Pearson (p<0.05).
Intrepetasi data bagi nilai skor min adalah merujuk kepada jadual 1.
Jadual 1 Interpretasi
Interprestasi skor min Tinggi
Skor Min Sederhana
3.68 - 5.00 Rendah
2.34 - 3.67
1.00 – 2.33
Sumber: Suwarnee, (2006)
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Dapatan Kajian
Soalan 1: Apakah tahap kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan
Guru Pendidikan Islam?
Jadual 2
Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
Item Item STS TS KS S SS Min Tahap
f f f f f SP min
%%%%%
1 Komputer ialah alat yang mudah 0 2 11 31 18 4.05
dikendalikan 0 3.2 17.7 50.0 29.0 0.78 Tinggi
2 Saya mempunyai pendedahan awal 0 2 9 36 15 4.03
berkaitan TMK sebelum mengajar 0 3.2 14.5 58.1 24.2 0.72 Tinggi
3 Saya pernah mengendalikan peralatan 0 1 13 35 13 3.97
TMK di dalam bilik darjah 0 1.6 21.0 56.5 21.0 0.70 Tinggi
4 Saya memperoleh maklumat TMK 0 5 7 39 11 3.90
melalui kursus 0 8.1 11.3 62.9 17.7 0.78 Tinggi
5 Saya pernah membaca dan menghantar 1 1 5 29 26 4.26
E-mel 1.6 1.6 8.1 46.8 41.9 0.81 Tinggi
6 Saya membuat rujukan buku sekiranya 2 4 9 32 15 3.87
menghadapi masalah penggunaan TMK 3.2 6.5 14.5 51.6 24.2 0.97 Tinggi
7 Saya pernah membeli belah secara 1 1 9 21 30 4.26 Tinggi
Online 1.6 1.6 14.5 33.9 48.4 0.89
Min keseluruhan 4.05 Tinggi
0.50
Hasil analisis data pada konstruk item bagi soal selidik bahagian pertama merekodkan
kesemua item yang ditadbir mencapai tahap min yang tinggi iaitu melebihi 3.68. Oleh yang
demikian, persoalan pertama kajian terjawab di mana tahap kemahiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) Guru Pendidikan Islam adalah tinggi apabila min
keseluruhan bagi konstruk yang pertama merekodkan nilai min di tahap tinggi iaitu min
4.05 dan nilai sisihan piawai 0.50 ( M = 4.05, SP = 0.50). Daripada analisa yang telah
dilakukan, item kelima dan ketujuh merekodkan nilai min yang paling tinggi iaitu 4.26
(rujuk jadual 4). Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dilakukan pada tahun 2011
oleh Siti Ezaleila dan Azizah yang menyatakan bahawa rakyat malaysia meluangkan
purata masa hampir 20 jam seminggu di laman sosial untuk tujuan komunikasi,
perkongsian maklumat serta hiburan. Ini menunjukkan bahawa Nilai min yang tinggi pada
item ini menunjukkan bahawa guru mahir dalam menggunakan teknologi dalam
kehidupan seharian.
Penguasaan ataupun kemahiran guru terhadap penggunaan TMK adalah sangat
penting kerana ia merupakan salah satu pemangkin dalam kemajuan sesuatu bidang.
Oleh itu, kesediaan guru terhadap penggunaan TMK adalah bergantung kepada tahap
pengetahuan, kemahiran, keyakinan dan sikap mereka. Moersch, (2001) menyatakan
bahawa penggunaan TMK dalam PdPC bergantung kepada keyakinan diri guru untuk
menggunakan dan mengendalikan peralatan TMK. Akhirnya, dapat disimpulkan bahawa
kemahiran guru dalam mengendalikan dan mengaplikasikan penggunaan TMK adalah
sangat penting sebagaimana yang dinyatakan oleh Balakrishnan, (2002) yang mana
beliau menyatakan bahawa faktor seperti pengetahuan dan kemahiran yang baik dalam
penggunaan TMK juga dapat meningkatkan keyakinan guru semasa mengajar.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Jadual 3
Tahap kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan guru Pendidikan Islam di
sekolah rendah
Item Item STS TS KS S SS Min Tahap
f f f f f SP min
%%% % %
8 Sekolah saya mempunyai makmal 0 0 2 21 39 4.60
komputer 0 0 3.2 33.9 62.9 0.56 Tinggi
9 Makmal komputer saya dilengkapi 0 1 5 33 23 4.26
dengan kemudahan TMK 0 1.6 8.1 53.2 37.1 0.68 Tinggi
10 Makmal komputer di sekolah saya 0 2 7 27 26 4.24
dilengkapi dengan kemudahan 0 3.2 11.3 43.5 41.9 0.78 Tinggi
internet
11 Kelajuan capaian internet di sekolah 1 5 11 33 12 3.81
saya adalah baik 1.6 8.1 17.7 53.2 19.4 0.90 Tinggi
12 Saya mempunyai komputer sendiri 0 0 6 13 43 4.60
0 0 9.7 21.0 69.4 0.66 Tinggi
4.30
Min keseluruhan 0.45 Tinggi
Soalan 2: Apakah tahap kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di
sekolah rendah?
Perbincangan untuk persoalan kedua kajian dilaksanakan melalui penilaian nilai min bagi
setiap item soalan yang boleh dirujuk pada jadual 3. Analisis pada bahagian konstruk
yang kedua dilakukan pada item kelapan hingga item keduabelas. Dapatan pada jadual
3 menunjukkan bahawa kesemua item berada pada tahap yang tinggi iaitu berada pada
nilai min sekurang-kurangnya 4.01. Namun, masih terdapat item yang mempunyai nilai
min di bawah nilai 4.01 iaitu pada item kesebelas yang menujukkan nilai min 3.81.
Walaubagaimanapun, nilai min bagi item tersebut masih berada pada kategori tahap yang
tinggi. Keseluruhan dapatan analisis menunjukkan kemudahan Teknologi Dan Maklumat
dalam kalangan GPI berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min 4.30 dan sisihan
piawai 0.45. (M= 4.30, SP = 0.45).
Berdasarkan dapatan kajian dalam konstruk yang kedua ini, dapat disimpulkan
bahawa kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi yang disediakan oleh pihak
kementerian kepada sekolah untuk dimanfaatkan oleh guru berada pada tahap yang baik.
Oleh yang demikian, Guru Pendidikan Islam (GPI) seharusnya memanfaatkan
kemudahan yang ada untuk mengaplikasikan sepenuhnya penggunaan VLE-Frog. Hal ini
selari dengan inisiatif yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada
tahun 2012 di mana KPM telah bekerjasama dengan pihak YTL Communications dan
memperkenalkan projek 1BestariNet. Di bawah projek berkenaan, pihak KPM telah
melengkapkan 10 000 buah sekolah rendah dan menengah dengan akses internet
berkelajuan tinggi tanpa wayar 4G yang membolehkan pengajaran, pembelajaran,
kolaborasi dan pentadbiran dilaksanakan menerusi Persekitaran Pembelajaran Maya
(VLE-Frog). Oleh itu, GPI sepatutnya memainkan peranan penting dalam menggunakan
dan mengaplikasikan VLE-Frog dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC)
terutamanya.
Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa GPI mengaku bahawa mereka
mempunyai makmal komputer di sekolah masing-masing serta mempunyai komputer
sendiri. Ini dapat dibuktikan melalui item kelapan dan keduabelas yang menunjukkan nilai
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
min tinggi iaitu 4.30 (rujuk jadual 3). Makmal komputer yang ada di sekolah pula dilengkapi
dengan kemudahan TMK serta kemudahan internet yang mempunyai kelajuan capaian
pada tahap yang baik (rujuk jadual 3). Ini menunjukkan bahawa, GPI sepatutnya tidak
mempunyai kekangan dari segi kemudahan TMK di sekolah bagi menggunakan aplikasi
VLE-Frog pada tahap yang maksima.
Dapatan ini tidak selari dengan kajian lalu oleh Nor Zaira, Zolke Li Bahador & Mohd
Saidon, (2016) yang mana mereka mendapati bahawa tahap kemudahan TMK yang
dibekalkan di sekolah berada pada tahap yang rendah menyebabkan guru-guru lebih
memilih untuk mengajar secara konvensional yang pada mereka lebih mudah. Hal ini
mungkin disebabkan oleh faktor kedudukan sekolah yang jauh daripada kawasan bandar.
Jadual 4
Tahap penggunaan persekitaran pembelajaran maya (VLE-Frog) dalam kalangan guru Pendidikan Islam
item Item STS TS KS S SS Min Tahap
f f f f f SP min
% % % %%
13 Saya menggunakan aplikasi VLE- 6 7 18 24 7 3.31
Frog dalam PdPC sekurang- 9.7 11.3 29.0 38.7 11.3 1.12 Sederhana
kurangnya 1 jam seminggu
14 Saya menggunakan aplikasi VLE- 7 13 16 21 5 3.06
Frog untuk memberikan tugasan 11.3 21.0 25.8 33.9 8.1 1.16 Sederhana
kepada murid
15 Saya menggunakan aplikasi VLE- 7 13 19 17 6 3.03
Frog untuk menerima maklum 11.3 21.0 30.6 27.4 9.7 1.16 Sederhana
balas tugasan murid
16 Saya menggunakan aplikasi VLE- 5 10 18 27 2 3.18
Frog untuk membina bahan 8.1 16.1 29.0 43.5 3.2 1.01 Sederhana
pembelajaran
17 Saya menggunakan aplikasi VLE- 4 12 15 31 0 3.18
Frog untuk berkongsi bahan-bahan 6.5 19.4 24.2 50.0 0 0.97 Sederhana
PdPC
18 Saya menggunakan aplikasi VLE- 4 14 21 21 2 3.05
Frog sebagai platform untuk 6.5 22.6 33.9 33.9 3.2 0.98 Sederhana
berbincang/berforum bersama
murid
19 Saya menggunakan aplikasi VLE- 4 13 24 19 2 3.03
Frog untuk menilai hasil 6.5 21.0 38.7 30.6 3.2 0.96 Sederhana
pembelajaran
20 Saya bercadang untuk 0 4 18 29 11 3.76
menggunakan aplikasi VLE-Frog 0 6.5 29.0 46.8 17.7 0.82 Tinggi
secara lebih kerap
3.20
Min keseluruhan 0.85 Sederhana
Soalan 3: Apakah tahap penggunaan persekitaran pembelajaran maya (VLE-Frog) dalam
kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah?
Berdasarkan analisis pada konstruk ketiga dalam menjawab persoalan kajian yang ketiga,
majoriti GPI menggunakan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE-Frog) pada tahap yang
sederhana dengan nilai min 3.20 dan sisihan piawai 0.85. Guru Pendidikan Islam (GPI)
bersetuju bahawa mereka menggunakan aplikasi VLE-Frog untuk membina dan menilai
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
hasil pembelajaran murid pada tahap yang sederhana (rujuk jadual 4). Dapatan ini selari
dengan dapatan Lai Chee Sern, Noormawati Kamarudin, Rashidah Lip et al., [ u.k ] yang
mana tahap penggunaan VLE-Frog dalam PdPC bagi mata pelajaran Reka Bentuk
Teknologi (RBT) di sekolah luar bandar daerah Batu Pahat secara keseluruhannya adalah
sederhana. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati semua guru mengetahui
tentang kegunaan VLE-Frog dan guru juga telah didedahkan dengan penggunaan VLE-
Frog di sekolah rendah. Selain itu, guru juga bersetuju bahawa VLE-Frog membantu
memudahkan pelaksanaan PdPC dalam bilik darjah. Namun begitu, penggunaan VLE-
frog dalam PdPC hanya berada pada tahap sederhana.
Walaubagaimanapun, item keduapuluh dalam konstruk ini menunjukkan nilai min
yang tinggi iaitu 3.76 dan sisihan piawai 0.82 (rujuk jadual 4 ). Ini bermaksud, GPI
bersetuju untuk menggunakan aplikasi VLE-Frog secara lebih kerap pada masa akan
datang bagi memastikan wujudnya satu suasana pembelajaran yang kondusif dan mesra
teknologi yang secara tidak langsung melahirkan murid-murid yang berdaya saing serta
celik TMK.
Jadual 5
Hubungan antara kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (tmk) dengan penggunaan persekitaran
pembelajaran maya (vle-frog)
Korelasi
Kemahiran Pearson Correlation KIemahiran Penggunaan
1 .212
Sig. (2-tailed) .098
62 62
N .212 1
.098
Penggunaan Pearson Correlation 62
62
Sig. (2-tailed)
N
Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.05 (2-tailed)
Secara keseluruhannya, nilai korelasi yang ditunjukkan bagi menjawab persoalan kajian
yang keempat ialah 0.098 (p>0.05) yang menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (tmk) dengan
penggunaan persekitaran pembelajaran maya (vle-frog) dalam kalangan guru pendidikan
islam di sekolah rendah. Ini bermaksud, walaupun kemahiran GPI terhadap TMK adalah
tinggi, ianya tidak mempengaruhi guru untuk menggunakan aplikasi VLE-Frog. Kemahiran
terhadap TMK mungkin bukanlah satu faktor yang cukup kuat untuk memastikan guru
menggunakan aplikasi VLE-Frog kerana minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara
juga turut menjadi faktor terhadap seseorang dalam menilai sesuatu. Rogers, (1983)
mengatakan bahawa faktor yang menyebabkan individu mudah menerima sesuatu
inovasi ialah keserasian inovasi tersebut dengan nilai, pengetahuan dan kemahiran yang
sedia ada dan sesuai dengan keperluan individu tersebut.
Oleh itu, dapatan ini menyokong hipotesis awal yang dijangkakan oleh pengkaji
iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) di sekolah dengan penggunaan persekitaran pembelajaran maya
(VLE-Frog) dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah.
Walaubagaimanapun, dapatan ini tidak selari dengan dapatan kajian lepas yang
mendapati bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara tahap kemahiran
TMK dengan tahap penggunaan VLE-Frog ( Nor Zaira Razali, Zolke Li Bahador & Mohd
Kasri Saidon, 2016).
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Jadual 6
Hubungan antara kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (tmk) dengan penggunaan persekitaran
pembelajaran maya (vle-frog)
Korelasi
Kemudahan Pearson Correlation Kemudahan Penggunaan
1 -.063
Sig. (2-tailed) .629
62 62
N -.063 1
.629
Penggunaan Pearson Correlation 62
62
Sig. (2-tailed)
N
Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.05 (2-tailed)
Nilai korelasi yang ditunjukkan bagi menjawab persoalan kajian yang kelima ialah 0.629
(p>0.05) yang menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (tmk) di sekolah dengan penggunaan
persekitaran pembelajaran maya (vle-frog) dalam kalangan guru pendidikan islam di
sekolah rendah. Walaupun dapatan kajian menunjukkan tahap kemudahan TMK yang
disediakan adalah tinggi, penggunaan aplikasi VLE-Frog masih sederhana. Guru-guru
sekarang mempunyai komputer dan capaian internet sendiri, maka kemudahan TMK yang
ada di sekolah sama sekali tidak mempengaruhi mereka untuk menggunakan aplikasi
VLE-Frog.
Dapatan ini pada akhirnya menyokong hipotesis awal yang dinyatakan oleh
pengkaji iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemudahan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) guru dengan penggunaan persekitaran pembelajaran
maya (VLE-Frog) dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah. Dapatan ini
tidak selari dengan dapatan kajian lepas yang mendapati bahawa terdapat hubungan
positif yang signifikan antara tahap kemudahan TMK dengan tahap penggunaan VLE-
Frog. Keputusan kajian lepas menunjukkan bahawa jika tahap kemudahan TMK tinggi
maka penggunaan VLE-Frog juga tinggi dan begitulah sebaliknya ( Nor Zaira Razali, Zolke
Li Bahador & Mohd Kasri Saidon, 2016).
Implikasi
Kajian ini memberi implikasi kepada amalan PdPC di mana, penggunaan aplikasi
VLE-Frog dalam bilik darjah dapat membantu murid mempunyai daya fikir dan nilai
tambah yang setaraf dengan negara maju di samping membantu murid belajar dengan
kendiri dalam persekitaran yang selesa. Disamping itu, guru juga dapat berkongsi
maklumat, memberi tugasan, membuat ujian dan menanda tugasan murid secara maya.
Untuk memastikan kelangsungan penggunaan aplikasi VLE-Frog dalam bilik darjah, guru-
guru perlu mengikuti kursus-kursus berkaitan pelaksanaan VLE-Frog yang dianjurkan
oleh pihak KPM. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperbaiki kualiti
pelaksanaan VLE-Frog.
Selain itu, kajian ini turut memberi implikasi kepada teori yang digunakan yang
mana teori tersebut dapat memberi kesan terhadap penggunaan aplikasi VLE-Frog. Ini
kerana, tahap kemahiran guru dan kemudahan TMK yang disediakan di sekolah memberi
kesan kepada penggunaan aplikasi ini. Tahap pengetahuan guru terhadap TMK
mempengaruhi sikapnya sama ada menerima atau menolak teknologi yang digunakan.
Oleh yang demikian, wajar untuk teori ini digunakan kerana ia menyokong seseorang
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
individu untuk menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian seterusnya
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan.
Antara lainnya, kajian ini juga memberi kesan kepada penyelidikan yang akan
datang. Kajian ini dapat membantu untuk memberikan maklumat dan data kepada
pengkaji yang akan datang serta dapat memberi gambaran kepada guru tentang senario
yang berlaku dalam dunia penyelidikan. Akhir sekali, dapatan kajian ini juga dapat
memberi galakan supaya adanya kajian lanjutan dalam bidang yang sama bagi meneroka
dengan lebih mendalam pembaharuan yang boleh dilaksanakan.
Cadangan
Kajian yang dijalankan secara tidak langsung memberi gambaran kepada tahap
penggunaan persekitaran pembelajaran maya (VLE-Frog) dalam kalangan guru pndidikan
islam. Namun, kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini hanya terbatas kepada Guru
Pendidikan Islam di sekolah zon bandar bagi Daerah Tawau. Oleh itu, pengkaji
mencadangkan supaya skop atau batasan kajian diperluaskan lagi kepada semua Guru
Pendidikan Islam dalam daerah Tawau sama ada di dalam ataupun luar bandar.
Antara lainnya, pengkaji juga mencadangkan supaya kajian pada masa akan
datang ialah melihat perbezaan ciri demografi seperti tempoh perkhidmatan mengajar
responden dan kelulusan akademik responden dengan tahap penggunaan VLE-Frog.
Akhir sekali, pengkaji juga berhasrat agar kajian ini dapat diperluaskan lagi ke daerah-
daerah lain.
Kesimpulan
Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan VLE-Frog perlu diperbaiki
dan dipertingkatkan. Sebagai contoh, pemantauan yang berterusan dari pihak pentadbir,
pelan pelaksanaan yang jelas perlu diberikan kepada semua warga sekolah, guru perlu
bersifat positif, membuat perancangan pengajaran yang lebih awal dan bersedia
mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak atau kementerian yang berkaitan dengan
penggunaan VLE-Frog ini.
Kesimpulannya, dalam transformasi pendidikan negara menuju ke arah
pendidikan yang berteknologi dan berdaya saing, pihak sekolah seharusnya merancang
untuk menyediakan dan meningkatkan kelengkapan TMK yang lebih baik bagi membantu
guru-guru untuk melaksanakan VLE-Frog dengan lebih berkesan. Guru juga seharusnya
menyahut cabaran perubahan dalam pendidikan supaya melahirkan guru yang lebih
berdaya saing dan sentiasa melaksanakan perubahan dalam PdPC mereka selaras
dengan penggunaan VLE-Frog yang telah disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia. Semua pihak seharusnya memainkan peranan dalam mejayakan penggunaan
VLE-Frog di setiap sekolah. Masalah yang dihadapi seharusnya diselesaikan dengan cara
yang terbaik untuk menanganinya. Hasil daripada penggunaan VLE-Frog melalui
pendekatan PdPC yang berasaskan TMK secara tidak langsung dapat melahirkan murid
yang lebih kreatif dan berinovasi menuju kepada matlamat dan sasaran negara untuk
menuju ke arah negara maju.
Rujukan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Balakrishnan. M. (2002). Penggunaan komputer oleh guru pelatih: Dahulu, sekarang dan
harapan masa depan. Seminar teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan. MPBL.
Johari Hassan, & Fazliana Rashida. (2011). Penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di kalangan pendidik fakulti pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Journal Of Technical Vocational Engineering
Education, 4, 22-37.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Pelan strategik interim kementerian Pelajaran
Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.
Lai Chee Sern, Noormawati Kamarudin, Rashidah Lip & Noridah Hasnan. (n.d.). Tahap
Penggunaan Pembelajaran Maya Dalam Kalangan Guru Reke Bentuk Teknologi:
Satu Tinjauan Di Sekolah Rendah Luar Bandar. 1-8.
Mahizer Hamzah & Mohd Azli Yeop. (2016). Frog VLE (persekitaran pembelajaran maya)
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Penerimaan dan Kaedah Pelaksanaannya.
Journal Of Research, Policy & Practice Of Teachers & Teacher Education Vol. 6,
No. 2, 67-77.
Nor Zaira Razali, Zolke Li Bahador & Mohd Kasri Saidon. (2016). Faktor-faktor Yang
Mempengaruhi Penggunaan VLE Frog Dalam Kalangan Guru Di Sekolah
Menengah. Proceeding Of ICERS, 1, 1023-1032.
Rogers, E. 1995. Diffusion Of innovation (4th Ed.). New York, NY: The Free Press.
Siti Ezaleila, M. & Azizah, H. (2011). Media Baharu yang Baharu: Trend Penggunaan
Jaringan Sosial Dalam Kalangan Pengguna di Malaysia. Jurnal Pengajian Media
Malaysia, 13(2),93-110.
Suwamee Mohd Solah . (2006). Persepsi terhadap kesediaan dan tahap penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan guru Bahasa Melayu
di sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar. Projek Penyelidikan
Sarjana PendidikanBangi: Unversiti Kebangsaan Malaysia.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
HUBUNGAN TAHAP MEMBACA AL-QURAN DENGAN PENGUASAAN HAFAZAN AYAT
LAZIM MURID TAHUN 6 DI SEKOLAH RENDAH DAERAH TAWAU
¹Luqman Yusof & ²Khalid Sa’at @ Jamil
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah
[email protected] & [email protected]
Abstrak
Membaca al-quran dan penguasaan hafazan merupakan kemahiran asas bagi murid
di sekolah rendah. Kemahiraan ini mesti dikuasai oleh murid yang beragama islam
di sekolah rendah. Guru Pendidikan Islam memainkan peranan dalam memastikan
murid menguasai kemahiran ini. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap membaca
al-quran dan penguasaan hafazan ayat lazim murid tahun 6 di sekolah rendah
daerah Tawau serta hubungan antara keduanya. Instrumen yang merangkumi 19
item soalan diedarkan kepada 40 orang murid tahun 6 di sekolah rendah sekitar
daerah Tawau bagi menjawab instrumen soal selidik skala 5 poin. Data yang telah
dikumpul dianalisis menggunakan Statical Packages for Social Sciences (SPSS)
versi 23.0 yang dianalisis secara diskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kasian
menunjukkan tahap membaca al-quran murid berada pada tahap sederhana.
Manakala tahap penguasaan hafazan ayat lazim murid berada pada tahap tinggi.
Terdapat hubungan yang positif antara kedua pemboleh ubah tersebut dan
dinyatakan di dalam kajian ini. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah perlu
memikirkan cara untuk menambahbaik pengajaran al-quran di sekolah supaya lebih
berkesan. Dengan cara ini tahap membaca al-quran dan penguasaan hafazan akan
ditingkatkan.
Kata kunci: Tahap, Membaca, Hafazan, ayat lazim, al-quran, Murid tahun 6, Guru
Pendidikan Islam
Pengenalan
Al-quran adalah satu elemen yang terpenting di dalam kehidupan umat Islam. Penerapan
nilai-nilai al-quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat Islam. Pendidikan al-
quran adalah bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang
adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang
bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak
sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan al-quran (Ahmad, 1997).
Matlamat terpenting pendidikan al-quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan
diri kepada Allah. S.W.T. Dalam masyarakat yang dilanda arus globalisasi, pembelajaran
al-quran secara hafazan mampu menjadi pemangkin ke arah membentuk minda fotografi
yang bakal melahirkan generasi yang hafiz, alim, dai`e dan profesional sekaligus
memenuhi matlamat pendidikan al-quran.
Murid sekolah rendah perlu menguasai bidang al-quran dengan baik. Bidang al-
quran terbahagi kepada beberapa tajuk kecil lain seperti bacaan, hafazan, dan tajwid.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat keupayaan membaca alquran dan penguasaan
hafazan ayat lazim murid tahun 6 sekolah rendah. Kaedah pengajaran guru yang
berkesan akan memberi impak terhadap penguasaan murid dalam bidang al-quran.
Pengkaji melihat sebahagian guru pendidikan islam sekolah rendah tidak menggunakan
kaedah yang menarik dalam pengajaran bacaan al-quran dan hafazan. Kebanyakan guru
sekolah rendah masih menggunakan kaedah tradisional dalam mengajar bidang al-quran.
Guru perlulah memainkan peranan dengan menggunakan kaedah yang berkesan bagi
memastikan murid dapat menguasai bidang al-quran. Ini dapat melahirkan murid yang
mampu menghafaz ayat al-quran secara lancar dan teratur. Seterusnya, tahap bacaan
murid dapat dapat diperbaiki.
Pengkaji juga ingin melihat apakah terdapat hubungan pada tahap membaca al-
quran dengan penguasaan hafazan murid. Adakah tahap membaca al-quran murid akan
memberi kesan pada penguasaan hafazan murid. Kajian ini akan memberi kesan kepada
guru dalam menilai semula aspek yang perlu ditekankan dalam pengajaran al-quran. Guru
perlu menyampaikan isi pengajaran secara tersusun dan sistematik (Kallison, 1986).
Dalam hal ini, adalah amat penting untuk guru mengetahui kepentingan tahap membaca
al-quran murid supaya dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih sistematik.
Pernyataan Masalah
Keupayaan bacaan al-quran berbeza-beza dalam kalangan murid tahun 6. Menurut
Raihan (2000), tahap penguasaan murid dalam membaca al-quran, pengetahuan tentang
hukum tajwid dan kebolehan menyebut makhraj huruf berbeza-beza antara murid.
Pengkaji ingin melihat perbezaan yang wujud dalam keupayaan membaca al-quran dalam
kalangan murid tahun 6 sekolah rendah. Perbezaan ini mungkin wujud disebabkan faktor
masa belajar murid yang berbeza-beza. Terdapat murid yang hanya belajar di sekolah
sahaja. Terdapat murid yang belajar membaca al-quran di rumah. Terdapat murid yang
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kelas bacaan al-quran dan terdapat murid
yang tidak fokus dalam pengajaran. Penguasaan hafazan ayat lazim juga berbeza-beza
dikalangan murid tahun 6. Menurut Farhana (2012), tahap penguasaan hafazan bacaan
al-quran di sekolah rendah berbeza-beza bagi surah-surah lazim, begitu juga hafazan
ayat-ayat surah hafazan. Pengkaji ingin melihat perbezaan yang wujud dalam
penguasaan hafazan ayat lazim dikalangan murid tahun 6. Perbezaan ini mungkin wujud
disebabkan faktor masa murid meluangkan masa untuk menghafaz dan mengulang ayat
hafazan. Terdapat murid yang selalu menghafaz dan mengulang hafazan dan terdapat
murid yang jarang menghafaz dan mengulang ayat hafazan.
Kebanyakan murid mampu menghafaz ayat lazim kerana mereka sering
mendengar ayat tersebut secara berulang-ulang. Menurut Ismail (2002), daya ingatan
seseorang dapat menyimpan sesuatu adalah 30% melalui pendengaran. Namun adakah
tahap membaca al-quran murid akan memberi kesan pada penguasaan hafazan mereka.
Terdapat banyak kajian mengenai tahap bacaan al-quran murid dan kajian mengenai
penguasaan hafazan murid. Namun pengkaji tertarik untuk mengkaji dan melihat adakah
terdapat hubungan di antara dua pemboleh ubah tersebut. Hasil kajian ini akan membantu
guru untuk menilai semula kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) yang
sesuai digunakan kepada murid dalam bidang al-quran. Perkara paling utama dalam
melakukan penambahbaikan yang berkekalan adalah meningkatkan kualiti PdPC guru
(Harris, 2011). Adalah amat penting bagi guru untuk mengetahui aspek-aspek yang
memberi kesan terhadap penyampaian pengajaran mereka.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Objektif dan Soalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan:
1. Mengenal pasti tahap membaca al-quran murid tahun 6 di sekolah rendah
daerah Tawau.
2. Mengenal pasti tahap penguasaan hafazan ayat lazim murid tahun 6 di sekolah
rendah daerah Tawau.
3. Mengenal pasti hubungan antara tahap membaca al-quran dengan penguasaan
hafazan ayat lazim murid tahun 6 di sekolah rendah daerah Tawau.
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan
berikut:
4. Apakah tahap membaca al-quran murid tahun 6 di sekolah daerah Tawau?
5. Apakah tahap penguasaan hafazan ayat lazim murid tahun 6 di sekolah daerah
Tawau?
6. Adakah terdapat hubungan antara tahap membaca al-quran dengan
penguasaan hafazan ayat lazim murid tahun 6 di sekolah daerah tawau?
Metodologi
Secara umumnya kajian ini adalah kajian kuantitatif bagi mengenal pasti dan mengkaji
keupayaan membaca al-quran dan hubungkait dengan penguasaan hafazan ayat lazim
pelajar tahun 6 di sekolah daerah Tawau. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian
lapangan.Pengkaji menjadikan populasi kajian terdiri daripada murid-murid tahun 6 di
sekolah rendah di daerah Tawau. Populasi tersebut dipilih secara rawak. Pengkaji memilih
murid tahun 6 sebagai sampel kajian kerana murid tahun 6 mudah untuk berkomunikasi
tentang borang soal selidik yang akan diberikan. Murid tahun 6 juga lebih menguasai
bidang bacaan al-quran dan hafazan berbanding murid tahun lain. Untuk mengumpulkan
data, instrumen kajian yang digunakan ialah set borang soal selidik. Borang soal selidik
dipilih kerana memudahkan pengkaji mengumpul maklumat dalam masa yang singkat.
Pengkaji juga menggunakan borang senarai semak untuk melihat penguasaan hafazan
ayat lazim dikalangan murid tahun 6 sekolah rendah di daerah Tawau. Hasil dapatan
daripada instrumen ini akan dianalisis menggunakan aplikasi SPSS versi 23.0.Pengkaji
telah melakukan kajian rintis sebelum instrumen ditadbir bagi menguji kesahan dan
kebolehpercayaan item-item yang dibina. Sebuah sekolah akan dipilih untuk
melaksanakan kajian rintis. Pelajar dipilih secara rawak bagi mengisi borang soal selidik
kajian dalam mentadbir kajian ini. Cara mengisi borang soal selidik ini juga diterangkan
dan dijelaskan oleh penyelidik kepada pelajar sebelum mereka mengisi borang soal
selidik yang diedarkan.
Setiap soal selidik telah diedarkan kepada responden di 10 buah sekolah
rendah daerah Tawau dalam tempoh kajian. Soal selidik telah diedarkan secara
sendiri oleh pengkaji dan telah dikumpul setelah soal selidik dapat disiapkan oleh
responden. Setiap soal selidik yang dijalankan telah direkodkan bagi mengelakkan
penindihan dalam mengumpul data dari responden
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Dapatan Kajian
Tahap membaca al-quran murid
Soalan 1: Apakah tahap membaca al-quran dalam kalangan murid tahun 6 di sekolah
daerah Tawau?
Jadual 2
Kekerapan, peratusan, pin dan pisihan piawai tahap membaca al-quran dalam kalangan murid tahun 6
(N=40)
Tahap Membaca Al-quran Kekerapan Jumlah
M SP
(Peratus) 4.20 0.91
3.80 0.99
Bil. Perkara SL LS B SB
20 3.97 1.02
1 Kebolehan mengenal huruf 1 1 10 9 50.0
al-quran. 2.5 2.5 25.0 22.5 11 3.77 0.97
1 27.5
2 Kebolehan menyebut huruf 2.5 59 15 3.25 1.08
1 12.5 22.5 37.5 14 3.37 1.17
al-quran mengikut makhraj 2.5 35.0
2 3.67 1.14
yang betul 5.0 10 2.95 1.30
25.0 3.62 0.80
3 Kebolehan menyebut 36 16
7.5 15.0 40.0 6
kalimah al-quran yang 15.0
bersambung 8
20.0
4 Keupayaan mengenal 2 12 15
5.0 30.0 37.5 12
tanda-tanda bacaan dalam 30.0
al-quran. 8
20.0
5 Pengetahuan tentang 10 13 10
25.0 32.5 25.5
hukum tajwid.
8 11 11
6 Kebolehan membaca al- 20.0 27.5 27.5
quran mengikut hukum
tajwid yang betul
7 Keupayaan membaca al- 2 3 13 10
25.0
quran dengan betul 5.0 7.5 32.5
4
8 Saya dapat membaca al- 4 14 10 10.0
quran dengan berlagu 10.0 35.0 25.0
Min Keseluruhan
Tahap membaca al-quran merupakan kemahiran yang dinilai agak sederhana oleh murid
namun secara keseluruhan masih berada pada tahap sederhana (nilai min 3.62). Dapatan
ini adalah selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Azarudin, Azman, dan
Marzuki (2011), Farah (2011) dan Mohd Aderi (2004) yang mendapati bahawa tahap
membaca al-quran pelajar pada tahap yang sederhana. Empat daripada lapan item yang
dinilai pada tahap tertinggi ialah item pertama ‘kebolehan mengenal huruf al-quran’ (min=
4.20), item kedua ‘kebolehan menyebut huruf al-quran mengikut makhraj yang betul’
(min= 3.80), item ketiga ‘kebolehan menyebut kalimah al-quran yang bersambung’ (min=
3.97) dan item keempat ‘keupayaan mengenal tanda-tanda bacaan dalam al-quran’ (min=
3.77). Murid bersetuju bahawa mereka mempunyai tahap membaca al-quran yang baik.
Empat daripada lapan item seterusnya pula dinilai pada tahap sederhana iaitu item
kelima ‘pengetahuan tentang hukum tajwid’ (min=3.25), item keenam ‘kebolehan
membaca al-quran mengikut hukum tajwid yang betul’ (min=3.37), item ketujuh
‘keupayaan membaca al-quran dengan betul’ (min= 3.67) dan item kelapan ‘saya dapat
membaca al-quran dengan berlagu’ (min= 2.95). Namun begitu, terdapat kajian yang
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
menyatakan tahap membaca al-quran pelajar masih pada tahap rendah iaitu kajian
Farhan dan Nurfarhana (2008), Masnan (2005), Mohd Yakub dan Saidi (2008), dan Siti
Fatimah (2005). Terdapat juga kajian lain yang menyatakan tahap membaca al-quran
murid pada tahap yang tinggi iaitu kajian Abbas dan Farihatun (2008). Kajian-kajian ini
bertentangan dengan dapatan kajian pengkaji. Ini berkemungkinan akibat perbezaan latar
belakang responden dari setiap kajian.
Tahap Penguasaan Hafazan Ayat Lazim Murid
Soalan 2: Apakah tahap penguasaan hafazan ayat lazim murid tahun 6 di sekolah rendah
daerah Tawau?
Jadual 3
Kekerapan, peratusan, pin dan pisihan piawai tahap penguasaan hafazan ayat lazim dalam kalangan murid
tahun 6 (N=40)
Penguasaan Hafazan Ayat Lazim Kekerapan (f) Jumlah
Peratus (%) M SP
4.40 0.98
Bil Perkara SL L S B SB 4.20 1.09
26 4.32 0.89
9 Saya telah menghafaz surah 1 1 5 7 65.0 3.15 1.21
21 3.35 1.23
an-naas 2.5 2.5 12.5 17.5 52.5 3.72 1.06
22 3.22 1.19
10 Saya telah menghafaz surah 1 4 2 12 55.0 3.47 1.28
5.0 30.0 6 3.55 1.26
al-falaq 2.5 10.0 15.0 3.55 1.30
10 3.69 0.78
11 Saya telah menghafaz surah 25 11 25.0
al-ikhlas 5.0 12.5 27.5 12
30.0
12 Saya telah menghafaz surah 4 8 12 10 7
25.0 17.5
al-masad 10.0 20.0 30.0 13
32.5
13 Saya telah menghafaz surah 3 6 15 6 12
15.0 30.0
an-nashr 7.5 15.0 37.5 13
32.5
14 Saya telah menghafaz surah 1 3 14 10
7.5 35.0 25.0
al-kaafirun 2.5
15 Saya telah menghafaz surah 4 5 16 8
20.0
al-kauthar 10.0 12.5 40.0
16 Saya telah menghafaz surah 2 8 12 5
12.5
al-maa’uun 5.0 20.0 30.0
17 Saya telah menghafaz surah 3 5 11 9
22.5
quraisy 7.5 12.5 27.5
18 Saya telah menghafaz surah 3 6 10 8
20.0
al-fiil 7.5 15.0 25.0
Min Keseluruhan
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Secara keseluruhan tahap penguasaan hafazan ayat lazim murid tahun 6 di sekolah
rendah daeah Tawau dinilai pada tahap yang tinggi iaitu (min = 3.69). Dapatan ini selari
dengan kajian Farhan dan Nurfarhana (2008) yang menyatakan tahap penguasaan
hafazan pelajar pada tahap yang baik iaitu 77% pelajar baik dalam hafazan mereka.
Terdapat juga kajian lain yang menyatakan tahap hafazan surah masih pada tahap
sederhana iaitu kajian Ajmain dan Fikri (2017) yang menyatakan 55.5% murid boleh
menghafaz surah-surah dalam al-quran. Perbezaan ini mungkin berlaku kerana
perbezaan latar belakang responden. Empat daripada sepuluh item dinilai pada tahap
tinggi iaitu item ke-9 ‘saya telah menghafaz surah an-naas’ (min= 4.40), item ke-10 ‘saya
telah menghafaz surah al-falaq’ (min= 4.20), item ke-11 ‘saya telah menghafaz surah al-
ikhlas’ (min= 4.32), dan item ke-14 ‘saya telah menghafaz surah al-kaafirun’ (min= 3.72).
Enam daripada sepuluh item seterusnya dinilai pada tahap sederhana iaitu item ke-12
‘saya telah menghafaz surah al-masad’ (min= 3.15), item ke-13 ‘saya telah menghafaz
surah an-nashr’ (min= 3.35), item ke-15 ‘saya telah menghafaz surah al-kauthar’ (min=
3.22), item ke-16 ‘saya telah menghafaz surah al-maa’uun’ (min= 3.47), item ke-17 ‘saya
telah menghafaz surah quraisy’ (min= 3.55) dan item ke-18 ‘saya telah menghafaz surah
al-fiil’ (min= 3.55).
Hubungan Tahap Membaca Al-quran dengan Penguasaan Hafazan Ayat Lazim
Murid Tahun 6 di Sekolah Rendah Daerah Tawau
Soalan 3: Adakah terdapat hubungan antara tahap membaca al-quran dengan
penguasaan hafazan ayat lazim murid tahun 6 di sekolah rendah daerah Tawau?
Dalam kajian ini juga menyatakan persoalan yang ketiga mencari hubungan tahap
membaca al-quran dengan penguasaan hafazan ayat lazim murid tahun 6 sekolah
rendah. Bagi membincangkan perkara ini rujukan keatas dapat kajian yang telah di
analisis melalui nilai pekali korelasi. Nilai pekali korelasi yang positif memberitahu
pengguna bahawa perkaitan atau perhubungan yang wujud antara kedua pembolehubah
tersebut merupakan satu hubungan yang positif. Ini menunjukkan bahawa sekiranya
tahap membaca al-quran murid adalah tinggi maka penguasaan hafazan ayat lazim murid
juga akan tinggi. Ini bertepatan dengan kajian Sedek dan Mustaffa (2013) yang
menyatakan membaca al-quran membantu murid untuk menghafaz ayat al-quran dengan
lancar.
Secara keseluruhan, dapatan kajian mengenai hubungan tahap membaca al-
quran dengan penguasaan hafazan ayat lazim murid adalah dalam tahap sederhana iaitu
sebanyak 0.589. Hasil kajian juga jelas menunjukkan bahawa terdapat satu perkaitan
yang signifikan di antara pembolehubah tahap membaca al-quran murid dengan
penguasaan hafazan ayat lazim murid tahun 6 sekolah rendah daerah Tawau. Perkara ini
sekaligus mempengaruhi penentuan hipotesis kajian yang telah diramalkan di awal kajian
dahulu. Hipotesis nol Ho1 yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara tahap membaca al-quran dengan penguasaan hafazan ayat lazim murid tahun 6
di sekolah rendah daerah Tawau adalah ditolak.
Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Penguasaan dalam bidang al-quran bagi murid sekolah rnedah amat penting. Justeru itu,
menjadi keperluan kepada guru untuk mengetahui faktor yang menjadi asas kepada
penguasaan bidang al-quran dalam kalangan murid. Bagi mengetahui tahap membaca al-
quran dan penguasaan hafazan ayat lazim murid serta hubungan antara dua pemboleh
ubah ini, pengkaji telah membangunkan sebuah instrumen soal selidik dan diedarkan
kepada beberapa buah sekolah di daerah Tawau. Instrumen akan digunakan oleh murid
untuk menilai tahap membaca al-quran dan penguasaan hafazan ayat lazim berdasarkan
skala likert 5 point. Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap membaca al-quran murid
tahun 6 sekolah rendah pada tahap yang sederhana. Penguasaan hafazan ayat lazim
murid tahun 6 sekolah rendah pula berada pada tahap yang tinggi. Di samping itu terdapat
hubungan yang signifikan terhadap tahap membaca al-quran murid dengan penguasaan
hafazan ayat lazim murid. Ujian korelasi telah dilaksanakan dan keputusannya
membuktikan bahawa sekiranya tahap membaca al-quran murid meningkat maka
penguasaan hafazan ayat lazim murid juga akan meningkat.
Kajian yang dijalankan ini hanya menumpukan kepada satu daripada banyak
aspek yang memberi kesan kepada penguasaan hafazan ayat lazim iaitu tahap membaca
al-quran. Sehubungan dengan itu kajian-kajian di masa akan datang wajar juga untuk
meninjau aspek lain lagi seperti tempoh waktu membaca al-quran, pengusaan bahasa
arab, dan sebagainya. Maklumat seperti ini amat penting bagi guru supaya dapat
mewujudkan proses pengajaran yang berkesan. Seharusnya guru perlu berusaha
meningkatkan tahap membaca al-quran dikalangan murid supaya penguasaan hafazan
ayat lazim murid meningkat. Perkara ini boleh dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah
melalui pelbagai kaedah. Oleh itu, masa yang ada perlulah digunakan sebaik mungkin
oleh guru dan pihak sekolah untuk mencapai matlamat tersebut. Dengan pelbagai langkah
dan cadangan yang akan diutarakan secara lagsung dapat membantu murid dalam
menguasai bidang al-quran.
Maklumat yang diperoleh daripada kajian ini boleh membantu kerajaan untuk
melihat kembali kurikulum pelajaran yang sedia ada. Kerajaan perlu menyarankan pihak
sekolah untuk menekankan lagi pembelajaran bidang al-quran di sekolah. Ini kerana
tahap membaca al-quran murid masih di tahap sederhana. Kerajaan juga perlu tahu
bahawa jika tahap membaca murid meningkat maka penguasaan hafazan ayat lazim juga
akan meningkat. Pengkaji mengandaikan jika penguasaan hafazan ayat lazim meningkat
maka penguasaan hafazan ayat-ayat lain juga akan meningkat. Kerajaan juga boleh
mengadakan program yang dapat meningkatkan kemahiran guru dalam bidang al-quran.
Kajian ini dapat membantu pihak sekolah untuk menstuktur program sekolah dengan lebih
tersusun. Pihak sekolah boleh mengadakan program yang boleh memantapkan lagi tahap
membaca al-quran murid. Ini sekaligus dapat meningkatkan penguasaan hafazan ayat
lazim murid. Pihak sekolah juga perlu menyediakan guru yang berkualiti dalam bidang al-
quran supaya tahap membaca al-quran murid akan meningkat. Pihak sekolah juga boleh
mewujudkan suasana cintakan al-quran di sekolah.
Kajian ini akan memberi maklumat baru kepada guru pendidikan islam terutama
yang mempunyai masalah murid kurang menguasai bidang hafazan. Untuk memastikan
murid menguasai bidang hafazan, guru terlebih dahulu perlu untuk memastikan tahap
membaca al-quran murid pada tahap yang lebih baik. Guru juga perlu meningkatkan lagi
tahap membaca al-quran murid kerana masih berada di tahap sederhana. Guru juga boleh
menkaji semula kaedah pengajaran dan pemudahcaraan dalam bidang al-quran supaya
murid lebih menguasai tahap membaca al-quran. Pengkaji mencadangkan untuk kajian
yang akan datang pengkaji boleh memilih faktor lain yang menjadi hubungan kepada
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
penguasaan hafazan ayat lazim seperti penguasaan bahasa arab, tempoh mempelajari
tilawah al-quran, kawasan tempat tinggal dan sebagainya. Kajian juga boleh diteruskan
dengan mengkaji hubungan tahap membaca al-quran dengan perkara lain seperti
penguasaan bidang pendidikan islam, penguasaan tulisan jawi, penguasaan bidang
tajwid dan sebagainya. Pengkaji juga mencadangkan pengkaji akan datang mengkaji
hubungan tahap membaca al-quran murid dan tahap penguasaan hafazan ayat lazim
murid dengan demografi murid seperti perbezaan jantina, bangsa, latar belakang keluarga
dan sebagainya. Mungkin perkara-perkara tersebut mempunyai hubungan antara satu
sama lain.
Rujukan
Ahmad Mohd. Salleh. (1997) Pendidikan Islam: falsafah, pedagogi dan metodologi. Shah
Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ajmain Safar dan Muhammad Fikri Norddin, (2017). Amalan membaca dan menghafaz
surah-surah dalam al-quran murid beragama islam di sekolah jenis kebangsaan
cina. Malaysia online jurnal of education. 45-49.
Azarudin Awang, Azman dan Marzuki. (2011). Tahap pembacaan al-quran dalam
kalangan pelajar di UiTM Terengganu. AJTLHE. 83-100.
Farah Ihyani. (2011). Pelaksanaan Kelas Kemahiran al-quran di Malaysia: Satu analisis.
Journal of Islamic and Arab Education. 47-58.
Harris, A. (2011). System improvement through collective capacity building. Journal of
Education Administration Innovation. Journal of Teacher Education. 184-199.
Ismail M. Z. (2002). Amalan Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru-Guru
Kemahiran Hidup Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Satu Kajian Kes
di Kalangan Pelajar Tahun 4 Kursus SPH sesi 2011/2012. UTM: Tesis Sarjana
Muda.
Kallison. (1986). Effect of lesson organization achievement. American Educational
Research Journal. 337-347.
Masnan Jemali. (2015). Tahap Penguasaan Al-quran di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah di Perak: Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri ke-4. Bangi: Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Aderi Che Noh. (2004). Celik al-quran di kalangan pelajar tingkatan satu Zon Pudu
Kuala Lumpur. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Mohd Abbas dan Farihatun Nadia. (2008). Persepsi pelajar terhadap program
membudayakan al-quran dalam meningkatkan tahap keupayaan pembacaan al-
quran mengikut hukum tajwid. Satu kajian di SMK Dato Bentara Luar. Universiti
Teknologi Malaysia.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Mohd Yakub dan Saidi. (2007). Keupayaan bacaan al-quran di kalangan pelajar tingkatan
empat di beberapa buah sekolah menengah tepilih di negeri Terengganu. Jurnal
al-Bayan. 53-85.
Muhamad Farhan dan Siti Nurfarhana (2008). Kajian pembacaan surah Al-Fatihah di
kalangan pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Jabatan Pengajian Am.
Nur Farhana Azizi. (2012). Daur Masrahiyyah Tamthiliyyah Arabiyyah fi Taalum Lughah
Arabiyyah lada Tolabah Sanah Rabiah fi Kulliyyah Lughaat Raisah bi Jamiah Ulum
Islamiyyah Maliziyyah. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic.
Raihan Mohd Nordin. (2000). Penguasaan kemahiran membaca al-quran di kalangan
pelajar sekolah menengah kebangsaan Gurun Kedah Darul Aman. Latihan Ilmiah.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sedek Ariffin dan Mustaffa Abdullah. (2013). Effective Techniques of Memorizing the
Quran: A Study at Madrasah Tahfiz Al-quran, Terengganu, Malaysia. Middle-East
Journal of Scientific Research. 45-48.
Siti Fatimah Sudin. (2005). Keperluan kursus kemahiran membaca al-quran di IPT: Kajian
di UiTM Shah Alam. Jurnal Center for Islamic Thought and Understanding. 133-
152.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN ISLAM MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (TMK) DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC)
¹Rushiha Irina Mohamed Yusof & ²Wan Azmi Wan Omar
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah
[email protected] & [email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kesediaan Guru Pendidikan Islam
berdasarkan aspek kemahiran dan sikap ketika menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPC) Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah
daerah Tawau. Kajian ini juga dilakukan bagi melihat jika berlaku perbezaan
penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam berdasarkan lokasi
sekolah bandar dan luar bandar. Satu set instrumen soal selidik yang
mengandungi 55 item telah diedarkan kepada responden. Seramai 81 orang
responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik ini yang terdiri daripada
guru Pendidikan Islam bagi 7 sekolah di bandar dan 7 sekolah luar bandar
daerah Tawau yang dipilih secara rawak. Data yang diperolehi dianalisis
dengan menggunakan perisian komputer Statical Packages for Social
Sciences (SPSS) Versi 23.0 yang dianalisis secara deskriptif bagi
mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan
kemahiran dan sikap guru-guru Pendidikan Islam di daerah Tawau adalah
tinggi namun dalam aspek penggunaan TMK dalam PdPC masih berada
pada tahap sederhana. Selain itu, kajian pada keseluruhannya mendapati
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi penggunaan TMK
dalam PdPC Pendidikan Islam berdasarkan lokasi sekolah. Oleh itu,
beberapa cadangan telah dibuat bagi pihak yang berkenaan supaya dapat
mengambil tindakan untuk meningkatkan keberkesanan PdPC
menggunakan TMK dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
bermakna.
Kata kunci: Kesediaan, kemahiran, sikap, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, Pembelajaran dan Pemudahcaraan, Guru Pendidikan Islam
Pengenalan
Perkembangan kurikulum yang semakin pesat membangun, menuntut kemahiran
pemikiran tinggi yang dapat diproses dengan mudah menerusi Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) (Hasnuddin, Norfaizuryanna & Nor Azzahratun, 2015). Dalam era
globalisasi, pendidikan di Malaysia sangat menuntut guru-guru untuk menggunakan atau
mengaplikasi TMK dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) termasuk
dalam bidang Pendidikan Islam. TMK menjadi medium atau bahan pengajaran terkini bagi
menggantikan kaedah PdPC bercorak tradisional yang disampaikan oleh guru. Namun
begitu, untuk menggunakan TMK dalam PdPC secara aktif, guru perlu terlebih dahulu
menguasai kemahiran dalam penggunaannya. Hal ini disokong oleh Maimun Aqsha, Wan
Nurul Syuhada’ & Mohd Isa (2017) yang menyatakan keupayaan guru menggunakan TMK
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
menjadi pendekatan yang berkesan sejajar dengan minat generasi kini yang mesra gajet
dan alat komunikasi. Kemahiran guru ini merujuk kepada kemahiran dalam
menggunakan, membangunkan serta mengendalikan segala bentuk perisian TMK.
Penggunaan TMK dalam PdPC bukan sahaja mampu menarik minat murid terhadap
PdPC yang dijalankan, bahkan juga meningkatkan potensi untuk mencapai objektif
pembelajaran. Jika seseorang guru menggunakan kaedah tradisional, guru dan pelajar
akan bosan dan akhirnya objektif pengajaran tidak tercapai sepenuhnya (Othman &
Lukman, 2011). Penggunaan TMK ini mampu mengubah evolusi proses PdPC yang
bercorak tradisional kepada kaedah yang lebih canggih.
Sufean Hussin (2004) berpendapat bahawa keberkesanan dalam profesion
perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih dalam
menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Oleh itu,
guru Pendidikan Islam perlu bersedia meningkatkan tahap kemahiran dan sikap mereka
dalam menggunakan TMK bagi menggantikan pendekatan konvensional yang kurang
berasaskan inovasi teknologi lebih-lebih lagi ketrampilan dalam TMK merupakan satu
kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke-21.
Pernyataan Masalah
Anjakan yang ke 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
menunjukkan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia ((KPM) yang menggalakkan
penggunaan TMK dalam PdPC melalui pernyataan “memanfaatkan TMK bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia” (KPM, 2013). Hal ini menunjukkan
bahawa penggunaan TMK dalam PdPC adalah menjadi satu keperluan atau hasrat untuk
diaplikasikan dalam dunia pendidikan. Namun begitu, Othman & Lukman (2011)
berpendapat bahawa pada era TMK yang pesat digunakan di sekolah, amat sukar
menemui guru Pendidikan Islam yang menggunakan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sehingga kini corak PdPC Pendidikan Islam sering dianggap mundur dan
dilihat punca kepada masalah ini adalah kerana guru Pendidikan Islam masih terikat
kepada pengajaran cara tradisi atau konvensional. Hal ini mungkin disebabkan terdapat
permasalahan dari segi perkakasan, perisian, sikap guru dan pentadbir, dan kemudahan
infrastuktur yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan dalam bilik darjah
(Noraffandy, Siti Fatimah, Mohamad Bilal & Aman Zahiri, 2011).
Tambahan pula, dapatan Zailawati & Fariza (2014) menunjukkan bahawa terdapat
ramai guru yang berkhidmat di pusat bandar tidak mahir dan jarang menggunakan TMK
dalam PdPC, sedangkan kemudahan infrastruktur telah tersedia. Oleh itu, pengkaji telah
memilih untuk memfokuskan kepada tahap kemahiran dan sikap guru Pendidikan Islam
di sekolah rendah daerah Tawau terhadap penggunaan TMK dalam PdPC. Selain itu,
pengkaji juga ingin melihat jika terdapat perbezaan bagi aspek penggunaan TMK dalam
PdPC bagi lokasi sekolah antara guru Pendidikan Islam ini.
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Objektif Dan Soalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan:
1. Tahap kemahiran guru Pendidikan Islam menggunakan TMK dalam PdPC.
2. Tahap sikap guru Pendidikan Islam menggunakan TMK dalam PdPC.
3. Tahap penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam.
4. Perbezaan penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam berdasarkan
lokasi sekolah.
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan
berikut:
1. Apakah tahap kemahiran guru Pendidikan Islam menggunakan TMK dalam
PdPC?
2. Apakah tahap sikap guru Pendidikan Islam menggunakan TMK dalam PdPC?
3. Apakah tahap penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam?
4. Adakah terdapat perbezaan penggunaan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam
berdasarkan lokasi sekolah?
Metodologi Kajian
Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Tujuan kajian
dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesediaan berdasarkan aspek kemahiran dan
sikap Guru Pendidikan Islam menggunakan TMK dalam PdPC. Responden bagi kajian ini
adalah 81 orang guru yang dipilih secara rawak mudah bagi 7 sekolah di bandar dan 7
sekolah luar bandar. Borang soal selidik mengandungi 55 item berskala likert 5 mata point
diadaptasi dan diubah suai berdasarkan kajian Noraffandy Yahaya et. al (2011) dan kajian
Ching, M. C. H. & Jamaludin Badusah (2010). Bagi mendapatkan kesahan dalam
pembinaan item, soal selidik telah disemak terlebih dahulu oleh sekumpulan pakar dalam
bidang berkaitan. Kajian rintis telah dijalankan oleh pengkaji bagi mendapatkan nilai
kebolehpercayaan Alpha Cronbach di mana secara keseluruhannya konstruk yang
ditadbir memperoleh nilai 0.96. Menurut Field (2009), Indeks kebolehpercayaan dengan
nilai tersebut dianggap memuaskan dan diterima.
Statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis profail subjek
kajian dan borang soal selidik berbantukan perisian Statistic Package for Social Science
(SPSS) versi 23.0. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan
frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai serta ujian-t bagi data inferensi. Bagi
menentukan tahap kemahiran dan tahap sikap penggunaan TMK dalam PdPC, penyelidik
mengunakan panduan skor
Jadual 1 Interpretasi
Pentaksiran skor min
Tinggi
Skor Min Sederhana
3.68 - 5.00
2.34 - 3.67 Rendah
1.00 – 2.33
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Sumber: Suwarnee (2006)
Dapatan Kajian
Demografi
Jadual 2 menunjukkan jumlah responden yang dipilih secara rawak yang merupakan Guru
Pendidikan Islam yang berkhidmat di lokasi sekolah yang berbeza sama ada di bandar
atau luar bandar. Berdasarkan Jadual, dapat dilihat daripada 81 responden, jumlah
mereka yang berkhidmat di sekolah bandar adalah 48 orang dengan 59.3%, manakala
jumlah mereka yang berkhidmat di sekolah luar bandar adalah 33 orang dengan 40.7%.
Oleh sebab jumlah responden bagi kedua-dua lokasi sekolah ini agak seimbang dan tidak
begitu berbeza, maka kajian bagi menilai perbezaan penggunaan TMK dalam PdPC oleh
guru Pendidikan Islam mengikut lokasi sekolah tidak terganggu.
Jadual 2 Kategori Frekuensi Peratus (%)
Demografi (Lokasi Sekolah) 48 59.3
33 40.7
Demografi 81
100.0
Lokasi Sekolah Bandar
Luar Bandar
Jumlah
Tahap Kemahiran Guru Pendidikan Islam Menggunakan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Soalan 1: Apakah tahap kemahiran guru Pendidikan Islam menggunakan TMK dalam
PdPC?
Hasil analisis data pada konstruk item bagi soal selidik bahagian pertama merekodkan
daripada 21 item, 13 item berada pada tahap yang tinggi manakala baki 8 item berada
pada tahap yang sederhana (Rujuk Jadual 3). Namun demikian, persoalan pertama kajian
terjawab apabila min keseluruhan bagi konstruk yang pertama merekodkan min di tahap
yang tinggi iaitu nilai min 3.73 dan nilai sisihan piawai 0.58 (M=3.73, SP=0.58)
Kemahiran guru dalam mengendalikan sebarang pengisian lebih-lebih lagi
apabila ia melibatkan TMK adalah sangat perlu bagi memastikan keberkesanan
penggunaannya dalam PdPC. Jika seseorang guru tidak mahir menggunakan TMK, pasti
guru tersebut tidak mampu untuk mengendalikannya dengan baik sewaktu mengajar di
dalam aktiviti PdPC. Namun begitu, nilai keseluruhan min di atas (min= 3.73)
membuktikan bahawa guru-guru Pendidikan Islam di daerah Tawau ini mempunyai
kemahiran yang tinggi dalam menggunakan TMK dalam PdPC. Hal ini selaras dengan
kajian Noraffandy, Siti Fatimah, Mohamed Bilal dan Megat Aman Zahiri (2011) yang
menunjukkan bahawa kemahiran TMK dalam kalangan graduan Pendidikan Islam UTM
berada pada tahap yang tinggi (min=3.89).
Jadual 3
Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai tahap sikap Guru Pendidikan Islam menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam (N=81)
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Tahap Kemahiran GPI menggunakan Kekerapan (Peratus) Jumlah
TMK dalam PdPC M SP
4.40 0.63
Bil Item STS TS TP S SS 4.26 0.75
1 Saya mahir menggunakan 0 0 6 37 38 3.72 0.93
perisian Microsoft Word (0) (0) (7.4) (45.7) (46.9) 3.94 0.86
1 1 3.90 0.77
2 Saya mahir menggunakan (1.2) (1.2) 6 41 32 3.41 1.0
perisian Microsoft Power (7.4) (50.6) (39.5)
Point 1 5 3.16 0.93
(1.2) (6.2) 28 29 18 3.21 0.97
3 Saya mahir menggunakan (34.6) (35.8) (22.2) 3.49 0.94
perisian Microsoft Excess 1 3 3.36 0.98
(1.2) (3.7) 17 39 21
4 Saya mahir menggunakan (21.0) (48.1) (25.9) 3.96 0.89
perisian Microsoft Excel 2 22 4.36 0.64
(2.5) (27.2) 39 17 1 3.94 0.84
5 Saya mahir menggunakan (48.1) (21.0) (1.2) 3.69 0.93
CD Rom Pembelajaran 3 11 10
(3.7) (13.6) 27 30 (12.3) 3.28 0.87
6 Saya mahir (33.3) (37.0)
membangunkan Laman 4 12 5 3.74 0.83
Web (4.9) (14.8) 37 23 (6.2)
(45.7) (28.4) 3.80 0.91
7 Saya mahir menggunakan 2 17 8
Perisian Animasi (2.5) (21.0) 32 22 (9.9) 3.52 1.00
(39.5) (27.2) 10
8 Saya mahir menggunakan 1 12 (12.3) 4.04 0.71
Perisian Grafik Photoshop (1.2) (14.8) 24 34 10
(29.6) (42.0) (12.3) 3.78 0.77
9 Saya mahir menggunakan 1 16
Perisian Audio Digital (1.2) (19.8) 27 27 22 3.36 0.84
(33.3) (33.3) (27.2)
10 Saya mahir dalam 1 5
melakukan penyuntingan (1.2) (6.2) 12 41 36
video. (14.8) (50.6) (44.4)
0 0
11 Saya mahir menggunakan (0) (0) 7 38 20
enjin pencari maklumat 1 3 (8.6) (46.9) (24.7)
(1.2) (3.7) 16
12 Saya mahir menggunakan 2 4 (19.8) 41 16
Email (2.5) (4.9) 27 (50.6) (19.8)
(33.3)
13 Saya mahir menggunakan 2 10 32 6
perisian Chatting (2.5) (12.3) 38 (39.5) (7.4)
(46.9)
14 Saya mahir menggunakan 1 4 25 13
ruang forum di internet (1.2) (4.9) 23 (30.9) (16.0)
untuk membincangkan (28.4)
perkara berkaitan PdPC 1 7 40 17
(1.2) (8.6) 16 (49.4) (21.0)
15 Saya mahir menggunakan (19.8)
sistem File Transfer 4 5 40 13
Protocol (FTP) (4.9) (6.2) 30 (49.4) (16.0)
(37.0)
16 Saya mahir menggunakan 0 1 29 21
sistem rangkaian File (0) (1.2) 16 (35.8) (25.9)
Sharing (19.8)
0 3 43 14
17 Saya mahir (0) (3.7) 26 (53.1) (17.3)
mengendalikan Microsoft (32.1)
Window XP 1 9 38 7
(1.2) (11.1) 38 (46.9) (8.6)
18 Saya mahir (46.9)
mengendalikan Microsoft 26
Window VISTA (32.1)
19 Saya mahir
mengendalikan LCD
Projector
20 Saya mahir dengan
perkakasan berkaitan
teknologi TMK
21 Saya mahir mengesan
permasalahan alatan dan
perisian TMK
Min Keseluruhan: 3.73
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Item ketujuh iaitu “Saya mahir menggunakan Perisian Animasi”. Menunjukkan 4
(4.9%) orang memilih sangat tidak setuju, 12 orang (14.8%) menyatakan tidak setuju, 37
orang (45.7%) memilih jawapan tidak pasti, 23 orang (28.4%) menyatakan setuju dan 5
orang (6.2%) menyatakan sangat setuju. Item ini mempunyai nilai min 3.16 yang
dikategorikan sederhana dan sisihan piawai 0.93. Item ini merekodkan tahap min yang
terendah bagi persoalan pertama (M=3.16). Hal ini mungkin disebabkan guru-guru kurang
menggunakan perisian animasi dalam PdPC atas sebab mereka menggunakan perisian
yang lebih mudah untuk dikendalikan. Junaidah & Rasyidah (2006) menyokong pendapat
ini dengan menyatakan animasi merupakan satu bidang yang kompleks serta
memerlukan pemahaman yang mendalam untuk menguasainya.
Selain itu, item pertama iaitu “Saya mahir menggunakan perisian Microsoft Word
merekodkan nilai min yang paling tinggi (M=4.40). Berdasarkan jadual di atas, 6 orang
(7.4%) menyatakan tidak pasti, manakala 37 orang (45.7%) menyatakan setuju dan 38
orang (46.9%) menyatakan sangat setuju. Dapatan ini menunjukkan bahawa kemahiran
guru untuk menggunakan perisian Microsoft Word adalah lebih tinggi berbanding
kemahiran-kemahiran menggunakan bahan atau aplikasi TMK yang lain. Kajian ini selaras
dengan kajian Harianti Rokman (2006) yang menunjukkan nilai min yang tinggi (M= 3.89)
bagi kemahiran penggunaan Microsoft Word. Selain itu, ia juga bertepatan dengan kajian
Noraffandy, Siti Fatimah, Mohamed Bilal dan Megat Aman Zahiri (2011) yang juga
menunjukkan nilai min yang tinggi (M= 4.70) bagi penguasaan perisian Microsoft Word
oleh graduan Pendidikan Islam UTM.
Kemahiran guru dapat memenuhi keperluan pendidikan yang diperlukan oleh
semua guru Pendidikan Islam bagi meningkatkan kualiti Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPC) di sekolah. Melalui kajian ini, terdapat ramai guru yang
mempunyai kemahiran menggunakan TMK dalam PdPC Pendidikan Islam. Biarpun
kemahiran guru adalah agak rendah bagi penggunaan perisian-perisian yang kompleks
seperti perisian animasi, photoshop, audio digital dan penyuntingan video, namun
kemahiran bagi perisian asas seperti penggunaan perisian Microsoft menunjukkan tahap
min yang tinggi. Dapatan Baharin Abu & Lim Lih Hoon (2008) selari dengan dapatan ini
kerana membuktikan bahawa guru-guru lebih mahir menggunakan perisian untuk
pemprosesan perkataan dan masih kurang mahir menggunakan perisian seperti
Macromedia Flash, CAD, Adobe Photoshop, SPSS dan autoware. Kemahiran yang baik
dalam kalangan guru Pendidikan Islam perlu merangkumi aspek penggunaan dan
pengendalian bahan TMK bagi memastikan kemahiran itu bersifat holistik.
Tahap Sikap Guru Pendidikan Islam Menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Soalan 2: Apakah tahap sikap guru Pendidikan Islam menggunakan TMK dalam PdPC?
Analisis pada bahagian persoalan yang kedua dilakukan pada item ke-22 hingga item ke-
31. Jadual 4 di bawah menunjukkan kesemua item berada di tahap yang tinggi iaitu
berada pada nilai min sekurang-kurangnya 3.83 (Rujuk Jadual 4). Keseluruhan dapatan
analisis menunjukkan sikap guru menggunakan TMK dalam PdPC berada pada tahap
tinggi iaitu dengan nilai min 4.14 dan sisihan piawai 0.53. (M = 4.14, SP = 0.53)
Jadual 4
Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai tahap sikap Guru Pendidikan Islam menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam (N=81)
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015
Tahap Sikap Guru Pendidikan Islam Menggunakan
TMK dalam PdPC Kekerapan (Peratus) Jumlah
TP S SS M SP
Bil. Item STS TS
22 Saya suka mengikuti kursus TMK 1 0 10 47 23 4.12 0.71
untuk meningkatkan kemahiran (1.2) (0) (12.3) (58.0) (28.4) 4.20 0.60
berkomputer. 4.20 0.60
0 1 5 52 23 4.40 0.58
23 Saya menyokong penggunaan (0) (1.2) (6.2) (64.2) (28.4)
TMK dalam PdPC 0 4.31 0.56
(0) 0 8 49 24 4.04 0.68
24 Saya yakin menggunakan TMK (0) 9.9 (60.5) (29.6) 4.06 0.66
mampu meningkatkan kefahaman 0 4.14 0.65
murid tentang isi pelajaran. (0) 0 4 41 36 4.12 0.68
(0) (4.9) (50.6) (44.4) 3.83 0.86
25 Saya suka melayari internet untuk 0
mendapatkan maklumat tambahan (0) 0 4 48 29
dan terkini sebagai bahan bantu (0) (4.9) (59.3) (35.8)
mengajar 0
(0) 1 14 47 19
26 Saya yakin penggunaan TMK 0 (1.2) (17.3) (58.0) (23.5)
dapat meningkatkan pencapaian (0)
akademik murid 1 12 49 19
0 (1.2) (14.8) (60.5) (23.5)
27 Saya selesa mengaplikasikan TMK (0)
dalam PdPC 1 9 49 22
0 (1.2) (11.1) (60.5) (27.2)
28 Saya menjadi lebih bermotivasi (0)
semasa mengajar dengan 0 1 11 46 23
menggunakan TMK (0) (1.2) (13.6) (56.8) (28.4)
29 Saya seronok mengajar mata 7 17 40 17
pelajaran Pendidikan Islam (8.6) (21.0) (49.4) (21.0)
dengan penggunaan TMK
30 Saya yakin mengajar dengan
menggunakan TMK
31 Saya suka menggunakan TMK
berbanding bahan bantu mengajar
lain dalam pengajaran
Min Keseluruhan: 3.14
Dapatan dari keseluruhan analisis item membuktikan guru Pendidikan Islam
bersikap positif menggunakan TMK dalam PdPC dengan nilai min yang tinggi. Perkara ini
bertepatan dengan kajian Ching, M. C. H. & Jamaludin (2010) yang juga menunjukkan
sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam PdPC Bahasa Melayu berada pada tahap
yang tinggi dengan nilai min 3.74. Sikap yang positif hadir dari persepsi guru yang juga
positif terhadap penggunaan TMK dalam PdPC. Kajian Siti Fatimah & Ab Halim (2010)
juga menunjukkan guru-guru mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan
TMK dalam PdPC. Hal ini membuktikan bahawa guru-guru sebenarnya percaya bahawa
penggunaan TMK mampu membantu dalam menjadikan PdPC lebih berkesan.
Selain itu, dapatan di atas mencatatkan item terakhir merekodkan nilai min
terendah iaitu 3.83. Dapatan item menunjukkan 7 orang (8.6%) menyatakan tidak setuju,
17 orang (21.0%) memilih jawapan tidak pasti, 40 orang (49.4%) menyatakan setuju dan
17 orang (21.0%) menyatakan sangat setuju. pada item ini mempunyai nilai min yang
tinggi iaitu 4.83 dan sisihan piawai 0.86. (M = 3.83, SP = 0.86). Biarpun masih
menunjukkan nilai min pada tahap yang tinggi, namun pasti ada punca yang
menyebabkan ia menjadi item yang memperoleh nilai terendah bagi konstruk ini. Item
terakhir iaitu “Saya suka menggunakan TMK berbanding bahan bantu mengajar lain
dalam pengajaran” mendapat nilai min terendah mungkin disebabkan oleh faktor
kemudahgunaan bahan lain berbanding bahan berbentuk TMK. Mungkin juga terdapat
guru yang berasa bahawa agak sukar untuk menggunakan TMK dalam PdPC sama ada
berkenaan penyediaan bahan mahupun penggunaanya. Sebagai contoh, kajian Nuraimi
Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2015