The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

jurnal melewar 2021 bil.25

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadzili12-203, 2022-02-08 03:28:31

Jurnal Melewar 2021

jurnal melewar 2021 bil.25

Keywords: education

bagi melihat bagaimana siri-siri perkataan diregukan dan
diadunkan demi memperbaharui tanggapan kita tentang dunia ini di
samping menyentuh daya haru dan daya rasa kita. (1990:7)

Menurut Abdul Wahab di dalam kajiannya yang bertajuk Posisi
Semantik Sebagai Pemeri Makna Bahasa (1999:524) berpendapat
bahawa semantik atau semiotik mempunyai posisi yang sangat
penting dan tidak dapat ditinggalkan dalam usaha memerikan makna
bahasa. Hal ini berdasarkan kepada tiga alasan:

1. tidak ada bahasa tanpa makna
2. bahasa dari mana pun asalnya, terdiri daripada bentuk

dan makna, dan
3. dalam tatabahasa sejagat, representasi makna

menempati urusan teratas.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian akan mencapai objektif pertama kajian iaitu
menghuraikan aspek pemikiran yang tersirat dalam pantun Bongai.

Aspek Pemikiran dalam Lagu Bongai

Pantun dan peribahasa dapat mencerminkan pemikiran dan corak
hidup masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Za’ba (1965:219)
menyatakan bahawa penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan
milik asal kepunyaan masyarakat Melayu. Pantun telah diterima
sebagai ciptaan asli orang Melayu. Hal ini bermakna, pantun
merupakan puisi asli yang dimiliki oleh masyarakat Melayu serta
paling awal muncul berbanding dengan puisi yang lain (Harun Mat
Piah, 1989:122). Sapir Whorf (1921) yang menjelaskan bahawa
bahasa menentukan pemikiran penuturnya. Secara tuntasnya,
bahasa melambangkan cara penutur meluahkan buah fikiran melalui
perkataan-perkataan yang dituturkan dapat melambangkan cara
pemikiran penutur yang luas. Pantun Melayu ternyata mempunyai
kaitan yang amat rapat dengan pemikiran orang Melayu meliputi
sejarah kebudayaan, alam sekeliling dan sosiobudaya.

BIL PANTUN BONGAI ASPEK PEMIKIRAN

1. Pinang mudo dalam poti, Pemikiean Ketuhanan
Kepayang-kepayang juo;
Adat mudo dituruti,

192 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 192

Sembahyang-sembahyang juo.

2. Tidaklah dapek sihondak padi, Pemikiean Ketuhanan
Dodak juo ditumbuk luluh;
Tidak dapek si kohondak ati,
Kohandak Allah juo yang
sunggoh.

3. Ikan sopek mudik ke ulu,

Anak aghuan putih dado eh; Pemikiran tentang alam

Sapolah copek dapek dulu, semulajadi.

Sapolah kedian putihlah mato

eh.

4. Api-api torobang limo, Pemikiran tentang alam
Inggap sekor di colah daun; semulajadi.
Budi tuan sangat boguno,
Jadi konangan betaun-taun.

Patah daghi soborang, Pemikiran tentang adab
5. Ambik hompodi umpuh manusia.

mongkuang;
Sudah nan jadi pado nan
oghang,
Abih madu sopah dibuang.

Jadual 1 : Pantun Bongai dari aspek pemikiran.

Pemikiran tentang Ketuhanan

Aspek pemikiran tentang ketuhanan dalam pantun Bongai
menunjukkan pemikiran Melayu tentang kewujudan iaitu berkait
dengan hubungan manusia dengan agama dan penciptaNya. Hal ini
dapat dilihat dengan jelas melalui pantun-pantun bongai yang
menunjukkan kehidupan masyarakat Melayu yang sentiasa
berlandaskan ajaran agama Islam. Pemikiran ini meliputi kepercayaan
dan akidah dan termasuk juga prinsip-prinsip yang berlawanan
dengan pegangan agama Islam yang mesti dihindarkan oleh
penganutnya. Antara pantun yang mengungkapkan pemikiran tentang

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21193 193

ketuhanan ini dapat dihubungkan dengan tema keagamaan seperti
yang berikut;

Pinang mudo dalam poti,
Kepayang-kepayang juo;
Adat mudo dituruti,
Sembahyang-sembahyang juo.

Pantun ini menunjukkan pemikiran orang Melayu tentang
pegangan agama Islam yang perlu dipatuhi. Sembahyang lima waktu
yang menjadi tiang agama sentiasa menjadi peringatan terutama
kepada golongan muda-mudi. Golongan tua dan juga muda sentiasa
diberi ingatan supaya tidak meninggalkan solat yang merupakan
rukun Islam yang kedua walau sesibuk mana mereka melangsungkan
kehidupan harian. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang
bermaksud:

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat,
maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah SWT
semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu
berbaring. Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram
(berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu
(dengan sempurna dan biasa). Sesungguhnya solat itu
adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang
yang beriman, yang tertentu waktunya”.

(Surah an- Nissa, ayat:130)
Tidaklah dapek sihondak padi,
Dodak juo ditumbuk luluh;
Tidak dapek si kohondak ati,
Kohandak Allah juo yang sunggoh.

(Ismail Hadi: 1994)

Orang Melayu sejak dahulu lagi amat yakin dan percaya akan
qada dan qadar Allah. Hal ini bersesuaian dengan rukun iman yang
keenam iaitu percaya kepada qada dan qadar. Percaya kepada qada
dan qadar bermaksud seseorang itu perlu yakin akan segala
ketentuan yang telah ditentukan Allah yang telah berlaku dan akan
berlaku dalam kehidupan mereka walaupun setiap yang berlaku itu
tidak ada dalam perancangan mereka. Mereka yakin Allah SWT
merupakan perancang dan pelaksana terhadap kehidupan dan

194 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 194

untung nasib manusia. Hal ini berkaitan dengan konsep redha (Iman
al-Ghazali, 2006).

Bagi orang Melayu; alam dunia atau alam nyata ialah alam
yang dapat dilihat dengan mata dan menjadi tempat manusia hidup
selepas dilahirkan dan sebelum dimatikan. Mereka percaya, dunia
merupakan jambatan atau jalan ke akhirat, dengan fahaman bahawa
setiap perbuatan manusia di dunia akan dibalas di akhirat
berdasarkan konsep ‘baik dibalas baik jahat dibalas jahat’.

Berdasarkan contoh yang diberi, jelaslah bahawa terpancar
pemikiran orang Melayu tentang Ketuhanan seperti yang ajaran yang
terkandung di dalam Al-Quran dan hadis. Dalam pantun Bongai ini
tergambar prinsip asas pembentukan akidah masyarakat Melayu
yang mempercayai dan menjadikan agama sebagai panduan dalam
meneruskan hidup. Agama Islam merupakan ideologi yang melatari
kebudayaan. Hal ini dinyatakan oleh Muhamad Anwar Omar Din
(2007), iaitu agama dan kepercayaan mempunyai kedudukan yang
paling penting dalam kebudayaan.

Pemikiran tentang Alam Semula Jadi

Alam iaitu alam tumbuhan, alam haiwan dan alam cakerawala dan
masyarakat Melayu amat akrab sejak dahulu lagi. Hal ini adalah
kerana masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan
alam yang berada di sekeliling mereka sama ada di laut, di hutan, di
bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat Piah (1989:115)
menjelaskan bahawa penggunaan lambang-lambang daripada alam
raya perlu diketahui untuk memahami maksud pantun. Lantaran itulah
pantun dikaitkan dengan alam semula jadi sebagai perbandingan dan
perlambangan yang berfungsi sebagai sumber pengajaran dan
nasihat. Pemikiran ini dapat dilihat dalam pantun Bongai yang berikut:

Ikan sopek mudik ke ulu,
Anak aghuan putih dado eh;
Sapolah copek dapek dulu,
Sapolah kedian putihlah mato eh.

Sebagai masyarakat yang menetap di kampung, mereka
begitu akrab dengan bahagian alam seperti haiwan, burung, unggas,
ikan, pohon, rumput dan rumpai air. Mereka mengumpul maklumat
tentang alam dan menggunakan maklumat itu untuk meneruskan
kehidupan. Semasa mencipta pantun, cebisan alam ini memasuki

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21195 195

baris dan ekspresi seninya kerana alam selalu hadir dalam kehidupan
mereka secara sedar mahupun di bawah sedar mereka.

Falsafah yang tersirat di sebalik pantun Bongai tersebut
secara tidak langsung memberi peringatan kepada masyarakat
supaya sentiasa berwaspada dan tidak leka. Hal ini kerana, dalam
kehidupan ini kita sering bersaing untuk mendapat sesuatu yang
dihajati. Apabila sesuatu itu sudah dimiliki maka orang lain tidak boleh
lagi memiliki atau cuba merampasnya. Mereka hanya boleh melihat
sahaja dengan rasa yang kecewa. Kebolehan seseorang pencipta
pantun menggunakan lambang-lambang yang segar dan berkesan di
dalam pantun amat mengkagumkan (Harun Mat Piah, 1989: 132).

Pantun dapat berfungsi dalam hampir setiap aktiviti
kehidupan masyarakat Melayu (Jamilah Hj. Ahmad, 1993:114).
Terdapat pelbagai jenis pantun yang mempunyai tema tertentu berkait
rapat dengan perasaan cinta, kasih sayang, puji-pujian, nasihat,
agama, adat, telatah dan corak hidup masyarakat. Setiap tema yang
ingin diketengahkan disisipkan dengan latar alam. Hal ini kerana,
alam itu indah. Unsur alam ini juga dapat dilihat dalam rangkap-
rangkap pantun Bongai yang berikut;

Api-api torobang limo,
Inggap sekor di colah daun;
Budi tuan sangat boguno,
Jadi konangan betaun-taun.

Pantun yang wujud sebelum masyarakatnya tahu menulis dan
membaca adalah milik tulen orang Melayu. Hasil lisan ini dicipta untuk
menyampaikan pemikiran dan perasaan terhadap seseorang atau
perkaran. Pantun Bongai juga digunakan untuk memberi nasihat serta
mengenang budi seseorang.

Berdasarkan pemerhatian orang Melayu terhadap alam,
antara lain mereka dapat memikirkan tentang keindahan. Cahaya
bulan, kerdipan bintang dan bunga-bungaan yang berwarna-warni
dijadikan pembayang kepada pantun-pantun yang dicipta. Serlahan
akal budi dan pandangan masyarakat Melayu dan alam semesta
dapat dilihat dalam ciptaan pantun. Pantun yang terhasil adalah
bersifat situasional dalam erti kata mungkin juga dicipta sebagai
reaksi atau tindak balas kepada sesuatu fenomena alam, sesuatu
peristiwa atau pengalaman yang signifikan. Idea yang lahir melalui
pembayang maksud atau maksud menunjukkan pantun amat akrab
dengan alam sama ada maujud atau ghaib.

196 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 196

Pemikiran tentang Adab Manusia

Adab manusia merangkumi persoalan-persoalan tentang tingkah laku
dan moral manusia dalam hubungan antara sesama manusia. Aspek
ini meliputi pemikiran, perasaan, dan niat di hati manusia dengan
manusia. Adab berkait rapat dengan nilai-nilai moral kehidupan.
Segala tindak tanduk masyarakat yang wajar dan tidak wajar
dilakukan juga diungkapkan dalam pantun Melayu. Hal ini bertujuan
sebagai pengajaran dan teladan kepada masyarakat supaya dapat
dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Antara pantun Bongai yang
menyentuh tentang adab tingkah laku dan moral manusia adalah
seperti yang berikut;

Patah daghi soborang,
Ambik hompodi umpuh mongkuang;
Sudah nan jadi pado nan oghang,
Abih madu sopah dibuang.

Masyarakat Melayu mengamalkan nilai baik hati dan sentiasa
bersimpati kepada orang lain. Berdasarkan rangkap pantun Bongai
ini, masyarakat Melayu amat menghargai jasa dan budi baik orang
lain sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga mahupun material.
Mereka disarankan menghargai dan sentiasa memberi ihsan terhadap
pemberi walaupun terhadap golongan miskin. Berdasarkan pantun
tersebut, jelas menunjukkan pemikiran masyarakat yang ingin
menyampaikan teguran dan nasihat kepada khalayak supaya tidak
sekali-kali menganiaya atau memperbodohkan bakti yang diberi
kerana sesungguhnya orang Melayu bukanlah golongan yang suka
melupakan kebaikan ataupun budi orang lain. Selain itu, pemikiran
masyarakat Melayu juga memperlihatkan sikap tidak suka mengambil
kesempatan ke atas kebaikan orang lain.

Huraian dapatan kajian berikut adalah untuk memenuhi objektif
kedua kajian ini iaitu menganalisis makna pantun Bongai sebagai
medium pembentukan nurani.

Makna Pantun Bongai sebagai Medium Pembentukan Nurani.

Pantun-pantun Bongai yang dianalisis memnunjukkan bahawa pantun
tersebut menjadi mediam pembentukan nurani.

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21197 197

BIL PANTUN BONGAI NILAI / PEMBENTUKAN
NURANI

1. Tanam ubi di simpang ompek, Sifat bertimbang rasa.
Tanam maghi ghapat-ghapat;
Abang berbudi elok menchaghi
tompek,
Selalu berbudi baleh eh tak
dapek.

Api-api torobang limo, Sifat bermurah hati
2. Inggap sekor di colah daun;

Budi tuan sangat boghuno,
Jadi konangan botaun-taun.

Minyak kelapo minyak tanah,

3. Kudo berontak di tawangan, Sifat bersopan

Nak disapo bolum ghamah,

Adat mudo berpandangan.

Bungo melati bungo di daghek,

4. Bungo saghoja di topi kali; Kemuliaan hati

Hino bosi kerano kaghat,

Hino manusio tidak berbudi.

Jadual 2: Pantun Bongai sebagai medium pembentukan nurani.

Sifat bertimbang rasa menjadikan seseorang tidak suka mengambil
kesempatan terhadap sikap baik yang dihulurkan oleh orang lain. Hal
ini dapat dilihat dalam pantun Bongai yang berikut;

Tanam ubi di simpang ompek,
Tanam maghi ghapat-ghapat;
Abang berbudi elok menchaghi tompek,
Selalu berbudi baleh eh tak dapek.

Dalam rangkap pantun Bongai di atas, masyarakat diingatkan
supaya tidak mengamalkan sikap mengambil kesempatan atas
kebaikan orang lain. Masyarakat mestilah selalu memikirkan dan

198 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 198

mempertimbangkan perasaan orang lain lebih-lebih lagi apabila orang
itu sudah memberi kebaikan kepada kita. Orang Melayu yang kaya
dengan bahasanya menggunakan bahasa yang sangat halus dan
berkias supaya tidak menyinggung perasaan orang lain walaupun
sebenarnya kata-kata sebenarnya merupakan teguran dan nasihat.

Pantun Bongai juga jelas menunjukkan bahawa hubungan
bahasa dan pemikiran masyarakat Melayu berkait rapat dengan
tingkah laku atau adab manusia. Pemikiran dan kebahasaan
masyarakat Melayu yang terkandung dalam rangkap pantun bersifat
humanistik dan relatif. Masyarakat Melayu amat mementingkan
melakukan kebaikan sebagai amalan kehidupan mereka. Hal ini dapat
dilihat dalam pantun yang berikut:

Api-api torobang limo,
Inggap sekor di colah daun;
Budi tuan sangat boghuno,
Jadi konangan botaun-taun.

Masyarakat Melayu ialah orang yang sangat bermurah hati
dalam membantu golongan yang tidak bernasib baik. Setiap kebaikan
dan budi yang diberikan amat dihargai. Melalui pantun Bongai ini
masyarakat diminta supaya sentiasa menghargai dan mengenang
jasa dan kebaikan orang lain. Masyarakat juga disarankan supaya
sentiasa berlapang dada untuk memberi sumbangan kepada orang
lain dengan rasa ikhlas. Orang yang bermurah hati akan
memperlihatkan kedua-dua tapak tangannya sentiasa terbuka untuk
menghulurkan bantuan, sumbangan dan sokongan kepada orang lain
dan anggota masyarakatnya dengan penuh keikhlasan.

Masyarakat Melayu sentiasa mengamalkan sifat kesopanan.
Pemikiran mereka tidak akan terlepas daripada amalan murni ini. Hal
ini dapat dilihat dengan jelas dalam persembahan Bongai.
Persembahan akan dimulakan dengan kata-kata pujian dan
merendah diri para pembongai selain memuji-muji pihak tuan rumah
yang menjemput mereka membuat persembahan. Adab dan tingkah
laku yang bersopan ini memperlihatkan ketinggian budi pekerti
masyarakat Melayu. Pantun Bongai menceritakan perihal tersebut
seperti yang berikut:

Minyak kelapo minyak tanah,
Kudo berontak di tawangan,
Nak disapo bolum ghamah,
Adat mudo berpandangan.

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21199 199

Rangkap pantun Bongai di atas menunjukkan ketinggian budi
pekerti masyarakat yang mendukungnya. Mereka sentiasa
mementingkan kesopanan dan rendah diri dalam memulakan sesuatu
perkenalan. Sifat berhemah tinggi ialah sifat yang terpuji, lahir
daripada pemupukan dan asuhan sejak kecil. Sifat ini menekankan
kepada pembentukan diri secara dalaman sebagai dasar kepada diri
luaran.

Masyarakat Melayu sentiasa menasihatkan masyarakatnya
supaya tidak mengamalkan sifat sombong, takbur, bongkak dan tinggi
diri kerana sifat ini amat dibenci oleh masyarakat dan juga Allah. Sifat
merendah diri, hormat-menghormati, suka bertolak ansur sentiasa
menjadi amalan. Falsafah yang tersirat di sebalik pantun tersebut
secara tidak langsung membawa amanat tentang pentingnya sifat
merendah diri yang perlu ada dalam diri setiap insan. Selain itu,
pantun tersebut memancarkan pemikiran masyarakat Melayu lama
yang amat menekankan aspek kesantunan dan budi bahasa dalam
kehidupan seharian. Budi berhubung erat dengan kerana jasa adalah
berbudi (Harun Mat Piah, 1989:132). Tidak dapat dinafikan, hasil
ciptaan pantun yang digunakan sehingga ke hari ini secara tidak
langsung memperlihatkan keakraban penciptanya dengan alam
semula jadi.

Menurut Hashim Musa (2008:25-26), dalam masyarakat
Melayu Islam, individu dianggap mempunyai nilai, etika, moral dan
akhlak yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat dinamakan
sebagai orang yang ‘budiman’ yang mempunyai tiga sifat utama iaitu
budi pekerti dan adab sopan yang mulia, budi bahasa dan budi bicara
yang santun, bernas dan berwibawa, akal budi atau hati budi yang
tinggi dan bijaksana. Budi pekerti dan adab sopan yang mulia
ditafsirkan sebagai merujuk kepada tingkah laku, keperibadian, fiil
perasaan dan tindak tanduk yang baik seperti sopan santun, sesuai,
wajar, pemurah, penyayang dan penuh menyumbang dan bermanfaat
kepada masyarakat dan komunitinya. Budi bahasa dan budi bicara
yang mulia pula merujuk kepada pertuturan yang manis, sopan,
positif, bijaksana, bernas dan penuh pengajaran serta sumbangan
kepada khalayak dan pendengarnya. Manakala akal budi dan hati
budi yang tinggi merujuk kepada akal fikiran dan hati kalbu yang sarat
dengan ilmu, kebijaksanaan, ketenangan, kewarasan, kemuliaan,
kebaktian dan kebaikan.

Pantun Bongai telah mengabadikan kemuliaan hati dan budi seperti
dalam pantun yang berikut:

200 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 200

Bungo melati bungo di daghek,
Bungo saghoja di topi kali;
Hino bosi kerano kaghat,
Hino manusio tidak berbudi.

Aspek pemikiran orang Melayu sangat luas mencakupi alam
nyata dan alam ghaib. Penciptaan pantun Bongai ini ialah sebagai
satu cara untuk menzahirkan akal yang terpendam dalam fikiran
orang Melayu pada masa itu. Masyarakat Melayu dan alam Melayu
ialah kesatuan dalam sastera kerana menjadi sumber inspirasi
kepada sasterawan. Masyarakat Melayu adalah masyarakat yang
beretika kerana dibatasi adat istiadat dan agama. Kehalusan budi
bahasa, bertutur dengan adab dan sopan santun menyebabkan kata-
kata yang dirangkai begitu halus dan seni. Ungkapan- ekspresif dalam
pantun yang diwarnai oleh unsur alam, adat dan agama ialah bahasa
masyarakat Melayu untuk memberikan warna estetika.

Kesimpulan

Berfikir merupakan suatu usaha untuk meningkatkan pengetahuan
seseorang. Oleh hal yang demikian hanya orang yang mampu berfikir
boleh melakukan perubahan dan boleh menjana aktiviti yang bersifat
kreatif dan membangun. Kemampuan dan keluasan berfikir
menjadikan sesuatu masyarakat itu sentiasa maju dan bertamadun.
Berdasarkan penelitian terhadap pantun-pantun Bongai yang dicipta
oleh orang Melayu lama, tidak dapat disangkal bahawa
penciptaannya memancarkan inti pati pemikiran Melayu. Segala
pengalaman hidup, pandangan, dan falsafah yang ingin dikemukakan
di dalam pantun menggunakan latar alam sebagai pembayang.
Unsur-unsur sedemikian secara tidak langsung memperlihatkan
keakraban masyarakat Melayu lama dengan alam semula jadi. Hal ini
diperkukuhkan dengan pandangan yang dikemukakan oleh Francois
Rene Daillie (1988:6) ;

.....this brief poem is an epitome of life and a universe in a
grain if sand. It carried within itself all the elements of the Malay man’s
life: his land, his house, his garden, his paddy field, the river, the sea
or the forest: the tree, fruits, animals, birds, fishes, the few simple
things of everyday use, it expresses his customs and tradition,
wisdom, beliefs and feelings of all sorts, his love of man, woman and
god.(1988:6)

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22101 201

RUJUKAN
Annas Ahmad (1982), Sastera Melayu Lama dan Baru, Petaling

Jaya:Syarikat Cahaya.

Asmah Haji Omar, (1986). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Teeuw (1995). Sastera dan Ilmu Sastera: Pengantar Teori Sastera.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Francois – Rene Dalilie.(1988). Alam Pantun Melayu: Studies on the
Malay Pantun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Musa (2008). Hati Budi Melayu. Pengukuhan Menghadapi
Cabaran Abad ke-21. Serdang: Penerbit Universiti Putra
Malaysia.

Imam al-Ghazali (2006). Ihya Ulumuddin Pengajaran bagi Orang-
orang Mukmin. Kuala Lumpur: Darul Fajar.

Mana Sikana. ((2001). Teori Semiotik: Tanda Bahasa dan Wacana
Sastera” dlm.

Jurnal Bahasa 1 (2): 193-212
Muhammad Haji Salleh. (2000). Puitika Sastera Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim (1998). “Keindahan Pantun dari Sudut Sintaksis
Bahasa Melayu” dlm. Jurnal Dewan Bahasa 42:4 hlm. 355-
361

Nik Safiah Karim et.al (1993) Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rogayah A. Hamid, (2006). Lagu Rakyat Memupuk Kesantunan
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Taha Abdul Kadir, (2006) Bongai – Seni Permainan Tradisional
Masyarakat Melayu Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

202 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 202

Wong Soak Koon. “Semiotik dan Puisi.” Seminar Sehari Mengenai
Semiotik. Universiti Sains Malaysia. 13 Jun 1987.

Zainal Abidin Bakar. (1984). Kumpulan Pantun Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22103 203

204 J u r n a l M e l e w a r B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1

Statistik Sebagai Suatu Generik Perbandingan
Masa Hadapan Dalam Kalangan Siswa Pendidikan

Noziati binti Borhan Ph.D
IPG Kampus Raja Melewar
Nurein Nur Ailiz binti Jafry
Universiti Islam Antarabangsa

ABSTRAK
Penyelidik telah lama menyedari bahawa diri adalah produk dari
ingatan peribadi seseorang. Setiap apa yang dipelajari suatu masa
lalu memberikan kesan kepada masa hadapan. Penyelidikan masa
lalu yang lain menunjukkan bahawa pengetahuan sedia ada dapat
mempengaruhi pengetahuan dan kesejahteraan semasa.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti
sejauhmana penglibatan pelajar dalam pembelajaran statistik dan
variasinya terhadap perbandingan masa hadapan. Seramai 61 orang
pelajar persediaan ijazah perguruan telah melaksanakan satu tinjauan
menggunakan soal selidik yang merangkumi persoalan mengenai
penglibatan pelajar terhadap statistik dan variasi terhadap
perbandingan masa hadapan dalam penggunaan statistik. Hasil
kajian menunjukkan bahawa 95% pelajar boleh mempelajari statistik
manakala selebihnya memerlukan bantuan rakan lain dalam
mempelajarinya. Sebilangan kecil pelajar ( 9%) menyatakan bahawa
statistik merupakan salah satu subjek yang agak sukar untuk
dipelajari dan mereka ini juga merupakan kelompok yang sering
bertanya rakan dalam membuat penyelesaian masalah melibatkan
statistik. Analisis deskriptif juga menunjukkan bahawa sebilangan
besar pelajar meliputi 70% mengaplikasikan fakta, teori,atau kaedah
statistik untuk sesuatu keadaan dalam kehidupan seharian. Seramai
45 orang pelajar dapat membentuk idea baru atau pemahaman dari
pelbagai maklumat selepas memperoleh pendidikan statistik dalam
pembelajaran mereka. Pengetahuan statitistik pelajar dalam
perbandingan masa hadapan menjadi satu keperluan sebagai
sebahagian dari kemampuan untuk membolehkan pemikiran dan
penaakulan dibuat secara tersusun dan sistematik.
Kata Kunci : Pembelajaran generik, statistik, perbandingan masa

hadapan.

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22104 205

PENDAHULUAN

Pada abad ke-21 kita menghadapi kumpulan data besar yang
kompleks dengan struktur yang tidak diketahui dari pelbagai aspek
'dunia nyata' serta wacana menarik mengenai tanggapan objektif dan
subjektif mengenai risiko dan ketidakpastian. Kebarangkalian dan
statistik adalah disiplin matematik untuk memodelkan dan
menganalisis aspek teori dan praktikal dari pelbagai sumber yang
diperoleh. Sebelum ini statistik dilihat sebagai suatu perkara yang
berada di belakang pelbagai informasi namun dalam dunia masa kini,
statistik perlu berada di batasan hadapan terutama dalam
menyampaikan informasi dan rujukan-rujukan tertentu. Perincian di
dalam informasi statistik menjadi instrumen berkualiti terutama dalam
dunia digital dimana segala informasi dapat diakses walau dimana
sahaja.

Teknologi digital pada masa kini menjadi perantaraan yang
semakin penting dalam menyampaikan apa jua maklumat (Eva
Wennås Brante,2019) sama ada dalam rutin harian atau budaya
masyarakat. Berbagai jenis model statistik telah diusulkan untuk
pelbagai analisis statistik. Analisis statistik memainkan peranan
penting dalam kajian penyelidikan semasa mengenai kes-kes tertentu
seperti perbandingan masa hadapan, aplikasi statistik dalam
kehidupan seharian, keselamatan (Ray et al. 2012). Kita sedia
maklum mengenai lambakan maklumat yang mudah diperoleh di
dalam pelbagai media cetak dan sosial. Kewajaran penerimaan
maklumat yang diperoleh perlu diteliti secara berhati-hati
memandangkan maklumat yang diperoleh berkemungkinan dari
sumber yang tidak sahih dan tidak boleh dipercayai. Sehubungan
dengan itulah sebagai seorang individu kita harus melihat perincian
statistik tersebut secara lebih bijak kerana statistik dan kehidupan
manusia tidak boleh dipisahkan. Malahan statistik secara umumnya
memberikan satu nilai tambah kepada pembelajaran generik yang
disokong oleh definisi pembelajaran yang luas yang mengenal pasti
faedah yang diperoleh oleh setiap individu hasil daripada berinteraksi
dengan ilmu yang telah dipelajari. Generik merupakan suatu istilah
yang berbeza dengan umum. Ini adalah kerana apa sahaja yang
dipelajari oleh pelajar mengenai statistik adalah sama dengan pelajar
lain yang turut mempelajari ilmu statistik sebagai suatu perbandingan
masa hadapan.

206 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 205

PERNYATAAN MASALAH

Sebagai satu cabang matematik yang merangkumi pengumpulan
maklumat, penyusunan, pentakrifan dan penganalisisan data, statistik
dapat memberi nilai keputusan yang diperolehi dan dibentangkan
dalam bentuk yang lebih ringkas dan padat seperti dalam bentuk
jadual, gambarajah ataupun formula matematik. Statistik sangat
penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat. Namun begitu
isu yang agak membimbangkan pada masa kini adalah kekurangan
tenaga pakar dalam bidang sains termasuklah dalam bidang
matematik dan statistik. Fakta ini dapat di lihat melalui pemilihan aliran
sains di sekolah mahupun di peringkat universiti. Merujuk kepada
laporan Berita Harian pada 27 September 2019 mengenai isu
penurunan pelajar yang membuat pemilihan dalam aliran pendidikan
dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Peratusan pelajar di universiti yang memilih bidang STEM didapati
semakin menurun dari semasa ke semasa . Pada tahun 2017, pelajar
aliran STEM ini telah menurun kepada 334,742 orang berbanding
seramai 570,858 pada tahun 2012 iaitu penurunan sebanyak 41%.
Tenaga mahir yang produktif tidak mampu untuk menampung
keperluan tenaga kerja di industri bagi memantapkan pembangunan
negara. Sehubungan dnegan itu, untuk menghasilkan tenaga yang
produktif di dalam dan di luar sekolah, pelajar juga memerlukan
pemikiran positif tentang diri dan sekolah, bersama dengan kesedaran
dan tanggungjawab sosial (Stafford-Brizard, 2016). Kerajaan perlu
mensasarkan pemilihan bidang sains berbanding sastera di sekolah
adalah dalam nisbah 60:40 namun sasaran ini masih jauh untuk
dicapai berdasarkan pemilihan bidang STEM hanya pada 44% pada
tahun 2018.

Kita dapat lihat juga trend yang berlaku pada masa kini di
mana pemilihan dalam bidang matematik dan statistik semakin kritikal
di universiti terutama pelajar di dalam bidang pasca siswazah.
Pengimportan pakar-pakar dari luar negara jelas menunjukkan isu ini
semakin serius untuk mengajar di universiti atau kolej-kolej serta
industri. Namun, sebenarnya pelbagai peluang pekerjaan yang boleh
mereka ceburi dalam pelbagai sektor termasuklah pendidikan,
kewangan, perbankan, pelaburan, pengurusan, insurans, ekonomi,
kejuruteraan, penyelidikan dan indusri. Situasi yang berlaku ini sedikit
sebanyak memberikan kebimbangan kepada dunia statistik
bagaimana ianya dilihat dalam kalangan pelajar masa kini. Adakah
pelajar melihat statistik sebagai suatu ilmu yang sukar, sebagai suatu
bidang di masa hadapan yang semakin tidak diperlukan dan untuk

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22106 207

memudahkan pembelajaran tugas kognitif yang kompleks (Paas,
Renkl, & Sweller, 2003).

Rentetan dari itu, merujuk kepada Rajah 1 berikut, terdapat
beberapa persoalan yang boleh diterokai bagi meningkatkan
kefahaman seseorang individu. Antaranya melibatkan isu mengingati
apa yang kita perlu ketahui tentang perkembangan dan pembelajaran
manusia, dan apa yang diketahui dari pelbagai domain penyelidikan
pendidikan, amalan sekolah dan bilik darjah apa yang dapat membuat
persekitaran yang menyokong pelajar dalam semua bidang
perkembangan mereka ? Dengan cara apakah para pendidik dapat
membantu pelajar dalam memperoleh pengetahuan, kemahiran,
tabiat, dan pemikiran yang dapat dipraktikkan yang menyokong
pembelajaran berterusan? Dan jenis perubahan apakah yang
diperlukan dalam sistem pendidikan kita secara keseluruhan untuk
mencerminkan apa yang kita ketahui mengenai pembangunan,
kerana sistem kita sekarang tidak dirancang dengan
mempertimbangkan pengetahuan ini?

Rajah 1 : Prinsip amalan SoLD.

208 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 207

TUJUAN DAN PERSOALAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini bertujuan mengenalpasti sejauhmana
pelajar :

 merumuskan pengalaman pendidikan statistik terhadap
perbandingan pada masa lalu dan masa hadapan

 menilai statistik sebagai suatu bidang ilmu generik

Maka persoalan kajian ini adalah seperti berikut :
 Apakah rumusan pelajar terhadap pengalaman pendidikan
statistik pada masa lalu dan perbandingan pada masa
hadapan?
 Apakah penilaian pelajar terhadap statistik sebagai satu
bidang ilmu generik yang perlu dipelajari oleh semua pelajar?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian kuantitatif secara
tinjauan yang melibatkan 61 orang pelajar persediaan program ijazah
sarjana muda perguruan di sebuah institusi pendidikan guru yang
telah dipilih secara rawak dari keseluruhan bilangan pelajar pada
semester itu. Semua pelajar persediaan perlu mengambil subjek
statistik asas ini sebagai pra syarat kepada program ijazah sarjana
muda perguruan. Pelajar merupakan satu kumpulan pelajar yang
mempunyai keperluan yang sama (Hargittai, E., Fullerton, L.,
Menchen-Trevino, E., & Thomas, K. Y. 2010) sebagai salah satu pra
syarat yang perlu dipenuhi dalam melengkapkan peringkat
persediaan ini (Brante & Strømsø, 2018). Berdasarkan kepada
dapatan yang diperoleh dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
kuliah yang telah dijalankan , pengkaji menggunakan dapatan ini bagi
meneruskan satu kajian ilmiah melihat sejauhmana pelajar
memberikan komitmen penglibatan dan perbandingan masa hadapan
bagi mata pelajaran ini.

Bagi mendapatkan dapatan kajian merangkumi perkara ini,
pengkaji telah menganalisis kesemua dapatan dengan menggunakan
pakej perisisan satatistik spss versi 25.0. Dapatan turut menunjukkan
bahawa pekali kebolehpercayaan yang diperoleh bagi dimensi
perbandingan masa hadapan adalah 0. 870 dan 0.723 bagi
penglibatan pelajar dalam statistik. Adalah sangat penting melihat
sejauhmana penglibatan pelajar dalam statistik dan perkaitannya
dengan perbandingan masa hadapan bagaimana pelajar dapat
membuat kesinambungan idea dari kursus ke pengalaman
sebelumnya dan seterusnya kepada pengetahuan. Kajian ini

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22108 209

dijalankan berdasarkan kepada keperluan semua pelajar dari
pelbagai unit yang mempelajarinya sebagai satau matapelajaran
wajib yang perlu dikuasai oleh semua. Melihat kepada situasi ini, satu
dapatan kajian terbaru oleh Macedo ‐ Rouet et al. (2019), di dapati
seramai 57 orang pelajar sekolah menengah Perancis diminta untuk
mengenal pasti masalah kualiti untuk beberapa dokumen dalam
tugasan kajian yang disimulasikan. Situasi ini jelas menunjukkan
bahawa sekiranya guru melaksanakan struktur yang menyokong
pelajar dalam memperhatikan sumber maklumat, pelajar boleh
mengambil kira maklumat sumber semasa menilai maklumat.

TEORI TEMPORAL SELF-APPRAISAL (Ross & Wilson, 2002;
Wilson & Ross, 2001)

Sehubungan dengan itu, kajian ini telah merujuk kepada TSA Theory
(Temporal Self-Appraisal Theory) . Teori ini bertepatan
membincangkan mengenai kepercayaan bahawa terdapat dorongan
dalam diri individu untuk mendapatkan penilaian kendiri yang tepat.
Individu adalah cenderung menilai masa lalu mereka dengan cara
yang membuat mereka merasa baik atau berasa seronok tentang diri
mereka sekarang. Teori ini (Rajah 2) menerangkan bagaimana
individu menilai pendapat dan kebolehan mereka sendiri dengan
membandingkan diri mereka dengan yang lain untuk mengurangkan
ketidakpastian dalam domain ini, dan belajar bagaimana menentukan
diri. Selain itu juga di dapati bahawa salah satu strategi yang mungkin
digunakan oleh orang untuk mencapai tujuan ini adalah dengan
menilai masa lalu seseorang dengan cara yang dapat mengekalkan
atau meningkatkan harga diri semasa. Kadang kala, orang akan
mendapat manfaat daripada pengalaman masa lalu (Wilson and Ross
(2001a). Ramalan orang untuk masa depan harus selari dengan
ingatan mereka tentang diri sendiri.

210 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 209

Rajah 2 : Teori Temporal Self-Appraisal

Masa depan yang dialami sebagai dekat secara psikologi dengan
masa kini harus dinilai lebih positif daripada diri masa depan yang
lebih psikologi.Beberapa kajian terdahulu mendapati bahawa masa
lalu dan masa depan boleh memberi implikasi yang signifikan
terhadap identiti individu sekarang, tetapi impaknya tidak selalu
mudah. Sebagai contoh pada kajian Goldman, Snow, dan Vaughn
(2016) yang turut memberi pendapat bahawa, walaupun pelajar di
kelas 4 hingga 12 mungkin menguasai asas membaca, seperti
membaca perkataan dan fasih, kebanyakan tidak dapat memperoleh
kemahiran yang diperlukan untuk membaca dalam persekitaran teks
yang semakin kompleks. Ini adalah kerana aktiviti membaca seperti
menilai, menguatkan, dan mensintesis memerlukan arahan membaca
secara berterusan dari guru mahupun fasilitator. Adalah Penting untuk
mempertimbangkan faktor-faktor yang dapat menjelaskan hubungan
antara pelbagai kebarangkalian yang berlaku pada setiap masa.

ANALISIS DAPATAN KAJIAN

Umum mengetahui bahawa setiap pelajar mempunyai kaedah
pembelajaran dan kefahaman yang berbeza-beza dalam setiap
matapelajaran yang diambil. Kefahaman pelajar sentiasa memberikan
kesan kepada pencapaian dan prestasi mereka malahan kepada
minat dan motivasi juga (List & Alexander, 2017). Latar belakang
pelajar yang mempunyai pengetahuan sedia ada memberikan kesan
kepada kajian yang dijalankan ini. Berdasarkan kepada persoalan
kajian yang diterap di dalam kajian ini, di dapati bahawa pengalaman

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22110 211

pelajar dalam pendidikan statistik ini adalah agak banyak. Dengan
kata lain,sepanjang pelajar mempelajari mengenai sattistik, perkaitan
maklumat yang diperoleh dari ilmu ini dapat di buat perbandingan
pada masa hadapan, dapat mengingati bahan atau material dalam
statistik, dapat mengaplikasikan fakta,kaedah untuk sesuatu keadaan
dan juga menganalisis idea secara mendalam dengan memeriksa
bahagian-bahagian yang terdapat dalam matapelajaran statistik itu
sendiri.

Jadual 1, menunjukkan rumusan pengetahuan pelajar dalam
membuat perbandingan pada masa hadapan berada pada pada nilai
min 3.22 dari keseluruhan nilai min 4 (min= 3.22, sp = 0.32). Secara
umumnya, sebagai seorang pensyarah ianya dapat menyokong
pembelajaran dengan memasukkan maklumat dengan cara yang
terkawal dan menyokong pelajar untuk menjadi mahir dalam
penggunaan bahan baru yang dapat digunakan dalam perbandingan
masa hadapan dengan melampirkan idea antara satu sama lain dan
pada skema umum domain yang dikaji yang menjadikan bahan lebih
bermakna. Selain itu, ia juga dapat memberi pelajar peluang untuk
mempraktikkan kemahiran sehingga mereka menjadi lebih kritis dan
kritikal dan menggunakan statitistik dalam aplikasi yang lebih
kompleks.

Jadual 1 : Rumusan min tahap penglibatan pelajar dalam
perbandingan masa hadapan

Perbandingan N Perbandingan Masa Hadapan Sisihan Piawai
masa hadapan 61 Minimum Maksimum Min .31964
Valid N (listwise) 3.00 4.00 3.2158
61

Selanjutnya bagi menjawab persoalan yang kedua terhadap penilaian
penglibatan pelajar terhadap statistik sebagai satu bidang ilmu
generik yang harus dipelajari oleh semua pelajar tidak kira di apa jua
peringkat pengajian. Penglibatan pelajar di dalam statistik ini
merangkumi beberapa perkara yang diutarakan seperti meminta
rakan memberi tunjuk ajar mengenai bahan pembelajaran yang telah
diajar oleh pensyarah, bekerjasama dengan rakan menyediakan
bahan pembentangan semasa kuliah statistik dijalankan, bersedia

212 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 211

dengan bahan tugasan sebelum memasuki kuliah seterusnya.
Amatlah penting penglibatan yang diberikan sepenuhnya semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran statistik dijalankan bagi mengenalpasti
sejauhmana pelajar memberikan komitmen terhadap bidang generik
ini.

Jadual 2 : Penglibatan pelajar dalam pengajian generik
matapelajaran statistik

Penglibatan Pelajar Dalam Statistik

Maksimu Sisihan
Piawai
N Minimum m Min
.23304
Penglibatan 61 3.00 3.89 3.3370
Pelajar
Valid N 61
(listwise)

Berdasarkan kepada jadual 2, didapati bahawa penglibatan pelajar
dalam statistik adalah pada nilai min 3.33 dengan sisihan piawai
0.233. Dapatan ini menunjukkan pelajar memberikan komitmen
kekerapan yang tinggi dalam melibatkan diri terhadap pengajaran dan
pembelajaran statistik. Sebagai contoh bagi item ke 2 bagi perkara
datang ke kuliah tanpa melengkapkan tugasan yang diberi oleh
pensyarah. Item ini menunjukkan bahawa pelajar memberikan
penilaian ( List & Alexander, 2017) yang menunjukkan mereka tidak
pernah hadir ke kuliah tanpa menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
pensyarah. Situasi menunjukkan bahawa pelajar memberikan
komitmen yang tinggi terhadap tugasan yang diberikan dengan nilai
min 3.90 dan varians 0.09.

Sebagaimana kita maklum bahawa menjadi tanggungjawab pelajar
untuk memastikan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah
dapat dilaksanakan dengan sebaiknya kerana ianya sangat berkait
rapat dengan pengurusan masa pelajar bagi menjadikan mereka
pelajar yang cemerlang. Tugasan yang dilakukan memberi petunjuk
yang besar bahawa pelajar dapat memanfaatkan penggunaan
sumber maklumat ketika memilih, membaca dan mengintegrasikan
maklumat yang dipelajari di dalam matapelajaran ini (Eva Wennås
Brante, 2019). Pensyarah juga berperanan aktif dalam membina
tugas dan soalan yang membantu pelajar belajar untuk

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22112 213

menyelaraskan kerja mereka dan merangka idea mereka dari segi
yang mencerminkan pengurusan masa dengan penuh disiplin(Linda
Darling-Hammond et al. , 2020).
RUMUSAN
Berdasarkan kepada kajian penyelidikan yang dijalankan didapati
bahawa dalam pembelajaran generik statistik ini, pelajar amat
menghargai pengetahuan yang diperoleh dan menganggap sumber
yang diperoleh sebagai suatu aktiviti yang dihargai oleh gurunya.
Sekiranya tidak, mereka tidak dapat memanfaatkan pengetahuan
yang diperoleh bagi tujuan yang lebih bersifat kognitif pada masa
hadapan.Telah menjadi tuntutan bahawa mempelajari bidang generik
stastistik ini memberikan pelajar pengetahuan dalam mentafsir,
menilai , menvisualisasi apa jua model, latihan, lembaran kerja,
komunikasi mahupun perbincangan dalam menyelesaikan tugas dan
menjalani kehidupan seharian. Dapatan yang diperoleh dari kajian ini
jelas menunjukkan bahawa pelajar memberikan komitmen yang tinggi
terhadap penglibatan dan keperluan statistik pada masa hadapan.

214 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 213

RUJUKAN

Brante, E. W., & Strømsø, H. I. (2018). Sourcing in text
comprehension: A review of interventions targeting sourcing
skills. Educational Psychology Review, 30(3), 773–799.
doi:10.1007/s10648-017-9421-7

Britt, M. A., & Rouet, J. F. (2012). Learning with multiple documents:
Component skills and their acquisition. In M. J. Lawson & J.
R. Kirby (Eds.), Enhancing the quality of learning (pp. 276–
314). New York, NY: Cambridge University Press.

Brooks S.K., Webster R.K., Smith L.E., Woodland L., Wessely S.,
Greenberg N., Rubin G.J.(2020) The psychological impact of
quarantine and how to reduce it: Rapid review of the evidence.
Lancet. 2020;395:912–920. doi: 10.1016/S0140-
6736(20)30460-8.

Erin J. Strahan and Anne E. WilsonWilfrid Laurier UniversityStrahan,
E. J., & Wilson, A. E. (2006). Temporal comparisons and
motivation: The relation between past, present, and possible
future selves. In C. Dunkel & J. Kerpelman (Eds.). Possible
selves: Theory, research, and application. (pp. 1-15). Nova
Science Publishers.

Eva Wennås Brante (2019) A multiple-case study on students’
sourcing activities in a group task, Cogent Education, 6:1,
DOI: 10.1080/2331186X.2019.1651441

Goldman, S. R., Snow, C., & Vaughn, S. (2016). Common themes in
teaching reading for understanding: \ Lessons from three
projects. Journal of Adolescent & Adult Literacy, 60, 255–264.
doi:10.1002/jaal.586

Hargittai, E., Fullerton, L., Menchen-Trevino, E., & Thomas, K. Y.
(2010). Trust online: Young adults’ evaluation of web content.
International Journal of Communication, 4, 468–494.

Linda Darling-Hammond, Lisa Flook, Channa Cook-Harvey, Brigid
Barron & David Osher (2020) Implications for educational
practice of the science of learning and development, Applied
Developmental Science, 24:2, 97-140, DOI:
10.1080/10888691.2018.1537791

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22114 215

List and Alexander (2017List, A., & Alexander, P. A. (2017).
Cognitive - affective engagement model of multiple source
use. Educational Psychologist, 52, 182–199.
doi:10.1080/00461520.2017.1329014

Macedo‐Rouet, M., Potocki, A., Scharrer, L., Ros, C., Stadtler, M.,
Salmerón, L., & Rouet, J. F. (2019). How good is this page?
Benefits and limits of prompting on adolescents’ evaluation of
web information quality. Reading Research Quarterly.
Advanced online publication. doi: 10.002/rrq.241

Maier, J., & Richter, T. (2014). Fostering multiple text comprehension:
How metacognitive strategies and motivation moderate the
text-belief consistency effect. Metacognition & Learning, 9,
54–71. doi:10.1007/s11409-013-9111-x

Paas, F., Renkl, A., & Sweller, J. (2003). Cognitive load theory:
Instructional implications of the interaction between
information structures and cognitive architecture. Instructional
Science, 32(1/2), 1–8.

Ray DK, Ramankutty N, Mueller ND, West PC, Foley JA (2012)
Recent patterns of crop yield growth and stagnation. Nature
Communications 3: 1293.

Ross, M. and Wilson, A. E. (2002). It feels like yesterday: Self-esteem,
valence of personal past experiences, and judgments of
subjective distance. Journal of Personality and Social
Psychology, 82, 792-803.

Stafford-Brizard, K. B. (2016). Building blocks for learning: A
framework for comprehensive student development. New
York: Turnaround for Children.

Strahan, E. J., & Wilson, A. E. (2006). Temporal comparisons and
motivation: The relation between past, present, and possible
future selves. In C. Dunkel & J. Kerpelman (Eds.). Possible
selves: Theory, research, and application. (pp. 1-15). Nova
Science Publishers

Yin, R. K. (2009). Case study research: Design and methods (4th ed.).
London: SAGE.

216 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 215

Pengetahuan Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan
Guru Sekolah Rendah Berdasarkan
Daerah Di Negeri Sembilan

Mazlan bin Aris, Ph.D
Pengurusan Tertinggi, IPGKRM

Zaleha binti Endot
Jabatan Pembangunan Latihan, IPGKRM

Mayzatul Akmam binti Kamaruddin
Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPGKRM

ABSTRAK

Kajian tinjauan berbentuk deskriptif ini dijalankan untuk mengenal
pasti tahap ilmu pengetahuan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21)
dalam kalangan guru sekolah rendah berdasarkan daerah di Negeri
Sembilan. Tahap ilmu pengetahuan dikaji merujuk kepada lima
dimensi iaitu kemahiran abad ke-21, kurikulum, persekitaran
pembelajaran, standard dan pentaksiran serta pembangunan
profesionalisme berterusan. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk
mengenal pasti perbezaan tahap ilmu pengetahuan PAK21
berdasarkan daerah di Negeri Sembilan. Responden kajian terdiri
daripada 445 orang guru sekolah rendah yang dipilih menggunakan
teknik pensampelan rawak mudah. Instrumen soal selidik digunakan
untuk mengumpulkan data daripada guru sekolah rendah di Negeri
Sembilan. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 23. Nilai
Alpha Cronbach adalah 0.98. Dapatan keseluruhan menunjukkan
bahawa tahap ilmu pengetahuan PAK21 guru adalah tinggi. Dapatan
kajian juga menunjukkan tahap ilmu pengetahuan responden dari
aspek kurikulum adalah paling dominan diikuti kemahiran PAK21,
pembangunan profesionalisme berterusan serta standard dan
pentaksiran. Aspek persekitaran pembelajaran paling rendah
berbanding empat faktor lain. Hasil kajian juga menunjukkan tahap
ilmu pengetahuan PAK21 responden bagi keenam-enam daerah
berada pada tahap tinggi dengan daerah Rembau mendahului
daerah-daerah lain. Analisis ANOVA menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan tahap ilmu pengetahuan berdasarkan
daerah. Ini menunjukkan faktor daerah mempengaruhi tahap ilmu
pengetahuan PAK21 dalam kalangan responden. Hasil kajian ini
dapat membantu guru dan pihak sekolah dalam membuat
penyesuaian ke atas pengajaran terhadap PAK21 agar ia dapat

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22116 217

membawa manfaat kepada murid di sekolah. Kajian ini juga dapat
membantu pihak berkaitan untuk melihat tahap ilmu pengetahuan
dalam kalangan guru di Negeri Sembilan.

Kata Kunci: PAK21, Tahap, Guru Sekolah, Perbezaan

PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan dan
anjakan yang ketara di dalam pelbagai bidang. Elemen yang sentiasa
diberi perhatian bagi mewujudkan persekitaran yang boleh
merangsang kepada lahirnya generasi yang cemerlang dan berkualiti
adalah penggunaan pedagogi yang terkini. Salah satu tumpuan
negara adalah memberi penekanan kepada PAK21. Hal ini sangat
penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Perkara ini merupakan antara transformasi pendidikan
yang diterjemah menerusi pembangunan modal insan berkualiti yang
bakal menjadi sandaran ke arah negara maju. Kesungguhan menjadi
pemimpin bilik darjah yang cemerlang juga sangat mencabar dengan
keperluan pembelajaran yang semakin berteknologi tinggi. Tumpuan
perlu dilakukan secara berfokus bagi melahirkan murid yang produktif,
mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi
serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK). Justeru itu, tahap ilmu pengetahuan tentang PAK21 perlu
dipertingkatkan dalam kalangan guru. Sehubungan itu kajian perlu
dilakukan untuk mendapatkan data yang tepat tentang tahap
keupayaan dan ilmu pengetahuan guru terhadap PAK21. Maklumat
ini penting untuk membuat penambahbaikan pada masa akan
datang.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Kemahiran PAK21 iaitu berfikir aras tinggi merupakan fokus utama
yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025. Oleh itu bagi mendorong murid-murid berupaya
berfikir secara kreatif dan kritis, guru-guru perlulah mempunyai ilmu
pengetahuan PAK21. Di dalam anjakan ke empat pula, guru
mengamalkan pembelajaran profesional secara berterusan iaitu
saling membimbing antara satu sama bagi tujuan meningkatkan
amalan profesional masing-masing. Selain daripada itu, difokuskan
juga amalan penggunaan TMK dalam kalangan guru supaya dapat
meningkatkan proses pembelajaran dan kemahiran berfikir murid-
murid. Sehubungan dengan itu, semenjak tahun 2014, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenengahkan PAK21 seiring

218 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 217

dengan penggunakan TMK secara mendadak di peringkat
antarabangsa lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik COVID-19
(Johannes König E, Daniela J. Jäger-Biela & Nina Glutsch, 2020).

Empat kemahiran yang menjadi tumpuan dalam PPPM
adalah komunikasi, kemahiran kolaborasi, kemahiran kreativiti dan
kemahiran pemikiran kritis dan ditambah dengan karektor dan
kewarganegaraan selari dengan hasrat di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, PPPM dan PAK21. Justeru itu, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran hendaklah menjurus kepada melahirkan insan
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Berikutan dengan itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
telah disemak semula pada tahun 2011. Pada tahun 2017, guru-guru
memasukkan kemahiran abad ke-21 bagi membuat pentaksiran
murid-murid secara berterusan. Kemahiran PAK21 ini diteruskan di
sekolah hingga ke hari ini.

PENYATAAN MASALAH

Bagi meninjau sama ada guru-guru mengetahui tentang PAK21,
beberapa penyelidikan telah dilaksanakan oleh para pengkaji
terdahulu. Namun begitu, didapati masih terdapat lompang dalam
kajian-kajian sebelum ini. Dalam kajian Kleiman (2000) guru-guru
masih lagi kurang kompeten menggunakan TMK. Isu ini disokong oleh
kajian Norfaizah dan Mahizer (2019), bahawa tahap kemahiran TMK
guru masih pada tahap sederhana. Faktor persekitaran pembelajaran
penting dalam menjamin keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Namun begitu faktor suasana pembelajaran yang
kondusif perlu bagi memenuhi keperluan dan mengawal disiplin
(Khadijah & Azimin Samsul, 2013; Che Nidzam, Saidatul & Asmayati,
2016). Faktor ini juga mempengaruhi pencapaian yang rendah dalam
kalangan murid terutama di daerah di luar bandar (Zalika, Faridah &
Mohamad Johdi, 2009). Tahap pengetahuan standard juga sangat
penting agar guru dapat mengajar secara efektif. Berdasarkan kajian
Nurul Ashikin, Chew dan Zuraidah (2020) terhadap guru Bahasa
Melayu di daerah Klang, tahap pengetahuan pedagogi kandungan
mata pelajaran tersebut berada pada tahap sederhana tinggi. Jika isu
ini tidak ditanggani, guru tidak mampu melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan cara terbaik dan menarik minat
murid. Reka bentuk dan instrumen kajian perlu dipelbagaikan bagi
memastikan dapatan berupaya menyumbang kepada penganalisisan
secara empirikal mengenai PAK21 (Juan Carlos González-
Salamanca, Olga Lucía Agudelo & Jesús Salinas; 2020). Oleh kerana
PAK21 merupakan amalan yang perlu diterapkan di sekolah, maka

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22118 219

satu kajian perlu dijalankan bagi mendapatkan data sebenar tentang
amalan yang dilaksanakan di sekolah. Hal ini juga selaras dengan
pandangan Stuart dan Dahm, (1999) bahawa terdapat perubahan
besar dalam konsep pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21.
Oleh itu, kajian yang mendalam dan berfokus perlu dilaksanakan bagi
mendapat data sebenar tentang amalan ini.

OBJEKTIF KAJIAN

i Mengenal pasti tahap ilmu pengetahuan PAK21 dalam
kalangan guru sekolah rendah di Negeri Sembilan.

ii Mengenal pasti tahap ilmu pengetahuan PAK21 dalam
kalangan guru sekolah rendah mengikut daerah di Negeri
Sembilan.

iii Perbezaan tahap ilmu pengetahuan PAK21 dalam kalangan
guru sekolah rendah mengikut daerah di Negeri Sembilan.

PERSOALAN KAJIAN

i Apakah tahap ilmu pengetahuan PAK21 dalam kalangan guru
sekolah rendah di Negeri Sembilan?

ii Apakah tahap ilmu pengetahuan PAK21 dalam kalangan
guru sekolah rendah mengikut daerah di Negeri Sembilan?

iii Adakah terdapat perbezaan tahap ilmu pengetahuan PAK21
dalam kalangan guru sekolah rendah mengikut daerah di
Negeri Sembilan?

HIPOTESIS KAJIAN

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap ilmu
pengetahuan PAK21 dalam kalangan guru sekolah rendah
mengikut daerah di Negeri Sembilan.

KERANGKA KAJIAN

Kerangka konsep dalam sesuatu kajian bertindak sebagai sumber
panduan kepada penyelidik dalam meneliti elemen-elemen yang
terlibat dalam kajian. Rajah 1 menunjukkan kerangka konsep bagi
kajian ‘Perbezaan Tahap Ilmu Pengetahuan Pembelajaran Abad Ke-
21 Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah Berdasarkan Daerah di
Negeri Sembilan’.

220 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 219

Kemahiran Abad Ke-21 Demografi:
Kurikulum
 Daerah
 Pengalaman

mengajar

Persekitaran Pembelajaran Tahap Ilmu
Standard dan Pentaksiran Pengetahuan
Pembelajaran Abad Ke-

Pembangunan Profesionalisme
Berterusan

Rajah 1: Kerangka Konsep

TINJAUAN LITERATUR

Pengetahuan adalah sebagai penguasaan ilmu yang dimiliki oleh
individu guru yang meliputi semua prinsip dan konsep (National
Council for Accreditation of Teacher Education, 2008). Guru-guru
perlu mempunyai pengetahuan, keupayaan dan kemahiran dalam
melaksanakan kemahiran PAK21 (Weeks, Lawver, Sorensen &
Warnick, 2020). Dalam kajian Zarina Abdul Rashid (2016)
pengetahuan digunakan untuk menjelaskan pemahaman ke atas
sesuatu subjek. Bagi keperluan PAK21, sumber pengetahuan seperti
teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi sumber utama
(Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin & Amran Bakar, 2016).

Dalam kajian Erdogan (2019), guru-guru perlu ada kemahiran
berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan murid-murid juga mempunyai kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis. Menurut Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod
dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2017), pula, guru
hendaklah menguasai ilmu kemahiran abad ke-21 dengan melakukan
aktiviti dalam bilik darjah yang berpusatkan murid. Semasa membaca
perutusan Hari guru Tahun 2019, mantan Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia turut mengesyorkan guru mempunyai ilmu PAK21 supaya
melaksanakan PAK21 secara berkesan (KPM, 2019). Keadaan ini
ditambah pula dengan ledakan Revolusi Industri (IR.4.0) yang telah
memberi perubahan yang besar dalam dunia pendidikan kini dan

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22120 221

menuntut guru-guru untuk mahir dalam PAK21 (Nor Asmawati, 2019).
Ini sangat tepat dalam mendorong murid-murid menghadapi cabaran
IR4.0.

Pengetahuan dalam kurikulum adalah salah satu ciri dalam
keperluan profesionalisme keguruan. (Hotaman, 2010). Dari aspek
penguasaan kurikulum, guru perlu menguasainya untuk menyediakan
rancangan pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran murid-
murid (Rusydi, Usman & Iskandar , 2020). Menurut Rusman (2009),
guru perlu dapat menentukan objektif pencapaian murid-murid,
menghuraikan tujuan kurikulum dan objektif khusus kepada objektif
pembelajaran. Hasilnya, pengajaran akan lebih berkesan jika guru
dapat menguasai pengetahuan kandungan (Naquiah Nahar & Jimaain
Safar, 2017). Bagi amalan kemahiran PAK21 pula guru perlu tahu dan
kompeten mengaplikasikan teknik pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai (Nurzarina Amran & Roslinda Rosli, 2017).

Menurut Evertson dan Weinstein (2006) pengurusan bilik
darjah merangkumi penglibatan guru dalam mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang menyokong perkembangan kanak-kanak. Guru
perlu mahir dalam pengurusan bilik darjah agar dapat memastikan
kesesuaian pembelajaran dan keselesaan pembelajaran dalam
meningkatkan pencapaian akademik murid-murid (Che Nidzam,
Saidatul Ainoor & Asmayati, 2012). Oleh itu bagi mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif selari dengan tuntutan
pelaksanaan PAK21 dan pembudayaan PAK21 maka guru perlu ada
pengetahuan dalam pengurusan bilik darjah Amatan & Han , 2019).

Bagi kemahiran dalam standard pentaksiran ianya
merupakan salah satu aspek yang dinilai dalam tugas seseorang
guru. Bagi pelaksanaan pentaksiran bilik darjah, guru perlu membuat
perancangan, membina instrumen pentaksiran, menjalankan
pentaksiran, menyediakan rekod pentaksiran hasil kerja murid,
membuat analisis data pentaksiran dan menjalankan tindak susul
berdasarkan laporan pentaksiran (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2019). Namun begitu, dalam kajian terhadap 242 orang guru daripada
34 buah sekolah di daerah Kinta Utara, Perak, mendapati tahap
kemahiran pentaksiran, kolaborasi dan kreativiti dan inovasi guru
adalah sederhana (Ahmad, Sho, Ab Wahid & Yusof, 2019). Oleh itu
guru perlu ada dan menguasai ilmu tentang standard dan pentaksiran.

Pembelajaran adalah suatu proses dalam mengubah individu
dari aspek tingkah laku dan sikap (Markovec, 2018). Menurut Roger
Cartwright (2003) seseorang dapat meningkatkan pengetahuan dan

222 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 221

kemahiran secara berterusan apabila pembelajaran diamalkan
sepanjang hayat. Guru-guru masih perlu meningkatkan kualiti
profesionalisme secara berterusan walaupun telah mempunyai
amalan profesionalisme yang tinggi (Mohd Aizat Abu Hassan &
Kamaruddin Musa, 2020; Markovec, 2018). Oleh itu amalan
pembelajaran berterusan adalah perlu diamalkan oleh guru bagi
meningkatkan profesionalisme dari semasa ke semasa dalam
mengamalkan PAK21(Longmore, Grant & Golnaraghi, 2018)

METODOLOGI

Metodologi kajian penting dalam memastikan keputusan yang
dihasilkan dapat mencapai tujuan dan objektif kajian. Tujuan utama
kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap ilmu pengetahuan
PAK21 dalam kalangan guru sekolah rendah dan perbezaan tahap
ilmu pengetahuan PAK21 berdasarkan faktor demografi.

Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian merupakan satu pelan induk berkaitan
pelaksanaan kajian yang akan dijalankan dan seterusnya menjawab
objektif kajian (Saunders, Lewis & Thornhill, 2009). Dalam erti kata
lain, reka bentuk kajian akan menjadi panduan kepada pengkaji
semasa proses pengumpulan data, analisis maklumat dan melakukan
pentafsiran hasil daripada kajian yang dijalankan. Reka bentuk kajian
turut menjadi model bagi membolehkan pengkaji membuat inferens
berkenaan pemboleh ubah yang dikaji. Reka bentuk kajian ini adalah
kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik yang
diedarkan kepada guru-guru di daerah Negeri Sembilan. Kajian
tinjauan mampu menghuraikan isu-isu dan masalah dalam pelbagai
perspektif terutamanya yang melibatkan sikap, pandangan, tingkah
laku dan persepsi (Creswell, 2013). Tinjauan ke atas sampel
dijalankan untuk menggambarkan ilmu pengetahuan pembelajaran
abad ke-21 dari aspek kemahiran abad ke-21, kurikulum, persekitaran
pembelajaran, standard dan pentaksiran serta pembangunan
profesionalisme berterusan.

Pensampelan dan populasi

Pensampelan merupakan proses memilih sebilangan subjek daripada
sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian (Chua,
2011). Pada asasnya, pensampelan dilakukan dengan memilih
sebahagian daripada populasi yang dikenal pasti bagi tujuan
membuat kesimpulan berkaitan keseluruhan populasi dalam

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22122 223

menjalankan kajian (Chua, 2014). Populasi merujuk kepada sebuah
kumpulan besar yang digeneralisasi oleh pengkaji untuk memberi
gambaran hasil kajian (Noraini Idris, 2013). Populasi kajian ini terdiri
daripada 9582 orang guru yang berkhidmat di sekolah kebangsaan
dan sekolah jenis kebangsaan di Negeri Sembilan. Penentuan
bilangan minimum sampel ini adalah berdasarkan Jadual Penentuan
Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970) iaitu seramai 368 orang.
Pengiraan secara berkadaran dibuat bagi menentukan bilangan
sekolah yang diperlukan bagi setiap daerah. Namun begitu, pengkaji
telah mengedarkan borang soal selidik menerusi medium e-mel
kepada 445 sampel iaitu melebihi jumlah minimun sampel untuk
menampung kemungkinan terdapat soal selidik yang diisi tidak
lengkap. Teknik pensampelan yang digunakan untuk memilih 445
guru sebagai sampel kajian adalah dengan menggunakan teknik
rawak mudah.

Instrumen

Data yang dikumpul dalam kajian ini menggunakan borang soal
selidik. Soal selidik merupakan instrumen kajian yang paling sesuai
untuk mengumpul persepsi pengguna dan seterusnya memberikan
penilaian keseluruhan tentang pengalaman pengguna (O’Brien &
Toms, 2010). Mohd Majid Konting (2009) juga menyatakan bahawa
penggunaan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan
kebenaran gerak balas yang diberikan oleh responden kerana ia tidak
dipengaruhi oleh gerak laku pengkaji. Soal selidik juga dipilih kerana
ia mudah ditadbir, kos yang rendah, berkesan dan cekap dalam
mengumpukan data kajian (O’Brien & Toms, 2010).

Soal selidik yang digubal terdiri daripada 43 item (termasuk 6
item bahagian demografi). Pemilihan item tersebut adalah
berdasarkan kepada objektif kajian. Soal selidik kajian terbahagi
kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A
terdiri daripada demografi responden. Manakala Bahagian B pula
mengandungi 37 item bertujuan mengukur tahap ilmu pengetahuan
PAK21 dari aspek kemahiran abad ke-21, kurikulum, persekitaran
pembelajaran, standard dan pentaksiran serta pembangunan
profesionalisme berterusan. Setiap item dalam Bahagian B diukur
menggunakan Skala Likert 5 mata iaitu sangat tidak setuju (skala 1),
tidak setuju (skala 2), kurang setuju (skala 3), setuju (skala 4) dan
sangat setuju (skala 5). Bilangan konstruk dan item ditunjukkan dalam
Jadual 1.

224 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 223

Jadual 1: Bilangan konstruk dan item soal selidik

Konstruk Item Bilangan Item
Kemahiran Abad ke-21 1-7 7
Kurikulum 8 - 14 7
Persekitaran Pembelajaran 15 - 21 7
Standard dan Pentaksiran 22 - 29 8
Pembelajaran Berterusan 30 - 37 8

Analisis data

Analisis data yang dijalankan adalah berdasarkan kepada objektif
kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23. Jadual 2
menunjukkan analisis data yang digunakan berdasarkan objekti
kajian.

Jadual 2: Analisis data yang digunakan berdasarkan objektif kajian

Objektif kajian Analisis Statistik
Objektif 1: Deskriptif:
Mengenal pasti tahap ilmu pengetahuan Peratus dan kekerapan
Pembelajaran Abad Ke-21 dalam kalangan guru
sekolah rendah di Negeri Sembilan.

Objektif 2: Deskriptif:
Mengenal pasti tahap ilmu pengetahuan PAK21 Peratus dan kekerapan
dalam kalangan guru sekolah rendah mengikut
daerah di Negeri Sembilan.

Objektif 3: Inferensi:
Perbezaan tahap ilmu pengetahuan PAK21 dalam ANOVA satu hala
kalangan guru sekolah rendah mengikut daerah di
Negeri Sembilan.

DAPATAN KAJIAN

Latar Belakang Responden

Kajian ini melibatkan 445 responden terdiri daripada guru sekolah
rendah yang mengajar di Negeri Sembilan. Majoriti reponden adalah

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22124 225

guru perempuan (73.3%). Dari aspek kaum, sebahagian besar
responden adalah berbangsa Melayu (49.9%), diikuti India (36.6%),
Cina (11.2%) dan lain-lain bangsa (2.2%). Manakala dari segi
pengalaman mengajar sebilangan besar responden mempunyai
pengalaman mengajar lebih daripada 10 tahun (71.7%). Majoriti
responden yang terlibat dalam kajian ini berkhidmat di sekolah
kebangsaan (52.6%) dan kebanyakannya kategori sekolah luar
bandar (85.2%). Taburan terperinci mengenai responden ditunjukkan
dalam Jadual 3.

Jadual 3: Profil Responden

Perkara Profil Kekerapan Peratus (%)

Jantina Lelaki 119 26.7
Perempuan 326 73.3

Kaum Melayu 222 49.9
Cina 50 11.2
India 163 36.6
Lain-lain 10 2.2

Pengalaman mengajar Kurang 34 7.6
daripada
5 tahun

5 hingga 92 20.7
10 tahun

Lebih 319 71.7
daripada
10 tahun

Jenis sekolah SK 234 52.6

SJKC 52 11.7

SJKT 159 35.7

Daripada data demografi ini, dapatan dihuraikan secara deskriptif dan
inferensi bagi menjawap persoalan dan hipotesis kajian yang
dikemukakan.

226 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 225

Tahap ilmu pengetahuan PAK21 dalam kalangan guru sekolah
rendah di Negeri Sembilan

Bagi menentukan tahap ilmu pengetahuan PAK21 responden,
interpretasi min dibuat berdasarkan pengiraan skala jeda dan
kedudukan tahap ilmu pengetahuan responden yang dibahagikan
kepada tiga tahap berdasarkan skala interpretasi tahap min seperti
dalam Jadual 4.

Jadual 4: Intepretasi Tahap Min

Selang skala Tahap

0 - 1.66 Rendah
1.67 - 3.33 Sederhana
3.34 - 5.00 Tinggi

Dapatan kajian tahap ilmu pengetahuan PAK21 dalam kalangan
guru sekolah rendah di Negeri Sembilan ditunjukkan dalam Jadual 5.

Jadual 5: Taburan responden bagi tahap ilmu pengetahuan PAK21

Tahap Kekerapan Peratus(%)

Rendah 0 0
Sederhana 55 12.4
390 87.6
Tinggi

Taburan dalam Jadual 5 menunjukkan sebahagian besar responden
iaitu 390 (87.6%) berada pada tahap tinggi dalam ilmu pengetahuan
PAK21. Tahap sederhana 55 (12.4%) dan tiada responden berada
pada tahap rendah.

Tahap ilmu pengetahuan berdasarkan faktor kemahiran,
kurikulum, persekitaran pembelajaran, standard dan pentaksiran
serta pembangunan profesionalisme berterusan dalam kalangan
guru sekolah rendah di Negeri Sembilan

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22126 227

Dapatan kajian tahap ilmu pengetahuan berdasarkan faktor
kemahiran, kurikulum, persekitaran pembelajaran, standard dan
pentaksiran serta pembangunan profesionalisme berterusan
ditunjukkan dalam Jadual 6.

Jadual 6: Tahap ilmu pengetahuan berdasarkan faktor kemahiran,
kurikulum, persekitaran pembelajaran, standard dan
pentaksiran serta pembangunan profesionalisme
berterusan

Faktor Tahap Kekerapan Peratus (%)

Kemahiran PAK21 Rendah 0 0
Sederhana 56 12.6
Tinggi 389 87.4

Kurikulum Rendah 0 0
Sederhana 52 11.7
Tinggi 393 88.3

Persekitaran Rendah 0 0
pembelajaran Sederhana 73 16.4
Tinggi 372 83.6

Standard dan Rendah 0 0
Pentaksiran Sederhana 63 14.2
Tinggi 382 85.8

Pembangunan Rendah 0 0
Profesionalisme Sederhana 59 13.3
Tinggi 386 86.7
Berterusan

Merujuk kepada Jadual 6 dapatan kajian menunjukkan tahap ilmu
pengetahuan responden berada pada tahap tinggi. Aspek kurikulum
adalah paling dominan (88.3%) diikuti kemahiran PAK21 (87.4%),
pembangunan profesionalisme berterusan (86.7%) serta standard
dan pentaksiran (85.8%). Manakala persekitaran pembelajaran paling
rendah (83.6%) berbanding empat faktor lain.

228 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 227

Tahap ilmu pengetahuan PAK21 dalam kalangan guru sekolah
rendah mengikut daerah di Negeri Sembilan

Dapatan kajian tahap ilmu pengetahuan mengikut daerah di Negeri
Sembilan ditunjukkan dalam Jadual 7.

Jadual 7: Tahap ilmu pengetahuan PAK21 mengikut daerah di
Negeri Sembilan

Daerah n Tahap Kekerapan Peratus(%)

Seremban 84 Rendah 0 0
Sederhana 7 8.3
Tinggi 77 91.7

Jelebu 83 Rendah 0 0
Sederhana 10 12.0
Tinggi 73 88.0

Rembau 60 Rendah 0 0
Sederhana 4 6.7
Kuala Tinggi 56 93.3
Pilah/Jempol 83
Rendah 0 0
Port Dickson 52 Sederhana 18 21.7
Tinggi 65 78.3
Tampin 83
Rendah 0 0
Sederhana 5 9.6
Tinggi 47 90.4

Rendah 0 0
Sederhana 11 13.3
Tinggi 72 86.7

Merujuk kepada Jadual 7 dapatan kajian menunjukkan tahap ilmu
pengetahuan PAK21 responden bagi keenam-enam daerah berada

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22128 229

pada tahap tinggi. Daerah Rembau menunjukkan peratus tahap paling
tinggi (93.3%) diikuti daerah Seremban (91.7%), Port Dickson
(90.4%), Jelebu (88.0%) dan Tampin (86.7%). Manakala daerah
Kuala Pilah/Jempol menunjukkan peratus yang paling rendah (78.3%)
berbanding dengan daerah lain di Negeri Sembilan.

Perbezaan tahap ilmu pengetahuan PAK21 dalam kalangan guru
sekolah rendah mengikut daerah di Negeri Sembilan

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap ilmu
pengetahuan PAK21 dalam kalangan guru sekolah rendah
mengikut daerah di Negeri Sembilan.

Jadual 8: Analisis perbezaan tahap ilmu pengetahuan PAK21
berdasarkan daerah

Daerah Sumber Jumlah df F Sig Dapata
variasi kuasa dua
0.003 Terdapat
Seremban Antara 5.091 5 3.654 Perbezaan
yang
Jelebu Kumpulan singnifikan

Rembau

Kuala Pilah/ Dalam

Jempol Kumpulan 122.330 439

Port Dockson

Tampin

Jumlah 127.421 444

*nilai sig<0.05= Ho ditolak

Jadual 8 menunjukkan analisis perbezaan tahap ilmu pengetahuan
PAK21 berdasarkan daerah menerusi analisis ANOVA satu hala.
Dapatan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap
ilmu pengetahuan PAK21 berdasarkan daerah [F(5,439) = 3.654, nilai
sig = 0.003]. Oleh itu, faktor daerah mempengaruhi tahap ilmu
pengetahuan PAK21 dalam kalangan responden. Justeru itu,
hipotesis Ho1 ditolak.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

230 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 229

Kajian ini memberi fokus utama kepada tahap ilmu pengetahuan

PAK21 dalam kalangan guru sekolah rendah di Negeri Sembilan.

Aspek yang dikaji adalah tahap ilmu pengetahuan PAK21

berdasarkan kemahiran PAK21, kurikulum, persekitaran

pembelajaran, standard dan pentaksiran serta pembangunan

profesionalisme berterusan. Selain itu, tahap ilmu pengetahuan

PAK21 mengikut daerah turut dikaji. Kajian ini juga dijalankan untuk

melihat perbezaan tahap ilmu pengetahuan PAK21 berdasarkan

daerah. Analisis dapatan kajian menunjukkan responden berada pada

tahap tinggi dalam ilmu pengetahuan PAK21. Dengan kata lain, guru

mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tentang PAK21. Dapatan

kajian ini selari dengan dapatan Naquiah Nahar dan Jimaain Safar

(2017) mendapati pengajaran yang berkesan akan terhasil jika guru

dapat menguasai pengetahuan kandungan, berkeyakinan tinggi

dalam penyampaian dan mahir dalam amalan pedagogi.

Hasil kajian menunjukkan faktor kurikulum adalah dominan
berbanding empat faktor lain. Dapatan ini disokong oleh kajian Rusydi
et. al (2020) iaitu guru perlu menguasai kurikulum untuk menyediakan
rancangan pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran murid-
murid. Aspek kemahiran PAK21 juga berada pada tahap tinggi
selepas kurikulum. Dapatan ini disokong oleh hasil kajian Ainun
Rahmah et. al (2017), iaitu guru hendaklah menguasai ilmu
kemahiran abad ke-21 dan untuk mengamalkan kemahiran PAK21
guru perlu tahu dan mempunyai kompetensi mengaplikasikan
pedagogi yang sesuai (Nurzarina Amran & Roslinda Rosli, 2017).
Pembangunan profesionalisme berterusan guru juga merupakan
faktor yang penting selepas selain kurikulum dan kemahiran. Oleh
yang demikian, dapatan kajian ini menyokong kajian Mohd Aizat Abu
Hassan dan Kamaruddin Musa (2020) menyatakan bahawa guru-guru
perlu sentiasa mempertingkatkan keupayaan diri bagi memastikan
mereka kekal profesional walaupun guru-guru mempunyai amalan
profesionalisme yang tinggi. Oleh itu amalan pembelajaran berterusan
adalah perlu diamalkan oleh guru bagi meningkatkan profesionalisme
dari semasa ke semasa dalam mengamalkan PAK21.

Secara umumnya standard dan pentaksiran dapatan kajian
menunjukkan sebahagian besar responden berada pada tahap tinggi.
Dapatan ini berbeza daripada dapatan kajian Ahmad et. al (2019)
mendapati tahap kemahiran pentaksiran, kolaborasi dan kreativiti dan
inovasi guru adalah sederhana. Dapatan kajian berkaitan persekitaran
pembelajaran adalah yang paling rendah antara empat faktor lain
yang telah dibincangkan. Menurut Evertson dan Weinstein (2006)
pengurusan bilik darjah merangkumi tindakan guru untuk mewujudkan

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22130 231

persekitaran pembelajaran yang menyokong perkembangan kanak-
kanak. Oleh itu guru perlu ada ilmu pengetahuan dalam mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang bersesuaian dengan pelaksanaan
PAK21 dan membolehkan PdP abad ke-21 dijadikan budaya di
sekolah (Amatan & Han, 2019). Dapatan kajian menunjukkan faktor
daerah mempengaruhi tahap ilmu pengetahuan PAK21 dalam
kalangan responden. Oleh itu, ini memberi gambaran bahawa selain
daripada kognitif guru, penguasaan ilmu pengetahuan guru terhadap
PAK21 juga dipengaruhi oleh faktor daerah sesebuah sekolah.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kajian ini telah mencapai semua objektif dan
hipotesis kajian. Hasil kajian ini juga telah menjawab beberapa jurang
yang diutarakan dalam pernyataan masalah kajian terutama dari segi
tahap ilmu pengetahuan PAK21 dalam kalangan guru sekolah rendah
di Negeri Sembilan. Kajian ini hanya terhad kepada guru-guru di
sekolah di Negeri Sembilan. Adalah diharapkan kajian ini boleh
dijadikan panduan dan hala tuju dalam usaha ke arah meningkatkan
pengetahuan pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru-guru.
Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak tertentu dalam
melaksanakan pembelajaran abad ke-21 dalam meningkatkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran dan memberi peluang kepada
pihak yang berkepentingan untuk sama-sama meneroka peluang
baharu dalam mengaplikasikan kemahiran abad ke-21 secara lebih
efektif. Pada masa hadapan dicadangkan kajian ini melibatkan
pentadbir sekolah, guru-guru, murid-murid dan pensyarah. Kekangan-
kekangan menggunakan TMK dalam menintegrasikan kemahiran
PAK21 ke dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian juga
boleh dikaji. Sebagai rumusan, demi meningkatkan kualiti pendidikan
negara, kajian ini dapat memberikan sumbangan terhadap usaha
melaksanakan pengajaran PAK21 dalam kalangan guru di sekolah
rendah juga di sekolah menengah.

232 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 231

RUJUKAN

Ahmad, N. L., Sho, S. L., Ab Wahid, H., & Yusof, R. (2019).
Kepentingan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21
Terhadap Pembangunan Pelajar. International Journal of
Education, Psychology and Counseling, 4(28), 37-51.

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod, & Wan Muna Ruzanna
Wan Mohammad. (2017). Pembelajaran abad ke-21 dan
pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian
Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (2), 77-88.

Amatan, M. A. & Han, C. G. K. (2019). Pengaruh Persekitaran
Psikososial Sekolah dan Efikasi Kendiri Guru Terhadap
Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21.
International Journal of Education, Psychology and
Counseling, 4 (32), 284-314.

Che Nidzam Che Ahmad, Saidatul Ainoor Shaharim, Asmayati
Yahaya (2016) Kesesuaian persekitaran pembelajaran,
interaksi guru-pelajar, komitmen belajar dan keselesaan
pembelajaran dalam kalangan pelajar biologi, Jurnal
Pendidikan dalam Matematik Malaysia, Vol. 6 No. 1 Jun 2012
https://www.researchgate.net/publication/311807343_KESE
SUAIAN_PERSEKITARAN_PEMBELAJARAN_INTERAKSI_
GURU_PELAJAR_KOMITMEN_BELAJAR_DAN_KESELES
AAN_PEMBELAJARAN_DALAM_KALANGAN_PELAJAR_B
IOLOGI

Creswell, J. W. (2013). Educational Research: planning, conducting
and evaluating quantitative and qualitative research (4th ed.).
Pearson Education, Inc.

Evertson, C. M., & Weinstein, C. S. (2006). Classroom Management
as a Field of Inquiry. In C.M. Evertson and C. S. Weinstein
(Eds.), Handbook of classroom management: Research,
practice, and contemporary issues (pp. 3–15). Lawrence
Erlbaum Associates.

Erdogan, V. (2019). Integrating 4C skills of 21st century into 4
language skills in EFL classes. International Journal of
Education and Research, 7, pp 113-124.

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22132 233

Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin, & Amran Bakar. (2016).
Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 (1st ed.). Sasbadi
Sdn. Bhd.

Gonzalez-Salamanca,J. C., Agudelo, O. L., and Salinas, J. (2020).
Key competences, education for sustainable development and
strategies for the development of 21st century skills. A
systematic literature review. Sustainability 2020, 12, 10366;
Doi:10.3390/Su122410366
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=
web&cd=&ved=2ahUKEwjJ4a7s7L3wAhXlzDgGHd85C_oQFj
ANegQIBxAD&url=https%3A%2F%2Fwww.mdpi.com%2F207
1-
1050%2F12%2F24%2F10366%2Fpdf&usg=AOvVaw2tJoTQl
BDbid77I6dQlTs-

Hotaman, D. (2010) The Teaching profesision: knowledge of subject
matter, teaching skills and personaliy traits. Elswvier, Science
Direct, Procedia Social and Behavioral Sciense 2 1416-1420

Huang, J. X., & Iksan, Z. (2019). Kefahaman Guru Sekolah Rendah
Daerah Pekan terhadap Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21).
International Journal of Modern Education, 1(2), 01-12.

Khadijah Kamaruzzaman & Azimin Samsul Mohd Tazilan. (2013)
Thermal comfort assessment of a classroom in tropical
climate conditions. Recent Advances in Energy,
Environment & Development, 30 (1), 97-91.
http://www.wseas.us/eibrary/conferences/2013/CambridgeU
SA/ENVMECH/ENVMECH-12.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012) Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2012). Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Laporan Tahunan 2015
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025). KPM

Kleiman, G. M (2000). Myths and realities about technology in K-12
schools, leadership and the new technologies.
http://www.edc.org/LNT/news/Issue14/feature.htm

Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for
Research Activities Robert. Educational and Psychological

234 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 233

Measurement, 38(1), 607–610.

http://doi.org/10.1177/001316447003000308

Konig, J., Jager-Biela, D. J. & Glutsch, N. (2020). Adapting to online
teaching during COVID-19 school closure: teacher education
and teacher competence effects among early career teachers
in Germany, European Journal of Teacher Education, Volume
43, Issue 4
https://doi.org/10.1080/02619768.2020.1809650

Longmore, A.L.; Grant, G.; Golnaraghi, G. (2018). Closing the 21st-
Century Knowledge Gap: Reconceptualizing Teaching and
Learning to Transform Business Education. Journal
Transform. Education, 16, 197–219.
http://dx.doi.org/10.1177/1541344617738514

Makovec, D. (2018).The teacher's role and professional development,
International Journal of Cognitive Research in Science
Engineering and Education 6(2):33-45. doi:
10.5937/ijcrsee1802033M
https://www.researchgate.net/publication/327190779_The_te
acher%27s_role_and_professional_development

Mohd. Aizat Abu Hassan & Kamaruddin Musa. (2020). Tahap
profesional guru sekolah kebangsaan di Semenanjung
Malaysia. Management Research Journal, Vol. 9 No2 (2020),
37-45.

Mohd Fahmi Mohd Yusof. (2016). Kesediaan Guru Sekolah
Menengah Mengamalkan Pengajaran Abad Ke-21. Tesis
Sarjana tidak diterbitkan. UTHM.

Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Naquiah Nahar & Jimaain Safar .(2017). Penguasaan pengetahuan
kandungan (Content knowledge): Pemangkin ketrampilan
pedagogi Jawi berkesan abad ke-21, Technical & Social
Science Journal, Bil. 8, Jilid 1, Dis 2017

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw-Hill.
Norfaizah Md Kamary & Mahizer Hamzah (2019). Kesediaan guru

Matematik daerah Kuala Langat dalam melaksanakan
pembelajaran abad ke 21. Seminar Antarabangsa Isu-isu

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22134 235

Pendidikan (ISPEN) 2019.
http://conference.kuis.edu.my/ispen/wp-
content/uploads/2019/05/ISPEN19_13.pdf

Nor Asmawati Ismail, Najihah Abd Wahid, Ahmad Shidki Mat Yusoff,

Noradilah Abdul Wahab, Baidruel Hairiel Abd Rahim, Norliana

Abd Majid, Nik Murshidah Nik Din, Raihan Mohd Ariffin, Wan

Ilmiwati Wan Adnan, and Rosdi Zakaria (2020) The

Challenges of Industrial Revolution (IR) 4.0 towards the
Teacher’s Self-Efficacy Journal of Physics: Conference
Series. 1529 (2020)
042062 doi:10.1088/1742-

6596/1529/4/042062

Nurul Ashikin Md Yatim, Chew, F. P, & Zuraidah Abdullah. (2020).
Tahap pengetahuan pedagogi kandungan guru Bahasa
Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
Vol. 10, Bil. 2 (Nov. 2020); 43-53.
http://journalarticle.ukm.my/16195/1/235-451-1-SM.pdf

Nurzarina Amran & Roslinda Rosli. (2017). Kefahaman guru tentang
kemahiran abad ke-21. Persidangan Antarabangsa Sains
Sosial dan Komunikasi, 110-114

O’Brien, H. L., & Toms, E. G. (2010).The development and evaluation
of a survey to measure user engagement. Journal of the
American Society for Information Science & Technology,
61(1), 50-69.

J. Pallant. (2007). SPSS Survival Manual, 3rd Edition, Crows West,
New South Wales.

Roger Cartwright. (2003). Implementing a Training and Development
Strategy. Capstone Publishing Limited.

Rusydi, Usman Kasim dan Iskandar Abdul Samad. (2020). The
teachers’ understanding of content and process standards of
2013 curriculum and their abilities in preparing English
lesson plan. English Education Journal (EEJ), 11(4), 427-
437, October 2020

Rusman. (2009). Manajemen kurikulum. PT. Raja Grafindo Persida

Saunders, M., Lewis, P., & Thornhill, A. (2009). Research methods for
business students. Financial Times Prentice Hall.

236 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 235

Sirat, M., & Kaur, S. (2010). Changing state-university relations: The
experience of Japan and lesson for Malaysia. Comparative
Education, 46(2), 189-205.

Stuart, L. & Dahm, E. (1999). 21st Century Skills for 21st Century
Jobs: A Report of the U.S. Department of Commerce, U.S.
Department of Education, U.S. Department of Labor, National
Institute for Literacy, and Small Business Administration.
http://vpskillsummit.gov.

Weeks, K. J., Lawver, R. G. , Sorensen, T., J., and Warnick, B. K.

(2020). Do teachers have the skills: 21st Century skills in the
Agricultural Education classroom?Journal of Agricultural
Education,
61(4), 127-142,

https://doi.org/10.5032/jae.2020.04127

Zalika Adam, Faridah Kassim & Mohamad Johari Salleh. (2009).
Memperkasakan pendidikan luar bandar, 3–5. Prosiding
“Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3
– 5 Februari 2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu.
http://irep.iium.edu.my/11670/1/Procedng_Memperkasakan_
Pend_Luar_Bandar.pdf

Zarina Abdul Rashid. (2016). Tahap Kesediaan guru dalam aspek
pengetahuan dan keperluan latihan berfokuskan aplikasi
KBAT. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22136 237

238 J u r n a l M e l e w a r B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1

Textual Organization Of Introduction Written By Non-
Native Speakers (NNS) Based On Swales CARS Model

Wan Norhana binti Wan Arshad
Jabatan Bahasa, IPGKRM
ABSTRACT

This study explores the analysis of introduction written by non-native
speakers (NNS) of English writers from different cultural backgrounds.
The reason for this is because the researcher has noticed throughout
the years, introductions are written in different ways. Some are brief
and straight to the point and others might be longwinded. Six selected
introductions from six different journal articles written in English are
chosen and Krippendoff (1989) content analysis research design is
utilised. The materials chosen are on ESL/ESP/ Education articles,
specifically TESL journal articles. The study has discovered that
Swales CARS Model is found in the introductory paragraphs of the six
journal articles. However, it is also found that the moves pattern
utilised by writers vary due to the cultural background, purpose of
writing, familiarization of Swales CARS Model as well as the intended
target audience.
Key words: Non-native speakers (NNS) writers, Swales CARS
Model, different cultural background

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22137 239

INTRODUCTION

In recent years, researchers have become increasingly interested in
the structural and linguistic peculiarities in research paper or research
articles. A number of specialists (Swales and Feak, 2000, Swales,
1990, Bhatia, 1983 and Swales and Feak, 1994) have written books
and articles for this study. Swales(1990) has established his line of
research known as ‘genre analysis’. His introduction, methods, results
and discussion or IMRAD model is recognized and used as a basis in
writing a research paper. However, greater interest and need for more
study is generally believed to be dued to the marked influence of the
writer’s culture and language.

This study is about the analysis of introductions written by
non-native speakers of English from different cultural backgrounds.
The reason for this is because the researcher has noticed throughout
the years, introductions are written in different ways. From concise and
straight to the point to lengthy introductions. The questions arise
whether writers of articles have established a convention when they
are writing their introduction. If they do, is it standarised in some way
or are the writers merely imitating somebody else’s paper. Are there
any similarities and differences among the writers based on their
different cultural background?

Introductory paragraphs can often be the most thought-
provoking elements of a paper, but they can also be the most
challenging to compose. There is no right or wrong way to begin a
paper just as there is no right or wrong ways to start conversations,
but certain ways of thinking about introductions can be helpful. Rosen
and Behrens (2003) remind us of the thought process behind
introductions,

“The introduction to a paper can be understood as a type of transition
. . . At the beginning of a paper, the introduction serves as a transition
by moving the reader from the world outside of your paper to the world
within…. .(151)”

The present paper is a study of two main issues. First, the
analysis of structural organization of introductions in terms of Moves
and Steps based on Swales CARS Model is established. Later,
comparison will be formulated in attempting to discover the similarities
and differences of the selected introductions.

240 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 238

AIMS

Objectives of the Study
The main concern of this study is to investigate how far the NNS
writers have grasped Swales CARS Model on writing introduction. The
study wishes to examine the similarities and differences of the
introduction which are written from selected NNS with different cultural
background. The objectives of this paper are:

a) to investigate how far the NNS writers have
grasped Swales CARS Model in writing
introduction.

b) to examine the similarities and differences of the
introductions which are written by NNS from
different cultural background.

From the objectives stated above, it is hoped that a clearer picture on
whether these NNS writers fully understood Swales Moves of using
the CARS model in the introduction section of their articles. Hence,
the study wishes to investigate the understanding of the usage among
these writers and to a certain degree how it relates to the different
cultural background among them.

METHODOLOGY

Research Design

This study examines six selected introductory paragraphs from six
different journal articles written in English using content analysis as
the research design. Content analysis is a set of methods for
systematically coding and analyzing qualitative data that are used
across the social sciences and the humanities to explore explicit and
covert meanings in texts (Bernard and Ryan 2010 p. 287). In addition,
content analysis seeks to analyse data within a specific context in view
of the meanings someone – a group or a culture attributes to them
(Krippendorff 1989 p.1). This study adopts Krippendorff (1989) content
analysis research process as indicated below:

a. Design: The first phase is a conceptual phase which is needed
in defining the context of this study. The data will be explored
based on the existing Swales CARS Model which constitute

J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|22139 241


Click to View FlipBook Version