Punca Varian Jumlah Darjah Min Nilai Sig.
Kuasa .040
Kebebasan Kuasa F
Dua
Dua
Antara 3.04 4 .76 2.55
Kumpulan
Dalam 63.80 214 .30
Kumpulan
Jumlah 66.84 218
Dapatan analisis menunjukkan nilai F (4,214) = 2.55, p<0.05.
Keputusan analisis ini menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan program terhadap efikasi kendiri pelajar IPGKRM ke atas
kaedah pembelajaran dalam talian. Dengan kata lain hipotesis nul
bagi persoalan kajian kelima ditolak.
Jadual 9 di bawah menunjukkan analisis daripada Analisis Post hoc
Bonferonni. Analisis ini menyatakan bahawa terdapat perbezaan
antara program Pendidikan Islam dengan Pendidikan Bahasa
Inggeris Sebagai Bahasa Kedua terhadap tahap efikasi kendiri
pelajar ke atas pembelajaran dalam talian.
Jadual 9: Analisis Post Hoc Bonferonni Mengikut Program
Program Sig.
Pendidikan Islam Pengajian Melayu 0.37
Pendidikan Jasmani 1.00
Pendidikan Seni Visual 1.00
Pendidikan Bahasa
Inggeris Sebagai 0.04
Bahasa Kedua
Jadual 10 pula menunjukkan program Pendidikan Bahasa Inggeris
Sebagai Bahasa Kedua mempunyai skor min yang tertinggi
(min=4.13) berbanding dengan program lain terhadap tahap efikasi
kendiri ke atas kaedah pembelajaran dalam talian.
92 J u r n a l M e l e w a r JBuirl an nagl a nM e2 5l e/ w2 0a2r 1 B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 95
Jadual 10: Skor Min Tahap Efikasi Kendiri Mengikut Program
Program Skor Sisihan Tahap
Min Piawai
Pengajian Melayu Tinggi
Pendidikan Jasmani 4.00 0.63 Tinggi
Pendidikan Seni Visual 3.86 0.55 Tinggi
Pendidikan Islam 3.87 0.55 Tinggi
Pendidikan Bahasa 3.80 0.47 Tinggi
Inggeris Sebagai 4.13 0.60
Bahasa Kedua
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Hasil dapatan daripada kajian ini menunjukkan tahap efikasi kendiri
pelajar PPISMP Ambilan Jun 2020 di IPGKRM adalah berada di
tahap tinggi. Ini dibuktikan melalui dapatan skor min dimensi
menunjukkan nilai yang tinggi iaitu dimensi persekitaran pembelajaran
dalam talian, pengurusan masa dan penggunaan teknologi.
Dimensi pengurusan masa menunjukkan skor min tertinggi.
Ini membuktikan bahawa pelajar PPISMP Ambilan Jun 2020 di
IPGKRM dapat mengurus masa secara cekap iaitu dapat mengantar
tugasan tepat pada masanya, dapat membangunkan dan mengikut
perancangan bagi menyempurnakan semua tugasan.
Dimensi kedua tertinggi adalah dimensi pesekitaran
pembelajaran dalam talian. Dimensi ini bermaksud pelajar dapat
menghantar tugasan ke dalam talian, mengatasi masalah teknikal
tanpa bantuan, belajar cara menggunakan jenis-jenis teknologi terkini
secara berkesan, belajar tanpa perlu berada dalam bilik yang sama
dengan pensyarah, belajar tanpa berada dalam bilik yang sama
dengan pelajar lain, mencari bahan dalam internet untuk
mendapatkan jawapan kepada soalan yang berkaitan dengan kursus,
mencari bahan-bahan kursus dalam talian, menyempurnakan
keseluruhan tugasan projek berkumpulan secara dalam talian,
memberi tumpuan terhadap tugasan apabila berhadapan dengan
gangguan dan menggunakan sumber-sumber perpustakaan dalam
talian secara berkesan. Ini membuktikan bahawa pelajar PPISMP
Ambilan Jun 2020 di IPGKRM menguasai dimensi pesekitaran
pembelajaran dalam talian. Keadaan ini dipengaruhi oleh tahap efikasi
kendiri pelajar yang tinggi terhadap pembelajaran dalam talian. Kajian
J u r n a l J Mu renlael wMaerl eBwial ra nB gi laann g2a 5n /2250/2210 2| 196 93
ini selari dengan dapatan oleh Prior, Mazanov, Meacheam, Heaslip,
dan Hanson (2016) yang menyatakan bahawa efikasi kendiri yang
tinggi membentuk tingkah laku yang positif dan literasi digital dalam
kalangan pelajar universiti. Selain daripada itu kajian yang dilakukan
oleh Kuo, Walker, Schroder, dan Belland (2014), turut menyokong
bahawa persekitaran pembelajaran yang positif boleh mempengaruhi
tahap efikasi kendiri dan seterusnya memberi kepuasan terhadap
pembelajaran dalam talian dikalangan pelajar. Ini bermakna
persekitaran pembelajaran dalam talian didapati mempengaruhi
peningkatan efikasi kendiri pelajar.
Dimensi ketiga ialah penggunaan teknologi turut
menunjukkan min yang tinggi dalam kalangan pelajar PPISMP
Ambilan Jun 2021. Dimensi penggunaan teknologi merujuk kepada
kebolehan pelajar menavigasi bahan-bahan kursus dalam talian,
berkomunikasi dengan pensyarah dan staf sokongan teknikal, belajar
cara menggunakan jenis-jenis teknologi terkini, belajar tanpa perlu
berada dalam bilik yang sama dengan pensyarah atau pelajar lain,
mencari bahan dalam internet, berkomunikasi menggunakan
teknologi tidak segerak dan segerak serta segera menanyakan soalan
apabila timbul masalah. Ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai
efikasi kendiri yang tinggi terhadap penggunaan teknologi. Faktor
umur turut menmempengaruhi keadaan ini dimana kumpulan pelajar
PPISMP Ambilan Jun 2020 ini tergolong dalam golongan remaja
dikenali sebagai Generasi Z yang celik teknologi multimedia
(McCrindle dan Wolfiger, 2010). Generasi Z ditakrifkan sebagai
generasi yang lahir pada 1998 hingga 2009 (Tapscott, 2008).
Generasi ini juga dikenali sebagai ‘iGeneration’, generasi internet atau
generasi net dimana pendedahan dari peringkat awal terhadap
penggunaan teknologi maklumat telah mempengaruhi efikasi kendiri
mereka. Keadaan ini telah mempengaruhi nilai dan kepercayaan
generasi ini terhadap penggunaan teknologi multimedia (U.S.
Chamber of Commerce, 2011). Selain itu, Taipjutorus, Hansen, dan
Brown (2012) menyatakan bahawa pengalaman memainkan peranan
terhadap pengendalian teknologi pembelajaran dalam talian bagi
membina efikasi kendiri peljar. Ini bermakna Genarasi Z cekap dalam
penggunaan teknologi.
Berdasarkan analisis inferensi pula mendapati bahawa tiada
perbezaaan yang signifikan terhadap tahap efikasi kendiri diantara
pelajar lelaki dan perempuan ke atas kaedah pembelajaran dalam
talian. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Faridah dan Nik Rosila
(2012) menyatakan bahawa tiada perbezaan yang ketara dari segi
efikasi kendiri terhadap pencapaian akademik diantara pelajar lelaki
94 J u r n a l M e l e w a r JBuirl annagl a nM e2 5l e/ w2 0a2r 1 B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 97
dan perempuan. Dengan ini, dapat dirumuskan bahawa, jantina
bukanlah penentu utama terhadap tahap efikasi kendiri tetapi
kemampuan menguasai kemahiran dalam bidang yang dipelajari
merupakan faktor utama penentu kejayaan seseorang pelajar.
Seterusnya program Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua menunjukkan skor min yang tertinggi (min=4.13)
berbanding dengan program lain terhadap tahap efikasi kendiri. Ini
disebabkan oleh penggunaan Bahasa Inggeris merupakan bahasa
yang digunakan secara global. Dalam konteks dunia pendidikan hari
ini, seseorang pelajar perlu mempelajari Bahasa Inggeris untuk
memahami bahan bacaan dan rujukan dalam Bahasa Inggeris.
Tambahan pula, Bahasa Inggeris merupakan bahasa teknologi yang
sangat penting (Azizi Yahaya, & Fadhlina Mohd. Azizuddin, 2008).
Diantara cadangan yang boleh dilakukan pada masa hadapan
ialah dengan mengenalpasti faktor-faktor lain seperti pengalaman,
motivasi dan pencapaian akademik yang boleh mempengaruhi efikasi
kendiri ke atas kaedah pembelajaran dalam talian. Pengkaji juga
boleh memperluaskan bilangan pupolasi yang melibatkan semua
kumpulan pelajar di seluruh IPG di Malaysia.
Kajian ini dilakukan secara tinjauan menggunakan soal
selidik. Dapatan dihuraikan secara kuantitatif. Kajian ini boleh
dilanjutkan dengan menggunakan kaedah kualitatif bagi
mendapatkan data yang lebih mendalam mengenai efikasi kendiri
pelajar PPISMP terhadap pembelajaran dalam talian.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini telah dapat
membuktikan bahawa pelajar di PPISMP Ambilan Jun 2020 di
IPGKRM mempunyai efikasi kendiri yang tinggi ke atas kaedah
pembelajaran dalam talian. Kajian ini juga diharapkan dapat
membantu unit pembangunan pelajar di Jabatan Hal Ehwal Pelajar
merangka aktiviti yang dapat membangunkan efikasi kendiri pelajar
Institut Pendidikan Guru ke tahap yang lebih tinggi. Tidak dapat
dinafikan pelajar yang mempunyai efikasi diri yang tinggi berupaya
menjadikan masalah yang dihadapi sebagai cabaran dan berusaha
untuk mengatasi cabaran tersebut. Ini akan dapat membendung
masalah tekanan emosi yang sering dihadapi oleh pelajar. Kajian ini
turut membuktikan bahawa penggunaan teknologi maklumat dan
digital mempunyai kaitan rapat dengan peningkatan efikasi kendiri
pelajar yang dikenali sebagai Generasi Z. Dengan memahami ciri-ciri
Generasi Z akan membantu pendidik memilih strategi pengajaran dan
J u r n a l J Mu renlael wMaerl eBwial ra nB gi laann g2a 5n /2250/2210 2| 198 95
pembelajaran dalam talian yang sesuai dengan kumpulan ini.
Kesesuaian strategi yang digunakan ini seterusnya akan dapat
meningkatkan efikasi kendiri pelajar terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran dalam talian tersebut. Selain itu, penglibatan aktif
pelajar terhadap proses pembelajaran dalam talian akan dapat
dipastikan. Diharapkan penemuan dari penyelidikan ini dapat
memberi manfaat kepada pelajar, dan pendidik di institusi pendidikan
tinggi.
RUJUKAN
Ahmad Zabidi (2006). Efikasi Kendiri Pendidik Pendidikan Jasmani
Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Mata Pelajaran Pendidkan
Jasmani. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Bil 2 (3)
Alivernini, F., & Lucidi, F. (2011). Relationship Between Social
Context, Self-Efficacy, Motivation, Academic Achievement, and
Intention to Drop Out of High School: A Longitudinal Study. The
Journal of Education Research Volume (104):241-252.
Azizi Yahaya, & Fadhlina Mohd Azizuddin (2008). Tahap
Kompetensi Pendidik Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran
Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Reserch Gate
Journal, January 2008.
https://www.researchgate.net/publication/277841623_
Tahap_Kompetensi_Pendidik_Sekolah_Rendah_Terhadap_
Pengajaran _Sains_Dan_Matematik_Dalam_Bahasa_Inggeris.
Bandura, A. (1986). Social foundations of thoughts and action: A
social cognitive theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Berita Harian (2020, November 10). Langganan jalur lebar pinggir,
luar bandar meningkat 9 peratus.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020 /11/752528/
langganan
Faridah, M., & Nik Rosila, N. Y. (2012). Efikasi Kendiri Dan
Pencapaian Bahasa Inggeris dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Kedah. Malaysian
Education Deans Council (MEDC), 11(December), 76–89.
96 J u r n a l M e l e w a r JBuirl an nagl a nM e2 5l e/ w2 0a2r 1 B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 99
Hodges, C.B. (2008). Self-efficacy in the context of online learning
environments: A review of the literature and directions for
research. Performance Improvement Quarterly
https://doi.org/10.1002/piq.20001Citations: 34
Kuo, Y.C, Walker, A.E, Schorder, K. E. E., & Belland, B.R. (January
2014). Interaction, Internet self-efficacy, and self- regulated
learning as predictors of student satisfaction in online education
courses.The Internet and Higher Education 20(1):35-50.
DOI:10.1016/j.iheduc.2013.10.001
McCrindle, M., & Wolfiger, E. (2010) The of XYZ: Understanding the
Global Generations Paperback. University of New South Wales
Press
Mohd Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Nazhan Kamaruzaki. (2021). Kualiti Jalur Lebar Mudah
Alih dan Teras Pembangunannya. Khazanah Reserch Institue
Discussion Paper, 02/21.
Onal, N., & Ibili, E. (2017). E-ogrenne ortamlari [E-learning
environment]. In S. sahin & C. Uluyol (Eds.), egitimde Bilisim
Teknolojileri [Information Technology in Education] (520-538).
Ankara: Pegem Akademi
Prior, D.D., Mazanov, J., Meacheam, D., Heaslip, G. & Hanson, J.
(2016). Attitude, digital literacy and self efficacy: Flow-on effects
for online learning behavior. Internet and Higher Education,
29(1), 91-97. Elsevier Ltd. Retrieved June 29, 2021
from https://www.learntechlib.org/p/199032/.
Raja Nur Faznie Aida (2020). Pembelajaran online boleh beri kesan
kesihatan mental. Sinar Harian Online.
https://www.sinarharian.com.my/article/112917/KHAS/
Schunk, D. H., & Mullen, C. A. (2012). Self efficacy as an engaged
learner. In C. e. S. L., (eds.), Handbook of Research on Student
Engagement (pp. 219-235). Greensboro: The University of North
Carolina.
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21100 97
Shazarina Zdainal Abidin, Suziana Hanini Sulaiman, Suhana Moh
amed Lip, Norshilawani Shahidan, Natasha Ariffin, Mohamad
Fuad Ishak, Sapie Sabilan. (2020). Tekanan Emosi Pensyarah
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran atas talian
di era pademic Covid-19. Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor.
Taipjutorus, W., Hansen, S., & Brown, M. (2012). Investigating a
relationship between learner control and self-efficacy in an
online learning environment. Journal of Open, Flexible, and
Distance Learning, 16(1).
https://www.researchgate.net/publication/277767006_Investigati
ng_a_relationship_between_learner_control_and_self-
efficacy_in_an_online_learning_environment
Tapscot, D. (2008). Grown Up Digital: How the Net Generation is
Changing Your World. McGraw-Hill.
Umi Nadzrah Ali Othman, Noraini Mohd & Norhiza Mohd Salleh
(2014). Corak Cinta Dalam Kalangan Siswa Pendidik Institut
Pendidikan Pendidik dan Hubungannya Dengan Akademik.
Jurnal Melewar Bil. 17 tahun 2014. ISSN 1394-3278.
U.S. Chamber of Commerce Foundation. (2011). The millennial
generation research review.
Retrieved from
https://www.uschamberfoundation.org/millennialgeneration-
research-review U.S. Dept. of Education, Office of Educational
Technology. (2010). Transformin.
Yavuzalp, Nuh & Bahcivan, Eralp (2020). The Online Learning
Self_Efficacy Scale: Its Adaption into Turkish And Interpretation
According to various variables. Turkish Online Journal of
Distance Education.
Zimmerman, W.A. & Kulikowich, J.M. (2016). Online Learning Self-
Efficacy in Students With and Without Online Learning
Experience. American Journal of Distance Education 30(3), 180-
191.
98 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 101
Perspektif pelajar ppismp ipgkrm terhadap pembelajaran jarak
jauh secara dalam talian semasa tempoh pandemik covid-19
Masitah Mohammad Yusof, Ph.D
Pengurusan Tertinggi, IPGKRM
ABSTRAK
Pandemik COVID-19 telah menjadi masalah kesihatan global dan
memberi kesan besar kepada sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu,
pada separuh semester pertama tahun akademik 2020, kaedah
pembelajaran di semua IPG Kampus seluruh Malaysia adalah
disampaikan melalui pembelajaran jarak jauh secara dalam talian.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai perspektif pelajar
terhadap pembelajaran jarak jauh secara dalam talian (Online
Distance Learning-ODL) berbanding pembelajaran di kelas secara
bersemuka (Face to Face Classroom Learning-FCL) dalam kalangan
pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PPISMP) Ambilan Jun 2020 di IPG Kampus Raja Melewar. Kaedah
kajian adalah menggunakan soal selidik dan diedar secara dalam
talian kepada semua pelajar semasa cuti semester. Seramai 227
pelajar telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa skor min bagi domain utama iaitu saya suka
kaedah pembelajaran secara ODL berbanding kaedah pembelajaran
secara FCL adalah (min=2.57, sp=0.90). Skor min bagi domain
keberkesanan ialah (min=2.61, sp=0.46) manakala skor min bagi
domain kepuasan ialah (min=2.73, sp=0.61). Manakala bagi item
yang menunjukkan skor min tertinggi ialah berkaitan dengan masa
yang diperuntukan untuk menjawab soalan pentaksiran alternatif
secara dalam talian dengan nilai (min = 3.34, sp = 0.66), manakala
terdapat dua item yang menunjukkan skor min terendah iaitu item
berkaitan aktiviti berkumpulan yang tidak sesuai dijalankan secara
dalam talian dengan nilai (min = 2.29, sp= 0.87) dan item berkaitan
komunikasi antara pensyarah dan pelajar secara dalam talian dengan
nilai (min = 2.29, sp = 0.78). Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa terdapat seramai 115 orang pelajar (50.6%)yang lebih suka
memilih kaedah pembelajaran secara ODL berbanding seramai 113
orang pelajar (49.4%) yang lebih suka memilih kaedah pembelajaran
secara FCL. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa kaedah
pembelajaran jarak jauh secara dalam talian boleh dicadangkan
sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif
bagi menggantikan kaedah pembelajaran di kelas secara bersemuka
dalam tempoh pemulihan dan pasca COVID-19.
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21102 99
Kata kunci: pembelajaran jarak jauh, secara dalam talian,
pembelajaran di kelas, secara bersemuka,
pemulihan dan pasca COVID-19
PENGENALAN
Penularan pandemik COVID-19 bukan sahaja memberi kesan
kepada ekonomi Malaysia, malahan kepada seluruh ekonomi
dunia. Semua sektor utama ekonomi telah terjejas akibat penularan
wabak ini. Namun begitu proses penutupan atau penyekatan
(lockdown) akibat penularan COVID-19 yang masih berjalan di
beberapa buah negara di dunia termasuk Malaysia, menunjukkan
bahawa hal ini bukan sahaja memberi kesan yang buruk terhadap
sektor ekonomi malah sektor pendidikan juga turut terkesan. Krisis
global akibat penularan wabak COVID-19 ini bukan sahaja
menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional
tertangguh, bahkan menjadikan tugasan para pelajar semakin
mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma
kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara dalam
talian (Abdul Rashid et .al, 2020).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
menghasilkan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) yang bertujuan untuk membantu guru melaksanakan PdPR
sebagai alternatif pembelajaran norma baharu yang dilaksanakan
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PdPR ini adalah
selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025) yang telah menetapkan bahawa setiap murid mendapat akses
kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi
kehidupan masa hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang
mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah
(KPM, 2021).
Prinsip asas dalam pelaksanaan PdPR ini adalah dengan
memberikan ruang dan peluang kepada pihak sekolah mengatur
strategi untuk memastikan proses PdP berlaku secara optimum.
Setiap sekolah unik dan mempunyai keperluan serta cabaran
tersendiri. Terdapat tiga prinsip asas yang perlu dipertimbangkan
semasa melaksanakan PdPR iaitu tiada murid tercicir dalam
pembelajaran di mana pihak sekolah perlu memastikan semua murid
dapat mengikuti PdPR berdasarkan keperluan dan kesediaan
mereka. Guru pula perlu mengenal pasti kaedah PdPR yang sesuai
supaya murid dapat menguasai kandungan mata pelajaran yang
100 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 103
ditetapkan. Guru hendaklah meneroka cara yang berbeza dan
bersesuaian untuk kelangsungan dan peningkatan pelibatan murid
dalam PdPR. Prinsip yang kedua ialah asas pembelajaran dipenuhi di
mana guru perlu memastikan standard kandungan dan standard
pembelajaran yang disampaikan melalui kaedah yang pelbagai dan
bersesuaian serta mengambil kira kecenderungan, minat, gaya
pembelajaran dan keupayaan murid. Guru hendaklah melaksanakan
pentaksiran yang adil dan menyeluruh bagi memastikan murid
mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan. Manakala prinsip yang
ketiga ialah kesejahteraan sosio emosi murid diutamakan di mana
pentadbir sekolah dan guru perlu sentiasa peka kepada keperluan
murid untuk mengikuti PdPR. Sosio emosi merujuk pelbagai aspek
seperti motivasi untuk belajar, hubungan dengan guru dan rakan, dan
mempunyai matlamat dalam kehidupan. Oleh itu, guru hendaklah
mengambil kira aspek sosio emosi murid dalam merancang PdPR
supaya murid berasa seronok dan selesa untuk belajar. Guru
bimbingan kaunseling berperanan dalam membantu murid yang
memerlukan sokongan supaya mereka bersedia mengikuti PdPR.
Seperti apa yang berlaku di sekolah, pelajar yang menuntut
di IPG juga tidak terkecuali daripada menghadapi proses PdP di
rumah namun istilah yang diguna pakai di IPGK ialah PdP secara
dalam talian. Di IPG Kampus Raja Melewar (IPGKRM) Seremban,
Negeri Sembilan bilangan pelajar adalah seramai 227 orang yang
merupakan pelajar PPISMP Ambilan Jun 2020 iaitu merupakan
kumpulan pelajar yang tidak pernah mengikuti PdPR di sekolah.
Kumpulan pelajar ini baharu sahaja menamatkan peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) pada sekitar bulan November dan
Disember tahun 2019. Pada 18hb. Mac 2020, kerajaan Malaysia
telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di
seluruh negara. Kumpulan pelajar ini telah melalui proses lockdown
selama 6 bulan di rumah. Pada 1hb September 2020 pelajar-pelajar
ini telah mendaftar sebagai pelajar baharu secara fizikal dan telah
melalui proses kuarantin dengan mematuhi segala Prosedur Operasi
Standard atau Standard Operational Procedure (SOP) yang telah
ditetapkan. Dalam tempoh kuarantin tersebut PdP dijalankan secara
dalam talian dan sebaik sahaja tamat tempoh kuarantin kaedah PdP
telah dijalankan secara bersemuka di kelas. Namun begitu apabila
kes penularan COVID-19 semakin meningkat kumpulan pelajar ini
telah kembali semula ke rumah masing-masing dan kaedah PdP
telah dijalankan secara dalam talian. Pada bulan Disember 2020
sehingga awal bulan Januari 2021 pentaksiran alternatif iaitu
peperiksaan secara take home exam (THE) telah dijalankan.
Seterusnya setelah tamat cuti semester pertama sebahagian
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21104 101
daripada kumpulan pelajar ini telah kembali semula ke kampus pada
18 Januari 2021 bagi menyambung pengajian di Semester 2.
Walaupun sebahagian besar pelajar telah berada di kampus namun
begitu kaedah PdP masih dijalankan secara dalam talian kerana
terdapat juga sebahagian pelajar lagi yang berada di rumah. Pada
penghujung bulan April 2021 kesemua pelajar telah kembali semula
ke rumah masing-masing dan kini mereka semua bakal menduduki
peperiksaan akhir semester pada bulan Mei 2021 secara ujian
terbuka atau Open Book Test (OBT).
Ini bermakna kumpulan pelajar PPISMP Ambilan Jun 2020
di IPGKRM, merupakan kumpulan pelajar baharu yang telah melalui
kedua-dua kaedah pembelajaran iaitu pembelajaran di kelas secara
bersemuka atau Face to Face Classroom Learning (FCL) dan kaedah
pembelajaran jarak jauh secara dalam talian atau Online Distance
Learning (ODL). Pelantar utama yang digunakan ialah Google
Classroom dan Google Meet manakala pelantar sokongan ialah
aplikasi Whatapps, Telegram dan Facebook.
TINJAUN LITERATUR
Pembelajaran jarak jauh secara dalam talian adalah sesuatu yang
tidak asing lagi pada masa kini. Hampir semua peringkat
pembelajaran dari sekolah rendah hingga peringkat pengajian tinggi
mula memanfaatkan pembelajaran dalam talian sebagai salah satu
norma baru yang harus dipraktikkan. Sebenarnya, ini adalah
transformasi untuk meletakkan sistem pendidikan di Malaysia sebagai
salah satu pusat pendidikan di peringkat dunia (OUM, 2020). Proses
pembelajaran dalam talian telah diteruskan melalui beberapa
pengubahsuaian untuk mengoptimumkan kesan dan impaknya
kepada pelajar yang melibatkan bentuk komunikasi segerak dan tak
segerak (Mohamed Nazul, 2020).
Kaedah pembelajaran yang dilaksanakan secara dalam
talian, kerjasama dan komitmen dari semua pihak, penggunaan,
penyediaan platform pembelajaran, penyediaan bahan, pengetahuan
dan kemahiran penggunaan teknologi kerana ia akan menggunakan
peranti digital selain akses internet. Sejajar dengan saranan yang
telah dilaksanakan oleh KPM, sekolah dan kandungan pendidikan
KPM mulai mengambil inisiatif dan strategi tertentu agar sesi PdPR
berjalan dengan lancar.
Pelbagai kajian awal telah dilakukan untuk melihat
kesediaan dan cabaran yang dialami oleh pelajar ketika menghadapi
102 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 105
sesi pembelajaran dalam talian. Tidak dinafikan, murid sekolah dan
pelajar institusi pendidikan adalah antara yang paling terjejas kerana
mereka memerlukan masa untuk menggunakan kaedah
pembelajaran bersemuka di dalam kelas hingga kaedah
pembelajaran jarak jauh dalam talian agar proses pembelajaran yang
ada tidak terganggu, terutamanya ketika negara berdepan dengan
penularan wabak COVID-19 (Chung, Mohamed Noor & Mathew,
2020). Sebenarnya, perubahan ini tidak hanya berlaku di Malaysia
tetapi juga di negara-negara lain seperti United Kingdom. Sebagai
contoh, University of Cambridge telah mengambil bahagian dalam
sesi pembelajaran dalam talian untuk sesi akademik 2020/2021 untuk
mengekang penyebaran wabak dalam kalangan pelajar dan
perubahan ini sedikit sebanyak mempengaruhi proses pembelajaran
sedia ada (BBC News, 2020).
Selain itu, menurut Tam dan El Azhar (2020), sebagai akibat
dari penularan pandemik COVID-19, dianggarkan lebih daripada 421
juta pelajar telah terjejas proses pembelajaran mereka untuk sesi
pengajian semasa institusi pendidikan harus segera ditutup bagi
memastikan keselamatan kakitangan dan pelajar yang berisiko terlibat
dengan jangkitan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Mohamed
Nazul (2020), terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh pelajar
dalam menjalani pembelajaran dalam talian yang melibatkan
kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi
kerana ia melibatkan pembelajaran digital dan juga perubahan sikap
untuk menerima amalan pembelajaran dalam norma baharu yang
dilaksanakan secara dalam talian.
MATLAMAT KAJIAN
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti kaedah pembelajaran yang menjadi pilihan
pelajar sama ada kaedah pembelajaran secara ODL atau
kaedah pembelajaran secara FCL;
2. mengenal pasti tahap persetujuan pelajar berkaitan domain
utama, domain keberkesanan dan domain kepuasan dalam
pelaksanaan kaedah pembelajaran secara ODL;
3. mengenal pasti perbezaan perspektif antara faktor latar
belakang pelajar dengan domain utama, domain
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21106 103
keberkesanan dan domain kepuasan dalam pelaksanaan
kaedah pembelajaran secara ODL.
Persoalan Kajian
Terdapat tiga persoalan kajian berdasarkan objektif kajian yang telah
dikenal pasti iaitu:
1. Apakah kaedah pembelajaran yang menjadi pilihan pelajar?
2. Apakah tahap persetujuan pelajar berkaitan domain
keberkesanan dan domain kepuasan dalam pelaksanaan
kaedah pembelajaran secara ODL?
3. Adakah terdapat perbezaan perspektif antara faktor latar
belakang pelajar dengan domain utama, domain
keberkesanan dan domain kepuasan dalam pelaksanaan
kaedah pembelajaran secara ODL?
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kajian
Kajian ini dijalankan secara kuantitatif di mana instrumen yang
dibangunkan telah mendapat penilaian kesahan kandungan oleh
pakar yang dirujuk dengan nilai Cronbach’s Alpha 0.922. Terdapat
dua bahagian dalam soal selidik ini iaitu Bahagian A faktor latar
belakang dan Bahagian B mengandungi 3 domain iaitu domain utama,
domain keberkesanan dan domain kepuasan. Untuk bahagian latar
belakang responden sebanyak 10 item dikemukakan manakala bagi
bahagian B sebanyak 1 item bagi domain keutamaan, 11 item bagi
domain keberkesanan dan 8 item bagi domain kepuasan.
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini dijalankan secara tinjauan bagi mengenal pasti perspektif
pelajar mengenai kedua-dua kaedah pembelajaran ini. Soal selidik
telah diedar secara Google Form dan semua pelajar iaitu seramai 227
orang telah menjawab soal selidik ini. Kesemua data telah diproses
menggunakan perisian SPSS Statistical dan analisis deskriptif (min,
sisihan piawai (sp) dan peratus) digunakan untuk mempersembahkan
data kajian di samping analisis perbezaan perspektif dengan
menggunakan ujian Compare Means.
104 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 107
DAPATAN KAJIAN
Persoalan kajian pertama:
Apakah kaedah pembelajaran yang menjadi pilihan pelajar?
Item Setuju Tidak Setuju
Saya suka kaedah pembelajaran
jarak jauh (Distance Learning- Bil. Peratu Bil. Peratus
DL) s (%) (%)
secara dalam talian berbanding
kaedah pembelajaran di kelas 115 50.6 112 49.4
(Classroom Learning-CL)
secara bersemuka.
Jadual 1: Pemilihan kaedah pembelajaran
Dapatan kajian di Jadual 1 menunjukkan bahawa seramai 115 orang
pelajar (50.6%) lebih suka memilih kaedah pembelajaran secara ODL
berbanding seramai 112 orang pelajar (49.4%) lebih suka memilih
kaedah pembelajaran secara FCL. Terdapat perbezaan sebanyak
1.2% sahaja namun walau bagaimanapun data ini menunjukkan
bahawa pelajar-pelajar PPISMP Ambilan Jun 2020 di IPGK Raja
Melewar berasa selesa dengan memilih kaedah pembelajaran jarak
jauh secara dalam talian berbanding kaedah pembelajaran di kelas
secara bersemuka.
Persoalan kajian kedua:
Apakah tahap persetujuan pelajar berkaitan domain keberkesanan
dan domain kepuasan dalam pelaksanaan kaedah pembelajaran
secara ODL?
Item Setuju Tidak Setuju
(Domain Keberkesanan) Bil. Peratus Bil. Peratus
Saya tidak mengalami masalah (%) (%)
130 57.26 97 42.73
semasa mengikuti kelas
131 57.70 96 42.29
pembelajaran jarak jauh
70 30.83 157 69.16
Saya tidak mengalami tekanan
semasa mengikuti kelas
pembelajaran jarak jauh
Aktiviti berkumpulan lebih sesuai
dijalankan dengan pembelajaran
jarak jauh
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21108 105
Saya mempunyai lebih banyak 143 62.99 84 37.00
masa untuk menyediakan bahan
pembelajaran sebelum 171 75.33 46 24.66
perbincangan kumpulan dengan
pembelajaran jarak jauh 92 40.52 135 59.47
82 36.12 145 63.87
Saya mempunyai lebih banyak
masa untuk mengkaji semua 89 39.20 138 60.79
bahan pembelajaran selepas 195 85.90 32 14.09
kelas dengan pembelajaran jarak 94 41.40 133 58.59
jauh
Saya lebih memahami konsep
sesuatu topik pengajaran secara
pembelajaran jarak jauh
Saya dapat memberi lebih
tumpuan dengan pembelajaran
jarak jauh
Proses pemindahan ilmu lebih
mudah dijalankan secara
pembelajaran jarak jauh
Proses pemindahan kemahiran
lebih sukar dijalankan secara
pembelajaran jarak jauh
Aktiviti amali tidak sesuai
dijalankan secara pembelajaran
jarak jauh
Penilaian oleh pensyarah lebih
sesuai dengan pembelajaran jarak
jauh
Jadual 2: Bilangan dan peratus persetujuan bagi domain
keberkesanan mengikut item
Dapatan kajian bagi domain keberkesanan ialah (min=2.61, sp=0.46).
Terdapat 11 item dalam domain ini seperti di Jadual 2 dan item yang
menunjukkan persetujuan paling tinggi ialah item berkaitan “saya
mempunyai banyak masa untuk mengkaji semua bahan pembelajaran
melalui kaedah pembelajaran secara ODL dengan bilangan setuju
seramai 171 orang pelajar (75.4%). Manakala item yang menunjukkan
persetujuan paling rendah ialah bagi item berkaitan “aktiviti
berkumpulan sesuai dijalankan melalui kaedah pembelajaran secara
ODL dengan bilangan setuju seramai 70 orang pelajar (30.83%).
Item Setuju Tidak Setuju
(Domain Kepuasan) Bil. Peratus Bil. Peratus
Pembelajaran jarak jauh (%) (%)
memberi kepuasan belajar
94 41.40 133 58.59
106 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 109
yang serupa dengan 97 42.73 140 57.26
pembelajaran di kelas
68 29.95 159 70.04
Pembelajaran jarak jauh 98 43.17 129 56.82
memberi motivasi untuk 196 86.34 31 13.65
pembelajaran kendiri dan 177 77.97 50 22.02
bersemangat untuk 213 93.83 14 6.16
menyediakan bahan 108 47.57 119 52.42
pembelajaran sebelum
perbincangan kumpulan
Komunikasi dengan
pensyarah dan rakan
pelajar lebih mudah
dengan pembelajaran
jarak jauh
Saya dapat belajar dengan
lebih cekap dengan
pembelajaran jarak jauh
Pembelajaran jarak jauh
memberi saya lebih masa
untuk menyiapkan tugasan
Saya lebih suka
mengambil peperiksaan
alternatif secara jarak
jauh
Saya diperuntukan masa
yang mencukupi untuk
menjawab pentaksiran
alternatif dengan
pembelajaran jarak jauh
Pembelajaran jarak jauh
perlu diteruskan pada
semester-semester yang
akan datang
Jadual 3: Bilangan dan peratus persetujuan bagi domain
kepuasan mengikut item
Dapatan kajian bagi domain kepuasan ialah (min=2.73,
sp=0.61). Terdapat 8 item dalam domain ini seperti di jadual 3 dan
item yang menunjukkan persetujuan paling tinggi ialah item berkaitan
“mempunyai masa yang mencukupi untuk menjawab soalan
pentaksiran alternatif melalui kaedah pembelajaran secara ODL
dengan bilangan setuju seramai 213 orang pelajar (93.83%).
Manakala item yang menunjukkan persetujuan paling rendah ialah
bagi item berkaitan “komunikasi dengan pensyarah dan rakan pelajar
menjadi lebih mudah melalui kaedah pembelajaran secara ODL
dengan bilangan setuju seramai 68 orang (29.95%) sahaja.
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21110 107
Persoalan kajian ketiga:
Adakah terdapat perbezaan perspektif antara faktor latar belakang
pelajar dengan domain utama, domain keberkesanan dan domain
kepuasan dalam pelaksanaan kaedah pembelajaran secara ODL?
Antara faktor latar belakang pelajar yang dikenal pasti
mempunyai perbezaan perspektif berkaitan kaedah pembejaran
secara ODL dan FCL dengan domain utama, domain keberkesanan
dan domain kepuasan ialah faktor jantina, unit pengajian, negeri
menetap, lokasi, kemudahan internet, kestabilan internet dan kategori
pendapatan isi rumah keluarga.
Bagi domain utama iaitu item yang berkaitan “saya suka kaedah
pembelajaran ODL berbanding kaedah pembelajaran FCL”, dapatan
kajian menunjukkan bahawa pelajar perempuan iaitu seramai 163
orang (71.8%) lebih suka memilih kaedah pembelajaran secara ODL
berbanding pelajar lelaki seramai 64 orang (28.2%). Data
menunjukkan bahawa skor min pelajar perempuan (min=1.53,
sp=0.50) lebih tinggi berbanding skor min pelajar lelaki (min=1.43,
sp=0.50). Ini menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih suka
memilih kaedah pembelajaran secara ODL berbanding pelajar lelaki.
Dari aspek unit pengajian dapatan kajian menunjukkan bahawa
pelajar dari Unit Pengajian Melayu 3 (PM3) dan pelajar dari Unit
Pengajian Melayu 4 (PM4) masing-masing seramai 16 orang (7%)
lebih suka memilih kaedah pembelajaran secara ODL berbanding
pelajar dari unit lain seperti TESL, Pendidikan Jasmi (PJM),
Pendidikan Agama Islam (PAI) dan Pendidikan Seni Visual (PSV).
Data menunjukkan bahawa skor min pelajar dari Unit PM3 dan PM4
(min=1.81, sp=0.40) lebih tinggi berbanding pelajar dari unit lain.
Pelajar dari Unit PJM1 menunjukkan skor min yang paling rendah iaitu
(min=1.19, sp=0.40). Ini menunjukkan bahawa pelajar dari Unit PM3
dan PM4 lebih suka memilih kaedah pembelajaran secara ODL
berbanding pelajar dari unit lain. Pelajar dari unit PJM kurang
bersetuju dengan kaedah pembelajaran secara ODL.
Dari aspek negeri menetap dapatan kajian menunjukkan
bahawa pelajar yang menetap di Negeri Sembilan iaitu seramai 9
orang (4%) lebih suka memilih kaedah ODL berbanding pelajar yang
menetap di negeri lain. Data menunjukkan bahawa skor min pelajar
yang menetap di Negeri Sembilan (min=1.88, sp=0.33) lebih tinggi
daripada skor min pelajar yang menetap di negeri lain. Dapatan juga
108 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 111
menunjukkan bahawa pelajar yang menetap di negeri Perlis iaitu
seramai 4 orang (1.8%) menunjukkan skor min yang paling rendah
iaitu (min=1.25, sp=0.50). Ini menunjukkan bahawa pelajar yang
menetap di Negeri Sembilan lebih suka memilih kaedah pembelajaran
secara ODL berbanding pelajar dari negeri lain. Pelajar yang menetap
di negeri Perlis kurang bersetuju dengan kaedah pembelajaran secara
ODL.
Dari aspek lokasi didapati bahawa pelajar yang tinggal di
kawasan bandar iaitu seramai 99 orang (43.6%) lebih suka memilih
kaedah pembelajaran secara ODL berbanding pelajar yang menetap
di kawasan luar bandar iaitu seramai 128 orang (56.4%). Skor min
bagi pelajar yang tinggal di kawasan bandar adalah lebih tinggi iaitu
(min=1.57, sp=0.55) berbanding skor min pelajar yang tinggal di
kawasan luar bandar (min=1.47, sp=0.55). Ini menunjukkan bahawa
pelajar yang tinggal di kawasan bandar lebih suka memilih kaedah
pembelajaran secara ODL berbanding pelajar yang tinggal di luar
bandar.
Dari aspek kemudahan internet dapatan kajian
menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai kedua-dua
kemudahan iaitu wifi dan mobil data seramai 34 orang (15%) lebih
suka memilih kaedah pembelajaran secara ODL berbanding pelajar
yang mempunyai kemudahan mobil data sahaja seramai 95 orang
(41.9%) dan pelajar yang mempunyai kemudahan wifi sahaja iaitu
seramai 98 orang (43.2%). Skor min bagi pelajar yang mempunyai
kedua-dua kemudahan (wifi dan mobil data) adalah paling tinggi iaitu
(min=1.73, sp=0.44), berbanding pelajar yang mempunyai
kemudahan wifi (min=1.59, sp=0.49) dan pelajar yang mempunyai
kemudahan mobil data sahaja (min = 1.33, sp=0.47). Ini menunjukkan
bahawa pelajar yang mempunyai kemudahan wifi dan mobil data lebih
suka memilih kaedah pembelajaran secara ODL berbanding dengan
pelajar yang mempunyai kemudahan wifi sahaja dan pelajar yang
mempunyai kemudahan mobil data sahaja.
Dari aspek kestabilan internet dapatan kajian menunjukkan
bahawa pelajar yang mempunyai internet yang stabil iaitu seramai
113 orang (49.8%) lebih suka memilih kaedah pembelajaran secara
ODL berbanding pelajar yang mempunyai internet yang kadang-
kadang tidak stabil seramai 104 orang (45.8%) dan kumpulan pelajar
yang mempunyai internet yang tidak stabil iaitu seramai 10 orang
(4.4%). Skor min bagi pelajar yang mempunyai internet yang stabil
adalah paling tinggi (min=1.61, sp=0.48), berbanding pelajar yang
mempunyai internet yang kadang-kadang tidak stabil (min=1.42, sp=
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21112 109
0.49) dan pelajar yang mempunyai internet tidak stabil (min = 1.20,
sp= 0.42). Ini menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai internet
yang stabil lebih suka memilih kaedah pembelajaran secara ODL
berbanding pelajar yang mempunyai internet kadang-kadang tidak
stabil dan internet yang tidak stabil.
Dari aspek kategori pendapatan isi rumah keluarga, kajian
menunjukkan bahawa pelajar dari kumpulan M40 (pendapatan antara
RM4850 – RM10,959) iaitu seramai 96 orang (42.3%) lebih suka
memilih kaedah pembelajaran secara ODL berbanding pelajar dari
kumpulan B40 (pendapatan kurang RM4850) seramai 113 orang
(49.8%) dan pelajar dari kumpulan T20 (pendapatan melebihi
RM10,959) seramai 18 orang (7.9%). Skor min bagi pelajar dari
kumpulan M40 adalah paling tinggi (min=1.58, sp=0.49), berbanding
pelajar dari kumpulan B40 (min=1.45, sp=0.49) dan pelajar dari
kumpulan T20 (min = 1.44, sp=0.51). Ini menunjukkan bahawa pelajar
dari kumpulan M40 lebih suka memilih kaedah pembelajaran secara
ODL berbanding pelajar dari kumpulan B40 dan T20.
Bagi domain keberkesanan dapatan kajian menunjukkan
bahawa pelajar perempuan iaitu seramai 163 orang (71.8%)
menyatakan bahawa kaedah pembelajaran secara ODL lebih
berkesan berbanding pelajar lelaki seramai 64 orang (28.2%). Data
menunjukkan bahawa skor min perspektif pelajar perempuan
(min=1.21, sp=0.41) lebih tinggi daripada skor min perspektif pelajar
lelaki (min=1.20, sp=0.40). Ini menunjukkan bahawa pelajar
perempuan menyatakan bahawa kaedah pembelajaran secara ODL
adalah lebih berkesan berbanding pelajar lelaki.
Dari aspek unit pengajian dapatan kajian menunjukkan
bahawa pelajar dari Unit Pengajian Melayu 3 (PM3) dan pelajar dari
Unit Pengajian Melayu 4 (PM4) masing-masing seramai 16 orang
(7%) menyatakan bahawa kaedah pembelajaran secara ODL lebih
berkesan berbanding pelajar dari unit lain seperti TESL, Pendidikan
Jasmi (PJM), Pendidikan Agama Islam (PAI) dan Pendidikan Seni
Visual (PSV). Data menunjukkan bahawa skor min pelajar dari Unit
PM3 dan PM4 (min= 1.37, sp=0.50) lebih tinggi berbanding pelajar
dari unit lain. Pelajar dari Unit PJM1 dan PAI2 menunjukkan skor min
yang paling rendah iaitu (min=1.09, sp=0.30). Ini menunjukkan
bahawa pelajar dari Unit PM3 dan PM4 menyatakan bahawa kaedah
pembelajaran secara ODL lebih berkesan berbanding pelajar dari unit
lain. Pelajar dari unit PJM1 dan PAI2 menyatakan pembelajaran
secara ODL kurang berkesan.
110 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 113
Dari aspek negeri menetap dapatan kajian menunjukkan
bahawa pelajar yang menetap di Negeri Sembilan iaitu seramai 9
orang (4%) menyatakan kaedah pembelajaran secara ODL lebih
berkesan berbanding pelajar yang menetap di negeri lain. Data
menunjukkan bahawa skor min pelajar yang menetap di Negeri
Sembilan (min=1.55, sp=0.52) lebih tinggi daripada pelajar yang
menetap di negeri lain. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar yang
menetap di negeri Perlis iaitu seramai 4 orang (1.8%) menunjukkan
skor min yang paling rendah iaitu (min=1.25, sp=0.50). Ini
menunjukkan bahawa pelajar yang menetap di Negeri Sembilan
menyatakan kaedah pembelajaran secara ODL lebih berkesan
berbanding pelajar dari negeri lain. Pelajar yang menetap di negeri
Perlis menyatakan kaedah pembelajaran secara ODL kurang
berkesan.
Dari aspek lokasi didapati bahawa pelajar yang tinggal di
kawasan bandar iaitu seramai 99 orang (43.6%) menyatakan kaedah
ODL lebih berkesan berbanding pelajar yang tinggal di kawasan luar
bandar iaitu seramai 128 orang (56.4%). Skor min bagi pelajar yang
tinggal di kawasan bandar (min=1.25, sp=0.43) adalah lebih tinggi
daripada skor min pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar
(min=1.17, sp=0.38). Ini menunjukkan bahawa pelajar yang tinggal di
kawasan bandar menyatakan kaedah pembelajaran secara ODL lebih
berkesan berbanding pelajar yang tinggal di luar bandar.
Dari aspek kemudahan internet dapatan kajian
menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai kemudahan wifi iaitu
seramai 98 orang (43.2%) menyatakan kaedah pembelajaran secara
ODL lebih berkesan berbanding pelajar yang mempunyai kemudahan
mobil data sahaja seramai 95 orang (41.9%) dan pelajar yang
mempunyai kemudahan wifi dan mobil data seramai 34 orang (15%).
Skor min bagi pelajar yang mempunyai kemudahan wifi adalah paling
tinggi (min=1.30, sp=0.46), berbanding pelajar yang mempunyai
kemudahan wifi dan mobil data (min=1.23, sp=0.43) dan pelajar yang
mempunyai kemudahan mobil data sahaja (min = 1.10, sp=0.30). Ini
menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai kemudahan wifi
menyatakan kaedah pembelajaran secara ODL adalah lebih berkesan
berbanding pelajar yang mempunyai kemudahan wifi dan mobil data
dan kumpulan pelajar yang mempunyai kemudahan mobil data
sahaja.
Dari aspek kestabilan internet dapatan kajian menunjukkan
bahawa pelajar yang mempunyai internet yang stabil iaitu seramai
113 orang (49.8%) menyatakan kaedah pembelajaran secara ODL
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21114 111
lebih berkesan berbanding pelajar yang mempunyai internet yang
kadang-kadang tidak stabil seramai 104 orang (45.8%) dan kumpulan
pelajar yang mempunyai internet yang tidak stabil iaitu seramai 10
orang (4.4%). Skor min bagi pelajar yang mempunyai internet yang
stabil adalah paling tinggi (min=1.30, sp=0.46), berbanding pelajar
yang mempunyai internet yang kadang-kadang tidak stabil (min=1.13,
sp= 0.34) dan pelajar yang mempunyai internet tidak stabil (min =
1.00, sp= 0.00). Ini menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai
internet yang stabil menyatakan bahawa kaedah pembelajaran secara
ODL lebih berkesan berbanding pelajar yang mempunyai internet
kadang-kadang tidak stabil dan kumpulan pelajar yang mempunyai
internet yang tidak stabil.
Dari aspek kategori pendapatan isi rumah keluarga
dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar dari kumpulan T20 iaitu
seramai 18 orang (7.9%) menyatakan kaedah pembelajaran secara
ODL lebih berkesan berbanding pelajar dari kumpulan M40 seramai
96 orang (42.3%) dan pelajar dari kumpulan B40 seramai 113 orang
(49.8%). Skor min bagi pelajar dari kumpulan T20 adalah paling tinggi
(min=1.33, sp=0.48), berbanding pelajar dari kumpulan M40
(min=1.26, sp=0.44) dan pelajar dari kumpulan B40 (min = 1.15,
sp=0.35). Hal ini menunjukkan bahawa pelajar dari kumpulan T20
menyatakan kaedah pembelajaran secara ODL lebih berkesan
berbanding pelajar dari kumpulan M40 dan B40.
Bagi domain kepuasan dapatan kajian menunjukkan
bahawa perspektif pelajar perempuan seramai 163 orang (71.8%)
yang menyatakan bahawa kaedah pembelajaran secara ODL lebih
memberi kepuasan berbanding perspektif pelajar lelaki seramai 64
orang (28.2%). Data menunjukkan bahawa skor min perspektif pelajar
perempuan (min=1.29, sp=0.45) lebih tinggi daripada skor min
perspektif pelajar lelaki (min=1.26, sp=0.44).Hal ini menunjukkan
bahawa pelajar perempuan menyatakan kaedah pembelajaran
secara ODL adalah lebih memberi kepuasan berbanding pelajar
lelaki.
Dari aspek unit pengajian dapatan kajian menunjukkan
bahawa pelajar dari Unit Pengajian Melayu 4 (PM4) seramai 16 orang
(7%) menyatakan kaedah pembelajaran secara ODL lebih memberi
kepuasan berbanding pelajar dari unit lain seperti TESL, Pendidikan
Jasmi (PJM), Pendidikan Agama Islam (PAI) dan Pendidikan Seni
Visual (PSV). Data menunjukkan bahawa skor min pelajar dari Unit
PM4 (min=1.68, sp=0.47) lebih tinggi berbanding pelajar dari unit lain.
Pelajar dari Unit PJM2 menunjukkan skor min yang paling rendah iaitu
112 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 115
(min=1.10, sp=0.31).Hal ini menunjukkan bahawa pelajar dari Unit
PM4 menyatakan kaedah pembelajaran secara ODL lebih memberi
kepuasan berbanding pelajar dari unit lain. Pelajar dari unit PJM2
menyatakan pembelajaran secara ODL kurang memberi kepuasan.
Dari aspek negeri menetap dapatan kajian menunjukkan
bahawa pelajar yang menetap di negeri Sarawak iaitu seramai 9
orang (4%) menyatakan kaedah pembelajaran secara ODL lebih
memberi kepuasan berbanding pelajar yang menetap di negeri lain.
Data menunjukkan bahawa skor min pelajar yang menetap di negeri
Sarawak (min=1.66, sp=0.50) lebih tinggi berbanding pelajar yang
menetap di negeri lain. Dapatan menunjukkan pelajar yang menetap
di negeri Perlis iaitu seramai 4 orang (1.8%) menunjukkan skor min
yang paling rendah iaitu (min=1.00, sp=0.00). Ini menunjukkan
bahawa pelajar yang menetap di negeri Sarawak menyatakan kaedah
pembelajaran secara ODL lebih memberi kepuasan berbanding
pelajar dari negeri lain. Pelajar yang menetap di negeri Perlis
menyatakan kaedah pembelajaran secara ODL kurang memberi
kepuasan.
Dari aspek lokasi didapati bahawa pelajar yang tinggal di
kawasan bandar iaitu seramai 99 orang (43.6%) menyatakan bahawa
kaedah ODL lebih memberi kepuasan berbanding pelajar yang tinggal
di kawasan luar bandar iaitu seramai 128 orang (56.4%). Skor min
bagi pelajar yang tinggal di kawasan bandar (min=1.40, sp=0.49)
adalah lebih tinggi berbanding skor min pelajar yang tinggal di
kawasan luar bandar (min=1.19, sp=0.39). Ini menunjukkan bahawa
pelajar yang tinggal di kawasan bandar menyatakan bahawa kaedah
pembelajaran secara ODL lebih memberi kepuasan berbanding
pelajar yang tinggal di luar bandar.
Dari aspek kemudahan internet dapatan kajian
menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai kemudahan wifi dan
mobil data iaitu seramai 34 orang (15%) menyatakan kaedah
pembelajaran secara ODL lebih memberi kepuasan berbanding
pelajar yang mempunyai kemudahan wifi sahaja seramai 98 orang
(43.2%) dan pelajar yang mempunyai kemudahan mobil data seramai
95 orang (41.9%). Skor min bagi pelajar yang mempunyai kemudahan
wifi dan mobil data adalah paling tinggi (min=1.38, sp=0.49),
berbanding pelajar yang mempunyai kemudahan wifi (min=1.34,
sp=0.47) dan pelajar yang mempunyai kemudahan mobil data sahaja
(min = 1.18, sp=0.39). Hal ini menunjukkan bahawa pelajar yang
mempunyai kemudahan wifi dan mobil data menyatakan kaedah
pembelajaran secara ODL adalah lebih memberi kepuasan
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21116 113
berbanding kumpulan pelajar yang mempunyai kemudahan wifi dan
kumpulan pelajar yang mempunyai kemudahan mobil data sahaja.
Dari aspek kestabilan internet dapatan kajian menunjukkan
bahawa pelajar yang mempunyai internet yang stabil iaitu seramai
113 orang (49.8%) menyatakan kaedah pembelajaran secara ODL
lebih memberi kepuasan berbanding pelajar yang mempunyai internet
yang kadang-kadang tidak stabil seramai 104 orang (45.8%) dan
kumpulan pelajar yang mempunyai internet yang tidak stabil iaitu
seramai 10 orang (4.4%). Skor min bagi pelajar yang mempunyai
internet yang stabil adalah paling tinggi (min=1.38, sp=0.48),
berbanding kumpulan pelajar yang mempunyai internet yang kadang-
kadang tidak stabil (min=1.21, sp= 0.41) dan kumpulan pelajar yang
mempunyai internet tidak stabil (min=1.00, sp=0.00). Hal ini
menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai internet yang stabil
menyatakan bahawa kaedah pembelajaran secara ODL lebih
memberi kepuasan berbanding kumpulan pelajar yang mempunyai
internet kadang-kadang tidak stabil dan kumpulan pelajar yang
mempunyai internet yang tidak stabil.
Dari aspek kategori pendapatan isi rumah keluarga
dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar dari kumpulan T20 iaitu
seramai 18 orang (7.9%) menyatakan kaedah pembelajaran secara
ODL lebih memberi kepuasan berbanding pelajar dari kumpulan M40
iaitu seramai 96 orang (42.3%) dan pelajar dari kumpulan B40
seramai 113 orang (49.8%). Skor min bagi pelajar dari kumpulan T20
adalah paling tinggi (min=1.38, sp=0.50), berbanding pelajar dari
kumpulan M40 (min=1.29, sp=0.45) dan pelajar dari kumpulan B40
(min = 1.26, sp=0.44). Ini menunjukkan bahawa pelajar dari kumpulan
T20 menyatakan kaedah pembelajaran secara ODL lebih memberi
kepuasan berbanding pelajar dari kumpulan M40 dan B40.
PERBINCANGAN
Daripada dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa
pelajar PPISMP Ambilan Jun 2020 di IPGK Raja Melewar lebih suka
memilih kaedah pembelajaran secara ODL berbanding kaedah
pembelajaran secara FCL. Bagi domain keberkesanan jelas
menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran secara ODL lebih
berkesan berbanding kaedah pembelajaran secara FCL. Manakala
bagi domain kepuasan pula menunjukkan bahawa kaedah
pembelajaran secara ODL lebih memberi kepuasan berbanding
kaedah pembelajaran secara FCL.
114 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 117
Berdasarkan faktor jantina di dapati bahawa pelajar
perempuan lebih mendombinasi dapatan kajian kerana bilangan
responden perempuan adalah lebih ramai berbanding responden
lelaki. Berdasarkan faktor unit pengajian di dapati bahawa pelajar dari
Unit Pengajian Melayu (PM) lebih suka memilih kaedah pembelajaran
secara ODL, menyatakan kaedah pembelajaran secara ODL lebih
berkesan dan lebih memberi kepuasan. Hal ini mungkin disebabkan
mata pelajaran Bahasa Melayu kurang melibatkan aktiviti pengajaran
secara hands-on maka kaedah pembelajaran secara ODL adalah
lebih sesuai. Manakala bagi pelajar dari Unit Pendidikan Jasmani
(PJM), mereka lebih suka memilih kaedah pembelajaran secara FCL
memandangkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani lebih sesuai
dijalankan secara bersemuka kerana mata pelajaran ini lebih bersifat
hands-on dan praktis. Hal Ini bermakna bagi mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan mata pelajaran yang melibatkan amali atau
hands-on yang lain kaedah pembelajaran secara FCL lebih berkesan
dan lebih memberi kepuasan.
Berdasarkan faktor negeri menetap di dapati bahawa
pelajar yang menetap di Negeri Sembilan lebih suka memilih kaedah
pembelajaran secara ODL dan menyatakan kaedah pembelajaran
secara ODL lebih berkesan berbanding kaedah pembelajaran secara
FCL, namun bagi domain kepuasan, pelajar yang tinggal di negeri
Sarawak menyatakan kaedah pembelajaran secara ODL lebih
memberi kepuasan berbanding kaedah pembelajaran secara FCL.
Hal ini mungkin disebabkan pelajar yang menetap di Negeri Sembilan
berasa lebih selasa belajar dari rumah secara dalam talian dan pelajar
dari Sarawak lebih berpuas hati belajar dari rumah secara dalam
talian. Manakala pelajar dari negeri Perlis lebih suka belajar secara
FCL dan menyatakan belajar secara ODL kurang berkesan dan
kurang berpuas hati.
Berdasarakan faktor lokasi di dapati pelajar yang tinggal di
luar bandar lebih suka memilih kaedah pembelajaran secara ODL,
menyatakan kaedah pembelajaran secara ODL lebih berkesan dan
berpuas hati. Ini mungkin disebabkan faktor lokasi di bandar yang
menyebabkan pelajar lebih selesa belajar secara ODL berbanding
kaedah secara FCL. Berdasarkan faktor kemudahan internet, pelajar
yang mempunyai kemudahan internet seperti wifi dan mobil data lebih
suka memilih kaedah pembelajaran secara ODL, menyatakan kaedah
pembelajaran secara ODL lebih berkesan dan berpuas hati.
Berdasarkan faktor kestabilan internet, pelajar yang mempunyai
internet yang stabil lebih suka memilih kaedah pembelajaran secara
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21118 115
ODL, menyatakan kaedah pembelajaran secara ODL lebih berkesan
dan berpuas hati. Berdasarkan faktor kategori pendapatan isi rumah
keluarga, pelajar dari kumpulan T20 dan M20 lebih suka memilih
kaedah pembelajaran secara ODL, menyatakan kaedah
pembelajaran secara ODL lebih berkesan dan berpuas hati.
KESIMPULAN
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, para pensyarah dan pelajar
di IPG Kampus Raja Melewar harus meneruskan tugas PdP dalam
apa jua keadaan sekali pun. Ini kerana pandemik COVID-19 yang
melanda seluruh dunia terpaksa dihadapi dan diharungi oleh seluruh
masyarakat dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) telah
menetapkan bahawa setiap murid/pelajar perlu mendapat akses
kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi
kehidupan masa hadapan. Oleh itu, murid/pelajar berhak mendapat
peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke
sekolah/kampus (KPM, 2021). Justeru itu, semua guru, pensyarah,
murid, pelajar dan ibu bapa serta masyarakat keseluruhannya perlu
menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran norma baharu.
Semua pihak perlu bersetuju dan menerima kaedah pembelajaran
jarak jauh secara dalam talian berbanding kaedah pembelajaran di
kelas secara bersemuka yang telah dilaksanakan mulai tahun 2020
sehinggalah keadaan pandemik COVID-19 kembali pulih
sepenuhnya.
Dapatan dari kajian ini diharapkan dapat membantu para
pensyarah khususnya di IPGKRM agar dapat membuat perancangan
PdP secara dalam talian dengan lebih berstruktur dan profesional.
Kenal pasti masalah latar belakang pelajar, berusaha untuk
menangani masalah tersebut dan akhirnya laksanakan tugas dengan
penuh keikhlasan hati serta tingkatkan kompetensi demi membangun
dan malahirkan insan berjiwa pendidik.
RUJUKAN
Abdul Rashid Abdul Aziz, Amin Al Haadi Shafie, Umi Hamidaton Mohd
Soffian Lee, Raja Nur Syafiqah Raja Ashaari (2020). Strategi
Pembangunan Aspek Kesejahteraan Kendiri bagi Mendepani
Tekanan Akademik Semasa Wabak COVID-19. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). Volume
116 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 119
5, Issue 12, December 2020. e-ISSN : 2504-856.
www.msocialsciences.com. Dicapai pada 7 Mei 2021 daripada
https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/vie
w/594.
BBC News (2020). Cambridge University: All lectures to be online-only
until Summer of 2021. Dicapai pada 8 Mei 2020 daripada
https://www.bbc.com/news/education-52732814
Chung, E., Noor, N. M., & Vloreen Nity Mathew. (2020). Are You
Ready? An Assessment of Online Learning Readiness
among University Students. International Journal of
Academic Research in Progressive Education and
Development, 9(1), 301–317.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2021), Manual Pengajaran dan
Pembelajaran Versi_2. Dicapai pada 5 Mei 2021 daripada
https://www.moe.gov.my/pekeliling/4081-manual-pengajaran-
dan-pembelajaran-versi-2-2-feb-2021-1/file
Majlis Keselamatan Negara (MKN), (2021), Laporan Statistik
Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 8 Mei 2021 di
www. mkn.gov.my
Mohd Nazul Ismail. (2020). Cabaran Kepimpinan dalam
Pengurusan Pembelajaran Digital. Jurnal Refleksi
Kepimpinan, 3, 20-24.
Open University Malaysia (2020). Pengajian atas talian @e-
pembelajaran: apa yang anda perlu tahu. Dicapai pada 7 Mei
2021 daripada https://apel.oum.edu.my/blog/2020-07-28-
pendidikan-jarak-jauh-apa-yang-anda-perlu-tahu/.
Tam, G. & El-Azhar, D. (2020). 3 ways the coronavirus pandemic
could reshape education. The World Economic Forum
COVID Action Platform. Dicapai pada 7 Mei 2021 daripada
https://www.weforum.org/agenda/2020/03/3-ways-
coronavirus-is-reshaping-education-and-what- changes-
might-be-here-to-stay/.
Worldometer (2021), Covid-19 Coronavirus Pandemic, Dicapai pada 8
Mei 2021 daripada https://www.worldometers.info/coronavirus/).
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21120 117
118 J u r n a l M e l e w a r B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1
Pemahaman Ikatan Kerjasama (Working Alliance) dalam
Proses Kaunseling: Perspektif Kaunselor
Norliza binti Abdul Razak
Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKRM
Prof. Madya Salleh bin Amat, Ph.D
Salina binti Nen, Ph.D
Universiti Kebangsaan Malaysia
Chua Lay Nee, Ph.D
Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi, IPGKRM
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti pemahaman kaunselor
berkaitan ikatan kerjasama (Working Alliance) dalam proses
kaunseling. Peserta kajian terdiri daripada sembilan orang Kaunselor
Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia dan telah
menjalankan sesi kaunseling 10 tahun dan ke atas. Kajian ini
merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian
kes. Alat pengukuran bagi tujuan mengumpul data adalah dengan
menggunakan Protokol Temu Bual kaunselor. Data yang diperoleh
dianalisis secara manual dan dibantu melalui perisian Atlas.ti (v8).
Data kualitatif daripada dapatan kajian yang dilakukan menunjukkan
bahawa pemahaman kaunselor berkaitan ikatan kerjasama dalam
proses kaunseling adalah berdasarkan tujuh elemen yang
dikemukakan. Elemen tersebut adalah berlaku dalam semua
peringkat, hubungan antara kaunselor dan klien, perkongsian
matlamat klien dengan kaunselor, bantuan, kebersamaan dan
kesediaan kaunselor dan klien serta kepentingan ikatan kerjasama
dalam proses kaunseling. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
pemahaman kaunselor berkaitan ikatan kerjasama dalam proses
kaunseling adalah selaras dengan elemen yang dikemukakan oleh
Bordin (1979) iaitu elemen hubungan dan matlamat.
Kata kunci : Kata kunci: Pemahaman, Ikatan kerjasama, proses
kaunseling, kaunselor, sesi kaunseling
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21121 119
PENGENALAN
Ikatan kerjasama dalam bidang kaunseling di luar negara telah dikaji
dengan agak meluas jika dibandingkan dengan kajian-kajian
di Malaysia. Secara umumnya, kajian yang berkaitan takrifan ikatan
kerjasama (Zetzel, 1956; Greenson,1967) dan kompenan yang
menyumbang kepada ikatan kerjasama seperti “Bonds”, “Tasks” dan
“Goals” telah dikemukakan oleh Bordin (1979,1994), Raue &
Goldfried (1994), Shaw & Murray (2014), Anderson & Levitt (2015)
dan lain-lain. Dalam membincangkan istilah “working alliance” atau
ikatan kerjasama terdapat pelbagai istilah-istilah lain yang turut
digunakan bagi menggambarkan hubungan teraputik dalam sesi
kaunseling. Ini termasuklah ikatan kaunseling (counselling alliance),
ikatan teraputik (therapeutic alliance), ikatan ego (ego alliance), ikatan
menolong (helping alliance) dan ikatan kerjasama (working alliance)
(Bedi, Davis & Arvay, 2005). Pada tahun-tahun 1970-an, ikatan
(alliance) merupakan konsep dikemukakan untuk menjelaskan
peranan hubungan yang unik antara klien dan kaunselor. Teras
kepada konsep ini ialah pengalaman kerjasama dan perkongsian
antara kaunselor dan klien (Bordin, 1979; Horvath, 1991). Pada fasa
ini, Bordin (1979) telah mengemukakan kepentingan ikatan melalui
kajian-kajian yang dilaksanakan dengan mengistilahkannya sebagai
“working alliance” atau diistilahkan sebagai ikatan kerjasama dalam
proses kaunseling dengan memberi keutamaan yang kesetaraan
antara peranan kaunselor dan klien dalam memastikan proses
kaunseling berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Dalam konteks di Malaysia, kefahaman berkaitan ikatan
kerjasama dalam sesi kaunseling belum diterokai secara mendalam
dan terperinci. Kajian-kajian yang dilakukan di Malaysia berkaitan
ikatan kerjasama lebih memfokuskan kepada hubungan ikatan
kerjasama dengan faktor-faktor yang mempengaruhi ikatan
kerjasama dalam proses penyeliaan praktikum kaunseling
sebagaimana yang dijalankan oleh Hilmi, 2006; Wan Marzuki, 2007;
Nor Mazlina, Wan Marzuki, Rohani & Sidek, 2016 dan pendekatan
teraputik dan pencegahan dadah oleh Zall Kepli (2014).
Di samping itu, kajian berkaitan persepsi kaunselor terhadap
pemahaman ikatan kerjasama dalam proses kaunseling masih
kurang dijalankan. Malah, kaunselor didapati kurang dilibatkan dalam
kajian-kajian yang dijalankan untuk memberi pandangan dalam
menerangkan ikatan kerjasama yang terbina dalam proses
120 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 122
kaunseling berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh mereka
(Andrade, Lahera & Fernandez, 2017). Kajian tentang pemahaman
kaunselor terhadap ikatan kerjasama dalam proses kaunseling
adalah sangat penting kerana kejayaan sesuatu sesi kaunseling itu
adalah bergantung kepada ikatan kerjasama antara kaunselor dengan
klien (Gladding, 2013; Constantino, 2017; Balkin, 2018). Oleh itu,
kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti pemahaman kaunselor
berkaitan ikatan kerjasama dalam proses kaunseling individu.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti pemahaman kaunselor berkaitan ikatan
kerjasama dalam proses kaunseling individu.
SOALAN KAJIAN
i. Apakah kefahaman kaunselor berkaitan ikatan kerjasama dalam
proses kaunseling individu.
SOROTAN LITERATUR
Ikatan Kerjasama (Working Alliance)
Elizabeth Zetzel (1956) telah mengemukakan hubungan antara klien
dan kaunselor diistilahkan sebagai “ theraputic alliance” yang wujud
hasil daripada kesediaan klien dalam proses kaunseling. Greenson
(1967) pula mengemukakan konsep “ theraputic alliance” sebagai
hasil daripada usaha yang dilakukan oleh klien sehingga
membolehkan klien untuk berkongsi pengalaman dan masalah yang
dihadapi semasa proses kaunseling. Terdapat banyak faktor yang
telah dikenal pasti mempengaruhi “theraputic alliance” seperti faktor
kesabaran, empati, berterus-terang dan tidak menghukum yang
diaplikasikan oleh kaunselor. Bordin (1979) kemudiannya telah
mentakrifkan “theraputic alliance” ini sebagai “Working Alliance” yang
merujuk kepada persetujuan klien dan kaunselor dari segi matlamat
dan tugasan dalam sesi serta kewujudan hubungan antara klien dan
kaunselor yang berdasarkan kepada kepercayaan. Konsep WA
memberikan nilai kepada peranan klien dan kaunselor dari segi
kerjasama dan kejayaan berkaitan persetujuan berkaitan proses
kaunseling yang dijalani.
Dalam membincangkan ikatan kerjasama dalam proses
kaunseling, Bordin (1979) mentakrifkan ikatan kerjasama sebagai
persetujuan antara kaunselor dan klien berkaitan matlamat, teknik
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21123 121
atau kaedah yang digunakan dalam proses kaunseling dan ikatan
hubungan (Shaw & Murray 2014; Rn & Rothan-tondeur, 2017).
Kaunselor dan klien perlu merasai ikatan dalam ikatan kerjasama
di samping faktor-faktor lain yang mempengaruhi ikatan kerjasama
seperti kepercayaan, kesukaan dan komitmen (Bordin, 1994;
Anderson & Levitt 2015; Zilcha, 2018 Steel & Schroder, 2018,).
Ikatan kerjasama yang dikemukakan oleh Bordin (1979)
dipilih dalam membincangkan pemahaman kaunselor berkaitan ikatan
kerjasama disebabkan Bordin (1979) telah membincangkan ikatan
kerjasama secara spesifik dengan mengemukakan kompenan-
kompenan ikatan kerjasama secara khusus seperti matlamat,
tugasan dan hubungan. Ikatan kerjasama yang menjadi rujukan
dalam kajian ini ialah ikatan kerjasama yang dikemukakan oleh Bordin
(1979) terbina adalah hasil kerjasama dan kesepaduan antara
kaunselor dan klien dari segi matlamat, tugasan dan hubungan
sepanjang proses kaunseling dijalankan.
Matlamat adalah merujuk kepada tujuan atau objektif sesi
kaunseling dijalankan. Persetujuan berkaitan matlamat juga merujuk
kepada hasil proses kaunseling yang dijalankan (Bradford & Davis,
2014; Anderson, 2015; Zilcha, 2018). Tugasan pula adalah merujuk
kepada persetujuan antara kaunselor dan klien dari segi pendekatan
dan teknik yang digunakan bagi bagi mencapai matlamat yang
ditetapkan (Bachelor, 2013; Shaw & Murra, 2014; Fuertes, 2017).
Sementara elemen hubungan dalam ikatan kerjasama adalah
merujuk kepada tahap keserasian dalam hubungan antara kaunselor
dan klien. Hubungan ini dapat difahami sebagai tahap persetujuan
atau kebersamaan antara kaunselor dan klien berkaitan perubahan
matlamat dalam proses kaunseling (Carlton & Bedi, 2010; Owen,
Reese, Quirk & Rodolfa, 2013; Murphy, 2018).
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kajian
Kajian ini merupakan kajian kualitatif.
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan adalah reka bentuk kajian kes.
Kaedah ini sesuai untuk menghuraikan satu atau lebih gabungan
proses, hubungan, latar, sistem dan orang yang terlibat dalam kajian.
Kajian kes meneliti bagaimana maklumat dikumpul mengenai sesuatu
122 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 124
unit, individu, keluarga atau kumpulan yang berubah mengikut masa
(Bogdan & Biklen, 2003; Yin, 2011).
Pengumpulan data dalam kajian ini melibatkan temu bual
secara separa struktur dengan sembilan orang kaunselor yang telah
menjalankan sesi kaunseling individu sekurang-kurangnya 10 tahun
dan ke atas. Dalam kajian ini, data kajian dikumpul menggunakan
satu set soalan temu bual iaitu Protokol Temu Bual Sesi Kaunseling
(Kaunselor) bagi meneroka pengalaman peserta kajian dalam proses
pembentukan ikatan kerjasama semasa sesi kaunseling dijalankan.
Data kajian dalam kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan
analisis data secara manual dan dibantu melalui perisian Atlas.ti (V8).
Perisian ini adalah satu perisian menggunakan komputer bagi analisis
data kualitatif (CAQDAS). Data-data kualitatif semuanya berbentuk
transkrip melalui penulisan perkataan demi perkataan dan
penyusunan ayat demi ayat (Baker & Edwards 2012; Guetterman
2015; Ghazali & Sufean 2016).
Peserta Kajian
Peserta kajian dalam kajian ini adalah merupakan kaunselor yang
telah mempunyai pengalaman menjalankan proses kaunseling
sebanyak 10 kali dan ke atas. Peserta kajian juga merupakan
kaunselor yang pernah menjalankan empat sesi kaunseling dan
ke atas bersama klien yang sama. Semua peserta kajian berumur
dalam lingkungan 38 tahun hingga 45 tahun dan merupakan
Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM).
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan dapatan daripada analisis kajian yang dijalankan, dapat
disimpulkan bahawa pemahaman kaunselor berkaitan ikatan
kerjasama adalah selaras dengan definisi yang dikemukakan oleh
Bordin (1979) dari aspek pembinaan hubungan dan matlamat dalam
proses kaunseling sahaja. Sementara aspek tugasan tidak ditekankan
oleh peserta kajian dalam membincangkan definisi ikatan kerjasama.
Rajah 1 menunjukkan elemen-elemen yang menerangkan tentang
pemahaman ikatan kerjasama dalam kalangan kaunselor yang
dihasilkan daripada analisis data temubual bersama sembilan orang
kaunselor.
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21125 123
Rajah 1: Pemahaman kaunselor: Elemen ikatan kerjasama dalam
proses kaunseling individu
Rajah 2: Pernyataan Peserta Kajian Berkaitan Elemen Ikatan
Kerjasama dalam Proses
124 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 126
Rajah 1 dan Rajah 2 di atas menunjukkan pemahaman kaunselor
berkaitan elemen-elemen ikatan kerjasama dalam proses kaunseling
individu berdasarkan kepada pengalaman peserta kajian
menjalankan sesi kaunseling bersama klien yang sama sebanyak
empat sesi dan ke atas. Elemen-elemen yang muncul diperjelaskan
dengan lebih lanjut seperti berikut:
i. Berlaku dalam semua peringkat
Hasil daripada analisis data, kebanyakan peserta kajian
menyatakan bahawa ikatan kerjasama berlaku dalam semua
peringkat proses kaunseling yang dijalankan iaitu bermula
daripada sesi pertama sehingga sesi terakhir. Antara
pernyataan peserta kajian dalah seperti berikut:
“Kalau ‘working alliance’ ini, biasanya dia banyak
berkisarkan tentang perhubungan kaunseling dengan klien
lah kita katakan. Kalau kita tengok, pertamanya, dari segi
perhubungannya dalam perhubungan profesional,
profesional maksudnya ada tempoh dan berlaku dari sesi
awal atau sesi pertama sehingga akhir”(3:117, 33876-
34124)
“Profesional maksudnya ada tempoh lah. Ada tempoh dan
ada dia punya prosedur dan proses-proses yang tertentu
dan yang kita jalankan, dan dia ada matlamat yang nak
dicapai. So, apa yang berlaku dalam proses sesi itu dari awal
hingga akhir, adalah ikatan kerjasama antara kaunselor dan
klien”(3:118, 34087-34350)
“Maksudnya kerjasama dan kefahaman antara kaunselor
dan klien dalam proses mencapai matlamat klien capai.
Pada saya kerjasama tu sepatutnya berlaku dalam semua
peringkat dalam proses kaunseling”. (7:63, 11642:11835)
ii. Hubungan antara kaunselor dan klien
Pemahaman peserta kajian berkaitan ikatan kerjasama
seterusnya ditunjukkan melalui hubungan yang terbentuk
antara kaunselor dan klien. Hubungan ini dinyatakan oleh
peserta kajian sebagai hubungan yang baik dan mesra (4:21,
5986:6233 dan (4:15, 4565:4709)), adanya kepercayaan
kepada kaunselor (1:69, 15164:15522), kaunselor memahami
klien (1:85, 21447:21643, perhubungan yang profesional
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21127 125
(3;117, 33876:34124), empati, menerima tanpa syarat(3:120,
34578:35218), hubungan sejahtera dan saling bantu-
membantu (9:20, 4872:5269) dan mengambil berat ”. (9:23,
5283:5596). Ini dapat dilihat daripada contoh petikan
temubual peserta kajian seperti berikut:
“Kadang-kadang klien tu bagi saya membina hubungan
adalah suatu yang penting bagi memastikan proses
kaunseling dijalankan lebih tersusun dan adanya hubungan
antara klien dan kaunselor”. (2:6, 1764:1944)
“Kalau tengok perkataan ikatan tu pada saya adalah merujuk
kepada hubungan.. hubungan yang sejahtera agaknya antara
kaunselor dengan klien. Sama-sama boleh mesra dan tolong
menolong. Pada saya macam tu la ikatan kerjasama”.
(4:33,8439:8658)
“Masa ni saya dapat rasanya yang hubungan kami mula
rapat dan dia mempercayai saya apabila saya menunjukkan
kesungguhan untuk membantu. Kesungguhan saya ni saya
rasa klein dapat lihat melalui sikap ambil berat saya pada
dirinya.” (7:36, 6478:6898)
“Ikatan kerjasama dalam proses kaunseling yang utamanya
apabila klien datang berjumpa dengan kita, kita kena ada satu
prinsip “trust”, maksudnya klien mempercayai kaunselor,
yang pentingnya pertama sekali kita kena bina hubungan,
selalukan orang cakap tak kenal maka tak cinta, aahh”.(8:9,
2312:2800)
iii. Perkongsian matlamat klien dengan kaunselor
Dalam membincangkan pemahaman berkaitan ikatan
kerjasama, aspek yang sangat dipentingkan oleh peserta
kajian ialah dari aspek perkongsian matlamat klien dengan
kaunselor dalam menjayakan proses kaunseling yang
dijalankan. Setiap proses kaunseling yang dijalankan perlu
mempunyai matlamat sama ada (1:44, 9760:10040, (8:37,
10093:10409) dan (3;118, 34087:34350) bermula daripada
klien atau kaunselor (1:44, 9760:10040) tetapi matlamat ini
perlu dibincangkan (2:44, 14183:14492), difahami (2:43,
13991:14260 dan (9:22, 4873:5268) dan dikongsi bersama-
sama (1:76, 17308:17581). Contoh pernyaaan adalah seperti
di bawah:
Yes, matlamat tu mempengaruhi. Matlamat tu, walaupun dia
tak kata dia nak selesaikan, tapi dia nak berkongsi tu
matlamat dia paling utama menjadikan sesi tu berjaya, tapi
126 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 128
kalau dia datang okay tak tahu, takpelah, kita rasa macam
buat diri sendiri ke, atau sebaliknya lah. (1:76, 17308:17581)
“Lagi satu bukan setakat kaunselor sendiri, tapi kita kena
faham apa matlamat yang ingin dicapai dalam sesi.. Inilah
yang harus dibincangkan dan ditetapkan untuk membantu
kaunselor dan klien. Untuk memandu bagaimana kerjasama
nak dibawa. Kita tak akan lari dari matlamat”. (2:43,
13991:14260)
“Untuk memandu bagaimana kerjasama nak dibawa. Kita tak
akan lari dari matlamat, dari situ barulah kaunselor akan tahu
apa teknik-teknik dan step yang akan diikut. Sementara klien
pula akan ikut apa yang telah ditetapkan atau melalui
kerjasama perbincangan antara kedua-dua pihak barulah
matlamat boleh dicapai”. (2:44, 14183:14492)
“Tak boleh hanya sebelah pihak aja yang beria-ria nak
sampai akhirnya berjaya.. dua-dua kena sama-sama la.
Faham memahami dan sama-sama nak sesi tu berjaya”.
(9:22, 4873:5268)
iv. Bantuan kaunselor kepada klien
Pemahaman berkaitan ikatan kerjasama dalam kalangan
peserta kajian juga dilihat dari segi bantuan yang diberikan
oleh kaunselor kepada klien. Antara aspek bantuan kaunselor
adalah dengan menjadi pemudahcara membantu klien ”. (2:2,
761:1051), mengenali antara satu sama lain (2:61,
13500:13774)
,sikap membantu (8:55, 17839:18300), penggerak kepada
proses menolong, bantuan profesional (3:119, 34354-
34648) dan keupayaan kaunselor untuk menolong klien
dalam proses menolong (7:1, 427:555). Ini dapat dilihat
dalam petikan, misalnya:
“Tapi ikatan kerjasama ni adalah satu proses yang
sistematik, dia adalah satu proses tersusun dan dia harus
mengikut langkah tertentu sewaktu kita membantu klien, kita
menjadi pemudah cara atau kita sebagai fasi untuk
memandu bagaimana klien itu untuk menepadani satu isu
yang dihafapi oleh mereka”. (2:2, 761:1051)
“Sebenarnya ikatan kerjasama itu ialah proses dimana
kaunselor dengan klien mengenali antara satu sama lain.
Bukan dari sudut diri tapi dari sudut hati. Dari sudut hati kita
akan tahu tulin atau tak kita nak membantu klien. atau kita
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21129 127
hanya buat semata-mata untuk kerja kita”. (2:61,
13500:13774)
“ni biasanya banyak kepada kita lah, kaunselor lah,
kaunselor dan klien ada proses yang kita nak capai, dan
dalam proses sesi itu, dia jangan ada kepentingan peribadi
lah, dia ada itu namanya profesional, dalam itu kita ada,
bagaimana ciri ciri atau perwatakan yang diperlukan oleh
kaunselor itu”. (3:119, 34354-34648)
“Satu proses menolong dan merupakan perbincangan
antara kaunselor dan klien yang mempunyai matlamat yang
ingin dicapai oleh Klien”. (7:1, 427:555)
v. Kebersamaan kaunselor dan klien
Ikatan kerjasama juga difahami sebagai kebersamaan antara
kaunselor dan klien semasa proses kaunseling dijalankan.
Kebersamaan ini dilihat dari segi titik persamaan yang wujud
antara kaunselor dan klien (2:18, 5363:5630), kefahaman
yang mendalam kaunselor terhadap isu klien dan mengikuti
isu klien. (3:120, 34578:35218) dan saling bantu membantu
bagi memastikan kejayaan proses kaunseling yang dijalankan
(4:31, 8106:8270). Contoh petikan adalah seperti berikut:
“Pada saya ikatan kerjasama merujuk kepada proses
membantu yang mudah untuk dilaksanakan. ..kan. kita kena
carila..sebab setiap individu tu ada turning dia titik
persamaan. Bila titik persamaan itu bertemu maka ia secara
tidak langsung proses itu akan dapat dilakukan dengan lebih
mudah dan mesra” . (2:18, 5363:5630)
“And then salah satunya yang menentukan hubungan itu
bagaimana kita nak gunakan kemahiran kita, dan juga kalau
macam empati itu, dia satu benda yang tidak mudah
terbentuk. Dalam perhubungan klien itu, kita kena betul-betul
memahami, kita kena betul betul follow sesi itu dalam betul
betul apply dalam sesi sehingga kita dah nampak sebenarnya
apa sebenarnya isu klien dan tidak berdasarkan persepsi kita.
Itu yang saya tengok dalam working alliance lah”. (3:120,
34578:35218)
“Kerjasama ni melibatkan hubungan antara kaunselor dengan
klien. Satu yang penting di sini adalah sama-sama kena
128 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 130
bantu-membantu sepanjang sesi kaunseling dijalankan”.
(4:31, 8106:8270)
vi. Kesediaan kaunselor dan klien
Ikatan kerjasama juga difahami oleh peserta kajian sebagai
kesediaan kaunselor dan klien untuk menjalankan sesi
kaunseling melalui kerjasama antara kedua-duanya (9:2,
813:1130) . Ini bermakna klien perlu bersedia untuk berkongsi
masalah atau isu (9:14, 3152:3570) yang dihadapi kepada
kaunselor semasa proses kaunseling dijalankan. Sementara
kaunselor perlu bersedia untuk membantu klien dalam proses
kaunseling (7:3, 734:966). Petikan yang merujuk kepada
kesediaan kaunselor dan klien ini dapat dilihat daripada
petikan berikut:
“Peranan kedua-dua penting dalam ikatan ni, aspek
kaunselor dan klien kerana kedua-dua kelompok ini harus
bersedia melaksanakan sesi kaunseling. Contoh kalau
kaunselor bersedia tetapi klien tidak bersedia, so sesi tu tidak
dapat berjalan dengan baik. (7:3, 734:966)
“Peranan kedua-dua penting dalam memahami ikatan ni,
aspek kaunselor dan klien kerana kedua-dua kelompok ini
harus bersedia melaksanakan sesi kaunseling. Contoh kalau
kaunselor bersedia tetapi klien tidak bersedia, so sesi tu tidak
dapat berjalan dengan baik. Sebaliknya macam tu la. so
sangat memerlukan kerjasama antara kaunselor dan klien”.
(9:2, 813:1130)
“Pada saya hubungan baik ni penting sebab klien adalah
orang penting dalam sesi saya, sebab kalau klien saya tak
bersedia bercerita atau kongsi masalah yang dihadapi saya
tak akan boleh jalankan sesi dengan baik. Dalam erti kata
lain, klien kena bersedialah.. apa-apa pun dari klien. Masa
pertengahan sesi, saya selalunya cuba menggalakkan klien
untuk berkongsi isu yang nak dibincangkan.. pada saya kena
laa kongsi”. (9:14, 3152:3570)
vii. Kepentingan ikatan kerjasama
Ikatan kerjasama adalah aspek yang sangat penting dalam
menjayakan proses kaunseling yang dijalankan (9:70,
24854:25116). Kepentingannya dapat dilihat dari aspek
elemen teraputik yang wujud (2:38, 12840:13184) apabila
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21131 129
adanya ikatan kerjasama. Malah, peserta kajian mengatakan
tanpa ikatan kerjasama sukar untuk menjayakan proses
kaunseling yang dijalankan dan komunikasi antara kaunselor
dan klien (8:71, 25117:25552). Petikan yang menyatakan
berkaitan kepentigan ikatan kerjasama adalah seperti berikut:
“Sebenarnya ikatan kerjasama ini satu elemen yang penting
dalam proses kaunseling ini. Kalaulah kaunselor itu tidak
mempunyai skill atau kemahiran untuk mewujudkan elemen-
elemen teraputik. Elemen teraputik ini boleh dibentuk dalam
proses kerjasama ini. Kalau kerjasama ini pun kaunselor tak
faham, so teraputik tu akan lambat untuk direalisasikan”.
(2:38, 12840:13184)
“Ikatan kerjasama macam itu la, kerjasama antara kaunselor
dengan kaunselor pun kita ada ikatan kerjasama. Dalam kita
dengan ketua pun ada ikatan kerjasama juga. Jadi dalam kita
buat kaunseling ni, saya nampak ikatan kerjasama tu
memang wujudla dan ianya penting”. (9:70, 24854:25116)
“Kalau tak ada kerjasama maka tidak adalah sesi kaunseling.
Jadi saya nampak pembentukan kerjasama “keyword” nya di
situ lah. Jadi kalau pada pandangan saya, ikatan kerjasama
tu penting dalam proses kaunseling sebab kalau tak ada
ikatan kerjasama tu sesi tu tak akan berjalan dan tak akan
berjaya. Saya rasa ikatan kerjasama ini sangat penting sebab
apabila melibatkan komunikasi antara dua pihak. Ikatan
kerjasama itu sangat penting la” (8:71, 25117:25552).
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Dapatan kajian ini telah mengenal pasti pemahaman peserta kajian
yang terdiri daripada kaunselor terhadap konsep ikatan kerjasama
(“Working Alliance”) yang dikemukakan oleh Bordin (1979). Bordin
(1979) amat menekankan ikatan kerjasama sebagai faktor pendorong
kepada kejayaan proses kaunseling yang dijalankan. Pemahaman
peserta kajian berkaitan ikatan kerjasama dalam proses kaunseling
sebagaimana yang dikemukakan oleh peserta kajian adalah selaras
dengan pandangan yang dikemukakan oleh Bordin (1979) dan
pengkaji-pengkaji lain seperti Elizabeth Zetzel (1956), Greenson
(1967), Gelso dan carter (1985, 1994), Gelso (2002, 2011) dan
Hovarth (2011) berkaitan definisi ikatan kerjasama dalam proses
kaunseling.
130 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 132
Hasil daripada analisis data, tujuh daripada sembilan orang
peserta kajian menyatakan bahawa ikatan kerjasama adalah merujuk
kepada hubungan yang terbina antara kaunselor dan klien sepanjang
proses kaunseling dijalankan. Hubungan ini dinyatakan oleh peserta
kajian PKKS1, PKKS4 dan PKKS9 sebagai hubungan yang baik dan
mesra serta hubungan yang sejahtera sebagai aspek yang sangat
penting bagi membina kepercayaan klien kepada kaunselor.
Sementara PKKS2 melihat hubungan yang terbina dalam kaunseling
sangat penting bagi membolehkan proses kaunseling dijalankan
dengan sebaik mungkin. PKKS3 dan PKKS7 pula mengutamakan
kefahaman dalam perhubungan kaunselor dan klien dalam sesi
kaunseling yang dijalankan sebagai sesuatu yang penting dan
mengaitkan ikatan kerjasama sebagai hubungan yang profesional dan
saling bantu-membantu serta sikap mengambil berat antara klien dan
kaunselor. PKKS 8 pula mentakrifkan ikatan kerjasama sebagai satu
hubungan bagi membina kepercayaan klien terhadap kaunselor
sebagai asas kepada proses kaunseling yang dijalankan.
Dalam membincangkan pemahaman peserta kajian berkaitan
ikatan kerjasama, selain daripada aspek hubungan, aspek
perkongsian matlamat klien dengan kaunselor dalam menjayakan
proses kaunseling yang dijalankan merupakan aspek kedua yang
dipentingkan oleh peserta kajian dalam memahami makna ikatan
kerjasama dalam proses kaunseling. Ini berdasarkan kepada respon
yang diberikan oleh oleh lima orang peserta kajian iaitu PKKS1,
PKKS2, PKKS3, PKKS8 dan PKKS9. PKKS1 mengatakan bahawa
ikatan kerjasama merujuk kepada elemen matlamat yang
dikemukakan oleh kaunselor dan klien dan matlamat ini adalah
dikongsi bersama antara kedua-duanya. Sementara PKKS2, PKKS7
dan PKKS9 pula mengutamakan matlamat sebagai faktor penting
bagi membina kerjasama antara kaunselor dan klien bagi menjayakan
proses kaunseling yang dijalankan.
Ikatan kerjasama juga difahami oleh peserta kajian PKKS7
dan PKKS9 sebagai kesediaan kaunselor dan klien untuk
menjalankan sesi kaunseling. Ini bermakna klien perlu bersedia untuk
berkongsi masalah atau isu yang dihadapi kepada kaunselor semasa
proses kaunseling dijalankan. Sementara kaunselor perlu bersedia
untuk membantu klien dalam proses kaunseling.
Ikatan kerjasama juga ditakrifkan oleh peserta kajian sebagai
satu bentuk bantuan oleh kaunselor kepada klien dalam bentuk
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21133 131
kaunselor membantu klien berhadapan dengan isu yang dihadapi
sebagaimana yang dikemukakan oleh PKKS2 dan PKKS8. PKKS2
juga mengatakan bahawa kaunselor adalah pemudahcara atau
fasilitator dalam membantu klien dalam proses kaunseling yang
dijalankan secara berperingkat. Keikhlasan dan ketulinan kaunselor
untuk membantu klien dalam bentuk yang profesional telah
dikemukakan oleh PKKS2 dan PKKS3. PKKS7 pula mentakrifkan
ikatan kerjasama sebagai satu proses menolong berdasarkan kepada
perbincangan antara kaunselor dan klien. Seterusnya ikatan
kerjasama dalam bentuk bantuan kaunselor kepada klien juga dilihat
merujuk kepada sikap membantu yang bersunguh-sungguh yang
ditunjukkan oleh kaunselor semasa proses kaunseling dijalankan.
Ikatan kerjasama juga difahami sebagai kebersamaan antara
kaunselor dan klien sepanjang proses kaunseling dijalankan.
Kebersamaan ini dilihat dari segi titik persamaan yang wujud antara
kaunselor dan klien. Malah kaunselor juga perlu memahami isu
selaras dengan kefahaman klien bagi membolehkan kedua-dua
kaunselor dan klien memahami isu dalam perspektif yang sama bagi
mewujudkan sikap saling bantu-membantu sepanjang proses
kaunseling dijalankan. Kenyataan ini telah dikemukakan oleh ketiga-
tiga peserta kajian iaitu PKKS2, PKKS3 dan PKKS4. Sementara,
peserta kajian PKKS7 dan PKKS9 mentakrifkan ikatan kerjasama
sebagai kesediaan kaunselor dan klien untuk menjalankan sesi
kaunseling. Ini bermakna klien perlu bersedia untuk berkongsi
masalah atau isu yang dihadapi kepada kaunselor semasa proses
kaunseling dijalankan. Sementara kaunselor perlu bersedia untuk
membantu klien dalam proses kaunseling.
Pemahaman peserta kajian terhadap ikatan kerjasama juga
memberikan keutamaan kepada kepentingan ikatan kerjasama dalam
proses kaunseling. Kepentingan ikatan kerjasama ini dinyatakan
sebagai penentu kepada kejayaan proses kaunseling yang dijalankan
kerana melalui ikatan kerjasama ini akan membantu menjayakan
komunikasi antara kaunselor dan klien (PKKS8) dan membantu
mewujudkan elemen teraputik (PKKS2) yang merupakan antara faktor
penting dalam menjayakan proses kaunseling yang dijalankan. Malah,
pemahaman yang jelas dalam kalangan kaunselor berkaitan konsep
ikatan kerjasama adalah sesuatu yang sangat penting
memandangkan konsep ini adalah penentu kejayaan proses
kaunseling yang dijalankan (Horvath & Symonds, 1991; Huber, 2014;
Krieg dan Tracey 2016; Zilcha, 2017; Balkin, 2018).
132 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 134
Rumusan daripada dapatan kajian jelas menunjukkan
bahawa ikatan kerjasama telah difahami sebagai satu proses
kerjasama yang berlaku dalam semua peringkat semasa sesi
kaunseling dijalankan. Persamaan definisi yang diberikan dengan
definisi yang dikemukakan oleh Bordin (1979) adalah dalam aspek
pembinaan hubungan dalam proses kaunseling dan dari segi
perkongsian matlamat klien dengan kaunselor. Sementara aspek
tugasan sebagaimana tafsiran yang dikemukakan oleh Bordin (1979)
tidak diberikan penekanan oleh peserta kajian dalam memahami
ikatan kerjasama. Peserta kajian memahami ikatan kerjasama dalam
konteks bantuan kaunselor kepada klien dalam memahami isu atau
masalah yang dihadapi. Malah, kebersamaan kaunselor dan klien
serta kesediaan kedua-duanya semasa proses kaunseling dilihat oleh
peserta kajian sebagai tafsiran kepada ikatan kerjasama yang berlaku
dalam proses kaunseling yang dijalankan. Dalam membincangkan
kefahaman peserta kajian berkaitan ikatan kerjasama, peserta kajian
juga turut memfokuskan kepada kepentingan ikatan kerjasama
sebagai penentu kepada kejayaan proses kaunseling yang dijalankan.
Dapatan kajian ini juga telah menunjukkan bahawa walaupun
kaunselor pada dasarnya kurang didedahkan dengan perkataan
ikatan kerjasama atau “working alliance” tetapi pada amalannya
kefahaman itu secara tidak langsung telah difahami oleh kaunselor
di negara ini berdasarkan kepada pengalaman luas yang telah dilalui
oleh para kaunselor dalam mengendalikan sesi kaunseling bersama
klien. Namun kefahaman yang jelas perlu ditingkatkan dalam
kalangan kaunselor di negara ini bagi membolehkan kaunselor lebih
fokus kepada ketiga-tiga elemen ikatan kerjasama sebagaimana yang
dikemukakan oleh Bordin (1979) kerana penekanan kepada ketiga-
tiga aspek ini telah terbukti dapat meningkatkan keberkesanan proses
kaunseling yang dijalankan. Hal ini sebagaimana yang dikemukakan
oleh Bordin dan Horvarth (1999) yang menekankan kepentingan
ikatan kerjasama sehingga telah mengenepikan pandangan teori-teori
sebelum ini yang sangat mementingkan pendekatan dan teknik serta
memfokuskan kepada peranan kaunselor semata-mata dalam
menjayakan proses kaunseling. Sebaliknya, Bordin dan Horvarth
(1999) menyatakan ikatan kerjasama perlu mengambil kira peranan
yang dimainkan oleh kedua-dua pihak iaitu kaunselor dan klien dalam
membincangkan proses kaunseling yang dijalankan. Malah,
pemahaman dan pengetahuan berkaitan elemen-elemen yang
mempengaruhi ikatan kerjasama juga perlu dipertingkatkan dari
semasa ke semasa dalam kalangan kaunselor kerana ikatan
kerjasama didapati boleh bertindak sebagai penghubung kepada
kepelbagaian bentuk hubungan antara kaunselor dan klien seperti
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21135 133
membina hubungan, kepercayaan, penghargaan, ketenangan dan
empati (Horvath & Bedi, 2002; Constantino, 2017; Anderson & Levitt,
2015; Krieg dan Tracey, 2016). Kaunselor juga perlu mempunyai
kemampuan untuk memilih dan membincangkan tugasan yang
ditentukan bersama-sama dengan klien (Bordin 1979; 1994;
Anderson & Levitt 2015). Malah, kaunselor perlu lebih aktif untuk
memastikan matlamat proses kaunseling terlaksana hasil daripada
hubungan yang rapat antara kaunselor dengan klien (Horvath &
Symonds, 1991; Luborsky, 1994).
Cadangan untuk kajian-kajian yang akan datang berkaitan
proses kaunseling perlu memberikan penekanan terhadap elemen-
elemen yang menjayakan ikatan kerjasama dalam proses kaunseling.
Malah, pengkaji dalam bidang kaunseling perlu memberikan fokus
terhadap elemen-elemen hubungan yang terjalin antara kaunselor
dan klien, pemahaman yang jelas dalam pembinaan matlamat sesi
kaunseling yang dijalankan dan kesesuaian tugasan yang boleh
diberikan kepada klien dalam proses kaunseling. Malah, kajian
berkaitan ikatan kerjasama amat perlu menumpukan kepada kaedah
atau teknik yang boleh dipraktikkan oleh kaunselor dalam menjayakan
sesi kaunseling yang dijalankan. Kajian-kajian yang lebih mendalam
juga perlu dilakukan bagi meningkatkan pemahaman yang jelas
dalam kalangan kaunselor terhadap pembinaan ikatan kerjasama
dalam proses kaunseling. Ini memandangkan selain daripada faktor
kemahiran kaunselor, penggunaan teknik dan teori yang bersesuaian,
faktor ikatan kerjasama yang berjaya dibina sepanjang proses
kaunseling dijalankan telah memberikan kesan yang positif terhadap
kejayaan sesi kaunseling yang dijalankan.
134 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 136
RUJUKAN
Andrade-gonzález, N., Lahera, G., & Fernández-liria, A. (2017).
Patient-Therapist Perspective of the Working Alliance in
Psychotherapy, 623–633. https://doi.org/10.1007/s11126-016-
9477-4
Anderson, R. S., & Levitt, D. H. (2015). Gender Self-Confidence and
Social Influence: Impact on Working Alliance. Journal of
Counseling & Development, 93(July), 280–288.
doi:10.1002/jcad.12026
Bachelor, A. (2013). Clients’ and therapists' views of the therapeutic
alliance: similarities, differences and relationship to therapy
outcome. Clinical Psychology & Psychotherapy, 20(2), 118–35.
doi:10.1002/cpp.792
Baker, S. E. & Edwards, R. (2012). How many qualitative interviews
is enough ? National Centre for Research Methods Review
Paper, 1–42. doi:10.1177/1525822X05279903
Balkin, R. S., & Schmit, E. L. (2018). A Humanistic Framework Using
Nonlinear Analysis to Evaluate the Working Alliance and Coping
for Adolescents in Crisis, 57(April), 2–14. https://doi.org/
10.1002/johc.12063
Bedi, R., Davis, M., & Arvay, M. (2005). The client's perspective on
forming a counselling alliance and implications for research on
counsellor training. Canadian Journal of Counselling, 39, 71-85.
Bordin, E,S. (1979). The Generalizability Ofthe Psychoanalytic
Concept Of the Working Alliance. Psychotherapy: Theory,
Research, And Practice, 16, 252-260
Bordin, E. (1994). Theory and research on the therapeutic working
alliance: New directions. In A. Horvath & L. Greenberg (Eds.),
The working alliance: Theory, research and practice (pp. 13-37).
New York, NY: Wiley.
Bogdan R.C. & Biklen S. K. 2003. Qualitative Research for Education.
Boston: Allyn and Bacon.
Constantino, M.J., Morrison, N. R., Coyne, A.E., & Howard. T. (2017).
Exploring therapeutic alliance training in clinical and
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21137 135
counseling psychology graduate programs. Training and
education in Professionall Psychology, 11(4), 219-226
Fitzpatrick, M. R., & Irannejad, S. 2008. Adolescent Readiness for
Change and the Working Alliance in Counseling. Journal of
Counseling & Development, 86(4), 438–445.
doi:10.1002/j.1556-6678.2008.tb00532.
Fuertes, J. N., Toporovsky, A., & Reyes, M. (2017). The Working
Alliance in Psychiatric Care : Agreement Communication and
Trust in Action. Psychiatr Q. 88:711-720, 711–720.
https://doi.org/10.1007/s11126-017-9492-0
Gladding, S. T. (2013). Counseling: A comprehensive profession (7th
ed.). Boston, MA: Pearson
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan
dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaysia
Ghazali, N. M., Marzuki, W., Jaafar, W., Tarmizi, R. A. & Noah, S. M.
(2016). Influence of Supervisees Working Alliance on
Supervision Outcomes : A Study in Malaysia Context.
International Journal of Social Science and Humanity, 6(1), 9–
14. doi:10.7763/IJSSH.2016.V6.609
Gladding, S. T.(2013). Counseling: A comprehensive profession (7th
ed.). Boston, MA: Pearson
Greenson, R. R. 1967. The technique and practice of psychoanalysis.
New York, NY: International Universities Press
Guetterman, T. C. (2015). Descriptions of Sampling Practices within
Five Approaches to Qualitative Research in Education and the
Health Sciences. Forum: Qualitative Social Research, 16(2), 1–
34.
Hilmi, A. S. (2006). Hubungan antara kecekapan dalam kaunseling
pelbagai budaya dan efikasi swadiri dengan ikatan kerjasama
kaunselor-klien di kalangan kaunselor sekolah menengah
di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah. UPM
136 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 138
Horvath, A.O., & Symonds, B.D. (1991). Relation between working
alliance and outcome in psychotherapy: A meta-analysis. Journal
of Counseling Psychology, 38, 139-149.
Horvath, A.O., Del Re, A.C., Flückiger, C., & Symonds, D. 2011.
Alliance in individual psychotherapy. Psychotherapy, 48(1), 9-16.
Huber, D. 2014. Investigation into The Influence of the Therapeutic
Working Alliance. International Psychoanalytic university.
Krieg, C. H., & Tracey, T. J. (2016). Client interpersonal problems and
the initial working alliance. The European Journal of Counselling
Psychology, 4(2), 191–204. http://doi.org/ 10.5964/ ejcop.v4i2.64
Leibert, T. W., & Dunne-Bryant, A. (2015). Do common factors
account for counseling outcome? Journal of Counseling and
Development, 93(2), 225–235. https://doi.org/10. 1002/j. 1556-
6676.2015.00198.x
Murphy, R. (2018). Practitioner Review : Therapist variability , patient-
reported therapeutic alliance, and clinical outcomes in
adolescents undergoing mental health treatment – a systematic
review and meta-analysis. The Journal of Child Psycholgy and
Psychiatry, 1, 5–19. https://doi.org/10.1111/jcpp.12767
Nor Mazlina G., Wan Marzuki W.J, Rohani A.T, and Sidek Mohd Noah.
(2016). Influence of Supervisees' Working Alliance on
Supervision Outcomes: A Study in Malaysia Context
International Journal of Social Science and Humanity, Vol. 6,
No. 1.
Rn, J. M., & Rothan-tondeur, M. (2017). A qualitative evaluation of
patient ’s perceptions of therapeutic alliance on mental health
acute inpatient wards. Research Article ISSN:2059-0377, 4(Ea
3412), 1–5. https://doi.org/ 10.15761/CRT. 1000205
Steel, C., Macdonald, J., & Schroder, T. (2018). A Systematic Review
of the Effect of Therapists ’Internalized Models of Relationships
on the Quality of the Therapeutic Relationship, 74(1), 5–42.
https://doi.org/10.1002/jclp.22484
Wan Marzuki Wan Jaafar. (2007). Pengaruh perkembangan
penyeliaan dan efikasi swadiri terhadap prestasi kaunselor
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21139 137
pelatih. Tesis Dr Falsafah. Fakulti Pendidikan. Universiti Putra
Malaysia.
Yin, R.K. 1994. Case study research: Design and methods. 2nd
Edition. Thousand Oaks, CA: Sage Publications
Zall Kepli Md Rejab. (2014). Pendekatan Terapeutik dan Pencegahan
Relaps di Antara Penagih Separa Pulih Kolektivisme dan
Keluarga Mereka di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah. Universiti
Utara Malaysia
Zetzel, E. R. (1956). Current concept of tranference. International
Journal of Psycho-analysis, 37, 369-367
Zilcha-mano, S., Snyder, J., & Silberschatz, G. (2017). The effect of
congruence in patient and therapist alliance on patient ’s
symptomatic levels, 3307(April). https://doi.org/10.1080/
10503307.2015.1126682
Zilcha, S., Ilana, M., & Paula, L. (2018). When is it Effective to Focus
on the Alliance ? Analysis of a Within-Client Moderator. Cognitive
Therapy and Research, 42(2), 159–171. https ://doi.org/10.1007
/s10608-017-9867-4
138 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 140
Memperkasa keberkesanan pendidikan stem berasaskan
project based learning (pjbl) disekolah rendah
Siti Hawa binti Husin,
Sekolah Rendah Arab Jaim Merlimau Pasir, Melaka
Kamarudin bin Abu Hassan Ph.D,
IPGK Raja Melawar, Negeri Sembilan
Zuraidah binti Baharin
IPGK Perempuan Melayu Melaka
ABSTRAK
Pendidikan STEM berasaskan PjBL telah menjadi cabaran sangat
kritikal untuk disematkan di sekolah masa kini. Pendidikan secara
inkuiri ini seharusnya diperkasa di sekolah rendah lagi. Tujuan kajian
ini adalah untuk mengkaji pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan,
dan matematik (STEM) berasaskan PjBL dalam mata pelajaran
STEM. Kajian ini juga dibuat ke atas guru mata pelajaran STEM dalam
melihat aktiviti PjBL dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC)
serta pengetahuan guru tersebut. Kajian tinjauan reka bentuk
berasaskan projek pembelajaran (RBBPP) menggunakan Model
Rasch dengan persampelan rawak bagi 150 orang peserta guru dari
sekolah rendah untuk menjawab soal selidik. SPSS versi 22
digunakan untuk tujuan analisis data deskriptif yang dikumpul bagi
membantu membuat kesimpulan. Instrumen item kajian
menggunakan lima skala likert bagi konstruk yang dikaji iaitu persepsi
guru terhadap amalan PjBL, kompetensi guru terhadap arahan PjBL
dan kreativiti. Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa guru
sekolah rendah mempunyai pandangan dan pengalaman dalam
melaksanaan PjBL dimana Pendidikan STEM berpandukan PjBL
dapat meningkatkan kompetensi dan kreativiti guru serta mewujudkan
kemahiran pembelajaran abad ke-21 dalam pembelajaran sepanjang
hayat.
Kata kunci : STEM, PBL, Kompetensi, life-long learning, Sekolah
Rendah.
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21141 139
PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), menerusi
anjakan kesepuluh bagi memaksimumkan keberhasilan murid dalam
pembelajaran dipandang serius untuk menghasilkan modal insan
yang berkemahiran. Oleh itu pembelajaran berasaskan PjBL
merupakan alat yang dapat membantu meningkatkan pemahaman
murid dalam memahami konsep dengan lebih mendalam dan boleh
membuat keputusan yang bernas serta mempertahankannya.
Pendidikan STEM berasaskan PjBL dapat membantu murid
mengintegrasikan pelbagai bahan dan perisian aplikasi dalam
pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC) bagi menghasilkan sesuatu
produk (Muhammad Ridhuan, 2014). Untuk melaksanakannya guru
perlu mempunyai kemahiran, pengetahuan dan keyakinan dalam
mengendalikan aktiviti pendidikan STEM berasaskan PjBL agar fungsi
guru dan murid yang berubah selari serta mengikut standard
kurikulum pembelajaran pendigitalan pendidikan kini (Isa et al. 2013).
Justeru, pendidikan STEM berasaskan PjBL dapat meningkatkan
prestasi beza pelajar dan pencapaian pelajar.
Menurut laman sesawang Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dalam portal Sistem Pengurusan Latihan (SPLKPM)
memaparkan bahawa terdapat banyak kursus dan webinar yang
tersedia untuk diikuti oleh para guru bagi mempertingkatkan
kompetensi dalam merancang PDPC yang ingin dilaksanakan dalam
sempadan pendidikan STEM berasaskan PjBL. Oleh itu, pendidikan
STEM adalah menjurus ke arah pendidikan abad ke 21 dalam
penghasilan projek bahan dan produk yang masih belum dipelajari
secara lanjutan oleh guru di sekolah rendah secara meluas (Bell, S.
2010). Justeru, pendidikan STEM berasaskan PjBL perlu
diperkasakan bagi melahirkan murid dengan pelbagai kemahiran asas
seperti e-learning dan e-project yang amat penting Domínguez, C. &
Jaime, A. (2010) dan (Sahin, M., 2009), Rabe-Hemp et al. (2009) dan
sesuai dengan pendidikan global masa kini.
Walau bagaimanapun, kajian seumpama ini kurang
dilaksanakan bagi guru sekolah rendah dalam Pendidikan STEM
berasaskan PjBL yang dapat mempengaruhi pelbagai kumpulan
murid. Sehubungan itu, tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk
mengkaji persepsi guru terhadap amalan PBL, kompetensi guru
terhadap arahan PBL dan kreativiti. Menurut kajian Rukiah dan
Kamisah (2014), mengenai persepsi pelajar terhadap sains
berhubung dengan kemahiran abad ke-21 menunjukkan bahawa
140 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 142
persepsi pelajar terhadap PjBL pada tahap yang tinggi. Dapatan
kajian juga menunjukkan komponen kemahiran digital, kemahiran
norma dan pemikiran inventif dan nilai pelajar adalah faktor yang
menyumbang besar terhadap kemahiran sains. Dapatan juga
membantu pelajar menghadapi kehidupan mencabar masa kini dalam
mewujudkan daya saing yang aktif dan positif dalam penghasilan
produk projek.
Penggunaan ICT dengan eksplotasi pelbagai perkakasan
dan perisian aplikasi melalui kemahiran teknologi dalam subjek STEM
dapat memberi motivasi, kemampuan berfikir secara kognitif
pandangan (Nurul Rabihah, 2020) menganalisis masalah, penilaian
kendiri, membentuk strategi dan kerjasama maya bersama rakan-
rakan serta lebih minat dan yakin dengan diri mereka menurut
penjelasan penulisan (Panapt et al., 2019). Demikian itu, pendidikan
berasaskan PjBL telah diambil dan dijadikan pembelajaran yang ideal
abad ke-21 ini untuk memperkasakan pendidikan STEM terhadap
pedagogi pengajaran guru dalam mewujudkan persekitaran
pembelajaran dalam disiplin ilmu yang berbeza (Hsu et al., 2017)
dengan penggunaan pelbagai pendekatan bagi setiap fenomena dan
mewujudkan aktiviti kolaboratif murid.
MATLAMAT KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk memperkasakan keberkesanan
Pendidikan STEM berasaskan PjBL untuk sekolah rendah. Kajian
seumpama ini masih belum meluas dibincangkan. Dengan itu,
penulisan kajian kecil ini adalah sebagai panduan kepada guru-guru
untuk melatih dan menerapkan PjBL dalam amalan pedagogi STEM
dan perkembangan diri murid serta mempraktikan kemahiran abad
ke-21 dalam proses pembelajaran sepanjang hayat.
Objektif Kajian
Objektif kajian adalah terdiri daripada dua faktor seperti berikut:
vii. Mengenalpasti persepsi guru terhadap amalan PjBL dalam
Pendidikan STEM diimplementasikan di sekolah rendah.
viii. Mengenalpasti tahap kompetensi guru dalam pendidikan STEM
melalui arahan PjBL yang diimplementasikan di sekolah rendah.
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21143 141