Persoalan Kajian
i. Apakah persepsi guru terhadap amalan PjBL dalam
Pendidikan STEM diimplementasikan di sekolah rendah?
ii. Apakah kompetensi guru dalam Pendidikan STEM melalui
arahan PjBL yang diimplementasikan di sekolah rendah?
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kajian
Kajian ini menggunakan teknik kuantitatif dengan reka bentuk
berasakan projek pembelajaran (RBBPP) soal selidik berpandukan
hasil analisis deskriptif bagi kajian tinjauan bertujuan yang dibuat ke
atas guru mata pelajaran STEM dalam melaksanakan dan
memperkasakan pendidikan STEM berasaskan PjBL di sekolah
rendah dalam lokasi yang hanya terbatas kepada Negeri Melaka
sahaja bagi dua daerah iaitu Daerah Jasin dan Daerah Melaka
Tengah disebabkan pengkaji berada di Melaka. Ianya bagi
memudahkan pungutan data dan mengurangkan kos. Pengkaji telah
memilih peserta kajian yang boleh menerangkan fenomena yang
dikaji dan bukan peserta yang mewakili populasi besar tetapi tidak
semestinya membawa hasil dapatan (Gay & Airasian, 2003).
Justeru, dengan kaedah teknik pensampelan rawak kajian ini
dilakukan menggunakan instrument soal selidik kepada peserta kajian
yang dipilih mengikut mata pelajaran STEM yang diajar. Seramai 200
populasi yang terlibat dalam kajian ini dan hanya 150 orang peserta
telah menjawab borang tersebut dan dijadikan subjek kajian ini yang
diguna pakai sebagai pensamplean bertujuan. Kajian ini di pilih untuk
menilai bagaimana persepsi guru terhadap amalan PjBL, tahap
kompetensi guru terhadap arahan PjBL dan kreativiti.
DAPATAN PENYELIDIKAN
Secara keseluruhan dapatan kajian untuk memperkasakan
keberkesanan Pendidikan STEM berasaskan PjBL untuk sekolah
rendah dibentangkan seperti dibawah.
Persepsi guru terhadap amalan PjBL dalam Pendidikan STEM
diimplementasikan di sekolah rendah
142 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 144
Jadual 1: Hasil analisis berdasarkan pandangan guru mengenai aktiviti PBL.
Penyataan Min Tahap
A. Melaksanakan pendidikan STEM berasaskan Tinggi
PjBL dalam pengajaran dan pemudahcara
Rendah
1. Guru menetapkan skop pengajaran kepada murid 4.80 Tinggi
tentang proses PDPC yang akan dilakukan Tinggi
2.32
2. Guru menggalakan murid dalam menggunakan 4.72 Rendah
aplikasi bagi aktiviti berasaskan PjBL 4.42 Sederhana
3. Guru memahami kebolehan murid sebelum 2.62 Rendah
melakukan aktiviti PjBL
4. Guru mengemukakan soalan yang dapat
membentuk bekerja secara kolaboratif dalam diri
murid.
5. Guru memberi daya kreativiti dalam PDPC PjBL
bagi menghasilkan idea kreativiti murid.
Keseluruhan 3.776
Jadual 1 menterjemahkan hasil kajian terhadap konstruk pandangan
guru yang terdapat dalam pengajaran berasaskan PjBL sekolah iaitu
guru menetapkan skop pengajaran kepada murid tentang proses
PDPC yang dilakukan dengan nilai min 4.80 (tinggi), guru
menggalakan murid dalam menggunakan aplikasi bagi aktiviti
berasaskan PjBL dengan nilai min 2.32 (rendah), guru memahami
kebolehan murid sebelum melakukan aktiviti PjBL dengan nilai min
4.72 (tinggi), guru mengemukakan soalan yang dapat membentuk
bekerja secara kolaboratif dalam diri murid dengan nilai min 4.42
(tinggi) dan guru memberi daya kreativiti dalam PDPC PjBL bagi
menghasilkan idea kreativiti murid dengan nilai min 2.62 (rendah).
Berdasarkan dapatan kajian yang diketengahkan bahawa item 2 dan
5 ini menunjukkan bahawa persepsi guru bagi PjBL adalah rendah ia
menunjukkan perlaksanaan PjBL secara keseluruhan adalah dalam
tahap yang sederhana rendah di sekolah rendah dengan skor min
keseluruhan 3.776.
Mengenalpasti tahap kompetensi guru dalam pendidikan STEM
melalui arahan PjBL yang diimplementasikan di sekolah rendah.
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21145 143
Jadual 2: Hasil analisis berdasarkan tahap kompetensi guru melaksanakan aktiviti PBL.
Penyataan Min Tahap
B. Kemahiran pendidikan STEM berasaskan PjBL
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
1. Guru memberi pandangan kepada murid 4.92 Tinggi
dalam proses mereka bentuk projek agar
dapat memenuhi hasil yang diharapkan 2.32 Rendah
2. Guru memberi maklum balas terhadap draf 4.82 Tinggi
projek yang dibangunkan oleh murid dalam 2.33 Rendah
kumpulan sasar. 2.26 Rendah
3. Guru memahami kebolehan murid sebelum
melakukan aktiviti PjBL
4. Guru dan murid bekerjasama mengenai projek
yang ingin dilakukan
5. Guru mengemukakan soalan yang dapat
membentuk disiplin dan bekerja secara
kolaboratif dalam diri murid.
Keseluruhan 3.33 Sederhana
Jadual 2 menterjemahkan hasil kajian terhadap konstruk kompetensi
guru megimplementasikan aktiviti PjBL sekolah rendah iaitu guru
memberi pandangan kepada murid dalam proses mereka bentuk
projek agar dapat memenuhi hasil projek dengan nilai min 4.92
(Tinggi), guru memberi maklum balas terhadap draf projek yang
dibangunkan murid dalam kumpulan sasar dengan nilai min 2.32
(rendah), guru memahami kebolehan murid sebelum melakukan
aktiviti PjBL dengan nilai min 4.82 (tinggi), guru dan murid
bekerjasama mengenai projek yang ingin dilakukan dengan nilai min
2.33 (rendah), guru mengemukakan soalan yang jelas bagi
membentuk disiplin dan bekerja secara kolaboratif dalam diri murid
dengan nilai min 2.62 (rendah). Berdasarkan dapatan kajian yang
diketengahkan ini menunjukkan bahawa item 2, 4 dan 5 memerlukan
keyakinan, pengetahuan, komitmen dan kepakaran dalam
mewujudkan kerjasama dua hala yang harmonis antara guru dan
murid untuk melaksanakan pelbagai aktiviti PjBL yang berkesan dan
berinovatif dalam mempersembahkan pelbagai hasil cipta baru kesan
daya kreativiti menerusi Pendidikan STEM berasaskan PjBL ini
dengan secara keseluruhan skor min iaitu 3.33 pada tahap
sederhana.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Kajian ini dapat dikonklusikan bersesuaian mengisi perbincangan
secara terperinci mengenai perolehan daripada hasil dapatan yang
diteguhkan dengan sokongan literatur dengan Model Rash
144 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 146
(Wahyuningsih et al., 2021) untuk melihat kualiti tinjauan dalam
perlaksanaan PjBL. Kajian ini bertujuan untuk memperkasakan
keberkesanan Pendidikan STEM berasaskan projek dilaksanakan
diawal sekolah rendah lagi bagi menggalakkan murid berfikir secara
kreatif dan kritis yang agak kurang dipraktikkan sebelum ini (Panapt
et al., 2019).
Pandangan guru terhadap konstruk amalan PjBL dalam Pendidikan
STEM diimplementasikan di sekolah rendah Mulyadi, E. (2019)
adalah keseluruhan min 3.776 yang sederhana rendah. Hal ini,
menunjukkan bahawa kaedah pengajaran guru perlu jelas dengan
konsep dan prinsip untuk digunakan sebagai wahana dalam
pembelajaran PjBL secara langsung. Kerana PjBL dapat memberi
kefahaman yang mendalam kepada murid tentang konsep dan teori
pembelajaran seperti konstruktivisme yang dipraktikkan dalam
kemahiran dunia sebenar secara inkuiri dan penemuan baru dalam
menghasilkan kerja kumpulan Panapt, B., & Pandit, C. (2019).
Dimana item 2 dan 5 memerlukan kandungan PjBL yang kreatif dapat
diperkembangkan mengikut tahap murid melalui kemahiran
menyelesaikan masalah (Nurul Rabihah, 2020), mencari maklumat,
bekerja dalam kumpulan yang memerlukan tingkah laku sosial
konstruktivisme (Dewey, 1916), kemahiran komputer, dan menilai
kesesuaian bahan dan pembelajaran (Wahyuningsih et al., 2021).
Bagi dapatan konstruk kompetensi guru melaksanakan PjBL di
sekolah rendah dengan keseluruhan min 3.696 pada tahap
sederhana. Demikian itu, dapat ditunjukkan pada item 2, 4 dan 5 bagi
seorang pendidik perlu bersedia untuk meningkatkan kemampuan
mereka kerana tanpa kompetensi yang baik akan menyukarkan PjBL
diterapkan kepada murid dengan arahan dan langkah-langkah yang
betul pandangan (Laelasari, 2018). Hal ini, boleh dijelaskan aktiviti
PjBL jarang diimplemenkan di sekolah rendah. Ini kemunkinan guru
kurang sukar untuk menjelaskan secara terperinci dan spesifik
matlamat projek kajian kepada murid (Muslihudin et al., 2020).
Secara keseluruhan dapatan bagi memperkasakan perlaksanaan
PjBL di sekolah rendah memerlukan pembangunan profesionalisme
guru yang berkemahiran dan keyakinan yang secukupnya agar boleh
diimplementasikan dalam bilik darjah nyata mahu pun bilik darjah
maya (Simó et al., 2016) dan (Sari et al., 2019) bagi menyediakan
murid menghadapi cabaran revolusi industri 4.0 oleh ledakan
teknologi maklumat dan kecerdasan buatan Nurul Rabihah (2020). Ini
menunjukkan bahawa guru harus menjadi prioriti dalam setiap
transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan seiring dengan dunia
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21147 145
perkembangan ekonomi digital (Budi et al., 2020). Oleh itu, kemahiran
4C yang perlu diterapkan dalam diri murid boleh diimplementasikan
dalam PjBL yang mengintegrasikan Pendidikan STEM (Widiyanti et
al., 2020).
Untuk merealisasikan matlamat ini model kurikulum yang sesuai perlu
diimplementasikan di sekolah yang melibatkan program kreatif harus
disediakan kepada guru dan murid bagi merancakkan lagi program
inovasi dan kreativiti di Malaysia (Giatman et al., 2019). Sementara itu
guru juga harus dibekalkan dengan bengkel dan kursus yang
bersesuaian untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang
pentingnya kemahiran PjBL ini dan penerapan kemahiran ini secara
berterusan kepada murid dalam kelas dan di luar kelas. Penggunaan
teknologi komunikasi dalam konteks itu tentunya tidak dapat dielakkan
Mulyadi, E. (2019).
IMPLIKASI KAJIAN
Implikasi terhadap amalan pembelajaran berasaskan projek (PjBL)
adalah satu proses pembelajaran yang dijalankan dalam suasana
kerja sebenar. Proses pembelajaran ini memerlukan murid
mempunyai keupayaan kemahiran berfikir aras tinggi dan nilai dalam
interaksi sosial pembelajaran mereka (Stolk, J., & Harari, J. 2014).
Namun begitu, berdasarkan kajian tinjauan yang telah dijalankan oleh
pengkaji menunjukkan bahawa ia dapat memberi panduan yang dapat
membantu guru dalam melatih dan menerapkan kemahiran 4C dan
nilai kepada murid sekolah rendah yang mengikuti PjBL di Melaka.
Tambahan pula, berdasarkan dapatan kajian jelas menunjukkan
bahawa murid amat memerlukan kemahiran PjBL bagi menghadapi
pengajian di peringkat menengah dan lanjutan bagi keperluan industri
akan dating (Widiyanti et al., 2020).
Pengaplikasian PjBL juga memupuk pemikiran baharu dalam diri
murid. Dalam konteks ini PjBL memainkan peranan penting
membangunkan dan melatih murid tidak takut kepada kegagalan dan
melihat masalah sebagai penyelesaian kreatif. Selain itu, ia juga
melatih murid menjalinkan kerjasama sosial serta pemahaman nilai
sosial seperti empati dalam diri murid.
Diharapkan amalan PjBL ini dapat diterapkan dan diimpelemntasikan
di sekolah rendah secara integrasi dengan Pendidikan STEM supaya
guru-guru STEM dapat keyakinan dalam memberi projek yang
terbuka dan menarik dan mempunyai langkah arahan awal masalah
yang terbuka dan menarik minat murid untuk menyelesaikannya
146 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 148
Muslihudin, M., & Andini, W. (2020). Dan diharapkan juga agar kajian
ini dapat memberi panduan kepada pihak berkempentingan agar
pelajar di institut pengajian tinggi dan IPG untuk menjadi rujukan bagi
kajian seumpama ini.
CADANGAN
Diharapkan kajian kecil ini dapat memberi sumbangan kepada dunia
penyelidikan di Malaysia dan para pengkaji lain dengan terhasilnya
penyelidikan ke arah pendidikan STEM berasaskan PjBL ini. Justeru,
kajian ini amat signifikan kerana dapat memberi panduan kepada guru
untuk memulakan projek kumpulan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dan kajian ini dijangka boleh digunakan juga dalam
mata pelajaran teras dan elektif murid sekolah rendah bagi
meningkatkan prestasi dan mempelbagaikan penilaian tahap PBD
mereka.
Cadangan lanjutan seterusnya agar dibangunkan satu model latihan
berkaitan dengan PjBL di sekolah rendah di Malaysia dalam pelajaran
selain daripada mata pelajaran STEM seperti sejarah, Bahasa,
Pendidikan islam dan sebagainya kerana setiap mata pelajaran itu
perlu disesuaikan dengan kompetansi guru dan kemahiran murid
yang sesuai dalam konteks kajian. Cadangan lanjutan terakhir pula
adalah dengan menjalankan kajian keberkesanan terhadap kurikulum
latihan PjBL. Hal ini adalah boleh diimplementasikan dengan
membina modul ringkas yang menjurus kepada beberapa penyataan
dan nilai yang terkandung dan disenaraikan di dalamnya. Ujian
keberkesanan model boleh dilaksanakan dengan mendedahkan
intervensi modul ringkas yang dibina berdasarkan kajian PjBL kepada
murid dalam satu tempoh masa. Seterusnya proses perbandingan
antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan boleh dijalankan
melalui kaedah kajian eksperimen
KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan dapat dirumuskan, walaupun kajian ini
menampakkan perlaksanan projek dilaksanakan adalah pada tahap
keseluruhan adalah sederhana tapi guru mempunyai pengalaman dan
pandangan yang positif dalam melaksanakan PjBL bagi mata
pelajaran STEM. Pendedahan memperkasakan perlaksanaan PjBL
bagi Pendidikan STEM murid rendah ini diharapkan boleh menjadi
panduan kepada guru STEM untuk mempertingkatkan kompetensi
dan guru pelajaran lain untuk melakukan inovasi terhadap proses
PDP yang lebih menyeronokkan dan menarik minat murid.
Kesimpulan PjBL merupakan satu kaedah alternatif yang harus
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21149 147
digunakan oleh guru masa kini dalam suasana pandamik Covid-19
agar PjBL boleh dilaksanakan secara terancang dan teratur akan
membawa kepada peningkatan tahap literasi digital dikalangan murid
sekolah rendah di Malaysia serta menyumbang kepada peningkatan
kualiti kemahiran ICT dan teknologi digital di negara ini. Pada masa
hadapan agar murid sekolah rendah harus didedahkan dengan
pelbagai penghasilan projek produk yang bermutu, malahan
berkemampuan menghasilkan reka ciptaan baharu bersifat inventif
mengikut kemahiran abad ke-21 dan mampu bersaing di peringkat
antarabangsa.
RUJUKAN
Bell, S. 2010. Project Based Learning for the 21st Century: Skills for
the Future. The Clearing House: A Journal of Educational
Strategies, Issues and Ideas, 83(2), 39-43.
Budi Setiawan, B., Rina Kurniasari, M., & Sarkim, T. (2020). The
implementation of STEM approach through project based
learning to develop student’s creativity. Journal of Physics:
Conference Series.
https://doi.org/10.1088/1742-
6596/1470/1/012041
Dewey, J. (1916). Democracy and education. New York:
NY:Macmillan.
Domínguez, C. & Jaime, A. (2010). Database design learning: A
project-based approach organized through a course
management system. Computers & Education, 55(3), 1312–
1320.
Giatman, M., Nafsiah, I. N., Rizal, F., & Leonardo, A. (2019). Needs
analisys pedagogy project management of technology and
vocational educational with the approach of project base learning
in higher education. Journal of Physics: Conference Series.
https://doi.org/10.1088/1742-6596/1387/1/012066
Hidayat, A. K. (2020). Penerapan Project Based Learning pada
Pendidikan Jasmani di Masa Social Distancing Pandemic Covid
-19. JUARA : Jurnal Olahraga.
Hsu, Y. C., & Shiue, Y. M. (2017). Exploring the community of inquiry
in the interdisciplinary project-based learning through
148 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 150
collaborative technology. Proceedings of the 2017 IEEE
International Conference on Applied System Innovation: Applied
System Innovation for Modern Technology, ICASI 2017.
https://doi.org/10.1109/ICASI.2017.7988289
Isa, N., Machmudi, M., Shihah, M. A. I., & Abdullah, H. J. (2013).
Pembelajaran Berasaskan Projek : Takrifan , Teori dan
Perbandingannya dengan Pembelajaran Berasaskan Masalah.
CREAM -Current Researc in Malaysia.
Kartiwa, Y., Trisnamansyah, S., & ... (2018). Pendekatan Project Base
Learning Dalam Meningkatkan Mutu Pembelajaran di Sekolah
Menengah Kejuruan (SMK). Fokus Manajemen ….
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)3 Gelombang Pendidikan
PPPM (2013-2025) https://www.sistemguruonline.my/2018/01/3-
gelombang-pendidikan-pppm-2013-2025.html
Laelasari. (2018). Self regulated learning trough project base learning
on the prospective math teacher. Journal of Physics: Conference
Series. https://doi.org/10.1088/1742-6596/983/1/012156
Muhammad Ridhuan Tony Lim Abdullah. (2014). Development of
activity-based mlearning implementation model for
undergraduate english language learning. (PHD), Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Mulyadi, E. (2019). Vocational Revitalization Through Comparation
Studies to New Zealand. Ideguru: Jurnal Karya Ilmiah Guru.
https://doi.org/10.51169/ideguru.v4i1.81
Muslihudin, M., & Andini, W. (2020). PENGELOLAAN MODEL
PROJECT BASED LEARNING UNTUK MENINGKATKAN
KEMANDIRIAN MAHASISWA. AL-TARBIYAH: Jurnal
Pendidikan (The Educational Journal).
https://doi.org/10.24235/ath.v30i1.6480
Ngoc Tuan, N., Thi Hanh, B., & Trung Ninh, T. (2020). Project Based
Learning in General Chemistry to Develop the Problem-Solving
and Creativity. American Journal of Educational Research.
https://doi.org/10.12691/education-8-7-4
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21151 149
Noweski, C., Scheer, A., Büttner, N., von Thienen, J., Erdmann, J., &
Meinel, C. (2012). Towards a paradigm shift in education
practice: Developing twenty-first century skills with design
thinking. In H. Plattner, C. Meinel & L. Leifer (Eds.), Design
Thinking Research: Measuring Performance in Context (pp. 71-
94). Berlin, Heidelberg: Springer Berlin Heidelberg.
Nurul Rabihah Mat Noh. (2020). Pembangunan model Pengajaran
pemikiran reka bentuk sekolah rendah. (Tesis Doktor Falsafah),
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Panapt, B., & Pandit, C. (2019). Project-based learning approach in
undergraduate engineering course of cryptography and security
in computer science. Journal of Engineering Education
Transformations.
https://doi.org/10.16920/jeet/2019/v33i1/149006
Rukiah Mohamed Ibrahim & Kamisah Osman. (2014). Persepsi
pelajar terhadap sains dan hubungannya dengan kemahiran
abad ke-21. Proceeding International Seminar on Global
Education II 2014, hlm. 2827-2845.
Sahin, M. (2009). Correlations of students’ grades, expectations,
epistemological beliefs and demographics in a problem-based
introductory physics course. International Journal of Environmental
& Science Education, 4(2), 169–184.
Sahtoni, S., Suyatna, A., & Manurung, P. (2017). Implementation of
student’s worksheet based on project based learning (pjbl) to
foster student’s creativity. International Journal of Science and
Applied Science: Conference Series.
https://doi.org/10.20961/ijsascs.v2i1.16738
Sari, S. P., Manzilatusifa, U., & Handoko, S. (2019). Penerapan Model
Project Based Learning (PjBL) Untuk Meningkatkan
Kemampuan Berfikir Kreatif Peserta Didik. Jurnal Pendidikan
Dan Pembelajaran Ekonomi Akuntansi.
Simó, Á., Ferreira, S., & Ortuño, P. (2016). Interdisciplinary
workshops: Implementation of learning methodologies based in
projects and cooperative learning. Opcion.
150 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 152
Stolk, J., & Harari, J. (2014). Student motivations as predictors of high-
level cognitions in project-based classrooms. Active Learning in
Higher Education. https://doi.org/10.1177/1469787414554873
Wahyuningsih, S., Qohar, A., Satyananda, D., & Atan, N. A. (2021).
The Effect of Online Project-Based Learning Application on
Mathematics Students’ Visual Thinking Continuum in Covid-19
Pandemic. International Journal of Interactive Mobile
Technologies. https://doi.org/10.3991/ijim.v15i08.21565
Widiyanti, Marsono, Eddy, D. L., & Yoto. (2020). Project-based
learning based on stem (science, technology, engineering, and
mathematics) to develop the skill of vocational high school
students. 4th International Conference on Vocational Education
and Training, ICOVET 2020.
https://doi.org/10.1109/ICOVET50258.2020.9230088
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21153 151
152 J u r n a l M e l e w a r B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1
Kesediaan dan Persepsi Guru Pelatih Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Terhadap
Pentaksiran Secara Dalam Talian
Fairuzzah binti Harun, Ph.D
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPGKRM
Nurulhidayah binti Alias
Nong Azman bin Nong Chek
Mayati binti Bulin
Unit Peperiksaan dan Penilaian, IPGKRM
ABSTRAK
Pentaksiran secara dalam talian merupakan satu keperluan masakini
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan situasi dunia
memerlukan pensyarah dan pelajar untuk mengadaptasi kepada
proses pentaksiran secara dalam talian. Justeru, pelbagai aspek perlu
dilihat dan dikaji dalam pelaksanaan pentaksiran secara dalam talian
ini. Kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan
ini dilaksanakan bertujuan mengenalpasti kesediaan dan persepsi
pelajar terhadap pentaksiran secara dalam talian. Seramai 139 orang
guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dari
IPGK Raja Melewar memberikan respon mereka melalui soal selidik.
Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih PISMP
terhadap pelaksanaan pentaksiran secara dalam talian berada pada
tahap tinggi. Walaubagaimanapun, hanya 2 item sahaja daripada 16
item bagi konstruk persepsi pelajar terhadap pelaksanaan pentaksiran
secara dalam talian mendapat persetujuan responden pada tahap
sangat setuju melebihi 50%. Dapatan kajian ini diharapkan agar dapat
memberi panduan kepada pentadbir akademik, pensyarah dan pihak
pengurusan peperiksaan dan penilaian IPG dalam melaksana dan
membuat penambahbaikan terhadap pelaksanaan pentaksiran
secara dalam talian.
Kata kunci : Kesediaan, Persepsi, Pentaksiran Secara Dalam
Talian
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21154 153
PENGENALAN
Selaras dengan kemajuan teknologi, sistem pendidikan turut
menerima kesan yang besar. Pembelajaran secara dalam talian mula
diberikan perhatian yang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia. Institut Pendidikan Guru (IPG) turut tidak terkecuali
daripada gelombang perubahan ini. Pentaksiran memainkan peranan
yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
peringkat pendidikan tinggi (Appiah et al,2018; Rawlusyk, 2018).
Pentaksiran menjadikan pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik
menjadi lebih mendalam (Ustun dan Tracey, 2019).
Pentaksiran dalam talian melibatkan penggunaan apa jua peralatan
atau perisian teknologi bagi menghasilkan, menyampaikan,
menyimpan dan merekodkan markah serta maklum balas kepada
pelajar. Howarth (2015) menjelaskan bahawa pentaksiran dalam
talian terdiri daripada dua komponen utama iaitu 1) perkakasan yang
digunakan bagi melaksanakan pentaksiran iaitu hardware dan
software yang diperlukan untuk mereka bentuk dan menyampaikan
sesuatu ujian dan 2) bank soalan iaitu terdiri daripada koleksi soalan
yang disimpan dan akan diberikan secara random kepada pelajar.
Goertler dan Gacs (2018) menyatakan bahawa terdapat beberapa
cabaran dalam melaksanakan pentaksiran secara dalam talian iaitu 1)
kursus yang dilaksanakan perlulah melihat kepada kemahiran pelajar
terhadap maklumat kursus dan bukan memfokuskan kepada
kemahiran teknologi pelajar, 2) kerahsiaan maklumat pelajar perlu
diberikan perhatian yang serius, 3) penggunaan teknologi
memerlukan peralatan yang khusus seperti komputer dan capaian
internet yang stabil dan 4) kerahsiaan soalan ujian yang diberikan
perlu diberikan perhatian agar tidak disebarkan. Walau
bagaimanapun, penilaian secara dalam talian memerikan beberapa
kelebihan iaitu 1) pentaksiran secara dalam talian memberikan
ketepatan yang tinggi dan memudahkan untuk menilai pencapaian
pelajar dan 2) penilaian secara dalam talian boleh memberikan
maklum balas secara terus kepada jawapan pelajar (Shepard, Penuel
dan Pellegrino, 2018). Kajian yang dijalankan oleh Fatma et al (2020)
menyatakan guru pelatih bersetuju bahawa ujian secara formatif yang
dijalankan secara dalam talian memberikan kesan yang baik kerana
pelajar boleh mendapat maklum balas terus selepas ujian tamat. Hal
ini menjadikan pelajar lebih mudah memahami sesuatu topik dan
dapat mengenalpasti topik yang mereka kurang faham.
154 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 155
PERNYATAAN MASALAH
Okada et al (2019) menjelaskan bahawa pelajar bersedia
melaksanakan pentaksiran secara dalam talian kerana dapat
menjimatkan masa dan kos. Walau bagaimanapun, pensyarah perlu
memberikan fokus kepada pelajar dari aspek sosial, komunikasi dan
kemahiran teknikal berkaitan teknologi bagi memastikan pentaksiran
secara dalam talian dapat dilaksanakan (Yu, 2018). Kajian yang
dijalankan oleh Tuah et al (2020) pula menjelaskan pelajar bersedia
melaksanakan pentaksiran dalam talian tetapi penipuan mudah
dilakukan apabila pentaksiran secara dalam talian dilaksanakan.
Pelajar cenderung untuk berkongsi skrin dengan pelajar lain dengan
menggunakan beberapa monitor dan mengambil gambar dengan
menggunakan telefon bimbit dan dihantar kepada rakan yang lain.
Selain itu juga, pensyarah perlu bersedia dengan sebarang
kemungkinan semasa pelaksanaan pentaksiran secara dalam talian
seperti terputus bekalan internet dan hilang liputan internet. Manakala
Shraim (2018) pula mendapati pelajar bersetuju bahawa pentaksiran
secara dalam talian lebih baik berbanding pentaksiran secara
tradisional tetapi aspek keadilan, kesahan dan keselamatan soalan
perlulah diberikan perhatian yang lebih.
MATLAMAT KAJIAN
Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih PISMP dalam
pelaksanaan pentaksiran secara dalam talian.
ii. Mengenalpasti persepsi guru pelatih PISMP tehadap pentaksiran
secara dalam talian
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Menurut Chua (2011), terdapat tiga kaedah penyelidikan iaitu
kualitatif, kuantitatif dan campuran. Kajian penyelidikan yang
menggunakan kaedah kuantitatif dilakukan melalui kajian
eksperimental dan data numerik yang dipungut, dianalisis dengan
ujian statistik dan antara kesesuaian kajian yang boleh digunakan
adalah deskriptif dan inferensi (Chua 2011). Kajian ini adalah kajian
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21156 155
kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Kajian ini
menggunakan satu set soal selidik yang bertujuan untuk
mengenalpasti kesediaan dan persepsi guru pelatih PISMP terhadap
pelaksanaan pentaksiran secara dalam talian.
Persampelan Kajian
Populasi kajian tinjauan adalah terdiri daripada guru pelatih Program
Ijazah Muda Perguruan (PISMP) semester 8 dari pelbagai bidang di
IPG. Rasional pemilihan populasi ini adalah kerana guru pelatih ini
merupakan kumpulan pertama yang telah melaksanakan pentaksiran
secara dalam talian di IPGK Raja Melewar.
Saiz sampel kajian ditentukan dengan mengambil kira
pandangan dan garis panduan yang dikemukakan oleh beberapa
orang pengkaji. Berpandukan jadual penentuan Krejcie dan Morgan
(1970), jumlah minimum sampel yang diperlukan hanyalah 139 orang
bagi populasi guru pelatih PISMP seramai 240 orang.
Instrumen Kajian
Instrumen soal selidik bagi kajian ini diadaptasi dari instrumen soal
selidik Student’s Perceptions of Online Assessment (Ozden et
al.2004) dan Student Online Learning Readiness (SOLR) Instrument
(Yu 2018). Instrumen ini digunakan bagi mengumpulkan data
menggunakan kaedah kajian tinjauan. Objektif penggunaan soal
selidik ini adalah untuk mendapatkan data pengujian secara empirikal
bagi konstruk kesediaan dan persepsi guru pelatih PISMP terhadap
pelaksanaan pentaksiran secara dalam talian. Soal selidik merupakan
cara yang paling mudah untuk memperoleh maklumat dan paling
popular digunakan. (Fraenkel et al. 2012; Mohd. Majid Konting 2005;
Neuman 2011; Wiersma & Jurs 2009). Kandungan bagi sesuatu soal
selidik mestilah komprehensif dan meliputi semua konstruk yang
hendak diukur.
Instrumen soal selidik ini mengandungi tiga bahagian yang
terdiri daripada Bahagian A iaitu profil guru pelatih, Bahagian B iaitu
Kesediaan guru pelatih PISMP terhadap pelaksanaan pentaksiran
secara dalam talian dan Bahagian C iaitu persepsi guru pelatih
PISMP terhadap pelaksanaan pentaksiran secara dalam talian
dengan item berskala Likert lima mata. Skala Likert lima mata yang
digunakan ialah (Sangat tidak setuju [1], Tidak setuju [2], Kurang
Setuju [3], Setuju [4], Sangat Setuju [5] telah digunakan. Skala Likert
156 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 157
dalam soal selidik ini digunakan kerana skala item amat sesuai untuk
mengukur tahap dan persepsi responden (Cooper & Emery 1995).
Analisis Data
Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan program Statistical
Package of Social Science (SPSS) versi 21. Data-data yang
diperolehi diolah dengan menggunakan peratusan dan min untuk
menjawab soalan kajian. Tahap kesediaan responden terhadap
pentaksiran secara dalam talian dikategorikan kepada tiga tahap
seperti berikut:
i. Tahap Rendah (skor min antara 1.00 hingga 2.33)
ii. Tahap sederhana (skor min antara 2.34 hingga 3.67)
iii. Tahap tinggi (skor min antara 3.68 hingga 5.00)
Tahap kesediaan terhadap pelaksanaan pentaksiran secara
dalam talian bagi semua item yang dikaji adalah berdasarkan
panduan tahap persetujuan yang dicadangkan oleh Jamil (2002).
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan dapatan kajian bilangan responden guru pelatih PISMP
lelaki adalah seramai 32 orang iaitu sebanyak 23% daripada
responden kajian. Manakala bilangan responden guru pelatih PISMP
perempuan adalah seramai 107 orang iaitu sebanyak 77% daripada
responden kajian.
Jadual 1 : Bilangan responden berdasarkan jantina
Bil Jantina N Peratus
32 23%
1 Lelaki 107 77%
2 Perempuan 139 100%
Jumlah
Dapatan analisis kajian mendapati nilai kebolehpercayaan yang
merujuk kepada nilai Alpha Cronbach ialah 0.82 seperti Jadual 2. Ini
menunjukkan instrumen berada dalam keadaan sangat baik dan
efektif dengan tahap konsisten yang tinggi (Bond & Fox, 2015).
Jadual 2 : Jadual Interprestasi Skor Alpha Cronbach (Bond
& Fox, 2015)
Skor Alpha Cronbach Tahap Kebolehpercayaan
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21158 157
0.8 – 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap
konsistensi yang tinggi
0.7 – 0.8 Baik dan boleh diterima
0.6 – 0.7 Boleh diterima
Item perlu dibaiki
<0.6 Item perlu digugurkan
<0.5
Seterusnya, analisis deskriptif dilakukan bagi melihat tahap kesediaan
guru pelatih PISMP terhadap pelaksanaan pentaksiran secara dalam
talian.
Jadual 3 : Tahap Kesediaan Guru Pelatih PISMP Terhadap
Pelaksanaan Pentaksiran Secara dalam Talian
Konstruk Min Sisihan
Kesediaan Piawai
4.65 0.40
Berdasarkan Jadual 3, tahap kesediaan guru pelatih PISMP
terhadap pelaksanaan pentaksiran secara dalam talian di IPGKRM
berada pada tahap yang tinggi. Menurut Jamil (2002), skor min antara
3.68 hingga 5.00 menunjukkan tahap yang tinggi. Ini menunjukkan
kesediaan guru pelatih PISMP di IPGKRM terhadap pentaksiran
secara dalam talian secara keseluruhannya berada pada tahap yang
tinggi.
Jadual 3 : Analisis Persepsi Guru Pelatih PISMP terhadap
Pelaksanaan Pentaksiran Secara dalam Talian
Item SS S KS TS STS Min SD
4.37 0.83
Penilaian yang 77 43 13 6 0 3.52 1.29
adil 55.4% 30.9% 9.4 4.3% 0%
dilaksanakan 33 12 4.32 0.84
42 32 23.7% 20 8.6%
Susah untuk 30.2% 23% 15 14.4% 0
menipu/ meniru 46
72 6 0%
Maklum balas
daripada pihak 51.8% 33.1% 10.8% 4.3%
pengurusan
sistem
membantu saya
untuk
meningkatkan
158 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 159
pencapaian 40 33 41 17 8 3.58 1.19
3.23 1.14
Saya harap 28.8% 23.7% 29.5% 12.20% 5.8% 4.02 0.96
untuk 3.27 1.27
menggunakan 21 36 47 24 11 4.27 0.80
penilaian secara 15.1% 25.9% 33.8% 17.3% 7.9% 4.32 0.78
dalam talian 2.92 1.26
untuk semua 56 39 35 9 0 3.55 1.17
kursus 40.3% 28.1% 25.2% 6.5% 0%
Sistem penilaian 15 3.04 1.20
dalam talian 28 36 36 24 10.8%
mudah untuk 20.1% 25.9% 25.9% 17.3% 0 3.32 1.41
diakses 0% 4.11 0.93
66 47 24 2 0
Mudah untuk 47.5% 33.8% 17.3% 1.4%
menjawab 0%
peperiksaan 69 47 21 2
25
Mudah untuk 49.6% 33.8% 15.1% 1.4% 18%
membuat
pembetulan 17 28 46 23 8
12.2% 20.1% 33.1% 16.5% 5.8%
Mudah
digunakan dan 38 31 47 15 18
selesa 27.3% 22.3% 33.8% 10.8%
12.9%
Terdapat 17 33 46 25
tempoh yang 18
diberikan 12.2% 23.7% 33.1% 18% 12.9%
memudahkan
saya merangka 42 23 30 26 3
tugasan 30.2% 16.5% 21.6% 18.7%
Saya berminat
melaksanakan 56 51 26 3
peperiksaan
secara dalam
talian
Lebih baik
daripada
peperiksaan
secara
tradisional
Medium yang
digunakan tidak
konsisten
dengan cara
pengajaran
pensyarah
secara dalam
talian
Lebih cepat
daripada
peperiksaan
secara
tradisional
Peperiksaan
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21160 159
dalam talian 40.3% 36.7% 18.7% 2.2% 2.2%
menggunakan
aplikasi yang 44 40 42 8 5 3.79 1.06
terkini 31.7% 28.8% 30.2% 5.8% 3.6%
Peperiksaan
dalam talian
lebih sistematik
*SS= Sangat Setuju, S=Setuju , KS= Kurang Setuju, TS= Tidak
Setuju, STS= Sangat Tidak Setuju
Dapatan kajian mendapati peratusan paling tinggi bagi
persepsi guru pelatih PISMP terhadap pentaksiran secara dalam
talian pada tahap sangat setuju adalah pada item penilaian yang adil
dilaksanakan iaitu pada 55.4% dan item maklum balas daripada pihak
pengurusan sistem membantu saya untuk meningkatkan pencapaian
iaitu pada 51.8%. Manakala item yang mendapat peratusan paling
rendah pada tahap sangat setuju adalah saya berminat
melaksanakan peperiksaan secara dalam talian iaitu pada 12.2%,
item medium yang digunakan tidak konsisten dengan cara pengajaran
pensyarah secara dalam talian juga pada 12.2% dan item sistem
penilaian dalam talian mudah untuk diakses iaitu pada 15.1%.
Seterusnya, item yang mendapat peratusan paling tinggi bagi
tahap sangat tidak setuju adalah item saya berminat melaksanakan
peperiksaan secara dalam talian iaitu pada tahap peratusan 18%,
diikuti oleh item medium yang digunakan tidak konsisten dengan cara
pengajaran pensyarah secara dalam talian iatu pada 12.9% dan item
lebih cepat dari peperiksaan secara tradisional juga pada 12.9% .
PERBINCANGAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru pelatih PISMP
IPGK Raja melewar berada pada tahap yang tinggi. Ini
berkemungkinan disebabkan oleh pengetahuan generasi kini yang
celik IT. Oleh itu, penggunaan aplikasi digital dalam pelaksanaan
pentaksiran secara dalam talian tidak menimbulkan masalah kepada
guru pelatih. Ini bersesuaian dengan dapatan Shraim (2018) yang
mendapati pelajar bersetuju bahawa pentaksiran secara dalam talian
adalah lebih baik berbanding pentaksiran secara tradisional.
Selain itu, kajian Fatma et al (2020) pula mendapati guru pelatih
bersetuju bahawa ujian secara formatif yang dijalankan secara dalam
talian memberikan kesan yang baik kerana pelajar boleh mendapat
160 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 161
maklum balas terus selepas ujian tamat dan menjadikan pelajar lebih
mudah memahami sesuatu topik. Dapatan ini bersesuaian dengan
dapatan kajian ini yang mendapati bahawa pelajar mempunyai
persepsi pada tahap persetujuan ‘sangat setuju’ melebihi 50% bagi
item maklum balas daripada pihak pengurusan sistem membantu
saya untuk meningkatkan pencapaian.
Walaubagaimanapun, dapatan item saya berminat
melaksanakan peperiksaan secara dalam talian mendapat tahap
peratusan 18% bagi tahap sangat tidak setuju, diikuti oleh item
medium yang digunakan tidak konsisten dengan cara pengajaran
pensyarah secara dalam talian iatu pada 12.9% pada tahap sangat
tidak setuju dan item lebih cepat dari peperiksaan secara tradisional
juga pada 12.9%. Justeru, pensyarah perlu memfokuskan kepada
penggunaan medium pengajaran dan pembelajaran secara dalam
talian secara lebih efektif bagi menarik minat pelajar terhadap
penggunaan alat digital dalam pelaksanaan pentaksiran secara dalam
talian.
Ini bertepatan dengan dapatan kajian Yu (2018) yang
mendapati bahawa pensyarah perlu memberikan fokus kepada
pelajar dari aspek sosial, komunikasi dan kemahiran teknikal
berkaitan teknologi bagi memastikan pentaksiran secara dalam talian
dapat dilaksanakan secara berkesan. Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan alat digital secara berkesan juga mampu
mengubah persepsi pelajar yang menunjukkan tahap sangat tidak
setuju terhadap pernyataan bahawa pentaksiran secara dalam talian
adalah lebih cepat dari peperiksaan secara tradisional.
RUMUSAN
Kajian ini dapat menjelaskan bahawa perlunya penambahbaikan
dilaksanakan bagi mengubah persepsi pelajar terhadap pelaksanaan
pentaksiran secara dalam talian. Usaha berterusan dan
penambahbaikan oleh setiap pihak samada pentadbir akademik,
pensyarah dan unit peperiksaan dan penilaian di IPG bagi
mewujudkan suasana kondusif dan efisien dalam melaksana
pentaksiran secara dalam talian dapat memberi impak yang lebih
positif kepada persepsi pelajar terhadap pentaksiran secara dalam
talian. Justeru, adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat
memberikan panduan kepada semua pihak dalam menjayakan
pentaksiran secara dalam talian secara lebih efektif.
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21162 161
RUJUKAN
Fatma.G.K., Ahmet.B.U., Ramazan.Y. (2020). Investigation of pre-
service teacher’s opinions on advantage adn disadvantage of
online formative assessment : An example of online multiple-
choice exam. Journal of Teacher Education & Lifelong Learning
(TELL). Vol. 2(1), 10-19.
Fraenkel, J. R., Wallen, N. E. & Hyun, H. H. (2012). How to Design
and Evaluate Research in Education. New York: McGraw Hill
International Edition
Goertler.S dan Gacs.A. 2018. Assessment in online German:
Assessment Methods and Results. A Journal of the America
Association of Teachers of German.
Howarth P. (2015). The opportunities and challenges faced in utilizing
e based assessment.
Jamil A. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan dalam kalangan
guru di sekolah. Satu Penilaian. Tesis Ijazah Doktor Falsafah.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia
Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for
Research Activities. Educational and psychological
measurement 30(3): 607-610.
Martin Appiah et al. (2018). E-assessment in higher education: a
review. International Journal of Business Management and
Economic Research(IJBMER). Vol 9(6),1454-1460
Neuman, W. L. (2011). Social Research Methods. Qualitative and
Quantitative Approaches. Boston: Pearson Education
Okada.A., Whitelock.D., Holmes.W., Edwards.C. (2019). e-
Authentication for online assessment: A mixed-method study.
British Journal of Educational Technology. Vol 50 (2 )
Ozden, M.Y, Erturk. I & Sanli. R. (2004). Students’ perceptions of
online assessment: A case study. Journal of Distance
Education. Vol. 19(2). 77-92
Rawlusyk.P.E. (2018). Assessment in higher education and student
learning. Journal of Instructional Pedagogies. Vol 21
162 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 163
Shraim.K. (2018). Online Examination practices in higher education
institutions: learners’ perspectives. Turkish Online Journal of
Distance Education-TOJDE, 20 (4).
Shepard, L. A., Penuel, W. R., & Pellegrino, J. W. (2018). Using
learning and motivation theories to coherently link formative
assessment, grading practices, and large‐scale assessment.
Educational Measurement: Issues and Practice, 37(1), 21-34.
Tuah, N. A. A., & Naing, L. (2020). Is Online Assessment in Higher
Education Institutions during COVID-19 Pandemic Reliable? .
Siriraj Medical Journal, 73(1), 61-68.
Ustun, A. B., & Tracey, M. W. (2019). An effective way of designing
blended learning: A three phase design-based research
approach. Education and InformationTechnologies
Yu, T. (2018). Examining construct validity of the student online
learning readiness (SOLR) instrument using confirmatory factor
analysis. Online Learning, 22(4), 277-288.
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21164 163
164 J u r n a l M e l e w a r B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap
Pendidikan Anak Berkeperluan Khas (BK)
Zaiton binti Sharif, Ph.D
IPG Kampus Raja Melewar
Shamsiah binti Md. Nasir
IPG Kampus Pendidikan Teknik
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sejauh mana pengaruh
sokongan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak berkeperluan khas
di peringkat sekolah berdasarkan 4 faktor aspek persekitaran iaitu (a)
sokongan terhadap kecemerlangan anak-anak, (b) interaksi sosial
dengan anak, (c) komunikasi dengan anak, dan (d) penyediaan
suasana pembelajaran di rumah mengikut jantina dan peringkat
kelulusan tertinggi ibu bapa. Kajian ini melibatkan seorang bapa yang
mempunyai dua orang anak berkeperluan khas dan seorang ibu yang
mempunyai seorang anak berkeperluan khas yang bersekolah di
Sepang. Peserta kajian dipilih secara sampel bertujuan. Kajian ini
menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian dalam
mendapatkan maklumat dan dianalisis secara manual melibatkan
pengkodan dan interpretasi data. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat perbezaan dalam pengaruh sokongan ibu bapa berdasarkan
4 faktor aspek persekitaran mengikut jantina dan peringkat kelulusan
tertinggi ibu bapa.
Kata kunci: persekitaran, interaksi sosial, komunikasi, sokongan
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21165 165
PENGENALAN
Perkhidmatan pendidikan khas bagi kanak-kanak berkeperluan khas
di Malaysia yang berumur antara enam hingga 19 tahun telah
dipertanggungjawabkan di bawah pentadbiran Unit Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Kanak-kanak berkeperluan khas
memerlukan sokongan berterusan dalam satu atau lebih aktiviti dalam
kehidupan mereka supaya dapat menyertai komuniti seperti mobiliti,
berkomunikasi, menjaga diri dan berkemahiran untuk bekerja apabila
telah dewasa (WDEHA,1994; Salamanca,1994; Malaysia,1996, 2002,
2007; Biwako, 2007). Anak berkeperluan khas atau individu
berkeperluan khas merupakan individu yang diperakukan oleh
pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi
mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam
perkhidmatan kerajaan atau swasta sebagai individu yang
mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan
pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal,
masalah pembelajaran, atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan,
atau ketidakupayaan dan masalah (Bahagian Pendidikan Khas,
2014).
Perubahan persekitaran pendidikan semasa menuntut
penglibatan ibu bapa, komuniti malah pihak swasta dengan lebih aktif
dalam membantu potensi pembangunan diri individu. Anjakan ke-9,
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 juga
telah menetapkan bahawa penglibatan ibu bapa, komuniti serta pihak
swasta perlu diperluas dan diperkasakan peranan dan tanggungjawab
dalam pendidikan. Ekosistem pembelajaran pada abad ke-21 juga
telah membawa perubahan terhadap konsep pendidikan berasaskan
sistem sekolah kepada sistem pembelajaran (learning system) yang
lebih luas cakupannya. Dalam ekosistem pembelajaran terkini,
pembelajaran boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Kajian yang dijalankan oleh Centre for Social Organisation of Schools
di Amerika Syarikat mendapati sekolah yang melibatkan kumpulan
komuniti menikmati manfaat termasuk penurunan kadar ponteng
sekolah, kadar menyiapkan kerja sekolah yang lebih tinggi, dan
pencapaian gred yang lebih baik dalam kalangan murid (PADU,
2015).
Sokongan keluarga didefinisikan sebagai bantuan yang
diberikan kepada anak-anak untuk meredakan tekanan mental dan
rasa tidak bahagia. Hal ini kerana bantuan keluarga adalah salah satu
cara di mana ibu bapa memberikan sokongan kepada anak-anak
mereka. Dalam sesebuah institusi keluarga, ibu bapa selaku ketua
166 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 166
keluarga merupakan peranan terpenting dalam melahirkan
masyarakat yang harmonis, berilmu, berdaya saing dan seterusnya
melahirkan warga yang cemerlang dalam mencapai wawasan yang
seimbang antara kemajuan dan pembangunan modal insan. Menurut
Rohner, Ronald & Veneziano (2001), dalam institusi keluarga, ibu
bapa merupakan individu yang paling hampir dengan anak-anak dan
mereka adalah individu yang mencorak perkembangan peribadi anak-
anak bermula pada peringkat kelahiran sehinggalah ke peringkat
dewasa. Kedudukan dan peranan ibu bapa merupakan agen paling
utama dalam pendidikan kerana keluarga dan persekitaran rumah
merupakan tempat di mana pendidikan asas bermula. Ibu bapa
berperanan penting dalam membentuk sikap yang positif dalam
kalangan anak-anak mereka terhadap pendidikan
Mohd Zakaria, et. al (2007), menyatakan bahawa fokus utama
kejayaan pelajar merangkumi beberapa faktor iaitu kemahiran yang
membantu pelajar untuk cemerlang, pengajaran yang memberi kesan
kepada pelajar, sokongan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya terhadap
pencapaian akademik, pengurusan kelas yang selesa dan suhu kelas.
Tahap kecemerlangan yang tinggi atau rendah membuktikan
sejauhmana pelajar dapat mengikuti proses P&P. Pencapaian yang
cemerlang akan menggambarkan tentang persediaan pelajar dalam
mengikuti program yang telah disusun dan akan memberi motivasi
kepada mereka samaada meneruskan pelajaran diperingkat yang
lebih tinggi atau bersedia dari segi mental dan fizikal untuk
menceburkan diri dalam pasaran kerjaya.
PENYATAAN MASALAH
Ibubapa merupakan orang pertama yang bertanggungjawab memberi
pendidikan secukupnya kepada anak-anak sama ada pendidikan
agama atau akademik. Oleh kerana kesibukan tugas harian dan
kealpaan membahagikan masa, ramai di kalangan ibu bapa tidak
dapat memberi perhatian kepada anak-anak mereka. Terdapat
kalangan ibubapa gagal sebagai pembimbing serta tidak
menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Tidak
dapat memberi keutamaan 'set priority' dalam hidup berkeluarga,
kurang memberi didikan asas agama kepada anak-anak mereka,
malahan menyerah tanggungjawab ini kepada pihak sekolah atau
pembantu rumah semata-mata (Che Noraini,2011).
Pendidikan tidak dapat dipisahkan dari dunia pelajar. Walau
bagaimana pun, pencapaian akademik pelajar adalah berbeza-beza
kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Latar belakang anak-anak
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21167 167
adalah pengaruh utama anak-anak tidak mencapai matlamat dalam
pendidikan. Kajian-kajian menunjukkan bahawa matlamat dalam
pendidikan bukan sahaja dipengaruhi oleh budaya
dan masyarakat disekitar sesebuah keluarga, tetapi juga faktor
pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga serta penglibatan ibubapa
dalam pembelajaran anak-anak di rumah.
Hasil kajian Chong, Juliana, Rosmidah, Samsudin, Nurhana,
Subhi dan Nor Ba’yah, (2012) menunjukkan masalah pencapaian
akademik murid dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah
faktor ibu bapa. Golongan belia atau remaja kurang berminat terhadap
akademik sekiranya mereka mempunyai tahap motivasi yang rendah
serta tidak mempunyai sokongan yang baik daripada kedua ibu bapa.
Setiap ibu bapa mengharapkan anak mereka cemerlang dalam
pelbagai aspek khususnya sahsiah dan akademik. Namun, matlamat
ini akan menjadi sukar jika ibu bapa tidak menyedari pentingnya
mereka melibatkan diri dalam pembelajaran anak-anak khususnya di
rumah kerana mereka juga merupakan sumber untuk memberi
pendidikan kepada anak-anak. Ibu bapa tetap merupakan guru
pertama bagi anak-anak kerana hanya mereka yang lebih mengenali
tentang anak-anak mereka daripada lain-lain individu.
Faktor kekangan masa didapati adalah merupakan faktor
utama yang menyebabkan ibu bapa kurang peka terhadap peranan
mereka dalam pendidikan anak-anak dan membiarkan anak-anak
belajar tanpa pemantauan (Lareau,2000). Keterlibatan ibu bapa di
rumah mahupun di sekolah secara berterusan didapati berkait rapat
dengan pencapaian akademik anak-anak. Kajian oleh Arnold, Zeljo
& Doctorof (2008) pula mendapati bahawa penglibatan ibu bapa
masih lagi tertumpu kepada murid di tahap awal persekolahan
berbanding di peringkat lanjutan kerana pada umumnya ibu bapa
beranggapan bahawa pelajar atau anak-anak pada peringkat ini
sudah boleh untuk menguruskan diri sendiri. Hal ini akan
memburukkan keadaan anak-anak di peringkat awal remaja atau
peringkat awal sekolah menengah lantaran penumpuan ibu bapa
hanya lebih diberikan kepada peringkat awal persekolahan.
Penglibatan ibu bapa yang semakin berkurangan dalam
pembelajaran dan aktiviti sekolah dari semasa ke semasa setelah
anak- anak mereka semakin membesar akan memberikan kesan
terhadap pencapaian pelajar (West et al.1998). Taraf latar belakang
ekonomi dalam institusi keluarga turut memainkan peranan penting
dalam mempengaruhi sokongan dan keterlibatan ibu bapa terhadap
pembelajaran anak-anak. Menurut Rohaty (2003), ibu bapa dari
168 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 168
keluarga miskin di Malaysia kurang memperhatikan tentang
kepentingan pembentukan kendiri pada usia awal anak-anak.
Keadaan di rumah yang kurang merangsangkan pembelajaran di
persekitaran mereka turut mempengaruhi pencapaian pelajar (Arnold,
Zeljo & Doctoroff, 2008).
OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengkaji pengaruh sokongan ibu bapa berdasarkan faktor
penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial
dengan anak, komunikasi dengan anak, dan sokongan
terhadap kecemerlangan anak mengikut jantina ibu bapa.
ii. Mengkaji pengaruh sokongan ibu bapa berdasarkan faktor
penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial
dengan anak, komunikasi dengan anak, dan sokongan
terhadap kecemerlangan anak berdasarkan peringkat
kelulusan tertinggi ibu bapa.
PERSOALAN KAJIAN
i. Adakah terdapat perbezaan dalam aspek pengaruh sokongan
ibu bapa berdasarkan faktor penyediaan suasana
pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak,
komunikasi dengan anak, dan sokongan terhadap
kecemerlangan anak mengikut jantina ibu bapa?
ii. Adakah terdapat perbezaan dalam aspek pengaruh sokongan
ibu bapa berdasarkan faktor penyediaan suasana
pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak,
komunikasi dengan anak, dan sokongan terhadap
kecemerlangan anak mengikut peringkat kelulusan tertinggi
ibu bapa?
SOROTAN LITERATUR
Sokongan dan penglibatan ibu bapa di rumah berlaku apabila ibu
bapa membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah, memberi
sokongan dan galakan kepada anak-anak untuk belajar, menyediakan
masa dan tempat belajar yang sesuai dan selesa untuk anak-anak,
menunjukkan tingkah laku yang baik kepada anak-anak dan sentiasa
memperuntukkan masa untuk mereka. Seterusnya penglibatan ibu
bapa juga dikatakan berlaku apabila ibu bapa sering berhubung
dengan pihak sekolah atau pusat-pusat asuhan melalui panggilan
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21169 169
telefon, email atau melalui urusan surat-menyurat untuk mengetahui
tentang perkembangan anak-anak mereka (Mahani et al, 2009).
Sebagai seorang individu yang masih berada di alam
persekolahan, anak-anak terutamanya pada peringkat awal remaja
memerlukan perhatian dan keterlibatan ibu bapa secara langsung dan
erat demi mempengaruhi arah tuju anak-anak agar langkah yang
diatur oleh anak-anak mereka tidak akan terpesong. Anak-anak yang
masih bersekolah pada peringkat awal mahupun pertengahan masih
memerlukan sokongan yang berbentuk penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran mereka di mana perkara ini secara tidak langsung telah
mewujudkan satu dorongan dan sokongan moral yang kuat untuk
anak-anak lebih berjaya dalam pelajaran. Ibu bapa yang sentiasa
mendampingi anak-anak mereka akan membuatkan anak-anak
merasa mereka dihargai dan selamat. Ini membantu mereka
membesar dalam keadaan sempurna dan perkembangan diri mereka
juga tidak terjejas. Kajian-kajian lepas juga menunjukkan bahawa
penglibatan ibu bapa sangat penting dalam pencapaian akademik
seseorang anak (Yan dan Lin, 2005).
Rohaty, (2003) berpandangan bahawa keterlibatan dan
sokongan ibu bapa dalam proses pendidikan amatlah penting bagi
membentuk konsep kendiri anak-anak mereka. Konsep kendiri
merupakan keseluruhan persepsi keseluruhan seseorang terhadap
dirinya sendiri sama ada berbentuk deskriptif ataupun penilaian
secara kognitif. Salah satu daripada kesan konsep kendiri adalah ke
atas pencapaian akademik. Menurut Ishak, (2004) tinggi atau
rendahnya pencapaian akademik adalah bergantung kepada positif
atau negatifnya tanggapan konsep kendiri seseorang terhadap
pelajaran. Justeru itu, kecemerlangan murid tidak dapat dicapai
seandainya penglibatan ibu bapa murid dalam program dan aktiviti
sekolah tidak dapat ditingkatkan (Henderson & Mapp 2000).
Menurut Epstein (2001), penglibatan dan sokongan ibu bapa
bukan sahaja hanya di sekolah malahan ibu bapa perlu melibatkan
diri dalam pendidikan anak-anak di rumah. Ini bermakna, penglibatan
ibu bapa mampu memberi motivasi untuk anak-anak untuk pelbagai
kejayaan. Penglibatan ibu bapa yang komprehensif adalah proses
aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa
mencari kekuatan, potensi dan bakatnya serta menggunakannya bagi
diri mereka sendiri dan keluarga. Penglibatan ibu bapa secara meluas
diyakini menjadi penting bagi perkembangan akademik pada
peringkat awal kanak-kanak.
170 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 170
Yan dan Lin (2005) turut menjelaskan bahawa rumusan
keseluruhan kajian-kajian lepas mendapati bahawa penglibatan ibu
bapa di sekolah, semasa di rumah dan komuniti sangat ketara
mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak di sekolah,
membantu anak-anak membina kesihatan mental yang sihat dan lebih
aktif berbanding pelajar yang ibu bapa tidak melibatkan diri di sekolah.
KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan kajian ini akan memberi beberapa faedah kepada pihak ibu
bapa, sekolah, guru-guru dan pihak kerajaan kerana hasil kajian dapat
memberikan gambaran sejauh mana amalan penglibatan dan
sokongan ibu bapa dalam pendidikan dan pembelajaran anak-anak,
dan menggalakkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
memastikan kesesuaian kurikulum yang digubal dan melakukan
penambahbaikan untuk melibatkan ibu bapa dalam pelaksanaan
program pendidikan khas.
KERANGKA TEORITIKAL
Kerangka teori yang dibina dalam kajian ini melihat beberapa
pemboleh ubah dalam sokongan ibu bapa terhadap pembelajaran
anak-anak. Teori Pembelajaran Sosial menjadi asas kepada kajian
ini di mana tingkah laku bertanggungjawab ibu bapa berdasarkan teori
ini adalah sesuai dan saling bergantungan serta dapat mencetus
kepada keterlibatan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak.
Penglibatan ibu bapa dapat merangsang kepada peningkatan
pencapaian pendidikan. Tingkah laku manusia yang ditekankan
dalam Teori Pembelajaran Sosial ini dapat menjelaskan kesan
tingkahlaku manusia terhadap persekitarannya. Merujuk kepada teori
ini, sikap ibu bapa yang cenderung melibatkan diri terhadap
pembelajaran anak-anak akan mendapat hasil timbal balik apabila
anak-anak mereka menunjukkan peningkatan dalam pendidikan.
Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura
telah memberi penekanan tentang bagaimana perilaku manusia
dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan
pembelajaran peniruan (observational learning), dan cara berfikir
terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana
tingkah laku mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan
peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh
orang lain (observational opportunity).
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21171 171
Menurut Bandura, proses mengamati dan meniru perilaku dan
sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan belajar. Teori ini
turut menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi timbal
balik yang berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh
lingkungan. Kondisi lingkungan sekitar individu sangat berpengaruh
pada pola belajar sosial jenis ini.
Teori Pembelajaran Sosial turut menekankan kepentingan
memerhati dan memodel tingkah laku, sikap, dan reaksi emosi orang
lain. Bandura (1977), menerangkan tingkah laku manusia dari segi
interaksi timbal-balik yang berterusan antara pengaruh kognitif,
tingkah laku, dan persekitaran. Proses komponen pertama yang
menjadi dasar kepada pembelajaran melalui pemerhatian ini adalah
merangkumi peristiwa yang dimodelkan dan ciri-ciri pemerhati.
Manakala komponen yang kedua, pengekalan iaitu termasuklah
pengkodan simbolik, penyusunan kognitif, latihan simbolik dan,
latihan motor, dan komponen yang ketiga, penghasilan semula motor,
termasuklah kemampuan fizikal ketepatan tindak balas, dan motivasi.
Seperti yang dinyatakan oleh Bandura (1977) proses timbal
balik akan berlaku dan hal ini mendorong anak-anak untuk lebih
bermotivasi dalam pelajaran. Pada kebiasaannya, dalam keadaan
normal manusia mampu belajar dengan cara menemui sendiri
perkaitan untuk membuat keputusan sendiri berdasarkan kepada
pelbagai rangsangan yang terdapat di sekeliling. Menurut beliau,
proses pengajaran yang menggunakan kaedah ini dapat
menggalakkan pelajar mencapai celik akal dengan melalui pemikiran
mereka sendiri. Manakala individu luar hanya berfungsi sebagai
pemberi pandangan serta mengemukakan saranan tanpa cuba
mengolah dan mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar. Maka
hal ini secara tidak langsung menjurus dan menyokong kepada
tingkah laku atau permodelan positif yang boleh dipamerkan oleh ibu
bapa melalui keterlibatan mereka dalam pembelajaran anak-anak.
Oleh itu Teori Pembelajaran Sosial dilihat dapat berfungsi untuk
memenuhi aspirasi tersebut.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini adalah berasaskan pendekatan kualitatif yang
menggunakan reka bentuk kajian kes. Peserta dalam kajian ini
merupakan sampel bertujuan (Creswell, 2008). Pengkaji telah
menetapkan kriteria pemilihan peserta kajian ini bersandarkan
kesanggupan peserta kajian untuk ditemu bual serta memberi
maklumat yang diperlukan. Kajian ini dijalankan terhadap seorang
172 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 172
bapa yang mempunyai dua orang anak berkeperluan khas yang yang
berumur 14 tahun dan 17 tahun. Kajian turut melibatkan seorang ibu
yang mempunyai seorang anak berkeperluan khas yang berumur 10
tahun yang masih di sekolah rendah di Sepang. Pengumpulan data
kualitatif berbentuk deskriptif, yang berupa kata-kata lisan atau tulisan
tentang tingkah laku manusia yang dapat diamati. Dalam kajian ini,
data kualitatif terhasil daripada tiga jenis data sebagaimana berikut:
(1) Hasil pemerhatian: huraian terperinci tentang situasi,
kejadian, interaksi, dan tingkah laku yang diamati di lapangan.
(2) Hasil pembicaraan dan temubual: kutipan langsung dari
pernyataan peserta kajian tentang pengalaman, sikap,
keyakinan, dan pemikiran dalam temubual mendalam
(3) Bahan bertulis: petikan atau keseluruhan dokumen, surat-
menyurat, serta rakaman.
Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan oleh
pengkaji untuk menghasilkan data deskriptif agar gambaran yang
lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam kajian ini
diperoleh. Untuk tujuan tersebut, dua teknik utama yang biasa
digunakan dalam penyelidikan telah di gunakan oleh pengkaji iaitu:
i. Pemerhatian
Untuk mengkaji dan memahami sokongan yang diberi
terhadap anak-anak berkeperluan khas, pemerhatian
merupakan teknik berkesan dalam pengumpulan data.
Lazimnya, dalam pemerhatian, pengkaji melihat-lihat,
mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapatkan
maklumat untuk memahami apa yang berlaku di sekolah atau
di rumah. Melalui pemerhatian, pengkaji dapat merapatkan
diri dengan peserta kajian dan juga anak peserta kajian di
samping memerhati cara bentuk sokongan di rumah.
ii. Temubual
Pengkaji juga menggunakan teknik temu bual dalam
pengumpulan data. Temu bual melibatkan perbualan antara
pengkaji dengan peserta kajian dan anak peserta kajian untuk
mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Dalam
kajian ini, pengkaji adalah penyelidik. Pengkaji menemu bual
peserta kajian lelaki (PK1) iaitu seorang bapa tentang
pengalaman mempunyai 3 orang anak berkeperluan khas
(daripada 7 orang anak PK1, 3 merupakan anak berkeperluan
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21173 173
khas). PK1 merupakan seorang Pembantu Am Rendah dan
hanya berkelulusan sekolah rendah. PK1 memiliki ciri-ciri
bermasalah pembelajaran di mana beliau tidak lancar
membaca dan menulis. PK1 turut memaklumkan bahawa
beliau adalah satu-satunya anak yang lembam daripada
bilangan adik beradiknya yang berjumlah 13 orang. Selain itu
pengkaji juga berpeluang menemubual anak PK1 yang lain.
Manakala peserta kajian kedua (PK2) merupakan seorang
guru perempuan yang bertugas di sebuah sekolah di Sepang
yang memiliki seorang anak lelaki bermasalah pembelajaran.
Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang
Pendidikan Awal Kanak-kanak. Anak PK2 dikategorikan
dalam kelompok bermasalah pembelajaran (disleksia).
Temu bual bersama PK2 telah dijalankan di rumah PK2 di
Sepang.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
i. Adakah terdapat perbezaan dalam aspek sokongan ibu bapa
berdasarkan faktor penyediaan suasana pembelajaran di
rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan
anak, dan sokongan terhadap kecemerlangan anak mengikut
jantina ibu bapa?
Jadual 1 - Keputusan dalam aspek sokongan ibu bapa
mengikut jantina (lelaki)
Tema Jantina
Penyediaan suasana (Lelaki - bapa)
pembelajaran di rumah Belajar di meja makan, berdekatan
ruang menonton televisyen
Interaksi sosial dengan
anak “dia suka tengok tv.....marah tak
dapat tengok”
Jarang berbual dengan anak kerana
sering bekerja lebih masa pada
waktu malam untuk tambah
pendapatan.
“Saya bantu sedara kat warung
lepas kerja, malam lak jadi jaga.....
Balik anak dah tido”
174 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 174
Komunikasi dengan anak Jarang berbincang berkaitan
pelajaran anak kerana tidak faham
Sokongan terhadap apa yang dipelajari oleh anak.
kecemerlangan anak
“Saya tak pandai...baca pun tak tahu
sangat...belajar susah..”
Ada (kadang kala) memberi nasihat
untuk belajar
“ada gak ingatkan dia...dapat jadi
jaga pun ok”
Dapatan dalam Jadual 1 mendapati bahawa PK1 kurang berinteraksi
dengan anak khususnya untuk mengetahui perkembangan pelajaran.
Ini disebabkan sebagai ketua keluarga yang berpendapatan rendah,
PK1 perlu mendapatkan lain-lain sumber untuk menampung
perbelanjaan isi rumah. Oleh itu masa untuk bersama anak-anak
adalah terbatas.
Jadual 2 - Keputusan dalam aspek sokongan ibu bapa mengikut
jantina (perempuan)
Tema Jantina
Penyediaan suasana (Perempuan-ibu)
pembelajaran di rumah Anak disediakan bilik khas untuk
mengulangkaji
Interaksi sosial dengan
anak “semua anak saya ada bilik, kami
ada bilik belajar....”
Komunikasi dengan anak Sering berbual, mendengar cerita
dan masalah anak berkaitan
pelbagai perkara
“saya dan suami seronok dengar
anak cerita hal sekolah..”
Sentiasa ambil tahu dan bertanya
tentang pelajaran yang dipelajari
“setiap malam saya luangkan masa
selepas mengemas dapur,... duduk
sama anak-anak tengok mereka
ulangkaji, semak buku....”
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21175 175
Sokongan terhadap Kerap memberi pujian terhadap
kecemerlangan anak kejayaan dan menegur kesilapan
anak.
“...ada token ekonomi untuk anak-
anak, bawa jalan-jalan seperti
melancong....”
Berdasarkan Jadual 2, PK2 amat menitikberatkan pelajaran anak
dengan memastikan penyediaan bilik yang kondusif untuk
mengulangkaji serta sering meluangkan masa bersama anak untuk
berkongsi masalah dan mengetahui perkembangan pelajaran. Oleh
itu dapatan menunjukkan terdapat perbezaan sokongan terhadap
pendidikan anak-anak berkeperluan khas dalam kalangan lelaki
(bapa) dan ibu (perempuan). Didapati bahawa penyediaan suasana
pembelajaran di rumah; kekerapan berkomunikasi, interaksi sosial
serta sokongan terhadap kecemerlangan lebih dittitberatkan oleh
kelompok ibu (perempuan) berbanding lelaki (bapa).
ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek
sokongan ibu bapa berdasarkan faktor penyediaan suasana
pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak,
komunikasi dengan anak, dan sokongan terhadap
kecemerlangan anak mengikut peringkat kelulusan tertinggi
ibu bapa?
Jadual 3 - Keputusan dalam aspek sokongan ibu bapa mengikut
peringkat kelulusan tertinggi ibu bapa
Tema Kelulusan tertinggi Bapa: -
Tamat Sekolah Rendah
Penyediaan suasana
pembelajaran di rumah Kurang menitikberatkan aspek
kemas dan bersih pada ruang belajar
“kerja sekolah buat kat meja makan,
atas lantai jer....kadang-kadang terus
tido sampai pagi...”
Interaksi sosial dengan Jarang melakukan aktiviti seperti
anak riadah bersama-sama kerana
kesuntukan masa
“saya sakit kaki, semput, darah
tinggi,...tak leh kuat-kuat”
176 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 176
Komunikasi dengan anak Ada bertanya guru kelas tentang
anak, tetapi tidak sukar faham cara
yang betul untuk membantu anak
dalam pelajaran
Sokongan terhadap “ada gak jumpa cikgu kelas dia,...satu
kecemerlangan anak sekolah dengan anak, selalu gak
cikgu dia belanja makan kat
kantin...cikgu paham saya orang
susah....”
Anak tidak menyertai sebarang kelas
tambahan/tusyen di luar dan hanya
bergantung kepada buku rujukan di
sekolah kerana tidak mampu
“tak ada duit....nak makan pun zakat,
baitul mal, kebajikan bantu...nasib
anak sulong dah kerja jaga...”
Dapatan dalam Jadual 3 menunjukkan bahawa PK1 kurang memberi
tumpuan terhadap aspek ruang belajar. Hasil pemerhatian pengkaji
di rumah PK1 turut menyaksikan aspek kebersihan kurang diberi
penekanan. Oleh kerana PK1 mengkategorikan dirinya “tidak
pandai”, PK1 merasa malu dan sukar untuk berinteraksi dengan guru
kelas untuk mengetahui perkembangan pelajaran anak PK1. Selain
itu, PK1 hanya bergantung kepada buku rujukan di sekolah kerana
tiada kerja rumah yang diberi oleh guru.
Jadual 4 - Keputusan dalam aspek sokongan ibu bapa
mengikut peringkat kelulusan tertinggi ibu bapa
Tema Kelulusan tertinggi Ibu: -
Penyediaan suasana Ijazah Sarjana Muda
pembelajaran di rumah
Ruang belajar anak kemas, bersih
Interaksi sosial dengan dan jauh dari gangguan bunyi
anak seperti televisyen, radio
“masa belajar....no tv, handphone
bagai...”
Kerap makan bersama, melakukan
aktiviti seperti menonton, bersiar-
siar
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21177 177
Komunikasi dengan anak “seronok ...ada kala pegi tonton
wayang ngan family.....”
Sokongan terhadap Sering bertanya guru kelas,
kecemerlangan anak menghubungi sekolah untuk
menghulurkan bantuan
“kalau tak ikut program, saya
sumbang duit atau makanan untuk
anak dan kawan dia....”
Menyediakan anak dengan pelbagai
kaedah pembelajaran seperti buku
rujukan, audio visual dan
sebagainya.
“kawan saya bantu gak lepas
sekolah...anak istimewa ini perlu
dibantu lebih sikit..”
Berdasar kepada Jadual 4, PK2 amat mementingkan pencapaian
dalam pendidikan anak walau pun anak PK2 merupakan murid
berkeperluan khas. Oleh itu dapatan jelas menunjukkan terdapat
perbezaan sokongan terhadap pendidikan anak-anak pendidikan
khas mengikut peringkat kelulusan tertinggi ibu bapa. Didapati
bahawa penyediaan suasana pembelajaran di rumah; kekerapan
berkomunikasi, interaksi sosial serta sokongan terhadap
kecemerlangan lebih dititikberatkan oleh kelompok ibu bapa yang
berpendidikan.
Terdapat perhubungan antara kemiskinan dengan
pendidikan. Menurut Awang Had Salleh (dalam Siti Masayu Rosliah
et. al, 2018), kemiskinan boleh menyebabkan pencapaian pendidikan
rendah dan seterusnya menyebabkan kemiskinan diwariskan
daripada ibu bapa kepada anak-anak. Pendidikan ibu bapa yang
rendah cenderung menyebabkan pencapaian pendidikan turut rendah
dalam kalangan anak mereka (Siti Masayu Rosliah et. al, 2018).
Pembangunan keluarga berhubung rapat dengan pendidikan. Ibu
bapa yang mengabaikan tanggungjawab dalam memberikan
pendidikan kepada anak-anak cenderung mengakibatkan kanak-
kanak tercicir daripada aspek pendidikan, kesihatan, sanitasi, dan
sebagainya. Ini disebabkan oleh faktor kemiskinan yang dialami oleh
keluarga mereka. Oleh itu jelas bahawa, keciciran kanak-kanak dari
pelbagai aspek adalah disumbangkan oleh faktor kemiskinan
keluarga yang turut mempengaruhi pendidikan anak-anak.
178 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 178
Dapatan kajian ini sealiran dengan pendapat Mayhew
dan Lempers (1998) yang mendapati dalam keluarga yang
mengalami kekangan dari segi kewangan, ibubapa mereka kurang
memberikan sokongan kepada anak. Kajian Mayhew dan
Lempers(1998) selaras dengan penyataan Noraini (1994) yang
menyatakan anak-anak dari keluarga yang mempunyai status
sosioekonomi yang tinggi adalah lebih maju dalam pembelajaran dan
memperoleh gred pencapaian yang tinggi berbanding anak-anak dari
keluarga yang mempunyai status ekonomi yang rendah. Ini adalah
kerana dalam keadaan status sosioekonomi yang tinggi ibubapa
mampu memberikan sokongan dan menyediakan kemudahan serta
persekitaran yang selesa untuk belajar.
Kajian oleh Zarinah Arshat & Rozumah Baharudin (2011),
pula mendapati tingkah laku dan penglibatan ibubapa yang miskin
dalam pendidikan anak-anak dipengaruhi juga oleh tahap pendidikan
ibu bapa. Ibu bapa yang berpendiidkan tinggi seringkali melihat
hubungan anak sebagai bercorak dua hala, bersifat resiprokal,
banyak melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran anak dan
mengamalkan komunikasi yang positif dan terbuka. Komunikasi yang
terbuka membolehkan ibu bapa menunjukkan kasih sayang melalui
sentuhan, kemesraan dan sokongan. Adalah menjadi fitrah manusia
untuk disayangi dan menyayangi. Tanpa kasih sayang, seseorang itu
mungkin menghadapi berbagai-bagai masalah emosi. Justeru itu, ibu
bapa perlu mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang
pendengar yang aktif dan juga mengsahihkan keperluan dan
permasalahan anak-anak mereka terutamanya dalam masalah
pendidikan dan sosial anak-anak mereka.
Dapatan kajian oleh Abd. Halim et al, (2005) menyatakan
kemiskinan keluarga dan kekurangan pendidikan dalam kalangan ibu
bapa mungkin menyumbang kepada kepercayaan anak-anak bahawa
kekangan ekonomi akan menyekat anak-anak untuk mencapai cita-
cita. Ini menyebabkan ibu bapa berasa anak-anak mereka tiada
harapan yang tinggi untuk berjaya dalam pendidikan dan ini akan
mempengaruhi penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran
anak-anak di rumah. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, data
dari National Assessment for Educational Progress (NAEP)
menunjukkan pelajar-pelajar daripada golongan sosio ekonomi
rendah menghadapi masalah pencapaian dalam mata pelajaran
utama seperti Matematik dan Sains. Menurut Bracey, (2003), pelajar
miskin kerugian kerana sebab-sebab gaya hidup mereka.
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21179 179
Pertamanya, ibu bapa mereka kurang bercakap dengan anak-anak
mereka berbanding pelajar dari golongan yang lebih berada.
IMPLIKASI KAJIAN DAN CADANGAN
Hasil daripada kajian, pengkaji mencadangkan satu model yang
dikenali sebagai model sokongan ibu bapa (SIB). Model ini
digambarkan oleh pengkaji seperti Rajah 1. Berdasarkan Model SIB,
empat aspek utama yang saling berkait antara satu sama lain iaitu
penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan
anak, komunikasi dengan anak, dan sokongan terhadap
kecemerlangan anak-anak. Merujuk kepada Teori Pembelajaran
Sosial, sikap ibu bapa yang cenderung melibatkan diri terhadap
pembelajaran anak-anak akan mendapat hasil timbal balik apabila
anak-anak mereka menunjukkan peningkatan dalam pendidikan.
Seperti yang dinyatakan oleh Bandura (1977) proses timbal balik akan
berlaku dan hal ini akan mendorong anak-anak untuk lebih
bermotivasi dalam pelajaran. Sehubungan itu, ibu bapa boleh
menjadikan model SIB ini sebagai satu simbol pegangan ketika
melaksanakan amanah dan peranan dalam memberi sokongan
terhadap pendidikan anak-anak. Model ini wajar diimplimentasikan
agar sokongan terhadap pendidikan anak-anak khususnya anak-anak
berkeperluan khas dapat dioptimumkan.
Interaksi Suasana Sokongan Komunik
Sosial Pembela terhadap asi
jaran di kecemerla dengan
•berbual rumah ngan anak
•bercerita
•aktiviti •ruang •motivasi •berbinca
belajar ng
bersama •bimbinga dengan
•jadual n anak
belajar
•pujian •bertanya
•kemas guru
•bersih •token
ekonomi •berkongs
i masalah
•pujian
Rajah 1 - Model Sokongan Ibu Bapa
180 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 180
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Kajian yang dilaksanakan ini hanya tertumpu kepada dua orang ibu
bapa dalam daerah Sepang. Adalah dicadangkan agar kajian pada
masa hadapan diperluaskan kerana pemilihan dua peserta kajian
sebagai subjek kajian menghasilkan satu dapatan yang terhad.
Justeru itu, disarankan agar bilangan sampel lebih besar dan populasi
agak menyeluruh untuk pengkaji yang akan datang.
RUMUSAN
Walaupun sekolah merupakan institusi formal yang memberikan
anak-anak pendidikan, namun peranan ibubapa tidak boleh
dipandang remeh. Menurut Rohaty (2003), pengaruh sokongan dan
keterlibatan ibubapa dalam membentuk anak-anak yang
berpendidikan adalah amat penting bagi melahirkan generasi yang
mempunyai matlamat dan merebut peluang pendidikan yang
diberikan untuk membina masa hadapan yang cemerlang. Masalah
dan kekangan utama anak-anak berkeperluan khas ini untuk
mendapatkan pendidikan sempurna bukan disebabkan mereka tidak
mempunyai wang yang cukup tetapi disebabkan oleh
kurangnya sokongan dan penglibatan serta perhatian ibubapa dalam
aktiviti pembelajaran serta aktiviti sosial anak-anak di rumah. Hasil
kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa konteks keluarga yang
kondusif dan harmoni mampu merangsang anak-anak berjaya dalam
pelajaran. Sokongan dan penglibatan ibu bapa amat mempengaruhi
pembelajaran anak-anak kerana ia mampu merangsang pencapaian
akademik yang cemerlang dikalangan anak-anak khususnya anak-
anak berkeperluan khas.
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21181 181
RUJUKAN
Abd. Halim, T, Zuria. M, & Safani, B. (2005). Permasalahan Pelajar-
pelajar Fakir Miskin di Daerah Sabak Bernam.
Jurnal Pendidikan 30 (2005). 21– 33 : Universiti
Kebangsaan Malaysia
Arnold, D. H., Zeljo, A. & Doctoroff, G. L. (2008). Parent involvement
in preschool: Predictors and the relation of involvement to pre-
literacy development. School Psychology Review 37(1): 74-
89.
Bahagian Pendidikan Khas (2014). Kod Amalan Pendidikan Murid
Berkeperluan Khas.
Bandura, A. (1997). Social learning theory. New Jersey: Prentice-Hall.
BIWAKO. (2007). Biwako Millennium Framework. : BIWAKO.
Bracey, G. W. (2003). What they did last summer. NEA Today
22(2):19-20.
Che Noraini bt Hashim, (2011). Keruntuhan Akhlak Masyarakat:
Punca-punca dan cara penyelesaiannya. Pembentangan
Kertas Kerja Seminar Pemantapan Akhlak dan Moral
Masyarakat Malaysia, Akademi Pengajian Islam.
Chong, T.S., Juliana Rosmidah, Samsudin A.Rahman, Nurhana
Zainal, Subhi, N., & Nor Ba'yah Abdul Kadir (2012). Motivasi
Diri Dan Dorongan Ibu Bapa Terhadap Minat Akademik Belia.
Journal of Sciences and Humanities, 7(1), 26-33
Creswell, J.W. (2008). Research design: qualitative & quantitative
approaches. Thousand Oaks: Sage Publications.
Epstein, J. L. (2001). Building bridges of home, school, and
community: The importance of design. Journal of Education
for Students Placed at Risk 6(1 & 2): 161-168
Henderson, A. T., & Mapp, K. L. (2000). A new wave of evidence: The
impact of family, school, community connections on student
achievement. Austin, TX: Southwest Educational
Development Laboratory Houtenville.
182 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 182
Ishak Mad Shah. (2004). Konsep kendiri dan pencapaian akademik
golongan remaja: melihat sejauhmana gaya kepimpinan ibu
bapa sebagai moderator. Jurnal Teknologi, 40(E), 33- 44.
Lareau, A. (2000). Home advantage: Social class and parental
intervention in elementary education. Lanham, MD: Roman &
Littlefield.
Malaysia. (1996). Akta Pendidikan (1996), Peraturan-peraturan
pendidikan (Pendidikan Khas) (Akta 550). Warta Kerajaan.
Malaysia. (2002). Draf Akta Orang Cacat (2002). Warta Kerajaan.
Malaysia. (2007). Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya (2007).
Warta Kerajaan. D.R. 52/2007.
Mahani Razali, Mahizer Hamzah & Nor Junainah Mohd. Isa. (2009).
Memahami Tingkahlaku Kanak-Kanak : YCR Distributors
Sdn.Bhd.
Mayhew, K. P., & Lempers, J. D. (1998). The relation among financial
strain, parenting, parent self-esteem, and adolescent self-
esteem. Journal of Marriage and the Family,18(2): 145- 172.
Mohamed Zakaria, Zubaidah Begam. (2007). Hubungan gaya
pembelajaran dengan pencapaian Akademik : Tinjauan di
kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun
pertama, UTM, Skudai, Johor. Masters thesis, Universiti
Teknologi Malaysia, Faculty of Education.
Noraini, A.A. (1994). Pengaruh cara gaya keibubapaan dan sikap ibu
bapa ke atas pencapaian akademik pelajar sekolah
menengah. Tesis Tidak Terbit. Jabatan Pembangunan
Keluarga: Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Pertanian
Malaysia.
PADU. (2015). Transformasi Pendidikan Malaysia. Buletin Anjakan :
Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia, Feb. 2015, ms 1
Rohaty Mohd Majzub. (2003). Pendidikan prasekolah: Cabaran Kualiti
(Syarahan Perdana). Bangi: Penerbitan Malindo Sdn. Bhd
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21183 183
Rohner, Ronald P. dan Veneziano, R.A. (2001). The Importance of
Father Love: History and Con-temporary Evidence. American
Psychological Association.
Salamamca. (1994). Salamanca Statement and Framework for
Action. Sepanyol: SALAMANCA.
Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid; Narimah Samat. (2018).
Kemiskinan Keluarga Dan Pengaruhnya Terhadap Tahap
Pendidikan Rendah Masyarakat Luar Bandar: Kajian Kes Di
Jajahan Bachok, Kelantan. Journal of Social Sciences &
Humanities Vol. 13, No.2 (2018) 011-023
WDEFA. (1994). World Declaration on Education for All. Thailand:
WDEHA.
Yan, W., & Lin, Q. (2005). Parental involvement and mathematics
achievement: Contrast across racial and ethnic groups. The
Journal of Educational Research,99,116-127.
Zarinah Arshat ,Rozumah Baharudin ; (2011). Perkaitan Antara Faktor
Sosioekonomi dan Kualiti Tingkahlaku Keibubapaan Dalam
Keluarga Berisiko. Jurnal Kemanusiaan UKM. Vol. 9 (2011)
No. 1
184 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 184
Pembentukan Nurani Melalui Seni Kata Lagu
Rakyat dalam Pembelajaran Sastera
Faiziah Haji Shamsudin Ph.D
Jabatan Pengajian Melayu, IPGKRM
ABSTRAK
Hasil kesusasteraan seperti pantun adalah cerminan budaya
masyarakat yang melahirkannya. Kebudayaan merujuk langsung
kepada the way of life atau cara hidup dan pemikiran masyarakat.
Penelitian terhadap pantun membolehkan kita menyelami pemikiran
dan falsafah hidup sesebuah masyarakat. Kajian ini dilaksanakan
berdasarkan kaedah kajian analisis teks. Aspek yang diteliti adalah
bahasa dan gambaran isi dan falsafah pemikiran yang terkandung
dalam pantun Bongai. Hasil penelitian terhadap bahan mendapati
bahawa pantun Bongai yang dicipta atau dilafazkan secara spontan
dan bersahaja itu berguna sebagai sarana untuk menghibur, mendidik
dan mengkritik peri laku ahli masyarakat. Hal ini sekali gus akan
berkait dengan cara hidup dan budaya masyarakat berkenaan. Hal ini
memperjelas bahawa pantun Bongai adalah satu medium lontaran
bahasa dan budaya yang unik serta mempunyai nilai dan tafsiran
yang relatif – subjektif bergantung kepada persepsi seseorang.
Pantun-pantun Bongai boleh dijadikan bahan pengajaran yang
menarik. Melalui pembelajaran yang menggunakan bahan sastera ini
pembentukan nurani yang positif dalam kalangan murid dapat
dilaksanakan. Untuk kajian ini, pendekatan semiotik digunakan untuk
menganalisis teks-teks pantun Bongai yang dipilih.
Kata kunci : lagu rakyat, Bongai, medium
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21185 185
PENGENALAN
Banyak kajian telah dilakukan ke atas pantun yang melibatkan
pengumpulan pantun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan
perbincangan tentangnya dalam buku Warisan Puisi Melayu dan di
makalah lain oleh Mohd. Taib Osman (1979) tetapi tidak ada kajian
yang melihat pantun dalam aktiviti Bongai secara khusus daripada
aspek bahasa dan maknanya. Kebanyakan khalayak berpendapat
bahawa puisi sementelahan lagi puisi tradisional termasuk pantun
sukar difahami atas sebab-sebab tertentu. Apakah sebab itu? Sejauh
manakah kebenaran kenyataan ini? Pembaca juga beranggapan
bahawa diksi dan siratan makna katanya amat menyulitkan. Sejauh
manakah tahap kesukaran bahasa pantun tersebut?
Penelitian terhadap pantun membolehkan kita menyelami
pemikiran dan falsafah hidup sesebuah masyarakat. Apakah hal yang
selalu masyarakat fikirkan? Bagaimanakah persepsi masyarakat
menyelesaikan yang mengganggu hidup mereka? Sesungguhnya
puisi tradisional termasuk pantun agak asing dan misteri bagi
kehidupan masyarakat hari ini. Oleh itu satu kajian lapangan untuk
menyelami makna puisi berkenaan wajar dilaksanakan demi
membongkar falsafah pemikiran masyarakat di dalamnya agar
menjadi penawar untuk meredakan kemelut jiwa kita yang
berpanjangan.
MATLAMAT KAJIAN
Objektif Kajian
Berdasarkan kenyataan di atas, objektif kajian ini adalah:
i. Menghuraikan aspek pemikiran yang tersirat dalam
pantun Bongai
ii. Menganalisis makna pantun Bongai sebagai medium
pembentukan nurani.
Kepentingan Kajian
Kajian ini akan membantu pengkaji, para pelajar di Institut Pendidikan
Guru, peminat puisi lama, serta pencinta budaya dan masyarakat
untuk memahami dengan lebih jelas makna yang terkandung dalam
sesebuah pantun yang digunakan dalam upacara Bongai. Hasil kajian
akan membantu para pelajar Institut Pendidikan Guru yang datang
dari luar Negeri Sembilan untuk mempelajari, memahami dan
186 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 186
menguasai kosa kata – kosa kata yang biasa dituturkan di Negeri
Sembilan. Selain memahami budaya dan falsafah hidup masyarakat
mereka juga dapat mengenali Negeri Sembilan Darul Khusus dengan
lebih dekat lagi.
Justeru, kajian ini akan cuba mengupas pemikiran
masyarakat Melayu dari zaman dahulu di Negeri Sembilan. Pemikiran
itu akan dikupas dalam pantun-pantun Bongai yang dikaji. Hasil
pengupasan pemikiran tersebut akan membantu para pelajar dan
masyarakat memahami dengan lebih jelas budaya dan amalan
masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Selain itu, hasil kupasan itu
juga akan membuktikan bahawa orang Melayu itu sangat kreatif dan
bersopan santun. Oleh hal yang demikian, bahan sastera ini sangat
sesuai dijadikan medium bagi pembentukan nurani melalui
pembelajaran sastera.
Batasan Kajian
Kajian ini akan menjelaskan makna pada maksud dalam sesebuah
pantun yang pernah dinyanyikan dalam upacara Bongai. Pengkaji
tidak akan mengulas atau menganalisis bahagian pembayang
maksud untuk melihat kerelevanannya dengan pantun-pantun
berkenaan. Pantun-pantun lain dalam masyarakat Melayu Negeri
Sembilan selain pantun yang digunakan dalam upacara Bongai tidak
akan dikaji atau disentuh dalam kajian ini. Aspek pemikiran juga
dibataskan hanya kepada penelitian terhadap gambaran pemikiran
yang merangkumi tema, persoalan serta perasaan dalam pantun
tersebut.
Tinjauan Literatur
Pantun merupakan puisi Melayu tradisional yang diwarisi oleh orang
Melayu secara turun-temurun. Warisan pusaka ini wujud sebelum
masyarakat mengenal sistem tulisan dan kemudiannya berkembang
dan menjadi mantap bersama-sama perubahan zaman. Pantun
dianggap sebagai genre yang berjaya mencerminkan kebijaksanaan
dan keperibadian bangsa Melayu. Melalui pantun, dapat disingkap
‘welstanchuung’ atau ‘world view’ masyarakat yang melahirkannya.
Dalam pantun terakam segala fasafah hidup dan nilai-nilai
masyarakat Melayu serta rahsia-rahsia kebudayaan yang tidak dapat
dibongkar dari mana-mana genre puisi lain. (Muhammad Haji Salleh,
1989:1)
Pantun yang diakui ciptaan asli orang Melayu memiliki
bentuknya yang tersendiri. Ciri-ciri pantun antaranya dapat dilihat
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21187 187
pada ‘simplisity’ sebutan dan ringkas dalam ciptaan menggambarkan
keperibadian orang Melayu yang baik hati, bersopan santun dan
berbudi bahasa, mempunyai perwatakan yang utuh dan mudah dan
bersedia menerima perubahan yang sesuai dengan pertumbuhan
jiwanya. Sifat dan bentuk pantun yang terdiri daripada kuplet sampiran
dan maksud dikatakan sebagai lambang alamiah dan keperibadian.
(S. Othman Kelantan, 1992:50).
Berdasarkan kepada ciri-ciri keistimewaannya, pantun
dianggap sebagai genre yang amat menarik untuk dikaji dan diterokai
tentang semangat, falsafah, budaya dan ‘ world view’ masyarakat
Melayu.Menurut Annas Haji Ahmad (1982:2), puisi lama telah lama
berkembang dalam masyarakat Melayu. Bentuk-bentuk dan
gambaran dalam puisi lama dapat membawa kita kepada memahami
masyarakat lama, cara mereka berfikir, serta kebiasan-kebiasan
mereka. Puisi lama hidup sebagai sastera lisan, dan bermula secara
lisan sebelum wujudnya kepandaian menulis (atau sistem tulisan)
dalam masyarakat Melayu.
Nik Safiah et.al (1988:5) mentakrif puisi sebagai istilah yang
digunakan untuk pelbagai bentuk pengucapan yang berirama yang
dilahirkan melalui tanggapan yang penuh imaginatif dari seseorang
penulis atau penyair. Manakala pantun pula beliau takrifkan sebagai
sejenis puisi tradisi Melayu, iaitu puisi tulen milik orang Melayu
semenjak mereka belum tahu membaca dan menulis lagi. Pantun
menjadikan pengucapan bagi menyampaikan fikiran dan perasaan
yang hiba, sedih, sayu, gembira, rindu dendam dan lain-lain terhadap
seseorang atau mengenai sesuatu perkara. Sebagai sebuah puisi
terikat, pantun mempunyai pembayang maksud dan maksud.
Menurut Rogayah A Hamid (2006:3) lagu rakyat merupakan
khazanah warisan bangsa yang tidak ternilai harganya. Pantun
menjadi warisan dan kebanggaan sejak turun-temurun kerana di
dalamnya terkandung pelbagai falsafah dan pemikiran Melayu yang
unggul yang menjadi terus pembentukan identiti Melayu. Lagu rakyat
terhasil atau dicipta secara spontan oleh golongan masyarakat yang
kebiasaannya tinggal di desa-desa atau kampung-kampung yang
agak jauh di pedalaman. Ia diperturunkan daripada satu generasi
kepada satu generasi secara turun-temurun dalam bentuk lisan. Lagu
rakyat dapat diistilahkan sebagai gabungan gubahan muzik
berdasarkan seni katanya dan diiringi dengan persembahan atau
gerak tari tertentu. Satu daripadanya adalah ‘Bongai’ yang
dinyanyikan oleh masyarakat dahulu di negeri Sembilan. Seni kata
yang digunakan pula lazimnya menggunakan bahasa ‘dialek’
188 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 188
bergantung kepada tempat dihasilkan dengan loghat-loghat tempatan
masing-masing.
Menurut Zainal Abidin Borhan (2006:5) Pantun ialah
pengucapan kemelayuan. Dalam pantun terkandung umpama atau
seperti yang juga merupakan makna pantun. Dalam pantun ada
bicara dan mainan. Pantun Melayu sarat dengan kias dan makna,
kasih sayang, seloka dan jenaka, pepatah dan perumpamaan, nasihat
dan tunjuk ajar, ratapan, derita dan rindu yang merupakan sebahagian
daripada pengucapan lahir batin Melayu. Lirik Bongai dicipta
berasaskan konsep pantun. Pantun memiliki bahagian utama iaitu
pembayang dan maksud, atau sampiran dan isi; tetapi kedua-dua
bahagian tersebut tertaut secara intergratif sehingga menjadi
pengucapan yang indah. Dua bahagian tersebut ibarat dua struktur
yang saling melengkapi lahir dan batin, luar dan dalam, tertaut
menjadi satu, menjadi pantun. Kedua-dua struktur itu ibarat body and
soul atau jasad dan roh, tetapi menyedari falsafah Descartes, jasad
dan roh tidak wujud sebagai kesatuan iaitu dulisme kerana kedua-
duanya berasal daripada sumber yang berbeza. (Daillie Francois
Rene, 1990:131)
Taha Abd. Kadir (2006:122) menyifatkan Bongai sebagai seni
permainan masyarakat Melayu Negeri Sembilan. Menurut beliau
‘permainan’ merupakan keperluan jasmani dan rohani manusia dalam
kehidupannya, berfungsi sebagai hiburan dan rekreasi. Permainan
tradisional ialah sejenis persembahan berunsur seni dan indah untuk
tontonan yang diwarisi daripada generasi terdahulu.
Kajian di Luar Malaysia
Dalam kajian terhadap pantun di Sumatera pada sekitar tahun 1820-
an Raffles telah menggambarkan berbalas-balas pantun di situ seperti
berikut:
It may be either formally commenced by two who seat
themselves opposite to each other after having danced
together, or it may be begun by one of the ladies from
the place she happens to sit. She begins a series of
pantunsin a kind of recitative or irregular song; a bujang
or young man answers her in the same manner and the
contest is kept up indefinitely until one or other of the
parties is unable to give the proper answer. The girls
and young men relieve each other occasionally as one
or the other happens to get tired.
(Robson, 1995:26)
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21189 189
Ada pengkaji Barat seperti Crawford (1986) menganggap pantun
sebagai teka-teki. Hal ini dapat dilihat dalam kamus beliau;
....pantun was atype of riddle. The first two lines
containing the proposition and the last two the
applications.
(Robson, 1995:27)
Dr. Branstetter yang membuat kajian perbandingan bahasa-
bahasa Polynesia dan Australia memberi pendapatnya tentang
pantun. Menurutnya, pantun berasal daripada kata akar ‘tun’. Dalam
bahasa Pampanya (Pampanga), ‘tuntun’ membawa maksud teratur.
Bahasa Tagalog pula member makna bagi bagi perkataan ‘tonton’
sebagai suatu pengucapan dengan susunan yang tertentu. Dalam
bahasa Jawa kuno pula, ‘tuntun’ bererti benang, manakala ‘atuntun’
membawa maksud teratur, dan ‘matuntun’/ ‘matuntunan’ bererti
memimpin . (Winstedt, (1961) dalam Annas Haji Ahmad (1992:4).
Pijnappel dalam bukunya Over de Malishe Pantoens telah
membuat kajian terhadap pantun, ‘upama’ (Batak, Toba) dan
wawangsalan (Jawa) dan mendapati bahawa pantun Melayu
mempunyai persamaan dengan peribahasa atau kiasan. Selain itu,
kajian Van Ophuijsen juga mendapati terdaaptnya persamaan antara
pantun dengan penciptaan ende-ende, iaitu sejenis puisi Mandeling.
Menurut beliau ende-ende berkembang daripada kebiasaan
masyarakat mendailing yang menggunakan daun-daun sebagai alat
perhubungan terutama dalam masyarakat perasaan kasih dan rindu
antara anak-anak muda. Beliau seterusnya menegaskan bahawa
pantun berasal daripada bahasa daun kerana surat diutus dengan
menggunakan daun. (Harun Mat Piah, 1997)
Kesimpulan
Penghuraian tentang pantun ini telah dilakukan sama ada secara
khusus atau pun secara umum yang merupakan sebahagian daripada
kajian mereka tentang pantun Melayu. Ahli bahasa dan sastera telah
mengkaji dan menghuraikan beberapa aspek pantun ini terdiri
daripada Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba), Harun Mat Piah,
Kamaruzzaman Abdul Kadir (Dharmawijaya), Nik Safiah Karim,
Pijnapel, r. Hoessein Djajadingrat, Aripin Said, R.J Wilkonson, R.O
Winstedt dan Van Ophuijsen. Kajian-kajian mereka menunjukkan
kebijaksanaan buah fikiran yang terkandung dalam pantun tiada
bandingannya.
190 J u r n a l M e l e w a rJ uBri lnaanlg aMn e2l 5e /w2a0r2 1B i l a n g a n 2 5 / 2 0 2 1 | 190
METODOLOGI KAJIAN
Untuk kajian kualitatif ini, kaedah kajian teks digunakan berfokus
kepada pendekatan semiotik digunakan ;
“Semiotics is the theory and analysis of signs and
significations. A semioticion like the early Barthes sees
social and cultural life in terms of signification, and
therefor in term of the non- essential nature of
objects......Semiotics also studies the way that signs
signify – in the conventional literaty texts and legal
documents, or in advertisements and bodily conducts.”
– John Letchte (1994)
Bahasa merupakan alat komunikasi yang terpenting dalam
kehidupan manusia. Kata-kata yang dibentuk dalam bahasa diungkap
melalui satu sistem perlambangan yang dapat difahami secara lisan
mahupun tulisan. Kesemua ini terungkap dalam pertuturan, gerak laku
mahupun perbuatan. Kadang kala, lambang-lambang yang digunakan
dalam bahasa agak sukar difahami sehingga memerlukan satu bentuk
kajian melalui disiplin yang tertentu. Maka, disiplin inilah yang
diterapkan melalui pendekatan semiotik. Semiotik ialah disiplin yang
terbentuk hasil daripada gabungan beberapa bidang ilmu lain
termasuk antropologi, linguistik, psikologi, sosiologi dan beberapa
lagi. Semiotik kemudiannya berkembang menjadi satu bentuk kajian
yang bersifat saintifik. (Asmah,1986:3)
Menurut Mana Sikana dalam teksnya yang berjudul Teori
Semiotik : Tanda Bahasa dan Wacana Sastera (2001:193-212), beliau
menegaskan bahawa semiotik merupakan suatu ilmu yang penting
dalam wacana bahasa dan sastera di zaman pascamoden ini.
Manakala dalam linguistik juga ilmu ini telah digunakan bagi tujuan
mencari makna-makna dalam penulisan retorik. Teori relevan Sperber
dan Wilson, dan teori sintagmatik oleh Karland (1993) telah
menggunakan skema dan mekanisme semiotik dalam memberi
makna ayat-ayat suci Al-Quran seperti mana yang telah dilakukan
oleh Mohammad Arkoun, seorang ilmuan muslim di dalam bukunya
Kajian Kontemporer al Quran (1998).
Menurut Wong Soak Koon di dalam kertas kerjanya yang bertajuk
Semiotik dan Puisi telah menyatakan pendapatnya:
“Bidang semiotik mengatakan bahawa bahasa dapat memberikan
wawasan yang segar kepada kita. Puisi adalah genre yang terbaik
J u r n a l JMuer nl ea lw Ma re l Be wi laar nBgial ann g2 a5n/ 2205 2/ 21 0|21191 191