BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Kawad Statik
A. Sedia
Hukumannya : "Skuad ..............Sedia"
Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, paha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan.
Gerakan 1 Gerakan 2 Kedudukan tangan di sisi
188
SERLAHKAN KEMENJADIAN
MURID, MANTAPKAN KUALITI PENDI
DIKAN
K
R
U
R
S
E
I
A
H
.
C
A
S
K
E
D
S
Z
T
A
TAHUN 6
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
A. Senang diri
Hukuman : "Senang ..................Diri"
Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci.Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat- empat jari bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua -dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.
Kesalahan Biasa :
1. Siku bengkok;
2. Lutut tidak tegap dan tiada bertahan;
3. Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci;
4. Menggerakkan kaki kiri menyebabkan barisan tidak lurus; 5. Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan;
6. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu;
7. Bahu jatuh dan badan mengenjut.
189
Gerakan 1 Gerakan 2
Senang diri
SERLAHKAN KEMENJADIAN
MURID, MANTAPK
AN KUALITI PENDIDIKAN
K
R
U
R
S
E
I
A
H
.
C
A
S
K
E
D
S
Z
T
A
TAHUN 6
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
C. Rehatkan diri
Hukuman :"Rehatkan ................Diri"
Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) Kedudukan kaki tidak berubah.
Kesalahan biasa :
Kedua kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan; Menggeliat dan bercakap-cakap.
Ingatan :
Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat pinggang ke atas sahaja. Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri.
Rehatkan diri
190
SERLAHKAN KEMENJADIAN
MURID, MANTAPKAN KUALITI PENDI
DIKAN
K
R
U
R
S
E
I
A
H
.
C
A
S
K
E
D
S
Z
T
A
TAHUN 6
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
D. Masuk Baris
Arahan masuk baris :
"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad".
Hukuman :"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak" Perbuatan :
Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia.
Kesalahan Biasa :
1. Datang berbaris tidak berlari.
2. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari.
3. Bercakap-cakap;
4. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.
191
SERLAHKAN KEMENJADIAN
MURID, MANTAPK
AN KUALITI PENDIDIKAN
K
R
U
R
S
E
I
A
H
.
C
A
S
K
E
D
S
Z
T
A
TAHUN 6
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
E. Membetulkan barisan
Hukuman:" Ke kanan ............ Lurus"
Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus.
Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.
Hukuman :"Luruskan ............ Barisan"
Perbuatan :
Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.
Ke kanan lurus
192
SERLAHKAN KEMENJADIAN
MURID, MANTAPKAN KUALITI PENDI
DIKAN
K
R
U
R
S
E
I
A
H
.
C
A
S
K
E
D
S
Z
T
A
TAHUN 6
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Pandang depan
Apabila semua ahli PBSM berbaris dengan lurus iaitu dalam keadaan tangan kanan ke paras bahu rakan sebelah sambil memusingkan muka ke kanan, pemimpin memberi arahan, ”Pandang depan!”. Semua ahli perlu memandang hadapan, menjatuhkan tangan dan berdiri dengan keadaan sedia dan diam.
Hukuman:”Baris! Pandang depan!” F. Berpusing ke kanan
Hukumannya :”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan 2. Hentak kaki tendang kuda. Membongkok
2. Lutut bengkok
3. Angkat peha melebihi 45 darjah
193
Pusing ke kanan
SERLAHKAN KEMENJADIAN
MURID, MANTAPK
AN KUALITI PENDIDIKAN
K
R
U
R
S
E
I
A
H
.
C
A
S
K
E
D
S
Z
T
A
TAHUN 6
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
G. Berpusing ke kiri
Hukumannya:”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia
Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan 2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah
2
1
Pusing ke kiri
194
SERLAHKAN KEMENJADIAN
MURID, MANTAPKAN KUALITI PENDI
DIKAN
K
R
U
R
S
E
I
A
H
.
C
A
S
K
E
D
S
Z
T
A
TAHUN 6
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
H. Menghadap kehadapan/ belakang
Hukumannya : Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing".
Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan 2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah. 6. Badan melonjak ketika berpusing
195
Ke hadapan/belakang pusing
SERLAHKAN KEMENJADIAN
MURID, MANTAPK
AN KUALITI PENDIDIKAN
K
R
U
R
S
E
I
A
H
.
C
A
S
K
E
D
S
Z
T
A
TAHUN 6
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
I. Keluar baris
Ahli-ahli dalam keadaan sedia perlu berpusing ke kanan dan mengangkat kaki kiri ke paras lutut lalu hentakkannya rapat ke kanan. Selepas itu terus melangkah tiga langkah ke hadapan dan keluar dari barisan
Hukumannya:”Keluar baris!”
J. Bersurai
Berpusing ke kanan, beri hormat dan jatuh tangan. Terus bergerak dengan kaki kiri.
Hukumannya:”Baris bersurai, bersurai!”
196
SERLAHKAN KEMENJADIAN
MURID, MANTAPKAN KUALITI PENDI
DIKAN
K
R
U
R
S
E
I
A
H
.
C
A
S
K
E
D
S
Z
T
A
TAHUN 6
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
RUJUKAN
Admin. Ikrar Ahli BSVIM. Dilayari pada 26 Ogos 2022. Di URI http://bsmmkubangpasuwebs.com/ apps/ blog/show/1572495
Amzan bin Abd. Malek & Hazira binti flamsah A. (2007). Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Batu caves. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Azman Abd. Malek & Hazira Hamsah A. (2009). Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Batu Caves: PTS Professional.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. (1988). Bulan Sabit Merah dan negaraku. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. (2018). Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Dimuat turun pada 28 Julai 2018, daripada https://www.redcrescent.org.my/history-bsmm/
Siti Zulaikha. (2013). Portfolio PBSM. Dimuat turun pada 28 Julai 2018, daripada https:// www.slideshare.net/SitiZulaikhaSalleh/portfolio-pbsm
MOHD HAFIZ BIN MUNGIN. Deraf Modul Aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia
Mohdzir Mohd Yasin. (200), Buku Teks Untuk Ahli Belia PBSM: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Shanthi Thirum. Sejarah Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia. Dilayari pada 5 September 2022
Di URI http://www.scribd.com/doc/32590642/Sejarah-Penubuhan-Bulan-Sabit-Merah-Malavsia
Tiada Nama Pengarang. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Dilayari pada 5 September 2022. Di URL. http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan _Bulan Sabit _Merah Malaysia
Tiada Nama Pengarang. Persatuan Palang Merah dab Bulan Sabit Merah Antarabangsa. Dilayari pada 12 September 2022. Di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa
Tada Nama Pengarang. Pendidikan Palang/ Bulan Sabit Merah. Dilayari pada 12 September 2022 Di URL http://pbsmhl.tripod.com/VIJAY.htm
Tada Nama Pengarang. Malaysia Red Crescent-Ilistory . Dilayari pada 13 September 2022
Di URI.http://www.redcrescent.org.my/drupal/node/4 pbsmhltripod.com/hdunant.htm
Tiada Nama Pengarang. Henry Dunant Dilayari pada 13 September 2022. Di URL http:// pbsmhltripod.com/hdunant.htm
Tiada Nama Pengarang. Lirik Lagu Rakyat Dilayari pada 15 September 2022. Di URI http://teratak.forumotion.com/t975-lirik-lagu-rakyat
Tiada Nama Pengarang. Senarai Lagu-Lagu Rakya Masyarakat Melayu. Dilayari pada 27 September 2022. Di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai lagu-lagu rakyat masyarakat_Melayu
197
BERK
HIDMAT KEPADA Y
ANG MEMERLUKAN DENGAN BERKES
AN
K
R
U
R
S
E
I
A
H
.
C
A
S
K
E
D
S
Z
T
A
TAHUN 6
PENGISIAN AKTIVITI
Masa :
TAJUK:
NAMA GURU PEMEMIMPIN:
AKTIVITI :
TUGASAN:
CATATAN GURU PEMIMPIN
Tarikh :
PENGISIAN AKTIVITI
Masa :
TAJUK:
NAMA GURU PEMEMIMPIN:
AKTIVITI :
TUGASAN:
CATATAN GURU PEMIMPIN
Tarikh :
PENGISIAN AKTIVITI
Masa :
TAJUK:
NAMA GURU PEMEMIMPIN:
AKTIVITI :
TUGASAN:
CATATAN GURU PEMIMPIN
Tarikh :
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
NOTA
PER HUMANITATEM AD PACEM
Through humanity to peace
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
NOTA
PER HUMANITATEM AD PACEM
Through humanity to peace
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
NOTA
PER HUMANITATEM AD PACEM
Through humanity to peace
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
NOTA
PER HUMANITATEM AD PACEM
Through humanity to peace
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
NOTA
PER HUMANITATEM AD PACEM
Through humanity to peace
BSMM
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ SYED ZAIN ALSHAHAB 2023