The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roszelan, 2018-08-01 22:06:25

kolokium NPQEL 2017

bahan penulisan

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL
2017

SIRI 2

INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

i

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Penerbit
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 BANDAR ENSTEK

Tel: 06-7979200
http://iab.moe.edu.my
e-mel: [email protected]

Urusan Penerbitan oleh
Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi
Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan

Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

©Institut Aminuddin Baki

Hak cipta terpelihara. Tiada sebarang bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau
dengan sebarang alat, sama ada dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula,

rakaman atau sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada
Pengarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia

terlebih dahulu.

Semua kertas kerja ini telah dibentangkan dalam
Kolokium Graduan NPQEL kali pertama 2017

anjuran Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia
pada 3 hingga 5 November 2017

di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan-Dalam-Penerbitan

ISBN 978-967-0504-61-2

Cetakan Pertama 2017

Pengurus Penerbitan
Marina binti Abas

Pencetak
NR Glade Resources (002483564-A)

No. 11A1, Jalan 18/35,
Taman Sri Serdang,

43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.

ii

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

JAWATANKUASA PENERBITAN
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL
SIRI 2
2017

PENAUNG
PENGARAH
Institut Aminuddin Baki

PENASIHAT
Mazlan bin Samsudin

Timbalan Pengarah
(Khidmat Profesional)

Mistirine binti Radin
Timbalan Pengarah
(Khidmat Latihan)

Wan Azmiza binti Wan Mohamed
Ketua Pusat

Pusat Kepimpinan Komunikasi dan Pengurusan Pejabat

Nik Mohd Fakhruddin bin Nik Ab. Rahman
Ketua Pusat

Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan

PENYELARAS
Noraisah binti Md. Yusof

Zulkelfli bin Manaf
Asiah binti Yaacob Khan

Normala binti Ibrahim

KETUA EDITOR
Maryati binti Athan

EDITOR
Mohd. Nashahrudin bin Hj. Mat Daud

Azwan bin Wamin
Zainap binti Ibrahim

URUS SETIA
Noorhafidah binti Kamarudin

Norli binti Ismail

iii

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Prakata

Kolokium Graduan NPQEL 2017 julung-julung kali dilaksanakan sejak latihan National
Profesional Qualification for Headship (NPQH) diperkenalkan di Institut Aminuddin Baki
(IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 1999. Bertemakan Kepimpinan
Berpresatsi Tinggi Penggerak Transformasi Sekolah, kolokium ini mengetengahkan 80 orang
pengetua dan guru besar (PGB) graduan NPQEL yang berjaya sebagai pemimpin instruksional
dan agen perubahan di sekolah daripada seluruh negara.

Kolokium ini mewujudkan ruang dan peluang perkongsian amalan terbaik dalam kalangan
PGB graduan NPQEL. Pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengalaman para pembentang
dapat menjadi suri teladan kepada PGB yang lain khususnya PGB baharu, seterusnya
dapat membuka minda dan mencetus idea pemimpin-pemimpin sekolah dalam merancang
dan melakukan perubahan yang memberi impak kepada kemenjadian murid. Kolokium dan
penerbitan ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada seluruh warga pendidik ke arah
peningkatan profesionalisme dan kompetensi pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Bahan
perkongsian amalan terbaik ini diterbitkan dalam bentuk buku dan ebook sebagai perkongsian
kepada semua pemimpin pendidikan di seluruh negara.
Kejayaan melaksanakan kolokium dan penerbitan ini adalah hasil usaha banyak pihak.
Pemilihan pembentang kolokium dilakukan melalui Bengkel Immersion PGB di setiap negeri
dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri. Hasil perkongsian di peringkat negeri ini,
peserta terbaik negeri dipilih membentang amalan terbaik mereka dalam Kolokium Graduan
NPQEL. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih untuk semua pembentang dan ahli
jawatankuasa kerana kejayaan cemerlang penganjuran kolokium ini. Semoga hasrat murni
perkongsian amalan terbaik ini memberi impak kepada matlamat Anjakan 5 PPPM 2013-2025:
Menempatkan Pemimpin Berprestasi Tinggi di Setiap Sekolah.

WAN AZMIZA BINTI WAN MOHAMED
Ketua Pusat
Pusat Kepimpinan Komunikasi dan Pengurusan Pejabat
Institut Aminuddin Baki

iv

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Kata Alu-Aluan

Pengarah IAB

Selamat Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia
Saya melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan
limpah kurnia dan izin-Nya, maka dapatlah kita menjayakan Kolokium Graduan NPQEL Kali
Pertama yang bertemakan Pemimpin Berprestasi Tinggi Penggerak Transformasi Sekolah.
Tema ini bertepatan dengan Anjakan Kelima dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 (PPPM), iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap
sekolah.
Kolokium yang julung kali diadakan ini bertujuan mewujudkan ruang dan peluang perkongsian
amalan terbaik dalam kalangan Pengetua dan Guru Besar (PGB) graduan NPQEL sejak
National Professional Qualification for Headship (NPQH) diperkenalkan pada tahun 1999.
Usaha ini akan membantu pemimpin sekolah untuk berkongsi serta menyebarluaskan amalan
terbaik mereka dengan meningkatkan jaringan antara sekolah dengan sekolah-sekolah lain.
Kolokium ini juga mengetengahkan PGB Graduan NPQEL yang bertindak sebagai agen
perubahan sekolah yang berkesan. Mereka ini telah berjaya sebagai pemimpin yang berupaya
mempelbagaikan gaya kepimpinan mengikut situasi dalam mencapai matlamat organisasi
masing-masing. Program ini adalah selaras dengan inisiatif PPPM yang memberi ruang kepada
pemimpin sekolah untuk mendapat akses yang lebih besar terhadap latihan kepimpinan
bertaraf antarabangsa, serta amalan terbaik daripada rakan sejawat mereka di Malaysia.

Akhir kata, semoga pengisian kolokium ini dapat memberi manfaat dan impak yang positif
terhadap kepimpinan pendidikan negara.
Sekian, terima kasih

MISTIRINE BINTI RADIN
Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan)
Menjalankan tugas Pengarah
Institut Aminuddin Baki

v

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Kata Alu-Aluan

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bismillah Hirrahman Nirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia
Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat
berkumpul dalam Program Kolokium Graduan NPQEL Kali Pertama.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga IAB kerana telah berusaha bersungguh-
sungguh bagi menjayakan Kolokium Graduan NPQEL yang julung kali diadakan ini. Tahniah
juga diucapkan kepada pengetua dan guru besar (PGB) yang telah terpilih sebagai pembentang
dalam kolokium ini.
Kejayaan sesebuah sekolah diukur dalam bentuk yang pelbagai sama ada pencapaian murid
dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan mempunyai sahsiah yang unggul. Kejayaan ini tidak
dicapai dalam sekelip mata. Tempoh masa, ketekalan usaha, perancangan yang sistematik
dan kelestarian pelaksanaan adalah teras kecemerlangan. Amalan terbaik yang dibudayakan
dalam organisasi menjadi etos kepada organisasi tersebut.
Kualiti dan kompetensi PGB akan menyerlah apabila kejayaan sekolah PGB berprestasi tinggi
mendatangkan kesan positif kepada organisasi dan komuniti seperti masyarakat setempat,
PPD, JPN dan KPM. Jadikanlah sesi perkongsian ini sebagai satu suntikan semangat kepada
tuan-tuan dan puan-puan bagi melaksanakan penambahbaikan berterusan.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama memartabatkan sistem pendidikan negara kita demi
masa depan anak bangsa kita.

DR. HAJI ZAINAL AALAM BIN HASSAN
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan)
Kementerian Pendidikan Malaysia

vi

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

KANDUNGAN

Prakata iv

Kata Alu-Aluan v

BAHAGIAN 2: KEPIMPINAN ORGANISASI 2
6
REVOLUSI KEPEMIMPINAN TRANSFORMASI PUSAT SUMBER 11
SEKOLAH SEBAGAI NADI ILMU 16
Arman bin Hj. Amir (Ambilan 1/2017) 20
Guru Besar, SK Keniogan, Beluran, Sabah 24
28
PROJEK SAMBUNG HAYAT 33
Che Johar bin Jaafar (Ambilan 2/2015) 38
Pengetua, SMK Dato’ Kailan, Kepala Batas, Pulau Pinang 42

“PSS SUPER – 4 BINTANG”
Hajjah Normah binti Harun (Ambilan 1/2016)
Guru Besar, SK Sungai Pergam, Bagan Datuk, Perak

“MENJINAK HATI, MENYENTUH JIWA”
Hajjah Norriha binti Haji Abd. Rahman (Ambilan 2/2014)
Pengetua, SMK Tiang Chandi, Pasir Mas, Kelantan

INTERVENSI MENUJU PUNCAK
(LONJAKAN PRESTASI AKADEMIK)
Jijah binti Mohamad Suhai (Ambilan 2/2012)
Pengetua, SMK Taman Perumahan Bedaun, W. P. Labuan

MEWUJUDKAN EKOSISTEM PAK2
Kamarolzaharah binti Mohd Yunus (Ambilan 2/2015)
Guru Besar, SK Kangkar Pulai, Jojor

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KECEMERLANGAN
INSTITUSI PENDIDIKAN
Kamsinah binti Kamarudin (Ambilan 2/ 2013)
Guru Besar, SK Tanjung Besar, Benta, Pahang

SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
Lilis Ariani binti Abdul Manan (Ambilan 1/2016)
Guru Besar, SK Temalir, Kuala Krai, Kelantan

SEGALA-GALANYA BERMULA DARI SINI
Mariam binti Rahamat (Ambilan 1/2013)
Pengetua, SMK Bandar Baru Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Selangor

INTEGRASI ANTARA SEKOLAH DAN ALUMNI DALAM MEMENUHI
KEPERLUAN MURID DI SEKOLAH LUAR BANDAR
Mohamad Hanafiah bin Baharuddin (Ambilan 1/2016)
Pengetua, SMK Khir Johari Beranang, Selangor

vii

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

STANDARD 1 : PENGURUSAN KEPIMPINAN STRATEGIK MAGNETIC SCHOOL 47
“GETTING STARTED, GETTING SMART” 52
Noor Azlina binti Omar (Ambilan 2/2014) 57
Pengetua, SMK Geting, Tumpat, Kelantan 61
65
INILAH TRANSFORMASI AWALKU 70
Sathi a/p Sanayasi (Ambilan 1/2016)
Guru Besar, SJK (T) Ladang Karmen, Bera, Pahang

KEPIMPINAN STRATEGIK: MENGETUAI PERUBAHAN AT-S-KNO
[ATtitude Skill-KNOwledge]
Siti Hanim binti Sungit (Ambilan 1/ 2015)
Guru Besar, SK Bandar Banting, Selangor

PROGRAM PENDIDIKAN AERONAUTIK
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG NANGKA
Sukni Hisham bin Umar
Guru Besar, SK Gong Nangka, 21600 Marang, Terengganu

KELANGSUNGAN PEMBELAJARAN HASIL DARIPADA PENGURUSAN
BENCANA BANJIR CEMERLANG - SATU PERKONGSIAN PENGALAMAN
Wan Mohd Salleh bin Wan Ismail (Ambilan 2/2012)
Pengetua, SMK Rantau Petronas, Kerteh, Kemaman, Terengganu

PENERAPAN BUDAYA KASIH DI SEKOLAH KEBANGSAAN SEMANTAN ULU
Wan Rohani binti Wan Ishak, A.M.N (Ambilan 2/2015)
Guru Besar, SK Gali, Raub, Pahang

BAHAGIAN 3: PERHUBUNGAN LUAR 74

PROGRAM ‘JAK MEKAT’ - JALINAN KASIH IBU BAPA, 78
KOMUNITI SETEMPAT DAN KOMUNITI LUAR 82
Josep anak Henry Nessem (Ambilan 1/2016) 86
Guru Besar, SK St. Gregory (M) Padawan, Sarawak 90

SEPASUKAN MEMACU KEJAYAAN
Lim Chek Hooi (Ambilan 2/2015)
Guru Besar, SJK(C) Kerayong, Bera, Pahang

KOMUNITI SAYANGI SEKOLAH
Mohd Hafidz bin Samsudin (Ambilan 2014)
Guru Besar, SK Kongkong Laut, Masai, Johor

PERMUAFAKATAN BERTERUSAN UNTUK KEJAYAAN SEKOLAH
Mohd Asri bin Mohd Nor (Ambilan 1/2015)
Guru Besar, SK Sokor, Kelantan

“MOH NOLONG SEKOLAH” (MNOS) SEGANDING BERSAMA
Noor Asmah binti Hashim (Ambilan 1/2016)
Guru Besar, SK Cikgu Mior Shaharuddin, Bota, Perak

viii

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

RESPECT – “RESPONSIBILITY POSITIVE IMPACT” 94
Nor Zaidi bin Jamiluddin (Ambilan 2016) 98
Guru Besar, SK Melayu Niyor, Kluang, Johor 102
107
LAMBAIAN KASIH 112
Sapiee @ Sapawi bin Mahdi (Ambilan 2015) 116
Pengetua, SMK Sadong Hilir (Semera), Sarawak 121

PELIBATAN KOMUNITI
Shamsudin bin Hussien (Ambilan 1/2012)
Pengetua, SMK Sama Gagah, Permatang Pauh, Pulau Pinang

PROGRAM ASRAMAKU HARMONI TAUTAN KASIH WARGA SETEBU
Siti Sara binti Sapei (Ambilan 2015)
Guru Besar, SK Padang Setebu, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu.

KEUTUHAN PERMUAFAKATAN DENGAN SUMBER LUAR
MEMANFAATKAN ORGANISASI
Soon Siew Keaw (Ambilan 1/2015)
Guru Besar, SJKC Eng Chuan, Pulau Pinang

KEMENJADIAN MURID DAN MUAFAKAT KOMUNITI MENJANA
TRANSFORMASI SEKOLAH
Suriyati binti Amit (Ambilan 2014)
Guru Besar, SK Pujut Corner, Miri, Sarawak

PIBK MAKES SESIGA GREAT
Zabidah binti Sulaiman (Ambilan 1/2014)
Guru Besar, SK Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu

BAHAGIAN 4: SUMBER MANUSIA 126
132
SISTEM PENGURUSAN DATA DAN MAKLUMAT DALAM TALIAN (e-DaMaT) 136
Ab Aziz bin Mamat (Ambilan 2015) 141
Pengetua, SMK Putrajaya Presint 16(1), Putrajaya

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK
Bungkias Angkapok
Guru Besar, SK Tetagas, Nabawan/Pensiangan, Sabah

TRANSFORMASI SAS
Dona binti Undoh (Ambilan 1/2015)
Pengetua, SM St. Anthony, Wilayah Persekutuan Labuan

PELAKSANAAN GROW: MODEL OF COACHING DALAM KEPIMPINAN
INSTRUKSIONAL DAN PEMBANGUNAN LUARAN DI SEKOLAH
KEBANGSAAN KUALA POMSON, HULU LANGAT, SELANGOR
Nora binti Yahya (Ambilan 2/2015)
Guru Besar, SK Taman Puteri, Hulu Langat, Selangor

ix

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2 146
149
MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA DI SEKOLAH KEBANGSAAN 153
KEDAI BULOH SEJAJAR DENGAN PEMBELAJARAN ABAD 21. 156
Robiah binti Jusoh (Ambilan 2/2015)
Guru Besar, SK Kedai Buloh, Kuala Terengganu, Terengganu

PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN MENINGKATKAN PRESTASI KERJA
Sabirin bin Ishak (NPQH 2002)
Guru Besar, SK Dato’ Idris, Tanjong Ipoh, Perak

MUZIK SEBAGAI TERAS KEMENJADIAN PELAJAR
Zahari bin Zakariah
Pengetua, SMK Teluk Kumbar 2, Pulau Pinang

KEPIMPINAN BERKUALITI TUNGGAK KEMENJADIAN MURID DALAM
DISIPLIN SEKOLAH: SATU PERKONGSIAN PENGALAMAN
Zainudin bin Mohamad (Ambilan 1/2016)
Pengetua, SMK Sungai Besi, Kuala Lumpur

BAHAGIAN 5: FIZIKAL 162
166
“EKSA TRANSFORMASI KELAS PEMBELAJARAN ABAD KE-21”
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN KENINGAU, SABAH
Hilina binti Lawrence Lampangok (Ambilan 1/2013)
Guru Besar, SK Pekan Keningau, Sabah

PUSAT AKSES PIBK SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BAKAU
Roslinda binti Mohd Khalib (Ambilan 1/2016)
Guru Besar, SK Sungai Bakau,Nibong Tebal, Pulau Pinang

x

BAHAGIAN 2:
KEPIMPINAN ORGANISASI

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

REVOLUSI KEPEMIMPINAN TRANSFORMASI
PUSAT SUMBER SEKOLAH SEBAGAI NADI ILMU

Arman bin Hj. Amir
Ambilan 1/2017
Guru Besar

SK Keniogan, Beluran, Sabah

ABSTRAK

Perkongsian amalan terbaik ini bertujuan untuk meneliti amalan kepimpinan transformasi yang
memberi impak terhadap pembangunan organisasi sekolah. Secara khususnya, perkongsian ini
bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasi dari aspek kompetensi,
karismatik, ransangan intelek serta motivasi berinspirasi penyerlahan keunggulan untuk
berkhidmat dengan cekap, berjaya dan cemerlang. Teknik penilaian adalah penilaian kendiri,
refleksi dan dengan mengumpul input daripada pelbagai stakeholder, sifat bertanggungjawab,
minat memimpin sekolah ke arah perubahan yang dapat mendatangkan hasil secara holistik
bagi merancakkan anjakan paradigma bagi meningkatkan kemenjadian murid, budaya dan
kejayaan sekolah. Menyedari hakikat sekolah ini terletak di luar Bandar, namun tadbir urus
adalah cemerlang, kanak-kanak ini tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar
belakang sosio ekonominya akan mendapat pendidikan yang terbaik bersesuaian dengan
aspek Ekuiti dalam Aspirasi Sistem PPPM. Kepimpinan transformasi mestilah dilakukan
dengan implementasi daripada apa yang ada dalam fikiran serta diurus dengan efektif.

Kata Kunci: Kepimpinan Transformasi, Pusat Sumber Sekolah (PSS), Amalan Kepimpinan,
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

1.0 PENGENALAN

Sistem Pendidikan Negara ketika ini telah memasuki gelombang kedua dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2020 dengan tekad dan azam
untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara seperti yang dihasratkan. Justeru sekolah
merupakan agen yang penting dalam siap siaga generasi muda dengan pendidikan yang
berkualiti agar dapat diukur dari tiga aspek standard kemenjadian mereka (SKPMg2)
dalam abad ke 21 ini dan boleh bersaing tidak hanya di peringkat lokal bahkan memenuhi
kehendak di persada antarabangsa. Pemimpin mempunyai peranan yang sangat besar
dalam membentuk tahap kecemerlangan organisasi yang dipimpin dalam menentukan
arah tuju masa depan organisasinya. Menurut (Burns 1978, Ainon dan Abdullah 2003),
“seseorang pemimpin itu telah mengamalkan gaya kepimpinan transformasi apabila
berjaya mengubah sikap mengutamakan kepentingan peribadi diri sendiri kepada
mementingkan kelompok. Perubahan ini terjadi apabila mereka dengan sukarela bekerja
dan berjuang demi mencapai tujuan dan matlamat organisasinya”. Revolusi kepimpinan
Transformasi Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah lanjutan daripada perpustakaan
sekolah sebagai pusat atau tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik. Pusat Sumber
menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran
dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat
pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca, dan

2

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

belajar sepanjang hayat. Rentetan dari itu, beberapa revolusi transformasi dicetus
dengan menyediakan kepelbagaian aktiviti dalam usaha merancakkan kesedaran ini
melalui beberapa rangkaian utama yang terdapat dalam PSS ini.

Kepantasan dan kecanggihan teknologi cetak, kemajuan dalam bidang telekomunikasi,
radio, televisyen dan mikrokomputer serta satelit telah membawa kepada satu tahap
ledakan maklumat yang belum pernah terjadi sebelumnya. Penyampaian maklumat yang
sungguh pantas di seluruh dunia serta perubahan besar dan penting memberi kesan dalam
kesemua aspek hidup manusia. Bagi menghadapi suasana demikian, murid mestilah
bersedia untuk mengeksploitasi sumber-sumber teknologi pembawa maklumat. Mereka
perlu dibawa keluar daripada buku teks, sekiranya hendak mendapatkan maklumat
yang lebih luas. Aktiviti pengumpulan maklumat seumpama ini boleh dipromosikan
melalui penggunaan PSS. Revolusi kepemimpinan transformasi telah menjadikan PSS
sebahagian daripada aktiviti pedagogi dalam sistem sekolah supaya wujud suasana
aktif dan menarik. PSS merupakan satu kemudahan di mana guru dapat berkumpul,
berunding sesama sendiri, memilih, merencana, menerbit dan seterusnya menggunakan
alat dan bahan pengajaran dengan pertimbangan untuk menambah kecekapan ikhtisas
guru demi meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

SK Keniogan merupakan sekolah yang terletak di Pulau Kampung Keniogan dalam daerah
Beluran. Dari pekan Beluran ke SK Keniogan jauhnya lebih kurang 60 kilometer. Moto
sekolah ialah SKK No. 1 Mendepani Perubahan. Perjalanan utama adalah melalui lautan
Sulu dengan mengambil kira masa perjalanan selama dua jam setengah menggunakan
bot dari jeti pekan Beluran dengan dua mod perjalanan, jalanraya dan laut. SK Keniogan
adalah salah satu institusi pendidikan rendah yang telah mula beroperasi pada tahun
1950 dengan hanya mempunyai seorang guru, 50 orang murid dan hanya memiliki satu
kelas sahaja. Kini, tampuk pentadbiran dan kepimpinan SK Keniogan ditadbir oleh Guru
Besar yang ke-13. Bilangan kakitangan seramai 11 orang, iaitu AKP tiga orang dan
jumlah murid seramai 124 orang dengan kapasiti sekolah satu sesi.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

2.1 Rasional Pelaksanaan Projek

Selain berperanan menyediakan bahan-bahan yang berilmiah terhadap warga
SK Keniogan, keadaan persekitaran yang cantik dan kondusif juga menjadi faktor
penting untuk menarik mereka untuk datang ke Pusat Sumber dengan lebih kerap.
Keadaan laman yang cantik dengan ledakan info juga penting untuk menjadikan
kawasan tersebut sebagai salah satu tempat santai yang berguna dan berilmiah
kepada murid terutamanya. Secara tidak langsung pengisian masa yang berkualiti
dan berfaedah kepada mereka baik semasa sesi persekolahan, hujung minggu
mahupun semasa cuti sekolah, kerana dalam Program Revolusi kepimpinan
transformasi yang ingin melihat PSS cemerlang berperanan sebagai nadi ilmu dan
menyerapkan dalam diri murid bahawa sekolah ini sebagai rumah mereka yang
kedua. (Wan Mohd.Zahid Mohd Nordin, 1993) “sesungguhnya sekolah menjadi
rumah kedua, dan mungkin bagi sesetengah murid rumah pertama iaitu tempat
yang dapat membahagiakan diri dan kehidupan mereka”.

3

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

2.2 Tempoh Masa Pelaksanaan

Hasil dapatan pemantauan, perbincangan secara kolektif dan kekuatan yang dibina
melalui kaedah SWOT, program revolusi Kepimpinan Transformasi khususnya
mencemerlangkan PSS sebagai nadi ilmu dilaksanakan mengikut perancangan iaitu
sepanjang waktu sesi persekolahan, hujung minggu juga masa musim percutian
sekolah, dengan pematuhan kepada jadual yang telah diseragamkan oleh pihak
sekolah.

2.3 Strategi Pelaksanaan

Kekuatan yang dibina melalui kaedah SWOT, dan pelaksanaannya melalui
pendekatan Plan-Do-Check-Action (PDCA) agar program ini dilaksanakan mengikut
perancangannya. Menyediakan pelan strategik berdasarkan program yang
dibincangkan dan hasrat KPI yang hendak dicapai. Perincian dari pelan taktikal,
program ini diperincikan lagi melalui pelan operasi dan seterusnya menyediakan
kertas proposal. Penentuan ketepatan pelaksanaan dimudahkan lagi dengan
adanya carta alir dan carta gantt yang berkeupayaan memainkan peranan utama
memastikan sesuatu kerja itu dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pemantauan berterusan dilakukan oleh pentadbir sekolah, Penolong Kanan melalui
pemerhatian eviden juga pegawai yang datang melawat ke sekolah.

2.4 Cabaran Kaedah Penyelesaian

Cabaran utama ialah kekangan ekonomi yang terhad. Namun demikian, dengan
mengoptimumkan sumber kewangan sekolah yang ada secara berhemah dan
bersistematik dapat membantu menyelesaikan masalah. Sumber dana melalui
sumbangan ibu bapa juga diguna dengan sebaiknya mengikut SOP kewangan
sekolah. Lokaliti yang jauh dari Pekan menyumbang kepada cabaran projek
untuk dilaksanakan. Proses mendapatkan keperluan barang-barang pengajaran
dan pembelajaran serta keperluan PSS akan dibuat oleh guru-guru yang keluar
ke pekan terutamanya semasa guru hendak mengambil gaji. Kemudahan akses
internet yang sukar dapat diatasi dengan inisiatif penggunaan hotspot dan bilik ICT
bukan makmal di kalangan guru digunapakai secara optima.

3.0 IMPAK AMALAN

Memberikan motivasi ekstrinsik dan instrinsik kepada murid dalam usaha meningkatkan
prestasi kecemerlangan diri, dengan mengeksploitasikan secara optima kemudahan
yang berfungsi sebagai Pusat Sumber itu nadi ilmu. Secara tidak langsung dapat juga
membina rasa cinta terhadap sekolah dan komuniti sekolah. Melahirkan modal insan
berkeperibadian yang unggul menerusi pemupukan pengetahuan pentabiatan budaya
mencintai lmu dan pembacaan yang meluas. Meningkatkan peningkatan unjuran
peratus membaca dalam kalangan murid dan guru. Meningkatkan prestasi akademik
sekolah melalui kefahaman jati diri yang cemerlang. Mengeratkan hubungan pelbagai
hala khususnya komuniti setempat. Membudayakan budaya cintakan buku dan suka
membaca adalah bangsa yang yang berjaya melalui sumber-sumber dan aktiviti yang
dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat. Memartabatkan imej
sistem pendidikan melalui identiti, iklim dan budaya institusi sekolah yang menyalurkan
informasi dan penggerak utama pembudayaan ilmu.

4

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

KPM terus memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan
menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, Video teleconferencing, makmal
komputer, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja. Perkembangan pesat
ini menuntut agar KPM dapat mengurangkan jurang digital yang wujud dalam kalangan
murid dan guru luar bandar dengan bandar. Bagi memastikan ianya terlaksana secara
lebih relevan, pengurusan sekolah perlulah mengadakan pemantauan, perbengkelan,
pelaporan, penilaian dan kajian dengan berpandukan konsep perancangan, pengurusan,
memimpin dan mengawal. Lawatan penandaarasan perlu dilakukan agar dapat meninjau
‘amalan terbaik’ yang dilakukan di sekolah lain. Melalui lawatan ini dapat murid dapat
menerokai idea-idea baharu untuk meningkatkan lagi kualiti dan kecemerlangan sekolah.

5.0 PENUTUP

PSS merupakan unit yang berfungsi secara berkesan dalam mewujudkan pembelajaran
dan pengajaran yang kondusif, selesa dan berkesan. Peranan PSS seharusnya tidak
dilihat sebagai tempat ‘rasmi’ mencari ilmu. Ia seharusnya berfungsi sebagai ruang atau
tempat pencarian ilmu secara santai dan lebih terbuka. Budaya yang menganggap belajar
hanyalah di bilik darjah tidak sesuai lagi dalam pendidikan abad ini. Kejayaan sekolah
berkait rapat dengan sikap keterbukaan semua warga sekolah untuk membantu serta
memberi pertolongan dan sokongan yang diperlukan. Jelas sekali, budaya yang sedia
wujud di sekolah ini sedikit sebanyak telah membentuk kualiti murid, guru serta pemimpin
sekolah. Selaku pemimpin tertinggi sekolah, guru besar berjaya mengekalkan budaya
kerja cemerlang sebagaimana yang dtunjukkan oleh guru-guru dan kakitangannya.
Sesungguhnya kejayaan sesuatu organisasi khasnya sekolah amatlah bergantung
kepada kepimpinan guru besarnya.

6.0 RUJUKAN

Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Buku Panduan Program Melonjakkan
Kecemerlangan Sekolah Melalui Pembangunan Organisasi (PrOD). Pahang: Institut
Aminuddin Baki.

Malaysia, Kementerian Pendidikan. (2009). Hala tuju Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
2010-2015. Putrajaya: Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

Malaysia, Kementerian Pendidikan. (2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah
Malaysia. Pahang: Institut Aminuddin Baki.

Malaysia, Kementerian Pendidikan. (2010). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia.
Putrajaya: Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

School Improvement. (2010). (atas talian) http://www.tda.gov.uk/school-leader/school-
improvement.html (16 Mac 2011 ).

5

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

PROJEK SAMBUNG HAYAT

Che Johar bin Jaafar
Ambilan 2/2015
Pengetua

SMK Dato’ Kailan, Kepala Batas, Pulau Pinang

ABSTRAK
Projek Sambung Hayat bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam
bidang pertanian dan keusahawanan. Projek ini mengkhususkan dalam penanaman dan
pemprosesan Roselle. Seramai 25 orang murid 4KM1 dan 4KM2 dipilih untuk mengusahakan
tanaman roselle di kawasan seluas 2 ekar yang sebelum ini terbiar begitu lama. Pelajar ini dipilih
berdasarkan tahap pencapaian akademik yang terlalu rendah dan sering tidak hadir ke sekolah.
Projek ini telah memberi impak yang besar kepada mereka seperti peningkatan kehadiran
ke sekolah, pengurangan masalah salahlaku, peningkatan minat belajar dan memperolehi
kemahiran untuk mengusahakan tanaman roselle. Dengan kerjasama pihak agensi luar
seperti MARDI SPU dan Jabatan Pertanian serta kepakaran guru-guru Sains Pertanian dan
Penyediaan Makanan, produk telah dihasilkan seperti jus roselle, teh roselle, jem roselle dan
roselle madu. Pengeluaran hasil roselle mendapat sambutan terutama daripada guru dan staf
sekolah daerah SPU, PPD, JPN dan IAB. Kejayaan projek ini banyak bergantung kepada guru
yang berkemahiran, kesungguhan pelajar dan kerjasama yang sangat baik daripada PIBG,
MARDI, Jabatan Pertanian, PPD, JPN dan individu ynag berkemahiran.
Kata Kunci: Sambung Hayat, MARDI dan Jabatan Pertanian, penanaman Roselle

1.0 PENGENALAN

Projek Sambung Hayat adalah bertujuan untuk melahirkan murid yang berkemahiran
dalam bidang pertanian dan keusahawanan khusus untuk penanaman dan pemprosesan
tanaman Roselle.

Kumpulan Sasaran: 4KM1 dan 4KM2
Aktiviti: Projek Sambung Hayat
Tarikh/ Hari: Mac – November 2017
Masa: Setiap Rabu Dan Sabtu
Tempat: Ladang Roselle SMK Dato’ Kailan
Penilaian: Kemahiran Menanam dan Memproses Roselle

Tujuan program ini diadakan adalah:

1. Mengetahui dan memahami pentingnya bidang pertanian sebagai satu sumber
pendapatan berpotensi.

2. Memberi kemahiran kepada pelajar terutama sekali dalam penanaman dan
penghasilan produk Roselle.

3. Meningkatkan kehadiran pelajar ke sekolah (4 KM1, 4 KM2).
4. Mengurangkan masalah salah laku dalam kalangan pelajar (4 KM1, 4 KM2).
5. Meningkatkan minat belajar dalam kalangan pelajar.
6. Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan pelajar.

6

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Jadual Projek Sambung Hayat

BULAN AKTIVITI
MAC ● Membersihkan kawasan
● Membajak
APRIL ● Membina batas
MEI ● Memboring air tanah
JUN ● Memasang perpaipan
JULAI ● Menyemai anak benih
● Menanam
OGOS ● Menyulam
SEPTEMBER ● Penjagaan anak pokok (meracun dan membaja)
● Penjagaan
OKTOBER ● Menuai hasil pertama
● Pengendalian lepas tuai
NOVEMBER/ DISEMBER ● Pemprosesan
● Pengendalian lepas tuai
● Pemprosesan
● Pengendalian lepas tuai
● Pemprosesan
● Lawatan ke MARDI Kuala Terengganu
● Penghasilan Produk
● Pemasaran Produk
● Tanaman Semula Fasa 2
● Penghasilan Produk
● Pemasaran Produk
● Membersihkan kawasan
● Membajak
● Membina batas
● Menyemai anak benih
● Menanam semula
● Pemasaran Produk

2.1 PERANAN KOMUNITI DAN AGENSI LUAR

1. PIBG - Sumber kewangan

2. MARDI - Kepakaran peralatan dan pemprosesan

3. Jabatan Pertanian - Kepakaran anak benih dan sebagainya

4. Waris Pelajar - Perladangan

5. JPN, PPD (SIC+, SIP+) - Khidmat nasihat

7

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

3.0 IMPAK AMALAN TERBAIK

3.1 Penghasilan Produk

1. Jus Roselle
2. Teh Roselle
3. Jem Roselle
4. Ice cream Roselle

Data Penghasilan Roselle

BIL BULAN PENDAPATAN (RM) PERBELANJAAN KEUNTUNGAN
(RM)
(RM) -
-
1 Mac - 1250.00 -
-
2 April - 120.00 553.00
700.00
3 Mei - -
1085.00
4 Jun - 130.00 730.00
495.00
5 Julai 803.00 150.00 2063.00

6 Ogos 1050.00 350.00

7 September 1400.00 315.00

8 Oktober 950.00 220.00

9 November 600.00 105.00

JUMLAH 4803.00 2740.00

3.2 Kehadiran Pelajar

Bil Nama Pelajar Bulan

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt
/17 /19 /18 /18 /18 /19 /20 /19 /18 /17

1. Afiq Amrin bin 4 5 7 12 12 6 15 17 17 17
Mohamad Zaidi

2. Afiq Aslam bin 5 5 10 13 14 7 18 18 18 17
Mohamad Zaidi

3. Abdul Hafiz bin Abdul 7 6 11 13 14 6 17 17 17 16
Halim

4. Amirullah bin Zainal 7 7 10 12 14 7 18 18 18 15

5. Mohd Fahmi bin 8 9 12 16 15 8 19 18 17 16
Radzi

6. Muhd Hafiz bin Nizar 7 6 9 15 15 9 19 16 16 15

7. Mohd Azri Imran 6 6 8 14 16 9 18 16 15 16

8. Mohd Danial bin 3 4 7 13 14 9 17 17 16 16
Ahmad Mustazaf

9. Muhd Faiz Aiman 3 4 8 13 12 7 16 18 17 17

10. Muhd Hafizi bin 2 3 7 12 13 8 17 19 18 16
Rahman

11. Mohd Zubair 6 7 9 12 14 9 17 16 19 17
Syamsul

12. Muhd Lukman Hakim 7 6 10 13 13 8 16 16 17 17

13. Mohd Muqri bin 6 5 10 14 15 8 20 17 16 15
Yuzaini

8

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

14. Muhd Razin bin 3 4 7 12 13 8 20 15 15 15
Ismail

15. Muhamad Syuwairi 3 5 8 14 15 7 18 17 18 16

16. Muhd Faiz bin Yusof 6 7 9 12 14 7 19 18 17 17

17. Muhd Faizi bin Yusof 5 5 11 14 15 8 17 18 16 16

18. Shahidan bin Zamri 6 7 12 14 14 9 16 17 17 16

19. Nor Asmaniza Asyikin 10 9 13 15 15 8 20 18 17 17
binti Yazid

20. Nur Insyirah binti 10 9 12 16 16 8 20 18 18 17
Manzrul Azwan

21. Umi Natrah bt Soberi 10 9 15 15 16 7 20 19 18 17

22. Nur Syafikah binti 7 8 16 16 17 9 20 17 18 16
Saad

23. Nur Hafiza binti 9 10 14 16 16 9 19 18 18 16
Helmi

24. Rabiatul Adawiyah 9 9 12 13 14 9 19 19 16 17

25. Nur Alyaa binti Rosli 8 10 13 14 15 9 18 18 17 17

3.3 Pengurangan Masalah Salah Laku

Bil. Nama Pelajar Ponteng Kelas Merokok Tidur dalam Kelas

sebelum selepas sebelum selepas sebelum selepas

1 Mohd Zubair b Syamsul 10 3 12 2 5 -

2 Mohd Muqri b. Yuzaini 92716 -

3 Amirullah bin Zainal 4-3-3-

4 Abdul Hafiz b Abdul Halim 6 1 6 - 4 -

5 Mohd Syuwairi 12 2 7 1 4 -

6 Muhd Razin bin Ismail 9 - 613 -

7 Mohd Faiz bin Yusof 10 2 9 2 4 -

8 Shahidan bin Zamri 12 3 8 1 8 -

9 Afiq Amrin Bin Muhamad Zaidi 5 - 3 - - -

10 Muhd Lukman Hakim 4-2-2-

3.4 Impak sampingan Penanaman dan Pemprosesan Roselle
1. Kemahiran membajak dan membersihkan kawasan
2. Kemahiran menyemai anak benih
3. Kemahiran penjagaan pokok
4. Kemahiran pemprosesan dan pemasaran

3.5 Hubungan Erat dengan PIBG dan Agensi Luar
1. MARDI menyalurkan bantuan kepakaran dan peralatan
2. Jabatan Pertanian menyalurkan bantuan baja, anak benih dan sebagainya
3. PIBG memberi sumbangan dana dan tenaga kerja
4. JPN, PPD member khidmat nasihat

9

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Mempelbagaikan produk Roselle
2. Mempelbagaikan tanaman seperti sayuran
3. Melibatkan lebih ramai pelajar dalam bidang pertanian
4. Meluaskan pasaran produk Roselle ke seluruh Malaysia
Projek Sambung Hayat ini dapat melahirkan murid-murid yang berkemahiran dan
berpengetahuan dalam bidang pertanian dan keusahawanan asas tani. Program ini
juga dapat meningkatkan peratus kehadiran, mengurangkan masalah salah laku dan
seterusnya meningkatkan minat mereka ke sekolah. Secara tidak langsung program
ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan guru, pelajar dan
komuniti setempat.

5.0 RUJUKAN
M.Anem (2015). Projek Tanaman Roselle. Batu Pahat, Johor
Shahril Marzuki (2010). Kepimpinan Modal Insan di Sekolah Berkesan. PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Khairuddin Kamaruddin (2014). Tumbuhan Berkhasiat Ubatan. DBP

10

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

“PSS SUPER – 4 BINTANG”

Hajjah Normah binti Harun
Ambilan 1/2016
Guru Besar

SK Sungai Pergam, Bagan Datuk, Perak

ABSTRAK

Pembentangan ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai tahap peningkatan
pengurusan pusat sumber cemerlang di sekolah rendah khususnya Sekolah Kurang Murid
(SKM). Pengurusan PSS di sekolah seperti ini mempunyai beberapa kelebihan dan tidak kurang
dengan kekangan-kekangan yang berbeza sekali dengan sekolah aliran perdana bukan SKM.
Pembentang mengambil pendekatan yang diplomatik dalam menarik minat dan kesungguhan
warga sekolah untuk bersama-sama mengembeling tenaga, usaha dan kepakaran guru untuk
menaiktarafkan dan memulihkan pengoperasian PSS sekolah yang agak kucar-kacir dan tidak
terurus dengan baik sebelumnya. Ketiadaan teraju utama sekolah dalam tempoh yang agak
lama menjadikan tiada inisiatif diambil untuk mencapai kejayaan. PGB menyahut cabaran dari
pihak PKG Bagan Datuk untuk menyertai pertandingan Pengurusan PSS Cemerlang dalam
Kategori SKM lalu mengambil pendekatan berbincang dan membahagikan tugas menyusun
dan mengemaskini setiap bilik-bilik khas dan persekitaran sekolah di SK Sungai Pergam ini
secara menyeluruh kerana pemantauan PSS melibatkan keseluruhan pengoperasian sekolah.
Kekuatan personal di SK Sungai Pergam yang terhad seramai hanya 11 orang guru termasuk
PGB, seorang AKP, 3 pekerja syarikat pembersihan sekolah dan 4 orang pengawal keselamatan
bersama Wakil PIBG digunakan semaksima mungkin untuk bergerak. Kata semangat dan
rangsangan hati dengan slogan “SuPer The Best” dan Buat sehabis Baik dan ikhlaskan niat
hati dalam pekerjaan membawa kejayaan. PGB sekadar berpesan sekiranya kita dituruni
hujan kita pasti basah bersama. Buat ala kadar penatnya sama, buat sehabis baik hasilnya
berbeza. Memenangi Anugerah Pembestarian Sekolah untuk 2 tahun berturut-turut pada 2016
dan 2017 membuahkan senyuman dan kenangan manis bagi seluruh warga kerjanya.

Kata Kunci: Kekuatan personal, menyahut cabaran, rangsangan hati

1.0 PENGENALAN

Pembentangan ini bertujuan berkongsi pengalaman dan amalan sebagai seorang PGB
Graduan Program NPQEL dan PRIme yang menjadi kebanggaan Institut Aminuddin Baki
di seluruh negara tercinta Malaysia. Membangunkan PSS yang tidak terurus dan tidak
kemaskini menjadi cabaran utama dan isu yang saya ketengahkan selepas menerima
cabaran dari pihak Pusat Kegiatan guru (PKG) Bagan Datuk untuk dicalonkan dalam
Pengurusan PSS Cemerlang kategori Sekolah Kurang Murid (SKM).

1.1 Latar Belakang Sekolah

Pertama kali menjejaki SK Sungai Pergam, Daerah Hilir Perak guru besar terokai
melalui Google Maps untuk mencari “latitude location” sekolah ini lalu menjelma
SK Sungai Pergam di negeri Terengganu. Teruja dengan kedudukan sekolah yang
agak tersorok sehingga tiada di Google Maps, guru besar bulatkan tekad pada hari
melapor diri ke PPD Hilir Perak lalu saya diarahkan untuk terus melapor diri ke
sekolah SK Sungai Pergam (SK SUPER)

11

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

SK Sungai Pergam berdiri megah di tengah-tengah ladang Kampung Sungai Pergam
yang jaraknya 45km daripada PPD Hilir Perak di Teluk Intan. Di asaskan pada 10
Oktober 1949 oleh Almarhum Tok Sidang Sariman bin Marijo dan dikenali sebagai
Sekolah Melayu Sungai Pergam. Sekolah ini dibuka secara rasmi oleh Pegawai
Pelajaran Teluk Anson, Hj Mohd Khan bin Jamal. Perkembangan berterusan pada
tahun 1956 bangunan baru telah dibina tambah dengan kapasiti murid seramai 145
orang sehingga 1981 sekolah telah berada di bawah kepimpinan seramai 6 orang
guru besar.

Penduduk telah memohon pembinaan bangunan sekolah baharu yang kekal di atas
tanah ladang seluas 6 ekar. Bangunan siap pada 1987 dan dirasmikan oleh Timbalan
Perdana Menteri Malaysia, YAB En. Abdul Ghafar bin Baba pada 10 Oktober 1987.
Murid kini hanya seramai 39 orang dari tahun satu hingga tahun enam. 10 orang
guru termasuk guru besar, seorang AKP, 3 orang pekerja pembersihan swasta dan
4 orang pengawal keselamatan.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Isu yang membawa kepada perubahan adalah mengenai strategi pelaksanaan yang
perlu dilakukan untuk memperbetulkan keadaan yang terbiar dan tidak terurus selama
ketiadaan guru besar sejak persaraan beliau pada bulan Februari 2016. Ketiadaan teraju
utama sekolah menyebabkan keadaan kucar-kacir tanpa perhatian.

Amalan terbaik yang diterapkan kepada murid adalah adab belajar dan adab berguru.
Membaca adalah salah satu perkara penting dalam adab belajar seorang murid. Manakala
PSS adalah pusat sumber sekolah yang membekalkan buku dan ilmu pengetahuan
tanpa batasan.

Aktiviti bacaan pagi selama 10 minit dan aktiviti congak fakta asas matematik dijalankan
berterusan sebagai rutin pagi kerana murid hadir awal ke sekolah sebelum 7.20 pagi.
Rasionalnya adalah bagi mengelakkan waktu terluang sia-sia tanpa dimanfaatkan. Guru
besar sendiri memainkan peranan sebagai pengendali aktiviti congak fakta asas pada
waktu pagi.

2.1 Cabaran/Kaedah Penyelesaian

Tempoh masa pelaksanaan hanya sekitar 3 minggu sebelum pemantauan pertama
penilaian PSS Cemerlang akan dijalankan. Perkara dan tindakan drastik tidak
dapat dielakkan. Mesyuarat penyelarasan tugas terus dibuat dan ketetapan diambil
untuk mengemas kini dan menyusun atur 13 bilik khas bermula dari pagar sekolah
dibahagian hadapan sehinggalah ke tandas murid lelaki dan perempuan. Tenaga
kerja yang terhad dan ruang waktu yang mendesak membuatkan guru-guru
berkorban masa dan tenaga.

Setiap guru mengetuai pengoperasian satu bilik khas dan dianggotai oleh semua
guru lain sebagai ahli pasukan kerja dan hanya satu tarikh diperuntukkan untuk
menyiapkan semua keperluan. Amanat guru besar berupa kata-kata semangat
dalam usaha memberi rangsangan hati kepada semua guru.
1. Buat Sehabis Baik, ikhlaskan hati
2. Buat main-main akan penat, buat sungguh-sungguh pun penat, tetapi hasil

bersungguh-sungguh akan membuahkan senyuman kejayaan

12

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

3.0 IMPAK
Impak kepada kemenjadian murid dan KPI organisasi jelas terserlah pada data dan graf
seperti dibawah:

Graf Analisa Pinjaman Buku Pss bagi Jan – Nov 2016

Nota :
i. PSS ditutup pada Februari dan Mac bagi tujuan penyusunan semula buku dan perabot.
ii. Murid-murid mengikuti Tadarus Al-Quran pada waktu rehat.

13

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Adalah diharapkan dengan pembaharuan dan penambahbaikan amalan baik yang
sudah diterapkan ini diharapkan bakal menjadi amalan berterusan murid dan warga
sekolah supaya ianya nanti dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris serta menambah Bahasa ketiga dengan lebin baik bagi memenuhi
hasrat PPPM 2013-2025 pada Anjakan 2 iaitu “Memastikan setiap murid profisien dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris”.
Perhimpunan Rasmi Mingguan dilaksanakan menggunakan bahasa rasmi iaitu Bahasa
Melayu pada minggu pertama dan keempat manakala perhimpunan akan berlangsung
menggunakan bahasa Inggeris pada Minggu kedua dan Bahasa Arab akan diaplikasikan
pada perhimpunan minggu ketiga setiap bulan. Harapan ini telahpun saya uar-uarkan
kepada semua guru dan murid untuk dilaksanakan.
Pengalaman saya tidak semestinya dapat digunapakai di sekolah anda kerana setiap
sekolah mempunyai identitinya sendiri yang sama sekali berbeza antara sesama kita.
Mungkin pengalaman anda ada yang boleh guru besar gunapakai dan menjadi panduan
demikian juga mungkin pengalaman saya langsung tidak kena mengena dengan isu
yang terdapat disekolah anda. Anggapkan saja perkongsian ilmu ini pencetus idea bagi
menambahkan kreativiti anda sekalian dalam memimpin dan selebihnya semoga ianya
menjadi amal jariah dari saya.
Akhir kalam, saya memetik kata-kata berikut sebagai pedoman kita bersama:
“Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar
dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan
setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa
yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat
kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain”
-Saidina Ali bin Abi Talib
“Leadership is solving problem. The day soldiers stop bringing you their problems is
the day you stopped leading them. They have either lost confident that you can help or
concluded you do not care. Either case is failure of leadership”.
-Colin Powell

14

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

5.0 RUJUKAN
Mahmuddin. (2010). Mencipta Lingkungan Pembelajaran yang kondusif. Retrieved from
http://mahmuddin.Wordpress.co
Malaysia, K. P. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Yusof, M. Y. (2014, november). Memahami Tugas Guru Besar. Retrieved from Catatan@
Jerung: http://gbyusri.blogspot.my/2014/11/memahami-tugas-guru-besar-di malayisa.
html#


15

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

“MENJINAK HATI, MENYENTUH JIWA”

Hajah Norriha binti Haji Abd. Rahman
Ambilan 2/2014
Pengetua

SMK Tiang Chandi, Pasir Mas, Kelantan

ABSTRAK

Cabaran pendidikan dalam dunia penuh rencam masa kini adalah menghasilkan modal
insan sebagai pelapis generasi Transformasi Nasional 2050. Oleh itu, kejayaan murid bukan
sahaja diukur melalui keupayaan berfikir tetapi juga dari sudut emosi. Selaku pengetua, saya
berusaha mewujudkan persekitaran positif dan kondusif agar warga sekolah dihargai dan
seterusnya dapat mengupayakan misi kemenjadian murid. Pembudayaan Sekolah Penyayang
merupakan satu langkah strategik secara holistik yang sangat penting dalam membantu
kecemerlangan sekolah. Pembudayaan Sekolah Penyayang telah dilaksanakan dengan
menjadikan diri saya sebagai suri teladan dalam semua aspek. Penghargaan dan pujian atas
sumbangan dan kejayaan murid serta warga sekolah dijadikan amalan dalam merealisasikan
pembudayaan sekolah penyayang. Sekolah juga telah melaksanakan jaringan pintar dengan
badan kerajaan serta badan bukan kerajaan demi merangsang semangat sayangkan sekolah di
samping pelibatan PIBG dan komuniti setempat. Penghayatan nilai budaya ini dapat dijadikan
pemangkin untuk gerak kerja kolaboratif dalam kalangan warga sekolah.

Kata Kunci: Pembudayaan, Penghayatan Nilai, Kasih Sayang, Kemenjadian Murid.

1.0 PENGENALAN

Budaya Penyayang merupakan satu pendekatan yang dipilih oleh pengetua SMK
Tiang Chandi (SMKTC) dalam usaha mewujudkan suasana sekolah yang kondusif
dan eksklusif. Pembudayaan amalan sekolah penyayang ini merupakan strategi bukan
akademik yang sangat penting bagi memulihkan kecemerlangan sekolah kerana amalan
murni ini mampu mencetus rasa kekitaan dan kebersamaan dalam kalangan warga
sekolah. Warga sekolah yang berada dalam zon selesa dan juga persepsi negatif guru-
guru terhadap kemenjadian murid SMKTC menjadi cabaran kepada pengetua dalam
menjayakan misi untuk menghasilkan modal insan yang cemerlang dan kecemerlangan
SMKTC.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Pengetua dalam mengurus sekolah perlu mempunyai pengetahuan, nilai profesionalisme
dan kemahiran pengurusan dan kepimpinan. Pengetua berperanan sebagai teladan
dalam semua aspek pengurusan dan kepimpinan selain daripada menginspirasikan visi
dan misi bersama dengan seluruh warga sekolah, komuniti dan stake holders. Mortimore
(1991) menyatakan sekolah yang berkesan dan cemerlang haruslah mewujudkan
budaya Sekolah Penyayang. Saranan ini telah memberi inspirasi kepada pengetua untuk
melaksanakan program ‘Menjinak Hati, Menyentuh Jiwa’ sebagai program intervensi
untuk meningkatkan kehadiran murid, meningkatkan motivasi dan komitmen guru-guru
dan staf SMKTC. Amalan Sekolah Penyayang yang berlaku di SMKTC sama ada secara

16

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

‘self-navigator’, ‘social contractor’ dan perekayasa merupakan inisiatif yang diusahakan.
Program rutin sekolah penyayang yang dilaksanakan adalah penghargaan kepada
staf atas sumbangan mereka kepada sekolah secara konsisten. Pengetua sentiasa
mempamerkan penghargaan dengan memperbanyakkan puji-pujian dan ungkapan
menghargai antara satu sama lain kepada warga sekolah dan murid. Satu lagi kaedah
asas dalam mewujudkan budaya sekolah penyayang ialah murid diberi autonomi yang
maksimum dalam pengurusan kelas mengikut citarasa mereka selagi tidak melanggar
garis panduan dalam keselamatan, kebersihan dan keceriaan (3K). Sebagai penghargaan
kepada pengurusan kelas dan komitmen pelajar, anugerah Piala Bonda diberikan bagi
mengiktiraf kelas bersih, ceria dan selamat.

Amalan kepimpinan pengetua yang mempamerkan sifat penyayang sebagai agen
perubahan telah merangsang minda warga sekolah untuk berubah. Pengetua telah
memainkan peranan utama, turun padang dengan slogan ‘Sederap Selangkah’ melalui
suasana ilmu dan kasih sayang selain memastikan kebersamaan dengan seluruh warga
sekolah dalam hampir kesemua program yang dilaksanakan termasuklah aktiviti bilik
darjah, sukan dan Kelab, penyenggaraan fizikal dan program 3K bersama murid, guru,
anggota kumpulan pelaksana dan pekerja kontrak kawalan keselamatan. Pengetua
berusaha memupuk semangat kolaboratif di SMKTC untuk merangsang kecerdasan
emosi, perasaan dan jiwa bagi membangkitkan inspirasi yang akhirnya mampu
meningkatkan motivasi dan komitmen bagi menjayakan aspirasi murid, ibu bapa dan
komuniti setempat.

“It’s our school. The home to welcome all”, bertepatan dengan slogan yang mendepani
pintu pagar utama Sekolah, SMKTC membina Perkongsian Pintar dengan badan-badan
kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menangani cabaran yang bertali arus. Pejabat
Kesihatan Daerah Pasir Mas, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), District Transformation
Programme PPD Pasir Mas, Jabatan Kerja Raya Daerah Pasir Mas, PIBG, Institut
Pendidikan Guru Kota Bharu, Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan, Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia (APM) Pasir Mas, Skuad Senyum, Usahawan-usahawan Tempatan,
RISDA Jajahan Kelantan Utara, Pusat Pengajian Sains Kampus Perubatan USM Kubang
Kerian, Alumni SMKTC, Yayasan Pencinta, Bank Rakyat Cawangan Pasir Mas, Kolej
Kemahiran Tinggi MARA, Syarikat Muda Osman telah banyak membantu SMKTC dari
segi peruntukan dana untuk program pendidikan, kesihatan dan kebajikan, di samping
kepakaran dalam motivasi dan pengurusan bagi penjanaan semangat penyayang di
sekolah. Program-program Community Service Responsibility (CSR) seperti pengindahan
sekolah bantuan pasca banjir, motivasi kemahiran pelajar, peningkatan akademik dan
pemurniaan akhlak memberi impak besar ke arah Pembudayaan Sekolah Penyayang.
Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) cawangan Pasir Mas dan Majlis Agama Islam
Kelantan (MAIK) pula membantu menurunkan ilmu dan pengalaman tentang kepentingan
konsep sekolah penyayang dalam konteks perkembangan pelajar sebagai hamba dan
khalifah Allah. Kesemua organisasi ini dilibatkan dalam menjayakan visi dan misi sekolah.
Pengetua melihat faktor kejayaan konsep sekolah penyayang adalah natijah positif hasil
dari sumbangan mereka.

3.0 IMPAK AMALAN

Pendekatan budaya penyayang merubah amalan guru-guru dan staf sekolah SMKTC
daripada zon selesa ke arah amalan berpandukan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Budaya penyayang telah meningkatkan penguasaan kemahiran dan pengurusan diri

17

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

serta tanggunjawab warga SMKTC di samping memiliki nilai-nilai murni dan digniti ke
arah kemenjadian murid di dalam masyarakat. SMKTC kini telah berada di dalam zon
tauhidiq diri dan dini melalui persekitaran dan iklim sekolah yang kondusif serta suasana
PdPc yang menyeronokkan dan akhirnya membawa kepada peningkatan pencapaian
akademik murid. Jadual 1 dan jadual 2 menunjukkan peningkatan pencapaian Pentaksiran
Tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia dalam tempoh tiga tahun, iaitu 2014 hingga
2016.

Jadual 1: Pencapaian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2014 - 2016

TAHUN % LULUS PT3 GRED PURATA PT3 PELAJAR TERBAIK
PT3
2014
2015 13.66 3.91 7A
2016
7.32 3.91 8A

18.91 3.61 11A

Jadual 2: Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2014 - 2016

TAHUN % LULUS SPM GRED PURATA SPM PELAJAR TERBAIK
SPM
2014
2015 92.92 5.00 8A
2016
87.95 5.53 5A

80.12 5.40 7A

Program Amalan Penyayang ‘Menjinak Hati, Menyentuh Jiwa’

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pembudayaan Sekolah Penyayang di SMKTC diharapkan dapat dijelmakan untuk
memberi impak kepada pendidikan di Malaysia. Tuntasnya, melalui pembudayaan
amalan penyayang, “Menjinak Hati, Menyentuh Jiwa” akan dilestarikan melalui program-
program yang lebih terancang dan dengan melibatkan lebih ramai lagi agensi dan ibu
bapa untuk terlibat secara aktif dalam program-program sekolah. Program “Menjinak
Hati, Menyentuh Jiwa” perlu diteruskan kerana telah menunjukkan impak yang positif
dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang akademik, seimbang perkembangannya
dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani serta mempunyai disiplin diri yang tinggi,
berketerampilan, patriotik, tidak bersikap individualistik sebaliknya mempunyai semangat
kerjasama berpasukan serta mampu memain peranan dalam masyarakat seperti hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia.

18

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

5.0 RUJUKAN
Kouzes J.M, & Posner B.Z. (2017) Leadership Challenge: How to Make Extraordinary
Things Happen in Organization, 6th Edition, New York: Wiley.
Mortimore P. (1991) School effectiveness research: which way at the cross-roads?
Paper presented at the Fourth International Conference for School Effectiveness and
Improvement, Cardiff.
Senin Datuk Dr. Amin: Penggerak Pembelajaran Bermakna. TS25 Program Tranformasi
Sekolah 2025.
Institut Aminuddin Baki: Tanggungjawab Teras Pengetua/Guru Besar

19

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

INTERVENSI MENUJU PUNCAK
(LONJAKAN PRESTASI AKADEMIK)

Jijah binti Mohamad Suhai
Ambilan 2/2012
Pengetua

SMK Taman Perumahan Bedaun, W. P. Labuan

ABSTRAK

Keputusan SPM 2015 yang telah diumumkan pada 16 Mac 2016 merupakan cabaran kepada
pengetua baharu yang dilantik menerajui SMK Taman Perumahan Bedaun. Data pencapaian
sekolah mempamerkan peratus lulus SPM jatuh daripada 88.57% kepada 71.23% sementara
Gred Purata Sekolah (GPS) menurun daripada 5.70 kepada 6.63. Selain itu, sekolah juga
menjadi HOTSPOT Bahasa Inggeris. Kejatuhan keputusan SPM 2015 telah menempatkan
SMK Taman Perumahan Bedaun sebagai satu-satunya sekolah menengah yang mencapai
GPS berkepala 6. Usaha telah dilakukan segera untuk keluar daripada kejatuhan ini. Dapatan
daripada Learning Walk, Teachers’ Voice, Students’ Voice dan data daripada Peperiksaan
Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2016 telah digunakan untuk
merealisasikan intervensi yang dinamakan Program Menuju Puncak. Program ini berfokus
kepada 3 sasaran, iaitu Guru, Murid dan Ibu Bapa. Program Menuju Puncak mengandungi
Program Sentuhan Kalbu (Guru); Program Permata Hati (Murid Lemah), Program Sentuhan
Gemilang (Murid Cemerlang) dan Program Sentuhan Waris (Ibu Bapa). Impak intervensi
ialah keputusan SPM 2016 telah Berjaya meningkatkan peratus lulus dan GPS SMK Taman
Perumahan Bedaun. Selain itu, sekolah juga telah berjaya keluar daripada HOTSPOT Bahasa
Inggeris pada tahun 2016.

Kata Kunci: Intervensi, Gred Purata Sekolah (GPS)

1.0 PENGENALAN

Amalan Terbaik Intervensi Menuju Puncak telah dilaksanakan untuk mencapai tiga objektif
utama iaitu meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid dan ibu bapa mengenai
kepentingan SPM, meningkatkan kerjasama dalam kalangan guru untuk mencapai
hala tuju organisasi serta meningkatkan prestasi Peperiksaan SPM 2016. Menurut
John C. Maxwell (1947) dalam bukunya The 360o Leader, seorang pemimpin perlu
memimpin secara menyeluruh iaitu yang dimaksudkan 360 darjah ialah all directions.
Seorang pemimpin perlu mengambil kira semua aspek dalam membuat keputusan untuk
memastikan keputusan itu boleh diaplikasikan dan berjaya. Maka, Intervensi Menuju
Puncak SMK Taman Perumahan Bedaun ini telah dilaksanakan dengan berfokus kepada
tiga sasaran iaitu: pertama, guru melalui Program Sentuhan Kalbu. Kedua, murid yang
lemah melalui Program Permata Hati manakala murid yang cemerlang dan sederhana
melalui Program Sentuhan Gemilang. Ketiga, ibu bapa melalui Program Sentuhan Waris.

1.1 Latar Belakang Sekolah

SMK Taman Perumahan Bedaun terletak dalam kawasan perumahan Taman
Mutiara, Sungai Bedaun. Sekolah ini dibina pada tahun 2000. Senarai pengetua

20

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

yang meneraju SMK Taman Perumahan Bedaun dari tahun 2000 hingga kini adalah
seperti berikut:

Bil. Nama Pengetua Tahun Berkhidmat
1 En. Omar Baki bin Matusin 2000 – 2001
2 En. Yusup bin Mohamad 2001 – 2002
3 Pn. Hajah Rosni binti Wahab 2003 – 2011
4 Tn. Hj. Amar bin Che Soh 2012 – 2014
5 En. Adnan bin Aziz 2014 – 2015
6 Pn. Hajah Jijah binti Mohamad Suhai 2016 – kini

Sehingga November 2017, analisis data murid adalah seramai 489 orang yang
terdiri daripada:

Bil. Tempat Asal Jumlah Murid Peratus
1 Kg. Sungai Bedaun 306 62.58 %
2 Kg. Bebuloh 70 14.31 %
3 Kg. Kiamsam 78 15.95 %
4 Lain-lain Kampung 35 7.16 %
489 100 %
JUMLAH

SMK Taman Perumahan Bedaun adalah sekolah gred B dengan bilangan kelas 23
buah dan terdiri daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Data pencapaian sekolah mempamerkan peratus lulus SPM jatuh daripada 88.57%
kepada 71.23% sementara GPS menurun daripada 5.70 kepada 6.63. Selain itu,
sekolah juga menjadi HOTSPOT Bahasa Inggeris. Kejatuhan keputusan SPM 2015
telah menempatkan SMK Taman Perumahan Bedaun sebagai satu-satunya sekolah
menengah yang mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) berkepala 6. Dapatan daripada
Learning Walk, Teachers’ Voice, Students’ Voice dan data daripada Peperiksaan
Pertengahan Tahun serta Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2016 telah digunakan
untuk merealisasikan intervensi yang dinamakan Program Amalan Terbaik Menuju
Puncak.

Cabaran untuk mengubah sesuatu yang berada dalam zon selesa bukanlah mudah. Usaha
yang bersungguh-sungguh dengan sokongan kuat daripada pemimpin pertengahan
akhirnya dapat mempengaruhi guru-guru, murid-murid dan ibu bapa untuk bersama-
sama berusaha membantu meningkatkan pencapaian akademik murid. Dialog Prestasi
SPM bersama guru-guru mata pelajaran Tingkatan 5 diadakan untuk meningkatkan GPS
kerana pencapaian setiap panitia memberi impak kepada GPS. Kemenjadian murid
bergantung kepada guru. Hal ini kerana guru yang memberi input kepada murid sebelum
mereka menduduki Peperiksaan SPM.

Guru-guru diingatkan bahawa mereka perlu kompeten dalam mata pelajaran masing-
masing. Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) dan Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC) dilaksanakan bagi membantu memperbaiki pedagogi guru. Peratus
kelulusan SPM bergantung kepada penguasaan murid-murid dalam mata pelajaran

21

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Bahasa Melayu dan Sejarah. Dialog Prestasi Bahasa Melayu dan Sejarah diadakan
khas untuk mengenalpasti isu yang menyebabkan murid-murid tidak dapat menguasai
kedua-dua mata pelajaran itu dengan baik. Murid yang gagal teruk dalam Bahasa Melayu
dan Sejarah ditempatkan di dalam kelas khas. Sekolah melaksanakan jadual anjal
mulai Oktober 2016 dan guru-guru Bahasa Melayu dan Sejarah memberi bimbingan
intensif kepada murid-murid ini. Perjumpaan dengan ibu bapa murid-murid berkenaan
diadakan bagi mendapat kerjasama padu ibu bapa dalam membantu anak-anak mereka
menghadapi peperiksaan SPM.

3.0 IMPAK AMALAN

Program Amalan Terbaik Menuju Puncak telah berjaya meningkatkan keputusan SPM
2016. Analisis Peratus Lulus dan Gred Purata Sekolah (GPS) bagi SPM 2016 adalah
seperti berikut:

IMPAK KEPADA PENCAPAIAN PRESTASI SPM 2016

TAHUN 2013 2014 2015 2016 BEZA CATATAN
% LULUS 2015 - 2016

86.49 88.57 71.23 96.12 +24.89

GPS 5.99 5.70 6.63 5.45 +1.18

Pencapaian mata pelajaran wajib lulus iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah serta
mata pelajaran Hotspot Bahasa Inggeris juga menunjukkan peningkatan yang amat
membanggakan warga sekolah.

IMPAK KEPADA PERATUS LULUS DAN GRED PURATA MATA PELAJARAN (GPMP)
BAHASA MELAYU, SEJARAH & BAHASA INGGERIS SPM 2016

MATA TAHUN 2013 2014 2015 2016 BEZA
2015 - 2016
PELAJARAN

BAHASA % Lulus 97.30 95.71 82.19 100 +17.81
MELAYU GPMP 5.64 4.29 6.40 3.56 +2.84

Bil. A 8 8 8 36 +28

SEJARAH % Lulus 87.84 89.86 73.97 96.12 +22.15

GPMP 5.91 5.84 6.58 4.83 +1.75

Bil. A 6 8 4 16 +12

BAHASA % Lulus 66.22 75.71 46.58 80.39 +33.81
INGGERIS GPMP 7.61 6.77 7.89 6.38 +1.51

Bil. A 2 4 0 11 +11

22

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Memandangkan Program Amalan Terbaik Menuju Puncak ini telah berjaya melonjakkan
pencapaian SPM SMK Taman Perumahan Bedaun, maka ia telah diteruskan pada tahun
2017 dengan penambahbaikan. Program Permata Hati dan Program Sentuhan Gemilang
dilaksanakan dari awal tahun 2017 untuk semua murid Tingkatan 5 supaya pihak sekolah
dapat mengenal pasti murid yang belum menguasai Bahasa Melayu dan Sejarah dengan
baik. Penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah adalah amat
penting bagi menentukan semua murid memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Program Sentuhan Waris diadakan selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun dan
selepas Peperiksaan Percubaan SPM 2017. Perjumpaan dibahagikan kepada dua
kumpulan waris iaitu waris bagi murid lemah dan waris murid cemerlang dan sederhana.
Perjumpaan ini adalah untuk mendapat usaha sepakat ibu bapa dengan pihak sekolah
bagi memastikan setiap calon sekolah LULUS Bahasa Melayu dan Sejarah serta
memperoleh SPM bagi murid-murid yang lemah dan juga meningkatkan kualiti murid.

5.0 PENUTUP
Program ini telah terbukti berjaya meningkatkan prestasi SPM 2016 dan diharapkan
dengan penambahbaikan pada tahun ini akan meningkatkan prestasi sekolah dalam
SPM 2017.

6.0 RUJUKAN
John C. Maxwell. (1947). The 360o Leader: Developing your influence from anywhere in
the organization. Nashville, Tennessee: Thomas Nelson.

23

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

MEWUJUDKAN EKOSISTEM PAK21

Kamarolzaharah binti Mohd Yunus
Ambilan 2/2015
Guru Besar

SK Kangkar Pulai, Johor

ABSTRAK
SK Kangkar Pulai adalah sebuah sekolah Gred B yang terletak di luar bandar. SK Kangkar
Pulai berada di kedudukan 29 daripada 53 sekolah rendah dalam daerah Kulai berdasarkan
keputusan peperiksaan UPSR 2016. Oleh itu, usaha yang berlipat ganda perlu dilakukan bagi
meningkatkan prestasi dan kedudukan sekolah dari semasa ke semasa. Faktor kemanusiaan
merupakan faktor utama yang menghalang pihak sekolah untuk mencapai matlamat dan
hala tuju yang ditetapkan. Guru perlu lebih kreatif dan inovatif. Sehubungan itu berdasarkan
perbincangan dan sumbang saran daripada guru-guru penolong kanan dan ketua panitia,
maka tercetuslah Projek Mewujudkan Ekosistem Pendidikan Abad 21 (PK21) yang bertujuan
memupuk nilai cintakan sekolah. Projek ini telah berjaya mencapai objektif dan berpotensi
menjadi amalan di sekolah. Selain itu, projek ini secara tidak langsung dapat memotivasikan
dan memberi inspirasi kepada guru dan murid tentang perlunya kaedah pembelajaran baharu
yang lebih ringkas dan menarik. Kejayaan projek ini adalah hasil gabungan bersama para
pentadbir, guru, murid, kakitangan sokongan dan komuniti serta keberkesanan strategi yang
telah dirancang. Secara keseluruhan, Projek Mewujudkan Ekosistem PK21 dilihat berjaya
memupuk nilai kerja POWER (Profesional, Optimis, Wawasan, Efisien dan Rasional) bagi
tujuan penambahbaikan sekolah.

Kata Kunci: prestasi, perkembangan, Pendidikan Abad ke-21 (PAK21)

1.0 PENGENALAN

Pembelajaran Abad ke-21 atau ringkasnya PAK21 merupakan pendekatan yang semakin
dituntut di Malaysia. Apatah lagi dengan keperluan semasa maka perlu bergerak seiring
dengan kehendak murid yang merupakan generasi Z yang membesar dalam ruang
lingkup kecanggihan teknologi. Justeru pelaksanaan PAK21 perlu diberi perhatian serius.
Pada masa ini, PAK21 bukan lagi perkara baharu. Setiap sekolah perlu melaksanakan
PAK21 selaras dengan pendidikan masa kini yang bukan sahaja berhasrat melahirkan
warganegara yang baik malahan warganegara global yang mempunyai kemahiran,
pengetahuan dan bermotivasi untuk menangani isu-isu kemanusiaan. Semua elemen
dalam pembelajaran abad ke-21 ini terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2015.

Keberkesanan PAK21 bukan sekadar tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik
darjah serta alat seperti traffic light, ganjaran dan parking lot sahaja. Sebaliknya, PAK21
mestilah berasaskan kepada konsep 4C (Collaborative, Communication, Creativity
dan Critical Thinking). Paling penting proses pembelajaran adalah berpusatkan murid
manakala guru perlu menjadi pemudahcara kepada murid dalam semua aktiviti di kelas.

24

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

1.1 Latar Belakang Sekolah

SK Kangkar Pulai (SKKP) adalah sekolah gred B yang terletak di luar bandar di
bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Kulai. SKKP dibina atas desakan
penduduk Kampung Melayu Kangkar Pulai. Menumpang di SJKT Kangkar Pulai
di sebelah petang dengan murid 45 orang (Tahun 1 dan 3). Pada tahun 1984,
bangunan sekolah siap dibina dengan kos RM90,000 lengkap dengan 6 bilik darjah,
bilik guru dan tandas. Kini, enrolmen murid adalah 1380 dengan jumlah kelas 38
buah. Perkembangan yang pesat sehingga hari ini telah menjadikan SK Kangkar
Pulai sebagai wadah anak-anak, menimba ilmu pengetahuan, membina sahsiah
diri dan sekaligus merealisasikan cita-cita pada masa hadapan.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Matlamat projek ini adalah untuk mewujudkan Ekosistem PAK21 dalam kalangan
guru-guru dan murid-murid SK Kangkar Pulai. Objektif utama projek adalah untuk
mewujudkan persekitaran dan bilik darjah PAK21, meningkatkan kualiti Pembelajaran
dan Pemudahcaraan (pdpc) guru serta meningkatkan kehadiran murid. Projek ini
dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari hingga Disember 2017.

Pendekatan PDCA Program Tarikh
Januari
Plan Persediaan Perbincangan dengan GPK, Guru DG44 Januari - Jun
dan guru Cemerlang
Do Pelaksanaan Taklimat tentang Projek Januari - Oktober
Penubuhan Jawatankuasa Projek.
Check Penilaian November 2017
Susun atur kelas PAK21
Action Penambahbaikan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
Berterusan Lawatan Penandaarasan ke sekolah rintis
PAK21
Pembelajaran PAK21
Strategi PAK21
Sekolahku berinformasi

OPPM
Pencerapan PDPC
Semakan BRM
Mesyuarat Secara Berkala
Laporan Program

Post mortem program

2.1 Strategi Pelaksanaan

Pelaksanaan Projek Mewujudkan Ekosistem PAK21 dilakukan melalui pendekatan
PDCA (Plan-Do-Check-Action) dan PILL (Pelan Intervensi Lima Langkah). Oleh
yang demikian beberapa strategi yang dikenal pasti akan dilaksanakan mengikut
jadual yang telah ditetapkan. Berikut adalah ringkasan pendekatan dan strategi
yang dirancang.

25

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

2.2 Mengenal Pasti Punca Masalah

Kaedah penentuan dan punca masalah dilakukan secara tinjauan, sumbang
saran dan pemerhatian. Daripada tinjauan yang dilakukan, jelas sekali suasana
persekitaran di SKKP tidak merangsang pembudayaan PAK21. Fenomena ini jelas
dengan pelbagai cabaran dan halangan yang ditemui iaitu peralatan yang kurang
lengkap, kurang penekanan PAK21 dalam PdPc, kurang kepakaran dan komitmen
dan fizikal bilik darjah yang tidak kondusif. Kaedah penyelesaian masalah Rajah
Tulang Ikan atau dikenali sebagai teknik analisis sebab dan akibat digunakan oleh
pengkaji bagi mengenal pasti masalah dan program penambahbaikan. Penggunaan
kaedah ini dapat membantu dalam mengenalpasti punca dan faktor penyumbang
kepada sesuatu masalah dalam format grafik yang mudah dan jelas. Kaedah ini
sangat berkesan untuk menunjukkan hubungan antara punca masalah dan semua
faktor yang mungkin boleh dikaitkan dengan masalah tersebut.

Mesin Kaedah Manusia EKOSISTEM
BILIK
peralatan yang kurang kurang
kurang lengkap penekanan kepakaran & DARJAH
PAK2I dalam PAK21 MASIH
fungsi komitmen
PdPc RENDAH
bilik darjah
kurang bahan yang kurang
dan sumber
kondusif

Bahan Persekitaran

Rajah 1: Analisis Tulang Ikan berkaitan punca masalah Suasana Persekitaran Sekolah
tidak merangsang Pembudayaan PAK21

2.3 Cabaran/Penyelesaian

Cabaran utama pelaksanaan projek adalah mentaliti guru yang masih selesa dengan
cara pengajaran konvensional. Keadaan kelas dan infrastruktur sekolah yang tidak
kondusif juga menjadi halangan yang besar. Melalui pendekatan PILL, pengkaji
berjaya mengenal pasti masalah dan sasaran serta memahami punca masalah.
Setelah itu, pengkaji bersama jawatankuasa telah menyenaraikan intervensi untuk
menyelesaikan isu iaitu meningkatkan kualiti guru, mewujudkan Ekosistem PAK21,
mengupayakan Pemimpin Pertengahan dan memantapkan Penglibatan Ibu Bapa
dan Komuniti (PIBK). Berdasarkan undian, Projek Mewujudkan Ekosistem PAK21
dipilih kerana mudah dan menjadi keutamaan untuk dilaksanakan. Bagi memastikan
pelaksanaan projek, pelan tindakan disediakan.

26

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

3.0 IMPAK AMALAN

3.1 Keberhasilan

Sepanjang pelaksanaan Projek, beberapa aktivii telah dijalankan sebagai langkah
mencapai objektif projek. Dapatan penilaian projek ialah 38/38 buah kelas telah
disusun atur mengikut keperluan PAK21 pada bulan April manakala 70/87 guru
dilabel sebagai Guru PAK21 pada bulan Julai. Keberhasilan juga dapat dilihat melalui
pelibatan murid semasa pdpc semakin meningkat dan kehadiran murid semakin
meningkat berbanding tahun 2016. Hubs pembelajaran, sudut informasi dan laluan
bermaklumat menambahkan lagi keceriaan sekolah dan menjadi tumpuan murid.

3.2 Pengiktirafan

Sekolah telah menerima pengiktirafan melalui kunjungan 15 orang pensyarah
kanan UTM pada 17 Ogos 2017. Pensyarah tersebut telah melaksanakan Program
Terapi Minda bersama 180 orang murid tahun 6. Pada 19 September 2017, SKKP
telah dilantik sebagai Sekolah Inspirasi SKPMG2.

3.3 Potensi menjadi amalan/budaya

Pada dasarnya, Projek Mewujudkan Ekosistem PAK21 telah berjaya mencapai
objektif yang disasarkan dan berpotensi menjadi amalan. Selain itu, menerusi
projek ini juga secara tidak langsung dapat memotivasikan dan memberi inspirasi
kepada guru dan murid tentang perlunya kaedah pembelajaran baharu yang lebih
ringkas dan menarik. Kejayaan projek ini dikenal pasti adalah hasil gabungan
bersama para pentadbir, guru, murid, kakitangan sokongan dan komuniti serta
keberkesanan strategi yang telah dirancang.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

4.1 Memantapkan PIBK
Meningkatkan kerjasama antara sekolah, ibubapa dan komuniti bagi tujuan
menggalakkan penglibatan ibubapa dan komuniti secara aktif dalam pembelajaran
murid.

5.0 PENUTUP/KESIMPULAN

Secara keseluruhan, Projek Mewujudkan Ekosistem PAK21 dilihat berjaya memupuk
nilai kerja POWER (Professional, Optimis, Wawasan, Efisyen dan Rasional). Warga
pendidik mula sedar tentang kepentingan perubahan pedagogi selaras dengan generasi
Z yang dihadapi. Apabila kesedaran dapat diwujudkan, maka warga pendidik akan terus
berusaha menjadikan sekolah sumber informasi kepada murid.

6.0 RUJUKAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2013). Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia

27

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA
KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN

Kamsinah binti Kamarudin
Ambilan 2/ 2013
Guru Besar

SK Tanjung Besar, Benta, Pahang

ABSTRAK

Kepimpinan instruksional merupakan indikator bagi amalan terbaik yang mesti dipraktikkan
berdasarkan model kerangka kepimpinan instruksional oleh Phillip Hallinger dan Joseph Murphy
(1985), tiga dimensi utama kepimpinan seperti mendefinisi visi sekolah, mengurus program
instruksional dan membina iklim positif bagi menjayakan PPPM 2013-2025 iaitu sekolah
berkualiti dan kemenjadian murid. Permuafakatan strategik melalui pendekatan membina
jaringan dan jalinan dengan rakan sinergi menjadi visi utama. Guru Besar bertindak sebagai
peneraju, pembimbing, pendorong yang berimpak tinggi dengan menggerakkan warga sekolah,
panitia daerah serta komuniti untuk mencapai kecemerlangan kualiti pendidikan. Pengurusan
sumber diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi, peluang dan keperluan
organisasi untuk meningkatkan keberkesanan operasinya. Pengurusan sumber yang diurus
secara strategik dapat meningkatkan kualiti kerja, amalan professional dan kerja sepasukan.
Permuafakatan strategik menghasilkan kemesraan, memberikan pulangan optimum dan
meningkatkan kualiti pendidikan melalui pengurusan sumber manusia secara terancang dan
sistematik. Strategi menyebar luas maklumat, merancang dan melaksanakan program bagi
mewujudkan kolaborasi serta perkongsian pintar dan Profesional Learning Community antara
guru-guru Bahasa Inggeris Daerah Lipis telah menghasilkan Lipis Educational Talk 2017
bertaraf kebangsaan. Perkongsian kepakaran secara kolaboratif, partisipatif dan “ownership”
telah menjana idea yang lebih futuristik bagi menjana keberhasilan institusi pendidikan yang
gemilang .

Kata Kunci: kepimpinan instruksional, kecemerlangan organisasi, permuafakatan strategik

1.0 PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia telah mengalami sejarah evolusi yang panjang sejak bermula dari
abad ke 15 dan proses modenisasi, integrasi hinggalah terbinanya Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) adalah satu usaha yang lebih komprehensif
yang berkesinambungan, bersepadu secara kreatif dan inovatif bagi merealisasikan
keberhasilan sekolah yang berkualiti dan kemenjadian murid.

Fred M. Hechinger, Presiden New York Times melaporkan, “Sepanjang kerjaya saya
sebagai seorang wartawan, saya tidak pernah melihat sekolah yang baik dipimpin oleh
pengetua lemah pemimpin yang lemah, atau sekolah yang lemah dipimpin oleh pengetua
yang baik. Saya telah melihat sekolah-sekolah yang tidak berjaya diubah menjadi sekolah-
sekolah yang berjaya, dan kesalnya, sekolah-sekolah terkemuka merosot dengan cepat.
Bagi setiap kes, jatuh bangunnya sesebuah sekolah dengan mudah boleh dikaitkan
dengan kualiti pengetua”. Davis & Thomas (1989) melaporkan pemimpin di sekolah-
sekolah berkesan mempunyai visi yang jelas. Di samping itu, pemimpin juga mewujudkan

28

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

iklim sekolah yang menyokong pencapaian matlamat yang ditetapkan. Ringkasnya, guru
besar di sekolah berkesan mempamer kepimpinan instruksional.

Kepimpinan instruksional adalah kepimpinan yang realistik untuk dilaksanakan oleh
pemimpin sekolah. Merujuk kepada Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah
Malaysia (SKKSM) (IAB 2006), instruksional adalah cara, kaedah, strategi, aktiviti
pengajaran terlibat semasa perlaksanaan. Kepimpinan instruksional merupakan indikator
bagi amalan terbaik yang dipraktikkan berdasarkan model kerangka Phillip Hallinger
dan Joseph Murphy (1985) yang menekankan tiga dimensi utama kepimpinan seperti
mendefinisi visi sekolah, mengurus program instruksional dan membina iklim positif bagi
menjayakan PPPM 2013-2025 iaitu sekolah berkualiti dan kemenjadian murid.

SK Tanjung Besar, Benta Pahang (CBA 3013) ditubuhkan pada 10 Julai 1898, beroperasi
dibawah PPD Lipis. Sekolah Kurang Murid Gred B ini mempunyai 119 orang murid,
guru seramai 13 orang, seorang pembantu tadbir, seorang pembantu pra sekolah dan
seorang pembantu operasi, yang beroperasi 1 sesi. Majoriti keluarga berpendapatan
rendah bawah RM1500 dan bekerja kampung. Pencapaian UPSR 2016 dengan GPS
2.61 dan UPSR 2017 dengan GPS 2.43.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Perkongsian amalan terbaik berfokus kepada Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi
menelusuri kepimpinan instruksional dengan permuafakatan strategik bersama tujuh
sekolah kelompok, seterusnya menggerakkan Panitia Bahasa Inggeris Daerah hingga
berjaya melaksanakan Lipis Educational Talk bertaraf kebangsaan.

2.1 FASA 1

Sebagai pemimpin instruksional, guru besar mengkaji iklim persekitaran,
menetapkan hala yang jelas, dan dikongsikan, secara kolaboratif, kreatif dan
fleksibel dengan ahli organisasi. Perkongsian maklumat dan hala tuju yang jelas
dapat memandu organisasi untuk menyumbang idea dan tenaga secara optimum
untuk mencapai kecemerlangan. “SKTB CEMERLANG” dan “JOM JADI BAIK”
merupakan slogan inspirasi untuk menjadikan sekolah berkualiti dan kemenjadian
murid. Bagi menangani masalah disiplin murid Pembudayaan Membina Generasi
Celik Al Quran dengan membimbing murid membaca Iqra dari pra sekolah pada
hari Selasa hingga Jumaat telah dapat menyelesaikan banyak masalah.

Membangun semula sistem ICT dengan cekap telah memberi alternatif dan
peluang untuk mendedahkan semua murid kepada akses ICT. Sumbangan netbook
sebanyak 40 buah digunakan secara maksimum oleh murid secara berkala. Murid
didedahkan dengan kemahiran ICT dan membuka minda meneroka dunia luar. Kini
sekolah disokong oleh khidmat bantu Pusat Kegiatan Guru (PKG) Benta.

Guru besar mesti cekap mengurus data murid kerana ia dapat dijadikan sumber
untuk tindakan seterusnya. Keputusan dengan data driven, tools seperti rajah
tulang ikan ishikawa, spider-web dan graf pencapaian setiap individu. Pencapaian
Projek 5P (Program Pengupayaan Pemimpin Pendidikan Pahang) adalah bukti
usaha guru-guru, pemimpin pertengahan dan guru besar. Perkongsian pintar,
khidmat bantu dari SIP, Sisc+, guru-guru pakar dan Empower sangat menyokong
program ini.

29

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Jadual 1: Peratus Lulus Murid Tahun 6 bagi Setiap Mata Pelajaran UPSR

TOV BAHASA BAHASA BAHASA BAHASA MATEMATIK SAINS GPS
2016 MELAYU MELAYU INGGERIS INGGERIS 89.47 42.11 3.70
PEMAHAMAN PENULISAN PEMAHAMAN PENULISAN
UPSR
2016 100 94.74 57.89 36.84

UPSR 100 100 94.76 100 94.76 100 2.61
2017
100 100 100 87.5 100 100 2.43

Berdasarkan kepada keputusan ini sekolah telah bebas daripada Projek 5P.
Pelbagai pendekatan digunakan seperti melaksanakan pre test, post test untuk
modul-modul soalan, merekod markah setiap murid dan latihan pengukuhan topik
yang lemah. Perkembangan murid sentiasa dipantau dan ditambahbaik secara
berfokus Guru besar juga bertindak sebagai perancang, pendorong, pembimbing
yang berimpak tinggi telah meningkatkan efikasi dan motivasi guru melaksanakan
program dan pengajarannya.

2.2 FASA 2

Guru besar menggunakan permuafakatan strategik meluaskan jaringan dan jalinan
dengan rakan sinerginya. Langkah pertama, adalah mencari dana untuk tabung
PIBG. Pihak pengurusan telah menghubungi murid tua SK Tanjung Besar iaitu
Datuk Amar Segara Halim B. Hj. Ibrahim (Orang Kaya Berlapan Negeri Pahang).
Beliau telah bersetuju untuk menyokong Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik
dengan suntikan dana RM5000 untuk PIBG dan menaja kenduri sekampung. Guru
besar menyambut baik cadangan ini dan menghubungi dengan 4 ketua JKK dan
banyak lagi pertubuhan setempat. Ini merupakan titik mula sekolah membuka
program dan dirai bersama komuniti. Respon sangat memberangsangkan dari
komuniti memberi impak secara langsung dan masalah ponteng berkurangan di
mana sekolah mencapai kehadiran daripada 92% kepada 95% (2016), Dengan dana
tersebut, sekolah telah mengadakan program motivasi murid serta mempelawa 6
sekolah dalam daerah Benta untuk turut serta Pendedahan setiap mata pelajaran
oleh penceramah luar, dan kos ditanggung secara muafakat, mendapat sokongan
semua guru besar. Murid berjaya didedahkan dengan pelbagai teknik menjawab
dari penceramah jemputan. Di samping itu banyak program telah dikongsi bersama
seperti Program Motivasi Kecemerlangan, Teknik Menjawab UPSR, Writing
Workshop with Mommy Deeba, Tackling 013,014 with Mr. Ohira, Program Bijak
Matematik dan lain-lain Akhirnya, ADUN Benta telah menyalurkan sumbangan
sebanyak RM10000 dan menyokong program pendidikan kelompok DUN Benta.

2.3 FASA 3

Perlantikan sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Daerah Lipis
memberikan mandat kepada kepimpinan guru besar. Transformasi Bahasa Inggeris,
Daerah Lipis melibatkan 45 buah sekolah dengan perkongsian ilmu dengan pakar
Bahasa Inggeris yang berpengalaman seperti Mommy Deeba, En. Suhaidi Ohira
dan whatsapp “Lipis Primary ELTs” memberi peluang kepada guru Bahasa Inggeris
bertindak secara pantas dalam usaha peningkatan standard bahasa Inggeris
Daerah Lipis. Perjumpaan 10 minggu untuk kompilasi soalan tahun-tahun lepas

30

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

telah meningkatan ilmu kemahiran pedagogi, cara penilaian berkesanan program
serta mengambil tindakan susulan dengan berfokus kepada pembelajaran,
secara menyeluruh dan berterusan Peningkatkan kualiti kerja, amalan profesional
dan semangat kerja sepasukan turut dapat dipertingkatkan. Guru-guru Bahasa
Inggeris lebih berkeyakinan, berpengetahuan pengkaedahan dalam pdpc dan
“peer networking” yang luas. Mereka juga mempunyai kumpulan PLC (Profesional
Learning Community) semasa pengumpulan modul ECLAT. Hubungan antara guru-
guru Bahasa Inggeris menjadi sangat akrab dan berani memikul tangguangjawab
menganjurkan Lipis Educational Talk.

Kepimpinan instruksional ini lebih terserlah dengan strategi menyebar luas
maklumat, kolaborasi dan perkongsian pintar (smart partnership) dapat mencungkil
pemuafakatan dan mengembelengkan potensi kepimpinan guru-guru Bahasa
Inggeris Daerah Lipis. Kerjasama, komitmen padu dapat diterjemahkan dalam Lipis
Educational Talk (LED) yang telah dianjurkan pada 27 April 2017 di IPG Kampus
Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Program ini dianjurkan untuk julung
kali dengan slogan “Embracing English”. Ucap utama dibuat oleh Prof. Dr Zuraida
Bt Mat Dom, Ketua Penggubal Dasar Kurikulum Bahasa Inggeris Kebangsaan.
Speakers program adalah Samuel Isaiah (guru SK Runchang, Rompin), Sumayyah
(guru pedalaman Gua Musang), Allysha Hui (Murid MRSM Ghazali Shafie), Nancy
Mangle (English Teaching Assistance di SMK Orang Kaji Haji) dan Natasha Hudson
(artis). Kesemua jemputan telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka
dalam pengajaran Bahasa Inggeris yang lebih berkesan. Peserta LED ini terdiri
daripada guru-guru Bahasa Inggeris, guru besar-guru besar, pegawai dan guru
dari Kelantan, Terengganu, Selangor dan 10 Daerah di Pahang. Penyertaan dari
pelbagai negeri telah menjadikan program ini bertaraf kebangsaan. Program ini
dirasmikan oleh Ketua Sektor Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang iaitu
Pn. Asiah binti Hamzah.

3.0 IMPAK AMALAN

Setelah berjaya menganjurkan Lipis Educational Talk, guru besar telah membuka ruang
permuafakatan yang lebih luas dan pelbagai. Selain mendapat input terbaru bagi dasar
pendidikan Bahasa Inggeris, guru-guru lebih faham mengenai dasar dan kurikulum yang
perlu dilaksanakan. Kemahiran pedagogi diasah dan perkongsian penceramah telah
memberi inspirasi dan motivasi kepada guru-guru bahasa Inggeris. Mereka melihat asas
pendidikan adalah penting untuk mengangkat maruah murid (human dignity), potensi
setiap murid berbeza dan setiap murid boleh dididik dengan pelbagai pendekatan dan
strategi dari perspektif yang berbeza. Perkongsian yang bermakna ini telah mematangkan
profesionalisme guru-guru Bahasa Inggeris Daerah Lipis. Perubahan minda yang besar
menjadikan guru-guru Bahasa Inggeris lebih yakin, merasa disokong dan sentiasa dapat
bantuan SISC+ dan FasiLinus jika memerlukannya. Program ini telah membuka lebaran
baru dan menjenama PPD Lipis-penjenamaan semula.

Penjalinan permuafakatan dengan pakar pendidkan dari pelbagai bidang bagi
menyokong kepimpinan instruksional, sekolah berkualiti dan keberhasilan murid
bagi institusi pendidikan. Mereka bersedia untuk membantu dari segi kepakaran dan
khidmat nasihat secara sukarela untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Daerah Lipis.
Perkongsian yang didapati dari Perkongsian Amalan Terbaik Guru Besar dan guru-
guru yang dibimbing anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson, Labuan

31

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

International Conference dan Transformasi Pendidikan & Kepimpinan Pendidikan telah
menjadi jambatan untuk guru besar menggerakkan Daerah Lipis, melebarkan jaringan
dan jalinan bagi kecemerlangan dan keberhasilan yang berimpak tinggi kepada institusi
pendidikan secara “cascading flow”nya akan menjana keberhasilan kualiti pendidikan
dengan menganjurkan Program Inovasi Pendidikan Abad ke 21 pada masa depan.
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Rajah 2: Adaptasi Model Guskey(2002)

Merujuk kepada Rajah 2: adaptasi Model Guskey (2002) Pendekatan dimensi dua
hala memberi impak kepada pembangunan profesional guru melalui perubahan
amalan terbaik guru dalam bilik darjah akan menjurus kepada kemenjadian murid yang
menjadikan institusi pendidikan semakin berkualiti. Perkongsian kepakaran secara
kolaboratif, partisipatif dan “ownership” telah menjana idea yang lebih futuristik bagi
menjana keberhasilan institusi pendidikan yang gemilang. Permuafakatan strategik
telah menyokong kepimpinan instruksional dalam menjana kecemerlangan institusi
pendidikan.
5.0 RUJUKAN
Hallinger, P. & Murphy,J.(1986). Instructional leadership in effective schools.ERIC. 1-14.
Institut Aminudin Baki (2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM(2017). Prosedur Perlaksanaan Dan Dokumen

Edaran PPS, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2.
Mintzberg, H(1998). The rise and fall of strategic planning: Reconceiving roles for

planning, plan, planners. Toronto: Free Press
Murphy, J(1990). Principal instructional leadership: Changing perspective on the school.

Advances in Educational Administration. 1, 163-200

32

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Lilis Ariani binti Abdul Manan
Ambilan 1/2016
Guru Besar

SK Temalir, Kuala Krai, Kelantan

ABSTRAK

Proses pembelajaran tidak terhad di dalam sekolah, malah turut berlaku di luar sekolah, termasuk
di rumah dan di dalam komuniti. Bersesuaian dengan anjakan kepada ‘pembelajaran berasaskan
sistem”, iaitu pelibatan ibu bapa, komuniti, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan dalam
membantu pihak sekolah dan murid termasuk aspek fizikal dan akademik. Kesepakatan
pihak sekolah bersama-sama ibu bapa, ahli jawatankuasa PIBG/PIBK dan sektor swasta
sebagai rakan merupakan berkat yang membolehkan pihak sekolah mempunyai rakan yang
mampu memberi sumbangan kepakaran untuk kemajuan sekolah. Peranan PIBG/PIBK juga
diperkembangkan terhadap usaha pengumpulan dana untuk meningkatkan keberhasilan murid.
Kerjasama PIBG/PIBK dan kepimpinan sekolah diadakan untuk menyediakan penyelesaian
terhadap isu yang dikenalpasti. Fizikal sekolah yang kurang kondusif memerlukan dana bagi
usaha menaiktaraf dapat meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke sekolah. Masalah
murid yang tidak dapat mengikuti program-program akademik kerana masalah sosio ekonomi
di bantu oleh penjanaan dana PIBG/PIBK. Kesepakatan seluruh ahli PIBG/PIBK dan warga
SK Temalir berjaya menjana pendapatan sendiri dengan mengusahakan penanaman kelapa
sawit, penternakan madu kelulut dan pemeliharaan kambing. Segala ikhtiar yang dilakukan
bersama atas konsep gotong royong dengan moto “SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”. Budaya
gotong royong ini telah menebal di dalam diri setiap ahli PIBG/PIBK dan ia telah memberi
banyak manfaat kepada pihak sekolah amnya dan murid-murid khasnya .

Kata Kunci: Pengurusan dan kepimpinan organisasi, pengurusan persekitaran dan kemudahan
fizikal, pengurusan dan pembangunan sumber manusia dan pengurusan hubungan luar.

1.0 PENGENALAN

Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
merupakan persatuan utama dalam sesebuah sekolah yang berfungsi untuk menjalankan
aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan yang dinyatakan di perenggan 3,
seperti:-
1. Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan

murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah.
2. Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan

keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka.
3. Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan

maklumat mengenai pendidikan.
4. Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara

satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak
mereka pada amnya; dan
5. Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah
kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan
kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

33

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

1.1 Latar Belakang Sekolah

SK Temalir (DBA7398) terletak 22 kilometer daripada bandar Kuala Krai, merupakan
satu daripada 41 buah sekolah kebangsaan di bawah Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) Kuala Krai. Ditubuhkan secara rasmi pada 6 September 1964. Selepas 53
tahun, sekolah ini kini mempunyai 269 murid kelas Perdana, 50 murid pra sekolah,
31 guru dan 8 anggota khidmat pelaksana. Murid-murid SK Temalir terdiri daripada
anak-anak peneroka Rancangan Penerokaan Tanah (RPT) Kampung Temalir.
Lapan puluh peratus ibu bapa penjaga merupakan penoreh getah dan melakukan
kerja-kerja kampung secara sendiri sebagai sumber pendapatan.

1.2 Fungsi Persatuan

1. Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan
murid;

2. Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah meningkatkan
kemudahan di sekolah;

3. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan
antara sekolah dengan masyarakat setempat;

4. Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana
yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan

Maklumat awal sebelum melangkahkan kaki secara rasmi di SK Temalir, Kuala Krai,
Kelantan, mendapati permuafakatan PIBG SK Temalir sangat kuat sehingga mampu
mengusahakan projek yang memberikan keuntungan kepada tabung PIBG, kemudiannya
disumbangkan kepada sekolah dan murid-murid melalui penyelenggaraan dan
penambahbaikan infrastruktur sekolah selain sumbangan tenaga dan kepakaran bidang
masing-masing. Menyedari kekuatan ini, sebagai guru besar baharu, kesepakatan setiap
ahli serta semua guru diperkasakan lagi melalui permuafakatan. Permuafakatan ini
dizahirkan dengan melaksanakan projek yang menggunakan sumber terbiar, membaik
pulih dan menambah baik infrastruktur sekolah serta menampung kewangan program-
program kecemerlangan akademik murid.

Projek penanaman kelapa sawit seluas 3 ekar oleh Encik Rokman bin Ismail, mantan
guru besar, pada tahun 2014 telah menjana pendapatan sekolah. Bermula dengan 120
batang pokok kelapa sawit, jumlahnya kini telah bertambah kepada 240 batang pokok.
Hasil pertama ini telah dituai pada awal tahun 2017. Bermula dari menanam, membaja,
merumput, menuai dan menjual hasil, semuanya dilakukan secara bergotong-royong
oleh ahli-ahli PIBG SK Temalir. Selain itu juga SK Temalir mendapat bantuan kewangan
daripada Ketua Wanita dan Ahli Parlimen Kuala Krai. Satu lagi projek penjanaan
pendapatan yang diusahakan ialah penternakan lebah madu Kelulut yang dimulakan
oleh mantan guru besar pada tahun 2015. Bermula daripada 3 koloni lebah Kelulut, kini
sudah memiliki 24 koloni yang menyumbangkan purata pendapatan RM4000 setahun.
Bagi menambah pendapatan, PIBG SK Temalir bekerjasama dengan Kelab Trigona IPG
Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu di mana dalam lawatan tersebut ahli-ahli PIBG
telah didedahkan dengan ilmu penternakan lebah madu Kelulut yang lebih berkesan,
produktif dan pembuatan produk hasil madu Kelulut iaitu sabun muka dan badan. Oleh
kerana ladang kelapa sawit perlu dibersihkan selalu, sebagai pengurus, guru besar
mencadangkan supaya PIBG menternak kambing di ladang bagi mengurangkan kos
kerja membersih dan merumput ladang tersebut. Hasil dari kesepakatan setiap ahli,
dengan modal hanya RM200, pagar dan kandang kambing telah dapat dibina di dalam
ladang kelapa sawit dalam tempoh yang singkat.

34

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Setiap ahli PIBG juga memiliki pelbagai kemahiran seperti tukang kayu, tukang paip, tukang
elektrik, tukang masak, menternak dan bertani yang memudahkan lagi setiap usaha yang
dilakukan. Kekuatan utama ialah Pengerusi PIBG itu sendiri, beliau merupakan Imam
Muda masjid RPT Kampong Temalir, seorang yang dihormati dan disegani, berkebolehan
memimpin ahli-ahli PIBG untuk turut serta dalam setiap projek yang dijalankan. Sifat
kebertanggungjawaban setiap ahli juga tidak dinafikan, dan motto persatuan ‘sepakat
membawa berkat’ sememangnya bertepatan. Kelebihan ini dapat membantu pihak
sekolah dalam dua aspek iaitu membantu dalam usaha penyelenggaraan, baik pulih
dan tambah baik struktur fizikal sekolah demi keselesaan murid dan membantu dari segi
kewangan bagi menampung program-program akademik yang dijalankan oleh pihak
sekolah.

2.0 INOVASI YANG DILAKSANAKAN

Tugas dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin sekolah semakin mencabar
kerana perkembangan pesat yang berlaku dalam sistem pendidikan. Oleh itu, guru
besar bukan sahaja perlu pengetahuan profesional tetapi juga perlu memahami pelbagai
kehendak pihak berkepentingan. Peranan ini bertambah dan berubah mengikut masa,
menjadikannya bertambah kompleks dan rencam. Oleh itu, pemimpin pendidikan
seharusnya didasari oleh satu standard kompetensi yang relevan dengan kehendak
kerja mereka iaitu Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM).
Berdasarkan SKKSM, pengetua atau guru besar dapat menghayati dan menguasai
standard kompetensi kepimpinan apabila mereka mempunyai pengetahuan, memiliki
nilai profesional dan melakukan amalan terbaik dalam sembilan bidang yang dinyatakan.
Amalan terbaik yang ingin dikongsikan di sini melibatkan empat bidang standard
kompetensi iaitu Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi, Pengurusan Persekitaran dan
Kemudahan Fizikal, Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan
Hubungan Luar.

PIBG SK Temalir telah memulakan usaha penjanaan pendapatan melalui projek
penanaman kelapa sawit, penternakan lebah madu kelulut dan penternakan kambing.
Projek-projek ini merupakan penyelesaian dan pilihan kepada isu yang sering dihadapi
pihak sekolah iaitu struktur fizikal sekolah yang memerlukan penyelenggaraan, baik pulih
dan tambah baik. Daya usaha mantan guru besar bersama pemuafakatan PIBG dan
semua warga sekolah telah berani mengambil risiko menukar semak samun kepada
ladang kelapa sawit yang membuahkan hasil di awal tahun 2014. Projek ini melibatkan
kos sebenar yang agak besar, tetapi dapat diatasi dengan sumbangan daripada pihak-
pihak tertentu. Proses penjagaan juga sebenarnya melibatkan kos yang besar dan kerja-
kerja yang rencam, tetapi semua permasalahan ini berjaya diatasi hasil kesepakatan dan
muafakat pengurus, warga sekolah dan ahli PIBG.

Awal tahun 2015 pula, mantan guru besar seterusnya mengambil daya usaha menukar
asrama lama sekolah yang terbiar sebagai tempat ternak lebah madu Kelulut. Satu lagi
pembaziran sumber telah dimanfaatkan untuk projek yang mendatangkan pendapatan
kepada tabung PIBG. Membaik pulih bangunan jika bukan dilakukan secara gotong
royong oleh warga PIBG sekolah akan melibatkan kos yang besar. Tetapi, budaya
gotong-royong dan hasil permuafakatan telah berjaya menjimatkan banyak kos. Ahli juga
dibawa oleh pengurusan sekolah ke sesi percambahan ilmu inovasi penghasilan produk
hasil madu iaitu sabun, berkolaborasi dengan Kelab Trigona IPG Kampus Sultan Mizan.

35

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Menyedari kerja-kerja pembersihan ladang agak cerewet dan perlu dilakukan secara
kerap, pengurusan sekolah mencadangkan supaya PIBG memelihara kambing dan
dilepaskan di dalam ladang bagi tujuan mengurangkan kerja-kerja pembersihan ladang.
Melalui konsep pajak. Kambing-kambing yang disumbangkan oleh individu-individu
dilihat dapat mendatangkan hasil tambahan kepada tabung PIBG. Hasil daripada projek-
projek penjanaan pendapatan ini, isu pembaziran sumber dapat diatasi.

3.0 IMPAK AMALAN

Pihak sekolah telah menerima manfaat dan berkat hasil daripada keseluruhan projek
penjanaan pendapatan dan kesepakatan ahli-ahli PIBG atau PIBK ini. Guru besar
sebagai pengurus organisasi mendapat kerjasama daripada PIBG atau PIBK, dapat
menyelenggara dan mengurus dengan baik sumber-sumber fizikal yang ada di sekolah
selain mengurangkan dan seterusnya sifar pembaziran sumber. Sebelum 2014 sekolah
dikenal pasti memiliki sumber-sumber fizikal yang terbiar dan tidak dimanfaatkan,
antaranya tanah seluas 3 ekar, dua blok asrama lama, satu blok kelas pra sekolah lama,
satu bilik darjah (dijadikan stor perabot rosak atau lama) dan laman antara blok.

Hasil permuafakatan dan budaya gotong-royong ahli-ahli PIBG dan warga sekolah,
pembaziran sumber ini dapat dikurangkan. Tanah yang terbiar telah mengeluarkan hasil
yang boleh dituai dan dua blok asrama lama telah dijadikan tempat menternak lebah
madu Kelulut dan satu lagi sebagai kelas pra sekolah yang baharu. Bilik darjah lama yang
dahulunya sekadar dijadikan stor, kini berubah fungsi sebagai bilik kesenian dan laman
antara blok yang dahulunya sekadar laman telah berubah fungsi sebagai dataran gosok
gigi untuk murid SK Temalir. Hasil gotong-royong ahli PIBG dan warga sekolah telah
berjaya mengurangkan pembaziran sumber sebaliknya memberi manfaat yang besar
kepada seluruh warga sekolah, murid-murid khususnya dengan kos yang sangat minima.
Malah, sumbangan dana kepada program-program peningkatan akademik sekolah telah
berjaya meningkatkan penglibatan murid-murid dan membantu peningkatan pencapaian
dalam latihan kecemerlangan.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Peranan PIBG sebagai rakan kongsi sekolah akan menjadi lebih mantap sekiranya
penglibatan komuniti diperluaskan berserta penglibatan organisasi-organisasi lain
daripada jabatan kerajaan mahupun swasta. Dengan kemahiran dalam bidang yang
berbeza oleh ahli-ahli PIBG dapat menyumbang kepada lebih banyak buah fikiran kepada
pencapaian sekolah dalam aspek pengurusan fizikal sekolah dan kemenjadian murid.

5.0 RUMUSAN

Dapat dirumuskan bahawa asas yang dibina oleh mantan-mantan guru besar terdahulu
telah diteruskan dan diberikan penambahbaikan memandangkan ianya memberi
manfaat kepada sekolah dan murid-murid. Kelebihan yang ada pada ahli PIBG dari segi
kemahiran dan permuafakatan dan amalan budaya gotong-royong terus dimanfaatkan
dengan projek baharu penjanaan pendapatan iaitu menternak kambing yang secara
tidak langsung mengurangkan kos penyelenggaraan ladang kelapa sawit. Penjanaan
pendapatan ini telah berjaya membantu pihak sekolah dalam penyelenggaraan fizikal

36

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

sekolah dan penglibatan murid-murid dalam program-program peningkatan akademik,
sahsiah dan ko-akademik.

Jadual 1: Sumber terbiar yang dimanfaatkan oleh sekolah (6 sumber dikenal pasti).

Bil Sumber 2014 2015 2016 2017
1. Tanah 3 ekar Kelapa Sawit Kelapa Sawit Kelapa Sawit Kelapa Sawit
2. Blok asrama lama 1 Ternak Kelulut Ternak Kelulut
3. Blok asrama lama 2 - Ternak Kelulut Ternak Kelulut Ternak Kelulut
-
4. Laman antara blok - - Kelas Pra
dewan dan kantin - Baharu
- -
5. Bilik stor - - - Dataran Jom
6. Blok kelas Pra lama - 3 3 Gosok Gigi
1
Jumlah Sumber Bilik Kesenian

-

5

6.0 RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Sekolah, Edisi Ke 3, Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Ismail Mustafa (2008). Kepimpinan Pendidikan-Teori dan Amalan. Jitra: Pure Honey
Enterprise.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Kementerian Pendidikan
Malaysia Ramlan Zainal Abidin, Ahmad Esa, Wan Mohd. Rashid Wan Ahmad. (2008).
Pendidikan sepanjang hayat: Isu, cabaran dan peranan sekolah membangun modal
insan dalam komuniti setempat. Kertas yang dibentang dalam Seminar Kebangsaan
Pengurusan Pendidikan PKPPGB, UTHM pada 16 Oktober, 2008.

37

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

SEGALA-GALANYA BERMULA DARI SINI

Mariam binti Rahamat
Ambilan 1/2013
Pengetua

SMK Bandar Baru Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Selangor

ABSTRAK

Perancangan strategik merupakan asas untuk memulakan gerak kerja yang bermatlamat
bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Pembinaan dan pendokumentasiannya memerlukan
pemahaman yang mantap dari semua pihak. Namun didapati dokumen perancangan
strategik sekolah yang dihasilkan tidak lengkap kerana mereka tidak mengetahui secara
mendalam cara pembinaan yang betul. Justeru langkah awal diambil untuk memastikan
pihak pengurusan, guru dan staf sokongan mengetahui secara terperinci untuk menghasilkan
perancangan strategik yang berkualiti dan difahami serta berupaya menggerakkan seluruh
warga sekolah untuk bersama-sama mencapai hala tuju yang ditetapkan demi membentuk
budaya kerja yang positif demi untuk mencapai kecemerlangan. Pembinaan Perancangan
Strategik ini dilaksanakan bersama-sama dengan pentadbir, guru dan staf sokongan.
Pelaksanaan amalan terbaik ini melibatkan empat aktiviti iaitu menganalisis data SKPM,
memberi pemahaman konsep dan membina perancangan strategik, memberi motivasi dan
galakan serta melaksanakan pemantauan berterusan. Laporan ini memaparkan keupayaan
pengetua menggunakan SKPM untuk membuat analisis jurang bagi mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan sekolah dalam bidang-bidang tertentu seterusnya membina perancangan
strategik. Cabaran dalam pembinaan perancangan strategik ini ialah kurangnya pemahaman
warga sekolah, kurang motivasi kerja dan lemahnya kerjasama antara mereka. Impak selepas
pembinaan perancangan strategik ialah warga sekolah mewujudkan budaya kerja yang baik
dan berfikiran positif, bekerjasama secara sistematik dan terancang, merangsang potensi dan
prestasi modal insan pemimpin yang dapat memacu perubahan, membangunkan perkongsian
ke arah kecemerlangan sekolah.

Kata Kunci: perancangan strategik, SKPM, hala tuju

1.0 PENGENALAN

Perancangan strategik merupakan titik permulaan dalam pengurusan pentadbiran
yang cemerlang. Bertitik tolak dari itu, selaku pengetua fokus utama saya adalah untuk
memastikan semua guru mengetahui cara terperinci untuk menghasilkan perancangan
strategik yang berkualiti, difahami dan bergerak menuju hala tuju yang ditetapkan untuk
mencapai kecemerlangan.

Sebagai pengetua baharu di SMK Bandar Baru Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang,
perancangan strategik merupakan dokumen awal yang dijadikan rujukan untuk
memulakan pengurusan pentadbiran sekolah. Kekuatan dan kelemahan sekolah juga
tidak diketahui. Malah dokumen perancangan strategik sekolah juga tidak lengkap untuk
dijadikan panduan. Pentadbir dan guru-guru juga tidak tahu secara mendalam cara
membina perancangan strategik. Oleh itu pengetua pun merancang untuk merungkai
masalah tersebut menerusi pembinaan dan pelaksanaan perancangan strategik yang
betul agar kecemerlangan sekolah tercapai.

38

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Segala-galanya bermula dari pemahaman pembinaan perancangan strategik dan strategi
pelaksanaannya. Rasional pembinaan pelan strategik ini ialah untuk mewujudkan kerja
yang bermatlamat dengan hala tuju dan pelaksanaan yang strategik. Di samping itu
untuk mewujudkan budaya kerja yang positif dengan penerapan nilai-nilai yang positif.
Akhirnya dapat merancang dan merangsang potensi dan prestasi modal insan. Tempoh
pelaksanaannya bermula dari 10 Jun 2016 hingga 5 November 2016.

2.1 Strategi Pelaksanaan: Menganalisis data SKPM

Antara langkah awal yang diambil adalah memberi kefahaman kepada guru
berkaitan keperluan SKPM. Oleh itu pengetua bersama-sama beberapa orang
guru menganalisis data SKPM untuk melihat kekuatan dan kelemahan sekolah
di samping mengenalpasti bidang yang perlu diberi perhatian untuk membina
perancangan strategik pada tahun berikutnya. Pentadbir pula diajar membuat
analisis jurang dan hasil analisis tersebut dibentangkan kepada semua guru. Guru
dimaklumkan perbezaan jurang yang besar perlu diberi keutamaan dalam aspek
merancang. Contohnya berdasarkan analisis jurang yang dibuat oleh pentadbir,
Standard 4 Pengajaran dan Pembelajaran terdapat jurang yang paling tinggi diikuti
oleh Standard 2 Pengurusan Organisasi dan Standard 3 Pengurusan Kurikulum,
Kokurikulum serta Hal Ehwal Murid. Oleh itu Standard 4 perlu diberi perhatian dan
keutamaan semasa membuat perancangan strategik.

Rajah 1: Perbezaan jurang paling besar dalam SKPM

2.2 Pemahaman dan Pembinaan Perancangan Strategik

Untuk memahami analisis SWOT dan perancangan strategik, beberapa siri taklimat
dan bengkel diadakan malah kelas tambahan bagi individu yang ingin mengetahui
secara terperinci dijalankan samada selepas waktu persekolahan atau hujung
minggu. Tiga orang guru pula dilatih menjadi fasilitator untuk memudahkan guru
mendapatkan tunjuk ajar. Penjanaan strategi juga diajar agar guru benar-benar
faham keutamaan strategi yang perlu disusun. Setiap istilah yang diguna pakai
dalam setiap jadual perancangan strategik dijelaskan dan langkah demi langkah
menyiapkannya akan dipastikan guru-guru faham. Langkah ini diambil agar kerja
yang dibuat berpaksikan matlamat dan bergerak ke hala tuju yang dibina secara
terancang. Setelah lengkap, semua bahan didokumentasikan agar mudah menjadi
rujukan dan satu salinan induk ditempatkan di bilik pengetua.

39


Click to View FlipBook Version