The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roszelan, 2018-08-01 22:06:25

kolokium NPQEL 2017

bahan penulisan

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

“MOH NOLONG SEKOLAH” (MNoS) SEGANDING BERSAMA

Noor Asmah binti Hashim
Ambilan 1/2016
Guru Besar

SK Cikgu Mior Shaharuddin, Bota, Perak

ABSTRAK

Program MNoS Seganding Bersama bertujuan meningkatkan kehadiran murid ke sekolah,
meningkatkan gred purata mata pelajaran (GPMP) Bahasa Inggeris dan prestasi kokurikulum
bagi tahun 2017. Menggunakan pendekatan psikologi berbanding hukuman disiplin untuk
menarik minat murid hadir ke sekolah. Berdasarkan teori Maslow motivasi manusia akan
meningkat jika dihargai, diberi pengiktirafan dan kasih sayang. Program Seganding Bersama
yang dijalankan melalui aktiviti Wall of Words (WOW), Shining Star, Small Is Power, Teaching
School, Mengingatimu, Ikon Sukan dan VLE Frog membuat murid rasa dihargai dan disayangi
kerana menggunakan pendekatan dari hati ke hati. Impak program ini dapat meningkatkan
GPMP Bahasa Inggeris minimum 0.05 dan meningkatkan purata 95% kehadiran murid.
Program ini juga memberi impak yang baik dalam bidang Kokurikulum dengan 10% penyertaan
murid di peringkat negeri, dan 90% kehadiran murid di dalam aktiviti kokurikulum.

Kata Kunci: MNos, Seganding, GPMP

1.0 PENGENALAN

SK Cikgu Mior Shaharuddin (SKCMS) ini mula ditubuhkan pada 15 Ogos 1948 dan
dikenali dengan nama SK Padang Tenggala. Perubahan nama telah dipersetujui oleh
PIBK SK Padang Tenggala pada 27 Mac 2009. Dikenali dengan nama SKCMS pada
10 Mac 2010 dan dirasmikan oleh Datuk Asariah binti Mior Shaharuddin. Sekolah ini
dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) dan terletak di luar bandar.

MNoS merupakan singkatan bagi “Moh Nolong Sekolah”, satu program yang dilancarkan
oleh Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah pada tahun 2016. Objektif program MNoS
ialah:
1. semua masyarakat bertanggungjawab terhadap pendidikan dalam komuniti setempat;
2. komuniti memahami konsep ambil peduli tentang bertanggungjawab dalam

Pendidikan;
3. komuniti tahu perubahan yang berlaku dalam merealisasikan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM);
4. peratus kehadiran murid meningkat di sekolah; dan
5. menggunakan pendekatan baru untuk mendekatkan diri dengan masyarakat.

Sebagai sebuah sekolah yang berada dalam kawasan luar bandar, SKCMS merealisasikan
MNoS ini dengan merancang beberapa program bersama masyarakat setempat dan
beberapa agensi seperti syarikat MARDEC Berhad, Institut Pendidikan Guru Ipoh, NGO,
Alumni Institut Kemahiran Mara dan Balai Polis Bota.

Matlamatnya ialah menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat dan agensi
luar dalam perkembangan sekolah sekaligus dapat membangunkan sahsiah murid

90

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan, dan
berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap
maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.

Objektif Program MN0S merangkumi aspek akademik, HEM dan kokurikulum. Objektif
akademik adalah untuk meningkatkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Bahasa
Inggeris sebanyak minimum 0.05. Objektif HEM adalah untuk meningkatkan purata 95%
kehadiran murid diantara Julai hingga September 2017 dan untuk kokurikulum pula
menyasarkan 10% penyertaan murid di peringkat negeri.

Keperluan semasa adalah mensasarkan kehadiran murid ke sekolah pada tahun ini
daripada tahap yang memuaskan kepada tahap cemerlang melalui program ‘Seganding
Bersama’.

Pihak sekolah yakin yang Program ‘Seganding Bersama’ ini adalah amat praktikal dan
boleh dijalankan oleh mana-mana sekolah walaupun sekolah di pedalaman atau pun di
bandar besar.

2.0 INOVASI

Program ‘Seganding Bersama’ ini memberikan pihak sekolah melaksanakan strategi
penyelesaian masalah bagi meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah melalui
pendekatan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Program ‘Seganding Bersama’ ini mudah
dilaksanakan oleh seluruh pihak sekolah kerana melibatkan hubungan kerjasama
yang boleh dijalinkan hanya melalui komunikasi yang baik. Pelaksanaan program ini
juga dapat merealisasikan objektif keseluruhan MNos yang ingin menitikberatkan isu
tanggungjawab dalam pendidikan dalam kalangan komuniti.

Strategi disasarkan kepada sasaran tertentu dengan aktiviti tertentu bagi meningkatkan
impak kehadiran murid ke sekolah. Program-program yang dirancangkan adalah ‘Wall of
Word’, ‘Small is Power’, ‘Teaching School’, ‘Mengingatimu’, ‘Shining Star’ dan Vle Frog.

1. Dalam ‘Wall of Word’, murid diberi pendedahan selama 5 minit tentang program yang
akan dilakukan pada hari/minggu tersebut dalam perhimpunan pagi.

2. Dalam ‘Small is Power’, murid mencari perkataan baru. Murid dipanggil kehadapan
dalam perhimpunan pagi untuk menyampaikan perkataan baru tersebut.

3. Dalam ‘Teaching School’, Pelaksanaan PdPc Abad21 telah dilaksanakan oleh para
pensyarah kanan daripada IPG Kampus Ipoh.

4. Dalam program ‘Mengingatimu’, para murid disambut pada waktu awal pagi. Dan
pihak pengurusan sekolah meraikan hari lahir murid dan guru.

5. Dalam ‘Shining Star’, murid yang mewakili sekolah diberi penghargaan dan mereka
yang membantu guru dalam sukan tahunan juga diberi pengiktirafan.

6. Strategi Pelaksanaan Vle Frog ialah setiap murid dicatat prestasi di dalam kelas dan
dianugerahkan Frog Star. Para murid menggunakan Vle Frog dalam pembelajaran
mereka.

Pelaksanaan semua program ini juga menarik minat ibu bapa, masyarakat setempat
untuk ‘ambil peduli’ tentang pendidikan dan suasana sekolah sekaligus anak-anak murid.
Program ini juga dapat menarik minat murid ekoran daripada aktiviti-aktiviti yang menarik
dan murid dapat menerima ganjaran setimpal dengan usaha mereka.

91

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Pelaksanaan program ini melibatkan semua murid SKCMS. Program yang dijalankan
mendapat sokongan dari segi kewangan daripada semua pihak/agensi iaitu syarikat
MARDEC Berhad, Institut Pendidikan Guru Ipoh, NGO, Alumni Institut Kemahiran Mara
dan Balai Polis Bota.
3.0 IMPAK PELAKSANAAN


Rajah 1: Peratus Kehadiran Tahun 2017

Rajah 2: Pencapaian Penglibatan Ko-Kurikulum Tahun 2017

Rajah 3: Pencapaian Peningkatan Purata Pencapaian B.Inggeris Tahun 2017

Dalam tempoh dari bulan Januari hingga Ogos, impak program ini telah jelas meningkatkan
kehadiran murid ke sekolah. Manakala bagi murid kelas yang baik dari segi kehadiran
memberikan impak yang cemerlang.
92

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Dari segi kesan jangka pendek, ia meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke sekolah
bagi meningkatkan peratus kehadiran kelas. Dari segi kesan jangka panjang pula,
ia telah dapat meningkatkan hubungan kerjasama yang erat di kalangan masyarakat
dengan sekolah.

Program-program ini melibatkan penglibatan yang menyeluruh daripada warga sekolah
yang melibatkan guru, kakitangan sekolah, pekerja swasta dan murid Bersama syarikat
MARDEC Berhad, Institut Pendidikan Guru Ipoh, NGO, Alumni Institut Kemahiran MARA
dan Balai Polis Bota.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Kejayaan jalinan hubungan dengan MARDEC menjadi rangsangan kepada pihak
sekolah untuk menjalinkan lagi hubungan baru dengan perbadanan separuh kerajaan
yang lain dalam masa akan datang. Semakin banyak rakan kongsi pemajuan sekolah
yang strategik, semakin mudah untuk sekolah mencapai misi dan visi penglibatan murid
di peringkat negeri dan kebangsaan.

Impak yang paling besar dapat dilihat berasaskan pencapaian pelajar-pelajar yang
mengikuti PdPc yang dilakukan oleh pensyarah kanan IPG kampus Ipoh, sebagai
menambah kecemerlangan dalam matapelajaran B.Inggeris adalah dicadangkan agar
murid murid Tahap 1 diberi pendedahan awal melalui aktiviti membina ayat selain
mencari vocab baru. Pihak sekolah sedang berunding dengan pengurusan IPG Ipoh
untuk menambahkan bilangan kelas yang dapat mengikut pembelaran Abad 21.

Melalui program yang dirancang, pihak sekolah telah berjaya meningkatkan kehadiran
murid ke sekolah. Sasaran sekolah ialah meningkatkan peratus kehadiran murid daripada
memuaskan kepada cemerlang. Program ini akan diteruskan ke tahun hadapan dengan
penambahbaikan aktiviti yang dijalankan bagi memaksimumkan potensi dan sumber
yang ada. Kerjasama antara agensi dan masyarakat luar juga akan ditambahbaik dari
semasa ke semasa.

5.0 RUJUKAN

Ee Ah Meng. (2003). Bimbingan dan Kunseling. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Choong Lean Keow. (2007). Kaunseling: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur. Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.
KPM (2012). Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingandan Kaunseling. Dipetik daripada

laman web: http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1416/SURAT%20
SIARAN%20KPM%20BIL%2012%20TAHUN%202012%20.pdf
KPM (2015). Pelaksanaan Penggunaan Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya
1BestariNet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dipetik daripada laman web:
http://www.moe.gov.my/v/surat-siaran-view?page=1&id=1024
Mook Soon Sang. (2010). Bimbingan & Kaunseling Kanak-kanak. Selangor. Siri Pengajian
Profesional.
Ummi. (2013). Teori kaunseling Dan Teori Keperluan Maslow. dipetik daripada laman
web:http://cgkaunseling.blogspot.my/2013/01/teori-kaunseling-teori-keperluan-
maslow.html

93

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

RESPECT – “RESPONSIBILITY POSITIVE IMPACT”

Nor Zaidi bin Jamiluddin
Ambilan 2016
Guru Besar

SK Kampung Melayu Niyor, Kluang, Johor

ABSTRAK

SK Kampung Melayu Niyor, Kluang Johor adalah sebuah Sekolah Kurang Murid (Gred B)
yang berada di luar bandar. Berdasarkan rekod data e-Sarana 2015, jumlah pelibatan
ibu bapa terhadap program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah sangat tidak
memberangsangkan. Faktor kemanusiaan menjadi faktor utama yang menghalang pihak
sekolah untuk merealisasikan hasrat KPM menerusi Anjakan ke 9 iaitu bekerjasama dengan
ibu bapa, Komuniti dan Sektor Swasta secara meluas. Sikap ibu bapa yang kurang peka
terhadap perkembangan sistem pendidikan menjadikan mereka kurang menyokong aktiviti-
aktiviti di sekolah. Justeru, berdasarkan perbincangan serta sesi sumbangsaran di peringkat
sekolah, lahirlah program RESPECT- RESPONSIBILITY POSITIVE IMPACT di mana kami
merancang aktiviti-aktiviti yang melibatkan pihak sekolah, murid-murid dan mendapat “create
task” daripada ibu bapa dan komuniti setempat secara aktif. RESPECT telah berjaya memberi
impak yang sangat besar terhadap pembangunan sahsiah diri murid, pembangunan kurikulum,
pembangunan kokurikulum dan pembangunan infrastruktur. RESPECT adalah program yang
bertujuan memupuk dan menyedarkan ibu bapa dan komuniti setempat tentang betapa
pentingnya sokongan dan pelibatan menyeluruh dari semua pihak agar potensi dan sahsiah
murid dapat dikembangkan pada tahap maksimum. Dengan RESPECT, kesinambungan
memacu sistem pelibatan semua pihak berkepentingan bertujuan untuk mewujudkan ekosistem
pembelajaran yang memperkukuhkan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai yang diajar kepada
murid di sekolah sejajar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Kata Kunci: pelibatan ibu bapa, komuniti setempat, pelibatan menyeluruh, ekosistem
pembelajaran

1.0 PENGENALAN

Selari dengan Anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), pihak
sekolah telah pun mewujudkan peranan atau pun “Create Task” kepada ibu bapa di
dalam semua aktiviti yang dilakukan. Ibu bapa tidak lagi hadir hanya sebagai pendengar
atau pemerhati, tetapi ibu bapa hadir dan terlibat secara langsung terhadap aktiviti yang
dijalankan. Kejayaan sesuatu aktiviti itu bergantung kepada ibu bapa yang telah dilantik
untuk menjalankan “create task” mereka. Kejeleketan antara pihak sekolah dengan ibu
bapa, komuniti dan sektor swasta telah mewujudkan suasana yang positif di mana semua
pihak berkepentingan ini semakin menyedari peranan dan tangungjawab mereka dalam
memastikan kecemerlangan sahsiah dan akademik anak-anak tersebut.

Objektif program ini adalah:
1. Mewujudkan jalinan dalam kalangan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam

pelibatan di sekolah.
2. Meningkatkan peranan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam pembangunan

akademik, sahsiah, kokurikulum dan infrastruktur di sekolah.

94

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

SK Kampung Melayu Niyor adalah sebuah Sekolah Kurang Murid (Gred B) kategori luar
bandar. Sehingga September 2017 jumlah murid adalah seramai 146 orang, 15 guru dan
3 orang kakitangan sokongan. Majoriti murid-murid tinggal di sekitar Kampung Melayu
Niyor. Majoriti ibu bapa bekerja sebagai buruh dengan pendapatan purata kurang dari
RM1000 sebulan.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Bengkel Transformasi Famili Hebat, Murid Cemerlang, Sekolah Gemilang adalah
program yang dijalankan untuk memberi motivasi dan kesedaran kepada ibu bapa betapa
pentingnya suntikan rohani, sokongan dan pelibatan ibu bapa terhadap aktiviti yang
dijalankan oleh pihak sekolah untuk kecemerlangan sahsiah dan pencapaian akademik
anak-anak. 8 aktiviti dilaksana untuk menjamin kejayaan program ini.

2.1 Jom Pizza
Jom Pizza adalah program untuk memotivasikan murid-murid sempena peperiksaan.

2.2 Bubur Lambuk Komuniti
Program ini bertujuan untuk memupuk budaya bermasyarakat di kalangan murid-
murid, membina ukhuwah, sikap kasih sayang dan menyemai sikap sedekah dan
amal jariah (Power of Giving) memberi erti yang sangat bermakna antara satu
sama lain.

2.3 Masjidku Sayang
Murid-murid dan ibu bapa diajak untuk bergotong-royong membersihkan dalam
dan kawasan luar masjid.

2.4 Bengkel Kemahiran Tebar Roti Canai
Program ini bertujuan untuk membangunkan potensi diri murid dan mengubah
tingkah laku murid menjadi lebih baik.

2.5 Pelaksanaan Kelas Abad 21
Ibu bapa turut serta di dalam PdPc dan melibatkan diri secara aktif.

2.6 Bersama Ikon-Pemain JDT II
Program Sehari Bersama Ikon mampu meningkatkan motivasi murid untuk
mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.Ikon ini dipilih dalam kalangan Pemain
JDT II dan beliau adalah bekas murid SK Kg Melayu Niyor.

2.7 Science Xplorer
Program Science Xloprer memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada
murid-murid di SK Kg Melayu Niyor.

95

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

3.0 IMPAK AMALAN

Berdasarkan data e-Sarana, jelas menunjukkan peratusan pelibatan ibu bapa dan
komuniti telah meningkat. Ini akan memberi kesan dan impak kepada beberapa aspek
seperti:

3.1 Impak Akademik
Berdasarkan peratusan keputusan peperiksaan bagi murid Tahun 6 2017, didapati
keputusan mereka menunjukkan peningkatan yang baik.

3.2 Impak Kedudukan Sekolah
Berdasarkan data SAPS Daerah Kluang, SK Kg Melayu Niyor telah berjaya
di kedudukan nombor 12 dari 89 buah sekolah berdasarkan kepada keputusan
Peperiksaan Percubaan UPSR 2017 berbanding nombor 21 dari 89 buah sekolah
pada tahun 2016.

3.3 Impak Kemenjadian Murid
Sejarah tercipta apabila ada di antara murid-murid berjaya menempatkan diri
dalam pertandingan kokurikulum peringkat kebangsaan. Murid-murid dididik
supaya mengamalkan nilai-nilai murni, berdikari, bersungguh-sungguh dalam
pembelajaran, patuh pada peraturan sekolah, berdaya saing dengan semangat
ingin berjaya dengan cemerlang.

3.4 Impak Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Merujuk kepada data APDM, kehadiran murid menunjukkan trend peningkatan
yang semakin positif. Kehadiran pada tahun 2017 sudah pun melepasi KPI yang
ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu 95%. Amalan baik
murid dalam sahsiah diri membantu mengurangi masalah disiplin.

3.5 Impak Pembangunan Infrastruktur
RESPECT telah berjaya mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar
yang mantap dan akrab antara pihak sekolah, rumah dan komuniti supaya sistem
pendidikan mencapai kejayaan.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Setiap jenis pelibatan memerlukan pendekatan yang berbeza. Setiap satunya mempunyai
cabaran tersendiri yang perlu ditangani supaya pelibatan sepenuhnya dapat diwujudkan.
Selain itu, pengubahsuaian aspek-aspek tertentu amat diperlukan supaya pelibatan yang
dilakukan bersesuaian dengan latar belakang keluarga dan masyarakat setempat.

Memperkasakan Alumni adalah salah satu cadangan pelibatan komuniti di masa akan
datang. Pelbagai kemahiran boleh diterapkan kepada murid-murid berdasarkan rekod
pekerjaan professional Alumni.

96

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

5.0 RUJUKAN
Amla Salleh et al. (2010). Peranan Bapa dalam Pembangunan Sahsiah Remaja dan
Implikasinya terhadap Nilai Kekeluargaan. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 9-17.
Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd
Ee Ah Meng (1990). Pedagogi satu pendekatan Bersepadu. Petaling Jaya, Selangor :
Fajar Bakti Sdn Bhd
Jhon W. Santrock.1995. Life-Span Development, 13th Edition University of Texas at Dallas,
1995 Salkind, Neil J. (2004). An Introduction to Theories of Human Development.
Thousand Oaks, London, New Delhi: Sage Publications. International Education and
Publisher
Kanammah a/p Manukaran, Melissa Ng Lee Yen Abdullah & Shahizan Hasan (2013).
Pengaruh Faktor Keluarga Terhadap Pembelajaran Regulasi Kendiri Murid Sekolah
Rendah. Malaysian Journal of Learning and Instruction: Vol 10.9 9:179-201
Khairil bin Mahali (2006). Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah Untuk
Mengatasinya- Satu Tinjauan Di 3 Buah Sekolah Di Daerah Kulai. Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Meysam Jafari Eskandari, Meysam Miri (2015). Thinking Of The Blue Ocean Strategy
Beyond The Competition. Payan Noor University, Tehran, Iran
Mohamed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad (2005) Faktor-faktor kecemerlangan pelajar
UPSR. Universiti Sains Islam Malaysia.
Omardin Ashaari (2002). Pengurusan Sekolah. Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Prof. Madya Dr. Azizi Yahya (2011). Keluarga Dalam Pembentukan Moral. Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Johor.

97

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

LAMBAIAN KASIH

Sapiee@Sapawi bin Mahdi
Ambilan 2015
Pengetua

SMK Sadong Hilir (Semera), Sarawak

ABSTRAK
Program Lambaian Kasih merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam
usaha merapatkan hubungan dengan pihak luar khususnya dalam kalangan ibu bapa,
masyarakat, agensi-agensi kerajaan, swasta dan NGO. Dengan wujudnya hubungan yang
efektif ini, diharapkan sokongan dan dokongan daripada pihak luar terhadap program-program
pendidikan anjuran pihak sekolah semakin mantap dan seterusnya memberikan impak yang
besar terhadap keberhasilan sekolah dan kemenjadian murid. Program ini merupakah fokus
utama yang terdapat dalam Tunjang 5: Memperkasakan Hubungan dengan Pihak Luar seperti
yang terkandung dalam program induk sekolah, iaitu Program Bina Juara. Pelbagai strategi
dan aktiviti telah dijalankan, antaranya ialah Dialog Bersama Ketua Kaum, Permuafakatan
Ibu bapa, Lawatan Mesra YB, Gotong Royong Perdana, Secubit Sama Dirasai dan banyak
lagi. Program Lambaian Kasih telah berjaya memberikan impak terhadap peningkatan
pelibatan ibu bapa, komuniti, pemimpin politik, pihak swasta dan NGO dalam aktiviti sekolah,
meningkatkan penyertaan dan kehadiran pihak luar dalam aktiviti sarana sekolah dan sarana
ibu bapa. Program ini juga telah berjaya meningkatkan sumber kewangan sekolah melalui
sumbangan daripada orang perseorangan, pihak swasta, PIBG dan pemimpin politik. Tahun
pertama pelaksanaannya, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dalam konteks
mentransformasikan hubungan sekolah dengan masyarakat luar.
Kata kunci: ibu bapa, komuniti, komunikasi, hubungan luar, strategi, kemenjadian murid

1.0 PENGENALAN

SMK Sadong Hilir (Semera) mula beroperasi pada 01 Januari 2016 dengan menumpang
di bangunan SK Haji Kelali, Semera. Berpindah pada 1990 di tapak baharu seluas 12.63
hektar yang terletak di daerah kecil Sadong Jaya, Samarahan, Sarawak. Sekolah Gred
A ini beroperasi dengan 19 bilik kelas dan 462 pelajar, bersama-sama 46 guru dan 12
pegawai kumpulan pelaksana.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Program Lambaian Kasih memberikan fokus terhadap bidang pengurusan perhubungan
luar yang bermatlamat untuk merapatkan hubungan dan kerjasama dengan ibu bapa
dan komuniti bagi menjana kemenjadian murid dan keberhasilan sekolah. Program
ini merupakan fokus utama dalam Tunjang 5: Memperkasakan hubungan dengan ibu
bapa, komuniti, pemimpin masyarakat, agensi-agensi kerajaan, swasta, dan NGO bagi
menjana kemenjadian murid dan keberhasilan sekolah seperti yang terdapat dalam
program utama sekolah, iaitu Program Bina Juara.

98

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Sekolah memainkan peranan penting dalam merancang dan merealisasikan makna
kerjasama antara keluarga dan sekolah (Sures Kumar, 2017). Hubungan rapat antara
sekolah dengan ibu bapa dan komuniti setempat merupakan faktor penting dalam
menentukan kecemerlangan sekolah. Kerjasama yang rapat antara sekolah dengan ibu
bapa dan komuniti mampu menggerakkan pelbagai aktiviti yang memberikan manfaat
kepada kedua-dua belah pihak khususnya dalam mengatasi pelbagai cabaran yang
dihadapi bersama seperti isu ketidakhadiran, pembelajaran anak-anak serta masalah
kemudahan fizikal dan infrastruktur sekolah.

Melalui program ini, pihak sekolah merancang pelbagai inisiatif untuk mengaktifkan
komunikasi dengan ibu bapa dan penduduk kampung bagi mewujudkan hubungan yang
lebih akrab dan efektif, meningkatkan keterlibatan mereka dalam aktiviti sekolah serta
merangsang keinginan mereka untuk memberikan sumbangan tenaga, kepakaran, dan
sebagainya kepada pihak sekolah.

2.1 Mengapa Lambaian Kasih?

Sebaik sahaja melapor diri di sekolah sebagai pengetua baharu pada 13 Mac 2017,
pengetua terus menjalankan pengimbasan persekitaran (environmental scanning)
untuk mendapatkan maklumat awal tentang kekuatan dan kelemahan sekolah bagi
tujuan merangka dan melaksanakan pelan keberhasilan sekolah selanjutnya.

Dalam aspek pengurusan hubungan luar, hasil daripada pengimbasan
persekitaran ini mendapati bahawa banyak aspek dan lompang yang memerlukan
penambahbaikan, antaranya;

1. Sekolah tidak mempunyai pelan dan strategi yang jelas bagi mewujudkan
hubungan yang berkesan dengan pihak ibu bapa dan komuniti;

2. Kehadiran ibu bapa dalam semua aktiviti sekolah amat kurang, sekitar 25-30%
sahaja.

3. Aktiviti smart partnership seperti gotong-royong, perkongsian kepakaran dan
amalan terbaik amat jarang diadakan.

4. Aktiviti bersemuka dengan pihak luar seperti perbincangan berkala dengan Exco
PIBG, dialog bersama ibu bapa dan bual bicara dengan pemimpin masyarakat
bagi menyelesaikan isu dan masalah yang dihadapi oleh sekolah tiada dalam
perancangan sekolah.

5. Pihak sekolah tidak memanfaatkan Wakil Rakyat di DUN24 Sadong Jaya dan
P200 Batang Sadong yang sentiasa bersedia memberi sokongan dan membantu
pihak sekolah dari segi sumbangan dana untuk menggerakkan aktiviti sekolah.

6. Sekolah kurang berusaha untuk meningkatkan dana PIBG bagi membiayai dan
menggerakkan aktiviti-aktiviti bagi faedah pelajar.

99

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

2.2 Strategi 4S dalam Lambaian Kasih

4S adalah strategi komunikasi ketika bersemuka dengan ibu bapa dan penduduk
kampung setiap hari. Warga sekolah mengamalkan S1-Senyum, S2-Salam, S3-
Sapa dan S4-Sila setiap kali bertemu dengan pihak luar bagi menarik dan membuka
hati mereka untuk bekerjasama dan terpanggil untuk memberi sumbangan kepada
sekolah. Peluang bersemuka dimanfaat sepenuhnya untuk menghebahkan
program-program sekolah supaya mereka sentiasa mendapat maklumat terkini
tentang perkara yang berlaku di sekolah. Strategi bersemuka ini lebih berkesan
berbanding dengan cara hebahan melalui surat dan media sosial seperti whatsapp.

2.3 Kepelbagaian Inisiatif dalam Program Lambaian Kasih

Bagi menjayakan program ini, pihak sekolah menggunakan pendekatan ‘buka pintu’
seluas-luas kepada pihak luar untuk datang menyokong program dan memberikan
sumbangan dalam pelbagai bentuk. Pelbagai inisiatif telah dirancang dan dijalankan
untuk menggerakkan Program Lambaian Kasih, antaranya, Bual Bicara Bersama
Ketua-Ketua Masyarakat, Lawatan Mesra YB, Permuafakatan Ibu bapa dan Guru,
Gotong Royong Perdana, Riang Ria Hari Raya, Secubit Sama Dirasai, Bual Bicara
Bersama Ibu bapa Calon SPM, Kelas Tuisyen Malam, Izin dan Restu Ilmu, serta
beberapa program outreach, iaitu Jelajah ke Sekolah Tadahan, Solat Hajat di
Masjid-masjid di Kampung-kampung Tadahan, Ziarah Kematian, dan mewujudkan
papan notis sekolah di masjid dan surau-surau di kampung-kampung tadahan.

3.0 IMPAK AMALAN

Selama 7 bulan dilaksanakan, program ini telah memberikan impak yang besar
dalam mentransformasikan bidang hubungan luar sekolah ini berbanding tahun-tahun
sebelumnya. Antaranya;

1. Kehadirian ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti sekolah meningkat, antara 80%
hingga 85%

2. Penglibatan pihak luar dalam aktiviti smart partnership, gotong rotong dan perkongsian
pintar telah meningkat

3. 97% keluarga murid menyumbang untuk yuran PIBG

4. RM1,760.00 sumbangan ibu bapa untuk Kelas Tuisyen Malam

5. RM1,000.00 sumbangan ibu bapa murid T5 untuk sarapan pagi semasa SPM.

6. Sumbangan 2 unit penghawa dingin oleh orang perseorangan untuk surau sekolah

7. Sumbangan tenaga dan makanan oleh ibu bapa murid T5 dalam menjayakan Majlis
Iizin dan Restu Ilmu

8. Sumbangan dana RM40,000.00 daripada YB DUN N24 dan P200 untuk tabung PIBG.

9. Sumbangan Projek Perparitan Konkrit sepanjang 150 meter oleh penduduk kampung
untuk mengatasi masalah perpartitan di sekolah.

100

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Memandangkan program ini telah berjaya dalam meningkatkan kehadiran, penyertaan,
dan sokongan ibu bapa dan komuniti, maka pada tahun hadapan pihak sekolah akan
memberikan fokus terhadap aktiviti perkongsian amalan terbaik. Dalam konteks ini,
pihak sekolah akan berusaha untuk menarik penyertaan dan sumbangan daripada pihak
luar yang memiliki kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang untuk mengadakan
aktiviti atau projek yang boleh melonjakkan kecemerlangan dalam bidang akademik,
kokurikulum, serta kualiti disiplin dan sahsiah dalam kalangan murid. Pihak sekolah juga
akan memulakan usaha untuk menubuhkan Alumni SMK Sadong Hilir bagi merancang
bentuk-bentuk kerjasama dan sumbangan yang boleh diberikan untuk menjana
kecemerlangan sekolah ini.
Program Lambaian Kasih telah berjaya mengubah lanskap hubungan sekolah dengan
ibu bapa dan komuniti setempat walaupun baru dilaksanakan dalam jangka waktu
yang singkat. Faktor kritikal kejayaan program ini amat bergantung kepada kepimpinan
pengetua yang berupaya membawa dan memimpin pasukan berhadapan dengan
pelbagai cabaran. Kepakaran pengetua dalam menganalisis dan mentafsir data dan
maklumat sekolah amat mustahak dalam memastikan perancangan yang tepat dapat
dilaksanakan dengan berkesan bagi menjamin kejayaan program-program sekolah.

5.0 RUJUKAN
Majlis Pengetua Sekolah Menengah (2005). Pemimpin Memimpin. Kepimpinan
Berinspirasi: Ke arah Pendidikan Bertaraf Dunia. Putrajaya. Pengurusan Sekolah
Harian.
Norihan Haji Azizan (2009). Konsep Permuafakatan: Siri Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan. Genting Highland. Institut Aminuddin Baki, Sri Layang.
Sures Kumar (2017). Memupuk Komunikasi Efektif Sekolah-Ibu bapa. Majalah Pendidik,
November 2017. Kuala Lumpur. Wardah Communication Sdn.Bhd.

101

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

PELIBATAN KOMUNITI

Shamsudin bin Hussien
Ambilan 1/2012
Pengetua

SMK Sama Gagah, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

ABSTRAK

Kejayaan sesebuah sekolah bukan sekadar bergantung kepada kekuatan sumber manusia
dan sumber bukan manusia yang terdapat di sekolah sahaja malahan melibatkan komuniti.
Kenyataan ini menunjukkan sekolah dan komuniti tidak dapat dipisahkan kerana hubungan
kedua-dua pihak saling bergantungan antara satu sama lain. Sekolah dan komuniti setempat
saling bekerjasama untuk kebaikan kedua-dua pihak. Sekolah memperoleh faedah berbentuk
sokongan moral, bantuan kewangan dan sumbangan kepakaran daripada komuniti, manakala
komuniti pula memperoleh faedah dari aspek peningkatan penguasaan ilmu dalam kalangan
anak-anak komuniti. Pelibatan komuniti dalam konteks TS25 di SMK Sama Gagah, Permatang
Pauh Pulau Pinang dikaitkan dengan konsep bekerjasama dengan pihak sekolah dalam usaha
menangani masalah kehadiran murid ke sekolah yang menjadi faktor utama menghalang
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Sehubungan dengan itu, program ini bertujuan untuk
menyatakan bahawa SMK Sama Gagah, Permatang Pauh Pulau Pinang, dengan pelibatan
komuniti telah berjaya menubuhkan dua buah akademi, iaitu Akademik Automotif dan Akademi
Masakan. Penubuhan kedua-dua akademi ini berteraskan objektif untuk menangani masalah
kehadiran murid ke sekolah. Pusat Latihan Kemahiran SLC Sdn. Bhd. Bukit Mertajam di
pihak komuniti telah bekerjasama dengan pihak sekolah dalam usaha menubuhkan Akademi
Automotif SMK Sama Gagah. Manakala beberapa agensi kerajaan dan individu di pihak
komuniti seperti PERDA, Pusat Giat MARA Permatang Pasir, Mamu Roti Canai Penaga dan
Laksa Permatang Pauh telah bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menubuhkan Akademi
Masakan SMK Sama Gagah. Implikasi penubuhan kedua-dua akademi ini atas pelibatan tinggi
komuniti telah berjaya meningkatkan KPI kehadiran murid ke sekolah.

Kata Kunci: pelibatan komuniti, kemenjadian murid, kehadiran murid

1.0 PENGENALAN

SMK Sama Gagah merupakan salah sebuah Sekolah TS25 Kohot 2 tahun 2017 yang
mensasarkan usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan, disokong oleh kepimpinan yang berkualiti dan
berwawasan, guru yang kompeten dan berprestasi tinggi, serta komitmen ibu bapa dan
komuniti yang padu. Sehubungan dengan itu, inovasi yang diperkenalkan pihak sekolah
ini terbit daripada kerangka TS25 ini, iaitu Sokongan PIBG dan Komuniti.

Objektif utama program ini adalah untuk menghubungkan elemen ketiga dalam kerangka
TS25, iaitu Sokongan PIBG dan Komuniti dengan inovasi yang diperkenalkan pihak
sekolah. Salah satu matlamat yang perlu dicapai oleh semua sekolah di Malaysia
menjelang tahun 2025 adalah mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak
berkepentingan untuk kejayaan murid. Manakala bidang inovasi yang dipilih ialah
Pengurusan Perhubungan Luar daripada Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah
Malaysia (SKKSM). Program ini berfokus kepada isu dan cabaran yang membelenggu
sekolah, iaitu kemenjadian murid yang rendah dan sekolah tidak berkualiti berpunca

102

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

daripada masalah kehadiran murid ke sekolah. Sebagai langkah penyelesaian, inovasi
yang bertajuk Pelibatan Komuniti diperkenalkan pihak sekolah. Inovasi ini berteraskan
Model Sokongan PIBG dan Komuniti, iaitu model yang direka bentuk untuk jangka
masa pendek bagi menangani isu dan cabaran sekolah, iaitu kemenjadian murid yang
rendah dan sekolah tidak berkualiti yang berpunca daripada masalah kehadiran murid
ke sekolah. Hasil aplikasi dan terjemahan daripada model ini, maka dua buah akademi
diwujudkan sebagai pilihan kemahiran, iaitu Akademi Automotif SMK Sama Gagah dan
Akademi Masakan SMK Sama Gagah.

1.1 Latar Belakang Sekolah
SMK Sama Gagah dinamakan sempena lokasinya, iaitu Kampung Sama Gagah
di kawasan Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Pekan
Permatang Pauh adalah pekan paling hampir dengan jarak kira-kira 1 kilometer dan
mula beroperasi pada 9 Januari 1995. Pembinaannya bertujuan untuk menampung
dan menyediakan prasarana pendidikan kepada penduduk setempat yang
berkepadatan tinggi pada masa tersebut. Landskap SMK Sama Sagah terhampar
di atas tanah seluas 9.18 hektar di Mukim 2 Kampung Sama Gagah, Permatang
Pauh. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah harian biasa gred A luar bandar
yang melibatkan satu sesi persekolahan sahaja. Terkini, enrolmen murid adalah
432 orang dan guru seramai 53 orang. SMK Sama Gagah menawarkan Program
Kelas Aliran Agama (KAA), Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI), Program
Vokasional Menengah Atas (PVMA), Program Perantisan Industri Menengah Atas
(PIMA) dan Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK
SMK Sama Gagah merupakan salah sebuah Sekolah TS25 Kohot 2 bagi Tahun 2017.
Sehubungan dengan itu, inovasi yang diperkenalkan adalah berdasarkan elemen ketiga
yang terdapat dalam Kerangka Konsep TS25, iaitu Sokongan PIBG dan Komuniti.
Rasional di sebalik pelaksanaan inovasi ini adalah menangani isu dan cabaran yang
dihadapi pihak sekolah, iaitu kemenjadian murid yang rendah dan sekolah yang tidak
berkualiti (Rujuk Rajah 1).

Rajah 1: Isu dan cabaran sekolah aspek kemenjadian murid, kehadiran murid dan sekolah berkualiti.

103

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Isu kemenjadian murid yang rendah dan sekolah yang tidak berkualiti berpunca daripada
faktor kehadiran murid yang rendah dan tidak mencapai sasaran 95% KPI Kementerian
Pendidikan Malaysia seperti yang telah ditetapkan. Pihak sekolah telah merangka strategi
pelaksanaan inovasi ini dengan cara membentuk satu model jangka pendek, iaitu Model
Sokongan Ibu Bapa dan Komuniti (Rajah 2). Model ini dijadikan panduan dan hala tuju
untuk menangani isu dan cabaran sekolah. Model ini juga diterjemahkan dalam bentuk
aplikasi apabila dua buah akademi berjaya ditubuhkan pada 2 Februari 2017 di dalam
kawasan sekolah, iaitu Akademi Automotif SMK Sama Gagah dan Akademi Masakan
SMK Sama Gagah.

MODEL SOKONGAN PIBG & KOMUNITI
(MATLAMAT JANGKA PENDEK)

KPI KEHADIRAN MURID 95%

Guru Persekitaran Pengdajaanran Pemimpin LW PIBG Akademi
Berkualiti Dokumen Berkesan DATA PGMara Automotif
Standard KEHADIRAN SMK Saga
Elemen SLC
Kemenjadian Pedagogi Pentaksiran Automorif
Murid &
Sekolah Persekitaran PERDA Akademi
Berkualiti Bermakna Mamu Masakan
Roti Canai SMK Saga
Sokongan Laksa ASPIRASI
PIBG & Pmtg Pauh MURID
Komuniti

Rajah 2: Model Sokongan Ibu Bapa dan Komuniti

Bagi Akademi Automotif, pihak sekolah telah menerima pelibatan dan kerjasama daripada
Pusat Latihan Kemahiran SLC Sdn. Bhd. Bukit Mertajam. Manakala beberapa agensi
kerajaan dan individu di pihak komuniti seperti PERDA, Pusat Giat MARA Permatang
Pasir, Mamu Roti Canai Penaga dan Laksa Permatang Pauh telah bekerjasama
dengan pihak sekolah menubuhkan Akademi Masakan SMK Sama Gagah. Tempoh
pelaksanaannya adalah sembilan bulan bagi tahun 2017 dan sepanjang tahun untuk
tahun-tahun berikutnya. Penubuhan kedua-dua akademi ini berteraskan objektif untuk
menangani masalah kehadiran murid ke sekolah. Implikasi penubuhan kedua-dua
akademi ini telah berjaya meningkatkan KPI kehadiran murid ke sekolah bagi kumpulan
pelajar Tingkatan 5.

Cabaran pihak sekolah dalam usaha melaksanakan inovasi ini adalah mendapatkan
kerjasama dan sokongan padu daripada pihak komuniti. Bukan semua komuniti yang
berada dalam lingkungan persekitaran sekolah mampu memberi kerjasama dan
sokongan. Malahan jika terdapat sokongan dan kerjasama, cabarannya pula adalah
jenis kemahiran yang hendak djadikan inovasi tidak bersesuaian dengan murid. Bagi
mendepani cabaran ini, pihak sekolah telah berjaya mendapat mandat dan sokongan
padu daripada PIBG terlebih dahulu dan diikuti sokongan Pejabat Pendidikan Daerah

104

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Seberang Perai Tengah. Seterusnya sokongan diraih daripada pemimpin setempat yang
berpengaruh, iaitu Datuk Hj. Mohd. Zaidi Bin Hj. Mohd. Said, Ketua UMNO Bahagian
Permatang Pauh. Implikasinya, Pusat Latihan Kemahiran SLC Sdn. Bhd. Bukit Mertajam,
PERDA, Pusat Giat MARA Permatang Pasir, Mamu Roti Canai Penaga dan Laksa
Permatang Pauh yang berada di pihak komuniti telah memberi kerjasama dan sokongan
padu dengan pihak sekolah dalam usaha menubuhkan Akademi Automotif SMK Sama
Gagah dan Akademi Masakan SMK Sama Gagah.

3.0 IMPAK

Impak penubuhan kedua-dua akademi ini atas entiti penglibatan komuniti untuk jangka
pendek dalam tempoh setahun bagi tahun 2017 bertujuan untuk mengukur perbandingan
kehadiran murid Tingkatan 5 yang menyumbang kepada kemenjadian murid yang
diterjemah kepada pembentukan Gred Purata Sekolah (GPS), seterusnya membentuk
Skor Komposit dan Band Sekolah. Merujuk kepada Rajah 3, terdapat peningkatan
kehadiran murid Tingkatan 5 bagi Tahun 2017 berbanding tahun 2016 untuk setengah
tahun (6 bulan pertama). Bagaimanapun terdapat penurunan yang ketara pada bulan
Jun 2017 yang dikaitkan dengan bulan Ramadan.

Bulan 2016 2017 Beza Indikator
Januari 85.90 88.23 +2.33% √
Februari 83.38 85.21 +1.83% √
85.76 87.04 +1.28% √
Mac 82.61 83.97 +1.36% √
April 81.01 84.84 +3.83% √
Mei 76.26 71.94 -4.32% x
Jun 77.56 78.53 +0.97% √
Julai 80.93 84.60 +3.67% √
Ogos 74.62 80.96 +6.34% √
September 80.68 83.72 +3.04% √
Oktober 63.13 95.50 +32.37% √
November
Purata Kehadiran 79.26% 84.05% +4.79%
Murid Tingkatan 5

Rajah 3: Perbandingan Kehadiran Murid Tingkatan 5 Sebelum dan Selepas Program Penglibatan Komuniti.

Penubuhan kedua-dua akademi ini berpotensi untuk dijadikan amalan dan budaya
sekolah. SMK Sama Gagah yang berstatus sekolah Band 6 dengan pencapaian Gred
Purata Individu (GPI) yang rendah, Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang rendah
dan Gred Purata Sekolah (GPS) yang rendah, maka inovasi yang berteraskan kemahiran
dan teknikal adalah pilihan yang terbaik untuk membangunkan potensi individu. Terkini,
Akademik Automotif SMK Sama Gagah dan Akademi Masakan SMK Sama Gagah yang
bermula sebagai satu inovasi penggalak kehadiran murid pada awal Januari 2017 telah
dinaik taraf sebagai Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) pada Oktober
2017 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

105

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan untuk menjadikan inovasi ini lebih
berpotensi, budaya dan niche area sekolah. Secara umumnya pihak sekolah telah berjaya
menangani masalah kehadiran murid Tingkatan 5. Data kehadiran murid menunjukkan,
hari Selasa dan Khamis, iaitu hari inovasi ini dilaksanakan kehadiran murid telah
meningkat. Walau bagaimanapun, pada hari Isnin dan Jumaat, kehadiran murid kembali
merosot. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah merancang untuk mewujudkan satu
lagi akademi pada tahun 2018, iaitu Akademi Motosikal sebagai pilihan sokongan minor
kepada kemahiran sedia ada. Inovasi ini akan diperkasakan lagi menerusi penilaian
tahap kecekapan yang turut merangkumi penilaian aspek sikap. Penetapan kehadiran
95% untuk terus kekal mengikuti program ini adalah salah satu cara untuk memotivasikan
murid terus hadir ke sekolah.

5.0 RUMUSAN

Inovasi ini yang lahir daripada elemen ketiga dalam kerangka TS25, iaitu Sokongan
PIBG dan Komuniti adalah manifestasi terjemahan isu dan cabaran sekolah yang
bersifat tekal, iaitu kemenjadian murid yang rendah dan sekolah tidak berkualiti. Isu dan
cabaran ini berpunca daripada masalah kehadiran murid ke sekolah. Data menunjukkan
kehadiran murid ke sekolah tidak pernah mencapai sasaran 95% seperti KPI yang
telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, inovasi ini diwujudkan untuk menarik minat
murid hadir ke sekolah, khususnya murid menengah atas. Ternyata berlaku impak pada
data kehadiran murid walaupun secara tidak drastik. Walau bagaimanapun, terdapat
kelompangan pada hari-hari tertentu yang membelenggu sekolah dengan isu yang sama.
Pihak sekolah akan membuat penambahbaikan untuk terus berdepan dengan isu dan
cabaran ini. Sesungguhnya, faktor kehadiran murid ke sekolah sangat penting dan jika
tidak ditangani secara bersungguh-sungguh, kemenjadian murid akan menjadi igauan
dan sekolah berterusan tidak berkualiti.

6.0 RUJUKAN

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. (2007). Kementerian Pelajaran
Malaysia

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM: 2013-2025. (2012). Kementerian
Pendidikan Malaysia.

106

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

PROGRAM ASRAMAKU HARMONI TAUTAN KASIH WARGA SETEBU

Siti Sara binti Sapei
Ambilan 2015
Guru Besar

SK Padang Setebu, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu

ABSTRAK

“ProgramAsramaku Harmoni Tautan Kasih Warga Setebu” adalah satu program yang melibatkan
semua warga Setebu iaitu guru-guru, murid-murid, kakitangan, pekerja swasta dan juga ibu
bapa bagi memastikan murid-murid hadir ke sekolah terutama ketika proses pengajaran dan
pembelajaran dan kelas-kelas tambahan. Saya mewajibkan mereka yang tinggal di asrama.
Langkah pertama adalah memohon semua guru secara bergilir-gilir bertugas sebagai warden.
Begitu juga pembantu pengurusan murid (PPM) juga memainkan peranan yang sama.
Membuka peluang dan ruang kepada semua ibu bapa untuk datang dan bermalam dengan
anak-anak mereka di asrama secara bergilir-gilir adalah langkah yang ternyata memberi
impak dari segi mengurangkan bebanan guru untuk mengawasi murid-murid dan memberi
ruang kepada ibu bapa untuk memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak secara
berterusan. Terbukti berlaku peningkatan pencapaian dalam UPSR yang mana lulus semua
Mata Pelajaran (LSMP) dari kedudukan 45/49 sekolah tahun 2015 kepada kedudukan 27/49.
Manakala GPS dari kedudukan 46/49 sekolah tahun 2015 kepada kedudukan 24/49 buah
sekolah. Begitu juga pencapaian Pra Percubaan UPSR tahun 2017, SK Padang Setebu antara
4 buah sekolah seluruh daerah Hulu Terengganu yang berjaya memperoleh 6A iaitu seramai
2 orang murid. Kejayaan ini menjadi bukti penting kepada usaha dan komitmen guru-guru dan
ibu bapa dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk melahirkan modal insan yang
berkualiti.

Kata Kunci: peratus kehadiran, semangat kerjasama

1.0 PENGENALAN

Guru besar sangat sedar dan yakin bahawa kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
sekolah bukan hanya disebabkan oleh satu faktor sahaja, tetapi lahir daripada gabungan
banyak angkubah dan aspek. Selain daripada faktor kepimpinan dan pengurusan Guru
Besar dan barisan guru-guru faktor penyumbang yang lain adalah kerjasama ibu bapa
dan komuniti. Sejak berada di sekolah ini pada 16 Disember 2015 guru besar telah
melaksanakan banyak sesi kolaboratif dengan ibu bapa dan beberapa agensi serta
komuniti masyarakat serta Ahli Yang Berhormat. Memandangkan isu yang besar dalam
pengurusan adalah dari segi kehadiran murid-murid ke sekolah pada waktu PdPc dan
program-program kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum. Guru besar memperkenalkan
Program ”Asramaku Harmoni Tautan Kasih Warga Setebu”. Program ini melibatkan
semua warga Setebu iaitu guru-guru, murid-murid, kakitangan, pekerja swasta dan juga
ibu bapa sebagai satu keluarga. Bagi memastikan murid-murid khususnya murid-murid
tahun enam tidak menghadapi masalah untuk hadir ke sekolah terutama ketika proses
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dan kelas-kelas tambahan, maka guru besar
mewajibkan mereka tinggal di asrama. Memandangkan sekolah menghadapi masalah
guru warden asrama, guru besar telah mengambil beberapa pendekatan sebagai
intervensi.

107

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Objektif Program yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk:

1. mengenal pasti peratus kehadiran murid-murid yang rendah untuk diambil tindakan
segera.

2. meningkatkan motivasi murid untuk meningkatkan kehadiran ke sekolah dan
mengikuti pembelajaran dengan aktif.

3. Meningkatkan komitmen guru, kakitangan sekolah dan asrama supaya memberi
sumbangan ke arah peningkatan kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid.

4. Memupuk kasih sayang dalam kalangan warga dan masyarakat setempat.
5. Memupuk semangat kerjasama dan kerja sepasukan ke arah merealisasikan

kecemerlangan pendidikan negara.

SK Padang Setebu merupakan sebuah sekolah yang terletak di Kampung Basung, Tasik
Kenyir, Kuala Berang, Terengganu. Sekolah ini dibina pada tahun 1953. Pada tahun
2017, SK Padang Setebu memiliki jumlah murid seramai 116 dengan bilangan kelas
sebanyak 7 buah. Manakala bilangan guru seramai 17 orang dan kakitangan seramai 6
orang. Sekolah mempunyai dua blok bangunan asrama iaitu blok lelaki dan perempuan
serta sebuah surau.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Selaku Guru Besar yang baru dilantik, saya sedaya upaya telah melakukan perkara-
perkara yang telah diajar semasa mengikuti kursus NPQEL di IAB. Memandangkan SK
Padang Setebu merupakan antara sekolah yang paling jauh di pedalaman dari Pejabat
Pendidikan Daerah Hulu Terengganu dan merupakan antara sekolah yang berada pada
band rendah iaitu band 3 maka saya telah memujuk hati supaya bersedia dan sanggup
menghadapi segala cabaran yang mendatang.

Setelah membuat penelitian kepada data-data murid dan guru-guru melalui biodata
pengalaman guru-guru dan pencapaian murid-murid yang rendah selari dengan
menganalisis SWOT bagi mengetahui kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.
Guru besar mengorak langkah bersama-sama warga sekolah untuk menjayakan misi
sekolah iaitu berusaha dengan penuh iltizam untuk melestarikan pendidikan berkualiti
demi membangun potensi individu sebagai modal insan cemerlang. Justeru itu, pelbagai
program telah kami rangka terutama untuk menggalakkan kehadiran murid-murid ke
sekolah setiap hari, meningkatkan kualiti pengajaran guru, menarik penglibatan ibu
bapa dalam sebarang aktiviti sekolah, mewujudkan jalinan dan jaringan dengan komuniti
setempat supaya memberi segala bentuk sumbangan serta meningkatkan aspek
kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.

Berdasarkan pemerhatian dan data menunjukkan isu utama sekolah ini ialah kehadiran
murid yang rendah menyebabkan proses PdPc guru terganggu seterusnya memberi
impak negatif kepada pencapaian akademik murid. Menyedari hakikat itu maka guru
besar mengambil inisiatif untuk menggalakkan murid supaya memilih untuk tinggal di
asrama. Strategi yang dilaksanakan dinamakan ”Program Asramaku Harmoni Pengikat
Ukhwah Warga Setebu”.

Memandangkan sekolah ini memiliki bangunan dan kemudahan asrama yang lengkap
tetapi kesediaan murid-murid untuk tinggal di asrama rendah, tambahan pula dengan
penolakan guru-guru daripada dilantik sebagai warden. Beberapa strategi penyelesaian

108

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

sebagai intervensi diambil supaya isu persepsi negatif murid, ibu bapa dan guru terhadap
tinggal di asrama ditukar kepada persepsi yang positif.

Jawatan sebagai warden asrama merupakan satu jawatan yang sangat tidak popular
dalam kalangan guru-guru kerana mereka beranggapan jawatan tersebut merupakan satu
bebanan tugas yang amat besar. Menyedari hal ini saya telah membuka ruang kepada
semua guru supaya dapat sama-sama menyelesaikan kerumitan ini kerana dalam masa
yang sama proses pengurusan dan perjalanan pengoperasian asrama perlu berlaku
tanpa sebarang masalah. Hasil penerangan guru besar tentang tanggungjawab dan
ganjaran besar daripada Allah daripada apa yang kita usahakan untuk pendidikan murid-
murid, Lantaran itu, semua guru bersedia untuk bertugas secara bergilir-gilir mengikut
jadual bagi membantu dan memberi semangat kepada warden yang dilantik. Setelah
dilaksanakan, guru-guru mula berasa selesa melaksanakan tanggungjawab tersebut
secara bergilir-gilir. Apa yang membanggakan saya, guru-guru dapat menggunakan masa
bertugas mereka dengan menyelia dan mengurus murid-murid di asrama serta dapat
mengadakan kelas tambahan dan juga aktiviti kokurikulum. Mereka juga dapat mengatur
dan melaksanakan aktiviti berkaitan tatacara kehidupan di asrama berlandaskan agama
seperti solat berjemaah, riadah dan bersosial dengan murid.

Tidak dapat dinafikan bahawa apabila murid-murid seawal tahun tiga atau berumur 9
tahun apabila tinggal di asrama maka hubungan anak dengan ahli keluarga akan menjadi
renggang berbanding murid-murid yang tidak tinggal di asrama. Malah menjadi satu
masalah kepada pengurusan asrama apabila murid-murid mula memohon untuk balik
ke kampung setiap masa tidak mengira hujung minggu atau hari-hari biasa. Keadaan
ini mendorong guru besar membuka ruang dan peluang kepada para ibu bapa untuk
hadir ke asrama secara bergilir-gilir dan dibenarkan bermalam bersama-sama anak-
anak mereka. Langkah ini bukan hanya untuk menjalinkan kasih sayang yang berterusan
dalam keluarga mereka malah guru besar juga meminta ibu bapa yang bertugas pada hari
berkenaan turut memberi perhatian yang sama kepada murid-murid yang lain ibarat ”ibu
bapa mu ibu bapaku juga”. Hasilnya didapati tahap hubungan kekeluargaan murid-murid
dengan semua ibu bapa bertambah erat dan tidak lagi dibatasi sempadan unit keluarga.
Keadaan ini juga menjadi pemangkin kepada wujudnya hubungan kekeluargaan yang
lebih besar kepada sekolah.

Sekolah sangat menyedari bahawa, seorang pemimpin memerlukan rakan strategik
untuk mengorak memajukan sekolah. Sekolah-sekolah yang berjaya adalah lahir
daripada selain kualiti kepemimpinan adalah sokongan komuniti luar yang menyalurkan
pelbagai bentuk bantuan sama ada tenaga, pandangan atau pendapat. Berdasarkan
analisis SWOT yang guru besar buat bersama-sama guru-guru, kami melihat peluang
yang sangat besar. Guru besar telah melibatkan semua agensi yang berkaitan secara
optimum sama ada Ahli Yang Berhormat Kawasan dan Parlimen, agensi-agensi kerajaan
dan swasta, orang-orang perseorangan, PPD dan JPNT serta individu dan pihak yang
dibolehkan menurut undang-undang persekutuan. Semua bidang tugas yang berkaitan
pendidikan saya libatkan. Impaknya tugas guru-guru yang sebelum ini dianggap berat
telah bertukar tanggapannya menjadi ringan dan efektif. Sebagai contoh, ketika sekolah
ingin melaksanakan sukan tahunan, agensi kerajaan seperti Majlis Daerah dan Pejabat
Daerah membantu bahagian logistik. Begitu juga dengan aktiviti menyelamat mangsa
banjir yang berlaku kebelakangan ini, berbagai agensi datang menghulurkan bantuan.
Ketika ini juga ibu bapa datang ke sekolah sebagai pusat pemindahan banjir.

109

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

3.0 IMPAK AMALAN

Tempoh pelaksanaan antara bulan Mac hingga September. Tempoh ini dapat memupuk
nilai-nilai murni yang memerlukan jangka masa tertentu kerana sesuatu amalan itu, apabila
dilakukan secara berterusan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan seseorang.
Program ini akan diteruskan pada tahun 2018 dan kami akan pastikan semua aktiviti
ini akan dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa untuk melahirkan kemenjadian
murid serta memacu kejayaan sekolah.

Hasil usaha yang gigih dan sokongan yang padu daripada semua pihak akhirnya
menunjukkan impak yang positif. Peningkatan dalam pencapaian UPSR merupakan
impak yang paling ketara hasil daripada program yang telah dijalankan. SK Padang
Setebu berada dalam kedudukan 45/49 buah sekolah pada tahun 2015 telah melonjak
kepada kedudukan 27/49 dalam Lulus Semua Mata Pelajaran (LSMP). Manakala GPS
dari kedudukan 46/49 sekolah tahun 2015 kepada kedudukan 24/49 buah sekolah pada
tahun 2016. Begitu juga pencapaian Pra Percubaan UPSR tahun 2017, SK Padang
Setebu adalah antara 4 buah sekolah seluruh daerah Hulu Terengganu yang berjaya
memperoleh 6A iaitu seramai 2 orang murid. Kejayaan ini menjadi bukti penting kepada
usaha dan komitmen guru-guru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk
melahirkan modal insan yang berkualiti.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Setiap sesuatu perkara baharu apabila diperkenalkan dan cuba diamalkan sudah tentu
akan menerima tentangan, pandangan negatif dan halangan serta cabaran yang besar.
Pelaksanaan program ini turut menghadapi cabaran. Antaranya warden sakit, kesediaan
guru untuk hadir bertugas secara bergilir-gilir sebagai warden. Halangan yang besar
adalah kekangan masa guru-guru dan komitmen terhadap keluarga. Kita sangat sedar
bahawa para guru mempunyai tanggungjawab masing-masing apabila berada di luar
waktu bekerja. Guru-guru perlu menyelesaikan urusan keluarga terutama memberi
perhatian, membimbing, mengasuh dan memberi kasih sayang kepada anak dan
keluarga. Pada peringkat awal pelaksanaan program guru banyak merungut dan minta
untuk bertukar sekolah. Namun atas kebijaksanaan dan penerangan yang jelas tentang
matlamat dan objektif melantik semua guru sebagai warden dengan mengaitkan dengan
satu peluang untuk guru-guru berbakti untuk sekolah dan asrama, akhirnya semua guru
bersetuju menjalankan tanggungjawab yang amanahkan.

Melihat kepada semangat dan komitmen semua guru dan kakitangan warga sekolah
dalam melaksanakan tugas mereka serta sokongan dan dokongan semua pihak maka
guru besar berkeyakinan untuk menyelesaikan isu penguasaan semua murid dalam
akademik ke tahap 100% murid mencapai minimum C dalam semua mata pelajaran.
Disamping itu juga, jaringan dan jalinan dengan pihak NGO perlu lebih luas lagi bagi
mendapat perkongsian ilmu dan dana dalam membantu pihak sekolah mengikut prosedur
yang betul.

110

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

5.0 RUJUKAN
Mahmuddin. (2010). Mencipta Lingkungan Pembelajaran yang kondusif. Retrieved from
http://mahmuddin.Wordpress.co
Malaysia, K. P. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rahim, S. A. (2003). Komunikasi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

111

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

KEUTUHAN PERMUAFAKATAN DENGAN SUMBER LUAR
MEMANFAATKAN ORGANISASI

Soon Siew Keaw
Ambilan 1/2015

Guru Besar
SJKC Eng Chuan, Pulau Pinang

ABSTRAK

Laporan ini disediakan untuk berkongsi keberkesanan dan keberhasilan pengurusan
perhubungan luar dalam pembangunan sekolah. Beberapa cara pengumpulan data yang
merangkumi pemerhatian, soal selidik, temubual dan analisis dokumen telah dijalankan untuk
menghasilkan laporan ini. Dapatan kajian keperluan telah mendapati prestasi murid dalam ko-
kurikulum adalah kurang memuaskan. Malah, sekolah tidak mempunyai sesuatu identiti khas
yang tersendiri untuk mencerminkan keunikan sekolah disebabkan sekolah ini adalah sekolah
SKM. Sekolah ini bukan sahaja kekurangan bilangan murid, bahkan juga kekurangan sumber
tenaga dan sumber kewangan bagi menjayakan sesuatu program. Masalah serba kekurangan
ini telah menyekat pembangunan sekolah. Justeru, untuk membangunkan sekolah, pengurusan
perhubungan luar perlu diutamakan. Oleh yang demikian, kerjasama dan jaringan yang erat
dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dipercayai dapat membawa perubahan yang
mendadak dan memberi manfaat kepada pihak sekolah. Sekolah telah mengadakan inisiatif
untuk bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta bagi mendapatkan dana
dan sumber tenaga agar Program Go Green dapat dilaksanakan dengan berkayanya. Impak
daripada Program Go Green dan pengurusan perhubungan luar telah membantu sekolah
memperoleh Johan dalam Pertandingan Kitar Semula pada tahun 2016 dan 2017.

Kata Kunci: perhubungan luar, kokurikulum, sumber tenaga, kewangan, Go Green

1.0 PENGENALAN

Pengurusan perhubungan luar memainkan peranan penting dalam pembangunan
sesebuah organisasi terutamanya dalam era globalisasi ini. Oleh kerana sekolah adalah
sebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks, maka sekolah perlu mewujud
dan mengekalkan hubungan yang erat dengan pihak luar. Pengurusan perhubungan luar
yang berkesan adalah bergantung kepada keberkesanan pihak sekolah dan pihak luar
saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam menjayakan sesuatu projek. Walau
bagaimanapun, inisiatif untuk membina kesefahaman dan perkongsian matlamat adalah
amat sukar pada peringkat permulaan, namun, SJKC Eng Chuan dapat membuktikan
kejayaan tersebut melalui beberapa projek yang dilaksanakan seperti Anugerah Sekolah
Hijau dan Pertandingan Kitar Semula. Faktor permuafakatan yang erat, kolaboratif
dan saling menghormati melalui pengurusan perhubungan luar yang berkesan telah
menyebabkan banyak usaha telah berjaya dilaksanakan. Hal ini membuktikan SJKC Eng
Chuan telah selangkah lebih dekat dalam mencapai Anjakan ke-9 dalam PPPM.

SJKC Eng Chuan adalah sekolah kurang murid yang menghadapi masalah kekurangan
sumber tenaga dan sumber kewangan. Kekurangan sumber-sumber tersebut adalah
cabaran bagi SJKC Eng Chuan untuk melaksana serta menjayakan projek yang besar.

112

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Malah, setiap tenaga pengajar di sekolah ini terpaksa menghadapi pelbagai jenis
hambatan untuk memikul tugasan dan tanggungjawab di sekolah ini. Tambahan pula,
masa dan tenaga setiap pengajar adalah terhad. Justeru, adalah wajar untuk melibatkan
sumber luar dalam membantu menyelesaikan masalah sekolah.

Pada tahun 1959, murid-murid telah dipindah dari bangunan Eng Chuan Tong ke bangunan
sekolah baharu dua tingkat yang terletak di Lebuh Katz, Georgetown, Pulau Pinang.
Pada tahun tersebut juga, seramai 33 orang murid tahun 6 telah mencapai peratusan
kelulusan 100% dengan pencapaian 13 orang murid mendapat A dalam semua subjek.
Pada tahun 1964, enrolmen murid meningkat dan melebihi 1000 orang. Sebanyak 24
kelas dibuka untuk dua sesi. Walau bagaimanapun, enrolmen murid menurun dengan
mendadak dari tahun 1980-1994 disebabkan oleh pemindahan penduduk ke kawasan
perumahan baharu. Pada tahun 2017, SJKC Eng Chuan hanya terdapat seramai 51
orang murid, 11 orang guru dan 7 orang staf bukan guru sahaja.

Tujuan pihak sekolah mengekalkan hubungan yang erat dengan pihak luar adalah untuk
membina etos atau watak sekolah; mewujudkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan
guru dan kakitangan; meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti; meningkatkan
kompetensi guru dalam aktiviti; meningkatkan kerjasama antara sekolah dan agensi
luar atau komuniti; menyediakan insentif dan pengiktirafan kepada kejayaan murid serta
membolehkan murid menghargai alam sekitar. Fokus utama kerjasama pihak sekolah
dengan pihak luar adalah lebih menjurus kepada peningkatan untuk mencapai prestasi
ko-kurikulum yang tinggi. Penglibatan pihak luar secara tidak langsung telah menjadi
teladan kepada murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum.
Secara realistiknya, pencapaian prestasi kokurikulum yang baik dapat ditunjukkan melalui
pengurusan perhubungan luar yang cekap dan efektif. Selain itu, hal ini dapat membantu
pihak sekolah membentuk satu identiti khas dalam bidang kokurikulum. Tanpa unsur
saling bergantungan di antara satu sama lain bagai pepatah Melayu seperti aur dengan
tebing, sekolah tidak mampu memainkan peranan yang berkesan untuk mencapai
kejayaan yang memberangsangkan dalam pelbagai projek.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Idea program Go Green tercetus setelah pihak sekolah dapat mengesan alumni yang
dapat menyumbang sumber tenaga dan komitmen guru yang berminat dalam pertanian.
Selain itu, inisiatif sekolah dalam menyertai Pertandingan Sekolah Hijau dan Pertandingan
Kitar Semula juga mendorong kepada kewujudan program Go Green yang dijalankan
sepanjang tahun. Matlamat utama pihak sekolah menyertai pertandingan tersebut
adalah untuk mencapai prestasi kokurikulum yang tinggi. Selain itu, pihak sekolah
juga berharap dengan pelibatan dalam pertandingan tersebut dapat membentuk satu
watak khas sebagai lambang identiti sekolah. Sebelum kewujudan program ini, sekolah
langsung tidak menunjukkan sebarang kekuatan atau prestasi yang menonjol dalam
bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Oleh itu, guru besar mengambil keputusan
untuk menyertai pertandingan tersebut dengan harapan semua warga sekolah dapat
bersatu hati berkongsi satu matlamat dan seterusnya mewujudkan satu watak khas yang
menonjol.

Untuk memastikan kejayaan pelaksanaan program Go Green, guru besar telah mendapat
bantuan daripada Pertubuhan Happy Move untuk mengajar dan melatih semua guru dan
murid tahun 4, 5 dan 6 dalam kemahiran membuat tapak kompos, menanam dan menjaga

113

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

tumbuh-tumbuhan. Di samping itu, bantuan daripada pihak luar seperti ahli-ahli Lembaga
Pengurus Sekolah, bekas murid SJKC Eng Chuan dan ibu bapa turut serta dalam
menyiapkan tapak, menanam dan memberi sokongan kewangan untuk menjalankan
program ini. Komuniti setempat seperti penjual sayur-sayur memberi sisa sayur-sayuran,
pengusaha kantin sekolah membekalkan sisa-sisa makanan dan pengusaha makanan
turut menyumbangkan kulit telur untuk membuat baja kompos.

Program Go Green merangkumi 3 projek utama, iaitu Projek Hands On yang berlangsung
selama 3 bulan, Projek Ceria-Ceria Sekolah Ku dan Projek Win You, Win Me yang
berlangsung sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, cabaran besar semasa memulakan
program ini adalah pada masa itu semua guru tiada kemahiran dalam bidang pertanian
dan tiada tapak yang sesuai. Untuk memberi kemahiran dan pengetahuan kepada guru-
guru dan murid-murid, pihak sekolah terpaksa menghubungi Pertubuhan Happy Move
supaya mereka dapat datang ke sekolah untuk melatih guru-guru dan murid-murid.
Selain itu, pihak sekolah juga meminta bantuan daripada bekas murid-murid dan pekerja
sekolah untuk membina tapak penanaman. Terdapat juga usaha guru-guru sekolah
untuk mendapatkan sisa-sisa sayur yang diperlukan untuk membuat baja kompos di
pasar yang berdekatan. AJK Lembaga Pengurus juga memberi sumbangan kewangan
untuk menjalankan program tersebut. Oleh kerana penilaian Pertandingan Sekolah Hijau
dan Pertandingan Kitar Semula dinilai daripada pelbagai aspek, maka penglibatan dan
kerjasama dengan agensi luar amat diperlukan dan bukan hanya sekadar bergantung
kepada tenaga pengajar yang terhad untuk menjayakan program sekolah hijau.

3.0 IMPAK AMALAN

Hasil daripada program ini, guru dan murid lebih berkemahiran dalam bidang perkebunan
sehingga membawa kepada beberapa kejayan seperti Johan dalam Kitar Semula
Sekolah Rendah peringkat Pulau Pinang pada tahun 2016 dan 2017, Johan dalam Sudut
Kitar Semula pada tahun 2017, Anugerah Khas dalam Kecekapan Sumber Asli, tempat
kedua dalam Pertandingan Kitar Semula di peringkat negeri pada tahun 2017 (PerKISS)
dan Pingat Emas dalam pertandingan Anugerah Hijau pada tahun 2016. Kejayaan
yang paling besar ialah kesemua program yang dijalankan ini telah dapat mengeratkan
hubungan luar dan harmoni dalam kalangan guru dan murid. Semua warga SJKC Eng
Chuan telah dapat membina semangat mencintai alam, bekerjasama dan bersepakat.
Kejayaan yang paling menonjol sekali adalah menjadikan sekolah hijau sebagai watak
sekolah serta pengiktirafan diberi kepada komuniti yang telah memberikan sumbangan.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PADA MASA HADAPAN

Beberapa cadangan penambahbaikan telah mula dilaksanakan seperti tanaman
hidroponik iaitu menanam tumbuhan dalam bilangan yang besar. Selain itu, terdapat
juga usaha untuk membangunkan sekolah dengan hala tuju yang jelas agar dapat
meningkatkan prestasi akademik dan prestasi dalam bidang sukan di sekolah ini.

114

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

5.0 RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidiakn Malaysia
2013-2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah
Malaysia (SKKSM).
Sarana Ibu bapa, (2013), Kementerian Pendidikan Malaysia. Retrieved from https://www.
slideshare.net/mohdsaifulhishamjasni/sarana-ibu-bapa-kpm

115

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

KEMENJADIAN MURID DAN MUAFAKAT KOMUNITI MENJANA
TRANSFORMASI SEKOLAH

Suriyati binti Amit
Ambilan 2014
Guru Besar

SK Pujut Corner, Miri, Sarawak.

ABSTRAK

Aspek kemenjadian murid perlu menjadi salah satu keutamaan dalam dasar Transformasi
Nasional 2050 (TN50) bagi mewujudkan generasi masa depan berkemahiran tinggi untuk
memenuhi keperluan negara. Kemenjadian murid merupakan aspek penting dalam kerangka
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang akan menjadi pemangkin ke arah hasrat negara
menuju TN50. SK Pujut Corner merupakan sebuah sekolah yang terletak dalam kawasan
setinggan di tengah bandar raya Miri. “SK Pujut Sampah”. Itulah gelaran yang terpaksa dipikul
oleh sekolah ini sejak sepuluh tahun lampau. Dilatari dengan demografi masyarakat setinggan
dan miskin, ditambah pula terletak di penjuru pusat pembuangan sampah, sudah cukup
menggambarkan seburuk mana imej sekolah ini sejak ditubuhkan pada tahun 1965. Justeru,
satu strategi telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini. Pihak kepimpinan sekolah telah
menggunakan kekuatan sekolah iaitu kemenjadian murid dan muafakat komuniti sebagai
sumber untuk menjana transformasi sekolah. Pihak sekolah telah menggerakkan seluruh
jentera komuniti dalam menjalankan aktiviti di sekolah iaitu ibu bapa, media massa, pemimpin
masyarakat, NGO dan badan berkanun. Hasilnya, guru-guru lebih bersemangat dan ceria
dalam menjalankan tugas dan komited. Infrastruktur sekolah telah dinaik taraf. Dewan tertutup
dan dewan terbuka telah dibina untuk keselesaan mruid. Kemenjadian sahsiah murid semakin
menyerlah, sekolah telah mencapai sifar masalah disiplin berat dan murid-murid berjaya dididik
untuk mematuhi peraturan sekolah.

Kata Kunci: kepimpinan sekolah, muafakat komuniti, infrasturktur sekolah

1.0 PENGENALAN

Aspek kemenjadian murid perlu menjadi salah satu keutamaan dalam dasar Transformasi
Nasional 2050 (TN50) bagi mewujudkan generasi masa depan yang berkemahiran tinggi
untuk memenuhi keperluan negara. Kemenjadian murid merupakan aspek penting
dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang menjadi pemangkin ke
arah hasrat negara menuju TN50. Mengambil semangat dari pepatah nenek moyang,
“Muafakat Membawa Berkat”, sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama
akan menghasilkan sesuatu yang baik. SK Pujut Corner dianugerahkan permuafakatan
yang jitu dan padu dari segenap lapisan masyarakat. Dua kekuatan utama SK Pujut
Corner ialah kemenjadian murid dan pemuafakatan komuniti yang menjadi sumber untuk
menjana transformasi sekolah.

1.1 Latar belakang sekolah

SK Pujut Corner merupakan salah sebuah sekolah kategori sekolah bandar gred A
yang mula beroperasi pada tahun 1965 dan telah menjangkau usia 53 tahun. SK

116

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Pujut Corner merupakan sebuah sekolah yang terletak dalam kawasan setinggan
di tengah bandar raya Miri. Sekolah ini mempunyai 1011 orang murid yang terdiri
daripada pelbagai jenis kaum dan agama. Murid-murid terdiri dari 33 suku kaum
yang datang dari seluruh pelosok negeri Sarawak. Seterusnya, sekolah ini dipimpin
oleh guru besar yang berkaliber dengan kekuatan 61 orang guru iaitu 7 orang guru
lelaki dan 54 guru perempuan dari serata negeri serta dibantu oleh 5 orang staf
sokongan. Walaupun pencapaian sekolah adalah pada tahap sederhana dalam
bidang akademik dan kokurikulum namun warga sekolah terus berusaha sedaya
upaya untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah ke peringkat yang terbaik.

1.2 Rasional

Rasional pemilihan amalan terbaik ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu :

1. Memastikan murid yang menuntut ilmu di sekolah ini mendapat akses pendidikan
yang sempurna bagi memenuhi Anjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia.

2. Memastikan infrastruktur serta prasarana kelas pertama berupaya memberikan
keselesaan kepada warga sekolah khususnya guru dan murid bagi menjalankan
proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan lebih efisien.

2.0 INOVASI

2.1 Ibu bapa

Untuk melaksanakan amalan terbaik ini, sekolah telah mengambil pendekatan
dengan melibatkan ibu bapa dalam beberapa aktiviti sekolah seperti gotong-
royong, Mesyuarat Agung PIBG, Bacathon, permuafakatan, jurulatih kokurikulum
dalam kalangan ibu bapa dan membantu guru mengurus kelas. Aktiviti yang
dijalankan mengambil kira masa lapang ibu bapa agar aktiviti yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Pihak sekolah berbesar hati untuk melaksanakan
aktiviti pada sebelah malam kerana kekangan masa daripada pihak ibu bapa.

2.2 Media massa

Media massa berperanan penting dalam menyalurkan informasi mengenai dunia
pendidikan kepada umum. Pihak sekolah mengambil inisiatif dengan melibatkan
media massa untuk berkongsi dan menyalurkan informasi tentang aktiviti sekolah
bersama masyarakat luar.

2.3 Pemimpin masyarakat

Pemimpin masyarakat banyak membantu dan menyumbang dari segi kewangan
dan tenaga dalam menaik taraf prasarana SK Pujut Corner seperti dewan terbuka,
bilik guru dan pejabat pentadbiran.

2.4 NGO dan Badan Berkanun

Badan NGO turut terpanggil untuk memberikan sumbangan dalam bentuk alat
tulis, wang tunai, pakaian seragam dan super sarapan kepada murid-murid yang
memerlukan.

117

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

2.5 Tempoh dan masa pelaksanaan
Pelaksanaan Amalan Terbaik dijalankan dalam jangka masa lima tahun bermula
tahun 2015 hingga 2019.

2.6 Cabaran dan kaedah penyelesaian
Cabaran utama yang dihadapi ialah kekurangan dana untuk menaik taraf prasarana
sekolah. Selain itu, komuniti menjauhkan diri daripada sekolah pada era “Pujut
Sampah” disebabkan oleh sikap masyarakat dan keadaan sekolah ketika itu.
Seterusnya, guru berada dalam zon selesa kerana kurangnya pemantauan dari
pihak pengurusan.
Antara kaedah penyelesaian bagi menghadapi cabaran utama tersebut ialah
1. mendekati ibu bapa
2. menyebar luas program sekolah melalui media massa
3. mewujudkan jalinan kerjasama dengan pemimpin setempat
4. meluaskan jaringan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan
berkanun
Kaedah penyelesaian ini bertujuan untuk membantu sekolah dalam merealisasikan
hala tuju sekolah khususnya dalam kemenjadian murid dan muafakat komuniti
dalam menjana transformasi sekolah

3.0 IMPAK
3.1 Anjakan Paradigma Guru
Guru lebih bersemangat dan ceria dalam menjalankan tugas yang diamanahkan
dengan lebih positif dan komited. Justeru itu, guru telah kurang mengambil cuti
rehat khas (CRK) dan cuti sakit.
3.2 Infrastruktur dan Prasarana
Bangunan sekolah seperti kelas-kelas, pejabat, bilik mesyuarat, bilik guru, tandas
guru dan tandas murid telah dinaik taraf. Selain itu, dewan tertutup dan dewan
terbuka telah dibina untuk keselesaan murid.
3.3 Kemenjadian Murid dalam Kokurikulum

Rajah 1: Pencapaian Kokurikulum

118

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

3.4 Kemenjadian dalam Sahsiah Murid
Murid menunjukkan kemenjadian dalam sahsiah dengan menerapkan budaya
memberi salam kepada guru dan pelawat. Mereka juga diajar agar sentiasa
menghormati pelawat yang datang. Selain itu, sekolah juga telah mencapai sifar
masalah disiplin berat dan murid-murid berjaya dididik untuk mematuhi peraturan
sekolah.

3.5 Kemenjadian Murid dalam Kurikulum
Dalam kemenjadian kurikulum, sekolah telah menunjukkan peningkatan dalam
UPSR. Peratus lulus telah meningkat daripada 46.43% pada tahun 2014 kepada
51.79% pada tahun 2015. Pada tahun 2016, menunjukkan peningkatan yang ketara
dalam keputusan UPSR kepada 57.47%. Pihak sekolah juga telah menerima dua
Sijil Usaha Gigih pada tahun 2015 dan 2016 atas peningkatan prestasi UPSR
daripada Pengarah Pendidikan Sarawak. Selain itu, sekolah juga menerima Sijil
Penurunan Gred Purata Sekolah.

Rajah 3: Carta Pencapaian Peratus UPSR 2014-2016

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
4.1 Kolaboratif
Dalam melonjakkan kemenjadian murid, SK Pujut Corner, Miri telah bercadang untuk
mengadakan sesi kolaboratif bersama-sama dengan pengetua sekolah menengah
supaya amalan terbaik ini terus menjadi amalan hidup sekali gus menggambarkan
keperibadian dan sahsiah yang dapat dijadikan contoh kepada masyarakat luar.
Dalam erti kata lain, pihak sekolah dengan penuh harapan agar produk keluaran
SK Pujut Corner bukan sahaja dikenali dengan kecemerlangan dari segi akademik
mahupun kokurikulum, namun keperibadian yang diterapkan dari awal lagi terus
dipandang tinggi oleh masyarakat luar. Nescaya, program-program yang dianjurkan
ini mampu melahirkan insan yang berkepimpinan dan serta serba boleh dalam
mengharungi gelombang pendidikan yang semakin mencabar.

4.2 Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
Seterusnya, bagi merealisasikan amalan terbaik ini terus berpanjangan, pihak
sekolah juga telah bercadang untuk mengadakan lawatan penandaarasan bagi

119

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

membuka mata dan minda warga sekolah. Tujuan utama pihak sekolah adalah
untuk menerapkan nilai-nilai murni yang dapat dipelajari melalui setiap lawatan
yang diadakan agar guru-guru menjadikan pengalaman ini sebagai panduan dalam
membina sahsiah murid sekali gus membentuk kemenjadian murid.
Pihak sekolah berharap agar setiap lawatan yang diadakan memberi impak positif
kepada diri murid dalam melahirkan insan yang berguna dan serba boleh tidak
kira dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Negara.

5.0 PENUTUP
SK Pujut Corner terus komited meneruskan usaha menjalinkan muafakat bersama
komuniti untuk melahirkan murid yang berketerampilan sejajar dengan enam Aspirasi
Murid (PPPM 2013 -2025). SK Pujut Corner turut giat meneroka peluang-peluang dan
wahana baharu dalam usaha menjadikan sekolah ini sebagai sekolah pilihan yang
berjaya melahirkan insan yang berkualiti dan seimbang bagi memenuhi Aspirasi Negara.

6.0 RUJUKAN
Chan, Y. F. (2003). Pendekatan penilaian: satu tinjauan dari aspek kesesuaiannya dalam
penilaian program latihan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 13(1):65-
81.
Ibrahim Mamat. (1996). Reka bentuk dan pengurusan latihan - konsep dan amalan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Institut Aminuddin Baki. 1992. Penilaian program (Ed. Pertama): Institut Aminuddin Baki,
Sri Layang, Genting Highlands.

120

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

PIBK MAKES SESIGA GREAT

Zabidah Binti Sulaiman
Ambilan 1/2014
Guru Besar

SK Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu.

ABSTRAK

Pelibatan ibu bapa komuniti (PIBK) makes SESIGA great merupakan satu inisiatif untuk
merealisasikan perkongsian ilmu, kepakaran, pandangan, motivasi bagi mengoptimumkan
kemenjadian murid dan memantapkan mutu kecemerlangan sekolah. Program ini dapat
melestarikan ekosistem pembelajaran dalam menghadapi cabaran gelombang kedua PPPM
2016 –2020. Di negara kita, kira-kira satu perempat daripada masa murid dihabiskan di sekolah.
Oleh itu, keutamaan kini adalah melakukan anjakan daripada sistem sekolah kepada sistem
pembelajaran dengan melibatkan ibu bapa, komuniti dan masyarakat sebagai rakan dalam
membantu pembelajaran murid. Pelaksanaan PIBK dengan menubuhkan jawatankuasa yang
dianggotai oleh warga sekolah, ibu bapa, komuniti, NGO, tokoh-tokoh korporat, merancang
dan melaksanakan aktiviti sepanjang tahun bagi menjalinkan hubungan bersama ibu bapa
dan komuniti. Kerjasama antara sekolah dengan komuniti telah membantu perkembangan,
kejayaan dan kemajuan murid-murid sekolah, melahirkan murid yang seimbang dalam
akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Kata Kunci: pelibatan komuniti, pembelajaran murid

1.0 PENGENALAN

Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang diamalkan oleh
pentadbir sekolah. Kemenjadian dan keberhasilan pencapaian sekolah pada masa akan
datang dicorakkan dengan penambahbaikan yang dilakukan pada masa sekarang. Dalam
menghadapi transformasi pendidikan, penambahbaikan perlu dilaksanakan selaras
dengan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia
(PPPM). Guru besar merupakan pemimpin sekolah yang berperanan dan merasa amat
bertanggungjawab untuk memastikan sekolah yang dipimpin berada di landasan yang
betul demi mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi dan diimpikan selaras dengan
kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga menjadi sebuah sekolah
berkesan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Peluasan pelibatan ibu bapa dan komuniti (PIBK) di SK Pasir Gajah (SESIGA)
merupakan satu elemen yang diterap dan diamalkan kerana ia merupakan elemen yang
amat penting dalam menyokong pelaksanaan PdPc kurikulum, kemenjadian murid dan
kokurikulum di sekolah. Kerjasama di antara sekolah, ibu bapa dan komuniti (PIBK)
dapat membantu perkembangan serta kemajuan murid serta sekolah secara berterusan
ke arah melahirkan warganegara Malaysia yang berpendidikan, berhemah, bersahsiah
dan bertanggungjawab. Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
gelombang kedua, anjakan yang ke-9, aspek pelibatan PIBK bersama pihak sekolah
menjadi tonggak utama dan amat ditekankan di semua sekolah yang menjadi amalan
dan budaya di sekolah. Aspek itu juga menjadi keutamaaan dalam kemenjadian sekolah,
murid berserta warganya.

121

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

1.1 Latar Belakang Sekolah

SK Pasir Gajah adalah sebuah sekolah yang terletak kira-kira 17km dari bandar
Chukai, Kemaman dan didirikan atas tanah seluas 3.7 hektar. Pada asalnya, SK
Pasir Gajah mempunyai 4 buah bangunan yang mengandungi 8 buah bilik darjah,
sebuah perpustakaan dan sebuah kantin. SK Pasir Gajah mempunyai sejarah
yang tersendiri yang bermula dengan sebuah bangunan asal yang berupa sebuah
bangsal kayu yang dibina secara gotong-royong pada tahun 1937. Pada tahun 1939
pula dibina bangunan baharu bagi menggantikan bangsal tersebut yang diperbuat
daripada kayu. Namun begitu peranan PIBG membantu dari segi sumbangan
kepada pelajar yang bermasalah kewangan disamping bantuan dari kerajaan
seperti RMT, SBT dan KWAM. Pihak sekolah sentiasa mempunyai aspirasi yang
tinggi dan berusaha dengan gigih untuk meletakkan sekolah berada di tahap ‘duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan sekolah-sekolah lain. Pihak sekolah telah
membuat pelan strategik dalam semua bidang pengurusan pendidikan seperti
pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Walaupun berhadapan
dengan berbagai kesulitan dan masalah, sokongan oleh semua pihak mengubah
ancaman dan kelemahan sebagai peluang dan kekuatan untuk mencapai visi dan
misi sekolah.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Pelibatan PIBK merupakan satu inisiatif dalam usaha merealisasikan perkongsian ilmu,
kepakaran, pandangan dan motivasi bagi memantapkan lagi mutu kecemerlangan
sekolah. Antara amalan terbaik yang dapat dikongsikan adalah dalam peluasan pelibatan
PIBK dengan kejayaan sekolah. Peranan guru besar yang merupakan pemimpin dan
pengurus sekolah merupakan faktor penting dalam mendorong pelibatan PIBK dalam
iklim pembelajaran di sekolah bagi mengoptimumkan kemenjadian murid di sekolah.

Sehubungan dengan itu, pelibatan PIBK akan menjadi lebih berkesan dalam menyokong
pendidikan sekolah jika wujudnya hubungan kerjasama yang konkrit dan efektif dengan
pihak sekolah yang dipimpin oleh guru besar di SK Pasir Gajah (SESIGA) Kemaman.
Keberkesanan sekolah diukur melalui pencapaian berdasarkan kriteria tertentu bagi
menghasilkan impak yang dihasratkan. Selain daripada kepimpinan yang berkesan,
ia juga bergantung kepada kebijaksanaan sebagai seorang pemimpin dan pengurus
sekolah dalam mengembeleng tenaga dan minda bersama-sama warga sekolah dan
PIBK untuk mencapai apa yang dihasratkan selaras dengan visi dan misi sekolah yang
sealiran visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Guru besar bertanggungjawab dalam memimpin ke arah kecemerlangan sekolah.
Pelbagai usaha yang telah dilakukan dalam meluaskan pelibatan dan kerjasama komuniti
dalam pendidikan di sekolah. Ini sekaligus menunjukkan keperihatinan komuniti dan juga
sekolah terhadap usaha dalam membentuk dan mendidik generasi pada masa akan
datang. Selain dari itu, perlu menggunakan sepenuhnya sumber dan kekuatan yang ada
dalam mendapat sokongan daripada ahli sistem sosial di sekolah dan masyarakat luar. Di
antara matlamat dalam peluasan pelibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi
mewujudkan kerjasama dan perkongsian pintar yang lebih mantap dan akrab supaya
sistem pendidikan di sekolah mencapai kejayaan. Pelibatan ibu bapa dan komuniti (PIBK)
telah menyokong ekosistem pembelajaran sekolah dalam membentuk dan mendidik
generasi masa depan. Selain dari itu, pelibatan ibu bapa dan komuniti (PIBK) dapat

122

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

menjayakan matlamat dan hala tuju murni melalui sumbangan idea, tenaga, bahan atau
peralatan serta wang ringgit.

2.1 Rasional di Sebalik Amalan Pelibatan Komuniti

Pelibatan PIBK yang dijalin amat bertepatan dengan PPPM yang merupakan
elemen yang ke-9 dan amat penting dalam pelaksanaan PdPc guru-guru di
sekolah. Kerjasama ini telah membantu perkembangan, kejayaan dan kemajuan
murid-murid sekolah secara berterusan ke arah melahirkan murid yang seimbang
di dalam kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah diri mereka. Peranan
guru besar merupakan pengerak yang utama dalam menggerakkan hala tuju dan
matlamat yang diingini bersama PIBK.

2.3 Strategi Pelaksanaan

Bagi mencapai hasrat dalam menjayakan pelibatan PIBK ini dengan pihak sekolah,
strategi pelaksanaan telah dibuat dengan teliti. Antara strategi pelaksanaan yang
telah dilaksanakan dalam mencapai pelibatan PIBK adalah dengan sentiasa turun
padang dan menggunakan kemahiran komunikasi seperti kaedah perundingan,
jalinan, jaringan hubungan yang melibatkan di antara pihak sekolah dengan ibu
bapa dan komuniti luar agar ia dapat menjadi semakin utuh dalam mendapat
kepercayaan daripada mereka. Semuanya ini dilaksanakan dengan begitu teliti. Bagi
melancarkan perjalanan hubungan dari semasa ke semasa, dengan mengadakan
perancangan dengan menubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh warga
sekolah, ibu bapa, komuniti, NGO, tokoh-tokoh korporat, sukan dan politik dan
mengadakan mesyuarat yang berkala serta merancang dan membincangkan
program-program serta aktiviti-aktiviti sepanjang tahun demi memperkukuhkan
persekitaran konduksif dan bermakna di sekolah.

2.4 Cabaran dan Kaedah Penyelesaian

Selaku guru besar, dalam menjayakan hala tuju serta matlamat ini banyak pelbagai
cabaran, halangan dan tentangan. Kewangan merupakan masalah yang namun ia
dapat diselesaikan dengan jalinan dan hubungan yang baik dengan komuniti dan
juga tokoh-tokoh korporat. Sebelum ini kehadiran ibu bapa, komuniti serta NGO
agak kurang untuk bersama di setiap program sekolah. Bagi mengatasinya sentiasa
memberi komitmen kepada ibu bapa dan komuniti (PIBK) dalam membangunkan
dan pencapaian mereka melalui koloborasi dan turun padang serta sentiasa
berkongsi amalan terbaik bersama mereka. Bagi memastikan komitmen ibu bapa
dan komuniti (PIBK) dapat dilaksanakan berterusan dan berkesan, usaha yang
berterusan melibatkan individu-individu, agensi, tokoh dalam pelbagai tahap dan
bidang untuk dimanfaatkan dalam organisasi.

3.0 IMPAK AMALAN

Hasil daripada amalan pelibatan PIBK telah memberi impak yang sangat besar kepada
sekolah daripada pelbagai aspek seperti tajaan juga sumbangan sama ada bentuk
kewangan, tenaga kerja, perkongsian ilmu, kepakaran, pandangan dan juga motivasi
kepada seluruh warga sekolah dan sekolah. Selain dari itu juga, amalan pelibatan PIBK
juga telah membantu perkembangan, kejayaan dan kemajuan murid-murid sekolah dalam

123

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

melahirkan murid yang seimbang didalam kecemerlangan akademik, kokurikulum dan
sahsiah diri mereka. Warga sekolah juga telah semakin berkeyakinan dalam pergaulan
serta berani dalam menghadapi sebarang bentuk cabaran di dalam pertandingan.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi melancarkan lagi peluasan pelibatan PIBK ini, pihak sekolah telah merancang untuk
membina sebuah bilik pengurusan PIBK dan dijadikan bilik operasi dan bilik gerakan serta
bilik mesyuarat. Bilik ini juga akan menempatkan semua bahan-bahan yang berkaitan
dengan PIBK seperti bahan pameran dan info yang berkaitan dengan pelibatan ibu bapa
dan komuniti (PIBK) ini.

5.0 KESIMPULAN
Guru besar perlu memainkan peranan dalam menentukan halatuju serta matlamat
sekolah dalam mengesan dan mengenalpasti apa yang diperlukan untuk membuat
perubahan dan penambahbaikan dalam sebarang kekurangan atau kelemahan yang
ada. Pelibatan PIBK juga memerlukan pendekatan yang berbeza. Selain dari itu, guru
besar perlu bersedia untuk menyesuaikan diri untuk bersama ibu bapa, komuniti, NGO
dan tokoh-tokoh telah memberi impak yang positif dari segi outcome dan output.

6.0 RUJUKAN
Hussein Ahmad (2007). “Babitkan Ibu Bapa Dalam Pembelajaran”. Pendidik. 41. 38-39.
Sanders, M.G. dan Epstein, J.L. 1998. School-Family-Community Partnerships in Middle
and High Schools: From Theory to Practice. Report No. 22. The Center for Research
on the Education of Students Placed At Risk (CRESPAR) Dlm. http://www.csos.jhu.
edu/crespar/techreports/report22.pdf. 3 April 2016.
Alimuddin Mohd Dom (2006). Meningkatkan Prestasi Sekolah Melalui Kerjasama Dengan
Ibu Bapa dan Komuniti Setempat. Edisi Pertama. Putrajaya: Kementerian Pelajaran
Malaysia, 7 – 14.

124

BAHAGIAN 4:
SUMBER MANUSIA

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

SISTEM PENGURUSAN DATA DAN MAKLUMAT DALAM TALIAN
(e-DaMaT)

Ab Aziz bin Mamat
Ambilan 2015
Pengetua

SMK Putrajaya Presint 16(1), Putrajaya

ABSTRAK

Penulisan ini bertujuan membincangkan isu berkaitan pengurusan data dan maklumat dalam
sesebuah organisasi. Data dan maklumat merupakan rekod organisasi yang juga menjadi
evidens dan rujukan untuk penambahbaikan organisasi. Keperluan untuk mewujudkan sistem
pengurusan data dan maklumat menjadi semakin penting dalam organisasi pendidikan kerana
sumber primer data dan maklumat datangnya daripada semua pegawai dalam organisasi.
Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan proses kemasukan serta
penyebaran data dan maklumat dilaksanakan dengan lebih mudah, pantas dan efektif. Proses
perekodan dan penyimpanan juga menjadi semakin efektif. Sistem Pengurusan Data dan
Maklumat Dalam Talian (e-DaMat) diperkenalkan sebagai satu wahana bagi mengupayakan
guru-guru merekod pelbagai data dan maklumat untuk pelbagai pelaporan secara sistematik,
mudah dan efektif. Dapatan daripada pelaporan ini pula akan disebar luas kepada pelbagai
pihak yang berkepentingan secara elektronik serta disimpan secara sistematik untuk
dokumentasi dan rujukan masa depan. Sistem ini bukan sahaja memudahkan pelaporan oleh
guru-guru, tetapi juga menjimatkan masa dan kos kepada organisasi. Sistem ini juga selaras
dengan pelbagai dasar, galakan dan promosi oleh kerajaan Malaysia untuk mewujudkan
sistem tadbir urus yang berintegriti, telus, cekap dan efektif. Inisiatif ini juga adalah selaras
dengan inisiatif kerajaan elektronik yang dipromosikan oleh kerajaan Malaysia dan sebagai
persediaan menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0. Sistem ini juga amat penting untuk
membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan guru untuk melaksanakan kerja seharian,
sekaligus meringankan beban kerja perkeranian kerana sistem ini ramah pengguna, boleh
diakses dari mana-mana tempat dan menepati ciri-ciri pengurusan abad ke-21.

Kata Kunci: Pengurusan data dan maklumat dalam talian, Rekod organisasi, Menjimatkan
masa dan kos

1.0 PENGENALAN

Pengurusan data dan maklumat adalah sangat penting di dalam sesebuah organisasi
dan melibatkan pelbagai pihak. Data dan maklumat perlu dikumpul, disebar dan
didokumentasikan sebagai bukti yang sangat penting untuk kelangsungan sesebuah
organisasi. Sekolah sebagai organisasi pendidikan yang melibatkan banyak pihak, adalah
penting untuk menyediakan mekanisme pelaporan, penyebaran dan pendokumentasian
data dan maklumat yang memenuhi ciri-ciri antaranya mudah untuk diakses, boleh
digunakan dengan pantas daripada pelbagai lokasi, penyebaran data dan maklumat
boleh dilakukan dengan segera dan meluas serta mudah untuk didokumentasikan.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sangat pesat
memungkinkan kaedah kemasukan, penyebaran dan pendokumentasian data dan
maklumat dapat dilaksanakan secara lebih cepat, berkesan dan menjamin integriti data.

126

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

1.1 Latar Belakang Sekolah

SMK Putrajaya Presint 16(1) merupakan SMK yang ketiga di Putrajaya. Sekolah
ini mula beroperasi pada 6 Januari 2003. Sekolah ini juga menawarkan Kelas
Aliran Agama (KAA) untuk murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan subjek Mata
Pelajaran Vokasional (MPV) iaitu Teknologi Pemprosesan Makanan untuk murid
tingkatan 4 dan 5. Mata pelajaran Sains Komputer juga ditawarkan untuk murid
tingkatan empat dan lima, selain subjek elektif yang lain. Sebanyak 32 kelas iaitu
enam kelas bagi tingkatan1 hingga 3 dan tujuh kelas untuk tingkatan 4 dan 5.
Jumlah guru seramai 78 orang manakala murid pula berjumlah 864 orang. SMK
Putrajaya Presint 16(1) telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
untuk terlibat dalam program Transformasi Sekolah 2025 atau TS25 Kohort 1 pada
tahun 2015.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan inovasi sebagai sesuatu yang baharu
diperkenalkan meliputi kaedah, sistem, adat dan lain-lain. Dalam konteks ini, inovasi
merujuk kepada Sistem Pelaporan Data dan Maklumat Dalam Talian atau ringkasnya
e-DaMat iaitu satu bentuk atau kaedah pelaporan data dan maklumat berasaskan
aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Objektif utama e-DaMat adalah untuk
menambah baik, memudahkan pelaporan serta meningkatkan keberkesanan sistem
pelaporan yang diamalkan dalam tadbir urus sekolah. Pelaporan data dan maklumat
dalam talian meliputi Pelaporan Aktiviti Murid (PAM), Pelaporan Guru Bertugas Harian
(GBH), Pelaporan Tugas Tambahan Guru (TTG), Pelaporan Kelas Ganti (PKG),
Pelaporan Minit Curai (PMC), Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan Bicara
Kaunselor (BK).

e-DaMat telah dilaksanakan pada Mei 2015 secara berperingkat dan Rancangan
Pelajaran Harian (RPH) dalam talian telah dilaksanakan pada Januari 2016. Ia berfungsi
dan berperanan memenuhi empat fungsi utama dalam tadbir urus pengurusan data
dan maklumat sekolah iaitu melapor, merekod, menyebar dan mendokumentasikan
(4M). Pegawai perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab melapor dan merekod
tugas dan tanggungjawab mereka manakala pentadbir berfungsi dan berperanan untuk
menyebar luas maklumat dan data yang dilaporkan untuk makluman, pengetahuan dan
tindakan warga sekolah. Pentadbir juga bertanggungjawab mendokumentasikan semua
data dan maklumat yang dilaporkan untuk rujukann. Prinsip utama e-DaMat ialah semua
data dan maklumat dilaporkan dan direkodkan oleh pemilik utama data dan maklumat
berkenaan boleh dilaporkan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Data dan maklumat
yang dilaporkan boleh diakses secara elektronik oleh semua pihak yang berkepentingan
menggunakan format dan kaedah yang telah ditetapkan oleh pengurusan sekolah.

2.1 Pelaporan Aktiviti Murid (PAM)

PAM secara dalam talian digunakan oleh guru untuk melaporkan pelibatan dan
pencapaian murid pada peringkat sekolah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Aktiviti murid merujuk kepada semua aktiviti yang disertai murid yang melibatkan
pertandingan atau penyertaan murid dalam program kokurikulum, sukan, akademik,
sahsiah dan aktiviti-aktiviti lain. Pelaporan ini merekodkan nama murid yang
terlibat, aktiviti yang disertai, tarikh, tempat dan masa, pencapaian, guru pengiring

127

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

serta maklumat-maklumat lain yang diperlukan untuk penilaian penglibatan
dan pencapaian murid setiap tahun. Data dan maklumat yang dikumpul ini juga
merupakan bukti yang penting untuk pelaporan Standard 3.2 dan 3.3 Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 atau lebih dikenali sebagai SKPMg2.

2.2 Pelaporan Guru Bertugas Harian (GBH)

Pada setiap hari persekolahan, guru tertentu ditugaskan sebagai Guru Bertugas
Harian (GBH) secara bergilir. Tanggungjawabnya menguruskan perhimpunan pagi,
kebajikan dan kesihatan murid, pemeriksaan kebersihan dan keselamatan sekolah
serta tugasan lain yang melibatkan tadbir urus sekolah. Data dan maklumat yang
dilaporkan oleh Guru Bertugas Harian (GBH) amat penting sebagai bukti dan rekod
untuk mendepani pelbagai isu dan persoalan berbangkit. Oleh yang demikian,
adalah penting untuk memastikan semua data dan maklumat pada hari berkenaan
dilaporkan selengkapnya oleh GBH. e-DaMat membolehkan GBH melaporkan
isu dan peristiwa yang berlaku pada hari berkenaan disebar luas kepada warga
sekolah secara elektronik untuk makluman dan tindakan segera sekiranya perlu.
Laporan GBH ini kemudiannya akan didokumentasikan sebagai rujukan di masa
depan. Laporan ini juga adalah bukti penting untuk SKPMg2.

2.3 Pelaporan Tugas Tambahan Guru (TTG)

Guru melaksanakan pelbagai tugas tambahan mengikut arahan dari semasa ke
semasa atau melaksanakan dengan inisiatif sendiri. Contohnya kelas kecemerlangan
atau kelas tambahan atau bimbingan murid atau juga sebagai jurulatih aktiviti
sukan, kelab atau persatuan, badan beruniform atau tugasan lain dilaporkan dalam
sistem ini. Tugas ini pula tidak mengira hari dan tempat, termasuk pada hari cuti
umum. Kerjaya ini menuntut warga pendidik untuk menjadi fleksibel, serba boleh
dan bersedia ke arah melahirkan generasi berwibawa, berketerampilan dan
berpekerti mulia. Data penglibatan guru yang ditakrifkan sebagai tugas tambahan
ini perlu dikumpul, dianalisis dan diberi penghargaan yang sewajarnya. Sebagai
pentadbir sekolah yang membuat keputusan dan pertimbangan berasaskan data
yang sahih dan relevan, adalah penting untuk merujuk data sebelum membuat
penilaian prestasi. Data ini adalah bukti penting untuk PBPPP di SMK Putrajaya
Presint 16(1).

2.4 Pelaporan Kelas Ganti (PKG)

Kelas ganti perlu dilaksanakan oleh semua guru pada setiap hari. Ia sangat penting
dilaksanakan sebagai strategi dasar Memenuhi Masa Instruksional (MMI) di mana
pentadbir sekolah wajib memastikan setiap waktu PdPc mesti mempunyai guru.
Semua guru telah ditetapkan waktu mengajar mingguan mengikut Jadual Waktu
Mengajar (JWM) yang disahkan oleh Pengetua. Pelaporan Kelas Ganti (PKG)
amat penting untuk memenuhi beberapa fungsi seperti memastikan guru yang
diamanahkan menggantikan kelas, melaksanakan tugas dan tanggungjawab
tersebut. Pelaporan ini juga penting untuk merekod kerja tambahan yang telah
dilaksanakan oleh setiap guru dan rekod tersebut boleh dianalisis untuk mendapatkan
data keberadaan guru mengikut tahun berkenaan. Data ini boleh digunakan untuk
mengkaji kaitan antara keberadaan guru dan prestasi murid dalam kelas masing-
masing sebagai bukti penting untuk Standard 4 SKPMg2.

128

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

2.5 Pelaporan Minit Curai (PMC)

Guru yang menghadiri mesyuarat dan taklimat perlu menyediakan minit curai
supaya maklumat atau tindakan yang perlu diambil dapat dikongsikan. Penyebaran
maklumat secara tradisional biasanya berlaku dalam kumpulan kecil atau tidak
meluas. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi
memungkinkan pelaporan dan penyebaran minit curai dapat sebarkan secara dalam
talian dan lebih meluas. Mekanisme pelaporan yang mudah, mesra pengguna dan
dapat disebarkan dengan lebih cepat kepada semua pihak dapat meningkatkan
minat guru untuk melaporkan dengan kadar segera. Cara ini juga membolehkan
pihak sekolah mengumpul dan mendokumentasikan minit curai tersebut dengan
lebih mudah, lengkap dan senang untuk diakses. Penilai Pertama dan Penilai Kedua
PBPPP boleh merujuk maklumat ini untuk penilaian Pegawai Yang Dinilai (PYD)
manakala sekolah akan menjadikan maklumat ini sebagai bukti untuk SKPMg2.

2.6 Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

RPH adalah rekod penting yang perlu disediakan oleh guru sebagaimana Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 bertarikh 9 Mac 1999. Guru-guru perlu menyediakan
RPH menggunakan apa-apa sahaja bentuk yang munasabah dan sesuai dengan
teknologi semasa dengan syarat boleh dikemukakan dengan serta merta kepada
pihak yang diberi kuasa. Pelaksanaan RPH secara dalam talian memberikan
fleksibiliti dan kemudahan kepada guru-guru untuk menyediakan RPH menggunakan
teknologi yang terkini. Ia menjimatkan kos kerana buku rekod mengajar tidak
perlu dicetak dan semakan RPH juga boleh dilaksanakan secara dalam talian
oleh pentadbir. Rekod RPH yang disediakan boleh disimpan dalam format salinan
lembut dan boleh diguna semula jika perlu. Ia meningkatkan motivasi guru-guru
untuk menyediakan RPH mengikut waktunya kerana jika lewat mereka tidak boleh
mengemas kini RPH setelah tarikh luput.

2.7 Bicara Kaunselor (BK)

BK adalah wahana komunikasi dua hala antara kaunselor (guru), murid dan guru
yang lain. SMK Putrajaya Presint 16(1) menggunakan kecanggihan ICT untuk
mewujudkan komunikasi dua hala, sebagaimana yang terdapat di Facebook. BK
adalah aplikasi yang selamat untuk mewujudkan komunikasi dengan Kaunselor.
Kaedah ini dapat memuat naik maklumat, imej atau video berkaitan dengan sesuatu
isu untuk dikongsikan dengan murid-murid dan guru-guru yang lain. Murid-murid
boleh memberikan pandangan dan pendapat mereka berkaitan isu yang diutarakan.
Mereka digalakkan untuk memberikan input dan pandangan dengan nahu dan
struktur bahasa yang betul sebagai persediaan membudayakan penggunaan laras
bahasa yang betul dan penulisan ayat yang gramatis. Kaedah ini juga merupakan
wahana yang paling ampuh untuk mendapat maklum balas daripada murid-murid
terhadap sesuatu isu. Sebanyak 432 isu telah dibincangkan sejak pelancaran pada
14 September 2015 hingga 13 November 2017. Sebanyak 85 isu dimuat naik pada
tahun 2015, 224 isu pada tahun 2016 dan 123 isu pada tahun 2017.

129

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

2.8 Cabaran dan Penyelesaian

Pengurusan perubahan adalah antara perkara yang paling sukar untuk
dilaksanakan kerana kecenderungan manusia adalah untuk meneruskan amalan
dan mempraktikkan yang biasa. Pelaksanaan e-DaMat juga berdepan dengan
cabaran dan yang sering menjadi isu ialah connectivity. Ia boleh diselesaikan
dengan penyediaan infrastruktur ICT yang lebih baik di sekolah. Pengagihan
telefon pintar YTL Altitude berserta pelan data dan peranti Lenovo kepada guru
adalah suatu langkah penyelesaian masalah connectivity yang dihadapi sebelum
ini. PBPPP dan SKPMg2 yang memberikan penekanan kepada penyediaan dan
penyimpanan bukti memberikan dorongan dan motivasi tambahan kepada guru-
guru untuk melengkapkan data dan maklumat yang terdapat dalam e-DaMat.

3.0 IMPAK AMALAN

Sistem pengurusan cemerlang akan memberikan impak positif kepada budaya sekolah
dan kemenjadian murid. Semua warga sekolah mempunyai e-mel rasmi masing-masing
yang dibekalkan oleh sekolah dan mereka perlu menggunakan e-mel rasmi sebagai single
sign on (SSO) untuk log masuk aplikasi dan maklumat yang berkaitan. Kaedah ini akan
menjamin integriti data dan maklumat yang dikongsikan adalah selamat dan betul. SMK
Putrajaya Presint 16(1) telah dinobatkan sebagai Naib Johan, Sistem Pengurusan Kualiti
Sekolah (SPKS) Peringkat Putrajaya pada tahun 2015. Pencapaian meningkat sebagai
Johan dalam anugerah yang sama pada tahun 2016. Pengetua telah diberi pengiktirafan
sebagai Ikon Kepimpinan ICT Peringkat Putrajaya pada tahun 2017. Pengetua juga diiktiraf
sebagai Johan Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Peringkat Kebangsaan
tahun 2017 sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017. Sekolah ini juga
merupakan pengguna data internet terbanyak di Putrajaya, dalam lingkungan 650,000.00
MB pada setiap bulan iaitu 928% lebih tinggi daripada penggunaan purata 1BestariNet
peringkat kebangsaan.

Data dan maklumat yang dikumpulkan juga didapati meningkat secara drastik mulai
dari awal pelaksanaan hingga kini yang menunjukkan dengan jelas peningkatan tahap
kefahaman, kepentingan dan penerimaan guru-guru terhadap kaedah yang diaplikasikan.
Peningkatan jumlah data dan maklumat adalah seperti jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Bilangan pelaporan dalam talian mengikut tahun.

BIL PELAPORAN 2015 2016 2017
173 239
1 e-Lapor Aktiviti Murid 135 274 347
212 416
2 e-Minit Curai 186 1800
0
3 e-Lapor Aktiviti Tambahan Guru 52

4 e-Lapor Jadual Gantian Guru 0

● Data sehingga 15 Nov 2017

Warga sekolah juga telah membudayakan penggunaan ICT dalam urusan seharian.
Laporan penggunaan VLE Frog dalam kalangan guru menunjukkan bahawa 100 peratus
guru log masuk VLE Frog setiap minggu manakala hampir 60% murid log masuk VLE
Frog pada setiap minggu. SMK Putrajaya Presint 16(1) merupakan pengguna VLE Frog
tertinggi dalam kalangan sekolah-sekolah Putrajaya pada tahun 2017. Inisiatif berkaitan
penggunaan ICT dalam kerja seharian dalam kalangan guru dan murid diharap akan

130

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

meningkatkan keberkesanan kerja dan keterampilan guru dan murid untuk memenuhi
slogan Transformasi Sekolah 2050 (TS25) iaitu Penggerak Pembelajaran Bermakna.
Inisiatif seumpama ini juga diharap dapat menjana generasi abad ke-21 dan seterusnya
memenuhi sebahagian keperluan untuk mendepani Revolusi Industri 4.0.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Sistem ini pada asasnya berfungsi dengan baik dalam semua pelantar, termasuk
menggunakan telefon pintar. Namun sebahagian aplikasi dapat digunakan secara
maksimum apabila menggunakan peranti tetap seperti komputer meja atau komputer
bimbit. Penambahbaikan pada masa depan adalah untuk mengintegrasikan sepenuhnya
pelbagai aplikasi dalam aplikasi utama yang boleh diakses dengan mudah menggunakan
telefon bimbit. Keupayaan untuk menghantar balasan secara automatik menggunakan
templat yang ditetapkan juga akan diusahakan sebagai sebahagian daripada ciri-ciri
penambahbaikan untuk sistem ini.

5.0 KESIMPULAN
Sistem Pengurusan Data dan Maklumat Dalam Talian (e-DaMat) yang digunakan secara
meluas di SMK Putrajaya Presint 16(1) ternyata telah berupaya meningkatkan sistem
penyampaian, meningkatkan keberkesanan komunikasi dan pastinya meningkatkan
keberkesanan tadbir urus organisasi. e-DaMat juga mengumpulkan pelbagai bukti yang
diperlukan oleh guru-guru bagi Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PBPPP) dan bukti yang diperlukan oleh sekolah untuk Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).

6.0 RUJUKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 bertarikh 9 Mac 1999

131

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Bungkias Angkapok
Guru Besar

Sk.Tetagas, Nabawan/Pensiangan, Sabah

ABSTRAK

Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan terbaik kepimpinan guru besar
setelah menamatkan kursus NPQEL anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB) di SK Tetagas,
Nabawan Sabah. Penulisan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman penulis sepanjang
bergelar sebagai Guru Besar. Salah satu daripada bidang standard kompetensi kepengetuaan
sekolah Malaysia yang diberi tumpuan ialah dalam bidang pengurusan pembangunan sumber
manusia. Instrumen yang digunakan untuk mengenal pasti keperluan di sekolah ialah secara
pemerhatian, tinjauan dan analisis data. Dengan berdasarkan kepada data yang diperoleh
guru besar dapat merancang pelbagai program untuk penambahbaikan di sekolah tersebut.
Program-program yang dilaksanakan telah dapat mengubah persekitaran sekolah yang lebih
kondusif.

Kata Kunci: Kecemerlangan sekolah, analisis data

1.0 PENGENALAN

SK Tetagas merupakan sebuah sekolah yang memerlukan suntikan kepemimpinan
bagi memastikan prestasinya setanding dengan sekolah-sekolah di daerah Nabawan.
Pemimpin mempunyai peranan yang sangat besar dalam menentukan tahap
kecemerlangan atau kejayaan sesuatu organisasi yang dipimpinnya. Para pemimpin
akan menentukan arah tuju masa depan organisasinya. Cabaran utama yang dihadapi
oleh para pemimpin ialah kaedah yang digunakan untuk mempengaruhi individu-individu
yang dipimpinnya supaya menyokong visi, misi dan strategi organisasi yang dipimpin.
Pemimpin wujud untuk mencipta dan menangani perubahan. Menurut Pertubuhan
Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan Malaysia (PPPPM), Institut Aminuddin Baki,
mengatakan bahawa kepimpinan sekolah yang cemerlang, berwibawa, mantap dan
prihatin bertunjangkan kepada adanya penguasaan ilmu, kemahiran dan kebolehan
menyesuaikan diri dengan persekitaran tugas. Menurut Burns (1978), dalam Ainon dan
Abdullah (2003), kepimpinan yang dikemukakan oleh beliau yang mana teorinya telah
disokong oleh pakar seperti Bernard Bass (1990), mengatakan seseorang pemimpin
itu telah mengamalkan gaya kepimpinan transformasi apabila dia berjaya mengubah
sikap individu-individu yang dipimpinnya daripada sikap mengutamakan kepentingan
diri sendiri kepada mementingkan kelompok. Perubahan ini terjadi apabila mereka
dengan sukarela sanggup bekerja dan berjuang demi mencapai tujuan dan matlamat
organisasinya. Dalam konteks SK Tetagas, guru besar merupakan individu yang penting
dan berpengaruh serta mempunyai peranan yang besar dalam mewujudkan suasana
pembelajaran, tahap profesionalisme, perhubungan antara kakitangan dan tahap
keprihatinan terhadap perubahan suasana yang berlaku di sekolah dan persekitaran.

SK Tetagas ditubuhkan pada tahun 1981. Ia terletak 10km dari Pejabat Pendidikan
Daerah Nabawan dan 60km dari pekan Keningau. Ia berada dalam kategori sekolah
luar bandar gred A. Enrolmen murid seramai 384 orang murid dan 23 orang guru. Antara

132

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

kemudahan yang dimiliki ialah kemudahan asrama bagi menempatkan murid-murid yang
tinggal jauh dari sekolah ini.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Pemegang taruh merupakan antara elemen penting dalam memacu kecemerlangan
sekolah. Dalam hal ini, tinjauan mendapati hubungan sekolah dengan masyarakat
setempat berada pada tahap kurang memuaskan. Ini memberi kesan kepada program
sekolah yang dijalankan terutamanya yang memerlukan penglibatan masyarakat
setempat.

Hubungan sesama guru juga perlu dibaiki untuk memastikan jentera di sekolah dapat
berfungsi sebaiknya. Ini dapat gambaran bahawa, sekolah tersebut perlu suntikan
semangat dan ia perlu berfokus kepada Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia.

Guru besar percaya bahawa tanpa sumber manusia yang mantap dalam, organisasi
itu tidak dapat berfungsi dengan baik, dan seterusnya tidak dapat menghasilkan produk
yang berkualiti. Oleh itu hubungan manusia perlu dimantapkan bermula dari akar umbi
lagi iaitu peranan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan sikap individu perlu berubah
iaitu mementingkan produktiviti.

Berikut adalah beberapa amalan terbaik atau transformasi sekolah yang dilaksanakan:

1. Mengenail Tret Personaliti Individu/Pekerja
Setiap individu adalah unik dan mempunyai personaliti berbeza antara satu dengan

yang lain. Perbezaan personaliti ini berkaitan dengan kecenderungan seseorang
itu bekerja. Begitu juga dengan cara berkomunikasi. Setiap individu mempunyai
cara dan pendekatan yang berbeza dalam berkomunikasi. Oleh itu pemimpin perlu
mengetahui tret personaliti pekerjanya agar hubungan menjadi lebih baik. Selain
itu tret dapat memudahkan guru besar membahagikan tugasan tambahan mengikut
kecenderungan guru.

2. Distress Centre
Bilik ini diwujudkan setelah mengetahui terdapat sebilangan staf yang mengalami

tekanan ketika menjalankan tugas (hasil daripada ujian saringan minda sihat).
Tekanan bukan sahaja di tempat kerja malahan ia bermula dari rumah. Oleh itu bilik
ini diwujudkan bagi memberi peluang staf melepaskan tekanan melalui terapi karaoke
secara bersistematik.

3. Amunaau
Program ini dilaksanakan setelah mengenal pasti kehadiran harian murid di bawah

paras 80%. Murid-murid dikenal pasti melalui tindakan pihak sekolah melawat kawasan
kampung berhampiran. Cara ini dapat membantu sekolah mengetahui punca sebenar
ketidakhadiran mereka ke sekolah di samping membantu menanganinya.

4. Hari 1 Malaysia
Setiap guru diwajibkan berpakaian mengikut tema pada setiap Isnin, minggu pertama

setiap bulan. Antara tema pakaian yang telah dipersetujui ialah pakaian tradisi suku
kaum etnik Sabah, pakaian Melayu, Pakaian Cina dan Pakaian India.

133

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

5. Sistem e RPH (s_RPG)
Analisis data penghantaran buku rekod pengajaran, mendapati guru tidak

menghantar buku rekod pengajaran secara tekal kepada guru besar. Usaha sekolah
memperkenalkan penyediaan RPH secara online dan offline diharap dapat mengatasi
masalah tersebut.

6. Buku kawalan kelas
Buku ini diwujudkan bagi memastikan guru mematuhi peraturan “Melindungi Masa

Instruksional” masuk kelas pada waktunya dan menulis nama pada buku yang telah
disediakan.

7. Sistem TULAMPOS (Tabung Kecemerlangan Murid)
Penubuhan Tabung Kecemerlangan Murid, dapat menanam sikap menabung. Hasil

daripada kutipan itu digunakan untuk program yang dijalankan seperti sumbangan
kepada murid-murid yang cemerlang dalam UPSR.

3.0 IMPAK

Berikut adalah beberapa kejayaan sekolah di peringkat bahagian dan daerah:

1. 100% guru dapat menyediakan dan menghantar RPH setiap hari kepada guru besar
2. Keberadaan AKP di sekolah meningkat
3. Keputusan murid dalam setiap peperiksaan semakin meningkat dan dapat menandingi

3 buah sekolah trans di daerah Nabawan. Budaya kerja korporat dapat diterapkan
dalam kalangan guru. Status kewangan meningkat kepada ‘BAIK’ audit kewangan
tahun 2016
4. Johan kelas PAK21 peringkat daerah
5. Johan asrama terbaik daerah Nabawan
6. Johan PIBK terbaik daerah Nabawan
7. Sekolah rintis HIP daerah Nabawan
8. Sekolah rintis EKSA daerah Nabawan
9. Sekolah rintis daerah Nabawan TS 25 KPM kohort 3
10. Dapat berkolaborasi dengan agensi lain. Contoh, Institut Pendidikan Guru Kampus
Keningau, Persatuan Setiausaha Sabah.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Dalam usaha menjadikan sebuah sekolah yang cemerlang, usaha penambahbaikan
berterusan perlu dilakukan. Setiap program yang dibuat perlu dianalisis keberkesanannya.
Kekurangan guru di sekolah ini perlu diatasi segera. Selain itu prasarana sekolah perlu
dibaiki bagi keselesaan semua. Hubungan baik antara Pejabat Pendidikan Daerah perlu
diteruskan. Begitu juga dengan hubungan komuniti setempat.

Bagi merealisasikan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
hubungan antara pentadbir, guru-guru, staf sokongan, ibu bapa, dan komuniti setempat
merupakan pemangkin kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Pengurusan
pembangunan sumber manusia adalah tonggak utama dalam perkembangan sesebuah
organisasi. Jika semua ini digerakkan mengikut potensi yang ada maka tidak mustahil
sesebuah sekolah itu akan menempah kejayaan. Usaha tanpa kenal penat lelah, “Di

134

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

mana bumi dipijak, di situ langit djunjung” merupakan ungkapan yang sering disajikan
kepada semua warga sekolah.
5.0 RUJUKAN
Azman Awang (2003) dalam Ahmad Kailani Mohamed ( 2003 ). Pengurusan Pendidikan

di Sekolah. Huraian menurut Perspektif Islam. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia
Hussein Ahmad. Dr. (1992). Kecondongan Nilai dan Gaya Domian Mengenai Kepimpinan

Sekolah Menengah: Satu analisis di Kalangan Pengetua.Kertas Kerja 04,m.s 4-5.
Rohani Abu Bakar (2003) dalam Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1993). Pentadbiran

Pendidikan.Kuala Lumpur: Penerbit: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Sharifah Maimunah, Rohani Abdul Hamid et al. (2001). Kepimpinan dan Pengurusan

Kurikulum di Sekolah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pelajaran Malaysia.

135

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

TRANSFORMASI SAS

Dona binti Undoh
Ambilan 1/2015

Pengetua
SM St. Anthony, Wilayah Persekutuan Labuan

ABSTRAK
Perkongsian amalan terbaik ini merupakan salah satu program penambahbaikan sekolah yang
dilaksanakan di SM St. Anthony (SAS). Amalan terbaik ini dilaksanakan berdasarkan keperluan
sekolah dalam bidang pengurusan, kepimpinan organisasi dan persekitaran sekolah. Analisis
SWOT sekolah menunjukkan bahawa sekolah mempunyai banyak kekuatan dan peluang
untuk mengatasi kelemahan dan ancaman. Intervensi Transformasi SAS berjaya membawa
perubahan sekolah dari segi pengurusan kurikulum, pengurusan hal ehwal murid, pengurusan
kokurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal.
Dalam bidang kurikulum sekolah berjaya meningkatkan GPS SPM dari 6.36 (2014) kepada
5.68 (2015) dan 5.70 (2016). Dalam bidang hal ehwal murid, sekolah berjaya meningkatkan
kehadiran murid ke sekolah dengan purata 95% yang mencapai KPI KPM bagi tahun 2017.
Sekolah juga berjaya meningkatkan pencapaian audit pengurusan kewangan daripada
tahap baik pada tahun 2015 kepada cemerlang tahun 2016, pencapaian kokurikulum hingga
ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta berjaya memperbaiki persekitaran dan
kemudahan fizikal sekolah. Impak Intervensi Transformasi SAS telah berjaya menggerakkan
sumber dan mengubah sikap profesionalisme para pendidik di sekolah ini agar lebih kreatif,
inovatif dan komited bagi mencapai objektif organisasi.
Kata Kunci: Intervensi transformasi, pengurusan kewangan, pengurusan kurikulum, sikap
profesional

1.0 PENGENALAN
Transformasi SAS (TSAS) merupakan intervensi untuk menambahbaik pengurusan
sekolah, kepimpinan organisasi dan persekitaran sekolah. Isu utama sekolah ialah
pengurusan dan kepimpinan sekolah masih belum mantap dan kurang sistematik.
Kekuatan tenaga kerja SAS berjumlah 32 orang. Keadaan persekitaran dan kemudahan
fizikal tidak diurus dengan baik. Oleh itu TSAS diperkenalkan bagi memperbaiki aspek
pengurusan sekolah dari segi pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan kewangan.
SAS telah berjaya memainkan peranannya sebagai sebuah institusi pembelajaran dalam
meningkatkan kualiti hidup para muridnya selaras dengan motto sekolah “Belajar Untuk
Hidup”.

136

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

2.0 AMALAN TERBAIK

Jadual 1: Tranformasi SAS dilaksanakan berdasarkan analisis persekitaran sekolah

Kekuatan (S) Kelemahan (W)

• Pentadbir berpengalaman • Pencapaian SPM yang masih rendah
• 2 orang Guru Cemerlang • Pengurusan kewangan di tahap baik
• 1 orang Kaunselor Cemerlang • Kehadiran murid kurang 90%
• 3 orang JU PT3 • Kemudahan fizikal banyak yang rosak
• 85% guru berpengalaman mengajar 6 • Pintu pagar sekolah yang usang
• Hanya ada 2 unit LCD
tahun ke atas • Sekolah dilanda banjir
• 90% Guru opsyen mencukupi • 8. Kurang semangat “ Team Work “
• PCG yang mencukupi

Peluang (O) Cabaran (T)

• Sokongan padu PIBG • Pelajar berbangsa Cina lemah dalam
• LPS sentiasa membantu pengusaan Bahasa Melayu
• Kerjasama pihak JPN
• Peranan bekas pelajar/ Alumni • Pengaruh media sosial
• Kerjasama pihak NGO • Sekolah dekat dengan kawasan bandar
• Adanya pakar rujuk di peringkat JPN
(pengaruh cybercafe )
seperti pegawai SISC+ • Terdapat ibu bapa murid yang kurang

mementingkan pelajaran anak-anak.

Berdasarkan Jadual 1 isu utama yang dikenalpasti ialah pengurusan dan kepimpinan
sekolah yang belum mantap dan kurang berkesan, yang mampu menggerakkan
kesemua sistem sekolah yang sedia ada. Pengurusan tertinggi kurang memimpin dan
mengkoordinasikan subsistem ke arah hasrat yang ingin dicapai. Warga sekolah masih
belum bergerak secara Team Work yang mempunyai semangat kebersamaan (Sense of
belonging) dalam mencapai misi dan visi sekolah. Program kurikulum tidak menyeluruh
dan tidak melibatkan peranan semua panitia serta kekurangan sumber kewangan serta
bahan sumber seperti LCD. Dari segi pengurusan persekitaran dan fizikal, sekolah
kekurangan dana untuk projek penambahbaikan. Terdapat beberapa perkara asas yang
perlu tindakan segera seperti kerosakan paip sinki di kantin sekolah, masalah bekalan air
bersih, kerosakan ‘gutter sekolah‘, kerosakan pada pintu dan tingkap bilik darjah, papan
kenyataan, kekurangan meja murid dan juga masalah banjir serta bekalan elektrik yang
sering terputus.

Selain itu hubungan sekolah dengan pihak Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) kurang
baik dan tidak wujud kerjasama yang erat. Isu pengurusan kewangan didapati terdapat
pelanggaran prosedur kewangan seperti lewat menghantar nota minta dan lewat
berbelanja. Konsep PDCA diamalkan dalam setiap peringkat pengurusan. Pemupukan
semangat kerja berpasukan dimulakan dalam taklimat mingguan iaitu pada hari Selasa
jam 2.00 petang hingga 3.00 petang. Pengetua sebagai pemimpin sekolah meneraju
dan membimbing guru-guru dan AKP melalui taklimat dan panduan kerja. Pengetua
menyatakan hasrat dan matlamat sekolah dengan jelas dalam sesi taklimat, hebahan
melalui banner sekolah dan juga edaran Program Transformasi Akademik sekolah yang
dibukukan untuk semua guru, murid tingkatan lima dan ibu bapa yang terlibat. Selain itu
bimbingan secara peribadi juga diberikan oleh pengetua kepada guru-guru yang kurang
mahir terhadap sesuatu tugasan. Penghargaan diberikan bermula dengan ucapan terima
kasih, sama ada secara lisan mahupun dalam media rasmi sekolah serta penyampaian
sijil penghargaan dan hadiah kepada guru-guru yang menunjukkan prestasi kerja yang
baik. Dari segi pengurusan persekitaran dan fizikal sekolah, strategi yang diambil ialah

137

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

mengadakan kerjasama yang erat dengan pihak PIBG, Lembaga Pengurusan Sekolah
(LPS), Alumni, pihak swasta, agensi kerajaan dan juga komuniti. Strategi hubungan
luar diperkasa dan dijaga dengan baik, melalui komunikasi berkesan. Pengetua bergaul
dengan masyarakat atau komuniti sekolah bagi mendapatkan sokongan dan kepercayaan
mereka.

3.0 IMPAK

Perubahan budaya bekerja guru dan Program Kecemerlangan Akademik (AKP) dapat
dilihat dalam tempoh sebulan pertama. TSAS dalam bidang kurikulum berlaku apabila
guru-guru mula bekerja lebih masa, menyiapkan tugasan di sekolah, membimbing murid
dalam kelas bimbingan PKA yang dijadualkan selepas sesi persekolahan. Menurut Bass
(1985), kepimpinan transformasi sering dikaitkan dengan gaya kepimpinan yang berkesan
dan berupaya dan mengubah persepsi dan motivasi orang bawahan serta membawa
kecemerlangan organisasi. Transformasi SAS yang dilaksanakan pada fasa pertama ini
telah memberikan impak ke atas kemenjadian murid di sekolah juga ke atas persekitaran
sekolah yang menyokong sekolah efektif. Menurut Hallinger and Murphy’s (1985) “A
positive school climate was created by principals protecting instructional time”. Dari
segi kurikulum, terdapat peningkatan kepada keputusan SPM dari tahun 2014 dengan
peratus lulus 57.14 kepada 81.82 tahun 2015 dan 82.14 tahun 2016. Peningkatan juga
berlaku dari segi kualiti dengan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) dari 6.34 (2014)
kepada 5.68 (2015) dan 5.70 (2016).Selain itu dalam peperiksaan SPM 2016 terdapat
beberapa mata pelajaran yang mencapai 100% iaitu Kesusasteraan Melayu, Pendidikan
Seni Visual, Prinsip Akaun, Biologi dan juga Fizik. Pencapaian mata pelajaran Matematik
Tambahan menunjukkan lonjakan saujana dari 30.40% (2015) kepada 88.50% (2016).
Dalam bidang hal ehwal murid pula berlaku perubahan pada sahsiah murid . Melalui
kempen sahsiah dan penguatkuasaan disiplin berlaku kemenjadian dalam peningkatan
segi kehadiran murid. Peningkatan ini dapat dilihat dari tahun 2014 purata kehadiran
murid adalah sebanyak 85.07%, tahun 2015 sebanyak 89.07%, tahun 2016 sebanyak
93% dan 2017 sebanyak 95%. Kecekapan dalam pengurusan disiplin murid merupakan
nadi kepada kemenjadian murid dalam aspek kurikulum dan kokurikulum

Pencapaian kokurikulum sekolah berada pada tahap baik sejak tahun 2014 dan tahun
2015. Pemimpin sekolah hanya perlu memastikan momentum ini kekal pada tahap
yang konsisten. Berlaku penambahbaikan dari segi penglibatan aktiviti kokurikulum dan
pencapaian di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2016 dan tahun 2017 pencapaian
kokurikulum sekolah hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun
2016 sekolah mendapat satu pingat gangsa dalam sukan MSSM, satu pingat emas dalam
acara semarak teater peringkat kebangsaan dan pingat emas dalam pertandingan karate
zon Malaysia Timur. Pada tahun 2017 sekolah memperolehi pingat emas dan perak
dalam perkhemahan Kadet Bomba kebangsaan, Dalam acara kejohanan Tae Kwon Do
kebangsaan, sekolah memperolehi pingat emas dan gangsa. Sekolah juga memenangi
pertandingan video pendek bulan kemerdekaan 2017 anjuran SEGI College. Sekolah
mengukir nama di peringkat antarabangsa dalam acara renang dengan memperolehi
pingat emas, perak dan gangsa dalam Brunei Open & Masters Swimming Championships
2017 dan juga pencapaian perenang terbaik kategori 15–17 tahun melalui adik Bryan Chin
Bao Yang dalam kejohanan “Second Labuan International Swimming Championship“.

138

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Pengurusan kewangan sekolah telah mencapai audit pengurusan kewangan tahap
cemerlang pada tahun 2015 dan tahun 2016 berbanding prestasi baik pada tahun 2014.
Begitu juga dengan prestasi naziran eSPKB telah mencapai tahap cemerlang 97.82%
(2015) dan cemerlang 95.87 bagi prestasi naziran bulan Julai hingga Disember 2015 dan
Januari hingga April 2017 .

Aspek persekitaran sekolah telah berjaya ditambahbaik ke arah persekitaran sekolah
yang menyokong sekolah efektif. Di antara projek yang telah dilaksanakan hasil kerjasama
dengan pihak PIBG ialah pembaikan tingkap enam buah bilik darjah di blok A, pembinaan
pondok pengawal, melengkapkan meja dan bangku kantin sekolah, melengkapkan meja
bagi sebuah bilik darjah dan menyumbangkan LCD kepada sekolah. Projek bersama
LPS ialah pembaikan ‘gutter sekolah‘, penyelenggaraan sistem paip sekolah, pembaikan
tandas murid, projek membina parit konkrit sekolah bagi mengatasi masalah banjir, projek
pendawaian elektrik yang baru bagi semua bangunan sekolah, memasang penutup besi
longkang sekolah, menaiktaraf dan menceriakan tangga utama sekolah, membina rumah
sampah, menyumbangkan perabot dan alat penghawa dingin.

Pihak sekolah juga berjaya mendapatkan sumbangan daripada bekas murid (Alumni)
dalam bentuk sumbangan kertas, ink, meja guru, alat penghawa dingin, soft board,
tajaan kupon makanan kepada murid cemerlang yang kurang mampu dan wang tunai
bagi program Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Pihak LOFSA menyumbangkan
meja dan kerusi murid, Maybank International menaja program kelas kecemerlangan
SPM. Terkini pada 29 Julai 2017 pihak sekolah bersama PIBG telah menganjurkan Majlis
Makan Malam Amal bagi mengumpul dana untuk membina dewan terbuka sekolah dan
berjaya mengumpulkan RM143,686.88, bagi membolehkan pihak sekolah memulakan
projek pembinaan dewan terbuka pada Januari 2018. Keseluruhannya persekitaran
sekolah menjadi lebih kemas, ceria, berinformatif dan teratur dan menarik minat murid
ke sekolah. Sudut-sudut ilmu bukan sahaja terdapat di bilik darjah malah boleh didapati
mana-mana persekitaran sekolah sepertin papan notis, laluan ilmu dan juga di meja
kantin murid.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan sekolah telah dirancang dalam tempoh lima tahun seperti
dalam Perancangan Strategik Sekolah 2016–2020. Aspek potensi, kemahiran dan nilai
etika keguruan menjadi fokus utama bimbingan dan coaching yang berterusan dari
Pengetua. Peningkatan kualiti guru akan membawa impak yang besar dalam pengurusan
kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid yang akan membawa sekolah ini ke band
4. Penambahbaikan akan dibuat bagi tahap kumpulan murid yang belum menguasai
tahap penguasaan minimum bagi merapatkan jurang akademik. Kemenjadian murid
secara holistik menjadi keutamaan dan tidak hanya memfokus kepada murid cemerlang
atau ‘straight A’ semata-mata. Pembangunan bakat dan potensi murid dalam aktiviti
kokurikulum diutamakan. Sekolah SM St. Anthony ingin melahirkan murid yang berilmu
pengetahuan, berbakat, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mempunyai kemahiran
berkomunikasi dan mempunyai ketrampilan diri yang terpuji.

Kesemua impian di atas perlu disokong oleh persekitaran sekolah yang berkesan dan
bermakna. Pihak sekolah merancang untuk mengumpul dana bagi pembinaan sebuah
Makmal Komputer dan penambahan 6 buah bilik darjah. Oleh itu pengurusan hubungan
luar perlu dimantapkan. Di samping kerjasama bersama PIBG dan LPS, pada tahun ini

139


Click to View FlipBook Version