The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roszelan, 2018-08-01 22:06:25

kolokium NPQEL 2017

bahan penulisan

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

2.3 Motivasi dan galakan

Pembinaan dan pelaksanaan perancangan strategik perlu dalam suasana yang
positif iaitu tanpa tekanan malah lahir dari keinginan dan kesungguhan individu
untuk melihat kejayaan terhadap usaha yang telah dibuat. Oleh itu motivasi dan
galakan sentiasa diberi. Pengetua berusaha memberikan penghargaan berbentuk
dorongan, pujian, sijil, hadiah, anugerah malah jamuan juga disediakan sebagai
penggalak tumpuan kerja dan kerjasama. Setiap kejayaan akan diraikan agar
mereka rasa dihargai.

2.4 Pemantauan Berterusan

Sepanjang pembinaan dan pelaksanaannya, barisan pentadbir ditugaskan membuat
pemantauan dari semasa ke semasa. Budaya senarai semak tugasan diwujudkan
agar semua dokumen lengkap dan tugas dilaksanakan. Setiap mesyuarat dalam
unit masing-masing perlu ada agenda semakan perancangan suku tahun pertama,
semakan pertengahan tahun dan semakan akhir tahun. Ini untuk memastikan apa
yang dirancang perlu dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan. Semakan
berkala juga turut dilakukan oleh pentadbir terutama pengisian pelan operasi
untuk membantu guru sentiasa merujuk dokumen perancangan strategik. Kempen
melengkapkan dan menyemak perancangan strategik juga dijalankan.

3.0 IMPAK AMALAN

Di antara cabarannya ialah kurangnya tahap pemahaman pentadbir dan guru terhadap
pelan strategik. Oleh itu, taklimat, bengkel dan perbincangan secara berkumpulan dan
individu dijalankan. Guru juga kurang motivasi kerja dan kerjasama. Maka pengetua
melaksanakan strategi motivasi dan galakan sebagai penyelesaiannya. Perjumpaan ala
mesyuarat keluarga juga dilaksanakan bagi mewujudkan kejelekitan dan persefahaman
dalam kalangan ahli. Selain itu sikap melengah-lengahkan penghantaran bahan pelan
strategik mengganggu proses pendokumentasian. Pelaksanaan budaya senarai semak
penghantaran, senarai semak tugasan serta penetapan tarikh sangat membantu
kelancaran tugas semua pihak.

Impak dari perancangan strategik ini ialah guru berfikiran positif dalam melakukan
tugasan, bekerjasama dalam memastikan matlamat yang dirancang tercapai, bekerja
secara sistematik dan terancang, mewujudkan budaya kerja yang positif dan merangsang
potensi dan prestasi. Dari sudut kejayaan sekolah juga meraih pelbagai kejayaan pada
tahun 2017 berbanding tahun 2016.

Jadual 1: Peningkatan jumlah kejayaan mengikut tahun

Tahun 2016 Tahun 2017

Anugerah Emas Pengurusan Anugerah Emas Pengurusan Pejabat (Daerah) Anugerah
Unit HEM (Daerah) Peningkatan Emas Pengurusan Pentadbiran dan Perkhidmatan (Daerah)
peratus lulus dan GPS SPM 2016
Anugerah Gangsa Pengurusan PIBG(Daerah)
Anugerah Perak Pengurusan HEM(Daerah)

Anugerah Gangsa Pengurusan Kurikulum(Daerah)
Anugerah Gangsa Pengurusan Latihan (Daerah)

Anugerah Latihan Personel (JPNS)
Kantin Gred A , Pemantauan Kementerian Kesihatan

40

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pejabat pendidikan daerah perlu memastikan semua pentadbir terutamanya pengetua
menguasai pelan strategik agar ilmu dapat disampaikan kepada warga sekolah.
Kesimpulannya pelaksanaan pelan strategik ini telah menunjukkan hasil yang
memberangsangkan dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah secara menyeluruh.
Oleh itu seharusnya pemimpin sekolah bersedia untuk mentranformasikan sekolah ke
arah kecemerlangan.

5.0 RUJUKAN
Nor Rajiah Ahmad Dawa, Siti Zainun Zainuddin & Sukumaran Suppiah. (Eds). (2013).
Buku Panduan Program Pembangunan Organisasi Untuk Kecemerlangan Sekolah
(PrOD). Selangor: Anf Pro Enterprise.
Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Memperkasa Kepimpinan
Instruksional di Sekolah. Kuala Lumpur: Perniagaan Rita.

41

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

INTEGRASI ANTARA SEKOLAH DAN ALUMNI DALAM MEMENUHI
KEPERLUAN MURID DI SEKOLAH LUAR BANDAR

Mohamad Hanafiah bin Baharuddin
Ambilan 1/2016
Pengetua

SMK Khir Johari Beranang, Selangor

ABSTRAK

Integrasi antara sekolah dan alumni dalam Menangani Keperluan Murid di Sekolah Luar
Bandar ini dilaksanakan bertujuan untuk memenuhi keperluan menangani isu-isu utama
yang terdapat di sekolah. Antara isu utama yang dikenal pasti ialah sikap kurang motivasi
guru untuk mencapai kecemerlangan dalam melaksanakan tugas, sikap kurang motivasi
murid untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan keadaan fizikal 3 blok bangunan
yang menempatkan kelas-kelas dalam keadaan kurang kondusif. Isu-isu ini wujud kerana
kebanyakan guru di sekolah ini berada dalam zon selesa kerana telah berada lebih 10
tahun di sekolah yang sama dan lebih separuh berada dalam gred DG48. Murid-murid pula
tinggal dalam persekitaran kampung yang separuh tradisional dan belajar di sekolah yang
99% berbangsa Melayu menjadikan mereka tidak tercabar kerana tidak wujud persaingan.
Selain itu, keadaan fizikal 3 blok bangunan yang dibina lebih 50 tahun yang lalu memerlukan
banyak pembaikan yang memerlukan kos tinggi agar lebih kondusif bagi memenuhi kehendak
pelaksanaan pembelajaran Abad 21. Menyedari hakikat ini, langkah yang diambil ialah dengan
menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak alumni yang kebetulan baru ditubuhkan dua
tahun yang lalu. Hasil daripada pertemuan pertama, pelbagai perancangan diatur untuk
membantu sekolah menangani isu yang disebutkan. Pihak alumni telah membantu dari segi
kewangan dan program-program yang melibatkan guru dan murid. Program banyak berfokus
kepada meningkatkan motivasi dan akademik murid, program bersama guru dan menyokong
program mendapatkan dana membaikpulih prasarana sekolah. Jaringan strategik dengan
alumni ini telah memberi impak yang positif dalam pembangunan insan dan fizikal dan fizikal
di sekolah ini.

Kata Kunci: Alumni, Pelan Pembangunan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM),
Sekolah Luar Bandar

1.0 PENGENALAN

Integrasi antara sekolah dan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah atau dikenali sebagai
alumni dalam memenuhi keperluan murid di sekolah luar bandar ini dilaksanakan
setelah melihat kepada sejarah sekolah, persekitaran sekolah, warga sekolah dan isu-
isu yang terdapat di sekolah. Integrasi antara sekolah dan alumni sesuai dilaksanakan
memandangkan usia SMK Khir Johari Beranang telah menjangkau 50 tahun pada tahun
2015. Menyedari terdapat bekas murid yang berjaya dalam kerjaya dan mempunyai
minat untuk menyumbang kepada sekolah, satu inisiatif telah dilaksanakan iaitu
mengadakan pertemuan awal antara pihak sekolah dan Ahli Jawatankuasa (AJK) alumni
bagi mewujudkan ukhwah dan pertalian antara keduanya. Jalinan ini telah membuka
ruang untuk alumni menawarkan bantuan-bantuan yang dapat mereka berikan kepada
sekolah. Pihak sekolah pula berkongsi isu-isu yang ada di sekolah dan mencadangkan

42

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

beberapa program yang perlu dilaksanakan dan alumni mengambil sebagai rakan
strategik. Bermula dengan program yang pertama yang berjaya dilaksanakan telah
menimbulkan semangat untuk jalinan ini diteruskan dengan program-program yang lain.

2.0 AMALAN TERBAIK

Amalan terbaik yang dilaksanakan ialah mewujudkan jalinan kerjasama strategik di
antara pihak sekolah dan alumni. Melalui kerjasama yang terjalin ini beberapa program
telah dapat dilaksanakan dengan melibatkan penyertaan murid-murid dan guru-guru
sekolah ini. Kebanyakan program yang dirancang dan dilaksanakan berfokus kepada
meningkatkan motivasi murid untuk belajar, memberi penekanan untuk meningkatkan
kemahiran belajar murid dan berusaha menyediakan suasana pembelajaran yang lebih
kondusif kepada murid.

Jalinan ini juga dapat dimanfaatkan dengan mengadakan program latihan personal untuk
guru-guru yang secara tidak langsung meningkatkan kejelekitan dalam kalangan guru
dan membugarkan motivasi guru untuk memberikan yang terbaik kepada murid mereka.
Antara program yang dapat dilaksanakan sepanjang hampir dua tahun kerjasama ini
terjalin ialah Program Majlis Makan Malam untuk mengumpul dana sekolah, Program
Latihan Personal Guru selama 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor, Program peningkatan
kemahiran belajar menggunakan kaedah mind mapping, Ceramah motivasi dalam Majlis
Anugerah Kualiti, Kem Kepimpinan Murid 2017 dan Program sumbangan dana sekolah.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menggariskan 11 anjakan
utama untuk mentransformasi sistem pendidikan negara. Dalam anjakan ke-9 menyatakan
bahawa peranan ibu bapa, alumni dan sektor swasta perlu diperluaskan dalam membantu
pembelajaran murid di samping membantu pihak sekolah memperkukuh pengajaran
ilmu, kemahiran dan nilai yang diajar dalam ekosistem pembelajaran yang diwujudkan
itu. Berlandaskan anjakan yang disarankan itu, langkah mewujudkan dan mengeratkan
kerjasama dengan pihak persatuan bekas murid ini sebagai rakan strategik sekolah
sangat tepat dan memberi impak yang besar dalam pembangunan murid dan warga
sekolah. Amalan terbaik dengan melaksanakan jalinan kerjasama ini telah membantu
pihak sekolah merangka dan melaksana program-program peningkatan motivasi dan
jatidiri murid, program peningkatan pembelajaran murid, program latihan personal guru
dan program baik pulih sekolah dengan sokongan kewangan dan kepakaran pihak
alumni sekolah ini.

Selain itu, rasional di sebalik amalan terbaik ini ialah kita dapat membuka ruang dan
peluang kepada pihak alumni untuk memberi sumbangan mereka kepada sekolah tempat
mereka pernah menimba ilmu pada suatu masa dahulu. Ahli-ahli alumni yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang pendidikan, kerjaya dan kemahiran mampu memberi
pelbagai sumbangan kepada murid dan sekolah. Ahli-ahli alumni juga sebahagiannya
mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak NGO, Korporat dan agensi-agensi
kerajaan mahu pun swasta boleh menjadi pengantara dalam menyalurkan bantuan yang
diperlukan. Kesannya, pihak sekolah dapat mempelbagaikan program sesuai dengan
keperluan murid dan warga sekolah kerana sebahagian kos dan kepakaran dibantu oleh
pihak alumni.

43

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Pentadbir sekolah berperanan sebagai Pemimpin Kurikulum dan Pemimpin Instruksional.
Antara bidang tugas pentadbir sekolah yang perlu difahami ialah menjalin permuafakatan
sekolah dengan komuniti. Disamping itu, seorang pemimpin yang disegani ialah seorang
yang berkemahiran dalam salah satunya ialah menjalin hubungan interpersonal dengan
staf, murid-murid dan pihak luar. Berpegang kepada pernyataan itu, sangat perlu
seseorang pentadbir mewujudkan jalinan dan permuafakatan dengan pihak luar yang
dapat memberi sumbangan dalam pembangunan warga sekolah. Strategi yang diambil
dalam memastikan jalinan antara sekolah dan alumni sentiasa akrab ialah dengan
melakukan pertemuan yang berkala. Pertemuan diadakan sama ada di sekolah atau di
tempat-tempat yang strategik di mana ahli jawatankuasa alumni dan pihak sekolah mudah
untuk hadir. Pertemuan yang diatur sangat penting kerana melalui pertemuan tersebut,
pelbagai perkara dapat dibincangkan di samping dapat meningkatkan keakraban antara
pihak sekolah dan alumni. Menjaga hubungan akrab sangat penting untuk memastikan
kerjasama dapat bertahan dalam jangka masa yang lama.

Dalam melaksanakan sesuatu program, perbincangan awal akan dilakukan.
Pembentangan kertas kerja dan agihan tugas dilakukan dengan melibatkan pihak
sekolah, alumni dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Gabungan tiga pihak ini
sangat perlu bagi memastikan program dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
Tempoh masa pelaksanaan program-program bersama alumni bergantung kepada
keperluan kumpulan sasaran. Namun begitu, persediaan awal sebelum sesuatu program
dilaksanakan memerlukan masa yang panjang.

Cabaran utama jalinan kerjasama antara sekolah dan alumni ialah memastikan hubungan
ini berjalan dengan harmoni. Guru-guru dan ahli alumni datang daripada latar belakang
yang berbeza menyebabkan kadangkala berlaku salah faham dan perbezaan pendapat.
Bagi mengurangkan perselisihan yang berlaku, pentadbir sekolah dan AJK alumni akan
mengadakan perbincangan awal dan mengambil keputusan-keputusan yang diperlukan
untuk dibawa dalam mesyuarat guru. Hasil daripada mesyuarat bersama guru akan
digunakan untuk penyelarasan kepada keputusan-keputusan awal. Cabaran lain ialah
terdapat banyak kumpulan dalam alumni yang mewakili batch mereka. Pihak sekolah
perlu pandai menyesuaikan diri agar tidak menyinggung mana-mana pihak. Pihak
sekolah juga perlu memainkan peranan menggalakkan bekas-bekas pelajar bergabung
dalam satu persatuan alumni yang berdaftar sahaja.

3.0 IMPAK AMALAN

Jalinan kerjasama antara sekolah dan alumni telah menampakkan beberapa impak
yang besar kepada murid dan pembangunan kemudahan sekolah. Pihak sekolah telah
berjaya meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Hal ini dapat dilihat berdasarkan
peratus kehadiran murid ke sekolah dalam tahun 2017 berbanding 2016. Dari segi
disiplin pula bilangan kes salah laku sederhana dan berat dapat dikurangkan. Dari
segi akademik pula berdasarkan data keputusan pencapaian peperiksaan percubaan
SPM 2017 menunjukkan peningkatan dari segi kualiti dan GPS berbanding percubaan
SPM 2016. Jalinan kerjasama ini juga dapat membantu sekolah dalam melengkapkan
200 set kerusi dan meja di dewan sekolah yang digunakan khusus untuk peperiksaan
dan program-program sekolah yang melibatkan murid. Pihak sekolah juga merancang
membeli 60 buah meja murid untuk menggantikan meja-meja lama menggunakan wang
sumbangan alumni berjumlah RM5,000.00 pada hujung tahun 2017. Impak daripada
jalinan kerjasama ini telah dapat memenuhi KPI sekolah iaitu menyediakan kelas-kelas
yang kondusif sebagai tempat pembelajaran murid.

44

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Program-program yang dilaksanakan menerusi integrasi bersama alumni ini berpotensi
untuk menjadi budaya di sekolah ini. Kerjasama akan sentiasa dipertingkatkan dengan
beberapa program berada dalam perancangan. Di antara program yang dirancang untuk
dilaksanakan pada hujung tahun ini dan tahun hadapan ialah tiga siri program motivasi
bersama Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Bicara Tokoh yang
melibatkan perkongsian ilmu dan motivasi daripada bekas pelajar yang telah berjaya
dalam bidang masing-masing, Program Kemahiran Belajar, Program Anak Angkat (Tokoh
alumni dengan murid terpilih) dan Program Latihan Personal guru dan Penandaarasan
di Sabah. Berdasarkan persetujuan pelaksanaan beberapa program lagi di masa depan
menunjukkan bahawa jalinan kerjasama ini boleh menjadi budaya dan akan berterusan
di sekolah ini.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan ialah mewujudkan satu
jawatankuasa khas yang berperanan sebagai penghubung dan perunding antara sekolah
dan alumni. Dengan adanya jawatankuasa ini perancangan untuk program-program
sekolah yang melibatkan alumni akan lebih tersusun dan teratur. Pada awal tahun,
pihak jawatankuasa boleh merangka program untuk sepanjang tahun dan dimuatkan
dalam takwim aktiviti sekolah. Pada akhir tahun pula jawatankuasa ini boleh melaporkan
semua aktiviti yang telah dijalankan dan keberkesanan setiap program dapat dianalisa
dengan lebih tepat. Selain itu, pihak sekolah boleh menyediakan satu bilik khas atau
bilik gerakan untuk pihak alumni mengadakan perjumpaan dan mesyuarat. Kewujudan
bilik ini membuatkan alumni rasa dihargai dan dialu-alukan untuk berada dan bersama
dalam program-program sekolah. Satu papan kenyataan khusus memaparkan program-
program yang dilaksanakan bersama alumni juga boleh diwujudkan sebagai hebahan
kepada warga sekolah tentang kolaborasi yang wujud antara sekolah dan alumni. Secara
tidak langsung ini akan menanamkan rasa cinta murid kepada sekolah dan menimbulkan
perasaan ingin memberi sumbangan yang sama apabila tiba waktu mereka pula bergelar
alumni.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, Perkongsian Amalan Terbaik ini merupakan sesuatu yang boleh dicuba
pelaksanaannya di sekolah-sekolah. Walaupun amalan ini biasa bagi sekolah-sekolah
ternama di negara kita tetapi sebenarnya boleh juga dilaksanakan di sekolah-sekolah
harian biasa yang terletak di pinggir mahu pun di luar bandar. Di sekolah ternama mereka
berjaya melahirkan insan berpengaruh dalam masyarakat dan tokoh-tokoh korporat
terkemuka yang mampu memberi sumbangan besar berbentuk material dan wang ringgit
kepada bekas sekolah mereka. Keluaran sekolah harian biasa mungkin tidak sehebat
itu tetapi mereka juga sebenarnya memiliki sesuatu yang boleh disumbangkan kepada
bekas sekolah mereka. Kaya tidak semestinya dapat membantu tetapi yang penting ialah
insan yang keinginan untuk membantu dengan usaha dan keinginan yang ada.

45

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

6.0 RUJUKAN
Brian Fidler. (2006). Merancang Kemajuan Sekolah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.
James Ang Jit Eng. (2009). Kepimpinan Instruksional-satu panduan praktikal. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2013). Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

46

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

STANDARD 1:
PENGURUSAN KEPIMPINAN STRATEGIK MAGNETIC SCHOOL

“GETTING STARTED, GETTING SMART”

Noor Azlina binti Omar
Ambilan 2/2014
Pengetua

SMK Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan

ABSTRAK
Setiap pengetua berupaya menghayati dan menguasai standard kompetensi kepimpinan
melalui nilai-nilai profesional yang dimiliki serta amalan terbaik yang dapat direalisasikan
dalam organisasi mencakupi kesemua sembilan bidang Standard Kompetensi Kepengetuaan
Sekolah Malaysia (SKKSM) termasuklah bidang pengurusan dan kepimpinan organisasi.
Pakej ini diperkasakan lagi melalui kualiti peribadi seperti berfikiran positif, keilmuan berkaitan
dengan pengetahuan teori dan amalan pengurusan terutamanya pengurusan strategik;
pendekatan menangani perubahan; dan kemahiran seperti kemahiran membuat keputusan.
Kombinasi kesemua pakej ini menyerlahkan gaya kepimpinan berfokuskan pengupayaan serta
kerja sepasukan yang sarat dengan penghayatan nilai dan diterjemahkan pula melalui tingkah
laku positif. ‘Magnetic School’ melalui slogan keramat ‘Getting Started Getting Smart’ dikenal
pasti sebagai wasilah ke arah pencapaian cemerlang pengurusan serta pemerkasaan Sekolah
Menengah Kebangsaan Geting (SMK Geting). Sebagai peneraju baharu di sekolah harian biasa
dengan pelbagai kekurangan, penjanaan visi dan misi organisasi menjadi matlamat strategik
ke arah memagnetkan sekolah berpaksikan kejeleketan dan kebersamaan seluruh warga. “We
are C.I.P.” (Creative, Innovative, Proactive) yang diterapkan melalui semangat kepanitiaan telah
memberi impak kepada kefungsian warga guru sepanitia. Kolaborasi dengan pelbagai agensi
serta penglibatan pemimpin setempat dan pemegang taruh menjadi suatu nilai tambah kepada
konsep Magnetic School ke arah kemenjadian pelajar dan keberhasilan organisasi. Slogan
‘Getting Started Getting Smart’ berupaya memagnetkan seluruh warga dengan pelbagai impak
yang positif dalam mencorakkan SMK Geting menjadi sebuah organisasi yang memiliki ciri-ciri
kemagnetan yang tersendiri dalam mengurus perubahan ke arah kecemerlangan.
Kata Kunci: Mengurus Perubahan, Matlamat Strategik, Kejelekitan, Kebersamaan,
Keberhasilan.

1.0 PENGENALAN
Kepimpinan merujuk kepada perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain
untuk berfikir, merasa, dan bertindak dengan kaedah-kaedah tertentu. Pemimpin perlu
memiliki ciri kemagnetan sebagai penggerak yang mempengaruhi hala tuju sesebuah
organisasi. Berteraskan kepada nilai profesional yang dimiliki, kepimpinan pengetua
berupaya mempengaruhi seluruh warga melaksanakan amanah dalam keadaan
harmoni. Justeru, konsep Magnetic School melalui slogan Getting Started, Getting Smart
dicetuskan di SMK Geting.

47

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

1.1 Latar Belakang Sekolah

SMK Geting terletak dalam kawasan Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan berhampiran
sempadan negara Thailand serta menghadap Laut China Selatan. Mempunyai
seramai 1119 orang murid yang berasal dari 13 buah kampong. Kebanyakan
ibu bapa bekerja sebagai nelayan, buruh kasar, petani dan bekerja sendiri yang
kurang menitikberatkan pendidikan anak-anak. SMK Geting merupakan sekolah
harian biasa yang agak tercorot dalam pencapaian akademik. Peningkatan dalam
pelbagai aspek termasuk sahsiah pelajar perlu diperkasakan melalui komitmen 101
orang guru, 17 orang staf serta kejeleketan hubungan dengan pemegang taruh,
PIBG serta pemimpin setempat.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Menerajui sebuah sekolah yang telah sekian lama dipandang sebelah mata oleh
kebanyakan masyarakat setempat bukanlah suatu tugas yang mudah. Pengetua sedar
yang beliau sendiri perlu menjadi faktor penarik kepada seluruh warga sekolah menuju
hala tuju yang ditetapkan. Menyedari hakikat ini, maka suatu pendekatan Magnetic
School ‘Getting Started Getting Smart’ telah dilaksanakan di SMK Geting. Konsep
Magnetic School memiliki ciri-ciri ‘semakin dekat suatu benda dengan magnet, maka
medan magnetnya akan semakin rapat dan fluks magnet akan semakin besar’.

Antara pendekatan Magnetic School yang paling dominan ialah usaha memagnetkan
warga sekolah dalam kebersamaan mencapai hala tuju organisasi. Kepimpinan
pengetua telah berjaya menarik hati warga sekolah melalui kepimpinan melalui teladan.
Pendekatan awal dengan membahasakan diri ‘Kak Na‘ atau ‘Ummi’ telah merapatkan
hubungan dengan seluruh warga. Hubungan positif antara pengetua dengan warga guru
memberi impak besar kepada prestasi, komitmen guru dan kepuasan kerja di sesebuah
sekolah (Aminuddin, 1990). Kecemerlangan sesebuah sekolah pula sentiasa berkolerasi
dengan komitmen yang dimiliki oleh warganya. Justeru itu, hubungan yang erat telah
mewujudkan suasana harmoni serta keseronokan bekerja dalam kalangan warga
sekolah.

Slogan SMK Geting is all about Getting Started Getting Smart yang selalu diwara-
warakan oleh pengetua telah menyemarakkan semangat kebersamaan dalam melakukan
perubahan positif di SMK Geting. Senario baharu ini berjaya menyingkirkan tanggapan
negatif yang telah lama bersarang di minda warga sekolah. Penyemarakkan visi KPM
di sekolah iaitu Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera telah mendorong
setiap warga sekolah berperanan secara proaktif. Mereka dapat merasakan mereka
adalah sebahagian daripada batu-bata yang dapat menyempurnakan sebuah bangunan
yang gah iaitu visi besar KPM itu sendiri.

Keberkesanan sesebuah sekolah sangat berkait rapat dengan prestasi pemimpin yang
efektif. Hussein Mahmood (1993) menegaskan bahawa sekolah yang berkesan dipimpin
oleh pengetua yang berkesan. Justeru itu, pengetua mempelbagaikan kerangka orientasi
kepemimpinan dalam melahirkan persefahaman seluruh warga. Konsep ‘twin leaders’
dalam kalangan pemimpin telah memperkasakan kecekapan melalui kepimpinan teragih.
Saling bergandingan sesama barisan kepimpinan membentuk ‘medan magnet’ yang
memantapkan lagi kepimpinan instruksional dalam bidang masing-masing. Langkah ini
turut memagnetkan warga guru untuk berperanan secara optimum.

48

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Dalam konteks Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), enam aspirasi murid
perlu diutamakan. Guru-guru di SMK Geting didorong ke arah melaksanakan PdPc
berteraskan Standard 4 Standard SKPMg2 dengan menyepadukan pelbagai unsur seperti
PAK21, KBAT, PLC, kreativiti, dan inovasi. Menurut Hopkins (2003), pengetua perlu
mencipta suasana yang membolehkan guru menambah kemahiran dalam pengajaran.
Meor Ibrahim Kamaruddin (2001) menegaskan keupayaan guru merancang pembelajaran
yang selari dengan matlamat pendidikan berkorelasi dengan pengajaran yang berkesan.
Selaku pencetus perubahan, pengetua telah mendorong panitia melaksanakan pelan
strategik berfokuskan We are CIP (We are Creative, Innovative, Proactive) ke arah
merealisasikan PAK21. Kaedah team teaching dan twin teaching diamalkan berasaskan
semangat sepanitia dengan pengetua berperanan sebagai suri teladan yang menerajui
kepimpinan instruksional. Analisis item dan headcount setiap panitia diperkasakan.
Konsep We are CIP juga telah menyatukan hati seluruh warga melalui fasa perubahan
yang meluas dalam keceriaan ke arah mewujudkan iklim sekolah yang kondusif.

Melalui pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS), PIBK dimagnetkan untuk
membantu SMK Geting yang serba kekurangan. Usaha memagnetkan pelajar untuk
tinggal di asrama dilakukan melalui penubuhan pusat tahfiz Al-Quran iaitu Kelas Tahfiz
Ar-Razi. Kelas ini dapat direalisasikan tanpa menjejaskan PdPc serta rutin pelajar di
asrama. Kelas tahfiz ini menjadi tarikan kepada Ahli Dewan Negeri Pengkalan Kubor
untuk menaja projek berkenaan sebanyak RM10K setahun. RM35K disumbangkan oleh
orang perseorangan dalam membaik pulih Masjid Al Muflihun, SMK Geting. Guru-guru
Al Quran dari pondok dan warga guru memberikan komitmen yang optimum melalui
penjadualan kerja yang sistematik.

SMK Geting mengorak langkah seluas-luasnya berkolaborasi dengan pelbagai agensi
kerajaan dan NGO. Pihak KPM, JPN, PPD Tumpat serta JKR turut memainkan
peranan dalam membaikpulih bangunan sekolah. Kerjasama dengan MRSM, UTM,
UiTM, Empower ECER, MSU, Matrikulasi, Kementerian Kesihatan, Majlis Daerah
Tumpat, Jabatan Bomba, 4 buah masjid di 4 buah kampong serta NGO yang lain
melalui program peningkatan akademik, kepimpinan, sahsiah dan disiplin pelajar turut
dilaksanakan. Kolaborasi dengan BTPN, DBP, Pesisir, Tema dan JKKN difokuskan dalam
memperkasakan MBMMBI. Alumni pelajar pula berperanan sebagai fasilitator dalam
bengkel akademik, latihan kawad unit uniform, dikir barat, acara-acara sukan, serta turut
membantu melukis mural.

3.0 IMPAK

Kejelekitan yang terbina melalui kolaborasi dengan banyak pihak menghasilkan impak
yang begitu memberangsangkan. Rajah 1 menunjukkan peratus kehadiran pelajar
mengikut Tahun 2017 di mana peratus kehadiran meningkat dari 94.35% (Bulan Jan-Mac)
kepada 95.55% (Bulan Jul-Sep). Penubuhan pusat tahfiz turut melonjakkan bilangan
penghuni asrama daripada 100 orang (Bulan Januari) kepada 168 orang (Bulan Julai).
Rajah 2 menunjukkan bilangan penghuni asrama Tahun 2017.

49

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Rajah 1: Peratus kehadiran pelajar Tahun 2017 Rajah 2: Bilangan penghuni asrama Tahun 2017

Perintis tahfiz pula menjadi pemimpin dalam pelbagai program, misalnya mengetuai
Majlis Bacaan Surah Yaasin, Bacaan Al Quran 1 Muka 1 Hari, dan Program Solat Hajat
yang berlangsung setiap pagi. Aktiviti ini menjadi nilai tambah sehingga Masjid Al Muflihun
SMK Geting dinobatkan sebagai Surau Harapan dalam Pertandingan Anugerah Imarah
Surau Sekolah PPD Tumpat. Pengetua turut terpilih membentangkan amalan terbaik
program imarah surau peringkat negeri Kelantan.

Bagi bidang akademik, kejeleketan yang dibentuk setiap dalam setiap panitia telah
berjaya meningkatkan pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM 2017 iaitu GPS 6.40
(2016) kepada GPS 5.84 (2017). Rajah 3 dan Rajah 4 menunjukkan perbandingan
pencapaian dalam Peperiksaan Percubaan SPM antara tahun 2014 hingga tahun 2017.

Rajah 3: Peratus Lulus Semua Mata Pelajaran *GPS 5.03 (ETR SPM 2017)
Peperiksaan Percubaan SPM Rajah 4: GPS Peperiksaan Percubaan SPM

Panitia Bahasa Inggeris pula telah menobatkan SMK Geting di tempat ketiga peringkat
Negeri Kelantan dalam pertandingan rakaman video PdPc Best Teaching Practices
MBMMBI 2017 anjuran KPM dan telah pun dimuat naik ke dalam portal KPM. Hasil
kebersamaan panitia Bahasa Melayu, Sains dan Pendidikan Seni Visual melalui ko-
akademik pula telah berjaya menobatkan SMK Geting sebagai juara Pertandingan Dikir
Barat STEM Peringkat Negeri Kelantan 2017.

50

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Dalam bidang kokurikulum, SMK Geting buat julung kalinya berada di tempat ketiga
dalam MSSD, merangkul pingat emas dan perak di MSSK serta terpilih ke MSSM 2017.
SMK Geting merangkul juara keseluruhan Kejohanan Merentas Desa MSSD serta tempat
ketiga peringkat negeri dan mewakili ke peringkat kebangsaan. Pelbagai kejuaraan turut
dicapai dalam kokurikulum dan koakademik. Antaranya, johan penulisan cerpen bakat
muda DPB dan pelakon wanita terbaik dalam pertandingan drama komsas peringkat
negeri. Pelajar yang terlibat dengan kelas tahfiz di asrama juga turut merangkul johan
tilawah, johan hafazan dan naib johan syarahan dalam pertandingan MTQ peringkat
daerah dan mewakili ke peringkat negeri. Pelajar-pelajar kelas tahfiz Al-Quran juga
telah terbentuk sebagai pemimpin pelajar bersahsiah terpuji, serta tersenarai antara
pelajar-pelajar cemerlang akademik dan kokurikulum. Dua pelajar terbaik Peperiksaan
Percubaan SPM 2017 dengan pencapaian masing-masing 10A 1B dan 8A 1B juga
merupakan pelajar kelas Tahfiz Ar Razi.

Hasil daripada kejelekitan, kreativiti dan inovasi seluruh warga telah berjaya menobatkan
SMK Geting sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan Keceriaan dan Juara Keseluruhan
Asrama Cemerlang sekolah-sekolah dalam PPD Tumpat 2017. Ini telah berupaya
mengubah persepsi seluruh warga, masyarakat sekeliling dan stake holder terhadap
SMK Geting.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bermula dari pengetua sebagai magnet yang menarik, dikembangkan kepada
pembangunan kepimpinan guru-guru membesarkan lagi medan kemegnetan SMK
Geting. Magnetic School Getting Started Getting Smart menjadi kukuh dengan sokongan
PIBK, dan pelbagai agensi kerajaan dan NGO. Pengurusan perhubungan luar adalah
satu sokongan utama kepada pelaksanaan aktiviti sekolah. Kejelekitan dan kebersamaan
yang telah diterapkan dan dibudayakan dalam kalangan seluruh warga diharapkan dapat
merealisasikan hasrat SMK Geting dalam melahirkan modal insan yang tepu dengan
kemenjadian serta organisasi yang sarat dengan pelbagai aspek keberhasilan.

5.0 RUJUKAN

Aminuddin Mohd Yusuf. (1990). Kepimpinan: Satu analisa psikologi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hopkins, D. 2003. Instructional leadership and school improvement. Dlm. Harris, A.,
Day, C. Hopkins, D., Hadfield, M. Hargreaves, A. & Chapman, C. (pnyt.). Effective
leadership for school improvement. Hal. 55-71. London: Routledge Falmer.

Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Meor Ibrahim Kamaruddin (2001), Pembelajaran Sains dan Matematik. Modul Pengajaran,
Universiti Teknologi Malaysia: Skudai, Johor, 2001

51

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

INILAH TRANSFORMASI AWALKU

Sathi a/p Sanayasi
Ambilan 1/2016
Guru Besar

SJK (T) Ladang Karmen, Bera, Pahang

ABSTRAK

Pemimpin menjadi tunjang kepada sesebuah sekolah untuk menetapkan hala tuju dan merangka
strategi yang betul bagi mencapai kejayaan. Amalan kepimpinan guru besar memainkan
peranan penting dalam mempengaruhi budaya kerja warga sesebuah sekolah untuk mencapai
sasaran dan kejayaan. Pemimpin mesti menginspirasikan perubahan positif terhadap orang
bawahannya dan menjadikan mereka lebih bersungguh-sungguh. Dalam hal ini, guru besar
perlu menjadi fasilitator terhadap perkembangan guru dengan melakukan transformasi positif
dan mengembangkan komuniti pembelajaran profesional (PLC). Guru besar telah berjaya
melaksanakan transformasi sekolah dengan menggabungkan elemen-elemen kemanusiaan
dan fizikal sekolah. Sebagai pemimpin transformasi, guru besar telah berjaya melaksanakan
Program Transformasi meningkatkan budaya kerja sepasukan dalam kalangan guru. Program
ini bukan sahaja dapat meningkatkan motivasi guru dan murid malahan dapat meningkatkan
kehadiran murid ke sekolah, meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan program-program
sekolah dan meningkatkan kepercayaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) kepada sekolah. Perubahan yang tersebut memberi kepuasan dan
meningkatkan motivasi warga sekolah. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
keberkesanan sekolah dan motivasi warga sekolah untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
Kesannya, transformasi dalam kerja berpasukan telah mempengaruhi organisasi dalam
mencapai matlamat kurikulum dan kokurikulum sekolah.

Kata Kunci: halatuju, pemimpin transformasi, perubahan

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar belakang sekolah

SJK(T) Ladang Karmen mula beroperasi sejak tahun 1947. Bilangan pelajar
sewaktu mula beroperasi adalah seramai 101 orang dengan tenaga pengajar
seramai enam (6) orang. Sekolah ini mula mencatatkan kemajuan dalam bidang
pendidikan, kokurikulum dan keceriaan persekitaran sekolah. Pada tahun 1996
sekolah ini telah mencatatkan sejarah dalam daerah Bera sebagai sekolah rendah
pertama yang memperolehi 100% dalam pencapaian peperiksaan UPSR. Sekolah
telah mencatat kejayaan dalam kurikulum secara berterusan untuk beberapa tahun
berikutnya. Sekolah ini juga telah dianugerahkan Tawaran Baru dalam NKRA pada
tahun 2010 dan mencatat sejarah dalam UPSR dengan kelulusan 100 %.

1.2 Isu

Walau bagaimanapun zaman kegemilangan sekolah telah mula hilang dan
pernah mencatat 0% dalam peperiksaan UPSR pada tahun-tahun berikutnya dan
menjunam dari band 1 ke band 5 dalam NKRA.

52

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Hubungan antara guru-guru, ibu bapa dan komuniti setempat juga tidak erat dan
akrab. Guru-guru lebih suka bekerja secara silo dan tidak melibatkan diri dengan
program yang dilaksanakan oleh guru lain. Tidak wujud ‘teamwork’ dalam kalangan
guru-guru.

Ini menjadi punca utama sekolah sukar mencapai matlamatnya dan tidak
mempunyai halatuju yang dikongsi bersama-sama. Pejabat Pendidikan Daerah
juga sering menerima aduan negatif mengenai beberapa hal tentang yang berlaku
di sekolah. Rumusannya, kedua-dua pihak sebenarnya secara tidak sedar telah
mengakibatkan kahadiran murid merosot dan kemenjadian murid tidak tercapai.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

2.1 Fokus Utama

Fokus utama amalan terbaik untuk perkongsian ini ialah gaya kepimpinan guru
besar dan kerja sepasukan guru dapat mempengaruhi kecemerlangan sekolah.
Amalan terbaik seorang pemimpin boleh membawa sesebuah sekolah ke puncak
kejayaan di mana seluruh warga sekolah berganding bahu untuk mencipta
kejayaan. Seterusnya kejayaan yang dicapai dapat mengubah sekolah daripada
sekolah berpencapaian biasa kepada sekolah berpencapaian cemerlang dalam
semua bidang.

Cabaran utama pemimpin ialah untuk mempengaruhi individu-individu di sekolah
untuk menyokong visi, misi dan strategi yang digubal. Di samping menjadi pemimpin
instruksional, guru besar mestilah mengamalkan kepimpinan transformasi. Sebagai
seorang pemimpin, guru besar mestilah memahami kehendak warga sekolah dan
sentiasa membuat perubahan dan pembaharuan. Kejayaan kurikulum menjadi
kayu pengukur kepada pengurusan sekolah dan ia akan menunjukkan komitmen
guru terhadap sekolah mereka.

Tindakan guru besar seterusnya merapatkan jurang pergaulan dan hubungan
dalam kalangan guru dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan guru-
guru serta ibu bapa untuk meningkatkan rasa seronok dalam bekerja.

2.2 Pelaksanaan

Guru besar sebagai seorang pemimpin transformasi terpaksa melakukan beberapa
perubahan dan pembaharuan dalaman sekolah dengan segera. Guru besar
sebagai pengurus sekolah mesti menggerakkan segala sumber untuk menyokong
pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan yang berkesan bagi memastikan
kejayaan semua murid. Penjanaan strategi yang betul dan tepat akan meningkatkan
kurikulum sekolah. Guru besar telah membina strategi yang betul dengan membuat
analisis persekitaran ‘SWOT’ dan memastikan guru-guru menggunakan pendekatan,
dapatan kajian dan teknologi terkini bagi meningkatkan produktiviti murid. Guru
besar bersama-sama pasukan telah menetapkan sasaran dan cabaran yang tinggi
terhadap pencapaian sekolah. Guru besar menyebarluaskan visi, misi dan sasaran
kepada semua warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat, Guru besar sering
mengingatkan semua pihak terhadap sasaran pencapaian sekolah.

53

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Amalan terbaik guru besar ialah menerapkan budaya kerja sepasukan dalam
kalangan guru. Sebagai pemimpin yang memfokuskan bidang kurikulum, guru
besar perlu bekerjasama dengan guru-guru untuk mengharumkan nama sekolah
di dalam bidang tersebut. Guru besar meluangkan masa untuk bersama-sama
guru sama ada di bilik guru, bersarapan bersama-sama guru sambil berbual-bual
dengan mereka.

Sebagai pemimpin, guru besar memenuhi keperluan guru dari segi peningkatan
profesionalisme perguruan dengan mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan
(LADAP) dalam beberapa bidang yang diperlukan oleh guru, menyediakan peluang
kepada guru untuk meningkatkan lagi karier kompetensi mereka. Pelaksanaan
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) serta sesi perkongsian guru (TSS) juga
sering kali dilaksanakan untuk memantapkan lagi peningkatan profesionalisme
guru.

Selain daripada menerapkan kerja sepasukan, inovasi yang dicipta oleh guru besar
ialah mewujudkan borang sasaran individu bagi semua murid. Guru kelas telah
menyediakan borang sasaran murid di setiap kelas supaya murid-murid sentiasa
peka dengan pencapaian mereka serta mewujudkan persaingan dalam kalangan
mereka.

Langkah ketiga ialah guru besar mendekati ibu bapa dan melibatkan ibu bapa
dalam semua program yang dijalankan di sekolah. Mereka berganding bahu dengan
warga sekolah untuk mencapai matlamat bersama dan telah menyedari kehadiran
diri mereka dihargai di sekolah dan banyak membantu pencapaian sekolah. Dalam
hal ini, guru besar pun turut melibatkan diri dan turun padang walaupun tercatat
sebagai penasihat dalam buku program.

Sebagai seorang pemimpin transformasi, guru besar berjaya mentransformasikan
fizikal dan kawasan sekolah untuk mewujudkan suasana fizikal sekolah yang
kondusif di samping memberi keseronokan kepada warga sekolah dan meningkatkan
pencapaian murid. Guru besar telah membuat perubahan dari segi pembangunan
fizikal sekolah. Kerja-kerja naik taraf fizikal sekolah telah dilaksanakan seperti
membina pondok kawalan keselamatan, mengubah suai dan menaik taraf
pejabat dan bilik guru, membaiki atap, membina tembok pagar batu, membina
pentas perhimpunan, mengubah suai bilik guru, membina tandas guru, membaik
pulih tandas murid dan kantin dengan menggunakan peruntukkan kerajaan serta
sumbangan komuniti setempat.

Selain itu, guru besar telah memperkenalkan kaedah aku janji kepada semua murid
dan ibu bapa mereka untuk mengurangkan masalah ketidakhadiran ke sekolah.
Program anak angkat diperkenalkan di mana murid-murid tahun 6 dibimbing oleh
guru selepas waktu persekolahan selama dua bulan.

3.0 IMPAK AMALAN

Impak yang paling jelas ialah sikap warga sekolah khususnya guru-guru telah mula
menunjukkan perubahan. Guru-guru mula bergaul mesra dan mula menunjukkan
perubahan positif. Guru telah memulakan kerjasama dan saling menolong dalam setiap
aktiviti sekolah tanpa menunggu arahan.

54

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Apabila guru besar mengamalkan gaya kepimpinan transformasi dan sebagai pemimpin
instraksional guru besar berjaya mengubah sikap warga sekolah dan komuniti setempat
terutamanya ibu bapa di mana mereka secara sukarela dan sanggup bekerja serta
berjuang demi mencapai tujuan dan matlamat sekolah.

Perubahan ketara yang dapat dilihat ialah kepada semangat kerja sepasukan guru-guru
telah menjadi kekuatan sekolah dan telah menjadi satu faktor untuk menaikkan nama
sekolah. Pada masa ini, SJKT Ladang Karmen dikenali di peringkat daerah dan komuniti
setempat sebagai sekolah yang memiliki guru-guru yang mempunyai semangat kerja
sepasukan yang tinggi

Pencapaian kurikulum juga telah meningkat dan telah kembali mencipta sejarah
disebabkan oleh semangat kerja sepasukan warga sekolah. Sekolah juga telah mendapat
tempat pertama dalam peperiksaan UPSR daerah Bera pada tahun 2016 dengan gred
purata sekolah 2.28 dan berjaya merangkul anugerah untuk gred purata mata pelajaran
dalam tujuh mata pelajaran. Peningkatan dalam penilaian akhir tahun dalam Pentaksiran
Berasaskan Sekolah. Seorang murid telah berjaya mendapat 8A serta mengharumkan
nama sekolah dalam daerah Bera ini.

Kemenjadian murid dalam bidang kurikulum dan bidang ko-kurikulum terus meningkat
dan masalah ketidakhadiran menjadi sifar. Perubahan sahsiah murid telah menunjukkan
peningkatan positif. Masalah pihak sekolah dengan pihak luar dapat diselesaikan. Ibu
bapa telah memberi kejasama dan sumbangan dalam semua aktiviti yang dijalankan
di sekolah. Mereka berasa gembira kerana telah mendapat ruang untuk turut bersama
dalam aktiviti sekolah. Kini SJKT Ladang Karmen berjaya mencipta identitinya sendiri di
daerah Bera.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa perkara yang memerlukan
penambahbaikan. Fokus penambahbaikan sekolah pada masa yang akan datang
ialah meningkatkan prestasi akademik kepada semua murid dan menaikkan tahap
sekolah ke tarap sekolah berprestasi tinggi. Sekolah akan menetapkan agar semua
murid menguasai kemahiran maksimum dalam semua mata pelajaran dan kadar murid
yang tidak menguasai semua mata pelajaran menjadi sifar. Sekolah akan berusaha
untuk menaik taraf kemudahan ICT supaya murid-murid dapat menikmati sepenuhnya
pembelajaran dan pemudahcaraan Abad ke-21 (PAK21).

Guru besar berhasrat menambahkan bilangan program panitia dan program sekolah
supaya guru-guru boleh berkomunikasi sesama sendiri semasa menjalankan program-
program tersebut.

Guru besar akan terus mengekalkan kecemerlangan dengan meningkatkan kerjasama,
daya usaha yang padu, hubungan yang erat dan komitmen yang tinggi di bawah
kepimpinan yang mantap. Zon selesa yang telah menjadi kebiasaan selama ini harus
diubah dan memerlukan pembaharuan untuk mencapai hala tuju yang ditetapkan.
Transformasi yang dilaksana perlu ada perancangan dan strategi yang tepat dan ialah
kunci kejayaan sekolah. Pemimpin instruksional dan pemimpin transformasi akan
menetapkan harapan yang tinggi dan merangka strategi yang bersistematik serta
mempengaruhi dan menggerakkan seluruh sumber yang ada untuk terus cemerlang dan
mencapai matlamat.

55

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

5.0 RUJUKAN
Abdul Ghani Abdullah, (2010),Transformasi Kepimpinan Pendidikan, Batu Caves: PTS
Professional Publisher Sdn. Bhd.
Ainon Mohd. (2005) Teori dan teknik kepimpinan Panduan aplikasi di tempat kerja.PTS
Professional Publishing Sdn Bhd Kuala Lumpur.
A.L.Ramaiah, (1992), Kepimpinan Pendidikan, Cabaran Masa Kini, Kuala Lumpur: IBS
Buku Sdn.Bhd.
Bryman. (1992). Charisma And Leadership In Organization. Cowley And Domb. (1997).
Beyond Strategic Vision.
Fleishman. (1973).Curent Development In The Study Of The Leadership.
Findley, B. & Findley, D. (1992). Effective Schools: The Role of the Principal Contemporary
Education, 63(2).
Hallinger, P.dan Murphy, J. (1987). Assessing the Instructional Leadership Behavior of
Principals. Elementary School Journal.
Hussein Mahmood (1997). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ishak Sin (2001). Pengaruh Kepemimpinan Pengajaran, Kepemimpinan Transformasi dan
Gantian Kepada Kepemimpinan Ke Atas Komitmen Terhadap Organisasi, Efikasi dan
Kepuasan Kerja Guru. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
James Ang Jit Eng & Balasundram Ramiah (2013). Kepimpinan Instruksional. Satu
Panduan Praktikal.



56

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

KEPIMPINAN STRATEGIK: MENGETUAI PERUBAHAN AT-S-KNO
[ ATtitude-Skill-KNOwledge ]

Siti Hanim binti Sungit
Ambilan 1/ 2015
Guru Besar

SK Bandar Banting, Selangor

ABSTRAK
Amalan terbaik Kepimpinan Strategik Mengetuai Perubahan Sikap, Kemahiran dan Pengetahuan
Subordinat (AT-S-KNO) ini telah dilaksanakan di SK Bandar Banting, Kuala Langat, Selangor
yang melibatkan 4 orang Penolong Kanan, 51 orang guru dan 7 orang Anggota Kumpulan
Pelaksana. Amalan terbaik yang diperhatikan adalah bagaimana guru besar mengetuai
perubahan, bimbingan dan perkongsian dari segi sikap, kemahiran dan pengetahuan
subordinat. Guru besar telah menetapkan mind set warga sekolah, membudayakan amalan
menepati masa, menerapkan amalan budaya cemerlang, memberi motivasi dan bimbingan
secara bersemuka kepada seluruh warga sekolah. Hasil amalan perkongsian ini menunjukkan
ia sangat sesuai dilaksana dan diamalkan di sekolah. Kepimpinan Strategik yang diamalkan
oleh guru besar dapat membentuk perubahan dari segi sikap, kemahiran dan pengetahuan
dalam kalangan warga sekolah. Dengan gaya kepimpinan guru besar ini telah dapat membantu
meningkatkan pengurusan sekolah menjadi lebih sistematik dan cekap. Guru-guru berasa
lebih yakin dan berinisiatif mengetuai perkongsian pengetahuan dengan rakan sekerja. Guru-
guru pula berfikiran positif untuk melakukan perubahan atau transformasi di sekolah. Antara
cadangan penambahbaikan yang dicadangkan adalah kemahiran pemimpin pertengahan
perlu dipergiatkan melalui bimbingan profesional dan bengkel berterusan. Kesimpulannya,
Kepimpinan Strategik yang diamalkan oleh guru besar dapat membentuk perubahan dari segi
sikap, kemahiran dan pengetahuan dalam kalangan warga sekolah.
Kata Kunci: Kepimpinan Strategik Mengetuai Perubahan Sikap, Kemahiran dan Pengetahuan
Subordinat ( AT-S-KNO )

1.0 PENGENALAN

Sesuatu organisasi akan menjadi lebih mantap dan cemerlang melalui kepimpinan guru
besar sebagai pengurus dan pemimpin sekolah sejajar dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam Anjakan 5 iaitu menempatkan pemimpin yang
berprestasi tinggi. Bagi menyahut anjakan tersebut, maka guru besar SK Bandar
Banting telah melaksanakan amalan terbaik mengikut kepimpinan strategik secara
softskill dan hardskill selaras dengan dapatan Muhammad Bustaman bin Abdul Manaf
(2006) di mana kemahiran kepimpinan strategik sangat penting untuk meningkatkan
keupayaan menterjemah dan merealisasikan aspirasi kepada realiti. Kepimpinan
strategik merupakan suatu keadaan untuk menggerakkan, mempengaruhi dan dapat
menanamkan kepercayaan pada orang lain atau sekelompok orang untuk bekerjasama
mencapai tujuan tertentu.

57

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Objektif amalan terbaik yang dilaksanakan oleh guru besar di SK Bandar Banting adalah:
1. Mengubah sikap warga sekolah terhadap pengurusan diri dan emosi;
2. Membimbing warga sekolah dari segi kemahiran dalam bidang tugas dan peranan;

dan
3. Berkongsi pengetahuan bidang tugas dan dasar pendidikan melalui pelbagai kaedah.

Pembentangan kertas kerja ini menekankan sejauh mana impak guru besar melaksanakan
amalan terbaik kepimpinan strategik mengetuai perubahan sikap (attitude), bimbingan
kemahiran (skill) dan perkongsian pengetahuan (knowledge) kepada subordinat.

1.1 Latar Belakang Sekolah

Penyerahan bangunan SK Bandar Banting telah dilaksanakan pada 21 Oktober
2003 antara pihak kontraktor dengan Pejabat Pendidikan Kuala Langat. Sekolah ini
mula beroperasi pada 2 Januari 2004. Bangunan sekolah ini terletak di Persiaran
Majlis, 42700 Banting. SK Bandar Banting telah dipimpin oleh guru besar bermula
pada 28 Disember 2015. Kini, sekolah ini telah mempunyai 4 orang penolong
kanan, 51 orang guru dan 7 orang Anggota Kumpulan Pelaksana. Manakala murid
di sekolah ini berjumlah 691 orang dan 75 orang murid bagi 3 buah prasekolah.
Sekolah ini juga telah dipilih melaksanakan pelbagai program Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) seperti Dual Language Programme (DLP), High
Immersive Programme (HIP), IMFree. Ketiga-tiga program tersebut bermula Tahun
1 2017. Manakala pada tahun 2018 pula, SK Bandar Banting telah diberi watikah
pelantikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melaksanakan
Program Transformasi Sekolah Tahun 2025 (TS25) Kohort 3.0.

2.0 AMALAN TERBAIK

Amalan terbaik yang difokuskan oleh guru besar SK Bandar Banting adalah amalan
terbaik kepimpinan strategik dengan mengetuai perubahan sikap (attitude), bimbingan
kemahiran (skill) dan perkongsian pengetahuan (knowledge) kepada subordinat.
Berdasarkan dapatan analisis persekitaran dan pemerhatian dokumen-dokumen
berkaitan, guru besar SK Bandar Banting mendapati warga sekolah perlu berubah dari
segi sikap (attitude), kemahiran (skill) dan pengetahuan (knowledge) terhadap kerja
dan bidang tugas di sekolah. Ini kerana ketiga-tiga tahap tersebut, 80% warga sekolah
masih berada pada zon selesa. Justeru itu, guru besar telah memilih amalan terbaik
kepimpinan strategik secara softskill dan hardskill dengan membuat perubahan dari segi
sikap, kemahiran dan pengetahuan.

2.1 Strategi Pelaksanaan

Strategi pertama di mana guru besar mengetuai perubahan sikap (attitude) kepada
subordinat. Diantaranya guru besar menetapkan mind set dalam kalangan warga
sekolah dari segi sikap positif, proaktif, berpandangan jauh, berani berubah,
bekerja dalam satu pasukan, berfokus dan kreatif dalam konteks tugas dan
peranan warga sekolah. Menepati masa merupakan perkara utama membuat
perubahan sikap subordinat agar menjadi contoh terbaik kepada murid-murid.
Guru besar membuat ketetapan masa kehadiran awal ke sekolah sebelum 7.20
pagi dan kehadiran wajib setiap program atau aktiviti sekolah. Teguran secara
berhemah kepada subordinat diamalkan melalui telegram guru secara persendirian

58

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

(personal) dan bersemuka. Secara perspektif Islam pula, amalan guru besar
telah mengamalkan solat dhuha di mana ia menjadi ikutan guru dan murid. Bagi
guru jika ada kelapangan guru dan staf akan mengamalkan solat dhuha untuk
kekuatan rohani. Manakala murid mengamalkannya sepanjang tahun 6 bermula
Jun. Budaya Cemerlang selalu dititikberatkan melalu ucapan trademark kepada
guru dan murid semasa perhimpunan dan perjumpaan. Bagi menggerakkan
subordinat lebih cemerlang, anugerah terbaik guru setiap bulan dilaksanakan,
penghargaan guru-guru pada akhir persekolahan dan kepada guru yang berusaha
memenangi apa jua pertandingan. Guru besar juga sering mengungkapkan 10/10
kepada guru dan staf bagi memberi keyakinan dan kepercayaan kepada subordinat
untuk melonjakkan sekolah keperingkat yang lebih tinggi. Strategi kedua iaitu
guru besar mengetuai bimbingan kemahiran (skill) subordinat melalui bantuan,
motivasi, sokongan dan bersemuka. Bimbingan tersebut dicatat dalam Buku Log
Perbincangan Profesional setiap minggu. Bimbingan tersebut memberi keyakinan
dan kompeten kepada guru dan staf sepanjang menjalankan tugas. Selain itu,
individu yang mengalami masalah tentang urusan kerja boleh bersemuka dengan
guru besar secara terus agar masalah dapat diselesaikan dengan baik. Strategi
ketiga pula guru besar mengetuai perkongsian pengetahuan (knowledge) kepada
subordinat. Perkongsian melalui mini bengkel dan LADAP dijalankan sebanyak dua
hingga tiga kali bagi sesuatu dasar/program baharu yang diperkenalkan di sekolah.
Komunikasi berkesan dipraktikkan menggunakan medium rasmi sama ada dalam
telegram rasmi sekolah, Professional Learning Community (PLC)-Teacher Sharing
Session.

2.2 Tempoh/Masa Pelaksanaan

Amalan terbaik dilaksanakan selama 1 tahun 11 bulan semenjak guru besar
bertugas di SK Bandar Banting pada 28 Disember 2015 sehingga kini.

2.3 Cabaran/Kaedah Pelaksanaan

Beberapa cabaran yang dihadapi oleh Guru Besar SK Bandar Banting semasa
membudayakan amalan terbaik ini. Di antaranya adalah: Ketepatan masa sukar
dipatuhi sama ada kehadiran mesyuarat dan kehadiran awal pagi persekolahan.
Kaedah: Meminda masa mesyuarat dari 2.30 petang kepada 3.00 petang.
Memeriksa kehadiran guru pada kad perakam waktu selepas pukul 7.30 pagi setiap
hari. Guru besar mengetuai amalan terbaik PLC2.0 (Learning Walks) bagi mata
pelajaran pendidikan moral.

3.0 IMPAK

Berdasarkan soal selidik, amalan terbaik kepimpinan strategik berjaya memberi impak
kepada subordinat dari segi perubahan sikap, kemahiran dan pengetahuan. Amalan
terbaik tersebut membantu meningkatkan kecemerlangan, kesungguhan dan semangat
bekerja sederap dan sepasukan agar pengurusan organisasi lebih sistematik dan cekap.
Justeru itu, guru besar berjaya menjadi suri teladan kepada subordinat. Gaya kepimpinan
guru besar menjadi ikutan subordinat di mana guru berupaya, berasa yakin dan berinisiatif
melaksanakan perkongsian tanpa menunggu arahan dengan rakan sekerja. Hasil
perkongsian pengetahuan tersebut guru dapat mengaplikasi ilmu dan kemahiran dalam
PdPc. Hasil analisis menunjukkan 100 % responden iaitu 76.9 % sangat setuju dan 23.1

59

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

% setuju bahawa guru-guru berfikiran positif melakukan perubahan atau transformasi di
sekolah selepas guru besar membuat perubahan dari segi sikap (attitude), kemahiran
(skill) dan pengetahuan (knowledge) terhadap kerja dan bidang tugas di sekolah.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi memastikan amalan terbaik ini menjadi budaya secara konsisten, ia dapat diteruskan
dengan berkesan, beberapa cadangan disyorkan untuk tujuan penambahbaikan. Antara
cadangan berkenaan adalah seperti peranan dan pengetahuan penolong kanan serta
pemimpin pertengahan (Middle Leader) perlu dipergiatkan melalui bimbingan profesional
dan bengkel berterusan.

5.0 PENUTUP


Pemimpin merupakan individu yang paling penting dan bertanggungjawab bagi
menggerakkan sekolah, terutamanya dari segi kurikulum, kokurikulum, kemenjadian
murid, meningkatkan profesionalisme guru, mewujudkan persekitaran yang kondusif serta
dapat memperkasakan sekolah ke arah kecemerlangan. Guru besar selaku pemimpin
perlu membimbing, menggalak dan menyelia kakitangan untuk memperbaiki kualiti
pendidikan. Tuntutan ke arah mewujudkan pendidikan yang berkualiti dan organisasi
yang cemerlang adalah sejajar dengan cara kepimpinan yang dibawa. Menurut sufean
(2005) menyatakan bahawa realiti keberkesanan sebuah sekolah dikatakan amat rapat
dengan prestasi kepimpinan yang efektif. Secara keseluruhannya, guru besar SK Bandar
Banting berjaya mengamalkan kepimpinan strategik melalui amalan terbaik dengan
mengetuai perubahan sikap (attitude), bimbingan kemahiran (skill) dan perkongsian
pengetahuan (knowledge) kepada subordinat. Menurut Kamaruzaman bin Moidunny
(2012) pengurusan strategik, pengetahuan, kemahiran dan komitmen amat perlu
dititikberatkan dan dikuasai sama ada di peringkat pengurus, pentadbir atau subordinat.

6.0 RUJUKAN
Sufean, Shahril, Ahmad Zabidi, Habib & Alina Ranee (2005). Pentadbiran dalam
Pembangunan Pendidikan. Pahang: PTS Publications & Distribution Sdn Bhd.
Muhamad Bustaman Abdul Manaf (2006). The Issues and Theories of Educational
Strategic Leadership. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. 16(2):29-41.
Kamaruzaman bin Moidunny, PhD (2012). Pengurusan Strategik: Konsep dan
Aplikasinya Pendidikan, Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif
Pendidikan Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands 17 September 2012
kamaruzamanmoidunny.blogspot.my/2012/09/pengurusan-strategik-konsep-dan.
html

60

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

PROGRAM PENDIDIKAN AERONAUTIK
SK GONG NANGKA

Sukni Hisham bin Umar
Guru Besar

SK Gong Nangka, 21600 Marang, Terengganu

ABSTRAK

Guru besar berperanan sebagai peneraju pembimbing dan pendorong dalam memacu
keterbilangan sekolah. Sebagai pemimpin perubahan, guru besar dibantu oleh pasukan School
Leadership Team (SLT) dan sentiasa berbincang untuk melaksanakan penambahbaikan
berterusan ke arah membina budaya dan identiti SK Gong Nangka (SKGN) selaras dengan
status sekolah ini sebagai Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Hal ini sejajar dengan
satu daripada cabaran gelombang kedua PPPM 2016-2020 iaitu inovasi dan kreativiti.
Program Pendidikan Aeronautik mempunyai potensi untuk diperkasa dan dimajukan sebagai
program kebitaraan sekolah yang boleh membawa impak besar kepada kemenjadian murid
dari sudut akademik dan bukan akademik. Pelaksanaan program Pendidikan Aeronautik telah
menarik minat murid SKGN untuk hadir ke sekolah dan seronok belajar. Dapatan “SLT voice”,
“teachers voice”, “parents voice” dan “students voice”, diambil kira sebagai analisis data untuk
memastikan keberkesanan dan penambahbaikan program. .

Kata Kunci: pendidikan aeronautik, transformasi sekolah

1.0 PENGENALAN

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2016. Pada peringkat awal, hanya replika-replika
kapal terbang dipamerkan di ruang kosong Pusat Sumber Sekolah. Setelah itu, idea
meletakkan permainan kapal terbang yang berasaskan komputer dicadangkan oleh Ahli
Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah. Bagi mengembangkan cadangan tersebut agar
ia memberi manfaat kepada murid-murid, maka terciptalah simulator kapal terbang yang
dibina sendiri oleh pihak sekolah. Pihak pentadbir dan pasukan aeronautik sentiasa
berbincang untuk mengembangkan lagi program ini sehingga lahirlah modul-modul
pengajaran guru-guru berasaskan mata pelajaran agar dapat memberi pembelajaran yang
bermakna kepada murid-murid di SK Gong Nangka. Bagi memberi pembelajaran yang
berfokus, pihak sekolah telah membentuk Kelab Aeronautik yang terdiri daripada ahli-ahli
yang lulus dalam tapisan temuduga sama ada secara lisan atau bertulis. Sehingga kini,
ahli Kelab Aeronautik adalah seramai 28 orang dan pendedahan mengenai pendidikan
aeronautik dijalankan pada waktu kokurikulum manakala bagi murid-murid yang lain,
mereka boleh berkunjung ke Bilik Aeronautik untuk proses pembelajaran bersama-sama
guru mata pelajaran mengikut kesesuaian masa dengan menggunakan modul-modul
yang telah disediakan.

Projek ini dilihat dapat menjadi platform kepada pembelajaran bermakna dengan strategi
penggabungjalinan kepada semua mata pelajaran utama. Secara tidak langsung, murid-
murid berasa seronok untuk hadir ke sekolah dan rasa kecintaan terhadap sekolah
dapat ditingkatkan. Berdasarkan kepada rumusan pemeringkatan PRIme Standard 2
(Kepimpinan Instruksional) dan Standard 3 (Kepimpinan Budaya), secara tidak langsung

61

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

program ini boleh membawa kepada matlamat sekolah berkualiti. Selain itu, pihak
sekolah dapat membina budaya dan identiti / kebitaraan sekolah selaras dengan status
sekolah sebagai Program Sekolah Transformasi 2025 (TS25).

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Isu utama yang cuba diketengahkan dalam program ini adalah untuk mempersembahkan
subject matter mata pelajaran dalam bentuk yang contextualized. Kemampuan pengajar
dan murid mengaitkan isi pembelajaran dengan fenomena semulajadi dan fantasi mampu
memberi kesan kepada pembelajaran (Saidi, 2014; Parker & Lepper, 1992). Dengan
adanya penggabungjalinan antara disiplin mata pelajaran, strategi pengajaran bukan
sahaja lebih dapat dipelbagaikan, malah isi kandungan juga dapat diteroka dengan lebih
meluas. Penggunaan strategi gamification juga didapati dapat menambah minat murid
di samping mewujudkan platform untuk simulasi kepada situasi sebenar yang bakal
dihadapi (Tay, 2010). Walau bagaimanapun, kajian mendalam masih perlu dilakukan
untuk mengenalpasti kesan dan sumbangan lanjut gamification kepada penambahbaikan
pembelajaran (Landers, Bauer, Callan & Armstrong, 2015).

Program seumpama ini memang sudah ada dijalankan di beberapa negara seperti
Amerika Syarikat yang mana Program Pendidikan Aeronautik mendapat kerjasama
sepenuhnya daripada badan regulatori penerbangan utama negara itu iaitu Pentadbiran
Penerbangan Persekutuan (Federal Aviation Administration – FAA). Menurut FAA, tujuan
program tersebut adalah:

“These partnerships foster and encourage the growth of aviation and the enhancement
of math and science in schools (FAA, 2011)

Elemen Islamisasi Ilmu yang turut diterapkan dalam program ini juga telah menjadi
satu agenda penting untuk diperhalusi dan disokong. Agenda besar ini memang telah
mula digerakkan seawal gagasan Faruqi dan Al-Attas pada awal 1980-an (Haneef,
2005). Namun, penerapannya di peringkat pendidikan rendah masih boleh dibuat
penambahbaikan demi mencapai objektif kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

3.0 IMPAK AMALAN

Guru-guru membawa masuk murid-murid ke Bilik Program Aeronautik mengikut
kesesuaian masa. Modul-modul pembelajaran disediakan oleh panitia masing-masing
sebagai panduan PdPc. Bagi ahli Kelab, modul Kelab akan diajar kepada murid-murid
sewaktu aktiviti kokurikulum. Program Aeronautik turut membuka peluang kepada
sekolah-sekolah yang berminat untuk lawatan dan perkongsian ilmu.

Keberkesanan program yang dijalankan adalah diambil kira berdasarkan beberapa faktor
seperti data ‘Suara Guru’, ‘Suara Murid-murid’ dan ‘Suara Ibu Bapa’. Data-data tersebut
diambil untuk dibuat analisis sama ada program ini mendapat reaksi yang positif atau
sebaliknya. Selain dari itu, rumusan dapatan akan membantu pihak pengurusan untuk
membuat penambahbaikan terhadap program tersebut.

Kerjasama padu guru-guru dan Ahli Jawatankuasa Program Pendidikan Aeronautik
adalah merupakan kekuatan bagi program ini. Selain itu, pihak pengurusan yang sering

62

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

memberi dorongan dan idea-idea baharu, termasuklah sokongan ‘Master Trainer’ IAB
/IPG, Rakan Elit PPD, PIBG dan orang-orang perseorangan. Sokongan juruterbang
yang bertauliah (Qatar Airways) sebagai Penasihat Projek Aeronautik dan jurutera
penerbangan menjadi pelengkap kepada program yang dijalankan ini.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Kos yang tinggi di peringkat awal penubuhan merupakan cabaran yang utama
memandangkan sekolah tidak ada peruntukan untuk menyediakan kemudahan dan
peralatan yang diperlukan. Cabaran yang kedua ialah mengenai ilmu penerbangan
yang agak kompleks untuk tahap sekolah rendah memandangkan kebanyakan buku
rujukan dan artikel penerbangan menggunakan aras ilmu yang tinggi jika dibandingkan
dengan pemikiran murid-murid sekolah rendah. Selain itu, cabaran yang perlu dihadapi
oleh Program Pendidikan Aeronautik SK Gong Nangka ialah untuk menjadi hub Projek
Aeronautik bagi sekolah-sekolah daerah Marang dan negeri Terengganu.

Pihak sekolah sentiasa berusaha mendapatkan sumbangan kewangan daripada PIBG
dan orang-orang perseorangan. Atas kreativiti guru-guru, modul-modul mengikut
mata pelajaran dibina dan diajar kepada murid-murid mengikut tahap potensi murid
(Differentiated Learning). Pihak sekolah akan sentiasa berkerjasama dengan rakan-rakan
strategik seperti MAS, Air Asia, Akademi Penerbangan, juruterbang yang bertauliah dan
sebagainya agar SKGN menjadi hub Projek Aeronautik di daerah Marang dan negeri
Terengganu.

5.0 PENUTUP

Program Aeronautik SK Gong Nangka telah menjadi platform kepada pembelajaran
bermakna dengan strategi penggabungjalinan semua mata pelajaran utama. Program
ini juga secara tidak langsung dapat menarik minat murid dalam bidang aeronautik dan
menambah keseronokan sewaktu proses pembelajaran. Program yang dijalankan ini
juga telah menjadi identiti/kebitaraan sekolah sehingga ia dikenali di dalam mahupun
di luar negeri walaupun baru masuk tahun ke-2 penubuhannya. Sokongan padu dan
komitmen yang tidak berbelah bahagi terutama barisan pentadbir, guru-guru, murid-murid
dan PIBG terhadap program yang dijalankan telah menjadikan program ini sesuatu yang
istimewa dan menjadi budaya pembelajaran yang menyeronokkan di SK Gong Nangka.

6.0 RUJUKAN

Federal Aviation Administration Aviation and Space Education (AVSED). (2014),
Retrieved: https://www.faa.gov/education/partnership/

Gebhard, M.,Harman, R.,& Seger, W. (2007). Reclaiming recess: Learning the language
of persuasion. Language Arts, 84(5), 419-430.

Landers, R.N., Bauer, K.N., Callan, R.C., & Armstrong, M.B. (2015). Psychological theory
and the gamification of learning. In T. Reiners & L. Wood (Eds.), Gamification in
education and business (pp. 165-186). New York, NY: Springer.

Parker, L.E. & Lepper, M.R. (1992). Effects of fantasy contexts on children’s learning and
motivation: making learning more fun. Journal of personality and social psychology,
62(4), 625.

63

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Sadi, O. (2014). A phenomenographic approach for exploring conceptions of learning
and teaching biology in Turkey. Mevlana International Journal of Education (MIJE). 4.
124-138.

Tay, L. (2010, March 18). Employers: Look to gaming to motivate staff. Retrieved
November 13, 2017, from http://www.itnews.com.au/news/employers-look-to-gaming-
to-motivate-staff-169862

64

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

KELANGSUNGAN PEMBELAJARAN HASIL
DARIPADA PENGURUSAN BENCANA BANJIR CEMERLANG

Wan Mohd Salleh bin Wan Ismail
Ambilan 2/2012
Pengetua

SMK Rantau Petronas, Kerteh, Kemaman, Terengganu

ABSTRAK
Banjir telah menjadi salah satu isu nasional pada masa kini di negara kita. Banyak kerosakan dan
kehilangan harta benda serta nyawa berlaku akibat bencana. Jika tidak pun perasaan trauma
dan psikologi anggota masyarakat terganggu dan aktiviti harian terbantut. Premis institusi
pendidikan rasmi khususnya sekolah tidak dapat lari daripada fenomena ini. Kebiasaanya pada
hujung tahun sekolah akan mengaktifkan pelan bencana bagi persiapan menghadapi banjir.
Sekolah yang tidak dilanda banjir dijadikan Pusat Penempatan Sementara (PPS). Keadaan ini
menyebabkan proses pembelajaran secara berterusan tidak dapat berjalan dengan sempurna
dan pastinya murid akan menjadi mangsa. SMK Ayer Puteh telah berjaya menangani isu ini
ke tahap minimum secara tersusun dengan kaedah yang tersendiri dan tidak mengganggu
pencapaian akademik sekolah. Pembelajaran di sekolah diurus dengan cemerlang pada waktu
bencana berdasarkan surat-surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia dan diterjemah oleh pengetua dengan amalan yang dilakukannya sendiri
dan diikuti oleh guru-guru lain. Kekemasan pengurusan institusi ini telah dijadikan contoh
untuk pengurusan banjir sekolah oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman yang menjadi
sebahagian komponen Pejabat Daerah Kemanan sehingga mendapat pengiktirafan “Program
Komuniti Pintar Kemaman” (Kemaman Smart Community).
Kata Kunci: banjir, aktiviti terbantut, mangsa, tahap minimum, SMK Ayer Puteh, Pejabat
Pendidikan Daerah Kemaman, pengiktirafan.

1.0 PENGENALAN
Kebiasanya pada bulan November dan Disember setiap tahun, kita seringkali terbayang
situasi banjir yang berlaku terutama apabila hujan turun di kawasan Pantai Timur
Semenanjung Malaysia. Pembangunan infrastruktur yang tidak terkawal dan curahan
hujan yang luar biasa pada satu-satu masa juga mengakibatkan banjir (Muhammad
Barzani Gasim, 2010). Jabatan Parit dan Saliran Negeri Terengganu menyatakan banjir
akan berlaku apabila keamatan hujan yang tinggi = 100mm sehari dan berterusan selama
48 jam serta air laut tinggi (2.5m-2.80m).
Apabila banjir berlaku, aktiviti harian terganggu, kerosakan dan kerugian harta benda,
kemusnahan alam sekitar serta kehilangan nyawa pastinya berlaku (Majlis Keselamatan
Negara No 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana- Semakan 2012).

65

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

2.1 Realiti Pengurusan Banjir

Banjir yang melanda setiap tahun biasanya menjejaskan aktiviti pembelajaran
di sekolah. SMK Ayer Puteh, Kemaman terletak di Mukim Tebak-26 km dari
bandar Cukai. Dokumen pengurusan banjir daripada Pejabat Daerah dan Pejabat
Pendidikan Daerah dijadikan sebagai panduan tindakan yang perlu dilakukan
dalam situasi banjir. Antara dokumen tersebut ialah:

1. Majlis Keselamatan Negara Arahan No.20 - Dasar dan Mekanisma Pengurusan
Bencana dan Bantuan Bencana Negara

2. Operasi Payung - Pekeliling Menghadapi Banjir Yang Mengancam Perjalanan
Peperiksaan Bil 6/2008

3. Jawatankuasa Bencana - Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2009
4. Persiapan Menghadapi Bencana - Surat Siaran Kp(Bpsh-Spkd)600/01(1)

Bertarikh 24 September 2010
5. Smart Support Team (SST) - Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/08 Persediaan

Menghadapi Sesi Penggal Persekolahan Baru 17.12.2008
6. Academic Support Team (AST) - Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia

Bilangan 8 Tahun 2016
7. Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana

Fail Meja disediakan berdasarkan dokumen tersebut dengan tujuan;

1. Dokumen rujukan bagi operasi sebelum, semasa dan selepas bencana.
2. Sistem untuk semua warga SMK Ayer Puteh berperanan bagi membantu murid

dan menguruskan aset semasa bencana.
3. Mengenal pasti semua risiko dan ancaman yang terdapat di kawasan sekolah.
4. Asas untuk penambahbaikan bagi melicinkan semua aktiviti berkaitan bagi

menangani bencana.
5. Langkah bagi mengelakkan kejadian bencana atau sekurang-kurangnya untuk

mengurangkan kesan bencana sekiranya tidak dapat dielakkan.
6. Susunan tindakan diambil dengan lebih teratur, terancang, jelas dan berkesan

Sebelum bencana, satu mesyuarat jawatankuasa induk bencana telah diadakan.
Mesyuarat ini adalah untuk menbincangkan kaedah dalam pengurusan banjir
tanpa mengganggu proses pembelajaran. Pengetua dan penyelaras bencana
telah memberi taklimat kepada guru dan pelajar bagi persiapan menghadapi banjir
seperti:

1. Kelas pembelajaran di waktu banjir.
2. Aset yang akan dipindah dan tempat menyimpannya.
3. Mengenal pasti peralatan yang akan digunakan dalam operasi memindah

aset.
4. Mengenal pasti laluan alternatif ke sekolah.
5. Menyedia kelengkapan kecemasan: - seperti jaket keselamatan dan lampu

suluh
6. Menyedia semua nombor telefon yang berkaitan dengan bencana
7. Mendapatkan jadual hujan dan air pasang surut
8. Memaklumkan kepada ibu bapa tentang persediaan yang sekolah dilakukan

66

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Pekerja swasta dan komuniti bekerjasama menjalankan kerja gotong-royong
mengangkat perabut ke tingkat atas bagi menggelakkan kerosakan aset. Dalam
situasi ini, pembelajaran dijalankan di dalam dewan dan di tingkat atas bangunan
sekolah.
Semasa banjir melanda juga laluan ke sekolah yang biasa tidak dapat dilalui. Guru
diminta menggunakan laluan alternatif. Proses pengajaran pada waktu ini masih
tetap berlaku walaupun dalam keadaan yang sukar. Laluan tersebut antaranya:
1. Dari Chukai – Ibok –Paman – Dadong (55km)
2. Dari Chukai – Mak Lagam – Lebuhraya – Cheneh – Dadong (62km)
3. Dari Chukai – Ibok – Seri Bandi – Lebuhraya – Cheneh – Dadong (58km)
4. Dari Chukai – Gebeng – Jabor – Lebuhraya – Cheneh – Dadong (65km)
Lumpur setebal satu inci telah mula mengeras dan menyukarkan kerja pembersihan.
Pihak Syarikat Air Terengganu Berhad (SATU) dan Jabatan Bomba Cheneh telah
membekalkan air tangki bagi membersihkan bilik darjah. Pejabat Daerah, Pejabat
Belia dan Sukan serta Pejabat Parlimen Kemaman juga telah membekalkan
tenaga sukarelawan bagi membantu kerja membersihkan sekolah. Cadangan
untuk memindahkan Makmal Komputer serta Bilik Bimbingan dan Kaunseling ke
tingkat atas bangunan sekolah telah diajukan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.
Sekiranya situasi banjir semakin teruk, laluan dan sekolah terpaksa ditutup, Murid
dan guru akan ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS). Dalam
keadaan ini, pengetua mengaplikasikan surat pekeliling yang keluarkan oleh KPM
tentang pelaksanaan Academic Support Team (AST) dan Smart Support Team
(SST). Pengetua memastikan pelajar yang tinggal di PPS terus mengikuti proses
pembelajaran. Guru yang berada di PPS secara sukarela telah melaksanakan
aktiviti pembelajaran dengan menggunakan modul Bahan Kecemerlangan Banjir
(BKB) yang telah disediakan oleh panitia.

3.0 IMPAK AMALAN TERBAIK
Ternyata amalan yang dibudayakan bersama-sama guru dengan memberi penekanan
kepada proses pembelajaran walaupun pada situasi yang sukar telah memberi impak
yang besar kepada pencapaian akademik.

67

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Jadual 1: Perbandingan Bilangan lulus, Peratus Lulus dan Gred Purata Mata Pelajaran
Untuk Tahun 2014, 2015 dan 2016

SPM 2014 SPM 2015 SPM 2016

Bil Mata Pelajaran Lulus Lulus Gred Lulus Lulus Gred Lulus Lulus Gred

(Bil) (%) Purata (Bil) (%) Purata (Bil) (%) Purata

1 Bahasa Melayu 92 91.0 5.88 82 88.1 5.91 90 96.7 5.17

2 Bahasa Inggeris 60 60.0 7.76 51 54.8 7.87 59 62.7 7.41

3 Pendidikan Islam 85 84.1 5.74 73 78.4 5.63 72 77.4 5.46

4 Sejarah 83 83.0 6.72 72 77.4 6.24 76 80.8 6.41

5 Matematik 76 76.0 6.49 58 62.3 6.95 61 65.5 6.67

6 Sains 65 95.5 6.19 60 82.1 6.29 73 91.2 5.75

7 Geografi 22 91.6 5.17 15 100 3.47 21 100 3.10

8 PSV 25 100 4.32 43 100 4.86 39 100 4.74

9 Matematik Tambahan 22 70.9 7.06 8 40.0 8.25 8 61.5 7.46

10 Ekonomi Asas 16 59.2 7.59 23 95.8 6.21 21 100 3.90

11 Lukisan Kejuruteraan 11 78.5 6.36 6 75.0 6.75 7 100 4.29

12 ICT 3 100 4.33 3 100 3.00 4 100 3.50

13 Fizik 29 90.6 7.25 20 100 7.00 13 100 6.31

14 Kimia 25 78.1 7.91 19 95.0 7.30 12 92.3 7.00

15 Biologi 14 100 6.64 9 100 5.78 2 100 4.00

16 MPV 16 100 2.69 13 100 3.08 15 100 3.93

Hanya mata pelajaran Sejarah, ICT dan MPV sahaja yang tidak menunjukkan peningkatan
pencapaian, berbanding 13 mata pelajaran lain terus meningkat GPMP.

Jadual 2: Perbandingan Keputusan SPM 2014, 2015 dan 2016

Kumpulan Keupayaan SPM 2014 SPM 2015 SPM 2016
Bil % Bil % Bil %
10A
9A 1 0.99 1 1.08 5 5.32
8A 1 0.99 6 6.38
7A 5 4.95 4 4.30 5 5.32
6A 19 18.81 2 2.15 6 6.38
5A 40 39.6 2 2.15 6 6.38
4A 14 15.05 43 45.74
3A 6.44 34 36.56
2A 81 80.20 5.87
1A 6.31 76 80.85
Lulus semua M/pelajaran 101 72 77.42
Gred Purata 94
Lulus BM dan Sejarah 93
Bilangan Calon

68

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Jadual 3: Kedudukan SMK Ayer Puteh Di Peringkat Negeri Berdasarkan GPS

Tahun 2014 2015 2016
Kedudukan 140/153 130/153 99/153

Jadual 3 menunjukkan GPS terus meningkat, malah pada tahun 2015 sekolah ini telah
mencipta sejarah setelah 37 tahun penubuhan dengan lahirnya seorang murid semua
A dalam 9 mata pelajaran yang diambilnya. Kedudukan sekolah di peringkat negeri
Terengganu terus meningkat.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Fail meja pengurusan banjir yang dihasilkan bukanlah dokumen terbaik dalam menghadapi
bencana tetapi fail meja ini banyak membantu susunan kerja yang kemas dan sistematik
hinggakan proses pembelajaran dapat diteruskan dan tidak berlaku keciciran. Semua
pihak boleh menjadikannya bahan rujukan, namun masih boleh dibuat penambahbaikan.
Permuafakatan dan kerjasama daripada semua pihak sangat penting kerana sekolah
tidak boleh dibangunkan secara bersendirian. Jaringan dan jalinan dengan komuniti
memudahkan sekolah mendapat bantuan dalam bentuk material dan buah fikiran semasa
menghadapi situasi bencana. Ancaman banjir tidak boleh dijadikan alasan sebagai
halangan untuk cemerlang.

Usaha ini telah mendapat pengiktirafan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman
sebagai model pengurusan bencana terbaik bagi sekolah-sekolah di daerah dengan
kelangsungan proses pembelajaran. Sistem Pengurusan Banjir Kemaman yang tersusun
ini telah terpilih antara 5 terbaik di dunia semasa Persidangan World Summit Information
Society (WSIS) di Geneva, Switzerland pada 2 – 6 Mei 2016 dengan nama KEMAMAN
SIAPSIAGA dan “Program Komuniti Pintar Kemaman”. Ertinya apa yang telah saya
lalukan di SMK Ayer Puteh juga telah diiktiraf.

5.0 RUJUKAN

Chan Ngai Weng. 1995. A contextual analysisi of flood hazard management in Peninsular
Malaysia. Tesis Ph.D. Middlesex University.

Muhd. Barzani Gasim, Salmijah Surif, Mazlin Mokhtar, Mohd Ekhwan Hj Toriman, Sahibin
Abd. Rahim, Chong Huei Bee (2010) Analisis banjir Disember 2006: Tumpuan di
kawasan bandar Segamat, Johor. Sains Malaysian 39 (3), 353-361.

Sharifah Meryam Shareh Musa, Chan Ngai Weng, Haryati Shafii (2011) Amalan semasa
dan pendekatan baru dalam pengurusan banjir di Malaysia. Persidangan Kebangsaan
Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar (MATRA), Universiti Sains Malaysia.

69

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

PENERAPAN BUDAYA KASIH
SK SEMANTAN ULU

Wan Rohani binti Wan Ishak, A.M.N
Ambilan 2/2015
Guru Besar

SK Gali, Raub, Pahang

ABSTRAK

Penghayatan kepimpinan sekolah terhadap Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah
Malaysia (SKKSM) adalah perlu untuk memastikan amalan kepimpinan selari dengan
kehendak masa kini. Bagi memastikan inisiatif sekolah dalam memenuhi aspirasi Anjakan
ke-5 PPPM 2013-2025 dapat direalisasikan, setiap sekolah harus melaksanakan amalan
terbaik berdasarkan kepada kompetensi SKKSM. Tumpuan utama SK Semantan Ulu ialah
bidang pengurusan kepimpinan organisasi. Pemerkasaan terhadap bidang ini perlu diberi
keutamaan supaya dapat memberi kesan kepada bidang-bidang lain dalam Standard
Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM). Amalan terbaik sekolah ini meliputi
komitmen, anjakan, sentuhan, insentif, dan hasil iaitu singkatannya ialah Program KASIH.
Setiap komponen dalam program KASIH mempunyai kepentingan tersendiri yang selari
dengan Transformasi Sistem Pendidikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Oleh itu, keberkesanan amalan ini melihatkan perubahan yang positif terutama
dalam aspek komitmen pihak guru-guru terhadap tanggungjawab sebagai seorang pendidik.
Hasil daripada pelaksanaan program KASIH, keputusan UPSR 2016 telah mencapai GPS
sebanyak 2.58 iaitu mengatasi sasaran GPS peringkat daerah 2.95 dan GPS peringkat negeri
2.96. Berdasarkan keputusan tersebut, kedudukan prestasi sekolah telah meningkat daripada
carta 10 terakhir kepada kedudukan kelapan daripada 43 buah sekolah rendah di daerah Raub
dan sekolah tidak lagi dibawah pemerhatian program 5P.

Kata Kunci: penghayatan, komitmen, anjakan, sentuhan, insentif, hasil

1.0 PENGENALAN

SK Semantan Ulu (SKSU) yang terletak di kampong Kuala Semantan merupakan
sekolah kurang murid (SKM) dan dikategorikan sebagai sekolah gred B. Penduduk
Kuala Semantan bekerja sebagai penoreh getah. Jumlah murid adalah seramai 32
orang. Jumlah staf adalah 10 orang guru dan 2 orang staf sokongan. Masalah di sekolah
ini ialah infrastruktur tidak mencukupi sehingga menyebabkan pihak sekolah terpaksa
menggunakan bilik darjah untuk dijadikan bilik Makmal Sains, Komputer dan Pusat
Sumber. Apabila Guru Besar berpindah ke SK Semantan Ulu, beliau mendapati terdapat
beberapa kelompongan yang perlu perbetulkan. Antaranya adalah:

1. Guru dan staf sokongan sekolah kebanyakan berada dalam zon selesa.
2. Sesetengah guru sukar menerima perubahan.
3. Pengurusan pejabat umpamanya pengurusan fail tidak mengikut tatacara yang betul.

Berdasarkan kepada permasalahan tersebut, guru besar telah melaksanakan Program
KASIH yang merangkumi komitmen, anjakan, sentuhan, insentif dan hasil yang

70

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

bersesuaian dengan bidang Pengurusan dan Kepimpinan Organasisi di bawah Standard
Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM). Guru Besar melaksanakan
Program KASIH bersama-sama barisan kepimpinan di Sekolah Kebangsaan Semantan
Ulu. Dengan pelaksanaan Program KASIH ini, semua warga sekolah bertanggungjawab
memainkan peranan masing-masing bagi mencapai hala tuju sekolah.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Pada awal kehadiran guru besar di SK Semantan Ulu, beliau mengambil inisiatif untuk
berjumpa dengan ketua kampong iaitu Tuan Haji Zulkifli bin Haji Dan dengan tujuan
mendapatkan maklumat mengenai penduduk setempat bagi memudahkan pentadbiran
sekolah tersebut. Idea Program KASIH tercetus semasa pemerhatian, guru besar
mendapati kebanyakan guru dan kakitangan sekolah berada dalam keadaan zon selesa.
Usaha yang dilakukan oleh guru besar adalah untuk memastikan visi dan misi sekolah
tercapai melalui hasil perbincangan dengan barisan pentadbir sekolah. Tindakan pertama
yang dijalankan oleh guru besar ialah mengadakan perancangan strategik sekolah
dengan menukarkan visi dan misi sekolah kepada “Menjadikan SK Semantan Ulu Band
2 menjelang 2010”. Tujuan menghasilkan visi dan misi sekolah yang baru adalah untuk
meningkatkan semangat semua warga sekolah ke arah merealisasikan impian sekolah.
Bagi memastikan penekanan terhadap program KASIH ini berterusan, Guru Besar
telah mengagihkan tanggungjawab kepada setiap Guru Penolong Kanan dan memberi
bantuan dan tunjuk ajar bagi memastikan staf sekolah tidak berada dalam kekeliruan
semasa menguruskan tugasan mereka. Disamping itu, komitmen sekolah dalam aspek
pendokumentasian untuk setiap aktiviti program yang dijalankan juga diberi penekanan
dengan memastikan pengurusan fail pelaporan disediakan. Pengurusan fail dengan
ketegasan Guru Besar telah memudahkan kerja dalam mengatur atau mengendalikan
program seterusnya.

3.0 IMPAK AMALAN

Amalan program KASIH yang diterapkan telah memberi impak yang positif bukan sahaja
kepada guru dan kakitangan sekolah malah juga kepada murid di sekolah ini. Impak
terhadap program KASIH ini dapat dilihat dalam tempoh masa 6 bulan pelaksanaan. Salah
satu perubahan mendadak yang boleh dilihat ialah sikap guru dan staf iaitu mereka lebih
komited dengan setiap tugas yang dipertanggungjawabkan. Selain itu, perancangan awal
untuk menghadapi UPSR 2016 juga telah dapat dilakukan dengan lebih teratur. Dalam
konteks akademik pula, keputusan UPSR tahun 2016 telah menunjukkan pencapain
terbaik dengan GPS sebanyak 2.58. Pencapaian tersebut mengatasi GPS peringkat
daerah Raub (2.95) dan GPS peringkat negeri (2.96). Kesan daripada itu, SK Semantan
Ulu tidak lagi berada dalam pemerhatian program 5P dan anugerah paling tertinggi untuk
sekolah ini ialah percalonan sekolah sebagai Sekolah Kluster Kemerlangan fasa yang
ke-11.

Selain daripada bidang akademik, kejayaan program KASIH dapat juga dilihat dalam
bidang kokurikulum. Sebelum program KASIH dilaksanakan, tiada penyertaan dalam
sukan di peringkat daerah mahupun di peringkat negeri. Tetapi selepas projek KASIH,
pertandingan badminton murid telah mendapat naib johan dan seterusnya mewakili
daerah ke MSSP di Pekan pada tahun 2016. Begitu juga pertandingan ping pong juga
berjaya ke peringkat MSSD dan telah menaikkan nama sekolah.

71

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Bagi unit Hal Ehwal Murid pula, penerapan budaya memberi salam telah dapat dibentuk
kerana sebelum program ini, murid sekolah kurang menyapa guru atau sesiapa sahaja
dengan sapaan salam. Semenjak program KASIH dilaksanakan, amalan ini telah menjadi
kebiasaan, malah, sistem fail yang dulu tidak sistematik, sekarang tersusun kemas dan
lengkap bahan di dalamnya. Semua ini berkat kerjasama semua warga sekolah dalam
memastikan sistem fail kemas.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cabaran utama kepada sekolah ialah melestarikan program ini secara berterusan.
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan telah dikenalpasti selepas post mortem
terhadap program KASIH. Pertama, pemantauan wajar lebih kerap dilaksanakan
umpamanya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran guru. Selain itu, LADAP
untuk pengurusan fail khas untuk semua kakitangan sekolah juga perlu dilaksanakan.
Perkongsian pintar dengan sekolah-sekolah yang terpilih juga dijalankan bagi membuka
minda guru serta kakitangan sekolah.
Sebagai kesimpulan, guru besar dan pengetua yang berkesan perlu sentiasa berusaha
untuk melengkapkan dirinya dengan pelbagai ilmu kepimpinan. Ini adalah kerana
amalan-amalan terbaik melalui usaha guru besar dapat memastikan merealisasikan
aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Justeru itu, transfomasi
kepimpinan dalam pendidikan dapat direalisasikan terutama dalam melahirkan idea-idea
yang kreatif serta corak kepimpinan instruksional.

5.0 RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah
Malaysia (SKKSM).
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Sarana Ibu bapa. Retrieved from https://www.
slideshare.net/mohdsaifulhishamjasni/sarana-ibu-bapa-kpm

72

BAHAGIAN 3:
PERHUBUNGAN LUAR

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

PROGRAM ‘JAK MEKAT’
JALINAN KASIH IBU BAPA, KOMUNITI SETEMPAT

DAN KOMUNITI LUAR

Josep anak Henry Nessem
Ambilan1/2016
Guru Besar

SK St. Gregory (M) Padawan, Sarawak

ABSTRAK

Sarana ibu bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan pelibatan ibu
bapa dan komuniti dengan sekolah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti global demi
kecemerlangan masa hadapan negara. Program “Jak Mekat” ini diwujudkan untuk melestarikan
sumber luar secara optimum. Secara langsung, dengan adanya program ini budaya tolak
ansur dan kerjasama antara sekolah, ibu bapa, komuniti setempat dan komuniti luar dapat
diwujudkan. Melalui program “Jak Mekat” ini juga, perkongsian maklumat dapat disebarkan
secara meluas kepada ibu bapa, komuniti setempat dan komuniti luar. Impaknya dapat dilihat
melalui keputusan UPSR melebihi peringkat kebangsaan semenjak tahun 2011 hingga 2016.
Selain itu, kejayaan dalam pertandingan Persembahan Tarian Etnik Bidayuh Peringkat PPD dan
Kemenangan dalam Pertandingan Kebersihan Sekolah Anjuran Majlis Perbandaran Padawan
(Sekolah Mubaligh) dari tahun 2013 hingga 2014. Terdapat juga beberapa penambahbaikan
yang dicadangkan antaranya ialah pemberian token, anugerah ibu bapa paling “sporting” dan
“wall of fame jasamu dikenang”.

Kata Kunci: Persatuan Ibu Bapa, Persatuan Ibu Bapa Komuniti

1.0 PENGENALAN

Program “Jak Mekat” ialah suatu program yang diwujudkan untuk melibatkan semua
pihak, iaitu guru-guru, ibu bapa, komuniti setempat, komuniti luar dan juga murid-murid
bagi meningkatkan pencapaian sekolah. Usaha ini adalah selari dengan Anjakan ke-9
PPPM. Dalam Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
ada menyebut:

“Pada masa hadapan, Peranan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) akan berkembang
daripada tumpuan biasa terhadap usaha pengumpulan dana kepada bekerjasama dengan
kepimpinan sekolah untuk meningkatkan keberhasilan murid. Secara khususnya, PIBG
dipelawa untuk mengemukakan input tentang cara bagi membolehkan sekolah menjadi
kurikulum kebangsaan lebih relevan dengan keperluan masyarakat setempat dan
memberikan maklum balas tentang kualiti pengajaran dan pengalaman pembelajaran
anak mereka. PIBG dan kepimpinan sekolah akan bekerjasama untuk menyediakan
penyelesaian terhadap isu yang dikenal pasti. Dalam sesetengah keadaan, hal ini
mungkin bermaksud menjadikan ibu bapa sebagai guru dan jurulatih tambahan untuk
aktiviti sekolah”. (Ringkasan Eksekutif PPPM, 2013).”

Perkataan “Jak Mekat” dalam Bahasa Bidayuh Sarawak merujuk kepada perbuatan
bangkit atau bangun. Program “Jak Mekat” merupakan program sedia ada SK Gregory

74

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

(M) tetapi telah diberi nafas baharu dengan penjenamaan semula bermula dari tahun
2016 dan berterusan sehingga ke hari ini dengan beberapa penambahbaikan dilakukan
seiring dengan keperluan semasa. Kecemerlangan akademik dan kemenjadian murid
merupakan titik kejayaan sesebuah sekolah. Oleh itu, Program “Jak Mekat” yang
merupakan salah satu program Sarana Ibu bapa di bawah bidang Jalinan dan Jaringan
ini dirancang dan dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa, komuniti
setempat dan komuniti luar bahawa pentingnya pelibatan semua pihak dalam menjayakan
kecemerlangan akademik dan juga kemenjadian murid dalam bidang kokurikulum
sekolah ini.

Program ini juga diharapkan dapat memberi idea dan pendedahan kepada ibu bapa,
komuniti setempat dan komuniti luar tentang pencapaian anak mereka, aktiviti akademik
dan kokurikulum murid-murid serta menjadikan program ini sebagai medan untuk pihak
sekolah, ibu bapa, komuniti setempat dan komuniti luar berkongsi buah fikiran bagi
menangani setiap isu yang timbul dalam kalangan murid. Selain itu, program ini juga
diharapkan dapat memberikan motivasi dan perangsang kepada ibu bapa, komuniti
setempat dan komuniti luar agar bekerjasama dalam menjayakan setiap aktiviti yang
dirancang dan diadakan oleh pihak sekolah.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Terdapat tiga aktiviti utama dalam Program “Jak Mekat”, iaitu Kelas Menggilap Bintang,
Program Jasamu Dikenang dan juga Program Jalinan Kasih. Kelas Menggilap Bintang
merupakan kelas tambahan malam yang diadakan setiap tahun dalam tempoh sebulan
sebelum menjelang peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kelas ini
diadakan sebagai pecutan terakhir untuk murid-murid Tahun 6. Kelas ini dikendalikan
oleh ahli alumni St. Gregory secara sukarela. Pihak Pentadbir dan PIBG menentukan
bila, di mana dan siapa bekas murid yang akan terlibat. Dalam program ini, ibu bapa
berperanan untuk menjaga dan menyediakan minuman untuk murid (Sarana Ibu Bapa,
2013). Manakala alumni atau bekas murid pula bertanggungjawab mengawas dan
mengajar serta menjadi tempat rujuk murid semasa kelas diadakan. Di samping itu,
alumni juga akan memastikan murid menyiapkan bahan yang disediakan oleh para guru.
Manakala Jawatan Kuasa Kemajuan kampong (JKKK) pula berperanan untuk memberi
kebenaran penggunaan dewan kampung sebagai tempat menjalankan kelas malam.

Jika Kelas Menggilap Bintang ini lebih menumpukan pada bidang kurikulum, Program
Jasamu Dikenang pula memberikan tumpuan pada bidang kokurikulum. Program
Jasamu Dikenang memfokuskan pembinaan kemahiran dalam bidang tarian etnik
Bidayuh dan tarian rampaian yang juga merupakan bidang kebitaraan sekolah. Program
ini dikendalikan oleh bekas pelajar sekolah SK St. Gregory serta komuniti luar melalui
Kelab Kebudayaan (Tarian). Program ini dilaksanakan bertujuan untuk membina jati diri
dan keyakinan diri murid. Dalam program ini, pihak sekolah berperanan untuk memilih
ahli kelab kebudayaan dan juga mengadakan perbincangan serta membuat pemilihan
tarian. Pemilihan alumni yang berkemahiran dalam tarian dibuat dan seterusnya latihan
diadakan di luar waktu sekolah. Keperluan berkaitan kelab Kebudayaan disediakan oleh
pihak sekolah, PIBG dan juga Lembaga Pengelola Sekolah (LPS). Manakala guru-guru
dan beberapa ibu bapa pula berperanan untuk membawa murid mengikuti pertandingan
yang disertai.

75

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Satu lagi program iaitu Program Jalinan Kasih yang dilaksanakan oleh SK St. Gregory
adalah untuk menerima dan menggalakkan komuniti luar untuk mengadakan aktiviti
di sekolah. Ini memberi peluang kepada pihak sekolah untuk menjalinkan kerjasama
dengan komuniti luar. Antara program kerjasama yang dilaksanakan ialah Program
Motivasi Tahun 6 yang telah dilaksanakan bersama-sama sekolah dalam zon yang sama,
iaitu Zon Bengoh pada tahun 2017. Di samping itu mana-mana kelab atau persatuan dan
mana-mana pihak luar atau komuniti luar yang ingin mengadakan aktiviti di sekolah akan
diterima dengan syarat program tersebut memberi manfaat kepada murid dan sekolah.
Contohnya, pada tahun 2016 program komuniti luar telah dijalankan bersama Kelab
Lion. Manakala pada tahun 2017 pula Program Bijak Sifir pula telah dijalankan bersama
pihak NGO.

3.0 IMPAK AMALAN

Menerusi Program “Jak Mekat” ini dapat memberikan kesedaran kepada ibu bapa,
komuniti setempat dan juga komuniti luar betapa pentingnya pelibatan mereka di sekolah.
Sebagai ibu bapa, komuniti setempat dan komuniti luar yang merupakan pihak yang
dekat dengan murid, mereka seharusnya mampu membantu murid-murid meningkatkan
prestasi akademik. Malah, melalui program ini juga adalah diharapkan mereka dapat
membantu murid meningkatkan kemahiran diri. Program “Jak Mekat” juga dilihat
memberi pendedahan kepada murid-murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti luar
selain aktiviti yang disediakan oleh pihak sekolah, terutamanya dalam meningkatkan
kemahiran murid dalam komunikasi dan sosial, membina keyakinan diri serta memberi
pengalaman yang berbeza dalam kehidupan mereka.

Program “Jak Mekat” ini telah membantu sekolah mencapai beberapa kejayaan.
Antaranya, sekolah telah menerima Bai’ah pada tahun 2015. Keputusan UPSR sekolah
juga adalah melebihi peringkat kebangsaan sejak tahun 2011. Pencapaian UPSR sekolah
pada tahun 2011 hingga 2016 dipaparkan dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Pencapaian UPSR tahun 2011 – 2016

Tahun GPS
2011 1.83
2012 1.75
2013 2.25
2014 1.96
2015 1.56
2016 2.75

Selain itu SK St. Gregory (M) juga telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan
Kebersihan Sekolah Anjuran Majlis Perbandaran Padawan (Sekolah Mubaligh) pada
tahun 2013 dan tempat ketiga dalam pertandingan yang sama pada tahun 2014.
Seterusnya sekolah ini telah mendapat tempat ketiga Kategori Persembahan Tarian
Etnik Bidayuh Peringkat PPD pada tahun 2015.

76

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Setelah melalui beberapa fasa, beberapa penambahbaikan telah dicadangkan iaitu
pemberian token kepada ibu bapa, komuniti setempat dan komuniti luar yang terlibat
secara langsung dan aktif dalam setiap aktiviti sekolah. Anugerah ibu bapa paling
‘Sporting’ pula diberikan semasa Anugerah Pencapaian Cemerlang (APC) murid-murid.
Seterusnya melalui program ‘Wall of Fame’ Jasamu Dikenang, pengiktirafan diberikan
kepada ibu bapa, komuniti setempat dan komuniti luar dengan memaparkan nama dan
gambar aktiviti ibu bapa, komuniti setempat dan komuniti luar yang terlibat dalam setiap
aktiviti sekolah.
Jalinan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, komuniti setempat
dan komuniti luar mampu memperkukuhkan jalinan dan jaringan hubungan luar. Justeru,
pelaksanaan Program “Jak Mekat” ini adalah diharapkan mampu mencapai objektif dan
seterusnya dapat merealisasikan matlamat sekolah dalam jangka panjang. Sokongan
daripada seluruh pihak ibu bapa, komuniti setempat dan komuniti luar amat diperlukan
bagi menjayakan program ini. Sesungguhnya kejayaan program ini merupakan
manifestasi hubungan baik antara pihak sekolah dengan ibu bapa khususnya dan
komuniti setempat umumnya. Penambahbaikan sentiasa dilakukan bagi memastikan
program ini mampu mencapai matlamat dan objektif program pada masa yang akan
datang. Adalah diharapkan program ini akan mampu membantu sekolah mencapai visi
dan misi yang telah ditetapkan.

5.0 RUJUKAN
(2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia : Kementerian Pendidikan Malaysia.
(2013). Sarana Ibu Bapa. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

77

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

SEPASUKAN MEMACU KEJAYAAN

Lim Chek Hooi
Ambilan 2/2015

Guru Besar
SJK(C) Kerayong, Bera, Pahang.

ABSTRAK

Guru Besar sebagai peneraju sekolah perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran untuk membentuk pasukan yang baik dan cemerlang bagi mencapai matlamat
dan wawasan yang disasarkan. Melalui amalan kerja sepasukan, gabungan keupayaan,
kepakaran, kemahiran dan pengetahuan setiap individu diharmonikan ke arah pencapaian
matlamat dan objektif yang sama. Perubahan melibatkan komitmen tinggi daripada semua
ahli dalam organisasi dan menyelesaikan masalah, membuat keputusan serta menghasilkan
inovasi ke arah peningkatan kualiti sesebuah sekolah. Matlamat, misi, visi serta objektif tidak
akan tercapai dan hanya bercakap kosong jika kerja berpasukan tidak dipraktikan. Semangat
dalam berpasukan dapat meningkatkan semangat motivasi dalam kalangan anggota organisasi
bagi merealisasikan kecemerlangan sekolah.

Kata Kunci: kerja sepasukan, perubahan, komitmen tinggi

1.0 PENGENALAN

Greatorex (1994) dan Karpin (1995) telah membuktikan bahawa kemahiran pengurusan
seseorang pemimpin menjadi faktor penentu kepada kejayaan sesebuah organisasi.
Pemimpin sekolah perlu mengenalpasti kekuatan dan melaksanakan perubahan bagi
mengatasi kelemahan yang wujud di sekolah. Pemimpin sekolah perlu mempunyai
sikap proaktif dan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan perubahan ke arah
penambahbaikan sekolah. Hall (1988) dalam kajiannya juga menyatakan guru besar
tidak boleh memimpin perubahan secara bersendirian tetapi memerlukan orang lain
untuk membantu mengurus perubahan. Usaha-usaha membudayakan kerja sepasukan
perlu diutamakan bagi mewujudkan budaya kerja yang kolaboratif dan inovatif. Pelibatan
satu pasukan yang mempunyai matlamat yang sama akan memberikan kesan yang
sangat besar terhadap fungsi dan keberkesanan sekolah bagi mencapai hala tuju yang
ditetapkan.

SJK(C) Kemasul telah ditubuhkan pada tahun 1951 dan merupakan sebuah sekolah
kurang murid (SKM) yang berada di kawasan ladang getah. Sekolah ini adalah sekolah
aliran Cina tetapi majoriti muridnya adalah kaum India. Sekolah ini telah mengalami
pengurangan murid dari tahun ke tahun kerana generasi muda tidak ingin tinggal di
kawasan ladang. Perkara ini telah membimbangkan pihak Lembaga Pengurus Sekolah
kerana dikhuatiri sekolah ini akan ditutup suatu hari nanti. Kebanyakan ibu bapa sekolah
ini adalah dari golongan kurang berpendidikan dan berpendapatan rendah. Mereka tidak
mengambil berat tentang pendidikan anak-anak mereka dan menyerahkan sepenuhnya
anak-anak mereka kepada sekolah. Selain itu, persekitaran dan kemudahan fizikal
sekolah tidak kondusif kerana bangunan sekolah telah lama dan usang.

78

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Terdapat 8 orang guru dan 7 orang murid di SJK(C) Kemasul. Guru-guru tidak bersemangat
untuk mengajar kerana tahap penguasaan murid-murid dalam pembelajaran adalah amat
rendah. Murid-murid India di SJK(C) Kemasul kebanyakan tidak belajar di tadika dan
menghadapi kekangan belajar dalam semua subjek. SJK(C) Kemasul juga merupakan
sekolah Band 6 dan mendapat pencapaian GPS dan peratusan UPSR yang terendah di
daerah Bera. Sekolah ini telah mencatatkan pencapaian 0% sejak tahun 2007 hingga
2015.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Gambaran yang awal yang dapat dilihat sebaik sahaja guru besar melangkah masuk ke
SJK(C) Kemasul adalah keadaan sekolah yang tidak kondusif. Kemudahan dan prasarana
kurang memuaskan menyebabkan suasana pembelajaran yang tidak meransangkan.
Persekitaran dan iklim sekolah tidak menggalakkan dan pengajaran dan pembelajaran
adalah membosankan.

Guru besar juga mendapati tiada jaringan dan komunikasi yang berkesan antara pemimpin
dan warga sekolah. Sekolah ini tidak mempunyai group whatsapp untuk menyampaikan
maklumat bagi mengukuhkan komunikasi antara guru-guru. Tiada semangat kerjasama
dan keperluan kejelekitan antara satu sama lain.

Maka guru besar sebagai pemimpin transformasi perlu membina pasukan dan mengurus
perubahan. Langkah pertama ialah merangka perancangan strategik bagi menetapkan
hala tuju sekolah. Melalui analisis persekitaran atau analisis SWOT, strategi yang paling
sesuai dipilih untuk mengurus perubahan sekolah.

Memandangkan pencapaian UPSR sangat membimbangkan dan akan mempengaruhi
kedudukan band sekolah, maka guru besar perlu mengambil tindakan segera untuk
mengubah keadaan. Inovasi ataupun amalan terbaik yang dilaksanakan ialah program
penempatan murid Tahun 6 dari luar untuk masuk belajar di sekolah SJK(C) Kemasul.
Program ini digelar Strategi Lautan Biru (NBOS). Guru besar telah mengambil dua orang
murid dari SJK(C) Triang 2 yang mendapat persetujuan daripada ibu bapa mereka
bertukar masuk ke SJK(C) Kemasul. Tindakan ini telah membangunkan semangat
membara antara guru dan murid dalam melonjakan prestasi sekolah dalam pelbagai
bidang.

Pelbagai aktiviti dapat dijalankan berikutan bilangan murid yang bertambah di dalam
kelas. Murid-murid India telah mendapat peluang yang lebih bertutur dan belajar Bahasa
Cina. Ini telah meningkatkan keberkesanan komunikasi dan membantu pembelajaran
murid-murid tersebut. Bagi guru-guru pula, mereka lebih bersemangat untuk mengajar
kerana mendapat respon daripada murid-murid baru. Pelbagai aktiviti pembelajaran
PAK21 dapat dipraktikkan dalam kelas.

Selain itu, program Anak Emas juga merupakan inovasi penambahbaikan yang
dilaksanakan di SJK(C) Kemasul. Guru besar membimbing murid-murid pada waktu
malam selama dua jam setiap hari kecuali hujung minggu. Tujuan program ini adalah
untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam UPSR. Kepemimpinan dan teladan
yang dipamerkan oleh guru besar dalam program Anak Emas telah menjadi suri teladan
kepada guru-guru supaya lebih gigih dan bersemangat untuk mengajar. Kesungguhan
dan kredibiliti yang ditunjukkan oleh guru besar telah memberi kepercayaan kepada
guru-guru untuk turut menyumbang dalam menjayakan program ini.

79

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Di samping itu, guru-guru telah digalakkan untuk menyertai ceramah pedagogi serta
Professional Learning Community (PLC) bagi mendapatkan input serta teknik mengajar
yang berkesan untuk meningkatkan prestasi murid-murid. Guru besar memberi sokongan
penuh kepada guru-guru dan turut sama menghadiri bengkel dan ceramah bersama-
sama mereka.

Salah satu lagi amalan yang dilakukan ialah Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD)
yang jauh daripada kawasan sekolah. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk
menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi
persekitaran pembelajaran yang progresif. Murid-murid di SJK(C) Kemasul adalah
daripada golongan berpendapatan rendah, mereka jarang keluar daripada tempat
tinggal mereka dan kurang pendedahan dunia luar. Program ini membolehkan mereka
menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, meningkatkan minat dan
semangat untuk belajar.

Dalam mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang kondusif, keadaan infrastruktur dan
persekitaran merupakan faktor penyumbang utama untuk mencapai matlamat tersebut.
Kemudahan fizikal dikatakan penting kerana tanpanya aktiviti pembelajaran kurang
berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran juga berjalan lancar jika persekitaran
selamat, tenang dan ceria. Melalui hubungan pemuafakatan dan jaringan komuniti,
sekolah mendapat peruntukan daripada LPS dan sumbangan komuniti untuk mengecat
sekolah. Tandas dan pusat sumber juga dinaik taraf. Ibu bapa juga turut membantu dalam
aktiviti gotong-royong serta melukis mural bagi menceriakan sekolah. Suasana sekolah
menjadi lebih kondusif, selesa dan menyenorokan.

3.0 IMPAK AMALAN

Pasukan kerja yang dibentuk telah memberi manfaat kepada pelaksanaan program dan
aktiviti di sekolah. Kerjasama daripada semua pihak seperti guru-guru, murid-murid,
Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG dan masyarakat setempat telah memberi peluang
kepada guru besar merancang aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat kepada murid-murid.
Antaranya lawatan sambil belajar ke Melaka, lawatan ke rumah warga emas, ceramah
keselamatan dan pertandingan sukan antara sekolah.

Pencapaian UPSR SJK(C) Kemasul adalah 0% kelulusan mulai tahun 2007. Berikutan
strategi yang dilaksanakan, keputusan UPSR telah mencapai 50% pada tahun 2016.
Strategi Lautan Biru yang dilaksanakan juga meningkatkan kemenjadian murid-murid
yang sedia ada dan seterusnya menaikkan kedudukan band sekolah. Ibu bapa dan
penjaga lebih yakin untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah ini.
Memandangkan bilangan murid telah berkurangan dari tahun ke tahun dan khuatiri sekolah
ini akan ditutup, maka usaha perpindahan sekolah ke tapak baru amat diperlukan. Dengan
usaha kegigihan guru besar dan sokongan daripada Lembaga Pengurus Sekolah, surat
kelulusan perpindahan tapak telah diterima pada bulan November tahun 2016.

Berikutan jaringan yang wujud dengan komuniti luar, jalan tanah merah yang masuk
ke SJK(C) Kemasul telah dinaik taraf menjadi jalan tar atas permohonan dengan
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Sementara itu, permohonan air paip
juga telah diluluskan oleh JKR menggantikan air telaga.

80

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Selama empat belas bulan guru besar berada di SJK(C) Kemasul, banyak lagi
penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Bagi menyelesaikan masalah pengangkutan,
pihak sekolah boleh berbincang dengan LPS supaya dapat membeli sebuah van untuk
menghantar murid-murid dari luar masuk belajar di sekolah ini sementara sekolah ini
berpindah ke tapak baru. Ini akan menyenangkan para ibu bapa menghantar anak-anak
mereka belajar di sekolah ini.
Strategi Lautan Biru iaitu penempatan murid-murid dari luar bukan dilaksanakan
merangkumi semua murid dari tahun 1 hingga Tahun 6. Ini akan meningkatkan suasana
pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan berkesan.
Tindakan untuk memindahkan sekolah ke tapak baharu perlu dijalankan dengan lebih giat
lagi untuk mempercepatkan proses perpindahan sekolah. Komitmen daripada Lembaga
Pengurus Sekolah dan komuniti juga amat diperlukan untuk mencari dana pembinaan
sekolah baru.

5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kualiti peribadi seperti berfikiran positif, kemahiran membuat keputusan,
teknik menangani perubahan serta membina pasukan adalah ramuan penting seorang
pemimpin sekolah yang profesional untuk mencapai kecemerlangan pengurusan yang
menyeluruh dalam memperkasakan sekolah yang dipimpinnya.

6.0 RUJUKAN
Institut Aminuddin Baki (2013). Kajian Tindakan Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan
Institut Aminuddin Baki: Genting Highlands.
Institut Aminuddin Baki (2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia.
Genting Highlands: IAB KPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
-2025. https://www.moe.gov.my
Linda Lambert ( 2010). Keupayaan kepimpinan untuk pembangunan berterusan: Institut
Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Siti Zainun Binti Zainuddin. Panduan Prod dan Pengenalan: Institut Aminuddin Baki
Genting Highlands.

81

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

KOMUNITI SAYANGI SEKOLAH

Mohd Hafidz bin Samsudin
Ambilan 2014
Guru Besar

SK Kongkong Laut, Masai, Johor

ABSTRAK

Segala permasalahan yang dihadapi oleh pihak sekolah adalah sesuatu yang subjektif untuk
diselesaikan. Kepelbagaian sumber yang menjadi penyokong kepada penyelesaian itu perlu
dibuat penelitian dan tindakan yang akan menyelesaikan semua isu yang berkala. Masalah
kehadiran murid yang tidak mencapai KPI 95% adalah isu pilihan yang menjadi keutamaan
untuk diselesaikan di peringkat SK Kongkong Laut berdasarkan data kehadiran murid secara
online. Melalui isu ini juga pihak sekolah telah membuat perancangan strategik yang menyentuh
aspek kemenjadian murid melalui kesedaran secara lahiriah tentang kewajiban menuntut ilmu
dengan meletakkan kehadiran ke sekolah sebagai KPI yang kukuh. Soal selidik yang telah
dinyatakan juga jelas menunjukkan peranan komuniti bersama pihak sekolah menjadi satu
agenda utama terhadap program yang akan mendatangkan impak bukan sahaja kepada
murid malah kesedaran komuniti terhadap peranan sekolah. Mengupaya dan mendorong
kemampuan intelek dan rohani semua pihak memerlukan hala tuju yang tekal dan bersifat
holistik supaya jelas matlamat akhir yang akan menyelesaikan isu malah menjadikan sekolah
sebuah institusi pendidikan yang menyeronokkan, untuk diangkat di mata komuniti, masyarakat
dan organisasi. Pelibatan Ibu bapa dan Komuniti (PIBK) adalah tunjang sokongan keberadaan
sekolah dan kemenjadian murid secara realistik.

Kata Kunci: Kurikulum, Kokurikulum, Pengurusan Komuniti.

1.0 PENGENALAN

Pada asalnya, SK Kongkong Laut menumpang di rumah Ketua Kampung dan kini SK
Kongkong Laut mempunyai bangunan dan kemudahan sendiri hasil usaha semua
pihak terutamanya muafakat antara komuniti dan sekolah sejak awal lagi. SK kongkong
Laut ialah sebuah sekolah kategori luar bandar (gred A) yang terletak di muara Sungai
Johor dengan kapasiti 2 orang anggota pengurusan, 17 orang guru dan 141 orang
murid. Sekolah ini telah menjangkau 87 tahun dan telah melahirkan 14 generasi pelajar
Tahun 1 hingga 6 dari tahun 1929. Sekolah ini dikelilingi perkampungan petani dan
nelayan dengan jumlah penduduk seramai 1021 orang yang merupakan sebuah sekolah
yang komited untuk menghasilkan murid yang cemerlang dan bersahsiah mulia. Sosio
ekonomi mereka bergantung kepada hasil perikanan dan pertanian, sudah pastinya ada
antara mereka yang kurang memberikan sokongan kepada sekolah. Oleh itu, untuk
memaju sekolah ini, muafakat komunitinya adalah sangat penting. Muafakat ini bukan
sahaja dalam bentuk sumbangan kewangan, malah kepakaran atau kemahiran, tenaga
dan idea yang menjadikan masyarakat sentiasa peka dan proaktif terhadap keperluan
sekolah. Melalui muafakat ini, segala isu dapat ditangani secara musyawarah dan
kolaboratif melibatkan warga sekolah bersama ibubapa dan rakan strategik secara aktif
mengikut keperluan seperti pembangunan sumber manusia, kemenjadian murid dan
pembangunan insfrastruktur persekitaran sekolah. Program Komuniti Sayangi Sekolah
(KSS) ini adalah pelan jangka masa panjang yang dirangka melalui perancangan dalam
masa 3 tahun perlaksanaan secara berfasa dan berkesan .

82

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Matlamat Program Komuniti Sayangi Sekolah (KSS) ini ialah untuk meningkatkan peratus
kehadiran murid supaya mencapai KPI 95 % kehadiran melalui aktiviti mengupaya
peranan komuniti. Objektif KSS ialah untuk membina jaringan muafakat komuniti dan
sekolah secara aktif, menambahbaik kemudahan bilik darjah dan bilik khas supaya lebih
kondusif dan menyelesaikan pelbagai isu sekolah secara muafakat. KSS dilaksanakan
melalui pendekatan Plan, Do, Check and Action (PDCA) dan Pelan Intervensi Lima
Langkah (PILL). Strategi yang dikenal pasti telah dilaksanakan mengikut Jadual 1. KSS
telah diilaksanakan secara berperingkat mulai bulan Januari 2016 hingga dan berterusan
hingga tahun 2018.

Isu dan punca masalah dikenalpasti secara tinjauan, sumbang saran, pemerhatian dan
analisis data daripada murid-murid, guru-guru dan ibu bapa. Daripada analisis data dan
dapatan tinjauan, beberapa faktor seperti peranan ibu bapa yang kurang merangsang
anak untuk belajar dan kurang menjadikan sekolah sebagai medan ilmu atau tempat untuk
mencungkil bakat anak-anak secara holistik. Kekurangan dana kewangan juga menjadi
penyebab program yang telah dirancang terpaksa ditangguhkan dan pembangunan
persekitaran yang lebih kondusif tidak berlaku. Kaedah penyelesaian masalah Rajah
Tulang Ikan atau teknik analisis sebab dan akibat digunakan bagi mengenal pasti
masalah dan program penambahbaikan. Kaedah ini dapat mengenal pasti punca dan
faktor penyumbang kepada sesuatu masalah dalam format grafik yang mudah dan jelas
di mana ia dapat menunjukkan hubungan antara punca masalah dan semua faktor yang
mungkin boleh dikaitkan dengan masalah tersebut.


Mesin Kaedah Manusia

peralatan yang kurang program kurang
kurang lengkap dan aktiviti penglibatan
ibubapa dan
untuk rangsang masyarakat KEHADIRAN
murid hadir ke MURID TIDAK
bilik darjah yang CAPAI KPI 95%
sekolah kurang kondusif

sumber dana persekitaran
kewangan yang kawasan sekolah
kurang menarik
terhad
Persekitaran
Bahan

Rajah 1: Analisis Tulang Ikan berkaitan punca masalah kehadiran murid tidak mencapai KPI 95%

83

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

Jadual 1: Strategi yang telah dilaksanakan.

PDCA Program Tarikh
Plan Januari
(Persediaan) 1. Perbincangan dengan GPK, guru dan JK PIBG sekolah
Do 2. Merangka perancangan melalui kertas kerja dan dibentang di 2016
(Pelaksanaan) dalam mensyuarat sekolah
3. Penubuhan Jawatankuasa PIBK Januari
Check -
(Penilaian) 1. JK PIBK membentuk 3 Team
(i) Team Muafakat program Gemilang SKKL Oktober
(ii) Team Muafakat Infrastruktur Gemilang SKKL 2016
(iii) Team Muafakat Dana Gemilang SKKL
Januari
2. Team Muafakat Program Gemilang SKKL. -
(i) merancang dan melaksana program pembangunan sahsiah murid
(ii) merancang dan melaksana program antara komuniti dan sekolah Oktober
2016
3. Team Muafakat Insfra Gemilang SKKL
(i) merancang dan melaksana pembangunan yang mendatangkan
Impak kepada minat murid serta persekitaran yang kondusif dalam
menjadikan sekolah sebagai tempat yang menyeronokkan.

4. Team Muafakat Dana Gemilang SKKL
(i) merancang dan melaksana program menjana dana pendapatan
Yang akan menyokong perlaksanaan program dan keperluan
sekolah.
(ii) membentuk JK Alumni Gemilang SKKL

1. Semakan sistem APDM ( Kehadiran )
2. Laporan kehadiran PIBK
3. Mesyuarat Secara Berkala
4. Laporan Program

Action 1. Post mortem program Nov.
(Penambahbaikan 2016
Berterusan)

3.0 IMPAK AMALAN

Impak daripada KSS ini telah mencapai objektifnya di mana kesedaran komuniti dan
ibu bapa dalam membantu sekolah telah meningkat, kehadiran murid mencapai KPI
95% kehadiran, guru dapat melaksanakan proses PdPc secara berkesan dan dapat
membantu murid menguasai kemahiran serta mengesan murid yang memerlukan
bimbingan, peratus penguasaan murid meningkat dan bilik darjah menjadi lebih kondusif
hasil sumbangan dan muafakat komuniti. Kejayaan ini telah mendapat pengiktiran
dengan menerima pengikitrafan pemenang Anugerah 3K Peringkat Kebangsaan pada
tahun 2016, Anugerah Emas Pengurusan HEM Sekolah Rendah Peringkat PPD Pasir
Gudang 2017, Anugerah Peningkatan GPS Percubaan UPSR Daerah Pasir Gudang
2017 dan Anugerah Peningkatan Pencapaian Saringan Linus Daerah Pasir Gudang
2017.

Program ini telah meningkatkan amalan muafakat antara komuniti dan sekolah yang
akhirnya menjadi budaya masyarakat setempat seterusnya menjadi amalan murid-
murid kelak, seperti pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Usaha guru-
guru juga lebih mudah dan kurang terbeban kerana telah mendapat sokongan daripada
pihak komuniti. Program ini juga mengajar anak-anak mereka tentang pengalaman dan
nilai murni apabila ibu bapa mereka membantu sekolah dan telah dapat meningkatkan
semangat dan sokongan moral seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah terpuji.

84

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cabaran utama pelaksanaan program adalah untuk menyakinkan guru dan ibu bapa
bahawa permuafakatan yang seiring dengan matlamat sekolah akan memberi jaminan
penyelesaian pelbagai isu di sekolah dan seterusnya turut menyumbang kembali kepada
kebajikan komuniti secara umumnya. Mengggunakan pendekatan PILL, kami berjaya
mengenal pasti masalah dan sasaran serta memahami punca masalah. Setelah itu, guru
besar bersama jawatankuasa telah menyenaraikan intervensi untuk menyelesaikan isu
iaitu meningkat kualiti PdPc guru, mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif,
mengupayakan kekuatan Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) sebagai penggerak
bersama sekolah “Komuniti Sayangi Sekolah“ dan memantapkan program sekolah.
Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah seperti berikut:

1. Memantapkan program PIBK dalam akademik
Meningkatkan kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan komuniti bagi tujuan

menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti secara aktif dalam pembelajaran
murid khasnya terhadap pembelajaran Abad ke 21.

2. Menjenamakan sekolah sebagai “Sekolah Eko-Pelancongan”
Menjenamakan sekolah tidak perlu menunggu sesiapa atau pihak mana yang

perlu membantu. Menjadikan sekolah sebagai sekolah eko-pelancongan akan
mendatangkan kesan yang menguntungkan kepada warganya dan komuniti. Malah
ia akan mewujudkan peluang lain seperti penglibatan aktif sekolah dalam menjana
pendapatan bersama komuniti melalui “Program Pelan Pembangunan Ekonomi
Kampung”. Apabila ekonomi desa setempat ditingkatkan, program sekolah dan
keperluan anak-anak juga dapat ditingkatkan demi masa depan mereka.

5.0 RUMUSAN

Secara keseluruhan, program “Komuniti Sayangi Sekolah“ adalah satu program jangka
masa panjang yang menyeluruh kerana ia turut merangkumi secara langsung dan tidak
langsung kepada 9 bidang Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia
(SKSSM) iaitu pengurusan dan kepimpinan organisasi, pengurusan kurikulum, pengurusan
hal ehwal murid, pengurusan kokurikulum, pengurusan kewangan, pengurusan pejabat,
pengurusan persekitaran dan fizikal, pengurusan sumber manusia dan pengurusan
hubungan luar. Namun, program ini lebih memberi fokus kepada pengurusan hal ehwal
murid, pengurusan persekitaran dan fizikal dan pengurusan hubungan luar. Membentuk
pasukan bagi menjayakan program ini bukan sesuatu yang mudah, bak kata pepatah
“jika tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya”. Dengan kejayaan program ini
membuktikan bahawa guru besar telah berjaya menyatupadukan komuniti sekolah untuk
manfaat bersama. Semoga perancangan akan datang lebih membudayakan muafakat
demi membantu sekolah dan komuniti.

6.0 RUJUKAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)

85

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

PERMUAFAKATAN BERTERUSAN UNTUK KEJAYAAN SEKOLAH

Mohd Asri bin Mohd Nor
Ambilan 1/2015
Guru Besar

SK Sokor, Tanah Merah, Kelantan

ABSTRAK

Peranan Persatuan Ibu bapa dan Komuniti (PIBK) dengan bantuan NGO dan pihak swasta
telah berjaya meningkatkan kejayaan sekolah. Permuafakatan jaringan ini telah dapat
membantu sekolah dalam menangani keadaan fizikal sekolah, kehadiran pelajar, meringankan
beban kemiskinan dan peningkatan dalam akademik pelajar. Kewujudan program jaringan ini
adalah rentetan daripada musibah banjir besar yang berlaku pada tahun 2014 dan program
ini masih lagi diteruskan di SK Sokor. Inovasi sekolah yang ingin dikongsi ialah bagaimana
jalinan dan jaringan yang melibatkan beberapa pihak seperti Yayasan Orang Kurang Upaya
Kelantan (YOKUK), Syarikat Allienz, Pejabat Hutan Kelantan dan MNN Mining Group,
Pejabat Penerangan Tanah Merah dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
serta Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah untuk membantu kejayaan sekolah. Tujuan
penglibatan PIBK secara maksimum ini dapat menangani isu yang dikenal pasti dan secara
langsung membangunkan semula sekolah. Jaringan yang melibatkan NGO dan agensi swasta
dapat membantu menyalurkan dana dan keperluan murid di samping meringankan beban
keluarga murid. Program menghijaukan kawasan sekolah juga dapat membantu menghasilkan
suasana yang ceria dan kondusif. Jaringan Pejabat Penerangan bersama graduan IPTA juga
dapat memberi percambahan idea kepada komuniti. Permuafakatan jaringan PIBK ini berjaya
menunjukkan kesan yang positif dalam menangani isu yang dihadapi oleh pihak sekolah ke
arah membantu kejayaan murid dan sekolah.
KELANTAN

Kata Kunci: PIBK, permuafakatan, jaringan, penglibatan, kejayaan

1.0 PENGENALAN

Sokongan dan penglibatan ibu bapa adalah penting untuk membantu pihak sekolah
dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Berdasarkan Anjakan ke-9 dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, penglibatan ibu bapa, komuniti
dan pihak swasta perlu diperluaskan dan diperkasakan peranannya. Justeru, Sekolah
Kebangsaan Sokor telah mengadakan jaringan bersama dengan Penglibatan Ibu Bapa
dan Komuniti (PIBK), NGO dan agensi swasta dengan tujuan untuk mendapatkan sumber
dana, menangani masalah sekolah dan memaksimumkan penglibatan komuniti dalam
membangunkan sekolah.

SK Sokor dibuka pada tahun 1963 dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar.
Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Sokor dan jaraknya 34 km dari Bandar Tanah
Merah. Sekolah ini hanya dapat dihubungi melalui jalan darat yang tidak berturap dan
berbukit. Kemudahan air di sekolah ini diperoleh daripada sumber air bukit. Perhubungan
telekomunikasi amat terhad dan tidak mempunyai akses internet di kawasan ini. Sekolah
ini diterajui guru besar bersama para pentadbir dan 16 orang guru akademik serta 8
orang staf sokongan. Jumlah pelajar di sekolah ini ialah seramai 146 orang termasuk

86

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

pelajar prasekolah. Sekolah ini juga mempunyai kemudahan asrama desa untuk para
pelajar.

Sekolah ini banyak menghadapi cabaran dan dugaaan sejak tahun 2014 seperti bencana
banjir, masalah kehadiran murid, latar belakang keluarga murid yang miskin dan ibu bapa
yang kurang memberi perhatian kepada pembelajaran anak-anak. Malah, sebahagian
besar penduduk Sokor terdiri daripada petani dan penoreh getah. Kesan daripada faktor-
faktor tersebut, pelibatan ibu bapa yang kurang aktif dalam program anjuran sekolah
merupakan salah satu isu yang perlu diselesaikan. Ibu bapa hanya hadir apabila
dijemput menghadiri Mesyuarat Agung PIBG sahaja kerana sibuk bekerja. Tambahan
lagi, sebahagian besar daripada ibu bapa berlatarbelakangkan taraf pendidikan yang
rendah dan mereka kurang mendapat pendedahan daripada masyarakat luar. Malah,
pencapaian akademik murid juga berada pada tahap yang rendah. Analisis data saringan
LINUS juga menunjukkan masih ramai murid yang belum menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira.

Selain itu, hubungan dan jaringan daripada masyarakat luar kurang aktif kerana lokasi
penempatan yang berada jauh dari bandar dan jalan yang tidak berturap. Malah,
penduduk kampung masih menggunakan kemudahan air tandak bukit untuk minuman dan
kemudahan harian. Jaringan telekomunikasi dan kemudahan internet juga masih pada
tahap rendah kerana berada di kawasan pedalaman. Memandangkan sekolah terpaksa
menghadapi segala hambatan dan cabaran tersebut, justeru amalan permuafakatan
melalui jaringan dan jalinan PIBK telah dilaksanakan.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

SK Sokor sering dilanda banjir setiap tahun kerana lokasi sekolah berada di tebing
sungai. Oleh yang demikian, amalan terbaik yang dilakukan oleh pihak sekolah adalah
melalui permuafakatan jaringan PIBK secara berterusan untuk penambahbaikan sekolah.
Selain dari mengadakan permuafakatan jaringan PIBK, pihak pengurusan sekolah juga
menghubungi semula NGO dan badan swasta untuk mendapatkan bantuan ketika banjir
tahun 2014. Strategi permuafakatan ini bertujuan untuk menambahbaik sekolah dan
mencari pendekatan sesuai bagi memajukan sekolah serta mendapatkan suntikan dana.
Oleh yang demikian, jaringan dan jalinan dengan pihak swasta sepeti Syarikat Allienz,
MNN Mining Group dan Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan dapat memberikan
suntikan dana kepada sekolah. Selain itu, Jabatan Penerangan, graduan IPTA tempatan,
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Hutan Negeri Kelantan juga turut serta
memberi bantuan dan sumbangan. Program jaringan ini bermula pada awal tahun 2016
dan mengambil masa hampir setahun untuk merealisasikannya.

Walau bagaimanpun, cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan permuafakatan
jaringan ini adalah sumbangan kewangan daripada pihak ibu bapa. Hal ini berlaku
kerana masalah kemiskinan keluarga yang sebahagian besar bekerja sebagai penoreh
getah. Selain itu, dana PIBG terlalu kurang disebabkan oleh jumlah murid yang sedikit
dan kebanyakan komuniti luar sekolah berada dalam paras kemiskinan. Tambahan lagi,
kekangan dari segi perhubungan juga merumitkan lagi keadaan kerana jalan perhubungan
yang tidak berturap menyukarkan hubungan dengan komuniti luar. Lebih-lebih lagi,
jaringan dengan komuniti luar juga amat terbatas kerana tiada kemudahan internet
dan akses telekomunikasi yang amat terbatas. Selain itu, kebanyakan komuniti sekitar
sekolah kurang terdedah dengan masyarakat luar yang lebih maju dan berpandangan

87

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 2

terbuka. Justeru itu, komitmen dan sokongan daripada pihak PIBK amat diperlukan untuk
menangani isu sekolah ini apabila berlaku bencana. Cabaran untuk mendekati komuniti
juga pada mulanya menjadi persoalan kerana kurangnya kesedaran ibu bapa untuk hadir
ke sekolah dan mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak mereka. Komuniti luar
tidak lagi terpinggir untuk kebersamaan dengan pihak sekolah melalui permuafakatan
yang dijalankan bersama NGO dan pihak swasta dalam program pembangunan sekolah.

3.0 IMPAK AMALAN

Kejayaan permuafakatan jaringan PIBK dapat dilihat daripada perubahan persekitaran
sekolah semasa dan selepas program dijalankan bersama Pejabat Perhutanan Negeri
Kelantan dalam menghijaukan kawasan sekolah. Anak-anak pokok yang dibekalkan
oleh pihak perhutanan berjaya ditanam secara gotong-royong di kawasan sekolah untuk
menceriakan persekitaran sekolah yang tandus. Selain itu, jaringan bersama PDRM
dapat mengatasi masalah disiplin pelajar terutama kehadiran dan ponteng sekolah. Data
kehadiran secara perbandingan menunjukkan pengurangan kadar ponteng sekolah
sebanyak satu peratus. Tambahan pula, impak daripada permuafakatan bersama YOKUK
dapat menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah. Pelajar miskin dan anak yatim diberi
perhatian dengan bantuan peralatan sekolah, pakaian hari raya dan sumbangan hari raya
oleh pihak Syarikat Allienz dan MNN Mining Group. Jaringan permuafakatan ini dapat
menyuntik semangat dan galakan untuk murid belajar dan sentiasa hadir ke sekolah.
Sejak program dijalankan, murid sekolah tidak dipinggirkan lagi tetapi diberi perhatian oleh
pengurusan sekolah kerana mereka merupakan golongan istimewa yang dihargai dalam
komuniti. Penglibatan PIBK ini juga memberi sumbangan kewangan untuk menjayakan
kem kecemerlangan pelajar yang menjadi sumber sokongan kepada mereka untuk lebih
berjaya. Selain itu, buku-buku rujukan yang disumbangkan oleh komuniti luar berjaya
memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar. Kejayaan yang ketara ini dapat
dilihat dalam pencapaian UPSR tahun 2017 iaitu peningkatan kelulusan 100 peratus
untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Kefahaman, Matematik dan Sains.

Selain itu, permuafakatan bersama Jabatan Penerangan melalui tayangan wayang
pacak sebagai sentuhan bulan kemerdekaan berjaya menarik komuniti setempat hadir
ke sekolah. Tambahan lagi, program anak angkat melalui penglibatan graduan IPTA dari
Universiti Teknologi Mara Kampus Machang, Universiti Sains Malaysia Kampus Kubang
Kerian dan Universiti Malaysia Kelantan juga dapat memupuk kesedaran dan semangat
kepada komuniti di Sokor untuk lebih berjaya. Permuafakatan melalui jaringan ini telah
berjaya memartabatkan komuniti dan SK Sokor yang dahulunya terpinggir tetapi kini
telah mencapai kejayaan dalam bidang akademik kerana penglibatan PIBK yang aktif.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Permuafakatan jaringan PIBK ini perlu diperluaskan lagi dengan penglibatan agensi
swasta dan NGO dengan komuniti setempat. Untuk melihat keberkesanan usaha
pemuafakatan ini khasnya dalam menangani disiplin dan peningkatan akademik, ia amat
memerlukan kesinambungan dan masa yang lebih panjang. Jaringan permuafakatan
bersama NGO serta agensi swasta perlu diteruskan sebagai saluran maklumat dan
misi bantuan kepada komuniti yang berada di pedalaman. Lebih-lebih lagi, penglibatan
permuafakatan jaringan komuniti wajar diberi penghargaan kerana komitmen yang
diberikan untuk membantu sekolah.

88

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Peranan PIBK semakin mencabar terutama dalam usaha membantu kerajaan menjayakan
program transformasi pendidikan nasional. Justeru, perlu ada inisiatif di peringkat
nasional untuk meletakkan satu piawaian dan penanda aras yang dapat mengukur
pencapaian dalam membantu pihak sekolah. Sumber maklumat dan perkongsian idea
yang diberikan akan memberi pengalaman baharu kepada mereka untuk membantu
sekolah mencapai kejayaan. Dengan ini, penglibatan jaringan komuniti secara aktif
tentunya dapat membantu memberikan suntikan kejayaan kepada sekolah.
5.0 RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Sarana Ibu bapa. Retrieved from https://www.

slideshare.net/mohdsaifulhishamjasni/sarana-ibu-bapa-kpm

89


Click to View FlipBook Version