The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ProfileAlumni2023_compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SYAHRINI SHAWALLUDIN, 2023-12-18 08:12:03

Profil Alumni Millenia

ProfileAlumni2023_compressed

© Penerbit UiTM, UiTM 2023 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Penerbit UiTM, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. E-mel: [email protected] Penerbit UiTM adalah anggota MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia Rekod katalog untuk buku ini boleh didapati dari Perpustakaan Negara Malaysia ISBN 978-967-363-892-5 Pereka Kulit Buku : Syahrini Shawalludin Pereka Letak : Syahrini Shawalludin : Nazura Mohamed Sayuti : Roziya Abu Dicetak di Malaysia oleh: Pusat Percetakan UiTM Kolej Pengajian Seni Kreatif Universiti Teknologi MARA 40450, Shah Alam Selangor Darul Ehsan


Kdung Profil Usahaw Alumni UNIVERSITI AWAM MALAYSIA 1. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 1 - 11 2. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 13 - 23 3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 25 - 35 4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 37 - 45 5. Universiti Putra Malaysia (UPM) 47 - 55 6. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 57 - 67 7. Universiti Utara Malaysia (UUM) 69 - 79 8. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 81 - 91 9. Universiti Tun Hussain Onn Malaysia (UTHM) 93 - 103 10. Universiti Malaysia Pahang (UMP) 105 - 115 11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 117 - 127 12. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 129 - 139 13. Universiti Teknologi MARA (UiTM) 141 - 151 14. Universiti Malaysia Sabah (UMS) 153 - 163 15. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 165 - 175 16. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 177 - 187 17. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 189 - 197 18. International Islamic University Malaysia (IIUM) 199 - 205 19. Universiti Malaya (UM) 207 - 217 20. Universiti Sains Malaysia (USM) 219 - 229


WAMUNIVERSITIJAWATANKUASA UNIVERSITI AWAM (UA) PENAUNG PROF. MADYA DR. RAMAN BIN NOORDIN PENASIHAT YBHG. PROF. DATUK TS DR. ROZIAH MOHD JANOR PENASIHAT BERSAMA YBHG. PROF. DR. MOHAMAD HARIRI HJ. ABDULLAH PENGERUSI YBHG. PROF. MADYA DATIN SRI DR. NAZURA MOHAMED SAYUTI KETUA EDITOR ROZIYA ABU SIDANG EDITOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) • NAZURA MOHAMED SAYUTI • SYAHRINI SHAWALLUDIN • MUHAMMAD LUTHFI MOHAINI • NITA ZAIRENA MOH • IZLIZA IBRAHIM • MOHD SYAZWAN WAN ADNAN • NOR AIMI ZAFIRAH MEH • NORBALILLAH HASSAN • SITI NUR AFRINA CHE SALIM • HANIS YASMIN HAMDAN • NAZATHUL FARAH NOOR HADI • NUR IMAN NADHIRAH AZMAN • NASUHA IBRAHIM • NORHASHIRAH AINI MOHD NAZERI • NUR AZLIATUL AKMAL MOHD AZMIN PENERBITAN DAN REKA BENTUK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) • SYAHRINI SHAWALLUDIN • ROZIYA ABU SEKRETARIAT UTAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) • NAZURA MOHAMED SAYUTI • ROZIYA ABU • SYAHRINI SHAWALLUDIN • MUHAMMAD LUTHFI MOHAINI • NITA ZAIRENA MOH • IZLIZA IBRAHIM • MOHD SYAZWAN WAN ADNAN • NOR AIMI ZAFIRAH MEH • NORBALILLAH HASSAN • SITI NUR AFRINA CHE SALIM SEKRETARIAT BERSAMA • PUSAT ALUMNI, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU • PUSAT KEMAJUAN KERJAYA KERJAYA DAN ALUMNI, UNIVERSITI TUN HUSSAIN ONN MALAYSIA • PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA • PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA • PUSAT PEMBANGUNAN PELAJAR, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK • UTMALUMNI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA • PUSAT ALUMNI, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS • PUSAT ALUMNI, UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN • ALUMNI RELATIONS DIVISION, INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA • PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI, UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS • PUSAT ALUMNI, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA • PUSAT PENGURUSAN ALUMNI DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN, UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA • PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI & KEBOLEHPASARAN GRADUAN, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG • PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI DAN KEMAJUAN INSTITUSI (CARIA), UNIVERSITI MALAYA • PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA • PUSAT PEMBANGUNAN ALUMNI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA • PUSAT PEMBANGUNAN KERJAYA DAN ALUMNI, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN • PUSAT KAUNSELING, KERJAYA DAN ALUMNI, UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA • PUSAT ALUMNI, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PENERBIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)


Kata Pengantar YB Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, buku Profil Alumni Usahawan Millenia Universiti Awam Malaysia 2022 ini berjaya dihasilkan dan diterbitkan. Penerbitan buku yang dikendalikan di bawah Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia ini adalah terjemahan rasa penghargaan kepada semua Alumni yang menceburi bidang keusahawanan atau lebih dekat disebut sebagai usahawan millenia. Dalam usaha membangunkan modal insan yang bercirikan keusahawanan, maka graduan yang dihasilkan pada hari ini haruslah berfokus kepada graduan berkualiti dengan sulaman ciri-ciri yang terserlah dari segi tingkah laku untuk bertindak dalam pelbagai situasi, ke arah kesejahteraan diri, keluarga dan negara. Saya percaya, meskipun himpunan kelompok Alumni adalah daripada universiti dan kursus yang berbeza, namun dengan usaha dan semangat kesungguhan, kini mereka telahpun menceburi bidang perniagaan serta menjadi usahawan millenia yang berjaya. Tahniah dan terima kasih kepada semua Alumni yang telah berjaya menjadi usahawan dan dikenali oleh segenap masyarakat. Semoga kejayaan anda akan memberi inspirasi dan penyuntik semangat kepada graduan-graduan lain yang ingin melakar kejayaan serta menceburi bidang perniagaan dan sekali gus membentuk budaya usahawan yang lebih berkesan dan berstruktur dalam kalangan graduan universiti-universiti awam. Sekian, terima kasih.


Kata Pengantar Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, segala puji dan kesyukuran atas rahmat yang telah dianugerahkan daripada Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya, buku Profil Alumni Usahawan Millenia di bawah anjuran Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia telah dapat diterbitkan dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam pelaksanaan serta memberi dorongan ke arah penerbitan profil ini. Alumni yang telah lahir daripada pelbagai bidang dan Universiti Awam yang berbeza merupakan titik permulaan kepada tercetusnya penerbitan buku Profil Alumni Usahawan Millenia ini. Ciri-ciri unik yang terdapat pada setiap alumni turut membuktikan bahawa setiap universiti membekalkan kemahiran dan kelebihan tersendiri dalam melahirkan usahawan bertaraf global. Akhir kata, sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Alumni Usahawan dan semua yang terlibat dalam terbitan profil ini. Memandang ke hadapan, Profil Alumni Usahawan Millenia ini turut diharapkan agar dapat dimanfaatkan sebaiknya sebagai suntikan motivasi kepada semua. Sekian, terima kasih.


Prakata Pengerusi Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia Profesor Madya Dr. Raman Noordin Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya penerbitan Usahawan Millenia dan Profil Alumni Usahawan Millenia oleh Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia telah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia diatas penerbitan buku Usahawan Millenia ini dan berharap agar projek-projek yang seterusnya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Penubuhan Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia adalah satu inisiatif untuk membantu dalam pengurusan alumni Universiti Awam serta untuk membuktikan kesepakatan dan keserakaan alumni dari 20 Universiti Awam yang berbeza di Malaysia. Selain itu, penubuhan Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia adalah untuk membuka mata dan ruang kepada alumni-alumni yang lahir daripada Universiti Awam tetapi masih lagi ragu-ragu sama ada ingin bekerja mengikut bidang dan kelayakan yang mereka ada mahupun menjadi seorang usahawan. Saya berbesar hati dan berharap agar sejumlah besar peniaga-peniaga yang lahir daripada Universiti Awam ini dapat meluaskan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa setanding dengan syarikat-syarikat besar yang lain. Akhir kata, tahniah dan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembuatan dan penerbitan buku Usahawan Millenia ini. Sekian, terima kasih.


Pengenalan Objektif E Profil Usahawan Alumni UNIVERSITI AWAM MALAYSIA Majlis Alumni Universiti Awam telah ditubuhkan pada 15 Ogos 2020. Dalam Mesyuarat Majlis Alumni Universiti Awam di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 29-30 September 2020, semua perwakilan UA Malaysia telah bersetuju untuk: Memperkukuhkan peranan Institusi Majlis Alumni Universiti Awam melalui penubuhan tiga kluster utama dalam struktur pentadbiran Majlis Alumni iaitu Kluster Kerjaya, Jaringan Industri dan Masyarakat; dan Perhubungan Alumni Majlis Alumni sebagai platform yang komprehensif membantu dalam pengurusan Alumni di Universiti Awam Tadbir Urus yang terbaik bagi menjaga kebajikan Alumni Universiti Awam Hubungan kerjasama dengan pihak Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dimantapkan dengan pelbagai program. Wujud keperluan untuk membangunkan satu bentuk dokumentasi kejayaan para alumni usahawan dari seluruh Universiti Awam di Malaysia. Membangunkan profil komprehensif Alumni Usahawan Universiti Awam Malaysia. Menyediakan platform jaringan dua hala diantara pelajar dan alumni usahawan dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran dan ciri-ciri usahawan dikalangan pelajar. Menyediakan platform hubungan kerjasama diantara universiti dan alumni usahawan dalam usaha meningkatkan lagi aktiviti koloborasi akademik, ekonomi dan kepimpinan. 1 2 3 4 a b c


1


2 AZILA IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN TEKNOLOGI MARITIM FAKULTI PENGAJIAN MARITIM DAN SAINS MARITIM Graduasi: 2010 [email protected] 013 3901285 No.11 Jalan Sp13 Desa Salak Pekerti 43900 Sepang Selangor Azalea Bakes merupakan cabang perniagaan di bawah naungan Andra Rizqi Enterprise. Azalea Bakes diusahakan oleh saudari Azila Palal, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Maritim Universiti Malaysia Terengganu. Beliau mengambil tempahan dan membuat produk bakeri di bawah nama Azalea Bakes, seperti kek hari jadi, brownies cupcakes dan biskut raya. Saudari Azila berharap agar beliau dapat mengembangkan perniagaan Azalea Bakes dengan melahirkan stokis dan ejen yang menjual pelbagai produk keluaran Azalea Bakes. ANDRA RIZQI ENTERPRISE (AZALEA BAKES) USAHAWAN BAKERI PALAL


3 Titipan Alumni Usahawan Millenia Bagi mahasiswa yang berminat untuk menjadi seorang usahawan, boleh bermula dengan modal yang ada di tangan dan simpan keuntungan awal sebaik mungkin untuk kembangkan perniagaan. Gunakan juga platform media sosial yang sedia ada untuk memasarkan perniagaan dengan ‘zero-cost marketing’, serta sentiasa ‘top-up’ ilmu dengan menghadiri kelas-kelas yang bersesuaian untuk menambah baik kefahaman tentang keusahawanan mahupun perniagaan.


4 MUHAMAD AZRAAIM IJAZAH SARJANA MUDA EKONOMI (SUMBER ALAM) FAKULTI PERNIAGAAN, EKONOMI DAN PEMBANGUNAN SOSIAL Graduasi: 2015 [email protected] 017 4719103 KM 27.35 Bukit Tembaga Bukit Tembaga 06300 Kuala Nerang Kedah Syarikat Iftikhar Agro Farm merupakan sebuah perniagaan berasaskan penternakan yang di usahakan oleh saudara Muhammad Azraaim, graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu. Syarikat beliau ditubuhkan pada tahun 2017. Sepanjang pengoperasian, beliau telah berjaya menanam rumput napier sebagai ‘bank hijau’ untuk ternakan yang mempunyai keluasan 0.5 ekar bagi memenuhi keperluan ternakan. Jumlah ternakan beliau kini mencecah 23 ekor (5 jantan dewasa, 2 jantan muda, 15 betina dewasa dan 1 betina muda). MAHADZIR IFTIKHAR AGRO FARM USAHAWAN PENTERNAKAN


5 Titipan Alumni Usahawan Millenia Kepada yang berminat untuk menjadi seorang usahawan, anda perlu sanggup untuk bersusah, sanggup untuk dikritik, sanggup untuk meneroka dan perlu kuatkan kesabaran dan sentiasa senyum. Insya-Allah urusan akan dipermudahkan jika berniat kepada Allah.


6 SITI MASHITAH PHD BY RESEARCH (FIELD OF STUDY: OCEANOGRAPHY (CHEMICAL OCEANOGRAPHY) INOS UMT Graduasi: 2021, SENATE 2020 [email protected] 012 9397725 NO. 9-G, Jalan Medan Pusat 2D Persiaran Bangi 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Saudari Siti Mashitah, graduan bidang Oceanography, Universiti Malaysia Terengganu telah mengusahakan Angsa Emas Jewellery Sdn. Bhd. seawal pada tahun 2016, dan telah berkembang kepada tiga cawangan di Bangi, Wangsa Maju dan Shah Alam. Produk utama Angsa Emas adalah barang kemas dengan mutu 91.6% (emas 916). Pada tahun 2021, saudari Siti Mashitah melalui Angsa Emas telah menganjurkan pertandingan rekacipta barang kemas antara universiti tempatan dan melibatkan pihak industri sebagai juri. Angsa Emas merupakan antara kedai yang mendapat perhatian ramai dalam kalangan penggemar barangan kemas disebabkan rekaan yang moden dan bersesuaian untuk pelbagai usia. MOHAMMAD ANGSA EMAS JEWELLERY SDN. BHD. USAHAWAN JUALAN EMAS SECARA TERUS (RETAIL)


7 Titipan Alumni Usahawan Millenia Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan, bermula dari pengorbanan masa dan kesungguhan dalam pelajaran serta segala aktiviti di universiti. Ianya akan dapat mencorakkan jati diri yang hebat dalam diri mahasiswa. Semoga mahasiswa sentiasa bijak dalam menguruskan masa dan tidak bertangguh jika ingin melakukan sesuatu. Tanpa permulaan langkah, tidak akan ada perjalanan, sama ada sukar atau mudah. Kita perlu tempuh dengan segala ilmu dan pengalaman yang sudah ditimba dan sentiasa berani untuk bergerak ke depan.


8 WAN SABARIAH IJAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKANAN (PERKHIDMATAN MAKANAN DAN PEMAKANAN) FAKULTI PERIKANAN DAN SAINS MAKANAN Graduasi: 2007 [email protected] 019 2791885 Block C-G-Tg1 FRIM-MTDC Technology Centre Jalan Kapur Forest Research Institute Malaysia (FRIM) Kepong Selangor Saudari Wan Sabariah - Ketua Pegawai Operasi Nature Profusion Sdn Bhd. adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu. Melalui Nature Profusion Sdn. Bhd. (NPSB), saudari Wan Sabariah telah berkongsikan berkepakaran beliau dalam menghasilkan produk antiseptik dan disinfektan berasaskan bahan semulajadi. NPSB telah mula beroperasi sejak tahun 2009 dan berkolaborasi dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dalam membangunkan produkproduk berteknologi tinggi dan berkualiti dalam memberi alternatif kepada pelanggan yang mencari-cari jenis produk yang berasaskan bahan semulajadi dan selamat. Jenama Ciéra® merupakan jenama produk keluaran syarikat dengan produk pertama yang dipasarkan oleh NPSB adalah Ciéra® Eco-friendly Multipurpose Disinfectant dengan 3 variasi haruman iaitu Lavender, Floral dan Pine. SHUIB NATURE PROFUSION SDN. BHD. USAHAWAN PENGKOMERSILAN PRODUK ANTISEPTIK & DISINFEKTAN BERASASKAN TEKNOLOGI HERBA


9 NPSB mensasarkan pada tahun ini untuk mengeluarkan 4 jenis produk terbaharu antaranya Ciéra Eco Friendly Multi Action Insect Repellent, Ciéra Eco Friendly Insect Repellent Wipes, Ciéra Eco Friendly Antivirus Spray dan Ciéra Multi-Purpose Eco Friendly Disinfectant Non-Premium (untuk pasaran industri). Dan NPSB juga dalam usaha untuk menembusi pasaran UAE dan Amerika Syarikat selain menjual di pasaran tempatan sedia ada seperti di Lotuss, Giant, Malakat Mall, Shopee dan banyak lagi. Ciéra juga telah dibekalkan di beberapa hospital kerajaan di bahagian utara, Majlis-majlis Perbandaran, Pejabat, Kontraktor Cucian seperti Menara Berkembar Petronas KLCC, kilangkilang makanan dan pusat-pusat dialisis. Titipan Alumni Usahawan Millenia Lebih ramai anak muda menceburkan diri dalam bidang keusahawanan yang meliputi pelbagai sektor seperti Teknologi atau Kejuruteraan AI atau asas kejuruteraan, Bioteknologi, Perniagaan dalam talian, Teknologi Pemakanan, Perkhidmatan Professional, Produk Hiliran dan pelbagai cabang bidang lagi yang bersesuaian dengan minat serta kelulusan graduan. Pihak Kerajaan daripada pelbagai agensi serti MOSTI, MTDC, MARA, TEKUN, KPDNHEP, MARDI, FAMA, SIRIM dan banyak lagi sentiasa menyediakan pelbagai bantuan dan latihan. Kerajaan juga amat menggalakkan anak muda untuk menyertai bidang ini dan memberi pelbagai ruang, latihan dan insentif bersesuaian untuk diteroka baik di dalam negara mahupun terus secara global. Anak-anak muda perlu berinovatif dan mempunyai nilai daya saing dalam pasaran supaya dapat menghasilkan produk yang berkualiti dan mempunyai nilai daya saing dalam pasaran supaya kita dapat kekal relevan dalam jangka masa yang lama, serta dapat memberi manfaat yang optimum kepada pengguna. Usahawan yang baik adalah usahawan yang berinovatif dan kreatif, merebut peluang yang ada di depan mata, mempunyai matlamat, sentiasa membina jaringan perniagaan, dan yang paling penting adalah cekal untuk menghadapi apa jua cabaran dan dugaan yang mendatang.


10 MUHAMAD RIDHWAN SARJANA MUDA KEJURUTERAAN PERISIAN FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI Graduasi: 2009 [email protected] 012 7853626 Dataran Austin 21300 Kuala Terengganu Terengganu Saudara Ridhwan berharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan Small Medium Enterprise (SME) terutama di platform atas talian (online) dan mendapat kerjasama penuh daripada universiti dan agensi kerajaan. Semoga dengan kepakaran yang saya ada, dapat membantu lebih ramai usahawan yang terjejas di saat pandemik untuk bangkit semula dalam perniagaan. MUSA LEDAKAN DIGITAL SDN. BHD. USAHAWAN KHIDMAT JURULATIH PERNIAGAAN


11 Titipan Alumni Usahawan Millenia Semoga para siswa dan siswi dapat menggunakan peluang menimba ilmu sepenuhnya sementara berada di universiti. Kenal pasti minat dan kecenderungan anda. Jika minat berniaga, anda boleh mula berniaga secara kecil-kecilan untuk mengambil pengalaman sebelum bermula dengan lebih besar.


12


13


14 MUHAMMAD FARHAN IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN Graduasi: 2019 muhammadfarhanrani@gmail. com 011 23650843 Lot 1036, Lorong Haji Azhor Kampung Sungai Buaya 42700 Banting Selangor Saudara Farhan merupakan Finalis Tokoh Kepimpinan Program Keusahawanan UniSZA 2018, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), Fakulti Perniagaan dan Pengurusan. Beliau adalah pengasas Syarikat Effenee Resources dan produk utama beliau adalah snek tempatan iaitu kerepek. Dikenali sebagai Saudagar Kerepek, perniagaan kerepek saudara Muhammad Farhan ini telah menjadi salah satu pengusahaan kerepek yang terbesar di Malaysia, dan mampu memasarkan produk kerepek dengan lebih meluas. Beliau juga berharap agar perniagaan ini akan menjadi sebuah platform yang mampu berkongsi rezeki dengan lebih ramai orang, sama ada dalam menyediakan peluang pekerjaan mahupun perniagaan. EFFENEE RESOURCES USAHAWAN MAKANAN DAN MINUMAN MOHD RANI


15 Titipan Alumni Usahawan Millenia Sentiasa bersemangat dan tetapkan satu target untuk kita capai. Mulakan dari sekecil-kecil target, kemudian dituruti dengan target yang lebih besar. Sehubungan dengan itu, bagi mencapai target tersebut, kita mestilah berdisiplin dan merancang sesuatu dengan lebih baik supaya segala usaha yang telah dibuat dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.


16 MUHAMMAD NORSYAHIDIN MASTER IN BUSINESS ADMINISTRATION FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN Graduasi: 2018 [email protected] 014 3213682 Tha-15 Kg Temala 21040 Marang Terengganu Graduan Fakulti Pengurusan Perniagaan UniSZA ini bergerak aktif selaku usahawan penternakan dan pembekalan ayam kampung secara komersial. Beliau berdoa dan berharap agar perniagaan beliau dapat menjadi sebuah syarikat konglomerat yang boleh menyumbang kepada ummah. SAHABAT MULTIFARM USAHAWAN PENTERNAKAN AYAM KOMERSIAL ABU HASAN


17 Titipan Alumni Usahawan Millenia Kerjaya sebagai usahawan menjanjikan kebebasan kewangan dan masa, tetapi untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, anda haruslah bersedia dengan ilmu yang mantap dan mempunyai kekuatan jasmani dan rohani.


18 IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA ARAB FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI Graduasi: 2019 [email protected] 013 5681594 / 019 9242291 Lot 647, Kampung Membatu 16450 Ketereh Kelantan NUR IZZATIE Saudari Nur Izzatie adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UniSZA tahun 2019. Beliau kini merupakan usahawan muda yang aktif mengusahakan perniagaan berasaskan produk kelulut. Semenjak menceburkan diri dalam industri kelulut di Malaysia, saudari Nur Izzatie pernah menjadi Penerima Geran Peruntukan Projek Kelulut Jabatan Pertanian Negeri Kelantan 2019, Geran Agropreneur Muda 2020, Geran TUBE 7.0 dari SME Corp Malaysia 2020, bimbingan RISDA 2021, juga merupakan usahawan dibawah bimbingan SIRIM-ECER 2022. Menyedari akan perkembangan positif dalam industri kelulut pada hari ini selari dengan Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara (PPIKN) 2020-2030, saudari Nur Izzatie yakin dan percaya jenama Honeyzull Madu Kelulut Asli keluaran syarikatnya, RZ Garden Enterprise mampu berada setanding dengan jenama lain yang berdiri gah di pasaran pada hari ini seperti Brainiey, Bayu Kelulut dan jenamajenama lain. RZ GARDEN ENTERPRISE USAHAWAN INDUSTRI MAKANAN DAN MINUMAN HAJI ZULKIFLI


19 Titipan Alumni Usahawan Millenia Setiap graduan yang meninggalkan alam kampus pasti mengimpikan peluang pekerjaan yang hebat dengan bayaran gaji yang lumayan. Namun begitu, realitinya tidak semudah yang disangka. Justeru, kita digalakkan untuk mencipta peluang kerja dengan cara melibatkan diri dalam dunia keusahawanan. Jika anda seorang pelajar yang berminat menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya, formula PIPY adalah untuk anda: 1)PASSION Kita boleh tiruvasi idea perniagaan orang lain, namun kita tidak mampu meniru minat yang ada pada orang lain supaya ada juga pada diri kita. Oleh itu, untuk memulakan perniagaan yang mampu bertahan lama, pastikan kita ada ‘Passion’ yang kuat terhadap bidang perniagaan yang dipilih. 2) ILMU Mempunyai ilmu keusahawanan sebelum memulakan perniagaan adalah kunci utama untuk berjaya dalam bidang ini. Tidak kira berapa banyak pengalaman atau kelulusan yang kita ada, teruskan belajar untuk meningkatkan prestasi diri dan perniagaan ke tahap yang lebih baik. 3)PERCAYA PADA PROSES Perjalanan setiap individu itu berbeza, mungkin ada yang mudah untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan dan ada yang sukar untuk mencapai kejayaan. Percayalah kepada perjalanan masing-masing mengikut kemampuan dan jangan bersikap gopoh. Buat sesuatu biarlah 'step-by-step’. 4) YAKIN Keyakinan kepada Allah adalah perkara asas dalam perniagaan. Ajar diri kita untuk sentiasa bersangka baik kepada Allah bahawa setiap hamba-Nya telah dijanjikan rezeki masing-masing. Kita berjaya bukan kerana kita hebat, tetapi kerana Allah mengizinkannya.


20 MUHAMMAD ZIYAD IJAZAH SARJANA MUDA KERJA SOSIAL FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FSSG) Graduasi: 2020 [email protected] 017 2982824 Lot 6, Lorong CJ 1/1a Kawasan Perindustrian Cheras Jaya 43200 Cheras Selangor Saudara Ziyad merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan terutamanya berkaitan dengan ‘start-up’ dan keusahawanan sosial. Bermula dari penubuhan Kelab Keusahawanan UniSZA (KKU) dan Aplikasi Kelab Keusahawanan UniSZA pada tahun pertama pengajian beliau di UniSZA, saudara Ziyad terus aktif dengan menubuhkan syarikat GetMove Sdn. Bhd. (GetRunner) dan telah menerima pelaburan dan suntikan modal hampir RM 200 ribu yang dinilaikan pada nilaian Rm1 juta. Matlamat beliau adalah untuk membantu runner B40 menjana pendapatan sampingan dengan mudah dan membantu mendigitalkan peniaga kecil. Beliau seterusnya telah terpilih untuk mengikuti program Alibaba x KPT Youth Ecommerce Program di Hangzhou, China dan telah menerima Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan (Pemimpin Program Keusahawanan) 2018 berserta Biasiswa YB Menteri Pendidikan. Pada tahun 2020, beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Pingat Tunku. Kini, beliau juga sedang mengusahakan sebuah platform keusahawanan sosial iaitu ‘Ekongsi’ untuk membantu mengupayakan para ibu tunggal dalam bidang keusahawanan digital. GETMOVE SDN. BHD. (GETRUNNER) USAHAWAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN MOHD YAZID


21 Titipan Alumni Usahawan Millenia Saudara Ziyad berharap agar para usahawan muda dapat memberi penekanan serius dan pelaburan yang lebih besar dapat diberikan dalam penyediaan ekosistem keusahawanan yang lebih komprehensif bermula daripada peringkat sekolah lagi. Ini sangat penting agar pada masa akan datang, kita dapat memanfaatkan bakatbakat muda, produk dan solusi tempatan yang ada untuk menyumbang semula dalam pembangunan negara yang lebih baik seperti mana yang telah dilakukan di luar negara. Saya percaya, ianya bermula dengan polisi jangka masa panjang yang jelas, sukatan pembelajaran yang segar, penyediaan infrastruktur yang mesra perniagaan serta sokongan terhadap para usahawan inovatif tempatan.


22 SHAHRIL HAFIZZIE BBA (KEWANGAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN Graduasi: 2012 [email protected] 014 8374790 Lot pt 14664 Kg Telaga Papan 21010 Bandar Permaisuri Setiu Terengganu Graduan Fakulti Pengurusan Perniagaan UniSZA, saudara Shahril Hafizzie adalah usahawan muda yang bergerak aktif dalam industri pembekalan dan penjualan produk buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Telaga Papan Agro Farm merupakan ladang fertigasi seluas 7 ekar, tanaman kontan 5.3ha dan kedai input pertanian. Harapan saudara Shahril ialah beliau ingin meluaskan industri pertanian dengan penggunaan teknologi-teknologi baru seperti penggunaan sistem IOT, dan mewujudkan ladang-ladang tanaman yang diuruskan oleh belia-belia tani. TELAGA PAPAN AGRO FARM USAHAWAN PERTANIAN SHAFIE


23 Titipan Alumni Usahawan Millenia Jadilah penyelesai masalah kepada masyarakat, insya-Allah disitu terdapat pelbagai peluang perniagaan yang boleh dimanfaatkan.


24


25


26 AISYAH HIJANAH PSIKOLOGI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN Graduasi: 2021 [email protected] 010 2622086 Hijanah 7-57-3A Jalan Medan Pusat Bandar 8A Seksyen 9 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Hijanah haul holdings Sdn. Bhd. telah diasaskan pada Julai 2019 oleh Aisyah Hijanah graduan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan suami beliau, Alif Teega. Berpusat di Bangi, Selangor, produk Hijanah menyumbang sebagai salah satu jenama fesyen pematuhan syariah dengan reka eksklusif. Saudari Aisyah menjangka produk syarikat beliau dapat memenuhi permintaan fesyen muslimah di seluruh dunia selaras dengan temanya 'Syarie, kesopanan, kecantikan'. Sepanjang aktif dalam bidang keusahawanan ini, saudari Aisyah telah menerima pelbagai anugerah seperti, Young Inspiring Entrepreneur in Islamic Business, SEBA AWARD 2022, Best SME In Islamic Business, SEBA AWARD 2022, Best Young Entrepreneur in Fashion Industry, dan Ikon Malaysia 2022. Beliau juga telah dinamakan sebagai Successful People in Malaysia, oleh British Media Pedia Group. Saudari Aisyah bermatlamat untuk membina jenama Hijanah, sebagai syarikat hijab terkemuka di Malaysia yang 100% pematuhan syarie, berkualiti, premium dan memberi pengalaman terbaik secara atas dan luar talian. HIJANAH HAUL HOLDINGS SDN BHD USAHAWAN PERUNCITAN (FESYEN, PENDIDIKAN, KOSMETIK DAN PERKHIDMATAN) AZHARI


27 Titipan Alumni Usahawan Millenia Tidak putus semangat untuk mencapai impian dan cita-cita.


28 ALLEYA CHENG SARJANA MUDA AUDIOLOGI DENGAN KEPUJIAN (HONS) B. AUDIOLOGY (HONS) SAINS BERSEKUTU KESIHATAN FSK – ALLIED HEALTH SCIENCE Graduasi: 2011 [email protected] 012 7644913 80, Jalan SS2/55 47300 Petaling Jaya Selangor Saudari Alleya merupakan seorang pakar audiologi yang bergraduasi Sarjana Muda Audiologi dengan Kepujian (Hons) Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan pengasas dan ketua pakar audiologi di Soundlife Healthcare (PJ) Sdn Bhd. Soundlife Hearing ialah sebuah pusat penjagaan kesihatan pendengaran sehenti yang memfokuskan kepada diagnostik dan pengurusan gangguan pendengaran. Soundlife Hearing menawarkan pelbagai alat-alat bantuan pendengaran dan pengimplanan koklear sebagai penyelesaian kepada gangguan-gangguan pendengaran. Selain daripada menawarkan pemeriksaan tahunan kepada orang ramai di Soundlife Hearing, saudari Alleya juga pada tahun 2019 telah melancarkan program kebertanggungjawaban sosial korporat yang dinamakan “Hope for Hearing” pada tahun 2019. Projek ini merupakan usahasama bersama Swiss Medicare Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengedaran alat bantuan pendengaran jenama Phonak di Malaysia, dalam memberikan alat bantuan pendengaran percuma kepada golongan yang kurang bernasib baik. Kini, 14 orang daripada golongan ini telah menerima alat-alat bantuan pendengaran bernilai lebih RM94,000.00 secara percuma. Saudari Alleya gigih berusaha untuk mencapai matlamat beliau iaitu untuk mewujudkan kesedaran awam berkenaan pendengaran dan menangkis segala mitos dan prasangka masyarakat berkenaan alat-alat bantuan pendengaran dan ingin menegaskan bahawa kehilangan pendengaran yang tidak ditangani boleh akhirnya menghancurkan kualiti hidup seseorang. Saudari Alleya telah dianugerahkan sebagai Pemenang Utama untuk Anugerah Usahawan Muda Kreatif JCI SOUNDLIFE HEALTHCARE (PJ) SDN BHD USAHAWAN PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN PENDENGARAN LI YA


29 2021 oleh JCI CYEA Malaysia dan beliau juga telah menerima Anugerah Glamour Wanita 2021 di bawah kategori Usahawan. Alleya juga pada tahun 2017 telah dengan sukarelanya memegang jawatan Pengerusi Penganjuran projek yang berperihalkan pemeriksaan kesihatan di bawah penganjuran JCILT dengan usahasama syarikat insurans AIA. Saudari Alleya juga memiliki rancangan jangka panjang yang comprehensif. Beliau berhasrat untuk meluaskan usaha dengan memberikan penjagaan kesihatan berkualiti kepada masyarakat. Dengan dua pusat beroperasi di Petaling Jaya dan Kota Kemuning, Soundlife akan membuka pusat ketiganya pada tahun 2023. Pada tahun 2025, Saudari Alleya bakal menubuhkan Yayasan Hope for Hearing untuk meningkatkan lagi usahausaha bantuan serta kesedaran awam melalui penganjuran pelbagai projek bantuan kepada masyarakat yang akan dijalankan di bawah naungan projek Hope of Hearing dengan tujuan membantu lebih ramai lagi golongan-golongan yang kurang bernasib baik. Beliau dan Soundlife Hearing juga berhasrat untuk menjadi pusat pendidikan praktikal terulung kepada pelajar-pelajar universiti yang ingin menjalankan latihan amali. Pada tahun 2030, Soundlife Hearing berhasrat untuk mempunyai 10 pusat di serata negara untuk membantu lebih ramai lagi warga Malaysia di serata negara, serta menjadikan pusat pemuliharaan pendengaran utama di Malaysia. Titipan Alumni Usahawan Millenia Dunia ini penuh dengan peluang. Namun begitu, menjadi seorang usahawan bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan keringat, pengorbanan dan semangat kental untuk berjaya. Mempunyai kebolehan unik yang tidak terdapat di dalam pasaran akan menjadikan anda terkehadapan. Sentiasalah menuntut ilmu dan cekalkan hati.


30 MOHD SABRI IJAZAH SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN & INOVASI FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN (FEP) Graduasi: 2016 [email protected] 017 6128901 No. 28, Jalan Alam Jaya 19 Taman Alam Jaya 43200 Cheras Selangor Lightgreen Enterprise adalah syarikat percetakan pakaian sublimation yang telah diasaskan dan diusahakan oleh saudara Mohd Sabri, graduan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan & Inovasi, Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia. Saudara Mohd Sabri berharapan pada masa hadapan untuk memajukan Lightgreen Enterprise menjadi salah sebuah syarikat yang lebih dikenali diseluruh Malaysia. Selain itu juga, beliau ingin membantu lebih ramai lagi anak-anak muda yang ingin lebih serius dalam menjana pendapatan sambilan mahupun pendapatan tetap. Kami juga ingin menjadi salah sebuah syarikat korporat yang memberikan perkhidmatan ke peringkat yang lebih luas. LIGHTGREEN ENTERPRISE USAHAWAN PERCETAKAN PAKAIAN DAN CENDERAMATA LEMAN


31 Titipan Alumni Usahawan Millenia Jadikan pembelajaran anda diperingkat universiti sebagai batu loncatan permulaan untuk anda lebih fokus dalam bidang perniagaan. Sebagai pelajar juga, anda juga hendaklah bijak mengatur masa antara akademik dan praktikal untuk anda mengetahui ilmu perniagaan, kerana di universiti adalah titik permulaan untuk anda mempelajari akan ilmu perniagaan secara teori mahupun secara praktikal.


32 NUR SYAHIRAH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DENGAN KEPUJIAN FAKULTI PENDIDIKAN UKM (IJAZAH SARJANA) FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT UKM Graduasi: 2017/2019 [email protected] 017 2963503 Secara Atas Talian Instagram: @_flowerekafloristmy Facebook: Flowereka Florist MY Flowereka Florist merupakan perniagaan yang berasaskan perkhidmatan menjual jambangan bunga segar dan coklat secara atas talian. Perniagaan ini telah diasaskan dan diusahakan oleh saudari Nur Syahirah, graduan Ijazah Sarjana Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sepanjang pengajian,beliau merupakan siswi yang aktif dalam pelbagai program keusahawanan seperti Startup Lab anjuran Massachusetts Institute of Technology, Felo Entrepreneur-in-Residence dan Ikon Keusahawanan UKM dan Latihan Industri Keusahawanan di Institute of Business Lampung, Indonesia. Malah hingga kini beliau masih menyumbang kepada UKM selaku Penilai Akademik Pusat Keusahawanan UKM bagi menilai kursus keusahawanan dan dari masa ke semasa beliau dijemput selaku penceramah dan panel forum bagi Program Keusahawanan anjuran pelbagai Fakulti dan Kolej di UKM. Saudari Syahirah berniat untuk menjadi pelopor terawal anak muda berbangsa Melayu yang membina sebuah kedai borong bunga segar di kawasan Bangi dengan menambah dan memberikan perkhidmatan kepada kawasan luar dari Kuala Lumpur dan Selangor melalui agen rasmi yang dilantik. Disamping itu, beliau juga berhasrat untuk menubuhkan akademi studio bagi melatih usahawan yang terlibat dalam bidang seni dan menawarkan kursus jangka pendek berkaitan industri bunga. FLOWEREKA FLORIST MY USAHAWAN KEDAI BUNGA (FLORIST) ROSLI


33 Titipan Alumni Usahawan Millenia Ilmu keusahawanan perlu dituntut secara formal atau tidak formal. Justeru, bakal usahawan pelajar hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam program kolej kediaman/universiti/di bawah Pusat Keusahawanan Universiti agar dapat meneroka lebih banyak peluang dan membina jaringan sosial bersama dengan usahawan lain, serta meningkatkan kemahiran insaniah dari pelbagai aspek. Perniagaan tidak semestinya menggunakan modal yang besar, justeru setiap bakal usahawan pelajar harus mengenal potensi dan minat yang ada pada diri supaya dapat digilap dengan lebih holistik dan dapat menjana duit daripada hobi tersebut. Perniagaan yang timbul dari hasil minat kita sendiri akan membuatkan kita lebih bersemangat untuk terus berjaya di masa hadapan.


34 SITI ZULAIKHA SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN BIOLOGI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI Graduasi: 2011 [email protected] 013 3107764 16-1 Jalan Dwitasik Dataran Dwitasik Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan ANZworks and Services adalah sebuah syarikat yang diasaskan dan diusahakan secara bersama oleh Saudari Siti Zulaikha , graduan Sarjana Muda Sains Kepujian (Biologi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan suami beliau, Ahmad Hafiz. Melalui ANZworks and Services, saudari Siti Zulaikha menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian rumah secara menyeluruh, termasuklah Rekabentuk Dalaman (Interior Design), pendawaian, sistem sekuriti (CCTV), dan sebagainya. Beliau juga pernah dijemput oleh pihak Astro untuk berkongsi info tentang sistem keselamatan dalam satu segmen #KamiPrihatin. Selain itu, saudari Siti Zulaikha juga dijemput sebagai penceramah oleh pihak universiti swasta untuk berkongsi ilmu dunia perniagaan dan pengalaman. Saudari Siti Zulaikha bermatlamat untuk memastikan ANZworks and Services terus berdaya saing dalam menjadi penyedia perkhidmatan No 1 bagi perkhidmatan elektrik dan pengubahsuaian rumah di Malaysia. Beliau juga mahu terus menambah mutu perkhidmatan dan 'after sales service', memahami kehendak pelanggan dengan lebih baik, dan terus menguasai teknik jualan dan pemasaran atas talian. ANZWORKS AND SERVICES USAHAWAN PERKHIDMATAN ELEKTRIKAL, PENGUBAHSUAIAN RUMAH DAN SISTEM SEKURITI ABD SAMAH


35 Titipan Alumni Usahawan Millenia Kesabaran adalah kunci utama dalam kelangsungan sesebuah syarikat itu. Teruskan belajar dari segala aspek; pengurusan bisnes, pemasaran, teknik jualan dan sebagainya. Hadapi semua cabaran mendatang dengan tenang, sentiasa berdoa dan yakin pada diri sendiri kerana kejayaan yang dikecapi selepas itu pasti terasa manisnya.


36


37


38 DR. MARIANI SARJANA KEJURUTERAAN BIOPROSES SEKOLAH KEJURUTERAAN KIMIA DAN TENAGA, FAKULTI KEJURUTERAAN Graduasi: 2007 [email protected] 012 6500076 No 1, Jalan Seri Rejang 1 Taman Seri Rampai Seri Rampai Business Park 53300 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Block 2 UTM-MTDC Technology Centre Technovation Park 81310 UTM Skudai Johor Biopro Cosmeceutical Sdn. Bhd. diasaskan dan diusahakan oleh Dr Mariani, graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia. Biopro Cosmeceutical Sdn. Bhd. memberi tumpuan kepada perumusan inovatif dan pengeluaran produk penjagaan diri yang dihasilkan dalam kemudahan Amalan Pengilangan Baik (GMP). Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berkualiti tinggi dan telah lulus ujian ketat dengan mematuhi Pihak Berkuasa Pengawal seliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dr. Mariani berharap semoga Biopro Cosmeceutical Sdn. Bhd. menjadi peneraju industri kosmetik nombor satu di Malaysia. BIOPRO COSMECEUTICAL SDN. BHD. USAHAWAN KOSMETIK DAN PENJAGAAN DIRI ABDUL HAMID


Click to View FlipBook Version