189
190 KU MOHD FAKHRI KEJURUTERAAN MEKANIKAL PERTAHANAN FAKULTI KEJURUTERAAN Graduasi: 2012 [email protected] 012 6707388 Arked Kepala Batas No. 1 (Atas) Jalan kepala Batas 06200 Kepala Batas Kedah Darul Aman UNI LEVERAGE SDN. BHD. USAHAWAN KILANG MEMPROSES MAKANAN, RESTORAN DAN CAFE Saudara Ku Mohd Fakhri merupakan graduan Kejuruteraan Mekanikal Pertahanan dari Fakulti Kejuruteraan UPNM. Melalui Uni Leverage Sdn. Bhd., beliau bermatlamat untuk melahirkan usahawan yang dapat bersama-sama membawa jenama Port Kambing Bakaq (PKB) ke peringkat antarabangsa. KU AZIZAN
191 Titipan Alumni Usahawan Millenia Setiap kejayaan memerlukan proses yang perlu dilalui. Percaya kepada proses dan nikmati jatuh bangun dalam setiap proses yang kita hadapi supaya kita menjadi lebih baik daripada kita yang sebelumnya. Berani mencuba lebih baik dari menunggu untuk mencuba.
192 LT M FAIZOL AZWAN IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK KOMUNIKASI FAKULTI KEJURUTERAAN Graduasi: 2018 [email protected] 016 3364780 Abah & Son Empire Pt 12915 Tingkat 1 Jalan Bbn 1/7f Bandar Baru Nilai 71800 Nilai Negeri Sembilan ABAH & SON EMPIRE USAHAWAN PERKHIDMATAN PENCETAKAN DAN KEJURUTERAAN LT M Faizol Azwan, adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Komunikasi dari Fakulti Kejuruteraan UPNM. Abah & Son Empire merupakan perniagaan pertama beliau yang diceburi pada tahun 2018 dengan perkhidmatan percetakan. Seterusnya pada tahun 2020 dan 2021, LT M Faizol Azwan telah memperluaskan lagi perniagaan beliau dengan menceburi bidang kejuruteraan melalui Young Captain Enterprise dan Abah & Son Legacy Sdn Bhd. LT M Faizol Azwan, berharap untuk bersaing diperingkat global supaya branding Abah & Son akan terus masyhur di seluruh Malaysia. MOHD SHARIFF
193 Titipan Alumni Usahawan Millenia Jangan sesekali berputus asa, 10 kali jatuh, bangkitlah walaupun 100 kali...
194 MOHAMMAD YAAKUB YUSRA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PERTAHANAN (ZP45) PENGAJIAN & PENGURUSAN PERTAHANAN (FPPP) Graduasi: 2012 [email protected] 013 4215791 No 11, Kampung Bakar Kapor 08000 Sungai Petani Kedah MURTADHA DAKWAH CENTRE (MADAD) USAHAWAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN Murtadha Dakwah Centre ditubuhkan pada awal Januari 2018 di Kampung Teluk Sungai Petani Kedah dan dikenali sebagai “Pusat Dakwah Darul Murtadha”. Saudara Mohammad Yaakub Yusra bertindak sebagai Pengarah Urusan MADAD, kini bergerak aktif dalam pelbagai aktiviti dan program pendidikan dan dakwah. Melalui MADAD, Saudara Mohammad Yaakub Yusra juga menyumbang tenaga dalam mengendalikan modul pembelajaran agama dan menyediakan 1 modul khas “MUKMIN PROFESIONAL” yang berorientasikan program KAFA sekolah rendah tetapi disesuaikan kepada pembelajaran lebih efektif untuk pelajar sekolah menengah. Saudara Mohammad Yaakub Yusra graduan Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan, Pengajian & Pengurusan Pertahanan (FPPP) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ini, bermatlamat untuk menjadi MADAD sebuah pusat aktiviti gaya hidup Islam yang terkemuka dengan pengetahuan terkini dan aktiviti yang berinovatif, bertujuan memperkayakan kehidupan melalui pembangunan nilai-nilai peribadi ummah menjelang 2030. Beliau yakin, dengan membawa kelestarian bidang dakwah serta kebajikan masyarakat, hali i n i MOHD YUSOF
195 Titipan Alumni Usahawan Millenia Teruskanlah berusaha dan menuntut ilmu. Carilah kewangan dan kesenangan melalui perniagaan kerana sesungguhnya ada keberkatan. Sebab Rezeki Allah ni mai dalam pelbagai bentuk. Menjadi usahawan dan berniaga adalah rezeki yang terbuka luas namun cabarannya tetap ada. Walaupun begitu, ia suatu kemanisan dikala berada diatas dan Ketika berada dibawah. dapat menjana kebaikan, peluang pekerjaan serta keuntungan yang akan kembali kepada masyarakat. Untung ada ilmu yang bermanfaat dan secara langsung menjadi keberkatan hingga ke akhir hayat.
196 MUHAMMAD FARID PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PERTAHANAN FAKULTI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PERTAHANAN Graduasi: 2015 [email protected] 011 1147 4471 No 257A, 259A Jalan Mahkota Taman Maluri 55100 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan FARIDISM PRODUCTION SDN. BHD. USAHAWAN PRODUKSI MEDIA (PHOTOGRAPHY & VIDEOGRAPHY) Pada tahun 2008, Faridism Photography diwujudkan tetapi ia wujud dalam bentuk hobi sambilan bagi saudara Muhammad Farid. Saudara Farid merupakan graduan Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan, dari Fakulti Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan (UPNM). Selepas beberapa tahun pengalaman sebagai jurugambar bebas, beliau bertindak selaku pengarah urusan telah menceburi industri fotografi secara sepenuh masa. Disebabkan sokongan dan dorongan, serta obsesinya sendiri terhadap fotografi, pada tahun 2014, syarikat Faridism Production Sdn. Bhd. telah berdaftar dengan SSM dan telah melangkah ke industri fotografi secara rasmi. Beroperasi di Bandar Sri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur, Faridism Photography kini memiliki lebih dua puluh orang jurugambar dan juruvideo. Namun yang demikian, saudara Muhammad Farid berazam untuk membuka lebih peluang pekerjaan dalam industri kreatif dan produksi media di masa akan datang. HARON
197 Titipan Alumni Usahawan Millenia Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang kecuali mereka sendiri yang mengubah nasibnya.
198
199
200 MOHAMAD ARIF IJAZAH SARJANA MUDA FISIOTERAPI (KEPUJIAN) FAKULTI KULLIYAH OF ALLIED HEALTH SCIENCES (KAHS) Graduasi: 2016 Jalan Ostia Utama Seksyen 14 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Saudara Mohamad Arif, graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Fisioterapi, Kulliyah of Allied Health Sciences (KAHS), IIUM telah mengasaskan Physiogo Sdn. Bhd. pada tahun 2016. Beliau dan syarikat beliau telah digelar sebagai usahawan muda oleh akhbar harian metro sebagai usahawan muda diatas kejayaan beliau mencapai penarafan 3 bintang pada SCORE daripada SMECORP Malaysia bagi tahun 2020. Beliau telah dilantik sebagai Mentor Usahawan Pelajar UIAM pada 2020 dan dianugerahkan sebagai Anugerah Ikon Alumni 2021 UIAM. Saudara Mohamad Arif bermatlamat untuk membawa Physiogo Sdn. Bhd. ke peringkat Asia dan antarabangsa seterusnya Physiogo menjadi satu jenama kebanggaan rakyat Malaysia. Pada masa yang sama, Saudara Mohamad Arif ingin terus membantu membuka peluang pekerjaan dan menjadi medium mencapai impian dalam kerjaya seluruh warga Malaysia. Harapan beliau juga agar Physiogo dapat memberi manfaat besar kepada pesakit seterusnya membawa mereka kepada kehidupan yang lebih aktif, produktif dan penuh makna. PHYSIOGO SDN. BHD. USAHAWAN PERKHIDMATAN FISIOTERAPI MOHD YUSUF
201 Titipan Alumni Usahawan Millenia Pasang impian dan cita-cita yang tinggi. Kemudian kerja keras untuk mencapainya. Kejayaan boleh dicapai tanpa mengira apa sahaja latar belakang kita. Yakin dengan diri sendiri, cari ilmu dan kemahiran yang betul disamping dapatkan bimbingan dari mentor yang berpengalaman. Semoga berjaya.
202 MOHD FAIZ IJAZAH SARJANA MUDA EKONOMI DAN SAINS PENGURUSAN FAKULTI KULLIYYAH OF ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES Graduasi: 2012 [email protected] 013 2057397 1-119 Jalan Prima Sg 4 Prima Sri Gombak 68100 Bt Caves Selangor MYWAU merupakan jenama yang dimiliki oleh Mind Trade Sdn. Bhd. MyWau adalah platform latihan perniagaan Borong China dan Shopee secara online. Saudara Mohd Faiz Bin Zakaria, bertindak selaku Pengarah Urusan Mind Trade Sdn. Bhd menyatakan bahawa MyWau berjaya melatih lebih 10,000 usahawan secara atas talian atau di luar talian dengan kelas teknikal dengan penganjuran melebihi 70 kelas seluruh Malaysia. Antara pelanggan utama Minda Trade Sdn. Bhd ialah RISDA, MARA, Kolej Komuniti Mara, Pusat Pembangunan Usahawan UIAM (EDC), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Ahli Parlimen Ketereh, Kelantan. Saudara Mohd Faiz pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Sains Pengurusan dari Kulliyyah of Economics and Management Sciences UIAM, mengharapkan agar MYWAU dan Mind Trade Sdn. Bhd. dapat membantu usahawan di dalam dan luar negara untuk terus berdaya saing, kompetensi dan maju. Seterusnya membawa kejayaan bagi membantu membangunkan negara dan ummah MIND TRADE SDN. BHD. USAHAWAN LOGISTIK DAN IT ZAKARIA
203 Titipan Alumni Usahawan Millenia Dunia usahawan, dunia yang sarat dengan liku, duri dan curam dalam. Siapkan minda yang jitu, cari dan kenalpasti soft skill. Tambah baik hari ke hari. Cari lah guru. Diperingkat awal, tak salah untuk berkuli dahulu. Ia medan latihan dan pelajaran bagi diri kita.
204 MUHAMAD FAROUK HASSANAIN SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJURUTERAAN MEKATRONIK FAKULTI KEJURUTERAAN Graduasi: 2015 [email protected] 019 3645863 No 40, 40-1, 40-2 42 & 42-1 Jalan Niaga 14 81900 Kota Tinggi Johor Al Ikhlas Gadget merupakan jenama yang digunakan oleh syarikat Glories Gadget (M) Sdn. Bhd. bagi rangkaian kedai dan pasarayanya. Pengasas Al Ikhlas Gadget, Saudara Muhamad Farouk Hassanain merupakan graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2015. Beliau menubuhkan syarikat Glories Gadget (M) Sdn Bhd pada tahun 2017 bagi menjalankan perniagaan peruncitan aksesori telefon bimbit dan gadget terkini. Bermula dengan cawangan pertama yang dibuka di Kota Tinggi, Johor, Al Ikhlas Gadget kini telah mempunyai sembilan cawangan iaitu tujuh di Johor, satu di Melaka dan yang terbaharu dan terbesar terletak di Petaling Jaya, Selangor. Saudara Mohamad Farouk menyasarkan untuk membuka 100 cawangan Al Ikhlas Gadget di seluruh Malaysia menjelang tahun 2024. Beliau berharap dengan pembukaan cawangan Al Ikhlas Gadget yang pesat dari masa ke semasa dapat membantu menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada komuniti setempat. Pemenang Anugerah Keusahawanan Johor 2020 ini amat menitikberatkan perkhidmatan terbaik demi kepuasan pelanggannya. GLORIES GADGET (M) SDN BHD USAHAWAN AKSESORI TELEFON BIMBIT DAN GADGET HASHIM
205 Titipan Alumni Usahawan Millenia Setiap perniagaan yang kita jalankan mesti ada matlamat yang jelas dan perlu melalui pelbagai proses. Jadi, kita perlu berani untuk mencuba sesuatu perkara bagi memastikan kita dapat mencapai matlamat tersebut. Dapatkan nasihat dan sentiasa belajar dengan orang yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan.
206
207
208 AMIRUL HAKIM BACHELOR OF ENGINEERING (MECHANICAL) FAKULTI KEJURUTERAAN Graduasi: 2018 hakimtukiman@brotaniventures. com 019 3182022 No. 2A-D, Jalan Teknologi 3/5 Taman Sains Selangor Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor Saudara Amirul Hakim, graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal), Universiti Malaya merupakan pengasas bersama syarikat Brotani Ventures yang ditubuhkan pada Ogos 2020. Brotani Ventures adalah cetusan idea empat rakan iaitu Saudara Amirul Hakim sendiri, Aizat Long, Izz Thaqif, dan Burhanuddin Asyraaff Mahmood, dalam misi mereka untuk mengusahakan ladang dan perniagaan nanas MD2 premium tempatan (Piña Reina). Selain menjual nanas MD2 dan versi kiub (Piña Poco), Brotani Ventures juga terkenal dengan minuman Piña Lima, gabungan jus nanas sejuk dan limau pekat yang menyegarkan. Saudara Amirul berharap untuk memajukan industri pertanian tempatan dan mengubah persepsi masyarakat tentang kepentingan pengamalan pemakanan yang sihat. BROTANI VENTURES USAHAWAN PERLADANGAN NANAS TUKIMAN
209 Titipan Alumni Usahawan Millenia Saya amat menggalakkan pelajar menceburi bidang keusahwanan kerana ia dapat membuka peluang yang sangat luas kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
210 DR. EMY MARLINA DOCTOR OF PHILOSOPHY (SCIENCE) INSTITUTE OF GRADUATE STUDIES Graduasi: 2016 019 2564092 Petaling Jaya Selangor Graduan Institut Pengajian Siswazah Universiti Malaya, Dr. Emy Marlina merupakan usahawan muda yang bergerak aktif dalam menjalankan perniagaan berasaskan teknologi Nano. Beliau adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Selnolab Sdn. Bhd. Selnolab menyediakan perkhidmatan teknikal yang komprehensif merangkumi penyelidikan serta pembangunan (R&D) dan analisis makmal dan perundingan teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui meliputi bidang seperti bahan nano, mangkin, penjerap, biojisim, bahan api, bahan kimia khusus dan produk khusus. Dr. Emy Marlina, berharap Selnolab mendapat pengiktirafan di pasaran tempatan dan antarabangsa terutamanya dalam sektor minyak dan gas dan seterusnya menjadi syarikat bumiputera 100% pertama di Malaysia yang mempromosikan R&D dalam minyak dan gas. SELNOLAB SDN. BHD. USAHAWAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU DAN TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI (TEKNOLOGI NANO) SAMSUDIN
211 Titipan Alumni Usahawan Millenia Have a good strategy outlining different ways to expand services and products - learn from the experience of others as well. And be brave to face all downs as thats the beauty of entrepreneurship's journey
212 MOHAMMAD FIRDAUS SARJANA SAINS PERGIGIAN (BIOLOGI MULUT & MAKSILOFASIAL) FAKULTI PERGIGIAN Graduasi: 2019 [email protected] 6016 7254047 35-1, PJS 5/28 PJCC 46150 Petaling Jaya Selangor Saudara Mohammad Firdaus, graduan Sarjana Muda Sains (Genetik dan Biologi Molekul) Universiti Malaya, adalah usahawan muda dalam bidang digital dan multimedia. Beliau merupakan Pengasas dan Pengarah Urusan Bleenk Media dan Bleenkbox Studio. Bleenks Media merupakan syarikat produksi multimedia, pengurusan acara-pentas dan penerbitan. Bleenk Studio pula adalah satu ruang kreatif pelbagai guna iaitu ibu pejabat Bleenk dan studio fotografi. Bleenk Media dibawah teraju saudara Mohammad Firdaus telah menghasilkan pelbagai hasil kreatif seperti, video muzik, filem pendek, iklan digital, video korporat, dokumentari dan banyak lagi. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah antaranya, Pengarah Terbaik Karnival Teater UM (2013), Pengarah Terbaik Festival Teater KL (2014), Pelakon Terbaik Karnival Teater UM (2016) dan merupakan Tempat Kedua VIU Pitching Forum (2021). Saudara Mohammad Firdaus bercadang untuk mempelbagaikan cabang portfolio perniagaan beliau dan seterusnya menembusi sektor industri digital didalam dan diluar negara. BLEENK GROUP SDN.BHD. USAHAWAN PERKHIDMATAN MULTIMEDIA KAMARUDDIN (AUSZ DIN)
213 Titipan Alumni Usahawan Millenia Pelajar-pelajar generasi kini harus mengambil kesempatan terhadap pendedahan yang tinggi dalam arus permodenan teknologi digital dan menjadikannya sebagai sumber inspirasi untuk menjejakkan diri dalam dunia perniagaan yang lestari untuk masa akan datang.
214 SADIRA YEONG MIN YI BACHELOR OF PHARMACY (HONOURS) FAKULTI PERUBATAN Graduasi: 2018 [email protected] Scentses AC Sdn. Bhd G.016, The School Jaya One 72A, Jalan Universiti Seksyen 13 46200 Petaling Jaya Selangor. Scentses AC Sdn. Bhd. merupakan syarikat perniagaan berasaskan minyak wangi dan ia merupakan syarikat pereka minyak wangi pertama di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Scentses AC Sdn. Bhd. merupakan graduan Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Saudari Sadira, amat yakin bahawa minyak wangi boleh membawa kepada penemuan diri setiap individu, dimana ia boleh memperkasakan, menyeronokkan dan membolehkan kita mengekpresi diri secara bebas. Ia selari dengan visi Saudari Sadira di mana perjalanan penemuan diri dan pembelajaran adalah tidak berkesudahan dan ianya berterusan. SCENTSES AC SDN. BHD USAHAWAN PERNIAGAAN ATAS TALIAN
215 Titipan Alumni Usahawan Millenia Start executing
216 PUAN HAJAH SITI SALEHA IJAZAH SARJANA USULUDDIN PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA Graduasi: 2014 [email protected] 017 6028815 No. 17-1, Jalan Lengkuas B16/B Ken. Rimba, Seksyen 16 40200 Shah Alam Selangor Hanami Empire Sdn Bhd merupakan perniagaan yang diusahakan oleh usahawan muda iaitu saudari Siti Saleha Hamzah. Ditubuhkan pada 2013, Hanami Empire Sdn. Bhd. beroperasi secara maya dan melalui cawangan fizikal mereka di Shah Alam dan Bangi, Selangor. Hijabs By Hanami adalah tudung muslimah yang merupakan antara produk terkenal Hanami Empire Sdn. Bhd. Dimana ia menawarkan kualiti premium dengan perincian yang unik, pengkhususan dalam tudung segera pada harga yang berpatutan sambil menegakkan kod tudung islam syariah. Saudari Siti Saleha, graduan Ijazah Sarjana Usuluddin, Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya ini, sentiasa berharap agar apa yang diusahakan beliau akan memberi manfaat kepada orang ramai dari segi agama, ekonomi, kehidupan dan kebahagiaan dunia akhirat. HANAMI EMPIRE SDN. BHD USAHAWAN TEKSTIL HAMZAH
217 Titipan Alumni Usahawan Millenia Ambil peluang dan ruang yang ada untuk terus belajar menerokai kelebihan diri. Jangan putus asa, terus berjuang membantu dan memberi manfaat kepada orang ramai. Perjalanan menjadi usahawan bukan sesuatu yang mudah tetapi akan menjadi mudah dan manis apabila kita ada satu misi yang jelas kenapa kita perlu menjadi usahawan.
218
219
220 MOHAMAD AFIF FAHIMI IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA (KEPUJIAN) PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN Graduasi: 2018 [email protected] 017 4749138 No 10, Persiaran Seksyen 4/7 Bandar Putera Bertam 13200 Kepala Batas Pulau Pinang Saudara Mohamad Afif merupakan graduan, Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia dan telah bergraduasi pada tahun 2018. Beliau merupakan usahawan muda yang bergiat aktif dalam perniagaan berasaskan kafe makanan dan minuman dikenali sebagai Black Cabin. Saudara Afif bercita-cita untuk membawa Mafaco Enterprise and Black Cabin keseluruh kampus universiti di Malaysia. Malah beliau bermatlamat untuk membuka anak syarikat dalam bidang pelancongan dalam tempoh 10 tahun akan datang. MOHAMAD ARIS MAFACO ENTERPRISE – BLACK CABIN USAHAWAN MAKANAN DAN MINUMAN (KAFÉ)
221 Titipan Alumni Usahawan Millenia Rancang dan mula dengan cepat. Mulakan perniagaan menggunakan modal yang ada walaupun dengan nilai yang kecil. Keberanian mestilah berbekalkan strategi. Konsisten akan hadir dari semangat yang tidak putus. Bertangguh tidak akan ke mana, segalanya soal mula.
222 AHMAD BURHANUDDIN IJAZAH SARJANA KEJURUTERAAN BAHAN PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN BAHAN & SUMBER MINERAL Graduasi: 2010 [email protected] 011 55092019 254, Ground Floor Taman Anggerik 2 05050 Alor Setar Kedah Saudara Burhanuddin merupakan graduan, Ijazah Sarjana Kejuruteraan Bahan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia. Beliau ini merupakan usahawan muda yang bergiat aktif dalam perniagaan percetakan dan reka bentuk banner, streamer, kad nama, buku bil, risalah dan kertas iklan. Saudara Burhanuddin bermatlamat untuk mengembangkan aset dan pekerja syarikat beliau agar setaraf dengan syarikat global disamping membantu mendidik lebih ramai usahawan tempatan untuk berdaya saing dan maju. AB DESIGN & PRINTING USAHAWAN PERCETAKAN DAN PENGIKLANAN AHMAD BAKHIR
223 Titipan Alumni Usahawan Millenia Jadikan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya utama. Don’t be a job seeker, be a job creator. Tidak ada masalah jika bermula daripada bawah, yang penting adalah berakhir di puncak kejayaan.
224 MOHD ZUL FAHMI SARJANA PENGURUSAN PEMBINAAN PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN, BANGUNAN & PERANCANGAN Graduasi: 2019 [email protected] 017 9667617 Suite 110 E Aras 1 Kompleks Eureka Universiti Sains Malaysia 11800 Minden Pulau Pinang Saudara Mohd Zul merupakan graduan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia. Beliau kini merupakan usahawan muda perniagaan kafe disamping mengelola perniagaan sampingan seperti perkhidmatan percetakan dan pembekalan alatan pejabat. Saudara Mohd Zul yang telah memulakan perniagaan beliau pada tahun 2019 bermatlamat untuk memiliki sebuah rangkaian perniagaan Kafe Kopi (Coffee Shop) yang berdaya saing di seluruh negeri di Malaysia. DAILY DOSE SUPPLY & SERVICES USAHAWAN MAKANAN DAN MINUMAN ZAHARI
225 Titipan Alumni Usahawan Millenia Knowledge is a powerful weapon, so be teachable. You are not always right.
226 MUHAMMAD ZULAFKAR IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA (GEOGRAFI) PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN Graduasi: 2018 [email protected] 019 5031701 Lot F, Uptown Mall USM Universiti Sains Malaysia 11700 Gelugor Pulau Pinang Saudara Zulafkar merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Geografi), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau yang bergraduasi pada tahun 2018 kini adalah usahawan muda perniagaan membaiki komputer dan pembekal perkakasan komputer. Saudara Zulafkar bermatlamat agar beliau dapat mengembangkan lagi perniagaan perkhidmatan dan perkakasan komputer kepada beberapa cawangan, lantas dapat menyediakan servis kepada syarikat dan pejabat di seluruh negara. Memperkenalkan sistem perniagaan komputer dan S.O.P yang lebih efektif. Membina kepercayaan pelanggan dan juga fokus kepada kepakaran konsultasi teknologi di serata dunia. MZ&AT TRADING USAHAWAN PERKHIDMATAN BAIK PULIH KOMPUTER ZAILANI
227 Titipan Alumni Usahawan Millenia Beranikan diri dan buat sehabis baik. Jangan risau berkaitan modal perniagaan dan mulakanlah perniagaan dengan modal apa yang ada. Walaupun dengan RM2 sahaja, namun percayalah dengan langkah yang betul ianya pasti membuahkan hasil dalam dunia perniagaan. Dapatkan pengetahuan perniagaan daripada pelbagai sumber dan kaji dengan baik. Percaya pada diri pasti akan berjaya.
228 NUR ASHIQIN SAINS GUNAAN (SAINS KAJIHAYAT-AKUATIK) SAINS KAJIHAYAT Graduasi: 2012 [email protected] 018 3279599 ELEVEN29 Studio Lot 1129 Jalan Datuk Abu Samah Kg.Pasir Ulu Klang 68000 Ampang Selangor Merancang untuk mewujudkan empayar servis berinai dengan lebih besar dan professional dalam Malaysia dan juga antarabangsa MELUR IZABYEL ENTERPRISE PERKHIDMATAN INAI PENGANTIN ABDUL JALIL
229 Titipan Alumni Usahawan Millenia Buat apa yang anda suka dan minat terlebih dahulu dan kemudian kewangan (rezeki) akan datang. Percaya dengan proses.
230