39 Titipan Alumni Usahawan Millenia Usahawan yang berjaya tidak hanya bijak mengemudikan bahtera perniagaan dan syarikat, malah mampu memberi manfaat dan berkongsi peluang serta kejayaan bersama orang lain.
40 LIEW TIAN CHIN SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (ELEKTRIKAL-ELEKTRONIK) FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK Graduasi: 2018 [email protected] 013 8252818 C-05-10, Neocyber Linkaran Cyber Point Barat 6 3000 Cyberjaya Selangor Saudara Liew Tian Chin merupakan graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrikal – Elektronik) Universiti Teknologi Malaysia tahun 2018. Beliau merupakan pengasas kepada Syarikat GoLearn Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat berkonsepkan pendidikan atas talian. Matlamat utama GoLearn adalah untuk menghubungkan para ibu bapa dan pelajar dengan para tenaga pengajar, yang akan membuka banyak peluang pekerjaan untuk tenaga pengajar sambilan di dalam mahupun di luar Kementerian Pendidikan. Pihak GoLearn juga akan meneruskan usaha mereka untuk menjemput lebih ramai individu yang akan menjadi bakal guru di Institut Perguruan Tempatan untuk menyertai pihak GoLearn dan menjadi sebahagian daripada pasukan tenaga pengajar sambilan yang akan mengajar murid di seluruh negara. Sehingga hari ini, Golearn telah membantu para ibu bapa daripada Malaysia, Singapore, Thailand, Indonesia, Arab Saudi, Taiwan dan Brunei bagi mencari tenaga pengajar yang terbaik untuk anak-anak mereka. GOLEARN USAHAWAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN
41 Titipan Alumni Usahawan Millenia Jangan takut untuk gagal Pilih produk atau servis yang menarik minat anda. Setiap kegagalan merupakan sebuah peluang untuk anda belajar daripada kesilapan dan terus mencuba lagi. Cari seorang mentor Mentor bertujuan untuk menasihati anda pada peringkat awal perniagaan, dan ia merupakan sebuah aset yang amat bernilai dengan mempunyai seseorang yang berpengalaman untuk membimbing anda. Jika anda memerlukan seseorang untuk memberikan nasihat, anda boleh menghubungi saya. Penekanan pembelajaran akademik Gunakan pembelajaran akademik yang anda sedang lalui untuk menimba ilmu, skil dan pengalaman yang anda akan perlukan untuk memastikan kejayaan perniagaan anda. Ilmu yang mendalam dari segi perakaunan, kewangan, pemasaran, teknologi, perundangan dan sumber manusia mampu menjadi perbezaan di antara kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan.
42 MUHAMAD RAZI SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (ELEKTRIK) SEKOLAH PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN BERTERUSAN Graduasi: 2019 [email protected] 019 3776322 Razi Coating Malaysia 37 Jalan Putra Perdana 1/5 47100 Puchong Selangor Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) Sekolah Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia iaitu saudara Muhammad Razi merupakan usahawan muda yang bergerak aktif dalam industri kepakaran perincian automotif dan salutan auto (auto coating). Antara harapan saudara Razi ialah semoga perniagaan beliau dapat menyumbang kepada ekonomi negara serta dapat menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada anak-anak muda bangsa Malaysia. RAZI COATING @ NANO COATZ DETAILING USAHAWAN PENJAGAAN AUTOMOTIF MOHD KAMISAN
43 Titipan Alumni Usahawan Millenia Jujur dan amanah dalam perniagaan, bersabar dan tidak berputus asa. Sentiasa membuat penambahbaikan dan mengikuti perkembangan semasa. Selain itu, tutur kata dan penyampaian yang jelas juga penting untuk mengelakkan ketidak adilan dan penipuan dalam urus niaga agar pelanggan tidak rasa tertipu. Akhir sekali, sentiasa ingat untuk bertakwa dan bertawakal kepada Allah S.W.T, dengan cara menyerahkan kembali segala usaha kepada Allah S.W.T.
44 SYED SALLEH SARJANA MUDA PENGURUSAN (PEMASARAN) FAKULTI PENGURUSAN Graduasi: 2015 [email protected] 014 2528510 Sulaiman Plantation Sdn Bhd No 22-1, Jalan Merbau Indah 1 Taman Merbau Indah Merbau Pulas 09300 Kuala Ketil Kedah Sulaiman Plantation Sdn. Bhd. merupakan sebuah ladang integrasi Kelapa Pandan, Nangka Madu, Ternakan Lebah Kelulut dan Fertigasi Cili dan Halia seluas 13 ekar di Kedah. Perniagaan ini telah diusahakan oleh Tuan Syed Salleh, graduan Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) Fakulti Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia. Perniagaan utama Sulaiman Plantation Sdn. Bhd. adalah membekalkan buah-buahan dan sayur-sayuran terpilih kepada pasaran di sekitar Kedah, Pulau Pinang, dan juga Lembah Kelang. Selain itu, perniagaan saudara Syed Salleh juga menyediakan khidmat pembekalan barangbarang pertanian dan khidmat pemasangan pertanian secara terus kepada petani. SULAIMAN PLANTATION SDN. BHD. USAHAWAN PERLADANGAN SYED SULAIMAN
45 Titipan Alumni Usahawan Millenia Bagi pelajar yang berminat untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya, anda perlu percaya kepada setiap langkah kecil yang mampu untuk membawa anda kepada kejayaan yang lebih besar. Mulalah berniaga dengan apa yang ada di tangan, dan kembangkan ke perniagaan yang lebih besar setelah anda sudah dapat rentak dalam menguruskan perniagaan. Sejauh mana kejayaan kita, janganlah lupa untuk tunduk ke bawah dalam menghargai jasa orang yang tersayang dalam membesarkan kita sehingga kita dapat meneruskan pelajaran ke menara gading. Jadikanlah kerjaya sebagai seorang usahawan ini sebagai satu platform dalam membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada komuniti setempat, dan ingatlah dalam setiap rezeki kita pasti akan ada kebahagiaan untuk makhluk lain.
46
47
48 DR. NUR AISHAH DOKTOR PERUBATAN VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR Graduasi: 2017 [email protected] 017-735 1778 68, Jalan SS14/2SS1447500 Subang Jaya Selangor Dr. Nur Aishah adalah graduan Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia. Beliau bermatlamat ingin menubuhkan satu platform ‘hospital pelajaran’ kepada graduan terbuka untuk semua spesies haiwan. ABDULLAH NAA ANIMAL CARE (SUBANG VET SS14) USAHAWAN VETERINAR-KLINIK HAIWAN
49 Titipan Alumni Usahawan Millenia Jika anda ingin menjadi seorang usahawan, anda perlu ada niat yang betul. Jangan bandingkan perniagaan sendiri dengan perniagaan orang lain.
50 MUHAMMAD FARIS BACELOR KEJURUTERAAN (PERTANIAN DAN BIOSISTEM) FAKULTI KEJURUTERAAN Graduasi: 2017 [email protected] 013-2032531 42, Jalan Balakong Jaya 12 Taman Balakong Jaya 43300 Seri Kembangan Selangor Saudara Faris adalah graduan Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem), Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia tahun 2017 dan kini beliau bergerak aktif selaku usahawan muda dalam bidang perkhidmatan dan pembekalan makanan dan minuman di Selangor. Beliau berharap agar perniagaannya dapat berkembang lebih maju dan dapat menjadi salah satu bidang kerjaya kepada bakal graduan. Beliau juga berharap agar dapat membantu masyarakat dan berbakti semula kepada alma mater. FJ FOOD & BEVERAGE SDN. BHD. USAHAWAN INDUSTRI MAKANAN DAN MINUMAN JAAFAR
51 Titipan Alumni Usahawan Millenia Graduan itu sendiri perlu ada kemahiran untuk mencipta peluang kerjaya kepada orang lain.
52 SYAHIRAN GLOBAL RESOURCES AYAM KAMPUNG FROZEN FOOD BACELOR SAINS (PERNIAGAAN TANI) FAKULTI PERTANIAN Graduasi: 2019 [email protected] 014-5348289 Lot 2040, Kampung Tambak Banggu 16150 Kota Bharu Kelantan Saudara Syahiran merupakan graduan Bacelor Sains (Perniagaan Tani) Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia yang telah bergraduat pada tahun 2019. Beliau telah mengusahakan perniagaan berasaskan makanan beku iaitu ayam kampung. Beliau berharap pada masa hadapan, dapat mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan ini ke peringkat global. Selain itu, beliau juga berharap agar mampu membantu lebih ramai orang untuk mendapatkan ayam kampung organik yang halal, selain dapat membantu mereka yang ingin menambah sumber pendapatan sampingan dengan menjadi ejen atau pengedar bagi produknya. MUHAMMAD SYAHIRAN HASHIM
53 Titipan Alumni Usahawan Millenia Sebelum menceburi mana-mana bidang bisnes, pastikan kita mempunyai minat yang mendalam terhadap bisnes tersebut. Selain itu, pelajar juga hendaklah mencari seorang mentor untuk dijadikan sebagai panduan dan tunjuk ajar dalam menguruskan bisnes. Janganlah kita berputus asa dan berhenti separuh jalan dalam bisnes yang diceburi.
54 SHAICK SAIFULLAH BACELOR PENGAJIAN PENGGUNA FAKULTI EKOLOGI MANUSIA Graduasi: 2016 [email protected] 019-3962814 No. 7, Jalan Com Industrial Park 2/1 Com Industrial Park 2 Kawasan Perindustrian Kampung Baru Balakong 43200 Balakong Selangor Graduan Fakulti Ekologi Universiti Putra Malaysia, Saudara Shaick adalah usahawan muda yang kini bergerak aktif dlam perusahaan percetakan. Beliau bersama syarikat beliau Ombak Group Sdn .Bhd. menawarkan perhidmatan kepakaran dalam percetakan sublimasi dan perkhidmatan percetakan skrin sutera di samping memenuhi keperluan percetakan t-shirt, pakaian seragam korporat, sulaman tersuai, penekan haba cenderahati atau hadiah korporat. Saudara Shaick berharap agar beliau dapat membuka 14 cawangan perniagaannya di seluruh Malaysia. Beliau juga berharap perniagaannya dapat menjadi sebuah jenama yang diingati dalam dunia percetakan, sama seperti jenama yang terkemuka seperti Milo, Pampers, Maggie dan lain-lain. Di samping itu, beliau juga ingin menjadi antara pembayar zakat yang terbesar di Malaysia. OMBAK GROUPS SDN. BHD. USAHAWAN PERCETAKAN JEHANGIR ALI
55 Titipan Alumni Usahawan Millenia Tiada istilah darah usahawan untuk menjadi seorang usahawan, hanya minat dan usaha akan merealisasikan impian anda untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. ‘Successful people are not gifted, they just work hard, then succeed on purpose.’
56
57
58 AWANG MOHAMMAD IZZAT AL HADI IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (BIOTEKNOLOGI SUMBER) FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SUMBER (FSTS) Graduasi: 2016 kampung.seberang.agrotek@ gmail.com 013 5752991 Pibu Sarikei Tingkat 1 Sublot 1 Blok 20E Jalan Abdul Rahman 96100 Sarikei Sarawak Saudara Izzat adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Sumber) Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) UNIMAS. Antara pencapaian utama bagi saudara Izzat dalam menjalankan perniagaannya ialah beliau berjaya membuat inovasi sistem penyejukan Rumah Pelindungan Hujan khusus untuk penanaman salad pada tanah rendah. Beliau juga pernah dipaparkan di dalam surat khabar Utusan Sarawak pada 2 Februari 2021 yang bertajuk “Izzat Bawa Pertanian Salad ke Tanah Rendah”. Selain membuat reka bentuk, struktur dan membina sendiri rumah hijau, beliau juga mencipta sendiri set hidroponik bagi membolehkan salad yang ditanam di kawasan tanah rendah mempunyai tekstur, warna dan rasa yang sama seperti di tanah tinggi. Beliau berharap untuk mengembangkan perniagaan ini di samping memperkenalkan teknologi hidroponik di Sarawak khususnya di kawasan kampung dan pendalaman. Selain itu, beliau juga ingin memperluaskan lagi pasaran Induk Bubur Pedasnya ke seluruh Malaysia sebagai salah satu makanan tradisional yang dekat di hati rakyat Sarawak. KAMPUNG SEBERANG AGROTEK ENTERPRISE USAHAWAN PERTANIAN AWG SALLEH
59 Titipan Alumni Usahawan Millenia Kepada para pelajar dan alumni yang mempunyai keinginan untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya, kalian haruslah sentiasa yakin dengan kebolehan diri sendiri, jangan malu untuk mencuba kerana ilmu yang dipelajari di universiti dan pengalaman yang ditempuhi sepanjang mengusahakan perniagaan amat penting bagi mendidik kita agar menjadi usahawan yang cekal untuk bangkit setiap kali tersungkur. Selain itu, mula merancang perniagaan anda dan bertindak sekarang kerana pengurusan masa amat penting dalam membina sesebuah perniagaan di mana peluang tidak akan datang berkali-kali.
60 IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (TELEKOMUNIKASI) FAKULTI KEJURUTERAAN Graduasi: 2017 [email protected] 013 3505771 SL 49, Regal Corporate Park Bandar Baru Samariang 93050 Kuching Sarawak Perniagaan saudara Syed Muhammad telah berjaya menembusi 33 pasaraya tempatan di Sarawak pada tahun 2018, dan pasaran Kuala Lumpur di Robinson Four Season serta Midvalley pada awal tahun 2019. Beliau telah memperoleh dua anugerah kemenangan dalam pertandingan Shell LiveWIRE dan SUPERBTeraju. Beliau yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi), Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS, kini mempunyai gudang dan kilang di Kuching dan cawangan di Bintulu. Antara harapan utama bagi saudara Syed Muhammad ialah untuk menjadi pengedar kurma nombor satu di Asia Tenggara pada tahun 2032 dan beliau juga berharap untuk mempunyai ladang kurma terbesar di Borneo pada tahun 2028 yang akan membuka peluang pekerjaan yang besar ke serata dunia. AHMAD TAMAR SDN. BHD. INDUSTRI MAKANAN DAN MINUMAN SYED AHMAD SYED MUHAMMAD HAMDI
61 Titipan Alumni Usahawan Millenia Macam mana kita hendak membantu ibu bapa kita yang tidak sihat kalau anak muda juga tidak sihat? Anak muda perlu bijak, baik, sihat dan kaya! Segalanya bermula dari minda. ‘Gain some experience first, be kind, respect people, then move early to be a job creator rather than a job seeker.’
62 MUHAMMAD AIMANUDDIN IJAZAH SARJANA MUDA SENI GUNAAN DENGAN KEPUJIAN (SENI HALUS) FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF (FSGK) Graduasi: 2018 [email protected] 013 8689460 Sari Chempaka Art Village Lot 2637 Bt 3 Jalan Mentakab Karak Setia 28600 Karak Pahang Graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Seni Halus) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), saudara Aimanuddin merupakan siswa yang aktif sepanjang pengajian beliau di UNIMAS dan terus aktif selepas tamat pengajian. Saudara Aimanuddin merupakan peserta daripada kumpulan Habitue Collection yang mendapat Pingat Emas (Furniture Excellence Award) sempena Malaysian International Furniture Fair 2019. Selain daripada itu, beliau juga telah menerima anugerah Young Art Entrepreneurs sempena Pameran Usahawan Seni Muda di Balai Seni Negara (National Art Gallery) pada 17-30 Jun 2019. Pada tahun 2020, beliau telah memperoleh dana peruntukan berjumlah RM250,000 menerusi program INISIATIF PENJANA HRDF 2020 di bawah Dana Pembangunan Sumber Manusia. Perniagaan saudara Aimanuddin, iaitu Potter Man Enterprise, ingin membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam industri kreatif dan berharap agar produknya dapat dipasarkan ke setiap negeri di Malaysia. POTTER MAN ENTERPRISE USAHAWAN PEMBUATAN SERAMIK KASMAN
63 Titipan Alumni Usahawan Millenia Jadikan minat anda sebagai tujuan utama untuk menceburi bidang keusahawanan dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu yang berkaitan dengan perniagaan. Dapatkan bantuan dan khidmat yang telah disediakan oleh kerajaan atau mana-mana agensi bagi mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Jangan terlalu cepat berputus asa dengan dengan perkara yang anda minati.
64 NUR AMIRAH IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (BIOTEKNOLOGI SUMBER) FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SUMBER (FSTS) Graduasi: 2016 [email protected] 017 4688683 Blok D-G-10 Pangsapuri Servis Springvilla 1/1B Jln Ukay Perdana 68000 Ampang Selangor Kejayaan saudari Nur Amirah pernah dipaparkan di dalam surat khabar Berita Harian, Sinar dan juga Utusan sebagai usahawan muda produk cenderahati dan hadiah berasaskan ukiran kayu. Di samping itu, beliau juga pernah menjadi tetamu undangan dalam rancangan Persona XY TV1, Ringgit Sense TV3 dan Astro Oasis. Saudari Nur Amirah adalah, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Bioteknologi Sumber) Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS), UNIMAS. Antara harapan utama saudari Nur Amirah ialah beliau ingin perniagaannya untuk menembusi pasaran luar negara dalam tempoh dua tahun lagi dan membuka lebih banyak cawangan perniagaan. UKIR DESIGN STUDIO ENTERPRISE USAHAWAN PRODUK UKIRAN HADIAH PREMIUM BERASASKAN KAYU BERUKIRAN ROSLI
65 Titipan Alumni Usahawan Millenia Teruskan minat anda, usah pedulikan kecaman orang yang ingin menjatuhkan anda. Risiko perniagaan selalu ada, jadikan risiko itu sebagai cabaran untuk anda berjaya dan bersainglah secara sihat. Selalu jadikan orang yang berjaya sebagai panduan anda.
66 KEITH VOON LIP KHIONG IJAZAH SARJANA MUDA SENI GUNAAN DENGAN KEPUJIAN (TEKNOLOGI SENI REKA) FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF (FSGK) Graduasi: 2011 [email protected] [email protected] 016 8009054 VM Creative Consultants Tingkat 2 Sublot 71 Riveredge Commercial Development Jalan Merdeka 93050 Petra Jaya Kuching Sarawak Saudara Keith Voon Lip Khiong adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka), Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), UNIMAS. Beliau adalah pengasas Syarikat VM Creative Consultants yang beroperasi secara aktif di Kuching Sarawak. Antara pencapaian utama saudara Keith ialah beliau telah beberapa kali dilantik sebagai pereka utama dan pengurus acara untuk agensi kerajaan dan korporat seperti TEGAS, MESTR, SBC, SDEC dan banyak lagi. Perniagaan beliau menghasilkan konsep dan penjenamaan untuk perniagaan dan usahawan, menyediakan penempatan latihan amali dan peluang pekerjaan, menceburi bidang hibrid maya, serta menghasilkan rancangan bual bicara ‘Muda & Bijak’ dengan rangkaian televisyen tempatan. VM CREATIVE CONSULTANTS USAHAWAN PENGURUSAN ACARA DAN REKAAN GRAFIK
67 Titipan Alumni Usahawan Millenia Matlamat boleh dicapai dengan ketabahan dan semangat daya saing yang tinggi, serta kesedaran bahawa tiada yang mudah. Sekiranya anda gagal, itu hanya bermaksud anda perlu berusaha lebih gigih. Anda perlu sentiasa peka dengan peredaran zaman dan keperluan semasa, serta luaskan rangkaian anda dengan pendedahan kepada idea baharu. Bina pasukan anda dengan individu yang mempunyai pelbagai kemahiran dan kebolehan yang mampu berkomunikasi secara membina dan bekerjasama dengan berkesan.
68
69
70 DICK LIM YEW TECK SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN SCHOOL OF BUSINESS MANAGEMENT Graduasi: 2015 [email protected] 017 7770249 No. 15, Jalan Perindustrian 4/KU8 Kawasan Perindustrian Meru Selatan 41050 Klang Selangor Foodabox ialah salah satu pengeluar pembungkusan makanan yang paling pesat berkembang di Malaysia. Saudara Dick Lim graduan Sarjana Muda Keusahawanan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia adalah Ketua Pegawai Eksekutif di samping merupakan pengasas bersama syarikat tersebut. Foodabox Dot Com Sdn. Bhd. telah menghasilkan pelbagai pilihan pembungkusan kertas yang berkualiti untuk membolehkan syarikat tersebut menjana pendapatan lebih RM100 juta setahun. Antara matlamat utama saudara Dick ialah untuk menjadi pelopor utama syarikat pembungkusan makanan di Malaysia. FOODABOX DOT COM SDN. BHD. USAHAWAN PENGELUARAN PEMBUNGKUSAN MAKANAN
71 Titipan Alumni Usahawan Millenia Percaya dengan kebolehan dan diri anda.
72 FAZIELA IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN TEKNOLOGI DENGAN KEPUJIAN PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN LOGISTIK Graduasi: 2012 [email protected] 017 4366171 No. P33 Bangunan Hop In Bersebelahan SEFB Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok Kedah Saudari Faziela Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Kepujian), Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik, Universiti Utara Malaysia sentiasa berharap agar perniagaannya dapat menjadi sebuah syarikat bumiputera Melayu yang terkenal dan maju dalam bidang perkhidmatan percetakan, fotostat, jilid tesis dan alat tulis. Beliau juga ingin menjadi pembekal alat tulis yang termurah, dan ingin menubuhkan sebuah syarikat berstatus ‘Sdn. Bhd.’ dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. BERJAYA FAMILY ENTERPRISE USAHAWAN PERKHIDMATAN PERCETAKAN, FOTOSTAT, JILID THESIS DAN ALAT TULIS MOHAMMAD SHAFIE
73 Titipan Alumni Usahawan Millenia Libatkan diri dengan kursus usahawan, kursus komputer pelbagai perisian dan pelbagai kursus yang dianjurkan oleh UUM atau universiti anda bagi membina semangat dan menambah ilmu pengetahuan yang akan digunakan dalam dunia perniagaan. Seterusnya, buat kerja sambilan bagi mendapatkan lebih banyak pengalaman yang akan mematangkan anda dalam membuat sesuatu keputusan. Simpan sedikit duit pengajian dan duit kerja sambilan anda untuk membuka perniagaan setelah anda telah tamat pengajian, serta persiapkan diri anda untuk belajar dan kaji perniagaan secara atas talian.
74 ILIYA HUSNA IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN PUSAT PENGAJIAN PSIKOLOGI GUNAAN, DASAR DAN KERJA SOSIAL, KOLEJ KESENIAN DAN SAINS Graduasi: 2021 [email protected] 013 7828617 Lorong 1 Taman Gurun Jaya 08300 Gurun Kedah Darul Aman Fluffy Hoppers Rabbitry telah ditubuhkan sejak Januari 2020 oleh Saudari Iliya Husna, graduan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian), Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Kolej Kesenian dan Sains, Universiti Utara Malaysia. Pada hari ini, perniagaan Fluffy Hoppers Rabbitry yang diusahakan oleh saudari Iliya mempunyai empat jenis baka arnab hiasan komersial yang terdiri daripada 30 induk dan 10 pejantan dalam setiap lubang sangkar. Selain menghasilkan purata bulanan antara 50 hingga 70 ekor anak arnab sebulan, Fluffy 'Hoppers Rabbitry juga mewujudkan Bahagian Konsultasi Penternakan Arnab Hiasan. Antara harapan saudari Iliya dalam perniagaannya ialah beliau berhasrat untuk memperbanyakkan pengeluaran syarikat dan menceburi cabang dalam penternakan arnab yang lain, iaitu untuk bekalan daging dan produk makanan dalam tempoh masa dua tahun yang akan datang. Beliau juga berharap untuk mempunyai lapangan penternakan yang lebih luas serta mempunyai pasaran yang lebih memberangsangkan. Sehubungan dengan itu, beliau menginginkan perniagaannya untuk dikenali ramai dengan memastikan kualiti produk yang dihasilkan adalah lebih baik daripada mana-mana pesaingnya. FLUFFY HOPPERS RABBITRY USAHAWAN TERNAKAN DAN PEMBEKALAN ARNAB HIASAN HASHIM
75 Titipan Alumni Usahawan Millenia Ilmu itu adalah suatu pembelajaran sepanjang hayat dan tidak meletakkan sebarang syarat kepada penuntutnya. Melalui kenal diri, konsistensi, matlamat dan perancangan hala tuju yang jelas, ia akan mempermudahkan usaha anda untuk menjadikan ilmu yang telah dipelajari itu untuk menjadi ilmu yang berfaedah. Kegagalan yang pertama dalam kehidupan ialah meletakkan batasan kepada apa yang diketahui, dan merancang untuk mencari apa yang belum diketahui. Sebagai seorang insan yang mencintai ilmu, anda sewajarnya memaksimumkan kemampuan, bakat dan kebolehan yang ada dalam diri tanpa mengira jantina, kerana tidak ada syarat untuk masuk ke bidang ini melainkan dengan keberanian mengambil langkah pertama. Semoga generasi yang seterusnya terdiri daripada golongan yang mencintai ilmu dan kekal tabah menghadapi cabaran kehidupan dan bijak memanfaatkan peluang yang datang.
76 NAZATUL WANIS IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING PUSAT PENGAJIAN PSIKOLOGI GUNAAN, DASAR DAN KERJA SOSIAL Graduasi: 2017 [email protected] 013 4744585 2147 Lorong Kenari 14/3 Taman Kenari 09000 Kulim Saudari Nazatulwanis merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial UUM yang telah bergraduat pada tahun 2017. Kini beliau aktif selaku usahawan muda dalam industri produk kesihatan dan penjagaan kulit. Saudari Nazatul, kejayaan utama yang beliau harapkan pada masa akan datang ialah ingin membantu lebih ramai suri rumah, pelajar atau sesiapa sahaja untuk menjana pendapatan melebihi RM2,000, dengan hanya membuat perniagaan dari rumah. PRECIOUS EMPIRE USAHAWAN PRODUK KESIHATAN, PENJAGAAN KULIT DAN PENJAGAAN RUMAH MOHD KHORISH
77 Titipan Alumni Usahawan Millenia Kepada pelajar di luar sana yang berminat dengan dunia perniagaan, tahniah! Kerana anda telah memilih salah satu kerjaya yang sangat mulia. Bukan mudah untuk berjaya, tetapi semua orang berhak dan berpeluang untuk berjaya. Sekali anda memilih untuk lakukan sesuatu perniagaan, lakukan dengan bersungguh-sungguh, dan tempuhi apa jua cabaran yang dihadapi. Yakin dengan potensi diri, dan yakin dengan apa yang anda lakukan. Tiada apa yang mustahil untuk anda capai selagi ianya tidak melanggar undang-undang dunia dan tidak salah di sisi agama.
78 NURUL FARAH SHAHIRA DECISION SCIENCE COLLEGE OF ARTS AND SCIENCE (CAS) Graduasi: 2017 [email protected] 017-6653548 / 017-2648406 No 32, Loji Air Sungai Batu Jalan Sungai Tua 68100 Batu Caves Selangor Harapan utama bagi saudari Farah ialah beliau ingin melahirkan lebih ramai usahawan di bawah legasi ‘ZAIMZAINUDIN’ hingga ke peringkat antarabangsa. ZAIMZAINUDIN USAHAWAN PERCETAKAN BORHANODIN
79 Titipan Alumni Usahawan Millenia Sebagai usahawan, setiap saat boleh mendatangkan hasil. Manfaatkan setiap saat dalam hidup kita daripada celik sehingga tutup mata. Utamakan ibu bapa kita, walaupun kita sedang sibuk dengan urusan perniagaan, insya-Allah kita akan menjadi usahawan yang berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
80
81
82 MOHAMAD AZMI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SAINS SUKAN FAKULTI SAINS SUKAN & KEJURULATIHAN Graduasi: 2009 [email protected] 019 5711116 No 32, Loji Air Sungai Batu Jalan Sungai Tua 68100 Batu Caves Selangor Bermula dengan kiosk Apam Balik Kuhot di Bercham, Ipoh produk ini telah menjadi tarikan masyarakat di laman sosial pada Februari tahun 2021. Bermula dengan hanya memperkenalkan lima menu, jumlahnya kini meningkat menjadi 26 menu. Antara menu yang paling mendapat sambutan ramai ialah keju Nutella, coklat keju dan serunding ayam. Selaku pengasas perniagaan Kuhot Holding Sdn. Bhd., saudara Mohamad Azmi Ahmad graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan, Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan, UPSI ini optimis beliau mampu mengembangkan perniagaan Apam Balik Kuhot yang diusahakannya menembusi pasaran lebih luas di dalam negara. KUHOT HOLDINGS (M) SDN. BHD. USAHAWAN FRANCAIS MAKANAN DAN MINUMAN AHMAD
83 Titipan Alumni Usahawan Millenia Kerjaya sebagai seorang usahawan memerlukan kesungguhan dan minat yang tinggi. Pastikan anda sentiasa mencari dan mendalami ilmu dan amalkan ilmu yang anda telah peroleh tersebut.
84 NUR HEIDA SHAMIRA HAIDZIR IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI DENGAN KEPUJIAN FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA Graduasi: 2016 [email protected] 012 6089220 C-02-06, Sky Awani 2 Jalan 2/12 Kampung Batu Muda 51100 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Pengasas Heida Empire Resources, saudari Heida Haidzir, telah menubuhkan syarikat pada tahun 2020. Syarikat ini bermula dengan penjualan produk makanan yang dinamakan C’Brookies yang dulu dikenali sebagai Crunchy Brookies. Produk C’Brookies ini telah terjual lebih 100,000 unit dalam tempoh hanya 5 bulan! Justeru itu, produk ini telah dipilih untuk menyertai MAHA 2022. Selain penjualan produk C’Brookies, saudari Heida juga menawarkan perkhidmatan pengacaraan majlis kerana beliau juga adalah pengacara TV yang berbakat. Beliau telah mengacarakan sebuah program masakan, BAKAR, di Hypp Inspirasi UNIFI TV selama 6 musim dan juga telah dijemput sebagai pengacara jemputan di dalam sebuah rancangan pertandingan masakan iaitu Gadis Manis yang disiarkan di RTM. Dengan berkat usaha keras beliau, kini beliau mempunyai hampir 3,500 rakan niaga berdaftar di seluruh Malaysia dan Singapura. HEIDA EMPIRE RESOURCES USAHAWAN MAKANAN DAN PENGACARAAN MAJLIS
85 Titipan Alumni Usahawan Millenia Dunia usahawan ini penuh dengan cabaran, kita perlu berani menghadapi sebarang risiko dan cepat dalam merebut peluang. sentiasa berinovasi dan kreatif dalam sesuatu tindakan. terus komited dan fokus!
86 NASSRY MARDEE IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI Graduasi: 2017 [email protected] 019 5459353 No 3, Jalan Meru Bestari A4 Medan Meru Bestari 30020 Ipoh Perak Saudara Nassry Mardee, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UPSI merupakan pengasas dan pengusaha Kedai Kamera E Poh yang beroperasi di Ipoh Perak. Harapan utama saudara Nassry dalam mengusahakan perniagaannya adalah beliau ingin menjadi insan yang dapat menyumbang semula kepada masyarakat dan juga agama. KEDAI KAMERA E POH & KEDAI GADJET E USAHAWAN PENERBITAN DAN TELEKOMUNIKASI ISMAIL
87 Titipan Alumni Usahawan Millenia Anda harus sentiasa percaya pada diri sendiri, kerana setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah dari-Nya. Selain itu, percaya terhadap prinsip “tak hidup dek puji, tak mati dek keji”.
88 NOR AZLIN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PERTANIAN DENGAN KEPUJIAN FAKULTI TEKNIKAL DAN VOKASIONAL Graduasi: 2019 [email protected] 017-5150567 Lot 6126, Jalan Kampung Lambah 35900 Tanjung Malim Perak Saudari Nor Azlin, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian (Kepujian), Fakulti Teknikal dan Vokasional telah bergraduasi pada tahun 2019. Beliau kini aktif sebagai usahawan wanita dalam bidang penternakan dan pembekalan arnab di Malaysia. Beliau beroperasi di Tanjung Malim Perak. Saudari Nor Azlin berazam untuk mewujudkan lebih banyak rangkaian perniagaan Rezki Al Ardh disamping dapat melahirkan mentor-mentor pertanian di dalam bidang yang sama. REZKI AL ARDH SDN BHD USAHAWAN PERTANIAN DAN PENTERNAKAN HAMBLI @ HAMIDI