The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ProfileAlumni2023_compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SYAHRINI SHAWALLUDIN, 2023-12-18 08:12:03

Profil Alumni Millenia

ProfileAlumni2023_compressed

139 Titipan Alumni Usahawan Millenia Your toughest times lead to the greatest moments of your life, keep going. Tough situation builds strong people in the end.


140


141


142 MOHD MUAS SAZWAN EVENT MANAGEMENT FAKULTI BUSINESS MANAGEMENT Graduasi: 2011 [email protected] 017 355 0105 21 Jalan Setia Perdana U13/26k Bandar Setia Alam 40170, Shah Alam Selangor Saudara Mohd Muas Sazwan merupakan graduan Program Pengurusan Acara dari Fakulti Pengurusan Perniagaan. Pada tahun 2019, saudara Muas dan syarikat beliau - Muas Mo Wedding and Event Stylist telah dilampirkan di dalam majalah Pengantin sebagai “stylist” terkenal. Perkhidmatan perniagaan saudara Muas kepada para vvip disamping keunikan reka bentuk dan gaya solekan beliau, telah menjadikan nama Muas Mo Wedding and Event Stylist gah serta menjadi buah mulut orang ramai. Malah dalam dunia media, hiburan dan fesyen tempatan, nama Muas Mo Wedding and Event Stylist telah melakar sejarah. Saudara Muas bermatlamat untuk mengembangkan syarikat Muas Mo Wedding and Event Stylist diperingkat antarabangsa disamping melahirkan lagi bintang-bintang profesional dalam bidang solekan profesional dan pengurusan acara. MUAS MO WEDDING AND EVENT STYLIST USAHAWAN SOLEKAN PROFESIONAL DAN PENGURUSAN ACARA MOHAMMAD MAZLAN


143 Titipan Alumni Usahawan Millenia Jangan terlalu manja dengan persekitaran dan berdaya saing. Cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru juga dapat melatih dan membimbing diri lebih berdikari. Paling penting sekali dalam dunia usahawan adalah berani untuk mengambil risiko lalu percaya pada kesungguhan, nilai berkat dan percaya akan misi dan visi dalam keusahawanan


144 MUHAMMAD AIMAN SARJANA MUDA PENGURUSAN MAJLIS (BM236) FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN Graduasi: 2016 [email protected] 012 6311 079 Colonial Loft Empire City Jalan PJU 8/8 Damansara Perdana Selangor Saudara Muhammad Aiman merupakan graduan Fakulti Pengurusan Perniagaan tahun 2016. Beliau telah menubuhkan agensi peragaan di Malaysia yang pertama kalinya khusus untuk model tempatan Malaysia. Agensi modeling ini dibarisi oleh peragawati dan peragawan ternama dalam industri peragaan seperti Tuti Noor, Shikin Gomez, Tengku Azura, Natalie Prabha, Nia Atasha, Rita Suraya, Rita Nadira dan ramai lagi. Dua tahun selepas fokus hanya pada model tempatan Malaysia, The Models Lab KL melebarkan sayap dengan juga memberi ruang kepada model dari Asia seperti Indonesia, Filipina dan Singapura. Antara client agensi ini adalah seperti Zalora, Fashionvalet, Duck, Isetan, Chanel, Tom Ford, Levis, Uniqlo, Rizalman, Rizman Ruzaini, Mimpikita dan banyak lagi. THE MODELS LAB KL USAHAWAN AGENSI PERAGAAN RAHIM


145 Titipan Alumni Usahawan Millenia Perjalanan untuk menjadi usahawan/majikan kepada diri sendiri adalah bukan jalan yang mudah kerana apabila bekerja sendiri, usaha harus dilipat kali gandakan untuk mendapat kejayaan dan bertahan dalam industri. Jika bekerja “makan gaji” usahanya 60%, bila bekerja sendiri usahanya harus lebih dari 100% untuk menjamin hari-hari mendatang. Kita perlu selalu keep up dengan isu semasa dan marketing semasa supaya kekal relevant.


146 AMAR REZA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN (TEKNOLOGI KREATIF) FAKULTI FILEM, TEATER & ANIMASI (FITA) Graduasi: 2018 [email protected] 012 2028771 No 36, Jalan Enggang Timur 8 Taman Sri Keramat 54200 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Saudara Amar Reza, graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Teknologi Kreatif UiTM, merupakan pencipta kandungan kreatif Instafamous ‘Cik Yah”. Disamping itu perniagaan beliau juga mempelopori beberapa bidang lain seperti kejurulatihan gerak irama bagi 150 pelajar sekolah rendah, peringkat kebangsaan pada tahun 2019. Beliau dan perniagaan beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah tempatan seperti Anugerah Teater Terbaik, Pak Pandir Sebuah Muzikal (2019) dan Anugerah Khas Juri, Dato Onn The Musical (2015). Melalui Projek Marhaen Production, saudara Amar Reza turut menawarkan perkhidmatan kepakaran kejurulatihan seni persembahan dan perkhidmatan pengurusan acara. Beliau bermatlamat untuk menerbitkan sebuah produksi animasi “Cik Yah” di layar televisyen disamping membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan jurusan seni khususnya. PROJEK MARHAEN PRODUCTION USAHAWAN KANDUNGAN DIGITAL KREATIF (CREATIVE DIGITAL CONTENT) - “CIK YAH” ZAINALABIDIN


147 Titipan Alumni Usahawan Millenia Jatuh tidak bererti kalah atau lemah, sebaliknya ia adalah titik permulaan untuk kita berjaya. Teruskan mengejar minat dan citacita. Niatkan segala pekerjaan kerana Allah SWT dan sentiasalah berkongsi rezeki yang diperoleh. Jangan sesekali ada rasa iri hati dengan rezeki orang lain.


148 MOHAMMAD BASRI SENI LUKIS DAN SENI REKA (TEKSTIL) FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKA Graduasi: 2016 [email protected] 019 4092512 314, Tingkat Atas, Bizpark 4 Jalan Melor 1/3 Persiaran Amanjaya 4 Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani Kedah Saudara Mohammad Basri graduan Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka UiTM tahun 2016, kini aktif menjalankan perkhidmatan kepakaran penghasilan produk korporat dan persendirian. Antara pelanggan prominen beliau ialah kerabat DiRaja Kedah, KWSP, Gading Group Berhad dan UiTM. Beliau kini bermatlamat untuk mengembangkan perniagaan beliau - Sidai Craft Works ke platform antarabangsa. HARUN SIDAI CRAFT WORKS USAHAWAN REKABENTUK, TEKSTIL, KORPORAT ITEM DAN PERCETAKAN


149 Titipan Alumni Usahawan Millenia llmu tidak pernah ada penghujungnya, usaha dan positif maka hasilnya akan tiba.


150 MOHAMMAD FAUZI IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) PENGURUSAN MAJLIS MINOR IN HUMAN RESOURCE FAKULTI PENGURUSAN & TEKNOLOGI PEJABAT Graduasi: 2010 [email protected]/ famesmanagementsdnbhd@ gmail.com 012 4174522 GF, Skytech Tower 2 MKN Embassy Techzone 63300 Cyberjaya Saudara Mohamad Fauzi, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Majlis dari Fakulti Pengurusan & Teknologi pejabat UiTM tahun 2010. Melalui perniagaan beliau – Fames Management Sdn. Bhd., pelbagai perkhidmatan berasaskan makanan dan minuman serta pengurusan acara telah beliau jalankan. Antara lokasi perhidmatan beliau termasuklah, di Sultan Lounge Cafe, Wedding Decorator, KL Wedding Ministry. Saudara Mohammad Fauzi bermatlamat untuk mengembangkan dan membuka lebih banyak cawangan dalam bidang perkhidmatan berasaskan makanan dan minuman serta pengurusan acara serta dapat membantu lebih ramai graduan untuk berjaya bertapak di dalam industri ini di masa akan datang. FAMES MANAGEMENT SDN. BHD. USAHAWAN MAKANAN DAN MINUMAN SERTA PENGURUSAN ACARA ABD MANAN


151 Titipan Alumni Usahawan Millenia Just do it! But you need to have a good skill. Learn as far as you can during degree time and practical. Cari asas berniaga and you are good to go!


152


153


154 AZIZUL IJAZAH SARJANA MUDA SAINS AKUAKULTUR FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM Graduasi: 2010 [email protected] 019 8106351 Saudara Azizul merupakan graduan ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Akuakultur) di Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS. Beliau bergraduat pada tahun 2010 dan kini bergerak aktif dalam perniagaan keusahawan berasaskan teknologi akuakultur. Saudara Azizul yakin peluang menjalani latihan industri di Kansai Bussan Product Co. Ltd di Kagawa Prefecture, Jepun selama tiga bulan pada Mei hingga Julai 2010 telah mendidik beliau menjadi lebih berdikari, kreatif lasak, bermotivasi dan mencontohi budaya kerja cemerlang warga Jepun dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Beliau yang aktif selaku aktivis dan kepimpinan dalam kampus sepanjang pengajian di UMS telah membantu beliau memenangi pelbagai pertandingan idea perniagaan malah telah terpilih mewakili Malaysia ke Persidangan Perusahaan Makro, Kecil dan Sederhana di United Nations, New York Amerika Syarikat. Beliau amat berterima kasih kepada para pensyarah UMS seperti Prof. Dr. Sigeharu Senoo, Prof. Dr. Saleem Mustafa dan Prof. Madya Dr. Abentin Estim dalam perkongsian kefahaman teori, kemahiran teknikal serta ilmu keusahawanan dalam industri akuakultur. JULIRIN KONOHA AGROTECH SDN. BHD. USAHAWAN AKUAKULTUR


155 Titipan Alumni Usahawan Millenia Budaya bertekad cemerlang yang ditanam dalam setiap diri individu merupakan azimat untuk terus meraih kecemerlangan dari semasa ke semasa.


156 JUBAIR FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM Graduasi: 2013 [email protected] 014 8665408 Peti Surat 263 89308 Ranau Sabah Saudara Jubair merupakan Pengasas serta CEO Av Family Group Sdn. Bhd. Disamping itu, beliau juga merupakan pengarah syarikat JJM Venture Group Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ini menjalankan perniagaan berasaskan akuakultur iaitu Taman Arnab (Arnab Village), Magical Garden Ranau dan Kampung Itik Uncle Jay di Kota Belud, Sabah. Pemenang anugerah Bolungkitas Muda Usahawan, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar SABAH tahun 2018 dan Outstanding Entreprenuer By Sabah Techprenuer (SATA 2018) ini, merupakan graduan ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian (Akuakultur) UMS. Saudara Jubair yang aktif selaku ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan JAKMAS dalam kampus sepanjang pengajian beliau di UMS merupakan pencetus arah aliran (trend) Taman Arnab di Sabah dan sehingga kini sudah terdapat lebih 11 Taman Arnab di Sabah yang menggunakan konsep yang sama seperti Arnab Village. Taman Arnab merupakan taman terbesar yang menempatkan lebih 1000 arnab dari spesis yang berbeza seperti Angora, Lionhead, Satin, Rex, Netherland Dwarf, New Zealand White dan Holland Loop. Taman ini bukan sahaja menempatkan spesis arnab, tetapi semua haiwan peliharaan kecil lain seperti kucing, guinea pig dan hamster. AV FAMILY GROUP SDN. BHD. USAHAWAN AKUAKULTUR JUHININ


157


158 MOHAMMAD SYAHRIZAL @ RICO FAKULTI PERNIAGAAN EKONOMI & PERAKAUNAN Graduasi: 2011 [email protected] | [email protected] 013 8865049 Lot No.124, First Floor Golden Centre Putatan 88450, Kota Kinabalu Sabah Saudara Syahrizal, graduan Fakulti Perniagaan Ekonomi & Perakaunan UMS tahun 2011, merupakan Pengasas serta CEO KK Event House Sdn. Bhd. Disamping itu beliau juga merupakan pengarah Syarikat Zoom Billion Sdn Bhd., Solusi Cara Sdn Bhd. dan Gergasi Mega. KK Event House Sdn. Bhd. berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia - Perbendaharaan Malaysia Sabah, dan merupakan 100% milik Bumiputera dan PUKONSA. Selaku pengarah urusan KK Event House Sdn. Bhd. saudara Syahrizal atau lebih dikenali sebagai Rico, mengendali perniagaan berasaskan pengurusan acara berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau mempunyai lebih lapan tahun pengalaman dalam pengurusan acara dan beliau pernah berurusan dengan pelbagai jenis perniagaan dan organisasi terkenal tempatan. Saudara Rico dan pasukannya sentiasa komited untuk menyediakan pelanggan mereka perkhidmatan yang berkualiti tinggi. KK EVENT HOUSE SDN BHD USAHAWAN PENGURUSAN ACARA HJ IZHAR


159


160 NOR HEDAYAH FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN Graduasi: 2010 [email protected] 014 8696084 7503-A, Jalan Enggang 19 Bandar Putra 81000 Kulai Johor Saudari Nor Hedayah, graduan Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS tahun 2010, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Hedys International Sdn. Bhd. dan ibu pejabatnya terletak di Bandar Putra, Kulai Johor. Hedy’s telah ditubuhkan pada tahun 2019 dan mengendali proses pengeluaran produk kuih batang buruk secara komersial. Pada tahun 2020, saudari Hedayah dan Hedys International Sdn. Bhd. telah berjaya mengkomersialkan beberapa produk tempatan lain iaitu Kuih Bangkit Gula Melaka dan Maruku Shake. Melalui perniagaan atas talian, Hedy’s telah berjaya membantu melahirkan ramai usahawan tempatan dengan menjana pendapatan 4-5 angka sebulan. Selaku bekas Pemenang Anugerah Kepimpinan Mahasiswa dan Anugerah SPKS UMS, saudari Hedayah bermatlamat untuk mengkomersialkan produk makanan tradisi disamping mempertahankan rasa dan keasliannya. Beliau yakin, Hedys International Sdn. Bhd. bakal menjadi platfom kepada usahawan untuk menjana pendapatan dengan produk snek tradisi Melayu. HEDYS INTERNATIONAL SDN BHD USAHAWAN SNEK TRADISI MALAYSIA KAULAN


161 Titipan Alumni Usahawan Millenia Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Jalan menuju kejayaan itu penuh rintangan yang berliku, hadapilah dengan tenang dan jangan menyerah.


162 SABLY YUSIN RETRO HEBAT ENTERPRISE USAHAWAN PENTERNAKAN FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN Graduasi: 2009 [email protected] [email protected] 011 16108693 Saudara Sably Yusin, merupakan graduan bidang pengajian Sejarah di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS. Di UMS, beliau telah mempelajari pelbagai jenis kemahiran perundingan perniagaan dan beliau telah menggunakan pengetahuan dari kelas tersebut secara sepenuhnya dalam merencanakan dan menjalankan perniagaan beliau. Saudara Sably Yusin kini menjalankan perniagaan penternakan kambing di kampung Kimolohing, Sabah. Pada tahun 2013, Syarikat Retro Hebat Enterprise ini telah memenangi geran perniagaan usahawan RBC berjumlah RM300,000. Melalui geran tersebut, saudara Sably telah memfokuskan syarikat beliau kepada aktiviti pembinaan kandang kambing, pembinaan stor pemprosesan, penyimpanan peralatan dan makanan ternakan serta menaik taraf infrastruktur utiliti seperti kemudahan air serta elektrik. Melalui Retro Hebat Enterprise, saudara Sably telah berjaya meningkatkan pendapatan kasar daripada RM800.00 kepada RM25,000.00 sebulan Ketika ini. Malah beliau juga berjaya mewujudkan lima peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan membimbing lebih 30 usahawan dalam bidang penternakan kambing.


163 Titipan Alumni Usahawan Millenia Semoga kami menjadi generasi yang lebih baik dan dapat menyumbang kepada masyarakat.


164


165


166 MOHD HAFIZUDDIN HIEW SARJANA PENGURUSAN PERNIAGAAN MBA (KEWANGAN) MALAYSIA GRADUATE SCHOOL OF BUSINESS (MGSEB) Graduasi: 2015 [email protected] 016 5613380 Pt286-G Seksyen 26 Jalan Dusun Muda 15200 Kota Bharu Kelantan Darul Naim Encik Hafizuddin Hiew bukan sahaja memiliki Sarjana Pengurusan Perniagaan di Universiti Malaysia Kelantan, beliau juga merupakan graduan Sarjana Muda dari Universiti Malaysia Kelantan dan seterusnya meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan. (Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan Teknologi Pertanian, Fakulti Agro Industri dan Asas Tani bergraduat tahun 2011). TDC Holdings Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah syarikat Pemasaran Pelbagai Peringkat (MLM) milik Muslim di Malaysia yang tidak hanya mematuhi undang-undang Malaysia, tetapi juga kepatuhan terhadap SIRIM dan Pematuhan Syariah dari segi pengurusan, rancangan pemasaran, produk dan kewangan pengurusan. Saudara Mohd Hafizuddin yang bertindak selaku Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings Sdn. Bhd., dilahirkan dalam keluarga Cina, yang kemudian mengambil keputusan untuk memeluk Islam semasa ijazah tahun ketiga di UMK. Menurut saudara Hafizuddin, sentiasa tahu bahawa beliau akan berakhir dalam dunia perniagaan. Beliau memulakan perniagaan yang kukuh seawal kerjaya bebas semasa bergelar siswazah universiti di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Saudara Mohd Hafizuddin telah berjaya membawa TDC Holdings Sdn Bhd memasuki pasaran Brunei, Thailand, Singapura dan Indonesia dengan TDC HOLDING SDN BHD. USAHAWAN PRODUK KESIHATAN ABDULLAH


167 Titipan Alumni Usahawan Millenia Kunci kejayaan dan prinsip pegangan saya sehingga kini iaitu bersedekah; ikhlaskan niat dan usaha dalam berniaga dan bekerja; selalu mengutamakan doa ibu walaupun belum Islam; menepati janji dalam urusniaga dan setiap kali ada masalah berlaku, muhasabah diri dulu, memperbaiki diri dulu, sebelum cari salah orang serta terakhir ialah bertanggungjawab atas kegagalan diri sepenuhnya produk berasakan kesihatan beliau seperti susu kesihatan C2Joy dan Safe & Joy, minuman kolustrum Colever, BerrMix, minuman tenaga Alithera dan sanitizer SaniCare. Saudara Mohd Hafizuddin juga telah berjaya menubuhkan lagi beberapa syarikat lain dan membentuk satu rangkaian perniagaan yang lebih stabil disamping memperbanyakkan program berbentuk tanggungjawab sosial korporat untuk membangunkan sosio-ekonomi masyarakat seterusnya melahirkan usahawan yang bertaraf dermawan malah jutawan.


168 HAKIMULLAH IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (TEKNOLOGI PEMBANGUNAN PRODUK) DENGAN KEPUJIAN FAKULTI INDUSTRI ASAS TANI (FIAT) Graduasi: 2017 [email protected] 012 4474466 No. 13, Jalan Industri Asas Tani Perda Food Park Kubang Menerong 13300 Tasek Gelugor Pulau Pinang Pengarah Urusan Khabilu Manufacturing Sdn. Bhd., saudara Hakimullah Khabilu, usahawan muda berusia 28 merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Pembangunan produk) dengan Kepujian dari Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), UMK. Menurut saudara Hakimullah, beliau dan adik-adiknya beliau telah diperkenalkan dengan dunia perniagaan oleh bapa beliau seawal usia remaja. Kini beliau bergerak aktif dalam perniagaan berasaskan snek tempatan iaitu muruku dan kekacang. Pada tahun 2021, Produk Muruku telah menembusi pasaran luar negara – Dubai. Kini saudara Hakimullah merancang untuk mengembangkan pasaran muruku buatan Malaysia ke seluruh dunia. Beliau menanam impian agar jenama Khabilu Famous Maruku menjadi sebuah jenama yang terkenal suatu hari nanti. KHABILU MANUFACTURING SDN. BHD. USAHAWAN SNEK TEMPATAN (MARUKU DAN KEKACANG) KHABILU


169 Titipan Alumni Usahawan Millenia Kepada para mahasiswa yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan, beliau menyarankan agar mereka menjalani latihan industri di syarikat-syarikat yang bukan sahaja mengajar mengenai proses atau teori, tetapi lebih kepada praktikal. Apa yang penting, niat untuk belajar hendaklah disematkan dalam hati, bukan untuk bekerja semata-mata.


170 HASSMIRA IJAZAH SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN (PERDAGANGAN) DENGAN KEPUJIAN FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN Graduasi: 2011 [email protected] 019 6677572 No 18 Jalan 2/5 Taman Seri Jaromas 42600 Jenjarom Selangor Saudari Hassmira Che Omar@Che Hassan dengan hasil produk makanan beliau - RisolesMY Frozen telah berjaya dalam industri makanan beku Malaysia dan beliau kini meraih pendapatan bulanan lima angka. Bermula dengan niat ingin mencuba, akhirnya cubaan beliau menjadi punca rezeki sehingga berjaya memiliki kilang sendiri sekali gus membuka banyak peluang pekerjaan kepada ramai suri rumah, pesara dan pekerja profesional untuk mencari pendapatan sampingan. Graduan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan Dan Perniagaan (Perdagangan) dengan Kepujian Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan UMK ini, memulakan operasi perniagaan dengan hanya bermodalkan wang simpanan sebanyak RM100, dan dilakukan dari rumahnya di Banting, Selangor, kini bermatlamat untuk menjadikan produk makanan beliau setanding makanan yang biasa rakyat Malaysia makan dan dicari disamping menjadikan D'has Empire bertaraf antarabangsa. D'HAS EMPIRE. USAHAWAN PRODUK MAKANAN BEKU CHE OMAR@ CHE HASSAN


171 Titipan Alumni Usahawan Millenia Kena kuat! Kena buat! - walaupun susah. Cari sokongan. Bina jaringan dengan orang lain yang cepat berjaya. Dekati mreka yang berfikiran positif.


172 MUHAMAD AMERUL IJAZAH SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (KEUSAHAWANAN KESIHATAN) DENGAN KEPUJIAN FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN Graduasi: 2015 013 2886029 Endau Johor Saudara Muhamad Amerul merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Keusahawanan Kesihatan) dengan Kepujian dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan UMK. Beliau kini bergerak aktif selaku Pengurus Syarikat Teraju Mahsyur dan pengurus pemasaran Teraju Insan Resources di Johor Darul Takzim. Selepas bergelar graduan dalam bidang keusahawanan , beliau terus menggiatkan diri secara aktif sehingga kini dalam bidang politik tanah air. Namun , dalam masa yang sama beliau menubuhkan perniagaan sendiri dan berdaftar dengan ssm dan kementerian kewangan. Beberapa TERAJU INSAN RESOURCES & SYARIKAT PERNIAGAAN TERAJU MAHSYUR USAHAWAN PEMBEKALAN KELENGKAPAN DAN KAFETERIA MUHAMAD


173 Titipan Alumni Usahawan Millenia Kita kena berani terjun tetapi perlu ada strategi. Kalau ada modal , kita hanya ada dua pilihan. Berjaya atau rebah. Jadi untuk memastikan kita tidak rebah maka kita perlu bijak cari peluang dan ruang. Jangan ambil kesempatan, tetapi ambillah apa yang sempat. perniagaan yang dijalankan bersama rakan kongsi seperti mengambil alih pengurusan kem pusat latihan dan mengambil alih pengurusan chalet dan resort.


174 IMER JIBRIL SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (PERDAGANGAN) KEPUJIAN FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN Graduasi: 2020 013 9250049 Lot 3233 Kampung Keting 16090 Bachok Kelantan Graduan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, saudara Imer dan rakan perniagaan beliau Saudara Wan Azehan Helmi pada awalnya memulakan dengan menjual oden sedia dimakan di tapak gerai keusahawanan pelajar disewa di bawah seliaan Pusat Pembangunan Pendidikan Keusahawanan (CEED), Institut Kesahawanan UMK (UMKEI) yang terletak di UMK Pengkalan Chepa pada 2019. Hasil jualan oden diusahakan secara kecilkecilan ini mendapat sambutan dalam kalangan pelajar dalam kampus. Kaedah mereka memanfaatkan platform laman sosial sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seterusnya menghasilkan pulangan yang lumayan sehingga mampu menjana pendapatan sehingga ratusan ribu ringgit sebulan menerusi perniagaan perencah King Oden segera. Kini Imer Jibril Mohd Nasir, usahawan muda berusia berusia 24 tahun ini telah berjaya mengusahakan perniagaan ini dengan mendapat permintaan tinggi sehingga berjaya menembusi pasaran luar negara termasuk Indonesia dan Singapura. Lebih membanggakan, King Oden Sdn. Bhd. kini sudah berjaya memiliki sebuah kilang pemprosesan di Bachok Kelantan. Saudara Imer, yakin bahawa usaha dan fokus ke arah pengiktirafan satu-satu jenis perniagaan secara tidak langsung akan memberi keyakinan kepada agen dan bakal agen perniagaan untk sama-sama mereka komited serta menjana pendapatan melalui penjualan produk berkualiti tinggi. KING ODEN SDN BHD. USAHAWAN PRODUK PERENCAH MAKANAN MOHD NASIR


175 Titipan Alumni Usahawan Millenia Perlu buat dulu baharu kita yakin. Penting untuk dapatkan ilmu tentang bisnes dari pengalaman sendiri dan dari pengalaman orang lain. Perlu mula berniaga dari mana-mana sahaja. Perkara utama untuk berniaga bukan modal tetapi ilmu, jika kita ada duit sedikit, laburkan untuk ilmu dahulu.


176


177


178 ANAS PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH DENGAN KEPUJIAN FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH Graduasi: 2017 [email protected] 019 6217455 Pt 7458(A) Jalan Bbn 1/1a Putra Point Putra Nilai 71800 Nilai Negeri Sembilan Saudara Anas merupakan graduan Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM pada tahun 2017. Beliau merupakan pelajar yang aktif dengan aktiviti kepimpinan seperti Sekretariat Perhubungan Pelajar FPQS 2014, Pengarah Training Of Trainer 3.0 (SPP) 2016 dan Sekretariat Publisiti Seminar Perubatan Islam Al Hijamah. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Dekan FPQS 2013/2014 malah beberapa anugerah lain seperti Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Sembilan 2014 dan Johan Pertandingan Nasyid Piala Rabbani 2014. Pada tahun 2017, Saudara Anas telah menubuhkan Azdan Sdn Bhd yang terletak di Putra Point Putra Nilai Negeri Sembilan. Hal ini bertujuan bagi membantu masyarakat Islam yang menghadapi kesukaran membaca Al-Quran untuk kembali belajar Al-Quran bermula dari peringkat asas sehingga mahir dengan menggunakan kaedah belajar Al-Quran dalam era globalisasi dan inovasi terkini. Azdan Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan pelbagai program seperti Azdan Quranic Center, Portal E-Learning untuk belajar mengaji Al-Quran secara atas talian, serta Kempen Pendidikan Al-Quran yang telah berjaya menerima pelbagai anugerah seperti Anugerah The Brandlaureate Kategori World Halal Bestbrands E-Branding Awards 2021, SME & Entrepreneurs Business Awards: “Most Innovative Education in Islamic Learning” 2021 dan “Excellent CEO In Islamic Education Industry” 2022. AZDAN SDN BHD USAHAWAN PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN AZAMI


179 Titipan Alumni Usahawan Millenia Teruskan proses belajar dan mempunyai guru bimbingan. Saudara Anas juga berazam untuk terus aktif menjadikan Azdan Sdn. Bhd. sebagai hub pengajian dan pembelajaran Al Quran seluruh dunia.


180 MOHD EZZAT MUSA BIG LEMON DESIGN & DEVELOPMENT / BIG LEMON GROUP SDN BHD / KHAE CREATIVE USAHAWAN PENCETAKAN DAN PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG DAN SISTEM IJAZAH SARJANA MUDA QURAN DENGAN MULTIMEDIA DENGAN KEPUJIAN FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH Graduasi: 2013 [email protected] 013 941 3814 No.16, Jalan Bp 6/8 Bandar Bukit Puchong 47100 Puchong Selangor Saudara Ezzat merupakan seorang usahawa muda aktif kampus. Sewaktu beliau masih bergelar mahasiswa, beliau telah menubuhkan QM studio, bagi menjalankan perniagaan ICT (PC servis/web development dan lain-lain) didalam kampus. Beliau telah menerima pelbagai anugerah keusahawanan dan kepimpinan sepanjang beliau berada di USIM. Antara anugerah tersebut adalah Pingat Emas – Ekspo Inovasi Islam 2011 USIM (I-INOVA 2011), Pingat Perak-My Tarannum Smart Learning System: National Research & Innovation Competation 2011 UUM (NRIC), Tempat Pertama - Anugerah Keusahawanan Fakulti FQPS USIM, Anugerah Dekan 2011/2012 dan Anugerah Motivasi FPQS 2011 atas kecemerlangan NRIC dan I-INOVA. Seterusnya selepas tamat pengajian, saudara Ezzat telah mendaftarkan perniagaan tersebut pada tahun 2013 dibawah nama Big Lemon Design & Development. Melalui Big Lemon Design & Development, Saudara Ezzat memberi tumpuan kepada perniagaan berasaskan perkhidmatan pembangunan perisian kursus perniagaan pengeluaran IT dan Multimedia, pembangunan web, penyeliaan web dan pembangunan sistem. Selain itu, syarikat itu menawarkan reka bentuk grafik dan visual serta perkhidmatan lainseperti percetakan, pengiklanan dan ukiran cenderamata.


181 Titipan Alumni Usahawan Millenia Teruskan minat anda, jadikan kemahiran dan minat kita sebagai pekerjaan yang boleh menghasilkan pendapatan, serta dapat memberi manfaat dan membantu masyarakat sekeliling. Saudara Ezzat berazam untuk terus aktif dan menjadikan Big Lemon Group Sdn. Bhd. dapat dikembangkan dengan lebih meluas dengan pembukaan cawangan baru, serta menerokai cabang perniagaan baru.


182 MUHAMMAD NAFIS SARJANA MUDA FIQH DAN FATWA (SYARIAH) DENGAN KEPUJIAN FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG Graduasi: 2017 [email protected] 013 4552304 Tingkat 7, Menara Arina Uniti Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Saudara Muhammad Nafis, graduan Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa (Syariah) Kepujian, dari Fakulti Syariah Dan Undang-Undang USIM, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Ui Platinum Group Sdn. Bhd. yang beroperasi di Menara Arina Uniti, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur. Bermula sebagai seorang aktivist kampus yang menubuhkan pusat pembelajaran Darunnafis untuk masyarakat setempat dan membuka peluang pekerjaan sebagai tutor kepada mahasiswa/i USIM, beliau kini menceburi bidang profesional selaku pakar perunding pembangunan modal insan, pembangunan keusahawanan sosial dan pendidikan. Rakan Kongsi Strategik UI Platinum Group Sdn Bhd termasuklah Bank Muamalat, Felda Travel, Angkasa, Kopeyro Travel & Tours dan JAWI. Saudara Muhammad Nafis yakin beliau mampu untuk Melahirkan Lebih Ramai "Pemberi" Berbanding "Penerima" UI PLATINUM GROUP SDN BHD USAHAWAN PERUNDING PEMBANGUNAN MODAL INSAN, KEUSAHAWANAN SOSIAL DAN PENDIDIKAN & LATIHAN ABDUL MOIS


183 Titipan Alumni Usahawan Millenia Optimis dalam melihat sesuatu perkara. Fokus kepada target, bukan pada halangan.


184 MUHAMMAD ZAHABY ZAINUDDIN FOODLAB VENTURE USAHAWAN INOVASI MAKANAN & MINUMAN. BIOTEKNOLOGI MAKANAN FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI Graduasi: 2013 [email protected] 017 685 6227 Water House Beverages (002740863-K) 2-3, Jalan Merbah 1 Bandar Puchong Jaya 47170 Puchong Selangor Foodlab Venture Level 2, Tower 3 Avenue 7 Horizon 2 Bangsar South City, Bangsar South 59200 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Foodlab adalah sebuah sosial enterprise berdaftar yang telah membantu lebih 26 usahawan makanan dari tahun 2020-2021 melalui konsep Shared Cloud Kitchen. Perniagaan yang di terajui oleh Saudara Muhammad Zahaby selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama ini telah memenangi pelbagai anugerah seperti, Rural Business Challege 2017 : Juara Idea Perniagaan MaGIC IDEA Accelerator 2018 Graduate, SEEd.Lab 2021 Graduate, Finalist Teraju Superb 2020, Social Enterpise (Basic) Accerdetation – 2021 MEDAC. Selaku graduan bidang Bioteknologi Makanan dari USIM, perniagaan berasaskan inovasi makanan dan minuman bukan lah bidang baru buat Saudara Muhammad Zahaby. Sepanjang pengajian di USIM, beliau aktif dalam inovasi bioteknologi makanan dan pernah memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Inovasi MAFAST 2013 bagi kategori Student Innovation Compettion dan Food Product Development. Saudara Muhammad Zahaby berazam untuk mengembangkan FoodLab Ventru dan pada masa yang sama membantu ekosistem industri makanan di Malaysia terutama dalam inovasi makanan


185 Titipan Alumni Usahawan Millenia Ilmu keusahawanan adalah sangat penting sebelum mengambil risiko (calculated risk) dan memulakan perniagaan.


186 PUAN HAJAH NURIAH IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN FAKULTI EKONOMI & MUAMALAT Graduasi: 2012 [email protected] 013 7436765 No 11 Jalan Ihp 1/11 Iskandar Halal Park 81700 Pasir Gudang Johor Bahru Puan Hajah Nuriah pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Fakulti Ekonomi & Muamalat USIM, telah memulakan perniagaan beliau dengan matlamat untuk membantu wanita menjadikan baju kurung sebagai pakaian harian agar tampil ayu dan sopan disamping dapat menutup aurat dengan sempurna. Hasnuri Sdn Bhd. juga menawarkan koleksi baju kurung yang cantik dengan harga mampu milik bagi semua jenis acara. Perniagaan yang diterajui oleh Puan Hajah Nuriah ini terbukti berjaya dengan penerimaan pelbagai anugerah cemerlang seperti Anugerah Outstanding Achievement, 2018, Anugerah Excelent In Leadership, 2019, Anugerah Titanium Outstanding Growth, 2019. Anugerah 1st Runner Up Vip Reward J&T 2019, Anugerah J&T 2020 Best Strategic Business Partner dan Anugerah The Brandlaureate Smes Best Brand E-Branding Award For Muslimah Wear, 2020. Malah Saudari Hasnuri sendiri telah dianugerahkan pemenang Anugerah Asia Pacific Top Women Entrepreneurs bagi tahun 2021 – 2023. Puan Hajah Nuriah bermatlamat untuk menjadikan Hasnuri sebagai jenama pilihan utama "Modest Fashion" di Malaysia. HASNURI SDN BHD USAHAWAN "MODEST FASHION" ZAKARIA


187 Titipan Alumni Usahawan Millenia "Saya berharap agar lebih ramai pelajar yang akan berkecimpung dalam dunia keusahawanan agar dapat sama – sama membantu meningkatkan ekonomi negara dan ekonomi umat Islam khususnya." Puan Hajah Nuriah Zakaria.


188


Click to View FlipBook Version