The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan PdP KSSR (Semakan 2017) Sains Tahun 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHE KAMARIAH BINTI BABJAN Moe, 2024-05-28 05:01:42

Panduan PdP KSSR (Semakan 2017) Sains Tahun 5

Panduan PdP KSSR (Semakan 2017) Sains Tahun 5

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) SAINS TAHUN 5 Panduan Pengajaran dan Pembelajaran BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 2020


KANDUNGAN INKUIRI DALAM SAINS Kemahiran Proses Sains ……………………………………………. 1 SAINS HAYAT Sistem Rangka Manusia………………………………………………10 Sistem Peredaran Darah Manusia…………………………………...20 Perkaitan antara Sistem dalam Tubuh Manusia……………………30 Kemandirian Spesies Haiwan………………………………………...35 Kemandirian Spesies Tumbuhan …………………………………....53 Pencaran Biji Benih …………………………...………………………63 SAINS FIZIKAL Sumber Tenaga Elektrik……………………………………………….73 Litar Bersiri dan Litar Selari……………………………………………87 Haba dan Suhu………………………………………………………....102 SAINS BAHAN Pengaratan………………………………………………………………111 Jirim………………………………………………………………………123 BUMI DAN ANGKASA Fasa Bulan ………………...............................................................138 Buruj……………………………………………………………………. 154 TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI Penggunaan Alat dalam Kehidupan………………………………….164


INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5 1 Kemahiran Saintifik 1.1 Kemahiran Proses Sains 1.1.1 Memerhati dengan menggunakan semua deria yang terlibat untuk membuat pemerhatian secara kualitatif dengan alat yang sesuai bagi menerangkan fenomena atau perubahan yang berlaku. 1.1.3 Mengukur dan menggunakan nombor dengan menggunakan alat dan unit piawai dengan teknik yang betul. 1.1.4 Membuat inferens dengan menyatakan kesimpulan awal atau penerangan yang munasabah bagi sesuatu pemerhatian dengan menggunakan maklumat yang diperoleh. 1.1.5 Meramal dengan membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa atau fenomena berdasarkan pemerhatian pengalaman lalu atau data. 1.1.6 Berkomunikasi dengan merekod maklumat atau idea dalam bentuk yang sesuai dan mempersembahkan maklumat atau idea tersebut secara sistematik. 1.1.7 Menggunakan perhubungan ruang dan masa dengan menyusun kejadiaan sesuatu fenomena atau peristiwa mengikut kronologi berdasarkan masa. 1.1.8 Mentafsir data dengan memilih idea yang relevan tentang objek, peristiwa atau pola yang terdapat pada data untuk membuat penerangan. 1.1.9 Mendefinisi secara operasi dengan memerihalkan satu tafsiran tentang perkara yang dilakukan dan diperhatikan bagi sesuati situasi mengikut aspek yang ditentukan. 1.1.10 Mengawal pemboleh ubah dengan menentukan pemboleh ubah bergerak balas dan dimalarkan setelah pemboleh ubah dimanipulasi ditentukan dalam sesuatu penyiasatan. 1.1.11 Membuat hipotesis dengan membuat pernyataan umum yang boleh diuji tentang hubungan antara pemboleh ubah dalam sesuatu penyiasatan. 1.1.12 Mengeksperimen dengan menggunakan kemahiran proses sains asas bagi mengumpul dan mentafsir data serta memnbuat rumusan untuk membuktikan hipotesis dan membuat laporan. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran


INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5 2 Memerhati, Mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi, menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis, mengeksperimen Set Induksi (Guru menunjukkan beberapa gambar manusia diperingkat umur yang berbeza iaitu bayi, kanak-kanak dan remaja) Murid bersoal jawab: Mengapa saiz manusia berubah? Adakah tumbuhan juga mengalami tumbesaran sama seperti manusia? Bagaimana kita boleh membuktikan pertumbuhan tumbuhan? (Guru perlu menekankan eksperimen bagi membuktikan pertumbuhan tumbuhan) Aktiviti 1: i. Murid berbincang secara berkumpulan untuk mengkaji pertumbuhan tumbuhan dengan menentukan: a. Pernyataan masalah b. Membuat hipotesis c. Pemboleh ubah d. Kaedah e. Alat dan bahan Nota guru: Kacang hijau tidak sesuai digunakan bagi menjalankan eksperimen ini. Aktiviti 2: i. Murid menjalankan eksperimen. ii. Murid merekod pemerhatian pertumbuhan tumbuhan dari aspek bilangan daun, ukur lilit batang dan ketinggian mengikut kreativiti sendiri. iii. Murid membuat rumusan berdasarkan data yang diperolehi. Aktiviti 3: Murid membuat laporan penyiasatan eksperimen.(Rujuk lampiran 1) Pentaksiran: Murid menjawab soalan di Lampiran 1 . Penutup: Soal jawab tentang penyiasatan yang telah dijalankan KPS


INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5 3 LAMPIRAN 1 Laporan eksperimen Tujuan eksperimen: ___________________________________________________ ___________________________________________________ Penyataan hipotesis:__________________________________________________ ___________________________________________________ Bahan / Radas: ______________________________________________________ Menyatakan pemboleh ubah: i. Pemboleh ubah dimanipulasi : _________________________________ ii. Pemboleh ubah bergerakbalas: _________________________________ iii. Pemboleh ubah dimalarkan :_________________________________ Langkah-langkah menjalankan eksperimen: ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Pemerhatian Kesimpulan : Semakin bertambah hari penyiasatan, semakin bertambah bilangan ketinggian pokok.


INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5 4 Soalan 1. Nyatakan satu pemerhatian yang dapat dibuat daripada eksperimen diatas. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 2. Berikan satu inferens berdasakan pemerhatian anda? ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 3. Ramalkan ketinggian pokok selepas empat minggu? ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 4. Nyatakan definisi secara operasi bagi pertumbuhan pokok berdasarkan eksperimen. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 5. Susun rajah di bawah mengikut urutan yang betul P Q R S i. Minggu pertama : ii. Minggu kedua : iii. Minggu ketiga : iv. Minggu keempat :


INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5 5 LATIHAN Soalan Objektif 1. Rajah 1 menunjukkan tumbuhan yang layu. Rajah 1 Antara berikut, yang manakah merupakan inferens tentang keadaan tumbuhan itu? A. Tumbuhan itu memerlukan air untuk hidup. B. Tumbuhan itu akan mati selepas dua hari. C. Tumbuhan itu layu kerana tidak mendapat air. D. Tumbuhan itu adalah tumbuhan yang tidak berbunga. 2. Rajah 2 di bawah menunjukkan satu eksperimen. Rajah 2 Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada pemerhatian di atas? A. Tumbuhan memerlukan air untuk hidup. B. Tumbuhan memerlukan udara untuk hidup. C. Tumbuhan memerlukan makanan untuk hidup. D. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup. 3. Sekumpulan murid menjalankan satu penyiasatan tentang pembiakan tumbuhan. Antara berikut, yang manakah jawapan yang betul? Keratan batang Daun A. Ubi kayu Setawar B. Pokok pisang Cendawan C. Pokok semalu Kaktus D. Pokok kelapa Rumput


INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5 6 4. Rajah 3 di bawah menunjukkan 12 cawan yang berisi air untuk diisi ke dalam jag. Rajah 3 Setiap cawan boleh diisi dengan 125 ml air. Berapakah isi padu jag itu? A. 700 ml B. 1000 ml C. 1300 ml D. 1500 ml 5. Sekumpulan murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jenis bahan dengan keupayaan bahan untuk menyerap air. Antara berikut, yang manakah merupakan pemboleh ubah yang boleh dimanipulasikan. A. Jenis bahan C. Isi padu awal air B. Saiz bahan D. Isipadu air yang tinggal 6. Jadual 1 menunjukkan suhu di bandar Z dalam tempoh empat hari. Hari 1 2 3 4 Suhu (oC) 27 28 27 26 Jadual 1 Berdasarkan Jadual 1, nyatakan corak perubahan suhu? A. Semakin menurun B. Semakin meningkat C. Meningkat dan kemudian menurun D. Menurun dan kemudian meningkat 7. Rajah 4 menunjukkan reaksi seorang budak lelaki apabila ternampak seekor ular. Rajah 4 Apakah kesimpulan yang boleh dibuat? A. Manusia menggunakan tangan mereka untuk melindungi diri daripada bahaya. B. Manusia menjerit apabila berada dalam keadaan bahaya. C. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan. D. Manusia takut kepada ular.


INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5 7 8. Jadual 2 menunjukkan penyiasatan tentang ketinggian anak benih keembung. Bilangan hari Ketinggian (cm) 2 4 4 8 6 12 8 16 Jadual 2 Ramalkan ketinggian anak benih keembung pada hari ke- 10. A. 17 cm B. 20 cm C. 22 cm D. 24 cm 9. Baca petikan di bawah Apakah kemahiran proses sains yang terdapat dalam petikan di atas? A. Meramal dan memerhati B. Memerhati dan membuat inferens C. Memerhati dan mengukur menggunakan nombor D. Membuat inferens dan mengukur menggunakan nombor 10. Rajah 5 menunjukkan satu eksperimen tentang menguji kekuatan magnet. Rajah 5 Daripada hasil penyiasatan, apakah definisi secara operasi kekuatan magnet? A. Kekuatan magnet bergantung kepada saiz magnet. B. Kekuatan magnet ialah bilangan klip kertas yang dapat ditarik oleh magnet C. Kekuatan magnet bergantung kepada saiz paku. D. Kekuatan magnet ialah daya ketahanan magnet. Zuraida meletakkan seekor anak tikus di dalam sebuah sangkar. Keesokan harinya didapati anak tikus itu telah mati. Dia menganggap bahawa anak tikus mati kerana tidak mendapat air.


INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5 8 Soalan Struktur 1. Rajah 1 menunjukkan penyiasatan yang dijalankan oleh Zafran. Dia meletakkan tiga span yang berlainan saiz ke dalam tiga buah bikar yang sama saiz. Setiap bikar mengandungi 500 ml air. Rajah 1 Selepas 15 minit, dia merekodkan isipadu air yang tertinggal di dalam bikar. Jadual 1 menunjukkan keputusan penyiasatan. Bikar P Q R Isipadu air yang tertinggal (ml) 400 250 100 Jadual 1 a. Berdasarkan Jadual 1, nyatakan satu pemerhatian. ………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… (1 markah) b. Berikan alasan bagi jawapan kamu di 1 (a). ………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… (1 markah) c. Apakah definisi secara operasi kadar penyerapan span? ………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………… (1 markah) 500 ml air 500 ml air 500 ml air Bikar P Bikar Q Bikar R


INKUIRI DALAM SAINS: Tahun 5 9 d. Berdasarkan Jadual 1 di atas nyatakan: i. pembolehubah dimanipulasi ……………………………………………………………………………… (1 markah) ii. pembolehubah bergerak balas ……………………………………………………………………………… (1 markah) iii. pembolehubah dimalarkan ……………………………………………………………………………… (1 markah) e. Nyatakan satu hipotesis antara pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas. ………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… (1 markah)


SAINS HAYAT: Tahun 5 10 Manusia 2.1 Sistem Rangka Manusia 2.1.1 Memerihalkan fungsi rangka utama manusia 2.1.2 Mengenal pasti tulang dan kedudukan sendi dalam sistem rangka manusia 2.1.3 Menyatakan fungsi sendi dalam sistem rangka manusia. 2.1.4 Menaakul kepentingan sistem rangka kepada tubuh manusia. 2.1.5 Menjelaskan pemerhatian tentang sistem rangka manusia melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. Memerhati, Membuat inferens, Meramal, Berkomunikasi Set Induksi (Mengikut kreativiti guru) Aktiviti 1: i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii. Salah seorang ahli kumpulan dikehendaki bersandar pada kertas mahjong yang ditampal di dinding. iii. Ahli kumpulan yang lain melakar tubuh rakan mereka di atas kertas mahjong tersebut. iv. Murid melekatkan rajah tulang rangka utama manusia pada lakaran tubuh. (lampiran 1) v. Murid melabelkan rangka utama pada lakaran tubuh. (lampiran 2) vi. Setiap kumpulan memadankan kad fungsi rangka utama yang diedarkan oleh guru pada lakaran tubuh. vii. Wakil setiap kumpulan membentang hasil kerja. viii. Murid membandingkan hasil kerja mereka berdasarkan rajah rangka utama manusia beserta fungsi yang ditunjukkan oleh guru. ix. Murid melengkapkan Lembaran 1 dan 2. Aktiviti 2 : i. Murid secara berpasangan membina model rangka manusia menggunakan bahan seperti berikut : (a) dawai mudah lentur, dan (b) playdoh / tanah liat / span (Nota guru : Penyedut minuman / dawai mudah lentur / pencungkil lidi mewakili tulang. Playdoh/ tanah liat mewakili sendi. Dawai mudah lentur yang tebal mewakili tulang belakang. Kulit telur mewakili tengkorak) Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran KPS


SAINS HAYAT: Tahun 5 11 ii. Murid bersoal jawab dengan guru. Contoh soalan guru : (a) Bagaimanakah kamu menyambungkan dawai mudah lentur ini? (b) Ramalkan apakah yang terjadi sekiranya playdoh tidak digunakan? (c) Apakah fungsi playdoh dalam aktiviti ini? iii. Murid menyatakan bahawa sendi merupakan penghubung antara tulang-tulang dalam membentuk rangka manusia dengan bimbingan guru. Aktiviti 3 i. Guru menyediakan satu model rangka manusia sama seperti model binaan murid dalam Aktiviti 2. Tengkorak pada model guru diisi dengan agar-agar yang mewakili otak. ii. Seorang murid diminta memecahkan tengkorak pada model yang disediakan oleh guru. (Pemerhatian: Agar-agar berkecai apabila tengkorak dipecahkan) iii. Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan pemerhatian. Contoh soalan guru: (a) Apakah yang berlaku apabila tengkorak pecah? Mengapa? (b) Nyatakan fungsi tengkorak kepada manusia. iv. Murid menaakul kepentingan sistem rangka kepada tubuh manusia berdasarkan aktiviti di atas dengan bimbingan guru. Contoh soalan guru: (a) Apakah kepentingan sistem rangka kepada tubuh manusia? (b) Ramalkan apakah yang berlaku sekiranya manusia tiada sistem rangka. Pentaksiran: Murid melabel rangka utama manusia dan fungsinya di atas kertas mahjong. melengkapkan Lembaran 1, membina model rangka manusia dan pembentangan hasil kerja berkumpulan. Penutup: Murid dibimbing untuk merumuskan pembelajaran pada hari itu.


SAINS HAYAT: Tahun 5 12 LAMPIRAN 1


SAINS HAYAT: Tahun 5 13 LAMPIRAN 2


SAINS HAYAT: Tahun 5 14 LEMBARAN KERJA 1 Nama: ……………………………………………………… Kelas: …………….…… Labelkan rajah rangka utama manusia di bawah


SAINS HAYAT: Tahun 5 15 LEMBARAN KERJA 2 Padankan. FUNGSI RANGKA melindungi organ dalaman seperti jantung hati dan peparu menyokong tubuh sokongan dan pergerakan seperti berjalan dan berlari melindungi otak RANGKA UTAMA


SAINS HAYAT: Tahun 5 16 LAMPIRAN 3 Bahan Bantu Guru Sediakan alat dan bahan. Lakar rajah model rangka. Bina tengkorak. (Cadangan : kulit telur ) Bina tulang rusuk. Bina rangka utama manusia. Gunakan playdoh sebagai sendi yang menyambungkan tulang. Cantumkan tengkorak dan tulang rusuk pada model. Langkah-Langkah Membina Model Rangka Manusia


SAINS HAYAT: Tahun 5 17 LATIHAN Soalan objektif 1. Rajah 1 menunjukkan salah satu rangka utama manusia. Rajah 1 Antara berikut, yang manakah fungsi tulang dalam Rajah 1? A. Menyokong tubuh B. Menyokong pergerakan C. Menyokong berat badan D. Melindungi organ dalaman 2. Rajah 2 di bawah menunjukkan satu rangka utama manusia. Rajah 2 Nyatakan fungsi rangka di atas? A. Melindungi otak manusia B. Menyokong tubuh manusia C. Menyokong pergerakan manusia D. Melindungi organ dalaman manusia


SAINS HAYAT: Tahun 5 18 3. Antara berikut, yang manakah fungsi sendi dalam sistem rangka manusia? A. Melindungi tulang B. Menggerakkan tulang C. Melancarkan pergerakan manusia D. Menghubungkan tulang agar dapat bergerak Rajah 3 4. Berdasarkan Rajah 3, bahagian manakah yang boleh memberi sokongan dan pergerakan manusia? A. P dan Q B. R dan S C. Q dan S D. P dan R 5. Nyatakan makanan yang perlu diambil untuk menjaga kesihatan sistem rangka manusia? A. nasi B. ikan C. susu D. limau P Q R S


SAINS HAYAT: Tahun 5 19 Soalan Struktur Rajah 1 1. Labelkan sistem rangka manusia di atas. P - ___________________________________________________________ Q - ___________________________________________________________ R - ___________________________________________________________ S - ___________________________________________________________ T - ___________________________________________________________ 2. Nyatakan setiap fungsi sistem rangka manusia tersebut. P - ___________________________________________________________ Q - ___________________________________________________________ R - ___________________________________________________________ S - ___________________________________________________________ T - ___________________________________________________________ 3. Rakan anda terjatuh dan mengadu sakit pada pergelangan tangannya. Berikan alasan kamu. ____________________________________________________________________ __________________________________________________________ P Q R S T


SAINS HAYAT: Tahun 5 20 Manusia 2.2 Sistem Peredaran Darah Manusia 2.2.1 Memerihalkan fungsi bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia. 2.2.2 Melakar laluan peredaran darah yang lebih oksigen dan laluan peredaran darah yang lebih karbon dioksida dalam tubuh manusia. 2.2.3 Merumuskan kepentingan sistem peredaran darah kepada tubuh manusia. 2.2.4 Menjelaskan pemerhatian tentang sistem peredaran darah manusia melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. Memerhati, Berkomunikasi, Set Induksi i. Guru menunjukkan video/ gambar pesakit yang sedang menjalani pemindahan darah di hospital. ii. Murid bersoal jawab dengan guru. Contoh soalan: (a) Mengapa darah di dalam beg darah berkurangan? (b) Apakah yang akan berlaku pada darah yang masuk ke dalam badan? (Nota: Guru menerima semua jawapan daripada murid) Aktiviti 1: i. Murid ditunjukkan gambar bahagian dalaman manusia yang telah dipelajari oleh murid.(Lampiran 1) ii. Murid diminta memilih bahagian yang terlibat dengan sistem peredaran darah. iii. Murid memberi sebab berdasarkan bahagian dalaman manusia yang dipilih. iv. Murid mencari maklumat berkaitan fungsi bahagian utama yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia. (buku teks/buku rujukan/internet) v. Murid membentangkan hasil dapatan menggunakan peta pengurusan grafik yang sesuai. Aktiviti 2 : i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan dibekalkan kad blok. (Lampiran 2) ii. Setiap kumpulan menyusun kad blok diatas kertas sebak untuk menunjukkan kitaran laluan peredaran darah dalam tubuh manusia yang betul. iii. Setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja dan menilai hasil kerja kumpulan lain. iv. Murid melakarkan kitaran laluan peredaran darah dalam buku berdasarkan susunan blok yang telah dibina. Tajuk Standard Kandungan KPS Standard Pembelajaran


SAINS HAYAT: Tahun 5 21 v. Murid bersoal jawab dengan guru tentang kepentingan sistem peredaran darah kepada tubuh manusia berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan. Contoh soalan: (a) Apakah kepentingan sistem peredaran darah kepada manusia? (b) Apa yang berlaku sekiranya jantung berhenti mengepam darah? (c) Apa yang berlaku sekiranya salur darah terputus? vi. Murid membina peta pengurusan grafik untuk menunjukkan sistem peredaran darah. Pengayaan Murid membina model (Lampiran 3). Pentaksiran: Murid melakar laluan peredaran darah dalam tubuh dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai. Penutup: Murid membuat kesimpulan berdasarkan aktiviti yang dijalankan.


SAINS HAYAT: Tahun 5 22 LAMPIRAN 1


SAINS HAYAT: Tahun 5 23


SAINS HAYAT: Tahun 5 24


SAINS HAYAT: Tahun 5 25


SAINS HAYAT: Tahun 5 26 LAMPIRAN 2 JANTUNG PEPARU DARAH LEBIH KARBON DIOKSIDA DARAH LEBIH OKSIGEN TUBUH MANUSIA


SAINS HAYAT: Tahun 5 27 LAMPIRAN 3 Bahan/alat yang diperlukan: botol air mineral, tiub plastik jernih, plastisin, air berwarna merah dan biru, mounting board Contoh model: BAHAGIAN DEPAN (TAMBAHAN PEPARU) BAHAGIAN BELAKANG


SAINS HAYAT: Tahun 5 28 LATIHAN Soalan Objektif 1. Rajah 1 menunjukkan bahagian utama dalam sistem peredaran darah manusia. Rajah 1 Namakan bahagian sistem peredaran darah manusia di dalam Rajah 1. A. Kulit B. Ginjal C. Jantung D. Peparu 2. Rajah 2 menunjukkan bahagian dalam sistem peredaran darah manusia. Rajah 2 Apakah fungsi X dalam Rajah 2? A. Mengangkut darah ke seluruh tubuh B. Mengepam oksigen ke seluruh tubuh C. Mengepam darah ke peparu dan seluruh tubuh D. Tempat pertukaran gas karbon dioksida dan oksigen 3. Nyatakan kepentingan salur darah kepada tubuh manusia? A. Mengangkut darah ke otak B. Mengangkut air ke seluruh tubuh C. Mengangkut darah ke seluruh tubuh D. Mengangkut oksigen ke seluruh tubuh X


SAINS HAYAT: Tahun 5 29 Soalan Struktur 1. Rajah 1 menunjukkan sistem peredaran darah manusia. Rajah 1 a. Nyatakan bahagian yang terlibat dalam sistem peredaran darah. b. Nyatakan fungsi setiap bahagian berikut. X - ____________________________________________________________ Y - ____________________________________________________________ Z - _____________________________________________________________ 3. Lengkap dan label kitaran laluan peredaran darah dalam tubuh manusia. Z X Y Peparu Tubuh manusia ____________________ ___________ ___________ ___________ Darah lebih oksigen


SAINS HAYAT: Tahun 5 30 Manusia 2.3 Perkaitan antara Sistem dalam Badan Manusia 2.3.1 Menjelaskan melalui contoh perkaitan antara sistem dalam tubuh manusia. 2.3.2 Menaakul kepentingan penjagaan semua sistem dalam tubuh manusia supaya berfungsi dengan sempurna. 2.3.3 Menjana idea cara memelihara sistem dalam tubuh manusia bagi menjamin kehidupan yang sihat. 2.3.4 Menjelaskan pemerhatian tentang perkaitan antara sistem dalam tubuh manusia melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. Memerhati, Memberi inferens, Berkomunikasi, Meramal Set Induksi i. Murid meneka aksi dan menyatakan sistem atau proses yang terlibat. (Contoh aksi: menarik dan menghembus nafas, melompat, makan biskut) Aktiviti 1 i. Murid menonton tayangan video atau memerhati gambar tentang gangguan sistem dalam badan manusia. Nota: Guru boleh menggunakan kata kunci “peristiwa tersedak” untuk carian video. ii. Murid dan guru bersoal jawab. Contoh soalan: (a) Apa yang kamu perhatikan dalam video atau gambar yang ditunjukkan? (b) Apabila kamu tercekik makanan, apakah kesukaran yang dialami? (c) Apakah sistem dalam badan manusia yang terganggu apabila tercekik makan? iii. Murid menjelaskan perkaitan antara sistem dalam badan manusia dengan bimbingan guru. Aktiviti 2: i. Setiap kumpulan diberi satu kad tugasan (rujuk lampiran 1). ii. Murid di dalam kumpulan berbincang mengikut kad tugasan yang diberi. iii. Murid membentangkan hasil perbincangan dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai. iv. Murid menaakul kepentingan penjagaan sistem dalam badan manusia yang telah dipelajari berdasarkan soalan rangsangan yang diberikan oleh guru. Contoh soalan: (a)Mengapa kita mesti menjaga sistem dalam badan kita? Pentaksiran: Pembentangan aktiviti 2 menggunakan pengurusan grafik yang sesuai. Penutup: Murid membuat kesimpulan berdasarkan perbincangan yang dijalankan. Tajuk Standard Kandungan KPS Standard Pembelajaran


SAINS HAYAT: Tahun 5 31 LAMPIRAN 1 KUMPULAN 1 Bincangkan dalam kumpulan kamu tentang: 1. Kesan kepada tubuh manusia jika sistem pencernaan tidak berfungsi. 2. Cara menjaga sistem pencernaan manusia bagi menjamin kehidupan yang sihat. Persembahkan hasil perbincangan kamu menggunakan peta pengurusan grafik yang sesuai. KUMPULAN 2 Bincangkan dalam kumpulan kamu tentang: 1. Kesan kepada tubuh manusia jika sistem pernafasan tidak berfungsi 2. Cara menjaga sistem pernafasan manusia bagi menjamin kehidupan yang sihat. Persembahkan hasil perbincangan kamu menggunakan peta pengurusan grafik yang sesuai.


SAINS HAYAT: Tahun 5 32 KUMPULAN 3 Bincangkan dalam kumpulan kamu tentang: 1. Kesan kepada tubuh manusia jika sistem peredaran darah tidak berfungsi 2. Cara menjaga sistem peredaran manusia bagi menjamin kehidupan yang sihat. Persembahkan hasil perbincangan kamu menggunakan peta pengurusan grafik yang sesuai. KUMPULAN 4 Bincangkan dalam kumpulan kamu tentang: 1. Kesan kepada tubuh manusia jika sistem rangka tidak berfungsi 2. Cara menjaga sistem rangka manusia bagi menjamin kehidupan yang sihat. Persembahkan hasil perbincangan kamu menggunakan peta pengurusan grafik yang sesuai.


SAINS HAYAT: Tahun 5 33 LATIHAN Soalan objektif 1. Apakah tabiat yang mengganggu sistem pernafasan manusia? A. Merokok B. Bersenam setiap hari C. Makan makanan tidak seimbang D. Minum air dengan banyak setiap hari. 2. Sistem pencernaan yang sempurna menjamin kesihatan yang baik kepada manusia. Di antara berikut, makanan yang manakah dapat membantu sistem pencernaan? A. nasi B. telur C. kentang D. asparagus Soalan Struktur 1. Rajah 1 menunjukkan seorang kanak-kanak yang sedang makan dengan gelojoh. Rajah 1 a) Tandakan (√ ) pada jawapan yang betul. Berdasarkan Rajah 1, apakah yang akan berlaku? Tercekik makanan Tertelan makanan Terkunyah makanan


SAINS HAYAT: Tahun 5 34 b) Berdasarkan jawapan di 1 (a), nyatakan kesan terhadap sistem pernafasan manusia. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________ c) Berikan satu cadangan untuk mengelakkan daripada berlaku situasi di 1(a). ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________ 2. Rajah 2 menunjukkan seorang murid mengalami kecederaan semasa bermain bola. Rajah 2 a) Berdasarkan Rajah 2, nyatakan pemerhatian kamu. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________ b) Apakah kesan terhadap pengaliran darah di bahagian kaki murid tersebut? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________


SAINS HAYAT: Tahun 5 35 3.0 Haiwan 3.1 Kemandirian Spesies Haiwan 3.1.1 Menyatakan maksud kemandirian spesies 3.1.2 Menjelas dengan contoh ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh 3.1.3 Menjelas dengan contoh ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada cuaca melampau. 3.1.4 Mengenalpasti cara haiwan melindungi telurnya. 3.1.5 Mengenalpasti cara haiwan memastikan anaknya terus hidup. Memerhati, Membuat inferens, Meramal, Berkomunikasi. Mengelas. Set Induksi Murid menonton video tentang ciri dan tingkah laku khas haiwan melindungi diri daripada musuh. Nota: Guru boleh menggunakan kata kunci “cara haiwan melindungi diri daripada musuh” untuk carian video. Aktiviti 1: i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii. Setiap kumpulan diberi 2 keping gambar haiwan. (Lampiran1) iii. Ahli kumpulan berbincang dan menjawab soalan daripada guru, dan mengenal pasti ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh. Contoh soalan guru: (a) Apakah ciri khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh? (b) Apakah tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh? (c) Bagaimana ciri dan tingkah laku dapat melindungi haiwan daripada musuh? (d) Ramalkan jika haiwan tersebut tidak mempunyai ciri dan tingkah laku yang kamu nyatakan? Berikan alasan kamu. iv. Setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan ciri dan tingkah laku khas haiwan yang mereka perolehi di hadapan kelas. v. Setiap murid diberikan lembaran kerja untuk mengenal pasti ciri dan tingkah laku khas haiwan melindungi diri daripada musuh. (Lembaran 1) vi. Murid membuat kesimpulan haiwan mempunyai ciri dan tingkah laku khas untuk melindungi diri daripada musuh. Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran KPS


SAINS HAYAT: Tahun 5 36 Aktiviti 2 : i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii. Setiap kumpulan diberi 2 keping gambar haiwan. (Lampiran 2) iii. Ahli kumpulan berbincang dan menjawab soalan daripada guru, dan mengenal pasti ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada cuaca melampau. Contoh soalan guru : (a) Apakah ciri khas haiwan untuk melindungi diri daripada cuaca melampau? (b) Apakah tingkah laku khas haiwan untuk melindungi daripada cuaca melampau? (c) Bagaimana ciri dan tingkah laku dapat melindungi haiwan daripada cuaca melampau? (d) Ramalkan jika unta tidak mempunyai bonggol? Berikan alasan kamu. iv. Setiap murid diberikan lembaran kerja mengenal pasti ciri dan tingkahlaku khas haiwan melindungi diri daripada cuaca melampau. (Lembaran 2) v. Murid membuat kesimpulan haiwan mempunyai ciri dan tingkah laku khas untuk melindungi diri daripada cuaca melampau. Aktiviti 3 i. Murid menonton tayangan slaid tentang cara haiwan melindungi telur dan memastikan anaknya terus hidup. Contoh soalan guru : (a) Bagaimanakah haiwan seperti katak, rama-rama, cicak dan buaya melindungi telurnya daripada ancaman musuh. (b) Ramalkan apa yang akan terjadi kepada spesies haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut tidak melindungi telur dan anaknya. ii. Setiap murid diberikan lembaran kerja untuk mengenal pasti bagaimana haiwan memastikan kemandirian spesiesnya sama ada melindungi telur atau menjaga anak. (Lembaran 3) iii. Murid menghasilkan peta titi berdasarkan lembaran 3. iv. Murid membuat kesimpulan cara haiwan melindungi telur dan memastikan anaknya terus hidup. Pentaksiran: 1. Murid membina pengurusan grafik tentang ciri dan tingkah laku khas haiwan bagi memastikan kemandirian spesiesnya. 2. Murid melengkapkan lembaran 1, lembaran 2 dan lembaran 3. Penutup: Murid dibimbing untuk merumuskan pembelajaran pada hari itu.


SAINS HAYAT: Tahun 5 37 LAMPIRAN 1 Aktiviti 1


SAINS HAYAT: Tahun 5 38


SAINS HAYAT: Tahun 5 39 LEMBARAN KERJA 1 1) Nyatakan ciri-ciri khas untuk melindungi diri daripada musuh bagi haiwan di bawah. a) Lebah: _________________________________ b)Skunk: _________________________________ c) Ular: ___________________________________ d)Ikan buntal: ______________________________ e)Sesumpah: _____________________________ f)Buaya: __________________________________ g)Kuda: __________________________________ h)Penyu: _________________________________ i) Rusa: ___________________________________ j) Singa: ______________________________ k) Helang:__________________________________ l)Beruang: __________________________________ 2) Rajah 1 menunjukkan haiwan-haiwan yangmempunyai ciri-ciri khas untuk melindungi diri daripada bahaya/musuh. Haiwan P Haiwan Q Rajah 1 a) Namakan haiwanP danQ . Haiwan P: ________________________ Haiwan Q : _______________________ b) Nyatakan bagaimana ciri-ciri khas haiwantersebut untuk membantunya melindungi diri daripada musuh. Haiwan P: ____________________________________________ Haiwan Q: ____________________________________________ c) Berikan satucontoh haiwan lain yangmempunyai ciri-ciri yang sama seperti Haiwan P dan Haiwan Q Haiwan P: __________________________ Haiwan Q: __________________________


SAINS HAYAT: Tahun 5 40 LAMPIRAN 2 Aktiviti 2


SAINS HAYAT: Tahun 5 41


SAINS HAYAT: Tahun 5 42


SAINS HAYAT: Tahun 5 43


SAINS HAYAT: Tahun 5 44


SAINS HAYAT: Tahun 5 45


Click to View FlipBook Version