SIMPULAN BAHASA
Maksud: ungkapan yang
terdiri daripada dua
perkataan atau lebih dan
mempunyai makna tertentu
SIMPULAN BAHASA
ANAK EMAS
Maksud: orang yang
dikasihi oleh ibu
bapanya atau
majikannya.
LATAR
EMAS
Emas merupakan logam yang
berwarna kuning dan sangat
berharga.
Emas selalunya dijadikan barang
perhiasan seperti cincin, gelang,
rantai dan sebagainya.
CERITA
Zahirah merupakan anak tunggal dan
juga anak emas kepada Pak Ahmad
dan Cik Semah. Zahirah juga
merupakan pelajar tingkatan 3 di
sekolah SMK Mewangi, Sarawak. Pak
Ahmad dan Cik Semah sangat
menyayangi Zahirah sehinggakan
sanggup bekerja keras agar semua
kemahuhan Zahirah dapat mereka
turuti. Namun, mereka tidak sedar
bahawa perbuatan mereka
menyebabkan Zahirah kurang kasih
sayang dan keseorangan.
Pada suatu hari, Zahirah dan kawan-
kawannya ditangkap bergaduh
selepas waktu persekolahan. Zahirah
dan kawan-kawannya bergaduh
kerana Zahirah mengejek rakannya
miskin.
Zahirah dan kawanya itu dipanggil oleh guru disiplin untuk menyiasat
pekara sebenar yang berlaku. Ibu bapa Zahirah juga dipanggil ke sekolah.
Walau bagaimana pun, ibu bapa Zahirah tidak mempercayai apa yang
dikatakan oleh guru disiplin itu kerana bagi mereka Zahirah seorang anak
yang baik dan mendengar kata. Oleh kerana terlalu sayangkan Zahirah,
bapanya sanggup meninggikan suara kepada guru dan menuduh pelajar itu
sengaja mereka cerita.
Walau bagaimana pun, Zahirah
dikenakan tindakan gantung sekolah
dua minggu dan dirotan kerana
didapati bersalah. Disebabkan bukti-
bukti yang kukuh membuktikan
bahawa Zahirah bersalah, Pak Ahmad
dan Cik Semah akhirnya percaya
dengan kata-kata guru tersebut. Pak
Ahmad dan Cik Semah sangat malu
dengan perbuatan Zahirah. Zahirah
menyatakan bahawa dia melakukan
pekara tersebut kerana ingin
mengambil perhatian ibu bapanya yang
sibuk dengan kerja sehingga
mengabaikannya.
Setelah kejadian itu, Pak Ahmad dan Cik
Semah menyesal dan Cik Semah
mengambil keputusan untuk berhenti
kerja dan memberikan sepenuh perhatian
kepada zahirah. Sikap Zahirah yang suka
mengejek rakannya juga tidak diulangi
lagi. Keluarga Pak Ahmad kini bertambah
bahagia dan Pak Ahmad berjanji tidak
akan kerja kuat sehingga mengabaikan
Zahirah.
PENGAJARAN
1. Kita mestilah memberikan perhatian kepada anak.
2. Kita seharusnya tidak merendahkan orang lain
3. Kita perlulah mematuhi peraturan sekolah
4. Janganlah menuduh orang sesuka hati
5. Kita perlulah menghargai keluarga
SIMPULAN BAHASA
Ringan tulang
Maksud: rAjin
bekerja.
latar
Tulang
sebahagian organ tegar yang juga
rangka dalam manusia dan
haiwan vertebrat. Organ ini
berfungsi menggerakkan,
menyokong dan melindungi
pelbagai organ di dalam badan.
Tulang juga merupakan tempat
penghasilan sel darah putih dan
merah serta penyimpanan galian.
cerita
Belalang merupakan seorang yang sangat rajin bekerja dan suka menolong
orang. Belalang bekerja di kebun Pak Itam untuk menolong bapanya yang
sudah tua mencari belanja harian. Pak Itam sangat kagum dengan sikap
Belalang yang menolong bapanya mencari duit.
Walau bagaimana pun, Abu tidak suka kepada Belalang kerana Pak Itam
selalu memberikan wang lebih untuk Belalang setiap kali habis bekerja. Abu
berusaha untuk menjatuhkan Belalang supaya Pak Itam tidak suka kepada
belalang. Pada suatu hari, Abu pergi ke kebun Pak Itam untuk memusnahkan
semua tanaman di kebun. Kebetulan juga, Belalang ketika itu sedang berada di
kebun.
Abu memberitahu Pak Itam bahawa Belalang memusnahkan semua tanaman
di kebun. Pak Itam yang segera datang ke kebun sangat terkejut melihat
semua tanamannya musnah. Pak Itam meminta Abu memanggil Belalang.
Belalang segera menemui Pak Itam. Tanpa usul periksa, Pak Itam membuang
Belalang kerja di kebunya lagi. Belalang sangat sedih kerana dia tidak dapat
menolong bapanya mencari wang lagi. Manakala Abu sangat gembira
Belalang di buang kerja kerana dia sekarang pekerja kesayangan Pak Itam.
Namun begitu, Pak Kaduk menyaksikan perbuatan Abu yang musnahkan
tanaman di kebunitu segera memberitahu Pak Itam pekara sebenar. Setelah
mendengar cerita Pak Kaduk, Belalang diambil kerja semula oleh Pak Itam.
Abu pula dibuang kerja kerana ramai pekerja mengadu Abu tidak membuat
kerja dan hanya tidur di pondok sahaja tiap kali masa bekerja. Belalang
bersyukur kerana boleh bekerja semula dan dapat menolong ayahnya.
Pengajaran
1. Jangan membuat fitnah terhadap orang lain
2. Kita mestilah membuat keputusan berdasarkan bukti
3. Kita hendaklah rajin menolong orang tua
4. Janganlah kita malas bekerja
5. Kita janganlah iri hati kepada orang lain.
SIMPULAN BAHASA
Makan angin
Maksud: berehat
atau bersiar-
siar.
Latar:
Makan
Memamah serta menelan makanan,
mengunyah, menelan, melulur, menghisap
dan lain-lain sesuatu
Latar:
Angin
Udara yang bergerak yang diakibatkan
oleh putaran bumi.
CERITA
Pada cuti sekolah yang lalu, Aminah sekeluarga telah makan angin ke
Pulau Pangkor. Sebelum berangkat, Ibu Aminah telah menyiapkan semua
keperluan anak dan suaminya ketika bercuti nanti. Bapa Aminah pula
memeriksa kereta sebelum bertolak. Aminah menolong ibunya
memasukkan barang kedalam kereta. Manakala abangnya hanya melihat
sahaja Aminah dan ibunya mengangkat barang.
Aminah meminta tolong abangnya mengangkat beg yang berat tetapi
abangnya tidak menghiraukan permintaan Aminah. Abangnya terus
berjalan dan masuk kedalam kereta. Sepanjang perjalanan menuju ke Pulau
Pangkor, Aminah dan abangnya tidak bertegur sapa kerana Aminah sakit
hati terhadap abanya yang tidak reti menolongnya mengangkat barang
berat.
Setiba di Pulau Pangkor, Aminah ingin terus mandi di pantai tetapi ibu dan
bapanya masih penat. Oleh itu, ibunya meminta abang Aminah untuk
menemainya mandi di pantai. Abang Aminah tidak memantau Aminah yang
sedang mandi di pantai dan hanya merenung telefon bimbitnya itu. Tiba-tiba
Aminah hilang dari pandangan abangnya. Abangnya bergegas mencari
Aminah di merata tempat. Namun Aminah gagal dijumpai. Abang Aminah
memberitahu ibu dan ayahnya bahawa Aminah hilang.
Ibu Aminah memarahi abangnya kerana cuai. Abang Aminah berkali-kali
meminta maaf atas kecuaiannya. Tidak lama kemudian, Aminah pulang ke
bilik mereka dan serta merta abangnya memarahi Aminah kerana disebabkan
dia abangnya dimarahi ibunya. Aminah memberitahu bahawa dia sengaja lari
daripada abangnya kerana dia hendak menguji kasih sayang abangnya
terhadap dia.
Abangnya meminta maaf keranan sering marah dan tidak melayang Aminah
selama ini. Ibu dan bapa Aminah bersyukur kerana kedua anak mereka sudah
berbaik semula dan abang Aminah pun semakin rapat dengan Aminah.
Percutian mereka bertambah seronok melihat keakraban Aminah dan
abangnya semakin rapat.
Pengajaran
1. Kita janganlah melakukan sesuatu tanpa berfikir
2. Kita mestilah meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan
3. Janganlah kita melakukan sesuatu dengan tidak ikhlas
4. Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan
SIMPULAN BAHASA
Ulat buku
Maksud: orang
yang rajin
membaca buku.
Latar
Ulat
Berbagai-bagai jenis
binatang kecil yg banyak
kakinya serta lembut
badannya dan akan
menjelma menjadi kupu-
kupu
Latar
Buku
Berhelai-helai kertas
berjilid yg berisi tulisan
utk dibaca atau berisi
ruangan-ruangan
kosong utk ditulisi
CERITA
Azman seorang pelajar disekolahnya. Azman juga digelar ulat buku oleh
semua orang disekolah kerana dia sentiasa membaca buku tidak kira dimana
dia berada. Guru-guru disekolah itu juga sangat menyukai Azman kerana dia
selalu menolong kawan-kawannya belajar. Azman mengetahui semua isu-isu
semasa yang terjadi di seluruh dunia kerana dia sering juga membaca surat
khabar.
Pada suatu hari, Zahid mengoyakkan buku kegemaran Azman kerana dia
cemburu semua guru suka pada Azman. Zahid merupakan pelajar kelas
Azman yang sering bersaing denganya semasa peperiksaan. Azman menangis
kerana buku kegemarannya sudah rosak dan dia belum habis membaca buku
tersebut. Zahid dipanggil oleh guru kelas mereka kerana mengoyakkan buku
Azman.
Setelah dimarahi oleh guru kelas, Zahid meminta maaf kepada Azman dan
berjanji tidak akan mencemburui Azman lagi. Zahid juga membelikan
Azman buku yang baharu dan buku yang dibeli oleh Zahid adalah buku
kegemaran Azman. Azman sangat gembira kerana dia boleh membaca
semula buku kegemarannya itu.
Pengajaran
1. Kita hendaklah rajin membaca buku
2. Kita hendaklah tolong menolong
3. Kita janganlah cemburu dengan orang lain
4. Kita hendaklah meminta maaf atas kesalahan kita
SIMPULAN BAHASA
Batu api
Maksud: orang
yang suka
menghasut
Latar
Batu
Benda keras yg
berasal dari bumi
tetapi bukan logam
dan terdiri
darrpada pelbagai
jenis
Latar
Api
Proses oksidasi
pantas yang
menghasilkan cahaya,
haba, asap.
CERITA
Cici dan Caca adalah kawan baik sejak kecil lagi. Semasa di sekolah rendah,
mereka berdua mempunyai seorang kawan yang bernama Nita. Nita sangat
mencemburui keakraban Cici dan Caca. Nita selalu bermain bersama Cici
dan Caca setiap petang.
Pada suatu hari, Caca tidak hadir ke sekolah kerana demam. Cici
dan Nita saja yang berjalan kaki datang dan pulang ke sekolah hari
itu. Pada waktu rehat, Nita memberi tahu Cici bahawa selama ini
Caca mengata dia dari belakang. Cici sangat marah kepada Caca
kerana selama ini dia sangat menyayangi Cici dan mengangap dia
sebagai adik-beradiknya sendiri.
Keesokkan harinya, Cici dihantar oleh ibunya ke sekolah. Hanya Caca dan
Nita pula berjalan kaki ke sekolah. Dalam perjalanan itu, Nita pula
memberitahu Caca bahawa Cici mengata dia dari belakang. Caca pun jadi
sangat marah dan sangat tidak menyangka Cici sebegitu.
Sesampai di kelas, Caca terus memarahi Cici kerana mengata dia dari belakang.
Cici dan Caca saling memukul antara satu sama lain. Di sudut kelas yang lain
kelihatan Nita sangat gembira kerana berjaya membuat mereka bergaduh. Cici
dan Caca dipanggil oleh guru kelas kerana bergaduh. Cici memberitahu
kepada guru kelas bahawa Caca mengata dia dari belakang dan begitu juga
Caca.
Akhirnya, guru kelas mereka bertanya siapa yang memberitahu bahawa
mereka saling mengata dari belakang. Serentak mereka memberitahu Nita
yang mengatakannya. Dan sejak dari itu, mereka berdua sedar bahawa Nita
ingin mereka bergaduh. Cici dan Caca saling memaafkan setelah keluar dari
bilik guru. kini mereka berdua masih berkawan dengan Nita dan
memaafkan dia tetapi tidak serapat dulu.
Pengajaran
1. Kita jangan mudah percaya kepada berita yang tidak pasti
2. Kita jangan merosakkan hubungan orang lain
3. Kita mestilah saling memafkan
4. Janganlah kita mengata seseorang demi kepentingan kita
KUIZ/LATIHAN
https://kahoot.it/challenge/0769491?cha
llenge-id=5bc056e8-9591-4eed-9416-
a6acaa7ab685_1610088814892
Soalan
1. Apakah simpulan bahasa yang sesuai untuk seseorang yang sangat
disayangi oleh majikannya.
2. Berdasarkan cerita Si Belalalang, apakah pengajaran yang anda perolehi
3. Siti dan keluarganya pergi ke Pantai untuk ________________.
4. Seseorang yang rajin membaca dipanggil ________________.
5. Seseorany yang suka menghasut orang lain dipanggil _________________.
Jawap simpulan bahasa berdasarkan gambar
perumpamaan
1. Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah,
ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang
tersirat.
2. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai,
ibarat, laksana, seperti, dan umpama.
MAKSUD perumpamaan
Seperti ayam berak kapur
Muka pucat dan
tidak bermaya
Latar
kapur
benda putih yang dibuat
drpd kulit kerang yang
dibakar untuk dimakan
dengan sirih, untuk mengecat
rumah dan digunakan
sebagai alat untuk menulis di
papan hitam.
CERITA
Hashim baru pulang melancong daripada New Zealan atas urusan kerja. Sesampai di
Malaysia, Hashim menjalani pemeriksaan Covid-19 di pintu masuk KLIA. Hashim
diarahkan untuk menjalani kuarantin di pusat kuarantin selama 10 hari kemudian
sambung di rumah memandangkan keputusan covid-19 nya negative. Semasa di rumah,
Hashim tidak mematuhi peraturan kuarantin. Dia memotong gelang kuarantinya kerana
dia ingin keluar dari rumah.
Pada hari ke-12 kuarantin, anak Hashim merasakan badannya sakit dan suhu
badannya agak panas. Muka anak Hashim seperti ayam berak kapur dan
semakin hari keadaan anaknya semakin teruk. Melihat keadaan anaknya begitu,
Hashim membawa anaknya ke hospital berdekatan. Sesampai di hospital,
doktor mengesahkan bahawa anak Hashim mengjidap penyakit covid-19.
Hashim sekeluarga diminta untuk menjalani pemeriksaan.
Malangnya, semua ahli keluarga Hashim termasuk ayah dan ibunya disahkan
menghidap penyakit covid-19. Hashim berasa sangat menyesal kerana dia tidak
mematuhi perintah kuarantin semasa berada di rumah. Kini, seluruh
perumahan Hashim di arahkan perintah berkurung agar penularan ini boleh
dihentikan. Hashim sekeluarga sedang menjalani rawatan di Hospital.