Pada hari jadi ayahnya, Azura datang membawa vespa yang telah dibelinya itu.
Ayahnya sangat gembira dengan pemberian Azura itu. Ayahnya mengucapkan terima
kasih kepada Azura kerana memberikanya vespa sempena ulang tahunnya. Azura juga
gembira melihat ayahnya begitu teruja mendapat vespa itu. Azura juga sedar bahawa
betapa pentingnya dia meneruskan amalan menabung supaya sekiranya terdapat
masalah akan datang, dia sudah mempunyai simpanan untuk melalui masalah tersebut.
Pengajaran
1. Kita hendaklah mengamalkan amalan menabung
2. Kita mestilah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang
diimpikan
3. Kita mestilah sentiasa mengembirakan ibu bapa
MAKSUD bidalan
Sediakan payung sebelum hujan
Berwaspada sebelum
ditimpa kesusahan
Latar
Payung
Alat yang dapat
dikembangkuncupkan,
biasanya dibuat daripada
kain atau kertas untuk
melindungi pemegangnya
daripada hujan atau panas
Latar
Hujan
Air yang turun (menitik
dengan banyaknya)
yang terpeluwap
daripada wap di
atmosfera
CERITA
Pada suatu petang, sekumpulan semut berkumpul untuk mengadakan mesyuarat. Mereka
berbincang tentang persediaan untuk menghadapi musim sejuk. “Kita perlu bekerja lebih
keras kali ini bagi memastikan bekalan makanan kita mencukupi sepanjang musim sejuk
nanti” kata ketua semut. Semua semut bersetuju dengan cadangan tersebut. Mereka tidak
mahu kekurangan makanan dan kelaparan seperti musim sejuk yang lalu. Keesokan pagi
semut-semut itu keluar mencari makanan. Makanan yang ditemui dikumpul dan dibawa
balik ke sarang dengan menggunakan daun. Semut-semut betina pula akan menyusun
makanan itu ke dalam sarang mereka. semut- semut itu bekerja keras mengumpul
makanan. Mereka memulakan kerja dari awal pagi hingga ke petang.
Mereka hanya akan berhenti rehat sekiranya berasa penat. Banyak makanan yang berjaya dikumpul
hasil daripada kerjasama mereka. pada suatu hari, semasa semut-semut itu sedang bekerja, tiba-tiba
mereka terdengar nyanyian dari sebuah taman berhampiran. Kelihatan beberapa ekor belalang sedang
menyanyi dan menari dengan gembiranya. Belalang-belalang itu menegur semut-semut yang sedang
bekerja. “Apakah yang sedang kamu lakukan?”. “kami sedang mengumpul makanan sebagai bekalan
untuk musim sejuk nanti” jawab semut. “Musim sejuk? Sekarang masih musim panas, kenapa perlu
bersusah untuk mengumpul makanan? Lagipun musim sejuk lambat lagi. Makanan pun senang
diperolehi di mana-mana. Sekarang waktu untuk bergembira. Marilah berhibur bersama kami” kata
belalang-belalang itu sambil mentertawakan semut-semut.
Akhirnya musim sejuk pun tiba. Kali ini musim sejuk tiba lebih awal. Semut-semut itu
tidak berasa bimbang kerana mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.
Namun begitu, belalang-belalang berasa sedih dan lapar. Mereka gagal mencari
makanan. Jadi mereka pun pergi ke sarang semut. “Tolong berikan kami makanan. Kami
kelaparan dan kesejukan” rayu belalang. Semut-semut itu menjemput tetamu mereka
masuk. “Sudah tentu kami akan bantu kamu. Lihatlah semua makanan ini hasil usaha
kami yang kamu ketawakan dulu” kata semut sambil menunjukkan bekalan makanan
yang berjaya mereka kumpul semasa musim panas lalu.
Pengajaran
1. Kita mestilah bekerjasama melakukan pekerjaan
2. Kita janganlah malas bekerja
3. kita hendaklah sentiasa berbuat baik dengan orang lain
4. Kita mestilah sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling
MAKSUD bidalan
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Mengerjakan
sesuatu yang sukar
hendaklah sabar,
sehingga mencapai
kejayaan
Latar
Bara api
Api yang masih ada
pada arang atau pada
kayu tetapi tidak
bernyala
Latar
Arang
Benda hitam
yang rapuh,
sisa kayu yang
terbakar
CERITA
Ridzuwan, seorang mekanik muda yang baru mengenal alam pekerjaan selepas tamat alam
persekolahan. Ridzuwan tidak mempunyai pengalaman bekerja sebagai mekanik. Oleh itu, dia
dibayar dengan gaji yang rendah. Pada awalnya, dia agak kekok kerana banyak alat yang
digunakan tidak diketahui fungsinya. Justeru, dia bekerja dengan sungguh-sungguh untuk
menimba pengalaman dan pengetahuan dalam bidang pengendalian kereta. Kecetekan ilmu
menyebabkan Ridzuwan selalu ditegur oleh pengusaha bengkel dan rakan-rakan sekerjanya yang
lain. Namun, dia cekalkan hatinya. Ridzuwan banyak belajar daripada teguran tersebut dan setiap
hari adalah waktu untuknya belajar.
Ridzuwan menganggap bahawa pengalaman itu amat berharga bagi mempersiapkan
dirinya sebagai mekanik yang mahir. Ridzuwan tidak pernah ponteng bekerja malah
selalu bekerja lebih masa. Dia tidak pernah mengenal erti jemu dan penat,malah dia
semakin seronok bekerja di situ. Selain itu,dia bijak menabung dan tidak pernah boros
berbelanja apabila dia mendapat gaji. Sebahagian daripada wang gajinya disimpan untuk
keperluan masa depannya. Dia bercita-cita untuk membuka bengkel sendiri suatu masa
nanti.
Berkat ketekunannya itu,dia dilantik sebagai ketua mekanik di bengkel itu. Banyak
pelanggan yang telah mengenal Ridzuwan. Kini, dia dibayar dengan gaji yang lebih
tinggi setiap bulan. Setelah hampir sepuluh tahun Ridzuwan bekerja di bengkel itu,
akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan membuka perniagaan
sendiri. Kini, perniagaannya semakin maju. Sikap Ridzuwan yang tidak pernah jemu
itu adalah rahsia kejayaannya. Kejayaan Ridzuwan itu dapatlah dikaitkan dengan
peribahasa,”genggam bara api, biar sampai jadi arang”.
SOALAN
1. Kita mestilah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan
2. Kita janganlah mudah berputus asa
3. Kita mestilah bijak menabung untuk kependtingan masa
hadapan.
KUIZ/LATIHAN
https://wordwall.net/play/9304/625/804
SOALAN
1. Apakah pengajaran yang anda dapat melalui cerita pada
bidalan “air dicencang tiada putus”?
2. Berikan maksud bidalan berdikit-dikit, lama-lama jadi
bukit
3. “Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar,
sehingga mencapai kejayaan” merupakan maksud bidalan
apa?
Jawab soalan berdasarkan gambar
1.
2.
MAKSUD pepatah
Peribahasa yang berisi nasihat
ataupun kata-kata orang tua-tua
yang terdapat ajaran di dalamnya.
MAKSUD pepatah
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Saling menolong
ketika senang
atau susah
Latar
Dipikul
Membawa barang
di atas bahu;
mengandar;
menggalas
Latar
Dijinjing
Membawa sesuatu
dengan tangan
terhulur ke bawah;
membimbit
CERITA
Di sebuah kampung, terdapat sebuah keluarga yang kehidupannya sangat susah.
Keluarga tersebut terdiri daripada datuk, nenek dan cucu. Manakala ibu bapa budak
tersebut telah meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya. Jiran kepada
keluarga susah ini merupakan orang paling kaya dalam kampung tersebut. Walaupun
kaya, keluarga tersebut sangat baik dengan keluarga si susah ini. Cucu si susah dan cucu
si kaya ini merupakan kawan baik. Keluarga si kaya ini tidak menghindari keluarga si
susah walaupun semua penduduk kampung memulaukan mereka.
Pada suatu hari, keluarga si kaya ini menghadapi masalah paip bocor di tandas mereka. Kebocoran
paip ini menyebabkan dapur mereka habis dimasukki air. Keluarga si kaya itu meminta pertolongan
daripada datuk si suah untuk membaiki paip yang bocor itu. Selesai membaiki paip yang bocor,
datuk si susah ini diberikan sedikit makanan dan duit oleh keluarga si kaya, namun duit tersebut
ditolak oleh datuk si susah itu. Hanya makanan yang diambilnya kerana dia tidak mahu dikatakan
mengambil kesempatan atas kebaikan keluarga si kaya. Namun, keluarga si kaya ini berkeras ingin
memberikan wang tersebut kerana mereka dapat tahu daripada cucu si susah bahawa neneknya
sedang sakit dan mereka tiada duit untuk ke hospital.
Datuk si susah itu mengalirkan air mata apabila jiranya yang kaya itu sungguh
mengambil berat tentang mereka sekeluarga. Datuk si susah itu segera membawa
isterinya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sementara itu, keluarga si kaya itu
menawarkan diri untuk menjaga cucunya dan menyuruh pemandunya menghantar
mereka suami isteri ke hospital. Keesokan harinya, datuk si susah itu mengucapkan
terima kasih kepada keluarga si kaya kerana selalu menolong mereka dalam kesusahan
dan tidak jijik dengan keadaan mereka yang miskin. Keluarga si susah dan si kaya ini
seperti berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Pengajaran
1. Kita janganlah memulaukan orang
2. Kita mestilah tolong-menolong antara satu sama lain
3. Kita mestilah baik dengan jiran tetangga
MAKSUD pepatah
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Seseorang anak itu
akan mengikut
perangai bapa atau
ibunya
Latar
Acuan
Bekas tempat
menuang bahan
sesuatu yang
hendak dibentuk
Latar
Kuih
Juadah
CERITA
Rose dan ibunya berjalan-jalan ke pusat membeli belah yang berdekatan dengan rumah
mereka. Semasa membeli barang, Rose dan ibunya ternampak ibu dan anaknya duduk di
sudut kedai. Mereka menghampiri ibu dan anak tersebut. Ibu Rose menyapa ibu tersebut
dan bertanya mengapa mereka duduk di sudut tersebut. Ibu tersebut menyatakan
bahawa mereka sesat semasa mencari rumah anaknya yang berada di Kuala Lumpur itu.
Mereka datang dari kampung dan si ibu itu tidak pandai membaca sehingga
menyebabkan mereka sesat.
Ibu Rose menawarkan diri untuk membawa mereka ke perhentian bas untuk
memudahkan mereka bertemu dengan anak Ibu tersebut. Ibu Rose menelefon anak
perempuan ibu itu dan menyatakan bahawa ibunya sesat dan sekarang tengah berada di
perhentian bas. Tidak lama kemudian, anak perempuan itu datang mengambil ibu dan
adiknya. Perempuan tua itu mengucapkan terima kasih kepada Rose dan ibunya kerana
menolong mereka.
Semasa dalam perjalanan menuju ke tempat letak kereta, Rose ternampak seorang lelaki
tua tukang cuci di pusat membeli belah itu sedang rehat di tangga dan hanya minum air
kosong sahaja. Rose meminta izin ibunya untuk memberi roti yang dia beli kepada
lelaki tersebut. Melihat kelakuan Rose itu, ibunya tersenyum bangga kerana Rose sudah
mampu menolong orang yang memerlukan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berbuat baik dengan orang lain
2. Kita mestilah menjadi contoh yang baik untuk anak-anak
3. Kita mestilah menolong orang yang dalam kesusahan
4. Kita mestilah berterima kasih dengan orang yang telah
menolong kita.
MAKSUD pepatah
Harapkan pegar, pegar makan padi
Harapan diletakkan
pada bahu
seseorang tetapi
akhirnya orang itu
pula yang
merosakkannya
Latar
Pegar
Sejenis
burung
Latar
Padi
Sejenis tumbuhan
iaitu rumput yang
buahnya dijadikan
beras
CERITA
Sudah lima tahun Yati menjadi pembantu rumah Puan Naimah. Yati rajin bekerja. Segala
kerja rumah dilakukan dengan sempurna. Sikap yang ditunjukkan oleh Yati itu amat
menggembirakan Puan Naimah. Beliau sudah menganggap Yati sebahagian daripada
anggota keluarganya. Pada suatu hari, Puan Naimah, suami dan anak -anaknya hendak
bercuti di Kota Singa. Beliau mengajak Yati bercuti bersama. Yati menolak pelawaan Puan
Naimah. Menurut Yati, dia tidak mahu menggangu percutian Puan Naimah sekeluarga.
Sebelum bertolak, Puan Naimah berpesan kepada Yati supaya dia berhati -hati. Beliau
risau akan keselamatan Yati yang tinggal seorang diri di rumah. Setengah jam selepas
Puan Naimah bertolak, Yati bergegas ke biik majikannya itu. Bilik tidur itu habis
digeledahnya. Yati memasukkan barang -barang kemas Puan Naimah ke dalam beg
tangannya. Dia turut mencuri sejumlah wang tunai yang disorokkan di bawah lipatan
pakaian. Tanpa membuang masa, Yati menghubungi rakannya. Dia bercadang hendak
melarikan diri
Malang tidak berbau. Tiba -tiba Puan Naimah muncul di depan pintu. Beliau berpatah
balik kerana pasportnya tertinggal di atas meja. Puan Naimah hairan melihat muka Yati
yang agak cemas. Setelah disoal beberapa kali., akhirnya Yati terpaksa menceritakan
segala perbuatannya itu. Puan Naimah berasa sungguh kesal. Dia tidak menyangka sama
sekali Yati sanggup mengkhianati kepercayaannya selama ini. Perbuatan Yati itu tidak
ubah seperti harapkan pagar, pagar makan padi
Pengajaran
1. Kita janganlah mengambil kesempatan atas kebaikan orang
2. Kita hendaklah bersikap jujur dalam melakukan sesuatu kerja
3. Kita mengkhianati orang yang telah menolong kita
MAKSUD pepatah
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
Nasihat atau
pelajaran yang
tidak dimasukkan
ke dalam ingatan
Latar
Telinga
Telinga merupakan
sebuah organ badan yang
mampu mengesan bunyi
dan juga berperanan dalam
keseimbangan dan
kedudukan tubuh
SOALAN
Pada suatu petang, Amin dan kakaknya bersiar-siar di taman berdekatan dengan rumah
mereka. Amin sangat gembira kerana telah lama dia tidak keluar berjalan disebabkan
kakaknya selalu sibuk dengan pelajarannya. Di taman itu, terdapat seekor anjing liar
yang sedang berkeliaran. Amin mengganggu anjing itu dengan membuat bunyi anjing.
Melihat kelakuan Amin sebegitu, kakaknya memberitahu amin supaya tidak
mengganggu anjing itu kerana takut anjing itu menggigitnya. Namun, Amin tidak
menghiraukan nasihat kakaknya itu. Amin kemudian mula menikam batu-batu kecil
terhadap anjing tersebut. Kakaknya berkali-kali melarang Amin tapi dia degil.
Semasa Amin ingin menikam batu yang seterusnya, tiba-tiba anjing itu berlari ke arah
Amin dan mengejar mereka berdua. Kakak Amin berjaya menaiki ke atas meja di pondok
yang berdekatan manakala Amin terus berlari dikejar anjing tersebut. Amin menangis
meminta tolong. Amin bernasib baik kerana di taman pada masa itu ramai pengunjung
dan merekalah yang membantu amin daripada terus dikejar anjing. Amin menangis
teresak-esak semasa kakaknya pergi mendapatkannya. Kakaknya memarahi Amin
kerana degil mengganggu anjing tersebut. Amin meminta maaf kepada kakaknya dan
berjanji tidak akan melawan kakaknya lagi.
SOALAN
1. Kita mestilah mendengar nasihat orang yang lebih tua
2. Kita janganlah mengganggu haiwan liar supaya tidak
dikejarnya
3. Kita mestilah berfikir sebelum melakukan sesuatu kerja
MAKSUD pepatah
Baik membawa resmi padi. Semakin berisi
semakin menunduk
Tidak sombong
atau rendah diri
Latar
Resmi
Sejenis tumbuhan
iaitu rumput yang
buahnya dijadikan
beras
Latar
Padi
Sejenis tumbuhan
iaitu rumput yang
buahnya dijadikan
beras
CERITA
Aizat merupakan satu-satunya cucu orang paling kaya di Kampung Bunga Raya
dan Aizat juga merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. .
Aizat sangat disenangi oleh penduduk kampung dengan sikapnya yang sentiasa
rendah diri walaupun keluarganya kaya. Aizat juga suka bergaul dengan
penduduk di kampung. Keramahan Aizat menyebabkan dia mempunyai ramai
kawan di kampung dan dia betah duduk di kampung.