Pengajaran
1. Kita mestilah akur dengan peraturan yang telah ditetapkan.
2. Kita janganlah mementingkan diri sendiri
3. Kita mestilah jujur dengan setiap pekara yang dilakukan.
MAKSUD perumpamaan
Seperti cacing kepanasan
Gelisah
Latar
Cacing
Beberapa jenis binatang
yang bulat atau pipih
panjang dan tidak
beranggota ada yg hidup
dalam air, tanah, perut
manusia atau binatang
CERITA
Azura dan Firdaus merupakan sepasang suami isteri yang baru saja
melangsungkan perkahwinan. Semasa usia perkahwinan mereka setahun lima
bulan, Azura disahkan mengandung kembar. Kembar tersebut merupakan
anak sulung kepada Azura dan Firdaus. Kedua pasangan suami isteri itu
sangat gembira dan tidak sabar untuk menanti kelahiran cahaya mata mereka.
Disebabkan akan menimbang cahaya mata, Firdaus bekerja keras untuk mencari
rezeki lebih kerana selepas ini tanggungjawabnya makin besar. Firdaus sering
bekerja lebih masa dan meninggalkan isterinya keseorangan di rumah. Pada
suatu malam, Azura merasakan perut nya sangat sakit. Dia cuba untuk
menunggu kepulangan Firdaus dari bekerja untuk menghantarnya ke hospital
kerana dia tidak larat untuk memandu.
Azura tidak dapat menahan rasa sakit itu lagi dan cuba untuk menelefon
siaminya namun tidak berjawab. Firdaus yang menyadari panggilan daripada
isterinya itu tidak sama sekali menghiraukan kerana dia beranggapan isterinya
itu ingin menyuruh dia membungkus makanan dalam perjalanan dia pulang
nanti. Sesampai Firdaus di rumah, alangkah terkejutnya dia melihat Azura
sedang terbaring di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah.
Firdaus segera menghantar Azura ke hospital yang berdekatan. Sudah 18 jam Azura
berada di dalam bilik bersalin namun tiada sorang pun jururawat keluar berjumpa
dengannya untuk memaklumkan apa yang terjadi di dalam bilik tersebut. Firdaus sepert
cacing kepanasan menanti isterinya. Kesemua ahli keluarga Azura dan Firdaus sampai
untuk menemai Firdaus di hospital namun kegelisahan Firdaus tidak reda.
Tidak lama kemudian, keluar seorang jururawat membawa sepasang bayi kearah Firdaus
dan keluarga. Mereka sangat gembira apabila mendapat tahu bahawa bayi tersebut ialah
bayi Azura. Firdaus mengucapkan kesyukuran kerana diberikan sepasang anak kembar.
Keadaan Azura juga baik namun dia masih lebih disebabkan terlampau banyak darah
yang keluar. Firdaus meminta maaf kepada Azura kerana tidak menghiraukan
panggilannya dan sering meninggalkan dia seorang diri di rumah.
Pengajaran
1. Janganlah kita mementingka kerja semata-mata
2. Janganlah kita bersangka tidak baik kepada isteri
3. Kita hendaklah meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan.
4. Kita perlulah berasa bersyukur atas pemberian Tuhan
MAKSUD perumpamaan
Seperti kera kena belacan
Tidak suka duduk
diam
Latar
Belacan
Bahan penyedap
makanan yang dibuat
daripada udang atau
ikan kecil-kecil yang
ditumbuk lumat-lumat
CERITA
Di sebuah Sekolah Kebangsaan Mewangi Sarawak, terdapat sebuah kelas pelajar Tahun 6
Cerdas yang merupakan kelas yang sangat terkenal dengan kenakalan pelajarnya
sehinggakan ada guru yang takut untuk masuk ke kelas tersebut kerana tidak ingin
dikenakan oleh pelajar. Amin pelajar yang menjadi ketua budak-budak nakal sangat
nakal seperti kera kena belacan. Semua guru sangat tidak menyukai kumpulan budak-
budak nakal ini kerana tidak pandai duduk diam dan suka mengenakan guru mereka.
Cikgu Salina merupakan guru kelas 6 Cerdas dan guru baru. Cikgu Salina pernah
diletakkan gula getah dikerusinya dan menyebabkan bajunya rosak. Kerusi Cikgu Salina
juga pernah ditarik oleh salah seorang pelajar nakal ini ketika hendak duduk. Walau
bagaimana pun, Cikgu Salina tidak berputus asa untuk menghampiri kumpulan tersebut.
Pada suatu petang, Cikgu Salina berjalan-jalan di taman berdekatan perumahannya.
Semasa berjalan, terdapat sekumpulan remaja mengganggu Cikgu Salina malah ada yang
cuba untuk menyentuh Cikgu Salina. Cikgu Salina sangat takut kerana bilangan remaja
yang mengganggunya itu sangat ramai.
Kebetulan Amin dan rakan-rakan nya bermain bola di padang taman tersebut. Mereka
terus berlari ke arah Cikgu Salina yang diganggu oleh sekumpulan remaja tadi. Pada
mulanya, Cikgu Salina menghalang Amin dan rakan-rakannya untuk melawan remaja
tersebut. Namun Amin dan kawan-kawannya sangat bijak mengawal situasi sehinggakan
kumpulan remaja itu leka dengan ejekkan Amin dan dua orang kawannya. Kumpulan
budak nakal itu mengambil sarang kerengga yang terdapat pada pokok yang berdekatan
dan membaling sarang kerengga tersebut kepada sekumpulan remaja itu dari arah
belakang.
Sekumpulan remaja itu lari bertempiaran kerana kerangga yang dibaling oleh budak-
budak nakal itu masuk ke dalam baju mereka. Cikgu Salina tergesa-gesa membawa Amin
dan kawan-kawannya lari masuk ke dalam rumahnya kerana takut sekumpulan remaja itu
datang kembali. Sesampai di rumah, Cikgu Salina berterima kasih kepada Amin dan
kawan-kawannya dan memohon maaf kerana buruk sangka kepada mereka kerana
kenakalan mereka di dalam kelas yang tidak terkawal. Sejak kejadian itu, Cikgu Salina
tidak lagi cuba untuk mengubah pelajar-pelajar 6 Cerdas dan beliau suka perangai
pelajarnya yang seperti kera kena belacan tetapi suka menolong orang yang dalam
kesusahan.
Pengajaran
1. Janganlah kita buruk sangka terhadap seseorang
2. Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan
3. Kita mestilah menghormati guru dan orang yang lebih tua
4. Kita mestilah bijak dalam melakukan sesuatu pekara
5. Kita hendaklah berterima kasih kepada orang yang telah
menolong kita.
MAKSUD perumpamaan
Bagai aur dengan tebing
Tolong-menolong
di antara satu
sama lain.
Latar
Aur
Buluh
atau
bambu
Latar
Tebing
Tepi atau pinggir
sungai yang tinggi
serta curam seperti
lereng bukit atau
lereng gunung
CERITA
Pada hujung minggu ini, sekolah Sarah mengadakan pertandingan Kebersihan dan
Keceriaan kelas sempena minggu Kemerdekaan. Sarah dan kawan perempuannya
dipertanggungjawabkan untuk memikirkan cara untuk menghias kelas mereka manakala
pelajar lelaki dipertanggungjawabkan untuk mencari bahan untuk menghias kelas
tersebut. Guru kelas mereka memberikan peluang sepenuhnya kepada pelajar kelas Sarah
untuk mencari idea untuk menghias kelas mereka. Tiba hari menghias kelas, semua pelajar
kelas Sarah bekerjasama menghias kelas mereka dengan bersungguh-sungguh.
Namun begitu, semasa menghias kelas, barang untuk menghias pintu tidak mencukupi
dan mereka buntu untuk mencari bahan yang tidak cukup tersebut. Pelajar kelas Sarah
mula panik kerana mereka takut tidak cukup masa untuk menghabiskan hiasan kelas
mereka. Sarah memberitahu guru kelas mereka masalah yang dihadapi oleh mereka. Guru
kelas Sarah menyuruh pelajarnya supaya bertenang dan sama-sama memikirkan jalan
penyelesaiannya. Pada akhirnya, guru kelas mereka membahagikan semula kerja untuk
mencari bahan yang tidak cukup tersebut. Pelajar lelaki kelas tersebut dibawa guru mereka
untuk mencari daun kelapa di sekitar sekolah untuk menghias pintu kelas manakala
pelajar perempuan diminta untuk meneruskan kerja menghias dalam kelas
Setibanya pelajar lelaki yang mencari daun kelapa tersebut, semua pelajar kelas Sarah
bekerjasama menyiapkan hiasan di pintu kelas mereka. Setiba hari penyampaian hadiah,
kelas Sarah dinobatkan sebagai juara pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas dan
sekaligus merangkul gelaran kelas yang bekerjasama bagai aur dengan tebing. Guru
besar dan guru-guru yang bertanggungjawab mengambil markah bagi pertandingan
tersebut sangat memuji sikap pelajar kelas tersebut kerana sama-sama menyelesaikan
masalah dan bekerjasama menghias kelas.
Pengajaran
1. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja
2. Kita mestilah tolong-menolong untuk menyelesaikan masalah
3. Kita janganlah panik apabila menghadapi masalah
MAKSUD perumpamaan
Seperti anjing dengan kucing
Selalu
bertengkar
Latar
Anjing
Binatang yang
menyalak. Ada yang
dipelihara utk menjaga
rumah dan ada yang
liar
Latar
Kucing
Binatang yang kecil,
berbulu lembut dan
tebal, dipelihara sebagai
binatang kesayangan,
biasanya untuk
menangkap tikus
CERITA
Siti dan kembarnya Sarah merupakan anak kepada Pak Zul dan Cik Minah. Dua beradik
ini merupakan satu-satunya anak kembar kepada Pak Zul dan Cik Minah. Siti dan Sarah
sering bertengkar apabila bertemu muka dan ada saja pekara yang menjadi sebab mereka
bertengkar. Pak Zul dan Cik Minah bingung memikirkan anak-anak mereka yang seperti
anjing dengan kucing apabila bertemu muka. Pada suatu malam, siti menggunakan baju
tidur Sarah tanpa pengetahuan Sarah. Apabila mengetahui hal tersebut, Sarah sangat
marah kepada siti kerana memakai bajunya tanpa pengetahuannya.
Sarah datang kearah Siti dan terus mencengkam rambut Siti dengan kuat sehingga Siti
meraung kesakitan. Pak Zul dan Cik Minah bergegas masuk ke dalam bilik Siti setelah
mendengar jeritan siti. Pak Zul dan Cik Minah cuba untuk meleraikan pergaduhan dua
beradik tersebut namun tidak berjaya. Pak Zul mengambil keputusan untuk menarik
kuat Sarah dari Siti dan membawanya keluar dari rumah. Siti di tenangkan oleh Cik
Minah manakala Pak Zul menenagkan Sarah di luar rumah mereka. Melihat kepada
kelakuan anak mereka yang semakin menjadi, Pak Zul dan Cik Minah mengambil
keputusan untuk memisahkan dua beradik tersebut sementara.
Siti dihantar ke kampung sebelah Pak Zul manakala Sarah dihantar ke kampung sebelah Cik Minah.
Sepanjang berada di kampung, Siti dan Sarah sangat merindui masing-masing namun tidak mahu
menghubungi antara satu sama lain. Oleh sebab tidak dapat menanggung rindu itu lagi, Siti
menghubungi Sarah dan meminta maaf kepada Sarah kerana selalu menggunakan barangnya tanpa
meminta izin dahulu. Sarah juga meminta maaf kepada siti kerana sering menyakiti siti. Melihat anak-
anaknya sudah berbaik, Pak Zul dan Cik Minah mengambil keputusan untuk membawa mereka balik
ke bandar. Siti dan sarah berjanji kepada ibu bapanya bahawa mereka tidak akan bergaduh lagi dan
cuba mencari keserasian mereka. Pak Zul dan Cik Minah sangat gembira dengan perubahan anak-
anak mereka.
Pengajaran
1. Kita janganlah menggunakan barang tanpa izin pemilik
2. Kita mestilah bersikap adil
3. Janganlah kita bergaduh dengan adik beradik
4. Kita mestilah memohon maaf atas kesilapan kita.
KUIZ/LATIHAN
https://wordwall.net/play/9303/491/306
https://wordwall.net/play/9303/883/643
MAKSUD bidalan
Susunan kata-kata yang tertentu dan
mempunyai erti yang khusus.
Biasanya bidalan berisi pengajaran,
peringatan dan sebagainya.
MAKSUD bidalan
Air dicencang tiada putus
Perselisihan antara
adik-beradik tidak
akan kekal lama dan
akhirnya akan
berbaik semula
Latar
cencang
Memotong sesuatu
sehingga menjadi
halus-halus atau
menetak berkali-kali
CERITA
Raimah dan Ramlah merupakan adik-beradik yang kehilangan kedua-dua ibu bapa
akibat kemalangan jalan raya. Setelah kematian ibu bapa mereka, Raimah dan Ramlah
membawa haluan masing-masing. Raimah bekerja di Kuala Lumpur manakala Ramlah
bekerja di Kedah. Hampir dua tahun beradik ini tidak menjumpai antara satu sama lain
disebabkan kesibukkan bekerja dan perselisihan faham mereka sebelum membawa
haluan masing-masing.
Perselisihan faham antara Raimah dan Ramlah terjadi apabila mereka memutuskan siapa
yang akan menjaga rumah pusaka peninggalan ibu bapa mereka. Disebabkan mereka
tidak mahu hanya menetap di kampung dan mencari kerja di bandar, mereka berdua
bergaduh sehingga tidak bertegur sapa selama dua tahun. Masing-masing mereka tidak
mahu mengalah untuk bertegur sapa. Pada hari raya yang lepas, Raimah pulang ke
kampung untuk menyambut di sana memandangkan sudah lama dia tidak pulang.
Tanpa sengaja ketika Raimah datang, dia melihat sebuah kereta masuk ke pekarangan
rumahnya. Raimah menunggu pemilik kereta itu keluar dari kereta. Alangkah
terkejutnya apabila pemilik kereta tersebut merupakan adiknya Ramlah. Raimah dan
Ramlah bertentang mata dan masing-masing mereka menangis terus berpelukan.
Raimah meminta maaf kepada adiknya kerana selama ini tidak berusaha menghubung
adiknya. Begitu juga Ramlah meminta maaf kerana egonya selama ini. Kedua beradik
itu menyambut hari raya bersama-sama di kampung dan mereka pun sudah berdamai
bak kata pepatah “air dicencang tiada putus”.
Pengajaran
1. Kita janganlah mementingkan diri sendiri
2. Kita mestilah saling bertegur sapa dengan adik beradik.
3. Kita hendaklah menyayangi adik-beradik.
4. Kita mestilah meminta maaf atas kesalahan kita
MAKSUD bidalan
Ada udang disebalik batu
Ada sesuatu
maksud yang
tersembunyi di
sebalik sesuatu
perbuatan
Latar
Udang
Binatang yang hidup
di air, berkulit keras,
berkaki sepuluh dan
berekor.
Latar
Batu
Benda keras yang
berasal dari bumi
tetapi bukan logam
dan terdiri daripada
pelbagai jenis
CERITA
Pada suatu petang, Larry dan kawan-kawannya dipanggil oleh guru pengakap. Mereka
telah terpilih untuk mengikuti perkhemahan bersepadu peringkat negeri yang akan
diadakan di Sarawak. Perkhemahan itu berlangsung selama seminggu dan mereka
dikehendaki bermalam di hutan. Mendengar perkataan hutan, Larry sudah susah hati
kerana dia tahu ibu bapanya tentu tidak mengizinkannya pergi namun Larry berminat
untuk mengikuti perkhemahan tersebut. Cikgu Ali memberikan mereka borang
kebenaran ibu bapa dan perlu dihantar semula keesokkan harinya.
Sesampai di rumah, Larry berkali-kali cuba untuk memberitahu ibu bapanya tentang
perkhemahan tersebut, namun dia takut. Pada petang itu, Larry melihat ibu dan
ayahnya sedang berada di luar rumah. Larry menawarkan diri untuk menolong ibunya
menanam bunga yang terdapat di kebun bunga ibunya. Ibunya sangat pelik melihat
kelakuan Larry kerana sebelum ini kalau petang tentu Larry bermain bersama kawan-
kawannya. Setelah selesai menolong ibunya, Larry pula menawarkan diri untuk
membasuh kereta ayahnya. Ibu bapanya sangat pelik melihat kelakuan Larry pada
petang itu.
Ibunya bertanya kepada Larry. “mengapakah kamu tiba-tiba menolong ibu dan ayah ni
Larry?” lalu Larry menjawab ibunya, “tiada bu, Larry saja nak tolong.” Namun begitu,
ibunya masih pelik dengan sikap Larry. Ibunya bertanya lagi, “kenapa ni Larry macam
ada Udang disebalik batu je. Baik kamu cakap betul-betul apa niat kamu sebenarnya.”
Larry kemudian memberitahu ibu dan ayahnya bahawa dia ingin mengikut
perkhemahan di Sarawak itu. Ibu dan ayahnya serentak tertawa melihat sikap Larry
sebegitu. Pada akhirnya, Larry dibenarkan untuk mengikuti perkhemahan tersebut dan
dia berasa sangat gembira.
Pengajaran
1. Kita hendaklah bersikap terus terang
2. Kita mestilah sentiasa menolong ibu bapa
MAKSUD bidalan
Berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit
Berjimat-cermat
membawa
kesenangan
Latar
Berdikit-dikit
Sedikit demi
sedikit
Latar
Bukit
Bahagian bumi yang
tinggi tetapi tidak
mencapai 1,000 kaki
tingginya seperti
bukau bukit dan
lembah
CERITA
Azura mempunyai niat untuk membelikan ayahnya sebuah vespa sempena hari jadi
ayahnya yang ke – 65 pada tahun hadapan. Azura buntu memikirkan cara untuk dia
boleh menunaika hasratnya memberikan ayahnya vespa itu. Pada mulanya Azura ingin
meminta tolong ibunya tetapi dia juga tidak mahu menyusahkan ibunya dengan
meminta wang selalu. Setelah difikir-fikirkan, Azura mula menabung duit untuk
membeli vespa buat ayahnya.
Setiap hari Azura akan menyimpan duit lebihan dia membeli barangan di kedai. Jika
ada duit lebih, Azura juga akan menyimpannya di tabung. Tiba pada tarikh lahir
ayahnya, Azura teruja untuk mengira duit yang telah disimpannya selama ini. Setelah
dikira-kira, wang Azura melebihi harga vespa yang hendak dibelinya itu. Dia sangat
bersyukur kerana akhirnya hajat dia hendak menghadiahkan vespa buat ayahnya akan
tercapai tidak lama lagi. Tanpa membuang masa, Azura meminta abangnya
menemaninya untuk membeli vespa di kedai yang telah lama dia perhatikan.