Walaupun berasal dari keluarga yang kaya, Aizat suka bermain ke rumah
kawan-kawannya yang lain. Semua kawan Aizat sangat kagum dengannya
kerana Aizat tidak berkira dengan mereka walaupun taraf mereka jauh
berbeza dengan Aizat. Pada suatu petang, Aizat dan kawan-kawannya
bermain bola di padang sekolah. Aizat menyedari seorang kawannya
termenung melihat mereka bermain. Aizat menghampiri kawannya itu dan
bertanya kepada kawannya itu masalah yang dihadapinya.
Kawannya itu menyatakan bahawa dia berasa susah hati disebabkan peperiksaan akan
datang dan dia masih kurang faham dengan apa yag diajar oleh guru di dalam kelas.
Melihat masalah kawannya itu, Aizat menawarkan diri untuk mengajar dan mengajar
kawannya itu mengulang kaji bersama-sama. Kawan Aizat sungguh gembira kerana
Aizat sanggup mengajarnya mengenai topik yang akan ditanyakan dalam peperiksaan
nanti. Kawannya bersyukur kerana Aizat sanggup mengajarnya walaupun dia seorang
pelajar yang cemerlang.
Pengajaran
1. Kita hendaklah merendah diri
2. Kita mestilah menolong orang yang mempunyai masalah
3. Kita mestilah pandai bergaul dengan penduduk kampung
4. Kita mestilah bersyukur dengan pertolongan yang diberikan
KUIZ/LATIHAN
https://wordwall.net/play/9304/292
/518
https://wordwall.net/resource/93044
32