The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jurnal ini terdiri daripada 12 kajian tindakan yang telah dijalankan oleh para guru SMHT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Atikah, 2021-04-08 08:22:24

JURNAL KAJIAN TINDAKAN SMHT 2020

Jurnal ini terdiri daripada 12 kajian tindakan yang telah dijalankan oleh para guru SMHT

Diterbitkan oleh
SEKOLAH MENENGAH HOLY TRINITY TAWAU

PETI SURAT 60918
91019 TAWAU
SABAH

Cetakan Pertama 2020

Semua hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbit
semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiar dalam sebarang
bentuk dengan apa acara sekalipun sama ada secara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman

atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada SM Holy Trinity, Tawau,

SM HOLY TRINITY JURNAL ACTION RESEACRB FOR 100 YEARS

ISI KANDUNGAN

KATA PENGANTAR : i
Pengarah Pendidikan Sabah
Dr. Mistrine binti Radin ................................................................................................

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tawau ii
Tuan Zamri bin Haji Pehakan .......................................................................................

Pengerusi Lembaga Sekolah iii
Puan Mary Benitez ....................................................................................................... iv
v
Pengetua Cemerlang SM Holy Trinity
Puan Chow Yuet Lee .....................................................................................................

Ketua Editor Jurnal Kajian Tindakan SMHT
Dr. Hjh. Gulson Begum binti Haji Khalid ......................................................................

Sidang Redaksi Jurnal Kajian Tindakan SMHT ................................................................ vi
1
KAEDAH CERITA ADiBSiMBa BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA DAN
MENJAWAB SOALAN ESEI SEJARAH DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA
Gulson Begum Hj Khalid (PhD)

PENCETUS KEMAHIRAN 4C DAN PEMBUDAYAAN MENCINTAI ALAM SEKITAR 14
MELALUI PR0GRAM ‘AKU SMART, SEKOLAH HEBAT
Gulson Begum Hj Khalid & Rosni Binti Ruddin

PROGRAM SIZT BAGI MENGURANGKAN KADAR PELAJAR PONTENG KE SEKOLAH 27
Norzaidah Musappa, Ahmad Jaabi, Alias Selimming & Asmawati Sinluk

KAEDAH ‘KUDAKU’ : PENYELESAIAN KEPADA KEMBANGAN UNGKAPAN ALGEBRA 36
BERULANG
Erdiana Timmong & Hariani Harris

KAEDAH AKRONIM DALAM MENGINGAT ELEMEN REKA BENTUK BAGI PELAJAR 50
TINGKATAN 1
Ruslan bin Rolon & Masrah Junior

PENGGUNAAN KAEDAH AKRONIM BAGI MENINGKATKAN KEBERKESANAN CARA 60
MENGINGAT DALAM MATA PELAJARAN SAINS
Gloria Ngu, Koh Pau Liang, Mimie Marina Lam, Mimie Nuzilah & Fajeriah

TEKNIK PENSTRUKTURAN BERNOMBOR : PENGAPLIKASIAN DALAM 74
MENINGKATKAN DAYA INGATAN PELAJAR TERHADAP STRUKTUR ANATOMI MATA
BAGI SUBJEK SAINS TINGKATAN 3 IXORA
Hajijah Hamsari & Chan Phar Chuen

KASTu2S SEBAGAI TEKNIK MENGUASAI KERTAS 3 SEJARAH SPM 86
Rosni binti Ruddin

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MELUKIS GRAF BAR MUDAH MELALUI 99
KAEDAH “TAK SABAR BERMAIN PXPY” DALAM KALANGAN PELAJAR 3 JASMINE

S.M HOLY TRINITY TAWAU
Suriati binti Iskandar & Sharifah Rubiah binti Awang Hashim

PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PRESTASI 111
PENULISAN KARANGAN NARATIF BAHASA CINA DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN 2 SEKOLAH MENENGAH HOLY TRINITY
Shua Yin Mean

KEBERKESANAN MODUL KARANGAN PASANG SIAPA (KAPAS) 124
TERHADAP PELAJAR HALUS
Sumarni Lapammu

PENGGUNAAN KAEDAH ULANG, ‘CHUNKING’ DAN MAIN DALAM PDPC AYAT 137
HAFAZAN
Nur Atikah binti Miasan & Nuraslinawaty binti Ashan

DEVELOPING ESSAY WRITING SKILLS AMONG UPPER FORM STUDENTS: DEE 150
METHODS
Shahrani Marlinda Jaffar Sidek & Teh Nor Ayu Dahlan

TEKNIK “TUKAR TANDA SELEPAS MERENTASI JAMBATAN” UNTUK 161
MENINGKATKAN PEMAHAMAN DAN PENGUASAAN PERSAMAAN LINEAR DALAM
KALANGAN PELAJAR
Tan Kui Gek & Chung Guan Vun











SM HOLY TRINITY JURNAL ACTION RESEACRB FOR 100 YEARS

SETIAUSAHA 1 EDITOR EDITOR

EDITOR PEREKA GRAFIK EDITOR
vi | P a g e

SM HOLY TRINITY JURNAL ACTION RESEACRB FOR 100 YEARS

PENGETUA CEMERLANG KETUA SIDANG REDAKSI

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 1 PENOLONG KANAN HEM

PENOLONG KANAN KOKUM KETUA BIDANG KEMANUSIAAN
vii | P a g e

SM HOLY TRINITY JURNAL ACTION RESEACRB FOR 100 YEARS

GAMBAR BENGKEL KAJIAN TINDAKAN

JURNAL KAJIAN TINDAKAN DIRASMIKAN OLEH TUAN ABDUL MAJIS, WAKIL PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH TAWAU PADA MAJLIS “PROGRAM 5 DALAM 1 2020” SM HOLY TRINITY, TAWAU

viii | P a g e

SM HOLY TRINITY JURNAL ACTION RESEACRB FOR 100 YEARS

WAKIL PEMBENTANG KAJIAN TINDAKAN

WAKIL PEMBENTANG : PUAN ZAIDA MUSAPPA (UBK)
TAJUK KAJIAN TINDAKAN : “MENGATASI MASALAH PELAJAR RISIKO CICIR DALAM
KALANGAN MENENGAH ATAS DAN MENENGAH RENDAH”.
ix | P a g e

SM HOLY TRINITY JURNAL ACTION RESEACRB FOR 100 YEARS

DARI HADAPAN DAN KE KIRI :
PENGETUA CEMERLANG (PUAN CHOW YUET LEE), DR.GULSON, PN.HAPSIAH,
USTAZAH NUR ATIKAH, PEN. KANAN 1 (EN. ALBANI NAJAWI), PEN. KANAN
KOKUM (EN. SUDERMAN SUNDANG)
DARI HADAPAN DAN KE KANAN :
PENGETUA CEMERLANG (PUAN CHOW YUET LEE), KETUA BIDANG
KEMANUSIAAN (PN. HJH. ROSNI), CIK NADIA, PN. MARIANI, PN. CHUNG GUAN
VUN, EN. CHAN PHAR CHUAN, PEN. KANAN HAL EHWAL MURID (EN. ALIAS
SELLIMING)

x|Page

SM HOLY TRINITY JURNAL ACTION RESEACRB FOR 100 YEARS
BARISAN PENTADBIR DAN SIDANG REDAKSI JURNAL KAJIAN TINDAKAN

2020, SM HOLY TRINITY TAWAU

xi | P a g e

KAEDAH CERITA ADiBSiMBa BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA
DAN MENJAWAB SOALAN ESEI SEJARAH DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN DUA

Gulson Begum Hj Khalid (PhD)

SM Holy Trinity
Peti Surat 60918 Tawau

gulsonkha@gmail.com

ABSTRAK

Sejarah merupakan subjek yang semakin penting dewasa kini dan lulus subjek
tersebut menjadi syarat untuk memperolehi sijil peringkat SPM. Oleh itu, pelajar perlu
menguasai subjek ini di peringkat menengah rendah lagi. Dalam format baru KSSM,
pelajar perlu menjawab soalan esei dan saya dapati markah pelajar bagi beberapa siri
ujian sangat rendah kerana tidak mengingati fakta dan tidak dapat menyusun idea
semasa menjawab soalan esei. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk
membimbing pelajar menguasai kaedah mengingati fakta sejarah dan kemahiran
menjawab soalan esei dalam kalangan 10 orang pelajar tingkatan dua melalui Strategi
ADiBSiMBa. Bagi mencapai objektif kajian, data kualitatif dan kuantitatif dikutip dan
dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk huraian, jadual serta
rajah. Analisis data menggambarkan penggunaan kaedah ini telah berjaya
meningkatkan pencapaian pembelajaran dari aspek pemahaman terhadap keupayaan
mengingati fakta dan kemahiran menjawab soalan. Oleh itu, strategi ini boleh
digunapakai bukan sahaja untuk subjek Sejarah menengah rendah bahkan oleh
pelajar menengah atas dan subjek Bahasa Melayu.

1.0 PENGENALAN

Kurikulum Sejarah adalah untuk menyemai kefahaman murid terhadap Sejarah di peringkat
awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan dan kemahiran sejarah (Ismail,
2013). Adalah menjadi keperluan bagi seorang pelajar untuk mengingat pelbagai fakta sejarah
sejak menengah rendah lagi. Walau bagaimanapun, ramai pelajar merasa sukar untuk
menguasai fakta sejarah. Antara faktor kegagalan dalam penguasaan ilmu, khususnya subjek
sejarah adalah penggunaan teknik atau strategi kognitif yang tidak sesuai selain daripada itu,
sikap malas pelajar. Ketidakupayaan pelajar dalam mengingati fakta perlu dibantu di peringkat
awal lagi agar mereka lebih bermotivasi. Menurut Lee Shok Mee dalam bukunya Psikologi
Pendidikan (1997), menjelaskan bahawa tanpa kebolehan mengingat, segala yang dipelajari
menjadi sia-sia sahaja. Dari segi peperiksaan pula kebolehan mengingat menjadi asas ukuran
1|Page

untuk menentukan sejauh mana seseorang murid telah mencapai pembelajaran. Oleh itu,
kegagalan mengingat fakta atau prinsip sudah tentu akan menjejaskan prestasi calon. Justeru,
calon tersebut dianggap telah gagal dalam pembelajaran. Oleh itu, pelajar memerlukan
kemahiran untuk mengingati fakta agar lebih mudah menguasai PdPc Sejarah dan menjawab
soalan peperiksaan terutama bahagian esei. Melalui strategi ini sebenarnya menunjukkan
bahawa kemampuan ingatan pelajar yang dianggap lemah boleh ditingkatkan.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Saya mengajar subjek sejarah untuk kelas pertengahan Tingkatan 2 dan setiap masa pengajaran
dan pembelajaran sejarah di kelas tersebut, saya peruntukkan masa 10 minit akhir untuk
mengemukakan soalan perbincangan berkaitan topik yang telah diajar bertujuan untuk menilai
tahap pemahaman pelajar berkaitan isi pembelajaran, namun demikian sebahagian besar pelajar
tidak boleh mengingati fakta-fakta penting yang telah disampaikan. Jawapan yang sering saya
terima ialah “saya lupa, cikgu’, sedangkan dalam PdPc saya telah menggunakan bahan bantu
mengajar yang efektif dan menarik seperti peta minda dan PPT tetapi terbukti pelajar masih
gagal menguasai fakta yang telah disampaikan. Situasi ini amat merunsingkan saya kerana
subjek Sejarah terutamanya format baru KSSM (Bhg C) memerlukan pelajar mengingati fakta-
fakta penting bagi membolehkan mereka menyusun fakta dan idea untuk menjawab soalan esei.

Selain itu, berdasarkan analisis markah peperiksaan Ogos juga menunjukkan majoriti pelajar
Tingkatan 2 hanya mampu memperolehi markah 30 hingga 35 dan ada segelintir daripada
pelajar tersebut memperolehi markah di bawah 20. Pelajar ini memperolehi markah tersebut
kerana menjawab soalan bahagian C langsung tidak berkaitan dengan soalan dan ada pula yang
hanya menyalin semula soalan yang diberikan. Pelajar memberi alasan tidak dapat menjawab
soalan esei kerana tiada idea dan lupa fakta meskipun mereka telah mengulangkaji dan
membaca topik tersebut sebelum menduduki ujian.

Setelah menganalisis jawapan pelajar, saya mendapati majoriti pelajar tidak menjawab soalan
bahagian esei dan tidak menunjukkan usaha untuk mejawabnya kerana tidak mengingati fakta,
sedangkan soalan ini menyumbang 40 markah daripada 100 markah penuh peperiksaan. Oleh
itu pelajar ini perlu dibekalkan dengan kaedah untuk meningkatkan kemahiran mengingat fakta
agar mereka berupaya menjawab soalan esei dengan menyusun idea-idea secara teratur dengan
menggunakan panduan khusus.

2|Page

3.0 FOKUS KAJIAN
Berdasarkan kepada permasalahan yang telah dinyatakan, saya telah memfokuskan kajian
tindakan ini kepada perkara berikut:

1. Menentukan langkah-langkah untuk memudahkan pelajar mengingati fakta topik
sejarah dengan lebih efektif.

2. Menentukan cara yang boleh memudahkan pelajar menjawab soalan esei

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini diharapkan akan dapat mencapai objektif di bawah:

4.1 Objektif Am
1. Meningkatkan nilai GMP sejarah Tingkatan 2 dengan peningkatan peratus kelulusan
Sejarah

4.2 Objektif Khusus
1. Meningkatkan daya ingatan pelajar dalam mengingati fakta-fakta Sejarah.
2. Memberi panduan kepada pelajar kaedah menjawab soalan di bahagian C, soalan esei

5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini merupakan kajian tindakan melibatkan data kuantitatif dan kualitatif. Dalam kajian
ini melibatkan seramai 10 orang pelajar Tingkatan 2 kelas pertengahan sebagai responden
kajian dan mereka dikategorikan sebagai pelajar lemah kerana gagal setiap kali ujian dan
peperiksaan. Pemilihan responden ini juga berdasarkan sepanjang sesi PdPc guru, pelajar
menunjukkan respon negatif setiap kali guru bertanya soalan di dalam kelas berkaitan topik
yang telah diajar.

6.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Dalam menjalankan prosedur kajian, pengkaji berpandukan model Kemmis & Mc Taggart
seperti dalam rajah 1, Berdasarkan model tersebut, pengkaji akan mengenal pasti isu melalui
tinjauan awal dengan membuat refleksi. Seterusnya merancang strategi untuk menyelesaikan
isu melalui kaedah ADiBSiMBa dengan memfokuskan kemahiran pelajar dalam mengingati
fakta dan menjawab soalan esei.
3|Page

Mereflek Tinjauan Awal

Muhasabah/Mereflek bagi Pengumpulan data awal bagi
melihat kekuatan & mengesahkan & mengenal
pasti isu sebenar
kelemahan pengurusan
sendiri

Memerhati Merancang

Mengumpul dan Merancang
menganalisis data bagi tindakan/intervensi bagi
menilai keberkesanan mengatasi masalah yg

tindakan dihadapi/difokus

Bertindak

Melaksana tindakan bagi
mengatasi masalah yang

menjadi fokus

Rajah 1: Proses Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart 1998)

6.1 Langkah Melaksanakan Tindakan
Tempoh pelaksanaan proses kajian tindakan ini mengambil masa selama dua bulan, walau
bagaimanapun pelaksanaan intervensi hanya mengambil masa selama 4 minggu dan melalui 3
fasa utama seperti berikut:
Fasa 1: Pengenalan konsep ADiBSiMBa melalui penerangan guru berkaitan konsep dan
aplikasi dalam subtopik
Fasa 2: Pelajar memahami dan menghayati konsep tersebut melalui perbincangan kumpulan
dan pembentangan peta minda dan penceritaan
Fasa 3: Penilaian terhadap penguasaan pelajar berkaitan pembelajaran melalui ujian
peperiksaan akhir tahun dan penilaian persepsi pelajar terhadap strategi melalui sesi temubual.

Fasa 1: Pengenalan Konsep ADiBSiMBa
Langkah 1
Guru menerangkan secara jelas setiap definisi elemen dalam strategi ADiBSiMBa kepada
pelajar melalui nota ringkas, seperti rajah di bawah

4|Page

Apa Dimana
A
Di

Bila B Tajuk utama Si Siapa

M Ba
Mengapa
Bagaimana

Rajah 2: 6 Elemen Strategi Intervensi
Langkah 2
Bagi memastikan pelajar benar-benar faham dan menguasai kemahiran ini, guru akan memberi
contoh kaedah mengaplikasi elemen strategi ADiBSiMBa dalam salah satu topik sejarah.
Seperti jadual berikut:

Jadual 1: Elemen ADiBSiMBa Dan Aplikasinya Dalam Topik
Bil Elemen Sub Topik 8.2; Hubungan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri

Sembilan dan Perlis dengan negeri-negeri Melayu lain

1A Kata tanya yang pertama Asas hubungan Kerajaan Kedah,
2 Di
dari rumus ini adalah Apa. Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Kata tanya ini berisi dengan negeri-negeri Melayu

pertanyaan mengenai berdasarkan keserumpunan, geografi

permasalahan atau hal yang dan agama.

terjadi pada suatu

peristiwa.

Pertanyaan-pertanyaan Hubungan dengan Cina, Siam, Arab
mengenai tempat atau dan Kemboja
lokasi sebuah peristiwa
terjadi

5|Page

3B Pertanyaan-pertanyaan Pada abad ke 15
4 Si mengenai waktu terjadinya Pada tahun 1775
5M peristiwa, berita atau Abad ke 20

6 Ba cerita yang terjadi

Kata Siapa mengandung Sultan Mahmud Shah
pertanyaan-pertanyaan Sultan Terengganu
mengenai pelaku atau Syed Hussin
orang lain dari sebuah
peristiwa yang terjadi

Menjelaskan faktor Tujuan hubungan luar adalah:
kejadian sesuatu perkara 1.Memperukuhkan kedaulatan
atau kepentingan 2.Mendapatkan pengiktirafan
perisitwa. Alasan terjadinya
sesuatu peristiwa

kedaulatan kerajaan

3.Memakmurkan negeri

Pertanyaan-pertanyaan Cara jalinan hubungan luar melalui:
yang mengandungi cara
atau proses bagaimana Cth: Perkahwinan- Perkahwinan
terjadinya suatu peristiwa diraja antara kerajaan. Raja Syed
Hussin (Raja Perlis) berkahwin
dengan Tengku Nor Asiah (cucunda
sultan Kedah)

Fasa 2: Pelajar Mengaplikasi Strategi ADiBSiMBa Dalam Tugasan
Fasa ini sangat penting kerana dalam fasa ini merupakan penentuan kefahaman pelajar terhadap
konsep yang telah dipelajari dan dalam fasa ini akan melibatkan beberapa siri langkah seperti
berikut:
Langkah 1
Selepas selesai penerangan konsep dan contoh aplikasi ADiBSiMBa, guru meminta pelajar
duduk dalam kumpulan dan diagihkan tugasan-tugasan untuk dibincangkan oleh pelajar dalam
kumpulan.

6|Page

Gambar 1
Langkah 2
2.1 Pelajar perlu menyempurnakan tugasan dengan menggunakan kaedah ADiBSiMBa
2.2 Kumpulan akan merumuskan jawapan-jawapan tugasan dengan menjawab semua

persoalan ADiBSiMBa melalui peta minda,
2.3 Wakil setiap kumpulan akan membentangkan paparan peta minda dan disampaikan

melalui penceritaan.

Gambar 2 Gambar 3

Langkah 3
Selepas sesi perbincangan, pelajar diminta membentangkan hasil perbincangan dalam bentuk
peta minda oleh wakil kumpulan. Wakil kumpulan akan menyampaikan penceritaan berkaitan
tugasan yang diberikan berdasarkan peta minda

7|Page

Langkah 4
Sesi soal jawab rakan serta ulasan dari guru berkaitan pembentangan pelajar dan
penambahbaikan.
Langkah 5
Seterusnya pelajar lain akan mencatat nota sebagai nota ringkas mereka dan sebagai tindakan
pengukuhan, guru meminta pelajar melengkapkan buku kerja berkaitan topik yang dipelajari.

Fasa 3: Penilaian
Langkah 1
Minggu keenam, ujian dijalankan sebagai kaedah menilai penguasaan pelajar dalam mengingat
fakta sejarah dan kemahiran pelajar menjawab soalan esei bahagian C.
Langkah 2
Selain daripada menilai keberkesanan kaedah terhadap peningkatan pencapaian pelajar, saya
juga mentadbir soal selidik untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap keberkesanan strategi
ADiBSiMBa dalam membantu pelajar. Kaedah soal selidik ini ditadbir dengan mengutarakan
5 item untuk menilai persepsi pelajar terhadap strategi tersebut.

7.0 RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

Selepas 5 minggu pelajar dilatih menggunakan strategi ini, saya telah menjalankan ujian
penilaian pada minggu yang keenam dan ujian ini dianggap sebagai ujian pos untuk mengetahui
sejauh mana pelajar saya benar-benar menguasai kemahiran mengingati fakta. Jadual 2
menunjukkan data ujian pos yang telah saya kumpulkan berbanding ujian pra yang telah saya
jalankan sebelum pelajar didedahkan dengan strategi ADiBSiMBa.

Jadual 2: Analisis perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos

Responden Ujian Pra Ujian Pos

Esei Bhg C (40M) Esei Bhg C (40M)

1 10 22
28 21
3 14 24
4 15 29
5 16 28
6 11 23
7 14 27
8 14 26
9 10 26
10 9 21

8|Page

Setelah ujian pos selesai dianalisis, saya belum berpuas hati dan tidak bergantung semata-mata

di atas pencapaian tersebut. Langkah seterusnya saya telah membuat satu tinjauan ringkas

menggunakan borang soal selidik untuk melihat persepsi pelajar terhadap keberkesanan

strategi ini. Dapatan analisis menunjukkan kesemua responden bersetuju intervensi yang

dijalankan dapat menarik minat mereka terhadap pembelajaran sejarah dan mereka lebih

mudah mengingati fakta semasa menjawab soalan. Selain itu, mereka dapat menjawab soalan

dengan mengatur idea-idea dengan lebih tersusun dengan berpandukan strategi tersebut.

Dapatan analisis soal selidik seperti dalam jadual 3, di bawah

Jadual 3: Analisis Soal Selidik Persepi Pelajar

Item Ya Tidak

1. Adakah kamu suka pengajaran fakta sejarah 10 0

melalui strategi ADiBSiMBa

2. Adakah kamu lebih mudah mengingat fakta 10 0

sejarah dengan adanya ADiBSiMBa

3. Adakah kamu merasakan kaedah ini menarik 10 0

perhatian kamu untuk mempelajari sejarah

4 Adakah kamu dapat menyusun fakta sejarah 10 0

dengan lebih teratur dan mudah semasa

menjawab soalan esei dengan berpandukan

konsep ADiBSiMBa

5 Adakah dengan cara ini membuatkan anda lebih 10 0

cepat menghafal fakta sejarah

8.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI KAJIAN
Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan strategi ADiBSiMBa dapat membantu murid untuk
mengingat dan menguasai fakta sejarah dengan lebih cepat. Murid dapat mengingat fakta
subtopik (subtajuk) sejarah dengan lebih mudah melalui penceritaan dengan berpandukan 6
konsep dan hal ini dapat memandu pelajar menyusun isi penting melalui penceritaan berfokus.

Keberkesanan strategi ini juga dapat dilihat berdasarkan sesi pengukuhan guru dengan pelajar
di setiap sesi pembelajaran. Murid dapat menjawab soalan-soalan lisan berkaitan topik

9|Page

pembelajaran dengan tepat dan jelas. Di samping itu, murid menunjukkan penglibatan yang
lebih memberangsangkan berbanding kaedah sebelumnya.

Perkembangan tersebut juga jelas dilihat melalui persepi pelajar selepas kaedah dilaksanakan.
Majoriti responden dapat menjawab soalan-soalan esei ringkas dan melalui soal selidik yang
ditadbir menunjukkan 90% pelajar bersetuju bahawa kaedah ini sangat membantu mereka
dalam menjawab soalan peperiksaan esei.

Berdasarkan pemerhatian guru sepanjang sesi intervensi selama 4 minggu juga menunjukkan
pelajar sangat seronok semasa sesi pembentangan dan mereka mempunyai keupayaan untuk
membentangkan fakta sejarah dengan lancar kerana mereka memahami fakta tersebut, malah
intervensi ini dikatakan sangat menarik yang membuatkan semangat mereka untuk
mempelajari sejarah itu semakin meningkat. Ternyata, intervensi ini berjaya membuatkan
mereka suka dan seronok untuk mempelajari topik sejarah.

Melalui analisis dokumen, pencapaian pelajar dalam ujian pos menunjukkan markah bagi 10
orang pelajar yang merupakan sampel kajian telah menunjukkan peningkatan yang positif.
Keupayaan mereka dalam mengingati fakta sejarah juga boleh dilihat melonjak ke tahap yang
cemerlang apabila mereka dapat menjawab soalan esei. Kategori lemah dan sederhana tidak
tampak lagi selepas intervensi, malahan 3 orang daripada responden menunjukkan perubahan
yang drastik berbanding ujian pra.

Dalam bahagian ini juga, pengkaji membincangkan aspek kekuatan dan kelemahan intervensi
ini. Dari aspek kekuatan, kaedah ini mudah dilaksanakan tanpa persediaan yang rumit. Pengkaji
hanya perlu memahami dan menguasai sebaik mungkin 6 elemen intervensi ini supaya dapat
memberi penerangan yang lebih jelas kepada pelajar. Kaedah ini juga sesuai digunakan dalam
kalangan pelajar menengah rendah kerana mereka suka bercerita tetapi intervensi akan
membantu mereka bercerita secara berfokus.

Selain daripada kekuatan, tidak dapat dinafikan intervensi ini juga mempunyai kelemahan.
Antara kelemahan yang jelas iaitu di peringkat awal, pengkaji memerlukan masa yang agak
lama untuk memastikan setiap pelajar memahami dan seterusnya mengapilikasi 6 konsep yang
digunakan dalam penceritaan mereka berpandukan subtopik (subtajuk) sejarah semasa
intervensi dilaksanakan. Oleh itu, dicadangkan penambahbaikan dengan menggunakan konsep
10 | P a g e

video dan audio bagi menerangkan konsep strategi agar pelajar lebih tertarik dan mudah faham.
Sekiranya penambahbaikan dilakukan sudah pasti kualiti strategi ini lebih baik dan berimpak
tinggi.

Oleh itu, kaedah ini sememangnya sesuai untuk digunakan oleh guru-guru sejarah untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran disampaikan kepada murid. Mesej yang
ingin disampaikan kepada murid akan lebih jelas dan sekaligus membuatkan murid lebih pantas
untuk mendapat input melalui proses belajar kaedah pembelajaran process on learning. Kaedah
ini juga dapat membantu pelajar berfikir secara kreatif melalui penjanaan idea dan
mengembangkan idea dan hal ini selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke- 21.

Jika dilihat semula peringkat awal sampel yang dipilih murid telah menunjukkan kurang minat
terhadap PdPc Sejarah dan mereka tidak yakin untuk menjawab soalan-soalan guru. Mereka
sering kali mengelak untuk berkerjasama dalam perbincangan kumpulan. Namun setelah
melalui intervensi ini dengan melibatkan 3 langkah iaitu penerangan guru, perbincangan dan
pembentangan menggunakan strategi ADiBSiMBa telah membantu semua responden lebih
berani menjawab soalan-soalan guru. Perkara ini adalah kerana responden mempunyai
keyakinan menyampaikan dengan berpandukan 6 elemen intervensi tersebut.

9.0 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN

Dapatan kajian serta kesan daripada pengunaan strategi ini menunjukkan terdapat perubahan
terhadap pencapaian dan penguasaan kemahiran menjawab soalan terutama soalan sejarah
bahagian C iaitu soalan esei. Di samping itu, terdapat perubahan sikap positif pelajar terhadap
pembelajaran sejarah. Melalui refleksi dapatan kajian ini, saya berpendapat beberapa cadangan
perlu dibuat untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan penguasaan kemahiran pelajar melalui
kajian seterusnya. Antara cadangan penambahbaikan iaitu memberi penerangan awal kepada
pelajar berkaitan konsep ADiBSiMBa melalui video dan audio supaya lebih menarik.

Sekiranya penambahbaikan dibuat, sudah pasti kaedah ini bukan sahaja sesuai digunakan
dalam PdPc sejarah, malah subjek lain seperti Bahasa Melayu juga boleh mengubahsuai kaedah
ini bagi membantu pelajar menjana idea untuk menghasilkan penulisan karangan yang
berkualiti. Strategi ini akan membantu pelajar meneroka minda mereka untuk mencari jawapan
11 | P a g e

bagi setiap persoalan dan akhirnya akan mendorong mereka berfikiran aras tinggi untuk
menjawab elemen ke 5 dan 6 iaitu Mengapa dan Bagaimana (MBa).
Selain itu, bagi saya kaedah ini juga secara tidak langsung boleh digunakan oleh guru-guru
sejarah dalam menyediakan ringkasan penyampaian pengajaran. Guru akan meringkaskan isi-
isi penting untuk disampaikan kepada murid secara berperingkat agar pelajar dapat memahami
isi pembelajaran secara kontruktivisme. Oleh itu, hal ini akan dapat membantu menghasilkan
pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran,
memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan
6 elemen intervensi dengan jelas. Oleh itu, pada masa akan datang, Panitia Bahasa Melayu
dan pentadbir boleh menjalankan kajian tindakan untuk melihat keberkesanan intervensi
tersebut dalam PdPC guru dan kaedah penyampaian guru.

12 | P a g e

RUJUKAN
Coffy. A & Atkinson, P. (1996). Making sense of qualitative data. Thousand oaks. CA: Sage
Chow Fook Meng Phd& Jaizah Mahamud, (2011). Kajian Tindakan Konsep & Amalan dalam
Pengajaran. Selangor: Penerbt Multimedia Sdn Bhd
Kemmis, Stephen and Robin Mc Taggart (.1988). The Action Research Planner. Melbourne
Deakin University Press
Tang Geok Ling. (2005). Meningkatkan keupayaan pelajar mengingat fakta sejarah dengan
menggunakan kaedah mneumonik.” Dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 3-4
Oktober 2005. Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Sri Aman dan MP Batu Lintang,
Kuching Sarawak, 97-107.

13 | P a g e

PENCETUS KEMAHIRAN 4C DAN PEMBUDAYAAN MENCINTAI ALAM
SEKITAR MELALUI PR0GRAM ‘AKU SMART, SEKOLAH HEBAT’

Gulson Begum Hj Khalid
Rosni Binti Ruddin

SM Holy Trinity Tawau

gulsonkha@gmail.com
bungaputeri13@gmail.com

ABSTRAK

Kajian tindakan ini berfokuskan inisiatif penerapan kemahiran 4C (kolaboratif,
komunikasi, berfikir secara kritikal, kreativiti) di samping pembudayaan mencintai alam
sekitar dalam kalangan pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang murid
Tingkatan 2 yang dikategorikan berada pada tahap sangat lemah dalam kemahiran
4C. Meskipun guru menyampaikan PdPc melalui pendidikan secara formal dengan
menerapkan kemahiran 4C tetapi pelajar ini kurang menunjukkan kemahiran 4C.
Sehubungan dengan itu, kami telah mengambil inisiatif untuk mencetus asas
kemahiran 4C dalam kalangan pelajar di samping memupuk budaya cintakan alam
sekitar dengan melaksanakan program Aku Smart, Sekolah Hebat’ . Dalam program
ini 20 orang pelajar terlibat akan mengikuti beberapa fasa program dan dimulai dengan
sesi pertandingan mereka bentuk produk secara bekerjasama dari bahan terbuang,
fasa kedua kumpulan sesi pembentangan dan diakhiri dengan sesi penilaian. Dapatan
kajian melalui data pemerhatian dan soal selidik menunjukkan bahawa intervensi yang
dilaksanakan telah memberi kesan positif kepada perubahan tingkah laku pelajar.
Diharapkan kajian tindakan ini dapat diteruskan dan ditambahbaik dengan
memasukkan aktiviti menggunakan kemudahan teknologi supaya ia lebih bermakna
dan dijadikan salah satu rujukan dalam pemupukan kemahiran 4C, seterusnya
membawa kepada usaha pembudayaan mencintai alam sekitar sekolah untuk
melahirkan generasi yang berkemahiran dan mempunyai nilai positif terhadap alam
sekitar.

1.0 PENGENALAN

Bilik darjah merupakan nukleus asas iaitu ruang berlakunya perubahan dalam bidang

pendidikan bagi membolehkan murid-murid abad ke-21 bersaing di persada global. Justeru,

mereka perlu dilengkapi dengan kemahiran kolaboratif, komunikasi, berfikiran kritikal dan

kreativiti (Roekel, 2017). Rangka Pembelajaran Abad ke-21 yang dibangunkan oleh

Partnership (Partnership for 21st Century Skills, 2011) sejak tahun 2002 dianggap terlalu

kompleks kerana mengandungi 18 kemahiran yang difokuskan (Roekel, 2017). Oleh itu,

American National Education Association bersama-sama dengan beberapa organisasi

pendidikan utama US telah merumuskan 18 kemahiran tersebut ke dalam kerangka 4C (Roekel,

2017). Kerangka 4C terdiri daripada kemahiran kolaboratif, komunikasi, berfikiran kritikal
14 | P a g e

dan kreativiti. Walau bagaimanapun, tidak semua kemahiran ini boleh dijana di dalam kelas,
sebaliknya memerlukan sistem pendidikan informal yang berlaku di luar kelas bagi menarik
minat pelajar terhadap kemahiran 4C. Kemahiran ini juga perlu digunapakai sebaik mungkin
secara serampang dua mata, yakni membentuk persekitaran alam sekitar yang positif.
Sehubungan dengan itu, bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing mereka perlu
dipupuk dengan kemahiran 4C sekaligus mempunyai nilai murni menghargai alam sekitar.

2.0 REFLEKSI

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, dasar pendidikan meneruskan agenda penghasilan
modal insan yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga berkemahiran dan memiliki sikap
positif untuk terus maju dalam ekonomi global. Selaras dengan itu, aspirasi murid yang ingin
dibentuk adalah murid yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikiran kritis, dan
kemahiran kepemimpinan. Warga pendidik memainkan peranan amat penting bagi menggalas
amanah besar dalam membentuk generasi muda masa kini dengan budaya pemikiran aras
tinggi, kreatif, inovatif dan bersifat futuristik (Dato’ Seri Mahdzir, 2017).

Walau bagaimanapun, kami mendapati pelajar kelas yang kami ajar kurang menunjukkan
keupayaan menguasai kemahiran 4C. Situasi ini dapat diperhatikan semasa sesi pembelajaran
di dalam kelas. Apabila pelajar diajukan latihan soalan KBAT yang memerlukan palajar
berfikir dengan memberi pandangan atau hujah kebanyakan mereka membiarkan sahaja soalan
itu tanpa jawapan dan ada antaranya hanya menyalin semula soalan. Selain itu, pelajar ini lebih
banyak bergantung kepada guru dalam menyelesaikan sepenuhnya masalah mereka tanpa
mahu berfikir. Apa yang menyedihkan lagi apabila guru mengajukan soalan-soalan mudah di
dalam kelas, pelajar kurang keyakinan diri untuk menjawab soalan dan mereka langsung tidak
mahu berfikir.

Senario ini sangat merisaukan guru terhadap keupayaan mereka dalam menguasai kemahiran
4C, meskipun kebanyakan guru-guru telah menyampaikan PdPc dengan menerapkan
kemahiran 4C namun usaha ini kurang memberi impak kepada pelajar tersebut. Oleh itu, kami
telah memikirkan satu inisiatif lain untuk membantu mencetuskan kemahiran 4C dalam sampel
kajian melalui aktiviti Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI). Hal ini adalah kerana pelajar
kelas akhir ini lebih seronok membuat aktiviti luar kelas dan mereka lebih mudah mengikuti
pembelajaran melalui hands on. Inisiatif kami ini selaras dengan artikel Kementerian
15 | P a g e

Pendidikan Malaysia, 2012 iaitu menyatakan bahawa dalam proses pelaksanaan transformasi
pendidikan abad ke-21 dengan penerapan 4C memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar
setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh itu, kajian
tindakan ini merupakan satu usaha untuk memahami dan menambahbaik proses pencetusan
kemahiran 4C di samping memupuk budaya cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar
terutama pelajar kelas belakang.

3.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini memfokuskan permasalahan utama yang dihadapi oleh pelajar iaitu:
1. Pelajar tidak mempunyai kemahiran 4C dan perlu didorong agar tercetus kemahiran ini

dalam diri pelajar.
2. Pelajar kurang kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini telah ditetapkan objektif kajian umum dan khusus seperti berikut;

4.1 Objektif Umum
Objektif umum kajian tindakan ini adalah untuk:
Penerapan kemahiran 4C dan pembudayaan mencintai alam sekitar melalui aktiviti SERASI
dalam kalangan pelajar kelas belakang.

4.2 Objektif Khusus
Secara khususnya, objektif-objektif bagi kajian tindakan ini adalah seperti berikut:

1. Meninjau tahap penerapan kemahiran 4C dan pembudayaan mencintai alam sekitar
dalam kalangan pelajar.

2. Mencetuskan kemahiran 4C dalam kalangan pelajar melalui aktiviti SERASI.
3. Mengadakan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang ceria.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini adalah 20 orang murid-murid Tingkatan 2 dari
kelas Hibiscus dan Ixora. Mereka terdiri dari pelajar yang lemah dan kurang menunjukkan
kemahiran 4C berdasarkan pemerhatian guru semasa PdPc di dalam kelas.

16 | P a g e

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Reka bentuk kajian yang telah digunakan dalam penyelidikan ini adalah berasaskan model
kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1998). Model tersebut menyarankan empat langkah
kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti berikut:
i. Mereflek (Reflect)
ii. Merancang (Plan)
iii. Bertindak (Action)
iv. Memerhati (Observe)

Dalam bahagian ini akan dibincangkan langkah ketiga iaitu bertindak. Bagi memastikan
objektif tercapai, sampel kajian akan melalui beberapa fasa aktiviti dalam program ‘AKU
SMART, SEKOLAH HEBAT’ iaitu:
Fasa 1 : Sampel akan mereka bentuk produk yang boleh memberi impak kepada rakan lain

atau sekolah dengan menggunakan bahan terbuang.
Fasa 2 : Kumpulan akan membentangkan hasil produk dan mempromosikannya kepada

rakan di Sudut Speaker Corner dan kawasan sekolah yang terpilih.
Fasa 3 : Penilaian terhadap hasil produk sampel.

6.1 LANGKAH MELAKSANAKAN TINDAKAN

Tempoh pelaksanaan program ‘AKU SMART, SEKOLAH HEBAT’ ini selama 3 minggu, iaitu
pelajar diberi masa 3 minggu untuk menghasil produk dan minggu ke- 4 diadakan sesi penilaian
hasil produk setiap kumpulan. Langkah-langkah bagi setiap fasa adalah seperti berikut:

Fasa 1: Pengenalan dan pelaksanaan Program

Langkah 1: Pengagihan sampel seramai 20 orang dalam 4 kumpulan.
Langkah 2: Taklimat guru berkaitan prosedur pelaksanaan program ‘AKU SMART,
SEKOLAH HEBAT’ dengan memperkenalkan kaedah PBL [Project Based

Learning] dalam melaksanakan projek SERASI ini (Rujuk Rajah 1)

17 | P a g e

Rajah 1: Prosedur pelaksanaan Program ‘AKU SMART, SEKOLAH HEBAT’

Langkah 3: Pelajar dikehendaki mereka bentuk produk yang boleh memberi impak kepada
rakan lain atau sekolah dengan menggunakan bahan terbuang dan bahan kitar
semula atau memanfaatkan ruang usang di kawasan sekolah.

Gambar 1: Taklimat kepada kumpulan sasaran pelajar
18 | P a g e

Fasa 2: Pembentangan

Langkah 1: Sesi pembentangan dilaksanakan secara berfasa yakni di sudut speaker
corner , pada waktu rehat (dalam masa 10 minit). Juga di kawasan yang
berkenaan/terpilih. Setiap kumpulan akan membentang pada hari berbeza
Isnin hingga Khamis (pada waktu rehat) dan ada kumpulan pada
pelaksanaan waktu hari kokurikulum (Rabu).

Tajuk: Pastel pot flower. Tajuk: Mural Kebangsaan

Tajuk: Sabun organik beraromaterapi. Tajuk: Kuntum hiasan daripada botol mineral.

Gambar 2: Sesi pembentangan kepada kumpulan penilai.

19 | P a g e

Fasa 3 : Penilaian
Langkah 1: Kumpulan penilai dibentuk daripada Jawatankuasa SERASI dan guru.
Langkah 2: Penilaian dibuat berdasarkan hasil produk dan kemahiran 4C sampel sepanjang

pelaksanaan projek.
Langkah 3: Penganugerahan Sijil Penghargaan Aku Smart Sekolah Hebat bagi semua

kumpulan yang berjaya dan sumbangan hamper.

Kumpulan Pastel Pot Flower Kumpulan Kuntum Hiasan Dinding

Kumpulan Mural Kebangsaan Kumpulan Sabun organik beraromaterapi.

Gambar 3: Sesi penghargaan kepada setiap kumpulan.

20 | P a g e

Bagi memastikan program ini memberi impak terhadap kemahiran 4C dan perubahan sikap
pelajar terhadap sekolah sebagai rakan alam sekitar, kami telah menjalankan soal selidik
ringkas untuk mendapatkan maklum balas sampel terhadap keberkesanan program.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam membincangkan hasil dapatan kajian, kami akan menggunakan data kuantitatif dan data
kualitatif. Data kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang diajukan kepada 20 pelajar
sebagai sampel kajian dan mereka diminta menjawab Ya atau Tidak bagi setiap pernyataan
yang diberikan mengikut kategori 3C. Data hasil soal selidik telah dianalisis dan digunakan
untuk menentukan sama ada dua objektif kajian tercapai atau sebaliknya.

Berdasarkan kajian ini, objektif pertama iaitu mencetuskan kemahiran 4C dalam kalangan
pelajar melalui program ‘Aku Smart Sekolah Hebat’ tercapai. Dapatan kajian kuantitatif
dilaporkan menggunakan peratus berdasarkan tiga aspek tumpuan kajian iaitu kreativiti
(creativity), pemikiran kritis (critical thinking) dan kolaboratif (collaborative) seperti jadual di
bawah. Manakala aspek C terakhir iaitu komunikasi (communication) akan dinilai melalui data
kualitatif berdasarkan data pemerhatian.

Jadual 1: Dapatan Item Soal Selidik Berkaitan Elemen 3C

BIL ITEM BIL YA BIL TIDAK

A. Kreativiti (creativity) 20 0
17 3
A1 Kami berbincang sebelum menetapkan produk yang ingin 16 4
dihasilkan
14 6
A2 Setiap ahli kumpulan kami akan memberi pandangan masing- 19 1
masing untuk menghasilkan produk

A3 Kami menggunakan bahan terbuang untuk menghasilkan
produk kami

B. Pemikiran Kritis (Critical Thinking)

B1 Kami telah merancang dengan teliti sebelum memulakan
kerja-kerja menghasilkan produk pilihan

B2 Kami mempunyai alasan tersendiri mengapa kami memilih
produk tersebut

21 | P a g e

B3 Kami juga menerima pandangan rakan rakan lain sebelum 20 0
memulakan pelaksanaan projek kami
17 3
C. Kolaboratif (Collaborative) 16 4
17 3
C1 Setiap ahli diagihkan tugas masing masing berdasarkan 176 24
keupayaan ahli

C2 Kami bersama-sama menyiapkan projek ini

C3 Setiap ahli memberi sumbangan masing-masing dalam
menjayakan projek ini
JUMLAH

Selain dari data kuantitatif, kajian ini juga menggunakan data kualitatif melaui kaedah
pemerhatian dan analisis dokumen (gambar) bagi menghuraikan objektif kajian pertama. Data
pemerhatian dibuat semasa kumpulan mengadakan sesi perbincangan untuk menentukan
pemilihan produk dan proses menghasilkan produk. Melalui data pemerhatian, melalui
instrumen catatan lapangan menunjukkan sampel dalam kumpulan mempunyai sikap saling
berkerjasama dan berbincang untuk membuat keputusan berkaitan produk yang ingin
dihasilkan. Data ini menyokong hasil data kuantitatif di atas. Dalam situasi perbincangan ini
mula mencetuskan kemahiran kritikal iaitu kemahiran menjana idea. Sebelum membuat
keputusan, ahli bersama membincangkan kepentingan dan impaknya produk yang mereka
pilih.

Bergotong-royong menyediakan hasil
setelah kata sepakat diperolehi.

22 | P a g e

Hasil perbincangan, kumpulan ini
memanfaatkan tunggul pokok sebagai
percubaan produk kuntum hiasan mereka.

Perbincangan berlangsung terlebih dahulu
sebelum bersetuju melaksanakan projek

dengan bantuan guru pembimbing.
Gambar 4: Sesi perbincangan dan proses pelaksanaan projek
Selain itu, sampel kajian juga menunjukkan kemahiran berkomunikasi dengan membentangkan
hasil produk dan mempromosikan dengan rakan sekolah melalui aktiviti pembentangan.
Melalui siri pembentangan ini juga dapat mencetuskan kemahiran berfikir secara kritikal
kerana mereka perlu berkeyakinan untuk mempromosikan produk mereka dengan
menghuraikan kehebatan produk mereka.

23 | P a g e

Pelajar bergilir membuat pembentangan.

Pengagihan tugas yang jelas, ada pelajar
membentang, manakala pelajar lain membuat

demonstrasi menghasilkan produk.

Gambar 5: Sesi Pembentangan
Objektif kedua iaitu mengadakan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang ceria.
Berdasarkan analisis data kuantitatif iaitu soal selidik item A3 menunjukkan kemampuan
sampel menggunakan bahan buangan untuk menghasilkan produk pilihan mereka untuk
menceriakan sekolah. Melalui data pemerhatian juga telah membuktikan bahawa sampel kajian
berjaya menghasilkan pelbagai produk antaranya bunga hiasan dinding daripada botol mineral
yang telah digunakan, sabun daripada bahan organik, pasu bunga dan sebagainya. (Rujuk
gambar di bawah).

Pastel pot flower Sabun organik beraromaterapi
24 | P a g e

Mural Kebangsaan Kuntum hiasan dinding

Gambar 6: Hasil produk setiap kumpulan

8.0 RUMUSAN

Maka dengan demikian, objektif yang telah ditetapkan awal telah dapat dicapai. Penglibatan
pelajar secara hands on untuk projek yang dilaksanakan, memang benar-benar dapat
memberi pengalaman yang sangat menarik, dan tentunya menyeronokkan mereka menimba
ilmu dan pengetahuan berbanding di dalam kelas. Malah, selain kemahiran 4C, para pelajar
juga akan memperolehi pelbagai kemahiran soft skills sebagai nilai tambah yang kurang
diperolehi melalui pdpc di dalam kelas khasnya untuk kategori kelas aras sederhana dan
aras lemah ini. Contohnya nilai bertanggungjawab, yakin diri, bantu-membantu dan
sebagainya.

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sebagai langkah seterusnya, dicadangkan untuk program sebegini diberi ruang yang lebih
daripada pihak pentadbir sekolah agar perkara ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Contohnya melalui penglibatan daripada unit Kokurikulum mahupun dalam unit Hal Ehwal
Murid (HEM). Di dalam unit Kurikulum, selain digunakan sebagai alternatif kedua, selain
PdPc di dalam kelas, JK Kurikulum juga boleh menggunakan panitia untuk menghasilkan PLC
yang menjadikan aktiviti luar bilik darjah sebagai modusnya.

25 | P a g e

RUJUKAN
Jabatan Perdana Menteri. (2017). Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020. Putrajaya.
Retrieved from http://www.epu.gov.my/ms/rmk/rancangan-malaysia-kesebelas-2016-2020
Kemmis, S., & McTaggart, R. (1998). The action research planner. Geelong, Australia:
Deakin University Press.
Partnership for 21st Century Skills. (2011). Framework for the 21st century learning.
Retrieved April 3, 2015, from http://www.p21.org/our-work/p21-framework
Roekel, D. Van. (2017). Preparing 21st century sudents for a global society. Washington,
DC: National Education Association. Retrieved from http://www.nea.org/assets/docs/A-
Guide-to-Four-Cs.pdf

26 | P a g e

PROGRAM SIZT BAGI MENGURANGKAN KADAR PELAJAR PONTENG KE
SEKOLAH

Norzaidah Musappa
Ahmad Jaabi

Alias Selimming
Asmawati Sinluk

SM Holy Trinity Tawau

ABSTRAK

Isu ponteng sekolah semakin meningkat dan ini dapat dilihat melalui peratus kes
ponteng yang dicatatkan oleh Unit Disiplin semakin meningkat setiap bulan.
Kebanyakan pelajar yang ponteng menganggap isu ponteng sebagai perkara biasa
meskipun pihak unit disiplin dan guru kelas telah mengambil tindakan segera untuk
menghubungi ibu bapa agar pelajar ini lebih berdisiplin, walau bagaimanapun, pelajar
yang sama akan mengulangi kes ponteng ini. Oleh itu Unit Bimbingan Dan Kaunseling
(UBK) sekolah mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar ponteng pelajar dengan
melaksanakan program SIZT terhadap 12 orang pelajar tingkatan 5. Pelajar Tingkatan
5 ini menjadi sasaran kajian kerana mereka bakal menduduki SPM dan langkah awal
mengelakkan pelajar cicir. Dalam modus operandi program SIZT ini dimulai dengan
melaksanakan soal selidik untuk melihat punca berlaku ponteng, Bengkel Intervensi
SPOT, aktiviti Ziarah Cakna dan tindakan susulan dengan melaksanakan temuramah
dengan ibu bapa murid. Program ini membolehkan Unit Bimbingan Dan Kaunseling
memahami isu yang dialami murid dan ahli keluarga mereka dan seterusnya pihak
sekolah berusaha membantu memotivasikan murid hadir ke sekolah. Program ini telah
berjaya mengurangkan kadar ponteng dalam kalangan sampel kajian di samping
memberi peluang kerjasama antara ibu bapa dan guru dalam menangani isu tersebut.
Adalah diharapkan program ini akan terus ditambahbaik dengan melibatkan guru-guru
kelas dan dilaksanakan bagi menangani masalah ketidakhadiran serius dan risiko cicir.
Selain itu, hasil program ini juga akan menjadi ruang dan peluang bagi para guru dan
ibu bapa berkongsi pandangan dan membincangkan bersama intervensi
permasalahan murid bagi memastikan agenda pelan pembangunan pendidikan ke
arah kemenjadian murid cemerlang sahsiah dan akademik tercapai.

1.0 REFLEKSI KAJIAN

Pada masa kini masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid sama ada menengah atas atau

menengah rendah semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Purata setiap tahun unit disiplin

mengemukakan rekod sebanyak 12 kes buang sekolah, berhenti secara sukarela dan penerima

surat amaran kedua dan ketiga. Ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab dan tiada surat

makluman daripada ibu bapa menyebabkan guru-guru mentakrifkan mereka sebagai ponteng

sekolah. Murid-murid ini merupakan mereka yang telah menerima surat amaran pertama dari

bulan Januari - Februari 2019. Satu program perlu dijalankan untuk menangani dan

mengurangkan kes ponteng sekolah. Melalui program yang dijalankan dapat mengurangkan

27 | P a g e

masalah pelajar ponteng dalam kalangan murid dan dalam masa yang sama membantu
meningkatkan kehadiran murid-murid yang sudah menerima surat amaran pada bulan Januari
- Mac 2019 agar tidak tercicir dalam persekolahan sehingga tamat Tingkatan 5

2.0 FOKUS KAJIAN
Program SIZT ini dilaksanakan untuk mengurangkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan
murid sesi pagi iaitu seramai 20 orang murid yang telah menerima surat amaran pertama pada
bulan Januari – Mac 2019 dan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan dan dianggap ponteng.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum :

Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah bagi tahun 2019.

3.2 Objektif Khusus :

1. Mengurangkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan murid yang
menerima surat amaran pertama agar tidak dikenakan amaran ketiga dan
diberhentikan sekolah.

2. Meningkatkan kerjasama ibu bapa dan guru bagi meningkatkan kehadiran
pelajar ke sekolah.

4.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
4.1 Tinjauan Awal

Analisis peratus kehadiran murid dilakukan dan didapati peratus kehadiran pelajar pada bulan
Januari sebanyak 95.91%, Februari 93.74% dan Mac 94.16%. Rekod peratusan ini tidak
konsisten sekaligus tidak mencapai Standard Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Analisis awal mendapati 12 buah kelas yang tidak mencapai KPI 95% kehadiran ke sekolah
sepanjang bulan Januari hingga Mac bagi tahun 2019. Berdasarkan siasatan oleh Unit Disiplin
28 | P a g e

dan soal selidik daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) dapat dirumuskan bahawa
masalah ketidakhadiran disebabkan beberapa faktor seperti murid masih bercuti kerana berada
di kampung halaman, masalah kesihatan, sikap murid suka mengambil kesempatan
menyambung cuti sempena perayaan dan kebanyakkan pelajar ponteng sekolah. Oleh itu,
kajian ini memfokuskan kepada ketidakhadiran pelajar ke sekolah disebabkan ponteng dan
berusaha untuk menyelesaikan isu ponteng sekolah terutama pelajar tingkatan lima yang
dianggap sebagai golongan sasaran utama memandangkan mereka akan menduduki
peperiksaan SPM.

4.2 Pelaksanaan Program SIZT
Program SIZT merupakan akronim bagi Soal Selidik, Intervensi, Ziarah dan Temubual Ibu
Bapa.Semua sampel kajian akan dilibatkan dalam aktviti-aktiviti tersebut untuk memastikan
objektif yang telah ditetapkan di atas tercapai.

Langkah 1
Tindakan 1 : Borang Soal Selidik

Menyediakan soal selidik punca pelajar ponteng sekolah
Langkah 2
Tindakan 2 : Bengkel Intervensi SPOT

Mengadakan sesi kaunseling berfokus secara berkala. Murid diminta untuk
menjawab intervensi Ujian Minda Sihat murid dan melengkapkan Ujian
Psikometrik dan Inventori Personaliti Gaya Belajar. Murid mengenal pasti gaya
belajar masing -masing untuk disesuaikan dengan personaliti agar
memaksimumkan potensi diri. Selain itu, guru kaunseling akan menjalankan
sesi konsultasi dengan guru-guru kelas untuk mendapatkan maklumat mengenai
bilangan surat amaran yang telah dikeluarkan dan sejauh mana tindakan yang
telah diambil agar guru kaunseling dan unit Hal Ehwal Murid (HEM) dapat
membantu dalam aspek konsultasi keibubapaan.

29 | P a g e

Tindakan 3: Program Ziarah Cakna

Mengadakan lawatan ke rumah sampel kajian yang terlibat dengan kes ponteng
sekolah. Refleksi daripada kunjungan ini menunjukkan pihak ibu bapa atau
penjaga mengalu-alukan kehadiran guru dan memahami tujuan kunjungan guru
adalah untuk mendapatkan maklumat ketidakhadiran anak mereka ke sekolah.
Kerjasama dan respon yang baik diberikan kepada pihak guru-guru yang datang
ke rumah. Hasil daripada Program Ziarah Cakna telah memberi impak yang
positif kerana didapati murid berubah dan kurang kadar ponteng. Melalui
pendekatan ini juga memudahkan pihak sekolah mendapatkan maklumat.

Langkah 4

30 | P a g e

Tindakan 4 :Pertemuan Dengan Ibu Bapa Sebagai Tindakan Susulan
Selepas ziarah cakna dan pelajar melalui bengkel intervensi, UBK inigin
mengetahui perkembangan pelajar melalui persepsi ibu bapa mereka. Oleh itu
UBK telah memanggil ibu bapa dan berbincang berkaitan perkembangan anak
mereka. Seterusnya guru akan memaklumkan perkembangan anak-anak mereka
selepas program dijalankan. Oleh itu, program ini tidak hanya terhenti begitu
sahaja tetapi merupakan program yang melaksanakan Follow Up Follow
Through. Bagi ibu bapa yang tidak hadir, UBK sendiri akan bertindak membuat
kunjungan ke rumah pelajar untuk berbual dengan bertanya soalan bagi melihat
perkembangan pelajar dan meneroka sekiranya pelajar masih ponteng atau tidak
hadir ke sekolah.

5.0 DAPATAN DAN REFLEKSI TINDAKAN

Berdasarkan kepada data pra menunjukkan peratus kehadiran murid ke sekolah pada penggal
pertama 2019 didapati kehadiran murid tidak mencapai KPI yang ditetapkan oleh KPM dan
kadar kehadiran adalah tidak konsisten. Hal ini menyebabkan purata peratus kehadiran berada
di bawah tahap KPI 95% pada bulan Februari – Julai 2019. Sampel kajian seramai 12 orang
ini merupakan penyumbang kepada kejatuhan kadar kehadiran pelajar mengikut tempoh
tersebut.

Program SIZT telah dijalankan dalam tempoh sebulan dan selepas sebulan, pengkaji telah
membuat analisis semula graf kehadiran sekolah dan seterusnya penurunan kadar ponteng bagi
12 orang pelajar yang terlibat (rujuk jadual 1)

31 | P a g e

Jadual 1: Perbandingan Data Pra Dan Pos Berkaitan Kehadiran Pelajar

Sampel Data Pra Data Pos Jumlah

(Feb- Julai) (Ogos - Oktober) Berkurangan

Bil Hari Ponteng Bil Hari Ponteng

P1 6 42

P2 6 33

P3 7 43

P4 4 22

P5 5 33

P6 4 22

P7 4 31

P8 3 21

P9 3 21

P10 4 22

P11 3 21

P12 5 32

Selepas Program SIZT dijalankan, didapati pelajar ponteng berkurangan dan hal ini memberi
impak kepada peningkatan kehadiran murid ke sekolah bagi penggal kedua. Berdasarkan
kepada analisis peratus kehadiran murid ke sekolah pada penggal kedua 2019 didapati
kehadiran murid mencapai KPI yang ditetapkan oleh KPM dan kadar kehadiran adalah agak
konsisten. Hal ini menyebabkan purata peratus kehadiran di tahap KPI 95% iaitu pada bulan
Ogos – Oktober 2019.

Selain itu, melalui intervensi aktiviti Cakna dan Temubual Ibu Bapa, pihak UBK lebih
mengenali pelajar dan bekerjasama dengan ibu bapa mereka untuk membantu meningkatkan
kehadiran pelajar ke sekolah. UBK dapat meneroka permasalahan pelajar melalui informasi
dan perbincangan ibu bapa dan merancang bersama-sama bagi menangani isu pelajar. Selain
itu, pertemuan ibu bapa ini memberi peluang kepada ibu bapa mengenali tingkah laku anak-
anak mereka di sekolah dan lebih mudah UBK menghubungi ibu bapa kerana telah mempunyai
rapport dengan ibu bapa. Ibu kepada P3, memberi pandangan yang positif terhadap tindakan
pihak UBK ini dan mengikut beliau, tindakan ini dapat memberi peluang kepada mereka untuk

32 | P a g e

lebih rapat lagi dengan pihak sekolah. Mereka juga rasa lebih diberi tumpuan dan perhatian
dalam merancang aktiviti untuk anak mereka.

6.0 RUMUSAN KAJIAN

Hasil kajian mendapati ketidakhadiran murid ke sekolah kerana faktor kurang bermotivasi,
takut dimarahi guru kerana tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan sekolah dan sikap
pelajar yang bangun lewat kerana pada sebelah malam banyak menghabiskan masa dengan
peranti sosial atau peranti komunikasi. Melalui intervensi yang telah dilaksanakan oleh pihak
guru-guru, Unit HEM dan Unit UBK secara holistik dan komprehensif, setelah bertemu dengan
ibu bapa murid, peratus kehadiran ke sekolah tidak konsisten kerana hanya 3 bulan kehadiran
melepasi KPI 95%. Purata keseluruhan hanya mencapai 94.16% dan tidak melepasi KPI yang
telah ditetapkan oleh sekolah dan KPM

7.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan menjadi panduan asas dalam merangka beberapa
cadangan yang boleh diberikan bagi membantu pihak sekolah dengan menumpukan intervensi
untuk mengurangkan pelajar yang kerap tidak hadir. Antara intervensinya ialah mengadakan
perjumpaan kelas yang mempunyai murid berisiko keciciran yang tinggi dengan merujuk
maklumat di APDM. Selain itu, beberapa penambahbaikan program sedia ada boleh dibuat
bagi membantu guru dalam memperolehi maklumat yang berguna dalam menangani masalah
pelajar yang mempunyai masalah ketidakhadiran yang serius iaitu dengan mengadakan
Dashboard Kehadiran Murid Ke Sekolah. Berdasarkan dashboard tersebut dipamerkan
kedudukan kehadiran kelas semasa perhimpunan dan berfokus kepada senarai nama pelajar
ponteng untuk rujukan semua warga sekolah. Selain itu, aktiviti SPOT dimurnikan dengan
melibatkan peranan guru kelas agar mereka juga memperolehi maklumat pelajar mereka secara
terperinci.

Semoga intervensi yang dijalankan berjaya meningkatkan kehadiran murid ke sekolah pada
tahun 2020. Tempoh masa pelaksanaan akan dilaksanakan secara komprehensif pada bulan
Januari 2020. Rasionalnya sampel kajian ini adalah pelajar tingkatan lima. Mereka perlu diberi
33 | P a g e

perhatian secara holistik kerana mereka ini akan menduduki peperiksaan SPM.
Kesimpulannya, bagi membolehkan kajian ini berjaya dilaksanakan, kerjasama daripada
semua guru dan warga sekolah amat diperlukan dengan harapan pelajar akan lebih bermotivasi
untuk hadir ke sekolah dan berasa bimbang serta rugi sekiranya mereka ponteng atau tidak
hadir ke sekolah.

34 | P a g e


Click to View FlipBook Version