RUJUKAN
Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.
Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja. (Tesis Ph. D, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
Bandura, A. (1973) Aggression: A Social Learning Analysis. Englewood Cliffs: Prentice Hall.
Duke, D.L & Duke, P.M (1980). The Prediction or Deliquency in Girls. Journal of Research
and Development in Education. Boston. 11, 2, 18-33.
Dato’ Noh Hj. Omar. ”Tangani Masalah Disiplin Pelajar”. Pendidik. Ogos 2006
Ismail Daros (1981). Faktor-faktor Utama yang Menyebabkan Pelajar-pelajar Di Peringkat
Menengah Melakukan Kegiatan Ponteng Sekolah. (latihan ilmiah yang tidak diterbitkan).
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Kamus Dewan (2005). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kerlinger, FM. (1986). Foundation of Behavioral Research. (3rd ed.) New York: Winston Inc.
Omardin Ashaari (2002). Pengurusan Sekolah. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Rasidah Omar (2004). Gejala Ponteng Sekolah di Kalangan Pelajar Sekolah Prosiding
Seminar Wanita. PWTC, Kuala Lumpur.
35 | P a g e
KAEDAH ‘KUDAKU’ : PENYELESAIAN KEPADA KEMBANGAN UNGKAPAN
ALGEBRA BERULANG
Erdiana Timmong
Hariani Harris
SM Holy Trinity
Peti Surat 60918 Tawau,
[email protected]
[email protected]
ABSTRAK
Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar
Tingkatan 2 Sekolah Menengah Holy Trinity terhadap kemahiran kembangan
ungkapan algebra berulang dalam mata pelajaran Matematik. Seramai 20 orang
pelajar terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal melalui penyemakan buku latihan dan
analisis ujian pra telah menunjukkan bahawa pelajar tidak dapat menguasai kemahiran
kembangan ungkapan algebra berulang. Justeru, satu kajian tindakan telah
dilaksanakan bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran kembangan ungkapan
algebra berulang. Guru memperkenalkan kaedah ‘KUDAKU’ bagi membantu pelajar
menyelesaikan soalan yang melibatkan kembangan ungkapan algebra berulang.
Kaedah ‘KUDAKU’ merupakan akronim bagi KUASA, DARAB dan KUASA. Kaedah
‘KUDAKU’ dapat membantu pelajar menyelesaikan soalan kembangan ungkapan
algebra berulang dengan mudah, cepat dan tepat. Guru mendapati pelaksanaan
kaedah ini telah berjaya meningkatkan pemahaman konsep pelajar. Selain itu, kaedah
ini juga meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Kesimpulan
daripada hasil kajian tindakan yang dijalankan, didapati timbul perubahan yang positif
dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Melalui pengalaman kami mengajar mata pelajaran Matematik selama beberapa tahun, kami
mendapati pelajar amat lemah menyelesaikan soalan-soalan Matematik. Pelajar amat sukar
memahami konsep Matematik seterusnya tidak dapat mengaplikasikan konsep tersebut dalam
soalan yang diberikan. Oleh itu, pelajar tidak termotivasi untuk menjawab soalan Matematik
seterusnya menyebabkan mereka hilang minat terhadap mata pelajaran Matematik.
Kaedah yang sedia ada dalam buku teks juga tidak membantu pelajar menjawab soalan-soalan
Matematik. Kami perlu mencari kaedah yang lebih mudah untuk pelajar mendalami konsep-
36 | P a g e
konsep Matematik. Kebanyakan soalan Matematik tidak memerlukan kalkulator untuk
menjawab. Malahan jalan kerja perlu ditunjukkan untuk mendapat markah dalam ujian. Oleh
itu, pelajar sukar untuk menjawab dengan baik jika tidak menguasai kaedah yang sesuai.
Justeru, mata pelajaran Matematik sering mendapat GPMP yang rendah dalam setiap kali ujian
dan peperiksaan.
Memandangkan terdapat beberapa masalah yang kami hadapi, kami memperkenalkan kaedah
untuk memudahkan pelajar menjawab soalan kembangan ungkapan algebra berulang dalam
mata pelajaran Matematik.
2.0 FOKUS KAJIAN
Algebra merupakan topik dalam mata pelajaran Matematik. Kebanyakan pelajar menganggap
topik ini adalah topik yang sukar. Pelajar perlu memahami konsep untuk menyelesaikan soalan
algebra dan menyelesaikan soalan tersebut menggunakan teknik yang betul. Oleh itu, kaedah
‘KUDAKU’ diperkenalkan untuk memudahkan pelajar menjawab soalan kembangan
ungkapan algebra berulang. Kaedah ‘KUDAKU’ merupakan singkatan untuk KUASA,
DARAB dan KUASA. Kaedah ini dapat membantu pelajar menyelesaikan soalan ungkapan
algebra berulang secara cepat dan tepat.
Pelajar perlu menguasai kaedah ini untuk meningkatkan penguasaan dalam konsep
penyelesaian soalan kembangan ungkapan algebra berulang. Jika pelajar tidak menguasai
kaedah ini, pelajar akan mengalami kesukaran untuk menyelesaikan soalan penyelesaian
masalah yang melibatkan soalan ungkapan algebra berulang.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF AM:
Kajian ini adalah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Matematik.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS:
Meningkatkan tahap penguasaan pelajar menjawab soalan ungkapan algebra berulang
menggunakan kaedah ‘KUDAKU’.
37 | P a g e
Meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan ungkapan algebra berulang secara
cepat dan mudah.
Meningkatkan minat pelajar mendalami ilmu algebra.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Sasaran Kajian ini melibatkan seramai 20 orang pelajar Tingkatan 2 yang mempunyai
pencapaian akademik sederhana di Sekolah Menengah Holy Trinity, Tawau.
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Tinjauan awal terhadap masalah ini telah dikenal pasti semasa penyemakan buku latihan oleh
guru mata pelajaran. Pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan betul menggunakan teknik
yang sedia ada.
Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar menyerahkan buku latihan kepada
guru mata pelajaran. Setelah disemak, guru mendapati pelajar belum dapat menguasai soalan
kembangan ungkapan algebra berulang menggunakan kaedah yang sedia ada. Pelajar lemah
dalam mengembangkan ungkapan algebra yang melibatkan dua kurungan.
Guru merasakan perlu mewujudkan kaedah yang baharu untuk memudahkan pelajar menguasai
konsep ungkapan algebra berulang.
5.1 LANGKAH MELAKSANAKAN TINDAKAN
Ujian pra dijalankan untuk meninjau kemahiran pelajar menjawab soalan ungkapan algebra
berulang. Ujian ini juga memberikan pandangan awal ketidakupayaan pelajar menjawab soalan
yang diberikan. Semasa ujian pra dijalankan, pelajar menjawab soalan menggunakan kaedah
yang sedia ada. Hasil dapatan menunjukkan pelajar tidak dapat menjawab soalan yang
diberikan dengan baik.
Pelaksanaan kaedah ‘KUDAKU’ adalah satu Teknik yang digunakan untuk memudahkan
pelajar menjawab soalan yang melibatkan kembangan ungkapan algebra berulang dengan
mudah, cepat dan tepat.
KUDAKU’ merupakan satu teknik yang digunakan untuk memudahkan pelajar menjawab
soalan ungkapan algebra berulang dengan mudah, cepat dan tepat. Kaedah ini merupakan
38 | P a g e
akronim bagi Kuasa, Darab dan Kuasa. Rasionalnya kaedah ini diperkenalkan adalah untuk
memudahkan pelajar melaksanakan kembangan ungkapan algebra berulang tanpa perlu
menggunakan kaedah yang biasa iaitu mengembangkan ungkapan algebra dalam dua
kurungan.
Kelas bimbingan mengajar kaedah ‘KUDAKU’ dijalankan oleh pengkaji terhadap 20 orang
pelajar yang terlibat. Kelas bimbingan ini dijalankan selama satu jam. Semasa kelas dijalankan,
guru memperkenalkan kaedah ‘KUDAKU’ dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan
kembangan ungkapan algebra berulang dengan menunjukkan beberapa contoh penyelesaian
soalan mengikut langkah-langkah yang berikut.
Langkah satu ialah KUASA.
( + 2)2
Kuasakan sebutan yang pertama dengan kuasanya. Sebutan dikuasakan dengan dua akan
menghasilkan 2.
Langkah dua ialah DARAB.
( + 2)2
Darabkan kedua-dua sebutan dengan kuasanya. Sebutan dan 2 didarabkan dengan dua akan
menghasilkan 4 .
Langkah tiga ialah KUASA.
( + 2)2
Kuasakan sebutan yang kedua dengan kuasanya. Sebutan 2 dikuasakan dengan dua akan
menghasilkan 4.
Langkah empat ialah gabungkan ketiga-tiga sebutan yang terhasil daripada kaedah KUASA
DARAB KUASA, ‘KUDAKU’ iaitu 2 + 4 + 4.
Beberapa orang pelajar diminta untuk mencuba menjawab soalan kembangan ungkapan
algebra berulang dengan menggunakan kaedah ‘KUDAKU’.
Ujian pos dijalankan setelah selesai kelas bimbingan dan pelajar telah memahami konsep
kaedah ‘KUDAKU’ tersebut. Ujian pos telah dilaksanakan selama 40 minit, pelajar diberikan
39 | P a g e
soalan yang sama dengan ujian pra sebelum ini. Hal ini bertujuan untuk menilai keberkesanan
kaedah ‘KUDAKU’ yang diperkenalkan.
Semasa ujian pos dilaksanakan, didapati hampir semua pelajar dapat menyiapkan semua soalan
kurang daripada 40 minit. Kaedah ini menunjukkan hasil yang positif dan amat membantu
pelajar menyelesaikan soalan kembangan yang melibatkan ungkapan algebra berulang.
6.0 RUMUSAN PEMERHATIAN & PENILAIAN
Keputusan ujian pra menunjukkan bahawa pelajar masih tidak menguasai konsep kembangan
ungkapan algebra berulang. Jadual 1 menunjukkan keputusan analisis ujian pra yang
dijalankan.
Jadual 1 : Analisis Ujian Pra
Nama Pelajar Ujian Pra Peratus Gred
Abdul Razaq 0 0 F
Ahmad Daniel 0 0 F
Azza Rusyidah 1 6 F
Daniel Chin 0 0 F
Ling Suen Seng 3 19 F
Mohd Arie 6 38 F
Mohd Izzul 3 19 F
Mok Yun Foo 4 25 F
Nursyahilla 5 31 F
Zulhelmi 5 31 F
Endriano 5 31 F
40 | P a g e
Mohd Jalaludin 6 38 F
Nur Elifa 7 44 E
Nur Sheila 9 56 D
Robinson 8 50 D
Ronaldfield 4 25 F
Tai Yi Chou 8 50 D
Tsen Hui Xuan 14 88 A
Veehanisha 5 31 F
Wong Zhen Xuan 3 19 F
Ujian pos dijalankan untuk menguji keberkesanan kaedah ‘KUDAKU’ dalam proses pelajar
menguasai konsep kembangan ungkapan algebra berulang. Jadual 2 menunjukkan keputusan
analisis ujian pos yang dijalankan.
Jadual 2 : Analisis Ujian Pos
Nama Pelajar Ujian Pra Peratus Gred
Abdul Razaq 9 56 D
Ahmad Daniel 11 69 C
Azza Rusyidah 11 69 C
Daniel Chin 14 88 A
Ling Suen Seng 13 81 B
Mohd Arie 13 81 B
Mohd Izzul 8 50 D
Mok Yun Foo 16 100 A
41 | P a g e
Nursyahilla 16 100 A
50 D
Zulhelmi 8 88 A
88 A
Endriano 14 75 B
88 A
Mohd Jalaludin 14 88 A
38 F
Nur Elifa 12 88 A
100 A
Nur Sheila 14 75 B
19 F
Robinson 14
Ronaldfield 6
Tai Yi Chou 14
Tsen Hui Xuan 16
Veehanisha 12
Wong Zhen Xuan 3
Perbandingan antara ujian pra dan ujian pos ditunjukkan dalam Jadual 3.
Jadual 3 : Analisis Ujian Pra
Nama Pelajar Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan
Abdul Razaq 0 9 +9
Ahmad Daniel 0 11 +11
Azza Rusyidah 1 11 +10
Daniel Chin 0 14 +14
Ling Suen Seng 3 13 +10
Mohd Arie 6 13 +7
42 | P a g e
Mohd Izzul 3 8 +5
Mok Yun Foo 4 16 +12
Nursyahilla 5 16 +11
Zulhelmi 5 8 +3
Endriano 5 14 +9
Mohd Jalaludin 6 14 +8
Nur Elifa 7 12 +5
Nur Sheila 9 14 +5
Robinson 8 14 +6
Ronaldfield 4 6 +2
Tai Yi Chou 8 14 +6
Tsen Hui Xuan 14 16 +2
Veehanisha 5 12 +7
Wong Zhen Xuan 3 3 0
Perbandingan Ujian Pra dan Pos
20
15
Ujian Pra
10 Ujian Pos
5
0
Rajah 1 : Carta Bar Perbandingan ujian pra dan pos.
43 | P a g e
7.0 PERBINCANGAN & REFLEKSI KAJIAN
Secara keseluruhannya, kaedah ini dapat meningkatkan keupayaan pelajar menjawab soalan
ungkapan algebra berulang. Hal ini dapat dibuktikan dalam peningkatan pencapaian pelajar
dalam ujian pos berbanding ujian pra. Selain itu, kaedah ini dapat meningkatkan kecekapan
dan keyakinan pelajar dalam menjawab soalan mata pelajaran Matematik.
Kaedah “KUDAKU” dapat membantu pelajar menyelesaikan soalan kembangan ungkapan
algebra berulang secara mudah, cepat dan tepat. Selain itu, pelajar dapat menyelesaikan soalan
penyelesaian masalah yang melibatkan kembangan ungkapan algebra berulang.
Kaedah ini juga dapat menarik minat pelajar untuk menyelesaikan soalan mata pelajaran
Matematik. Pelajar juga dapat mengubah persepsi mereka terhadap mata pelajaran Matematik.
Pelajar juga lebih termotivasi untuk belajar mata pelajaran ini. Seterusnya, dapat memperolehi
markah yang lebih baik dalam ujian atau peperiksaan yang akan datang.
8.0 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN
Setelah kajian tindakan ini dijalankan, didapati bahawa terdapat kelemahan yang perlu
ditambahbaik. Kajian ini hanya melibatkan 20 orang pelajar Tingkatan 2. Kajian seterusnya
dicadangkan untuk dijalankan kepada semua Tingkatan 2 supaya pelajar lain juga termotivasi
untuk menjawab soalan ungkapan algebra berulang. Memandangkan kajian ini dijalankan
melibatkan subtajuk yang kecil, maka kajian seterusnya dicadangkan mengkaji tajuk-tajuk
yang lebih penting. Kaedah lain juga diharap diperkenalkan dalam pendekatan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Matematik.
44 | P a g e
RUJUKAN
Bahraiah binti Hj. Baharam, Baharizah binti Hj.B aharam, Nurul Jannah binti Ahmad,
Nurazreen binti mohd Tahir dan Mohd Nazri bin Mohd Hanafiah (2017). Buku teks Matematik
Tingkatan 2 KSSM. Kementerian Pendidikan Malaysia, 23 - 26.
Gan Pek Ying dan Chong An Nam (2019). Modul Aktiviti Pintar Bestari Matematik Tingkatan
2 KSSM. Sasbadi Sdn.Bhd, 8 – 9.
Jurnal Kajian Tindakan 2018, Edisi 3, SM. St Patrick, Tawau.
45 | P a g e
LAMPIRAN
Gambar 1 : Pelajar sedang menduduki ujian pra
Gambar 2 : Pelajar diberikan kelas bimbingan tentang penggunaan kaedah “KUDAKU”
46 | P a g e
Gambar 3 : Pelajar menjawab soalan ujian pos
47 | P a g e
Gambar 4 : Contoh hasil ujian pra pelajar
48 | P a g e
Gambar 5 : Contoh hasil ujian pos pelajar
49 | P a g e
KAEDAH AKRONIM DALAM MENGINGAT ELEMEN REKA BENTUK BAGI
PELAJAR TINGKATAN 1
Ruslan B. Rolon
Masrah Junior
SM Holy Trinity
Peti Surat 60918 Tawau
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk menyelesaikan masalah pembelajaran
RBT tingkatan 1 dalam subtajuk elemen reka bentuk bagi pelajar Tingkatan 1.
Berdasarkan pemerhatian dan sesi soal jawab semasa Pengajaran , Pembelajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc) didapati pelajar sukar untuk mengingat elemen yang
terdapat dalam reka bentuk teknologi. Oleh yang demikian, satu intervensi bagi
memudahkan pelajar untuk mengingat elemen tersebut menggunakan kaedah
akronim dilaksanakan. Pengkaji mencipta satu ayat yang lengkap dan setiap huruf
awalan perkataan tersebut akan mewakili satu elemen yang terdapat dalam reka
bentuk teknologi. Ayat yang digunakan adalah ayat yang ringkas dan mudah untuk
pelajar ingat iaitu “ Wak Romeo Selalu Bagi Ruang Guna Telefon”. Selepas kaedah
akronim ini dilaksanakan, analisis dapatan bagi pelajar yang menguasai adalah
meningkat sebanyak 21.05%. Dengan peningkatan ini pelajar akan dapat menjawab
soalan yang berkaitan dengan elemen reka bentuk dengan lebih baik dalam
peperiksaan umum mahupun khusus. Pada masa akan datang kajian ini boleh
diperluaskan dengan menggunakan kaedah yang lain. Kaedah yang melibatkan
pergerakan motor akan merangsang pemikiran kognitif pelajar terutamanya pelajar
yang tidak menguasai kemahiran 3M (menulis, membaca dan mengira) sepenuhnya.
Diharapkan kajian ini mampu memberi impak yang tinggi dalam PdPc guru seterusnya
mampu membantu pelajar dalam pembelajaran mereka.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Saya telah mengajar selama 3 tahun untuk subjek RBT memandangkan subjek ini adalah subjek
yang baharu dalam KSSM. Setiap kali mengajar tajuk ini, saya dapati pelajar menghadapi
kesukaran untuk mengingat tujuh elemen yang terdapat dalam reka bentuk. Subtajuk sangat
penting kerana pengetahuan pelajar dalam elemen reka bentuk akan diguna pakai hinggalah ke
tingkatan 3.
50 | P a g e
Berdasarkan pemerhatian dan data yang diperolehi melalui peperiksaan 1 dan 2, didapati
pelajar sukar untuk mengingati tujuh elemen yang terdapat dalam reka bentuk. Perkara ini
menyebabkan pelajar tidak memperolehi markah yang baik dalam peperiksaan tersebut.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini tertumpu kepada satu subtajuk dalam tingkatan 1 iaitu elemen reka bentuk. Fokus
kajian adalah membantu pelajar mengingat elemen dalam reka bentuk disebabkan pelajar tidak
mendapat markah yang baik dalam peperiksaan sebelum ini. Hal ini akan memberi lebih
peluang kepada pelajar untuk mendapat markah yang baik dalam setiap ujian dengan
menggunakan kaedah akronim.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Masalah pembelajaran dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi bagi subtajuk elemen reka
bentuk adalah untuk membantu pelajar-pelajar dan guru-guru pada masa akan datang dalam
PdPc di dalam kelas agar pelajar dapat mengingat elemen yang terdapat dalam reka bentuk
dengan lebih mudah.
3.1 Objektif AM
Meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan.
3.2 Objektif Khusus
Pelajar -pelajar 1 Carnation dapat mengingat elemen yang terdapat dalam reka bentuk.
Meningkatkan pengetahuan dalam topik faktor reka bentuk tingkatan 1 mata pelajaran
RBT.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Responden dan kumpulan sasaran adalah pelajar tingkatan 1 Carnation seramai 38 orang
pelajar dari SM Holy Trinity.
51 | P a g e
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Mengadakan Ujian Pra (mengenal pasti pelajar yang tidak menguasai)
Memberi bimbingan menggunakan kaedah akronim
Mengadakan Ujian Pos (menilai program)
Membuat analisis
Membuat laporan kajian tindakan
Ujian Pra
Pengkaji memilih soalan yang ringkas bagi mengetahui tahap penguasaan pelajar 1 Carnation.
Praujian ini dijalankan bagi mengenal pasti pelajar yang menguasai dan belum menguasai
subtajuk elemen reka bentuk.
Gambar 1: Pelajar sedang menjalani Ujian Pra
Jadual 1 : Hasil dapatan Ujian Pra
UJIAN PRA
BIL NAMA PELAJAR Tidak
Menguasai
menguasai
1 Abdul Farish Irfan /
2 Abdul Shah /
3 Azri Syam /
4 Chai Hiap Xun /
5 Chieng Zhi Wei /
6 Chong Soon Foh /
52 | P a g e
7 Devlon /
8 Dominic /
9 Gracie Liau
10 Haikal Hakimi /
11 Hasril /
12 Jason Chia
13 Jason Pang /
14 Jason Tham /
15 Joyleme /
16 Judas
17 Kelvin Ng /
18 Khairul Azhar /
19 Koo Chek Ang /
20 Laurence Yap /
21 Liew Kim Lok /
22 M.Firdaus
23 M.Isyraq Lai /
24 Mohamad Harid /
25 Mozeal
26 Muhd. Aiman /
27 Muhd. Irfan /
28 Nur Aimie Safiah /
29 Nurfazillah /
30 Nurul Izzati /
31 Nurul Natasha /
32 Qabiel /
33 Rexvier /
34 Sharon Koh /
35 Siti Elyasofia /
36 Tai Jit Si /
37 Zaizatul /
38 Tan Siew Vui /
Jumlah /
/
53 | P a g e /
/
/
21 17
Perbandingan
Tidak Menguasai Menguasai Menguasai
45% 55% Tidak Menguasai
Carta Pie 1: Perbandingan pelajar menguasai dan tidak menguasai
Carta pai di atas menunjukkan peratus perbandingan antara pelajar yang menguasai dan tidak
menguasai elemen yang terdapat pada reka bentuk. Hasil dapatan praujian yang dijalankan
menunjukkan seramai 21 orang pelajar yang mewakili 55% telah menguasai dan 17 orang
pelajar tidak menguasai subtajuk yang perlu dikuasai. Pengkaji merasakan perlunya ada satu
kaedah yang dapat digunakan bagi pelajar menguasai subtajuk berkenaan dengan lebih
berkesan.
5.1 Langkah Melaksanakan Tindakan - Kaedah Penggunaan Akronim dalam PdPc
Langkah 1
Melalui analisis yang diperolehi dalam ujian pra, penggunaan kaedah akronim diperkenalkan
semasa PdPc. Semasa PdPc berlangsung pengkaji mengunakan kaedah masteri dalam
membimbing pelajar menguasai kaedah berkenaan. Pengkaji menerangkan cara penggunaan
akronim dalam mengingat elemen yang terdapat dalam reka bentuk. Pengkaji menggunakan
ayat yang mudah untuk pelajar ingat dan setiap huruf awalan pada setiap perkataan mewakili
elemen reka bentuk.
Wak Romeo Selalu Bagi Ruang Guna Telefon
54 | P a g e
Gambar 2: Penerangan menggunakan kaedah akronim
Langkah 2 (Ujian Pos)
Bagi mengetahui keberkesanan kaedah yang telah digunakan, ujian pos telah dilaksanakan .
Seramai 38 orang pelajar dalam kelas tersebut mengambil ujian bagi menguji kefahaman
pelajar berkenaan dengan subtajuk berkaitan. Pengkaji memilih keseluruhan sampel daripada
kelas tersebut untuk mengetahui sama ada pelajar yang telah menguasai mampu menggunakan
kaedah akronim dengan berkesan atau pun tidak.
Gambar 3: Ujian Pos
Analisis Kajian
Ujian pos telah diadakan bagi 38 pelajar Tingkatan 1 Carnation. Hasil dapatan ditunjukkan
dalam jadual 2.
55 | P a g e
Jadual 2: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
UJIAN PRA UJIAN POS
BIL NAMA PELAJAR Menguasai Tidak Menguasai Tidak
1 Abdul Farish Irfan menguasai menguasai
2 Abdul Shah
3 Azri Syam //
4 Chai Hiap Xun
5 Chieng Zhi Wei //
6 Chong Soon Foh
7 Devlon //
8 Dominic
9 Gracie Liau //
10 Haikal Hakimi
11 Hasril //
12 Jason Chia
13 Jason Pang //
14 Jason Tham
15 Joyleme //
16 Judas
17 Kelvin Ng //
18 Khairul Azhar
19 Koo Chek Ang //
20 Laurence Yap
21 Liew Kim Lok //
22 M.Firdaus
23 M.Isyraq Lai /
24 Mohamad Harid
25 Mozeal //
56 | P a g e //
//
//
//
//
//
//
//
//
//
//
//
//
26 Muhd. Aiman //
27 Muhd. Irfan //
28 Nur Aimie Safiah //
29 Nurfazillah //
30 Nurul Izzati //
31 Nurul Natasha
32 Qabiel //
33 Rexvier //
34 Sharon Koh
35 Siti Elyasofia //
36 Tai Jit Si //
37 Zaizatul //
38 Tan Siew Vui
Jumlah //
//
//
21 17 29 9
6.0 RUMUSAN PEMERHATIAN & PENILAIAN
Perbandingan data Ujian Pra dan Ujian Pos
35
30 29
25 9
21
20 17
15
10
5
0 Ujian Pos
Ujian Pra Menguasai
Tidak Menguasai
Graf 1: Perbandingan data Ujian Pra dan Ujian Pos
57 | P a g e
7.0 PERBINCANGAN & REFLEKSI KAJIAN
Hasil dapatan daripada jadual 2 dan juga graf 1, bilangan pelajar yang menguasai sebelum dan
selepas kaedah akronim dalam PdPc diperkenalkan adalah meningkat iaitu dari 21 orang
pelajar kepada 29 pelajar iaitu peningkatan sebanyak 21%. Bilangan pelajar yang tidak
menguasai juga menurun iaitu sebanyak 9.
Selain itu juga melalui pemerhatian dapat dilihat perubahan sikap oleh pelajar. Hal ini demikian
kerana penggunaan kaedah ini amat mudah dan membantu mereka dalam menguasai subtajuk
dengan mudah dan berkesan.
Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan dalam kajian ini. Hal ini ditunjukkan dengan
bilangan pelajar yang masih tidak menguasai iaitu sebanyak 9 orang pelajar.
Dapatan kajian ini memberi implikasi dalam PdPc guru dan juga pelajar. Kaedah yang sesuai
semasa proses pembelajaran akan memudahkan guru dan pelajar khususnya dalam mencapai
objektif yang dikehendaki dan akan membantu pelajar dalam peperiksaan amnya.
8.0 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN
Kajian ini boleh diteruskan dan diperluas bagi mendapat keputusan yang lebih baik lagi.
Penggunaan kaedah yang berlainan mampu memberi impak yang lebih berkesan. Melalui
pemerhatian pengkaji semasa menjalankan kajian tindakan ini, pelajar yang tidak menguasai
adalah pelajar yang tidak menguasai sepenuhnya 3M iaitu menulis, membaca dan mengira.
Pengkaji mencadangkan agar kajian pada masa akan datang akan menggunakan kaedah yang
melibatkan psikomotor ataupun kognitif pelajar. Kaedah seperti itu mungkin mampu menarik
minat pelajar yang tidak menguasai kemahiran 3M dalam semasa proses PdPc dilaksanakan.
58 | P a g e
RUJUKAN
Dr. Salmiah, Dr. Rahimah, Mohd. Syukri, Abd. Samad, Zamri. (2016). Reka Bentuk dan
Teknologi Tingkatan 1, Pustaka Pepada Jaya Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Jurnal Kajian Tindakan Edisi 3 2018. SM ST. Patrick Tawau, Sabah.
LAMPIRAN
59 | P a g e
PENGGUNAAN KAEDAH AKRONIM BAGI MENINGKATKAN KEBERKESANAN
CARA MENGINGAT DALAM MATA PELAJARAN SAINS
Gloria Ngu
Koh Pau Liang
Mimie Marina Lam
Mimie Nuzilah Musli
Fajeriah Mohammad Nasir
SM Holy Trinity
Peti Surat 60918 Tawau
ABSTRAK
Kajian ini berfokuskan kepada penguasaan pelajar dalam menghafal turutan istilah
sains dengan menggunakan kaedah akronim dan menjawab soalan yang berkaitan
dengan susunan istilah sains dengan betul dengan mengikut turutan yang tepat.
Seramai 20 pelajar pelajar Tingkatan 4 Ixora menjadi sasaran dalam kajian ini.
Semasa mengajar mata pelajaran Sains terutamanya dalam bab 7 iaitu bab Cahaya,
Warna & Penglihatan, pelajar gagal untuk menghafal istilah sains yang digunakan
dengan mengikut turutan yang betul. Ketidakupayaan pelajar untuk menguasai turutan
istilah sains dengan betul dan menjawab soalan dalam bentuk turutan proses yang
betul akan mempengaruhi markah pelajar dalam peperiksaan kertas dua mata
pelajaran Sains. Tinjauan awal telah dilakukan berdasarkan Ujian Pra semakan ujian
didapati bahawa pelajar lemah dalam menjawab soalan dan tidak mendapat markah
yang memuaskan. Penggunaan kaedah Akronim dalam pembelajaran sains dapat
memudahkan pelajar untuk mengingati konsep dan susunan atau turutan bagi suatu
topik pembelajaran seperti susunan warna pelangi dan pencampuran warna cahaya
dalam kajian ini. Perbandingan dapatan ujian pra dan pasca telah menggambarkan
kaedah ini dapat membantu pelajar mengatasi kelemahan mereka. Walaupun
pelbagai halangan dihadapi kerana responden terdiri daripada murid yang agak
lemah . Walau bagaimanapun sebagai pendidik, saya berpuas hati apabila murid-
murid sudah mula menunjukkan minat dan keinginan yang tinggi untuk mempelajari
dan mempraktik apa yang telah mereka pelajari.
1.0 PENGENALAN
Mata pelajaran Sains merupakan satu mata pelajaran wajib yang perlu diambil oleh semua
pelajar menengah atas aliran sastera. Sukatan pelajaran dalam mata pelajaran ini adalah
sambungan daripada sukatan pembelajaran Sains menengah rendah dan sukatan pembelajaran
Sains Sekolah Rendah. Dalam mata pelajaran ini, pelajar akan diajar mengenai pelbagai
cabang dalam bidang sains, terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar.
Mata pelajaran ini akan diuji dalam dua kertas iaitu kertas satu, soalan pilihan jawapan dan
kertas dua, soalan subjektif serta esei. Walau bagaimanapun, pelajar mengalami masalah dalam
60 | P a g e
menjawab soalan subjektif kerana pelajar gagal untuk menguasai topik yang telah dipelajari
dan gagal untuk menghafal fakta serta istilah sains dengan tepat dan mengikut turutan yang
betul. Masalah sukar mengingati fakta ini perlu diatasi kerana hal ini akan menjadi halangan
untuk mendapatkan pencapaian yang lebih tinggi. Oleh itu, satu kaedah yang boleh ditekankan
secara menyeluruh ialah kaedah akronim.
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Berdasarkan pengalaman guru, semasa mengajar mata pelajaran Sains terutamanya dalam bab
7 iaitu bab Cahaya, Warna & Penglihatan, pelajar gagal untuk menghafal istilah sains yang
digunakan dengan mengikut turutan yang betul. Ketidakupayaan pelajar untuk menguasai
turutan istilah sains dengan betul dan menjawab soalan dalam bentuk turutan proses yang betul
akan mempengaruhi markah pelajar dalam peperiksaan kertas dua mata pelajaran Sains kerana
pelajar hanya mencapai markah sederhana dalam peperiksaan. Didapati pelajar tidak dapat
menghafal istilah sains dengan tepat dan mengikut turutan yang betul. Hal ini juga
menyukarkan guru untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam topik seterusnya
yang berkaitan dengan topik ini. Pelajar juga kurang memberikan tumpuan di dalam kelas
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana pelajar tidak dapat menghafal
turutan istilah dengan betul. Seramai 10 orang pelajar dari kelas 4 Ixora mendapat 4 hingga 7
markah daripada dua belas markah penuh bagi soalan yang melibatkan turutan istilah spektrum
cahaya dalam bab tujuh dalam ujian yang dilaksanakan. Rata-rata pelajar apabila ditanya,
masalah yang utama yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk
mengingati sesuatu turutan istilah atau proses dalam jangka masa yang panjang.
3.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokuskan kepada penguasaan pelajar dalam menghafal turutan istilah sains
dengan menggunakan kaedah akronim dan menjawab soalan yang berkaitan dengan susunan
istilah sains dengan betul dengan mengikut turutan yang tepat. Kaedah akronim ialah satu
kaedah yang boleh membantu daya ingatan pelajar dengan mengaitkan sesuatu bahan atau
rangkai kata berdasarkan huruf-huruf pangkal untuk diingati dengan sesuatu yang bermakna
kepada pelajar itu. Kaedah atau pendekatan ini telah digunakan kepada pelajar semasa proses
61 | P a g e
pengajaran dan pembelajaran tetapi ia tidak terlalu ditekankan akibat kekangan masa dalam
menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini dijalankan, pelajar akan dapat mencapai objektif yang disasarkan
seperti berikut :
4.1 OBJEKTIF AM
4.1.1 Pelajar dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan turutan spektrum cahaya
dengan tepat semasa peperiksaan dan mendapat markah penuh bagi soalan
berkaitan dengan menggunakan kaedah akronim
4.2 OBJEKTIF KHUSUS
4.2.1 Menggunakan kaedah akronim untuk memudahkan pelajar menjawab soalan
spektrum cahaya dalam bab 7.
4.2.2 Pelajar dapat mengingat dan menghafal turutan istilah sains dengan betul
dengan menguasai kaedah akronim.
4.2.3 Meningkatkan peratusan pelajar mendapat markah khasnya dalam soalan yang
melibatkan turutan istilah sains.
4.2.4 Meningkatkan bilangan pelajar yang menguasai dan mempelajari turutan dalam
istilah sains dengan mudah dan efektif.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran dalam kajian ini melibatkan pelajar 4 Ixora yang terdiri daripada 20 orang
pelajar. Kebanyakan pelajar 4 Ixora ini mendapat keputusan markah sederhana iaitu kurang
62 | P a g e
daripada 50 markah dalam peperiksaan pertengahan tahun (PPT) SM Holy Trinity Tawau.
Responden yang dipilih mempunyai tahap penguasaan ingatan yang lemah dalam mata
pelajaran Sains. Selain itu, kesemua responden mempunyai masalah yang hampir sama iaitu
gagal menguasai perkara-perkara yang perlu dingati, dihafal dan difahami.
6.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Dalam kajian ini, guru dan pelajar memainkan peranan masing-masing. Guru akan
memperkenalkan kaedah akronim kepada pelajar dan menerapkan kaedah akronim dalam
proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan topik yang dipilih. Pelajar akan diberikan
suatu rangkai kata berdasarkan huruf pangkal untuk mengingati sesuatu fakta dan isi pelajaran
yang disampaikan. Pelajar mestilah memahami konsep dan maksud huruf pangkal yang
digunakan.
Kajian ini telah dijalankan berdasarkan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi seperti berikut:
6.1 LANGKAH MELAKSANAKAN TINDAKAN
Tinjauan awal terhadap masalah yang telah dikenalpasti dalam kajian tindakan
melibatkan satu instrumen iaitu Ujian Pra.
6.1.1 UJIAN PRA
Ujian pra merupakan satu set soalan yang merangkumi istilah sains dalam mata
pelajaran Sains tingkatan empat. Pelajar diminta untuk menyusun istilah sains
tersebut mengikut turutan yang betul. Hal ini merupakan satu instrumen kajian
bagi mengesan sejauh mana daya ingatan pelajar dalam menentukan susunan
istilah sains dalam topik Cahaya dan Penglihatan terutamanya subtopik
spektrum cahaya.
PELAKSANAAN PENGGUNAAN KAEDAH AKRONIM DALAM PEMBELAJARAN
SAINS
LANGKAH 1
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah langkah persediaan.
Pada peringkat ini, guru akan menentukan tujuan yang diharapkan dan dapat dicapai
63 | P a g e
serta memberitahu pelajar tentang tujuan pembelajaran tersebut. Hal ini agar pelajar
memahami tujuan yang akan dilakukannya. Guru memilih 20 orang pelajar sebagai
responden untuk ujian Pra yang disediakan.
LANGKAH 2
Langkah selanjutnya adalah mengajar topik berkaitan seperti biasa tanpa penggunaan
kaedah akronim. Pelajar berbincang mengenai topik dan dituliskan di dalam buku
latihan. Pelaksanaan seterusnya adalah menulis perkataan dan menyebut apa yang
telah diajarkan oleh guru.
LANGKAH 3
Kemudiaan, pelaksanaan ujian pra dilakukan iaitu menjawab soalan yang disediakan
oleh guru berkaitan topik yang diajar.
LANGKAH 4
Seterusnya, guru memperkenalkan penggunaan kaedah akronim. Guru
menyampaikan pengetahuan sebelum melakukan teknik akronim. Guru terlebih
dahulu akan menerangkan bahan-bahan secara keseluruhan yang diajarkan kepada
pelajar di kelas. Kemudian, pada masa yang sama, guru menjelaskan kaedah akronim
untuk memudahkan pelajar mengingati pembelajaran. Guru menyusun fakta agar
menjadi teknik akronim yang sesuai dengan topik. Pelajar perlu membaca dan
menghafal fakta berdasarkan teknik yang disampaikan. Seterusnya, guru membuka
ruang untuk pelajar bersoal jawab.
64 | P a g e
LANGKAH 5
Seterusnya, guru mengadakan ujian Pos untuk menguji kemahiran pelajar
menggunakan kaedah akronim
7.0 RUMUSAN PEMERHATIAN & PENILAIAN
7.1 ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PRA
Ujian pra yang telah diadakan bagi meneliti tahap pencapaian semasa pelajar. Hasil daripada
dapatan, pencapaian pelajar 4 Ixora daripada 20 orang sampel dalam ujian pra ditunjukkan
dalam Jadual 1.
JADUAL 1: Keputusan Ujian Pra
No Nama pelajar Markah
1 Mohammad Noor Hafizal 9
65 | P a g e
2 Irdina Najiha Binti Ab 8
3 Abdul Raziq Aqil 8
4 Nur Faradila 7
5 Mohd Aidil Danial 7
6 Mohd Reez Danieyl 7
7 Mohd Rizman Hadi 7
8 Naim Bin Musbah 6
9 Elvia Natalia 6
10 Nor Fazilah Binti Mohd Iisah 6
11 Nurul Syahirah 6
12 Fakrul Izhar 6
13 Mohammad Ikhwan Harith 6
14 M. Zulkarnain Nasation 6
15 Muhammad Zamzuri 5
16 Rizwan Bin Amir 5
17 Muhd. Fazlizan 5
18 Adyka Rozaidy 3
19 Darrel Dean Dionysius 10
20 Willson Wan 10
Berikut adalah hasil dapatan analisis markah bagi 20 orang sampel pelajar ditunjukkan dalam
Jadual 2.
JADUAL 2: Analisis Dapatan Ujian Pra
Markah 1-3 4-6 7-9 10-12
Bilangan pelajar 1 10 7 2
Peratus (%) 5.0 50.0 35.0 10.0
66 | P a g e
ANAL1I0SIS DAPATAN UJIAN PRA
10
Bilangan Pelajar 8 7 Bilangan pelajar
Peratus (%)
6 50% 35%
4-6 7-9 2
4 10%
Markah
21 10-12
5%
0
1-3
RAJAH 1 : GRAF DAPATAN UJIAN PRA
Berdasarkan keputusan pelajar dalam Ujian Pra yang telah dijalankan ini, didapati bahawa
hanya 2 orang pelajar (10.0%) sahaja yang mendapat markah tertinggi iaitu 10 markah daripada
12 markah yang diperuntukkan dalam ujian pra ini. Secara terperinci, terdapat 10 orang pelajar
(50.0%) mendapat 4-6 markah, 1 orang pelajar (5.0%) mendapat 1-3 markah dan 7 orang
pelajar (35.0%) mendapat 7-9 markah.
Statistik ini menunjukkan bahawa ingatan pelajar terhadap susunan warna dan pencampuran
warna yang telah diajarkan tanpa menggunakan kaedah AKRONIM masih lagi lemah.
Didapati pelajar agak keliru untuk memberikan jawapan kepada soalan yang diajukan dalam
Ujian Pra ini.
Melalui pemerhatian guru semasa menjalankan proses pembelajaran dan pemudahcaraan, guru
mendapati pelajar tidak merasa seronok sepanjang proses dan tidak bermotivasi untuk
menjawab soalan yang diberikan. Sebagai bukti, markah pelajar tidak mencapai tahap yang
memuaskan iaitu 10 – 12 markah.
Dapat dirumuskan di sini, tahap penguasaan pelajar dalam mengingati suatu fakta mengikut
turutan masih lagi lemah berdasarkan keputusan pelajar yang diperoleh dalam Ujian Pra di atas
dan pelajar tidak bersemangat di dalam kelas bagi meneruskan proses pembelajaran dengan
lebih berkesan.
67 | P a g e
7.2 ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN POS
Ujian Pos telah diambil daripada Peperiksaan Akhir Tahun bagi 20 sampel pelajar Tingkatan
4 Ixora. Pencapaian pelajar 4 Ixora daripada Ujian Pos ditunjukkan dalam Jadual 3.
JADUAL 3: Keputusan Ujian Post
No Nama pelajar Markah
1 Mohammad Noor Hafizal 11
2 Irdina Najiha Binti Ab 10
3 Abdul Raziq Aqil 10
4 Nur Faradila 12
5 Mohd Aidil Danial 10
6 Mohd Reez Danieyl 9
7 Mohd Rizman Hadi 11
8 Naim Bin Musbah 11
9 Elvia Natalia 11
10 Nor Fazilah Binti Mohd Iisah 10
11 Nurul Syahirah 11
12 Fakrul Izhar 9
13 Mohammad Ikhwan Harith 11
14 M. Zulkarnain Nasation 10
15 Muhammad Zamzuri 10
16 Rizwan Bin Amir 12
17 Muhd. Fazlizan 11
18 Adyka Rozaidy 11
19 Darrel Dean Dionysius 11
20 Willson Wan 12
Berikut adalah hasil dapatan analisis markah bagi 20 orang sampel pelajar ditunjukkan dalam
Jadual 4.
JADUAL 4: Analisis Dapatan Ujian Pos
Markah 1-3 4-6 7-9 10-12
0 2 18
Bilangan pelajar 0
68 | P a g e
Peratus (%) 0.0 0.0 10.0 90.0
ANALISIS DAPATAN UJIAN POS
18
18
16
Bilangan pelajar 14
12
10
8 Bilangan pelajar
6 0 0% 2 Peratus (%)
4 10% 90%
2 0 0%
0
1-3 4-6 7-9 10-12
Markah
RAJAH 2: GRAF DAPATAN UJIAN POS
Berikut adalah perbandingan hasil dapatan analisis markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pos
ditunjukkan dalam Jadual 5
JADUAL 5 : Perbandingan Hasil Dapatan
Ujian Pra Ujian Post
Markah Bilangan Peratus Bilangan Peratus
pelajar (%) pelajar (%)
1-3 1 5.0 0 0.0
4-6 10 50.0 0 0.0
7-9 7 35.0 2 10.0
10-12 2 10.0 18 90.0
69 | P a g e
Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
100% 90%
90%
Peratus (%) 80% 50% Ujian Pra Peratus (%)
70% 35% Ujian Post Peratus (%)
60%
50% 5% 0% 10% 10%
40% 1-3 0%
30%
20%
10%
0%
4-6 7-9 10-12
Markah
Rajah 3 : GRAF PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS
Graf 3 di atas menunjukkan pencapaian bagi setiap responden dalam ujian pra dan ujian pos.
Markah yang diperoleh oleh ke semua responden meningkat pada kedua-dua ujian pos yang
dijalankan setelah kaedah akronim dilaksanakan. Instrumen ujian pra dan ujian pos dilakukan
sebelum dan selepas kaedah dijalankan. Dalam kajian ini memfokuskan kepada tajuk Bab 7
iaitu Cahaya dan Warna dan soalan berfokus kepada tajuk yang sama digunakan dalam kedua-
dua ujian tersebut. Tajuk yang sama digunakan dalam ujian adalah untuk melihat perubahan
pencapaian daripada jawapan responden.
Daripada hasil dapatan dalam ujian pra dan ujian pos, dibuatkan satu perbandingan untuk
melihat akan kemajuan pelajar dalam penggunaan kaedah akronim semasa pembelajaran.
Didapati bahawa terdapatnya peningkatan yang amat ketara di antara ujian pra dan ujian pos
yang telah dijalankan. Dalam ujian pra, hanya 2 orang pelajar iaitu 10.0% daripada 20 sampel
pelajar yang dipilih telah mendapat markah di antara 10-12. Walau bagaimanapun, bilangan
pelajar yang mendapat markah 10-12 pada ujian pos adalah 18 orang iaitu 90.0% daripada 20
sampel pelajar yang dipilih. Jurang perbezaan ini amat ketara sekali, perbezaan iaitu
peningkatan bagi 16 orang pelajar iaitu peningkatan sebanyak 80.0%.
Melalui pemerhatian guru pula, pelajar lebih bersemangat dan lebih seronok sepanjang proses
pembelajaran dan pemudahcaraan kerana pelajar mencuba untuk menjawab soalan yang
diberikan oleh guru dan pelajar bersungguh-sungguh untuk mencipta akronim bagi topik yang
diajar di dalam kelas. Hal ini turut dapat dibuktikan melalui motivasi pelajar untuk menjawab
70 | P a g e
semua soalan yang diberikan dan pelajar berjaya memberikan jawapan yang tepat berdasarkan
kaedah akronim yang telah diajarkan kepada pelajar.
Hal ini telah menunjukkan keberkesanan penggunaan kaedah akronim dalam pembelajaran
sains terutamanya dalam mengingati dan menghafal proses atau turutan sesuatu. Justeru,
penggunaan kaedah akronim ini dapat membantu pelajar meningkatkan potensi kemajuan
dalam akademik terutamanya bagi mata pelajaran sains
.
7.3 RASIONAL PELAKSANAAN PENGGUNAAN KAEDAH AKRONIM DALAM
PEMBELAJARAN SAINS
Penggunaan kaedah Akronim dalam pembelajaran sains dapat memudahkan pelajar untuk
mengingati konsep dan susunan atau turutan bagi suatu topik pembelajaran seperti susunan
warna pelangi dan pencampuran warna cahaya dalam kajian ini. Akronim ialah kependekan
yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku atau beberapa perkataan
yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Kaedah akronim ini mempunyai hubungan yang
erat dengan kemampuan mengingat kerana hal ini berjalan sesuai dengan pemikiran. Dalam
proses mengingat bukanlah sekadar merakamkan maklumat di dalam ingatan, malah maklumat
tersebut perlu dikeluarkan. Dalam mata pelajaran seperti sains, masalah mengingat merupakan
satu cabaran yang besar kepada pelajar kerana mengandungi pelbagai topik yang mempunyai
banyak fakta. Kemahiran mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan
kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Kemahiran mengingat juga
ialah proses mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta selepas beberapa ketika.
Justeru, diharapkan kaedah akronim ini dapat membantu pelajar dalam mengingati perkara ini
dengan lebih mudah dan dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam ilmu sains. Selain itu,
penggunaan strategi pengajaran ini tidak memerlukan banyak bahan tambahan atau
perancangan yang luas dan masa penyediaan yang cepat.
8.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI KAJIAN
Setelah menggunakan pendekatan dan kaedah akronim dalam pengajaran dan pembelajaran,
didapati pencapaian serta kebolehan yang dipaparkan oleh pelajar amat memberangsangkan.
Walaupun pada peringkat awal terdapat sebilangan pelajar yang tidak mampu untuk
71 | P a g e
mengingati dan menghafal fakta, tetapi masalah ini dapat diatasi melalui kaedah akronim. Hal
ini juga bermakna pelajar akan lebih menghargai dan berasa puas dengan apa yang telah mereka
capai melalui sesi pengajaran dan pembelajaran. Apa yang penting ialah kemampuan dan
kemajuan pelajar dalam pencapaian mata pelajaran sains. Hal ini bukan saja dapat mengatasi
masalah pelajar mengingati fakta-fakta yang banyak malah dapat menambahkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran sains.
Hasil daripada kajian ini, didapati 18 orang pelajar ini menyatakan bahawa kaedah akronim ini
memudahkan mereka mengingati fakta dengan mudah. Perkara ini dapat dibuktikan apabila
mereka ditanya berkenaan warna pelangi mengikut susunan dan didapati bahawa mereka dapat
menyebut mahupun menulis rangkai kata dan susunan warna pelangi dengan betul. Pelajar
juga berasa seronok dan berminat dalam mempelajari mata pelajaran sains melalui kaedah
akronim. Difahamkan juga bahawa kaedah akronim ini telah memudahkan pelajar untuk
membuat ulangkaji. Diharapkan guru akan menerapkan lagi kaedah akronim dalam tajuk yang
sesuai pada masa akan datang atau mempraktikkan kaedah akronim ini dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran kerana dapat memperkukuhkan ingatan pelajar berkaitan tajuk yang
dipelajari.
Berdasarkan kajian ini, dapatlah disimpulkan bahawa kaedah akronim boleh digunakan sebagai
satu kaedah atau teknik pengajaran bagi guru dan pembelajaran bagi pelajar. Penggunaan
teknik ini tidak terbatas kepada mana-mana mata pelajaran, cuma hal ini perlu diinovasi dan
berdasarkan kreativiti guru itu sendiri. Kesesuaian kaedah ini lebih bermakna jika guru dan
pelajar itu sendiri mempunyai kreativiti dalam membentuk sesuatu rangkai kata. Diharap
dengan cara ini, pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan menjadi lebih mudah dan
menarik. Hal ini amat relevan dengan keadaan pelajar sekarang dan masa hadapan yang
memerlukan bentuk pengajaran dan pembelajaran yang mudah tanpa menjejaskan objektif
pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya, kaedah penggunaan kaedah Akronim berjaya memberikan pelajar cara terbaru
untuk pelajar mengingati turutan dan proses fakta dalam mata pelajaran sains. Oleh itu, kaedah
ini boleh diaplikasikan dalam semua topik bagi mata pelajaran sains. Semoga dengan cara ini,
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan menjadi lebih mudah dan menarik.
72 | P a g e
9.0 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN
Kajian ini membuktikan penggunaan kaedah akronim dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
mata pelajaran Sains merupakan suatu kaedah belajar yang sesuai dipraktikkan walaupun era
teknologi ICT berlegar di sekeliling pelajar. Cadangan kaedah pembinaan akronim secara lebih
kreatif melalui penggunaan media juga boleh dipertingkatkan selaras dengan era ledakan
teknologi terkini. Penggunaan akronim bolehlah dibuat dalam bentuk ICT yang lebih
memudahkan guru dan pelajar menggunakannya di sekolah masing-masing. Bahan
pembelajaran berunsur multimedia interaktif mampu bertindak sebagai satu alat kognitif untuk
mencetuskan proses pembelajaran kritis dan kreatif.
Pada era globalisasi kini, Teknologi Maklumat dan Komunikasi semakin meluas dan diguna
pakai oleh seluruh masyarakat setempat. Implikasi penggunaan kaedah akronim dilihat
memberi ruang positif dalam kalangan pelajar iaitu membantu lebih banyak kemahiran berfikir
secara kreatif oleh para pelajar yang dapat dijana melalui pembinaan akronim, penguasaan
topik pelajaran yang lebih cepat dan mudah selain dapat mewujudkan suasana belajar yang
lebih santai dan seronok. Secara tidak langsung juga dapat menghidupkan suasana belajar yang
lebih aktif dan berdaya saing. Maka dengan ini, minat dan daya ingatan pelajar setelah
menggunakan kaedah akronim berada pada tahap yang tinggi. Hal ini bermakna, pelajar boleh
menerima kaedah tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada di bilik darjah
mahupun luar bilik darjah.
73 | P a g e
TEKNIK PENSTRUKTURAN BERNOMBOR : PENGAPLIKASIAN DALAM
MENINGKATKAN DAYA INGATAN PELAJAR TERHADAP STRUKTUR
ANATOMI MATA BAGI SUBJEK SAINS TINGKATAN 3 IXORA
Hajijah Hamsari
Chan Phar Chuen
SM Holy Trinity
Peti Surat 60918 Tawau
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan telah dibuat untuk membantu pelajar menghafal struktur organ
manusia dalam topik-topik Sains. Teknik Penstrukturan Bernombor dilihat dapat
menambahkan kebolehan pelajar untuk menjawab soalan berbentuk pelabelan
struktur anatomi. Teknik ini telah diuji terhadap 20 orang pelajar Tingkatan 3 Ixora,
Sekolah Menengah Holy Trinity yang terdiri daripada pelajar yang berpencapaian
sederhana dan lemah. Topik struktur anatomi mata dipilih untuk dijadikan topik ujian.
Ujian dibahagikan kepada dua tahap: Ujian Pra dan Ujian Pos. Ujian Pra terdiri
daripada satu set soalan yang mengandungi gambarajah struktur anatomi mata dan
juga soalan tinjauan berkenaan minat dan perasaan apabila menjawab soalan
berbentuk pelabelan struktur. Ujian pra menunjukkan lebih daripada separuh pelajar
gagal untuk menjawab soalan pelabelan struktur mata dengan tepat. Pelajar juga
memberi maklumbalas tentang kerumitan dan hilang minat untuk menjawab soalan
tersebut. Ujian ini diberikan kepada pelajar selepas memberi peluang kepada mereka
untuk mengingat dengan kaedah biasa. Ujian Pos pula terdiri daripada set soalan yang
mengandungi gambarajah struktur anatomi mata dan pelajar menjawabnya setelah
pendedahan Teknik Penstrukturan Bernombor. Guru mendapati pelaksanaan Teknik
Penstrukturan Bernombor amat sesuai untuk membantu pelajar mengingat struktur
anatomi mata, kerana ujian pos telah menunjukkan peningkatan drastik terhadap
keupayaan pelajar untuk menjawab soalan pelabelan struktur anatomi mata. Guru
mendapati pelaksanaan teknik ini juga berjaya meningkatkan motivasi pelajar melalui
maklumbalas pelajar dalam ruangan yang diberikan. Kesimpulan daripada hasil kajian
yang dijalankan, didapati perubahan positif dari segi amalan pengajaran guru di dalam
kelas dan juga teknik pembelajaran pelajar selepas teknik ini dipraktikkan.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Menurut Verno (1980) berpendapat bahawa ingatan merupakan bentuk penyimpanan
maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman manakala Robert M Gagne
pula ada menghubungkait proses pembelajaran dengan proses ingatan di dalam bukunya
Essential Of Learning For Instruction (1975). Beliau menyebut bahawa kecepatan dan
ketepatan mengingat bergantung kepada bagaimana maklumat disimpan. Maklumat yang
74 | P a g e
disimpan secara tersusun dan sistematik boleh diingat kembali dengan lebih mudah dan cepat.
Mengingat dan menghafal struktur menjadi masalah kepada ramai pelajar dalam sebarang topik
dan subjek pembelajaran sejak sekian lama.Hal ini disebabkan kurangnya pendedahan terhadap
teknik-teknik menghafal dan mengingat dengan cara yang betul dan mudah kepada pelajar-
pelajar.
Di dalam Bab 1 Sains Tingkatan 3 berkenaan topik deria, pelajar perlu untuk menghafal
struktur-struktur organ deria dan pelajar perlu mahir melabel struktur berkenaan dengan betul
dan tepat. Namun setelah beberapa tahun memerhatikan pencapaian pelajar bagi topik ini,
pelajar amat bermasalah untuk mengingati struktur anatomi dengan baik, terutama bagi struktur
anatomi mata yang banyak.
Oleh itu, kami mula menyedari bahawa kaedah konvensional tidak membantu pelajar untuk
mengingat struktur anatomi dengan baik. Kami mula memikirkan kaedah terbaik yang lebih
mudah dan cepat untuk menghafal topik-topik berkenaan, memandangkan topik-topik yang
memerlukan kepada pelabelan banyak didapati dalam mata pelajaran sains. Kaedah mengingat
yang lebih tersusun perlu dipraktikkan oleh pelajar supaya proses menghafal menjadi lebih
mudah dan tepat.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kaedah ini boleh digunakan untuk banyak topik yang melibatkan pelabelan struktur. Akan
tetapi, kami memberi tumpuan kepada struktur anatomi mata yang sememangnya agak sukar
dan mempunyai struktur yang banyak dan mengelirukan. Kami memfokuskan kepada
keberkesanan Teknik Penstrukturan Bernombor dalam meningkatkan daya ingatan pelajar
terhadap anatomi mata. Hal ini demikian kerana, kaedah ini menekankan teknik mengingat
secara tersusun dan bernombor yang mengikut teori pembelajaran, kaedah ini akan lebih
memudahkan pelajar untuk mengingat semula hafalan mereka.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif umum:
Kajian ini adalah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Sains Tingkatan 3
75 | P a g e
3.2 Objektif khusus:
1. Meningkatkan kemahiran pelajar melabel struktur anatomi mata dalam subtajuk deria
2. Mewujudkan motivasi yang lebih positif untuk pelajar menghafal struktur anatomi.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 20 orang pelajar 3 Ixora yang terdiri daripada pelajar-pelajar
berpencapaian sederhana dan lemah.
5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Tinjauan awal terhadap masalah mendapati, beberapa siri ujian dan peperiksaan yang
melibatkan subtopik pelabelan struktur anatomi organ, pelajar amat lemah dan sukar untuk
memperolehi markah penuh. Malah dalam kalangan pelajar yang lemah dan sederhana, soalan
melibatkan pelabelan struktur organ adalah salah satu bahagian soalan yang sukar untuk
mereka memperolehi markah penuh. Tinjauan mendapati, walaupun pilihan jawapan
disediakan, pelajar dalam kategori sederhana dan lemah, tidak dapat menjawab soalan
pelabelan struktur ini dengan tepat.
Pemerhatian juga menunjukkan, ramai pelajar memilih untuk tidak menjawab langsung soalan
berbentuk pelabelan anatomi ini. Justeru kami memikirkan adalah perlu untuk mencari satu
kaedah mudah yang boleh mendorong pelajar menjawab soalan pelabelan struktur ini dengan
tepat.
5.1 LANGKAH MELAKSANAKAN TINDAKAN
Ujian Pra dijalankan bagi meninjau kemahiran pelajar melabel struktur anatomi mata. Ujian
Pra terdiri daripada satu set soalan yang mengandungi gambar rajah sturuktur anatomi mata.
Pelajar perlu melabel 15 struktur mata dengan tepat. Ujian ini diberikan kepada pelajar selepas
memberi peluang kepada mereka untuk mengingat dengan kaedah biasa terlebih dahulu.
Pelajar juga diminta untuk menulis sedikit komen dan pandangan berkenaan topik pelabelan
struktur mata ini.
Teknik Penstrukturan Bernombor adalah kaedah menggalakkan pelajar menghafal struktur
anatomi mata melalui kaedah pernomboran berlapis. Dalam kaedah ini pelajar diajar untuk
76 | P a g e
menyusun maklumat yang perlu dihafal dengan memberi nombor mengikut lapisan anatomi
mata. Pelajar menjalani beberapa kelas latihan untuk mereka memahami dan mahir
menggunakan kaedah ini.
Pelaksanaan Penggunaan Teknik Penstrukturan Bernombor dalam meningkatkan daya ingatan
terhadap struktur anatomi mata ini dijalankan melalui beberapa langkah iaitu:
Langkah 1 :
Pelajar perlu mengenal pasti lapisan anatomi mata dengan tepat. Struktur mata berkenaan perlu
dibahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian hadapan dan belakang. Perkara ini bagi
membolehkan pelajar mengingat dengan lebih mudah tanpa mencampur aduk struktur depan
dan belakang.
Langkah 2 :
Kemudian pelajar perlu mengenal pasti lapisan-lapisan pada struktur mata beserta struktur yang
terdapat pada setiap lapisan tersebut. Sebagai contoh, pada lapisan ketiga mata, terdapat dua
struktur iaitu otot silia dan pupil.
Langkah 3 :
Setelah pelajar boleh mengenal pasti lapisan pada anatomi mata, pelajar dikehendaki
menomborkan setiap struktur mengikut lapisan. Bagi struktur yang terdapat pada lapisan yang
sama, pelajar perlu melabelkannya sebagai a, b, dan seterusnya.
Langkah 4 :
Setelah berjaya menomborkan setiap struktur yang terdapat pada setiap lapisan, barulah pelajar
mula menghafal nama bagi setiap nombor yang telah diletakkan.
Langkah 5 :
Setelah pelajar berjaya mengingati struktur bahagian hadapan, pelajar mengulangi langkah 2
hingga 4 bagi struktur pada bahagian belakang pula.
Satu ujian pos dijalankan setelah pelajar berjaya memahami dan menggunakan kaedah ini.
Ujian terdiri daripada soalan yang sama dengan ujian pra. Pelajar juga perlu mengisi ruangan
komen berkenaan pengalaman dan perasaan mereka setelah menggunakan kaedah ini.
77 | P a g e
6.0 RUMUSAN PEMERHATIAN & PENILAIAN
Analisis Keputusan Ujian Pra
Daripada ujian pra seperti dalam jadual 1 di bawah, kesemua pelajar mendapat markah kurang
daripada 11 markah. 16 orang mendapat kurang daripada 9 markah. Pelajar amat sukar
mengingat struktur mata yang agak kompleks. Tiada pelajar yang berjaya menjawab 13 struktur
dan ke atas dengan betul.
Jadual 1 : Analisis Dapatan Ujian Pra
KETEGORI JUMLAH
1-3 4-6 7-9 10-12 13-14 15 20
100
MARKAH
BILANGAN 0 9 7 4 0 0
PERATUS (%) 0 45 35 20 0 0
Satu ujian pos telah dilaksanakan ke atas pelajar untuk menilai prestasi pelajar selepas teknik
ini dipraktikkan. Ujian terdiri daripada gambar rajah mata, yang memerlukan pelajar untuk
melabel 15 struktur mata. Hanya terdapat perbezaan dari segi kedudukan untuk melihat
keberkesanan penggunaan teknik penstrukturan bernombor.
Data juga menunjukkan terdapat peningkatan bilangan pelajar yang ketara antara kedua-dua
ujian tersebut dalam kategori 15 markah iaitu markah penuh, yang mana pada ujian pra, tiada
pelajar yang dapat melabel semua dengan betul. Tetapi pada ujian pos, 15 daripada 20 pelajar
berjaya menjawab dengan betul kesemua struktur mata yang diberi. Secara kesimpulannya data
menunjukkan terdapat peningkatan drastik terhadap kebolehan pelajar untuk menjawab
pelabelan struktur mata.
Jadual 2 : Analisis Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
Bilangan markah betul Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan
0 0
1-3 0 0 -9
0 -7
4-6 9 2 -2
7-9 7
10-12 4
78 | P a g e
13-14 0 3 +3
15 0 15 +15
Jumlah 20 20
PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN POS
16 15
14
12
10
8
6
4
2
0
1 hingga 3 4 hingga 6 7 hingga 9 10 hingga 12 12 hingga 14
Ujian Pra Ujian Pos
Rajah 1 mennjukkan keputusan perbandingan ujian pra dan ujian pos
7.0 PERBINCANGAN & REFLEKSI KAJIAN
Berdasarkan dapatan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar yang
memberangsangkan selepas pelaksanaan Teknik Penstrukturan Bernombor berbanding ujian
pra. Analisis terhadap dapatan ujian pos ini menunjukkan 15 orang (75%) pelajar memperolehi
semua label betul, 3 orang (15%) pelajar memperolehi 13-14 pelabelan betul dan hanya 2 orang
(10%) mendapat 10-12 pelabelan betul.
Hasil daripada maklumbalas yang diberikan pelajar pada helaian soalan pos, pelajar turut
menunjukkan minat yang lebih baik terhadap subtajuk pelabelan anatomi mata, apabila
didapati pelajar menjawab semua soalan yang diberikan dan tidak meninggalkan ruang
jawapan kosong tanpa jawapan. Motivasi dan keseronokan menghafal anatomi mata dalam
kalangan pelajar juga dapat ditingkatkan. Perkara ini dibuktikan dengan komen-komen pelajar
yang diberikan pada akhir soalan pos.
Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan dalam kajian ini yang perlu diperbaiki.
Antaranya ialah pelaksanaan aktiviti perlu dilakukan dalam kumpulan kecil. Hal ini bagi
membolehkan kaedah ini benar-benar difahami dengan mudah dan cepat oleh semua pelajar.
79 | P a g e
8.0 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN
Kaedah ini saya dapati dapat menarik minat dan motivasi pelajar untuk mempelajari topik-
topik berkaitan struktur. Saya mencadangkan agar kaedah ini digunakan untuk pelajar-pelajar
lemah yang mempunyai kemahiran visual dan melukis yang baik. Guru juga boleh memberi
peluang kepada pelajar untuk menggunakan kaedah ini untuk melabel apa-apa jenis
penstrukturan seperti penstrukturan lapisan atmosfera dan juga lapisan struktur bumi.
80 | P a g e
RUJUKAN
Fattah Hidayat.(2017). Kajian Psikologi Pembelajaran Hafal Quran bagi Anak Usia Dini
Jurnal Kajian Tindakan (2018), Edisi 3, SM. St Patrick, Tawau.
Slideshare.net?Farah Husna F/23-Ingatan-dan-lupaan
Kompasiana.com/salsabilafd/59f1356698182776ed213342/bagaimana-otak—kita-
menyimpan informasi
81 | P a g e
LAMPIRAN
82 | P a g e
Komen dan keputusan ujian pos
83 | P a g e
84 | P a g e