Keputusan Ujian Pra dan komen pelajar
85 | P a g e
KASTu2S SEBAGAI TEKNIK MENGUASAI KERTAS 3 SEJARAH SPM
Rosni Binti Ruddin
Sekolah Menengah Holy Trinity Tawau
Peti Surat 60918, 91019 Tawau
[email protected]
ABSTRAK
Kajian Tindakan ini memberi fokus untuk menilai keberkesanan kaedah yang
menggunakan akronim KASTu2S sebagai teknik menguasai dengan baik tugasan
spesifik dalam Kertas 3 Sejarah. Akronim ini merujuk kepada langkah-langkah [ada 6
langkah] yang perlu diikuti oleh pelajar pada saat mereka memperolehi kertas tugasan
spesifik semasa ujian/peperiksaan dijalankan. Kertas 3 adalah salah satu komponen
yang terdapat dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM di samping Kertas 1 dan
Kertas 2. Walaupun pemberatan kertas ini hanya 20 peratus daripada markah
keseluruhan mata pelajaran Sejarah, namun statusnya sebagai ujian buku terbuka [open
book test], maka sebaiknya dimanfaatkan oleh pelajar demi memperoleh markah yang
lebih baik untuk keseluruhan dalam mata pelajaran Sejarah. Bagi kategori pelajar lemah,
status terbuka kertas ini pasti dapat membantu untuk mereka sekurang-kurangnya
memperolehi markah yang paling minima untuk lulus Sejarah khususnya di peringkat
SPM kelak. Manakala untuk kategori pelajar cemerlang dan sederhana, ia akan menjadi
bonus untuk memperolehi markah yang lebih baik. Kajian ini melibatkan 88 orang yang
masing-masing dari setiap tingkatan lima yang diajar pada tahun 2019 di SM Holy Trinity,
Tawau yakni 23 orang daripada 5 Lily, 33 orang daripada 5 Carnation dan 32 orang
daripada 5 Ixora. Jangka masa kajian dijalankan dalam tempoh bulan Mac – Oktober
2019 yakni melibatkan fasa sebelum dan selepas menduduki peperiksaan. Markah
mentah dalam Ujian Mac dijadikan sebagai TOV atau pra kajian untuk dibandingkan
dengan prestasi pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan
Percubaan SPM sebagai post kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa penggunaan
akronim KASTu2S telah berjaya membantu pelajar dalam meningkatkan markah dalam
Kertas 3 seterusnya memberi kesan yang sangat baik kepada keseluruhan markah
Sejarah mereka.
1.0 REFLEKSI
Saya telah mengajar Kertas 3 Sejarah sejak ia diperkenalkan pada tahun 2013, bersempena
subjek Sejarah wajib lulus dalam SPM. Dalam pemerhatian dan pengalaman saya, ramai
pelajar tidak memperolehi gred yang baik, malah ada pelajar yang malang, tidak
layak mendapat Sijil SPM disebabkan gagal dalam mata pelajaran ini.
Saya mendapati ramai pelajar tidak memperolehi markah yang baik atau dapat
memanfaatkan kelebihan Kertas 3 kerana mereka masih kurang menguasai teknik
menjawab dan kemahiran khusus yang diperlukan. Pecahan kertas daripada sebelumnya
86 | P a g e
dua kertas menjadi tiga kertas juga telah menyulitkan pelajar untuk menguasai ketiga-
tiga kertas dengan baik khususnya Kertas 3, kerana sifatnya yang sangat baharu yakni
bentuk tugasan ‘open book-test’. Walaupun pelajar boleh membuat rujukan dengan mana-
mana bahan yang disediakan awal sebelum peperiksaan berlangsung tetapi pelajar
seolah-olah tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan bahan-bahan tersebut.
Hal ini terbukti, setiap kali keputusan peperiksaan/ujian diumumkan prestasi pelajar kurang
memberangsangkan.
Daripada pihak guru pula, pedagogi sebelum ini hanya menumpukan kepada kemahiran
menguasai dua kertas sahaja yakni kertas objektif dan kertas struktur dan esei sahaja.
Namun kini, terpaksa meluangkan masa yang lebih untuk memahirkan pelajar dengan
bentuk dan sifat Kertas 3 yang serba baharu. Sepatutnya, status kertas 3 sebagai ‘open
book test’ harus dilihat sebagai pembantu atau menjadi nilai tambah kepada pemerolehan
gred yang baik untuk mata pelajaran ini tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Fenomena ini tidak bertepatan dengan tujuan pengenalan Kertas 3 kerana, sepatutnya
selain untuk menyediakan para pelajar dengan budaya berfikir secara kreatif dan kritis,
kertas ini juga sepatutnya boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana sifatnya berbentuk
ujian bentuk terbuka [open book test]. Hanya pelajar yang benar-benar bijak dan cemerlang
yang dapat menguasai kertas ini.
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian adalah untuk mengatasi masalah pelajar yang tidak mahir menjawab tugasan
spesifik dalam Kertas 3 melalui kaedah akronim KASTu2S. Secara amnya, pencapaian
mata pelajaran Sejarah bagi pelajar kelas 5 Lily, 5 Carnation dan 5 Ixora sejak mereka di
Tingkatan Empat lagi memang kurang memberangsangkan. Oleh yang demikian, pengkaji
berpendapat daripada ketiga-tiga kertas dalam mata pelajaran ini, wajar kelebihan Kertas
3 sebagai open book test dimaksimumkan fungsinya, iaitu sebagai bonus tambahan
kepada pelajar untuk mudah mencapai gred yang baik berbanding Kertas 1 dan Kertas 2
yang diadakan secara ujian tertutup/hafalan.
Pengkaji mendapati kelemahan pelajar masih ketara dalam bab mengelaskan jawapan yang
mana harus berpandukan buku teks dan buku/bahan rujukan semasa menjawab soalan
87 | P a g e
khusus/ tugasan spesifik. Akibatnya, jawapan pelajar sering bercampur aduk antara fakta
dan huraian, tidak relevan, dan tidak menjawab mengikut kehendak soalan. Hal ini
menyebabkan pelajar gagal memperolehi markah yang baik untuk kertas ini. Seterunya,
pelajar tidak dapat menggunakan peruntukan masa 3 jam bagi menjawab Kertas 3 dengan
sebaiknya, kerana pelajar banyak membuang masa membelek bahan dan buku untuk
memilih-milih jawapan tanpa menyedari masa yang diperuntukkan berlalu tanpa
dimanfaatkan sebaiknya. Maka demikian, kaedah KASTu2S ini dibentuk sedemikian rupa
untuk mengatasi dua permasalahan yang disebutkan di atas.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini ialah meningkatkan bilangan pelajar yang memperolehi
gred mata pelajaran cemerlang dalam matapelajaran Sejarah melalui pemerkasaan
Kertas 3.
Manakala objektif khusus kajian ini ialah
I – Melazimkan pelajar dengan kaedah akronim KASTu2S sebagai kaedah sistematik
untuk menguasai Kertas 3 dengan cemerlang.
II – Meningkatkan bilangan pelajar pelbagai aras memperolehi markah cemerlang
untuk Kertas 3 dalam mata pelajaran Sejarah.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Seramai 88 orang pelajar yang masing-masing terdiri pelajar Tingkatan 5 Lily [23 orang],
Tingkatan 5 Carnation [33 orang] dan Tingkatan 5 Ixora [32 orang] Mereka terdiri
daripada 3 aras yakni aras baik, sederhana dan lemah.
5.0 TINJAUAN AWAL
Maklumat mengenai kelemahan dan kekurangan pelajar khusus Kertas 3 diperolehi
melalui analisis prestasi yang ditunjukkan dalam keputusan Peperiksaan Akhir Tingkatan
88 | P a g e
Empat yang dijalani pada tahun sebelumnya (2018). Selain itu, pengkaji juga memperolehi
maklumat daripada temu bual secara rawak kepada individu pelajar yang berprestasi
sederhana dan lemah.
Daripada keputusan peperiksaan akhir tahun kelompok sasaran pelajar, mendapati bahawa
hampir 60% - 80% memperolehi markah mentah Kertas 3 dibawah gred cemerlang (kurang
16 daripada 20 markah keseluruhan atau kurang 80%). Prestasi ini kurang
memberangsangkan walhal Kertas 3 adalah open book test. Dapatan tersebut lebih jelas
melalui jadual di bawah.
Jadual 1: Dapatan kajian awal markah pelajar
BIL TINGKATAN JUMLAH JUMLAH (%)
PELAJAR
1 4 Lily 60.86%
2 4 Carnation 14/23 63.63%
3 4 Ixora 21/33 84.37%
27/32
Manakala hasil temu bual secara rawak yang diadakan kepada individu pelajar kategori
lemah dan sederhana, hampir keseluruhan jawapan mereka mengatakan bahawa walaupun
Kertas 3 berbentuk open book test namun hal ini menjadi sukar kerana rata-rata mereka
tidak dapat mengenal pasti dengan baik isi/fakta yang perlu disalin sebagai jawapan.
Selain itu, mereka menyatakan juga bahawa terlalu banyak perkara yang perlu ditulis
dalam tempoh 3 jam. Agihan masa yang tidak sistematik menyebabkan mereka tidak
dapat menyiapkan tugasan spesifik Kertas 3 dengan baik. Jadual di bawah adalah yang
berkaitan:
BILANGAN 5 Lily [7 orang]
PELAJAR 5 Carnation [12 orang]
YANG TERLIBAT 5 Ixora [15 orang]
SOALAN Apa pendapat anda tentang prestasi anda dalam Sejarah
TEMUBUAL khususnya Kertas 3?
Kenapakah demikian? Boleh jelaskan?
89 | P a g e
6.0 PELAKSANAAN PROGRAM
Teknik KASTu2S dijalankan dalam tiga fasa:
FASA 1: Taklimat dan hebahan teknik kepada kumpulan sasaran.
Pengkaji mengadakan taklimat tentang teknik KASTu2S kepada setiap kelas sasaran dan
diadakan semasa PdPc Sejarah di kelas berkenaan. Taklimat ini meliputi maksud akronim
KASTu2S, dan bagaimana hal ini diaplikasikan oleh pelajar. KASTu2S merujuk kepada
6 langkah yang perlu diikuti oleh setiap pelajar saat mereka menjawab soalan tugasan
spesifik semasa peperiksaan dijalankan. Maksud akronim KASTu2S adalah seperti
berikut:
Langkah 1 Kenal pasti Kenal pasti BERAPA BILANGAN SOALAN, dan
KIRA PERUNTUKAN MARKAH bagi setiap
Langkah 2 soalan untuk kenal pasti nombor soalan yang perlu
Langkah 3 jawapan daripada buku teks dan buku rujukan.
Langkah 4
Langkah 5 Analisis Analisis hasil kenal pasti melalui kata kunci soalan
Langkah 6 dan fahami kehendak soalan; soalan langsung dan
soalan bentuk KBAT terbuka.
Sesuaikan Sesuaikan jawapan dari bahagian mana yang perlu
untuk menjawab setiap soalan yang telah dianalisis
tadi.
TUlis Setelah tetap dan pasti, boleh mula TULIS; panjang
dan pendeknya bergantung dengan jumlah markah
yang diperuntukkan.
Semak Setelah selesai, boleh SEMAK, semua soalan sudah
dijawab, mengikut kehendak soalan dan tips
teknikal yang telah dikuasai.
Senyum Setelah selesai, boleh SENYUM, yakin bahawa
telah menjawab dengan baik dan mantap.
90 | P a g e
Semasa taklimat diadakan, pengkaji mengaitkan bagaimana kaedah ini digunakan secara
berkesan melalui organisasi tugasan spesifik Kertas 3 SPM seperti yang ditunjukkan di
bawah.
ORGANISASI SOALAN DALAM ANALISIS
TUGASAN SPESIFIK
Bilangan Soalan 8 – 9 soalan
Soalan Buku Teks No. 1 – 5
[Peruntukan markah]
Soalan KBKK/KBAT [1 – 60 markah]
No. 6 – 7
Soalan Cabaran/Langkah
[20 markah]
Nilai / Iktibar
No. 7 @ 8
Kesimpulan [10 markah]
No. 8
[5 @ 10 markah]
No. 9
[5 markah]
Melalui analisis terhadap organisasi soalan tugasan spesifik ini, pelajar akan dapat
menyesuaikan penggunaan KASTu2S tersebut dengan baik kerana setiap bahagian telah
ditunjukkan anggaran peruntukan markah berserta dengan nombor soalan yang berkaitan.
91 | P a g e
Lampiran 1: Sesi taklimat kepada kelas sasaran (5 Ixora)
Lampiran 2: Antara isi kandungan slaid yang ditayangkan kepada kelas sasaran.
FASA 2: Pendedahan teknik kepada pelajar melalui kaedah tunjuk cara.
Setiap langkah [6 langkah] kemudian didedahkan kepada pelajar melalui kaedah tunjuk
cara. Satu persatu langkah diterangkan oleh pengkaji di hadapan kelas dengan
menggunakan ABM yang berkaitan iaitu:
Buku Teks [tumpu bab dalam tema umum]
Set soalan tugasan spesifik
Bahan rujukan lain [majalah, buletin Sejarah, bahan fotostat]
Kemudian secara rawak meminta beberapa pelajar secara individu membuat tunjuk cara
untuk mengenal pasti sejauh mana mereka faham akan kepenggunaan akronim KASTu2S
ini. Kaedah ini berkesan, kerana ramai pelajar lebih faham gaya bahasa yang disampaikan
92 | P a g e
oleh rakan mereka sendiri, dan dengan melakukan sendiri, kefahaman yang diperolehi
lebih jitu dan menyakinkan.
FASA 3: Aplikasi teknik melalui siri simulasi sebagai calon dan pemeriksa.
Fasa terakhir pelaksanaan kajian ialah dengan membuat simulasi terhadap semua pelajar
sasaran iaitu sebagai simulasi calon peperiksaan dan sebagai pemeriksa. Tujuan simulasi
ini diadakan adalah untuk memastikan pelajar telah benar-benar faham akan penggunaan
kaedah akronim dengan sangat baik. Simulasi diadakan pada minggu terakhir sebelum
mereka menjalani peperiksaan Kertas 3 dalam setiap kali ujian diadakan agar keyakinan,
ingatan dan pelaziman dapat dibentuk dengan baik. Setiap kali mereka selesai melakukan
simulasi, sama ada sebagai calon mahupun sebagai pemeriksa, pengkaji akan
membincangkan kelemahan dan kekuatan bagi individu yang terpilih. Individu terpilih
adalah individu yang berprestasi rendah dan belum mencapai standard yang ditetapkan
dan individu yang berprestasi cemerlang. Tujuannya agar pelajar lain dapat mengambil
iktibar dan melaksanakan kekuatan dan menghindarkan kelemahan yang telah
dibincangkan.
93 | P a g e
Lampiran 3: Beberapa siri simulasi dilaksanakan kepada pelajar sebelum mereka
menduduki peperiksaan sebenar
7.0 PENILAIAN/HASIL KAJIAN TINDAKAN
Selepas kajian dijalankan, pelajar telah menunjukkan perubahan sikap apabila prestasi
mereka semakin baik berbanding sebelum ini. Secara umumnya, bilangan pelajar yang
memperolehi markah 15 dan ke bawah dalam setiap peperiksaan/ujian telah mengalami
penurunan peratus. Hal ini bermaksud, semakin ramai pelajar yang memperolehi markah
mentah Kertas 3 lebih daripada 16 dan ke atas. Perkara ini menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah KASTu2S dengan betul, telah berjaya membantu pelajar untuk
memperolehi markah yang baik khususnya dalam Kertas 3 seterusnya dapat membantu
prestasi keseluruhan Subjek Sejarah itu sendiri.
Melalui jadual di bawah, contohnya kelas 5 Lily sebagai kelas aras baik, menunjukkan
peratus penurunan yang sangat baik yakni pada Ujian Mac, sebanyak 43% ataupun 10
orang memperolehi markah 15 dan ke bawah, tetapi menurun menjadi 13% iaitu 3 orang
sahaja dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Manakala pada Peperiksaan Percubaan,
semua pelajar dalam Kelas 5 Lily telah mencapai 100% markah di atas 16 yakni cemerlang
untuk Kertas 3. Hal ini membuktikan bahawa jika kaedah akronim KASTu2S dapat
digunakan dengan betul, dapat membantu pelajar memperolehi markah yang baik dalam
Kertas 3 seterusnya membantu keseluruhan prestasi Sejarah amnya. Perbandingan ini
jelas dilihat melalui jadual di bawah
Jadual 2 : Analisis Ujian Pra dan perbandingan dengan dua Ujian Pos.
KELAS UJIAN PRA UJIAN POS BEZA UJIAN BEZA JUMLAH
1 POS 2 PELAJAR
5 LILY TURUN 3403%HKJS3030%13%0 30% - - 23
5 CARNATION 63% 27% 36% 13% 14% 33
5 IXORA 81% 42% 39% 25% 17% 32
JUMLAH BESAR 57 org 25 org 32 org 12 org 13 org 88
94 | P a g e
HASIL UJIAN PRA DAN DUA UJIAN
POS KERTAS 3 SEJARAH
70
60
50
40 BIL PELAJAR PERATUS
30
20
10
0 UJIAN POS 1 UJIAN POS 2
UJIAN PRA
Rajah 1 : Carta Bar perbandingan ujian pra dan dua ujian pos
Graf perbandingan di bawah jelas memperlihatkan perbezaan antara hasil ujian pra dan
dua ujian pos.
8.0 PERBINCANGAN
Hasil analisis data telah menunjukan bahawa semua pelajar yang menjalani kajian ini
telah menunjukkan peningkatan dari segi prestasi kertas 3 mereka masing-masing.
Pendedahan kaedah menggunakan akronim KASTu2S telah memberi mereka kemahiran
untuk menjawab setiap tugasan spesifik dalam Kertas 3 dengan lebih sistematik dan
teratur. Mereka dapat mengenal pasti setiap keperluan dari segi teknikal tugasan tersebut.
Maka dengan itu, keputusan pelajar untuk mata pelajaran Sejarah secara keseluruhan juga
telah menunjukkan peningkatan hasil prestasi Kertas 3 ini. Pelajar aras lemah dan
sederhana khususnya telah dapat keyakinan untuk mendapatkan markah dan gred yang
lebih baik kerana telah menguasai cara yang betul untuk menjawab Kertas 3.
Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan dalam kajian ini, khasnya untuk kategori
pelajar lemah yang mempunyai masalah sikap dan sering ponteng sekolah. Intervensi
95 | P a g e
dan pelaziman melalui siri simulasi tidak sepenuhnya dapat dilalui kerana ketidakhadiran
mereka ke sekolah dan tiada keiltizaman untuk mengikuti setiap langkah dengan tekun
dan cermat. Kejayaan kaedah ini terletak pada siri simulasi, kerana melaluinya pelajar
akan membiasakan diri dengan langkah-langkah yang perlu diikuti dengan sistematik
semasa mereka menduduki peperiksaan.
Dapatan-dapatan kajian ini memberikan implikasi kepada keseluruhan imej mata pelajaran
Sejarah khasnya kepada pelajar kategori lemah yang sebelum ini sering menganggap
mereka tidak mampu menjawab dengan baik Kertas 3 seterusnya lulus dalam mata
pelajaran ini.
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Bagi menjadikan hasil kajian ini lebih praktikal, pengkaji bercadang untuk menterjemahkan
akronim KASTu2S dalam bentuk origami. Mengapa origami? Selain rupa bentuknya yang
menarik, setiap langkah dalam KASTu2S akan dimaujudkan agar pelajar akan mudah
ingat setiap langkah KASTu2S tadi. Perkara ini akan memudahkan pelajar lebih memahami
setiap langkah dan akan dapat menggunakannya dengan lebih tepat dan berkesan. Setelah
lengkap, akan disebarluaskan penggunaannya kepada kelompok pelajar yang akan
menduduki SPM tahun hadapan [Tahun 2020].
96 | P a g e
RUJUKAN
Alias Puteh (1999). Kajian Tindakan di Sekolah: Definisi, Proses dan Cabaran.
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2008), Koleksi Pelaporan Kajian
Tindakan: Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah.
SMK Bandaraya, Kota Kinabalu (2010). Koleksi Kajian Tindakan Jilid 2.
97 | P a g e
LAMPIRAN
PANDUAN AM KERTAS 3 SPM SEJARAH untuk TAHUN SPM 2019
[Oleh Cikgu Rosni Ruddin]
PER ANALISIS
KARA TABURAN BAB, BENTUK DAN BILANGAN SOALAN SEJARAH KERTAS
3 SPM SEJAK TAHUN 2013
TAHUN 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019
Tema T5B9 T5B7 T5B2 T5B9 T5B1 T5B8 ?
Umum ?
9 9 9 9 9 8 ?
Bilangan No.1-5 No.1-2
Soalan No.1-4 No.1-3 No.1-4 No.1-4 [65m] [45m] ?
Soalan [60m] [50m] [60m] [55m]
Buku Teks No.6 [10m] No.3 [10m] ?
[Peruntuk No.5 No.4 [10m] No.5 [10m] No.5 No.4 [10m]
[10m] No.5 [10m] No.6 [10m] [10m] No.7 [10m] ?
an No.6 No.7 [10m] No.5 [10m]
markah] [10m] No.6 [10m] No.6 No.8 [10m] No.6 [10m] ?
Soalan No.7 No.7 [10m] TIADA [10m] *Iktibar
KBKK/K [10m] No.7 No.7 [10m]
No.8 [5m] No.8 [5m] [10m] No.9 [5m] *Iktibar
BAT No.8 *Iktibar *Iktibar No.8 *Pengetahu
[5m] [10m] No. 8 [5m]
Soalan *Nilai & No.9 [5m] No.9 [5m] *Iktibar an *Rumusan
Cabaran/ Iktibar *Pengetahu *Pengetahu *Nilai
Langkah No.9 No.9 [5m] Patriotisme umum
[5m] an an *Pengeta *Harapan
Nilai / *Pengeta *Nilai / *Nilai &
Iktibar huan *Patriotism huan
*Iktibar Unsur *Nilai
Kesimpula *Harapa e patriotisme Patriotis
n *Harapan
n me
*Harapan
98 | P a g e
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MELUKIS GRAF BAR MUDAH
MELALUI KAEDAH “TAK SABAR BERMAIN PXPY” DALAM KALANGAN
PELAJAR 3 JASMINE S.M HOLY TRINITY TAWAU
Suriati Binti Iskandar
Sharifah Rubiah Binti Awang Hashim
S.M Holy Trinity Tawau
Peti Surat 60918, 91019 Tawau
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam
melukis graf bar mudah dalam kalangan pelajar kelas 3 Jasmine yang bersekolah di
S.M Holy Trinity Tawau. Pelajar perlu mengetahui beberapa perkara yang perlu ada
dalam menghasilkan sebuah graf bar yang lengkap dan memperoleh markah yang lebih
baik. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan kebanyakan pelajar mengalami masalah
untuk melukis sebuah graf bar mudah yang lengkap tanpa ada bahagian yang tertinggal.
Antara perkara yang perlu ada dalam sebuah graf bar yang lengkap ialah tajuk, skala,
bar,petunjuk, paksi x dan paksi y. Terdapat dalam kalangan pelajar yang mengambil
mudah tentang perkara tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak penting
sedangkan setiap perkara tersebut mempunyai markah tertentu. Oleh yang demikian,
guru memperkenalkan satu kaedah iaitu “Tak Sabar Bermain PXPY” bagi memudahkan
pelajar mengingati perkara-perkara yang perlu ada dalam menghasilkan sebuah graf
bar mudah yang lengkap. Kaedah Tak (Tajuk) Sabar (Skala) Bermain (Bar) PX (Paksi
X) PY (Paksi Y) diperkenalkan agar dapat mengelakkan pelajar daripada lalai atau
terlupa dalam menyediakan sebuah graf bar mudah yang lengkap. Hasil dapatan kajian
menunjukkan peningkatan kemahiran dalam kalangan pelajar untuk menghasilkan graf
bar dengan meminimumkan kesalahan.
1.0 REFLEKSI
Kami telah mengajar mata pelajaran geografi lebih daripada lima tahun. Setiap kali kami
mengajar topik graf bar, pelajar dikehendaki menyediakan sebuah graf bar mudah yang lengkap
berdasarkan jadual yang telah diberikan atau disediakan. Walau bagaimanapun, setiap kali guru
mengajar tajuk graf bar dan meminta pelajar menyediakan graf bar mereka sendiri, terdapat
pelajar yang menyediakan graf bar yang tidak lengkap. Mata pelajaran Geografi sangat sinonim
dengan graf bar. Graf selalunya digunakan untuk mempersembahkan data yang telah dikumpul.
Dengan adanya graf bar mudah, maklumat mudah untuk difahami dan mudah untuk dianalisis.
Selain itu, tajuk graf merupakan salah satu tajuk yang wajib disoal dalam peperiksaan awam
iaitu Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
99 | P a g e
Proses Pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan sesuatu tugasan atau aktiviti yang
diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Tanpa salah satu daripada elemen tersebut
pengajaran tidak akan berlaku. Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dengan
menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai bagi mencipta lingkungan yang memungkinkan
terjadinya proses belajar (Noor Hisham Md Nawi,2011). Kajian ini adalah berkaitan kebolehan
pelajar untuk menghasilkan tugasan yang diberikan iaitu melukis graf bar mudah tanpa
meninggalkan beberapa perkara wajib yang perlu ada dalam graf yang dihasilkan. Kegagalan
pelajar menghasilkan sebuah graf yang lengkap menyebabkan pelajar kehilangan sebanyak
lapan markah di bahagian B dalam soalan ujian/peperiksaan
Terdapat pelajar yang menganggap graf bar mudah yang dihasilkan telah lengkap. Namun
setelah disemak, ada beberapa perkara yang tetinggal disebabkan sikap pelajar yang lalai dan
menganggap graf yang mereka hasilkan telah lengkap sehinggalah guru yang memperbetulkan
kesilapan yang pelajar lakukan.
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini adalah untuk mengatasi masalah dalam menghasilkan graf bar yang lengkap.
Selain itu, dengan adanya kaedah ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam
menghasilkan graf bar yang baik.\
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Kajian ini adalah untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam menjawab soalan bahagian b
iaitu soalan bahagian graf
Objektif Khusus
Meningkatkan kebolehan pelajar menghasilkan sebuah graf bar mudah yang lengkap
Meningkatkan keyakinan pelajar dalam menjawab soalan berkaitan graf bar mudah
Meminimumkan kesalahan pelajar dalam menghasilkan graf bar mudah
100 | P a g e
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada pelajar kelas 3 Jasmine SM Holy Trinity
Tawau iaitu seramai 20 orang daripada 35 orang jumlah keseluruhan pelajar. Kumpulan ini
terdiri daripada pelajar yang agak lemah dalam penguasaan akademik terutama bagi mata
pelajaran geografi.
5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN
Tinjauan Awal
Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan semasa proses PdPc dijalankan bersama pelajar 3
Jasmine, kesalahan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan pelajar ialah lupa meletakkan
label/unit di garisan paksi X dan paksi Y. Selain itu, terdapat juga pelajar yang masih lemah
dalam menentukan dan menetapkan skala yang sesuai bagi graf yang dihasilkan. Kesalahan-
kesalahan kecil yang dilakukan oleh pelajar tersebut sebenarnya dapat diatasi jika pelajar
mengingat beberapa perkara yang perlu ada dalam sesebuah graf bar.
Ujian Pra
Guru melaksanakan latihan pra bagi melihat sejauh mana tahap kefahaman pelajar dalam
menghasilkan graf bar mudah selepas mendengar penerangan daripada guru. Latihan pra
dijalankan pada 06 Februari 2020 bersamaan dengan hari Khamis semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdPc) pada pukul 12.45 tengah hari. Guru memberikan soalan kepada pelajar.
Berikut merupakan soalan ujian pra yang digunakan:
Hobi murid tingkatan 3 Mawar di SMK Jalan Sembilan pada tahun 2017
Hobi murid Bilangan murid (orang)
Mengumpul stem 6
Membaca 12
Mendengar muzik 5
Melukis 2
101 | P a g e
Bersukan 4
Jumlah 29
Hasil analisis ujian pra dapat dilihat berdasarkan jadual berikut:
Jadual 1: Keputusan ujian pra
Bil Nama Dapatan Latihan pra
1. Ahmad Daniel Tajuk tidak lengkap
2. Ahmad Razif Tajuk tidak lengkap
3. Alvin Chu Yi Yek Tajuk Tidak lengkap
4. Azza Rusyidah Lengkap
5. Chau Yu Yin Tajuk tidak lengkap
6. Chin Chong Keat Tajuk tidak lengkap
7. Chin Kai Xin Lengkap
8. Chin Pei Jing Tajuk tidak lengkap dan label paksi Y tiada
9 Chin Yue Ying Tiada petunjuk
10. Chong Chee Xuan Lengkap
11. Christian Chung Wen Jie Lengkap
12. Daniel Lin Ming Ching Tiada petunjuk
13. Derran Tajuk tidak lengkap
14. Eric Chong Yu Xiang Petunjuk tidak lengkap dan tiada unit di paksi
X
15. Ikhwan Abd Hamid Tajuk tidak lengkap dan tiada unit paksi Y
102 | P a g e
16. Kishen A/L Yogesvaran Tajuk tidak lengkap
17. Lee Jia Yee Tajuk tidak lengkap
18. Lee Zi Yang Lengkap
19. Ling Suen Seng Lengkap
20 Mahathir Razali Tajuk Tidak lengkap
Berdasarkan jadual di atas, seramai 20 orang pelajar telah diminta semula untuk menjawab dan
melukis semula graf bar mudah. Semasa latihan pra dijalankan, keputusan menunjukkan
daripada 20 orang pelajar yang menjawab hanya enam orang pelajar yang menjawab latihan
dengan lengkap. Manakala 14 orang lagi yang menjawab dengan tidak lengkap. Antara
kesalahan yang dilakukan oleh pelajar ialah tidak menulis tajuk dengan lengkap iaitu seramai
11 orang. Selain itu, terdapat juga pelajar yang melakukan kesalahan seperti tidak menulis label
di paksi Y iaitu hobi. Manakala terdapat juga pelajar yang tidak menulis petunjuk iaitu seramai
3 orang. Oleh yang demikian, berdasarkan keputusan ujian pra, guru telah memikirkan satu
kaedah yang dapat membantu pelajar dalam menghasilkan graf bar dengan baik.
6.0 PERLAKSANAAN PROGRAM
Langkah 1
Guru mengedarkan soalan tentang graf bar mudah kepada pelajar. Selepas pelajar menyalin
soalan ke dalam buku nota, guru mengedarkan sekeping kertas graf kepada setiap orang pelajar.
Pelajar diberikan masa selama 15 minit untuk menyiapkan graf bar mudah berdasarkan jadual
yang diberikan.
Langkah kedua
Guru memperkenalkan kaedah “Tak Sabar Bermain PXPY” kepada pelajar. Guru memberikan
penjelasan yang ringkas tentang kaedah tersebut. Kaedah TSBPXPY tersebut ialah kaedah T
(tajuk), S (skala), B (bar/plotan), PX (Paksi X) dan PY (Paksi Y).
103 | P a g e
Langkah ketiga
Selepas meminta pelajar mengingat kaedah tersebut, guru mengedarkan kertas graf kepada
pelajar untuk membina graf bar mudah mengikut kaedah yang telah diperkenalkan
Langkah keempat
Guru menyemak hasil latihan pelajar untuk melihat perubahan dan keberkesanan kaedah
yang telah diperkenalkan oleh guru. Guru juga merekod data pelajar yang telah menjawab
soalan latihan tersebut
Gambar 1:Pelajar mendengar penerangan yang diberikan oleh guru
Gambar 2: Guru memberikan penerangan kepada pelajar tentang kaedah “TSBPXPY”
104 | P a g e
Gambar 3: Pelajar menyiapkan ujian yang diberikan
Ujian Pasca
Setelah guru memberikan penerangan tentang kaedah “Tak Sabar Bermain PXPY”
(TSBPXPY) iaitu memastikan pelajar melengkapkan graf bar dengan tajuk, skala,bar (plotan),
paksi X dan paksi Y, pelajar dapat menghasilkan satu graf bar mudah yang lengkap seterusnya
mendapat markah yang baik dalam peperiksaan.
Guru telah menjalankan ujian pasca pada 10 Februari 2020 (Isnin) terhadap pelajar kelas 3
Jasmine, hasil latihan pasca yang dijalankan menunjukkan terdapat sedikit peningkatan
terhadap penghasilan graf bar mudah yang dihasilkan. Semasa ujian pacsa dijalankan, guru
mengedarkan kertas graf kepada pelajar dan memberikan penerangan tentang kaedah
TSBPXPY. Selepas pelajar memahami perkara yang perlu ada dalam graf tersebut, guru
memberikan masa selama sepuluh minit untuk pelajar menghasilkan graf bar mudah. Selepas
sepuluh minit, guru meminta pelajar menghantar hasil latihan dan guru menyemak hasil latihan
tersebut
7.0 HASIL DAPATAN KAJIAN
Selepas sesi PdPc tamat, guru menyemak setiap hasil kerja pelajar. Jadual di bawah
menunjukkan hasil ujian yang telah disiapkan oleh pelajar mengikut senarai nama kelas 3
Jasmine setelah ujian pasca dijalankan seperti berikut:
105 | P a g e
Bil Nama Dapatan Latihan pra Dapatan latihan
pasca
1. Ahmad Daniel Tajuk tidak lengkap Lengkap
2. Ahmad Razif Tajuk tidak lengkap Lengkap
3. Alvin Chu Yi Yek Tajuk Tidak lengkap Lengkap
4. Azza Rusyidah Lengkap Lengkap
5. Chau Yu Yin Tajuk tidak lengkap Lengkap
6. Chin Chong Keat Tajuk tidak lengkap Tajuk tidak lengkap
7. Chin Kai Xin Lengkap Lengkap
8. Chin Pei Jing Tajuk tidak lengkap dan label Tiada label paksi Y
paksi Y tiada
9 Chin Yue Ying Tiada petunjuk Lengkap
10. Chong Chee Xuan Lengkap Lengkap
11. Christian Chung Wen Jie Lengkap Lengkap
12. Daniel Lin Ming Ching Tiada petunjuk Lengkap
13. Derran Tajuk tidak lengkap Tajuk tidak lengkap
14. Eric Chong Yu Xiang Petunjuk tidak lengkap dan tiada Lengkap
unit di paksi X
15. Ikhwan Abd Hamid Tajuk tidak lengkap dan tiada Lengkap
unit paksi Y
16. Kishen A/L Yogesvaran Tajuk tidak lengkap Lengkap
17. Lee Jia Yee Tajuk tidak lengkap Lengkap
18. Lee Zi Yang Lengkap Lengkap
19. Ling Suen Seng Lengkap Lengkap
20 Mahathir Razali Tajuk Tidak lengkap Lengkap
Selepas latihan pasca dijalankan dan guru memperkenalkan kaedah “TSBPXPY”, jumlah
pelajar yang melakukan kesalahan telah berkurangan. Daripada 14 orang yang melakukan
106 | P a g e
kesalahan, terdapat 11 orang pelajar yang telah menunjukkan perubahan daripada tidak lengkap
kepada lengkap. Manakala seramai tiga orang pelajar yang tidak menunjukkan peningkatan.
Pelajar-pelajar tersebut telah diberikan bimbingan secara peribadi. Antara faktor yang
menyebabkan pelajar tidak menunjukkan perubahan yang baik ialah faktor kekangan masa
yang singkat menyebabkan pelajar tidak menyiapkan ujian yang diberikan. Di samping itu,
kekurangan peralatan seperti alat tulis menyebabkan pelajar tidak dapat menghasilkan sebuah
graf bar yang lengkap. Sikap sambil lewa dan kurang motivasi dalam kalangan pelajar
menyebabkan pelajar melakukan kesalahan seperti yang dinyatakan.
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Selain graf bar mudah, kajian seterusnya boleh dilakukan terhadap graf lain seperti graf garisan,
graf gabungan, carta pai dan sebagainya. Diharapkan kaedah ini dapat memberikan idea
kepada guru lain agar dapat membantu pelajar menghasilkan sebuah graf bar yang lengkap
seterusnya mendapat menjawab soalan yang diberikan semasa menghadapi peperiksaan.
107 | P a g e
RUJUKAN
Ahmad Ridzuan, Rajini Gauri, Pau Anak Utek. (2018). Geografi Tingkatan Tiga KSSM. My
Bookpal Sdn Bhd. Selangor
SM. St. Patrick.(2018). jurnal Kajian Tindakan. Edisi 3. Tawau Sabah
108 | P a g e
LAMPIRAN
Rajah berikut menunjukkan antara contoh graf bar mudah yang telah dihasilkan oleh pelajar
semasa latihan pra
Rajah 1: Kesalahan pelajar tersebut ialah tidak menulis tajuk dengan lengkap dan tidak
meletakkan label di paksi Y
Rajah 2: Kesalahan ialah tidak meletakkan label di paksi Y dan tidak melengkapkan tajuk
dengan baik. Selain itu, tidak meletakkan label petunjuk.
109 | P a g e
Rajah 3: Kesalahan pelajar ialah tidak melabelkan paksi X dan paksi Y disamping tajuk tidak
dinyatakkan
Rajah 4: Hasil kerja pelajar selepas guru memperkenalkan kaedah TSBPXPY
Rajah 5: Hasil kerja pelajar selepas guru memperkenalkan kaedah TSBPXPY
110 | P a g e
PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PRESTASI
PENULISAN KARANGAN NARATIF BAHASA CINA DALAM KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN 2 SEKOLAH MENENGAH HOLY TRINITY
Shua Yin Mean
Sekolah Menengah Holy Trinity,
Peti Surat 60918, 91019 Tawau,
ABSTRAK
Kajian ini berfokuskan kepada sejauh mana penguasaan pelajar dalam menggunakan
peta minda bagi memperbaiki cara menjawab soalan penulisan karangan naratif Bahasa
Cina dalam Peperiksaan PT3 pada masa akan datang. Seramai 10 orang pelajar
Tingkatan 2 menjadi responden dalam kajian ini. Semasa peperiksaan akhir tahun,
pelajar gagal untuk memberikan isi penting atau huraian kepada isi penting dalam
menjawab soalan. Ketidakupayaan pelajar menguasai teknik yang betul dalam
mengarang karangan naratif mempengaruhi markah mereka dalam peperiksaan.
Tinjauan awal telah dilakukan berdasarkan Ujian Pra, semakan ujian didapati bahawa
pelajar lemah dalam menjawab soalan karangan naratif dan tidak memperoleh markah
yang memuaskan. Penggunaan peta minda dalam meningkatkan prestasi penulisan
karangan naratif Bahasa Cina digunakan dalam kajian ini. Perbandingan dapatan ujian
pra dan pos telah menggambarkan kaedah ini dapat membantu pelajar mengatasi
kelemahan mereka. Pelbagai halangan yang dihadapi kerana responden terdiri daripada
pelajar yang agak lemah. Walau bagaimanapun, saya sebagai pendidik berpuas hati
apabila pelajar saya sudah mula menunjukkan minat dan keinginan yang tinggi untuk
mempelajari dan mempraktik apa yang telah mereka pelajari.
1.0 PENDAHULUAN
Saya merupakan guru mata pelajaran Bahasa Cina bukan opsyen dan telah mengajar mata
pelajaran Bahasa Cina (Menengah Rendah) selama 5 tahun sejak berpindah ke sekolah ini.
Sekolah ini merupakan sekolah Gred A yang terletak di bandar. Walau bagaimanapun,
pencapaian pelajar sekolah ini tidak setanding dengan pelajar-pelajar sekolah lain Gred A di
bandar Tawau kerana kebanyakan pelajar di sekolah ini berasal daripada keluarga yang
berpendapatan sederhana dan tidak berpendidikan tinggi. Selain itu, terdapat juga pelajar-
pelajar yang menghadapi masalah keluarga sehingga mereka tidak dapat belajar dengan baik.
111 | P a g e
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEPAS
Pada tahun ini, saya telah diamanahkan untuk mengajarkan Bahasa Cina Tingkatan 2 (37 orang
pelajar). Saya mendapati banyak pelajar merungut dengan menyatakan bahawa adalah susah
untuk menulis karangan naratif dalam Bahasa Cina. Sebahagian besar pelajar tidak dapat
menghasilkan karangan naratif yang berkualiti. Isi yang dihuraikan berulang-ulang atau
kekurangan isi. Jika masalah ini tidak ditangani dengan segera, pelajar tidak akan dapat
menguasai kemahiran menulis dan hal ini akan menjejaskan keputusan mereka dalam
Peperiksaan PT3 pada masa akan datang.
Oleh itu, saya telah mengambil beberapa inisiatif agar PdPc saya dapat memberi kesan yang
positif terhadap pembelajaran dan pencapaian anak-anak didik saya. Justeru, saya membuat
keputusan untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu pelajar menjawab dan
menguasai kemahiran menulis karangan naratif dengan sepenuhnya.
3.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokuskan kepada membiasakan pelajar dengan kemahiran menulis karangan
naratif yang panjangnya sekurang-kurangnya 220 patah perkataan atau lebih dengan
menggunakan kaedah “Peta minda” .
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini dijalankan, pelajar akan dapat mencapai objektif yang disasarkan seperti
berikut:
4.1 OBJEKTIF UMUM
4.1.1 Meningkatkan pencapaian gred mereka dalam peperiksaan PT3.
4.2 OBJEKTIF KHUSUS
4.2.1 Meningkatkan kemahiran menulis karangan naratif berasaskan teknik “Peta
Minda” dengan sekurang-kurangnya 220 patah perkataan.
4.2.2 Menambahbaikan penulisan karangan naratif Bahasa Cina dalam
kalangan pelajar Tingkatan 2 melalui penggunaan peta minda.
112 | P a g e
5.0 KUMPULAN SASARAN (RESPONDEN)
Kumpulan sasaran dalam kajian ini melibatkan 10 orang daripada 37 orang jumlah pelajar
Tingkatan 2 yang telah dikenalpasti pelajar sederhana dan lemah dalam pencapaian Bahasa
Cina semasa peperiksaan akhir tahun.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Dalam kajian ini, guru dan pelajar memainkan peranan masing-masing. Guru akan
memperkenalkan Kaedah “Peta Minda” dalam penulisan karangan naratif kepada pelajar dan
menerapkan kaedah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar perlu menguasai
teknik ini untuk membantu mereka mengarang karangan yang tidak kurang daripada 220 patah
perkataan.
Kajian ini telah dijalankan berdasarkan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi seperti berikut:
6.1 TINJAUAN MASALAH
Tinjauan awal terhadap masalah yang telah dikenalpasti dalam kajian tindakan melibatkan satu
instrumen iaitu Ujian Pra.
6.1.1 UJIAN PRA
Ujian pra merupakan satu soalan karangan naratif yang wajib keluar dalam Bahagian E:
Penulisan Esei (30 Markah) semasa peperiksaan PT3. Pelajar akan diminta untuk menulis
karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 220 patah perkataan. Perkara ini merupakan
satu instrumen kajian bagi mengesan sejauh mana pelajar dapat menguasai teknik untuk
menulis karangan naratif.
6.2 PELAKSANAAN PENGGUNAAN KAEDAH PETA MINDA DALAM
PENULISAN KARANGAN NARATIF BAHASA CINA
Langkah 1:
Pada peringkat ini, guru akan menentukan matlamat dan objektif yang akan dapat
dicapai selepas PdPc dilaksanakan. Hal ini akan disampaikan kepada pelajar sebelum
PdPc bermula agar mereka tahu akan tujuannya.
113 | P a g e
Langkah 2:
Saya memulakan langkah PdPc saya dengan menyoal pelajar tentang perkara
yang berkaitan dengan tajuk karangan untuk menarik minat dan perhatian mereka.
Langkah 3:
Kemudian, saya menerangkan kepada pelajar tentang apa itu karangan naratif .
Selepas itu, saya menerangkan tentang penggunaan peta minda dalam penulisan
karangan naratif seperti yang ditunjukkan pada Gambar 1 di bawah.
GAMBAR 1: Penggunaan Peta Minda dalam Penulisan Karangan Naratif
Saya juga menjelaskan kepada pelajar bahawa secara fizikalnya peta minda ini berbentuk
seperti anak-anak ranting yang keluar daripada satu rumpun dan digunakan untuk mencatat isi-
isi penting yang berkaitan dengan tajuk.
Langkah 4:
Saya memulakan perbincangan tentang cara penulisan perenggan pendahulan. Saya
menjelaskan kepada pelajar bahawa dalam perenggan pendahuluan, Pelajar boleh memulakan
dengan menyatakan ciri-ciri wajah atau rupa watak yang telah dipilih. Manakala untuk
perenggan kedua (isi pertama), pelajar boleh mengaitkan dengan ciri-ciri keistimewaan
watak yang telah dipilih selain daripada ciri wajah atau rupa watak. Justeru, untuk perenggan
ketiga (isi kedua), saya menjelaskan kepada pelajar menggambarkan pengalaman diri bersama
watak (pengalaman gembira) yang telah dipilih dan perenggan keempat (Isi Ketiga –
pengalaman sedih). Dalam perenggan penutup, saya menjelaskan kepada pelajar kaitkan
114 | P a g e
dengan apakah mesej yang mereka ingin sampaikan kepada watak yang telah dipilih untuk
mengakhiri karangan mereka
GAMBAR 2: MENJELASKAN KAEDAH PENGGUNAN PETA MINDA DALAM
PENULISAN
Langkah 5:
Seterusnya guru mengadakan ujian pos untuk menguji kemahiran pelajar
menggunakan peta minda dalam penulisan karangan naratif.
GAMBAR 3: PELAKSANAAN UJIAN POS
6.3 ANALISIS DAPATAN TINJAUAN MASALAH
6.3.1 ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PRA
Ujian pra yang telah dijalankan bagi meneliti tahap pencapaian pelajar.
Hasil daripada dapatan, pencapaian pelajar Tingkatan 2 daripada 10
orang sampel dalam ujian pra ditunjukkan dalam Jadual 1.
115 | P a g e
JADUAL 1 : Keputusan Ujian Pra
Bil. Nama Pelajar Markah
1. Kok Kah Shen 01
2. Woo Ming Zhan 01
3. Ng Xin Yan 01
4. Daniel Lin Ming Ching 01
5. Tham Sin Wei 02
6. Wong Zheng Xuan 02
7. Wilson Thien Shun Ping 02
8. Voo Zhi Jing 02
9. Mok Yun Foo 05
10. Eric Chong Yu Xiang 10
Berikut adalah hasil dapatan analisis markah bagi 10 orang sampel ditunjukkan dalam Jadual
2 berikut.
JADUAL 2 : Analisis Dapatan Ujian Pra
Markah 01-03 04-06 07-09 10-12
Bilangan Pelajar 08 01 - 01
Peratus (%) 80% - 10%
10%
Berdasarkan keputusan pelajar dalam Ujian Pra yang telah dijalankan ini, didapati bahawa
hanya 1 orang pelajar (10.0%) sahaja yang mendapat markah tertinggi iaitu dalam lingkungan
10-12 markah daripada 30 markah yang diperuntukan dalam Ujian Pra ini. Secara terperinci,
terdapat 1 orang pelajar (10.0%) mendapat dalam lingkungan 4-6 markah dan 8 orang pelajar
(80%) mendapat dalam lingkungan 1-3 markah.
Statistik ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar terhadap teknik untuk menulis
karangan naratif masih berada pada tahap yang sangat lemah. Didapati masih ramai pelajar
hanya mampu mengarang esei yang pendek kerana tidak dapat mengemukakan isi-isi penting
serta membuat huraian terhadap isi-isi penting dengan baik
116 | P a g e
Dapat dirumuskan, tahap penguasaan pelajar dalam menulis karangan naratif masih sangat
lemah berdasarkan keputusan pelajar yang diperolehi dalam Ujian Pra di atas.
6.3.2 ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN POS
Ujian pos telah diambil daripada latihan yang telah diberikan dalam kelas bagi 10 sampel
pelajar Tingkatan 2. Pencapaian pelajar Tingkatan 2 daripada Ujian Pos ditunjukkan dalam
Jadual 1.
JADUAL 1 : Keputusan Ujian Pos
Bil. Nama Pelajar Markah
1. Kok Kah Shen 10
2. Woo Ming Zhan 05
3. Ng Xin Yan 07
4. Daniel Lin Ming Ching 05
5. Tham Sin Wei 10
6. Wong Zheng Xuan 18
7. Wilson Thien Shun Ping 08
8. Voo Zhi Jing 08
9. Mok Yun Foo 14
10. Eric Chong Yu Xiang 16
Berikut adalah hasil dapatan analisis markah bagi 10 orang sampel ditunjukkan dalam Jadual
2 dan Jadual 3 pula menunjukkan perbandingan data ujian pra dan pos
117 | P a g e
Ujian Pra Ujian Pos
Markah Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Pelajar (%) Pelajar (%)
01-03 08 80% --
04-06 01 10% 02 20%
07-09 -- 03 30%
10-12 01 10% 02 20%
13-15 -- 01 10%
16-18 -- 02 20%
JADUAL 2 : Analisis Dapatan Ujian Pos
Markah 01-03 04-06 07-09 10-12 13-15 16-18
02 01 02
Bilangan Pelajar - 02 03 20% 10% 20%
Peratus (%) - 20% 30%
Jadual perbandingan hasil dapatan di atas menunjukkan pencapaian bagi setiap responden
dalam ujian pra dan ujian pos. Markah yang diperoleh oleh semua responden meningkat dalam
ujian Pos setelah kaedah penggunaan peta minda dalam penulisan karangan naratif
dilaksanakan. Instrumen ujian pra dan pos dilakukan sebelum dan selepas kaedah dijalankan.
Tajuk karangan yang sama digunakan dalam ujian pra dan ujian pos adalah untuk melihat
perubahan pencapaian daripada jawapan responden.
Daripada hasil dapatan dalam ujian pra dan ujian pos, satu perbandingan telah dibuat untuk
melihat akan kemajuan pelajar melalui penggunaan peta minda dalam penulisan karangan
naratif . Didapati bahawa terdapatnya peningkatan yang amat ketara antara ujian pra dan ujian
pos yang telah dijalankan. Dalam ujian pra, hanya 1 orang pelajar iaitu 10% daripada 10 sampel
pelajar yang dipilih telah mendapat markah dalam lingkungan 10-12. Namun demikian, dalam
ujian pos seramai 2 orang pelajar yang mencapai prestasi dalam lingkungan 10-12 markah, 1
orang dalam lingkungan 13-15 markah dan 2 orang dalam lingkungan markah 16-18. Jurang
perbezaan ini amat ketara sekali di antara pencapaian responden dalam ujian pra dan ujian pos.
118 | P a g e
7.0 PERBINCANGAN
Secara keseluruhannya, selepas kaedah penggunaan peta minda dalam penulisan karangan
naratif dilaksanakan dalam PdPc, guru mendapati bahawa pelajar lebih berkeyakinan dan
berminat untuk menulis karangan naratif. Di samping itu, pelajar juga dapat menghasilkan
karangan naratif yang isinya padat dan tersusun dengan kaedah penggunaan peta minda. Peta
minda dapat membantu pelajar menjana idea dan menghubungkan idea-idea supaya menjadi
satu karangan yang baik. Peta minda juga mendorong pelajar melihat dengan jelas hubungan
antara idea-idea dan tidak tertinggal mana-mana idea yang ingin disampaikan. Walaupun masih
terdapat pelajar yang belum mencapai tahap yang memuaskan tetapi tiada lagi pelajar yang
mendapat 3 markah atau ke bawah. Melalui analisis dapatan kajian ini, pelajar mula
menunjukkan minat dalam penulisan karangan naratif dan kesungguhan untuk lulus dalam
Bahasa Cina. Kesimpulannya, kajian tindakan ini telah berjaya membantu pelajar lemah dalam
meningkatkan penguasaan mereka dalam menulis karangan naratif sekaligus dapat menarik
minat mereka untuk mengikuti proses PdPc guru.
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian
pelajar semakin baik walaupun masih terdapat pelajar yang tidak dapat menguasai sepenuhnya
kaedah penggunaan peta minda dalam penulisan karangan naratif. Saya percaya sekiranya
kaedah ini diaplikasikan untuk tingkatan lain akan dapat membantu para pelajar menulis
karangan naratif dengan baik.
119 | P a g e
RUJUKAN
Wong Pui Chze. (2009). Pengunaan Peta Minda dalam Meningkatkan Prestasi Penulisan
Karangan Naratif Bahasa Cina dalam Kalangan Murid Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan.
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2009/14%20%20Won
g%20.pdf (29 September 2019)
Chia-Ying, L., Yeat-Eng, C. & Fui-Tze, C. (2003). Penggunaan peta minda dalam pengajaran
dan pembelajaran karangan bergambar Bahasa Cina. Kota Kinabalu:
MPG.
Steele,V.(2005). Using Mind Maps to Develop Writing.
http://cikgumanaf.blogspot.com/2007/12/tujuh-langkah-tugasan-penulisan.html29 September
2019)
Zalekha binti Haji Elle (2005). Meningkatkan prestasi murid Tahun 5 Jaya dalam penulisan
Bahasa Melayu menggunakan Kaedah Minda dan Kata Soal. Prosiding Seminar
Penyelidikan Tindakan tahun 2005. Kuching : Maktab Perguruan Batu Lintang.
120 | P a g e
LAMPIRAN
CONTOH SOALAN
书写一篇文章,字数不少于220。
(一)我的小伙伴
—————————————————————————————————————
—————————————————————————————————————
—————————————————————————————————————
—————————————————————————————————————
—————————————————————————————————————
—————————————————————————————————————
—————————————————————————————————————
—————————————————————————————————————
—————————————————————————————————————
—————————————————————————————————————
————————————————————————————————————
————————————————————————————————————
————————————————————————————————————
————————————————————————————————————
————————————————————————————————————
121 | P a g e
HASIL AKTIVITI PELAJAR
122 | P a g e
123 | P a g e
PENGGUNAAN KAEDAH ‘KARANGAN PASANG SIAP’
TERHADAP PELAJAR HALUS
Sumarni Lapammu
Sekolah Menengah Holy Trinity
Peti Surat 60918, 91019 Tawau, Sabah
[email protected]
Abstrak:
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah ‘Karangan Pasang
Siap’ dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 Hibiscus
di Sekolah Menengah Holy Trinity. Seramai 24 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal
melalui analisis ujian pra mendapati bahawa keseluruhan 24 responden sangat lemah dalam menulis
karangan. Hal ini merisaukan saya kerana sekiranya masalah ini tidak diatasi sudah pasti akan
memberikan impak yang besar terhadap keputusan SPM mereka kelak. Oleh itu, saya telah
menggunakan kaedah ‘Karangan Pasang Siap’ untuk membantu pelajar mengembangkan dan
menghuraikan isi karangan secara sistematik. Melalui kaedah ini pelajar diperkenalkan dengan
bingkai karangan yang memudahkan pelajar untuk mengarang. Kaedah ini digunakan dalam PdPc
selama 5 bulan (April-Ogos). Data semasa Ujian Pra dijalankan menunjukkan tidak ada pelajar yang
memperoleh markah melebihi 15 markah tetapi selepas Ujian Pasca jelas menunjukkan seramai 12 (50
%) orang pelajar berada pada tahap memuaskan dan seramai 7 (29.1%) berada pada tahap kepujian.
Oleh itu, hasil dapatan Ujian Pasca ini menunjukkan bahawa selepas penggunaan kaedah ini, markah
pelajar meningkat dan ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah ‘Karangan Pasang Siap’dapat
memperbaik hasil penulisan karangan mereka. Kajian tindakan ini telah berjaya membantu pelajar
HALUS meningkatkan penguasaan mereka dalam menulis karangan sekali gus dapat menarik minat
mereka untuk mengikuti proses PdPc guru.
Kata kunci: Kaedah ‘Karangan Pasang Siap’, kemahiran menulis, Ujian Pra, Ujian Pasca.
1.0 PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang wajib lulus pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Sehubungan itu, menjadi satu tanggungjawab guru Bahasa Melayu untuk
memastikan pelajar tingkatan 5 dapat menjawab soalan dengan baik seterusnya lulus dalam
SPM. Dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu (2001), Kurikulum Bersepadu Sekolah
Malaysia (KBSM) digariskan bahawa para pelajar harus dapat menghasilkan pelbagai jenis
penulisan dengan tepat dan jelas tentang ilmu pengetahuan dan kegiatan seharian.
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang kompleks untuk dikuasai oleh murid
selepas kemahiran bertutur dan membaca. Menurut Roselan Baki (2003), menghasilkan
penulisan merupakan proses yang kompleks dan perlu dilaksanakan secara sistematik mengikut
tahap yang tertentu. Sokolik (2003) pula berpendapat bahawa aktiviti menulis sangat berkait
rapat dengan kemahiran bertutur dan membaca. Berdasarkan pendapat ini, jelas menunjukkan
124 | P a g e
bahawa kemahiran bertutur dan membaca perlu dikuasai dan dapat diaplikasikan dalam
kemahiran menulis.
Pengajaran kemahiran menulis adalah satu cabaran besar yang dihadapi oleh setiap guru
Bahasa Melayu terutamanya kepada pelajar harapan lulus (HALUS). Justeru, guru perlu
menggunakan pelbagai strategi dan kaedah untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran
menulis. Penggunaan strategi dan kaedah yang sesuai bukan sahaja boleh meningkatkan
kemahiran menulis dalam kalangan murid malah mereka boleh berdikari bagi mendapatkan
ilmu dengan cara tersendiri. Hal ini kerana mereka akan menganalisis data dan berfikir untuk
menyelesaikan tugasan yang diberi. Menurut Zamri (2015), penggunaan strategi yang sesuai
akan dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam peperiksaan. Sehubungan itu,
penggunaan kaedah “Karangan Pasang Siap” akan membantu murid HALUS menjawab soalan
kertas 1 yang melibatkan kemahiran menulis secara keseluruhannya.
2.0 REFLEKSI KAJIAN
Pelajar-pelajar kelas 4 Hibiscus (2019), beranggapan bahawa menulis karangan terlalu
sukar kerana mereka tidak mempunyai idea langsung untuk menulis. Soalan yang seringkali
dikemukakan oleh mereka ialah bagaimana untuk memulakan karangan. Bagi pelajar ini, untuk
menghasilkan karangan sepanjang 250 patah perkataan terlalu banyak apatah lagi untuk
menulis melebihi 350 patah perkataan untuk karangan umum pada bahagian B. Selain itu,
faktor kekurangan pengetahuan am juga menyebabkan pelajar-pelajar ini tidak dapat
memberikan idea yang bernas sekali gus tidak dapat menghuraikan isi karangan dengan baik.
Selain itu, guru-guru menghadapi masalah dalam mengawal keadaan kelas 4 Hibiscus.
Hal ini demikian kerana pelajar dalam kelas ini sukar untuk memberikan tumpuan terhadap
pembelajaran mereka. Kaedah pengajaran guru yang bersifat tradisional yang hanya
memberikan penerangan tanpa bahan bantu dalam pengajaran (BBM) juga menimbulkan
kebosanan pelajar. Sikap sambalewa mereka terhadap pengajaran guru mendorong guru untuk
mengubah kaedah pengajaran yang dilakukan di dalam kelas ini. Bertitik tolak daripada
permasalahan ini maka kaedah ‘Karangan pasang Siap’ diaplikasikan untuk digunakan sebagai
salah satu kaedah membantu pelajar kelas ini dalam menulis karangan.
125 | P a g e
3.0 FOKUS KAJIAN TINDAKAN
Mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM mempunyai dua bahagian, iaitu Bahasa Melayu
Kertas 1 (1103/1) dan Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2). Satu instrumen pentaksiran bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 ialah kemahiran menulis karangan. Markah yang
diperuntukkan bagi penulisan karangan ialah 130 markah. Jumlah peruntukan markah ini
meliputi lebih kurang 60 peratus daripada markah keseluruhan kertas Bahasa Melayu. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa penulisan karangan menyumbang markah yang agak besar untuk
lulus dalam mata pelajaran ini. Sehubungan itu, aspek penulisan perlu diberi perhatian yang
serius agar tidak ada murid yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Menurut Kamaruddin et al. (1997), kelemahan pelajar dalam menghasilkan sesuatu
penulisan tergambar berdasarkan tiga faktor, iaitu isi, bahasa dan tulisan. Kelemahan isi dalam
penulisan sesebuah karangan adalah berpunca daripada:
1. Ketiadaan isi utama dalam sesebuah perenggan
2. Kelemahan penghuraian tentang isi utama
3. Ketiadaan isi-isi sampingan yang berfungsi untuk menjelaskan huraian ayat topik atau ayat
lain yang mengikutinya
4. Isi karangan pelajar kurang bernas dan kenyataan mereka hanya sepintas lalu
5. Isi karangan pelajar tiada urutan dari satu fakta ke satu fakta yang lain
6. Pembinaan ayat-ayat yang tidak gramatis
7. Pemilihan perkataan yang tidak tepat
8. Penggunaan gaya tidak tepat dan sepadan
9. Penggunaan tanda bacaan yang tidak betul.
Rentetan daripada permasalahan murid yang tidak dapat menulis karangan
menyebabkan mereka gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Justeru, untuk menangani
permasalahan ini satu kaedah digunapakai untuk membantu pelajar menulis karangan
seterusnya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
126 | P a g e
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian tindakan ini dijalankan, diharapkan agar pelajar 4 Hibiscus dapat mencapai
objektif berikut:
4.1 Objektif Am
Meningkatkan kemahiran menulis karangan dalam kalangan pelajar
4.2 Objektif Khusus
Murid boleh menulis karangan berdasarkan jumlah patah perkataan yang ditetapkan.
Murid boleh mengembangkan isi dan menghuraikan isi karangan secara sistematik.
Mudah dirujuk semula (akses kendiri) oleh murid.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 24 orang pelajar tingkatan 4 Hibiscus. Keseluruhan
kebolehan pelajar dalam kelas ini adalah pada tahap lemah dan sangat lemah. Dalam kelas
berkenaan, seramai 5 orang pelajar berbangsa Cina yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua manakala 19 orang pula berbangsa Melayu. Walau bagaimanapun, keseluruhan
pelajar di dalam kelas ini merupakan pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran
khususnya masih tidak menguasai asas kemahiran menulis karangan dengan baik. Oleh itu,
satu kajian tindakan dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
6.1 Tinjauan Awal
Tinjauan awal terhadap masalah yang telah dikenal pasti dalam kajian tindakan ini
adalah Ujian Pra.
6.1.1 Ujian Pra
Pelajar kelas ini diberikan soalan karangan berpandu untuk dijawab selama 45 minit di
dalam kelas selepas dua bulan pengajaran guru dengan kaedah tradisional tanpa penggunaan
sebarang modul. Ujian ini dilakukan pada peperiksaan bulan Mac. Selepas ujian pra dilakukan
terhadap pelajar tingkatan 4 Hibiscus, masalah dalam menulis karangan telah dikenal pasti.
Selain itu, ujian ini juga telah membantu guru untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan
yang terdapat dalam penulisan karangan.
127 | P a g e
6.2 Analisis Tinjauan Awal
Tinjauan ujian pra yang dilakukan adalah berdasarkan markah keseluruhan pelajar iaitu
meliputi 30 markah bagi karangan berpandu. Berikut merupakan markah yang diperoleh dalam
ujian pra:
Jadual 1 : Pencapaian Ujian Pra
Responden (R ) MARKAH (30%)
R1 12
R2 9
R3 0
R4 0
R5 7
R6 0
R7 3
R8 7
R9 3
R10 7
R11 4
R12 8
R13 2
R14 5
R15 10
R16 5
R17 5
R18 7
R19 4
R20 3
R21 0
R22 0
R23 0
R24 2
128 | P a g e
Jadual 2 : Analisis Ujian Pra
Markah Bilangan Pelajar Peratus
22 91.7
0-09 2 8.3
(Pencapaian minimum) 0 0
0 0
10 – 14 0 0
(Kurang memuaskan)
15 – 19
( Memuaskan)
20 – 25
(Kepujian)
26 – 30
( Cemerlang)
Berdasarkan analisis ujian pra yang dijalankan didapati seramai 22 (91.7%) orang
pelajar yang memperoleh markah antara 0 hingga 9 markah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
pelajar sangat lemah dalam menulis karangan berpandu. Malahan seramai 6 orang pelajar yang
langsung tidak menjawab soalan karangan ini. Secara keseluruhan tidak ada pelajar yang
melepasi tahap minimum 15 markah.
6.3 Pelaksanaan kaedah ‘Karangan Pasang Siap’
Berdasarkan analisis laporan ujian pra yang dinyatakan di atas, satu tindakan telah
dijalankan. Langkah pertama yang dijalankan ialah pembinaan modul set soalan kertas 1.
Pembinaan modul mengandungi satu bingkai karangan yang perlu dihafal oleh pelajar dan set-
set soalan kertas 1 yang akan digunakan sebagai latihan penulisan. Modul ini kemudian
digunakan dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPc) di dalam kelas selama 5 bulan (April –
Ogos). Modul ini memberi pendedahan teknik asas menghurai isi karangan untuk memastikan
semua murid dapat menulis perenggan karangan dengan lebih baik.
Langkah pertama dalam penggunaan modul ini ialah pelajar diajarkan untuk mengenal
pasti tajuk dan tugasan dalam setiap soalan. Pelajar perlu menguasai langkah ini sebelum
mereka diperkenalkan dengan bingkai karangan yang telah disediakan. Oleh itu, modul ini
129 | P a g e
menyediakan banyak set latihan mengenal pasti tajuk dan tugasan agar setiap pelajar dapat
menguasai langkah ini.
Langkah kedua, pelajar akan didedahkan dengan kaedah ‘Karangan Pasang Siap’ yang
mengandungi bingkai karangan yang perlu dihafal oleh pelajar. Untuk membantu pelajar
menghafal bingkai ini, latihan berterusan diberikan kepada pelajar. Justeru, modul ini
memuatkan sebanyak lebih daripada 50 set soalan karangan untuk dijadikan sebagai latih tubi
kepada pelajar.
Murid yang mengalami masalah pembelajaran dan kurang memberi tumpuan terhadap
pengajaran dan lemah dalam penulisan karangan adalah perlu diberi perhatian dalam kalangan
kumpulan sasaran. Oleh itu, tindakan dilakukan dengan mengaplikasikan kaedah ini dalam
penulisan perenggan isi karangan. Selain itu, terdapat juga sebilangan kecil murid yang malas
untuk menulis karangan yang diberi oleh guru walaupun guru menyediakan rangka isi
karangan. Tindakan yang dilakukan ialah memberi pendedahan berkaitan kemahiran asas
menulis isi karangan dan penekanan terhadap semakan latihan murid berpandukan kepada
Modul yang diperkenalkan.
6.4 Penilaian / Hasil Kajian Tindakan
6.4.1 Analisis Ujian Pasca
Ujian Pasca telah dilakukan dalam peperiksaan 3 yang telah dijalankan pada 20 ogos
2019 untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah yang telah digunakan. Jadual berikut
merupakan markah yang telah diperoleh dalam Ujian Pasca.
Jadual 3 : Pencapaian Ujian Pasca
Responden (R ) MARKAH (30%)
R1 22
R2 20
R3 20
R4 15
R5 16
130 | P a g e
R6 4
R7 18
R8 17
R9 16
R10 19
R11 2
R12 4
R13 17
R14 20
R15 18
R16 20
R17 15
R18 10
R19 17
R20 21
R21 16
R22 23
R23 7
R24 15
Jadual 4 : Analisis Ujian Pasca
Markah Bilangan Pelajar Peratus
4 16.7
0-09 1 4.2
(Pencapaian minimum) 12 50
7 29.1
10 – 14 0 0
(Kurang memuaskan)
15 – 19
( Memuaskan)
20 – 25
(Kepujian)
26 – 30
131 | P a g e
( Cemerlang)
Berdasarkan Jadual 4 di atas, didapati bahawa terdapat peningkatan markah pelajar
selepas penggunaan kaedah ‘Karangan Pasang Siap’ dalam PdPc. Data yang diperoleh jelas
menunjukkan bahawa 19 (79%) peratus pelajar telah melepasi tahap memuaskan iaitu melebihi
15 markah. Walau bagaimanapun, masih terdapat 5 (21%) orang pelajar berada pada tahap
kurang memuaskan iaitu memperoleh markah di bawah 15 markah.
6.4.2 Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Berdasarkan Jadual Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca di bawah ( Jadual 5) , hasil
dapatan Ujian Pasca telah menunjukkan terdapatnya peningkatan prestasi yang memuaskan
selepas kaedah ini diperkenalkan dalam kalangan pelajar.
Jadual 5 : Analisis Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Ujian Pra Ujian Pasca
Markah Bilangan Peratus Bilangan Peratus
0-09 22 91.7 4 16.7
(Pencapaian minimum)
2 8.3 1 4.2
10 – 14
(Kurang memuaskan) 00 12 50
15 – 19 00 7 29.1
( Memuaskan)
00 00
20 – 25
(Kepujian)
26 – 30
( Cemerlang)
Berdasarkan Jadual 5, analisis terhadap Ujian Pasca ini menunjukkan bahawa bilangan
pelajar yang berada pada tahap pencapaian minimum menurun dengan drastik iaitu daripada
22 ( 91.7%) orang pelajar sebelum penggunaan kaedah ‘karangan Pasang Siap’ kepada 4
(16.7%) selepas penggunaan kaedah ‘ Karangan Pasang Siap’. Pelajar yang berada pada tahap
132 | P a g e
kurang memuaskan juga menunjukkan penurunan daripada 2 (8.3%) orang pelajar kepada 1
(4.2%) pelajar. Selain itu, didapati bahawa pelajar yang berada pada tahap memuaskan dan
kepujian telah menunjukkan peningkatan yang banyak. Data semasa Ujian Pra dijalankan
menunjukkan tidak ada pelajar yang memperoleh markah melebihi 15 markah tetapi selepas
Ujian Pasca jelas menunjukkan seramai 12 (50 %) orang pelajar berada pada tahap memuaskan
dan seramai 7 ( 29.1%) berada pada tahap kepujian. Oleh itu, hasil dapatan Ujian Pasca ini
menunjukkan bahawa selepas penggunaan kaedah ‘Karangan Pasang Siap’, markah pelajar
meningkat dan ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah ini dapat memperbaik hasil
penulisan karangan mereka.
7.0 PERBINCANGAN
Secara keseluruhan, selepas kaedah ‘Karangan Pasang Siap’ digunakan dalam PdPc
guru didapati bahawa pelajar lebih berkeyakinan untuk menulis karangan. Walaupun masih
terdapat pelajar yang belum mencapai tahap memuaskan tetapi tidak ada lagi pelajar yang tidak
menjawab soalan karangan. Melalui analisis dapatan kajian ini, pelajar mula menunjukkan
minat dalam penulisan karangan dan menunjukkan kesungguhan untuk lulus dalam bahasa
Melayu. Oleh itu, kajian tindakan ini jelas sekali mendatangkan kesan positif terhadap pelajar
itu sendiri. Setiap kali menulis karangan, pelajar tidak lagi kelihatan kebingungan untuk
memulakan penulisan. Penulisan karangan pelajar juga lebih terancang dan berfokus. Secara
kesimpulannya, kajian tindakan ini telah berjaya membantu pelajar HALUS meningkatkan
penguasaan mereka dalam menulis karangan sekali gus dapat menarik minat mereka untuk
mengikuti proses PdPc guru.
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian
pelajar semakin baik walaupun masih terdapat pelajar yang tidak mengingati sepenuhnya
bingkai yang diberikan. Oleh itu, saya yakin bahawa kaedah ini boleh digunapakai di dalam
kelas lain dan akan dapat membantu pelajar untuk menulis karangan dengan lebih baik. Selain
itu, kaedah ini juga boleh digunakan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan
kaedah ‘karangan Pasang Siap’ dan minat pelajar tehadap PdPc guru melalui penggunaan
kaedah tersebut.
133 | P a g e
RUJUKAN
Abdullah Hassan. 2011. Guru Sebagai Pendorong dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing. Sdn. Bhd.
Chew Fong Peng. 2016. Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Cina
Sekolah Rendah. http://journalarticle.ukm.my/10190/1/113-222-1-SM.pdf. (18 Jun
2019)
Saemah Rahman & Zamri Mahamod. 2017.Inovasi pengajaran dan
pembelajaran:Mengoptimumkan pembelajaran pelajar.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga.
Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu Ab. Ghani & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. 2016.
Penggunaan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina
berdasarkan sikap dan kemahiran bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6 (1):
3851. http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/... ( 18 Jun 2019)
LAMPIRAN
Bingkai Karangan yang digunakan
134 | P a g e