The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jurnal ini terdiri daripada 12 kajian tindakan yang telah dijalankan oleh para guru SMHT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Atikah, 2021-04-08 08:22:24

JURNAL KAJIAN TINDAKAN SMHT 2020

Jurnal ini terdiri daripada 12 kajian tindakan yang telah dijalankan oleh para guru SMHT

Aktiviti Pelajar Menggunakan Modul

135 | P a g e

Hasil karangan pelajar setelah penggunaan Modul KAPAS
136 | P a g e

PENGGUNAAN KAEDAH ULANG, ‘CHUNKING’ DAN MAIN DALAM PDPC
AYAT HAFAZAN

Nur Atikah binti Miasan
Nuraslinawaty binti Ashan

Sekolah Menengah Holy Trinity, Tawau

[email protected]

ABSTRAK
Pendidikan Islam merupakan antara subjek teras yang perlu dikuasai oleh pelajar
Muslim. Namun, tidak semua pelajar mampu menguasai subjek ini dengan baik. Subjek
ini terbahagi kepada 6 topik yang kebanyakannya melibatkan fakta untuk dihafal. Fokus
kepada ayat hafazan, pelajar perlu mengingati dan menghafalnya mengikut tingkatan
tertentu. Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar apabila mereka tidak mempunyai
kemahiran membaca al-Quran, apatah lagi mengenal huruf tunggal. Namun, ayat
hafazan ini perlu dinilai sebagai penentuan tahap penguasaan pelajar. Oleh itu, guru
menggunakan kaedah ulang, kaedah ‘chunking’ dan main dalam PdPc ayat hafazan
bagi membantu pelajar untuk mencapai markah minimum TP mengikut tingkatan yang
ditetapkan. Seramai 22 orang pelajar dipilih secara rawak sebagai peserta dalam kajian
ini. Data ujian pra dan ujian pos dianalisis secara manual oleh pengkaji. Dapatan ujian
pra menunjukkan tahap penguasaan yang rendah dalam kalangan peserta kajian.
Selepas pelaksanaan tindakan, kajian ini mendapati bahawa kaedah ulang, ‘chunking’
dan main ini berkesan untuk digunakan ke atas peserta dalam meningkatkan hafalan
ayat hafazan mereka. Cadangan untuk kajian akan datang agar dapat menyebar
luaskan kaedah ini kepada topik atau subjek yang melibatkan hafalan fakta.
Kata kunci: Pendidikan Islam, ‘chunking’, hafazan

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Topik hafazan ayat al-Quran merupakan satu cabaran bagi pelajar, terutamanya bagi mereka
yang tidak mempunyai asas bacaan al-Quran. Sepanjang tempoh pengajaran, pengkaji
menghadapi cabaran bagi membantu pelajar menghafal ayat-ayat hafazan dengan baik
mengikut waktu yang ditetapkan. Pencapaian prestasi pelajar bagi menghafaz ayat masih di
tahap yang kurang memuaskan. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengaplikasikan kaedah
yang dapat membantu pelajar menghafaz ayat hafazan dengan mudah semasa pembelajaran
dan pemudahcaraan berlangsung.

137 | P a g e

Dalam sukatan pelajaran KSSM Pendidikan Islam Tingkatan 1, terdapat 11 ayat hafazan di
bawah 4 Standard Kandungan (SK) yang perlu diingati, iaitu:

i. Surah al-Baqarah ayat 1-5 (5 ayat)
ii. Surah al-Baqarah ayat 201 (1 ayat)
iii. Surah al-Baqarah ayat 255-256 (2 ayat)
iv. Surah al-Baqarah ayat 284-286 (3 ayat)

Kelemahan pelajar dalam menguasai ilmu al-Quran perlu diatasi dengan baik bagi membantu
mereka memahami isi pelajaran. Walaupun penilaian sumatif bertulis tidak mewajibkan soalan
hafazan untuk dinilai, namun berdasarkan SK dalam KSSM Pendidikan Islam telah dinyatakan
bahawa ayat-ayat hafazan tersebut perlu dikuasai dan diberikan nilai TP yang bersesuaian.
Penilaian tersebut bukan bertujuan untuk dibandingkan dengan TP pelajar lain, tetapi ia lebih
berkonsepkan PAK-21 dan dalam hal ini GPI perlu menjadi pemudah cara agar pelajar dapat
menguasai ayat hafazan dengan baik. Oleh itu, berdasarkan keperluan dan tuntutan tugasan
GPI, kaedah ini digunakan bagi membantu pelajar Tingkatan 1 Carnation/Ixora.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada kaedah untuk mengingati ayat-ayat hafazan yang terkandung dalam
subjek Pendidikan Islam. Sehubungan dengan itu, pelajar akan didedahkan dengan kaedah
mengulang, ‘chunking’ dan main agar memudahkan proses hafalan ayat tersebut. Melalui
kaedah, pelajar akan dapat menghafaz walaupun lemah dalam kemahiran asas bacaan al-Quran.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan refleksi dan pernyataan masalah, pengkaji telah menggariskan beberapa objektif
dalam menjalankan kajian ini.

3.1 Objektif Am
Secara amnya, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan
minimum ayat hafazan pelajar Tingkatan 1 Carnation/Ixora dengan menggunakan kaedah
‘chunking’.

138 | P a g e

3.3 Objektif Khusus

Manakala terdapat beberapa objektif khusus yang difokuskan dalam kajian ini. Objektif
tersebut adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti keberkesanan kaedah ulang, ‘chunking’ dan main kepada pelajar dalam
menghafal ayat hafazan Tingkatan 1.

ii. Membantu pelajar mengingati ayat hafazan Tingkatan 1 melalui kaedah yang pelbagai.
Melalui objektif am dan khusus yang dicadangkan oleh pengkaji, kajian akan menilai TP
pelajar sebelum dan selepas ujian dijalankan.

4.0 SASARAN KAJIAN

Kelas Pendidikan Islam dijalankan dengan menggabungkan pelajar Muslim dari kelas 1
Carnation dan 1 Ixora dan menjadikan jumlah pelajar dalam gabungan kelas tersebut ialah
seramai 42 orang. Dengan jumlah yang ramai agak menyukarkan guru membimbing pelajar
secara individu.

Melihat kepada masalah yang timbul ketika PdPc ayat hafazan berlangsung, pengkaji
memutuskan untuk menjalankan kajian ke atas pelajar Tingkatan 1 Carnation/Ixora seramai 25
orang pelajar. Peserta kajian dipilih secara rawak mengikut kedudukan tempat duduk mereka
dan tanpa mengambil kira nisbah antara jantina.

5.0 TINJAUAN AWAL

Berdasarkan penilaian GPI melalui latihan formatif berkaitan ayat hafazan yang diberikan
kepada pelajar Tingkatan 1 Carnation/Ixora, didapati bahawa hanya 5 orang daripada 42 orang
yang dapat menjawab soalan hafazan dengan baik.
Dalam sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), pelajar perlu
dinilai mengikut ayat hafazan yang mereka kuasai dengan memberikan nilai tahap penguasaan
(TP) yang bersesuaian. Oleh itu, guru Pendidikan Islam (GPI) harus membimbing pelajar bagi
mencapai TP yang terbaik mengikut kemampuan mereka.

Jadual 1: Tafsiran Setiap Tahap Penguasaan

139 | P a g e

Tahap Penguasaan Tafsiran
1 Murid membaca dan menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul.

Murid membaca dan menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul dan
2

bertajwid.
Murid membaca dan menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul,
3
bertajwid dan lancar.
Murid membaca dan menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul,
4
bertajwid, lancar dan fasih serta mengamalkannya.
Murid membaca dan menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul,
5
bertajwid, lancar dan fasih serta mengamalkannya secara beradab.
Murid membaca dan menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul,
6 bertajwid, lancar dan fasih serta mengamalkannya secara beradab dan
istiqamah.

Jadual 1 menunjukkan tafsiran terhadap setiap TP bagi ayat hafazan. Pelajar akan diberikan TP
mengikut kemampuan hafazan mereka. Namun, secara umum, TP yang dianggap minimum
adalah TP 3 kerana pelajar sudah mampu membaca dengan lancar.

Bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21), adalah diharapkan agar guru dapat
menguasai pengetahuan tentang bagaimana pelajar boleh belajar dan memahami kesulitan yang
dihadapi oleh mereka dalam memahami sesuatu pembelajaran (Zuhdan Kun Prasetyo, 2017).
Guru dituntut untuk mengajar sekali gus sebagai pemudah cara pembelajaran. Oleh itu, GPI
berinisiatif untuk menggunakan kaedah ulang, ‘chunking’ dan main bagi membantu pelajar
meningkatkan hafazan mereka.

Daripada 11 ayat hafazan di bawah 4 SK, pengkaji mengecilkan skop ayat hafazan kepada SK
pertama sahaja iaitu Surah al-Baqarah ayat 1-5. Pelajar telah diberikan tempoh masa selama 3
bulan bermula Januari 2019 sehingga Mac 2019 untuk menghafal ayat. Selain itu, mereka turut
diberikan latihan formatif lisan dan penulisan secara berterusan. Namun, latihan formatif yang
dijalankan mendapati bahawa pelajar masih lemah untuk mengingati ayat tersebut walaupun
cuma 5 ayat.

‫َٰذَ ِل َك ٱۡل ِك َٰتَ ُب ََل َر ۡي َۛ َب ِفي َِۛه ُه ٗدى ِلۡل ُمتَّ ِقي َن‬ ‫َوٱ َّل ِذي َن يُ ۡؤ ِمنُو َن ِب َمآ أُن ِز َل إِ َل ۡي َك َو َمآ أُن ِز َل ِمن قَ ۡب ِل َك‬

140 | P a g e

‫ا ٓل ٓم‬ ‫َوبِٱ ۡۡلٓ ِخ َر ِة ُه ۡم يُوقِنُو َن‬
‫َوٱ َّل ِذي َن يُ ۡؤ ِمنُو َن ِب َمآ أُن ِز َل ِإلَ ۡي َك َو َمآ أُن ِز َل ِمن َق ۡب ِل َك‬ ‫ا ٓل ٓم‬

‫َوبِٱ ۡۡلٓ ِخ َرةِ هُ ۡم يُو ِقنُو َن‬ ‫ٱ َلّ ِذي َن يُ ۡؤ ِمنُو َن بِٱۡل َغ ۡي ِب َويُ ِقي ُمو َن ٱل َّص َل َٰوةَ َو ِم َّما‬
‫أُ ْوَٰلَٓ ِئ َك َع َل َٰى ُه ٗدى ِمن َّربِ ِه ۡۡۖم َوأُ ْو ََٰٓل ِئ َك ُه ُم ٱۡل ُم ۡف ِل ُحو َن‬ ‫َر َز ۡق َٰنَ ُه ۡم يُن ِفقُو َن‬

‫ٱ ّلَ ِذي َن يُ ۡؤ ِمنُو َن ِبٱۡل َغ ۡي ِب َويُ ِقي ُمو َن ٱل َّصلَ َٰوةَ َو ِم َّما‬ ‫أُ ْوَٰٓلَ ِئ َك َعلَ َٰى هُ ٗدى ِمن َّربِ ِه ۡۖۡم َوأُ ْوََٰٓل ِئ َك ُه ُم ٱۡل ُم ۡف ِل ُحو َن‬
‫َر َز ۡق ََٰن ُه ۡم يُن ِفقُو َن‬
‫َٰذَ ِل َك ٱۡل ِك َٰتَ ُب ََل َر ۡي َۛ َب فِي َِۛه ُه ٗدى ِلۡل ُمتَّ ِقي َن‬
Jadual 2
Jadual 3
‫أُ ْوَٰلَٓ ِئ َك َعلَ َٰى ُه ٗدى ِمن َّربِ ِه ۡۡۖم َوأُ ْو ََٰٓلئِ َك هُ ُم ٱۡل ُم ۡف ِل ُحو َن‬ ‫ٱ َّل ِذي َن يُ ۡؤ ِمنُو َن ِبٱۡلغَ ۡي ِب َويُ ِقي ُمو َن ٱل َّصلَ َٰوةَ َو ِم َّما‬

‫ٱ َلّ ِذي َن يُ ۡؤ ِمنُو َن ِبٱۡل َغ ۡي ِب َويُ ِقي ُمو َن ٱل َّص َل َٰوةَ َو ِم َّما‬ ‫َر َز ۡق ََٰن ُه ۡم يُن ِفقُو َن‬
‫َر َز ۡق َٰنَ ُه ۡم يُن ِفقُو َن‬
‫أُ ْوَٰٓلَئِ َك َع َل َٰى ُه ٗدى ِمن َّربِ ِه ۡۡۖم َوأُ ْوَٰلَٓ ِئ َك هُ ُم ٱۡل ُم ۡف ِل ُحو َن‬
‫َٰذَ ِل َك ٱۡل ِك َٰتَ ُب ََل َر ۡي َۛ َب ِفي َِۛه هُ ٗدى ِلۡل ُمتَّ ِقي َن‬
‫َوٱلَّ ِذي َن يُ ۡؤ ِمنُو َن بِ َمآ أُن ِز َل ِإ َل ۡي َك َو َمآ أُن ِز َل ِمن َق ۡب ِل َك‬
‫ا ٓل ٓم‬ ‫َو ِبٱ ۡۡلٓ ِخ َر ِة هُ ۡم يُوقِنُو َن‬
‫َوٱلَّ ِذي َن يُ ۡؤ ِمنُو َن ِب َمآ أُن ِز َل ِإ َل ۡي َك َو َمآ أُن ِز َل ِمن َق ۡب ِل َك‬ ‫ا ٓل ٓم‬

‫َوبِٱ ۡۡلٓ ِخ َرةِ ُه ۡم يُو ِقنُو َن‬ ‫َٰذَ ِل َك ٱۡل ِك َٰتَ ُب ََل َر ۡي َۛ َب فِي َِۛه ُه ٗدى ِلۡل ُمتَّ ِقي َن‬

Jadual 4 Jadual 5

Jadual 2, 3, 4 dan 5 pula menunjukkan antara 4 bentuk soalan bertulis yang perlu dijawab oleh
pelajar dengan menyusun ayat mengikut turutan nombor. Selain susunan mengikut tertib,
pelajar juga diberikan latihan berbentuk isi tempat kosong pada potongan ayat.

Selepas latihan formatif diberikan, didapati bahawa pelajar tidak dapat mencapai TP minimum
dan masih memerlukan bimbingan daripada guru. Kesalahan jawapan yang mereka berikan
adalah seperti menyambung dan menyusun ayat sesuka hati membuktikan bahawa mereka
tidak dapat menguasai ayat hafazan tersebut. Begitu juga laporan analisis item bagi Ujian Mac
turut mendapati bahawa 80% pelajar tidak mampu menjawab dengan baik. Manakala 20% pula
mengakui bahawa mereka menjawab soalan bertulis ayat hafazan tersebut dengan
menggunakan logik akal sahaja, bukannya melalui ayat yang dihafal.

Antara punca masalah ini ialah pelajar tidak mempunyai pengetahuan asas tentang kemahiran
membaca al-Quran. Hal ini menjadikan mereka tidak mampu untuk mengingati ayat hafazan.
Dalam masa yang sama, pelajar juga tidak mempunyai kemampuan untuk mengikuti kelas al-
141 | P a g e

Quran yang ditawarkan di luar sesi persekolahan. Mereka hanya berharap kepada sesi PdPc di
sekolah sahaja. Oleh itu, guru berinisiatif untuk menggunakan kaedah ulang, ‘chunking’ dan
main bagi memudahkan pelajar mengingati ayat tersebut.

6.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Pelaksanaan kaedah ini dimulakan dengan kaedah pengulangan sebagai pengenalan kepada
pelajar berkaitan ayat yang perlu dihafal. Kemudian, diikuti dengan kaedah ‘chunking’ sebagai
perkembangan proses hafalan dan seterusnya kaedah permainan sebagai pengukuhan hafalan
pelajar. Ringkasan penerangan proses adalah seperti yang terdapat pada gambar rajah di bawah.

Kaedah Pengulangan Kaedah ‘Chunking’ Kaedah Permainan

PENGENALAN PROSES PENGUKUHAN

Rajah 1: Aliran proses pelaksanaan program

Gambar rajah di atas menunjukkan aliran perkembangan pelaksanaan tindakan yang telah
dirancang dalam kajian ini. Melalui aliran proses ini, pengkaji akan melihat hasil output dengan
melaksanakan penilaian akhir kepada peserta kajian.

6.1 Kaedah Pengulangan
Bagi menggunakan kaedah ulangan, pelajar dibimbing untuk membaca secara penuh setiap
ayat tersebut sebagai proses pengenalan. Bacaan diulang sebanyak 7 kali sebelum dipecahkan
kepada ayat yang lebih pendek. Kemudian bacaan diulang daripada ayat kelima kepada ayat
pertama sebanyak 7 kali. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan pelajar mengingati secara
penuh susunan ayat hafazan yang perlu dihafal. Tempoh masa yang diambil adalah selama
lebih kurang 4 jam, bersamaan 8 masa PdPc.

142 | P a g e

١ ‫ا ٓل ٓم‬
٢ ‫َٰذَ ِل َك ٱۡل ِك َٰتَ ُب ََل َر ۡي َۛ َب فِي َِۛه هُ ٗدى ِلۡل ُمتَّ ِقي َن‬
٣ ‫ٱلَّ ِذي َن يُ ۡؤ ِمنُو َن بِٱۡل َغ ۡي ِب َويُ ِقي ُمو َن ٱل َّصلَ َٰوةَ َو ِم َّما َر َز ۡق ََٰن ُه ۡم يُن ِفقُو َن‬
٤ ‫َوٱ ّلَ ِذي َن يُ ۡؤ ِمنُو َن ِب َمآ أُن ِز َل إِلَ ۡي َك َو َمآ أُن ِز َل ِمن َق ۡب ِل َك َو ِبٱ ۡۡلٓ ِخ َرةِ ُه ۡم يُو ِقنُو َن‬
٥ ‫أُ ْوََٰٓل ِئ َك َعلَ َٰى ُه ٗدى ِمن َّر ِب ِه ۡۖۡم َوأُ ْوَٰلَٓئِ َك هُمُ ٱۡل ُم ۡف ِل ُحو َن‬

Rajah 2: Surah al-Baqarah ayat 1-5

Gambar rajah di atas menunjukkan potongan ayat yang perlu dihafal oleh pelajar dalam peserta
kajian ini. Ia cuma melibatkan 5 ayat yang singkat daripada Surah al-Baqarah.

Kaedah ini secara tidak langsung membimbing pelajar untuk menghafal secara penuh. Teknik
hafalan pula adalah sinonim dengan subjek pendidikan al-Quran (Zaitun, 2011). Lagipun ayat-
ayat al-Quran merupakan wahyu yang tidak akan berubah sepanjang zaman dan menghafal
ayat-ayatnya tidak memerlukan pemikiran kritikal untuk mengeluarkan idea baharu. Selain itu,
pengulangan yang dilakukan oleh pelajar akan membentuk pelaziman pada lisan sebutan dan
juga pendengaran mereka.
6.2 Kaedah ‘Chunking’
Setelah itu, ayat tersebut dikecilkan seperti pecahan jadual berikut:

Jadual 6: Potongan Ayat yang Dikecilkan

Ayat ‘chunking’ Potongan Ayat No. Ayat

1. ‫ ا ٓل ٓم‬1
2. ‫َٰذَ ِل َك ٱۡل ِك َٰتَ ُب ََل َر ۡي َۛ َب‬
3. ‫ فِي َِۛه ُه ٗدى ِلۡل ُمتَّ ِقي َن‬2
4. ‫ٱ َّل ِذي َن يُ ۡؤ ِمنُو َن بِٱۡل َغ ۡي ِب‬

5. َ‫ َويُ ِقي ُمو َن ٱل َّصلَ َٰوة‬3
6. ‫َو ِم َّما َر َز ۡق ََٰن ُه ۡم يُن ِفقُو َن‬
7. ‫َوٱلَّ ِذي َن يُ ۡؤ ِمنُو َن بِ َمآ أُن ِز َل إِ َل ۡي َك‬
8. ‫ َو َمآ أُن ِز َل ِمن َق ۡب ِل َك‬4
9. ‫َو ِبٱ ۡۡلٓ ِخ َر ِة ُه ۡم يُوقِنُو َن‬
10. ‫أُ ْوََٰٓل ِئ َك َعلَ َٰى هُ ٗدى ِمن َّربِ ِه ۡۡۖم‬
11. ‫ َوأُ ْوَٰٓلَئِ َك ُه ُم ٱۡل ُم ۡف ِل ُحو َن‬5

143 | P a g e

Jadual 6 menunjukkan potongan ayat hafazan yang dikecilkan. Daripada ayat 1 - 5 Surah al-
Baqarah, guru memecahkannya kepada 11 potongan kecil. Kemudian, 11 potongan ayat
tersebut diagihkan kepada 22 orang pelajar menjadikan setiap pelajar akan mendapat 2
potongan ayat. Sebagai pelaziman, guru membimbing pelajar secara individu untuk menyebut
dengan betul bagi potongan ayat yang mereka perlu ingati. Setelah sesi individu selesai, pelajar
dikehendaki untuk menghafalnya dengan sebutan yang lancar. Proses ini merupakan
perkembangan daripada proses pengulangan dan pelajar diberi ayat secara berfokus untuk
dihafal.

6.3 KAEDAH PERMAINAN

Langkah seterusnya disambung dengan aktiviti berunsurkan permainan sebagai proses
pengukuhan kepada hafalan pelajar. Di samping itu, melalui aktiviti permainan juga dapat
meningkatkan minat pelajar terhadap isi pelajaran (Asmawati, Norizal, Anita, & Noraihan,
2018). Langkah ini secara tidak langsung adalah untuk menguji kognitif pelajar terhadap
kefahaman mereka berkaitan isi pelajaran. Sesuai dengan saranan Habibah @ Artini Ramlie et
al. (2016) kepada GPI agar mempelbagaikan alat pengukuran untuk menilai pelajar.
Secara umumnya, kaedah permainan ini adalah pelbagai dan tidak tertakhluk kepada satu
permainan sahaja bagi setiap isi pelajaran yang disampaikan kepada pelajar. Namun, dalam
kajian ini, pengkaji menggunakan satu bentuk permainan sahaja.

Pada sesi permulaan, pelajar diagihkan mengikut kumpulan ayat ‘chunking’ masing-masing.
Guru akan menyebut nombor ayat ‘chunking’ mengikut turutan manakala pelajar pula
dikehendaki untuk menghafaz potongan ayat tersebut. Sesi ini berlangsung selama 3 kali
pusingan. Kemudian sesi diteruskan dengan menyebut nombor ayat ‘chunking’ secara
rambang. Langkah ini akan membantu pelajar untuk berhati-hati dalam menghafaz ayat
masing-masing di samping melatih mereka untuk lebih fokus kepada ayat hafazan.

Seterusnya, guru memberi peluang kepada sesama pelajar untuk menentukan nombor ayat
‘chunking’ yang disambung. Pelajar akan memilih sambungan ayat secara rambang dan saling
menyemak jawapan kumpulan lain. Secara tidak langsung, pelajar akan menghafal ayat selain
dari ayat ‘chunking’ masing-masing. Sesi pelaziman tersebut memakan masa lebih kurang 4
masa, bersamaan 2 jam.

144 | P a g e

Setelah kaedah ulang, ‘chunking’ dan main digunakan, pelajar dapat menjawab soalan dengan
pantas dan lancar tanpa perlu bimbingan daripada guru. Sebagai pengukuhan berterusan, ayat
hafazan tersebut disoal setiap kali sebelum PdPc bermula. Kesan dan dapatan hasil latihan
dibincang pada bahagian seterusnya.

7.0 PENILAIAN / HASIL KAJIAN TINDAKAN

Selepas pelaksanaan tindakan, guru melakukan ujian hafazan secara individu dan memberikan
ujian bertulis seperti yang dilakukan sebelum ini. Soalan yang sama digunakan semula sebagai
perbandingan untuk mengetahui sama ada ketiga-tiga kaedah yang dijalankan memberi kesan
ke atas pelajar ataupun tidak dalam meningkatkan hafazan mereka.

7.1 Kaedah Pengulangan
Kaedah pengulangan yang dilaksanakan dapat memberi gambaran penuh kepada pelajar
berkaitan ayat 1-5 Surah al-Baqarah. Pelajar mampu memberi respon secara spontan apabila
soalan diberikan berkaitan hafazan ayat tersebut walaupun pada pertengahan potongan ayat.
Hal ini kerana bunyi dan susunan gambaran ayat dapat diingati dengan baik setelah proses
pelaziman kaedah ini berlangsung.
7.2 Kaedah ‘Chunking’
Pecahan ayat yang lebih kecil dan pendek memudahkan pelajar untuk lebih fokus kepada
sebahagian ayat. Mereka hanya menekankan potongan ayat masing-masing. Manakala bagi
potongan ayat yang lain pula akan dihafal melalui pendengaran hafazan rakan yang lain.
Tambahan pula, pelajar sudahpun didedahkan dan dilazimkan dengan ayat hafazan secara
penuh semasa kaedah pengulangan dilaksanakan.

Hasilnya, pelajar mampu meningkatkan hafalan ayat-ayat hafazan yang pendek pada waktu
masa yang ditetapkan. Bagi ayat-ayat yang lain pula, pelajar turut menghafaz melalui kaedah
permainan.

7.3 Kaedah Permainan
145 | P a g e

Melalui kaedah ini pula, pelajar dapat menghafal potongan ayat selain daripada ayat ‘chunking’
masing-masing. Secara tidak langsung, kaedah permainan ini menjadi pelengkap kepada proses
menghafal ayat hafazan bagi pelajar.

Pengukuhan ingatan pelajar berlaku dengan baik apabila mereka saling bersoal jawab dan
berlatih secara berterusan melalui persaingan dalam aktiviti permainan.

8.0 PERBINCANGAN

Analisis pencapaian pelajar dilakukan untuk membandingkan pencapaian pelajar sebelum dan
selepas tindakan dilaksanakan. Dapatan adalah seperti berikut:

Jadual 7. Jadual analisis ujian pra dan pos

Ujian Pra Ujian Post Perbezaan
Latihan
Bil. Nama Latihan Latihan
TP
TP TP Bertulis
Bertulis Bertulis
+3 +5
1. Abdul Shah 1 3/10 4 8/10 +2 +6
+3 +5
2. Athyqa 3 4/10 5 10/10 +3 +8
+3 +5
3. Azri Syam 2 4/10 5 9/10 +2 +6
+3 +6
4. Azwan 1 2/10 5 10/10 +3 +7
+3 +5
5. Dayang Noralintiana 1 3/10 4 8/10 +2 +3
+2 +4
6. Hasril 1 2/10 3 8/10 +3 +6
+4 +7
7. Juliana 1 4/10 4 10/10 +4 +7
+3 +4
8. Mohd Irfan AT 1 3/10 4 10/10 +3 +2

9. Mohd Irfan S 2 5/10 5 10/10

10. Mohd Isyraq Lai 1 2/10 3 5/10

11. Mohd Khalid 1 2/10 3 6/10

12. Mohd Nazirfan 2 4/10 5 10/10

13. Mohd Nur Haiqal 1 1/10 5 8/10

14. Mohd Nuriesyam 1 3/10 5 10/10

15. Muhd Aminuddin 1 4/10 4 8/10

16. Nor Akhma 1 4/10 4 6/10

146 | P a g e

17. Nur Ain Fitri 3 6/10 5 10/10 +2 +4
18. Nurul Asyikin 1 2/10 3 6/10 +2 +4
19. Nurul Izzaty 1 2/10 3 10/10 +2 +8
20. Qabiel 1 3/10 5 10/10 +4 +7
21. Siti Elyasofia 1 4/10 5 10/10 +4 +6
22. Siti Rabiah 2 4/10 5 10/10 +3 +6

Berdasarkan Jadual 7 bagi ujian pra, hanya 2 orang sahaja yang melepasi TP minimum
manakala yang lain menghadapi kesukaran untuk mencapai TP tersebut. Begitu juga dari segi
latihan bertulis di mana tiada seorang pun pelajar yang mampu menjawab dengan markah
penuh.

Manakala pencapaian pelajar didapati meningkat dengan baik pada ujian pos selepas tindakan
dilaksanakan. Walaupun terdapat 4 orang daripada pelajar mengakui bahawa mereka langsung
tidak mempunyai asas kemahiran al-Quran, namun mereka dapat menjangkaui TP minimum
iaitu TP3. Hal ini kerana mereka menghafal melalui bunyi sebutan, tetapi tidak dapat
mengecam dengan baik dari segi penulisan. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya
mereka mampu untuk menghafaz ayat dengan baik sungguhpun tidak mencapai tahap yang
cemerlang.

Melihat kepada hasil dapatan ini, dapat diketahui bahawa kaedah yang digunakan mampu
membantu pelajar dalam meningkatkan hafalan mereka. Kaedah pengulangan memberi
gambaran penuh terhadap ayat yang ingin dihafal. Kemudian dikukuhkan dengan hafalan
berfokus melalui kaedah ‘chunking’ kerana ayat hafazan dikecilkan supaya memudahkan
pelajar mengingatinya. Setelah itu, kaedah permainan digunakan bagi mengukuhkan sambil
menguji hafalan pelajar. Hasilnya, pelajar mampu mengingati potongan ayat hafazan dengan
baik.

Walau bagaimanapun, kaedah-kaedah yang digunakan ini belum tentu bersesuaian dengan
semua pelajar mahupun ayat hafazan. Hal ini demikian kerana pelajar mempunyai corak
pembelajaran dan tahap kecerdasan yang pelbagai. Kaedah pengulangan dan ‘chunking’ bagi
pelajar yang mampu menghafaz dengan cepat akan mendorong mereka berasa bosan dalam
sesi PdPc. Oleh itu, guru perlu bijak memilih dan menyusun atur aktiviti bersama pelajar agar
PdPc yang berlangsung dapat memberikan makna kepada pelajar.
147 | P a g e

9.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Berdasarkan hasil kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi membolehkan pengkaji
akan datang untuk memperkembangkan skop kajian ataupun menggunakan kaedah sebegini
dalam PdPc masing-masing. Cadangan tersebut adalah seperti berikut:

i. Kajian ini terbatas kepada ayat hafazan sahaja. Dicadangkan untuk kajian akan datang
agar menggunakan kaedah ini bagi menghafal pelbagai fakta dalam topik lain seperti
hafalan bacaan solat beserta rukun-rukunnya.

ii. Selain itu, kajian ini terbatas dalam subjek Pendidikan Islam sahaja. Cadangan untuk
kajian akan datang untuk menggunakan kaedah ini merentas subjek yang juga
melibatkan fakta seperti subjek Sejarah dan Geografi.

iii. Meneroka lebih banyak bentuk permainan yang boleh digunakan sebagai aktiviti
pengukuhan pelajar. Begitu juga dengan bentuk latihan yang diberikan kepada pelajar.

RUJUKAN
148 | P a g e

Asmawati Mohamad Ali, Norizal Abdul Karim, Anita Mohamed, & Noraihan Ismail. (2018).
Aplikasi gaya pengajaran dan pembelajaran aktif dalam subjek kemahiran dinamika bagi
merealisasikan pendidikan abad ke-21. Sains Humanika, 10(3–2), 47–55.
Habibah @ Artini Ramlie, Zaharah Hussin, Saedah Siraj, Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Ahmad
Arifin Safar, & Norshahrul Marzuki. (2016). Keperluan profesionalisme guru Pendidikan
Islam (GPI) dalam aspek pengajaran. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 3(3), 85–109.
Zaitun. (2011). Pendidikan Islam di Malaysia. Al-Fikra, 10(1), 125–160. Retrieved from
http://ejournal.uin-suska.ac.id/index.php/al-fikra/article/view/3839
Zuhdan Kun Prasetyo. (2017). Pembelajaran dan kompetensi pendidik abad-21. In Prosiding
Seminar Nasional Inovasi Pendidikan, 2–8.

149 | P a g e

DEVELOPING ESSAY WRITING SKILLS AMONG UPPER FORM STUDENTS:
DEE METHODS

Shahrani Marlinda Jaffar Sidek
Teh Nor Ayu Dahlan

Sekolah Menengah Holy Trinity
Tawau, Sabah.

ABSTRACT

English is one of three core subjects in upper secondary school and it is essential that
students receive a good education in this subject. Many upper secondary students in
SMHT are unable to produce well-developed paragraphs in essay writing. They are
producing surface level points/ideas which are not written in depth enough to support
the title of the essay. General objective is to develop paragraph writing skills among
upper secondary students and the specific objectives in this study is to develop writing
skills in essay writing among upper secondary students using DEE method. This method
is to identify the effectiveness of using DEE method in developing writing skills and to
analyse how DEE method helps overcome the difficulties of writing skills among upper
secondary students. This methods is based on various literary sources, interviews with
teachers and questionnaires with students and the background information is the basis
for the interview questions and the questionnaire with 30 students from Four Ixora as
our targeted group. Test sample and students answer shows the complete list of items
for language use and its score on teachers’ feedbacks. They agree that although their
students are able to use synonyms/antonym and accurate grammatical structures in
their essays, they sometimes struggle using appropriate language. The students also
often use Malay sentence patterns in their sentences and writings. Students are also
able to use SVO (Subject + Verb + Object), SP (Subject + Predicate) and SVA (Subject
+ Verb + Adverbial) patterns with minimal errors. Compared with the previous aspects
of writing, it is seen that teachers report more error occurrence in language use. To sum
up, students the students showed good progression in their paper 1 result after the
implementation of DEE method in their final exam. Therefore, teachers are suggested
to deeply give attention to their students’ errors and practice innovated styles to face
these complexities in writing classes.

1.0 REFLECTION

The target students comes from the middle class that randomly get 28-30 marks for both paper
1 and 2 in English Language.This group of students called by ‘HALUS STUDENTS’ which

have serious problem in organising ideas in paragraph. In detail, the students have difficulty to

write their elaboration. Students are unable to produce well-developed paragraphs containing

sufficient input to fulfill the tasks of the essay question.

Many upper secondary students in SMHT are unable to produce well-developed paragraphs in

essay writing. They are producing surface level points/ideas which are not written in depth

150 | P a g e

enough to support the title of the essay. They do not have a particular formula or method to
develop the point in each paragraph. This problem may give big impact to their English result
and it might influence the grade which can determine students’ overall marks. So, it is
important to the students to get high marks in their paper 1 to enable them to get good grade
for English paper.

2.0 RESEARCH FOCUS
The problem students facing in writing essay essay have been identified through examinations
and past years results. The same problems keeps on persisting are:
- Writing elaborations and examples
- Organising ideas

3.0 RESEARCH OBJECTIVE
The general objective is to develop paragraph writing skills among upper secondary students
and the specific objectives in this study is to develop writing skills in essay writing among
upper secondary students using DEE method. This method is to identify the effectiveness of
using DEE method in developing writing skills and to analyse how DEE method helps
overcome the difficulties of writing essay among upper secondary students.
3.1 Aim Of Research
Through this research, it is hoped the students are able to achieve what are expected of them
which are to:
- elaborate and develope the main ideas to produce paragraphs
- Increase students’ marks in paper 1 (writing paper)

4.0 TARGET GROUP
This research involved 30 Students from 4 Ixora batch 2019 in SM Holy Trinity Secondary
School in Tawau. This students achieved below 30 marks in paper 1. The purpose of this
research is help students to gain the required knowledge to be the kind of English teacher that
151 | P a g e

could help the pupils to develop their writing skills. This paper is aimed at pupils in Upper
Secondary School, which means that the main purpose is not to teach the pupils to write but to
help them write better than they used to, to improve their abilities. There are some questions in
this research:

- What kind of different exercises of writing and speaking should be used in class?

- How should these methods be evaluated?
- In what ways can a teacher correct students’ mistakes without decreasing their confidence?

5.0 IMPLEMENTATION OF THE RESEARCH
The process of doing the research took a span of a year from the MId-term test result until final
exam results 2019. The process involves:
- Pre test – English Language exam result
- Implementation of DEE - January - April
- Post Test - Final examination result

DATE TOPIC/FOCUS ACTIVITIES

February 2019 Distribution of questionnaires and Pre Test
(18 - 22) Introduction to the DEE Methods
- Distribute sample essay to students
Feb 2019 - Explanation on DEE- using sample essay
( 25 Feb - 1 Mac)
Implementation
April 2019 - Writing Introduction
( 1- 12 ) - Elaborate 4 main ideas
April 2019
(15 - 19) Implementation
May 2019 - Elaborate 8 main ideas
( 6 - 10)
June 2019 Implementation
(17 - 21) - Writing Conclusion

152 | P a g e Practice 1
Drilling - Writing 4 paragraphs essay

Reinforcement on :
- Sentence organisation

July 2019 Practice 2
August - September 2019 Drilling - Writing 5 paragraphs essays
Oktober 2019
Reinforcement on:
- Writing elaboration
- Writing example

Final examination - Post Test

5.1 Dee Methods Process

The targeted students know the basic of writing simple and compound sentences

STEP PROCESS
1 ( Introduction) Students are given sample comprehension text, they are
asked to:
2 ( Consultation) - identify main ideas
3 (Implementation 1) - identify the elaborations and examples
- write the main ideas and the elaborations separately
4 (Implementation 2) Teacher explanation and give consultation
5 (Implementation 3)
6 (Implementation 4) Sample question 1 ( Directed Writing)
- Writing introduction
Organising main ideas and paragraph
Organising main ideas and paragraph
Writing conclusion

5.2 Questionnaire And Pre Test

Questionnaires and Pre test results from the target students were used as the research early data.

Table 1: The Questionnaires

NO ELEMENTS OF WRITINGS YES NO

1 I am able to write the elaboration for the main ideas

2 Writing elaboration is difficult

3 I am know what main ideas are

4 I am have problem to write elaboration for the main ideas

153 | P a g e

5 I am able to write 4 paragraphs essay
6 I able to write simple sentences
7 I able to write compound sentences
8 I usually write examples for my elaborations
9 I have problem in organising paragraphs in my essay
10 I always spend more time to write my elaborations

The samples showed the students were hardly able to get marks for content due to unclear
elaboration and examples. This evidence of the pre-test prove that 70% said “YES” that the
students do not know the skill on how to write their elaboration for the main ideas which is the
most important element in essay writing and contribute high marks for their essay.

80 Column2
70
60 NO
50
40
30
20
10

0
YES

Graf 1: Pre Test Data

6.0 RESEARCH FINDINGS

The post test was carried out after the students were guided using DEE methods in their final
exam for 2 months. The students showed good progression in their paper 1 result after the
implementation of DEE method.

154 | P a g e

Refer Table 2: Analysis of Post Test (Paper 1 exam result)

STUDENTS MID-TERM TEST FINAL TEST

1 20 22
2 23 23
3 25 27
4 15 20
5 22 25
6 21 25
7 16 20
8 14 23
9 20 28
10 21 26
11 22 24
12 23 32
13 31 33
14 26 31
15 23 27
16 27 32
17 22 22
18 24 31
19 26 34
20 29 34
21 22 27
22 25 31
23 20 28
24 31 35
25 23 29
26 22 25
27 16 24
28 22 24
29 31 33
30 22 30

The students showed their progression in doing their elaboration for the main ideas. Most of
them were able to get marks for elaboration 7-10 out of 12 main ideas. This result showed that
the students would write a better essay using skills of DEE method.

7.0 REFLCTION OF THE RESEARCH

First and foremost, the implementation of DEE method in this research showed a great
progression especially in students writing. Most of the students showed their improvement in
writing their elaboration and organise their paragraph. However, there is no doubt, the students
could not avoid to have grammar errors in their directed writing essay. Teaching writing need
more time to enable the students to master every skill.

DEE method is the method to guide the students to master the writing skills step by step. From
constructing sentences, writing elaboration and organise the paragraphs, this method leads the
students to produce a better script besides to enhance their motivation to write an essay. This
method basically change my perspective in teaching writing. I learned to focus on students

155 | P a g e

problem and find the way to help them improve their proficiency level and not too ambitious
in teaching objective and maintain their progression not their grade.
It cannot be that teaching writing is a long term process. DEE method could not solve or help
all students’ problems in writing perfectly, It just the idea as an effort to change students view
about the most worst component in learning writing in English subject. This method slowly
leads students to think creatively and start writing without hesitation and independently.

8.0 SUGGESTION ON FURTHER RESEARCH
Throughout the DEE method research I would like to focus on the usage of correct tenses and
sentences construction for further research. These two elements are the key for a good script.
Furthermore, students need more guidance and drilling exercise to maintain their writing
progression. It is a known fact that, most of the students who not interested in reading is the
challenge to a teacher to teach writing. The students must be exposing to English reading
materials before the implementation of the next method.

156 | P a g e

REFERENCES
Carol J. Callinan. (2017). Developing essay writing skills: an evaluation of the

modelling behaviour method and the influence of students sel-efficiency
Deborah Dewit Marchant. Critical Writing Skills

https://uni.edu/~reineke/developi.htm
Mary Walton. (2016). How To Hone Your ESL Students’ Essay Writing Skills Article

https://goldstarteachers.com/hone-esl-students-essay-writing-skills/#iLightbox
Oxbridge Essays. (2020) A complete guide to writing a reflective essay | Oxbridge Essays

https://www.oxbridgeessays.com/blog/complete-guide-to-writing-a-reflective-essay/
White, Ron and Valerie Arndt. (1991). Process writing. Harlow: Longman Article

https://goldstarteachers.com/hone-esl-students-essay-writing-skills

157 | P a g e

APPENDIX

Picture 1: Pre- test Sample and Students’ answer

Picture 2: Sample Responses Of Post Test

158 | P a g e

159 | P a g e

160 | P a g e

TEKNIK “TUKAR TANDA SELEPAS MERENTASI JAMBATAN” UNTUK
MENINGKATKAN PEMAHAMAN DAN PENGUASAAN PERSAMAAN LINEAR

DALAM KALANGAN PELAJAR

Tan Kui Gek
Chung Guan Vun

SM Holy Trinity
Peti Surat 60918 Tawau

[email protected]
[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar
Tingkatan 4 Ixora SM Holy Trinity Tawau terhadap Persamaan Linear kerana ilmu
dalam Persamaan Linear amatlah penting dalam menjawab soalan yang melibatkan
silibus Tingkatan Empat Bab 5 bertajuk Garis Lurus. Seramai 32 orang pelajar terlibat
dalam kajian ini. Kajian ini dimulakan apabila didapati bahawa para pelajar telah gagal
menjawab soalan berkenaan Bab 5 Garis Lurus, justeru sepatutnya, pelajar ini
menguasai konsep garis lurus iaitu mereka tahu formula mencari kecerunan tetapi tidak
dapat menyelesaikan masalah garis lurus atas sebab kelemahan dalam menguasai
kemahiran Persamaan Linear sehinggga mereka gagal memperolehi markah penuh
dalam soalan yang berkaitan Garis Lurus dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun
Matematik Kertas 2. Oleh hal yang sedemikian, kajian tindakan yang pragmatik telah
diimplimentasikan dengan bersungguh-sungguh melalui satu program intervensi yang
dinamakan “TUKAR TANDA SELEPAS MERENTASI JAMBATAN” bagi mengatasi
masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Program ini dilaksanakan melalui 5
fasa. Fasa pertama melibatkan pekali x bagi persamaan linear adalah tanda positif 1,
Fasa kedua melibatkan pekali x bagi persamaan linear adalah tanda negatif 1, Fasa
ketiga melibatkan pekali x bagi persamaan linear bersifat positif tetapi bukan 1, fasa
keempat melibatkan pekali x bagi persamaan linear bersifat negatif tetapi bukan 1 dan
fasa kelima melibatkan pekali x berkedudukan sebagai penyebut. Dengan sukacitanya,
para pelajar rela melibatkan diri dalam program intervensi ini dengan harapan ingin
memperbaiki penguasaan terhadap Persamaan Linear.Setelah intervensi ini
dijalankan, didapati bahawa para pelajar mengetahui dan memahami cara bagaimana
membuat langkah kerja yang betul dan sistematik semasa menjawab soalan-soalan
berkenaan Persamaan Linear. Daripada penilaian langkah kerja dan jawapan yang
dibuat oleh pelajar dalam Ujian Post, didapati bahawa tahap prestasi pencapaian para
pelajar bertambah baik dan apa-apa yang memberangsangkan guru ialah semua
pelajar boleh menjawab soalan-soalan berkenaan Persamaan Linear dengan penuh
yakin. Komen yang positif terhadap pengenalan kaedah yang sistematik ini turut
diberikan oleh para pelajar apabila temu bual dilaksanakan antara guru dengan para
pelajar. Secara langsung, hasil kajian ini menunjukkan peningkatan tahap penguasaan
para pelajar terhadap mencari nilai bagi Persamaan Linear.

161 | P a g e

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pada tahun ini (2019), saya telah dipertanggungjawabkan bagi mengajar kelas ketiga bagi

Tingkatan Empat, iaitu kelas 4 Ixora. Kelas ini disenaraikan sebagai kelas yang lemah dari segi

prestasi pencapaian dalam Matematik. Berdasarkan keputusan pelajar dalam Peperiksaan PT3

2018, didapati bahawa sebilangan besar daripada pelajar 4 Ixora 27 orang (84.4%) telah

mencapai tahap gagal, iaitu Gred F, 5 orang sahaja (15.6%) pelajar mendapat tahap lulus dalam

mata pelajaran Matematik. (Rujuk Jadual 1(a) & 1 (b)).

Jadual 1 (a) Senarai Keputusan Matematik PT3 2018 Bagi Pelajar 4 Ixora:

BIL Nama GRED

1 ABDUL RAZIQ AQIL F

2 ADYKA ROZAIDY BIN MUSA E

3 DARREL DEAN BIN DIONYSIUS F

4 DENNY DULO DERENG F

5 ELVIA NATALIA F

6 FAKRUL IZHAR HUZAIRI BIN HUSANUDDIN C

7 IRDINA NAJIHA BINTI AB F

8 JOSHUA DOUGLAS SEVEN JOHN F

9 MOHAMAD AIDIL DANIAL BIN ABDUL F

MUHAMAD

10 MOHAMAD JAINULLIZAM BIN PALLU F

11 MOHAMED REEZ DANIEYL BIN BAHARUDIN F

12 MOHAMMAD AIDIL NAZRIL BIN ANSUR F

13 MOHAMMAD FARID BIN MOHAMMID F

14 MOHAMMAD IKHWAN HARITH BIN MOHD F

MISNAN

15 MOHAMMAD NOOR HAFIZAL BIN RAHMAT F

16 MOHAMMAD RAFI IRSYADUDDIN BIN RAMLI F

17 MOHAMMAD RIZMAN HADI BIN NUH E

18 MOHAMMAD ZULKARNAIN NASATION F

19 MUHAMAD HAFIZ BIN LAYUDIN E

20 MUHAMMAD AIDID AIDIL HAKIMI BIN AZLAN F

21 MUHAMMAD FAZLIZAN BIN DENZELY F

22 MUHAMMAD HILMI BIN MOHAMAD ABRAHIM F

23 MUHAMMAD SYAFIQ BIN IRFAN F

24 MUHAMMAD ZAMZURI BIN HUDDIN F

25 NAIM BIN MUSBAH F

162 | P a g e

26 NOR FAZILAH BINTI MOHD LISAH F

27 NUR FARADILA BINTI BERAHIM F

28 NURUL FARIHAIN BINTI AHMAD FAUZAN E

29 NURUL SYAHIRAH BINTI MUHAMMAD SHAH F

30 RAYNOLD KEN F

31 RIZWAN BIN AMIR F

32 WILLSON BIN WAN F

Jadual 1 (b) Analisis Keputusan Matematik PT3 2018 Bagi Pelajar 4 Ixora:

Gred A B C D E F

Bil 0 0 1 0 4 27

(%) ( 0.0 ) ( 0.0 ) ( 3.1 ) ( 0.0 ) ( 12.5 ) ( 84.4 )

Sewaktu menyemak skrip jawapan Matematik bagi 32 calon yang menduduki Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2019, semua pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah bagi soalan Garis
Lurus sama ada di kertas 1 mahupun di kertas 2. Hal ini disebabkan kelemahan calon dalam
menguasai konsep Persamaan Linear yang sepatutnya harus dikuasai dengan baik pada silibus
menengah rendah yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyelesaikan soalan
bagi Garis Lurus. Daripada analisis data pencapaian PT3 2018 bagi pelajar 4 Ixora secara
langsung dapat menyampaikan gambaran yang sangat jelas bahawa semua pelajar yang
keputusan lemah ini kemungkinan besar gagal menguasai konsep Persamaan Linear dengan
baik kerana soalan PT3 kerap menguji soalan berbentuk Persamaan Linear. Melalui temu bual
kepada semua pelajar 4 Ixora yang dijalankan, didapati semua pelajar sentiasa memberikan
respon negatif terhadap soalan berkaitan Persamaan Linear. Kemungkinan besar semua pelajar
gagal mengaplikasikan konsep Persamaan Linear dengan baik, menyebabkan mereka
mendapat markah kosong bagi soalan Garis Lurus yang memerlukan pengaplikasian konsep
Persamaan Linear.

Memandangkan saya tidak mempunyai pengetahuan sedia ada tentang pelajar-pelajar 4 Ixora,
saya telah memberikan satu Ujian Pra yang merangkumi 60 soalan Persamaan Linear daripada
tahap mudah(20 soalan), ke tahap sederhana (20 soalan) sehingga ke tahap tinggi (20 soalan)
kepada 32 orang pelajar 4 Ixora pada 4 Julai 2019 (Isnin), ujian ini dijalankan secara terus
meminta pelajar menjawab soalan Ujian Pra pada masa 1 jam sahaja tanpa memberikan apa-
apa panduan atau bimbingan. Tindakan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenal pasti
163 | P a g e

dan mengetahui tahap penguasaaan pelajar 4 Ixora terhadap konsep Persamaan Linear. Melalui
penyemakan Ujian Pra ini, saya mendapati 5 kelemahan yang dihadapi oleh para pelajar, iaitu
masalah pertama, terdapat sebilangan besar pelajar tidak dapat mengoperasikan penambahan,
penolakan, pendaraban dan pembahagian dengan baik. Masalah kedua adalah pelajar tidak tahu
kaedah penyelesaian soalan, di mana pekali x bertanda negatif. Masalah ketiga adalah
sebahagian besar pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah di mana pekali x bukan 1. Masalah
keempat adalah majoriti pelajar tidak dapat menyelesaikan persamaan linear di mana pekali x
bertanda negatif dan bukan 1. Masalah kelima adalah semua pelajar tidak dapat menyesaikan
Persamaan Linear di mana pekali x sebagai penyebut. Setelah menyedari hakikat ini, tercetus
beberapa persoalan dalam minda saya bahawa perlukah saya mengajar semula isi kandungan
Persamaan Linear pada tahun ini walaupun ilmu ini seharusnya pelajar kuasai pada tahap
menengah rendah. Apakah cara yang lebih efektif yang boleh saya ambil bagi meningkatkan
tahap penguasaan pelajar terhadap topik ini? Bagaimanakah saya membantu pelajar menguasai
topik ini pada masa ini?

Semenjak itu, saya kerap memikirkan cara-cara yang boleh diambil bagi membantu para pelajar
dalam menjawab soalan-soalan yang berkenaan topik ini kerana saya memahami bahawa
pelajar-pelajar pasti tidak mampu mencapai markah yang tinggi dalam peperiksaan peringkat
sekolah mahupun pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan
sedangkan topik ini sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam Peperiksaan
SPM. Berdasarkan soalan-soalan SPM Matematik tahun-tahun lepas, didapati bahawa Kertas
1 lazimnya mengandungi 5 hingga 8 soalan berkenaan aplikasi ilmu Persaman Linear manakala
Kertas 2 akan mengandungi soalan Matriks, soalan Garis Lurus, soalan Luas dan Perimeter
(mencari panjang atau lebar), soalan Pepejal dan Isipadu (mencari jejari atau tinggi) akan
melibatkan penyelesaian soalan dengan mengaplikasikan konsep Persamaan Linear, setiap
soalan yang tersenarai di atas akan diberikan markah antara 4 hingga 6 markah untuk satu
soalan.

Walau bagaimanapun, melalui pemerhatian dan pemantauan setelah enam bulan mengajar
kelas ini, saya mendapati kelas ini sebenarnya berpotensi bagi mencapai keputusan yang lebih
baik malah cemerlang dalam soalan berkenaan topik ini seandainya berbekalkan teknik
menjawab soalan yang efektif serta semangat dan kesanggupan pelajar yang tinggi terhadap
topik ini.

164 | P a g e

2.0 FOKUS KAJIAN

Selepas saya memberikan satu Ujian Pra kepada 32 orang pelajar 4 Ixora, saya mendapati
bahawa 32 orang pelajar memang lemah dan langsung tidak dapat menguasai prinsip-prinsip
topik ini, maka kajian tindakan yang saya laksanakan pun berfokus kepada 32 orang pelajar
ini yang agak memerlukan bantuan dan bimbingan daripada saya. Semasa menjalankan kajian
tindakan, saya memfokuskan bagaimana caranya membantu pelajar mengingat tatacara
menyelesaikan Persamaan Linear. Dengan itu, satu program yang dinamakan sebagai “ Tukar
Tanda Selepas Merentasi Jambatan” dilaksanakan di dalam kelas 4 Ixora.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, diharapkan 32 orang pelajar kelas 4 Ixora ini dapat
mencapai objektif berikut:

3.1 OBJEKTIF AM
Meningkatkan tahap penguasaan pelajar-pelajar terhadap penyelesaian Persamaan Linear.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS
 Meningkatkan teknik-teknik pelajar dalam menjawab soalan Persamaan Linear.
 Menambahkan keyakinan pelajar menjawab soalan Persamaan Linear.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Responden dan kumpulan sasaran ialah pelajar Tingkatan 4 Ixora dari SM Holy Trinity.
Kumpulan ini seramai 32 orang yang terdiri daripada 26 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar
perempuan.

165 | P a g e

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Bil Aktiviti/Tugasan Tarikh

1. Membuat tinjauan masalah melalui semakan 22/05/2019

skrip jawapan Peperiksaan Pertengahan

Tahun, pemerhatian dan Ujian Pra

2. Memaklumkan kepada Pihak Pentadbir

tentang Kajian Tindakan dan membuat 10/06/2015

perbincangan.

3. Menyediakan kertas cadangan Kajian 21/06/2019-23/06/2019

Tindakan.

4. Menyediakan borang soal selidik dan 03/07/2019-15/07/2019

pengisian borang soal selidik oleh pelajar 4

Ixora

Melaksanakan Kajian Tindakan.

Program ini dijalankan dengan merangkumi 5

fasa seperti yang berikut:

Fasa 1: selesaikan pekali x bertanda positif 1

Fasa 2: selesaikan pekali x bertanda negatif 1

Fasa 3: selesaikan pekali x bertanda positif

tetapi bukan 1

Fasa 4: selesaikan pekali x bertanda negatif

tetapi bukan 1

Fasa 5: selesaikan pekali x yang berkedudukan

penyebut

5. Menyiapkan Laporan Kajian Tindakan. 04/10/2019-04/11/2019

6. Menyerahkan Laporan Kajian 05/11/2019

Dalam memulakan kajian ini, satu tinjauan telah dilakukan untuk mengenal pasti masalah
pelajar yang masih kurang memahami cara untuk menyelesaikan masalah Persamaan Linear.
Tinjauan masalah yang dijalankan adalah pemerhatian, soal selidik dan ujian pra.

166 | P a g e

5.1 LANGKAH MELAKSANAKAN TINDAKAN

Ujian Pra
Soalan ujian pra terdiri daripada 60 soalan, iaitu 20 soalan (aras rendah), 20 soalan (aras
sederhana), 20 soalan (aras tinggi). Soalan yang diberikan berdasarkan topik dalam tajuk
Persamaan Linear yang telah dipelajari oleh pelajar semasa menengah rendah. Markah penuh
bagi Ujian Pra ini ialah 60 markah. (Lampiran 1) Para pelajar 4 Ixora diminta supaya
menjawab soalan-soalan Ujian Pra secara individu dalam masa 1 jam pada 3 Julai 2019. Ujian
Pra ini telah dijalankan bertujuan untuk mengesan dan mengenal pasti setakat mana tahap atau
prestasi para pelajar dalam tajuk Persamaan Linear dengan menggunakan ilmu pengetahuan
sedia ada tanpa memberikan apa-apa bimbingan dan tunjuk ajar disebabkan ilmu Persamaan
Linear telah dipelajari oleh para pelajar ketika mereka berada di menengah rendah. Selain itu,
pelaksanaan Ujian Pra juga bertujuan untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh
para pelajar semasa menjawab soalan berkenaan tajuk Persamaan Linear.

Ujian Pra sedang berlangsung di bilik darjah 4 Ixora.

Borang Soal Selidik
Satu borang soal selidik berkenaan dengan tajuk Persamaan Linear telah dirangka dan
diedarkan kepada para pelajar 4 Ixora pada 5 Julai 2019. Borang soal selidik ini disediakan
bertujuan untuk menganalisis tanggapan dan sikap para pelajar terhadap aspek-aspek
penguasaan tajuk Persamaan Linear supaya kajian tindakan ini dapat difokuskan kepada
masalah-masalah utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar. Borang soal selidik ini diberikan
kepada pelajar sebelum pelaksanaan program intervensi untuk mengenal pasti dan memahami
masalah-masalah sebenar yang dihadapi oleh para pelajar 4 Ixora.

167 | P a g e

Pelajar 4 Ixora sedang menjawab soalan pada borang soal selidik.

6.0 RUMUSAN PEMERHATIAN & PENILAIAN

Analisis Keputusan Ujian Pra
Berdasarkan Keputusan Ujian Pra, dalam kalangan 27 orang pelajar yang gagal dalam PT3
Matematik, didapati melalui Ujian Pra ini, terdapat 13 orang pelajar (40.6%) mencapai markah
paling rendah iaitu markah di antara 0-10. `6 orang pelajar (18.8%) mencapai markah 11-20. 5
orang pelajar (15.6%) mencapai markah 21-30. 2 orang pelajar (6.3%) mencapai markah 31-
40 dan hanya seorang pelajar (3.1%) mencapai markah 41-50. Tiada orang mencapai markah
51-60. Pelajar yang lulus PT3 Matematik adalah seramai 5 orang sahaja dan kelima-lima
pelajar ini walaupun lulus PT3 Matematik tetapi tidak mencapai kelulusan pada Ujian Pra iaitu
kelima-lima orang pelajar tersebut mencapai markah kurang daripada 30 markah pada Ujian
Pra. (Rujuk Jadual 2 (a), (b) & (c)).

Jadual 2 (a) Senarai Keputusan Ujian Pra Bagi Pelajar 4 Ixora:

BIL Markah

Nama Ujian Pra

1 ABDUL RAZIQ AQIL 10

2 ADYKA ROZAIDY BIN MUSA 22

3 DARREL DEAN BIN DIONYSIUS 10

4 DENNY DULO DERENG 19

5 ELVIA NATALIA 18

6 FAKRUL IZHAR HUZAIRI BIN HUSANUDDIN 25

7 IRDINA NAJIHA BINTI AB 24

8 JOSHUA DOUGLAS SEVEN JOHN 6

168 | P a g e

9 MOHAMAD AIDIL DANIAL BIN ABDUL 9
MUHAMAD

10 MOHAMAD JAINULLIZAM BIN PALLU 15

11 MOHAMED REEZ DANIEYL BIN BAHARUDIN 17

12 MOHAMMAD AIDIL NAZRIL BIN ANSUR 22

13 MOHAMMAD FARID BIN MOHAMMID 0

14 MOHAMMAD IKHWAN HARITH BIN MOHD 7
MISNAN

15 MOHAMMAD NOOR HAFIZAL BIN RAHMAT 6

16 MOHAMMAD RAFI IRSYADUDDIN BIN RAMLI 45

17 MOHAMMAD RIZMAN HADI BIN NUH 22

18 MOHAMMAD ZULKARNAIN NASATION 6

19 MUHAMAD HAFIZ BIN LAYUDIN 21

20 MUHAMMAD AIDID AIDIL HAKIMI BIN AZLAN 27

21 MUHAMMAD FAZLIZAN BIN DENZELY 10

22 MUHAMMAD HILMI BIN MOHAMAD ABRAHIM 6

23 MUHAMMAD SYAFIQ BIN IRFAN 5

24 MUHAMMAD ZAMZURI BIN HUDDIN 11

25 NAIM BIN MUSBAH 20

26 NOR FAZILAH BINTI MOHD LISAH 10

27 NUR FARADILA BINTI BERAHIM 36

28 NURUL FARIHAIN BINTI AHMAD FAUZAN 16

29 NURUL SYAHIRAH BINTI MUHAMMAD SHAH 40

30 RAYNOLD KEN 9

31 RIZWAN BIN AMIR 27

32 WILLSON BIN WAN 20

Catatan: Nama bertanda biru bermakna lulus PT3 Matematik

Jadual 2(b): Analisis Dapatan Ujian Pra

Markah 0-10 11-20 21-30 31-40 41-50 51-60 JUMLAH

Ujian 27
(84.4)
Pra

Bil 13 6 5 2 1 0

(%) (40.6) (18.8) (15.6) (6.3) (3.1) (0.0)

(Catatan: Data kategori pelajar yang gagal PT3 Matematik)

Jadual 2(c): Analisis Dapatan Ujian Pra

169 | P a g e

Markah 0-10 11-20 21-30 31-40 41-50 51-60 JUMLAH
Ujian
Pra 0 140005
Bil (0.0) (3.1) (12.5) (0.0) (0.0) (0.0) (15.6)
(%)

(Catatan: Data kategori pelajar yang lulus PT3 Matematik)
Statistik pada Jadual 2(b) dan 2(c) secara langsung menunjukkan prestasi pencapaian pelajar 4
Ixora sangat lemah dalam menguasai tajuk Persamaan Linear. Daripada pemerhatian terhadap
jawapan-jawapan yang ditulis oleh para pelajar adalah amat mendukacitakan dan sangat jelas
saya mendapati bahawa pelajar belum menguasai konsep menukar tanda positif ke negatif,
negatif ke positif, darab ke bahagi dan bahagi ke darab apabila satu operasi pemindahan
tersebut dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri berlaku. Tambahan pula apabila nilai yang
perlu dicari itu sebagai penyebut, mereka rasa sangat susah dan putus asa untuk mencuba
sehingga tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Secara keseluruhan, pengetahuan asas terhadap pemahaman dan penguasaaan Persamaan
Linear dalam kalangan pelajar 4 Ixora adalah amat rendah berdasarkan Ujian Pra yang telah
diperolehi di Jadual 2 & Jadual 3.

Analisis Respon Borang Soal Selidik

Satu borang soal selidik telah diedarkan kepada para pelajar 4 Ixora pada 5 Julai 2019 dan
borang itu dikutip semula selepas 20 minit diedar. Hasil dapatan daripada borang soal selidik
tersebut secara langsung dapat mengesan beberapa faktor yang mendorong pelajar lemah dalam
Persamaan Linear sehingga mencapai prestasi yang lemah di Ujian Pra. (Rujuk Jadual 2(a),
(b) & (c)) Analisis dapatan borang soal selidik sebenarnya cukup jelas menunjukkan bahawa
faktor sebenar kelemahan pelajar-pelajar untuk memahami dan menguasai tajuk Persamaan
Linear adalah disebabkan para pelajar terhadap menukar tanda positif ke negatif, negatif ke
positif, darab ke bahagi dan bahagi ke darab apabila satu operasi pemindahan tersebut dari kiri
ke kanan atau dari kanan ke kiri berlaku. Berdasarkan hasil dapatan borang soal selidik,
didapati bahawa 27/32 (84.4%) adalah tidak tahu perlu tukar tanda positif ke tanda negatif
apabila pindaan dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri, tidak tahu perlu tukar tanda negatif ke
tanda positif apabila pindaan dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri, tidak tahu perlu tukar tanda
darab ke tanda bahagi apabila pindaan dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri, tidak tahu perlu
170 | P a g e

tukar tanda bahagi ke tanda darab apabila pindaan dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri. Bukan
itu sahaja lebih membimbangkan adalah 30/32 orang pelajar (93.4%) berasa sangat susah
apabila ingin mencari sesuatu nilai berkedudukan di bahagian penyebut. (Rujuk Jadual 3)

Jadual 3: Analisis Dapatan Borang Soal selidik

Bil Soalan-soalan Setuju Tidak Setuju

1 Tajuk ini memang susah 27/32 5/32
difahami dan dikuasai. (84.4%) (15.6%)

2 Tajuk ini membosankan. 26/32 6/32

(81.3%) (18.7%)

3 Kaedah pengajaran yang 16/32 16/32
(50%)
dilaksanakan oleh guru adalah
(50%)

membosankan

4 Tidak tahu perlu tukar tanda 27/32 5/32
(15.6%)
positif ke tanda negatif apabila
(84.4%)

pindaan dari kiri ke kanan atau

kanan ke kiri.

5 Tidak tahu perlu tukar tanda 27/32 5/32
negatif ke tanda positif apabila (15.6%)
(84.4%)
pindaan dari kiri ke kanan atau
kanan ke kiri.

6 Tidak tahu perlu tukar tanda 27/32 5/32
(15.6%)
darab ke tanda bahagi apabila
(84.4%)

pindaan dari kiri ke kanan atau

kanan ke kiri.

7 Tidak tahu perlu tukar tanda 27/32 5/32
(15.6%)
bahagi ke tanda darab apabila
(84.4%)

pindaan dari kiri ke kanan atau

kanan ke kiri.

171 | P a g e

8 Berasa sangat susah apabila 30/32 2/32
ingin mencari sesuatu nilai di (6.6%)
(93.4%)
bahagian penyebut. 7/32
(21.9%)
9 Tidak berminat langsung untuk 25/32 8/32
(25%)
mempelajari tajuk ini. (78.1%)

10 Berasa takut apabila melihat 24/32
soalan berkaitan tajuk ini. (75%)

Berdasarkan hasil dapatan borang soal selidik di atas, tindakan yang berkesan dan sewajarnya
perlu saya laksanakan agar dapat meningkatkan tahap pemahaman dan penguasaan para pelajar
terhadap konsep-konsep Persamaan Linear melalui program intervensi yang pragmatik dan
sistematik supaya para pelajar dapat memahami dan menguasai konsep Persamaan Linear
secara menyeluruh.

Rasional Pelaksanaan Teknik “Tukar Tanda Selepas Merentas Jambatan”

Program intervensi yang dirancang dan dilaksanakan digelar “ Tukar Tanda Selepas Merentas
Jambatan”. Dalam perkataan tukar tanda, pelajar sentiasa mengaitkan + dengan -, - dengan +,
x dengan ÷, ÷ dengan x. Jambatan bererti simbol ‘ = ‘ . Apabila tanda “+” setelah merentas
jambatan, ia akan menjadi tanda “-“. Berikutan juga tanda “-“ setelah merentas jambatan, ia
akan menjadi tanda “+”. Dalam pada itu, Apabila tanda “x” setelah merentas jambatan, ia akan
menjadi tanda “÷ “. Sehubungan dengan itu, tanda “÷” setelah merentas jambatan akan menjadi
tanda “x”.

172 | P a g e

TUKAR TANDA SELEPAS MERENTASI JAMBATAN -
+J +
-A ÷
XM X
÷B +
-A -
+T X
÷A ÷
XN

Pelaksanaan Teknik “Tukar Tanda Selepas Merentas Jambatan”

Sepertimana yang telah dicatatkan awal, teknik “Tukar Tanda Selepas Merentas Jambatan”
sebenarnya dijalankan dalam lima fasa dan dijalankan selama 3 hari. Fasa pertama dan kedua
bermula pada hari pertama iaitu 8 Julai 2019 (Hari Isnin) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran menukar tanda “+” setelah merentas jambatan, ia akan menjadi tanda “-“.
Berikutan juga tanda “-“ setelah merentas jambatan, ia akan menjadi tanda “+”. Manakala pada
fasa ketiga dan fasa keempat dilaksanakan pada hari kedua iaitu 9 Julai 2019 (Selasa) yang
melibatkan tanda “x” setelah merentas jambatan, ia akan menjadi tanda“÷ “. Sehubungan
dengan itu, tanda “÷” setelah merentas jambatan akan menjadi tanda “x”. Fasa kelima
dilaksanakan pada hari ketiga iaitu 10 Julai 2019 (Rabu) yang menekankan cara mendapatkan
nilai dan di mana nilai tersebut berkedudukan di bahagian penyebut.

173 | P a g e

Pengajaran dan pembelajaran Teknik “ Tukar Tanda Selepas Merentas Jambatan” telah
dilaksanakan di bilik darjah 4 Ixora.

Keputusan Analisis dan Perbincangan Dapatan Kajian

Ujian Pos telah dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan program “Tukar Tanda Selepas
Merentas Jambatan” selepas melaksanakan program berkenaan di samping mengenal pasti
sejauh mana tahap penguasaan para pelajar terhadap konsep Persamaan Linear.

Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Satu ujian yang dinamakan sebagai Ujian Pos telah diberikan kepada pelajar-pelajar untuk
mengukur prestasi pemahaman dan penguasaan pelajar selepas program intervensi
dilaksanakan. Ujian Pos ini dilaksanakan pada 15 Julai 2019 dan ia mengandungi 60 soalan
yang sama dengan soalan yang diuji di Ujian Pra. Soalan Ujian Pos telah dilampirkan di
Lampiran 2. Markah penuh bagi Ujian Pos ini ialah 60 markah.

Selepas Ujian Pos dijalankan, keputusan para pelajar di 4 Ixora telah menunjukkan hasil yang
sangat memberangsangkan dan memuaskan serta meyakinkan jika berbanding dengan
keputusan para pelajar di Ujian Pra. Keputusan para pelajar dalam Ujian Pos secara langsung
menunjukkan keberkesanan program “Tukar Tanda Selepas Merentas Jambatan”. Pada
awalnya, selepas Ujian Pra dijalankan, 32 orang pelajar diambil sebagai kumpulan sasaran
kerana mereka tidak mencapai prestasi yang cemerlang pada Ujian Pra.Namun begitu, selepas
pelaksanaan program “ Tukar Tanda Selepas Merentas Jambatan”, 32 orang pelajar ini telah
mencapai keputusan yang sangat baik, bukan sahaja semua mereka lulus dalam Ujian Pos ini,
malah ada dalam kalangan mereka mencapai markah yang begitu tinggi dalam Ujian Pos.

174 | P a g e

Berdasarkan keputusan para pelajar dalam Ujian Pos, didapati bahawa 14 orang pelajar
(43.8%) mencapai markah 51-60 markah, 8 orang pelajar (25%) mencapai markah 41-50
markah, 5 orang pelajar (15.6%) mencapai markah 31-40 markah dan pada masa yang sama
bagi mencapai markah 11-20 markah juga terdapat 5 orang pelajar (15.6%). (Rujuk Jadual
4(b) & 4 (c)

Jadual 4 (a) Senarai Keputusan Ujian Pra Bagi Pelajar 4 Ixora:

BIL Markah Markah Ujian Post
Nama Ujian Pra

1 ABDUL RAZIQ AQIL 10 43
51
2 ADYKA ROZAIDY BIN MUSA 22 54
36
3 DARREL DEAN BIN DIONYSIUS 10 36
45
4 DENNY DULO DERENG 19 21
35
5 ELVIA NATALIA 18 40

6 FAKRUL IZHAR HUZAIRI BIN HUSANUDDIN 25

7 IRDINA NAJIHA BINTI AB 24

8 JOSHUA DOUGLAS SEVEN JOHN 6

9 MOHAMAD AIDIL DANIAL BIN ABDUL 9

MUHAMAD

10 MOHAMAD JAINULLIZAM BIN PALLU 15 30
42
11 MOHAMED REEZ DANIEYL BIN BAHARUDIN 17 48
29
12 MOHAMMAD AIDIL NAZRIL BIN ANSUR 22 51

13 MOHAMMAD FARID BIN MOHAMMID 0 43
55
14 MOHAMMAD IKHWAN HARITH BIN MOHD 7 36
57
MISNAN 51
56
15 MOHAMMAD NOOR HAFIZAL BIN RAHMAT 6 56
54
16 MOHAMMAD RAFI IRSYADUDDIN BIN RAMLI 45 21
54
17 MOHAMMAD RIZMAN HADI BIN NUH 22 38
22
18 MOHAMMAD ZULKARNAIN NASATION 6 54

19 MUHAMAD HAFIZ BIN LAYUDIN 21

20 MUHAMMAD AIDID AIDIL HAKIMI BIN AZLAN 27

21 MUHAMMAD FAZLIZAN BIN DENZELY 10

22 MUHAMMAD HILMI BIN MOHAMAD ABRAHIM 6

23 MUHAMMAD SYAFIQ BIN IRFAN 5

24 MUHAMMAD ZAMZURI BIN HUDDIN 11

25 NAIM BIN MUSBAH 20

26 NOR FAZILAH BINTI MOHD LISAH 10

27 NUR FARADILA BINTI BERAHIM 36

175 | P a g e

28 NURUL FARIHAIN BINTI AHMAD FAUZAN 16 43

29 NURUL SYAHIRAH BINTI MUHAMMAD SHAH 40 55

30 RAYNOLD KEN 9 37

31 RIZWAN BIN AMIR 27 55

32 WILLSON BIN WAN 20 57

Catatan: Nama bertanda biru bermakna lulus PT3 Matematik

Markah Jadual 4 (b): Analisis Dapatan Ujian Pos JUMLAH
Ujian 0-10 11-20 21-30 31-40 41-50 51-60
Pra 27
Bil 0 0 5 5 5 12 (84.4)
(%) (0.0) (0.0) (15.6) (15.6) (15.6) (37.6)

(Catatan: Data kategori pelajar yang gagal PT3 Matematik)

Markah Jadual 4 (c): Analisis Dapatan Ujian Pos JUMLAH
Ujian 0-10 11-20 21-30 31-40 41-50 51-60
Pra 5
Bil 0 0 0 0 3 2 (15.6)
(%) (0.0) (0.0) (0.0) (0.0) (9.3) (6.3)

(Catatan: Data kategori pelajar yang lulus PT3 Matematik)

7.0 PERBINCANGAN & REFLEKSI KAJIAN

Setelah pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar melalui intervensi Program “Tukar Tanda
Selepas Merentas Jambatan” telah banyak membantu pelajar menjawab soalan dan mendapat
markah yang lebih baik di Ujian Pos jika dibandingkan dengan Ujian Pra. Selain itu,
peningkatan markah di Ujian Pos dapat memberi gambaran yang nyata bahawa para pelajar
dapat menyelesaikan masalah Persamaan Linear yang diberikan itu dengan cara betul. Saya
berpuas hati terhadap pengajaran dan pembelajaran bahagian ini kerana berjaya
memperkenalkan satu kaedah serta pendekatan kepada pelajar dan pencapaian pada Ujian Post

176 | P a g e

telah membuktikan pemahaman serta penguasaan pelajar terhadap Persamaan Linear telah
ditingkatkan.

Penjimatan kos
Program “Tukar Tanda Selepas Merentas Jambatan” ini tidak memerlukan kos yang tinggi.
Hanya kos fotokopi sahaja diperlukan. Bahan-bahan lain memang sudah sedia ada di tangan
para pelajar dan guru.

Penjimatan masa
Keseluruhan kajian tindakan ini mengambil masa lebih kurang 5 bulan sahaja dan dari Ujian
Pra, Program Intervensi dan Ujian Pos yang dilaksanakan hanya mengambil masa lebih kurang
setengah bulan sahaja adalah amat berbaloi kerana masa yang singkat dapat meningkatkan
pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap konsep Persamaan Linear dengan yakin dan amat
bermanfaat kepada para pelajar terutamanya konsep Persamaan Linear telah dikukuhkan dan
perkara ini adalah langkah yang baik untuk membantu para pelajar dalam membuat persediaan
awal untuk menduduki Peperiksaan SPM pada tahun hadapan.

8.0 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN

Saya berharap dan mencadangkan agar kajian tindakan ini dapat diaplikasikan oleh warga guru
yang mengajar mata pelajaran Matematik khususnya dan warga guru yang lain amnya untuk
merangsang minat para pelajar agar menjawab soalan persamaan linear. Semoga usaha ini
memberi manfaat kepada pelajar. Saya akan cuba mengenal pasti permasalahan pelajar dan
membuat kajian tindakan yang seterusnya untuk memberi kaedah yang lebih mudah kepada
mereka untuk menjawab pelbagai bentuk soalan.

177 | P a g e

RUJUKAN
Mok Soon Sang, (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mohd Majid Konteng, (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. DBP Kuala Lumpur.

178 | P a g e


Click to View FlipBook Version