The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by upik, 2022-08-08 02:44:52

ITAspire_JTMK_

JTMK PSP

APPS IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

Rajah 13 :Aktiviti Tahap Kompleks
viii. Halaman Keputusan

Berikut adalah rajah halaman keputusan (Rajah 12), di mana halaman ini memaparkan keputusan
aktiviti yang dilakukan oleh pengguna. Jika tidak berjaya melakukan aktiviti pengguna boleh
mengulangi aktiviti yang sama sehingga berjaya. Jika berjaya pengguna boleh meneruskan ke
aktiviti seterusnya.

344

Rajah 12 : Halaman KeputusanFasa Pengujian
d. Fasa Pengujian

Fasa pengujian merangkumi proses penyahpepijatan. Dalam fasa ini, ujian akan dijalankan pada
setiap antara muka sama ada ianya berjaya dibangunkan atau tidak. Sekiranya berlaku sebarang
kesalahan pada fasa ini, tugas membaiki semula akan dilakukan sehingga aplikasi ini berfungsi
dengan baik.
e. Fasa Penyebaran
Setelah selesai fasa pengujian dijalankan, aplikasi ini akan melalui fasa penyebaran iaitu
pemantau akhir bagi mengemas kini penyelenggaraan sebelum ianya diserahkan kepada pemilik
iaitu tenaga pengajar dan kanak-kanak autisme di Pusat RHC.

IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

f. Fasa Pengkajian Semula
Fasa pengkajian semula ini dijalankan setelah aplikasi ini berjaya dan akan diserahkan kepada
pemilik iaitu tenaga pengajar dan kanak-kanak autisme yang berada di Pusat RHC.

4 HURAIAN DAN HASIL UJIAN APPS

Visual Motor SI Tracing Apps adalah aplikasi yang memudahkan pengguna untuk membantu
menarik minat belajar kanak-kanak daripada menggunakan kaedah tradisional iaitu dengan
menggunakan buku sebagai pembelajaran. Terdapat kelebihan dan batasan projek yang akan digunakan
oleh kanak-kanak autisme di Pusat RHC sepanjang proses pembelajaran. Kemudahan memiliki telefon
pintar telah membantu generasi kanak-kanak ini terus belajar di mana sahaja yang mereka mahu.
Kelebihan projek ini sangat penting kerana :

a. Dapat menambah kepuasan pengguna iaitu tenaga pengajar dan juga pelajar.
b. Menyediakan alternatif dan pilihan kaedah pembelajaran.
c. Aplikasi ini juga dapat membantu membuka minda pengguna mengenai pembelajaran dengan

kaedah teknologi dunia M-Learning yang bersesuaian.

Aplikasi ini dibangunkan khas untuk tenaga pengajar di Pusat RHC yang bertempat di Bukit
Mertajam, Pulau Pinang yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak autisme.
Aplikasi ini tiada simpanan data untuk pemarkahan aktiviti yang dilakukan.

5 KESIMPULAN 345

Kesimpulannya, aplikasi ini ditujukan untuk kanak-kanak autisme kerana mereka harus diberi
peluang untuk mengenali dunia perkembangan teknologi M-Learning serta untuk membantu menarik
minat belajar kanak-kanak tersebut menggunakan aplikasi tersebut dengan pantauan tenaga pengajar
dan ibu bapa. Selain itu, projek yang diciptakan ini juga telah dirancang mengikut masa yang ditetapkan.
Aplikasi ini dibangunkan dengan memasukkan pelbagai kemahiran motor seperti penglihatan,
pendengaran, sentuhan dan sebagainya. Di samping itu, dengan menambahkan kaedah seret dan jatuh
dalam aplikasi ini, ia akan membantu pengguna iaitu kanak-kanak autisme untuk menyelesaikan setiap
tahap yang terdapat dalam permainan tersebut dengan bimbingan tenaga pengajar. Setiap tahap
permainan bermula dari tahap yang paling mudah hingga ke tahap yang lebih kompleks. Aplikasi ini
hanya boleh di muat turun oleh pengguna android sahaja. Aplikasi ini juga mungkin dapat menambah
baik mutu pembelajaran mereka dengan lebih berkesan.

APPS IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

RUJUKAN

Autismsociety. (2020, March 26). What is Autism? Retrieved from https://www.autism-
society.org/what-is/

Clinic, M. (2018, Jan 6). Autism spectrum disorder. Retrieved from
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/autism-spectrum-disorder/diagnosis-
treatment/drc-20352934

GENIUSKurnia. (2017, April 27). Mengenai autisme. Retrieved from https://iautism.my/ms/about-
autism/

Healthline. (2020, August 11). The Best Autism Apps of 2020. Retrieved from
https://www.healthline.com/health/autism/top-iphone-android-apps#abc-kids-tracing-phonics

Krishna. (2021). Agile Vs Scrum: Difference Between Agile Methodology & Scrum. Retrieved from
https://www.guru99.com/agile-vs-scrum.html

MyHEALTH, P. (2020, November 20). Autism. Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/autism/

Sahusnami. (2018, March 29). Apa itu M-Learning? Retrieved from
http://sahusnami.blogspot.com/2018/03/apa-itu-m-learning.html

Softgainz. (2005). Development Methodology. Retrieved from https://softgainz.com/Development-
Methodology.html

346

IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

Parcel Delivery Apps Using SMS Notification for COTL, PSP

Yuvanes A/P Kuppan1 APPS
Aimie Natassya Binti Badlee Rose2
347
Nurbatrisyia Afza Binti Junaidi3
Nur Rasikhah Abidah Binti Mior Salehuddin4

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Seberang Perai;
[email protected]

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Seberang Perai;
[email protected]

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Seberang Perai;
[email protected]

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Seberang Perai;
[email protected]

Abstrak Maklumat mengenai bungkusan J&T tersebut akan dicatat secara manual ke dalam buku log
yang tersedia di COTL, Politeknik Seberang Perai. Nama penerima bungkusan , nombor pengesahan
bungkusan dan e-mel akan dicatat di dalam buku log. Seterusnya, bungkusan yang tiba akan disimpan
oleh pihak COTL sehingga penerima datang mengambil bungkusan. Bungkusan yang disimpan oleh
pihak COTL ini tidak mempunyai had tetapi jika bungkusan mencecah sebulan pihak COTL akan
menghubungi penerima. Tambahan pula, sekiranya pengguna tidak dapat notifikasi maka bungkusan
mereka tidak akan diambil malah pengguna itu juga akan dikenakan caj tambahan. Pada waktu yang
sama, pelajar politeknik seberang perai perlu pergi ke COTL untuk memastikan sama ada bungkusan
mereka sudah tiba seperti yang dinyatakan di laman web rasmi J&T Express. Tujuannya adalah untuk
menggantikan kaedah manual penyimpanan data oleh COTL. Selain itu, ia adalah untuk
membangunkan sistem pemberitahuan ketibaan & kelewatan pengambil bungkusan melalui SMS dan
aplikasi untuk mengira denda sekiranya terlewat mengambil bungkusan. Seterusnya, ini adalah untuk
mencipta laporan penghantaran dan penerimaan bungkusan. Tambahan pula, Android studio juga
merupakan salah satu pelatar yang digunakan untuk membina aplikasi yang dikhaskan untuk pihak
COTL. Android studio adalah Lingkungan Pembangunan Bersepadu (IDE) rasmi untuk pengembangan
aplikasi Android, berdasarkan IntelliJ IDEA dan Firebase adalah platform yang dikembangkan oleh
Google untuk membuat aplikasi mudah alih dan web.
Kata kunci: Bungkusan J&T, COTL, SMS Notifikasi, Aplikasi

1 PENGENALAN

Politeknik Seberang Perai ditubuhkan pada 1 September 1998 bertempat di Jalan Permatang Pauh,
Pulau Pinang. Kampus ini dibina dalan kawasan seluas 100 ekar. Psp terletak di kawasan perindustrian
yang pesat membangun dan megambil masa selama seminit dari Bandaraya Geargetown, Pulau Pinang.
Politeknik ini merupakan politeknik yang ke-10 ditubuhkan di Malaysia selaras dengan dasar kerajaan
melahirkan pekerja separa professional demi merealisasikan matlamat Wawasan 2020. PSP telah
disempurnakan perasmiannya oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir
Mohamad pada 27 November 1999.

PSP menawarkan kursus sepenuh masa dan separuh masa dalam bidang Kejuruteraan Elektrik,
Kejuruteraan Mekanikal, Perdagangan dan Teknologi Matlumat di peringkat Sijil dan Diploma. Jabatan
yang terlibat mengendali COTL ialah Program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan
dari Jabatan perdagangan. Program ini ditawarkan selaras dengan perkembangan industri logistik yang
memacu akan pertumbuhan ekonomi negara. Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan
memperkayakan pengetahuan pelajar di dalam bidang logistik dan rangkaian bekalan seperti
pengurusan logistik , pengurusan inventori, pemasaran antarabangsa, pengurusan operasi serta
keusahawanan.

APPS IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

Masa yang terhad menyebabkan ramai memilih untuk membuat pembelian atas talian,
kebanyakkan generasi muda di Malaysia memlih cara yang mudah untuk menyelesaikan masalah
mereka. Semenjak disember yang lalu, Malaysia dilanda satu penyakit pandemik yang dipanggil
Covid19 yang menyukarkan masyarakat untuk bergerak seperti sediakala untuk keluar membeli barang
keperluan. Malaysia mengamalkan perintah kawalan pergerakan yang menyekat orang ramai dari keluar
berkeliaran untuk mengelak jangkitan menjadi lebih besar dan sukar dikawal. Kaedah ini sudah menjadi
kehidupan normal yang baru yang cuba kerajaan Malaysia terapkan.

Di Malaysia mempunyai beberapa perkhidmatan kurier contohnya seperti J&T Express , Pos Laju,
DHL Express and Gd Express dll. J&T Express mula menapak di Malaysia sekitar tahun 2018 , setelah
menapak di negara jiran iaitu Indonesia dan kini merupakan salah satu perkhidmatan kurier yang terbaik
di Indonesia. J&T Express ini beroperasi selama 365 hari sepanjang tahun dan dibuka pada hari Isnin
hingga Ahad dari jam 8 pagi hingga 8 malam. J&T juga menawarkan servis PICK-UP tanpa cas bayaran
ke lokasi (Pick-up Door-to-Door) secara percuma. J&T juga menggunakan aplikasi mudah alih mesra
pengguna ( Place order, Track & Trace:J&T Express Malaysia).

Politeknik Seberang Perai menyediakan perkhidmatan J&T Express yang dikendalikan di bawah
Center Of Technology Of Logistic, Politeknik Seberang Perai. COTL ini terletak di Bangunan Logistik,
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai. Semua yang berkaitan dengan perkhidmatan J&T akan
diuruskan di bawah COTL. COTL ini dikendalikan oleh beberapa pensyarah logistik dan beberapa
pelajar logistik. COTL ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat pada jam 8 pagi sehingga 5 petang.
COTL ini diwujudkan untuk memudahkan pengguna J&T yang berada di dalam Politeknik Seberang
Perai. Bungkusan yang akan dihantar ke COTL , PSP akan dihantar dahulu ke J&T Express Sunway
Carnival, setelah itu bungkusan bungkusan itu akan dihantar mengikut waktu yang ditetapkan iaitu jam
1 petang dan 5 petang pada hari itu.

Oleh itu, hal ini bersesuaian dengan matlamat pertama projek kami iaitu untuk melaksanakan
pemberitahuan secara SMS kepada pengguna mengenai bungkusan dan surat yang telah tiba serta untuk
memperbaiki pengurusan bungkusan dan surat di pejabat COTL J&T, Politeknik Seberang Perai.
Matlamat kedua ialah untuk menyenangkan kerja yang akan diawasi oleh pelajar-pelajar logistik
348 menggunakan aplikasi untuk masukkan matlumat mengenai penerima bungkusan.

1.1 Penyataan Masalah

Peningkatan kes Covid-19 di utara menyebabkan pelajar PSP dilarang keluar dari asrama selama
sebulan menyebabkan pelajar di PSP banyak menggunakan perkhidmatan J&T untuk membeli barang
secara talian. Kekangan masa untuk keluar Begitu juga pekerja – pekerja di PSP yang selesa
membelibelah secara talian kerana tidak perlu risau akan terkejar- kejar masa untuk kembali ke pejabat
atau rumah. Beli-belah atas talian amat digalakkan kerana Covid-19 yang tidak menentu oleh itu,
kerajaan mengesyorkan semua rakyat menjaga pergerakan di antara satu sama lain, Pembelian atas
talian menyelamatkan kita dari berkumpul di khalayak ramai dan tidak perlu beratur untuk membeli
sesuatu barang.

Bungkusan yang beralamatkan Politeknik Seberang Perai akan tiba di J&T Sunway, kemudian
pihak J&T Sunway akan menghantar bungkusan tersebut ke COTL , Politeknik Seberang Perai.
Bungkusan yang tiba di COTL dijangka pada pukul 1 petang atau 5 petang. Bungkusan yang tiba pada
pukul 1 petang boleh diambil oleh penerima pada hari yang sama manakala bungkusan yang tiba pada
pukul 5 petang perlu diambil keesokkan harinya. Maklumat mengenai bungkusan tersebut akan dicatat
secara manual ke dalam buku log yang tersedia di COTL, Politeknik Seberang Perai. Nama penerima
bungkusan , nombor pengesahan bungkusan dan e-mel akan dicatat di dalam buku log.

Seterusnya, bungkusan yang tiba akan disimpan oleh pihak COTL sehingga penerima datang
mengambil bungkusan. Bungkusan yang disimpan oleh pihak COTL ini tidak mempunyai had tetapi
jika bungkusan mencecah sebulan pihak COTL akan menghubungi penerima. Hal ini menyebabkan
penerima akan dikenakan denda RM1.00 mengikut hari. Kecuaian staf yang tidak menyedari atau tidak
memeriksa bahawa bungkusan telah tiba akan melambatkan proses pengambilan bungkusan terhadap
pengguna. Tambahan pula, sekiranya pengguna tidak dapat notifikasi maka bungkusan mereka tidak
akan diambil malah pengguna itu juga akan dikenakan caj tambahan. Justeru itu, terhasilnya lambakan
bungkusan dan boleh menyebabkan pengurusan tidak teratur.

IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP APPS

Pada waktu yang sama, pelajar politeknik seberang perai perlu pergi ke COTL untuk memastikan
sama ada bungkusan mereka sudah tiba seperti yang dinyatakan di laman web rasmi J&T Express. Jika
bungkusan mereka belum tiba pada hari tersebut mereka perlu hadir semula pada keesokkan harinya.
Perkara ini menjadi satu masalah kepada pelajar kerana jadual kelas mereka yang padat yang
menyebabkan mereka sukar untuk periksa sekiranya bungkusan mereka sudah tiba atau tidak. Jarak
bangunan COTL dengan kolej kediaman agak jauh dan mengambil masa untuk ke sana.

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan terdapat dua masalah yang perlu dikenal pasti dan harus
diselesaikan. Masalah yang pertama ialah untuk pihak COTL dalam mengendalikan matlumat mengenai
bungkusan penerima dan pengirim yang menggunakan kaedah secara manual iaitu mencatatnya
didalam buku log, buku kemasukan barang dan buku pengeluaran barang. Kaedah ini mengambil masa
yang lama, dan perlu mengeluarkan duit untuk menukar buku sekiranya sudah penuh diisi. Masalah
yang kedua ialah untuk penerima bungkusan. Penerima hendaklah menyemak sendiri kedudukan
semasa bungkusan mereka dan pihak J&T hanya akan mengemaskini kedudukan bungkusan itu setakat
di tapak J&T Sunway Carnival. Pelajar dan pekerja di PSP tidak tahu sama ada bungkusan mereka
sudah tiba atau belum ke COTL. Pekerja seperti pensyarah PSP sekiranya mereka membeli barang dan
sekiranya bungkusan mereka sudah sampai ke COTL, mereka akan menerima e-mel di alamat e-mel
rasmi PSP. Inilah dua masalah utama yang kami cuba untuk selesaikan

1.2 Objektif 349

Projek ini dibangunkan berdasarkan atas beberapa objektif yang telah ditentukan iaitu:
a. Untuk menggantikan kaedah manual penyimpanan data oleh COTL.
b. Untuk membangunkan sistem pemberitahuan ketibaan & kelewatan pengambil bungkusan

melalui SMS dan aplikasi untuk mengira denda sekiranya terlewat mengambil bungkusan.
c. Untuk mencipta laporan penghantaran dan penerimaan bungkusan.

1.3 Skop Projek

Android studio juga merupakan salah satu pelatar yang digunakan untuk membina aplikasi yang
dikhaskan untuk pihak COTL. Android studio adalah Lingkungan Pembangunan Bersepadu (IDE)
rasmi untuk pengembangan aplikasi Android, berdasarkan IntelliJ IDEA. Pelantar ini juga dapat
mengembangkan untuk semua peranti Android. Android studio akan digunakan untuk mencipta aplikasi
yang akan memudahkan pihak COTL untuk membuat sebarang kemaskini terhadap matlumat
bungkusan yang ditiba dan yang akan di hantar keluar tanpa menggunakan kaedah terdahulu iaitu secara
manual yang menggunakan buku sahaja.

Aplikasi ini juga akan mengurangkan pembelajaan yang akan dikeluarkan oleh pihak COTL untuk
membeli buku baharu sekiranya buku tersebut sudah penuh. Aplikasi ini sememangnya dicipta khas
untuk pihak COTL untuk memudahkan mereka untuk mengemaskini matlumat dan membuat pengiraan
mengenai denda yang akan dikenakan terhadap penerima sekiranya mereka lewat mengambil
bungkusan yang tiba di COT Kabin.

Firebase adalah platform yang dikembangkan oleh Google untuk membuat aplikasi mudah alih
dan web. Pada mulanya, ia merupakan syarikat bebas yang ditubuhkan pada tahun 2011 . Pada tahun
2014, Google memperoleh platform dan kini menjadi tawaran utama mereka untuk pengembangan
aplikasi.

Pengguna sistem ini ada beberapa kategori, iaitu pelajar PSP, staf PSP, Pekerja di COTL, dan juga
Pensyarah yang mengajar di PSP. Kebanyakkan pelajar yang belajar di PSP akan duduk di kampus,
mereka sememangnya akan menggunakan perkhidmatan di COT Kabin sekiranya mereka ingin
membeli atau menghantar barang keluar, begitu juga pensyarah yang mengajar di PSP. Sekiranya
mereka tidak ingin barang itu dihantar ke rumah, kebanyakkan mereka akan menggunakan alamat
politeknik untuk membuat sebarang pembelian atas talian. Pekerja COTL akan menggunakan aplikasi
untuk mengemaskini matlumat yang sampai dan keluar, dan juga mengira sekiranya ada tindakan denda
yang akan dikenakan. Staf yang bekerja di PSP juga banyak menggunakan khidmat mereka.

APPS IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

2 KAJIAN LITERATUR

Bab ini membincangkan secara terperinci Parcel Delivery Apps using SMS Notification for
COTL, PSP dan teori yang berkaitan dengan peranti yang digunakan dalam pembinaan projek ini.
Sejarah mengenai sistem pos, aplikasi berasaskan web, e-mel sebagai mekanisme penyambung dan
perbandingan dengan sistem sedia ada. Sumber-sumber yang berkaitan dari jurnal, artikel dan buku
disusun dan dirujuk untuk menyelesaikan kajian literatur ini.

2.1 Politeknik Seberang Perai (PSP)

Politeknik Seberang Perai ditubuhkan pada 1 September 1998 di Jalan Permatang Pauh, Pulau
Pinang. Kampus ini dibina di kawasan seluas 100 ekar. PSP terletak di kawasan perindustrian yang
berkembang pesat dan memerlukan sekitar 30 minit untuk sampai ke sini dari Georgetown, Pulau
Pinang.

Politeknik ini adalah politeknik ke-10 yang ditubuhkan di Malaysia sejajar dengan dasar kerajaan
untuk melahirkan pekerja separa profesional untuk mencapai Wawasan Malaysia 2020. PSP telah
dilancarkan secara rasmi pada 27 November 1999 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun
Dr. Mahathir Mohamad.

PSP menawarkan program sepenuh masa dan separuh masa untuk peringkat Sijil dan Diploma
dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Perdagangan dan Teknologi Maklumat.

2.2 J&T Express

Syarikat kurier servis dan penghantaran J&T Express, mula beroperasi sepenuhnya di Malaysia
350 pada tahun 2018 bertapak dari negara seberang (Indonesia) yang kini merupakan Best Top One Courier

Service di Indonesia. J&T EXPRESS mula beroperasi di Malaysia pada tahun 2018 untuk memajukan
khidmat penghantaran express yang berkualiti. Jaminan servis terbaik untuk para pelanggan kami.

2.3 Centre Of Technology Logistic (COTL)

Centre Of Technology Logistic kabin kurier ini ditubuhkan pada awal tahun 2020. COTL kabin
kurier ini, terletak dihadapan bangunan logistik di Jabatan Perdagangan. COTL ini dikendali oleh
pensyarah dan pelajar logistik sendiri. COTL ini beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam
8:00 pagi sehingga jam 5:00 petang.

2.4 Cara penghantaran bungkusan

Bungkusan yang ingin dihantar ke Politeknik Seberang Perai akan tiba di J&T Express Seberang
Perai Tengah. Selepas itu, kesemua bungkusan yang ingin dihantar ke PSP akan dihantar pada jam 1:00
petang atau 5:00 petang. Bungkusan akan diletakkan di Centre Of Technology Logistic kabin kurier.
Penerima boleh hadir mengambil barang pada hari yang sama atau keesokkan harinya mengikut waktu
beroperasi COTL kabin kurier tersebut.

2.5 Aplikasi

Perisian penggunaan merupakan subkelas perisian komputer yang menggunakan keupayaan
komputer secara langsung dan sepenuhnya bagi melaksanakan tugasan yang diingini pengguna. Ini
adalah berbeza dengan perisian sistem yang membabitkan menyatukan pelbagai keupayaan komputer,
tetapi biasanya tidak menggunakannnya secara langsung bagi melaksanakan tugasan yang

IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

menguntungkan pengguna. Aplikasi yang ingin dibangunkan untuk memudahkan pihak COTL untuk
mengemaskini data kemasukkan dan pengeluaran bungkusan dari kabin kurier tersebut.

2.6 Kajian Sistem Sedia Ada

Jadual 1: Perbandingan sistem sedia ada

Grab Foodpanda Shopee Parcel Delivery
Apps using SMS
Tracking / X / APPS
Notification X X X Notification
(Message) / / X X
/ X /
Call /

Pay Online X

X

3. METODOLOGI 351

Metodologi kajian adalah sangat penting supaya penyelidikan yang akan dijalankan ini
mempunyai kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab objektif dan permasalahan kajian.
Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik
tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas atau lebih
terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

Metodologi kajian adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai kaedah
kajian yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab objektif dan permasalahan kajian. Metodologi
menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan.
Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi
tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

Oleh itu, pencarian maklumat dan data menjadi lebih mudah sekiranya mengetahui kaedah bagi
melaksanakan kajian ini. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan seberapa banyak data yang
diperlukan untuk melengkapkan kajian ini.

Bab ini merangkumi kaedah membangunkan Parcel Delivery Apps using SMS Notification for
COTL, PSP. Ia akan membincangkan setiap proses yang terlibat untuk membangunkan projek ini. Agile
merupakan rekaan metodologi yang telah dipilih untuk membentuk rangka kerja sistem untuk
merancang dan mengawal penciptaan sistem maklumat ini. Metodologi sistem Agile akan dibincangkan
dalam bab ini.

3.2 Model Agile

Parcel Delivery Apps using SMS Notification for COTL, PSP ini menggunakan pendekatan
model AGILE yang bersesuaian dengan pembangunan sistem. Model AGILE diwakili oleh tujuh fasa
iaitu perancangan (planning), reka bentuk (design), membangunkan (develop), ujian (test),
menyebarkan (deploy), kajian semula (review) dan pelancaran (launch). Model AGILE mudah untiuk
difahami serta mencukupi ke semua aspek yang diperlukan dalam sebuah pembangunan sistem.

APPS IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

Rajah 1 : Model Agile

3.3 Fasa – Fasa Dalam Model Agile

Model Agile telah mengikuti enam fasa Software Development Life Cycle (SDLC) seperti
berikut:

a. Fasa Perancangan dan analisis
Fasa ini melibatkan proses mengenal pasti masalah, objektif, persoalan kajian dan menentukan
skop. Seterusnya, membuat kajian kesusasteraan iaitu, pengumpulan, pencarian dan pembacaan

352 jurnal dan kajian lepas bagi menghasilkan projek yang lebih berkualiti. Kajian lepas yang dikaji
ialah kajiankajian yang berkaitan dengan Sistem penyimpnan data yang dilengkapi dengan
keselamatan. Maklumat-maklumat yang dikumpul dianalisis di dalam fasa analisis.
Fasa ini melibatkan proses analisis dan tafsiran maklumat yang dikumpul dalam fasa
perancangan. Analisis tentang perbezaan dan perbandingan sistem dilakukan untuk mengetahui
keperluan dan fungsi yang akan dibangunkan pada projek ini. Selain itu, analisis tentang
perkakasan dan perisian yang sedia ada juga dijalankan untuk melihat sama ada ianya sesuai
untuk digunakan ataupun tidak. Untuk langkah analisis keperluan, kaedah perjumpaan muka ke
muka dengan Pemilik Projek digunakan bagi mendapatkan maklumat dan masalah yang
dihadapi. Dalam pada itu juga, borang kaji selidik diedarkan kepada pensyarah dan staf di
bengkel A untuk mendapatkan respon tentang masalah berkaitan dengan pintu tersebut.
Setelah mendapat maklumat melalui perjumpaan dengan Pemilik Projek serta respon daripada
pensyarah dan staf, terdapat beberapa masalah yang dihadapi semasa di tempat tersebut.

b. Fasa Reka Bentuk
Fasa ini merupakan fasa yang penting dalam keseluruhan projek kerana melibatkan proses
penting iaitu mereka bentuk sistem. Sistem ini dibangunkan berdasarkan reka bentuk dan
menggunakan perkakasan dan perisian yang telah dikaji di fasa analisis.

c. Fasa Membangunkan
Dalam fasa pembangunan, pembangun perlu membina antara muka pengguna berdasarkan
keperluan pengguna. Pembangun perlu masukkan maklumat yang pengguna mahu contohnya
seperti nama, nombor matrik dan keperluan lain yang diingini oleh pengguna. . Perkakasan
utama yang digunakan ialah Android Studio dan Firebase untuk membangunkan Parcel
Delivery Apps using SMS Notification for COTL, PSP ini.

d. Fasa Ujian
Fasa ujian ini , pembangun perlu membuat ujian ataupun penilaian awal terhadap sistem yang

IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP APPS

akan dibangunkan. Di fasa ini, pembangun harus memastikan adakah sistem ini berfungsi dengan
baik.

e. Fasa Menyebarkan
Di fasa ini pula, pembangun akan menyebarkan sistem awal yang dibangunkan untuk
digunapakai oleh orang luar. Di sini juga, pembangun akan bertemu bual bersama beberapa pihak
untuk melihat penambahbaikan yang perlu dilakukan.

f. Fasa Kajian Semula
Fasa kajian semula ini, pengguna akan mengumpulkan sebanyak maklumat dan penambahbaikan
yang boleh dibuat. Fasa ini memerlukan pengguna untuk memerhati dan melakukan pengujian
semula terhadap sistem yang akan dibangunkan ini. Di fasa ini juga, pembangun akan membuat
pembaikan dan pemulihan akan dilakukan.

g. Fasa Pelancaran
Fasa ini bertujuan untuk memudahkan pekerja dan penerima barang yang berada di dalam
Politeknik Seberang Perai. Selain itu, perlaksanaan sistem ini adalah untuk meringankan
pekerjaan yang harus dilakukan oleh pekerja pekerja COTL yang juga merupakan seorang
pelajar. Aplikasi ini juga dibina untuk memberitahu kepada penerima barang sekiranya mereka
tidak mahu akses sendiri di laman web khas J&T Express. Setiap fungsi atau kriteria diuji
mengikut jadual yang dihasilkan supaya lebih teratur dan berjalan dengan lancar. Segala
pengujian sama ada lulus atau gagal akan dicatat untuk penggunaan pada masa hadapan.

4 HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Analisis yang dibuat di bawah ini untuk menunjukkan respon ke atas projek.

Jadual 2 : Dapatan ujian mengikut nama kes 353

No Nama Prosedur Keadaan Pra Hasil yang Penguji Keputusan
kes ujian Ujian diharapkan Aimie (Lulus/
Gagal)
1 Notifikasi SMS Mengetahui Mendapat SMS Abidah
SMS yang perlu tentang Lulus
SMS dihantar dihantar kepada bungkusan yang Batrisyia
pengguna telah Lulus
sampai ke
2 Firebase Database Memasukka n COTL Lulus
maklumat semua maklumat Maklumat
disimpan yang telah mengenai
disimpan ke bungkusan
dalam firebase disimpan

3 Button Semua Mengfungsi kan Mengfungsikan
semua button
button untuk button satu per yang ada di
dalam aplikasi
difungsikan satu page ini

IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

4 Login Pengguna Pengguna perlu Log masuk Abidah Lulus
perlu mengisi mendaftar akaun adalah berjaya
user name baharu sebelum
dan kata log masuk
laluan untuk
mengakses
aplikasi itu.

Jadual 3 : Ujian mengikut ID Kes

APPS ID Kes Objektif Kes Ujian Penerangan Kes Ujian Keputusan yang
Ujian diharapkan

Notikasi Untuk menghantar SMS SMS ini perlu dihantar Mendapat SMS tentang

SMS kepada pengguna kepada pengguna COTL bungkusan

mengenai untuk pengguna tahu yang telah sampai ke

bungkusan yang telah bungkusan mereka telah COTL

tiba tiba atau belum

Firebase Untuk menyimpan Firebase ini adalah platform Maklumat mengenai

semua maklumat yang untuk penyimpanan data bungkusan disimpan

telah disimpan mengenai pengguna oleh pekerja

maklumat bungkusan COTL

pengguna

Button Untuk mengfungsikan Button hendaklah Mengfungsikan semua

semua button di dalam difungsikan untuk button yang

aplikasi ini meneruskan ke page yang ada di dalam aplikasi ini

354 seterusnya di dalam aplikasi
ini

Login Untuk mengakses masuk Pengguna perlu mendaftar Dapat memasukkan data

ke dalam aplikasi itu akaun baharu sebelum log log masuk untuk

masuk mengakses

Jadual 4 : Dapatan ujian

No Nama Kes Ujian Syarat Penerimaan Keputusan Penguji Komen
Ujian Aimie Baik
1 Notifikasi SMS dapat dihantar
SMS kepada pengguna Lulus

2 Firebase Dapat menyimpan data Lulus Abidah Baik
3 Button dan maklumat Lulus
4 Login mengenai bungkusan Lulus Batrisyia Baik sekali
pengguna Abidah Baik

Dapat mengfungsikan
button yang ada di
dalam aplikasi ini

Perlu mendaftar akaun
baharu sebelum log
masuk

IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

5 KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh diketengahkan adalah projek ini merupakan projek yang dibuat di Centre APPS
of Technology Logistik untuk menaiktaraf sistem notifikasi yang sedia ada kepada lebih mudah dicapai
oleh pengguna. Projek ini merangkumi notifikasi ketibaan parcel di COTL. Tujuan projek ini
dibangunkan adalah untuk memudahkan pensyarah dan para pelajar di Politeknik Seberang Perai yang
telah membuat pembelian barangan atas talian.

Setiap projek yang dilakukan mempunyai kepentingan dan objektifnya tersendiri. Begitu juga
dengan projek Parcel Delivery Apps using SMS Notification for COTL, PSP ini. Walaupun banyak
kelemahan yang dikenalpasti tetapi objektif untuk projek ini berjaya dicapai.

Secara keseluruhannya, berdasarkan hasil daripada projek yang telah dibangunkan, projek ini
dapat memberi manfaat kepada pensyarah, staf dan pelajar Politeknik Seberang Perai di mana ia dapat
membantu memudahkan urusan pengambilan barangan dan mengelakkan daripada pembayaran denda
kerana lewat mengambil barangan.

Akhir sekali, projek ini kami berharap agar dapat dimanfaatkan sepenuhya, diterima dan diguna
pakai dan sesuai dengan perkembangan teknologi di zaman ini serta hasil yang didapati dari projek ini
dapat memenuhi kehendak pensyarah, staf dan pelajar Politeknik Seberang Perai.

RUJUKAN 355

Grab. (2019, November 23). Retrieved from https://ms.wikipedia.org/wiki/Grab

IDEA, I. (2020, July 20). Meet Android Studio : Android Developers. Retrieved
August 23, 2020, from https://developer.android.com/studio/intro

Kompasiana.com. (2019, December 16). Siap Berdaya Saing Menggunakan J&T Express di Era
Revolusi Industri 4.0. Retrieved from
https://www.kompasiana.com/rehanfirdaus/5df0ad66d541df2fff048bf2/j-t?page=all

Md Nasir, N. (2013). Mail/Parcel Management System With Sms. Retrieved from
https://pdfs.semanticscholar.org/c406/ae2cc3c27e3b35e53019b87a023b29558a00.pdf

Mohamed Sami. (2019, August 16). Software Development Life Cycle Models and Methodologies.
Retrieved from https://melsatar.blog/2012/03/15/software-developmentlife-cycle-models-and-
methodologies/

Shopee. (2020, February 19). Retrieved from https://en.wikipedia.org/wiki/Shopee

Sukri, F. (2018). J&T Express. Retrieved August 23, 2020, from https://www.jtexpress.my/
Team, T. (2015). What is Arduino? Retrieved August 23, 2020, from

https://www.arduino.cc/en/Guide/Introduction
Wenzel, R. (2012, March). How can I get foodpanda delivery? Retrieved August 23,

2020, from https://www.foodpanda.my/

AR

356

IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

Augmented Reality For Watercycle

Ts. Saw Bee Fong1
Muhammad Ikhwan Sazri Bin Mohd Sabri2

Ahmad Shakir Bin Atikullah3

1Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Seberang Perai;
([email protected])

2Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Seberang Perai;
([email protected])

3Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Seberang Perai;
([email protected])

Abstrak Teknologi dalam pendidikan dapat mempengaruhi murid untuk belajar secara aktif dan dapat AR
memotivasi mereka, yang membawa kepada proses pembelajaran yang berkesan.Satu AR berkaitan
topik kitaran air semula jadi dibangunkan selepas mengenalpasti masalah pembelajaran di Sekolah 357
Kebangsaan Pokok Sena bahawa murid tidak memahami sepenuhnya gaya pembelajaran yang diajar
oleh guru dan tidak dapat memahami dan membayangkan bagaimana prosesnya kitaran air bekerja.
Sejak diperkenalkan, augmented reality (AR) terbukti mempunyai potensi yang baik dalam menjadikan
proses pembelajaran lebih aktif, efektif dan bermakna. Ini kerana murid dan guru dapat menggunakan
aplikasi AR untuk pendidikan bagi menjelaskan isi kandungan sesebuah topik dalam pelajaran tentang
penyejatan,pemeluwapan dan pemendakan dalam Kitaran Air. Di samping itu, penggabungan AR
dengan pendidikan baru-baru ini menarik perhatian penyelidikan kerana kemampuannya untuk
membolehkan pelajar dibenamkan dalam pengalaman yang realistik. Oleh itu, kertas konsep ini
meninjaukan penyelidikan yang telah dilakukan pada AR.

Katakunci : Virtual Reality, Augmented Reality

2. PENGENALAAN

Augmented reality (AR) adalah teknologi yang membolehkan orang meletakkan kandungan
digital (gambar, suara, teks) di atas pemandangan kehidupan sebenar. (AR) mendapat banyak perhatian
pada tahun 2016 ketika permainan Pokémon Go memungkinkan untuk berinteraksi dengan Pokémon
yang ditumpangkan di dunia melalui layar telefon pintar. Sejak itu, augmented reality menjadi semakin
popular. Apple memperkenalkan platform ARKit pada tahun 2017, dan Google melancarkan prototaip
API web pada akhir tahun itu. Dengan kata lain, (AR) hampir menuju tekonologi yang lebih maju pada
masa akan datang. Di sini, kita akan meneroka apa itu (AR) dalam bidang pendidikan yang
menumpukan pada aplikasi praktikal dan komersialnya (Peter H. Carstensen and Lasse Vogelsang,
2001).

Projek Kitaran Air melibatkan teknologi meningkatkan Pendidikan memandu dengan objektif
untuk menilai kepuasan pelajar dan meningkatkan perolehan pengetahuan. Kitaran Air dengan
teknologi Virtual Reality (VR), kandungan diterokai oleh pelajar menggunakan multimedia 3D yang
mendalam. Alam sekitar akan merujuk kepada definisi yang telah dikemukakan, seperti penyejatan,
pemeluawapan dan pemendakan.

Kitaran Air adalah proses dimana air mengalami perubahan keadaan melalui penyejatan,
pemeluwapan dan pemendakan. Penyejatan adalah proses dimana air berubah dari cecair menjadi bahan
gas. Semasa pemeluapan, zarah-zarah air berkumpul dan membentuk titisan cecair. Akhirnya, semasa
pemendakan, cecair titisan jatuh kembali ke bumi dalam bentuk hujan, hujan, salji atau meliputi.
Beberapa proses ini digambarkan dan dijelaskan dalam SplashSim.

AR IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

2.1 Pernyataan Masalah

Melalui tinjauan dan wawancara dengan guru panitia sains cikgu Hasnita Binti Ismail Sekolah
Kebangsaan Pokok Sena, maklumat yang kami kumpulkan untuk mengatasi masalah umum yang
dihadapi oleh murid , contohnya murid tidak memahami sepenuhnya gaya pembelajaran yang diajar
oleh guru.

Menurut guru-guru sains yang mengajar kitaran air adalah penting bagi pelajar, kaedah
pengajaran yang digalakkan untuk digunakan adalah buku dan slaid. Contohnya, murid kelas harus
memahami catatan mereka di dalam buku. Ramai murid tidak dapat memahami dan membayangkan
bagaimana prosesnya berjalan.

Lebih-lebih lagi, masalah yang dapat dijumpai dalam pembelajaran semasa adalah bagaimana
kesan proses itu berlaku dan bagaimana ia terhasil. Oleh kerana pelajar menghadapi masalah untuk
memahami prosesnya dan kemampuan untuk membayangkan perkara ini boleh menyebabkan mereka
tidak memahami sepenuhnya subjek tersebut. beberapa kajian dan rujukan yang telah mengintegrasikan
teknologi AR ke dalam pembelajaran sains secara umumnya, ramai murid yang mempunyai kesukaran
apabila berhadapan dengan pembelajaran konsep hubungan bumi-matahari.

2.2 Objektif

AR adalah teknologi canggih yang meningkatkan dunia nyata dengan objek maya untuk
mewujudkan persekitaran realiti campuran baru. Biasanya sistem Augmented Reality terdiri daripada
peranti output yang memaparkan maklumat maya, sistem penjejakan untuk menentukan kedudukan dan
orientasi pengguna, komputer yang memproses data yang diperlukan dan peranti input sewenang-
wenang untuk navigasi dan interaksi. Kami juga ingin mengurangkan penggunaan kertas yang
358 memerlukan banyak pokok untuk membuatnya. AR adalah masa depan yang semua orang tahu, dengan
melakukan ini mungkin kita dapat menunjukkan penggunaan AR kepada orang lain :
a. Membangunkan Instrumen untuk memajukan Pendidikan teknik kerana mampu menarik

perhatian pelajar.
b. Menggunakan aplikasi AR untuk pendidikan bagi menjelaskan isi kandungan sesebuah topik

dalam pelajaran tentang Kitaran Air.
c. Menggunakan AR dapat membantu pengajar dalam proses mengajar dan menerangkan tentang

penyejatan, pemeluwapan, dan pemendakan dalam kitaran air.

2.3 Skop Projek

Teknologi (VR / AR) adalah bahawa ia hanyalah platform permainan. Tujuan utama projek ini
adalah untuk menolak tanggapan ini dan menunjukkan penerapan VR / AR di luar hiburan. Salah satu
penggunaan untuk VR atau AR adalah dalam pendidikan.Konsep ini digunakan untuk mengembangkan
aplikasi AR berdasarkan mudah alih di mana pengguna dapat melintasi melalui peringkat kitaran udara
dalam persepsi visual.

3. KAJIAN LITERATUR

Dalam beberapa tahun terakhir, ada peningkat dalam menerapkan Augmented Reality (AR)
untuk membuat pengaturan pendidikan yang unik. Namun, setakat ini, terdapat kekurangan kajian
tinjauan dan fokus pada faktor penyiasatan seperti: penggunaan, kelebihan, batasan, keberkesanan,
cabaran dan ciri-ciri augmented reality dalam persekitaran pendidikan. Pemperibadian untuk
mempromosikan pembelajaran inklusif menggunakan AR juga merupakan bidang minat yang semakin
meningkat. (Bacca, J., 2014)

Penyelidikan ini memanfaatkan inovasi teknologi dalam perkakasan dan perisian untuk peranti

IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

mudah alih dan populariti dimana ianya semakin meningkat di kalangan masyarakat serta
perkembangan pesat dalam proses pemodelan dan pemperibadian pengguna yang menempatkan pelajar
di pusat proses pembelajaran. Khususnya, penyelidikan augmented reality (AR) telah meningkat hingga
ke tahap yang aplikasinya sekarang dapat ditemukan di kedua-dua peranti mudah alih dan bukan mudah
alih. Penyelidikan mengenai AR juga telah menunjukkan kegunaannya yang sangat tinggi untuk
meningkatkan motivasi pelajar dalam proses pembelajaran. (Liu & Chu, 2014).

3.1 Sistem Proses Kitaran Air

Merujuk Rajah 2.1 dan 2.2 merupakan sistem proses kitaran air yang berlaku.

AR

Rajah 2.1: Proses Kitaran Air (Tang Choo Kock, 2012)) 359

Rajah 2.2: Diagram of the Water Cycle (Tang Choo Kock, 2012)

3.2 Pemendakan

Wap air pekat yang jatuh ke permukaan Bumi. Kebanyakan hujan berlaku ketika hujan, tetapi
juga termasuk salji, hujan ais, hujan kabut dan graupel. Kira-kira 505,000 km3 (121,000 cu mi) air jatuh
sebagai curah hujan setiap tahun, 398,000 km3 (95,000 cu mi) di atasnya di lautan. [Sumber yang lebih
baik diperlukan] Hujan di darat mengandungi 107,000 km3 (26,000 cu mi) dari air setahun dan salji
turun hanya 1.000 km3 (240 cu mi). [3] 78% daripada pemendakan global berlaku di lautan.

AR IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

3.3 Pemeluapan
Kepekatan wap air yang terdapat di udara. Wap air, keadaan air gas, umumnya tidak dapat dilihat

oleh mata manusia. Kelembapan menunjukkan kemungkinan terdapatnya hujan, embun, atau kabut.
Jumlah wap air yang diperlukan untuk mencapai ketepuan meningkat apabila suhu meningkat. Apabila
suhu bungkusan udara menurun, ia akhirnya akan mencapai titik tepu tanpa menambahkan atau
kehilangan jisim air. Jumlah wap air yang terkandung di dalam bungkusan udara boleh berbeza dengan
ketara. Contohnya, sebilangan udara yang dekat dengan tepu mungkin mengandungi 28 gram air per
meter padu udara pada suhu 30 ° C, tetapi hanya 8 gram air per meter padu udara pada suhu 8 ° C.

3.4 Penyejatan
Transformasi air dari fasa cair ke gas ketika bergerak dari tanah atau badan air ke atmosfera yang

terlalu banyak.Sumber tenaga untuk penyejatan terutamanya sinaran suria. Penyejatan secara tidak
langsung merangkumi transpirasi dari tumbuh-tumbuhan, walaupun secara bersama-sama secara
spesifik disebut sebagai evapotranspirasi. Jumlah evapotranspirasi tahunan berjumlah kira-kira 505,000
km3 (121,000 cu mi) air, 434,000 km3 (104,000 cu mi) yang menguap dari lautan.86% penyejatan
global berlaku di lautan

4 METODOLOGI PROJEK
Untuk menjalankan projek ini, kami memilih untuk menggunakan proses model pembangunan

Agile seperti dalam Rajah 3.1. Dalam proses ini terdapat 6 fasa yang terdiri dari persyaratan, reka
bentuk, pengembangan, pengujian, penerapan dan tinjauan. Kami berharap proses ini dapat
mempermudah pembangunan projek ini. Untuk fasa keperluan, kami melakukan tinjauan dengan
360 pensyarah subjek dan pelajar yang mengambil subjek tersebut. Di samping itu, kami juga mengenal
pasti masalah dan penyelesaian untuk projek ini. Untuk fasa kedua reka bentuk, kami membuat lakaran
objek AR yang ingin kami gunakan dan reka bentuk web yang ingin kami gunakan. Fasa
pengembangan, di mana kita mengembangkan AR untuk ancaman besar dan mengembangkan laman
web. Pada fasa ujian, kami akan menguji asas yang ditandai di mana ia akan mengeluarkan objek AR
dan juga menguji halaman web. Untuk fasa penyebaran, di sini kita akan mengenal pasti masalah dan
kelemahan dalam projek kita. Di mana semua masalah akan diselesaikan dalam fasa ini. Fasa terakhir
tinjauan, di mana kami akan meminta pensyarah subjek ini untuk menguji sama ada ia berfungsi dengan
baik dan memenuhi syarat.

Rajah 3.1: Model Pembangunan Agile

IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

4.1 Perancangan dan Keperluan

Selama fasa ini, kami memulakan penyelidikan dan analisis mengenai projek ini melalui artikel,
buku dan jurnal. Kami menjalankan temu ramah dengan Mohd Zubir Bin Mat Zain, guru besar
Sekolah Kebangsaan Pokok Sena mengenai isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan di sekolah
untuk mengumpulkan maklumat untuk projek kami. Untuk keperluan perisian projek ini, kami akan
menggunakan perisian Blender dan Vuforia Augmented Reality Source Development Kit dan
perkakasan biasa seperti komputer riba, komputer dan peranti mudah alih Android.

4.2 Reka Bentuk

Untuk fasa ini, kami berbincang dengan orang lain yang lebih berpengalaman daripada kami
mengenai maklumat mengenai idea dan konsep yang dapat kami gunakan untuk membangunkan
projek ini. Setelah mengumpulkan maklumat, kami membuat rancangan konsep dan reka bentuk
papan cerita mengenai bagaimana kami dapat mengembangkan aplikasi pembelajaran dan bagaimana
rupa antara muka aplikasi tersebut.

4.3 Pembangunan AR

Setelah menyelesaikan reka bentuk, kami mula mengembangkan objek untuk proses AR dan 361
bangunkan satu Laman Web. Di dalam Laman Web kami membuat kod gambar dan berdasarkan
Marker. Kod gambar adalah untuk pengguna pautan ke kamera telefon. Berasaskan penanda di laman
web adalah untuk melihat proses AR

4.4 Ujian

Pengujian bermula setelah produk tersebut dikembangkan. Pada fasa ini, ujian akan dilakukan
untuk memastikan sistem aplikasi berjalan seperti yang dirancang dan hasilnya akan dinilai. Sekiranya
terdapat sebarang kesalahan semasa fasa ini, kami akan kembali ke fasa sebelumnya.

4.5 Penggunaan Dan Ulasan

Sekiranya semuanya berjalan dengan baik semasa fasa pengujian, kami akan meneruskan ke
fasa penggunaan. Ini adalah bahagian di mana projek itu sendiri dapat digunakan dan produktiviti
aplikasi dikaji semula.

4.6 Ulasan

Pada fasa ini, projek akan dikaji oleh guru sains cikgu Hasita binti Ismail bahawa pengajaran
untuk sub topik kitaran air. Sekiranya AR ini mendapat sambutan, ia akan dipasarkan sehingga murid
tahun 5 dapat menggunakannya. Namun, sekiranya pensyarah tidak bersetuju dan merasakan ada
kekurangan dan masalah untuk menangani AR, AR ini diklasifikasikan sebagai gagal dan fasa
keperluan aplikasi akan dimulakan semula.

4.7 Rekabentuk Fizikal
Merujuk Rajah 3.2 merupakan penerangan bagi rekabentuk fizikal bagi setiap muka surat.

IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

AR Rajah 3.2: Physical Design AR Kitaran Air
4.8 Bahagian Button Kuiz

Merujuk Rajah 3.3 merupakan image kuiz bagi sistem proses kitaran air.

362

Rajah 3.3: Image Kuiz

=
4.9 Output AR Kitaran Air

Berikut merupakan gambarajah yang menunjukkan output AR Kitaran Air yang dibangunkan
oleh kami.

IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

Rajah 3.4: Output AR Kitaran Air

4.0 HASIL UJIAN AR

Ujian unit, ujian integrasi dan ujian penerimaan terhadap aplikasi telah dilakukan dan hasil
ujian telah direkod.

4.1 Pelan Ujian Unit 363

Jadual 4.1 menunjukkan pelan ujian unit bagi aplikasi AR Kitaran Air yang dibangunkan.

Jadual 4.1: Pelan Ujian Unit

Kes Ujian Model yang diambil dari laman web yang diteliti berfungsi dengan baik
apabila ditambahkan ke dalam mesin permainan Unity3D

Kriteria Periksa sama ada model berfungsi seperti yang ditunjukkan dari laman web

Penguji Ikhwan

Hasil yang Model menampilkan tekstur dan bahannya sehingga dapat diterapkan ke
dijangkakan dalam aplikasi

Keputusan sebenar Model memenuhi hasil yang diperlukan.

4.2 Pelan Ujian Intergrasi

Jadual 4.2 menunjukkan pelan ujian integrasi bagi aplikasi AR Kitaran Air yang dibangunkan.

Jadual 4.2: Pelan Ujian Integrasi

Tindakan Hasil yang dijangkakan Keputusan sebenar Penguji
Shakir
Klik setiap Setiap halaman proses akan Setiap halaman proses akan
butang proses muncul muncul
kitaran air

IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

Klik Butang AR Butang akan menuju ke Butang akan menuju ke kamera Shakir
kamera Shakir
Klik butang Setiap halaman proses akan Setiap halaman proses akan Shakir
kembali muncul muncul
Klik butang
utama Laman utama muncul Laman utama muncul

4.3 Ujian Penerimaan Pengguna

Jadual 4.3 menunjukkan ujian penerimaan pengguna bagi aplikasi AR Kitaran Air yang
dibangunkan.

Jadual 4.3: Ujian Penerimaan Pengguna

Tindakan Hasil yang dijangkakan Keputusan sebenar Keputusan
Laman utama aplikasi ujian
AR Lancarkan aplikasi Laman utama aplikasi muncul Lulus
muncul Setiap halaman proses akan
Klik setiap butang muncul Lulus
proses kitaran air Setiap halaman proses akan Arahkan ke kamera
muncul Lulus
Halaman proses akan muncul
Klik lihat AR Arahkan ke kamera Lulus
Laman utama muncul
Klik butang kembali Halaman proses akan Lulus
muncul

Klik butang utama Laman utama muncul

364

5 KESIMPULAN

Setelah melakukan hasil pengujian dan tahapan implementasi maka dapat disimpulkan bahawa:

a. Aplikasi AR kitaran air dapat beroperasi pada peringkat mobile dengan sistem operasi android
4.0 hingga 6.0 dan RAM 1 hingga 3 GB.

b. Hasil uji analisa AR menunjukkan bahawa teknologi AR dapat digunakan sebagai media
pembelajaran pada subjek sains topik kitaran air dan dapat diterapkan pada perangkat android
dengan baik. (Rujukan)

Kaedah pendidikan tradisional perlahan-lahan diganti dengan teknik yang lebih maju. Pendidik
sentiasa berusaha untuk mengembangkan kaedah baru dan menarik untuk menjadikan pendidikan
lebih interaktif dan berkesan untuk para murid. Pengalaman pendidikan disusun kembali untuk murid
dan guru melalui kaedah pengajaran inovatif baru, kemajuan dalam teknologi, dan program yang
dirancang untuk menjadikan teknologi lebih mudah disediakan. Khususnya, AR dalam pendidikan
membantu pelajar mengekalkan maklumat dengan lebih baik kerana mewujudkan persekitaran unik
yang tidak dapat ditiru dalam suasana kelas.

IT ASPIRE VOL. 1, NO. 1, 2020| JTMK, PSP

RUJUKAN

Bacca, J., Baldiris, S., Fabregat, R., Graf, S., & Kinshuk. (2014). Augmented Reality Trends in
Education: A Systematic Review of Research and Applications.

Liu & Chu, Di Serio et al., Jara et al., Bujak et al., Chang et al.(2014). Augmented Reality Trends in
Education: A Systematic Review of Research and Applications.

Peter H. Carstensen and Lasse Vogelsang (2001), "Design of Web Based Information Systems - New
Challenges for Systems Development?"

Tang Choo Kock. (2012). AUGMENTED REALITY APPS FOR CHILDREN TO LEARN
ALPHABET THROUGH STORYTELLING. "evaporation | National Snow and Ice Data Center".

AR

365

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang

Tel : 04-5383322 Fax : 04-5389266
www.psp.edu.my


Click to View FlipBook Version