The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SALZIAHSALIM, 2021-02-12 22:36:02

KM Modul Pedagogi_Alternatif

KM Modul Pedagogi_Alternatif

MODUL
PEDAGOGI ALTERNATIF
KESUSASTERAAN MELAYU

Edisi Pertama, Cetakan 2017
©Hak Cipta Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, 2017

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke
dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama
ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia oleh
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: 03-22814400, Faks: 03-22814444
Emel: [email protected]
Laman Sesawang: ipgkbm.moe.edu.my

Dicetak di Malaysia oleh
REKA CETAK SDN. BHD.
14, Jalan Jemuju Empat 16/13D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam,
Selangor, Malaysia
Tel: 03-55194254 Emel: Faks:(03) 5510 4059
E-mail: [email protected]
Website: www.rekacetak.com

- ii -

MODUL
PEDAGOGI ALTERNATIF
KESUSASTERAAN MELAYU

Disunting oleh:

En. Lokman bin Abd Wahid
Dr. Mohd Haidi bin Mohd Kasran

En. Shamsudin bin Abu Bakar
Hjh. Farizah Hanim binti Ismail
Datin Padlon binti A. Rahman

Dr. Ghazali bin Ismail
Hj. Mohd. Fauzi bin Abdullah

Hj. Abdul Rani bin Hassan
Dr. Nursham binti Abdul Aziz

Pn. Zinaida binti Ariffin
Dr. Siti Zubaidah binti Raja Mohamed

En. Ramly bin Abu
Dr. Maskiah binti Masrom
En. Wan Abdul Rahman bin Wan Abdullah

Penerbit:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
Jalan Pantai Baru

59990 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Tel: 03-2281 4400
Faks: 03-2281 4444
www.ipbmm.edu.my

- iii -

ISI KANDUNGAN

Penghargaan v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi
Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia vii
Kata Alu-aluan Rektor IPGM viii
Kata Alu-aluan Pengarah IPGKBM ix
Kata Alu-aluan Pengurus Program x
Kata Pengantar Ketua Alur Kerja xi
Panel Penulis xii
Kata Singkatan xiv

PENDAHULUAN 1
Pendahuluan
Objektif 2
Konsep 3

TAJUK 1 7
PROSA MODEN (NOVEL) 23
PROSA MODEN (CERPEN) 45
PROSA MODEN (DRAMA)
TAJUK 2 57
PUISI MODEN (SAJAK)

TAJUK 3 85
PUISI TRADISIONAL (PANTUN & SELOKA) 95

PUISI TRADISIONAL (SYAIR & GURINDAM)

TAJUK 4 109
PROSA TRADISIONAL (SASTERA PANJI)

TAJUK 5 119
PENULISAN KREATIF

- iv -

PENGHARGAAN

YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Menteri Pendidikan Malaysia
YBhg. Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Hj. Aminuddin bin Adam
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
YBhg. Dr. Sariah binti Abdul Jalil
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia
Executive Directory Student Learning
Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU)
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Pengarah-pengarah Jabatan Pendidikan Negeri
Pengetua-pengetua sekolah (Kajian Rintis)
dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
penghasilan modul ini

-v-

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

- vi -

KATA ALU-ALUAN

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA, KPM

BISMILAHIR ROHMANIRRAHIM
Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Salam Negaraku Malaysia

Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T
kerana Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu (KM) berjaya
disiapkan. Tahniah diucapkan kepada Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Melayu di bawah inisiatif 108 Pemartabatan Bahasa Melayu
bersama-sama PADU sebagai rakan sinergi yang bertanggungjawab
untuk menghasilkan satu alternatif pengajaran dan pembelajaran
(PdP) KM yang berbeza daripada yang sebelum ini. Bagi pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), saya mengucapkan syabas dan sekalung tahniah
kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kerana telah bertungkus lumus
dan menggembleng tenaga dalam merancang modul pengajaran pedagogi
alternatif KM.

Selaras dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK21), pembelajaran perlu
disesuaikan dengan trenda terkini yang dapat merealisasikan hasrat KPM yang
ingin melahirkan murid yang mampu menguasai ciri 4K, iaitu pemikiran kritis,
kreatif, komunikasi dan kolaboratif. Pembinaan modul ini akan dapat menimbulkan
keseronokan dan menjadikan murid aktif dalam sesi PdP di dalam kelas.

Adalah diharapkan, KM mampu menjadi subjek yang menarik perhatian murid
sebagai pilihan yang mempunyai nilai komersial dan berdaya saing serta
menjanjikan peluang kerjaya. Hal ini, selaras dengan hasrat KPM dalam melahirkan
profil murid yang berdaya tahan, mahir berkomunikasi, pemikir, mampu bekerja
sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang dan prihatin
serta bersifat patriotik.

Selamat Maju Jaya.

Wabilahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tan Sri Dr. Haji Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

- vii -

KATA ALU-ALUAN
REKTOR IPGM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu izinkan saya untuk mengucapkan tahniah dan

syabas kepada IPG Kampus Bahasa Melayu yang telah menerajui
Pembangunan Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu
(KM) dengan kerjasama Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan
(PADU), Bahagian Pembangunan Kurikulum, IPG Kampus seperti
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, IPG Kampus Ipoh, IPG Kampus Perempuan
Melayu Melaka, IPG Kampus Kent, IPG Kampus Pendidikan Teknik, SMK Sungai
Besi dan SM Pendidikan Khas Setapak. Sesungguhnya kejayaan ini menunjukkan
kesungguhan penggemblengan idea, kreativiti, tenaga dan daya usaha semua
pihak yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikan perkara ini.

Subjek Kesusasteraan Melayu mampu berperanan dalam pembinaan falsafah
dan akal budi yang menjadi cerminan bangsa, menjadi alat penyatuan bahasa
Melayu tempatan dan serantau, mampu menjadi subjek yang mempunyai
nilai ekonomi dan pasaran kerja serta mampu membentuk keterampilan dalam
berbahasa. Sesungguhnya masih ramai yang tidak sedar, inti pati subjek ini dapat
melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelektual seseorang insan. Karya sastera agung bangsa mengandungi nilai-nilai
murni yang tinggi selain mencanai pemikiran kreatif dalam kalangan para pelajar
untuk lahir sebagai pelajar yang mempunyai jati diri.

Penghasilan modul ini akan memberi manfaat yang besar dalam pelaksanaan
pendedahan pedagogi alternatif Kesusasteraan Melayu kepada guru-guru di
seluruh Malaysia lantaran isi kandungan modul ini dihasilkan oleh pihak yang
berwibawa dalam bidang masing masing seperti puisi, cerpen, drama, novel
dan penulisan kreatif. Akhirnya, dengan penghasilan modul ini diharapkan dapat
melahirkan guru yang berpengetahuan, berkemahiran, kritis dan inovatif dengan
pelbagai idea baharu.

Sekian, terima kasih.

Dr. SARIAH BINTI ABDUL JALIL
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

- viii -

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH IPGKBM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT. kerana dengan berkat dan

kurnia-Nya, Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu dapat
dihasilkan seperti yang dihasratkan. Tahniah dan syabas kepada
Panel Pembangunan Modul Peningkatan Pengajaran Kesusasteraan
Melayu (KM) yang telah berganding bahu mencurah kepakaran dan
pengalaman masing-masing dalam merealisasikan modul ini.

Bahan ini akan menjadi pemangkin kepada penghasilan bahan-bahan lain yang
seumpamanya dalam membantu khalayak sastera. Selaras dengan Pelan Hala
Tuju Memartabatkan Pendidikan Bahasa Melayu (PHTMPBM) 2016-2025 dan
Makmal Bahasa, KM dilihat perlu diberi nafas baharu agar KM lebih segar,
seterusnya menjadi subjek pilihan dalam kalangan murid.

Modul ini memberikan panduan dan bimbingan kepada para guru dalam
menyediakan PdP yang menyeronokkan, menarik, berkesan dan bermakna.
Pelbagai strategi dan teknik terkini disarankan seperti menggunakan
bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi, penyepaduan elemen seni
dan menjalankan aktiviti yang berbentuk ‘hands-on’, realistik dan bersifat
kontekstual. PdP yang dicadangkan turut menekankan pembelajaran berasaskan
inkuiri untuk mendorong murid sentiasa ada rasa ingin tahu terhadap sesuatu
perkara. Murid juga didedahkan dengan PdP yang melibatkan aktiviti silang
budaya bagi membentuk jati diri, memupuk semangat cinta akan budaya seni
dan warisan bangsa serta membina nilai diri yang positif.

Sejajar dengan peranan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bahasa, sastera dan budaya Melayu,
adalah menjadi harapan agar pendekatan baharu ini dapat melahirkan
pengkarya dalam kalangan generasi baharu yang berupaya menghasilkan karya
yang bermutu dan bertaraf dunia. Semoga modul yang dikeluarkan ini dapat
disebar luas dan dimanfaatkan oleh semua guru KM di seluruh negara.

Akhir kata, mudah-mudahan modul ini bakal menjadi wadah dan wahana kepada
semua yang menggunakannya secara langsung mahupun tidak langsung.

Terima kasih.

Dr. MARIDAH BINTI HJ. ALIAS ANS, PMC
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Kementerian Pendidikan Malaysia

- ix -

KATA ALU-ALUAN
PENGURUS PROGRAM

BISMILAHIR ROHMANIRRAHIM
Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Salam Negaraku Malaysia

Kesusasteraan Melayu merupakan pelengkap kepada

bahasa Melayu. Kesusasteraan Melayu yang sarat dengan kandungan
ilmu dan pemikiran selain daripada aspek bahasa Melayu yang
disulam dan dipersembahkan dengan indah, merupakan satu wadah
yang perlu dipertahan dan diketengahkan agar dapat dimanfaatkan
oleh generasi muda khususnya kepada murid-murid sekolah. Ironinya,
persembahan yang sebegitu cantik dan rupa masih kurang berupaya dan tidak
dimanfaatkan sepenuhnya. Di sekolah, mata pelajaran ini kurang mendapat
sambutan seperti yang diberikan kepada mata pelajaran yang lain.

Justeru, penghasilan Modul pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu adalah
amat tepat pada waktunya. Modul ini membawakan aura yang baharu dan
olah media yang berbeza. Modul yang mensajikan kesegaran pendekatan dan
kepraktikalan guna, dilihat berupaya untuk menjadikan mata pelajaran ini
manarik dan bermakna, di samping dapat memberikan nilai ekonomi kepada
para pelajar dan mendorong motivasi mereka untuk memasukkan diri mereka
dalam arena pengkisahan yang berupaya memantapkan jati diri serta keteguhan
berbahasa.

Syabas saya ucapkan kepada panel penggubal modul ini. Semoga usaha yang
murni ini dapat membantu pencapaian matlamat Inisiatif 108 Pemartabatan
Pendidikan Bahasa Melayu iaitu untuk melonjakkan pemerolehan dan
kompetensi berbahasa serta membudayakan penggunaan bahasa Melayu yang
lebih baik melalui peradaban yang terkandung dalam genre kesusasteraan
Melayu yang diketengahkan.

LOKMAN BIN ABD WAHID
Ketua Program
Inisiatif 108 Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu

-x-

KATA PENGANTAR
KETUA ALUR KERJA

Matlamat pendidikan negara adalah untuk meningkatkan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang baik serta
sempurna. Hal ini demikian kerana pendidikan berupaya mewujudkan keharmonian
dan kemakmuran masyarakat serta negara khususnya melalui subjek Kesusasteraan
Melayu. Shahnon Ahmad (1991) menyatakan bahawa pendidikan kesusasteraan
penting dalam peranannya membina pemikiran dan sahsiah manusia kerana banyak
mengandungi unsur-unsur mendidik nilai kemanusiaan yang tinggi. Seni sastera yang
menjadi nadi kepada tamadun bangsa mestilah boleh menyumbang ke arah pembinaan
budaya yang besar. Ciri-ciri kesusasteraan mestilah memperlihatkan wawasan yang jelas dan benar,
mempertahankan kehalusan kesenimanan, mengadunkan pandangan alam dan garapan seni yang
tinggi, menganalisis dalam penerokaan setiap aspek keinsanan, boleh menghayati pergolakan jiwa
dan emosi watak-watak yang ditonjolkan dan berketerampilan dalam penggunaan gaya bahasa
sasteranya.
Dalam konteks pendidikan sastera, berdasarkan takrifan dalam Falsafah Pendidikan Negara,
Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu
berunsurkan keindahan dan kehalusan, sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa
tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani,
di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat. Berdasarkan Sukatan Pelajaran
Kesusasteraan Melayu (2003) mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dapat melengkapkan murid
dengan ilmu sastera agar dapat melahirkan generasi yang mencintai bahasa ke arah pemantapan
cita rasa sastera dalam kalangan masyarakat. Matlamat kurikulum Kesusasteraan Melayu sekolah
menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan ilmu sastera agar mereka dapat menghayati,
menghargai, mencintai, dan memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam
bidang pendidikan dan kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera dalam kalangan masyarakat
(Kurikulum Kesusasteraan Melayu 2003).
Selain itu, dalam sukatan pelajaran Kesusasteraan Melayu dapat dilihat pendidikan sastera ini
berupaya untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar dan merealisasikan
pengetahuan kesusasteraan dalam bidang kerjaya. Pendidikan Kesusasteraan Melayu juga bertujuan
untuk mendidik murid agar dapat menikmati kehalusan dan keindahan karya sastera Melayu. Oleh itu,
Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah harus menjadi landasan ke arah melatih
pelajar dalam pelbagai bidang kerjaya yang berkaitan seperti kewartawanan, penyiaran, pengkaryaan
seni dan yang berkaitan.
Oleh yang demikian, dengan terhasilnya Modul Kesusasteraan Melayu Alternatif melalui beberapa
siri bengkel, kini dapat direalisasikan dalam bentuk penerbitan. Melalui modul ini pelbagai teknik
dan kaedah terkini yang bersifat kreatif dan inovatif telah dijelmakan oleh panel yang mahir dan
pakar dalam bidang kesusasteraan sama ada dalam genre puisi atau prosa. Teknik dan kaedah yang
merangkumi unsur teknologi komputer, alatan permainan dan teknik yang baharu dalam pendidikan
sastera telah dirangkumkan dalam modul ini. Penghasilan modul ini juga dilihat sebagai suatu
pendekatan yang dapat dimanipulasi oleh para pelajar. Hal ini bermakna bahan sastera bukan sahaja
dapat dinikmati karyanya, malahan mampu untuk dijadikan sebagai wadah kepada kerjaya kepada
generasi akan datang.
Penerbitan modul Kesusasteraan Melayu ini diharapkan dapat digunakan sebagai salah satu bahan
alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) Kesusasteraan Melayu oleh para guru dan murid
pada masa kini. Semoga modul ini mampu memberi manfaat dalam bidang pendidikan kesusasteraan
Melayu dan memenuhi keperluan psikologi, intelek serta mempunyai hubungan bermakna dengan
kehidupan sebenar pelajar di dunia luar.
Dr. MOHD HAIDI BIN MOHD KASRAN
Ketua Alur Kerja
Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu
IPG Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai, Kuala Lumpur

- xi -

PANEL PENULIS

EN. LOKMAN BIN ABD. WAHID
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR
Jabatan Pedagogi Tinggi. Kepakaran Pedagogi BM,
Kesusasteraan Melayu dan Penyelidikan Bahasa Melayu.

Dr. MOHD HAIDI BIN MOHD KASRAN
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR

Jabatan Persuratan Melayu.
Kepakaran khusus dalam bidang Puisi Moden.
DATIN PADLON BINTI A. RAHMAN
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR
Jabatan Peradaban dan Kebudayaan Melayu.
Kepakaran bidang komunikasi massa/Sains Perpustakaan.

TUAN HJ. MOHD. FAUZI BIN ABDULLAH
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR

Jabatan Peradaban dan Kebudayaan Melayu.
Kepakaran khusus dalam bidang puisi tradisional.
Dr. GHAZALI BIN ISMAIL
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR
Jabatan Perhubungan Awam dan Jalinan Luar.
Kepakaran bidang Pedagogi Bahasa Melayu.

EN. SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR
IPG KAMPUS IPOH, PERAK
Jabatan Pengajian Melayu.

Kepakaran Kesusasteraan Melayu.
TUAN HJ. ABDUL RANI BIN HASSAN
IPG KAMPUS IPOH, PERAK
Jabatan Pengajian Melayu.
Kepakaran Kesusasteraan Melayu.

- xii -

EN. RAMLY BIN ABU
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA, MELAKA

Jabatan Pengajian Melayu.
Kepakaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.
Dr. MASKIAH BINTI MASROM
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR
Jabatan Pengajian Melayu.
Kepakaran khusus dalam Penulisan Kreatif.

Dr. NURSHAM BT. ABDUL AZIZ
SMK SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR

Ketua Panitia Bahasa Melayu.
Kepakaran Kesusasteraan Melayu.
PN. ZINAIDA BT. ARIFFIN
SM PENDIDIKAN KHAS, SETAPAK, KUALA LUMPUR
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Kepakaran Kesusasteraan Melayu (Sekolah Menengah).

Dr. SITI ZUBAIDAH BINTI RAJA MOHAMED
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, Bandar Enstek, Negeri

Sembilan. Jabatan Pengajian Melayu.
Kepakaran Kesusasteraan Melayu.

HJH. FARIZAH HANIM BINTI ISMAIL
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KPM
Sektor Bahasa dan Kesusasteraan. Kepakaran Kurikulum
Bahasa Melayu dan Kurikulum Kesusasteraan Melayu.

EN. WAN ABDUL RAHMAN BIN HJ. WAN ABDULLAH
IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Unit Kokurikulum. Kepakaran bidang komputer,
seni grafik, fotografi, multimedia dan audio video.

- xiii -

KATA SINGKATAN

BM Bahasa Melayu

ICT Information Computer Technology

IPGM Institut Pendidikan Guru Malaysia

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

KM Kesusasteraan Melayu

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

MBMMBI Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan

Bahasa Inggeris

PADU Unit Penilaian dan Prestasi Pendidikan

PAK21 Pembelajaran Abad Ke 21

PENDRAKAD Pentas Drama Kad

PdP Pengajaran dan Pembelajaran

PK Pembelajaran Koperatif

PPD Pejabat Pendidikan Daerah

PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

SISC+ Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

- xiv -

PENDAHULUAN

-1-

Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu

pkMtbKeoMeenenllaatnAsakkej,enaspoalngabndgsljaaakeatnakanntri.f, PENDAHULUAN : PENDAHULUAN

Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu merupakan satu NOTA TAMBAHAN :
pendekatan baharu dalam PdPC Kesusasteraan Melayu. Modul Kemahiran manipulatif:
ini memberikan tumpuan kepada cara untuk menghidupkan Melibatkan pengendalian perkakasan
bahan kesusasteraan Melayu itu dengan menjadikan bahan- dalam kerja praktik.
bahan yang digunaan dapat dimanipulasi oleh murid. Selain
menerapkan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid Salah satu kerja praktik yang dicadangkan
berdasarkan Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu, KMA ialah membangunkan permainan
memberikan peluang dan ruang kepada murid-murid untuk elektronik berdasarkan watak yang
mengubah teks yang ditentukan kepada satu bentuk eksplorasi terdapat dalam karya sastera.
pembelajaran yang menarik.
Objektif Pembelajaran Kesusasteraan
S(N5O&TTdeeiagnKrkshroaugasaemnkbjtlaasKiaeafkhtiMn,a)oPtcntaeeont4ragp&en OBJEKTIF : Melayu Alternatif perlu digunakan
bersama-sama dengan objektif
Objektif Kesusasteraan Melayu Alternatif Kesusasteraan Melayu sedia ada iaitu
1. Menjadikan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu lebih untuk membolehkan murid:
1. Memahami isi dan menganalisis aspek
menarik dan lebih bermakna.
2. Memberikan nilai ekonomi kepada Kesusasteraan Melayu. sastera
3. Mempertingkat penguasaan bahasa Melayu secara realistik 2. Mengapresiasi karya sastera melalui

dan kontekstual. aktiviti sastera
Bermakna dan Menarik 3. Menghayati dan menghargai nilai
i. Karya sastera yang dipelajari memberikan makna kepada
estetik bahasa.
kehidupan pelajar. 4. Menghargai penulis dan karya yang
ii. Murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan
dihasilkannya.
kehidupan sebenar mereka. 5. Memberikan pandangan, menilai
iii. Kebermaknaan ini dijelmakan melalui bahan yang telah
karya sastera secara kritis dan
digubah menjadi menarik. menyuburkan nilai kemanusiaan di
iv. Bahan yang digunakan dijelmakan dalam bentuk tiga demensi samping memupuk semangat cinta
akan negara.
atau praktik perlakuan yang menyeronokkan. 6. Menghasilkan karya sastera yang
Memberikan Nilai Ekonomi pelbagai sesuai dengan kebolehan
1. Murid berasa bahawa apa yang mereka pelajari dan hasilkan murid.
7. Memupuk budaya membaca untuk
dalam KMA dapat memberikan nilai ekonomi dan berupaya memperkembang dan mengekalkan
dijadikan sebagai kerjaya dan sumber pendapatan. minat murid terhadap sastera Melayu
Mempertingkat Penguasaan Bahasa Melayu Secara Realistik
dan Kontekstual
Bahan KMA dijadikan sebagai katalis untuk meningkatkan
kemahiran mendengar, membaca, menulis, aspek tatabahasa
dan wacana.

-2-

Berdasarkan sesuatu segmen dalam
genre, bahan ditukarkan menjadi:
i. Animasi
ii. Komik
iii. 3D
iv. Video

OTT5SN(&deeiagnKrkshroaugasaemnkbjtlaasKiaeafkhtiMn,a)oPtcntaeeont4ragp&en KONSEP : PENDAHULUAN
Berdasarkan genre,
sesuatu struktur sastera i. KMA adalah berdasarkan bahan yang terdapat dalam sesuatu Contoh: Aksi Persembahan Main
seperti plot, watak genre. Peranan (Live Action Role-Playing).
dan perwatakan, latar Pelajar mencipta semula peristiwa atau
cerita, gaya bahasa dan ii. Bahan yang berkenaan diolah dalam bentuk animasi, segmen yang terdapat dalam sesebuah
lain-lain disampaikan komik, 3D, video, pendrakad, ketuk emosi dan lain-lain yang karya. Pelajar menyediakan plot, latar
dengan menggunakan berkaitan. peristiwa, watak-watak dan skrip.
bentuk bahan yang lebih Memberikan kesedaran bahawa aktiviti
bermakna dan difahami. iii. Guru membimbing murid untuk melahirkan bahan yang seperti ini dapat dipelajari di universiti.
mereka pelajari dalam bentuk Aksi Persembahan Main
Peranan (Live Action Role-Playing), Improvisasi, Persona
Interaktif, Bina Permainan Anda (Build Your Own Game
(BYOG), strip komik, diari watak, animasi dan filem.

iv. Hasil kerja murid seperti persembahan, aksi watak, papan
permainan, aktiviti forensik bahasa seperti soliloqui dan
lakonan berpasangan diberikan penghargaan
Genre:
◊ Prosa
◊ Puisi

Papan Permainan Soliloqui
‰‰ Berdasarkan cerita tertentu ‰‰ Menghidupkan watak melalui
‰‰ Mengutamakan pemahaman plot
‰‰ Menggalakkan pembinaan minda berfikir dialog bersendirian
‰‰ Mempunyai soalan-soalan tertentu. ‰‰ Plot dan struktur cerita

http://analoggamestudies.org/2015/05/connecting-role- yang lain dijelmakan melalui
playing-stage-acting-and-improvisation/ soliloqui
‰‰ Penghayatan watak
-3- memainkan peranan penting
‰‰ Mementingkan juga
paralinguistik.

Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu PENDAHULUAN

Pelaksanaan

-4-

Penyampaian Guru PENDAHULUAN

i. Guru menyampaikan isi pelajaran berdasarkan Bentuk Bahan
bentuk bahan tertentu. i. Animasi & papan cerita
ii. Adaptasi
Kerja Praktik Murid iii. Pendrakad

i. Murid dibimbing membina bahan berdasarkan (pentas drama kad)
sesuatu segmen atau struktur sastera. iv. Aksi persembahan main

ii. Kerja praktik murid melibatkan kemahiran peranan
manipulatif dan penempatan industri (seperti v. Soliloqui
stesen TV, badan kebudayaan dan kesenian, vi. Monodrama
institusi pembinaan animasi, dan lain-lain yang vii. Diari watak
berkaitan. viii. Filem pendek
ix. Drama radio (audio)
Apresiasi Hasil Karya

Hasil kerja murid dinilai dan dipersembahkan
dalam bentuk :

i. Persembahan pentas
ii. Festival filem
iii. Festival inovasi genre
iv. Forensik bahasa

-5-



1TAJUK

PROSA

MODEN
(NOVEL)

Novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan
Aspek Latar Tempat

-7-

Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu

HASIL PEMBELAJARAN :

6.0 Menghuraikan latar dalam karya prosa.
6.3 Menghubungkaitkan latar tempat, latar masa dan

latar masyarakat dengan peristiwa dalam karya.
Aras 3

i. Menyatakan cara pengarang menggambarkan latar
dalam karya.

OBJEKTIF : Strategi / Aktiviti I :

Pada akhir tajuk ini, guru dapat membantu murid: Strategi
1. menyenaraikan latar tempat yang terdapat dalam Persembahan Videoscribe
Pelaksanaan Aktiviti Sebelum PdP
Novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan . i. Meminta pelajar mencari definisi berkaitan latar.
2. menghuraikan latar yang terdiri daripada latar tempat, ii. Huraian berkaitan latar tempat, masa dan masyarakat.

masa dan masyarakat berdasarkan persembahan Definisi Latar:
videoscribe. Latar adalah keterangan mengenai ruang, waktu serta
3. membangunkan permainan interaktif berdasarkan latar suasana berlakunya peristiwa-peristiwa dalam sesebuah
tempat dalam novel yang dikaji. karya sastera.
Latar ialah tentang semua keterangan, petunjuk yang
SINOPSIS : berkaitan dengan ruang, waktu dan juga suasana. Latar
meliputi penggambaran mengenai letak geografis,
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam Kesusasteraan perkaitan watak, waktu berlakunya sesuatu peristiwa,
Melayu yang berdasarkan Sukatan Pelajaran 6.0 yang lingkungan agama, musim, moral, intelektual sosial, dan
mengkaji aspek latar. Latar yang dikhususkan dalam modul emosi watak.
ini ialah latar tempat. PdP yang dicadangkan dalam modul (Mana Sikana, 2010)
ini untuk menguasai latar tempat berdasarkan persembahan
Videoscribe, Borang Pengurusan Grafik, dan lawatan Latar Waktu/Masa:
berdasarkan latar tempat. Perisian Permainan Mencari Waktu atau saat di mana watak sedang melakukan sesuatu
Tempat Impian (Perisian Class Tools). pada sesuatu peristiwa dalam cerita yang sedang ataupun
telah terjadi. Contohnya pagi hari, siang, petang, malam,
zaman dahulu, masa depan dan sebagainya.

Latar Tempat:
Tempat tokoh ataupun watak mengalami sesuatu kejadian
atau peristiwa dalam cerita. Contohnya, dalam bangunan
tua, di sebuah gedung, di lautan, di dalam hutan,
di sekolah, di sebuah kapal, di ruang angkasa dan
sebagainya.

Latar Masyarakat:
Keadaan masyarakat di tempat cerita berlaku. Gambaran
ini termasuklah agama, kepercayaan dan pekerjaan
masyarakat.

Fungsi Latar:
Memberikan suatu gambaran yang jelas supaya
peristiwa-peristiwa yang terjadi pada sesebuah karya
sastera benar-benar terjadi atau memberikan maklumat
yang jelas mengenai sesebuah cerita.

-8-

ii. Aktiviti Borang Pengurusan Grafik : Laman web untuk
mencari maksud latar:
Semasa PdP • www.pengertianku.net/2015/04/
i. Guru memberikan penjelasan tentang latar pengertian-latar-dan-macamnya.html
• www.temukanpengertian.
berdasarkan persembahan videoscribe. com/2014/08/pengertian-latar.html
ii. Guru menerangkan cara membangunkan program • Arifbahasa2.blogspot.com/2012/01/
pengertian-latar.html
tersebut (rujuk lampiran 1) • punyablo.blogspot.com
iii. Murid-murid diminta membuat empat kumpulan. • www.artikelsiana.com/ .../pengertian-
iv. Setiap kumpulan membincangkan latar tempat yang unsur-inrinsik-unsur-intrinsik

terdapat dalam novel ‘Naratif Ogonshoto’. 1
v. Pindahkan perbincangan tersebut dalam bentuk borang
PROSA MODEN
pengurusan grafik (NOVEL)
vi. Kemudian bentangkan dalam kelas hasil dapatan

berdasarkan borang pengurusan grafik.
Contoh : Penggunaan Borang Pengurusan Grafik

Membuat Kategori (3)

Layari http://www.videoscribe.co/

Definisi Borang Pengurusan Grafik

Pola penyusunan yang mewakili
hubungan antara maklumat tentang
sesuatu idea. Ia merupakan satu bentuk
ilustrasi untuk melihat sesuatu idea
dengan pemikiran yang lebih sistematik,
jelas dan berkesan.

Sumber:
Som Hj Nor dan Mohd Dahalan (2000)

Sumber: Suytno (2004)

-9-

Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu 1

iii. Aktiviti Membina Permainan PROSA MODEN
‘Mencari Tempat Impian’. (NOVEL)

i. Pelajar didedahkan Permainan ‘Mencari Tempat Impian’. Layari laman web di bawah untuk
(Rujuk Lampiran 2) mengakses perisian ini: http://www.
classtools.net/.
ii. Pelajar dalam kumpulan diminta membangunkan Ciri-ciri Pembelajaran Abad ke-21
permainan mengikut kreativiti masing-masing. (PAK21) dalam Aktiviti Videoscribe,
Borang Pengurusan Grafik dan
iii. Setiap kumpulan diminta membentangkan permainan Permainan ‘Mencari Tempat
yang dihasilkan. Impian’:
Komunikasi
iv. Ahli dalam kumpulan lain diminta memberi penilaian • Permainan Mencari Tempat
terhadap permainan yang dipersembahkan.
Impian dan Borang Pengurusan
Panduan Pembangunan Permainan:: Grafik memerlukan murid
1. Permainan ‘Mencari Tempat Impian’ berdasarkan berinteraksi antara murid dan
memberikan pendapat
perisian classtools. • Aktiviti ini merangsang ciri
2. Senaraikan latar tempat yang terdapat dalam novel komunikasi dalam kalangan murid
Kolaboratif
‘Naratif Ogonshoto’. • Aktiviti ini membolehkan
3. Setiap “halangan” berdasarkan latar tempat. murid berkongsi idea antara
4. Pemain perlu memilih peristiwa yang sesuai dengan satu sama lain terutama untuk
membangunkan permainan
latar tempat yang dipaparkan. sendiri
5. Pemain akan meneruskan permainan sekiranya betul • Malahan aktiviti ini tidak
menyekat murid untuk
dan pemain gagal terpaksa undur ke belakang. mengutarakan pendapatnya
6. Pemain yang berjaya menyelesaikan semua latar sendiri
Pemikiran Kritikal
tempat dan dianggap pemenang • Pemikiran kritikal diaplikasikan
berdasarkan pendapat yang
Soalan-soalan Latar Tempat dalam Uji Minda 6 diberikan hasil pembentangan
Membangunkan Permainan Mengikut pendapat orang tua di Futu-Ata, pelajar dalam aktiviti Borang
di manakah tempat kelahiran Jeneral? Pengurusan Grafik dan Permainan
Permainan Mencari Tempat Impian A Selat Morauka Mencari Tempat Impian.
Uji Minda 1 B Selat Gareva • Pelajar diberi kebebasan untuk
Apakah sebenarnya Kawai Maru? C Futu-Ata mengemukakan pendapat
A Sebuah banglo besar D Pukana berdasarkan pengetahuan dan
B Istana Maharaja Jepun pendapat sendiri
C Sebuah kapal laut Uji Minda 7 Kreativiti
D Sebuah rumah Nyatakan satu peristiwa yang menyebabkan • Pelajar menghasilkan
Jeneral jadi terkenal. perbincangan berdasarkan
Uji Minda 2 A Peristiwa pertempuran di Kiribati borang pengurusan grafik yang
Semua berikut benar tentang Kawai Maru kecuali B Kelulusan dari Universiti Waseda sesuai berdasarkan kreativiti
A tempat peranginan pembesar-pembesar C Mempunyai rumah kecil di Ture sendiri.
D Peristiwa di Guadalupe ketika perang. • Pelajar menggunakan kreativiti
negara sendiri untuk membangunkan
B satu tingkat ruang dapur dan dewan makan Uji Minda 8 Permainan Mencari Tempat
C menjadi rumah dua ratus pekerjanya Mengikut buku pendaftaran Jeneral Impian
D dua tingkat menjadi ruang tidur dilahirkan di ____________________ . TMK
A Ture • Persembahan Videoscribe
Uji Minda 3 B Pukana • Membangunkan permainan
Semua berikut pernyataan berkaitan dengan C Kiribati berdasarkan perisian classtools
Ogonshoto kecuali D Tatamanu
A sebuah republik enam buah pulau Rujukan:
B milik Chile tetapi ditadbir oleh Maharaja Uji Minda 9 1. Som Hj. Nor dan Mohd Dahalan
Jepun Semua berikut gambaran di Ture kecuali (2000). Kemahiran Berfikir. Kuala
C namanya Jepun tetapi terletak jauh di pusat A pangkalan nelayan Ture merupakan Lumpur. Longmann Publications.
2. Suyatno. (2004). Teknik
Pasifik binaan tinggalan tentera laut Jepun Pembelajaran Bahasa dan Sastra.
D ditemui oleh pelayar-pelayar Jepun pada B merupakan kedai dua deret yang usang Surabaya. Penerbitan SIC.
C merupakan lorong batu kerikil
permulaan zaman Edo D pusat hiburan yang terkenal

Uji Minda 4 Uji Minda 10
Apakah nama ibu negara dan pelabuhan utama Tubua ialah _________________________ .
Ogonshoto? A pekan pelabuhan di barat Gora-Gora
A Ture B kampung nelayan pedalaman
B Malagana C ibu negara Ogonshoto
C Tatamanu D pusat hiburan
D Teluk Pinavana
Uji Minda 11
Uji Minda 5 Di manakah pakar aisberg dibesarkan?
Di manakah tempat diadakan hiburan lebih A Pulau Antipodes
panas? B Pulau Gora-Gora
A Ture C Pulau Disko
B Malagana D Selat Davis
C Tatamanu
D Teluk Pinavana - 10 -

iv. Aktiviti Tambahan :

i. Cadangan untuk mengadakan lawatan ke Kompleks
Muzium Samudera Melaka

ii. Gambaran latar tempat Kapal Kawai Maru dalam Novel
Naratif Ogonshoto.

1

PROSA MODEN
(NOVEL)

• https://www.caridestinasi.com

https://pt.foursquare.com/...samudera
Kompleks Muzium Maritim
(Samudera / Flor de La Mar)
Jalan Merdeka
75000 Malaca, Melaka, Malásia

- 11 -

Modul KesuMsaotedrualaPnedMaegloagyiuAKltoemrnuantiikfaKteifsusasteraan Melayu 1

Lampiran 1 PROSA MODEN
(NOVEL)
Cara-cara menggunakan VideoScribe
1. Layari laman web http://www.videoscribe.co/

2. Klik pada Start Your Trial Now. Isi maklumat berkaitan.

- 12 -

3. Muat turun perisian VideoScribe dalam komputer riba 1
dan simpan perisian tersebut. Buka perisian tersebut yang
telah disimpan dalam komputer riba. Masukkan ‘id’ dan PROSA MODEN
‘password’. (NOVEL)
4. Klik pada simbol + untuk membuat projek baharu.
5. Anda boleh memulakan projek bharu mengikut kehendak
dan keperluan.

- 13 -

Modul KesuMsaotedrualaPnedMaegloagyiuAKltoemrnuantiikfaKteifsusasteraan Melayu 1
6. Klik pada ikon gambar untuk memulakan projek.
PROSA MODEN
(NOVEL)

7. Pilih jenis-jenis gambar yang ingin digunakan. Berdasarkan
contoh yang diberikan gambar kad bisnes digunakan.

2. Klik pada Start Your Trial Now. Isi maklumat berkaitan.
8. Klik pada gambar yang ingin digunakan untuk projek anda.

- 14 -

9. Seterusnya, klik pada ikon T untuk memasukkan ayat atau 1
kata-kata di dalam projek anda
10. Masukkan ayat-ayat yang bersesuaian dengan projek anda. PROSA MODEN
Klik pada icon [ ] (NOVEL)

11. Anda boleh menambah atau mengurangkan masa dengan
klik pada simbol [ + ] dan [ – ] di bahagian bawah kanvas.

- 15 -

Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu 1
12. Klik pada ikon [ ] untuk melihat projek yang siap.
PROSA MODEN
(NOVEL)

13. Klik pada ikon [save] untuk simpan projek anda.

2. Klik pada Start Your Trial Now. Isi maklumat berkaitan.
14. Klik pada ikon [publish] untuk simpan projek anda dalam
bentuk persembahan powerpoint,video dan sebagainya.
Untuk tempoh percubaan anda boleh simpan dalam bentuk
powerpoint video.

- 16 -

10. Masukkan ayat-ayat yang bersesuaian dengan projek anda. 1
Klik pada icon [ ]
PROSA MODEN
(NOVEL)

- 17 -

Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu 1

Lampiran 2 PROSA MODEN
(NOVEL)
Cara-cara menggunakan ClassTools.net
1. Layari laman web http://www.classtools.net/.

2. Pilih
permainan
yang ingin
digunakan.
Berdasarkan
contoh ini
arcade game
digunakan.

Klik pada
butang [Create

a new game].

- 18 -

1

PROSA MODEN
(NOVEL)

3. Masukkan tajuk dan isi kandungan berkaitan dalam
projek. Setelah siap isi maklumat klik pada butang [submit].

- 19 -

Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu 1
4. Anda boleh mula bermain dengan klik pada [game]
yang ingin dimainkan. Contohnya [Manic miner]. PROSA MODEN
(NOVEL)

- 20 -

5. Muka utama untuk memulakan permainan akan dipaparkan. 1

PROSA MODEN
(NOVEL)

6. Mulakan permainan.

7. Klik pada butang [share ]untuk bermain di dalam kelas
bersama pelajar lain. [Download ]dan kongsi dengan mereka.

- 21 -



1TAJUK

PROSA

MODEN
(CERPEN)

Antologi:
Kubentang Sehelai Peta.

Tajuk:
Rindu Seorang Rafik

Kajian:
Aspek Plot

- 23 -

Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu

Aktiviti I : Santai Sastera

Langkah-langkah Pelaksanaan Aktiviti

HASIL PEMBELAJARAN : 1. Aktiviti santai sastera dimulakan dengan pengerusi
menjelaskan Plot yang merangkumi binaan plot dan
5.0 Menghuraikan Plot Dalam Karya Prosa teknik plot.
5.4 Menghuraikan teknik plot dalam karya.
Aras 3: i. Mengenal pasti teknik dalam plot iaitu imbas 2. Pengerusi Santai sastera adalah
kembali, imbas muka, saspens dan monolog. majlis juga proses pembelajaran
Aras 3: ii. Menyenaraikan peristiwa dalam karya yang memberikan melalui interaksi dalam
mempunyai teknik imbas kembali, imbas muka, gambaran kelompok. Ahli kumpulan
saspens dan monolog. cerpen Rindu yang mewakili kumpulannya
Seorang akan mengemukakan fakta
OBJEKTIF : Rafik. dan ahli-ahli kumpulan lain
akan berdebat tentang fakta
Pada akhir tajuk ini, guru dapat membantu murid: 3. Pengerusi tersebut. Melalui pendebatan
1. Menjelaskan teknik imbas kembali, imbas muka, agihkan ahli panel akan dapat
murid-murid menyelesaikan masalah,
saspens dan monolog. kepada menjawab suatu pertanyaan,
2. Mengemukakan peristiwa yang bertepatan dengan beberapa menambah pengetahuan atau
kumpulan untuk mencari pemahaman, seterusnya,
teknik plot. teknik plot. membuat suatu keputusan.
3. Melaksanakan aktiviti santai sastera, powToon,
4. Setiap kumpulan
melagukan, lakonan monolog dalaman dan wayang akan mencari teknik
bayang ketika menjelaskan plot cerpen. plot bersama-sama
peristiwanya. Seorang
pembicara akan mewakili
kumpulannya untuk
berbicara tentang teknik
plot.

Seterusnya, pelaksanaan
perbincangan dalam bentuk
pendebatan atas isi-isi
yang telah dikemukakan
sebelumnya.
Semasa perbincangan, pengerusi diberi hak untuk
bertanya sebarang soalan berkaitan teknik plot kepada
sesiapa sahaja ahli panel.
Ketika seorang ahli panel berhujah ahli lain boleh
mencelah untuk berbahas hujah yang dikemukakan.
Keputusan perbincangan akan menjadi bahan untuk
dipersembahkan oleh setiap kumpulan.

SINOPSIS : Aktiviti 2 :

Aspek kajian sastera yang akan dikemukakan ialah plot Rumusan isi pembelajaran dikemukakan secara santai
yang merangkumi binaan plot dan teknik plot. Strategi iaitu melalui persembahan.
utama yang akan digunakan ialah aktiviti ‘santai sastera’ Persembahan ini akan memotivasikan murid untuk
sebagai suatu aktiviti terancang. mengembangkan potensi diri. Melalui persembahan
Aktiviti dikukuhkan lagi dalam bentuk persembahan kumpulan ini, ahli kumpulan akan mengetengahkan bakat
powToon, yang dimiliki. Setiap kumpulan boleh memilih mana-mana
melagukan sahaja isi yang hendak diketengahkan.
bahan sastera,
wayang bayang
dan lakonan
monolog.
Strategi ini
dilaksana
dengan
mengubah suai
idea dalam
Pembelajaran
Abad ke-21.

- 24 -

Melagukan secara Kumpulan 1: PowToon PowToon merupakan perkhidmatan
kreatif merupakan Kumpulan membentangkan plot dan teknik berasaskan web atas talian
aktiviti menjana yang digunakan untuk membuat
idea, perasaan dan plot yang terdapat dalam cerpen dan pembentangan atau membina
tanggapan idea. dipersembahkan melalui perisian powToon. persembahan video animasi yang
(Rujuk lampiran 2. menarik dalam masa yang singkat
Kumpulan 2: Mencipta lagu dan dan mudah.
video 1) mempersembahkan lagu.
Menyampaikan teknik plot Pautan web powToon
dengan cara mencipta lagu iaitu https://www.youtube.com/
lirik berasaskan imbas kembali watch?v=yb9iCeP4Tbk
dan menyanyi hasil ciptaan (Rujuk lampiran 1.
tersebut. Menu pelaksanaan powToon )

Kumpulan 3: Wayang bayang Wayang bayang 1
Memilih teknik imbas muka bererti bayangan
dan dipersembahkan dalam pada kelir iaitu PROSA MODEN
bentuk wayang bayang. kain putih yang (CERPEN)
dibentang
sebagai pentas. Teknik monolog dalaman
Bayangan akan bermaksud pengarang
bergoyang- menggunakan mana-mana watak
goyang dan dalam cerita yang bercakap sama
tidak tetap. ada dengan diri sendiri, dalam
(Rujuk lampiran 3. Video 2) pemikiran, perasaan, hati,
dan minda tanpa didengari oleh
Kumpulan 4: Lakonan watak lain.
Memilih aspek monolog (Rujuk lampiran 4. Video 3)
dalaman yang terdapat dalam
cerpen dan dipersembahkan

dalam bentuk lakonan.

RUJUKAN :

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, (2010) Guru dan Cabaran Semasa. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar.

Liz Ozman Wan Oman, (2000) Mengurus agenda abad 21: Cabaran dan
persiapan diri dalam era globalisasi. Kuala Lumpur:
Golden Books Centre.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain.(2009).
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong:
Penerbitan Multimedia.

Kamarudin Hj.Husin, (1990). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

- 25 -

Modul KesuMsaotedrualaPnedMaegloagyiuAKltoemrnuantiikfaKteifsusasteraan Melayu 1

Lampiran 1 PROSA MODEN
(CERPEN)
1. APAKAH PowToon?
PowToon merupakan
perkhidmatan berasaskan
web atas talian yang digunakan untuk membuat
pembentangan atau membina persembahan video
animasi yang menarik dalam masa yang singkat dan
mudah. Terdapat dua jenis pakej yang ditawarkan,
iaitu percuma dan berbayar. PowToon menawarkan
pelbagai templat yang mengandungi pelbagai grafik
dan pergerakan persembahan animasi untuk dibina
atau diubah suai mengikut tujuan pengguna. Cara
menggunakan PowToon tidak sukar dan hampir sama
dengan Powerpoint. Laman web bagi PowToon ialah
http://www.powtoon.com/.

2. CARA MENDAFTAR POWTOON
2.1 Taipkan http://www.powtoon.com/

2.2 Pilih Make Free Animated Video – With
Powton Presentations

- 26 -

2.3 Paparan antara muka yang berikut akan keluar. 1

2.4 Klik Sign Up . PROSA MODEN
(CERPEN)
2.5 Bina akaun PowToon dengan memasukkan data dalam
ruangan yanG disediakan. Isikan butiran dengan lengkap
dan klik SIGN ME UP.
Sekiranya anda sudah memiliki akaun ,
atau , klik ikon-ikon tersebut dan masukkan akaun
anda.

- 27 -

Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu 1

2.6 Paparan PowToon sudah tersedia untuk anda. PROSA MODEN
Terdapat tiga pilihan diberikan, iaitu : (CERPEN)

2.6.1 templat pilihan yang disediakan untuk pilihan anda
sendiri bagi membina papan cerita babak demi
babak. (Build your story scene by scene ).

2.6.2 templat yang sudah tersedia babak demi
babak (Ready-Made Powtoon), iaitu customize a
popular template) atau;

2.6.3 anda boleh memilih templat kosong untuk
membina papan cerita anda sendiri, iaitu pada
ruang Start From Scratch.

3.0 MEMBINA PAPAN CERITA (STORYBOARD)
Langkah 1.

3.1 Membina cerita babak demi babak.
(Build your story scene by scene )

3.1.1 Pilih templat (A) yang telah disediakan.

3.1.2 Anda boleh memilih sama ada Work, Education,
atau Personal. Klik “Education” dan pilih “Teacher”

- 28 -

3.1.3 Papan cerita (Storyboard) akan dipaparkan. 1
3.1.4 Pilih templat yang sesuai untuk papan cerita
PROSA MODEN
anda berdasarkan babak yang anda bina sendiri. (CERPEN)
Anda juga boleh menambah templat papan cerita
dengan mengklik tanda +.

3.1.5 Setelah semua templat dipilih, klik Continue untuk
melengkapkan templat papan cerita anda.
- 29 -

Modul KesuMsaotedrualaPnedMaegloagyiuAKltoemrnuantiikfaKteifsusasteraan Melayu 1
3.1.6 Papan cerita anda sedang dibina.
PROSA MODEN
(CERPEN)

3.1.7 Anda boleh terus menggunakan papan
cerita tesebut untuk tugasan anda. Edit isi
kandungan templat mengikut kesesuaian bahan
pembelajaran Bahasa Melayu anda.
- 30 -

4.0 MEMBINA PAPAN CERITA (STORYBOARD) 1
Langkah 2
PROSA MODEN
4.1 Membina Templat yang Sudah Tersedia (CERPEN)
(Ready-Made Powtoon)

4.1.1 Pilih templat (B) yang telah disediakan.

4.1.2 Paparan pilihan templat disediakan mengikut
kategori. Klik pada templat pilihan anda.

4.1.3 Pilih kategori templat mengikut kesesuaian
persembahan anda. Klik use.
- 31 -

Modul KesuMsaotedrualaPnedMaegloagyiuAKltoemrnuantiikfaKteifsusasteraan Melayu 1
4.1.4 Templat yang dipilih akan dipaparkan.
PROSA MODEN
(CERPEN)

4.1.5 Anda boleh klik preview
untuk melihat babak
templat yang dipilih.
Klik continue jika anda
ingin memilih templat
tersebut.

4.1.6 Papan cerita (storyboard) sudah tersedia untuk anda
membuat persembahan. Edit isi kandungan templat
mengikut kesesuaian bahan pembelajaran Bahasa
Melayu anda.

- 32 -

5.0 MEMBINA PAPAN CERITA (STORYBOARD)
Langkah 3

5.1 Membina Templat Kosong untuk Membina Papan
Cerita Anda Sendiri. (Start From Scratch)

5.1.1 Pilih templat (C) yang telah disediakan. 1

PROSA MODEN
(CERPEN)

5.1.2 Paparan templat kosong sudah ada disediakan
untuk anda.

5.1.3 Gunakan pilihan menu yang telah disediakan.Perhatikan pada sebelah kanan
paparan muka. Terdapat pilihan menu yang disediakan untuk anda membina
templat. Paparan muka ini mengandungi pelbagai panel menu pilihan. Anda
hanya perlu klik pada ruang yang disediakan berdasarkan kreativiti dan
keperluan bahan pengajaran anda.

- 33 -

Modul KesuMsaotedrualaPnedMaegloagyiuAKltoemrnuantiikfaKteifsusasteraan Melayu 1
5.1.4 Pilihan menu yang disediakan adalah seperti rajah
PROSA MODEN
yang berikut. Klik setiap satu pilihan menu tersebut (CERPEN)
untuk mengetahui fungsinya.

Menu Layout Menu Background Menu Text

Menu Library Menu Objects Menu Graphs

Menu Sound

Menu Image

- 34 -

5.1.5 Anda boleh memulakan papan cerita anda dengan
memilih Layout. Anda diberi pilihan untuk memilih
kategori Layout anda sama ada Intro, Description
dan sebagainya mengikut susun atur babak
yang anda rancang. Klik pilihan tersebut untuk
mengetahui setiap fungsinya.

1

PROSA MODEN
(CERPEN)

5.1.6 Satu contoh templat babak Intro yang dipilih 5.1.7
adalah seperti rajah di bawah. Anda boleh terus menggunakan objek atau teks yang terdapat
dalam templat tersebut sekiranya anda tidak berminat anda
boleh mengubah suai atau menambah bahan persembahan anda
dengan menggunakan pilihan menu yang disediakan seperti yang
diterangkan pada 5.1.4.

5.1.9 5.1.8
Muzik boleh Anda boleh terus membina slaid
dimasukkan ke anda mengikut papan cerita yang
dalam slaid anda. telah anda rancang dan tentukan.
Klik menu sound, Masukkan bahan persembahan anda
anda boleh menggunakan pilihan menu yang
memilih muzik disediakan.
yang disediakan
daripada sound
track yang
disediakan.
Klik Add untuk
pilihan muzik
dan selepas
paparan muzik
siap dimasukkan
ke dalam track,
anda perlu klik
apply bagi
memasukkan
muzik tersebut
ke dalam slaid
anda.

- 35 -

Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu 1

5.1.10 PROSA MODEN
Anda juga boleh merakam suara latar untuk dimasukkan ke (CERPEN)
dalam persembahan dengan menggunakan voiceover track
dan voiceover per slide. Anda juga boleh muat turun muzik
ke dalam slaid persembahan anda. Klik pada pilihan menu
untuk mengetahui fungsinya

5.1.11
Anda juga boleh merakam suara
latar untuk dimasukkan ke
dalam persembahan
dengan mvenggunakan
voiceover track dan voiceover
per slide. Anda juga boleh muat
turun muzik ke dalam slaid
persembahan anda. Klik pada
pilihan menu untuk mengetahui
fungsinya

- 36 -


Click to View FlipBook Version