The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHAFIQAH NUR IZZWANIE BINTI SHAMSUL BASID IPG-Pelajar, 2024-07-01 08:50:59

PBS portfolio (1) (1)

PBS portfolio (1) (1)

PENTAKSIRAN BERTERUSAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II PRKA3171 Nama : SHAFIQAH NUR IZZWANIE BINTI SHAMSUL BASID Angka Giliran : 2021292340253 No. Kad Pengenalan : 030115-01-1138 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Kumpulan/Unit : BAHASA MELAYU 2 Nama Pensyarah Kursus : PUAN SITI DAHLIA BINTI ABDULLAH Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) RAJA ALIAS 3 Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah Wajaran 1. Portfolio /40 2. Kajian Lapangan /60 Jumlah 1


BORANG KERJA KURSUS PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS II) Nama Pelajar SHAFIQAH NUR IZZWANIE BINTI SHAMSUL BASID No. KP 030115-01-1138 Program PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Kumpulan BAHASA MELAYU 2 Ambilan 2021 Bidang Teras BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH Tempoh PBS 10 JUN 2024 - 21 JUN 2024 ( 2 MINGGU) Nama Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) RAJA ALIAS 3 TAHAP PENCAPAIAN: Item Aspek Wajaran Markah Catatan 1. Portfolio individu 40 2. Kajian Lapangan 60 JUMLAH MARKAH Dengan ini diperakui bahawa pelajar telah Melengkapkan/ Tidak Melengkapkan keperluan PBS _________________________________________________________________________________________________________ Tandatangan Pensyarah Penyelia/ Pemeriksa Kerja kursus: Nama: Tarikh: 2


MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: 3 Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3 / Felda Raja Alias 3, 72120, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan 2 No. Telefon Sekolah 06 - 458 1917 / 06 - 4585587 (faks) 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) Luar Bandar 5 Nama Pengurus Sekolah Encik Haminudin bin Bohari 6 Nama PK Pentadbiran Puan Aspa Lela binti Asmayatim 7 Nama PK HEM Encik Mokhtar bin Maulud 8 Nama PK Kokurikulum Encik Mohd Rafiza Yusri bin Abd Razak 9 Nama Penyelia Petang - 10 Gred/Tahap Sekolah A ( Kohort 5 ) 11 Bilangan Guru Lelaki: 10 Orang Perempuan: 27 Orang 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 35 orang Bukan Siswazah: 2 13 Bilangan Kelas 18 14 Purata Saiz Kelas 28 - 29 orang 15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-lain Lelaki 264 - - - Perempuan 243 - - - 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini guru besar menggalakkan murid-murid yang menyambut kedatangan YB (Yang Berhormat) dan menjadi pengacara serta bacaan doa. Kebiasaannya, di sekolah-sekolah lain guru-guru yang akan terlibat dengan acara yang melibatkan orang besar (penting).


LAMPIRAN 2-10b KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II (Diisi oleh Penilai) Bil Tajuk Item Tandakan 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri / 2 Biodata 2.1 Nama IPGK / / / / / / / / / / 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun Semester 2.9 Tarikh PBS: 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 2-8) 3.1 Pernyataan sebelum PBS / 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus / 4 Kurikulum 4.1 Carta Organisasi / 4.2 Bidang Tugas Panitia / 4.3 Takwim kurikulum / 4.4 Program-program peningkatan kurikulum berkaitan : 4.4.1 Perancangan dan Pelaksanaan PdP 4.4.2 Pendekatan dan strategi pengajaran 4.4.3 Bahan Bantu Mengajar ( Inovasi) 4.4.4 Pentaksiran dan Penilaian / / / / / 5 Kokurikulum 5.1 Carta Organisasi / 5.2 Komponen Kokurikulum / 5.3 Takwim Kokurikulum / 4


5.4 Program-program peningkatan kokurikulum berkaitan : 5.4.1 Kolaborasi komuniti 5.4.2 Program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan / / / 6 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 6.1 Pemerhatian / 6.2 Senarai semak / 6.3 Temu bual / 6.4 Soal selidik / 7 Kolaboratif (Lampiran 2-11) 6.4.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah / 6.4.2 Perbincangan dengan guru-guru lain / 7.1 Perbincangan dengan kakitangan sekolah / 7.2 Interaksi dengan murid / 7.3 Perbincangan dengan komuniti sekolah / 8 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 8.1 Pemerhatian / 8.2 Senarai semak / 8.3 Temu bual / 9 Kajian Lapangan 1(Kurikulum) 10 Kajian Lapangan 2 (Kokurikulum) 11 Rumusan Akhir / Ulasan Penilai: Tandatangan : Nama : 5


1.0 Surat Pengenalan Diri 6


Borang Kehadiran 7


Borang rumusan kehadiran PBS 8


Laporan Perkembangan Pelajar 9


BIODATA DIRI Nama IPGK IPGM Kampus Tun Hussein Onn Nama Pelajar Shafiqah Nur Izzwanie binti Shamsul Basid No. Kad Pengenalan 030115 - 01 - 1138 Alamat Tetap No. E3, Rumah Kakitangan Felda, Wilayah Raja Alias, 72120, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. No. Telefon 016 - 3167012 E-mel [email protected] Ambilan Jun 2021 Pengkhususan Bahasa Melayu 2 Tahun dan Semester Tahun 2 Semester 3 Tarikh PBS 10 Jun 2024 sehingga 21 Jun 2024 10


PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI 11


Pengenalan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) IPG. PBS bertujuan bagi memberikan peluang kepada pelajar untuk memahami bahawa sekolah merupakan sebuah institusi Pendidikan serta melihat peranan seorang guru dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penyelidikan, dokumentasi, refleksi dan interaksi dengan guru serta masyarakat. 3.0 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti 3.1.1 Pernyataan sebelum PBS Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) memberikan kefahaman awal kepada pelajar mengenai alam persekolahan daripada perspektif sebagai seorang guru. Oleh itu, saya, Shafiqah Nur Izzwanie binti Shamsul Basid, selaku pelajar PISMP Ambilan Jun 2022 yang mengambil opsyen Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO) akan menjalankan PBS selama dua minggu bermula 10 Jun 2024 sehingga 21 Jun 2024 (8 hari) bertempat di Sekolah Kebangsaan (Felda) Raja Alias 3. Sekolah ini merupakan sekolah di Kawasan luar bandar dan merupakan sekolah yang mempunyai bilangan pelajarnya yang seramai 507 orang murid. Lokasi sekolah ini juga terletak di kawasan pedalaman yang jauh daripada kawasan bandar. Sebelum memulakan PBS, saya telah merancang perjalanan sepanjang pelaksanaan PBS dengan teliti supaya dapat menyiapkan tugasan pada masa yang tepat. Saya juga berhasrat untuk memahami kerjaya sebagai seorang guru dari segi minat, perwatakan, motivasi, personaliti serta kerjaya yang dapat membantu saya menimba ilmu baharu. Bukan itu sahaja, saya juga ingin mengetahui kaedah-kaedah terbaik yang digunakan oleh guru-guru di sekolah ini yang mungkin dapat membantu saya pada masa hadapan. Hal ini kerana saya yakin dan percaya bahawa pendekatan yang baik dapat menyumbang kepada kefahaman pelajar dalam pembelajaran secara positif serta dapat mewujudkan persekitaran yang positif. Selain itu, saya juga ingin mengetahui apakah usaha pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi murid-murid di samping mengetahui sama ada program-program yang diadakan oleh pihak sekolah dapat mengembangkan potensi murid atau sebaliknya. 12


3.1.1 Fokus Utama Tugasan PBS yang telah saya jalankan mempunyai objektif yang tertentu untuk mencapai matlamat tugasan dalam portfolio ini. Saya ditugaskan untuk menganalisis maklumat pengurusan pentadbiran kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, komuniti serta dasar pendidikan terkini sepanjang berada di sekolah. Objektif ini dapat dicapai dengan melaksanakan temu bual dan pemerhatian. saya juga telah merujuk beberapa bahan berkaitan dengan PBS, pengurusan dan pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. alam internet dan bahan-bahan yang diberikan oleh pihak praktikum. Di samping itu, saya juga telah merujuk buku pengurusan sekolah bagi memperoleh maklumat serta pendedahan awal kepada tugasan yang akan saya jalankan. Pembacaan dan pemahaman awal ini adalah penting agar saya tidak keliru serta mempunyai matlamat yang jelas dalam melaksanakan tugasan. 3.1.2 Tujuan Tugasan Tujuan tugasan PBS ini dilaksanakan adalah untuk memberi gambaran awal kepada bakal guru tentang pelaksanaan aktiviti atau program kurikulum dan kokurikulum dalam membentuk kemenjadian murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta memberikan gambar situasi sebenar dalam dunia pendidikan peringkat sekolah rendah yang bakal dihadapi oleh bakal guru. Di samping itu, tugasan ini juga dijalankan supaya pelajar dapat melihat sendiri kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru semasa aktiviti pembelajaran dalam dan luar bilik darjah secara praktikal. Di samping itu, kemahiran bersosial serta kemahiran mendapatkan maklumat merupakan dua elemen yang amat penting dalam melengkapkan tugasan ini. Maka tugasan ini juga adalah untuk menggalakkan bakal guru berinteraksi dengan semua warga sekolah iaitu pihak pentadbiran, guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah melalui tugasan kolaboratif yang disediakan. Tugasan ini dapat mengasah kemahiran bakal guru untuk mendapatkan maklumat serta pendedahan awal dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru melalui kaedah yang betul dan efektif. 13


Tambahan lagi, arahan tugasan portfolio yang diberikan ini berfokus kepada pengurusan kurikulum dan kokurikulum seperti: Kurikulum: 1) Saya perlu mencari maklumat berkaitan dengan dasar-dasar pendidikan seperti TS25, PBD, PAK21, Program NILAM atau Transisi Tahun 1. Selain itu, saya juga akan mengkaji dan mengumpul maklumat berkaitan perancangan dan pelaksanaan PdP, Pendekatan dan Strategi Pengajaran, Bahan Bantu Mengajar (inovasi) serta cara penilaian dan pentaksiran di sekolah saya menjalani PBS 2 ini. Dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini dengan mengumpulkan segala maklumat berkaitan kurikulum sekolah ini, saya akan menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan maklumat melalui pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik. Kokurikulum; 2) Melalui aspek ini pula, saya akan meneliti dan mencari maklumat yang berkaitan dengan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah supaya dapat memahami dan mengetahui perkara dan maklumat yang ingin dicari. Antara komponen kokurikulum yang saya perlu mendapatkan maklumat adalah seperti 1 Murid 1 Sukan, Kelab Persatuan, Sukan dan Permainan dan Unit Beruniform . Seterusnya, saya juga akan mencari maklumat berkaitan dengan kolaborasi komuniti dan program-program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar-dasar pendidikan. 3.2 Pernyataan semasa PBS Penempatan bagi saya menjalani PBS adalah di SK (Felda) Raja Alias 3, Jempol, Negeri Sembilan. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dari segi lokasi dan kenderaan kerana lokasi berhampiran rumah saya yang hanya mengambil masa lima minit perjalanan menaiki kereta. Sekolah ini merupakan sekolah yang mengandungi bilangan murid paling sedikit di daerah Jempol. Sekolah ini mempunyai guru-guru yang baik dan membuatkan saya berasa dialu-alukan dan dihargai. Semasa menjalani PBS sepanjang 8 hari di sekolah ini, saya telah membuat pemerhatian di persekitaran sekolah bagi mengumpul maklumat untuk menyempurnakan tugasan saya. Persekitaran di sekolah ini amat ceria dan bersih. Situasi di sekolah ini amat berbeza jika dibandingkan dengan situasi sekolah semasa PBS 1. Hal ini kerana bilangan murid di sekolah dan lokasi sekolah yang berbeza. Saya telah membuat kajian mengenai 14


cara pengurusan sama ada dari aspek kurikulum mahupun kokurikulum serta pentadbiran yang dijalankan di sekolah ini. Sekolah ini telah diuruskan oleh empat orang pentadbir yang bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Antara jawatan yang dipegang oleh empat orang pentadbir ini adalah, Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) dan Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Koku). Bagi menyiapkan tugasan ini, saya telah menggunakan internet bagi mencari dan merujuk bahan-bahan yang berkait dengan PBS, pengurusan di sekolah, organisasi, kurikulum dan kokurikulum sekolah. Saya juga menggunakan panduan yang telah dimuat turun dan dicetak sebagai rujukan untuk saya melaksanakan tugasan portfolio ini. Saya juga telah membuat strategi dalam menyusun perancangan saya pada setiap hari supaya tugasan dapat disiapkan dengan lebih bersistematik. 3.2.1 Merancang strategi pelaksanaan Berdasarkan fokus utama dan tujuan tugasan yang dibentuk, saya telah meneliti kaedah serta strategi pelaksanaan yang perlu saya lakukan sepanjang tempoh 8 hari saya berada di sekolah. Kandungan portfolio menjadi rujukan asas saya dalam merancang strategi pelaksanaan supaya dapat melengkapkan butiran maklumat yang diperlukan. Oleh itu, saya telah menyediakan senarai semak maklumat yang ingin diperoleh, menyediakan soalan-soalan untuk dikemukakan kepada pihak-pihak yang berkaitan, serta mencatat aktiviti harian sepanjang berada di sekolah. Perkara-perkara ini dilakukan bagi melengkapkan maklumat untuk dimasukkan dalam instrumen pengumpulan data, kolaboratif, serta refleksi sebelum mencapai laporan akhir tugasan. 3.2.2 Instrumen Penilaian Kendiri Instrumen penilaian Kendiri merupakan salah satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam melaksanakan tugasan PBS. Perkara tersebut menjadi asas kepada bakal guru dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan daripada murid-murid, guru-guru dan pihak pengurusan sekolah. Oleh itu, instrumen penilaian Kendiri perlu diambil berat sebelum serta semasa melaksanakan PBS. Sebelum PBS dijalankan, saya telah mengambil inisiatif untuk mengenali sekolah terlebih dahulu melalui laman web rasmi sekolah dengan mengakses internet serta merujuk laman web berkaitan yang lain seperti facebook dan juga blog yang berkaitan. Semasa PBS pula, saya telah mengkaji buku pengurusan sekolah sebagai pengenalan umum dan membuat penelitian sepanjang berada 15


di sekolah. Saya juga turut menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan tugasan supaya proses mendapatkan maklumat berjalan dengan lancar. Dua instrumen penilaian kendiri telah saya pilih semasa menjalankan tugasan PBS 2 ini, iaitu pemerhatian dan juga temu bual. Kedua instrumen ini digunakan mengikut kesesuaian dalam melengkapkan tugasan yang berkaitan dengan lebih sistematik. 3.3 Pernyataan selepas PBS Selepas menjalani PBS, saya telah memperoleh segala data dan maklumat berkaitan dengan tugasan saya. Pada hari terakhir, saya di sekolah tersebut saya telah mendapatkan maklum balas daripada pihak pentadbiran sekolah mengenai keberadaan saya di sekolah tersebut sepanjang tempoh 8 hari dan juga berterima kasih atas layanan baik yang diberikan oleh pihak sekolah sepanjang saya berada di sekolah ini. Saya berasa amat dihargai dan diterima baik oleh pihak sekolah terutamanya dari pihak guru-guru dan murid-murid di SK Felda Raja Alias 3. 16


LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN 17


3.4 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN Laporan yang disediakan dalam bentuk jadual di bawah adalah bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai perjalanan yang dilalui sepanjang tempoh PBS 2 berlangsung. Di dalam jadual di bawah terdapat segala aktiviti serta program yang dijalankan bersama-sama pihak sekolah bagi membantu menyempurnakan PBS pada kali ini. Berikut adalah jadual aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh PBS berlangsung: Bil. Tarikh Tindakan 1) 10 Jun 2024 (Isnin) ● Melapor diri kepada Guru Besar di dalam bilik Guru Besar. ● Menyertai perhimpunan mingguan bersama guru dan murid di tapak perhimpunan. ● Nyanyian lagu sekolah, lagu Negeri Sembilan dan lagu Negaraku. ● Penyampaian hadiah kepada kelas yang menang pertandingan keceriaan kelas. ● Pesanan / taklimat kepada murid-murid. ● Menyertai taklimat bersama-sama guru tentang perjalanan program mingguan. ● Sesi bersuai kenal dengan guru-guru lain. ● Membantu guru membuat persiapan PIBG - membalut hadiah - labelkan nombor pada hadiah cabutan bertuah. ● Mengumpul maklumat sekolah mengenai: - Bilangan guru di sekolah - Bilangan murid di sekolah - Bilangan kelas di sekolah - Sejarah sekolah - Carta organisasi - Pengurusan sekolah 2) 11 Jun 2024 (Selasa) ● Menyertai perhimpunan harian bersama-sama guru dan murid. ● Menyertai latihan sukan di padang - Larian - Lontar Peluru 18


- Sukaneka - Lompat tinggi ● Persiapan PIBG - Menyusun hadiah cabutan bertuah - Menghias pentas dewan - Raptai perjalanan PIBG ● Pendaftaran PIBG - Menyertai mesyuarat PIBG - Membantu menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada ibu bapa dan guru. 3) 12 Jun 2024 ( Rabu ) ● Perhimpunan harian ● Program NILAM ● Nyanyian Lagu Anti-Dadah ● Latihan Sukan peringkat Sekolah ● Pemilihan atlet ● Sukaneka ● Membuat penulisan portfolio. ● Menemu bual pihak pentadbiran (GPK kokurikulum). ● Menemu bual GPK HEM ● Pemeriksaan kesihatan gigi ● Menemu bual murid SK Felda Raja Alias 3. ● Menyertai mesyuarat perjalanan sukantara peringkat Sekolah. 4) 13 Jun 2024 ( Khamis ) ● Perhimpunan Harian - Bacaan doa ● Latihan sukan peringkat sekolah ● Membuat penulisan portfolio ● Mengumpul gambar-gambar kemudahan di sekitar kawasan sekolah bagi melengkapkan maklumat berkaitan tugasan PBS. ● Menemu bual Guru Besar SK (Felda) Raja Alias 3. ● Menyertai dan membuat pemerhatian kelas guru pembimbing. ● Menyertai Latihan Sukaneka bagi Tahap 2 ● Penyerahan hadiah-hadiah bagi pemenang Sukaneka ● Membuat pemerhatian dan mengumpulkan maklumat ● Mengecat galeri seni 19


5) 14 Jun 2024 ( Jumaat) ● Perhimpunan harian ● Bacaan Yassin ● Bacaan ayat Al-Quran ● Taklimat berkaitan cuti perayaan “Hari Raya Aidil’adha” ● Penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka tahun 1 sehingga tahun 6 SK(F)RA3. ● Menemu bual GPK 1 ● Menemu bual Ketua Panitia Bahasa Melayu ● Menyambung mengecat galeri seni ● Kelas ganti (relief) Bahasa Melayu ( 1 Jam ) 6) 17 Jun 2024 ( Isnin ) - Cuti Sempena Hari Raya Aidiladha - 7) 18 Jun 2024 ( Selasa ) - Cuti Sempena Hari Raya Aidiladha - 8) 19 Jun 2024 ( Rabu ) ● Perhimpunan harian ● Bacaan ayat Al-Quran ● Latihan Sukan Peringkat Sekolah ● Membuat penulisan portfolio ● Mengecat Cat ● Membantu guru menggantikan kelas (relief) 9) 20 Jun 2024 ( Khamis ) ● Perhimpunan ditangguhkan (hujan lebat) ● Membantu guru menggantikan kelas (relief) ● Menemu bual GPK Kokurikulum SK (F) Raja Alias 3 ● Meminta murid tahun 5 mengisi borang soal selidik ● Menemu bual Kaunselor ● Menemu bual Penyelaras 1M1S ● Menyambung penulisan portfolio 10) 21 Jun 2024 ( Jumaat ) ● Perhimpunan Harian ● Bacaan Al-Quran ● Ucapan Guru Besar SK Felda Raja Alias 3 ● Ucapan Guru Pelatih IPG (PBS 2) ● Menyertai jamuan perpisahan guru pelatih IPG ● Meminta tandatangan dan cop pengesahan Guru Besar ● Berterima kasih kepada para guru SK Felda Raja Alias 3 20


3.4.1 Laporan dan Penilaian Berdasarkan pelaksanaan PBS selama 8 hari di Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3, saya telah memperoleh ilmu serta pengalaman baru yang belum pernah saya lalui sebelum ini. Bagi saya, insan yang bergelar sebagai guru merupakan insan yang tabah dan gigih kerana dapat mengendalikan murid-murid yang mempunyai pelbagai karenah dan latar belakang keluarga yang berbeza-beza sepanjang sesi Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. Melalui pengalaman ini, saya sedar akan tugas sebagai seorang guru bukannya mudah tetapi amat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi di samping memiliki kemahiran psikologi supaya dapat mengawal emosi sendiri dan karenah murid-murid dalam sekolah. Seterusnya, saya dapat memahami dengan baik berkenaan peranan yang dimainkan bagi setiap kakitangan sekolah seperti Guru Besar, GPK Pentadbiran, GPK Koku, guruguru serta warga sekolah yang lain. Saya juga dapat mengetahui dan mempelajari kaedah yang digunakan semasa mengendalikan kelas dan juga pendekatan yang digunakan oleh guru semasa proses PdP berlangsung. Pendekatan yang berbeza digunakan atas sebab setiap murid memiliki tahap penguasaan yang berbeza. Berkenaan tugasan yang diberikan oleh pihak praktikum, memerlukan saya mengumpul maklumat serta data mengenai pengurusan sekolah untuk dicatatkan dan direkodkan bagi tujuan melengkapkan tugasan portfolio. Saya juga telah membuat senarai semak mengenai perancangan saya pada setiap hari supaya tidak ada sebarang perkara yang tertinggal atau terlepas pandang. Saya juga berinteraksi dengan pihak sekolah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan sedikit sebanyak dapat membantu saya memberi gambaran mengenai sekolah tersebut. Tuntasnya, tugasan portfolio ini membantu saya menjadi seorang guru yang berjaya suatu hari nanti. Segala tunjuk ajar serta nasihat yang diberikan oleh pensyarah dan guru-guru akan dijadikan sebagai panduan dalam mencapai impian yang ingin saya capai. Jadi, saya berharap tugasan ini dapat membantu saya dalam mencungkil lagi bakat saya dalam profesion keguruan ini di samping dijadikan sebagai satu pengalaman yang boleh diaplikasikan setelah menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan berdedikasi. 21


BIDANG KURIKULUM 22


4.0 Bidang Kurikulum 4.1 Carta Organisasi SK Felda Raja Alias 3 23


4.2 Bidang tugas panitia 24


25


4.3 Takwim Kurikulum SK Felda Raja Alias 3 MAC 2024 Tarikh Hari Perkara 5/3/2024 Selasa Mesyuarat Guru Bil 1 & Mesyuarat Kurikulum Bil 1 11/5/2024 Isnin Program Transisi ( Pengenalan kepada Sekolah) 12/3/2024 Selasa Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Teras Bil 1 13/3/2024 Rabu Mensyuarat Panitia Mata Pelajaran Teras Bil 1 14/3/2024 Khamis Mensyuarat Panitia Mata Pelajaran Teras Bil 1 18/3/2024 Isnin Transisi Tahun 1 19/3/2024 Selasa Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Elektif 20/4/2024 Rabu Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Elektif 21/3/2024 Khamis Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Elektif APRIL 2024 5/4/2024 Jumaat Penutupan Ihya Ramadhan MEI 2024 3/5/2024 Jumaat Pelancaran Bulan PSS / Dekat Membaca 24/5/2024 Jumaat Penutupan Bulan PSS / Dekat Membaca JUN 2024 7/6/2024 Jumaat Pelancaran Bulan Bahasa 28/5/2024 Jumaat Penutupan Bulan Bahasa JULAI 2024 2/7/2024 Selasa Pentaksiran / PBD 1 11/7/2024 Khamis Mesyurarat Kurikulum Bil 2 16/7/2024 Selasa Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Teras Bil 2 17/7/2024 Rabu Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Teras Bil 2 18/7/2024 Khamis Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Teras Bil 2 23/7/2024 Selasa Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Elektif Bil 2 24/7/2024 Rabu Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Elektif Bil 2 25/7/2024 Khamis Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Elektif Bil 2 26


OGOS 2024 2/8/2024 Jumaat Pelancaran Bulan Patriotisme (PSS) SEPTEMBER 2024 2/9/2024 Isnin Bulan STEM 13/9/2024 Jumaat Penutupan Bulan Patriotisme 27/9/2024 Jumaat Penutupan Bulan STEM 30/9/2024 Isnin Pelancaran Bulan Kecergasan (PJPK) OKTOBER 2024 28/10/2024 Isnin Penutupan Bulan Kecergasan (PJPK) NOVEMBER 2024 4/11/2024 Isnin Pelancaran Bulan Kesenian 25/11/2024 Isnin Penataran UASA 29/11/2024 Jumaat Penutupan Bulan Kesenian DISEMBER 2024 9/12/2024 Isnin UASA / PBD 2 JANUARI 2025 2/1/2025 Khamis Mesyuarat Kurikulum Bil 3 7/1/2025 Selasa Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Teras Bil 3 8/1/2025 Rabu Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Teras Bil 3 9/1/2025 Khamis Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Teras Bil 3 14/1/2025 Selasa Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Elektif Bil 3 15/1/2025 Rabu Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Elektif Bil 3 16/1/2025 Khamis Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Elektif Bil 3 27


Takwim Kelas Agama Petang (KAP) Kelas agama petang (KAP) di sekolah ini dijalankan bagi tahun 1 sehingga tahun 5. KAP ini bermula pada jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang sebanyak 4 kali seminggu. Bermula pada hari isnin sehingga hari khamis kecuali pada hari jumaat. Hal ini kerana bagi memberikan kelonggoran kepada murid-murid lelaki dan guru lelaki solat jumaat. Kelas petang ini diajarkan oleh guru-guru KAFA bukannya guru dari sesi pagi sekolah ini. MAC 2024 Tarikh Hari Perkara 1/3/2024 Jumaat Proses cop dan nombor perolehan buku teks Tahun 5 7/3/2024 Khamis Pendaftaran baru Tahun 1 KAP SKFRA3 12/3/2024 Selasa Awal Ramadan 14/3/2024 Khamis Mesyuarat Guru bil 1/2024 18/3/2024 Isnin Pemberian Buku Teks Tahun 1-5 21/3/2024 Khamis Program Ihya' Ramadan: Tadarus Al-Quran 26/3/2024 Selasa Program Ihya’ Ramadan: Pertandingan Teka Silang Kata 28/3/2024 Khamis Program Ihya’ Ramadan: Hafazan Surah pilihan APRIL 2024 1/4/2024 Isnin Program Ihya' Ramadan: Tadarus 2/4/2024 Selasa Program Ihya' Ramadan: Tadarus 4/4/2024 Khamis Majlis Khatam Al-Quran 8/4/2024 - 12/4/2024 Isnin - Jumaat HARI RAYA AIDILFITRI 17/4/2024 Rabu Perjumpaan dan Taklimat UPKK bersama Ibu Bapa dan Pelajar 18/4/2024 Khamis Keputusan UPKK 2023 19/4/2024 Jumaat Majlis Penyerahan Slip Keputusan UPKK 2023 MEI 2024 3/5/2024 Jumaat Kelas Bimbingan UPKK 2024 bermula 22/5/2024 Rabu HARI WESAK 28


JUN 2024 17/6/2024 Isnin Hari Raya Aidiladha 24/6/2024 Isnin Ujian Amali UPKK 13 25/6/2024 Selasa Ujian Amali UPKK 13 27/6/2024 Khamis Ujian Amali UPKK 13 JULAI 2024 22/7/2023 Isnin Peperiksaan Pertengahan Tahun 2024 23/7/2024 Selasa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2024 25/7/2024 Khamis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2024 OGOS 2024 22/8/2024 Khamis Perjumpaan 3 Penjuru: Guru, Ibu Bapa dan Pelajar 31/8/2024 Sabtu HARI KEMERDEKAAN SEPTEMBER 2024 2/11/2024 Isnin Ujian Lisan UPKK 3/11/2024 Selasa Ujian Lisan UPKK 4/11/2024 Rabu Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPKK: Ulum Syariah 5/11/2024 Khamis Ujian Lisan UPKK 11/9/2024 Rabu Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPKK: Sirah 15/9/2024 Ahad MAULIDUR RASUL 16/9//2024 Isnin HARI MALAYSIA 25/9/2024 Rabu Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPKK: Adab OKTOBER 2024 2/10/2024 Rabu Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPKK: Lughotul Quran 9/10/2024 Rabu Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPKK: Jawi dan Khat 14/11/2024 - 18/11/2024 Isnin - Jumaat Peperiksaan Percubaan UPKK 2024 NOVEMBER 2024 6/11/2024 Rabu Program Motivasi Bersama Calon UPKK 29


11/11/2024 Isnin Peperiksaan Akhir Tahun KAP 2024 12/11/2024 Selasa Peperiksaan Akhir Tahun KAP 2024 14/11/2024 Khamis Peperiksaan Akhir Tahun KAP 2024 18/11/2024 Isnin Peperiksaan Akhir Tahun KAP 2024 19/11/2024 Selasa Peperiksaan Akhir Tahun KAP 2024 30


4.4 Program-program peningkatan kurikulum: Program-program yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan (Felda) Raja Alias 3 ini dapat meningkatkan nilai kurikulum selaras dengan objektif pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (PPPM). 4.4.1 Perancangan dan pelaksanaan PdP Perancangan dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Sekolah Kebangsaan (Felda) Raja Alias 3 ini telah dirancang dan dibincangkan bersama-sama dengan organisasi sekolah. Perancangan serta pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran juga haruslah disusun dengan bersistematik supaya proses perjalanan program yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar. Tujuan program-program dirancang adalah bagi membentuk kemenjadian murid di SK (Felda) Raja Alias 3. Jadi, terdapat beberapa lampiran program-program peningkatan kurikulum bagi aspek perancangan dan pelaksanaan berkaitan PdP yang dapat saya lampirkan di bawah ini: Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 31


Program Transisi Tahun 1 Program Transisi Tahun satu bertujuan untuk membantu murid tahun 1 menyesuaikan diri dari pendidikan tidak formal ke pendidikan formal di tahun satu serta memastikan murid dapat memulakan pembelajaran pada tahap yang hampir sama tanpa mengira latar belakang mereka. Program ini melibatkan aktiviti untuk membimbing murid melalui proses transisi, memperkenalkan mereka dengan persekitaran sekolah sekaligus meningkatkan minat mereka untuk terus belajar. 32


Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Rancangan Pengajaran Tahunan atau RPT dirancang bagi melancarkan pelaksanaan PdP secara bersistematik dan mengikut urutan seperti yang diaturkan oleh KPM. Di sini dapat saya lampirkan RPT bagi tahun 1 - 6 di SK Felda Raja Alias 3. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Tahun 1 33


Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Tahun 3 34


Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Tahun 4 35


Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Tahun 5 36


Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Tahun 6 37


Antara program lain yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan (Felda) Raja Alias 3 ialah Karnival Bahasa Melayu yang merupakan program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dari seluruh Malaysia. Pengisian program adalah berbentuk pertandingan dan aktiviti Bahasa Melayu yang dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan dalam Bahasa Melayu di kalangan murid pelbagai kaum serta meningkatkan kecintaan terhadap Bahasa ibunda dan negara Malaysia. Di sini, dapat saya kongsikan beberapa program yang dilaksanakan berserta lampiran yang dapat saya perolehi daripada guru panitia bahasa Melayu. Gambar-gambar pertandingan Debat Ala Parlimen Program Minggu Bahasa Risalah Penutupan minggu bahasa 38


39


40


4.4.2 Pendekatan dan strategi pengajaran Pelbagai jenis pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan oleh para pendidik terutamanya golongan guru peringkat sekolah rendah. Hal ini kerana pemilihan pendekatan dan strategi yang baik mampu memastikan kelancaran sesi pembelajaran yang lebih baik dan efektif. Selain daripada mampu mengawal kelas sekaligus dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan mampu melaksanakan pengajaran mengikut rancangan yang telah dirancang oleh guru mengikut RPT dan RPH. Pengurusan dan kawalan kelas Semasa menjalani PBS kali kedua, saya telah menyertai sesi PdP bersama-sama guru pembimbing. Jadi, saya dapat membuat pemerhatian kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengawal kelas. Guru memantau setiap gerak geri murid dan mengenal pasti murid yang tidak fokus dengan mengajukan soalan kepada murid tersebut. Pengurusan dan kawalan kelas murid bagi setiap guru adalah berbeza. Strategi yang digunakan oleh guru ialah strategi berpusatkan murid. 41


Pendidikan Inklusif Program Pendidikan Inklusif (PPI) merupakan satu program pendidikan khas untuk murid yang berkeperluan khas menyertai pendidikan atau sesi pembelajaran bersama-sama murid arus perdana di sekolah. Program ini merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada murid-murid khas ini untuk mengikuti program akademik selayaknya. Usaha ini juga dapat membuka mata dan pemikiran masyarakat sekeliling supaya tidak merendahkan potensi murid-murid berkeperluan khas ini (MBK) dan yakin serta percaya bahawa kekurangan atau ketidakupayaan murid-murid ini tidak menjadi penghalang untuk mereka berjaya jika diberikan peluang yang sama rata dengan murid arus perdana di sekolah-sekolah kerajaan. Sekolah Kebangsaan (Felda) Raja Alias 3 ini tidak mempunyai murid berkeperluan khas (MBK) iaitu pendidikan inklusif. Sekolah ini hanya mempunyai kelas pemulihan sahaja. Konsep kelas pemulihan adalah satu usaha pihak kerajaan bagi mengatasi masalah murid yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira (3K). Kelas ini juga Sekolah ini telah menghasilkan satu inovasi bagi murid kelas pemulihan iaitu inovasi KALA yang membawa makna kaedah “Label” dan “Abai”. Murid-murid yang menggunakan kaedah ini lebih mudah faham. Jadi, guru pemulihan akan mencuba mempelbagaikan kaedah untuk murid yang lambat faham atau lemah ini supaya mereka lebih “cepat tangkap”. Lampiran inovasi kaedah Label dan Abai ( kelas pemulihan ) 42


Guru kelas pemulihan tidak akan ambil banyak murid. Pada setiap tahun guru kelas pemulihan hanya akan ambil maksima seramai 9-10 orang sahaja. Hal ini kerana guru perlu memahami keperluan bagi setiap murid dan memberikan fokus yang lebih kepada mereka. Jadi, guru kelas pemulihan akan menyemak data bagi mengenal pasti mata pelajaran yang murid lemah dan sukar untuk difahami contohnya seperti Matematik yang memerlukan pengiraan dan pemahaman yang baik serta Bahasa Melayu yang banyak menggunakan perkataan dan kefahaman mengenai ayat tersirat dan tersurat. Jadinya, guru subjek akan membuat saringan terlebih dahulu di awal persekolahan bermula daripada tahun 1 sehingga tahun 6 bagi mengesan terlebih awal murid yang mempunyai masalah atau lemah. Seterusnya, setelah selesai membuat saringan, guru subjek akan memaklumkan kepada guru pemulihan mengenai data murid tersebut. Setiap kali masa pembelajaran bagi subjek yang murid pemulihan ini lemah, murid tersebut perlu pergi ke bilik pemulihan dan akan menerima modul-modul yang disediakan oleh guru kelas pemulihan itu sendiri. 43


Antara modul atau bahan bacaan seperti “bacalah sayang” atau modul-modul khas bagi murid pemulihan. 44


Jadi, di bawah ini terdapat beberapa paparan sedikit sebanyak maklumat mengenai kelas pemulihan di sekolah ini; Maklumat Kemahiran Baca Bahasa Melayu Program Bantu Baca KPM 2024 (Kelas Pemulihan) Tahun Bilangan / enrolmen Menguasai unit 1 & 2 (Sedikit-sedikit) Menguasai unit 3 & 4 ( Baca dengan bimbingan ) Menguasai unit 5 (Boleh membaca) Tahun 1 110 1 18 91 Tahun 2 116 13 7 96 Tahun 3 100 6 2 92 Tahun 4 40 2 5 33 Tahun 5 60 - 2 58 Tahun 6 74 - 2 72 Jumlah 507 22 36 442 Suasana di kelas pemulihan SK (Felda) Raja Alias 3 45


Program tahunan PLC Definisi bagi PLC ialah Professional Learning Community yang merujuk kepada usaha para pendidikan yang komited serta bekerja secara kolaboratif dan berterusan bagi membuat kajian tindakan supaya dapat mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka. Berikut merupakan beberapa bukti atau lampiran yang dapat saya kumpulkan. Lampiran buku rekod PLC 46


47


4.4.3 Bahan Bantu Mengajar ( Inovasi ) Sepanjang keberadaan saya di sekolah ini selama 8 hari, dapat saya kumpulkan beberapa bahan bantu mengajar dan inovasi yang dihasilkan oleh guru-guru di sekolah ini. Berdasarkan BBM yang dihasilkan dapat dijadikan sebagai ilham dan panduan untuk saya menghasilkan BBM ketika menjalani praktikum 1 pada semester hadapan. Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahan Bantu Mengajar atau dikenali secara ringkasnya sebagai BBM adalah bahan yang digunakan oleh guru bagi meningkatkan keseronokkan dan minat murid-murid untuk belajar. BBM Maklumat Dam Ular Permainan ini dimainkan secara berkumpulan ( 4 orang 1 kumpulan). Setiap Kumpulan akan memilih seorang pemain dam, seorang pelempar dadu, dan dua orang penyelesai soalan. Jika murid terkena pada tapak yang mempunyai nombor-nombor, murid perlu menjawab soalan mengikut nombor yang diperolehnya. Manakala, jika murid terkena tapak yang mempunyai mulut ular, murid tersebut perlu turun mengikut badan ular. Jika terkena tapak yang mempunyai tangga murid dapat mara ke hadapan. Ampaian Refleksi BBM ini digunakan oleh guru selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini untuk menyemak komen atau respons murid terhadap topik pengajaran pada hari tersebut. 48


Permata atau kaca ? Murid perlu membuat cabutan dalam “kotak nasib” yang disediakan oleh guru. Di dalam “Kotak Nasib” (rujuk gambar di sebelah) terdapat dua gambar iaitu gambar kaca dan gambar permata. Setiap gambar permata terdapat nombor di atasnya. Kalau murid dapat gambar permata, murid perlu dapat menjawab soalan manakala, kalau murid dapat gambar kaca, murid perlu didenda seperti menyanyi. Jika murid dapat menjawab soalan dengan betul, murid akan menerima ganjaran (rujuk gambar sebelah). 49


MONOPOLI Permainan ini boleh dinamakan mengikut subjek yang diajarkan. Contohnya bagi subjek bahasa Melayu, guru boleh mencipta nama seperti “Monopoli Bahasa”. Permainan ini memerlukan giliran, dadu dan dam. Jika murid mendapat kotak berwarna merah murid perlu mengambil kad berwarna merah “denda”. Contohnya, denda “ke belakang 3 petak”.. Manakala, jika murid mendapat kotak kuning, murid perlu mengambil kad hijau bagi menjawab soalan. Soalan perlu dijawab secara lisan. Bagi kotak biru pula, murid selamat dari denda dan soalan. Flower Pot BBM ini digunakan untuk setiap murid atau setiap ahli kumpulan menulis isi mengenai topik pembelajaran pada hari tersebut. Guru membekalkan setiap kuntum bunga kepada murid. Kemudian, guru akan menyemak satu per satu jawapan murid bersama-sama. 50


Click to View FlipBook Version