LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 21 Jun 2026 Masa : 7.15 pagi Tajuk / Perkara : Maklum Balas Ibu Bapa Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1) Bagaimana pengalaman anda sebagai ibu bapa secara keseluruhan dengan Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3? 2) Bagaimana anda menilai kerjasama antara guru dan ibu bapa di sekolah ini dari segi akademik mahupun kokurikulum? 3) Adakah anak anda menghadapi sebarang cabaran di sekolah? Jika ya, apakah langkah yang telah diambil oleh pihak sekolah ini untuk mengatasinya? 1) Secara keseluruhan, pengalaman saya positif. Sekolah ini menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif, serta mempunyai guru-guru yang berdedikasi. 2) Saya menilai kerjasama antara guru dan ibu bapa di sekolah ini sebagai sangat baik. Guru-guru aktif berkomunikasi dengan ibu bapa melalui PIBG mengenai kemajuan akademik dan penyertaan dalam kokurikulum. 3) Anak saya pernah menghadapi cabaran dalam mata pelajaran Matematik. Pihak sekolah telah mengatur kelas pemulihan dan memberikan bimbingan individu untuk membantu anak saya. Saya melihat anak saya semakin baik. 151
4) Apakah harapan anda terhadap Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3 pada masa akan datang? 4) Harapan saya adalah agar sekolah ini terus meningkatkan kualiti pengajaran dan menyediakan lebih banyak kemudahan serta aktiviti yang menarik untuk pelajar. Saya juga berharap sekolah dapat terus memperkukuhkan kerjasama dengan ibu bapa dan komuniti. Tandatangan: Nama : Jawatan : Ibu Bapa Murid SK Felda Raja Alias 3 152
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 21 Jun 2024 Masa : 10.00 pagi Tajuk / Perkara : Perbincangan dengan kerani pejabat SK Felda Raja Alias 3 Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1) Pendapat puan mengenai pengurusan sekolah ini. 2) Tugas dan peranan puan dalam pengurusan sekolah. 3) Bagaimana layanan kakitangan atau rakan sekerja lain terhadap puan. 1) Pada pendapat saya, pengurusan sekolah ini baik dan bersistematik kerana seperti sedia maklum sekolah ini merupakan salah satu sekolah terbaik luar bandar (felda). 2) Skop kerja: ● Memastikan kelancaran penyampaian dokumen/notis. ● Membantu dalam pengurusan sistem fail. ● Membantu urusan sijil-sijil persekolahan. ● Melaksanakan tugas-tugas luar sekolah. 3) Layanan rakan sekerja dan pihak atasan sangat baik, persekitaran kerja yang positif. Tandatangan : Nama : Puan Nur Azmina binti Azman Jawatan : _Kakitangan SK (Felda) Raja Alias 3. 153
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 14/6/2024 Masa : 7.30 pagi Tajuk / Perkara : Kaedah keselamatan SK Felda Raja Alias 3 Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1) Bagaimana encik menjaga keselamatan di sekolah ketika waktu persekolahan mahupun waktu tiada pelajar di sekolah? 2) Apakah prosedur yang akan diguna pakai jika dalam situasi kecemasan seperti kebakaran dan sebagainya? 3) Adakah keadaan pagi ketika murid hadir ke sekolah dan ketika waktu murid pulang masih boleh dikawal dengan jumlah murid yang sedia ada? 1) Bagi memastikan keselamatan dan keamanan di sekolah dengan saya akan mengadakan rondaan berkala. Beberapa CCTV juga dipasang di kawasan yang strategik, dan memastikan semua pintu pagar dan bilik-bilik dikunci selepas waktu sekolah. 2) Dalam situasi kecemasan seperti kebakaran, kami akan membunyikan loceng kecemasan, membantu guru untuk mengarahkan pelajar ke tempat berkumpul yang selamat. 3) Ya, keadaan pagi ketika murid hadir ke sekolah dan waktu murid pulang dikawal dengan baik. Terdapat Guru-guru bertugas yang membantu di pintu masuk dan kawasan perhimpunan untuk mengawasi pergerakan pelajar. Saya sebagai pengawal 154
keselamatan juga membantu mengawal lalu lintas dan memastikan keselamatan pelajar semasa mereka tiba dan pulang dari sekolah. Tandatangan: Nama : Jawatan : 155
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 20 Jun 2024 Masa : 7.45 pagi Tajuk / Perkara : Perbincangan dengan murid tahun 6. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1) Suka mata pelajaran apa dekat sekolah ? 2) Suka kalau cikgu buat aktiviti dalam kelas tak ? Sebab apa suka ? 3) Suka belajar topik apa dalam bahasa Melayu ? Sebab awak sukakan topik itu? 2) Bahasa Melayu sebab suka menulis karangan. 3) Suka kerana dapat pelajaran baharu. 4) Topik mencipta pantun sebab seronok dicipta dan senang saya faham. Tandatangan: Nama : Nur Qalesya binti Kamsidi Jawatan : _Murid Tahun 6 USM 156
8.0 Ilmu/Pengetahuan Baru Melalui: 8.1 Pemerhatian Melalui kaedah pemerhatian yang digunakan oleh saya sepanjang keberadaan saya di sekolah ini dalam tempoh 9 hari, saya dapat memperoleh ilmu serta pengalaman mengenai dunia pendidikan yang sebenar. Berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 2 di sekolah SK Felda Raja Alias 3 ini, saya telah menjalankan pemerhatian terhadap guru-guru, murid-murid dan persekitaran sekolah. Kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai dan membantu memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan ini. Secara tidak langsung saya dapat belajar mengenai cara bagaimana proses PdP berlangsung di dalam bilik darjah, purata bilangan murid yang bersesuaian dengan saiz kelas dalam sesebuah sekolah supaya dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif, bagaimana proses penilaian berlangsung di dalam kelas dan strategi serta kaedah yang digunakan oleh guru dalam mengawal kelas sekaligus meningkatkan minat murid untuk belajar. Sebagai contoh, suasana pembelajaran yang diterapkan dalam setiap bilik darjah ialah pembelajaran abad ke-21, di mana pembelajaran berpusatkan kepada murid bukannya berpusatkan guru. Guru hanya memainkan peranan sebagai pemudah cara. Seterusnya, berkaitan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan keselesaan murid untuk belajar seperti capaian internet, mesin air Coway, makmal komputer, makmal sains, bilik tayangan dan pusat sumber. Bukan itu sahaja, budaya yang diterapkan dan diamalkan dalam diri murid-murid di sekolah ini amat baik seperti budaya memberi salam dan bermanis muka apabila bertembung dengan guru. Murid-murid di sekolah ini juga memberikan layanan yang baik dan memberikan kerjasama yang baik ketika waktu “relief”. Murid dapat mendengar dan mematuhi arahan yang diberikan dengan baik dan patuh. 157
8.2 Senarai semak Saya juga menggunakan kaedah senarai semak untuk memastikan pelaksanaan serta perancangan saya dalam mengumpul maklumat berkaitan sekolah tidak terlepas pandang. Saya telah membuat senarai semak responder yang telah ditemu bual oleh saya sepanjang saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS 2) dalam tempoh 10 Jun 2024 sehingga 21 Jun 2024. Berikut merupakan senarai semak yang telah disediakan: SENARAI SEMAK RESPONDEN AKTIVITI KOLABORATIF BIL ITEM CATATAN 1. Perbincangan dengan Guru Besar / 2. Perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran / 3. Perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum / 4. Perbincangan dengan setiausaha Kokurikulum - 5. Perbincangan dengan setiausaha Kurikulum - 6. Perbincangan dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu / 7. Perbincangan dengan Guru Bahasa Melayu / 8. Perbincangan dengan Setiausaha Sukan / 9. Perbincangan dengan Guru Pemulihan - 10. Perbincangan dengan Ketua Murid - 11. Perbincangan dengan murid tahun 6 / 12. Perbincangan dengan pengawal keselamatan / 13. Perbincangan dengan Pengusaha Kantin - 158
8.3 Temu Bual Saya juga telah menggunakan kaedah temu bual bagi mendapatkan maklumat mengenai sekolah yang selanjutnya. Saya telah menemubual pengurus sekolah, GPK pentadbiran, GPK HEM, GPK Kokurikulum, Ketua Panitia Bahasa Melayu, Guru Bahasa Melayu, Murid SK(Felda) Raja Alias 3, kerani pejabat, pengawal keselamatan dan ibu bapa bagi mendapatkan cara pengurusan setiap unit supaya pengurusan sekolah dapat berjalan dengan lancar dan bersistem. Setiap warga sekolah memainkan peranan yang tersendiri bagi memastikan kelancaran pengurusan sesebuah sekolah berjalan dengan baik dan membolehkan sekolah tersebut mencapai kecemerlangan. Saya telah menemu bual Pengurus Sekolah SK (Felda) Raja Alias 3 iaitu Encik Haminudin bin Bohari mengenai pengurusan pentadbiran di sekolah ini. Pengurusan sesebuah sekolah berfokus kepada empat komponen utama iaitu pengurusan dan pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Bagi komponen pengurusan dan pentadbiran, ianya berfokus kepada pengurusan perancangan dan pengoperasian sekolah, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pentadbiran pejabat, persekitaran dan fizikal, pembangunan sumber manusia serta perhubungan luar. Manakala, bagi komponen Kurikulum pula berfokus kepada perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP), Pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan oleh guru, Bahan Bantu Mengajar (BBM) atau inovasi yang dihasilkan oleh guru-guru cemerlang di sekolah ini serta kaedah pentaksiran dan penilaian yang digunakan oleh sekolah bagi mengukur pencapaian murid. Komponen seterusnya ialah komponen Hal Ehwal Murid yang berfokus kepada pengurusan kelas, pengurusan murid, pengurusan disiplin murid, pengurusan unit 3K, kebajikan dan bantuan murid, bimbingan dan kaunseling, pengurusan buku teks, pendidikan pencegahan dadah (PPDa), pengurusan asrama harian dan pembangunan modal insan dan kenegaraan, Akhir sekali, komponen kokurikulum yang memainkan peranan dalam mentadbir badan beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan, program pembangunan sukan sekolah, kejohanan sukan sekolah, kokurikulum tambahan, kejohanan di bawah Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan pengiktirafan, penyertaan, penganjuran, kolaborasi komuniti dan program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan. 159
LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1) Isu/Perkara yang difokuskan: Pengurusan Kantin ketika waktu rehat 2) Analisis Isu: 2.1 Kekuatan ● Kuantiti dan kualiti makanan terjaga dan mencukupi bagi semua murid. 2.2 Kelemahan ● Tiada guru yang memantau. ● Murid tidak berbaris mengikut giliran menyebabkan murid bertolak-tolak antara satu sama lain. ● Ruangan murid beratur membeli makanan tidak diasingkan mengikut jantina. 3) Cadangan penambaikkan: ● Membuat penambahbaikan kemudahan di Kantin seperti menguatkuasakan tugas guru yang bertugas untuk memantau murid-murid ketika rehat dan mengasingkan penghadang di bahagian murid beratur mengikut jantina. 160
LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1) Isu/Perkara yang difokuskan: Tapak Perhimpunan 2) Analisis Isu: 2.1 Kekuatan ● Setiap murid bermula daripada pra sekolah sehingga tahun 6 diberikan kerusi bagi meningkatkan keselesaan murid semasa menghadiri perhimpunan. Lebih-lebih lagi bagi murid yang kurang tinggi. 2.2 Kelemahan ● Tiada atap untuk murid berteduh daripada sinaran atau panas matahari dan air hujan. ● Perhimpunan harian terpaksa ditangguhkan akibat hujan. 4) Cadangan penambaikkan: ● Membuat atap di tapak perhimpunan bagi mengelakkan murid terkena cahaya matahari dan menjadikan murid lebih selesa untuk mendengar taklimat daripada guru yang bercakap. 161
LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1) Isu/Perkara yang difokuskan: Pencapaian Internet 2) Analisis Isu: 2.1 Kekuatan: ● Mempunyai “wifi” bagi pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat dan makmal komputer. 2.2 Kelemahan: ● Capaian internet yang lemah menyebabkan guru-guru sukar menyiapkan tugasan seperti “key-in” markah peperiksaan atau kehadiran pelajar. 3) Cadangan penambaikkan: ● Guru-guru SK Felda Serting bersepakat untuk mengeluarkan modal bagi membeli wifi (Unifi) bagi menggantikan wifi yang sedia ada. ● Pihak PIBG memberikan peruntukan bagi menambah baik rangkaian internet sekolah. Hal ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada murid untuk belajar dengan lebih mudah. 162
9.0 Rumusan Sepanjang PBS, saya telah berinteraksi dengan pelbagai individu dari latar belakang yang berbeza serta berkesempatan untuk berbincang perihal pendidikan yang berlaku pada masa kini. Melalui perbincangan dan interaksi ini juga, saya telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan baharu serta mendapat kesedaran bahawa tugas sebagai seorang guru adalah luas dan bukan sekadar berdiri di hadapan kelas dan mengajar. Hal ini dikatakan sedemikian kerana guru juga merupakan agen penting yang menggerakkan pengurusan di sekolah demi mendidik anak bangsa dan generasi akan datang. Tambahan pula, perubahan zaman yang telah menambah skop tugasan guru contohya, menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap, mencuba sedaya upaya mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran, mengurus dan menghias kelas, mengisi dan melengkapkan data dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), menghadiri mesyuarat, melakukan tanggungjawab sebagai guru panitia sesuatu subjek dan luas lagi bidang tugas insan yang bergelar guru. Guru yang hebat mampu membahagikan masa dengan baik untuk menguruskan kerja mereka supaya dapat diselesaikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Pengalaman saya sepanjang berada di sekolah dapat membantu saya dalam membina potensi yang positif dalam diri saya. Hal ini kerana saya berjaya meningkatkan tahap keyakinan diri dalam berinteraksi serta bersosial dengan warga sekolah seperti guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid sekolah. Hal ini secara tidak langsung membantu saya mengetahui cara-cara berkomunikasi secara formal apabila menjalankan sesi temu bual bersama guru-guru dan kakitangan sekolah. Manakala, semasa menjalankan sesi temu bual bersama murid-murid saya akan menggunakan intonasi yang mesra dan lemah-lembut seperti sedang berbual supaya murid tidak gementar dan selesa sepanjang keberadaan saya di sekolah sepanjang 8 hari. Seterusnya, di samping sekolah ini mementingkan akademik dan prestasi murid-muridnya, sekolah ini juga tidak lupa dalam mengutamakan sahsiah murid-murid supaya dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi bidang akademik seperti mengadakan bacaan senyap (NILAM) selama 5 minit pada setiap hari selasa dan bidang rohani seperti pihak sekolah telah mengadakan program pengisian rohani seperti program solat hajat atau Majlis Restu Ilmu sempena peperiksaan murid tahun 6, bacaan Yassin setiap hari jumaat dan setiap kali perhimpunan akan diiringi oleh Asmaul-Husna dan Surah Al-Kahfi. 163
Kemudahan seperti surau dan tempat mengambil wuduk disediakan bagi memudahkan warga sekolah beribadah sambil menuntut ilmu. Terdapat juga Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) yang memberi galakan kepada murid untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan sehariannya. Kesimpulannya, sepanjang tempoh 8 hari di SK (Felda) Raja Alias 3, saya telah memperoleh pelbagai maklumat yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya ketika menjadi seorang guru pada masa hadapan nanti. Pelaksanaan PBS ini juga dapat memberikan pengalaman baharu dan persiapan mental kepada bakal guru atau guru pelatih IPGM bagi merasai sendiri suasana sebenar sesebuah sekolah sama ada dari segi budaya sekolah, pengendalian kelas, perancangan dan pelaksanaan PdP, pendekatan dan strategi yang digunakan oleh guru-guru dan kaedah yang digunakan bagi mengukur pencapaian dan penilaian murid dan guru. Tambahan lagi, bagi bahagian kokurikulum sekolah seperti penglibatan komuniti dalam sekolah dan program-program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan. 164
Lampiran 165
Lapor diri pada hari pertama Temu Bual bersama murid Tahun 6 166
Temu Bual bersama penyelaras 1M1S Gambar bersama Ketua Panitia Bahasa Melayu 167
Gambar bersama Guru Besar SK (Felda) Raja Alias 3 Temu Bual bersama GPK 1 168
Temu bual bersama Kaunselor Temu bual bersama guru sukan 169
Temu bual bersama ibu bapa Temu bual bersama pengawal keselamatan 170
Aktiviti mengecat galeri seni Gambar bersama rakan-rakan PBS 171
Gambar hari terakhir menjalani PBS 172
Temu bual bersama GPK Kokurikulum Murid menjawab borang soal selidik 173
Program minum susu Suasana murid waktu balik 174
175
Menyertai PdP bersama guru pembimbing Kolaboratif bersama klinik pergigian 176
Bilik robotik Stor sukan 177
Susun atur kelas mengikut PAK21 Suasana kelas prasekolah 178
Penyediaan makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Penyediaan makanan murid semasa rehat 179
Penyusunan kerusi dan meja murid di kantin Sudut RMT 180
Sudut pidato Suasana pejabat 181
Suasana ketika waktu rehat Penghargaan kepada warga SKFRA3 182
Suasana setiap pagi perhimpunan Papan kenyataan 183
Suasana latihan sukan Pembahagian atlet 184
Latihan sukaneka Kemudahan di sekitar sekolah 185
Bilik J-Qaf Surau 186
Kemudahan untuk guru Landskap sekolah 187
Perpustakaan Pemandangan dari tingkat 2 188
Menyertai mesyuarat sukan Bilik kaunseling 189
Bilik gerakan/mesyuarat Bilik pemulihan 190
Bacaan senyap (5 minit) Latihan balapan 191
Suasana dalam bilik mesyuarat Pemeriksaan gigi 192
Perjalanan murid ke kelas masing-masing Pondok pengawal 193
Mendapatkan cop dan tandatangan guru besar 194
Tapak perhimpunan sekolah Kawasan pejabat dan bilik guru 195
Kawasan sekitar kantin Bilik-bilik darjah 196
Bacaan ayat Al-Quran oleh pemimpin murid Membantu persiapan sukantara 197
Mini Zoo 198
Persiapan cabutan bertuah bagi mesyuarat PIBG 199