The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHAFIQAH NUR IZZWANIE BINTI SHAMSUL BASID IPG-Pelajar, 2024-07-01 08:50:59

PBS portfolio (1) (1)

PBS portfolio (1) (1)

BORANG TEMU BUAL BORANG TEMU BUAL 101


Tajuk perbincangan: Perbincangan dengan pengurus sekolah SK Felda Raja Alias 3 Nama: Encik Haminudin bin Bohari Jawatan: Guru Besar SK (Felda) Raja Alias 3 Soalan temu bual: 1. Apakah tindakan yang encik ambil bagi mengatasi masalah atau cabaran semasa menjadi Guru Besar di SK (Felda) Raja Alias 3? Jawapan: 1) Tindakan yang saya ambil jika sekiranya terdapat segelintir guru yang menolak cara pengurusan yang dijalankan, saya akan mengambil tindakan untuk menukar pemikiran yang negatif tersebut kepada pemikiran yang positif bagi guru-guru yang menolak. Contohnya, saya menerangkan semula matlamat sekolah, perbaiki cara guru mengajar dengan menerapkan murid yang aktif manakala, guru hanya menjadi pemudah cara bersesuaian dengan dasar pendidikan transformasi sekolah (TS25). Tambahan lagi, kumpulan minoriti akan mengikut kumpulan majoriti. Jadi, jika minoriti yang menolak manakala, majoriti menerima. Maka, minoriti akan ikut dengan keputusan yang majoriti. Seterusnya, saya melihat kepada sebab kenapa guru perlu membuang suara dan tenaga sedangkan kita perlu menerapkan perkara sebegitu kepada murid supaya mereka lebih memahami dan dapat memupuk sifat tersebut dalam diri murid. Saya juga ingin memudahkan murid dengan murid berinteraksi dan berani ke hadapan kelas tanpa perlu takut atau berasa malu. Saya juga menekankan dasar pendidikan Abad ke-21 (PAK-21) dengan menerapkan dan menggunakan fungsi setiap elemen di dalam kelas seperti traffic light dan reward chart. Saya juga percaya watak ataupun tema yang digunakan di dalam setiap kelas dapat mempengaruhi perwatakan murid-murid. Contohnya, jika kita ambil watak “Incredible Hulk” maka perwatakkan yang murid akan menunjukkan keganasan manakala, jika ambil watak yang lembut seperti “Frozen”, maka murid akan menunjukkan sifat yang lembut dan sopan. 102


Soalan Temu Bual: 2. Apakah tindakan sebagai pengurus sekolah dalam meningkatkan kemenjadian murid di sekolah ini. Jawapan: 2) Tindakan yang saya ambil sebagai pengurus sekolah dalam meningkatkan kemenjadian murid adalah saya mengambil perubahan satu per satu bukannya secara menyeluruh kerana saya berpendapat sesuatu perubahan itu tidak dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Contohnya, saya akan memberikan kesedaran serta tanggungjawab kepada guru sebelum memberikan kesedaran kepada murid saya. Seterusnya, saya akan merujuk kepada data pencapaian murid sama ada data menurun atau meningkat dan kita tengok masalah dan cari jalan untuk perbaiki masalah tersebut. Cara untuk kita kenalpasti masalah dalam data adalah kita tengok silang gagal. Contohnya, bahasa Melayu naik manakala, Matematik pula jatuh. Di situ kita dah dapat kenal pasti kelemahan. Selain itu, kita lihat pula data kehadiran murid, di mana jika terdapat murid yang tidak hadir, kita adakan perjumpaan bersama ibu bapa untuk mengenal pasti isu atau sebab. Contoh, masalah kenderaan ke sekolah kita akan cuba bantu selesaikan. Soalan Temu Bual: 3. Adakah sekolah mengadakan program yang melibatkan kolaborasi komuniti? Jawapan: 3) Ada. Hal ini kerana kapasiti tenaga sekolah tidak dapat menampung semua murid. Contohnya, murid perempuan 9-12 tahun yang mungkin akan baligh lebih awal. Mungkin guru wanita boleh berkongsi ilmu dan maklumat kepada murid-murid tetapi tidak terlalu spesifik. Jadinya, di sini pihak sekolah mengadakan kolaborasi dengan agensi luar seperti klinik atau pihak bomba bagi memberi pencerahan mengenai tindakan awal yang sepatutnya apabila berada dalam kecemasan. Seterusnya, pihak PIBG yang seperti kita tahu, ia merupakan satu komuniti yang diperlukan oleh pihak sekolah tetapi kita masih belum pasti cara nak terapkan penglibatan ibu bapa dalam sekolah. Jadi, saya mengambil inisiatif seperti 103


mengadakan konsep buka sekolah di mana jika terdapat ibu bapa yang mengalami masalah, boleh berjumpa terus dengan saya. Contohnya, pada tahun lepas saya mencabar pihak ibu bapa yang terlibat dengan sukan sekolah seperti menghias khemah rumah sukan dan menyampaikan hadiah kepada atlet (anak sendiri). BORANG TEMU BUAL 104


Tajuk perbincangan: Pengurusan kurikulum Nama: Puan Aspa Lela binti Asmayatim Jawatan: Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK (Felda) Raja Alias 3 Soalan temu bual: 1) Adakah sekolah telah menganjurkan program - program yang dapat berkaitan dengan dasar - dasar pendidikan ? Jawapan: 1) Sekolah ini telah menganjurkan program-program yang berkaitan dengan dasar-dasar pendidikan seperti TS25 secara berperingkat dan bukannya menyeluruh dan serentak sesuai dengan tindakan dan cara pengurusan Guru Besar. Hal ini supaya tidak menambah beban guru-guru di sekolah ini. Di mana, sekolah ini melakukan perubahan satu perkara demi satu perkara dan mendapat keberhasilan yang memuaskan sesuai dengan objektif PPPM 2013 -2025. Hal ini juga supaya dapat melihat kemenjadian murid secara berperingkat dan dapat diterapkan dalam diri mereka bukan semata-mata hanya mengejar hasrat markah atau kejayaan tetapi dijadikan amalan dan dapat memupuk keberanian serta keyakinan dalam diri setiap murid. Soalan temu bual: 2) Apakah tindakan yang sekolah ambil bagi mempertingkatkan pencapaian serta kualiti kerja guru-guru di sekolah ini? Jawapan: 2) Pihak sekolah telah menghantar guru-guru seperti Ketua Panitia bagi setiap subjek bagi menjalani bengkel atau kursus mengenai pembinaan modul atau bahan sokongan bagi subjek teras bermula daripada peringkat Prasekolah sehingga Tahun 6. Seterusnya, ketua panitia akan menyampaikan ilmu yang diperolehinya kepada guru-guru lain di sekolah dan berbincang tentang perkara yang perlu dilakukan dalam tempoh semester persekolahan seperti Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) mengikut subjek masing-masing. Hal ini supaya sekolah tidak akan kekurangan aktiviti-aktiviti yang dapat disertai oleh murid-murid bagi meningkatkan pencapaian dan kemenjadian murid selaras dengan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Soalan temu bual: 105


3) Apakah kaedah pentaksiran dan penilaian yang digunakan oleh sekolah bagi menilai setiap murid ? Jawapan: 3) Kaedah yang digunakan di sekolah ini bagi tujuan pentaksiran dan penilaian pencapaian murid adalah semua guru di sekolah ini diwajibkan menyediakan borang transit skor PBD bagi merekod pencapaian murid pada setiap hari setelah tamat sesi pdpc. Selain itu, Kutipan data PBD akan dilakukan dua kali mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh jabatan. Hal ini kerana memudahkan pihak pengurusan peperiksaan atau audit untuk mengukur tahap pencapaian sekolah dalam melahirkan murid yang seimbang dan mampu berdaya saing. Soalan temu bual: 4) Pengurusan fail persediaan mengajar seperti RPH dan rancangan tahunan. Jawapan: 4) Pengurusan fail seperti RPH dan RPT perlulah memiliki sukatan pelajaran yang terkini selaras dengan kehendak KPM dan disimpan di dalam fail panitia oleh setiap guru mengikut subjek masing-masing. Fail persediaan harus meliputi lima perkara asas seperti tajuk/dokumen standard, objektif, aktiviti, EMK dan refleksi. Hal ini supaya pengurusan fail dapat diuruskan dengan sistematik dan efektif dan mengurangkan kecuaian berlaku atau kekeliruan semasa menyemak fail semua tersebut. BORANG TEMU BUAL 106


Tajuk perbincangan: Pengurusan Kokurikulum Nama: Encik Mohd Rafiza Yusri bin Abd Razak Jawatan: Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK (Felda) Raja Alias 3 Soalan temu bual: 1) Apakah kaedah yang digunakan untuk mendapatkan peruntukan bagi pasukan yang mewakili sekolah? Jawapan: 1) Kaedah yang digunakan oleh pihak sekolah telah menetapkan bayaran yuran bagi setiap sukan bagi membantu menampung kos pakaian, peralatan dan makanan. Jadi, bayaran yuran yang dibayar oleh pihakibu bapa yang akan menampung kos perbelanjaan pasukan. Selain itu, ibu bapa yang lebih berkemampuan akan menaja seperti air mineral 2-3 kotak bagi pasukan atau makanan untuk sarapan seperti roti dan susu. Terdapat juga peruntukan dari syarikat swasta yang ingin menjadi penaja seperti baju pasukan atau peralatan sukan. Soalan temu bual: 2) Masa yang dibenarkan untuk atlet berlatih adalah pada waktu petang. Apakah tindakan yang akan encik ambil jika terdapat ibu bapa tidak setuju? Jawapan: 2) Saya akan berbincang dengan pihak sekolah dan rasionalkan ibu bapa murid yang terlibat dengan cara memberitahu latihan kita diadakan seawal jam 2.30 petang dan ada juga latihan pada jam 3.30 petang selepas asar. Isu lain pula, terdapat murid yang terlibat dengan kelas agama petang, jadi kita akan berikan surat dan jadual latihan kepada ibu bapa murid. Jika ibu bapa masih berkeras dengan keputusan mereka jadinya terpulang kepada ibu bapa sama ada mahu setuju atau tidak. Pihak sekolah tidak akan memaksa. Soalan temu bual: 3) Adakah terdapat kekangan dari segi masa atau pertindihan jadual sewaktu pelaksanaan kokurikulum diadakan ? Jawapan: 107


3) Jika dilihat pada waktu kini, terdapat kekangan masa dan pertindihan jadual antara kokurikulum dan latihan sukan peringkat sekolah. Hal ini kerana kedua-duanya melibatkan pada waktu pagi. Jadi, pihak pengurusan akan berbincang dan memilih waktu yang sesuai ataupun seminggu hanya 3 hari latihan sukan akan berlangsung manakala 2 hari sesi PdP berjalan seperti biasa. BORANG TEMU BUAL 108


Tajuk perbincangan: Pengurusan Kebajikan Murid Nama: Encik Mokhtar bin Maulud Jawatan: Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK (Felda) Raja Alias 3 Soalan temu bual: 1) Apakah bentuk kebajikan atau bantuan yang diberikan oleh sekolah kepada murid ? Jawapan: 1) Antara bentuk kebajikan yang diberikan kepada murid di sekolah ini ialah dalam bentuk wang ringgit contohnya, kutipan derma daripada warga sekolah kepada murid yang kehilangan ibu bapa atau mengalami bencana seperti rumah terbakar. Dalam bentuk barang seperti alat tulis dan seragam sekolah. Bentuk unit bantuan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada semua sekolah pula adalah seperti elaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS) kepada murid yang keluarganya berstatus golongan berpendapatan rendah iaitu sebanyak RM1000 ke bawah. Peruntukan yang diberikan kepada setiap murid untuk RMT adalah sebanyak RM 3.50 sehari, manakala PSS pula sebanyak RM 1.50. Pihak sekolah juga akan menjalankan “Ziarah Cakna” dari satu rumah ke rumah yang lain bagi memberikan pertolongan atau menyelesaikan masalah ketidakhadiran murid-murid. Soalan temu bual: 2) Bagaimana pihak sekolah mendapatkan peruntukkan bagi menjalankan aktiviti kebajikan murid. Jawapan: 2) Pihak sekolah mendapatkan peruntukkan wang ringgit daripada pihak ibu bapa (PIBG), Badan bukan kerajaan seperti NGO, murid-murid SK (Felda) Raja Alias 3 (kutipan derma) dan Guru-guru SK (Felda) Raja Alias 3 (kutipan derma). Soalan temu bual: 109


3) Bagaimana cara sekolah menerapkan aspek 3K dalam program-program yang dilaksanakan di sekolah ? Jawapan: 3) Menekankan aspek 3K iaitu keselamatan contohnya pihak sekolah melaksanakan latihan kebakaran. Seterusnya aspek kebersihan, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan keceriaan kelas. Aspek yang terakhir ialah aspek kesihatan seperti pihak sekolah mengadakan perkhidmatan pergigian sekolah kepada semua murid, program suntikan imunisasi yang dikhaskan kepada murid Tahun 1. Tambahan lagi pihak sekolah boleh mengadakan Program Bebas Denggi Sekolah (PBDS) dan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA) bagi menambah pengetahuan murid-murid. BORANG TEMU BUAL 110


Tajuk perbincangan: Perbincangan bersama ketua panitia bahasa Melayu Nama: Puan Nooraini binti Hashim Jawatan: Guru Ketua Panitia Bahasa Melayu SK (Felda) Raja Alias 3 Soalan temu bual: 1) Apakah pendekatan atau strategi yang digunakan untuk memastikan pelajar memahami topik-topik dalam subjek Bahasa Melayu yang diajar? Jawapan: 1) Kami menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar, melibatkan teknologi seperti video pendidikan, dan pembelajaran kolaboratif untuk meningkatkan pemahaman dalam Bahasa Melayu. Hal ini bersesuaian dengan dasar pendidikan masa kini di mana memerlukan guru melibatkan penggunaan TMK dalam pengajaran dan juga melibatkan projek serta kerja berkumpulan di mana murid lebih bergiat aktif berbanding guru manakala guru hanya menjadi sebagai pemudahcara sahaja. Soalan temu bual: 2) Bilakah pentaksiran dan penilaian murid dilakukan? Jawapan: 2) Penilaian sumatif akan diadakah pada hujung tahun, pertengahan tahun seperti UASA. Manakala, penilaian formatif pula akan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran di dalam kelas sama ada melalui lisan atau lembaran kerja (kuiz). Soalan temu bual: 3) Pendapat tentang UPSR dan kaedah peperiksaan/penilaian yang mana lebih baik. Jawapan: 3) Pada pendapat atau padangan diri saya sendiri, saya lebih memilih UPSR kerana saya rasa lebih berkesan. Murid-murid lebih fokus dan rajin. Motivasi murid lebih tinggi kerana ingin masuk ke sekolah berasrama penuh seperti MRSM dan SBP. Hal ini kerana, murid-murid pada masa kini datang ke sekolah tanpa sebarang tujuan dan mereka pun menganggap pembelajaran tidak penting asalkan mereka ke sekolah sahaja. Bagi mereka, mereka akan tetap ke sekolah menengah walau apa sekali pun keputusan yang mereka perolehi. 111


Soalan temu bual: 4) Tindakan yang dilakukan jika terdapat murid yang mempunyai tahap penguasaan yang rendah berbanding rakan sekelasnya. Jawapan: 4) Saya akan mengajar murid secara umum/keseluruhan. Kemudian, mengasingkan murid mengikut pelbagai tahap penguasaan mereka. Seterusnya, mengajar secara individu dengan murid yang mempunyai tahap penguasaan yang rendah berbanding murid yang lain. Hal ini kerana seperti yang sudah ketahui setiap murid mempunyai kemampuan yang berbeza dan cara pembelajaran yang berbeza sama ada visual, audio atau kinestetik. Jadi, sebagai seorang guru kita perlu bijak menilai kemampuan setiap pelajar dan juga mengenal pasti kaedah pembelajaran yang setiap murid Soalan temu bual: 5) Apakah cabaran sepanjang menjadi Ketua panitia Bahasa Melayu? Jawapan: 5) Cabaran yang paling sukar ialah menguruskan guru-guru lain. Hal ini kerana banyak pendapat dan penolakan daripada guru-guru di mana mereka mempunyai pendapat atau pandangan yang berbeza. Hal ini mengambil banyak masa bagi mempertimbangkan setiap idea atau cadangan bagi setiap guru. Contohnya bagi mengadakan program-program Bahasa Melayu seperti Karnival bahasa Melayu, Bulan bahasa Melayu atau Minggu bahasa Melayu. Mungkin dari segi peruntukan bagi hadiah kepada pemenang atau peserta serta tema yang digunakan mahupun target tahap murid yang dijadikan peserta. BORANG TEMU BUAL 112


Tajuk perbincangan: Strategi atau pendekatan yang diambil untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Bahasa Melayu. Nama: Puan Huda binti Ghazali Jawatan: Guru Bahasa Melayu SK Felda Raja Alias 3 Soalan temu bual: 1) Apakah tindakan yang dilakukan sekiranya terdapat murid yang lemah berbanding dengan rakan sekelasnya ? Jawapan: 1) Setiap perkembangan murid-murid berbeza bagi setiap individu. Terdapat sesetengah murid yang mempunyai kemahiran yang lebih baik menyebabkan murid ini cepat belajar dan pandai membaca. Terdapat juga sesetengah murid yang lambat membaca. Jadi, saya akan mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini dengan cara saya akan lebih memberikan fokus terhadap murid-murid yang lemah dan mengadakan tugasan berkumpulan supaya rakan-rakan sekelasnya yang cepat belajar dapat membantu rakannya yang lemah. Hal ini sangat membantu murid yang kurang mahir kerana dia dapat belajar bersama-sama dengan rakannya yang lebih mahir. Hal ini kerana terdapat segelintir murid yang lebih memahami sesuatu topik atau subjek apabila rakannya yang menerangkan bukannya guru. Hal ini kerana mungkin penggunaan laras bahasa yang lebih mudah atau keterangan rakannya yang lebih jelas untuk difahami dan ditangkap olehnya. Soalan temu bual: 2) Penerimaan murid terhadap subjek Bahasa Melayu. Jawapan: 2) Mengikut pengalaman dan pemerhatian saya selama saya menjadi guru ini, susah penerimaan murid terhadap Bahasa Melayu sebab subjek Bahasa Melayu ini memerlukan murid untuk banyak membaca dan memahami. Oleh itu, kebanyakkan murid yang masuk ke kelas pemulihan adalah murid yang lemah dalam subjek bahasa Melayu. Di sekolah ini sebanyak 2 hari seminggu murid perlu masuk ke kelas pemulihan manakala 1 hari lagi masuk kelas seperti biasa kerana guru subjek itu sendiri akan mengajar dan memantau murid tersebut. Secara tidak langsung, ini akan membantu perkembangan murid itu sendiri. 113


BORANG TEMU BUAL 114


Tajuk perbincangan: Perbincangan dengan kaunselor SK (Felda) Raja Alias 3 Nama: Encik Mohd Tamrin Ibrahim Jawatan: Guru Kaunseling SK Felda Raja Alias 3 Soalan temu bual: 1) Apakah program - program yang telah dijalankan atau dirancang yang melibatkan kolaborasi komuniti? Jawapan: 1) Antara program yang dilaksanakan di sekolah ini yang melibatkan komuniti adalah ceramah kebakaran yang diketuai oleh Pasukan Bomba Jempol, aktiviti gotong-royong di kawasan sekolah yang disertai oleh PIBG sekolah, mennghias khemah rumah sukan anak-anak mereka dengan peruntukan yang dikumpul mereka sendiri serta serta Klinik Pergigian yang memberikan ceramah menjaga kesihatan gigi dan rawatan gigi murid-murid. Program yang melibatkan kolaborasi komuniti adalah bertujuan untuk menampung kekurangan tenaga sekolah dalam memberikan pendidikan yang lebih khusus kepada murid-murid mengenai kesihatan penjagaan gigi mahupun kaedah keselamatan diri semasa menghadapi kebakaran. Soalan temu bual: 2) Isu yang pernah berlaku disebabkan oleh ibu bapa yang mendatangkan masalah kepada murid. Jawapan: 2) Tiada isu yang terlalu berat dan membimbangkan tetapi masih boleh dikesan dengan ketara kerana dapat dinilai dari aspek kelakuan tidak menyiapkan tugasan sekolah atau ponteng sekolah. Isu-isu yang menyebabkan dapat mendatangkan masalah kepada murid-murid ialah ibu bapa bercerai atau Ibu bapa yang terlalu mementingkan pekerjaan berbanding anak-anak. Murid ini apabila kita bertanya kepadanya atau mengambil berat tentangnya secara automatiknya kita dapat menunjukan rasa prihatin dan kasih sayang kepadanya. Murid ini akan berasa dihargai kerana masih terdapat orang yang ambil berat tentangnya. Soalan temu bual: 3) Cara mengatasi isu-isu yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah ini. 115


Jawapan: 3) Cara bagi mengatasi isu-isu ini adalah saya akan membantu dari segi mengambil berat tentang mereka kerana kanak-kanak ini, suka apabila orang dewasa memberikan perhatian kepada mereka. Bagi mereka perkara itu sudah mencukupi dan dapat mengatasi masalah atau perasaan sedih mereka. Saya juga akan menggunakan psikologi untuk mengubah persepsi murid tersebut daripada negatif kepada positif dari aspek persekitaran murid tersebut. BORANG TEMU BUAL 116


Tajuk perbincangan: Pelaksanaan Program 1 Murid 1 Sukan. Nama: Encik Azhar bin Zulkifli Jawatan: Guru Penasihat Olahraga SK (Felda) Raja Alias 3 Soalan temu bual: 1) Bolehkah cikgu terangkan secara ringkas apakah itu Program 1 Murid 1 Sukan? Jawapan: 1) Program 1 Murid 1 Sukan adalah inisiatif yang mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Tujuannya adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif serta mengembangkan bakat sukan pelajar. Melalui program ini kita dapat mengenal pasti potensi murid-murid dan mengembangkan bakat murid tersebut dengan lebih baik. Soalan temu bual: 2) Bagaimana pihak sekolah memastikan setiap murid terlibat dalam program ini? Jawapan: 2) Pihak sekolah memastikan setiap murid terlibat dalam program ini dengan cara kami menyediakan pelbagai jenis sukan yang menarik minat mereka, menetapkan jadual aktiviti yang sesuai iaitu 1 Murid 1 Sukan dijalankan pada pagi setiap hari Selasa, dan menggalakkan penyertaan melalui promosi dan sokongan guru. Sepanjang saya menjadi penasihat olahraga di sekolah ini, saya melihat murid-murid amat komited dengan menyertai program ini tanpa sebarang bantahan atau rungutan. Mungkin dalam usia mereka, mereka masih lagi gembira dan teruja mencuba pelbagai program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah tanpa mengira penat. Soalan temu bual: 117


3) Apakah cabaran utama yang dihadapi dalam menguruskan Program 1 Murid 1 Sukan? Jawapan: 3) Cabaran utama termasuk kekurangan kemudahan dan peralatan sukan yang mencukupi, masalah komitmen masa pelajar dan guru, serta memastikan semua pelajar berminat dan terlibat secara aktif. Saya juga melihat beberapa orang guru tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan Program 1M1S. Hal ini menyebabkan kita tidak dapat melatih murid dengan lebih baik seperti yang sepatutnya. Hal ini menyebabkan murid tidak dapat berlatih dengan baik danmengembangkan potensi mereka. Soalan temu bual: 4) Bagaimana maklum balas daripada pelajar dan ibu bapa terhadap program ini? Jawapan: 4) Maklum balas umumnya positif. Pelajar menikmati aktiviti sukan dan ibu bapa menyokong program ini kerana ia membantu dalam perkembangan fizikal dan disiplin anak-anak mereka. Bermula dari Tahun Satu mereka telah mula melibatkan diri dalam sukan. Soalan temu bual: 5) Apakah harapan anda untuk masa depan program "1 Murid 1 Sukan" di sekolah ini? Jawapan: 5) Saya berharap program ini dapat diperkukuhkan dengan lebih banyak kemudahan sukan, sokongan dari pihak sekolah dan komuniti sepert PIBG, serta peningkatan penyertaan dan minat pelajar dalam pelbagai jenis sukan. Hal ini sekaligus menekankan mengenai peruntukan yang perlu bagi menampung kos perjalanan, makanan, peralatan permainan dan memperbaiki kemudahan-kemudahan di sekolah dengan lebih baik bagi mengelakkan atau mengurangkan risiko kemalangan. 118


BORANG TEMU BUAL Tajuk perbincangan: Perbincangan pengurusan 1 Murid 1 Sukan 119


Nama: Mohd Fauzan bin Zolkipli Jawatan: Penyelaras 1 Murid 1 Sukan Soalan temu bual: 1) Bagaimana Program 1 Murid 1 Sukan dilaksanakan di sekolah ini? Jawapan: 1) Program 1 Murid 1 Sukan dilaksanakan di sekolah ini setiap pagi hari Selasa di mana 4 waktu akan digunakan untuk menjalankan program ini. Setelah perhimpunan para pelajar yang telah siap berbaju sukan akan pergi ke tempat perjumpaan masing-masing. Soalan temu bual: 2) Bagaimana pihak sekolah mendapatkan peruntukkan bagi menjalankan aktiviti kebajikan murid. Jawapan: 2) Ya, sekolah mendapat sokongan yang baik dari pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti. Ibu bapa melalui PIBG dan komuniti seperti agensi kerajaan yang seperti polis sering terlibat dalam acara sukan dan memberikan bantuan dari segi sumber tenaga, kewangan dan moral. Soalan temu bual: 3) Adakah terdapat beberapa langkah dan inisiatif yang dijalankan oleh sekolah untuk memastikan semua guru bersedia menjalankan serta menguruskan setiap permainan dalam Program 1M1S ini? Jawapan: 3) Ya, kami menyediakan latihan dan bengkel kepada guru untuk memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Kami juga mengadakan mesyuarat berkala untuk membincangkan pelaksanaan program dan menangani sebarang cabaran yang dihadapi. Guru-guru juga digalakkan menyertai kursus kejurulatihan. Soalan temu bual: 120


4) Apakah cara yang encik gunakan bagi menguruskan Program 1 Murid 1 Sukan agar tidak membebankan guru dan mampu memberikan manfaat yang maksimum kepada murid? Jawapan: 4) Saya memastikan jadual sukan disusun dengan baik dan tidak bertindih dengan tugas pengajaran. Kami juga membahagikan tugas secara adil di kalangan guru dan menyediakan sokongan yang diperlukan. Fokus kami adalah untuk memastikan program ini memberikan manfaat maksimum kepada murid tanpa membebankan guru. Tambahan lagi, sekolah ini hanya akan membuat latihan sukan dan kokurikulum pada waktu pagi sahaja supaya tidak membebankan guru, ibu bapa dan murid itu sendiri. BORANG TEMU BUAL Tajuk perbincangan: Maklum balas ibu bapa 121


Nama: Puan Latifah binti Abd Razak Jawatan: Penjaga Murid SK (Felda) Raja Alias 3 Soalan temu bual: 1) Bagaimana pengalaman anda sebagai ibu bapa secara keseluruhan dengan Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3? Jawapan: 1) Secara keseluruhan, pengalaman saya positif. Sekolah ini menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif, serta mempunyai guru-guru yang berdedikasi. Kawasan persekitarannya juga amat baik. Guru-guru di sekolah ini juga mesra dan peramah. Jika terdapat sebarang masalah, guru-guru dan guru besar di sini akan segera menyelesaikannya dengan baik. Soalan temu bual: 2) Bagaimana anda menilai kerjasama antara guru dan ibu bapa di sekolah ini dari segi akademik mahupun kokurikulum? Jawapan: 2) Saya menilai kerjasama antara guru dan ibu bapa di sekolah ini sebagai sangat baik. Guru-guru aktif berkomunikasi dengan ibu bapa melalui PIBG mengenai kemajuan akademik dan penyertaan dalam kokurikulum. Jika terdapat ibu bapa yang mengadu atau memberi penolakkan atas usaha guru atau mempunyai pendapat lain bertentangan dengan pihak sekolah. Guru-guru akan cuba sedaya upaya menyelesaikan dan mendengar pendapat ibu bapa. Dalam kata lain kemenangan yang adil. Soalan temu bual: 122


3) Adakah anak anda menghadapi sebarang cabaran di sekolah? Jika ya, apakah langkah yang telah diambil oleh pihak sekolah ini untuk mengatasinya? Jawapan: 3) Anak saya pernah menghadapi cabaran dalam mata pelajaran Matematik. Pihak sekolah telah mengatur kelas pemulihan dan memberikan bimbingan individu untuk membantu anak saya. Saya melihat anak saya semakin baik. Saya juga berasa bersyukur anak saya masih dapat dibantu oleh guru-guru serta sangat berterima kasih kepada guru-guru yang banyak berkorban masa, tenaga dan kesabaran dalam mendidik anak saya sehingga ke tahap ini. Soalan temu bual: 4) Apakah harapan anda terhadap Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3 pada masa akan datang? Jawapan: 4) Harapan saya sebagai ibu bapa adalah agar sekolah ini terus meningkatkan kualiti pengajaran dan menyediakan lebih banyak kemudahan serta aktiviti yang menarik untuk pelajar. Saya juga berharap sekolah dapat terus memperkukuhkan kerjasama dengan ibu bapa dan komuniti. Hal ini kerana di kawasan kita merupakan kawasan luar bandar jadi, sekolah-sekolah yang baik sukar ditemui dan sebagai ibu bapa pasti kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita terutamanya dari segi pendidikan. BORANG TEMU BUAL 123


Tajuk perbincangan: Perbincangan dengan kerani pejabat SK Felda Raja Alias 3 Nama: Puan Nur Azmina binti Azman Jawatan: Kerani SK (Felda) Raja Alias 3 Soalan temu bual: 1) Pendapat puan mengenai pengurusan sekolah ini. Jawapan: 1) Pada pendapat saya, pengurusan sekolah ini baik dan bersistematik kerana seperti sedia maklum sekolah ini merupakan salah satu sekolah terbaik luar bandar (felda). Walaupun berada dalam keadaan di mana capaian internet lemah tetapi cara pengurusan sekolah ini masih boleh berada dalam keadaan yang baik. Hal ini dapat dilihat melalui cara pengurusan dan pemerintahan oleh guru besar. Sistem pengurusan yang baik dapat melahirkan pekerja yang baik dan juga meningkatkan kemenjadian murid di samping kelancaran pengurusan dan pelaksanaan program. Soalan temu bual: 2) Apakah skop tugas dan peranan puan dalam pengurusan sekolah. Jawapan: 2) Skop kerja saya dalam pengurusan sekolah adalah memastikan kelancaran penyampaian dokumen/notis kepada pihak luar yang berkolaborasi dengan sekolah melalui program-program tertentu. Seterusnya, saya juga membantu dalam pengurusan sistem fail. Hal ini supaya dapat memudahkan guru-guru atau kakitangan sekolah mencari maklumat atau kertas kerja dengan lebih mudah jika pengurusan fail dapat diuruskan dengan sebaiknya. Tambahan lagi, saya juga membantu dalam menguruskan sijil-sijil persekolahan seperti sijil tamat sekolah, sijil pindah sekolah atau apa-apa yang berkaitan. Akhir sekali, skop tugas saya juga dalam melaksanakan tugas-tugas luar sekolah seperti pengurusan kewangan sekolah atau bayaran bil air dan elektrik sekolah. Soalan temu bual: 124


3) Bagaimana layanan kakitangan atau rakan sekerja lain terhadap puan. Jawapan: 3) Sepanjang saya bekerja sebagai kerani pejabat di sekolah ini segala layanan rakan sekerja dan pihak atasan sangat baik, persekitaran kerja yang positif. Hal ini membuatkan saya selesa dan suka bekerja di sini walaupun dalam tempoh masa yang lama. Guru besar juga amat menitikberatkan kebajikan pekerjanya dan tidak menambah bebanan kerja yang banyak. Hal ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang baik dan harmoni antara satu sama lain. BORANG TEMU BUAL 125


Tajuk perbincangan: Kaedah keselamatan SK Felda Raja Alias Nama: Encik Shair Jawatan: Pengawal Keselamatan SK (Felda) Raja Alias 3 Soalan temu bual: 1) Bagaimana encik menjaga keselamatan di sekolah ketika waktu persekolahan mahupun waktu tiada pelajar di sekolah? Jawapan: 1) Cara yang saya lakukan bagi memastikan keselamatan dan keamanan di sekolah dengan saya akan mengadakan rondaan berkala. Beberapa CCTV juga dipasang di kawasan yang strategik, dan memastikan semua pintu pagar dan bilik-bilik dikunci selepas waktu sekolah. Hal ini dilakukan supaya dapat mengelakkan kehilangan atau kerosakan berlaku dalam sekolah selepas tamat waktu persekolahan. Soalan temu bual: 2) Apakah prosedur yang akan diguna pakai jika dalam situasi kecemasan seperti kebakaran dan sebagainya? Jawapan: 2) Dalam situasi kecemasan seperti kebakaran, kami akan membunyikan loceng kecemasan, membantu guru untuk mengarahkan pelajar ke tempat berkumpul yang selamat. Saya juga perlu memastikan semua murid tidak ketinggalan di bangunan-bangunan yang tidak selamat. Soalan temu bual: 3) Adakah keadaan pagi ketika murid hadir ke sekolah dan ketika waktu murid pulang masih boleh dikawal dengan jumlah murid yang sedia ada ? Jawapan: 126


3) Ya, keadaan pagi ketika murid hadir ke sekolah dan waktu murid pulang dikawal dengan baik. Terdapat Guru-guru bertugas yang membantu di pintu masuk dan kawasan perhimpunan untuk mengawasi pergerakan pelajar. Saya sebagai pengawal keselamatan juga membantu mengawal lalu lintas dan memastikan keselamatan pelajar semasa mereka tiba dan pulang dari sekolah. 127


BORANG TEMU BUAL Tajuk perbincangan: Perbualan bersama murid tahun 6 Nama: Nur Qalesya binti Kamsidi Jawatan: Murid SK (Felda) Raja Alias 3 Soalan temu bual: 1) Suka mata pelajaran apa dekat sekolah ? Jawapan: 1) Saya suka bahasa Melayu. Saya suka subjek ini sebab suka menulis karangan. Melalui karangan saya dapat mengeluarkan idea-idea saya. Lebih-lebih lagi karangan penulisan kreatif. Saya dapat mengeluarkan apa-apa sahaja yang terlintas di dalam pemikiran saya. Soalan temu bual: Suka kalau cikgu buat aktiviti dalam kelas tak ? Sebab apa suka ? Jawapan: 2) Suka kerana dapat pelajaran baharu. Contohnya, guru praktikal yang banyak mengadakan aktiviti yang menarik dan menarik minat saya untuk terus fokus dan belajar sepanjang sesi PdP berlangsung. Soalan temu bual: 3) Suka belajar topik apa dalam bahasa Melayu ? Sebab awak sukakan topik itu? Jawapan: 1) Topik mencipta pantun sebab seronok dicipta dan senang saya faham. Tambahan lagi, saya mahir dalam pantun kerana saya ikut jejak langkah kakak sulung saya yang sering menyertai pertandingan pantun, puisi dan sajak. 128


BORANG SOAL SELIDIK 129


6.4 Soal Selidik Saya juga memilih instrumen soal selidik semasa menjalani pbs buat kali kedua ini. Saya telah membuat perancangan bagi setiap soalan yang ingin saya ketahui mengenai kokurikulum dan kurikulum sekolah ini. Soal selidik saya lebih berfokus kepada opsyen saya iaitu Pengajian Melayu. Jadi, target responden saya hanya bertumpu kepada guru-guru yang mengajar subjek bahasa Melayu. Saya juga tidak ketinggalan dalam menyediakan borang soal selidik kepada murid-murid di sekolah ini. Di sini, terdapat beberapa contoh borang soal selidik yang dapat saya edarkan kepada guru dan murid di Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3 bagi PBS kali kedua. 6.4.1 Kurikulum Bidang kurikulum saya telah menyusun soalan yang berfokus kepada perancangan dan pelaksanaan PdP sahaja. Contohnya, kegunaan bahan bantu belajar yang guru gunakan di dalam kelas atau kaedah mereka yang sama ada lebih berpusatkan bahan, murid atau projek. Selain itu, saya juga menyelitkan soalan mengenai tindakan yang guru ambil bagi mengatasi masalah tingkah laku murid masa kini. Hal ini kerana pihak KPM telah mengeluarkan kenyataan mengenai garis panduan mengenai hukuman sama ada hukuman fizikal atau hukuman terhadap emosi dan mental murid. Hal ini sedikit sebanyak membantu saya dalam membuka minda saya mengenai situasi di sekolah masa kini. Borang Soal Selidik guru bahasa Melayu SK (Felda) Raja Alias 3 Ketua Panitia bahasa Melayu 130


Guru bahasa Melayu 131


Borang soal selidik murid SK (F) Raja Alias 3 Borang soal selidik murid tahun 6 132


6.4.2 Kokurikulum Borang soal selidik GPK Kokurikulum Borang soal selidik murid tahun 6 133


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PBS II 134


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13 Jun 2024 Masa: 10.00 pagi Tajuk / Perkara : Perbincangan dengan pengurus sekolah SK Felda Raja Alias 3 Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1) Apakah tindakan yang encik ambil bagi mengatasi masalah atau cabaran semasa menjadi Guru Besar di SK (Felda) Raja Alias 3? 2) Apakah tindakan sebagai pengurus sekolah dalam meningkatkan kemenjadian murid di sekolah ini. 3) Adakah sekolah mengadakan program yang melibatkan kolaborasi komuniti? 1) Terdapat segelintir yang menolak cara pengurusan yang dijalankan dengan cara saya positifkan pemikiran guru-guru yang menolak. Contohnya, saya menerangkan semula matlamat sekolah. 2) Tindakan yang saya lakukan adalah saya mengambil perubahan dari satu per satu bukannya menyeluruh. Contohnya, saya berikan kesedaran dan tanggungjawab kepada guru. 3) Ada. Hal ini kerana kapasiti tenaga sekolah tidak dapat menampung murid-murid dengan memberikan ilmu yang luar dari bidang tugas guru seperti kebakaran atau rawatan mengenai kesihatan sama ada pergigian, reproduktif mahupun kesihatan tubuh badan. Tandatangan: Nama : Jawatan 135


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 14 Jun 2024 Masa : 11.00 pagi Tajuk / Perkara : Perbincangan dengan GPK 1 mengenai kurikulum Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1) Adakah sekolah telah menganjurkan program - program yang dapat berkaitan dengan dasar - dasar pendidikan ? 2) Apakah tindakan sekolah bagi mempertingkatkan pencapaian dan kualiti kerja guru-guru di sekolah ? 3) Apakah kaedah pentaksiran dan penilaian yang digunakan oleh sekolah bagi menilai setiap murid ? 4) Pengurusan fail persediaan mengajar seperti RPH dan rancangan tahunan. 1) Sekolah telah menganjurkan program-program yang berkaitan dengan dasar-dasar pendidikan seperti TS25, PAK21. 2) Pihak sekolah telah menghantar guru-guru seperti Ketua Panitia Mata Pelajaran bagi menjalani kursus/bengkel mengenai pembinaan modul dan bahan sokongan bagi subjek teras bermula peringkat Prasekolah sehingga Tahun 6. 3) Semua guru diwajibkan meyediakan borang transit skor PBD bagi merekod pencapaian murid pada setiap hari setelah tamat sesi pdpc. ● Kutipan data PBD akan dilakukan dua kali mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh jabatan. 4) Fail tersebut haruslah memiliki sukatan pelajaran yang terkini selaras dengan kehendak KPM dan 136


disimpan di dalam fail panitia oleh setiap guru mengikut subjek masing-masing. Tandatangan: Nama : Jawatan : 137


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 12 Jun 2024 Masa : 11.00 pagi Tajuk / Perkara : Perbincangan mengenai Kebajikan dan keperluan murid SK (F) Raja Alias 3. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1) Apakah bentuk kebajikan atau bantuan yang diberikan oleh sekolah kepada murid ? 1) Antara bentuk kebajikan yang diberikan kepada murid di sekolah ini ialah: - Dalam bentuk wang ringgit contohnya, kutipan derma daripada warga sekolah kepada murid yang kehilangan ibu bapa atau mengalami bencana seperti rumah terbakar. - Dalam bentuk barang seperti alat tulis dan seragam sekolah. ● Bentuk unit bantuan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada semua sekolah: - Pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS) kepada murid yang keluarganya berstatus golongan berpendapatan rendah. - Peruntukan yang diberikan kepada setiap murid untuk RMT adalah sebanyak RM 3.50 sehari, manakala PSS pula sebanyak RM 1.50. 138


2) Bagaimana pihak sekolah mendapatkan peruntukkan bagi menjalankan aktiviti kebajikan murid. 3) Bagaimana cara sekolah menerapkan aspek 3K dalam program-program yang dilaksanakan di sekolah ? 2) Pihak sekolah mendapatkan peruntukkan wang ringgit daripada: ● Pihak ibu bapa (PIBG) ● NGO ● Murid-murid SK (Felda) Raja Alias 3 (kutipan derma) ● Guru-guru SK (Felda) Raja Alias 3 (kutipan derma) 3) Menekankan aspek 3K. i.Keselamatan: Melaksanakan latihan kebakaran. ii. Kebersihan: Pertandingan keceriaan kelas. iii. Kesihatan: Perkhidmatan pergigian sekolah kepada semua murid, program suntikan imunisasi yang dikhaskan kepada murid Tahun 1, seperti: ● Program Bebas Denggi Sekolah (PBDS) ● Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA). Tandatangan : ____________________________________ Nama : Encik Mokhtar bin Maulud Jawatan : _Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Felda Raja Alias 3 139


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 12 Jun 2024 Masa : 10.00 pagi Tajuk / Perkara : Perbincangan dengan GPK Kokurikulum mengenai pelaksanaan kokurikulum di SK (f) Raja Alias 3. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1) Apakah kaedah yang digunakan untuk mendapatkan peruntukan bagi pasukan yang mewakili sekolah? 2) Masa yang dibenarkan untuk atlet berlatih adalah pada waktu petang. Apakah tindakan yang akan encik ambil jika terdapat ibu bapa tidak setuju? 3) Adakah terdapat kekangan dari segi masa atau pertindihan jadual sewaktu pelaksanaan kokurikulum diadakan ? 1) Pihak sekolah telah menetapkan bayaran yuran bagi setiap sukan bagi membantu menampung kos pakaian, peralatan dan makanan. 2) Saya akan berbincang dengan pihak sekolah dan rasionalkan ibu bapa murid yang terlibat dengan cara memberitahu latihan kita diadakan seawal jam 2.30 petang dan ada juga latihan pada jam 3.30 petang selepas asar. Isu lain pula, terdapat murid yang terlibat dengan kelas agama petang, jadi kita akan berikan surat dan jadual latihan kepada ibu bapa murid. Terpulang kepada ibu bapa sama ada mahu setuju atau tidak. 3) Jika dilihat pada waktu kini, terdapat kekangan masa dan pertindihan jadual antara kokurikulum dan latihan sukan peringkat sekolah. Hal 140


ini kerana kedua-duanya melibatkan pada waktu pagi. Tandatangan: Nama : Jawatan : 141


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 14 Jun 2024 Masa : 9.45 pagi Tajuk / Perkara : Perbincangan dengan ketua panitia Bahasa Melayu Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1) Apakah pendekatan atau strategi yang digunakan untuk memastikan pelajar memahami topik-topik dalam subjek Bahasa Melayu yang diajar? 2) Bilakah pentaksiran dan penilaian murid dilakukan? 3) Pendapat tentang UPSR dan kaedah peperiksaan/penilaian yang mana lebih baik. 1) Kami menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar, melibatkan teknologi seperti video pendidikan, dan pembelajaran kolaboratif untuk meningkatkan pemahaman dalam Bahasa Melayu. 2) Penilaian sumatif akan diadakah pada hujung tahun, pertengahan tahun seperti UASA. Manakala, penilaian formatif pula akan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran di dalam kelas sama ada melalui lisan atau lembaran kerja (kuiz). 3) Saya lebih memilih UPSR kerana saya rasa lebih berkesan. Murid-murid lebih fokus dan rajin. Motivasi murid lebih tinggi kerana ingin masuk ke sekolah berasrama penuh seperti MRSM dan SBP. 142


4) Tindakan yang dilakukan jika terdapat murid yang mempunyai tahap penguasaan yang rendah berbanding rakan sekelasnya. 5) Cabaran sebagai guru panitia. 4) Saya akan mengajar murid secara umum/keseluruhan. Kemudian, mengasingkan murid mengikut pelbagai tahap penguasaan mereka. Seterusnya, mengajar secara individu dengan murid yang mempunyai tahap penguasaan yang rendah berbanding murid yang lain. 5) Cabaran yang paling sukar ialah menguruskan guru-guru lain. Mengadakan program-program Bahasa Melayu seperti: ● Karnival bahasa Melayu. ● Bulan bahasa Melayu. ● Minggu bahasa Melayu Tandatangan : ____________________________________ Nama : Puan Nooraini binti Hashim Jawatan : Ketua Panitia Bahasa Melayu SK Felda Raja Alias 3 143


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 14 Jun 2024 Masa : 11.30 pagi Tajuk / Perkara : Strategi atau pendekatan yang diambil untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Bahasa Melayu. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1) Apakah tindakan yang dilakukan sekiranya terdapat murid yang lemah berbanding dengan rakan sekelasnya ? 2) Penerimaan murid terhadap subjek Bahasa Melayu. 1) Perkembangan murid-murid berbeza bagi setiap individu. Terdapat sesetengah murid yang mempunyai kemahiran yang lebih baik menyebabkan murid ini cepat belajar dan pandai membaca. Terdapat juga sesetengah murid yang lambat membaca. Jadi, cara untuk mengatasi masalah ini ialah saya akan lebih memberikan fokus terhadap murid-murid yang lemah dan mengadakan tugasan berkumpulan supaya rakan-rakan sekelasnya yang cepat belajar dapat membantu rakannya yang lemah. 2) Susah penerimaan murid terhadap Bahasa Melayu sebab subjek Bahasa Melayu ini memerlukan murid untuk banyak membaca dan memahami. Tandatangan: Nama : Puan Huda Binti Ghazali Jawatan : _Guru Bahasa Melayu SK Felda Raja Alias 3. 144


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 20 Jun 2024 Masa : 11.00 pagi Tajuk / Perkara: Perbincangan dengan kaunselor SK (Felda) Raja Alias 3 Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1) Apakah program - program yang telah dijalankan atau dirancang yang melibatkan kolaborasi komuniti? 2) Isu yang pernah berlaku disebabkan oleh ibu bapa yang mendatangkan masalah kepada murid. 1) Antara program yang dilaksanakan di sekolah ini yang melibatkan komuniti adalah ceramah kebakaran yang diketuai oleh Pasukan Bomba Jempol, aktiviti gotong-royong di kawasan sekolah yang disertai oleh PIBG sekolah serta Klinik Pergigian yang memberikan ceramah menjaga kesihatan gigi dan rawatan gigi murid-murid. 2) Tiada isu yang terlalu berat dan membimbangkan tetapi masih boleh dikesan dengan ketara kerana dapat dinilai dari aspek kelakuan tidak menyiapkan tugasan sekolah atau ponteng sekolah. ● Isu-isu yang menyebabkan dapat mendatangkan masalah kepada murid-murid ialah: - Ibu bapa bercerai - Ibu bapa yang terlalu mementingkan pekerjaan berbanding anak-anak. 145


3) Cara mengatasi isu-isu yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah ini. 3) Saya akan: ● Membantu dari segi mengambil berat tentang mereka kerana kanak-kanak ini, suka apabila orang dewasa memberikan perhatian kepada mereka. ● Bagi mereka perkara itu sudah mencukupi dan dapat mengatasi masalah atau perasaan sedih mereka. ● Saya juga akan menggunakan psikologi untuk mengubah persepsi murid tersebut daripada negatif kepada positif dari aspek persekitaran murid tersebut. Tandatangan: Nama : Jawatan : 146


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 21 Jun 2024 Masa : 8.30 pagi Tajuk / Perkara : Pelaksanaan Program 1 Murid 1 Sukan. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1) Bolehkah cikgu terangkan secara ringkas apakah itu Program 1 Murid 1 Sukan? 2) Bagaimana pihak sekolah memastikan setiap murid terlibat dalam program ini? 3) Apakah cabaran utama yang dihadapi dalam menguruskan Program 1 Murid 1 Sukan? 1) Program 1 Murid 1 Sukan adalah inisiatif yang mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Tujuannya adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif serta mengembangkan bakat sukan pelajar. 2) Kami memastikan setiap murid terlibat dengan menyediakan pelbagai jenis sukan yang menarik minat mereka, menetapkan jadual aktiviti yang sesuai iaitu 1 Murid 1 Sukan dijalankan pada pagi setiap hari Selasa, dan menggalakkan penyertaan melalui promosi dan sokongan guru. 3) Cabaran utama termasuk kekurangan kemudahan dan peralatan sukan yang mencukupi, 147


4) Bagaimana maklum balas daripada pelajar dan ibu bapa terhadap program ini? 5) Apakah harapan anda untuk masa depan program "1 Murid 1 Sukan" di sekolah ini? masalah komitmen masa pelajar dan guru, serta memastikan semua pelajar berminat dan terlibat secara aktif. Saya juga melihat beberapa orang guru tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan Program 1M1S. 4) Maklum balas umumnya positif. Pelajar menikmati aktiviti sukan dan ibu bapa menyokong program ini kerana ia membantu dalam perkembangan fizikal dan disiplin anak-anak mereka. Bermula dari Tahun Satu mereka telah mula melibatkan diri dalam sukan. 5) Saya berharap program ini dapat diperkukuhkan dengan lebih banyak kemudahan sukan, sokongan dari pihak sekolah dan komuniti sepert PIBG, serta peningkatan penyertaan dan minat pelajar dalam pelbagai jenis sukan. Tandatangan: Nama : Jawatan : 148


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 20 Jun 2024 Masa : 9.45 pagi Tajuk / Perkara : Perbincangan pengurusan 1 Murid 1 Sukan Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1) Bagaimana Program 1 Murid 1 Sukan dilaksanakan di sekolah ini? 2) Adakah sekolah mendapat sokongan yang mencukupi dari pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti untuk menjalankan program ini? 3) Adakah terdapat beberapa langkah dan inisiatif yang dijalankan oleh sekolah untuk memastikan semua guru bersedia menjalankan serta 1) Program 1 Murid 1 Sukan dilaksanakan di sekolah ini setiap pagi hari Selasa di mana 4 waktu akan digunakan untuk menjalankan program ini. Setelah perhimpunan para pelajar yang telah siap berbaju sukan akan pergi ke tempat perjumpaan masing-masing. 2) Ya, sekolah mendapat sokongan yang baik dari pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti. Ibu bapa melalui PIBG dan komuniti seperti agensi kerajaan yang seperti polis sering terlibat dalam acara sukan dan memberikan bantuan dari segi sumber tenaga, kewangan dan moral. 3) Ya, kami menyediakan latihan dan bengkel kepada guru untuk memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Kami juga mengadakan 149


menguruskan setiap permainan dalam Program 1M1S ini? 4) Apakah cara yang encik gunakan bagi menguruskan Program 1 Murid 1 Sukan agar tidak membebankan guru dan mampu memberikan manfaat yang maksimum kepada murid? mesyuarat berkala untuk membincangkan pelaksanaan program dan menangani sebarang cabaran yang dihadapi. Guru-guru juga digalakkan menyertai kursus kejurulatihan. 4) Saya memastikan jadual sukan disusun dengan baik dan tidak bertindih dengan tugas pengajaran. Kami juga membahagikan tugas secara adil di kalangan guru dan menyediakan sokongan yang diperlukan. Fokus kami adalah untuk memastikan program ini memberikan manfaat maksimum kepada murid tanpa membebankan guru. Tambahan lagi, sekolah ini hanya akan membuat latihan sukan dan kokurikulum pada waktu pagi sahaja supaya tidak membebankan guru, ibu bapa dan murid itu sendiri. Tandatangan: Nama : Jawatan : 150


Click to View FlipBook Version