Diterbitkan oleh
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
31150 Hulu Kinta
Perak
Malaysia
Tel: +605 533 1311
Fax: +605 533 2743
Diterbitkan pada Oktober 2021
PENAFIAN
Buku digital ini adalah sebuah karya fiksi. Kesemua nama, watak,
tempat, kejadian, dan insiden adalah merupakan produk daripada
imaginasi penulis. Sebarang persamaan yang terdapat dengan
yang hidup atau yang telah mati adalah tidak disengajakan.
HAKCIPTA TERPELIHARA
Tidak dibenarkan untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian
teks, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk
dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi,
rakaman, atau dengan cara lain kecuali dengan keizinan bertulis
daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
Jenis fon: Open Sans (30) dan Cerberi (21.6)
ABDUL MUHAIMIN
ⒸTerbitan edisi buku digital, Oktober 2021
IPG Kampus Ipoh
Pensyarah Pembimbing:
Dr. Hasnah Binti Awang
Penyelenggara:
Indrajit A/l Mohan
Muhammad Aiman Arif Bin Abu Bakar
Previn A/L Muniandy
Pengarang:
Para Siswa Guru Unit W5 dan W6 Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh
Penyunting:
Abdul Muhaimin Bin Akmal
Aisyah Adriana Binti Mohd 'Asri
Darshini A/P Anumanthan
Muhammad Syakir Asyraaf Bin Mohd Sukri
Reka Bentuk Kulit:
Nurin 'Ain Najah Binti Mohd Zairi
Nurul Sharaudah Binti Mohd Zani
Diterbitkan dengan kerjasama Jabatan Pengajian
Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
ABDUL MUHAIMIN
ISI KANDUNGAN
Pengenalan
Kata-kata aluan daripada Ketua Jabatan Pengajian Melayu i
Kata-kata aluan daripada Penyelaras Kursus MPU3012 iii
Kata-kata aluan daripada Wakil Editor v
Tangkap Layar Siswa dan Siswi Guru W5 dan W6 vi
Biodata Pengarang viii
Cerpen-cerpen
Penyambung Air yang Putus oleh Abdul Muhaimin bin Akmal 1
Selindung oleh Annur Nabihah binti Zuraidi 5
Surat Terakhir oleh Asmaniza binti Ismail 9
Aku dan Cikgu Maimun oleh Husna Azyyati binti Shaiful Bhari 13
Murukku oleh Ilamathy a/p Nallamuthu 18
Budi Bahasa Budaya Kita oleh Indrajit a/l Mohan 22
Lahirnya Putera oleh Loghavathana a/p Raja 26
Kawan Karib Saya Seorang Penulis oleh Mitrhashinii a/p Perumal 30
Hinanya Diri Ini oleh Muhammad Izzairul Aiman bin Ibrahim 35
Subuh Di Kampung Acheh oleh Muhammad Syakir Asyraaf bin Mohd
Sukri 39
Landasan oleh Najwa binti Abdul Aziz 43
Maafkan Aiman oleh Nur Suhadah binti Jainuddin 47
Pulang oleh Nurin 'Ain Najah binti Mohd Zairi 54
Hati Kita oeh Nurul Izzah binti Rosli 59
Lelah oleh Nurul Sharaudah Binti Mohd Zani 63
Sepatah Nasihat yang Berguna oleh Tevathaaranhi a/p Sasikumar 68
Hina Dunia oleh Ahmad Izzat Fathi bin Ahmad Munif 73
Ulang oleh Aisyah Adriana binti Mohd 'Asri 78
Masa Depan Di Tangan Siapa oleh Darshini a/p Anumanthan 82
Kisah Seorang Gadis oleh Eliza Kong Yuiin Li 86
Jasa Ayah oleh Khirthikasri a/p Mohan 90
Anta Permana oleh Lin Aribah binti Muhamad Sukri 94
Malunya Aku oleh Muhammad Aiman Arif bin Abu Bakar 98
Jasamu Guru oleh Muhammad Dizaidy Zikry bin Mohd Difardy 102
Negaraku oleh Neevashini a/p Thamil Selvan 106
ABDUL MUHAIMIN
Ku Nantikan Senja Menjelma oleh Nur Adlina Syamimi binti Othman 110
Syiling Emas oleh Nur Ain Amalin binti Zakaria 115
Kejayaan oleh Nur Aulya Safiyah binti Abdul Latif 119
Asyraf Budak Nakal oleh Nur Fatin Haziqah binti Romyfaizal 122
Habis Madu Sepah Dibuang oleh Previn a/l Muniandy 127
Seribu Terima Kasih Buatmu Cikgu oleh Sharmitha
Mol a/p P Thyvathas
Kanak-Kanak Bagai Malaikat oleh Tarunisha a/p Jegathesan 131
136
ABDUL MUHAIMIN
KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Salam damai saya ucapkan kepada semua pembaca eBook Antologi Asha
Minda. Terlebih dahulu syukur ke-hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya ahli
jawatankuasa eBook dan penyelaras eBook Dr. Hasnah binti Awang kerana berjaya
membangunkan eBook antologi cerpen dalam talian seperti yang telah dirancang.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada sidang redaksi eBook Asha
Minda kerana telah berjaya menghasilkan sebuah dokumentasi dan koleksi yang begitu
menarik dan berinformasi.
Penerbitan eBook Antologi Asha Minda ini mencerminkan kesungguhan pihak
Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ipoh dalam menggembleng tenaga untuk
menjayakan budaya kerja sepasukan. Usaha dan komitmen yang telah dicurahkan
untuk menerbitan eBook ini adalah suatu kejayaan yang besar yang dapat memaparkan
aktiviti serta kejayaan Jabatan Pengajian Melayu dan para guru pelatih. Inisiatif yang
penuh kesungguhan ini telah memaparkan satu kenyataan iaitu semua kejayaan ini
merupakan hasil kerjasama yang padu dan berterusan antara satu sama lain. Peluang
seperti ini dapat mengembangkan profesionalisme, malah melahirkan warga yang
berupaya memberi sumbangan kepada bidang bahasa dan karya sastera.
eBook ini sebagai wadah untuk berkongsi perspektif yang berlainan yang ada
antara warga IPG Kampus Ipoh. Melalui eBook ini, warga IPG Kampus Ipoh dapat
menyumbang hasil karya cerpen yang kreatif dan inovatif. Sumbangan daripada
pelbagai pihak membantu menyuburkan lagi budaya karya penulisan yang kreatif.
Matlamat ini adalah selaras dengan transformasi pendidikan menghendaki setiap
warga di IPG mengamalkan amalan penulisan secara lebih kerap. Penulisan akan
meningkatkan mutu kemahiran bahasa lalu akan meningkatkan tahap profesionalisme
keguruan.
i
Pada penghujung bicara, doa dan harapan sentiasa yang panjatkan kepada Allah agar
anak-anak didik akan menjadi insan berilmu, berjati diri dan berakhlak mulia,
seterusnya mampu menyumbang jasa bakti kepada negara tercinta. Harapan saya agar
Jabatan Pengajian Bahasa Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh sentiasa
beroleh kejayaan dan segala usaha akan diberkati Allah SWT.
Sekian. Terima kasih.
Shamsudin Bin Abu Bakar
Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu.
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
ii
KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Sekalung penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada Sidang Redaksi eBook yang
terdiri daripada para pelajar TESL Unit W5 dan W6, Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh atas kejayaan menerbitkan media eBook pada tahun 2021. Sebagai penyelaras,
saya ingin mengucapkan syabas atas setiap usaha dan kerjasama yang ditunjukkan
sepanjang penghasilan karya ini. Sesungguhnya, usaha ini merupakan suatu langkah
murni dalam memperkasakan martabat bahasa ibunda kita dalam kalangan pelajar.
Pendedahan tentang karya elektronik ini kepada para pelajar sedikit sebanyak telah
meluaskan lensa pemikiran serta minat mereka untuk membaca. Bahan bacaan fizikal
seperti buku, novel, majalah dan surat khabar sudah semestinya memberikan seribu
satu manfaat kepada para pembaca. Walau bagaimanapun, buku digital atau eBook
juga tidak kurang hebatnya. Terdapat heterogen kelebihan eBook berbanding buku
cetak termasuklah kos penghasilan yang lebih jimat serta mesra alam. Penghasilan
eBook boleh direalisasikan dengan hanya menggunakan akses Internet dan aplikasi
tertentu dalam talian. Impaknya, jumlah pokok yang ditebang untuk proses pembuatan
kertas juga dapat dikurangkan sekali gus mengekalkan kelestarian alam sekitar.
Selain itu, bahan bacaan digital atau eBook adalah lebih mesra pengguna. Hal ini
kerana memudahkan masyarakat terutama para pelajar dan untuk mendapatkan
maklumat yang kebiasaanya hanya boleh didapati di perpustakaan awam. Hal ini juga
jelas terbukti kerana eBook boleh dibawa dan diakses tanpa had masa dan lokasi.
Media ini juga lebih ringan jika dibandingkan dengan buku yang dicetak kerana
seseorang pembaca boleh memuatkan sebanyak buku yang dia perlukan dalam satu
gajet sahaja. Di samping itu, proses penyuntingan pada eBook juga lebih efisien dan
mudah dilakukan oleh para penyunting tanpa mengeluarkan naskah yang baharu.
iii
Akhir kata, tinggi harapan saya agar amalan membaca dapat disemai dalam kalangan
para pelajar terutama siswa guru di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia.
Sesungguhnya, amalan ini mampu menyumbang kepada pembinaan integriti seorang
guru yang berkaliber yang bakal meneraju anak bangsa pada masa hadapan. Semoga
pelaksanaan ini juga dapat memberi impak yang positif kepada murid-murid dan
masyarakat sekeliling.
Sekian, terima kasih.
Dr Hasnah Bt Awang
Penyelaras MPU3012
Ambilan Jun 2021
iv
KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Salam Keluarga Malaysia.
Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia-Nya dapat kami simpulkan usaha kami dalam pembikinan buku
digital atau eBook ini. Sesungguhnya, setiap usaha dan titik peluh yang telah
dikorbankan sepanjang tempoh penyuntingan eBook ini tidak akan menjadi sia-sia
apabila 'Asha Minda' sudah sedia untuk dimaanfatkan oleh seluruh warga pendidikan
di Malaysia.
Di samping itu, saya mewakili para siswa guru ingin menukilkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Dr. Hasnah Binti Awang serta barisan penyarah daripada Jabatan
Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang telah membimbing kami
dalam proses penghasilan eBook ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih dan syabas
kepada para siswa guru dari Unit W5 dan W6 yang tidak lokek untuk menyumbangkan
hasil-hasil penulisan mereka sehingga terbentuknya sebuah koleksi karya yang benar-
benar mempunyai nilai dari sudut sastera.
Sejujurnya, Asha Minda merupakan sebuah pentas kepada para siswa guru untuk
mempamerkan serta menyingkap kemahiran mereka dalam melakarkan sebuah karya
sastera bagi setiap peringkat umur. Sejajar dengan pelaksanaan kursus MPU3012,
penerbitan buku digital ini turut menjadi bukti kepada keunggulan siswa-siswa guru
jurusan Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dalam menggunakan
Bahasa Melayu secara kreatif dalam bidang penulisan.
Akhir kalam, saya amat berharap supaya buku digital ini dapat memberi faedah
kepada setiap pembaca tanpa dibelenggu oleh spektrum ruang dan waktu. Semoga
segala amal bakti dan usaha kita diberkati serta diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.
Muhammad Syakir Asyraaf Bin Mohd Sukri
Wakil Editor Asha Minda
Siswa Guru IPG Kampus Ipoh
v
SISWA DAN SISWI GURU UNIT W5
SISWA DAN SISWI GURU UNIT W6
vi
ABDUL MUHAIMIN
PERKONGSIAN DIGITAL BERSAMA
TOKOH
vii
ABDUL MUHAIMIN
Biodata Pengarang
eBook Antologi Asha Minda dibawakan khas oleh para siswa guru dari unit W5 dan
W6 yang mengambil jurusan Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua di
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Bergelar siswa tahun 1 PISMP, 32 penulis
ini telah berjaya menyumbangkan idea kritis mereka dalam usaha menghasilkan
eBook Antologi Asha Minda. Himpunan cerpen dalam eBook ini merupakan hasil
karangan mereka untuk tugasan subjek MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif.
Pilihan jurusan sama sekali tidak menghalang para pengarang muda ini untuk
berkarya sekali gus memberi inspirasi kepada siswa lain untuk turut berusaha
menghasilkan penulisan mereka sendiri.
viii
ABDUL MUHAIMIN
PENYAMBUNG
AIR YANG PUTUS
ABDUL MUHAIMIN
Penyambung Air yang Putus oleh Abdul Muhaimin
bin Akmal
E-mel: ipgkipoh442-6-
[email protected]
“Angah, bangun nak. Ibu sudah menyiapkan sarapan untukmu,” dengan lembut
Mak Itah mengejut anaknya, Aman, untuk ke sekolah. Dia baru sahaja memasuki
Tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah berdekatan dengan pasar nelayan di
Kuala Muda. “Nantilah, Bu! Lima minit!” herdik Aman dengan suara yang gumam
dan mamun kepada ibunya. Kak Itah terasa dengan herdikan anaknya itu, tetapi
hanya membiarkan sahaja kerana biarpun Aman seorang yang kasar, dia seorang
anak yang baik. Setiap kali pulang dari sekolah sahaja, hampir kesemua kerja-
kerja rumah dibantu oleh Aman. Lagipun Mak Itah faham kerana Aman dibesarkan
oleh arwah bapanya yang bersifat kasar dan juga bekerja sebagai askar. Pak Tam
telah meninggal dunia pada tahun sebelumnya akibat penyakit angin ahmar.
Beliau seorang yang tegas dan berkeras untuk menolak daripada menjalani
rawatan di hospital, akhirnya berlaku komplikasi darah pada otak.
Selesai mengejutkan Aman, Mak Itah keluar ke dapur untuk melakukan apa yang
patut. Suasana pagi yang aman dengan ciapan burung dan ayam berkokok tiba-
tiba sahaja hingar-bingar dengan bunyi motosikal dua lejang. Mak Itah tersenyum
kerana anak sulungnya, Amir, baru sahaja pulang daripada syif malam di kilang
bihun beras. “Assalamualaikum.” “Waalaikumussalam,” Mak Itah menyambut
salam Amir. “Anak ibu sudah pulang, mari makan,” sambungnya. Amir
melontarkan muka manis kepada ibunya, “Tidak mengapa, bu. Along telah
bersantap di kilang tadi. Malah badan saya ini sudah terlalu penat,” lalu bergegas
sambil membongkokkan badan ke bilik tidurnya. Amir seorang lepasan SPM dan
memberitahu ibunya bahawa dia bekerja di kilang. Namun hakikatnya dia
menyertai aktiviti lumba haram setiap malam.
Ketika berjalan ke bilik tidurnya yang terletak berhadapan dengan bilik Aman,
mereka berdua bertembung. “Sampai bila kau nak dusta kepada ibu?” tegur
Aman selamba. “Bukan masalah kau,” balas Amir dengan suara yang perlahan
supaya Mak Itah tidak mendengarnya. Aman telah mengetahui kegiatan Amir
sudah lama, namun memilih untuk tidak memberitahu ibunya, kerana dia
sebenarnya mengasihi abangnya.
“Angah, mari sarapan,” ajak Mak Itah. “Hmm,” balas Aman ringkas sambil
berjalan ke meja makan. Dia menarik kerusi, dan bersantap dengan nasi goreng
cili padi yang disajikan oleh ibunya. Suasana hening sepi... “Angah, ibu
menaruhkan harapan tinggi pada Angah. Belajar elok-elok, dapatkan keputusan
elok, banggakan ibu ya?” ujar Mak Itah secara spontan untuk memecahkan
suasana sepi yang kekok. “Baik, ibu,” balas Aman. Dia bukanlah seorang yang
ekspresif, tetapi jauh di sudut hatinya, dia amat menyayangi ibunya walaupun
kadangkala tindakannya mengguriskan ibunya. “Angah pergi dahulu,” kata Aman.
“Salamlah ibu dahulu,” balas Mak Itah. Aman kemudiannya mengucup tangan
Mak Itah lalu berlalu pergi ke sekolah.
2
Keesokan harinya, ketika berjalan pulang dari rumah, dia ternampak abangnya di
tepi bendang. Dia ternampak abangnya sedang melepak bersama rakan-rakannya
yang lain di sebuah pondok usang yang dilitupi dengan kain lama, kemungkinan
bertujuan untuk menyorokkan kegiatan haram. “Kau buat apa ni?” tanya Aman
kepada abangnya dengan wajah yang agak marah. Dia terlihat wang taruhan, kad
terup, dan bungkusan plastik yang dipenuhi dengan air berwarna hijau pekat.
“Jangan sibuk. Kau budak lagi. Tidakkah mata kau lihat yang aku sedang cari
rezeki ni?” kata Amir tidak peduli. Rakan-rakannya ketawa terbahak-bahak
dengan kata-kata Amir yang ironi. “Kau main judi lagi. Tak cukupkah kau habiskan
duit Ibu, air mukanya kau tipu hidup-hidup? Tidakkah kau berasa malu dengan
kejinya perangai kau ini? Orang kampung semua tahu perangai kau, tapi mereka
tidak beritahu Ibu sebab dia tidak pernah memburukkan orang,” kata Aiman
dengan nada yang marah. “Bukannya dia tahu. Siapa suruh dia menjadi seorang
yang bodoh kerana mempercayai aku?” ujar Amir seperti tiada sebutir pun rasa
kesal di dalam jiwanya. Aman berasa begitu marah dengan pernyataan Amir.
Tangannya digenggam bergetar-getar. Nampaknya darah pahlawan dari bapanya
masih mengalir di dalam urat-urat di dalam badannya.
Satu tumbukan singgah ke pipi Amir semasa dia sedang sibuk mengira duit
taruhan yang diambil dari Mak Itah semasa Aman tiada di rumah. Bertindak balas
daripada tumbukan itu, Amir yang juga mempunyai susur galur kepahlawanan
Bugis membalas tumbukan adiknya dengan memberikan pukulan yang tepat pada
mata Aman. Rakan-rakan Amir juga campur tangan dalam hal mereka berdua lalu
semuanya bertempur sesama sendiri. Nasib Aman baik, sebuah kereta peronda
polis yang kebetulan lalu di situ bergegas ke tempat mereka bergaduh. Rakan-
rakan Amir yang menyedari kehadiran polis segera mengutip segala kegiatan
haram mereka dan berlalu pergi manakala Amir dan Aman yang ‘khusyuk’ dalam
pergaduhan mereka digari oleh pegawai polis.
“Kenapa dengan kau orang berdua? Pemuda-pemudi kampung ini sepatutnya
menjadi harapan kepada kampung ini. Kalian berdua juga darah daging sendiri!
Sekiranya bapa kamu masih hidup, tentu sekali dia kecewa dengan akhlak kalian!”
marah pegawai polis itu. Aman dan Amir yang penuh birat dan lebam mulai rasa
kecewa dengan kelakuan mereka. Dalam perjalanan ke lokap, semua perkara
difikirkan oleh mereka, perasaan ibu mereka, pandangan masyarakat terhadap
mereka, segala rasa sesal mula zahir di dalam diri.
Semasa dikurung dalam lokap, keheningan malam dalam lokap mula membuatkan
mereka refleksi diri. Amir mula membuka bicara semasa mereka termenung jauh,
“Aku mahu minta maaf, Angah.” Aman masih diam dengan kata-kata itu, tanpa
menunjukkan suatu ekspresi muka. “Aku banyak mendustakan Ibu, aku
mengecewakan dia. Harapan keluarga yang terletak di bahu aku sepatutnya aku
dukung dengan baik. Aku sepatutnya menjadi contoh yang terbaik untuk kau,
Angah,” pada mulanya Amir bercakap dengan biasa, kemudian dia mula sebak
dan menangis teresak-esak. “Aku juga telah melakukan banyak salah kepada Ibu.
Aku baru sedar bahawa aku banyak menyakiti dia. Kata-kataku menyakitkannya,”
3
kedua-dua beradik mula menyesali perbuatan mereka dan mula membetulkan apa
yang telah kusut di antara mereka.
Keesokan paginya, mereka dilepaskan dari lokap apabila Mak Itah mengikat jamin
mereka. Keluar sahaja dari lokap itu, kedua-dua beradik memeluk ibu mereka.
“Maafkan kami, Ibu! Kami berdosa pada Ibu.” Aman menyambung “Angah tak
mahu biadap lagi dengan Ibu, Aman sedar dosa Aman.” Amir pula berkata “Along
juga banyak temberang pada Ibu. Along dah kesal dengan semua kejahatan yang
Along lakukan.” Mak Itah sebak dengan keinsafan kedua puteranya. Ternyata
doanya yang dipinta kepada Tuhan selama ini telah makbul. Kesantunan telah
dicapai oleh kedua puteranya dan kebahagiaannya tidak dapat diucap dengan
kata-kata dan makna.
4
Selindung oleh An Nur Nabihah binti Zuraidi
Emel: [email protected]
“Laju lagi Dib!,” teriak anak remaja lelaki berbangsa India, Kalvi kepada rakan
sepasukannya sebaik sahaja mereka mula menguasai bola lusuh itu. Adib berlari
di tengah-tengah padang, berusaha meningkatkan kelajuan lariannya untuk
melepasi benteng pertahanan lawan. Dia menggelecek bola ke kawasan kiri
padang dan bola diberikan kepada pemain sayap pasukan, Latif. Latif
merancakkan lagi kemaraan pasukan Bola Kayu ini. Dia mengambil langkah besar
untuk melepaskan tendangan jarak jauh ke arah ruangan gol. “Gol!,” sorak anak-
anak lelaki itu keriangan apabila mereka berjaya menjaringkan gol kemenangan
pada petang itu. Teriakan mereka disusuli bunyi hon dari motosikal yang cukup
dikenali. “Bila nak balik rumah? Hari dah menjelang senja!”, jerit Tok Abu dari
luar padang mengingatkan cucu kembarnya untuk pulang sebelum azan
berkumandang. Adib dan Latif melambai-lambai tangan tanda mereka
mendengar seruan tersebut.
“Hei, Bola Kayu! Esok kita bertarung lagi ya.”, kata si ketua pasukan lawan.
Untung sahaja mereka tidak terasa akan kekalahan pada hari ini. Manakan tidak,
sudah hampir lima perlawanan persahabatan antara dua pasukan ini dimenangi
oleh pasukan Bola Kayu. Namun, itulah adat sebuah pertandingan. Kalah dan
menang bukanlah pengukur tahap usaha dan kerjasama sepasukan, malahan ia
seharusnya menjadi sumber kekuatan untuk terus mengorak langkah ke hadapan.
Kunci utama hubungan ini masih baik semestinya adalah komunikasi dan tolak
ansur yang santun. Hal ini amat dititikberatkan oleh para remaja tersebut.
Tepat azan berkumandang, Latif dan Adib sudah bersiap-siap untuk melangkah
ke surau. Sudah menjadi kebiasaan bagi pasangan kembar ini untuk menunaikan
fardu solat di surau kampung. Pada hemat mereka, kalau bukan anak-anak
muda, tiada siapa yang bakal mengimarahkan surau kecil itu. Jika hendak
diharapkan golongan tua, maka lemahlah benteng agama anak muda di kampung
itu. Usai solat Maghrib, kedua mereka pulang ke rumah. “Apa yang kau bincang
dengan Mak semalam?” soal Latif memecah kesunyian malam. Sejak seminggu
yang lalu, dia sering melihat kembarnya masuk ke bilik Mak pada waktu malam
namun tidak pula Adib bercerita tentang hal itu kepadanya. Latif menjadi
penasaran kerana kebiasaannya, mereka akan berkongsi cerita namun bukan
pada kali ini. “Oh yang itu, hmm..tak, tak ada apa-apa, Mak cuma minta aku
urutkan pinggangnya,” jelas Adib sedikit tersentak dengan soalan yang diajukan.
Kepala Latif dianggukkan tanda faham.
Kipas siling yang berpusing ditenung kosong. Latif ralit memikirkan hal Maghrib
tadi. Ekor matanya menjeling ke arah katil di sebelahnya namun Adib tidak
kelihatan. “Mungkin dia pergi mengurut Mak,” katanya sendirian. Tidak mahu
berburuk sangka, Latif menarik selimut nipisnya menutupi kepala dan cuba untuk
tidur.
6
“Jangan sampai Latif tahu tentang ni,” kedengaran suara Mak yang membuatkan
Latif tersedar serta-merta. Dia melangkah perlahan ke arah bilik Mak. Perlahan,
supaya tapak kakinya tidak kedengaran. “Adib tanda tangan di sini, supaya
senang untuk Mak uruskan hal waris dan penjamin ni,” membulat mata Latif
mendengar perkataan terakhir yang diucapkan oleh Mak. Adakah selama ini Adib
masuk ke bilik Mak untuk berbincang tentang pembahagian harta arwah ayah?
Bukankah semuanya telah ditentukan mengikut hukum yang tertentu? Tetapi
mengapa mereka perlu merahsiakan hal ini daripadanya? Tanpa berfikir panjang,
dia meluru masuk ke dalam biliknya dengan perasaan sedikit marah dan kesal.
“Apa lebihnya Adib? Sedangkan aku juga layak untuk ambil tahu hal-hal
sebegini,”. Dia akui sejak kebelakangan ini, Mak lebih banyak bercakap dan
meminta pertolongan Adib. Apakah Mak berlaku pilih kasih? Tidak mungkin.
Matanya mula berkaca. Tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk berburuk
sangka terhadap ibu dan kembarnya itu. Namun pada malam itu, untuk pertama
kali dalam hidupnya dia meragui kepercayaannya terhadap dua insan penting itu.
Keesokan paginya, Latif terlihat sedikit lain dari kebiasaannya. Sepatah kata pun
tidak diucapkan kepada Adib. Usai solat Subuh dan bersiap-siap, dia segera
menyalami tangan Mak dan bergegas ke sekolah. Mak juga tidak sempat
mengucup dahi anak manjanya itu. “Kenapa dengan adik kamu tu, Adib?” tanya
Mak sedikit hairan. Jarang sekali anak lelakinya bersikap seperti itu. Anak
kembarnya sentiasa menunjukkan perilaku yang baik sehingga sering dipuji oleh
penduduk kampung. Santunnya terhadap orang tua, sayangnya terhadap kanak-
kanak dan hormatnya terhadap penduduk setempat sememangnya wajar
dijadikan teladan anak muda lain. Mak beranggapan bahawa pasti ada sesuatu
perkara yang terjadi kepada Latif sehingga dia bersikap dingin pada pagi ini.
Di sekolah, Adib langsung tidak nampak kelibat kembarnya kecuali waktu kelas.
Adib dan Latif merupakan rakan sekelas namun tidak pula duduk bersebelahan.
Pada waktu rehat, puas dia meronda mencari Latif tetapi tidak dijumpai. “Aku
perasan Latif macam dingin saja hari ni,” tegur Gong-sun sebaik sahaja
melabuhkan punggung di kerusi sebelah Adib. Adib yakin ramai yang perasan
akan perubahan Latif pada hari itu. Tidak sempat ingin membuka mulut berbicara,
kelibat Latif muncul di hadapan pintu kelas. Di belakangnya ada Syamil, samseng
sekolah. Adib mula rasa tidak senang. Sengketa ini harus dirungkaikan dengan
segera sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini. Bukan hendak bersangka
buruk tetapi Syamil bukanlah pengaruh yang baik untuk menjadi teman bergaul
bagi Latif mahupun dirinya. Walau bagaimanapun, Adib yakin bahawa Latif
bukanlah seorang yang mudah terpedaya dan terikut-ikut akan perilaku yang
negatif.
Pada malam itu, Adib bertekad untuk berbicara dengan Latif. Dia yakin bahawa
masalah yang ada pasti dapat dirungkaikan melalui budi bicara yang baik. Usai
solat Isyak di surau, mereka pulang ke rumah dan kedua-dua remaja itu masuk ke
dalam bilik. “Latif, ada apa-apa yang terjadi pada kau ke?”, tanya Adib terus
tanpa berbasa-basi. Melihatkan Latif yang hanya mendiamkan diri, tangannya
menyentuh bahu kembarnya.
7
“Aah! Jangan pegang aku,” bentak Latif secara tiba-tiba. Nafasnya menjadi laju
dan jantungnya berdegup kencang. Perasaannya bercampur baur antara marah,
kesal dan sedih. “Kalau kau ada masalah dengan aku, kita patut bincang bersama,”
terang Adib.
“Sudah lah kau, selama ni hal yang kau bincangkan dengan Mak tak pula kau
kongsi dengan aku, sekarang ni terhegeh-hegeh nak aku terus-terang. Aku tak
sangka kau dengan Mak buat aku macam ni. Lebih baik aku berhambus!” hambur
Latif dengan marah. Hilang sudah kelembutan pada bahasanya. Dia meluru keluar
dari bilik namun langkahnya terhenti. Wajah sayu Mak membuatkan langkahnya
seakan terbelenggu. “Anak mak sayang, mari dekat mak, nak,” pujuk Mak perlahan
sambil merangkul tubuh remaja anak lelakinya itu. Diusap lembut belakang tubuh
Latif. Selawat dan istighfar meniti di bibir lalu ubun-ubun anaknya dikucup. Maka
berhamburan air mata si anak, yang tidak lama sebelum itu dikuasai api kemarahan.
Terubat, namun sakit masih bertapak di hati.
Di dalam bilik Mak, ketiga-tiga beranak itu duduk berbincang. “Kenapa perlu
rahsiakan daripada Latif, tengok sekarang dah salah faham,” ternyata hal yang
asyik dibincangkan oleh abang kembar dan ibunya adalah mengenai permohonan
kemasukan Latif ke Institut Pendidikan Guru yang sedang diusahakan. Urusan waris
dan penjamin juga termasuk dalam prosedur pendaftaran. Mak dan Adib sangat
arif dengan minat dan cita-cita Latif untuk menjadi seorang guru. Namun, sejak
pemergian ayah, impiannya separuh musnah asbab masalah kewangan. Tanpa
pengetahuan Latif, ayah terlebih dahulu telah memperuntukkan wang untuk kedua-
dua anak kembarnya melanjutkan pelajaran sebelum dia menghembuskan nafas
terakhir. Sungguh besar jasa ayah buat mereka sekeluarga.
“Itulah Mak, Adib dah pesan tak usah dirahsiakan, sekarang Latif merajuk siapa
nak pujuk?” senda si abang untuk menjernihkan keadaan. Tersipu Mak mendengar
usikan anaknya itu. Memang tidak wajar untuk dia melakukan hal sedemikian lagi.
“Maafkan mak, ya. Lepas ni tak usah gaduh-gaduh berteriak dalam bilik lagi, mari
Mak masak makan malam, Tok Abu kamu lapar tu,” ajak Mak lalu terus melangkah
ke dapur. Melihatkan senyuman lebar anak kembarnya bersama, dia menghela
nafas lega. Dia yakin dan percaya bahawa komunikasi dan toleransi penting dalam
apa jua hubungan. Syukur dipanjatkan ke atas Tuhan kerana dikurniakan anak-anak
yang tak lekang dari melakukan kebaikan dan berkhidmat untuk dirinya. Adib yang
penuh beradab, Latif yang lembut hati dan sopan, moga mereka menjadi contoh
kepada generasi kini untuk terus mengamalkan sikap kesantunan.
8
Surat Terakhir oleh Asmaniza binti Ismail
E-mel: ipgkipoh444-6-
[email protected]
Hujan lebat turun membasahi bumi pada malam itu dimana aku sebenarnya telah
dihalau oleh ayah. Niat dihati ini bukanlah untuk melawan tetapi aku sebenarnya
mahu menyatukan mereka kembali. Aku berjalan dibasahi hujan menuju ke stesen bas
ekspres yang terletak jauh daripada rumahku. Ayah kelihatan seperti dia benar-benar
marah kepadaku sehingga dia sanggup menghalau anaknya sehelai sepinggang.
Namun, tuah masih lagi menyebelahi aku kerana aku masih mempunyai beberapa
ringgit wang tunai yang cukup untuk menampung kos perbelanjaan aku untuk pulang
ke kampung halaman ayah. Sebenarnya, ini merupakan pengalaman pertama aku
pulang ke kampung untuk bertemu dengan datuk dan aku hanya mampu bergantung
kepada sehelai kertas yang aku yakin bahawa itu merupakan alamat rumah datuk.
Sepanjang perjalanan pada waktu malam yang hening dan ditemani dengan bunyi
titisan hujan menyebabkan aku tenggelam ke dalam fikiran sendiri. Kejadian sebentar
tadi masih lagi bermain dalam fikiranku. ”Ayah, sampai bila ayah nak menjadi seorang
anak yang ego? Rasanya, sudah tiba masanya untuk kita semua pulang dan melawat
datuk di kampung,” aku memberanikan diri untuk menyuarakan perkara yang sudah
lama aku pendam. Ayah terdiam sebaik sahaja dia mendengar persoalan daripadaku,
makanan yang dihidangkan di atas meja ditenungnya. Ibu memberikan isyarat tangan
untuk menyuruh aku mendiamkan diri. Aku tidak menghiraukan isyarat ibu malah, aku
bertanya lagi kepada ayah ”Surat-surat yang dikirimkan itu adalah untuk dibalas,
bukannya untuk disimpan. Cuba letakkan diri ayah dalam situasi datuk pada ketika
itu. Jangan disebabkan oleh ego ayah yang tinggi itu, ayah hilang peluang untuk
memohon kemaafan daripada bapa kandung ayah sendiri!” aku tidak mampu
mengawal perasaanku pada ketika itu dan secara tidak sengaja aku telah
meninggikan suaraku.
Ayah terus bangun dan menghentam meja makan dengan kuat dan membuatkan
semua yang berada di meja makan terkedu lalu dia bersuara ”Diam! Berapa kali aku
nak cakap yang orang tua tu bukan ayah aku! Ayah aku dah lama mati! Jangan kau
berani sebut tentang orang tua tu lagi dalam rumah ni!”. Aku berasa marah tatkala
mendengar kata-kata begitu daripada seorang lelaki yang amat aku hormati di dunia
ini. ”Tak guna ayah belajar tinggi-tinggi sampai ke London, kalau akhirnya ayah lupa
asal usul ayah dan ayah menghina lelaki yang telah bersusah payah membesarkan
ayah. Amin lebih rela hidup dengan datuk di kampung daripada hidup dengan ayah
yang tak mengenang budi!” aku seperti telah dirasuk dan aku telah meluahkan segala
ketidakpuasan hatiku.
Tangan ayah laju mencapai kolar bajuku dan menarik aku keluar daripada rumah dan
pintu pagar dikunci olehnya. Dia meninggalkan aku terpinga-pinga diluar ditemani
bunyi titisan air hujan yang lebat. Ayah kemudiannya berpaling dan berkata bahawa,
”Jika itu kehendak kamu untuk tinggal bersama orang tua itu, pergilah.
10
Ayah tidak akan menghalang kamu kerana kamu sudah mampu membuat keputusan
sendiri,” perkataan ayah itu ditekankan seperti dia mahu menyatakan bahawa, aku
masih lagi dibawah tanggungjawabnya. Namun begitu, ke mana tumpah kuah kalau
tidak ke nasi, ego menguasai diri dan aku berjanji bahawa aku akan membuatkan
ayah menyesal dengan tindakannya pada malam ini. Sebelum aku berlalu pergi, aku
sempat menjerit memohon maaf kepada ibu bapaku, andai kata itu merupakan kali
terakhir aku bertemu dengan mereka.
Aku terjaga daripada tidur apabila pemandu bas tersebut cuba untuk mengejutkan
aku. Berdasarkan riak wajahnya, dia mungkin risau kerana aku seorang sahaja
penumpang yang belum turun daripada bas. Lelaki tersebut kemudiannya bertanya
kepadaku, destinasi mana yang hendak dituju dan menawarkan diri untuk
menghantarku. Apabila aku menunjukkan sehelai kertas yang mengandungi alamat
rumah datuk itu, lelaki itu tersenyum lalu dia berkata, ”Nama anak muda ini, Amin?
Adakah betul tekaan pak cik? Jangan risau, nama pak cik ialah Saad dan pak cik
kenal datuk dan ayah kamu, Amin. Mari pak cik hantarkan sampai ke rumah datuk,”.
Aku terkejut apabila lelaki itu mengetahui namaku dan tanpa berfikir panjang, aku
terus bersetuju untuk mengikut lelaki itu.
”Ayah kamu, si Ahmad itu baik orangnya, Amin. Dia merupakan sahabat baik pak cik
sejak daripada kami lahir. Tapi sayang, hanya disebabkan oleh sedikit salah faham
yang berlaku, dia sudah lama tidak pulang ke kampung,” kata Pak Cik Saad.
Setibanya aku di pekarangan rumah datuk, aku hairan melihat seorang wanita tua
yang boleh dikatakan sebaya dengan arwah nenek. Aku hanya pernah melihat datuk
dan nenek melalui sekeping gambar yang disimpan oleh ayah dicelah buku-buku
miliknya. Aku menghampiri wanita tua itu dan memanggilnya nenek dengan lembut.
Wanita tua itu terus memelukku dengan erat dan aku dapat rasakan bahawa dia
mengenali siapa diriku, persoalannya siapakah wanita misteri ini dan dimanakah
datuk?
Rupa-rupanya, wanita misteri itu merupakan emak kepada Pak Cik Saad. Dia
menjemput aku dan Pak Cik Saad untuk naik ke atas rumah terlebih dahulu dan dia
akan menceritakan segalanya kepadaku. Baru sahaja aku melabuhkan punggung, aku
terdengar bunyi hon daripada kenderaan yang masuk ke pekarangan rumah datuk dan
figura seorang lelaki yang amat aku kenali keluar daripada perut kereta tersebut!
Ayah! Akhirnya, selepas bertahun-tahun lelaki ini pulang juga ke kampung halamanya
dan aku mula berasa gembira kerana usaha aku untuk menyatukan ayah dan datuk
akan tercapai. ”Ahmad, akhirnya kamu pulang nak, maafkan ibu, Ahmad. Ayah dan
ibu sepatutnya menceritakan perkara ini ketika kamu berada di London dahulu,” sayu
hati ini mendengar luahan daripada wanita tua itu dan aku turut berasa hairan kerana
wanita itu menggelarkan dirinya sebagai ”ibu”.
Akhirnya, perkara sebenar telah pun dirungkaikan dan nasi sudah menjadi bubur.
Emak kepada Pak Cik Saad atau dikenali sebagai Nek Kiah sebenarnya merupakan
sahabat baik arwah nenek yang telah menjaganya sepanjang hari-hari terakhir arwah
nenek sebagai penghidap kanser paru-paru tahap akhir.
11
Datuk menuruti permintaan arwah nenek untuk merahsiakan perkara ini daripada
pengetahuan ayah supaya tidak mengganggu pelajarannya di London. Arwah nenek
juga meminta supaya datuk mengahwini Nek Kiah selepas pemergiannya kerana dia
tahu bahawa Nek Kiah adalah orang yang paling layak untuk menggantikan
tempatnya. Apabila perkahwinan datuk dan Nek Kiah sampai ke pengetahuan ayah,
ayah salah faham dan berpendapat bahawa datuk telah berlaku curang terhadap
arwah nenek sepanjang ketiadaan ayah di bumi Malaysia.
Surat-surat yang diterima oleh ayah itu sebenarnya dikirimkan oleh Pak Cik Saad dan
sebenarnya surat-surat itu merupakan koleksi surat yang telah dikumpul oleh datuk.
Sebelum datuk menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia sempat berpesan
kepada Pak Cik Saad untuk mengirim semua surat itu kepada ayah dan meminta agar
Pak Cik Saad menyampaikan pesanan terakhirnya iaitu permohonan maaf buat
anaknya yang tercinta. Tetapi sayang, ayah tidak pernah membuka surat itu walaupun
sekali. Selepas segala salah faham diselesaikan, aku hanya mampu menatap wajah
ayah yang dipenuhi kekesalan dan air mata mula mengalir deras. Arwah datuk
sebenarnya sudah 3 bulan meninggalkan dunia ini dan Pak Cik Saad sebenarnya telah
mencuba pelbagai perkara untuk menyampaikan perkara ini kepada ayah tetapi
sering menemui kegagalan.
Peristiwa pada hari itu mengajar aku erti sebenar sebuah kehidupan. Aku sedar
bahawa komunikasi yang berkesan itu penting bagi mengelakkan daripada
berlakunya salah faham yang mampu meragut kebahagiaan seseorang yang mampu
menyebabkan penyesalan seumur hidup. Segala kenangan pahit yang telah berlaku
kepada ayah pada hari itu, akan aku jadikan iktibar untuk meneruskan kehidupan ini
dan aku berjanji bahawa aku akan sentiasa mentaati dan menghormati kedua-dua ibu
bapaku.
12
Aku dan Cikgu Maimun oleh Husna Azyyati binti
Shaiful Bhari
E-mel: [email protected]
Jam di sebelah katilku menunjukkan tepat pukul 7.40 pagi menandakan sudah
waktunya untuk aku ke sekolah. Namun pada hari itu, aku sudah terlewat untuk ke
sekolah. Tambahan pula, hari itu adalah hari pertama sesi persekolahanku setelah
sekian lama menternak lemak di rumah. Aku bergegas bangun dari tempat tidurku
dan mula membersihkan badan dengan sekadar ‘mandi kerbau’ dan terus menyiapkan
beg sekolahku. Menyesal aku mengabaikan deringan loceng telefonku, sudahnya aku
yang terlewat untuk ke sekolah. Namun menyesal sekarang tiada gunanya lagi. Lantas
aku memanggil ibuku untuk bersalam sebelum ke sekolah namun tiada sahutan
daripadanya. Lalu, aku pun pergi dengan begitu sahaja dan segera mendapatkan
basikal merah kesayanganku. Aku menunggangnya dengan laju kerana bimbang
bakal dimarahi guru bertugas pada hari itu kerana datang lambat.
Sepuluh minit sudah berjalan dan aku akhirnya sampai ke sekolah. Aku menyusup
masuk ke dalam sekolah dengan senyap-senyap melalui pintu pagar belakang. Aku
tidak menggunakan pintu pagar utama kerana risau guru yang bertugas pada hari itu
adalah guru kelasku. Aku tidak mahu guru kelasku melihat kelibatku datang lambat ke
sekolah kerana jelas sekali rekod kehadiranku sangat baik. Namun begitu, sebaik
sahaja aku berjaya masuk ke kawasan sekolah, aku mendapati tiada kelibat guru yang
sedang bertugas kelihatan. Aku sedikit kehairanan namun membiarkan sahaja
perasaan hairanku itu berlalu pergi dengan sendirinya dan menarik nafas lega kerana
tidak tertangkap. Aku mula mengorak langkah laju agar sampai sebelum guru mata
pelajaranku yang pertama pada hari itu iaitu Cikgu Maimun, guru subjek Sejarahku.
Sesampainya aku di kelas, susuk tubuh Cikgu Maimun belum kelihatan menandakan
aku belum terlewat untuk kelas pertamaku. ‘Fuhh! Bernasib baik sungguh aku harini
ibarat menang loteri.’ Omongku di dalam hati. Namun, belum sempat aku duduk
kedengaran tumit kasut Cikgu Maimun berdetak laju menuju ke kelasku.
Cikgu Maimun, guru Sejarah juga merangkap guru kelasku merupakan seorang guru
yang sangat penyayang dan sangat mengambil berat akan anak-anak muridnya.
Beliau juga seorang yang sangat patriotik dan memang tidak dipersoalkan lagi
mengapa beliau dilantik sebagai Ketua Panitia Sejarah. Sepanjang bulan
Kemerdekaan ini sahaja hampir setiap hari beliau mengenakan pakaian yang bercorak
bendera Malaysia, lagi-lagi pada hari Rabu yang merupakan hari kokurikulum, cukup
lengkap satu set! Lihat sahaja kelasku ini, penuh dengan bendera Malaysia yang kami
pasang atas arahan beliau. Katanya agar kami menang anugerah kelas paling patriotik
dan tidak dinafikan juga semangat beliau itu layak untuk dijadikan contoh.
Setibanya beliau di dalam kelas, ketua kelasku memberi salam, “Assalamualaikum
Cikgu Maimun.” Beliau kemudian membalas, “Waalaikumussalam murid-murid. Okey
awak semua dibenarkan duduk. Memandangkan bulan ini adalah bulan kemerdekaan
jadi pada hari ini saya akan mengajarkan tajuk ‘Kemerdekaan’.
14
Ini adalah antara tajuk yang sangat menarik untuk dipelajari tau jadi cikgu harap
awak semua dapat fokus semasa cikgu mengajar supaya nanti awak semua sedar
akan pentingnya untuk menjaga tanah air kita. Susah payah pahlawan-pahlawan kita
berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan sampaikan sanggup bertumpah darah.
Jadi kita sebagai penyambung generasi, jangan sampai tanah air kita kembali
dijajah.” Seperti kebiasaannya, sebelum memulakan pelajaran, Cikgu Maimun
terlebih dahulu akan bercerita tentang sejarah-sejarah tanah air, katanya supaya kami
semua tidak akan melupakan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dan mengambil
iktibar daripadanya. Beliau juga sentiasa memetic kata-kata George Santayana,
"Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” sampaikan sudah terlekat
perkataan tersebut di benak kami sekelas. Apabila selesai dengan sesi penghayatan
sejarah beliau itu, beliau mengarahkan kami untuk duduk dalam kumpulan kerana
beliau sudah menyusun aktiviti untuk sesi pembelajaran kami pada hari itu agar lebih
menarik. Maklumlah, sebut sahaja sejarah, ramai yang sudah mula menguap. Aku juga
tidak terkecuali.
Sejarah denganku seakan-akan garisan selari yang tidak akan pernah bertembung.
Mendengar Cikgu Maimun bercerita pengenalan sahaja aku sudah di awang-
awangan seolah-olah Cikgu Maimun mengulitku tidur. Belum masuk isi
kandungannya lagi, silap-silap sampai ke bulan agaknya dah aku. Aku juga tidak
pernah skor dalam subjek Sejarah dan awal-awal lagi aku sudah mengecualikan
subjek tersebut dari senarai targetku. Namun, perasaan tidak minatku terhadap
sejarah tidak aku tunjukkan secara terang-terangan, bimbang Cikgu Maimun berkecil
hati denganku. Lagipula aku sangat menyayangi dan menghormati Cikgu Maimun
sebagai guruku kerana beliau sememangnya merupakan seorang guru yang sangat
baik, suka belanja anak muridnya, sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada
anak muridnya serta seorang guru yang sangat penyayang. Beliau melayan anak
muridnya seakan-akan kami ini anak-anak kandungnya. Setengah jam sudah berlalu
dan kelihatan rakan-rakan sekelasku masih asyik dengan aktiviti pada hari itu.
Namun, diriku masih tetap terasa kosong, sama seperti sebelum-sebelumnya.
‘Krrrriingggggg!’ Loceng berbunyi menandakan tamat sudah sesi pembelajaran kami
dengan Cikgu Maimun pada hari itu, dan tiba-tiba sahaja mataku kembali cerah.
Sebaik sahaja kami mengucapkan terima kasih kepadanya, Cikgu Maimun tiba-tiba
memanggilku lalu berbisik, ‘Hamdan masa rehat nanti cikgu nak jumpa awak, nanti
datang ke bilik guru,’ katanya lalu berlalu keluar dari kelas kami.
Aku merenung kosong memandang kelas dan kembali ke tempat dudukku. Entah apa
reaksi yang aku patut beri. Sesi pembelajaran diteruskan seperti sedia kala.
‘Krrriiinggggg!’ Loceng rehat sudah berbunyi. Aku tidak keluar membeli pada hari itu,
entah kenapa tidak terasa seperti hendak makan. Lalu, aku keluar menuju ke bilik
guru untuk menemui Cikgu Maimun. Beliau kemudian menyatakan hasratnya
memanggilku pada hari itu. Beliau ingin melantik aku sebagai Ketua Program
sempena Bulan Kemerdekaan peringkat Daerah yang akan diadakan pada hujung
minggu dan disertai dengan pelajar dari sekolah lain juga. Kata beliau program yang
akan dijalankan nanti akan berlansung di muzium negara. Tambah beliau juga, di sana
kami akan mempelajari pelbagai cerita sejarah yang telah terjadi di negara kita ini.
15
Aku tiba-tiba terpinga-pinga mendengar kata-kata Cikgu Maimun itu, perasaanku
bercampur baur, sepertinya Cikgu Maimun sudah salah memilih aku, sudah terang
lagi bersuluh aku tidak layak untuk mengikuti program ini, lihat saaja markah ujian
Sejarahku tidak pernah sekali pun aku mendapat A. Aku bereaksi tidak senang sambil
merengus di dalam hati. Cikgu Maimun yang melihat reaksiku lantas menepuk bahuku
sambil berkata, “Cikgu yakin awak boleh Hamdan. Awak budak bijak, budak hebat,
setakat nak uruskan program ni apalah sangat.” Beliau juga percaya terhadap
kebolehanku. Aku cuba menyangkal dakwaan itu, “Tapi cikgu…”, belum sempat aku
menghabiskan ayatku Cikgu Maimun sudah pun menulis namaku pada senarai
peserta program tersebut. Aku akur dengan arahan tersebut dan kembali ke kelasku
tanpa sebarang reaksi dan meneruskan sesi persekolahanku pada hari itu seperti
biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Seusai masa berlalu, saat yang dinantikan telah pun tiba. Hari yang ditunggu-tunggu
telah pun menjelma. Aku berazam untuk memastikan program ini akan berjalan
dengan lancar. Aku hadir membawa nama sekolahku dan nama Cikgu Maimun. Aku
tidak mahu memburukkan nama sekolah kami dan aku juga ingin menjaga air muka
Cikgu Maimun. Aku bertolak awal pagi itu dan sempat bersarapan di rumah. Kami
semua berkumpul di dataran tapak perhimpunan sekolah. Jam 9 pagi kami semua
bertolak menuju ke Muzium Negara dengan bimbingan Cikgu Maimun. Di sana kami
dapat lihat terdapat juga beberapa buah sekolah lain yang turut sama menyertai
program ini. Kami semua kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
yang bercampur dengan sekolah-sekolah yang lain. Terdapat kira-kira 9 kumpulan
semuanya. Kemudiannya, kami semua ditugaskan untuk melaksanakan misi masing-
masing seperti yang telah ditetapkan mengikut ‘checkpoint’ yang telah diberi. Aku
mengetuai Kumpulan 7 menyelesaikan misi yang telah diberikan kepada kumpulan
kami. Antara misi yang kami dapat adalah kuiz sejarah, ‘treasure hunt’ sejarah, teka
silang kata sejarah, ‘missing puzzle’ dan banyak lagi. Kami masing-masing
bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Kami juga saling
bertukar idea dan pendapat supaya dapat memenangi misi ini. Lebih kurang 3 jam
berlalu akhirnya kumpulan kami berjaya menyiapkan kesemua tugasan yang diberikan
itu. Aku berasa bangga dengan kumpulan di bawah pimpinanku ini kerana berjaya
menjadi yang pertama menyiapkan tugasan yang diberikan. Setelah kesemua
pasukan Berjaya menyiapkan misi yang diberi, kami semua diberi rehat untuk makan
tengah hari dan solat. Pada pukul 2.30 petang kami semua meneruskan lagi program
ini dengan berjalan-jalan sambil diketuai oleh cikgu dari sekolah lain yang akan
memberikan penerangan tentang sejarah kepada kami semua. Aku mencatat setiap
perkara yang telah diceritakan dan dijelaskan kepada kami semua. Anehnya, aku
langsung tidak mengantuk pada hari itu malah lebih berminat untuk mengetahui lebih
lanjut dan lebih terperinci akan setiap sejarah yang telah berlaku. Akhirnya pada jam
4.30 petang kami semua berhenti dan bersiap-siap untuk pulang. Kami juga sempat
bergambar kenang-kenangan dengan peserta dari sekolah yang lain.
Ringkasnya, program tersebut sangat bermanfaat bagiku selain dapat berkenalan
dengan pelajar sekolah lain. Aktiviti yang diadakan pada hari itu juga sangat
mengujakan. Sebelum pulang, aku menghampiri Cikgu Maimun lalu mengucapkan
terima kasih kepada beliau.
16
Aku sangat seronok pada hari itu dan banyak yang aku dapat belajar pada hari itu.
Beliau lantas mengucapkan tahniah dan syabas kepadaku kerana telah berjaya
mengikuti program tersebut dengan baik dan lancar. Beliau turut berbangga dengan
kejayaanku pada hari itu. Aku sendiri juga seakan tidak percaya bahawa aku mampu
dapat mengetuai kumpulanku dengan baik sekaligus merangkul tempat pertama
secara keseluruhan. Beliau turut berbisik kepadaku, “Cikgu tahu awak tak suka
Sejarah sebabtu cikgu pilih awak. Cikgu nak naikkan balik semangat awak sebab
cikgu tahu awak berpotensi. Buktinya awak mampu menyelesaikan kesemua aktiviti-
aktiviti tersebut dengan jayanya.” Tersedak aku apabila mendengar apa yang telah
dibisikkan oleh Cikgu Maimun itu. Rupa-rupanya selama ini Cikgu Maimun dalam
diam memerhatikanku. Aku berasa malu dengan diriku sendiri dan juga Cikgu
Maimun. Pada hari itu juga aku berazam kepada diriku sendiri untuk bangkit dari lena
dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mengecewakan Cikgu Maimun.
Hari berlalu pergi dan akhirnya tibalah jua masa untuk kami menghadapi peperiksaan
percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dua minggu berlalu dan tibalah masa yang
dicemaskan, hari keputusan peperiksaan keluar. Kelihatan rakan-rakanku sudah
menggigil ketakutan kerana risau mendapat keputusan yang teruk. Berbeza sekali
dengan diriku yang masih mampu untuk rileks. Seorang demi seorang nama
dipanggil, kemudian tibalah jua giliranku untuk ke depan. “Muhammad Hamdan
Naufal bin Akmal,” panggil Cikgu Maimun dengan riak yang sepertinya tidak sabra-
sabar untuk memberikan keputusanku. “Tahniah Hamdan! Cikgu tahu awak boleh dan
sekarang awak dah pun buktikannya. Teruskan prestasi terbaik awak!” kata Cikgu
Maimun kepadaku. Aku terasa seolah-olah bermimpi kerana belum pernah seumur
hidupku mendapat A dalam subjek Sejarah kerana subjek itulah yang paling tidak aku
gemari. Aku bersujud syukur dan berterima kasih yang tidak terhingga-hingga
kepada Cikgu Maimun. Aku juga membawa sedikit cenderamata kepada beliau
sebagai tanda penghargaanku. Tanpa beliau aku mungkin tidak akan pernah dapat
merasai A untuk subjek Sejarah. Peristiwa ini akan aku kenang sampai bila-bila dan
tidak akan mungkin aku melupainya. Terima kasih Cikgu Maimun!
17
Murukku oleh Ilamathy a/p Nallamuthu
E-mel: ipgkipoh445-6-
[email protected]
Setiap kali Karnan meluahkan hasratnya untuk menetap di luar negara demi
melanjutkan pelajarannya, ibu memberikan pelbagai alasan supaya dia tidak akan
meninggalkan ibu negaranya. Ibunya bimbang kerana dia akan dihanyut dibawa arus
modernisasi yang sedang banyak melanda dalam kalangan anak-anak muda di kota.
Ayah Karnan telah meninggal dunia ketika dia berusia sepuluh tahun. Sejak itu, ibunya
membesarkannya sendiri tanpa bergantung tanpa bergantung pada mana-mana
pihak.
Encik Muthu merupakan adik kepada ibu Karnan. Beliau memiliki sebuah kedai
perabot. Untuk membantu ibunya, Karnan pun mengambil keputusan untuk bekerja
bersama pakciknya untuk mendapatkan sejumlah wang untuk melanjutkan pelajaran
ke Universiti impiannya di New York.
Encik Muthu cukup simpati akan nasib anak saudaranya, Karnan. Beliau sedar
bahawa Karnan mempunyai cita-cita yang tinggi. Sejak bapanya telah meninggal
dunia tanggungjawab keluarga terbeban pada bahu ibunya. Mujurlah ibunya masih
mampu bekerja kuat. Selain menoreh getah, ibunya pandai memasak. Dengan hasil
getah dan jualan kuih murukku di sekitar kawasan perumahan yang tidak menentu
hasilnya itulah, ibunya membiayai kehidupan mereka sehari-hari menetap di sebuah
rumah sewa.
Encik Muthu kembali memerhatikan Karnan yang sedang mengetam sekeping papan.
Wajah anak muda yang berkulit hitam itu sudah diminyaki peluh. Karnan tidak sesekali
pun menghiraukan cuaca panas itu, kelihatan bersungguh-sungguh ingin menyiapkan
kerja yang diberikan oleh Encik Muthu.
Encik Muthu berasa hairan melihat kesungguhan Karnan yang ingin membantu
keluarganya. Selama ini, Karnan merupakan seorang yang bermurung diri. Dia banyak
membantu ibunya untuk menjual kuih murukku. Cuma untuk beberapa tahun sahaja
masanya banyak dihabiskan bagi membantu Encik Muthu di kedai perabotnya untuk
membuat perabot secara kecil-kecilan.
Tetapi memang sebenarnya pada ketika itu, dia tiada waktu langsung untuk menelaah
pelajarannya. Semua masanya dihabiskan untuk membantu ibunya dan kebajikan
keluarga. Dia mula sedar kesalahan yang telah dilakukannya dan mula belajar
bersungguh-sungguh demi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia supaya dia dapat
melanjutkan pelajarannya ke Universiti New York.
Tiga bulan kemudian, Karnan seakan-akan berada di awang-awangan. Keputusan
SPM yang telah diperolehnya memang cemerlang. Dia yakin bahawa keputusan itu
akan membawa dia ke Menara gading. Dia tahu bahawa peluang untuk membaiki
nasib dirnya dan keluarganya dan menaikkan taraf hidup mereka terbentang di
hadapan matanya.
19
Beberapa bulan kemudian, Karnan telah pun menerima e-mel daripada Universiti
New York bahawa dia telah dipilih sebagai pelajar dan dia dapat melanjutkan
pelajarannya di sana dengan biasiswa yang ditawarkan.
Beberapa minggu kemudian, Karnan telah pun bersedia untuk melanjutkan
pelajarannya. Awal-awal pagi lagi, Encik Muthu telah pun sampai di rumah Karnan.
“Kakak tak payahlah usah-usah. Biar saya saja yang hantar,” ujah Encik Muthu sambal
membetulkan kedudukannya atas kerusi rotan yang bergoyang sedikit kerana
menahan berat badannya.
Puan Venmathy pun tersenyum selamba. Memang dia tidak berhajat menghantar
Karnan ke luar negara. Karnan mengangkat begnya ke muka pintu. Encik Muthu pun
keluar dahulu, mengangkat sebuah daripada beg itu. “Karnan pergi dulu ya mak,”
kata Karnan sambal memeluk dan mencium pipi ibunya.
“Belajar rajin-rajin ya. Mak sentiasa doakan kau berjaya. Restu ayah sentiasa
bersama kau dan akan melindungi kau daripada bahaya,”. Seakan- akan sebak juga
dada Puan Venmathy ketika menyebut kata-kata itu.
Hari ini Karnan berada di sofa, bersendirian. Matanya digosok perlahan. Jam
menunjukkan pukul 1:30 pagi. Dia masih tidak dapat tidur pada waktu ini kerana
hatinya merindui tanah airnya, terutamanya ibunya yang tersayang.
Waktu di New York berbeza 12 jam dengan Malaysia. Di Malaysia pula sekarang
ialah waktu makan tengah hari. Perutnya mula berkeroncong.
Setelah menjamah spaghetti, sosej dan pizza, Karnan masih mengingatkan thosai,
nasi lemak, roti canai dan nasi biryani pada waktu ini. “Alangkah indahnya Malaysia,
tanah airku,” bisik Karnan di dalam hatinya.
Sudah hampir tiga tahun Karnan menuntut ilmu di negara Amerika Syarikat ini.
Namun begitu, jati dirinya tetap teguh dan dia tidak pernah melupakan, bahasa,
budaya dan adat resam negara kelahirannya, iaitu Malaysia.
Lalu, Karnan pun ke dapur pangsapurinya untuk menggoreng appalam yang dikirim
oleh ibunya. Murukku pun yang telah dibungkus dengan teknik pembungkusan
vakum itu masih segar. Setelah siap digoreng, dia pun membawa makanan
kegemarannya itu ke ruang tamunya.
Tatkala sedang menikmati keenakan murukku dan appalam itu, secara tiba-tiba
terpapar satu panggilan video di skrin Macbooknya. Karnan tersenyum apabila
mendapati bahawa panggilan itu adalah daripada ibunya. Ibunya membuat panggilan
menggunakan aplikasi Skype.
Karnan dengan segeranya menjawab panggilan itu. Dia mengklik butang pilihan
untuk membolehkan perkongsian video dan audio. Saat Ibunya mula bercakap, air
mata Karnan mula bergenang.
20
“Dhey Karnaa!! Apa khabar? Kenapa masih belum tidur lagi? soal Puan Venmathy
kepada anak lelaki tunggalnya itu.
“Khabar baik, ma. Belum tidur lagi. Saya sedang makan murukku yang ibu kirim.
Terima kasih Ma. Terubat rasa rindu untuk makan makanan tanah air,” jawab Karnan
dengan nada sayu.
Ketika perbualan tersebut, Puan Venmathy pun sempat bercerita tentang kemeriahan
Perayaan Ponggal yang sedang berlangsung di tanah air. Tidak ketinggalan, cerita
tentang saudara-mara terutamanya Encik Muthu iaitu pak ciknya yang telah
mengunjungi ibunya ketika masa perayaan.
Apabila mendengar cerita ibunya itu, Karnan rasa begitu rindu terhadap keadaan
rumahnya yang begitu meriah dan ceri terutamanya pada musim perayaan sebegini.
Dia tidak sabar balik ke rumahnya di Malaysia.
21
Budi Bahasa Budaya Kita oleh Indrajit a/l Mohan
E-mel: [email protected]
Pada suatu pagi yang cerah dan indah, Cikgu Chan teringin hendak membeli sesuatu
di kantin sekolah. Dalam perjalanannya, berlakulah sesuatu yang menggangu
pelannya yang ingin membeli makanan.
“ARGHHHHH!!!!!!!!! Jangan! Jangan!”
Cikgu Chan terdengar suara jeritan tersebut. “Rasa-rasanya bunyi itu dari tandas
kelas PPKI… Apakah yang telah berlaku di sana?”. Cikgu Chan, sebagai guru disiplin
SMK Konvent Santa Maria berjalan ke arah bunyi tersebut dengan secepat mungkin.
Beliau berharap tiada apa-apa yang buruk telah berlaku.
“HAHAHAHAHAHAAH!!! Si bodoh jangan kau menghalang jalan aku!” terketawa
seorang pelajar lelaki.
Jelas dilihat bahawa sekumpulan murid sekolah sedang membuli seorang murid.
Mereka yang melakukan kesalahan itu sedang menikmati perasaan pengejekan
sampai tidak mengetahui bahawa Pn.Chan yang amat garang telahpun tiba di
belakang mereka. Pn.Chan sambil berdiri di belakang mereka sambal merakamkan
dan mengambil gambar terhadap peristiwa pembulian tersebut.
“Uh-hmm…”, terkata Cikgu Chan. Budak-budak tersebut yang sedang membuli
murid sekolah tersebut dengan kurang kesantunan bahasa amat terkejut dengan
ketibaan beliau. Mereka ingin berlari dari tempat berlaku situasi tersebut tetapi
Cikgu Chan menjerit nama mereka dan dua orang kumpulan itu tidak berani untuk lari
lagi. Seorang murid lagi yang merupakan murid yang mengetuai pembulian tersebut
mengingkar arahan Cikgu Chan dan cuba untuk melepaskan diri tetapi masih dapat
ditangkapi oleh Cikgu Chan yang sedang menunggu di sebalik laluan yang murid
tersebut berlari.
Cikgu Chan yang telah menangkap murid-murid yang melakukan kes pembulian
memarahi murid-murid tersebut lalu membawa keempat-empat orang, termasuk
mangsa tersebut ke bilik disiplin untuk soal siasat. Cikgu Chan berasa amat marah
dengan murid-murid tersebut kerana melakukan kes buli pada awal-awal pagi.
Beliau meneruskan siasatannya dengan menyoal murid-murid tersebut yang
membuat hal. “Buat apa kamu pergi buli Faris? Kamu memang nak buat hal ke?”
tanya Cikgu Chan.
“Tak ada apa-apa pun. Saya rasa seronok!” jawab Iskandar. Kegeraman Cikgu Chan
semakin menaik setelah mendengar balasan Iskandar yang sungguh angkuh dan
kurang sopan. Rakan-rakan sepakat Iskandar, iaitu Mahfuz dan Lutfillah berasa amat
takut dan menyatakan sebab kejadian tersebut berlaku. Rupa-rupanya, Iskandar,
seorang yang amat nakal dan sombong, terjumpa Faris yang pulang dari tandas lelaki
PPKI.
23
Iskandar dan rakan-rakannya mengejek Faris yang merupakan seorang yang autistik.
Faris diejek oleh mereka kerana apabila Mahfuz bersalam dengan dia, Faris tergagap.
Mahfuz sengaja berbuat demikian untuk mengetawakan Faris dan apabila Faris tidak
memberi apa-apa balas terhadap ejekan geng Iskandar, Iskandar terus melontarkan
penumbuknya terhadap muka Faris. Selepas 3 minit, kejadian tersebut kemudiannya
ditembung oleh Cikgu Chan yang berkebetulannya melalui blok PPKI untuk pergi ke
kantin.
“Adakah anda semua mengetahui kesilapan diri sendiri?” tanya Cikgu Chan. Mahfuz
dan Lutfillah mengangguk kepala manakala Iskandar masih menunjukkan paras muka
yang tidak kisah. Cikgu Chan pun terus bertanya adakah mereka tahu bahawa Faris
merupakan seorang yang autistik. Mereka menjawab tidak dan langsung tidak
mengetahui bahawa apa itu autisme. “Saya ingat dia bodoh je,” jawab Iskandar.
Cikgu Chan pun terus menerangkan apakah autisme kepada ketiga-tiga murid
tersebut. Beliau menerangkan kesusahan yang dialami oleh seoarang yang
mempunyai autisme. Selain itu, Cikgu Chan memberi pendedahan kepada mereka,
mengenai bahasa yang harus digunakan semasa berkomunikasi dengan orang lain.
Beliau mengatakan, bahasa merupakan identiti kita, dan bila kita tidak mempunyai
kesantunan bahasa, ia menunjukkan kita sebagai seorang tidak mempunyai nilai
moral. Cikgu Chan juga memberitahu mereka bahawa membuli dan mengejek
seorang merupakan salah satu contoh kurang kesantunan bahasa.
Mahfuz, Iskandar dan Lutfillah mengangguk kepala sambil mendengar Cikgu Chan
menerangkan kecelaruan yang Faris menghidapi. Kepala Mahfuz dan Lutfillah
semakin menunduk apabila mereka mendengar Cikgu Chan menerangkan kesusahan-
kesusahan Faris yang menghadapi sebagai seorang yang autistik. Mereka semakin
berasa malu dan berasa amat salah tentang perbuatan mereka tadi yang sengaja
membuat hal supaya dapat mengejek Faris.
Kemudiannya, Mahfuz berhadap ke Faris. Dia menyatakan bahawa dia sangat
menyesal terhadap perkara yang dia melakukan tadi. Mahfuz juga menyatakan
bahawa sebelum ini, dia tidak mengetahui bahawa apa itu autisme dan Faris
menghidap kecelaruan ini. Lutfillah juga meminta maaf kepada Faris. Dia juga
menyatakan bahawa sekarang mereka mengetahui masalah yang dihadapi oleh Faris
dan tidak patut melakukan kesalahan seperti yang berlaku tadi. Mahfuz dan Lutfillah
menginsaf tentang kesalahan mereka dan bertanya dengan Faris bahawa boleh
mereka menjadi kawan. Mereka juga memberitahu Faris bahawa jika dia menghadapi
sebarang masalah, dia boleh mencari mereka. Dengan bimbingan Cikgu Chan dan
guru PPKI yang bertanggungjawab dengan pendidikan bagi murid yang autistik,
Pn.Anna, Faris memaafkan kedua-dua murid tersebut. Faris juga menyatakan dia
berasa amat lega bahawa mereka dapat memahami masalah yang dia hadapi dan
berasa gembira juga kerana dia telah mendapat dua orang kawan yang baharu.
Iskandar yang duduk di sebelah Mahfuz dan Lutfillah berasa amat geram bahawa dia
telah dilupakan oleh kedua-dua rakan dia. Dia menunjukkan air muka yang tidak
selesa dan Cikgu Chan menyoal dia. “Ada apa yang sangat gembira dengan
memahami apa itu autisme?
24
Saya tak puas hati dengan semua orang!” Iskandar menyatakan dengan geram.
Cikgu Chan berasa amat tidak selesa apabila dia mendengar Iskandar menyatakan
hujahnya yang begitu jahil. Cikgu Chan marah Iskandar bahawa dia tidak faham
kesusahan yang dihadapi oleh Faris sebagai seorang yang autistic. Cikgu Chan
menyatakan bahawa Faris menghadapi ejekan dan stigma oleh ahli masyarakat
disebabkan kecelaruannya. Autisme juga menyukarkan proses pembelajaran Faris.
Tambahan pula, keadaan Faris juga menyebabkan dia dibuli oleh Iskandar dan rakan-
rakannya. Semua keadaan ini adalah disebabkan oleh mereka tidak memahami
masalah yang Faris hadapi atau seperti Iskandar, tidak ingin atau tidak ambil peduli
tentang masalah tersebut.
Sebagai seorang yang melakukan kesalahan terlebih dahulu, ayat-ayat Cikgu Chan
memang seperti menampar muka Iskandar. Iskandar sekarang sedar akan kesalahan
diri. Cikgu Chan juga menambah bahawa sebagai manusia, kita perlu memahami
perkara-perkara yang berlaku di sekitar kita dan bukan berpura-pura tidak tahu atau
tidak ambil peduli tentang perkara-perkara tersebut. Cikgu Chan memberitahu
kepada keempat-empat murid yang berada di hadapan dia bahawa kita juga perlu
belajar untuk menghargai manusia dan keistimewaan manusia.
“Sebagai manusia, kita mempunyai perbezaan-perbezaan, kekurangan dan
kelebihan yang tersendiri. Kita perlu menghargainya sebagai satu komponen dalam
penghargaan insan kerana perbezaan-perbezaan individu ini yang menjadikan setiap
manusia sesuatu yang sungguh istimewa.” Cikgu Chan berhujah.
Selepas mengambil tindakan yang bersesuaian, keempat-empat murid meninggalkan
bilik disiplin dan Iskandar terus meminta maaf kepada Faris. Faris menghargai
tindakan Iskandar yang menginsaf tentang kesalahan dan kejahilannya. Cikgu Chan
yang ternampak tindakan Iskandar dalam bilik disiplin berharap bahawa para murid
dapat menjadi seseorang yang peka terhadap persekitarannya dan dapat menghargai
insan-insan yang berada di sekitar.
25
Lahirnya Putera oleh Loghavathana a/p Raja
E-mel: ipgkipoh447-6-
[email protected]
Rumah papan yang besar tidak begitu jauh daripada jalan utama yang
menghubungkan Bemban dan Jasin. Azri tinggal bersama isterinya, Azmina sekian
lama disitu. Azri dan Muthu tinggal dalam komuniti yang sama di bandar Kemundur.
Mereka bersama-sama isteri masing- masing sedang menjangkakan kelahiran putra-
putra mereka. Kedua-dua pasangan suami isteri tersebut mempunyai perspektif yang
berbeza dalam membesarkan anak.
Azri merupakan seorang guru di Sekolah Rendah Arab Jaim Selandar. Beliau
dipandang mulia oleh masyarakat setempat disebabkan personaliti unggul beliau.
Beliau dikatakan guru yang berhemah tinggi, berilmu pengetahuan dan mempunyai
keintelektualan yang tinggi. Azri mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang
jitu serta sentiasa berusaha ke arah pencapaian atau kejayaan cemerlang demi
bangsa, negara dan masyarakat. Manakala Muthu pula berkerja sebagai peniaga.
Muthu tidak suka bergaul dengan masyarakat setempat selain Azri yang merupakan
jiran sebelah rumahnya.
“Mina, abang bercadang untuk mengantar Mina melahirkan anak di rumah Mak Yam.
Cara tradisional merupakan cara terbaik untuk Mina dan juga anak kita,” kata Azri
sambil mencedokkan nasi ke pinggannya.
“Mina setuju dengan apa jua keputusan yang abang ambil. Mina yakin abang akan
mengambil keputusan yang semestinya adalah untuk kebaikan Mina dan anak kita
ini,” jawab Azmina sambil mengusap perutnya yang sudah semakin membesar. Muthu
pula mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan semasa isterinya, Abirami
telah sampai masanya untuk melahirkan anak. Muthu telah mengarahkan doktor yang
memeriksa isterinya untuk melakukan pembedahan tersebut mengikut tarikh dan
masa yang dijadualkan supaya anaknya mempunyai horoskop terbaik.
Selepas beberapa minggu, Azmina dan Abirami melahirkan anak di tempat yang
dipilih oleh suami masing-masing. Azri menamakan puteranya Azizul Ariff Bin
Mohammad Azri manakala putera Muthu diberikan nama Danesh Raj.
Selepas dua tahun…
“Abang, anak kita sudah dua tahun. Kita harus mendaftarkan Zul di sekolah. Sekolah
tersebut dikatakan sekolah berprestij, bang. Abirami, jiran kita telah mendaftarkan
Danesh di sekolah itu juga,” kata Azmina kepada Azri yang sedang menyemak buku
kerja anak-anak muridnya sambil melayan Azizul yang sedang bermain dengan
patung keretanya. “Mina, abang rasa tidak perlu untuk menghantar Zul ke sekolah
sekarang. Anak kecil perlu menikmati zaman kanak-kanak dengan bermain. Abang
akan mendaftarkan Zul di sekolah semasa usianya mencecah 5 tahun,” ujar Azri
sambil memberikan senyuman yang manis kepada isterinya.
27
Azizul dan Danesh membesar dan ayah masing-masing mengajar dan menerapkan
aspek sosial yang berbeza ke dalam diri anak mereka. Azri yang merupakan guru
dengan ciri-ciri unggulnya mengajar Azizul supaya bersahabat dengan semua
golongan masyarakat,mempercayai orang lain, menikmati setiap saat hidup dan
berbuat baik kepada masyarakat. “Kita sebagai manusia yang baik hendaklah
mengikut jalan kebenaran dan mengingati nilai-nilai manusia dalam setiap perbuatan
kita, Zul,” kata Azri kepada anaknya.
Muthu pula mengajar anaknya untuk tidak mempercayai sesiapa dan hanya
memberikan tumpuan terhadap pelajaran.
“Danesh, awak mesti mengikut segala-gala yang saya aturkan. Awak harus
mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir ini di daerah ini,” Muthu berkata
kepada anaknya, Muthu mempunyai hasrat untuk menempatkan Danesh dalam kolej
yang berprestij dalam negeri tersebut seterusnya melanjutkan pengajian dalam
bidang perubatan di Amerika Syarikat. Azizul dan Danesh membesar dan menjadi
remaja. Azizul menjadi remaja yang percaya pada kebolehan dirinya dan menjadi
pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga sukan manakala Danesh
maju dalam pelajarannya tetapi menjadi seorang remaja yang tidak mempunyai
keyakinan diri dan tidak mampu menghadapi apa jua cabaran dalam kehidupannya.
Azri yang bukan sahaja mempunyai ciri-ciri seorang ayah yang betanggungjawab
dan memahami anaknya malah beliau merupakan seorang guru unggul dengan ciri
meletakkan harapan yang tinggi terhadap seseorang. Azri mengenal pasti bahawa
Azizul mempunyai minat untuk berenang dan mendaftarkannya dalam kelas renang.
“Ayah, sanggupkah ayah membiayai yuran bulanan kelas renang tersebut?” tanya
Azizul yang sedang menunduk memandangi lantai yang dipijaknya.
“Ayah sanggup melakukan apa jua demi kebahagiaan anak ayah ini.” kata Azri sambil
mengenggam tangan milik anaknya dalam tangannya.
Kegigihan dan ketekunan Azizul menyebabkan dia mencapai banyak kejayaan dalam
sukan renang dan berjaya memecahkan rekod The Malaysia Book of Records. Danesh
pula mempunyai minat dalam menulis puisi tetapi Muthu melarang dia daripada
menulis puisi kerana dianggap perbuatan tersebut akan menjejaskan tahap akademik
anaknya. Danesh sentiasa menemani Azizul di pondok belakang rumah Azizul ketika
ayahnya keluar bekerja. Azri sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada
kedua-dua anak muda tersebut. Beliau tidak pernah gagal dalam menjalankan
tanggungjawab beliau sebagai seorang guru dan juga sebagai seorang ayah kepada
Azizul. Azizul dan Danesh belajar bersama-sama dan lulus dalam peperiksaan
kerajaan manakala Danesh dianugerahkan sebagai pelajar terbaik di daerah tersebut
seperti mana yang diinginkan oleh Muthu.
28
Muthu mendaftarkan Danesh di salah sebuah sekolah berasrama menengah yang
terkenal dari aspek pencapaian pendidikan dan peraturannya yang sangat ketat.
Danesh amat merindui kasih sayang ibunya di sekolah asrama. Dia tidak dapat
menyesuaikan dirinya dalam sekolah tersebut kerana dia tidak pernah bergaul dengan
orang ramai. Danesh menghadapi tekanan perasaan dan tidak mempunyai sesiapa
untuk berkongsi masalah yang dihadapinya. Akhirnya, Danesh mengambil keputusan
untuk membunuh diri.
Muthu terkejut apabila mendapat panggilan daripada pihak pengurusan sekolah dan
bergegas ke hospital bersama isterinya, Abirami. Muthu yang tiba di hospital
berjumpa dengan ketua warden Danesh. Beliau menyatakan bahawa pihak pengurus
sekolah menjumpai sepucuk surat di bilik Danesh. Surat tersebut ditulis oleh Danesh.
Ayah,
Saya membenci diri saya sendiri. Saya tidak mampu malalui semua ini. Saya tidak
kuat yah, tidak kuat. Saya meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi minat dan
impian ayah. Semua ini bukan keinginan saya,ayah. Sekolah berasrama dan bidang
perubatan merupakan keinginan ayah dan saya lakukan demi ayah. Tetapi tidak lagi...
saya tidak mampu untuk terukan. Saya ingin pergi jauh dari dunia ini. Terima kasih
atas segala yang pernah ayah lakukan untuk saya. Tidak akan saya lupakan walaupun
badan ini tidak bernyawa lagi. Kasih yang tidak terhingga buat ayah dan ibu. Selamat
tinggal.
Azri yang mendapat tahu tentang kejadian tersebut juga turut ke hospital bersama
Azmina. “Saya sentiasa memikirkan masa depan Danesh dan mengambil segala
keputusan demi kebaikannya,” Muthu berkata kepada Azri, “saya tidak faham apa
yang menyebabkan dia mengambil tindakan sebegini.”
“Muthu, kita sebagai ayah seharusnya perlu memberikan kebebasan untuk anak-
anak mengambil keputusan dalam memilih hala tuju hidup mereka. Tugas kita adalah
membimbing dan menyokong keputusan mereka,” ujar Azri. Azri mengatakan bahawa
apa yang dilakukan oleh Muthu tidak salah kerana dia mementingkan masa hadapan
Danesh tetapi dia tidak seharusnya memaksa Danesh untuk melakukan sesuatu. Azri
menerangkan minat Danesh dalam bidang sastera.
“Saya menyesal. Saya tidak patut melakukan sebegitu. Saya akan pastikan Danesh
kembali kepada saya dan memberikan kebebasan sepenuhnya seperti mana awak
memberikan kebebasan kepada Zul untuk membuat keputusan dia sendiri,” Muthu
berkata sambil menangis teresak-esak,
Muthu insaf akan perbuatan atas perbuatan yang dilakukan. Doktor yang memeriksa
Danesh mangatakan bahawa Danesh berada dalam keadaan yang stabil. Azri berasa
gembira melihat perubahan dalam diri Muthu. Azri sebagai seorang pendidik
mempunyai sikap positif yang dapat membentuk keperibadian yang mulia Muthu. Azri
yang merupakan seorang guru dengan ciri-ciri unggul iaitu bersifat
dinamik,gemilang, menerima sanjungan, dan menjadi idola atau "role model" individu
atau masyarakat setempat.
29
Kawan Karib Saya Seorang Penulis oleh
Mitrhashinii a/p Perumal
E-mel: ipgkipoh448-6-
[email protected]
Bunda, saya tiada masa lama lagi. Pastikah bunda tiada apa untuk pesan adik?”
Beberapa titisan air jatuh pada tangan Akmal. Ibu memandang muka Akmal dan
merenung untuk beberapa saat.
“Selamat sejahtera para penumpang. Ini adalah pengumuman pra-penerbangan
untuk penerbangan 34C ke London. Kami menjemput semua penumpang untuk
mula menaiki pesawat ini. Kenaikan secara berkala akan bermula dalam masa lebih
kurang dua minit,” pengumuman dari pegawai pesawat.
Akmal mula melepaskan tangan ibunya lalu mengeluarkan pasportnya. Akmal
mencium tangan ibunya dan bergerak beberapa langkah untuk memasuki pintu.
“Akmal!” dengar jeritan dari belakang lalu dia memandang ibunya.
"Jangan lupakan akan budi, Mal,” kata ibu Akmal dengan nada suara yang sedih.
Akmal juga melambai tangan dan memasuki kapal terbang tersebut. Akmal tidak
suka meninggalkan ibunya di sini, tetapi dia juga sedar bahawa sebagai seorang
penulis dia perlu menghadapi dengan situasi begini. Selepas duduk di tempatnya,
Akmal mula membaca doa. Selepas 16 jam penerbangan, tiba juga Akmal di
London. Dia mengambil semua barangnya dan keluar dari lapangan terbang untuk
mencari pegawai yang sedang menunggu ketibaannya. Selepas menemuinya
Akmal, dengan senyuman yang lebar bersalaman dengan Nick, yang akan
bertugas sebagai pegawai peribadinya.
Akmal berucap “Selamat pagi Nick, saya sungguh gembira untuk berjumpa
dengan anda” dalam bahasa Inggeris. Nick juga memberi salam dan membantu
Akmal untuk mengangkat barangnya ke kereta.
Nick sebagai warganegara London menunjukkan keramahan kepada Akmal,
dengan menunjukkan pemandangan perjalanan mereka. Walaupun ini merupakan
kali pertama Nick dan Akmal berjumpa namun, mereka telah menunjukkan
kesopanan semasa berbual. Selepas tiba di hotel, Nick teman Akmal sehingga
biliknya tanpa meninggalkannya untuk menguruskan formaliti.
“Terima kasih Nick sebab tolong saya menguruskan segala formaliti ini,” kata
Akmal kepada Nick.
31
“Eh, tak apa Akmal, saya akan membantu anda selama awak berada di sini. Akmal
awak mesti rasa letih. Rehatlah dulu nanti, kita boleh berjumpa untuk makan
malam,” pesan Nick.
“Baik Nick, saya sangat gembira dapat menemu anda di sini. Harap kita dapat
mengumpulkan kenangan yang manis selama enam bulan ini,” kata Akmal pula
kepada Nick.
Selepas Nick bertolak, Akmal menghubungi ibunya untuk memaklumkan bahawa
dia telah sampai di hotel. Juga Akmal menceritakan pemandangan London kepada
ibunya melalui ‘video call’.
Pada waktu malam pula, Akmal telah bersedia untuk keluar dengan Nick. Nick
sebagai kejutan, membawa Akmal ke rumahnya untuk memperkenalkan ahli
keluarganya. Dengan sangat gembira, mereka bersama-sama makan malam. Akmal
berasa sangat gembira kerana dapat layanan yang sangat mesra daripada
kawannya, Nick. Walaupun berada di luar negara, Akmal tidak lupa untuk solat. Dia
akan bangun pada pukul 5 pagi untuk menunaikan solatnya. Keesokan harinya, Nick
dan Akmal bertolak ke pejabat mereka ‘Sandiago Production’ untuk
menandatangani perjanjian dan memulakan penulisannya kisah ‘Cinta’.
Selepas perjanjian, Akmal tidak bertutur sepatah kata yang sangat menghairankan
Nick. Akmal berasa sangat terganggu tetapi tidak memaklumkan alasannya kepada
Nick. Setelah tiba di bilik, Akmal baring di atas katil dan merenung siling bilik untuk
beberapa minit. Mindanya kembali beberapa jam lalu ke pejabat tadi. Pesanan
CEOnya dapat didengar secara teliti di telinga Akmal.
“Akmal kami sedar bahawa anda telah ke sini untuk menulis tentang kisah
persahabatan yang adalah impian anda sebagai buku pertama. Namun, kami rasa
bahawa kisah cinta akan menarik perhatian pembaca. Dengan penulisan anda, ini
memang akan dicapai.”
Segala kata-kata ini telah sangat mengganggunya namun Akmal teringat akan
ibunya. Ketiadaan ibunya menyebabkan Akmal murung. Dia tidak dapat
menghubungi ibunya kerana ia merupakan waktu malam di Malaysia. Akmal tiada
niat untuk menggangu ibunya pada waktu tidurnya.
“Mal, anak kesayangan ku, walaupun apa jua keadaan yang anda hadapi, jangan
bertindak secara terburu-buru. Tindakan kita adalah sangat penting kerana ia dapat
menentukan masa depan kita,” merupakan nasihat yang sentiasa diingati oleh
Akmal.
Sebenarnya, dia berasa sangat agresif terhadap syarikat itu apabila mereka
melakukan perubahan terhadap perjanjian. Dia ingin membatalkan segala perjanjian
ini dan bailk ke ibu negaranya. Namun, nasihat ibunya yang telah kawal segala
tindakannya dan balik ke bilik secara tenang.
32
‘Jalan yang sulit sering kali mengarah ke tujuan yang indah’. Bagi mengelakkan
dirinya untuk mengambil keputusan yang tergesa-gesa, Akmal mula membaca al-
Quran. Kata kata dari kitab suci ini menenangkan fikirannya dan mengeluarkan
segala stress dari mindanya. Walaupun tiada apa-apa idea untuk novelnya, Akmal
hendak menyegarkan diri dengan pergi ke pantai yang berhampiran dengan
hotelnya, ‘Shalimaar Hotel’. Akmal berjalan kaki lalu menikmati pemandangan
negara London.
Mata Akmal sedang menghayati segala kecantikan bangunan, jalan raya, tumbuh
tumbuhan dan awan yang berwarna biru. Setelah tiba di pantai, fikiran Akmal
menyatakan “Aku bisa tinggal di sini selamanya,” dan jalan secara perlahan-lahan
mendekati ombak yang sedang berkejaran-kejaran antara satu sama lain. (Hanif Sri
Yulianto 2020)
“Rasanya kalau berada di sini, saya akan dapat pemikiran yang jelas,” kata Akmal
kepada diri sendiri lalu duduk di atas pasir. “Betapa baiknya jika ibu saya berada di
sebelah saya sekarang untuk menikmati pemandangan ini dan juga menasihati
saya,” katanya sambil melihat seorang ibu bermain dengan anaknya.
“Hai, adakah awak datang ke sini secara bersendirian?” dengar suara seorang
perempuan yang berusia.
Apabila Akmal mengangkat kepalanya untuk mengenali pemilik suara tersebut, sinar
matahari yang terang memberi bayangan muka ibunya kepada Akmal. Dengan rasa
ragu ragu Akmal mengesat matanya untuk melihat teliti lagi. Rupanya perempuan
tersebut bukan ibunya, dia adalah seorang perempuan yang datang ke pantai.
“Boleh ke kalau saya duduk di sebelah awak?” tanya perempuan tersebut dan
Akmal juga memberi tempat untuknya. Dia memberi salam kepada Akmal dan mula
berbual dengan Akmal secara santai. Akmal juga berbual dengan perempuan
tersebut tentang ibu negara, keluarga dan pekerjaannya. Selepas beberapa minit
lalu perempuan tersebut tanya “Kalau pemuda macam awak datang ke pantai
secara sendiri, mesti ia ada satu tujuan di belakangnya kan?” tanya perempuan itu
kepada Akmal.
Akmal senyum lebar dan menceritakan insiden yang berlaku pagi tadi. Dia
menceritakan impiannya dan tujuan untuk mencapai impian tersebut kerana buku
pertamanya adalah sebagai tanda kehormatan kepada kawan karibnya yang telah
meninggal dunia oleh penyakit kanser. Dia juga menunjukkan gambar kawan
karibnya, Jefri yang sentiasa berada di dompet Akmal dan menceritakan kisah
persahabatan mereka. Perkongsian Akmal berterusan sehingga 3 jam kerana kisah
persahabatannya mula sejak tadika hingga kolej. Perempuan tersebut rasa sangat
sedih dan dia rasa cemburu akan persabahabtan Akmal dan Jefri.
Apabila Akmal kata dia hendak melepaskan peluang ini, perempuan tersebut
memesan untuk tidak berbuat demikian. Dia menasihati Akmal bahawa peluang
begini hanya akan dapat sekali sahaja dalam kehidupan. Juga, dia menasihati Akmal
untuk menggunakan peluang ini untuk menanamkan identinya di syarikat tersebut
dan ia akan menjadi peluang yang terbaik pada masa depan.
33
“Akmal, peluang begini tak akan dapat setiap kali dalam kehidupan. Awak perlu
menggenggam peluang ini dengan kuat dan meninggalkan imej yang terbaik
sebagai penulis yang terkenal di persada dunia. Jika awak berbuat demikian, ia
akan membantu awak pada masa depan untuk mengeluarkan buku impian
tersebut,” pesan perempuan itu.
Akmal berasa sangat bermotivasi mendengar nasihat perempuan. Dia telah dapat
pandangan yang jelas sebagai seorang penulis. Dia mengucapkan terima kasih
kepada perempuan tersebut dari lubuk hatinya. Sebelum beredar, perempuan itu
kirim salamnya kepada ibu Akmal.
Tiba-tiba sebuah tangan tepuk bahunya. Akmal belok secara terkejut ke belakang
dan kenali tangan itu milik Nick. Nick berasa pelik dan mukanya menunjukkan
perasaan ragu ragu. Dia rasa cemas lalu tegang.
“Nick, apa jadi? Kenapa awak rasa cemas begini?” tanya Akmal kepada Nick.
“Akmal, awak kenapa nie? Saya sedang teliti dari tadi awak sedang cakap
bersendirian nie. Adakah awak okay?” tanya Nick secara cemas kepada Akmal.
Akmal ketawa dengan kuat dan kata “Saya tak cakap bersendirian lah. Aku
bercakap dengan perempuan ini” kata Akmal lalu memandang di tempat duduk
perempuan itu.
Kali ini Akmal pula rasa cemas dan terbuntut kerana di tempat duduk perempuan
tersebut suatu simbol ‘AJ’ ditinggalkan. Ini merupakan simbol yang hanya diketahui
oleh Akmal dengan Jefri sahaja kerana mereka menggunakan simbol ini sebagai
tanda persahabatan mereka.
Pada akhirnya Akmal sedar bahawa dia perlu menghayati peluang ini dan
menunjukkan bakatnya kepada dunia ini. Juga, Akmal sedar bahawa berapa
istimewa persahabatan dalam kehidupannya mula dari Jefri hingga Nick. Tambahan
pula, Akmal sedar bahawa pengabaian peluang merupakan suatu kebodohan.
34
Hinanya Diri Ini Oleh Muhammad Izzairul Aiman
bin Ibrahim
E-mel: ipgkipoh449-6-
[email protected]
Di bawah sinaran mentari yang indah dikelilingi dengan pokok-pokok yang
rimbun, disitulah terbaringnya seorang budak kampung yang bercita-cita tinggi
dan sangat aktif ketika bersukan yang bernama Aiman. Aiman merupakan seorang
pelajar di sebuah sekolah menengah yang terletak di dalam kampungnya. Aiman
dikenali oleh penduduk kampungnya kerana sifat nakal dan tidak berbudi
bahasanya. Meskipun dikenali sebegitu rupa oleh penduduk kampungnya, dia
tidak mengendahkan langsung bagaimana penduduk kampung melihatnya. Dia
bertekad untuk tidak menyembunyikan sifatnya yang nakal itu dan memilih untuk
mencapai cita-citanya sebagai seorang pemain bola sepak negara. Walaupun
sudah ditegur beberapa kali oleh ibu bapa serta gurunya, dia masih memilih untuk
tidak mengendahkan teguran mereka.
Ketika berumur 16 tahun, Aiman berpeluang untuk menyertai pasukan bola sepak
negeri Perak bawah 17 tahun. Meskipun saingan yang sangat sengit diberikan
oleh pemain lain yang lebih tua olehnya. Di sekolah, dia dianggap sebagai
seorang ayam tambatan pasukan bola sepak. Namun dikenali dengan gelaran
yang sebegitu, dia sangatlah bongkak dan sentiasa mengutamakan dirinya
terlebih dahulu sebelum ahli pasukan yang lain. Aiman merupakan seorang yang
panas baran dan juga sering meninggikan suaranya kepada ahli pasukan yang lain.
Walaupun seorang ayam tambatan di dalam pasukan, dia tidak dihormati dan
disenangi oleh ahli pasukannya yang lain. Aiman sering menimbulkan isu yang
melibatkan pergaduhan mahupun di atas ataupun di luar padang. Semuanya
berlaku kerana satu tragedi yang tidak dapat dilupakan olehnya.
Ketika berumur 11 tahun, Aiman merupakan seorang yang sangat hebat di dalam
akademik mahupun bola sepak. Dia sentiasa berlatih bersungguh-sungguh untuk
menjadi jaguh di kampung serta di sekolahnya. Ketika itu juga, dia dikenali ramai
dengan sifatnya yang baik dan peramah. Namun, setelah berkenalan dengan
seorang rakan di sekolahnya yang bernama Ali, dia mula terjebak dengan pelbagai
masalah disiplin yang serius. Meskipun cemerlang dalam pelbagai aspek,
prestasinya mula menurun dengan drastik. Dipercayai Aiman kini sering terlibat
dengan pelbagai masalah sosial di kampungnya. Ali dan Aiman dikenali ramai
kerana mereka sering melakukan masalah seperti membuli rakan-rakan yang lain,
merokok dan vandalisme. Ikatan persahabatan mereka berdua boleh diibaratkan
seperti isi dengan kuku kerana mereka sering melakukan masalah bersama-sama.
Kerana terlalu selesa antara satu sama lain, Aiman tidak menyangka bahawa Ali
akan mengkhianati persahabatan mereka.
36
Ianya bermula pada suatu hari yang biasa, selepas hari sukan sekolah mereka, Ali
dan Aiman akan bersembang bersama-sama di tempat berkumpul mereka yang
terletak tidak jauh dari rumah Ali. Ali mempunyai niat jahat untuk mengenakan
Aiman akibat perasaan cemburunya terhadap kehandalan Aiman bermain bola
sepak. Ali mencuri barang kemas emaknya yang merupakan koleksi emas
berharganya. Ali bertindak menyorokkan kesemua barang kemas tersebut ke dalam
bag galas milik Aiman tanpa disedari olehnya ketika dia pergi ke tandas. Apabila
pulang ke rumah tanpa pengetahuannya, Aiman dengan gembiranya meraikan
pencapaiannya apabila berjaya dinobatkan sebagai olahragawan sekolah. Sedang
dia asyik melayan perasaan gembiranya, tiba-tiba dia terdengar jeritan dengan nada
yang tinggi mengetuk pintu rumahnya. Di hadapan pintu, kelihatan ibu Ali, Puan
Fatimah dengan raut wajah yang sangat bengis. Tanpa berfikir panjang, Puan
Fatimah terus menampar wajah Aiman dengan kuat sambil memarahinya. Puan
Fatimah menyatakan bahawa Aiman telah mencuri barang kemas emasnya.
Meskipun dituduh dengan penuh keyakinan oleh Puan Fatimah, Aiman masih
menafikan bahawa dia tidak melakukan perbuatan keji itu. Walaupun Aiman
berusaha bersungguh-sungguh untuk meyakinkan Puan Fatimah, dia masih tidak
mempercayakan Aiman dan meminta untuk memeriksa biliknya. Sambil Puan
Fatimah menggeledah biliknya, kelihatan ibu kepada Aiman, Puan Siti terkejut
apabila melihat Puan Fatimah yang sedang menggeledah bilik anaknya tanpa
pengetahuannya. Puan Fatimah cuba menjelaskan kepada Puan Siti tentang
situasinya dengan Aiman. Puan Siti sudah tentu tidak mempercayai bahawa anaknya
telah sanggup untuk melakukan perkara yang keji itu.
Setelah beberapa ketika mencari dan menggeledah bilik Aiman, Puan Fatimah dan
Puan Siti akhirnya menemukan kesemua barang kemas milik Puan Fatimah yang
hilang di dalam beg galas sekolah milik Aiman. Kedua-dua mereka sangat marah
akan perbuatannya. Namun begitu, Aiman masih cuba untuk meyakinkan mereka
berdua bahawa dia tidak melakukan perbuatan keji itu. Namun, Puan Fatimah masih
tidak mempercayai akan penjelasan yang diberikan olehnya. Aiman cuba untuk
meminta tolong Ali untuk menjelaskan bahawa dia tidak bersalah tetapi Ali
menafikan perkara tersebut. Tersemat dalam di hatinya, perasaan marah dan sedih
keatas Ali mula bercampur aduk. Sudah tentu dia terkilan dengan perbuatan Ali, dia
berasa dirinya dikhianati oleh Ali. Sejak daripada kejadian itu, Aiman memutuskan
untuk tidak lagi berkawan dengan sesiapa dan ingin membuatkan orang lain
membencinya agar tiada siapapun yang ingin mendekatinya.
Namun begitu, menjelang umurnya yang kini berusia 16 tahun, Aiman kini berada di
dalam kesulitan apabila dia berjaya melayakkan diri di dalam pasukan bola sepak
negeri Perak bawah 17 tahun. Umum mengetahui bahawa bola sepak merupakan
sukan yang memerlukan kerjasama ahli pasukan yang kuat, namun hal ini adalah
sangat sukar untuk Aiman kerana sifat egonya. Jurulatih pasukan, Encik Mokhtar
sudah memberi amaran kepada Aiman sekiranya dia ingin bermain di dalam
pasukan, dia perlu menjaga kesantunan dirinya serta menjaga adabnya dengan ahli
pasukan yang lain. Encik Mohktar yakin sekiranya Aiman mampu untuk mengubah
sikapnya yang teruk itu, dia akan mampu menjadi seorang pemain muda yang boleh
bertanding di peringkat yang lebih tinggi. Meskipun begitu, Aiman masih
merasakan bahawa hal tersebut bukanlah sesuatu
37