"Kadang-kadang, kamu perlu bersikap tegas dengan anak-anak," ibu saya
mengangguk kepala, "Jika tidak berjaya, hanya sesuatu kesalahan yang besar yang
dapat memberi pengajaran kepada mereka. Kadang-kadang mereka memerlukan
panggilan bangun.”
"Ah, aku telah memberi nasihat kepada Alia, tetapi dia hanya menggulingkan
mata!" Mak Cik Amirah mengeluh.
Mereka telah bertengkar lagi pada malam itu. Ibu saya hanya menggeleng kepala
dan teruskan dengan makan malam. Ayah saya berdiri dan menutup tingkap untuk
mengelakkan daripada mendengar bunyi pertelingkahan mereka yang begitu kuat.
Kami terus makan malam dan berpura-pura seperti jiran kami tidak bertelingkah.
Pada keesokan hari, Alia kelihatan amat marah. Biasanya kami akan berkongsi
kereta dalam perjalanan ke sekolah, dan hari itu merupakan giliran Mak Cik Amirah
untuk menghantar kami ke sekolah. Malah, saya dapat merasakan suasana yang
begitu tegang di dalam kereta. Sepanjang perjalanan ke sekolah, saya hanya
melihat ke luar tingkap dan berpura-pura tidak berada di sana, kerana saya
memang tidak akan campur tangan dalam urusan keluarga orang lain.
Walau bagaimanapun, orang lain tidak menyedari bahawa Alia lebih murung pada
hari itu. Alia berinteraksi dengan rakan-rakan sekelasnya seperti biasa, tidak
seperti tingkah laku yang begitu kasar ketika dia berinteraksi dengan ahli keluarga.
Saya memang tidak dapat memahami bagaimana seseorang dapat melayan orang
lain dengan lebih sabar berbanding dengan ahli keluarganya sendiri.
Pada waktu Sejarah, sebilangan besar rakan sekelas kami telah tertidur. Guru
Sejarah kami, Cikgu Danial, juga tidak menegur mereka.
"Alia," Cikgu Danial memanggil. "Bolehkah anda membaca petikan seterusnya?"
Alangkah terkejutnya kami semua apabila Alia menjawab Cikgu Danial dengan
kasar.
Ini adalah kali pertama semua orang mendengar kata-kata kasar yang keluar dari
mulut Alia. Cikgu Danial pun kelihatan terkejut dengan jawapan Alia yang agresif.
Rakan-rakan sekelas kami yang mengangguk semasa dari kelas sejarah, tiba-tiba
terkejut dari tidur. Semua orang memandang ke arah Alia.
Alia sendiri kelihatan terkejut dan malu dengan kesalahannya. Setelah keheningan
yang canggung, Alia mula membaca petikan itu seolah-olah tidak ada yang
berlaku, tetapi saya dapat melihat hujung telinganya menyala merah.
Selepas sekolah berakhir, kami berdiri di pintu gerbang sekolah untuk menunggu
ibu Alia untuk menjemput kami berdua dari sekolah. Secara tiba-tiba Alia mula
menangis.
88
"Saya mengerling jam tangan saya. 5 minit lagi sebelum ibu Alia akan tiba di pintu
gerbang sekolah. Walaupun saya dengan Alia merupakan jiran, kami sebenarnya
tidak begitu rapat. Saya tidak tahu bagaimana menenangkan orang yang menangis,
lebih-lebih lagi Alia.
Saya menghela nafas. "Kenapa Alia menangis?"
"Saya telah memalukan diri sendiri di hadapan semua orang," Alia menangis.
"Mungkin berlaku kerana kamu telah biasa menjawab orang dengan tidak sopan,
sampai menjawab cikgu dengan biadab kerana refleks.”
"Saya tahu," Alia menangis dengan teresak-esak.
"Jadi, minta maaf kepada cikgu, dan berusahalah untuk menjadi lebih sopan
kepada semua orang," saya menepuk bahu Alia. "Saya yakin cikgu akan
memaafkan anda. Kalau tidak, sekiranya kamu terus berusaha untuk bersikap sopan
kepada semua orang, mereka pastilah akan memaafkan anda. "
Akhirnya, Alia telah berhenti menangis. "Adakah masalah saya begitu mudah untuk
diselesai?"
"Siapa tahu?" Saya mengangkat bahu. "Ini terserah kepada kamu untuk mengambil
langkah pertama."
Selepas itu, kami hanya memerhatikan kereta yang lalu-lalang, menunggu kereta
ibu Alia yang akan membawa kami balik ke rumah.
89
JASA AYAH oleh Khirtikasri A/P Mohan
E-mel: [email protected]
“Bukannya Luqman minta sengaja. Luqman memang nak guna duit. Bagi je tu!”
“Kamu fikir ayah cetak duit? Minggu lepas minta kasut bola, semalam minta beli
jam tangan, dan hari ini pula minta duit pergi berkelah! Kalau minta duit untuk beli
buku, tak apalah juga! Macam ini sesiapa pun boleh bankrap!”
Jam hampir menjejaki 9 malam. Luqman meminta duit dengan abah untuk pergi
berkelah dengan kawan-kawan. Ini bukannya pertama kali. Luqman selalu minta
duit dengan abah tanpa berasa betapa susah abah mencari pendapatan tersebut.
Perangkai Luqman amat mengecewakan ibu and abah.
“Kau ini memang tak mahu bagi saya duit kan? Bukannya abah nak bawa semua
duit yang abah dapat tu ke syurga!”
“Kalau boleh abah akan bawa semua tu ke syurga, tak ada masalah. Ia lebih bagus
daripada bagi dengan kau yang suka bazir duit abah! Kau ini memang tak peduli
hati abah!”
“ Abah, sebenarnya saya tak kisah pun. Abah ini kenapa susah sangat nak bagi
duit kepada Luqman? Hanya saya seorang anak. Segala duit pendapatan kamu tu
untuk saya kan? Habis kenapa nak lakon macam tak ada duit langsung?”
Pertarungan dengan Luqman dan abah semakin teruk. Luqman tidak mempunyai
kesantunan langsung. Walaupun dia bercakap dengan abah sendiri, dia tidak
mempunyai kesopanan berbahasa. Perkataan-perkataan yang Luqman keluarkan
membuat mereka berasa tidak sedap hati.
“Luqman! Inikah cara kau bercakap dengan seorang ayah? Dari mana kamu belajar
semua ini?”
Ibu berkecil hati dengan perkataan yang Luqman mengeluarkan terhadap ayahnya.
Ibu tidak sangka Luqman akan cakap begitu hanya disebabkan tidak memberi duit
yang diminta. Sebelum ini, abah dan ibu akan memberi duit yang Luqman minta
hanya disebabkan kedegilannya. Tetapi kali ini, Luqman meminta jumlah yang agak
besar untuk memberi kepada seorang budak yang berusia 16 tahun.
“Kelakuan Luqman ini memalukan abah! Ini bukan cara yang abah membesarkan
kamu.”
Untuk pertama kalinya ayahnya berkata sekeras itu. Ketika kata-kata itu diluahkan,
dia hanya membatu.
Luqman mahu berterusan perang mulut dengan ayahnya, tetapi takut kelak
menambah kemarahan ayahnya. Dia kemudian keluar dari rumah, walaupun ditegah
oleh ibunya.
91
““Kamu hendak ke mana, Luqman? Sudah lambat ni”, tanya ibunya yang bimbang
semasa tindakan tidak elok dilakukan oleh anak tunggalnya itu.
“Suka hati saya. Saya tahu bila nak balik!”
Dia terus melangkah. Dia tidak tahu hendak ke mana. Kaki bawalah diri ini ke mana
kamu suka, desis hatinya.
Tanpa diduga, titisan hujan yang mulanya gerimis, kini bertukar menjadi lebat.
Petir di langit sabung-menyabung.
“Aku tidak boleh berteduh di bawah pokok. Aku mesti singgah di rumah orang.”
Untuk seketika, hatinya dapat berfikir secara waras. Mata dia tidak dapat
mengemukakan tempat yang selamat untuk singgah pada waktu malam itu.
Situasinya agak sunyi. Dia hanya dapat mendengar bunyi hujan lebat dan petir.
Luqman berlari ke rumah yang berhampiran. Dia tidak dapat tempat yang elok
untuk singgah. Pada masa yang sama, Luqman tidak juga mahu pulang ke rumah
kerana panas hatinya belum lenyap. Dalam jarak 20 hingga 30 meter dari situ, dia
menemui rumah papan yang cukup uzur. Yang dia tahu, ini rumah Pak Hazim dan
anaknya bernama Haiqal, teman sekelasnya. Luqman tidak pernah ke sini, tetapi
tahu tuan rumah ini bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah rendah.
Secara tiba-tiba, Luqman mendengar suara teman kelasnya yang berbual dengan
ayahnya.
“Tutup pintu itu cepat, Haiqal. Kalau terbuka, nanti basah buku-buku kamu tu.
Pergi cepat.”
Dia mengamat suara itu. Dia bersandar di dinding. Suara batukan berbaur dengan
petir yang sabung-menyabung.
“Abah, Haiqal nak tanya sesuatu boleh?” Haiqal mula untuk tanya tentang sesuatu
dengan suara yang lembut.
“Macam mana dengan buku yang Haiqal minta semalam, abah? Boleh abah
belikan untuk Haiqal?”
“Eh, itu suara Haiqal?” Luqman mula mengesan suara dari rumah itu. “Abah akan
usahakan. Tugas kamu hanya belajar.”
“Baiklah ayah. Terima kasih.”
“Semalam Pak Fauzi mengadu pada ayah tentang perangai anaknya, Luqman. Dia ni
belajar malas, tetapi asyik minta duit sahaja. Dia tak tahu betapa susah ayahnya
mencari duit. Maklum gajinya pun tak seberapa.” ayah Haiqal meluahkan perkara
dalam hatinya kepada anak.
92
“Saya kenal dengan Luqman abah. Dia ialah rakan sekelas saya. Tapi saya tak tahu
semua ini. Kenapa dia mempunyai perangai sebegini abah?”
“Silapnya terlalu beri muka. Pak Fauzi seorang yang bekerja keras. Dia buat
pelbagai kerja untuk mendapatkan duit. Pada waktu pagi, dia bekerja dengan
ayah. Kita sama-sama pemandu teksi. Lepas waktu kerja, dia pergi bekerja di
kilang sebagai separuh masa. Tetapi Luqman ni langsung tidak mengambil berat
untuk mengetahui keadaan ayahnya.”
“Lagi-lagi, bekerja sebegini akan menjejaskan kesihatan Pak Fauzi. Kita ni bukan
mudah. Kita juga mahu berehat. Tapi Pak Fauzi ini bekerja demi kehidupan
anaknya.”
“Kenapa dengan Luqman ayah?”
“Dia tak apa-apa. Tapi Pak Fauzi berasa dia mahu menjimat sejumlah wang demi
masa depan Luqman. Pak Fauzi selalu mahu Luqman untuk rajin belajar dan
memiliki jawatan yang besar. Dia tidak mahu anaknya menjadi seperti dia. Pak Fauzi
selalu berfikir tentang kebaikan anak tunggalnya itu”
“Abah tak mahu anak ayah seperti pipit menelan jagung. Faham?”
“Faham abah. Saya tak akan beri peluang sebegini untuk berlaku abah. Abah
boleh percaya Haiqal.” Haiqal memberi harapan yang kukuh kepada abahnya.
Kata-kata itu menyebabkan dada Luqman menjadi sebak. Luqman tidak tahu
kesusahan ayah itu yang bersusah payah mencari rezeki untuk hidup. Pada ketika
itu dia berfikir kelakuan yang kurang sopan sebentar tadi itu. Luqman sedar bahawa
perkataan yang dikeluarkan terhadap ibu bapanya adalah kasar dan tidak patut.
Ayah, maafkan Luqman kerana terlalu banyak menyusahkanmu, desis hatinya. Dia
terus berdoa agar hujan teduh agar dia dapat segera pulang dan memohon maaf
kepada ayahnya.
Dia tidak dapat bersabar untuk menunggu hingga hujan berhenti. Lalu, selepas
beberapa minit, hujan pun telah menjadi semakin kurang. Luqman berjalan ke
rumah secepat mungkin. Banyak persoalan telah merenungi minda fikiran dia. Dia
tidak tahu cara untuk meminta maaf dengan abahnya yang mengorbankan hampir
seluruh daripada kehidupannya demi kebaikannya.
Sudah Pun tiba di halaman rumah. Tiada sesiapa dekat situ. Mata Luqman bergerak
dengan pantas. Telinganya mendengar suara dari arah bilik. Luqman bergerak ke
arah bilik and membuka pintunya. Ibu dan ayah berkelihatan sedih. Dia berasa
sangat bersalah lalu peluk abahnya.
“Minta maaf sangat abah! Luqman membuat dosa yang besar. Saya tidak patut
berkelakuan begitu. Perkataan dan cara percakapan juga amat degil. Abah! Mohon
maaf abah.”
Titisan air Luqman sentuh tangan abah. 93
Anta Permana oleh Lin Aribah Binti Muhamad Sukri
E-mel: Lin Aribah Binti Muhamad Sukri
Angin malam meniup lembut seindah sepoi bahasa di kota Kuala Lumpur yang
sentiasa sibuk dengan ribuan manusia. Di setiap penjuru wujud kelibat manusia.
Ada yang sedang menunggu bas Rapid KL, ada yang sedang membeli belah
dengan sakan serta ada juga yang kelihatan tertekan menunggu trafik sesak untuk
pulang ke rumah masing-masing. Jauh di sudut sebuah lorong, Ahmad, seorang
remaja yang berumur 17 menampakkan kelibatnya kepada orang ramai. Ahmad
bekerja sebagai seorang tukang sapu sampah serta penyanyi jalanan yang
menggunakan baldi serta sudu sebagai peralatan muziknya semasa menyanyi. Dia
terpaksa bekerja demi membantu kehidupan keluarganya kerana dialah tulang
belakang keluarga semenjak bapanya meninggal dunia. Ibunya yang sakit di rumah
menjadi penguat kepadanya supaya terus berusaha mencari rezeki. Namun begitu,
nyanyiannya turut mendapat perhatian daripada orang awam yang lalu lalang di
tengah bandar yang penuh sesak itu. Pekerjaannya sebgai seorang tukang sampah
juga menyebabkan dia dipandang hina oleh sesetengah orang awam kerana
mereka berpendapat bahawa seorang remaja sepertinya harus berada di sekolah,
bukannya mengutip sampah di jalanan.
Beg plastik yang dipenuhi sampah digalas di atas belakangnya dan diikat kemas
supaya tidak jatuh berselarak sambil menggeleng kepala melihat sikap manusia
yang tidak prihatin terhadap alam sekitar. Dia berjalan menuju ke arah tempat
pelupusan sampah yang berhampiran dengan rumahnya. Usai melaksanakan
tugasnya, dia terus berjalan pulang sambil menyanyikan lagu kegemarannya, Rasa
Sayang Hei. “Rasa sayang hei, rasa sayang sayang hei!”. Melodi itu terus
bersambungan sehingga dia tiba di rumah. Setelah dia melangkah masuk ke dalam
rumah, dia tercari-cari di manakah ibunya. “Ibu! Abang dah balik!”. Pelik. Tidak
seperti biasa kerana ibunya pasti akan menyahut apabila dia dipanggil walaupun
dalam kadar nada yang perlahan. Kedengaran suara seseorang sedang menangis
meminta tolong kerana sesak nafas. Ahmad terus bergegas ke arah ibunya lalu
terus mencapai ubat yang berbakikan sedikit sahaja lagi.
Keesokan harinya, Ahmad pergi ke pasar. Pakaiannya yang koyak serta rambutnya
yang terjurai ke hadapan menampakkan dirinya seperti seorang pengemis jalanan.
Namun begitu, dia tidak mempunyai wang yang cukup membeli makanan. Dia
bermonolog sendiri sambil memperhatikan tuan kedai tersebut, “Maafkan aku, aku
terpaksa menjadi pencuri buat seketika supaya ibu tidak kebulur di rumah”. Dia
terus mencapai sebungkus nasi yang berada di hadapannya lalu melarikan diri
sekuat hati. Orang ramai yang berada di pasar tersebut berjaya mengejarnya. “Kau
dah kenapa?! Kalau takde duit, kerja la! Bukan mencuri macamni!”, kata pemilik
tuan kedai tersebut yang bengang dengan tindakan Ahmad. Dia tidak dapat
menjelaskan keadaannya yang sebenar kerana pemilik kedai itu tidak mahu
mendengar apa-apa alasan darinya. Lalu, diambilnya tuan kedai itu sebatang kayu
untuk memukul Ahmad. Tiba – tiba seorang pemuda datang. Orangnya kacak
bergaya. Tinggi lampai sekali seperti galah. “Tak apa, biar saya bayar dua kali
ganda daripada harga sebenar untuk nasi yang dicuri itu. Tolong jangan pukul dia.”
Pemilik kedai itu segera mengambil wang yang dihulurkan lalu menjeling kearah
Ahmad. Ahmad terkedu. Dia menatap rapi wajah lelaki tersebut untuk disimpan
95
dalam ingatan. “Nah, nasi untuk kamu. Nak apa-apa lagi tak?”, tanya lelaki itu.
Ahmad berasa segan, cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya lalu
mengucapkan terima kasih. Lantas dia berlari pulang ke rumah untuk memberi
makan kepada ibunya. Terbayangnya wajah lelaki tadi. “Siapa dia?”, monolognya
sendiri. Namun dia mengalihkan fikirannya kerana tiada jawapan. Matahari sudah
hampir terbenam di ufuk barat. Memancarkan sinar tepat kearah anak matanya
seakan-akan menyeru remaja itu segera menutup pintu dan tingkap rumahnya.
Lantas dia merebahkan dirinya di atas katil kerana penat kehulu kehilir seharian.
Tanpa sedar, dia terlelap di atas tilam yang empuk bagai kekapas.
Keesokan paginya, dia membuka mata. Samar-samar penglihatannya. Dia
menggosok mata sambil terus mencapai tuala untuk mandi. Dia memakai baju yang
lusuh, namun berusaha menjaga penampilannya kali ini. Rambut yang terjurai ke
hadapan di pastikannya disikat kemas serta kekal pada posisinya. “Ibu! Ahmad
pergi dulu ya!”, sambil mencium dahi ibunya yang sudah berkedut dek kerana
dimamah usia. “Hati-hati ya nak!”, kata ibunya. Seperti biasa, dia mengutip
sampah di jalanan sepanjang perjalanannya untuk ke kota. Pada belah petang pula,
dia akan mendendangkan lagu untuk diperdengarkan kepada orang awam. Semasa
dia sedang tekun mengutip sampah betul-betul di kaki jalan, sebuah kereta datang
meluru ke arahnya seolah-olah pedal breknya tidak berfungsi. “Boom!”, bunyi
letupan yang agak besar kedengaran di sekitar kota itu. “Sakit!!!Tolong!!!!”, jerit
Ahmad. Dia hanya mampu menahan sakit. Ketika itu, dia merasakan dirinya hampir
mati. Mengalir air matanya. Seorang lelaki segera datang membantunya. “Ini lelaki
tempoh hari?”, tanya Ahmad kepada dirinya. Namun dia tidak mampu
mengeluarkan kata-kata tersebut kerana sedang mengerang kesakitan. “Bertahan
ya, saya call ambulans…”, kata lelaki tersebut. Ahmad mengangguk lemah. Dia
sempat melihat nama lelaki itu di tag namanya ‘Syafiq’. Agaknya dia masih pelajar
sekolah kerana pakaiannya menunjukkan dia seorang pengawas di SMKA Kuala
Lumpur. 5 minit kemudian, ambulans tiba. Ahmad dibawa ke hospital berdekatan,
iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Doktor, mana lelaki tadi?”, tanya Ahmad selepas sejam dia sedar setelah
mendapatkan rawatan. “Awak cari saya ya?”, ujar Syafiq sambil tersenyum.
“Terima kasih sebab selamatkan saya tempoh hari dan tadi.”
“Eh, tidak mengapala. Sama-sama”, kata Syafiq.
“Awak tinggal di mana? Ibu ayah awak dekat mana? Mesti mereka risau dengan
awak sekarang ni”.
“Erm, ayah saya dah tak ada. Mak saya ada di rumah. Dia sakit”, jelas Ahmad.
Lalu mereka berkenal-kenalan dan berbual hampir dua jam. Syafiq mempelawa
Ahmad untuk tinggal di rumahnya yang kosong tidak berpenghuni terletak tidak
jauh dari rumah Ahmad yang lama kerana Syafiq mempunyai dua buah rumah. Jadi,
daripada dibiarkan kosong, baiklah dia mempelawa Ahmad untuk duduk disitu.
Ahmad berbincang dengan ibunya dan mereka bersetuju untuk pindah ke rumah
tersebut. Kehidupan mereka merubah dengan bantuan Syafiq yang baik hati serta
rajin menolong orang.
96
10 tahun kemudian, Ahmad berjaya menjadi seorang doktor. Suatu hari, dia
melihat nama yang tertera di atas kertas kad laporan pesakit, ‘Jasmin Binti Kenit’.
Namun, tidak pernah terdetik itu adalah ibu Syafiq yang pernah membantunya
suatu ketika dahulu kerana setelah Syafiq berpindah ke Johor, mereka telah
terputus hubungan. “Assalamualaikum, doktor”, ujar Syafiq tanpa mengecam
wajah Ahmad. “Waalaikumussalam, ada apa yang boleh saya bantu?”, kata doktor
Ahmad. “Saya ingin bertanya tentang keadaan mak saya dan berapa kos
perubatannya?”, tanya Syafiq. “Mungkin dalam 5 ribu kerana pembedahan ini
adalah pembedahan yang berisiko serta memakan kos yang banyak”. “Allah, mana
saya nak cari duit tu, doktor”, keluh Syafiq. “Awak Syafiq kan? Masih ingat saya,
Ahmad yang awak bantu saya 10 tahun lepas?”, tanya Ahmad. “Eh, Ahmad! Sudah
berjaya awak sekarang!”. “Alhamdulillah itu pon berkat pertolongan awak kepada
saya dulu. Mmmm, tentang kos perubatan itu, awak jangan risau, saya akan
bayarkan untuk awak sebagai balasan jasa baik awk yang pernah selamatkan ibu
saya daripada kebulur”, kata Ahmad. Syafiq menangis terharu. “Terima kasih
banyak-banyak. Jasa awak anta permana buat saya.” Dia mengusap air mata yang
laju menitik. Benarlah kata orang, hiduplah dalam kesantunan. Hiduplah dalam
kebaikan kerana setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.
97
Malunya Aku… oleh Muhammad Aiman Arif Bin Abu Bakar
E-mel: [email protected]
Jarum jam menunjukkan pukul lima lima puluh pagi, tetapi aku masih lagi
berlingkar di atas katil. Entah kenapa pagi ini mataku terasa begitu berat sekali
untuk dibuka. Di luar sana kedengaran laungan azan di masjid berdekatan,
kemudian ayam jantan berkokok dengan nyaringnya, menandakan sudah masuk
waktu Subuh.
Sedang aku lena diulit mimpi, tiba-tiba aku terdengar suara rakan sebilikku,
Azman memanggil namaku dan menyuruhku segera bersiap untuk ke kelas.
“Rul, bangun Rul. Sudah masuk waktu Subuh ni. Janganlah terlajak tidur lagi
macam semalam,” ujarnya. Perlahan-lahan aku bangkit dari tidur dan terus
mengusap kedua-dua mataku. “Ya Allah! Terima kasih banyak Man, nasib baik kau
kejutkan aku hari ni”. Tuala lusuh kucapai dari dalam almari lalu terus aku bergegas
ke bilik air.
Setelah lebih kurang sepuluh minit aku menguruskan diri di bilik air, aku mula
mengambil baju kemeja biru dan seluar hitam dari almari untuk aku gosok sebelum
aku memakainya. Setelah siap, aku mula memakai pakaian itu dalam serba kelam-
kabut kerana takut lewat masuk kelas. Apabila selesai solat berjemaah dengan
Azman, aku terus mengemas begku dengan buku-buku serta alat tulis yang
diperlukan, kemudian aku mula mencari dompet aku di atas meja belajar. Tetapi,
dompet itu tiada di situ. Sudah berkali-kali aku meraba di atas meja untuk
mencarinya, tetapi dompetku seolah-olah menghilang secara tiba-tiba.
“Man, kau ada nampak dompet aku tak?”soalku.
“Hm…tidak. Kenapa? Dompet kau hilang kah?”
“Ya, Man. Aku dah cari merata-rata, tapi tak jumpa juga. Aku rasa ada orang curi
dompet aku ni,” aku terus mengesyaki ada seseorang yang panjang tangan” dan
sanggup mencuri dompetku.
“Eh, biar betul! Siapa pula yang sanggup curi dompet kau? Setahu aku, tiada
siapapun yang boleh masuk ke dalam bilik kita malam tadi”.
Aku terus menjadi tidak keruan. Perasaan marah, sedih, bermacam-macam emosi
bercampur-baur dalam diriku. “Man, tolong aku cari balik dompet aku, Man. Dalam
dompet tu ada kad debit aku, aku takut nanti duit yang aku simpan dalam bank
semuanya lesap nanti” ujarku terketar-ketar.
“Okay,okay. Jangan panik dulu, bawa bertenang. Macam ni, kita laporkan pasal ni
pada warden, tengok kalau dia boleh bantu ke”. Betul juga cadangan Azman tu,
aku sepatutnya bertenang dahulu, melaporkan kes ni pada warden, bukannya jadi
tidak keruan macam orang gila.
Setelah melaporkan kes ini pada warden, dia pun sudi membantuku mendapatkan
semula dompet yang hilang.
99
“Okay, panggil semua kawan kamu keluar dan berdiri di luar pintu bilik masing-
masing. Saya akan buat spot-check, mana tahu ada terjumpa dompet kamu dalam
bilik mereka” ujarnya kepada aku dan Azman.
Kemudian, Azman mula memanggil kawan-kawan semua dengan laungan yang
kuat seperti seorang komandan. “Wahai kawan-kawan semua, sila keluar dari bilik
dan berdiri di depan pintu masing-masing sekarang! Warden mahu buat spot-
check secepat mungkin!”
Selepas itu, semua orang mula berdiri di depan pintu bilik masing-masing, dan
warden pun memulakan operasinya. Dua puluh minit sudah berlalu, namun warden
masih belum menjumpai dompetku yang hilang itu.
“Kawan-kawan tolong lah mengaku cepat, kalau terdesak sangat pun janganlah
sampai perlu mencuri hak orang lain! Mak bapak kalian hantar pergi sekolah untuk
jadi orang berguna bukan diasuh untuk jadi pencuri” Aku berteriak kepada semua
yang hadir untuk sesi spot-check tersebut.
“Rul, Isbir! Isbir! Jangan tuduh sebarangan.” Ujar Azman dalam Bahasa Arab kerana
terkejut melihat perwatakan dan sisi yang tak pernah aku tampilkan sebelum ini
dikhalayak ramai.
“Kau cakap senang la Azman, tak kena dekat batang hidung sendiri! Entah entah
kaulah orang yang curi dompet aku dalam diam” Getus hati aku apabila melihat
Azman yang tiba-tiba bertukar menjadi ustaz segera dengan jelingan mata yang
tajam.
Tiba-tiba warden mula bertanya padaku, “Adakah dompet kamu betul-betul hilang
sebab dicuri? Semua bilik sudah saya geledah, tapi tiada siapa pun yang
mengambil dompet kamu”. Perbualan warden itu telah memecahkan tembok
amarahku dan menyebabkan aq berfikir sejenak bahawa tempat itu sahaja yang
belum aku periksa. Kemudian, warden mengarahkan aku dan Azman mencari
semula di bilikku.
“Rul, aku memang rasa mustahil la ada orang curi dompet kau. Kan kau tak pernah
letak dompet di mana-mana selain atas meja kau.” ujar Azman kehairanan. “Cuba
kau cari dalam beg kau, mungkin ada dekat situ?” cadang Azman kepadaku.
Sememangnya beg aku sahaja yang belum aku selongkar, sebab aku tidak pernah
terfikir untuk menyelongkar beg aku sendiri.
“Hah ni, dompet kau. Aku jumpa dalam beg kau sendiri tau…” ujarnya.
“Eh, iyalah ni dompet aku. Macam mana pula boleh ada dalam beg pulak?” Dompet
aku sebenarnya tersembunyi jauh di dasar beg galas, terselit antara buku teks
dengan beg alat tulis. Girang hatiku bukan kepalang dan perasaan malu tiba-tiba
menyelimutiku.
100
“Ya Allah, malunya aku, Man. Aku tuduh orang dekat dorm ni sebagai pencuri.”
Mukaku terus menjadi merah padam, baru aku sedar yang aku sendiri
menyembunyikan dompet di dalam beg galasku semalam, disebabkan perasaan
takut yang melampau. Aku takut dompetku dicuri oleh kawan-kawan yang duduk
di bilik bersebelahan ketika aku sedang tidur.
“Hah tulah, lain kali jangan bagi tuduhan melulu macam tu. Pastikan check dulu
setiap pelosok bilik ni. Kan dah dapat malu,” ujar Azman yang geram melihat reaksi
aku yang tidak boleh bertenang dan bersabar. “Setiap apa yang berlaku pasti ada
hikmahnya, Rul. Kau mesti tertanya-tanya kan kenapa aku suruh kau isbir tadi?”
Tanya Azman dengan lemah-lembut.
“Sabar? Ya, aku tahu Man aku terlalu terbawa-bawa oleh perasaan marah aku
sebentar tadi sampai junior-junior pun aku marah tadi”
“Bukan tu je Rul, kau dah lupa ke firman Allah dalam Surah Al-Anfaal, ayat 46 :
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Sebenarnya kunci untuk
kau jumpa dompet kau semula adalah dengan bersabar. Bila kita bersabar Allah
ada dengan kita. Dia kan Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.”
Terdiam aku seketika mendengar bait-bait kata dari Azman yang memetik
potongan ayat Al-Quran yang baru sahaja kami pelajari pada kelas Syariah Islamiah
semalam. Mudahnya aku melupakan perkara-perkara penting seperti ini dalam
kehidupan aku.
“Macam ni la, kau cepat-cepat minta maaf dekat warden, lepas itu kau minta maaf
secara terbuka nanti masa perhimpunan pagi bermula. Ok?”
“Hm…baiklah Man. Nak buat macam mana kan, memang salah aku sendiri. Cuai
dengan barang aku sendiri. Terima kasih juga Man sebab banyak tolong aku dan
menyedarkan aku pada masa yang sama.”
“Sama-sama Rul, itu sahaja yang mampu aku buat sebagai kawan kau. Dah. Jomlah
kita ke dewan, perhimpunan dah nak mula ni. Nanti lambat pula kita masuk,” ujar
Azman kepadaku.
Aku pun hanya mengangguk, tidak berkata apa-apa. ”Apabila ingin melakukan
sesuatu jangan letakkan sepenuhnya pada kemampuan kita, manusia lemah dan
terbatas, tetapi kita lupa kita ada Allah. Dialah tempat yang hakiki untuk kita
bergantung pengharapan selepas berikhtiar.” Monolog hatiku sebagai refleksi
kendiri terhadap peristiwa yang memalukan tetapi memberi pengajaran bermakna
untuk seumur hidupku sebagai seorang insan yang masih merangkak mencari
keredaan Ilahi.
101
Jasamu guru oleh Muhammad Dizaidy Zikry Bin Mohd Difardy
E-mel: [email protected]
Tik-tok… Jam di dinding berdetik bagi menunjukkan pukul 11 malam namun Wan
masih belum tidur. Dia terpaksa menjaga ibunya yang terlantar di atas katil kerana
sakit dan ayahnya pula masih belum pulang semenjak dia keluar bekerja petang
tadi. Tanggungjawab untuk menjaga dua orang adiknya juga terletak kepada
dirinya kerana ayahnya sibuk mencari rezeki untuk mereka sekeluarga dan ibunya
pula jatuh sakit hampir dua tahun. Wan bangun dari kerusi plastik berwarna merah,
yang berada di sebelah katil yang bercadarkan kain lusuh itu, untuk melihat
keadaan adiknya yang sedang tidur di ruang tamu. Dalam masa yang sama, Wan
ternampak kasut sekolah yang basah disebabkan hujan lewat semalam mempunyai
kesan koyak di beberapa tempat. Namun begitu, Wan tidak merungut dan terus ke
ruang tamu.
Dia membelai kepala kedua-dua adiknya yang sedang nyenyak tidur, tiba-tiba dia
terdengar ketukan pada pintu kayu. Wan segera menuju ke pintu hadapan untuk
membuka pintu, ayahnya yang jelas nampak keletihan menyapa anaknya.
“Assalamualaikum adik. Adik dah makan?” tanya ayahnya. “Sudah ayah, Wan
makan roti sebentar tadi. Ayah duduklah dulu, Wan pergi ambil air untuk ayah ya.”
kata Wan. Wan terus ke dapur dan mengambil satu cawan air kosong lalu diberikan
kepada ayahnya. “Ayah, barang dapur sudah habis, ubat ibu pula sudah tinggal
sikit.” kata Wan sambil menghulurkan cawan kepada ayahnya. “Esok ayah cuba
belikan. Adik pergilah tidur, esok sekolah, kena bangun awal.”. “Tidak mengapa
ayah. Lepas Wan pergi lihat keadaan ibu, Wan pergi tidur.” kata Wan untuk
menghilangkan risau ayahnya. Wan bangun dan mengambil bantal dan menuju ke
ruang tamu, selepas melihat ibunya, untuk menyiapkan tempat tidurnya. Wan terus
baring di sebelah adiknya sambil memikirkan hari esok. Perlahan-lahan
pemandangan sekelilingnya menjadi gelap.
Wan melihat jam di dinding, jarum menunjukkan sudah hampir lima pagi. Tanpa
melengahkan masa, Wan bangun dan terus ke bilik air yang terletak di luar rumah
untuk menyegarkan badannya. Selesai memakai baju sekolah yang agak lusuh
kepunyaannya, Wan ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk keluarganya. Dia
juga perlu menyuapkan sarapan kepada ibunya dan memastikan ibunya makan ubat
yang diberi oleh doktor. Itulah rutin Wan setiap hari selama setahun sejak ibunya
mula terlantar di atas katil. Selesai saja rutin tersebut, Wan bersalam dengan
ayahnya dan terus bergegas keluar dari rumah. Walaupun langit masih belum cerah
tetapi Wan terpaksa bertindak awal kerana dia perlu menempuh kawasan hutan di
sekeliling rumahnya untuk ke sekolah, tambahan pula dia perlu berjalan ke sekolah
dan perjalanan ke sekolah bukanlah dekat, 5km daripada rumahnya.
Perhimpunan dan kelas pagi berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.
Loceng berdering menandakan waktu rehat bagi pelajar tingkatan 4. Wan
membawa bekalan makanan yang telah disediakan pagi tadi ke ‘White House’ ,
kawasan yang digunakan oleh pelajar untuk menunggu ketika pulang dan untuk
melepak. Pada waktu rehat kawasan itu kosong kerana semua murid lebih gemar
makan di kantin. Dalam perjalanan ke situ, Wan terserempak dengan tiga orang
murid. “Oi tengok tu, budak selekeh tu lagi la.” kata Ajmal, salah satu pelajar
103
daripada tiga orang tersebut.”Haa la.. Ni nak pi sekolah ka nak duk tepi jalan ni.”
kata Ahmad. “Kalau hang pakai macam ni baik duk rumah ja, nampak kotor ja.” kata
Farid kepada Wan. Maruah Wan tercabar tetapi dia berdiam diri sahaja kerana dia
tidak mahu mengeruhkan keadaan. Wan menunduk kepalanya ke bawah dan terus
ke destinasi yang diingini tanpa menghiraukan tiga pelajar tadi. Apabila sampai di
‘White House’, Wan terus mengeluarkan buku untuk mengulang kaji sambil makan
bekalan makanannya.
Cikgu Helmi yang dalam perjalanan ke bilik guru ternampak Wan yang sedang
mengulangkaji berseorang dan mukanya juga nampak agak tertekan tetapi cikgu
Helmi tidak mengendahkan situasi tersebut dan terus berjalan menuju ke bilik guru.
Keesokan hari, Cikgu Helmi ternampak Wan di tempat yang sama tetapi memilih
untuk mengabaikannya. Perkara ini berulang untuk beberapa hari dan semakin hari
muka Wan kelihatan semakin tertekan. Setelah seminggu dari kejadian itu, Cikgu
Helmi perasan bahawa Wan tidak lagi berada di “White House” pada waktu rehat
untuk beberapa hari. Cikgu Helmi menjadi ingin tahu jadi beliau pun menanyakan
tentang keadaan Wan kepada guru yang lain. “Oh, budak itu sudah hampir dua
minggu tidak datang ke sekolah, sakit agaknya.” Kata Cikgu Suraya. “Dia sakit
apa?” tanya Cikgu Helmi. “Entah, saya dah cuba telefon nombor rumah dia, tapi
tiada siapa yang angkat.” Kata Cikgu Suraya. “Kalau macam itu Cikgu Su ada
alamat rumah dia?”. “Ini alamat rumah dia, Cikgu Helmi nak buat apa?”. “Saya fikir
nak melawat rumah dia, tiba-tiba sahaja dia tak datang ke sekolah, risau saya.”
Kata Cikgu Helmi.
Pada petang tersebut, Cikgu Helmi terus mengharungi hutan-hutan untuk sampai
ke rumah Wan. Sampai saja Cikgu Helmi terus memberi salam dan mengetuk pintu
rumah sebanyak tiga kali. Wan membuka pintu rumah. Kelihatan mata Wan kuyu
dan membengkak seperti tidak tidur malam.”Cikgu Helmi rupanya, masuklah
dulu.”. Cikgu Helmi pun masuk dan mereka duduk bersila di ruang tamu.”Boleh
saya tanya, kenapa cikgu datang rumah saya?” tanya Wan dengan muka tidak
bersemangat. Cikgu Helmi memahami keadaan Wan selepas melihat dirinya dan
persekitaran rumahnya sebelum menjawab, “Cikgu sebenarnya nak tanya kenapa
kamu dah dua minggu tidak datang sekolah?”. Muka Wan menjadi pucat serta
sedih mendengar pertanyaan itu, kesunyian memenuhi rumah tersebut untuk
beberapa ketika. Dengan nada yang sedih Wan menjawab “Mak meninggal dua
minggu lepas. Saya sedih. Tiada semangat untuk ke sekolah.” Mendengar jawapan
itu, Cikgu Helmi menjadi serba salah dan menyesal kerana mengabaikan Wan
sebelum ini. Cikgu Helmi berjanji untuk menolong situasi keluarga Wan.
Cikgu Helmi melawat rumah Wan setiap hari dan membawa bantuan untuk
keluarga Wan setiap minggu. Bukan itu sahaja, Cikgu Helmi juga meminta bantuan
badan bukan kerajaan untuk membantu keluarga Wan. Wan terharu dengan
perbuatan Cikgu Helmi selepas beliau membantu dia selama sebulan. Wan berjanji
untuk kembali ke sekolah dan menghabiskan pembelajarannya.
20 tahun kemudian, Cikgu Helmi dimasukkan ke hospital akibat strok. Ahli
keluarga Helmi datang melawat pada keesokan harinya untuk melihat keadaan
beliau. Hari sudah hampir petang, di dalam wad hanya tinggal Cikgu Helmi yang
terlantar di atas katil dan dua orang jururawat yang ditugaskan melihat keadaan
104
Cikgu Helmi. Bunyi ketukan pintu tiba-tiba kedengaran, seseorang lelaki tinggi
lampai memasuki bilik Cikgu Helmi ditempatkan. Dia terus duduk di kerusi dan
mencapai tangan Cikgu Helmi sambil berkata, “Cikgu, ingat saya tak. Dulu cikgu
bersusah payah tolong saya sekeluarga. Sekarang saya dah berjaya. Saya janji saya
akan jaga cikgu sampai cikgu pulih. Terima kasih cikgu, Saya takkan lupakan jasa
baik cikgu.”.
105
Negaraku oleh Neevashini A/P Thamil Selvan
E-mel: [email protected]
Semester ketiga telah bermula. Saya mula memasukkan bagasi dengan bekalan.
Setelah menyelesaikan semua persiapan, bertolaklah saya dari Shah Alam ke Kota
Tinggi, kediaman pilihan tokwan dan opah. Suasana kampung selalu menjadi
kegemaran saya sejak saya kecil. Tugas harian saya setiap kali pulang ke kampung
adalah untuk menghabiskan masa dengan tokwan dan opah. Misalnya, kedua-dua
mereka menunjukkan cara membina layang-layang. Sekiranya mempunyai masa
lapang, tokwan akan memetik buah yang akan kami makan bersama. Yang pasti,
saya lebih suka tinggal di kampung ini setelah tinggal di ibu kota. Perbezaannya
sangat ketara ketika berlaku kesesakan lalu lintas di ibu negara. Saya boleh
berjalan ke mana sahaja yang saya ingini di kampung. Malah, tiada banyak
kenderaan yang akan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Tokwan tidak pernah
malu untuk menyampaikan cerita mengenai sejarah negara. Kisah tokwan kadang-
kadang membuat saya menangis. Tokwan sangat seronok membaca naratif tanah
jajahan Tanah Melayu, yang berlaku dahulu. Saya terpesona dengan cerita
mengenai zaman penjajahan di Tanah Melayu yang telah diceritakan sejak saya
kecil.
Selepas solat Asar, saya memasuki ruang tamu rumah tokwan. Saya berdiri di
hadapan tingkap berwarna hijau. Mata mula mengintip ke halaman kediaman
tokwan. Saya dapat menghargai keindahan ciptaan Tuhan hanya dengan melihat ke
luar tingkap. Fokus beralih ke pondok yang dibina tokwan. Tokwan nampaknya
mengibarkan bendera Malaysia. Hari Kemerdekaan akan tiba dalam beberapa hari.
Hati saya berdebar untuk mengetahui lebih banyak mengenai sejarah kebebasan
daripada Tokwan.
Saya menghampiri tokwan yang melukis dengan begitu teliti. Bibirku menguntum
senyum tiba-tiba.
"Assalamualaikum tokwan," Saya hanya bertanya, walaupun sebenarnya saya
sudah tahu tokwan itu melukis. "Waalaikumussalam, han," kata tokwan. “Tokwan
mencipta bendera ini ... dan ingin bertanding dalam pertandingan bendera” kata
tokwan. Kemudian dia kembali melukis bendera pada kain putih besar dengan
tangannya. "Bagaimana kamu sampai di sini? Tidak ada kerja sekolah yang perlu
dilakukan?” tokwan bertanya. Saya hanya menjawab dengan ketawa yang tenang.
"Tokwan, saya sudah bersedia. Saya baru sampai di sini ... hehehe" .. Tokwan
dengan lembut menggelengkan kepalanya, "Pasti ada kerinduan di hati Han untuk
mengunjungi tempat ini ... katakan saja. Macamlah tokwan tidak menyedari
tindakan kamu".." Eh sebenarnya, saya ingin bertanya mengenai sejarah
kemerdekaan ... bolehkah tokwan? " Saya berkata sambil melangkah ke arah
tokwan. Seperti yang telah saya nyatakan, anda mesti mendapatkan kebenaran
terlebih dahulu.
Tokwan mengangkat dagu dan memandang ke atas. "Memang, dia. Han sedar
bahawa Portugis menjajah Melaka pada tahun 1511. Han menyedari penjajahan
Portugis di Melaka. Tokwan telah mengajukan soalan kepada saya. Saya hanya
107
menggelengkan kepala untuk menunjukkan bahawa saya tidak tahu.
"Pengambilalihan Melaka bertujuan untuk melemahkan Islam dan menyebarkan
agama Kristian, serta mengganggu monopoli perdagangan orang Islam," kata
Tokwan. Alfonso d'Albuquerque adalah pelaku kejahatan ini. Melawan 1 Julai
1511, pencerobohan di Melaka bermula. "Adakah Farhan percaya Portugis berjaya
menawan Melaka? "Erm ... berjaya," kata saya. Tokwan, mereka berjaya merampas
Melaka pada bulan Ogos 1511? Saya memberikan respon yang mendalam. Tokwan
tersenyum sehingga putih mutiara kelihatan. "Cucu tokwan ini cukup pandai."
"Setelah Portugis menakluki Melaka, Belanda merampas Melaka dari Portugis,
betul tokwan?" soal saya sekali lagi. Saya ingin mengetahui lebih lanjut. "Ya betul,"
gumam Tokwan lembut sambil menepuk kepalaku. Belanda berusaha merebut
kembali Melaka dari Portugis berkali-kali, tetapi setiap percubaan gagal. Belanda,
bagaimanapun, dapat mengalahkan Portugal setelah pengepungan selama enam
bulan dan diserang oleh tentera Belanda yang menyokong tentera Johor. Terdapat
1,500 tentera Perancis dalam 40 kapal perang. Belanda akan berusaha untuk
menjadi kaya. Setelah Portugis dikalahkan di Melaka, Belanda dan Johor menjadi
kawan rapat.
Belanda di Melaka ingin mengawal perdagangan di Selat Melaka, terutama ketika
hendak mendapatkan lombong bijih timah. Akibatnya, Belanda masih berusaha
mengawal perolehan dan penjualan bijih timah di Perak. Belanda juga berusaha
untuk meyakinkan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Perak, untuk membenarkan
Belanda menguasai Perak, tetapi permintaannya ditolak. "Saya mengangguk,
mengakui pemahaman saya mengenai bukti tokwan. "British juga mahu mengambil
alih Tanah Melayu. Tokwan, betul-betul? British tidak masuk campur, jika Farhan
betul. Walau bagaimanapun, Sir Andrew Clarke, nampaknya akan mengembangkan
kuasa mereka di negeri ini, tidak akan disesatkan kerana pengabaian Tanah
Melayu. Tokwan mengangguk juga, berkata, "Betul." Penjajahan Jepun adalah
yang terakhir tetapi tidak kurang pentingnya. Jepun melancarkan serangan ke atas
Tanah Melayu, dan Tanah Melayu dan Singapura menyerah kepada Jepun pada
pertengahan Februari 1941. Sekiranya Farhan berminat, orang Jepun tentera
terlatih, berpengalaman, bermotivasi, dan menggunakan taktik pertempuran yang
berkesan. Pada 10 Disember 1941, Ketangkasan kapal perang Jepun tenggelam.
Tanah Melayu diperintah oleh pentadbiran Jepun pada masa itu. Tujuan utama
sistem ketenteraan Jepun adalah untuk memulihkan orang ramai, mewujudkan
pemerintahan 'Asia untuk orang Asia', dan mengawal sumber ekonomi di Tanah
Melayu.
Tokwan menyambung semula ucapannya. "Mereka mempunyai banyak pengaruh
sejauh ini. Komuniti Kristian Eurasia ditubuhkan di Melaka sebagai hasil
perkahwinan Portugis dengan orang asli. Dalam bahasa Melayu, ada perkataan
tambahan yang berasal dari Portugis" .. Saya memotong garis tokwan, "seperti
almari. , tuala, tingkap, dan garpu, "sebelum tokwan menyimpulkan ayat itu.
Bukankah itu betul? Saya terkikik seperti cengkerang busuk mengenainya. Tokwan
hanya memandang saya dan menggelengkan kepalanya. "Kamu betul. Adakah
Farhan tidak mengetahui asal usul A Famosa? Tokwan mengajukan soalan kepada
saya. Kerana saya tidak tahu, saya hanya menggelengkan kepala. "Famosa adalah
peninggalan dari Portugal. St.Church, Paul sebagai tambahan kepada A Famosa,
108
adalah sumber mereka. "Adakah dia belajar tentang kesan pendudukan Jepun di
Tanah Melayu di sekolah?"
"Tokwan, tokwan, tokwan, tokwan, tokwan. Farhan tertekan kerana pada masa
itu, orang muda bersedia dipaksa untuk membina landasan kereta api. Penyakit
dan kelaparan meragut nyawa beberapa orang. Farhan juga mendengar tentang
propaganda Jepun pada masa itu, yang mana berdasarkan slogan "Asia untuk
orang Asia." ".. Saya memberikan respon yang kuat. Tokwan melanjutkan dengan
berkata, "Hebatnya anda sudah mempunyai pengetahuan tentang Jepun. Pada
masa yang sama, nilai wang kami merosot. Inilah sebabnya mengapa anda tidak
dilahirkan tepat pada waktunya. Sekiranya tidak, anda Saya harus menanggung
berat badan mereka seumur hidup anda. "
"Adakah Farhan sudah mendapatkannya?"
"Ya, tokwan," kata pencerita. Terima kasih, tokwan, kerana menyampaikan
kebijaksanaan yang akan terus kekal dalam ingatan Farhan hingga akhir zamannya.
Tolong balas dengan lembut. Tokwan kemudian tersenyum dan mengukir senyuman
yang indah.
109
“Ku Nantikan Senja Menjelma” oleh Nur Adlina Syamimi Binti
Othman
E-mel: [email protected]
“Beep! Beep!”
Bunyi gelombang monitor dan hembusan nafas yang kuat memecah kesunyian di
dalam wad tersebut. Namun, keheningan itu tidak didengari oleh Zafran.
Perasaannya bercelaru dek satu demi satu ujian menimpanya bagaikan jatuh
ditimpa tangga. Hatinya pecah seribu melihat ibunya terlantar di katil hospital
namun dia tidak boleh menunjukkan kelemahannya, dia harus kuat demi menggalas
tanggungjawabnya pada keluarga. Sebagai satu-satunya anak lelaki dalam
keluarga, tugas Zafran sebagai pemimpin amatlah berat. Jika dia tumbang, maka
siapa yang hendak menjaga ibunya dan tiga adik perempuannya?
“Mak, bangunlah. Zafran sudah tidak tahan lagi dengan semua masalah ni. Zafran
tak kuat mak, Zafran lemah.”
Pilu hati seorang ibu mendengarkan rintihan anaknya yang selama ini disangkakan
kuat dek karakter yang ditampilkan di hadapan keluarga. Zafran yang dikenali
beliau selama ini ialah seorang yang kuat, selalu tersenyum ramah apabila berkata-
kata. Dia tidak sesekali pun pernah mengeluh tentang kehidupan mereka
sekeluarga. Zafran selalu menyimpan segala keluhan dan rintihan dalam hatinya
agar tidak diketahui keluarganya. Namun, seorang ibu lebih mengetahui perkara
yang terbuku dalam hati anaknya. Senyumannya tidak dapat menutup mendung
yang menyeliputi wajahnya tatkala ibunya ada bersama.
Mahu sekali dia memanggil nama anaknya dan membisikkan kata-kata semangat
di telinganya namun apalah yang mampu dilakukannya? Dia hanya mampu
mendengar segala keluhan anaknya itu tanpa mampu untuk melakukan apa-apa
bagi membantu meringankan bebannya.
‘Zafran, tabah nak,’ bisik hatinya. ‘Ibu tahu kamu kuat, Zafran.’
“Zafran! Zafran! Zafran!” Bersorak riuh rakan sepasukannya serta para penyokong
yang berada di situ. Manakan tidak, Zafran telah menjaringkan gol pada saat-saat
akhir yang membawa kepada kemenangan mereka pada pertandingan bola sepak
peringkat daerah ini. Dia dilambung tinggi ke angkasa oleh rakannya Fei Hung dan
teman-teman lain.
“Wah! Tak sangka betullah Zafran. Sepatutnya coach masukkan kau awal lagi tadi
bro. Baru kita menang banyak.”. Ujar Feng Hui sambil menepuk perlahan bahu
Zafran. Feng Hui merupakan salah seorang sahabat baik pada Zafran. Manakan
tidak, dia merupakan orang pertama yang menegurnya semasa menjejakkan kaki ke
sekolah sukan itu. Sikapnya yang ramah serta pemikirannya yang matang
menjadikan dia seorang yang disenangi ramai. Namun dia sering kali dibuli dan
diejek oleh sesetengah pemain bola sepak yang lain kerana berlainan bangsa dari
majoriti pelajar dalam pasukan bola tersebut.
111
“Tak adalah Feng. Nasib baik saja tu.” ucap Zafran dengan rasa rendah diri. Dia
tidak pernah berbangga dengan pencapaiannya, selalu sahaja menafikan perkara
yang istimewa tentang dirinya. Bakatnya yang bukan calang-calang itu diwarisi
oleh ayahnya yang juga merupakan pemain bola sepak terkemuka suatu ketika
dahulu. Namun, Zafran ialah Zafran, diam-diam ubi berisi. Dia tidak pernah
mendedahkan perkara tersebut pada orang lain. Baginya, dia tidak mahu
merosakkan reputasi ayahya kerana kekurangan yang ada pada dirinya.
“Betul Zafran, aku setuju. Nasib baik saja tu. Yalah sebab aku cedera saja kau
dapat masuk. Kalau tidak, akulah yang mereka semua sorakkan tadi,” ujar
Sharnaaz. Zafran hanya tersenyum nipis mendengar sindiran Sharnaaz. Zafran
menganggap mungkin ini cara Sharnaaz untuk meyakinkan dirinya. Jadi, dia tidak
menafikan kata-kata sinis Sharnaaz. Lagipun, pertandingan ini sangat penting bagi
semua pemain bola sepak sekolah kerana ini akan menentukan kelayakan mereka
ke pertandingan di peringkat kebangsaan.
“Eh jom pergi. Kita kena berkumpul sekarang sebab coach panggil untuk
umumkan pemain yang layak”, gesa Feng Hui. Mereka segera bergegas pergi
meninggalkan bilik persalinan kecuali Sharnaaz.
“Kamu berdua pergilah dulu. Aku ada hal, nanti aku menyusul.” Kata-kata
Sharnaaz dibalas dengan anggukan dari kedua-dua sahabatnya itu.
Suasana di padang riuh rendah dengan gelak ketawa dan suara pelajar Sekolah
Sukan Bukit Jalil. Sudah hampir 30 minit mereka menunggu jurulatih namun
bayangnya masih tidak kelihatan. Sharnaaz juga masih belum kunjung tiba.
Tidak lama selepas itu, jurulatih hadir dengan Sharnaaz di sisi. Reaksinya seperti
sedang cuba untuk menahan rasa marah yang terbuku di dada sambil melihat tajam
ke arah Zafran. Namun, Zaraf menganggap itu mungkin hanya perasaannya sahaja.
Setelah memberikan kata aluan dan sedikit pesanan, maka tibalah masa yang
ditunggu-tunggu semua pelajar.
“Baiklah semua. Tanpa membuang masa saya akan mengumumkan nama pemain
terakhir yang bakal bermain di pentas negara. Saya rasa kamu semua dah dapat
agak kan siapa yang layak?” ujar jurulatih dengan suara yang lantang. Kesemua
nama pemain yang layak telah disebutnya dan hanya tinggal satu kekosongan
sahaja lagi.
“Pemain terakhir yang bakal menempa nama sebagai pemain bola sepak
kebangsaan ialah Sharnaaz! Tahniah!” jerit jurulatih.
Kata-kata beliau disambut dengan pelbagai reaksi daripada anak didiknya. Ada
yang terlihat gembira dan ada juga yang hampa kerana sudah menjangkakan nasib
masing-masing. Namun, bagi Zafran perasaanya bercampur baur. Dia sudah dapat
menjangkakan perkara ini berlaku tetapi harapannya sangat tinggi untuk bermain
pada peringkat kebangsaan kali ni.
112
“Dan kami baru sahaja menerima satu berita buruk sebentar tadi. Setelah
berbincang, kami mengambil kata sepakat untuk menggantung salah seorang
daripada kamu kerana disyaki terlibat dengan isu ‘doping’. Zafran, ikut saya ke
pejabat.” keluh jurulatih. Dia tidak pernah menyangkakan bahawa Zafran akan
melakukan perkara sebegini tetapi bukti yang diterima jelas menunjukkan Zafran
sebagai suspek utama.
“Ada apa ya jurulatih?” tanya Zafran. Hairan apabila dia dipanggil ke bilik disiplin.
Setahunya, dia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.
“Jangan pura-pura tak tahu. Saya tahu apa yang kamu buat. Kami ada saksi yang
menyaksikan perkara keji yang kamu lakukan.”
Zafran menelan air liurnya sendiri dengan hati terkilan. Perkara apa yang
dilakukannya sehingga dia dipanggil ke sini? Masakan jurulatihnya menuduh tanpa
usul periksa? Siapakah yang berdendam dengannya?
Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kasut menuju ke arah mereka.
“Sharnaaz? Apa yang kau buat kat sini?” tanya Zafran
“Kau ingat kau boleh panggil aku kawan lepas kau hisap benda haram tu? Aku
kecewa dengan kau, Zaf.” fitnah Sharnaaz.
“Apa maksud kau?” Reaksi hairan jelas kelihatan di riak wajah Zafran.
Bunyi sesuatu dilemparkan ke atas meja menarik perhatian semua yang berada di
situ. Zafran tersentak dengan bunyi yang kuat yang terhasil akibat lemparan
tersebut. Matanya tertangkap suatu benda asing berwarna putih yang
membuatkannya bertambah hairan.
“Aku sendiri nampak kau hisap dadah ni Zaf. Aku tahu kau stress dengan masalah
hidup kau tapi aku tak sangka kau pilih jalan ni.” Jerit Sharnaaz dengan kata-kata
yang menusuk tepat ke hati Zafran.
Kini dia berasa kosong dan hampa. Sehingga saat ini dia masih dapat merasakan
darah-darah kepedihan mengalir di parut luka hatinya walaupun dia sedang
bekerja di Warung Pak Hamid. Pengkhianatan Sharnaaz padanya bagaikan
mencurah cuka dalam hatinya. Zafran tidak pernah menyangka bahawa sahabatnya
itu sanggup melakukan perkara sebegini. Harapannya untuk menjadi pemain bola
sepak tersohor jatuh berderai umpama jutaan debu yang berkeliaran. Mimpi yang
hampir menjadi realiti sudah terkubur.
Secara tidak sengaja, dia telah melepaskan rasa marahnya kepada pelanggan
terakhir. “Kami dah tutup kedai Pak Cik. Lain kali, datang awal. Kami dah letak
papan tanda kat depan tu, kan ada tulis bukak tutup kedai ni bila. Takkan besar
gajah macam tu pun tak nampak? Ke pak cik ni buta?” sembur Zafran tanpa melihat
gerangan tersebut.
113
Setelah menyiapkan pesanan, dia menatang dulang dan menuju ke arah meja
gerangan tersebut lantas meletakkannya dengan kasar sehingga menghasilkan
bunyi yang kuat. Nasiblah Pak Hamid tiada di situ, jika tidak pasti dia akan dimarahi
kerana layanan kasarnya terhadap pelanggan.
Sejam kemudian, setelah pelanggan itu menghabiskan makanannya, Zafran segera
menutup warung dengan hati yang gundah-gulana memikirkan dirinya. Dia
tersentak daripada lamunanya apabila merasakan seseorang menepuk bahunya dari
belakang. Dia menoleh pantas dan terpaku apabila melihat wajah seseorang yang
pernah berjasa padanya suatu ketika dahulu. Kenangan silamnya kembali bermain
di dalam ingatannya,seperti baru semalam perkara itu berlaku.
“Cikgu Salleh?” Ujarnya dengan mata yang mula berkaca.
Malam yang penuh dengan kekusutan dan kekalutan itu kian panjang. Zafran
menceritakan segalanya yang telah berlaku pada dirinya kepada Cikgu Salleh. Hati
Cikgu Salleh luluh mendengar kisah Zafran. Dengan pengalaman dan kata-kata
semangat, dia menggunakan segala yang diperolehinya untuk membangkitkan
semula semangat anak muda ini. Tidak beliau sangka bahawa pada umur sebegini,
Zafran sudah melalui bermacam jenis dugaan. Baginya, Zafran ialah seorang insan
yang cekal dan patut dijadikan contoh tauladan.
“Bersabarlah Zafran. Cikgu akan siasat perkara ni dengan lebih lanjut. Cikgu
percaya kamu tak salah. Lagipun Cikgu kenal jurulatih kamu tu.” luah Cikgu Salleh.
Sudah beberapa hari berlalu sejak perbualannya dengan Cikgu Salleh. Kini,
dengan semangat baru, dia mengatur langkah menuju ke sekolahnya untuk
menyelesaikan salah faham yang berlaku.
Setelah sampai di sekolahnya, dia berselisih dengan ‘sahabatnya’ itu. Dia tidak
menunjukkan apa-apa reaksi, tetapi situasi yang tegang hebat dirasai.
“Aku memang lemah dari segi emosi, tapi aku tak menyedihkan sangat sampai nak
guna cara kotor untuk menang.” Dengus Zafran di hadapan Sharnaaz. Dia berlalu
pergi meninggalkan Sharnaaz yang sudah cuak mendengarkan kata-kata tersirat
yang selama ini dibukukan.
Genap sebulan setelah peristiwa tersebut berlaku. Zafran bersyukur kerana
semuanya sudah selesai. Kini, tiada apa yang patut dirisaukannya lagi.
“Abang, lakukan yang terbaik demi negara. Angah yakin abang boleh.” Ucap
adiknya sambil menundukkan kepalanya ke tanah, menahan sisa air mata yang
berlinangan dari tumpah ke tanah yang gersang. Dia tidak mahu Zafran melihat
sisinya yang lemah tatkala abangnya itu perlukan semangat yang jitu. Hatinya luluh
mengenangkan nasib yang menimpa abangnya. Namun, segala masalah itu berlalu
pergi satu per satu bagaikan air sungai yang mengalir tenang. Begitulah riak wajah
yang ditampilkan Zafran pada ketika itu.
“Demi ibu dan ayah. Demi adik-adik. Demi negaraku Malaysia.” Dengan semangat
yang berkobar-kobar itu, pergilah Zafran menuju ke masa hadapannya yang cerah
dan gemilang. Tiada lagi duka. Tiada lagi sengsara.
114
SYILING EMAS oleh Nur Ain Amalin Binti Zakaria
E-mel: [email protected]
Matahari menyinar terang di sebalik jendela. Matanya terkelip-kelip,
menyesuaikan pandangan dengan cahaya mentari yang menerobos masuk retina
mata. Usai mengemas katil, Mikal melangkah masuk ke bilik air untuk
membersihkan diri. Sambil mengancing butang pergelangan baju sekolahnya, dia
meneliti biasan dirinya dalam cermin untuk memastikan penampilannya terlihat
kemas. Setelah itu, Mikal membawa tubuhnya ke dapur. Kelihatan figura mamanya
yang sedang lincah menyiapkan sarapan pagi buat keluarga. Papa tiba sejurus
kemudian diikuti satu sosok tubuh yang ramping dan kering. Adiknya Azrel yang
berwajah cengkung dan kurus bak pengemis yang kebuluran mengikut langkah
papanya. Azrel dikenali sebagai pelajar yang pintar dan waktunya hanya dihabiskan
untuk menimba ilmu. Bahkan, waktu makan juga sering hilang dalam jadual
waktunya. Seusai memandang Azrel dengan pandangan yang sinis, Mikal secara
agresif duduk di kerusi untuk menikmati nasi lemak. Seperti yang dijangkakan di
fikiran Mikal, perbualan yang repetitif berulang lagi pada pagi itu. Mama
melontarkan kata, “Mikal, belajarlah lebih bersungguh supaya dapat menjadi
seperti Azrel”.
Sebagai seorang abang, Mikal berasa sangat tercabar dan berang apabila sering
dibandingkan dengan adiknya yang bijak. Namun apakan daya, dia akur dengan
takdir Ilahi atas kebijaksanaannya yang tidak seberapa. Mikal hanya mengukirkan
senyuman yang dia paksakan pada bibirnya. Mikal tidak mempunyai kudrat untuk
melawan cebisan kata mamanya kerana dia percaya bahawa syurga di bawah tapak
kaki ibu. Usai menikmati sarapan, Mikal dan Azrel mengatur langkah ke sekolah
yang terletak berhampiran dengan banglo dua tingkat mereka. Sambil melangkah,
Azrel sibuk menumpukan pandangannya pada nota subjek Bahasa Melayu.
Manakala, Mikal hanya menikmati ciptaan tuhan yang indah di pagi yang nirmala
itu. Tiba- tiba, mereka terserempak dengan seorang lelaki tua yang wajahnya
dipenuhi kedutan dan badannya bongkok bak pembaris yang dilentur. Lelaki tua itu
tidak pernah dilihat oleh anak mata mereka dan kemunculannya terasa aneh sekali.
Lelaki yang berpakaian longgar serba hitam itu menghulurkan sekeping duit syiling
emas kepada Mikal sambil tersenyum.
Waktu kelas hampir bermula dan Mikal masih tekun memerhati syiling emas yang
diberi lelaki tua tadi. Ujarnya syiling emas itu mampu memberi kebahagiaan yang
Mikal idamkan. Namun, otaknya masih bergeliga memikirkan kebahagiaan apakah
yang akan muncul. Sejenak, dia berfikir namun lekas-lekas kepalanya digelengkan.
Puan Shahida, guru subjek Matematik masuk ke dalam kelas. Mikal kembali fokus
terhadap mata pelajaran pertama pada hari itu. Puan Shahida mula memanggil
nama setiap pelajar sambil mengumumkan markah ujian mereka. Mikal yang seakan
sudah tahu markah ujiannya bersiap sedia untuk menconteng arang pada mukanya
sendiri. Ketika markah ujiannnya disebut secara kuat, Mikal terasa sungguh malu
akibat markahnya yang terlalu rendah. Dek kerana adab Mikal yang terpuji, Puan
Shahida secara lemah lembut memberi nasihat kepada Mikal. Beliau percaya adab
itu lebih penting daripada kepandaian. Namun begitu, pemikiran ibu bapa Mikal
jauh berbeza. Mindanya sudah mula mereka situasi yang bakal terjadi di rumah
nanti. 116
Seusai selesai sesi persekolahan, Mikal dan Azrel pulang bersama. Senyuman yang
lebar jelas terlihat di wajah Azrel sambil diperhati markah ujiannya itu. Seperti yang
Mikal jangkakan, papanya meminta markah ujian mereka berdua. Mikal secara
pasrah menyerahkan kertas tersebut. Sekali lagi, dialog yang repetitif berulang
buat kali yang kedua pada hari itu. “Mikal, sampai bila kamu hendak mendapat
markah sebegini? Lihatlah adik kamu ini selalu dapat markah yang tinggi.” Kata
papa. Mikal berasa panas bagai ada api yang menggelegak dalam badannya.
Namun, Mikal yang sedar akan statusnya sebagai seorang anak secara pasrah
meminta maaf kepada papanya. Dia melontarkan kata maaf dengan penuh sopan
dan sedaya upaya menyembunyikan rasa marahnya. Mikal tidak pernah berkasar
dengan ibu bapanya apatah lagi melawan. Waktu berlalu begitu pantas. Selepas
mengulang kaji pelajaran, Mikal bersiap untuk tidur tepat jam dua belas malam.
Syiling emas yang diberi lelaki tua pagi tadi diperhatikan sehingga matanya mulai
layu. Dia meletakkan syiling emas tersebut di bawah bantal kemudian melelapkan
mata sambil menangis. Sungguh, hari itu merupakan hari yang buruk baginya.
Kicauan burung eudynamys scolopaceus atau gelarannya burung tuwu samar-
samar terdengar di gegendang telinga. Mikal membuka matanya yang berat seakan
ditutup dengan penyepit. Suasana pada pagi itu terasa sangat asing dan berbeza.
Namun, dia hanya membiarkan perasaan itu hanyut pergi. Seperti biasa, dia
mengulangi rutin hariannya pada setiap pagi. Setelah mengenakan pakaian yang
kemas, tubuhnya dibawa ke dapur. Kerusi dapur dicapai tangannya yang berurat
sambil melihat figura papanya yang berjalan menuju ke arahnya. Namun, kelibat
Azrel tidak kelihatan. “Mikal, apa yang kamu sedang cari?” Tanya mamanya. “Lekas
makan supaya kamu tidak terlewat ke sekolah.” Mikal seraya bertanya tentang
adiknya. Lantas mama menjawab “Kamu masih bermimpikah Mikal? Sejak bila kamu
ada adik?” Kenyataan mama mengejutkannya. Mikal terus berlari ke bilik adiknya
dan bilik itu hanyalah sekadar bilik kosong yang diisi dengan beberapa barang
peribadi papanya. Dia mulai tidak tenang dan terus memikirkan akan kejadian aneh
tersebut. Waktu yang suntuk mengatur langkah Mikal ke sekolah. Mikal berjalan
berseorangan dan fikirannya tidak lari daripada memikirkan Azrel.
Sesampainya di sekolah, semua pelajar memandangnya sambil berbisik. Ada juga
sekumpulan pelajar yang bersorak akan namanya. Mikal sekali lagi berasa hairan
dan terus menuju ke arah papan kenyataan yang dikerumuni pelajar- pelajar
sekolah. Namanya yang terletak paling atas dalam senarai pelajar cemerlang
menjadikan para pelajar memuji dan bersorak kepadanya. Dalam kelas, guru- guru
tidak berhenti memberikan pujian atas kepandaiannya termasuk Puan Shahidah.
Mikal yakin sesuatu yang aneh telah berlaku dalam hidupnya dan otaknya ligat
memikirkan punca semua kejadian tersebut. Mikal mengatur langkah pulang ke
rumah tanpa adiknya di sisi. Perasaan yang aneh timbul di hatinya. Mikal yang tidak
pernah berpisah dengan adiknya selama enam belas tahun menghadirkan rasa
rindu dalam hatinya. Rasa yang tidak pernah dirasai sebelumnya. Meskipun
kehadiran Azrel dalam hidup mendatangkan kemarahannya, namun dia masih
memerlukan Azrel untuk peneman suka dan duka. Bak pepatah Melayu, air yang
dicincang tidak akan putus. Matanya mula berkaca dek air mata yang bergenang.
117
Lantas, Mikal teringat akan syiling emas. Mikal yakin syiling itulah yang menjadi
angkara semua kejadian itu. Mikal tidak kisah lagi akan prestasinya dalam
pelajaran. Dia hanya mahukan adiknya semula. Mikal berlari menuju rumahnya
untuk mendapatkan syiling tersebut. Tiba- tiba, secara tidak sengaja dia tersadung
dek terlanggar batu di jalan. Mata yang redup itu dibuka sambil mengeluh
kesakitan. Dia mendapati dirinya sedang berada di atas katil. Syiling emas yang
cuba dicapai di bawah bantalnya telah hilang. Mikal terus berlari mendapatkan
adiknya. Sosok tubuh Azrel yang baru bangun di katil dipeluknya sambil menangis.
Sesungguhnya, itulah mimpi yang terburuk pernah dia alami.
118
KEJAYAAN oleh Nur Aulya Safiyah Binti Abdul Latif
E-mel: [email protected]
Di suatu pagi yang kian cerah, saat matahari mula memancarkan sinarnya menerusi
jendela, aku cuba sedaya supaya untuk menyedarkan diri daripada mimpi yang
indah. Sinaran cahaya terus memancar ke arah mukaku seakan memanggilku untuk
kembali menghadap dunia yang nyata. Sambil menggosok mataku yang masih
kabur penglihatannya, aku terus memandang ke arah jam dinding yang tergantung
di sudut bilik. Jarum menunjukkan tepat waktu 6:00 pagi. Setelah beberapa saat
cuba untuk menginterpretasikan apa yang sedang berlaku, aku bergegas ke bilik
mandi untuk membersihkan diri dan mengerjakan solat subuh.
Pada waktu itulah aku mulai sedar bahawa hari tersebut merupakan hari yang amat
penting buat diriku, iaitu hari keputusan SPM akan disiarkan. Aku tidak pernah
bersangka bahawa hari ini akan tiba, hari dimana keluargaku akan menanti-
nantikan keputusan yang aku telah capai.
Aku bukannya seorang pelajar yang bijak, malah sering dipandang hina oleh kakak
dan abang sendiri. Maklumlah, mereka merupakan pelajar cemerlang semasa di
sekolah dan kini, kedua-duanya mempunyai kerja yang tetap. Jika ingin
dibandingkan tahap prestasi aku dan mereka, bagaikan langit dan bumi jauhnya.
Aku tidak pernah menanam rasa benci atau iri hati terhadap mereka kerana aku
tahu, mereka cuba memberikan aku semangat walaupun dengan cacian yang
sungguh menyakitkan. Disebalik cacian yang menusuk kalbu itu, mereka sering
memberikan aku nasihat yang sungguh bermakna. Mereka sedar bahawa aku telah
cuba sebaik mungkin untuk memperoleh keputusan yang cemerlang bagi setiap
peperiksaan yang aku hadapi. Namun begitu, nasib jarang sekali membelahi
pihakku.
Bagi ibu bapaku pula, mereka tidak begitu memahami tentang situasi yang aku
alami selama ini. Mereka beranggapan bahawa aku lalai dan malas belajar tetapi
hakikatnya, aku sanggup bersengkang mata hampir setiap hari demi melepasi
harapan mereka. Bagi mereka, aku hanyalah anak yang memalukan nama keluarga.
Mereka tidak mampu menyebut namaku ketika bersama ahli saudara yang lain
kerana bimbang nama baik keluarga akan tercemar. Hanya tuhan sahaja yang tahu
betapa bencinya aku terhadap diri sendiri kerana tidak mampu menjadi anak yang
membanggakan kepada mereka.
Namun begitu, pada hari tersebut, aku berserah segalanya kepada tuhan. Setelah
selesai mengerjakan solat subuh, aku berdoa agar segala urusan akan
dipermudahkan. SPM merupakan salah satu pencapaian yang penting oleh setiap
pelajar di Malaysia. Tanpa keputusan yang cemerlang, pelajar sudah semestinya
akan menghadapi kesukaran memilih kursus yang diminati di mana-mana universiti.
Pada era yang kian moden ini, terlalu ramai pelajar pintar dilahirkan dan telah
menyebabkan persaingan untuk mendapat tempat di mana-mana universiti awam
amatlah sengit.
Cita-citaku untuk menyambung kerjaya sebagai guru tidak pernah lenyap sekalipun
daripada fikiranku. Walaupun aku sedar bahawa aku bukanlah seorang pelajar yang
pintar, namun cita-citaku ini masih menjadi harapanku sejak kecil. Walaupun ibu
120
bapaku sering memperlekehkan niatku untuk menjadi guru, aku tetap cekalkan hati
dan mengabaikan kata-kata mereka. Setiap orang berhak mempunyai cita-cita
yang diidamkan dan aku percaya, tiada siapa boleh menghalang diri kita untuk
mencapai keinginan selain diri kita sendiri
Setelah selesai berpakaian kemas, aku terus ke meja makan untuk menjamu selera
bersama ahli keluarga yang lain. Aku sudah pasti mereka akan mengajukan soalan-
soalan yang akan membuatkan aku lebih gentar terhadap keputusan yang akan
diterima beberapa jam lagi.
“Kamu dah bersedia ke, Alia? Berapa A kamu mahu bawa pulang hari ini?” soal
ibuku kepada aku yang sedang asyik menjamah nasi goreng yang dihidangkan.
Akibat terlalu gementar untuk menjawab soalannya itu, aku hanya mampu
tersenyum dan tidak mampu berkata apa apa. Ayah memberi jelingan kepadaku
sambil menyelak surat khabar yang dibacanya satu per satu. “Cukuplah kamu dah
malukan kami selama ni. Jangan tambahkan pula hari ini” tegas ayahku sambil
menghirup teh panasnya lalu berangkat pergi dari meja makan.
Aku duduk terdiam, tiada perkataan yang mampu aku ungkapkan ketika itu.
“Kenapa aku dipandang hina sebegini? Teruk sangatkah aku ini?” soalan-soalan
begini kian berlegar dalam fikiranku sehinggakan seleraku hilang. Kata-kata yang
dilontarkan ayah sangatlah perit sehinggakan air mataku mengalir tanpa diduga.
Tanganku segera mencapai tisu berdekatan dan mengelap air mata yang mengalir
di pipi, mengharapkan kesemua ahli keluargaku tidak perasan. Aku tahu, mereka
sudah pasti akan menyindir aku kerana berkelakuan ‘sensitif’ setelah mendengar
kata-kata ayah itu.
Dengan pantasnya aku beredar dari meja makan dan bersiap untuk ke sekolah.
Selalunya, ibu bapa akan mengiringi anak ke sekolah ketika mengambil keputusan
peperiksaan. Namun, ibu bapaku terlalu malu untuk mengiring aku ke sekolah
kerana risau akan keputusan aku yang belum pasti mampu memuaskan kehendak
mereka. Jadi, pada hari tersebut, aku berlalu pergi ke sekolah bersendirian tanpa
ditemani sesiapa. Walaupun aku sedikit hampa dengan tindakan ibu bapaku,
namun aku tahu itu adalah cara terbaik untuk mengelakkan mereka dari berasa
malu sekali lagi.
Tiba sahaja aku di sekolah, aku dijemput oleh guru-guru dan rakan sekelas yang
lain. Mereka menyambut ketibaan aku dengan senyuman yang lebar dan penuh
kegembiraan. Siapa akan sangka rasa gelisah, takut, sedih dan marahku akan
hilang serta merta setelah melihat senyuman rakan-rakanku itu?
Sementara menunggu keputusan diumumkan di dewan sekolah, aku berbual-bual
bersama rakan yang lain untuk mengelakkan keresahan yang berada dalam diri
kami. Tidak lama kemudian, pengacara majlis memulakan ucapan kata-kata aluan
dan terus memulakan majlis dengan menjemput pengetua untuk memberi sepatah
dua kata. Ketika beliau berucap, beliau mengucapkan setinggi tinggi penghargaan
121
kepada pelajar yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang. “Bolehkah aku
menjadi salah seorang daripada pelajar itu?” aku menyoal diriku sendiri tanpa
meletakkan apa-apa harapan tinggi. Aku tahu kedudukan aku dan kata-kata
ayahku telah membuatkan aku berasa tidak layak untuk duduk dalam golongan
pelajar cemerlang.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang
meraih keputusan cemerlang. Walaupun aku tahu nama aku tidak akan disebut,
tapi rasa gementar itu masih ada. Aku memberikan tepukan yang gemuruh kepada
rakan-rakanku yang berjaya mengambil keputusan di atas pentas dan turut bangga
dengan mereka. Aku sendiri tahu betapa penatnya mereka berusaha selama ini,
termasuklah aku.
Setelah beberapa nama disebut, nama aku turut dipanggil untuk mengambil
keputusan di atas pentas. Aku terkaku dan tidak mampu melakukan apa-apa.
“Adakah aku tersilap dengar ataupun mereka yang tersalah menyebut namaku?”
soalan ini berligar di dalam fikiranku buat seketika. Rakan-rakanku di sekeliling
memberikan tepukan yang gemuruh dan guru-guruku memberikan laluan untuk aku
naik ke atas pentas.
“Bagaimana semua ini boleh terjadi?” aku menyoal diriku sambil perlahan-lahan
membuka langkahku ke arah pentas. Air mataku mengalir tanpa henti oleh kerana
kegembiraan yang melimpah ruah. Sesungguhnya aku tidak pernah merasakan
kegembiraan seperti ini. Tidak pernah ku sangka akan tiba satu hari dimana aku
akan membuatkan diri sendiri, guru, dan juga keluargaku bangga dengan
pencapaianku.
Pada hari tersebut, aku telah membawa pulang keputusan SPM yang cemerlang
dan dihadiahkan kepada kedua ibu bapaku. Kegembiraan yang tidak aku mampu
ungkapkan dengan kata-kata apabila melihat reaksi wajah ibu bapaku setelah
melihat keputusanku. Mereka memeluk aku seerat yang mungkin dan meminta maaf
berulang kali kerana berkata kasar kepada aku selama ini.
Walaupun kata-kata mereka sebelum ini telah melukakan hati aku, namun aku
tidak pernah menanamkan sifat dendam dan marah terhadap mereka. Aku tahu,
walaupun mereka menggunakan kata-kata yang kasar, namun mereka masih
sayangkan aku sebagai anak. Mungkin itu adalah cara untuk mereka memberi
semangat kepadaku untuk terus berjuang dalam pembelajaran. Walaupun caranya
kurang tepat, aku tetap menyayangi mereka sepenuh hatiku. Sebagai anak, aku
tidak dapat nafikan bahawa merekalah tunjang belakangku selama ini untuk terus
berusaha sepanjang perjalanan belajarku.
Kini aku sedar, aku bukanlah seorang anak yang menghampakan. Aku juga mampu
untuk berjaya seperti orang lain. Kini aku juga percaya, usaha yang gigih tidak akan
pernah mengecewakan diri kita. Kejayaan itu tidak pernah datang bergolek, namun
dengan berkat usaha diri sendiri, semua perkara tidak akan mustahil untuk terjadi.
Yang penting, untuk berjaya, semua orang perlulah percaya dengan diri sendiri dan
tidak mudah untuk berputus asa. Setiap orang berhak untuk merasai kejayaan.
Namun begitu, disebalik kejayaan seseorang pasti banyak dugaan yang perlu
diharungi terlebih dahulu.
122
Asyraf Budak Nakal
E-mel: [email protected]
Puan Zahara merupakan ibu tunggal y
ang tinggal di Kuala Lumpur bersama anak
lelakinya, Asyraf yang berusia 17 tahun. Beliau merupakan seorang doktor yang
sibuk namun masih gigih membesarkan anaknya seorang diri selepas kematian
suaminya. Asyraf seorang pelajar yang cerdik dan genius. Dia telah mendapatkan
keputusan yang terbaik dalam setiap peperiksaan yang diduduki olehnya. Asyraf
juga amat dikenali di sekolah akan kebijaksanaannya namun dia juga dikenali
sebagai seorang murid yang sangat nakal. Asyraf sering membuli rakan-rakan
sekelasnya kerana dia selalu menggangap bahawa rakan sekelasnya tidak setaraf
dengan kepandaiannya. Asyraf juga seorang pelajar yang selalu melawan kata-kata
gurunya.
“Asyraf! Mari sini”, Cikgu Hamidah memanggil Asyraf dengan nada yang serius.
“Pengetua sekolah ingin berjumpa dengan ibu awak berkaitan masalah awak
yang sering mempersendakan dan membuli rakan sekelas”.
Asyraf memandang guru kelasnya dengan perasaan benci lalu menjawab “Ibu saya
sibuk”.
Asyraf berlalu pergi begitu sahaja tanpa mengendahkan panggilan gurunya itu.
Asyraf tidak suka melibatkan ibunya dalam permasalahan yang dia lakukan namun
dia tahu bahawa Cikgu Hamidah akan tetap menelefon ibunya untuk datang ke
sekolah.
Keesokan harinya, Puan Zahara terpaksa mengambil cuti untuk datang ke
sekolah anaknya. Sesampainya di sekolah, Puan Zahara terus bergegas ke bilik
pengetua dan melihat anaknya sedang berdiri sambil tunduk memandang ke lantai.
“Selamat Pagi, Pengetua. Saya Puan Zahara, ibu kepada Asyraf”. “Silakan duduk,
puan”, pengetua membalas sambil tesenyum.
Namun senyuman yang diukir oleh pengetua itu tadi tidak tahan begitu lama.
“Dukacita saya maklumkan bahawa anak puan telah memukul rakan sekelasnya
sehingga dimasukkan ke hospital. Oleh itu, kami terpaksa menggantung anak puan
selama 2 minggu sebagai tindakan dari pihak sekolah serta memberi amaran tegas
supaya anak puan tidak melakukan masalah ini lagi pada masa akan datang”.
Pengetua menerangkan punca pergaduhan kepada Puan Zahara. Asyraf
seseorang yang sering berkata kasar dan menyentuh isu-isu negatif kepada rakan
sekelasnya yang berbilang bangsa dan agama sehingga membawa kepada
pergaduhan. Asyraf tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan sering
berkata perkataan-perkataan yang kesat. Puan Zahara jelas amat sedih dengan
kelakuan anaknya itu.
124
Selesai perjumpaan Puan Zahara bersama pengetua anaknya itu, Puan Zahara
sedar bahawa dia terlalu sibuk untuk membesarkan anaknya dengan baik serta
memanjakan anaknya dengan kemewahan. Puan Zahara bertindak untuk
menghantar anaknya ke kampung halaman. Puan Zahara yakin bahawa nenda
Farizah iaitu ibu kepada arwah suaminya mampu menolong untuk mengubah sikap
anaknya.Asyraf jelas sekali tidak suka berada di kampung. Nenda Farizah
menyambut kedatangan menantu dan cucunya dengan hati yang riang. Sungguh
dia rindu akan menantu dan cucunya itu. Setelah kematian anaknya, mereka jarang
sekali untuk berjumpa namun begitu mereka masih berhubungan dan bertanya
khabar melalui telefon. Puan Zahara terpaksa pulang ke bandar dengan segera
kerana terdapat kecemasan yang berlaku di tempat kerjanya.
Asyraf melambai-lambai pemergian ibunya. Kereta ibunya kini tidak lagi
kelihatan. Ibunya berjanji untuk menjemputnya kembali selepas dua minggu.
Apabila ibunya membuat keputusan untuk mengantarnya tinggal bersama nenda
Farizah, Asyraf tegas sekali tidak bersetuju namun dia tahu ibunya mahu yang
terbaik buat dirinya. Asyraf mengambil keputusan untuk bersetuju kerana dia
sayang akan ibunya serta tidak sanggup membuat ibunya sedih lagi akan
kelakuannya.
“Asyraf, apa yang kamu menungkan itu. Mari masuk”, suara lembut nenda
Farizah menghentikan lamunannya.
Keesokan harinya, Asyraf terpaksa bangun awal pagi apabila nendanya sering
mengugut untuk menyimbah sebaldi air pada dirinya jika tidak bangun. Nenda
Farizah seorang yang sistematik dalam mengatur aktiviti-aktiviti yang perlu
dilakukan pada setiap hari. Suara nenda sememangnya lembut namun setiap bait
kata yang dikeluarkan olehnya amat tegas.
Selepas bersarapan pagi, Asyraf terus melangkahkan kakinya menuju ke ruang
tamu. Asyraf baring kemalasan di atas sofa sambil bermain telefonnya. Nenda
Farizah memanggilnya berulang kali namun tidak diendahkan olehnya. Tanpa
disedari, telefon pintarnya terus bertukar tangan apabila nenda Farizah merampas
telefonnya itu daripada tangan Asyraf.
“Apa ni nenda! Tak payah tunjuk pailang sangat la. Main rembat rembat pulak
telefon saya tu”, jelas sekali Asyraf kelihatan benci dan menyampah akan kelakuan
nendanya itu.
“Asyraf, adakah kamu lupa apa yang nenda pesan semalam? Jangan
menggunakan bahasa slanga kamu itu di hadapan nenda”, Nenda Farizah menegur
Asyraf dalam nada yang serius.
“Asyraf minta maaf, nenda. Baiklah, Asyaf akan cuba untuk lebih bersopan
dalam bertutur bicara”, jawab Asyraf sambil tunduk ke lantai.
125
Walaupun Asyraf seorang anak yang nakal, namun dia tidak sampai hati untuk
melawan kata- kata nendanya. Nenda Farizah berpesan agar sentiasa bersopan
santun dan menjaga tutur bicara apabila bercakap dengan orang yang lebih tua.
Nenda Farizah akan mengenakan denda kepada Asyraf jika dia mendengar Asyraf
berkata kesat ataupun kasar.Selama seminggu Asyraf berada di kampung, tutur
bicaranya semakin sopan, kata-kata yang digunakan olehnya juga semakin lembut
dan sedap didengari di telinga. Pada setiap malam, Nenda Farizah sentiasa
mengajar Asyraf perkataan-perkataan bahasa Melayu yang baru. Nenda juga telah
menceritakan mengenai perkembangan bahasa Melayu yang terbahagi kepada
empat perngkat iaitu bahasa Melayu Purba, bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu
Klasik dan bahasa Melayu Moden.
“Nenda, apa contoh perkataan bahasa istana pula?” Asyraf menanyakan soalan
kepada Nenda dengan nada yang ingin tahu.
Asyraf sedar bahawa makin lama makin dia tertarik dengan penggunaan bahasa
Melayu yang betul. Dia seolah-olah sudah jatuh cinta dengan bahasa. Dia sedar
bahawa selama ini dia telah mencemari bahasa ibundanya itu.
“Bahasa istana ya. Hmm. Gering ialah makan manakala beradu ialah tidur”, Nenda
Farizah menjawab sambil memotong sayur manakala Asyraf menemani nendanya di
dapur untuk memecahkan kesunyian. Mereka saling berbicara dan bergelak
ketawa.“Asyraf, tolong nenda pergi ke kedai untuk membeli sepapan telur. Telur di
rumah ini sudah habis”, Nenda Farizah meminta pertolongan Asyraf.
“Baik, nenda”.
Asyraf hanya perlu berjalan kaki menuju ke kedai runcit yang berdekatan.
Dalam perjalanan pulang, Asyraf dihentikan oleh sebuah kereta.
“Maaf, dik. tumpang tanya. Adakah adik kenal Nenda Farizah? Bolehkah adik
menunjukkan jalan ke rumahnya?” Seorang lelaki tua dalam lingkungan 30-an
bertanya kepada Asyraf.
“Nenda Farizah itu nenda saya. Jika tidak keberatan, mengapa encik ingin
berjumpa dengan nenda saya?” Asyraf menjawab dengan santunnya.
“Oh, nenda awak rupanya. Nenda awak seorang munsyi yang terkenal. Saya
ingin berjumpa dengannya untuk bertanyakan beberapa pendapat”.
“Munsyi?” Asyraf tertanya-tanya akan makna akan perkataan yang baru
didengarnya itu.
“Iya, munsyi. Seorang ahli bahasa. Nenda awak merupakan seorang ahli
bahasa yang terkenal. Awak patut bangga dengan itu”.
Asyraf tersenyum. Asyraf tidak menyangka bahawa nendanya seorang munsyi
yang terkenal di kampung itu. Kini, dia faham dan mengerti akan segala teguran
oleh nendanya. Nenda ialah seorang munsyi. Oleh hal yang demikianlah, nenda
tidak suka orang lain mencemarkan bahasa Melayu. Sejak kejadian itu, Asyraf
mempunyai satu cita-cita yang ingin dia gapai. Asyraf ingin mengikut jejak langkah
nendanya, iaitu menjadi seorang munsyi. Ya, seorang munsyi!
126
HABIS MADU SEPAH DIBUANG
E-mel: [email protected]
“Aku tak perlukan kau lagi. Berambu
s kau dari sini!” Kata-kata itu terngiang-
ngiang dalam gegendang telinga aku. Me
nusuk kalbu, lantas titis air mata ku tanpa
sedar. Tergamam seketika. Tidak mampu aku balas kata-kata Lin itu tadi. Aku
melihat sahaja kawan sejati ku menghilangkan diri daripada pandangan mata ku.
Dia pergi jauh. Jauh meninggalkan aku keseorangan di kelas 6A, Sekolah
Menengah Kebangsaan Iskandar Shah. Ramai orang lalu-lalang di situ. Tidak
seorang pun yang hairan akan aku yang sedang berjurai-jurai menitiskan air mata.
Tak pernah terlintas dalam fikiran aku, Lin akan tinggalkan aku begitu sahaja.
Tangisan aku tidak berhenti lagi memikirkan nasib yang menimpa diri aku. Selama
ini aku tidak pernah menyakitkan hati orang lain. Aku sentiasa menjaga hati orang
lain, walau dalam apa-apa situasi sekali pun. Aku percaya sebesar-besar dosa
manusia adalah menyinggung perasaan orang lain.
“Aku memikirkan salah dan silap sebelum ini. Aku tak pasti apa yang aku lakukan
pada Lin. Mengapa dia sanggup tinggalkan aku begitu sahaja. Apa salah aku?
Kalau ya pun salah aku, tak kan dia tak mahu mendengar alasan aku dulu. Apakah
aku bantunya selama ini hanya sia-sia?” getus hati kecilku tak henti-henti.
Macam-macam soalan terus melayari benak hatiku. Lin kawan sejati aku. Kami
membesar sama-sama di kampung yang indah dan permai. Jauh di pedalaman
negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Kampung Seri Kesang, Jasin, gah terserlah
nama terperi. Ramai anak- anak watan yang berjaya lahir di sini. Begitu juga aku
dan Lin, menyemat cita-cita dan angan- angan. Mahu berjaya dalam hidup seperti
orang lain. Kami bersama-sama menuntut ilmu di alma mater yang sama sehingga
tingkatan enam. Banyak pancaroba dan liku-liku hidup kami tempuh bersama-
sama.
“Ain, kita sudah hampir ke garisan penamat. Harap-harap kita akan berjaya
bersama- sama. Jangan tinggalkan aku nanti tau,” senyuman terukir pada wajah Lin
yang indah rupawan.
“Takkan nak tinggalkan kau sorang-sorang. Tak pernah aku fikir macam tu Lin. Kita
kan kawan sejati. Sehati sejiwa begitu,” suara tawa ku berdekah-dekah sambil
memeluk bahu kawan baik aku. “Jom kita ke Pusat Sumber. Perlu siapkan
assignment Pengajian Am. Minggu depan kena bentang,” ajak Lin sambil
memegang buku-buku pinjamannya.
Di pusat sumber, kelihatan Lin mengerut dahi, memandang ke kiri dan ke kanan.
Entah apa yang dicari. “Ain … Ain …,” bisikan suara sayup-sayup kedengaran. “Ya,
Lin. Ada apa?” ku balas panggilan Lin dengan perlahan.“Ain, pandai kan. Memang
hebat orangnya. Otak geliga” pujian Lin mencurah-curah.“Hmm.. ada apa Lin.
Jangan nak berteka-teki. Saya tahu. Lin perlukan bantuan aku” Lin tersenyum lebar.
128
“Ain, macam mana nak buat objektif kajian ini. Pening aku. Boleh kau tolong
aku. Kau kan pandai,” Lin memujuk aku membantunya menyiapkan tugasan. “Lin.
Apa tajuk yang kau pilih? Berdasarkan tajuk itu lah kau tetapkan objektif kajian,”
jelas aku secara ringkas. “Tak Ain. Aku tak faham. Boleh kau tolong aku buatkan.
Kau kan dah siap assignment tu. Boleh lah,” rayuan Lin tak sanggup aku tolak.
“Hmm. Lin. Lin. Bawa mari sini. Dah siap nanti, aku bagitahu. Jangan risau, aku
akan tolong kau.” “Sayang Ain. Ain memang baik. Balik nanti saya belanja KFC ya.”
“Alah, tak payah Lin. Mak dah masak asam pedas hari ni. Jom pergi rumah Ain,” jari
- jemari aku terus menaip punat-punat komputer riba sebaik sahaja Lin memberi
tajuk tugasannya.
Jam dinding di pusat sumber tepat menunjukkan 5.00 petang. Pengawas bertugas
mengarahkan semua murid untuk beredar. Aku terpaksa menyambung tugasan Lin
di rumah sahaja. Semua sumber rujukan yang perlu telah aku cari siap-siap.
Bakinya tinggal menyusun teks dan bibliografi sahaja. Aku janji kepada Lin untuk
menyerahkan tugasan itu esok hari. Ini bukan kali pertama aku membantu Lin. Sejak
kecil dia memang begitu. Mahu saja aku yang bantu.
Lin tidak pernah berpisah dengan aku. Banyak yang pernah aku bantu
menyelesaikan tugasannya. Aku memang begitu. Suka tolong. Terutamanya untuk
Lin. Dialah jiwa dan raga aku. Teman sejati walaupun kami berada di mana-mana
sekalipun. Aku tak pernah mengharapkan balasan daripada Lin. Aku tidak pernah
dengki dengan Lin.
“Ain, terima kasih banyak-banyak. Kalau awak tak ada, macam mana lah aku nak
akan siapkan tugasan itu. Kamu pun tahu kan cikgu Hasnah garang orangnya. Kalau
tak hantar mesti kena marah. Terima kasih Ain. Nanti tolong hantar juga pada ketua
kelas kita Aiman tau. Lin terus menuju laju di hadapan pintu pagar sekolah.
Aku hanya sempat membalas senyuman dan mengangguk kepala setiap kali Lin
berkata-kata. Dia memang begitu. Semua nak cepat dan pantas. Aku bukannya
berkira sangat dengan Lin. Cuma yang aku pelik, tugasan itu aku juga yang tolong
dan aku juga yang perlu cetak dan hantar kepada Aiman. Hmm… aku hanya boleh
mendengus namun itu sikap Lin. Sukar untuk menegur Lin kerana dia cepat naik
angin. Aku tak sanggup kehilangan dia. Biar aku dan dia tak ada masalah dalam
hidup dan boleh bersama-sama abadi lamanya.
“Aiman, ini dia assignment kami berdua. Saya hantar ya. Tolong catat nama kami
berdua dalam borang serahan itu.” “Baik, jangan risau Ain. Tahu saya. Nanti saya
isikan.” Aiman terus beredar dari tempatnya ke kantin tergesa-gesa setelah
memasukkan assignment kami berdua itu dalam fail induknya. “Lin, saya dah hantar
assignment kita berdua pada Aiman tau.” “Ya kah? Bila?” “Baru tadi, Lin,” “Terima
kasih Ain. Kau memang baik. Jom kita pi kantin. Esok ada pembentangan pula. Kita
isi perut dulu. Mari saya belanja hari ni,” kepuasan hati jelas tercermin pada wajah
Lin. Aku dan Lin terus masuk ke kelas Sejarah dan bercadang ke pekan untuk
membeli kertas mahjong dan beberapa pen marker untuk membuat persediaan
pembentangan esok hari.
129
“Lin, kenapa tak hantar assignment kamu lagi?” tanya cikgu Hasnah yang nampak
agak marah. “Saya dah hantar cikgu. Aiman dah kutip semalam lagi,” “Saya tak
terima assignment Lin, cikgu Hasnah. Dia tak hantar, cikgu. Kawan baik dia Ain saja
yang hantar,” jelas Aiman kepada cikgu Hasnah. Aku dan Lin saling memandang
dan membonjolkan mata. Lantas aku terus bersuara.
“Tak cikgu. Saya dah hantar bagi pihak Lin semalam lagi. Saya sendiri
menyerahkan kepada Aiman,” aku terus memaling muka kepada Aiman dan
bertanya dengan baik-baik.
“Aiman, cuba kamu ingat semula. Bukankah saya dah hantar assignment kepada
kamu semalam. Tak kan saya nak tipu,” aku cuba meyakinkan Aiman, namun Aiman
tetap menafikannya.
“Tak lah, Ain. Saya terima assignment kau sahaja. Bila Lin hantar? Dia tak hantar
pun,” aku menjadi serba salah. Aku melihat ke kiri dan ke kanan. Sempat juga aku
memandang cikgu Hasnah yang tidak berkata apa-apa. Cikgu Hasnah sabar
mendengar kata-kata kami berdua. Lin pula sudah tak sabar lagi. “Sudah. Diam
kamu berdua!”
“Ain, cakap betul-betul. Betulkah Ain dah hantar? Macam mana Aiman dan cikgu
Hasnah boleh kata assignment aku tak ada? Hilang pergi mana? Lin sudah mula
bertekak suara dengan aku.“Lin, sumpah demi Allah aku dah hantar,” bibir ku
menggigil membalas kata-kata Lin. “Kalau dah hantar, macam mana boleh hilang.
Entah-entah kau tak hantar, Ain?” suara Lin sekali-sekala lebih gempita
mengejutkan nadi jantung ku.
“Sungguh, aku dah hantar Lin. Kenapa nak aku tipu kau Lin? Apa aku dapat?” Aku
cuba meyakinkan Lin. Namun, Lin tidak mahu melihat muka aku lagi. Dari jauh,
Aiman mengukir senyuman sinis. Aku dapat baca erti senyuman itu. Ini mungkin
perbuatan sabotaj yang sengaja mahu memisahkan aku dan Lin.
“Dah, Aku tak percaya kau lagi. Aku tak perlukan kau lagi. Berambus ... berambus
kau dari aku!” Lin terus meninggalkan aku. Belum sempat aku menahannya keluar
dari kelas. Aku akan menunggu kepulangan kau, Lin. Aku percaya kebenaran akan
menjelma satu hari nanti. Kau akan menyesal nanti. Namun aku tetap akan maafkan
kau. Kau sahabat sejatiku.
130
SERIBU TERIMA KASIH BUATMU CIKGU
E-mel: [email protected]
“Cik Syakila, bangun. Sudah lewat i
ni,” makcik Suriati menggoncang tubuh
Syakila. Syakila yang masih diselimuti c
omforter menggeliat malas. “Cik Syakila,
bangun. Aduh kamu ini, jangan nanti marah saya sekiranya kamu lewat ke sekolah,”
makcik Suriati membebel dengan pelat jawanya yang pekat. Sejak dua tahun lepas,
itulah tugas makcik Suriati yang paling tidak gemar setelah perceraian kedua-dua
ibu bapanya di mana Syakila terpaksa tinggal bersama ibu tirinya yang hanya sibuk
dalam pekerjaannya.
“Apa makcik ini, goncang-goncang saya. Saya tidak suka!” balas Syakila dengan
kasar dan rimas terhadap perlakuan pembantu rumahnya yang mengganggu
tidurnya. Makcik Suriati menggelang-gelang kepala. Mana tidaknya, jam sudah
tujuh tiga puluh pagi, tetapi dia masih lagi di rumah sedangkan waktu persekolahan
bermula pada pukul tujuh pagi. Dalam keadaan kelam-kabut, Syakila menuju ke
meja makan. Pantas dia menjamah roti bakar dan air milo yang dihidangkan dengan
terkocoh-kocoh.
Syakila masuk ke dalam kelas semasa Puan Wati sudah memulakan pengajaran
subjek Matematik pada pagi itu. Dengan muka selamba, Syakila menuju ke
tempatnya. Aina yang duduk di sebelahnya tersenyum sumbing. Memandangkan
peperiksaan SPM semakin hampir, kebanyakkan pelajar lebih suka menghabiskan
masa rehat dengan mengulangkaji pelajaran di perpustakaan. Aktiviti begitu
memang sudah menjadi satu aktiviti wajib terutamanya bagi golongan ulat buku.
Syakila terkecuali. Dia tetap menggunakan masa rehat bagi mengisi perutnya. 5
Sains 2. Ini merupakan kelas Syakila dan dia bergelar pelajar Tingkatan 5.
Menjelang pukul sepuluh setengah, loceng mula kedengaran kring, kringg,
kringgg. Loceng menandakan waktu rehat sudah tamat, sudah berbunyi nyaring.
Sesi pengajaran dan pembelajaran pun bermula, seperti biasa Cikgu Hazwa
memulakan pengajarannya dengan menasihati pelajarnya terlebih dahulu. Kali ini,
Syakila sangat tersentuh dengan kata-katanya. “Nanti bila kamu dah habis sekolah,
dah kerja, ingat pesan Cikgu, jangan sombong dengan ibu bapa kamu, gaji
pertama beri pada mereka untuk mendapat keberkatan. Sekarang ini tugas kamu
ialah belajar. Fikirlah pengorbanan ibu bapa kamu yang penat lelah membesarkan
kamu. Bukan itu sahaja, pada usia ini kamu perlulah menghayati amalan kesantunan
sebagai penerus satu peradaban bangsa yang hebat. Suatu hari nanti, amalan
mulia sebegini akan membanggakan ibu bapa kamu”, pesan Cikgu Hazwa kepada
Murid kelas 5 Sians 2. Cikgu Hazwa bukan hanya memberikan nasihat untuk
berbicara santun namun juga beliau merupakan contoh bagi para pelajar.
Pesanan Cikgu itu sangat terkesan untuk Syakila. Sejak itu, Syakila nekad untuk
belajar bersungguh-sungguh dan mula meghormati makcik Suriati yang sentiasa
membantu Syakila setiap pagi untuk datang ke sekolah. Mata pelajaran lain tiada
masalah bagi Syakila tetapi masalahnya hanya dalam subjek Matematik Tambahan.
Cikgu Hazwa masih menggunakan teknik yang sama iaitu menumpukan pada
kumpulan-kumpulan kecil. Sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku seperti biasa
hari demi hari.
132
Pada suatu hari, Syakila terdengar khabar angin yang mengatakan bahawa Cikgu
Hazwa akan berpindah ke Johor kerana perlu mengikut suaminya. Pada hari itu,
Syakila berharap bahawa khabar angin itu tidak benar kerana dia sangat selesa
dengan cara cikgu mengajar. Dia mula mengenang nasibnya jika Cikgu tidak
mengajarnya lagi. Syakila mula berfikir yang bukan-bukan. Walaupun Syakila dan
rakan-rakan yang lain sering tidak melakukan kerja rumah yang diberi, sering
mengguris hatinya, tetapi jauh di sudut hati mereka, mereka sangat menyayangi
beliau kerana sikap beliau yang tidak jemu melayan kerenah yang nakal ini. Beliau
sangat tabah walaupun keputusan ujian muridnya sering tidak lulus. Beliau terus
mengajar tanpa rasa jemu dan mengeluh.
Hari ini, Cikgu Hazwa masuk ke kelas seperti biasa, setelah sejam sesi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung, beliau membuat satu pengumuman yang
mengejutkan.
“Baik semua, Cikgu ada perkara nak beritahu, tapi Cikgu rasa kamu tak akan
bersedih”, kata Cikgu kepada semua pelajar.
Ketua kelas bertanya,
“Beritahu apa Cikgu?”
Cikgu Hazwa membalas, “Cikgu akan berpindah ke Johor dan akan mengajar di
sekolah yang baru, Cikgu harap kamu akan bersikap baik dengan Cikgu yang
baharu”.
Semua pelajar memberikan respon yang sama iaitu bersedih dengan pengumuman
Cikgu tadi, begitu juga dengan Syakila. Sejujurnya, Syakila sangat kecewa kerana
Cikgu akan berpindah sebelum silibus habis diajar. Maknanya, betullah apa yang
dia dengar sebelum ini, Cikgu akan berpindah.
“Saya berasa sangat sedih setelah mengetahui berita ini adalah benar. Perkara
yang membuat saya berat hati apabila mendengar Cikgu ingin berpindah ialah saya
akan kehilangan seorang guru yang sering menasihati aku untuk mengamalkan
amalan mulia, saya akan kehilangan seorang guru yang sangat profesional dengan
kerjayanya dan saya akan kehilangan seorang guru yang pandai mengajar
Matematik Tambahan untuk pelajar yang lemah seperti saya. Saya tahu guru lain
tidak boleh menggantikan Cikgu Hazwa”, Syakila risau dalam hatinya.
Sesampai di bilik guru, Syakila lihat Cikgu Hazwa sedang mengemas barangnya
untuk berpindah lalu Syakila menghampiri cikgunya.
“Cikgu..betul ke Cikgu nak pindah?”, tanya Syakila kepada Cikgu Haizuizwa untuk
mendapatkan kepastian.
“Betul Syakila, kenapa ni?”, tanya Cikgu Hazwa.
“Saya tak boleh terima Cikgu nak pindah, siapa nak ajar saya Matematik
Tambahan dalam kumpulan? Siapa yang nak nasihatkan saya selepas ini?”, tanya
Syakila dengan nada yang sedih.
133
“Selepas ini akan ada guru yang menggantikan saya, awak jangan risau?”, jawab
Cikgu kepada Syakila.
“Cikgu, saya minta maaf kalau saya ada menyinggung hati Cikgu, saya harap
Cikgu akan selalu pakai baju yang saya bagi itu. Kalau Cikgu nak tahu, baju itu saya
jahit sendiri semata-mata untuk Cikgu. Cikgu lain saya tak bagi tau. Cikgu jangan
lupakan saya ye Cikgu”, kata Syakila kepada Cikgu Hazwa sambil menitis air
matanya.
“Syakila, kamu jangan sedih. Cikgu sentiasa memaafkan dan mendoakan pelajar-
pelajar cikgu berjaya dunia dan akhirat. Terima kasih sebab hadiahkan saya baju
kurung itu. Saya sangat terharu apabila dengar kamu jahit sendiri baju itu. Daripada
mana kamu tahu saiz Cikgu?”, tanya Cikgu Hazwa kepada Syakila.
“Terima kasih Cikgu. Saya tahu saiz Cikgu daripada adik Cikgulah. Saya suruh
rahsiakan daripada Cikgu. Selamat maju jaya Cikgu”.
“Terima kasih sekali lagi, dah jangan sedih-sedih. Saya rasa sangat terharu
dengan cara pertuturan awak Syakila. Saya dapat melihat peningkatan dalam cara
pertuturan awak. Sangat sopan”, kata Cikgu Hazwa sambil memeluk Syakila.
** Selepas tiga bulan kemudian**
Keputusan SPM akan diumumkan pada hari itu. Syakila bersiap-siap mahu ke
sekolah dan berganding ke dewan sekolah. Sudah ramai pelajar yang berkumpul
dan beratur bagi mengambil keputusan. Kini tiba giliran Syakila pula. Debaran
makin kencang terasa di dada lebih-lebih lagi mata pelajaran Matematik
Tambahan.
“Assalamualaikum, cikgu,” Syakila dengan sopan memberi salam kepada guru
kelasnya, Puan Najwa.
”Waalaikumussalam,” Puan Najwa yang terkenal dengan kelembutan seorang ibu
itu tersenyum manis. Wajahnya kelihatan berseri-seri. “Nurul Syakila Binti Mohd
Danial..betul bukan?” Puan Najwa meminta kepastian. Sudah dua kali Puan Najwa
menyelak slip-slip peperiksaan namun slip peperiksaan milik Syakila tidak dijumpai
“Rasanya slip awak di tangan pengetua. Syakila pergi bilik pengetua sekarang ya,”
arah Puan Najwa. Syakila bermonolog. Rasa cuak semakin meninggi, setinggi
Gunung Kinabalu ataupun mungkin sudah setinggi Gunung Everest.
“Assalamualaikum, puan pengetua,” sapa Syakila.
“Waalaikumussalam,” pengetua mengukirkan senyuman. “Tahniah, Syakila! Awak
sudah berjaya mengharumkan nama sekolah kita,” ujar pengetua. Sebaik
mendengar bicara pengetua, Syakila cepat-cepat melihat slip keputusan SPM
pada tanganya.
Wah, semuanya dapat A+. Tidak cukup dengan lompat-lompat hadapan
pengetua.
134
“Syukur, alhamdulillah….,” dalam suka-suka itu, Syakila masih memanjat
kesyukuran kepada Allah yang Maha Kuasa. Syakila tidak melupakan guru
Matematik Tambahan iaitu Cikgu Hazwa yang merupakan insan mencorakkan
Syakila untuk mendapat kejayaan seperti ini.
“Jika diberi peluang, saya ingin berjumpa dengannya dan mengatakan sejuta-juta
terima kasih untuk kejayaan yang saya perolehi ini. Tanpa cikgu kejayaan ini pasti
hanya satu khayalan sahaja. Pasti Cikgu akan berasa bangga dengan pelajar yang
dahulunya lemah seperti saya akan berjaya dalam masa depan nanti. Seribu terima
kasih buatmu Cikgu Hazwa.”
135
KANAK-KANAK BAGAI MALAIKAT
E-mel: [email protected]
Arif dan Aina merupakan sepasang adik
-beradik yang hidup bergelut kemiskinan.
Kehidupan mereka ibarat kais pagi maka
n pagi, kais petang makan petang. Ayah
mereka bekerja sebagai seorang pekebun dan gajinya hanya cukup menampung
kos kehidupan sahaja. Ibu mereka pula telah jatuh sakit setelah melahirkan Aina.
Walaubagaimanapun, Arif dan Aina sentiasa bersyukur dan tidak pernah ingin
menyusahkan ibu bapa mereka.
Pada suatu hari, Aina meminta Arif untuk menghantar kasutnya untuk dibaiki.
“Abang, tolong bantu Aina membawa kasut ini untuk dibaiki sebab sudah rosak,”
kata Aina dengan tidak mengarahkan abangnya. Itulah satu-satunya kasut Aina
yang dipakai untuk ke sekolah dan ke mana-mana sahaja. Namun, nasib malang
masih menimpa sepasang adik beradik ini. Kasut Aina hilang semasa Arif membawa
ke pekan untuk dibaiki. Arif tidak sengaja meletakkan kasut itu di tepinya.
“Alamak, mana perginya kasut adik?’’ Arif berasa gelabah dan tercari-cari. Walau
telah sekian lama mencari, Arif masih tidak dapat menemui kasut itu. Pemilik kedai
itu memujuk Arif dan memberitahu bahawa, “Adik, mungkin kasut itu telah dikutip
oleh pengumpul barang - barang terpakai ketika kamu melihat alat-alat
permainan,”. Kehilangan kasut itu membuatkan Aina dan Arif sangat sedih. Mereka
sedar, jika bapa mereka tahu tentang hal ini, sudah pasti ayah mereka akan
berhutang dengan sesiapa sahaja untuk membeli kasut baharu.
‘‘Jangan sampai ayah dan ibu tahu tentang hal ini. Kita orang miskin. Kasihan ayah,
bekerja keras mencari rezeki,” kata Arif kepada Aina. Arif berasa amat sedih, dan
dia menyalahkan dirinya yang bersikap cuai sehingga menghilangkan kasut
adiknya. Suasana suram dan pilu semakin menyelubungi kamar tidur Arif. Matahari
senja telah lama gugur dari lindungan langit. Cuaca mendung pada malam itu
seakan-akan mengerti kesedihan yang sedang hebat melanda naluri Arif.
Lantaran itu, demi tidak mahu menyusahkan bapa mereka, kedua-dua beradik
yang murni hatinya itu telah membuat satu rancangan, iaitu mereka akan bergilir-
gilir memakai kasut Arif ke sekolah. Oleh kerana Aina bersekolah sesi pagi,
manakala Arif pula bersekolah sesi petang, maka Aina akan memakai dahulu kasut
tersebut, dan kemudian akan berlari pantas macam kilat pulang agar Arif dapat
memakai pula kasut itu ke sekolah. Mereka berjanji akan bertemu di sebuah lorong
yang sunyi untuk menukarkan kasut.
Pada suatu hari, Aina menduduki peperiksaan. Namun hatinya gelisah dan tidak
tenang kerana dia tahu bahawa abangnya sedang menunggu kepulangannya. Aina
menjawab soalan dengan sepantas mungkin. Selepas itu, dia membuka langkah
seribu untuk berlari balik. Namun, disebabkan kasutnya dipakainya longgar, satu
daripadanya telah jatuh ke dalam longkang semasa Aina berlari. Aina umpama
cacing kepanasan berlari mengikut arus longkang yang membawa kasut abangnya.
Akhirnya kasut itu tersangkut pada sebatang kayu dan berjaya dikutip oleh Aina.
Aina mengambil kasut itu dengan barhati-hati dan berlari pulang.
137