The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nasimah bt Abdul Jal UP(S), 2022-02-21 23:05:18

ashaminda-update

ashaminda-update

Ketika Aina tiba di rumah, abangnya Arif sudah lama menunggu kepulangannya di
pintu pagar. ”Aina, mengapa kamu lambat? Mengapakah kasut ini sudah basah?”
Arif menyoal adiknya dengan suara yang kasar. "Kasut abang longgar, Aina tidak
sengaja jatuhkan ke dalam longkang,’’ jelas Aina dengan tangisan suaranya tanpa
berdebat dengan abangnya. Arif hanya mampu mengeleng-geleng kepalanya lalu
memakai kasut itu ke sekolah. Akhirnya, Arif lewat ke sekolah. Selepas pulang dari
sekolah, Arif telah memujuk dan memberikan Aina sebatang pensel iaitu hadiah
daripada guru kelasnya. "Maafkan abang sebab marah tadi, Aina. Nanti abang
akan meminta ayah belikan Aina sepasang kasut baharu,’’ pujuk Arif dengan suara
dan kata-kata manis. Dia memastikan bahawa hati Aina tidak terluka akibat
perkataannya yang kasar.

Pada suatu hari, ayah Arif mengajaknya ke pekan. Hal ini kerana ayahnya telah
mendapat alat mesin rumput terpakai daripada bekas majikannya. ”Arif, jom ikut
ayah ke bandar untuk mencari rezeki. Sekiranya ada lebihan wang, ayah akan
belikan hadiah untuk kamu dan Aina,’’ kata ayahnya dengan penuh harapan dan
muka yang gembira. ”Baiklah ayah. Bolehkah ayah belikan Aina sepasang kasut
baharu? Kasut dia sudah buruk,’’ Arif cuba menyakinkan ayahnya untuk
membelikan sepasang kasut baharu untuk adiknya dengan penuh hormat dan tidak
memaksa ayahnya. Ayahnya tidak berkata apa-apa, dan hanya tersenyum sahaja.

Arif dan ayahnya telah tiba ke pekan. Mereka menawarkan perkhidmatan
memotong rumput dari rumah ke rumah. Pada awal permulaannya, perkhidmatan
mereka tidak mendapat sambutan. Walau bagaimanapun, Arif tidak berputus asa
dan terus menanya dari rumah ke rumah "Encik, ada kerja memotong rumput di
halaman atau kebun ke? Tolong, memberi kami kerja memotong rumput supaya
kami dapat mencari rezeki. Tawaran Encik mesti akan membantu kami dan sentiasa
kami akan mengenangnya”. Akhirnya, cara Arif meminta kerja dengan sopan santun
telah memikat hati pemilik sebuah rumah yang mempunyai halaman luas. Pemilik
rumah itu telah menawarkan kerja memotong rumput kepada Arif dan ayahnya.
Setelah membanting tulang empat kerat, pemilik rumah itu amat berpuas hati dan
memberikan mereka hasil upah yang lumayan.

Arif dan ayahnya melonjak kegembiraan. Akhirnya, hasil penat lelah mereka
membuahkan hasil. Ayahnya membawa Arif mengayuh basikal pulang ke rumah.
Arif tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan ini dengan adik kesayangannya.
Namun, ibarat antah patah, lesung hilang, basikal ayahnya terbabas dan hilang
kawalan hingga mengakibatkan kedua-duanya itu jatuh. Akibat kemalangan itu,
hasil upah mereka telah digunakan untuk mendapatkan rawatan dan membeli ubat-
ubatan. Malangnya, ayah Arif tidak dapat bekerja kerana kakinya cedera. Harapan
Arif untuk meminta ayahnya membelikan Aina sepasang kasut baharu telah menjadi
impian sahaja.

138

Pada suatu hari, guru sukan sekolah Arif mengumumkan tentang pertandingan
lumba lari yang menjanjikan bahawa juara akan mendapat sepasang kasut sukan.
Arif bertekad untuk membawa pulang kasut sukan untuk adiknya. Dia telah
mencalonkan dirinya untuk menyertai pertandingan ini. Malah untuk merealisasikan
impian ini, Arif menjalani latihan berlari setiap hari di padang berhampiran
rumahnya. Sewaktu pertandingan itu berlangsung, Arif hampir saja putus asa, dia
terjatuh lalu ditolak oleh peserta lain. Namun apabila terkenangkan adiknya, dia
bersemangat. Walaubagaimanapun, Arif gagal mendapat tempat pertama seperti
yang dirancangkan tetapi mendapat tempat kedua.
Ketika tiba di rumah, Aina menghampiri lalu memegang tangan abangnya dengan
harapan yang melangit. Namun, Arif tidak mampu berkata apa-apa dan hanya
menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.Tindakan Arif ini membawa seribu makna
buat Aina. Hatinya retak bagai kaca terhempas ke batu. Aina kelihatan sedih namun
dia masih tidak menunjukkan sikap marah atau memberontak. Menariknya, Aina
mengucapkan tahniah kepada Arif yang telah membawa pulang sebuah beg
sekolah kerana memenangi tempat kedua, “Tahniah abang. Aina berasa sangat
bangga dan gembira”. Tanpa diduga, ayah mereka telah membelikan mereka
berdua sepasang kasut sebagai penghargaan atas kerajinan mereka membantu
ibu-bapa mereka. “Ayah, terima kasih kerana bersusah-payah membelikan kasut ini
untuk kami. Kami berasa sangat gembira kerana mendapat ibu bapa yang sayang
akan kami,” kata Arif sambil memegang tangan ayahnya.

Arif dan Aina, adalah lambang anak-anak yang berjiwa besar. Mereka
mempertaruhkan zaman kanak-kanak yang indah dan riang untuk kelangsungan
hidup yang dihimpit kemiskinan, kesusahan. Namun kasih sayang, ketabahan dan
kesantunan telah menjadi nilai kekuatan mereka meredah kesulitan dalam hidup.

139


Click to View FlipBook Version