The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE NARTC 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by momokocyg, 2022-03-13 10:12:31

NARTC 2021

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE NARTC 2021

Keywords: NARTC 2021

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

• Tingkahlaku
Semasa diajukan topik berkaitan
Ikatan Kimia, pelajar diam, tidak
mahu memberikan respon dan
menunjukkan muka bosan.

Langkah 2: Kuiz Ikatan Kimia Pelajar sukar melukis struktur
15/11/2019
Lewis dengan tepat (Bengkel
-
19/11/2019 Pemurnian Kimia 2018)

• Setelah pensyarah

menjalankan PdP, kuiz

diberikan kepada pelajar

untuk membuat pengukuran

bagi mendapatkan maklumat

mengenai kefahaman pelajar.

• Setelah pelajar membuat

kuiz, kami dapati 18 daripada

20 orang pelajar

memperolehi markah kurang

daripada 5 dengan sebanyak

10 markah keseluruhan.

Langkah 3: Temubual Temubual dijalankan secara
15/11/2019
rawak. Seramai 4 orang pelajar
-
19/11/2019 telah ditemubual untuk

mengenalpasti masalah yang

dihadapi.

• Pelajar menyatakan mereka

tidak dapat membuat

visualisasi bentuk asas

molekul Kimia.

• Pelajar bosan belajar topik ini

kerana sangat panjang dan

perlu memahami konsep

yang abstrak.

Berdasarkan analisis tinjauan masalah pelajar yang telah dijalankan, kami mendapati rata-rata pelajar
mempunyai masalah untuk membuat visualisasi bentuk geometri molekul kimia kerana konsep kimia
yang abstrak. Ini menyebabkan penurunan pencapaian mereka terhadap topik ikatan kimia. Bagi
mengatasi masalah yang dihadapi oleh para pelajar, pengkaji telah menjalankan kaedah belajar sambIl
bermain dengan mencipta satu inovasi kad permainan yang dinamakan V-MAX.

6.2 Tindakan/ Aktiviti PdP (Penggunaan bahan/ aktiviti, Strategi Pengajaran, Inovasi/
Kreativiti & Justifikasi)

6.2.1 Model Kajian Tindakan Kemmis dan Taggart

Pengkaji telah menjalankan sebuah kajian tindakan dengan menjadikan model kajian tindakan
Kemmis dan Mc. Taggart sebagai rujukan. Kemmis dan Mc. Taggart (1988) mengemukakan model
kajian tindakan mereka yang mengandungi empat langkah dalam setiap kitaran iaitu merancang,
bertindak, memerhati dan mereflek. Model ini menyatakan bahawa kajian tindakan perlu
dilaksanakan mengikut urutan ke empat-empat langkah secara berterusan. Kami telah melaksanakan
kajian ini dengan melibatkan dua kitaran iaitu kitaran 1 dan kitaran 2. Perincian strategi pengajaran

49

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

bagi setiap kitaran dibincangkan melalui aktiviti yang telah dilaksanakan pada setiap kitaran
(lampiran 1).

• Penerangan Topik BERTINDAK • Markah Pra REFLEKSI
Ikatan Kimia dan Ujian diperolehi.
manual permainan V- Bermain V-MAX • Berdasarkan
MAX Menjawab soalan • Sebilangan maklumbalas pelajar
pelajar mendapat kami menaik taraf V-
• Pra Ujian akan Pra Ujian skor lemah MAX dengan
dilakukan selepas Pemberian Tugasan memasukkan aplikasi AR
tamat permainan • Tugasan tidak pada kad permainan bagi
lengkap membantu pelajar melihat
• Pelajar perlu isi visual bentuk asas
borang maklum balas • Maklumbalas molekul secara 3D
pelajar
MERANCANG
MEMERHATI

KITARAN 1

• Pelajar akan bermain V- BERTINDAK • Permainan REFLEKSI
MAX yang dilengkapi berjalan lancar
AR untuk membantu • Pelajar bermain V- • Pada masa
pelajar melihat visual MAX yang • Skor Pasca Ujian akan datang
bentuk asas molekul dilengkapi AR meningkat drastik penggunaan
secara 3D berbanding Pra V-MAX akan
• Pelajar menjawab Ujian diperluaskan
• Pasca Ujian akan Pasca Ujian kepada kelas-
dilakukan selepas tamat MEMERHATI kelas lain
permainan • Tugasan perlu
dilengkapkan
• Pelajar perlu isi borang
maklum balas • Pelajar mengisi
borang maklum
MERANCANG balas

KITARAN 2
RAJAH 2: Kitaran 1 dan 2 Pelaksanaan PdPc Ikatan Kimia Menggunakan V-MAX

6.2.2 Strategi Pengajaran

Jadual 7 menerangkan strategi pengajaran bagi kitaran 1 dan kitaran 2.

JADUAL 7: Strategi Pengajaran Kitaran 1 dan Kitaran 2

Aktiviti Kitaran 1 Kitaran 2 Strategi

Tarikh / Penggunaan Tarikh / Penggunaan Pengajaran /

Bahan / Aktiviti Bahan / Aktiviti Inovasi /

Kreativiti

1. Penerangan: Penerangan: • Pensyarah

• topik Ikatan • manual permainan membuat

Kimia V-MAX yang penerangan

50

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

• manual ditambah kod AR • Pelajar
permainan V- pada Kad Unsur membina
MAX. dan Kad Molekul. Kumpulan
(PAK- 21)
2. • Pelajar bermain • Pelajar bermain V-
V-MAX MAX yang Pelajar
mengandungi kod merancang
• Pelajar jawab (AR) bentuk molekul,
Pra Ujian menginterpretasik
• Pelajar jawab an maklumat,
• Pemberian Pasca Ujian. media
tugasan pembelajaran
• Penghantaran berkonsep
3. Analisis Pra Ujian tugasan gamifikasi untuk
meningkatkan
• Pelajar isi borang pencapaian,
maklumbalas minat, kemahiran
menggunakan V- dan motivasi
MAX yang pelajar dalam
ditambah kod AR PdP
Markah Pra -
• Analisis Pasca 40.00% skor
lemah
Ujian, analisis - 60.00% skor
sederhana
markah tugasan Atasi masalah
pada kitaran 1
dan borang (tambah AR pada
V-MAX)
maklumbalas - 100.00% skor
cemerlang
• Penggunaan V-

MAX yang

ditambah kod AR

Dalam Kitaran 1, pengkaji merancang (Plan) penggunaan V-MAX dalam pembelajaran topik Ikatan
Kimia menggunakan V-MAX. Namun, berdasarkan refleksi Aktiviti 3 dalam Kitaran 1, tiada pelajar
mendapat skor cemerlang dengan markah melebihi 80. Justeru, Kitaran 2 diteruskan bagi mengatasi
masalah yang timbul di dalam Kitaran 1. Dalam Kitaran 2, pengkaji merancang (Plan) penggunaan
V-MAX yang ditambah baik dilengkapi dengan teknologi AR bagi membantu pelajar meningkatkan
kemahiran visualisasi mereka. Menerusi pengintegrasian teknologi AR dan penggunaan V-MAX
diharap dapat meningkatkan pencapaian pelajar melalui peningkatan markah kuiz dan tugasan dalam
topik Ikatan Kimia.

Kitaran 1
Terdapat tiga aktiviti telah dijalankan pada Kitaran 1. Penerangan disertai dengan refleksi setiap
aktiviti adalah seperti berikut:
Aktiviti 1: Penerangan topik Ikatan Kimia dan manual permainan V-MAX
Penerangan topik Ikatan Kimia dan manual permainan toolkit Ikatan Kimia iaitu V-MAX. Kajian
dimulakan dengan pelaksanaan PdP oleh pensyarah bagi tajuk Ikatan Kimia. Seterusnya pelajar
diterangkan manual cara bermain V-MAX.
Refleksi Aktiviti 1
Pelajar kelihatan teruja untuk memulakan permainan V-MAX. Mereka dilihat berbincang untuk
menentukan ahli kumpulan masing-masing.

51

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Aktiviti 2: Bermain V-MAX, Menjawab Pra Ujian dan PemberianTugasan
Dalam aktiviti 2, pelajar mula bermain V-MAX secara berkumpulan sambil dipantau oleh pensyarah.
Seterusnya, pelajar menjawab Pra Ujian setelah tamat permainan. Pensyarah memberikan tugasan
ikatan kimia bagi menguji kefahaman pelajar dalam mengaplikasi soalan ikatan kimia.
Refleksi Aktiviti 2
Dari segi penglibatan pelajar, pelajar dilihat aktif ketika bermain V-MAX. Namun segelintir pelajar
dilihat mempamerkan riak keliru ketika permainan berlangsung.

Aktiviti 3: Analisis Markah Pra Ujian
Dalam aktiviti 3 ini, pengkaji memeriksa kertas Pra Ujian. Analisis skor Pra Ujian mendapati 40%
pelajar mendapat skor lemah (markah 0-39) dan 60.00% pelajar mendapat skor sederhana (markah
40-79). Berdasarkan borang maklum balas pelajar, pelajar menyatakan mereka sukar menentukan
bentuk asas molekul dan sudut ikatan tanpa visual 3D.
Refleksi Aktiviti 3
Dapatan daripada aktiviti 3 menunjukkan tiada seorang pelajar pun yang mendapat keputusan skor
cemerlang dalam Pra Ujian yang dijalankan. Justeru, pengkaji mencadangkan Kad Unsur dan Kad
Molekul ditambah kod Augmented Reality (AR) bagi meningkatkan kemahiran visualisasi pelajar
melalui paparan visual 3D menerusi imbasan melalui telefon pintar mereka.

Kitaran 2
Setelah mengenalpasti masalah pada Kitaran 1, pengkaji melakukan penambahbaikan dengan
memasukkan kod AR pada V-MAX. Seterusnya tiga aktiviti telah dijalankan pada kitaran 2.
Penerangan disertai dengan refleksi setiap aktiviti adalah seperti berikut:

Aktiviti 1: Penerangan Manual Cara Bermain V-MAX Yang Dilengkapi Kod AR
Aktiviti 1 Kitaran 2 dimulakan dengan pensyarah memberi penerangan tentang manual permainan V-
MAX yang telah dilakukan penambahbaikan. Seterusnya pelajar mula membentuk kumpulan untuk
memulakan permainan.
Refleksi Aktiviti 1
Pelajar kelihatan teruja untuk memulakan permainan V-MAX yang telah ditambah kod AR. Mereka
dilihat aktif berbincang untuk menentukan ahli kumpulan masing-masing.

Aktiviti 2: Pelajar Bermain V-MAX Yang Dilengkapi Kod AR, Menjawab Pasca Ujian ,
Mengisi Borang Maklumbalas, Penghantaran Tugasan Ikatan Kimia
Pelajar mula bermain V-MAX yang mengandungi kod AR sambil dipantau oleh pensyarah. Setelah
tamat permainan, soalan Pasca ujian diedarkan dan pelajar diberi masa 30 minit untuk menjawab
Pasca ujian. Seterusnya, pelajar mengisi borang maklum balas tentang aktiviti 2 yang telah
dilaksanakan dan penghantaran tugasan.
Refleksi Aktiviti 2
Melalui aktiviti 2 dalam Kitaran 2, pelajar dilihat lebih aktif membantu rakan sekumpulan untuk
membina molekul yang bersaiz besar agar dapat mengumpulkan markah yang lebih tinggi. Pelajar
dilihat aktif berbincang sesama ahli kumpulan mengenai cara penyelesaian masalah dalam permainan
selain mula merancang strategi untuk menang. Pelajar tidak pasif sebagaimana sikap yang
ditunjukkan jika tajuk ini diajar dengan kaedah konvensional iaitu melalui penerangan oleh pensyarah
semata-mata.

Aktiviti 3: Analisis Markah Pasca Ujian, Borang Maklumbalas Pelajar dan Tugasan
Dalam aktiviti ini pengkaji memeriksa kertas Pasca Ujian dan meneliti serta menganalisis borang
maklum balas pelajar bagi aktiviti 3 dalam Kitaran 2 ini. Analisis skor Pasca Ujian menunjukkan
100% pelajar mendapat skor cemerlang. Tugasan yang dihantar oleh pelajar juga menunjukkan
100.00% pelajar memperolehi markah yang tinggi iaitu berada dalam julat 16-20 (cemerlang).
Refleksi Aktiviti 3
Melalui analisis skor ujian POS, pengkaji mendapati 100% pelajar mencapai skor cemerlang (markah

52

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

yang diperoleh 80-100%). Melalui analisis borang maklum balas pelajar dalam Kitaran 2, pelajar
memberi respon positif dengan penambahan AR pada V-MAX. Pelajar menyatakan mereka berjaya
memvisualkan bentuk asas molekul dan menentu sudut ikatan. Mereka juga menyatakan keterujaan
mereka apabila kaedah gamifikasi digunakan dalam PdP tajuk Ikatan Kimia ini. Melalui analisis
tugasan yang dihantar oleh pelajar, jelas menunjukkan pelajar dapat mengaplikasi kefahaman yang
telah dipelajari menggunakan V-MAX semasa menjawab soalan tugasan.

6.2.3 Penggunaan Alat Inovasi V-MAX

Berdasarkan analisis masalah yang telah dikenalpasti, alat inovasi yang dinamakan sebagai3D
Molecular Visualization Augmented Reality (V-MAX) telah dirancang dan dibangunkan dengan
mengaplikasikan pendidikan abad ke-21 (PAK-21). V-MAX terdiri daripada kad jenis molekul, kad
molekul, kad ikatan, kad unsur, kad proton, kad elektron dan dadu (lampiran 2). Pada kitaran pertama,
kad permainan V-MAX tidak dilengkapi dengan teknologi Augmented Reality (AR). Pada kitaran
kedua, teknologi AR telah dimasukkan ke dalam setiap kad untuk meningkatkan keberkesanan kad
dalam meningkatkan tahap visualisasi pelajar. Setiap kad unsur dan kad molekul V-MAX
mempunyai kod AR yang akan menyatakan maklumat tentang unsur kimia dan model 3D bentuk
molekul apabila kad permainan diimbas menggunakan aplikasi AR (lampiran 3). Reka bentuk kad
digital V-MAX dibuat menggunakan aplikasi Power Point. Kad yang dicetak, dipotong, disusun
serta dimasukkan ke dalam kotak kad bagi memudahkan proses penggunaan dan penyimpanan.

V-MAX diinovasikan daripada permainan kad yang boleh dimainkan secara individu atau
berkumpulan. Pelajar akan bermain untuk menyelesaikan semua soalan berkaitan topik Ikatan
Kimia (Chemical Bonding). V-MAX melibatkan pemikiran yang kompleks dan penyelesaian
masalah melalui kaedah gamifikasi. Permainan ini dapat mengatasi masalah pelajar bosan dan tidak
dapat fokus kepada pelajaran. Permainan V-MAX memerlukan pemikiran yang kritis dan kreatif
kerana molekul yang ingin dibina perlu dirancang dengan teliti bagi mengelakkan molekul yang
dibina sama seperti kumpulan lain di samping merancang menghasilkan molekul yang mempunyai
jisim yang besar (mendapat markah yang lebih banyak).

6.2.4 Teori Berkaitan Pemilihan V-MAX Sebagai Alat Inovasi

V-MAX menggunakan pendekatan gamifikasi yang bersesuain dengan pembelajaran abad ke-21
(PAK-21). Menurut Deterding, Sicart, Nacke, O'Hara dan Dixon, 2011, gamifikasi ditakrifkan
sebagai penggunaan permainan yang mempunyai unsur-unsur reka bentuk dalam konteks bukan
permainan. Dalam konteks pendidikan, pendekatan gamifikasi yang menggunakan elemen permainan
dapat meransang dan memberikan motivasi kepada pengamalnya agar pengajaran dapat diintegrasi
dalam bentuk permainan (Sayed Yusoff, Tan & Muhammad Zaffwan, 2014). Pendekatan yang
menggunakan kaedah permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadikan proses
pembelajaran lebih menarik dan interaktif, selain menjadikan aktiviti yang pada asalnya bukan
permainan sebagai satu aktiviti bermain yang formal dan serius (Cugelman, 2013).

V-MAX juga dibina sebagai alat inovasi untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam
memahami topik ikatan kimia kerana terdapat beberapa kajian yang menunjukkan masalah visualisasi
pelajar dapat diatasi melalui penggunaan teknologi AR. Kajian yang dijalankan oleh Maier dan
Klinker (2013) mendapati, penggunaan AR di dalam pembelajaran kimia dapat membantu
meningkatkan kefahaman mengenai struktur ruang molekul dengan penerapan imej tiga dimensi.

7.0 Pemerhatian

7.1 Kaedah Penggumpulan Data

Terdapat tiga instrumen utama untuk mendapatkan dapatan kajian iaitu soalan ujian ikatan kimia
(lampiran 4), soalan tugasan ikatan kimia (lampiran 5) dan soal selidik maklumbalas (lampiran 6).

53

Markah Ujian PelajarJournal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

7.2 Analisis Data

Rajah 3 menunjukkan dapatan hasil perbandingan markah Pra ujian dan Pasca Ujian bagi topik ikatan
kimia.

7.2.1 Analisis Markah Pra Ujian dan Pasca Ujian

Perbandingan Markah ujian Pelajar
Topik : Ikatan Kimia

120

100

80

60

40

20

0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
Pelajar

PRA POS

RAJAH 3: Perbandingan Markah Pra Ujian dan Pasca Ujian

Rajah 3 menunjukkan perbandingan markah Pra Ujian dan Pasca Ujian pelajar. Pra Ujian dan Pasca

Ujian pelajar telah ditadbir bagi menguji keberkesanan permainan V-MAX dalam meningkatkan

visualisasi dan pencapaian pelajar dalam Topik Ikatan Kimia. Dapatan daripada graf menunjukkan,

kesemua markah Pasca Ujian telah menunjukkan peningkatan yang agak ketara.

JADUAL 8: Julat Markah Pra Ujian dan Pasca Ujian

Pelajar

Skor Ujian (%) Pra Ujian Peratus Pasca Ujian Peratus (%)

0 – 39 (frekuensi) (%) (frekuensi) 0
8 40.00 0 0
(Lemah) 12 60.00 0 100.00
40 – 79 0 20
0
(Sederhana)
80 – 100

(Cemerlang)

Jadual 8 menunjukkan julat markah pelajar setelah Pra Ujian dan Pasca Ujian dijalankan.
Berdasarkan analisis markah Pra Ujian, seramai 40.00% pelajar mencatatkan skor ujian yang rendah
(julat 0-39), 60.00% pelajar skor sederhana (julat 40-79) manakala 0.00% pelajar tidak mendapat skor
tinggi (julat 80-10). Selepas Pasca Ujian dijalankan, didapati tiada pelajar mencatatkan skor rendah

54

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

(julat 0-39) dan skor sederhana (julat 40-79) tetapi 100.00% pelajar mencapai skor tinggi (julat 80-
10). Berdasarkan keputusan ini didapati penggunaan V-MAX telah membantu meningkatkan
kefahaman pelajar dalam memahami topik Ikatan Kimia dengan baik.

7.2.2 Analisis Markah Tugasan Ikatan Kimia

Jadual 9 menunjukkan markah tugasan ikatan kimia pelajar setelah mempelajari topik ikatan kimia
setelah bermain permainan V-MAX.

JADUAL 9: Analisis Markah Tugasan Pelajar Setelah Menggunakan

V-Max

Julat Markah Frekuensi Peratus (100%)
0 0.00
0 – 5 (Amat Lemah) 0 0.00
6 – 10 (Lemah) 0 0.00
20 100.00
11 – 15 (Sederhana)
16 – 20 (Cemerlang)

Analisis markah tugasan menunjukkan 100.00% pelajar mendapat markah yang berada pada julat 16-
20 iaitu tahap cemerlang. Ini menunjukkan kesemua pelajar dapat mengaplikasikan kefahaman
mengenai topik ikatan kimia setelah bermain permainan V-MAX.

7.2.3 Analisis Soal Selidik Pelajar
Soal selidik keberkesanan untuk pelajar mengandungi 5 item yang terdiri daripada 4 skala likert iaitu
Amat Tidak Bersetuju (ATB), Tidak Bersetuju (TB), Bersetuju (B) dan Amat Bersetuju (AB). Jadual 9
menunjukkan maklum balas soal selidik.

JADUAL 10: Analisis Soal Selidik Maklum balas Pelajar Mengikut Item

Item ATB TS B AB Min

1. Saya faham akan konsep permainan 0 0 15 5 3.25

V-MAX (0.00%) (0.00%) (75.00%) (25.0%)

2. Saya dapat membuat visualisasi 0 0 2 18 3.90
bentuk geometri molekul setelah (0.00%) (0.00%) (10.00%) (90.0%)
bermain V-MAX

3. Saya mendapat markah yang tinggi 0 0 0 20 4.00

dalam kuiz selepas bermain V-MAX (0.00%) (0.00%) (0.00%) (100.0%)

4. Saya dapat mengaplikasikan konsep 0 0 3 17

Ikatan Kimia apabila bermain V- (0.00%) (0.00%) (15.00%) (85.0%)

MAX 3.85

5. Saya berasa seronok bermain V- 0 0 3 17 3.85
MAX dengan adanya AR di dalam (0.00%) (0.00%) (15.00%) (85.0%)
kad permainan

55

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Jadual 10 menunjukkan analisis peratus dan min soal selidik pelajar bagi setiap item. Berdasarkan
soal selidik yang dijalankan, item “Saya mendapat markah yang tinggi di dalam kuiz selepas bermain
V-MAX” mencatatkan min tertinggi iaitu sebanyak 4.00 dengan peratusan pelajar yang Amat Setuju
adalah sebanyak 100.00%. Ini diikuti pula oleh item “Saya dapat membuat visualisasi bentuk geometri
molekul setelah bermain V-MAX” iaitu dengan nilai min sebanyak 3.90. Sebanyak 85.00% pelajar
amat setuju bahawa mereka dapat mengaplikasikan konsep Ikatan Kimia apabila bermain V-MAX
dengan nilai min sebanyak 3.85. Nilai min ini dikongsi bersama item “Saya berasa seronok bermain
V-MAX dengan adanya AR di dalam kad permainan” . Manakala, item “Saya faham akan konsep
permainan V-MAX” pula mempunyai nilai min sebanyak 3.25.

8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN

8.1 Penerangan Perubahan
Penggunaan permainan berintegrasikan Augmented Reality (AR) yang menggunakan kaedah
Pembelajaran Berasaskan Permainan (PBP) telah memberikan kesan positif terhadap tahap visualisasi
pelajar terhadap molekul-molekul yang terdapat di dalam topik ikatan kimia dan pencapaian markah
kuiz V-MAX oleh pelajar. Pelajar juga memperoleh markah yang baik menerusi tugasan yang
diberikan.

8.1.1 Perubahan yang berlaku
Kajian ini telah memberikan beberapa perubahan kepada pelajar, pensyarah, proses, produk dan
pengurusan.

a) Perubahan terhadap visualisasi geometri molekul
Tindakan ini telah membolehkan pelajar menguasai kefahaman mengenai topik ikatan kimia dan
menyebabkan objektif dan hasil pembelajaran tercapai. Pelajar kini lebih yakin untuk melukis struktur
Lewis dan seterusnya mendapatkan bentuk geometri molekul yang betul secara kendiri berbanding
hanya menunggu arahan spesifik dari pensyarah untuk menjawab soalan ketika tutoran berlangsung.
Tambahan lagi, penggunaan AR didalam permainan membolehkan pelajar untuk menvisualisasikan
bentuk geometri molekul secara tiga dimensi (3D) dan menggerakkan gambar mengikut orientasi
yang diingini agar sudut ikatan kimia boleh dilihat dengan jelas. Seterusnya, pelajar dapat membuat
hubungkait di antara VSEPR dan geometri molekul

b) Perubahan terhadap motivasi pelajar
Semasa sesi Pembelajaran Berasaskan Permainan (PBP) berlangsung, setiap pelajar dilihat aktif
berbincang didalam kumpulan masing-masing agar mereka dapat membina molekul yang bersaiz
besar seterusnya dapat mengumpulkan markah yang lebih tinggi disamping berjaya membina
keseluruhan bentuk asas geometri molekul. Pelajar dilihat berbincang untuk merancang strategi
supaya kumpulan mereka berjaya menjadi kumpulan pertama yang dapat membina kelima-lima
bentuk asas geometri molekul melalui kad-kad unsur yang diberikan didalam kit permainan sebelum
sesuatu keputusan dibuat. Dengan cara ini, pelajar perlu melukis struktur Lewis yang pelbagai untuk
satu bentuk geometri molekul agar kumpulan mereka berjaya meraih keuntungan yang besar setiap
kali transaksi dan penukaran nombor proton berlaku.

c) Perubahan terhadap pencapaian dan keberhasilan pelajar
Perubahan markah yang ketara semasa pengkaji memberikan lembaran kerja yang kedua iaitu setelah
pelajar bermain V-MAX ditambah kod Augmented Reality (AR) membuktikan pelajar kini dapat
melukis bentuk geometri, menentukan sudut ikatan geometri molekul dan nama geometri molekul
dengan betul. 100% pelajar memperoleh skor cemerlang setelah kitaran 2 dijalankan berbanding tiada
pelajar mendapat skor cemerlang ketika mereka hanya bermain V-MAX pada Kitaran 1 didalam Pra
ujian. Pelajar juga menunjukkan prestasi yang baik dalam mengaplikasi konsep ikatan kimia semasa
menjawab soalan tugasan.

56

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

d) Perubahan terhadap produk
Hasil analisis Kitaran 1 berdasarkan perbandingan markah Pra ujian dan dan Pasca Ujian serta soal
selidik oleh pelajar dan pemantauan pengkaji mendapati terdapat penambahbaikan yang boleh
dijalankan keatas permainan V-MAX iaitu penambahan teknologi AR bagi membantu pelajar
meningkatkan kemahiran visualisasi mereka. Menerusi pengintegrasian teknologi AR beserta
penggunaan V-MAX, pelajar berjaya meningkatkan markah lembaran kerja dan tugasan dalam topik
Ikatan Kimia.

8.2 Kekuatan & Kelemahan Kajian, Pencapaian Objektif serta Keberkesanan Tindakan/ Aktiviti

Secara keseluruhanya dapatan kajian yang diperolehi telah menunjukan impak yang sangat
memuaskan dalam meningkatkan pencapaian dan visualisasi pelajar yang dikaji. Terdapat beberapa
kekuatan kajian yang dapat dijadikan panduan bagi pensyarah yang ingin membuat kajian yang sama
pada masa hadapan.

8.2.1 Kekuatan kepada pelajar

Tindakan ini berjaya meningkatkan kemahiran visualisasi pelajar didalam geometri molekul melalui
teori VSEPR dan juga melonjakkan pencapaian pelajar sehingga memperoleh keputusan cemerlang
dari markah sederhana dan lemah. Pengunaan V-MAX dan teknologi AR membantu pelajar
menguasai kemahiran abad ke-21 dan kemahiran visualisasi pelajar. Motivasi dan minat pelajar
didalam topik Ikatan Kimia juga dapat ditingkatkan setelah pembelajaran secara gamifikasi
dijalankan untuk topik ini yang bersifat abstrak dan memerlukan daya visualisasi yang tinggi.

8.2.2 Kekuatan kepada pensyarah

Pengkaji berjaya membantu menyelesaikan masalah rakan sejawat untuk meningkatkan pemahaman
pelajar terhadap konsep yang abstrak dengan penggunaan media pembelajaran berinovasi (digital
toolkit) dan berkonsep gamifikasi melalui permainan V-MAX. Seterusnya tindakan ini membantu
menyahut cabaran pendidikan dengan penggunaan pelbagai strategi pedagogi abad ke-21 dan
penerapan nilai Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) supaya pembelajaran aktif dapat dimaksimakan
didalam sesi pembelajaran.

8.2.3 Kelemahan

Walaupun permainan V-MAX mempunyai pelbagai kekuatan dalam meningkatkan visualisasi dan
pencapaian pelajar, namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian. Untuk
mendapatkan imej geometri molekul yang terdapat di dalam kad permainan, pelajar perlu mempunyai
telefon bimbit. Disamping itu, pelajar juga perlu mempunyai akses internet untuk memuat turun
aplikasi ini.

8.2.4 Keberkesanan Aktiviti

Permainan V-MAX merupakan sebuah permainan yang menggunakan pendekatan Pembelajaran
Berasaskan Permainan yang dapat meningkatkan kemahiran visualisasi dan pencapaian pelajar dalam
topik Ikatan Kimia. Masalah konsep kimia yang abstrak dan kekurangan Bahan bantu Mengajar
(BBM) untuk membantu visualisasi pelajar dapat diatasi dengan penghasilan alat inovasi ini. Sebagai
cadangan penambahbaikan, pengkaji akan menambah lagi lebih banyak imej Augmented Reality (AR)
di dalam kad permainan V-MAX untuk memberikan lebih banyak imej dalam bentuk 3D kepada
pemain. Pengkaji juga akan menyebarluas penggunaan permainan ini kepada kolej-kolej matrikulasi
lain di Malaysia agar lebih ramai menggunakan permainan ini dalam pemahaman konsep ikatan

57

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

kimia. Diharap dengan adanya penyelidikan ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar
matrikulasi dan pensyarah-pensyarah kolej matrikulasi di Malaysia.

9.0 Penghargaan

Pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kepada Kolej Matrikulasi Kedah dan Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia atas sokongan sehingga terhasilnya kajian ini.

10.0 Rujukan

Ausubel, D.P. (1968). Educational psychology: a cognitive view. Holt, Rinehart and Winston: New
York.

Baskaran, V. L., & Norazilawati Abdullah (2020). Science teachers’ readiness in implementing
authentic learning approach in teaching and learning. International Journal of Academic Research in
Business and Social Sciences, 10(8), 93–107.

Cugelman, B. (2013). Gamification: What it is and why it matters to digital health behavior change
developers. JMIR Advancing Digital Health & Open Science, 1(1), 1-6.

Dani Asmadi Ibrahim, Azraai Othman & Othman Talib, (2015). Pandangan pelajar dan guru terhadap
tahap kesukaran tajuk-tajuk kimia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2, 32-46.

Deterding, S., Sicart, M., Nacke, L., O'Hara, K., & Dixon, D. (2011). Gamification. Using game
design elements in non-gaming contexts. Paper presented at CHI'11 Extended Abstracts on Human
Factors in Computing Systems, 7-12 May 2011, Vancouver, Canada.

Gal, H. & Linchevski, L. (2010). To see or not to see: Analyzing difficulties in geometry from the
perspective of visual perception. Educational Studies in Mathematics, 74, 163-183. doi: 183.
10.1007/s10649-010-9232-y.

Grove, N. P., & Lowery, B., S. (2012). A continuum of learning: from rote memorization to
meaningful learning in organic chemistry. Chemistry Education Research and Practice, 13(3), 201-
208.

Gutierrez, A. F. (2014). Development and effectiveness of an educational card game as
supplementary material in understanding selected topics in biology. CBE Life Sciences Education,
13(1), 76-82. https://doi.org/10.1187/cbe.13-05-0093

Harlina Ishak, Zubaidah Mat Nor & Ainee Ahmad (2017). Pembelajaran interaktif berasaskan
aplikasi kahoot dalam pengajaran abad ke-21. Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke21.
Institut Pendidikan Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Himmetoğlu, B., Aydug, D., & Bayrak, C. (2020). Education 4.0: Defining the teacher, the student,
and the school manager aspects of the revolution. Turkish Online Journal of Distance Education,
2,12–28. https://doi.org/10.17718/tojde.770896

Ilma Azizah, Mulyani Sri & Khoerunnisa Fitri. (2017). Development of POGIL (Process Oriented
Guided Inquiry Learning) strategy based on intertextual learning of acid- base concepts. Paper
presented at International Conference on Mathematics and Science Education, January 2017,
Bandung. htpps://doi.org/10.2991/icmsed-16.2017.21

58

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Junaidah Jamaluddin (2016). Keberkesanan kaedah permainan dalam pengajaran dan pembelajaran
prinsip perakaunan di sekolah menengah. Paper presented at Konferens Akademik Universiti
Teknologi MARA, July 2017, UITM Pahang.

Kemmis, S. & Mc. Taggart, R. (1988). The action research planner. Victoria: Deakin
University Press.

Mohd Nor Bakar., & Nur Afza Ayob, (2010). Masalah Pembelajaran Mengenai Topik Ikatan Kimia
Dalam Konteks Penyelesaian Masalah Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat.

Maier, P. & Klinker. G. (2013). Evaluation of an augmented-reality based 3d user interface to
enhance the 3D-understanding of molecular chemistry. Paper presented at Proceedings of the 5th
International Conference on Computer Supported Education (CSEDU 2013), 6-8 May 2013, Aachen,
Germany,

Mulyasih Sri Suhaeti. (2015). Model pembelajaran siklus belajar deskriptif untuk meningkatkan
pemahaman konsep dan keterampilan berpikir kritis siswa pada materi ikatan kimia. Jurnal
Pengajaran Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam, 20(1), 53-58.

Nahum, T. L., Mamlok-Naaman, R., Hofstein, A., & Taber, K. (2010). Teaching and learning the
concept of chemical bonding. Studies in Science Education, 46(2), 179–207.

Rastegarpour, H., & Marashi, P. (2012). The effect of card games and computer games on learning of
chemistry concepts. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 31,597-601.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2011.12.111

Rothman, D. (2016). A Tsunami of learners called Generation Z. 2016. Available online:
http://www.mdle.net/JoumaFA_Tsunami_of_Learners_Called_Generation_Z.pdf (accessed on 30
May 2019).

Sayed Yusoff Sayed Hussain, Tan, W. H., & Muhamamd Zaffwan Idris (2014). Digital game-based
learning for remedial mathematics students: A new teaching and learning approach in Malaysia.
International Journal of Multimedia Ubiquitous Engineering, 9(11), 325-338.

Talanquer, V. (2011). Macro, Submicro and Symbolic: The many faces of the chemistry triplet.
International Journal of Science Education, 33(2), 179–195.

Taspinar, B., Schmidt, W., & Schuhbauer, H. (2016). Gamification in education: A board game
approach to knowledge acquisition. Procedia Computer Science, 99, 101-116.
https://doi.org/10.1016/j.procs.2016.09.104

Wardani Setia (2015). Pemanfaatan teknologi augmented reality (AR) untuk pengenalan aksara jawa
pada anak. Jurnal Dinamika Informatika, 5(1), 1-13.

Wong, W., S. & Kamisah Osman (2018). Pembelajaran berasaskan permainan dalam pendidikan stem
dan penguasaan kemahiran abad ke-21. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and
Humanities, 3, 128–2875.

59

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Lampiran 1

11.0 Lampiran

CARTA ALIR KITARAN

KITARAN 1 KITARAN 2

Mula Merancang (Plan)
Penggunaan V-MAX yang dinaik taraf
Merancang (Plan) menggunakan Augmented Reality (AR)
Penggunaan V-MAX dalam
pembelajaran topik Ikatan Kimia Perlaksanaan (Do): Aktiviti 1
Penerangan manual permainan V-MAX
Perlaksanaan (Do): Aktiviti 1
Penerangan topik Ikatan Kimia dan yang dinaik taraf

manual permainan V-MAX Perlaksanaan (Do): Aktiviti 2
• Pelajar bermain V-MAX sambil
Perlaksanaan (Do): Aktiviti 2
• Pelajar bermain v-max sambil dipantau oleh Pensyarah
• Pelajar menjawab Pasca Ujian
dipantau oleh Pensyarah • Penghantaran Tugasan
• Pelajar menjawab Pra Ujian • Pelajar mengisi borang maklum
• Tugasan diberikan
balas
Refleksi (Check): Aktiviti 2
• Analisis skor Pra Ujian Refleksi (Check): Aktiviti 2
• Analisis skor Pasca Ujian
• Analisis skor Tugasan
• Analisis borang maklum balas

Keputusan Skor Tidak
Cemerlang?

Ya Tindakan (Act)

• TSS melalui ID unit Kimia
• Pertandingan SIGG 2019, UUM
• Mini Konvensyen PLC KMK

Tamat 60

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

KIT V-MAX DAN KOMPONEN Lampiran 2

CARA BERMAIN V-MAX

Lampiran 3

61

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Lampiran 4

SOALAN PRA UJIAN & PASCA UJIAN
Complete table below for each of the following molecules.

N V.E Total Draw Bond Polarity
o Each Number B/P Geometry Angle (Polar /
. Formula Atom Shape And Non-Polar)
General & L/P Lewis
1 Formula & Electrons Structure Name
Total Cenrtral

Atom

B/P:

BeCl2 L/P :

2

SCl6

62

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

3
CO2

4
BF3

5
OCN-
SAMPEL JAWAPAN PELAJAR
PRA UJIAN

PASCA UJIAN

63

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

64

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Lampiran 5

SOALAN TUGASAN

SAMPEL TUGASAN
65

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

66

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

67

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Lampiran 6

SOAL SELIDIK / BORANG MAKLUM BALAS
MASALAH PEMBELAJARAN KIMIA DI MATRIKULASI
Sila tandakan ( / ) atau isi tempat kosong dalam ruangan yang berkenaan.
Sila tandakan tahap persetujuan anda, bagi item-item masalah pembelajaran dalam subjek kimia
di kolej Matrikulasi berdasarkan skala di bawah:

SKALA 1 2 34
KETERANGAN Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Sangat
Tidak Setuju

BIL ITEM TAHAP PERSETUJUAN

Saya faham akan konsep permainan V-MAX 1234
1

Saya dapat membuat visualisasi bentuk geometri 1 2 3 4
2 molekul setelah bermain V-MAX

Saya mendapat markah yang tinggi 1234
3 di dalam kuiz selepas bermain V-MAX

Saya dapat mengaplikasikan konsep 1234
4 Ikatan Kimia apabila bermain V-MAX

Saya berasa seronok bermain V-MAX dengan adanya AR 1 2 3 4
5 di dalam kad permainan

68

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Penggunaan WazeTech untuk Meningkatkan Tahap Kefahaman Pelajar
dalam Topik Kirchoff’s Law

Siti Munirah Binti Mohamed, Asma Binti Ahmad, Azlina Binti Mazlan

Kolej Matrikulasi Kedah, 06010 Changlun, Kedah,

[email protected]

Abstrak: Kajian ini memberi fokus kepada meningkatkan kefahaman pelajar matrikulasi dalam topik Kirchoff’s
Law. Topik ini menekankan kepada kemahiran pelajar untuk menentukan arah arus yang akan digunakan dalam
penyelesaian masalah. Kesalahan yang dilakukan oleh pelajar akan mengakibatkan mereka kehilangan banyak
markah dan akan menjejaskan pencapaian Fizik mereka. Kajian ini dilaksanakan terhadap pelajar kelas F3T7
seramai 13 orang yang merupakan pelajar Modul II Program Dua Semester Sesi 2020/2021 Kolej Matrikulasi
Kedah. Intervensi dilakukan menggunakan teknik ‘one color, one current’ namun ia tidak memberi kesan yang
menggalakkan. Berdasarkan analisis Ujian Pra, hanya lima orang pelajar berjaya memperolehi markah 80% dan
ke atas. Ini menunjukkan kebanyakan pelajar masih menghadapi masalah dalam menentukan arah arus pada litar
yang diberi. Penentuan arah arus ini memberi kesan kepada nilai markah yang diperolehi oleh pelajar kerana
jawapan yang diberikan akan digunakan untuk menjawab soalan yang seterusnya. Hal ini amat membimbangkan
dan penambahbaikan perlu dilakukan. Pendekatan WazeTech diperkenalkan untuk meningkatkan kemahiran
pelajar dalam menentukan arah arus. Hasil dapatan yang diperolehi melalui Ujian Pos memberikan keputusan
yang memberangsangkan dengan kesemua pelajar berjaya menentukan arah arus seterusnya berjaya
menyelesaikan permasalahan yang diberi dengan baik. Respon daripada pelajar juga menunjukkan bahawa
pendekatan ini berjaya meningkatkan kemahiran pelajar menentukan arah arus seterusnya dapat dapat
memahami konsep arah arus dalam litar elektrik dengan baik.

Kata kunci : Arah arus, Kefahaman, Kirchoff’s Law, Pencapaian dan Fizik.

1.0 Pendahuluan

Apabila subjek disebut, kebanyakan pelajar akan memberikan persepsi bahawa Fizik adalah
subjek yang sukar untuk difahami (Phang et al. 2010). Kesukaran ini menyebabkan pelajar
mudah merasa bosan dan bersikap negatif terhadap Fizik dan tidak akan memilih subjek ini
sebagai pilihan. Selain itu, asas matematik yang lemah juga merupakan faktor yang
menyumbang kepada kebosanan pelajar untuk mendalami Fizik. Di matrikulasi Fizik
merupakan subjek pilihan yang ditawarkan kepada pelajar Modul I (Sains Hayat) dan Modul
II (Sains Fizikal).

Berdasarkan kepada pengalaman pengkaji sendiri, pelajar matrikulasi yang mengambil
subjek Fizik seringkali mengadu kesukaran untuk memahami topik-topik tertentu, seringkali
lupa dan bosan untuk belajar ataupun mengulangkaji. Pemerhatian yang dilakukan juga
mendapati pelajar seringkali mengantuk dan hilang fokus semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Dalam kertas kajian ini, pengkaji bersepakat untuk memberi
penambahbaikan terhadap amalan pengajaran berkaitan topik Kirchoff’s Law. Hal ini adalah
disebabkan oleh pelajar begitu sukar untuk membezakan arah arus yang betul apabila soalan
rajah litar elektrik diberikan. Penentuan arah arus amat penting untuk membuat pengiraan nilai
arus dan penyelesaian masalah lain berkaitan dengan voltan dan rintangan pada litar yang
berkenaan. Kesilapan yang dilakukan dalam penentuan arah arus memberi kesan kepada
pemarkahan pelajar dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) nanti kerana
markah yang diperuntukkan untuk topik ini agak banyak.

161

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Pengkaji menggunakan Model Kemmis & McTaggart (1988) dengan dua kitaran untuk
meningkatkan tahap kefahaman pelajar terhadap topik Kirchoff’s Law. Mengikut model ini,
pengkaji perlu melengkapkan empat langkah bagi setiap kitaran yang mengandungi i)
merancng; ii) bertindak; ii) memerhati dan iv) mereflek. Intervensi yang dicadangkan pada
kitaran pertama adalah one color one current dengan penggunaan konsep satu warna untuk
satu jenis arus. Manakala pada kitaran kedua pula pengkaji mencadangkan pengguaan
WazeTech yang menggunakan konsep ‘go straight ahead’ litar sebagai tanpa simpang atau
cabang (no junction) dan ‘turn right / left’ untuk litar dengan simpang. Penggunaan intervensi
ini dijangka akan dapat meningkatkan kemahiran pelajar menentukan arah arus seterusnya
dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam topik Kirchoff’s Law.

Kajian ini adalah penting dalam memberikan sumbangan terhadap penambahbaikan
amalan pengajaran berkaitan kepada pensyarah Fizik dan kolej matrikulasi untuk
meningkatkan kualiti pendidikan. Hasil dapatan yang diperolehi dapat diguna pakai untuk
membantu pelajar meningkatkan tahap kefahaman mereka dalam topik Kirchoff’s Law.
Walaupun kajian ini dilaksanakan dalam komuniti kolej matrikulasi, namun amalan pengajaran
ini boleh juga diguna pakai oleh pelajar pra universiti yang lain seperti pelajar STPM dan
pelajar di peringkat asasi universiti.

2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

2.1 Refleksi Kendiri Pensyarah

Hasil perbincangan dengan rakan pensyarah daripada kelas lain mendapati ramai pelajar yang
agak sukar untuk menentukan arah arus dalam topik Kirchoff’s Law ini. Isu ini bukan sahaja
dihadapi dalam kalangan pelajar semasa malahan telah berlanjutan sejak lama. Kemampuan
pelajar dalam menyelesaikan masalah berkaitan arus elektrik adalah membimbangkan di mana
hasil kajian Bilal dan Erol (2009) menunjukkan hanya 49% pelajar kajian mereka mampu
menyelesaikan masalah tersebut dengan baik. Maka dengan itu pengkaji merasakan bahawa
satu kajian tindakan perlu dilakukan untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam topik ini.
Pengkaji melakukan temu bual dengan beberapa orang pensyarah mengenai teknik yang
digunakan dalam pengajaran harian dan membincangkan keberkesanannya. Melalui temu bual
tersebut, pensyarah tersebut mendapati teknik yang digunakan kurang berkesan terhadap
pelajar mereka. Mereka cuba mempelbagaikan teknik pengajaran namun hasilnya masih
kurang memuaskan.

2.2 Refleksi Kendiri Pelajar

Pengkaji melakukan sembang santai dengan pelajar daripada beberapa kelas dan mengambil
maklumat berkaitan pembelajaran topik Kirchoff’s Law. Kebanyakan pelajar yang ditemui
menyatakan bahawa mereka sukar untuk mengenal pasti arah dan nilai arus yang diberikan
dalam soalan tutorial ataupun soalan latihan. Pelajar seringkali keliru bilakah arus yang
pertama akan bertukar menjadi arus yang kedua dan ketiga. Ada ketikanya pelajar telah faham
apabila diberikan penerangan memberi mesej kepada pensyarah menanyakan hal yang sama
apabila cuba membuat latihan tutorial. Hal ini menunjukkan mereka masih lagi keliru untuk
menentukan arah arus yang betul.

Selain itu pelajar juga perlu mahir dalam penentuan arah laluan arus (loop) kerana ia
perlu disesuaikan dengan arah arus yang telah dipilih. Kesilapan pelajar menentukan arah

162

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

laluan (penandaan positif dan negatif) dalam hal ini akan memberikan masalah kepada mereka
untuk membuat persamaan seterusnya menyukarkan penyelesaian masalah. Semasa membuat
latihan di dalam kelas, pengkaji mendapati pelajar tidak yakin menjawab soalan tersebut kerana
pelajar seringkali berulang alik ke meja pensyarah untuk memastikan arah yang mereka tanda
betul ataupun tidak. Hal ini amat membimbangkan pensyarah memandangkan Kirchoff’s Law
merupakan topik yang penting.

2.3 Refleksi Aspek Lain

Hasil semakan buku tutorial pelajar, pengkaji mendapati ramai pelajar yang tidak dapat
melakukan penyelesaian persamaan arus disebabkan kesalahan yang dilakukan dalam
menentukan arah arus dan arah laluan arus. Hal yang sama juga berlaku apabila pengkaji
meminta pelajar melakukan penyelesaian kepada soalan yang yang diberikan di hadapan kelas
semasa sesi perbincangan dilakukan. Pengkaji merasa risau dengan keadaan ini. Menurut
Handayani (2014), kemampuan pelajar memahami grafik adalah sebanyak 49% manakala
pemahaman melalui repsentasi verbal sebanyak 32%. Ini memberikan maksud pelajar perlukan
satu pendekatan tambahan lain iaitu secara audio untuk melengkapkan kemampuan pelajar
memahami suatu topik penting. Penambahbaikan perlu dilakukan untuk membantu pelajar-
pelajar ini memahami topik Kirchoff’s Law dengan berkesan. Pengkaji mencadangkan untuk
menggunakan WazeTech sebagai tambahan kepada pengajaran secara grafik (one color one
current) dan penerangan (verbal) yang telah dilaksanakan sebelum ini..

3.0 Fokus Kajian dan Isu Keperihatinan

Pengajaran topik Kirchoff’s Law perlu diberikan penekanan memandangkan topik ini
memperuntukkan markah yang agak besar daripada jumlah markah keseluruhan dalam PSPM
II. Ia akan menjejaskan pencapaian pelajar dan hal ini amat membimbangkan. Kajian ini
memberikan fokus kepada meningkatkan kefahaman pelajar untuk menentukan arah arus dan
arah laluan arus yang betul untuk memastikan pelajar memperolehi persamaan yang betul
seterusnya dapat melakukan penyelesaian masalah dengan baik. Lantaran itu, pengkaji
mencadangkan penggunaan WazeTech dalam pengajaran topik Kirchoff’s Law untuk
membantu pelajar memahami dengan baik teknik menentukan arah arus dan laluannya.

4.0 Objektif Kajian

Objektif umum kajian tindakan ini adalah:

Meningkatkan kefahaman pelajar dalam menentukan nilai arus dalam topik Kirchoff’s Law.

Objektif khusus kajian tindakan ini adalah:
1. Meningkatkan kefahaman pelajar dalam menentukan arah arus pada setiap cabang atau
simpang menggunakan WazeTech
2. Meningkatkan kefahaman pelajar dalam menentukan arah laluan arus pada setiap loop
menggunakan WazeTech

163

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

5.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini mensasarkan pelajar-pelajar di matrikulasi semester II setiap tahun pengajian.
Pelajar yang terlibat dalam kajian tindakan ini merupakan pelajar daripada kelas F3T7 seramai
13 orang yang merupakan pelajar Modul II Program Dua Semester Sesi 2020/2021 Kolej
Matrikulasi Kedah. Kumpulan pelajar ini terdiri daripada lima orang pelajar lelaki dan lapan
orang pelajar perempuan. Hanya terdapat seorang pelajar lelaki yang berbangsa India daripada
kelas in. Kesemua pelajar merupakan pelajar yang dikategorikan mempunyai pencapaian yang
sederhana berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam SPM.

6.0 Perancangan dan Pelaksanaan Kajian Tindakan

6.1 Tinjauan Masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, Ujian Pra dan
Ujian Pos.

Jadual 1: Analisis Tinjauan Masalah Pelajar

Langkah dan Cara Tinjauan dan masalah yang dikenalpasti
tarikh Penilaian

1 Pemerhatian Pelajar tidak dapat menentukan arah arus yang
(18/2) sepatutnya.

“Miss, kalau current melalui di sini macam mana pula
arahnya?”
“Miss, kenapa arah current di sini ke bawah?”
“Miss, macam mana nak tau arah arus kat sini?”

2 Temu bual Temu bual yang dijalankan secara rawak mendapati
(18/2) terhadap lima orang pelajar untuk mengenal pasti
masalah yang dihadapi
• Pelajar menyatakan mereka tidak dapat mengenal

pasti arah arus dalam litar walaupun diberikan bateri.
• Pelajar menyatakan mereka pasti arah arus pertama

yang betul tetapi tidak dapat memastikan arah arus
seterusnya apabila tiba di titik pertembungan.
• Pelajar keliru antara arah arus dan arah loop.
• Pelajar keliru untuk menghasilkan persamaan Hukum
Kirchoff pertama dan Hukum Kirchoff kedua.

Analisis tinjauan yang dijalankan dapat memberikan maklumat penting kepada
pengkaji untuk melakukan intervensi yang bersesuaian. Pengkaji berpendapat jika masalah ini
tidak segera diatasi akan menyebabkan pelajar tidak dapat melakukan penyelesaian masalah
untuk topik ini. Hal ini akan memberi kesan kepada tahap kefahaman pelajar yang akan

164

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

menyebabkan kehilangan markah yang banyak. Pengkaji melakukan intervensi terhadap
pelajar menggunakan teknik one colour one current.

6.2 Strategi pengajaran

Melalui kaedah one colour one current, pelajar perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut:

Jadual 2:Kitaran pembelajaran 1

Aktiviti Penggunaan Bahan/ Strategi Pengajaran / Intervensi
Aktiviti

1 Penerangan: • Kaedah one colour one current diperkenalkan.
• Menentukan arah Pelajar perlu menggunakan tiga highlighter dengan
arus. warna yang berbeza untuk membezakan tiga jenis
arus.
• Menentukan arah
bateri. • Mengingatkan pelajar apabila tiba di titik pertemuan
warna arus akan bertukar, maka jenis arus akan
• Menentukan arah bertukar. Pelajar menghasilkan persamaan Hukum
loop Kirchoff pertama.

• Kalkulator • Memperkenalkan kepada pelajar terminal bateri
digunakan untuk positif dan negatif untuk memastikan arah arus.
penyelesaian
masalah • Pelajar menghasilkan persamaan Hukum Kirchoff
kedua.
2 Ujian Pra
• Pelajar melakukan penyelesaian masalah
3 Analisis Ujian Pra menggunakan kalkulator dengan fungsi ‘EQN’

Pelajar diberikan soalan Ujian Pra yang mengandungi
soalan yang dibina mengikut aras kesukaran yang
digunakan dalam peperiksaan sebenar.

Markah Ujian Pra
- 38.46% skor baik
- 61.54% skor lemah

Pengkaji memperkenalkan kepada pelajar teknik one colour one current dalam topik
Kirchoff’s Law. Setelah kaedah ini diperkenalkan, satu Ujian Pra yang dijalankan untuk
mengesan sejauh mana kefahaman pelajar mengenai subtopik Kirchhoff's Law. Berdasarkan
ujian tersebut, didapati hanya 38.46% pelajar sahaja yang berjaya mendapat markah dalam
kategori baik manakala 61.54% masih belum berjaya mendapat markah yang diharapkan.

Apabila temu bual secara rawak dilaksanakan terhadap tiga daripada lapan pelajar yang
berada dalam kategori lemah, jawapan mereka jelas menunjukkan bahawa mereka menghadapi
masalah dalam menentukan arah arus pada litar tanpa arah (soalan tidak menyatakan arah arus).
Justeru, pengkaji meneruskan intervensi pada Kitaran 2 untuk meningkatkan kemahiran pelajar

165

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

dalam menentukan arah arus dan arah loop pada litar yang diberi. Pada Kitaran 2, pengkaji
merancang penggunaan teknik WazeTech.

Setelah mengenal pasti masalah pada kitaran 1, pengkaji melakukan penambah baikan
kepada teknik asal dengan memperkenalkan teknik WazeTech. WazeTech diperkenalkan bagi
mengatasi masalah pelajar menentukan arah arus di dalam loop. Konsep yang digunakan oleh
WazeTech adalah

1. ‘go straight ahead’ litar sebagai tanpa simpang atau cabang (no junction). Ini
menunjukkan tiada perubahan arus berlaku pada laluan tersebut dan warna arus tersebut
dikekalkan.

2. turn right / left sebagai simpang (junction). Ini menunjukkan terdapat perubahan arus
dan pelajar perlu mewarnakan dengan warna yang berbeza pada laluan tersebut.

Jadual 3: Kitaran pembelajaran 2

Aktiviti Penggunaan Bahan/ Strategi Pengajaran / Intervensi
Aktiviti

1 Penerangan: • Kaedah WazeTech diperkenalkan. Pelajar masih
• Menentukan arah boleh menggunakan tiga highlighter dengan
arus. warna yang berbeza untuk membezakan tiga jenis
arus.
• Menentukan arah
loop • Mengingatkan pelajar apabila tiba di titik
pertemuan ‘go straight ahead’ jika litar tanpa
simpang atau cabang dan arus masih sama.

• Jenis arus akan bertukar, jika ada simpang turn
right / left. Pelajar menghasilkan persamaan
Hukum Kirchoff pertama.

• Menentukan arah • Memperkenalkan kepada pelajar terminal bateri
bateri.
positif dan negatif untuk memastikan arah arus.
• Garisan pada bateri → Kecil ke besar – positif
• Garisan pada bateri → Besar ke kecil – negatif

• Pelajar menghasilkan persamaan Hukum Kirchoff

kedua.

• Kalkulator digunakan • Pelajar melakukan penyelesaian masalah

untuk penyelesaian menggunakan kalkulator dengan fungsi ‘EQN’

masalah

2 Ujian Pos Pelajar diberikan soalan Ujian Pos yang mengandungi
soalan yang dibina mengikut aras kesukaran yang
digunakan dalam peperiksaan sebenar.

3 Analisis Ujian Pos Markah Ujian Pos
- 100 % skor baik

166

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Selepas satu minggu pengkaji telah memberikan Ujian Pos menggunakan set soalan dengan
aras kesukaran yang sama dengan Ujian Pra.

7.0 Pemerhatian

7.1 Kaedah Pengumpulan Data

Penggunaan maklumat hasil daripada temu bual secara rawak dan santai dilakukan untuk

mengenal pasti keperluan melaksanakan intervensi terhadap pelajar kelas F3T7. Selain itu,

pengkaji menggunakan soalan Ujian Pra dan Ujian Pos untuk membuat perbandingan tahap
kefahaman pelajar dalam topik Kirchoff’s Law.

7.2 Analisis Ujian Pra dan Pos

Ujian Pra dan Pos telah dijalankan dengan menggunakan set soalan dengan aras kesukaran

yang sama setelah satu minggu bagi setiap pelaksanaan intervensi. Ujian-ujian ini telah

dilaksanakan selama 30 minit bersesuaian dengan aras kesukaran soalan yang telah diberikan.

Tinjauan awal telah dijalankan secara temu bual dan pemerhatian. Manakala Ujian Pra

dijalankan setelah pelajar menjalani intervensi menggunakan teknik One Color One Current
dalam menyelesaikan masalah Kirchoff’s Rule. Walaubagaimanapun teknik tersebut

menunjukkan keputusan yang tidak memberansangkan. Justeru, pengkaji memperkenalkan

satu lagi teknik baru iaitu WazeTech dalam memudahkan pelajar menentukan arah arus dan
memahami konsep Kirchoff’s Law untuk membantu mereka dalam menyelesaikan masalah
yang melibatkan Kirchoff’s Law. Penggunaan teknik WazeTech masih boleh digabungkan

penggunaannya dengan teknik pada kitaran 1 iaitu One Color One Current. Setelah melakukan

penerangan tentang teknik yang baru, pelajar diberi masa untuk membuat latihan. Selepas itu,

pelajar diberikan satu lagi ujian iaitu Ujian Pos dengan menggunakan set soalan dengan aras

kesukaran yang sama selang satu minggu. Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos adalah seperti

berikut:

Jadual 4 Jadual skor pencapaian Ujian Pra

Tahap Pencapaian Bilangan Pelajar Peratus(%)
5 38.46
Baik 0 0
(skor 8-10) 8 61.54

Sederhana
(6-8)

Lemah
(0-5)

Berdasarkan Jadual 4 di atas, sebanyak 38.46% pelajar berada dalam kategori baik iaitu

mencapai skor 80% ke atas. Manakala tiada pelajar yang berada dalam tahap sederhana.
Sebanyak 61.54% pelajar berada di tahap lemah dalam memahami konsep Kirchoff’s Law dan
memberikan jawapan yang tidak tepat dalam menjawab soalan Kirchoff’s Law. Hasil dapatan

ini jelas menunjukkan penggunaan teknik One Color One Current masih perlu ditambah baik

untuk disesuaikan dengan tahap kefahaman kumpulan pelajar ini.

167

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Pengkaji merasakan bahawa mungkin teknik tersebut tidak sesuai disebabkan beberapa
faktor iaitu pelajar masih tidak memahami konsep asas dalam menentukan arah arus pada
sesuatu cabang dan untuk sesuatu litar tertutup. Semakan daripada jawapan pelajar juga
didapati pelajar masih keliru dalam menentukan arah arus setiap loop menyebabkan jawapan
tidak tepat. Maka dengan itu, pengkaji mengambil tindakan intervensi dengan menambah baik
teknik sedia ada dan digabungkan dengan teknik baru. Teknik ini dinamakan WazeTech iaitu
satu teknik yang mengaitkan konsep asas dalam penentuan arus. Selepas teknik ini
dipraktikkan, pelajar menjalani Ujian Pos untuk melihat adakah terdapat peningkatan tahap
pencapaian pelajar dalam menyelesaikan masalah Kirchoff’s Law. Keputusan Ujian Pos adalah
seperti berikut :

Jadual 5 Jadual skor pencapaian Ujian Pos

Tahap Pencapaian Bilangan Pelajar Peratus(%)
13 100
Baik 0 0
(skor 8-10) 0 0

Sederhana
(6-8)

Lemah
(0-5)

Jadual 5 di atas menunjukkan skor pencapaian Ujian Pos iaitu pencapaian pelajar dalam
menjawab soalan Kirchoff’s Law selepas menjalani intervensi menggunakan teknik WazeTech.

Dapatan kajian amat mengejutkan kerana hasil dapatan menunjukkan kesemua pelajar iaitu

sebanyak 100% pelajar mendapat skor 80% (kategori baik). Peningkatan pencapaian pelajar

yang sangat ketara ini menunjukkan kefahaman pelajar mengenai arah arus pada setiap cabang
dan arah arus pada setiap loop. Pelajar dapat menyelesaikan masalah berkaitan Kirchoff’s Law

dengan sangat baik sekali.

Jadual 6 Jadual perbandingan peratusan skor pencapaian Ujian Pra dan Pos

Tahap Pencapaian Ujian Pos 1 Ujian Pos 2
(teknik One Color One Current) (teknik WazeTech)
Baik
(skor 8-10) 38.46 100

Sederhana 0 0
(6-8)
61.54 0
Lemah
(0-5)

Jadual 6 menunjukkan perbandingan skor Ujian Pra dan Ujian Pos dalam menjawab soalan
Kirchoff’s Law. Hasil kajian mendapati terdapat peningkatan ketara dalam pencapaian ujian
Kirchoff’s Law iaitu daripada 38.46% meningkat kepada 100%. Kesemua pelajar termasuk
pelajar lemah telah mendapat skor yang tinggi iaitu mencapai skor 80% ke atas. Manakala
peratusan pelajar yang berada dalam kategori lemah telah menurun dengan ketara iaitu
daripada 61.54% kepada 0%.

168

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Hasil dapatan Ujian Pra dan Pos menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar yang
ketara dalam menjawab soalan Kirchoff’s Law. Keputusan ini menunjukkan bahawa
penggunaan WazeTech sangat berkesan dalam meningkatkan tahap Kefahaman Pelajar dalam
topik Kirchoff’s Law. Hal ini jelas dibuktikan dengan peningkatan skor pencapaian pelajar iaitu
semua pelajar termasuk pelajar lemah telah mencapai keputusan yang baik seperti yang
diharapkan.

8.0 Refleksi dan kesimpulan

Penggunaan teknik WazeTech telah memberikan kesan yang positif terhadap kefahaman
pelajar dalam menentukan arah arus, arah loop dan meningkatkan kemahiran menentukan
persamaan Hukum Kirchoff. Pada Kitaran yang pertama, pengkaji menggunakan pendekatan
One Color One Current yang dilaksanakan dengan penekanan kepada teknik visualisasi
berbanding pada Kitaran kedua menggunakan pendekatan WazeTech yang lebih menekankan
teknik audio. WazeTech menekankan kepentingan audio dalam menerangkan arah yang betul
sesuai dengan penegasan oleh Triastuti dan Mauliyani (2018) yang menyatakan bahawa
pembelajaran secara audio memberikan kesan pengekalan memori pelajar yang lebih baik
berbanding secara visual.

8.1 Refleksi aspek pensyarah

Berdasarkan kepada semakan jawapan soalan Ujian Pos pelajar, didapati pelajar sudah dapat
melukis arah arus dengan betul untuk setiap cabang yang dipilih dan juga untuk satu litar
tertutup. Pengkaji sangat berpuas hati kerana WazeTech ini berjaya mengatasi masalah yang
dihadapi. Pengkaji yakin bahawa teknik ini boleh digunakan oleh mana-mana pelajar sahaja
dalam menentukan arah arus kerana ianya sangat mudah dipraktikkan tanpa menyalahi konsep
asas. Teknik ini secara tidak langsung akan mempercepatkan proses PdP kerana menjimatkan
masa dalam menyelesaikan masalah Kirchoff’s Law. Selain itu ianya menjimatkan tenaga dan
kos pensyarah kerana pensyarah tidak perlu menggunakan teknik atau alat bantu
mengajar yang sukar dan mengambil masa yang lama, memakan kos untuk menerangkan
konsep arah arus.

8.2 Refleksi aspek pelajar

Reaksi pelajar semasa menjawab soalan juga menunjukkan reaksi positif dengan riak wajah
yang tenang dan masa yang diambil untuk menyiapkan jawapan lebih cepat berbanding
sebelumnya. Hal ini selari dengan keputusan Ujian Pos yang mana menunjukkan peningkatan
skor yang amat ketara iaitu 100% pelajar sudah memahami konsep Kirchoff’s Law dengan baik
iaitu mendapat skor 8-10 (markah 80%-100% ).

8.3 Kekuatan dan Kelemahan

Penggunaan teknik ini berjaya meningkatkan kemahiran pelajar untuk menentukan arah arus
dan arah loop (clockwise @ anticlockwise) dalam satu-satu litar yang diberi walaupun tanpa
ditunjukkan lakaran arah arus. Tahap kefahaman pelajar juga dapat ditingkatkan dengan
kesemua pelajar berjaya mendapat keputusan 80% dan ke atas. Pengkaji dapat berkongsi teknik
yang baik ini dengan pensyarah-pensyarah lain untuk meningkatkan kualiti pengajaran mereka.

Walau bagaimanapun, teknik ini masih boleh ditambah baik. Cadangan untuk kajian
yang akan datang, WazeTech ini boleh diperkenalkan dalam bentuk digital dan digunakan

169

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

secara Online memandangkan situasi sekarang negara menghadapi isu Covid-19 dan juga boleh
mengambil kira faktor generasi Z yang mana penerimaan maklumat pelajar pada era ini lebih
baik secara digital menggunakan peranti yang sedia ada pada pelajar seperti telefon bimbit atau
komputer riba. PdP akan lebih menarik dengan pendekatana Bring Your Own Device (BYOD).
Cara ini juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan pelajar kepada kelebihan dan
penggunaan Internet Of Things (IOT) dan Revolusi 4.0.
9.0 Kesimpulan
Penggunaan teknik pengajaran adalah menjadi faktor utama dalam memastikan objektif
pengajaran tercapai. Perancangan yang terperinci, bersistematik dan kepakaran mengendalikan
PdP menjadikan penyampaian isi kandungan pelajaran mudah difahami oleh pelajar. Inovasi
dari segi teknik pengajaran menggunakan WazeTech ini sangat berkesan dalam topik Kirchoff’s
Law kerana ia dapat membimbing pelajar kaedah menentukan arah arus dengan jelas selari
dengan konsep asasnya dan bukan semata-mata analogi. Berdasarkan kajian yang
dilaksanakan, WazeTech ini sangat sesuai digunakan untuk meningkatkan kefahaman pelajar
dalam topik Kirchoff’s Law.

Rujukan

Bilal, E. & Erol, M. (2009). Investigating Students’ Conceptions of Some Electricity Concepts. Latin
American of Journal Physic Education. 3(2): 193-20.

Handayani, N. (2014). Identifikasi Pemahaman Siswa Terhadap Konsep Rangkaian Listrik Searah
Berbasis Representasi Grafik dan Verbal. Skripsi. Yogyakarta: Universitas Islam Negeri Sunan
Kalijaga.

Phang, F. A. (2010). Patterns of Physics Problem-solving and Metacognition among Secondary School
Students: A Comparative Study between the UK and Malaysian Cases. International Journal of
Interdisciplinary Social Sciences, 5(8).

Triastuti, N. J., & Mauliyani, Z. (2018, May). The Influence Of Visual And Audiovisual Learning Style
To Memory Retention Of Medical Students. In in Conjunction with WFME Meeting, 2nd JIT
Seminars, and 5th IASHE International Conference (p. 225).

170

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

BBL-Phyeasycs Mengubah Persepsi dan Sikap Pelajar Terhadap Fizik

Azlina binti Mazlan1
Nik Ahmad Faris bin Nik Abdullah2
1 Unit Fizik, Kolej Matrikulasi Kedah, 06010 Changlun, Kedah,
2 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, 06000

Bandar Darulaman, Jitra, Kedah
_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kebosanan dalam mempelajari Fizik membentuk persepsi dan sikap negatif yang boleh
mempengaruhi pencapaian Fizik pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengubah persepsi pelajar terhadap subjek
Fizik seterusnya meningkatkan pencapaian Fizik mereka. Tinjauan awal terhadap pelajar daripada kelas K2S3
dilaksanakan melalui pemerhatian dan temubual mendapati terdapat seorang pelajar yang menunjukkan
persepsi dan sikap negatif yang ketara terhadap subjek Fizik. Pelajar ini merupakan pelajar yang mendapat
keputusan C dalam peperiksaan SPM dan C+ dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 1 (PSPM 1).
Sikap dan persepsi yang ditunjukkan oleh pelajar sasaran terhadap subjek Fizik amat membimbangkan. Bercita-
cita menjadi seorang guru Pendidikan Jasmani pelajar sasaran ini menjelaskan tidak memerlukan subjek Fizik
sebagai keutamaan dalam belajar. Pendekatan pengajaran secara Brain Based Learning dalam pembelajaran
Fizik (BBL-Phyeasycs) digunakan dalam usaha untuk mengubah persepsi dan sikap pelajar tersebut terhadap
Fizik. Pelajar sasaran melalui sesi pembelajaran dan ulangkaji secara one to one dan berkala menggunakan
intervensi BBL-Phyeasycs. Melalui pendekatan BBL-Phyeasycs, pelajar sasaran berjaya mendapat B+ dalam
PSPM 2 dan menjadi lebih positif dalam menentukan matlamat kerjaya. Pelajar sasaran juga lebih
berkeyakinan diri dan berjaya menempatkan diri di universiti tempatan dan mengikuti kursus Pengurusan
Projek. Pendekatan BBL-Phyeasycs berjaya membentuk persepsi dan sikap yang positif dalam kalangan pelajar
seterusnya dapat meningkatkan tahap pencapaian dalam subjek Fizik.

Kata kunci : BBL, Physics, Fizik, sikap dan persepsi.

1.0 Pendahuluan

Fizik, subjek yang dianggap sukar daripada pelbagai peringkat pendidikan. Peningkatan pelajar yang
tidak berminat terhadap subjek Fizik. Berdasarkan kepada perangkaan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, bilangan calon Fizik SPM semakin menurun saban tahun
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2019). Peratusan calon Fizik yang gagal pula semakin meningkat
daripada 0.6 % pada tahun 2018 kepada 0.8 % pada tahun 2019 (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2019). Hal ini amat membimbangkan bukan sahaja kepada pendidik malahan pihak kementerian juga
tidak terkecuali.

Di peringkat matrikulasi, pencapaian Fizik seringkali diandaikan mempunyai kaitan dengan
sikap pelajar. Pelajar yang malas ataupun bersikap negatif biasanya akan mendapat keputusan Fizik
yang kurang memberangsangkan. Namun begitu Kadir (2016) dan Olasehinde & Olatoye (2014)
menyatakan bahawa sikap dan persepsi pelajar terhadap pencapaian Fizik mempunyai hubungan
signifikan yang lemah. Ini memberikan penegasan bahawa sekiranya pelajar mempunyai sikap dan
tanggapan yang negatif, mereka masih lagi berupaya untuk mendapat keputusan yang cemerlang
dalam subjek Fizik. Sungguhpun begitu, pengukuhan sikap dan persepsi positif perlu dititikberatkan
kerana ia merupakan objektif yang penting dalam pendidikan subjeks sains (Sulaiman, 1998).

Pengalaman sebagai pensyarah Fizik di matrikulasi mendapati terdapat segelintir pelajar yang
menunjukkan sikap sambil lewa semasa melakukan tugasan yang diberi dan sering menimbulkan
masalah dalam kelas. Tambahan lagi pembelajaran Fizik kadangkala memerlukan pelajar berfikir di
luar kotak dan berfikir dengan aras tinggi. Hal ini menyebabkan pelajar mengambil sikap tidak mahu
ambil tahu dan menunggu rakan-rakan lain menjawab. Secara tidak langsung minat pelajar untuk
belajar daripada awal semester semakin menurun.

1

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Berdasarkan kepada isu ini, maka pengkaji merasakan satu penambahbaikan dalam
pengajaran perlu dilakukan. Pengkaji bercadang untuk memperkenalkan pendekatan pengajaran
menggunakan kaedah Brain Based Learning (BBL) kepada pelajar bermasalah. Dalam fasa pertama
ini pengkaji ingin memberikan fokus kepada seorang pelajar terlebih dahulu. Pengkaji menamakan
pelajar ini sebagai Z. Nama Z telah disebut sebagai nama pelajar yang paling bermasalah dalam kelas
oleh pensyarah dan pelajar kelas K2S3. Pengkaji akan menggunakan pendekatan BBL pada kitaran
pertama dan seterusnya menerapkan Physics is easy (Phyeasycs) dalam kitaran kedua. Pengkaji yakin
sikap dan persepsi Z akan semakin positif untuk memudahkan Z mendapat pencapaian Fizik yang
baik.

Brain Based Learning merupakan pendekatan yang mementingkan fungsi otak dalam proses
pembelajaran. Pendekatan ini menerapkan elemen-elemen kesepaduan otak i) tenang dan peka
(relaxed alertness), ii) pemprosesan aktif (orchestrated immersion) dan iii) pengalaman orkestrasi
diperkaya (active processing). Pendekatan pengajaran dengan semua elemen yang diterapkan dalam
pembelajaran Fizik dijangka akan dapat menjana fungsi otak secara optimum. Pendekatan ini juga
dapat menarik minat pelajar untuk menguasai mata pelajaran Fizik selain meningkatkan kefahaman
konseptual Fizik dan motivasi Fizik mereka (Mazlan, 2018).

Kajian tindakan ini dijalankan berpandukan kepada model kajian Kemmis & MacTaggart
(1998). Model kajian tindakan ini mencadangkan empat langkah utama yang perlu dipatuhi mengikut
turutan pada setiap kitaran termasuklah merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.

2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

2.1 Refleksi Kendiri Pensyarah

Melalui sesi suaikenal (brainstorming), pengkaji mengambil inisiatif untuk mendalami apakah
perasaan pelajar semasa mereka menduduki peperiksaan kertas Fizik SPM. Pengkaji juga membuat
penyiasatan terhadap keseronokan mereka semasa belajar subjek Fizik untuk mengenal pasti sebab
utama yang menyumbang kepada ketidakpopularan subjek Fizik. Hasilnya, pengkaji dapat melihat
ekspresi wajah dan tingkah laku pelajar semasa menceritakan pengalaman mereka belajar Fizik dan
membuat jangkaan pencapaian Fizik dalam PSPM nanti. Selain itu pengkaji juga memerhatikan
penglibatan pelajar dalam kelas Fizik.

Pentingnya kajian ini dilaksanakan adalah disebabkan oleh penurunan minat pelajar dalam
subjek Fizik dan kurangnya pelajar yang mengambil jurusan Fizik di peringkat yang lebih tinggi.
Setiap kali pengkaji bertanya tentang konsep Fizik, pelajar akan memberikan keluhan berat
mengatakan kesukaran belajar Fizik.

Pengkaji dapat mengandaikan kurangnya minat pelajar terhadap Fizik melalui pemerhatian di
dalam kelas di mana pelajar mengantuk, ponteng kelas, tidak memberi kerjasama dalam membuat
tutorial, sukar mengadakan pertemuan dengan pensyarah untuk berbincang mengenai Fizik.

Pengkaji merasa sedih dengan kebanyakan pelajar yang dilihat tidak berminat terhadap
Fizik di matrikulasi sejak sekian lama. Adalah menjadi perkara biasa apabila berhadapan dengan
pelajar yang tidak berminat terhadap Fizik dengan kebanyakan mereka memberikan alasan seperti:

‘saya ni tidak berminat dengan subjek Fizik’,
‘emak dan ayah saya yang nak sangat saya sambung belajar kat matrikulasi ni’,
‘saya lebih sukakan kemahiran’,
‘saya nak jadi cikgu PJ sahaja, tidak perlu belajar Fizik’,
‘Fiziklah subjek yang paling saya tak minat’.

2

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

2.2 Refleksi / Aspek Pelajar

Melalui pemerhatian yang telah pengkaji jalankan setiap kali kelas tutoran berlangsung, terdapat
seorang pelajar yang selalu mengganggu rakan-rakan lain di dalam kelas. Jika ditegur pelajar yang
dinamakan Z hanya senyum dan kadangkala gelak seterusnya tidur di dalam kelas. Bila diberikan
arahan untuk Z membuat latihan tutorial yang diberi, Z akan mula memberikan alasan tidak membawa
buku ataupun terlupa.

‘Saya lupa bawa bukulah madam’
‘Saya lupa nak buatlah’
‘Eh! Madam suruh buat ye? Tak perasan pun’.

Z memperolehi pencapaian Fizik yang kurang memberangsangkan dalam peperiksaan SPM
beliau. Z mendapat gred C dalam Fizik SPM yang hanya melayakkan beliau untuk mengikuti Program
Satu Tahun Modul II. Hasil daripada keputusan Fizik yang kurang memberangsangkan ini
menyebabkan Z tidak mempunyai semangat untuk belajar Fizik dan tidak mahu bersusah payah belajar
Fizik kerana merasakan dirinya tidak akan mendapat keputusan yang baik.

2.3 Refleksi / Aspek Lain

Pengkaji juga menerima aduan daripada pensyarah yang mengajar Z pada semester lepas. Pensyarah
tersebut meminta pengkaji melakukan sesuatu kepada pelajar tersebut dan merasakan betapa tidak
mampunya pensyarah tersebut untuk mengubah sikap dan persepsi negatif Z.

Melalui perbualan pengkaji dengan pensyarah tersebut, beliau meluahkan kepada pengkaji
perasaan beliau terhadap Z.

‘Saya ni ada masalah dengan Z ni. Dia nampak macam tidak berminat untuk belajar di dalam kelas
saya. Saya cuba untuk mengajak dia belajar tetapi dia menunjukkan rasa bosan, buat tidak reti je
dengan arahan saya. Saya dah tak tahu nak buat apa. Cubalah kak buat sesuatu, manalah tahu dia
serasi belajar dengan kak’.

3.0 Fokus Kajian/Isu Keperihatinan

Walaupun terdapat 20 orang pelajar kelas K2S3, pengkaji hanya memilih Z sebagai sasaran kajian
berdasarkan kepada aduan rakan sekerja dan pemerhatian yang pengkaji lakukan terhadapnya. Hal ini
disebabkan Z mempunyai sikap dan persepsi negatif yang begitu ketara yang dapat dikesan terus pada
hari pertama pengkaji memasuki kelas K2S3 ini. Pengkaji merasakan tindakan penambahbaikan perlu
dilaksanakan segera memandangkan pembelajaran Fizik telah berlalu selama empat bulan (satu
semester) dan Z masih bersikap dengan sikap yang tidak sepatutnya. Jika pengkaji tidak dapat
membantu Z, pengkaji risau jika dia akan mengekalkan pencapaian C dalam peperiksaan akhir nanti.
Dengan intervensi yang dirancang, pengkaji yakin dapat membantu Z untuk menjadi lebih fokus, lebih
berminat dan yakin terhadap Fizik seterusnya dapat keputusan yang baik dalam PSPM II.

4.0 Objektif Kajian

Objektif khusus

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan keseronokan dan mengubah persepsi negatif pelajar
terhadap Fizik.

3

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Objektif umum
i. Mengubah sikap persepsi pelajar bahawa Fizik adalah subjek yang mudah difahami.
ii. Membantu pelajar meningkatkan kerajinan dan minat terhadap Fizik
iii. Meningkatkan tumpuan pelajar belajar Fizik

5.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini hanya mensasarkan seorang pelajar daripada kelas K2S3 kerana pelajar ini sahaja yang
dikesan mempunyai personaliti yang merisaukan pengkaji. Pengkaji begitu yakin dapat membantu
pelajar ini kerana BBL-Phyeasycs merupakan pendekatan yang mesra pelajar. Pengkaji akan fokuskan
kepada Z yang tidak mempunyai minat terhadap Fizik, tidak dapat fokus terhadap Fizik dan sikap
sambil lewa yang ditunjukkan. Z merupakan seorang pelajar lelaki Melayu yang menghadapi beberapa
masalah. Z mendapat pencapaian C dalam peperiksaan SPM dan PSPM I. Beberapa masalah lain yang
dihadapi oleh Z dapat dikesan namun pengkaji hanya akan memberikan fokus kepada masalah sikap
dan persepsi Z terhadap Fizik sahaja.

6.0 Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan

Pada semester yang seterusnya apabila pengkaji berhadapan dengan Z, pengkaji mendapati Z memang
tidak dapat menumpukan perhatian yang baik semasa proses pembelajaran berlangsung. Z seringkali
dilihat memandang kosong ke arah pengkaji. Apabila ditanyakan soalan, Z akan mula menggaru
kepala, membetulkan rambut yang berjuntai dan tersengih-sengih sahaja. Siasatan dan pengumpulan
maklumat perlu dilakukan untuk membuat penelitian. Pengkaji mencatat apa sahaja yang diperhatikan
tentang Z setiap kali masuk ke kelasnya. Pengkaji perlu melakukan sesuatu untuk dapat membantu Z
supaya tidak ketinggalan berbanding kawan-kawan lain. Menurut perhatian pengkaji, Z tidak
mempunyai kawan baik yang dapat membantu ketika diperlukan. Sikapnya yang suka mengganggu
menyebabkan kawan-kawan menjauhkan diri. Pengkaji mencari idea dan berusaha untuk mengubah
suai pendekatan yang digunakan terhadap Z agar dapat menarik perhatian beliau untuk fokus terhadap
apa yang dipelajari dan cuba untuk membaiki hubungan dengan kawan-kawannya. Sepanjang
mencuba melakukan beberapa pendekatan, catatan terhadap sebarang perubahan yang berlaku
terhadap Z dibuat. Proses ini berterusan sepanjang satu semester.

6.1 Tinjauan Masalah

Aktiviti 1 - Memberi soalan konsep
Selepas sesi penerangan, pengkaji akan memberikan soalan konsep kepada pelajar kelas pengkaji.
Apabila sampai giliran pelajar Z, dia akan mula menggaru kepalanya yang tidak gatal, sambil
tersengih-sengih dia hanya memberikan jawapan ‘tak tahulah madam’, ataupun ada ketikanya dia
hanya bermain-main dengan rambutnya yang sedikit panjang. Jika dia dapat menjawab masa yang
lama diperlukan untuk memberikan jawapan.

Aktiviti 2 - Memeriksa buku tutorial/ latihan
Apabila pengkaji minta buku tutorial untuk disemak, latihan tutorial yang diberi tidak disiapkan. Z
mulalah memberikan alasan yang pelbagai, ‘buku saya tertinggallah madam’, ‘saya tak reti nak
buatlah madam’, masa madam terangkan saya tak faham’, ‘saya tak sempat nak buat semalam
tertidur’.

Aktiviti 3 – Temubual
Seringkali alasan yang pengkaji dengar apabila ditanya ‘awak bercita-cita nak jadi apa sebenarnya?’,
beliau akan menjawab, ‘jadi cikgu PJ je madam, tak payah belajar Fizik susah-susah’. Z tidak
berminat untuk belajar Fizik dengan mengatakan bahawa Fizik adalah subjek yang susah untuk
difahami. Apabila disiasat melalui rakan-rakan Z, mereka mengatakan Z memang suka tidur.

4

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Aktiviti 3 – Pemerhatian
Pengkaji sendiri melakukan pemerhatian untuk mengenal pasti masalah dari segi sikap Z yang
seringkali mendengar dan membuat kerja secara sambil lewa sahaja. Selain itu Z menunjukkan tingkah
laku sukar memberikan tumpuan semasa belajar. Z jugak bersikap pasif dan sukar untuk memberikan
respons apabila disoal.

6.2 Tindakan /Aktiviti P&P

6.2.1 Strategi Pengajaran Kitaran 1.

Aktiviti 1 - Pendekatan Brain Based Learning
Melalui pendekatan Brain Based Learning, pengkaji mula menyelami hati dan jiwa Z secara lembut,
memberikan perhatian yang terbaik, mengawal emosi dan persekitaran pembelajaran pelajar.

Aktiviti 2 - Sembang santai
Masih menggunakan pendekatan Brain Based Learning, pengkaji mendapatkan maklumat

daripada Z mengenai kehidupan sebelum memasuki matrikulasi, cita-cita dan minat sebenar Z.

Aktiviti 3 - Memberikan contoh latihan dan penyelesaian
Memberikan beberapa contoh soalan latihan yang mudah secara one to one kepada Z. Ini

bertujuan untuk memberikan motivasi dan keyakinan kepada Z untuk mempersembahkan jawapan
kepada kawan-kawan di dalam kelas.

6.2.2 Strategi Pengajaran Kitaran 2.

Aktiviti 1 – Pendekatan Brain Based Learning (Penampilan dan persekitaran pembelajaran)
Masih menggunakan pendekatan Brain Based Learning, pengkaji menggabungkan dengan teknik
Physics is easy (Pheasycs). Pengkaji mengambil beberapa teknik yang dapat menarik perhatian pelajar
terutamanya Z. Pengkaji berpakaian kemas, warna yang menarik, berwajah ceria dan memastikan
persekitaran pembelajaran yang kondusif. Semasa masuk ke dalam kelas, pengkaji menegur pelajar-
pelajar dengan senyuman dengan keadaan yang sangat gembira. Pengkaji memulakan kelas dengan
pujian kepada pelajar yang ada di dalam kelas, dan pastinya kepada secara khusus. Pengkaji
bertanyakan apa perkara yang menarik berlaku hari ini, seterusnya mengaitkan dengan topik yang
dipelajari pada hari tersebut.

Setelah selesai menerangkan kandungan pelajaran untuk hari tersebut, pelajar akan diberikan
soalan tutorial untuk dijawab. Memulakan ayat dengan pujian, panggil pelajar yang ingin
membentangkan penyelesaian kepada soalan tutorial. Pengkaji memastikan Z dipanggil untuk hari
tersebut dan hari berikutnya. Z menunjukkan protes apabila dipanggil. Namun dengan pujian dan
pengkaji berjanji akan bantu beliau, maka pelajar A pun bangun. Pengkaji bantu hingga selesai dia
menjawab soalan.

Di akhir kelas, pengkaji memanggil Z untuk berjumpa pengkaji di kubik pada waktu yang
ditetapkan untuk memberi tunjuk ajar khusus. Masih lagi dengan protesnya. Pada waktu yang
dijanjikan, pengkaji menunggu tetapi Z tidak muncul. Perkara ini berulang beberapa kali, namun
pengkaji masih menunggu.

Aktiviti 2 – Pendekatan BBL-Pheasycs (Pengenalan)
Akhirnya, pada suatu hari terbuka hatinya untuk datang berjumpa pengkaji. Namun apa yang
merisaukan pengkaji, beliau datang kerana terpaksa dan tidak memberikan perhatian sepenuhnya
kepada kata-kata pengkaji. Pengkaji tidak berputus asa. Pada sesi pertama pengkaji hanyalah
bersembang dan cuba mengenali Z. Pengkaji cuba memberikan kata-kata motivasi kepada beliau.

5

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Memandangkan kubik pengkaji berada di laluan utama, pelajar dan pensyarah akan lalu lalang di tepi
kubik pengkaji dan pada masa inilah pengkaji dapat membuat andaian Z adalah seorang yang tidak
fokus. Sesi pertama ini berakhir tanpa ada pengukuhan, hanyalah sesi berkenalan.

Aktiviti 3 – Pendekatan BBL-Pheasycs (Pelaksanaan)
Setiap kali masuk ke kelas, pengkaji akan melaksanakan pengajaran Fizik seperti biasa. Menggunakan
pendekatan BBL, pensyarah mendekati pelajar dengan cara yang lebih santai, aktiviti pengajaran yang
lebih aktif, suasana yang kondusif dan menarik minat dengan bercerita berdasarkan pengalaman
walaupun kadangkala ia tidak berkaitan dengan pembelajaran hari tersebut. Hal ini adalah untuk
memastikan minat pelajar untuk menumpukan perhatian dan lebih selesa belajar meningkat.

Penerangan dan pengajaran berlaku dengan lancar seperti biasa, Z akan dipanggil untuk
memberikan penerangan kepada latihan yang diberikan dalam lembaran kerja. Walaupun masih
teragak-agak untuk ke depan namun ada peningkatan daripada sikap yang ditunjukkan oleh Z. Beliau
agak lambat ke depan dan masih memerlukan bantuan rakan untuk melakukan penyelesaian. Sebagai
pensyarah yang melaksanakan kajian ke atas beliau, pengkaji memberikan semangat dan pujian untuk
memotivasikan beliau. Di akhir kelas, pengkaji meminta Z untuk hadir ke kubikal seperti biasa.

‘tengoklah madam...’
Pengkaji begitu gembira kali ini beliau datang ke kubikal walaupun membawa seorang kawan
yang sebenarnya bukan daripada kelas yang sama dengan beliau. Namun saya tidak kisah, kerana
yang penting beliau hadir. Sesi pertemuan bermula dengan perbualan santai dan saya berikan beliau
satu demi satu soalan Fizik yang mudah untuk diselesaikan.

‘awak cuba buat soalan ni dulu, tengok senang ke tidak’
‘napa madam bagi soalan ni, senang sangat ni..’
‘ok cuba buat yang ni pulak’
‘ni pun senang jugak, madam...’

Begitulah seterusnya pengkaji tingkatkan sedikit demi sedikit tahap kesukaran soalan latihan
yang diberikan kepada Z.

Pada sesi pertemuan seterusnya pengkaji teruja memandangkan Z hadir seorang tanpa diberi
peringatan untuk datang ke kubikal pengkaji. Ini satu peningkatan sikap yang baik. Z telah berani
untuk mengubah dirinya ke arah yang lebih baik. Setiap kali bertemu dengan pengkaji beliau sentiasa
menyatakan kekesalan tidak belajar dengan bersungguh-sungguh semasa SPM dahulu. Beliau pasti
akan berminat terhadap subjek Fizik jika bertemu pengkaji lebih awal, katanya. Pengkaji sering
mengingatkan beliau masih belum terlambat.

Aktiviti ini berterusan sehingga ke minggu cuti belajar di mana pada ketika ini beliau telah
berjaya menyelesaikan lebih banyak soalan yang mempunyai tahap kesukaran yang tinggi.
Keseronokan ini telah berjaya menukar persepsi beliau terhadap Fizik yang selama ini dianggap
subjek yang membosankan dan sukar untuk mendapat skor yang baik.

Pengkaji merasakan pendekatan ini berkesan untuk meningkatkan sikap dan persepsi positif
pelajar terhadap Fizik sesuai dengan pendapat Akyurek & Afacan (2013) yang menegaskan bahawa
pendekatan Brain Based Learning dapat meningkatkan sikap dan motivasi pelajar terhadap sains jika
dilaksanakan secara teratur. Pengkaji menggunakan pendekatan ini kerana pendekatan Brain Based
Learning ini memberi penekanan yang lebih terhadap pembelajaran bermakna dan bukannya secara
hafalan sebagaimana kaedah kurikulum semasa.

7.0 Pemerhatian

7.1 Pengumpulan Data Selepas / Akhir & Analisis Data

Pengumpulan data dilakukan berdasarkan kepada catatan daripada pemerhatian dan temu bual yang
dijalankan. Analisis data dilakukan mengikut tema yang telah dikenal pasti khusus berkaitan sikap dan
persepsi pelajar Z.

6

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Sikap dan persepsi terhadap Fizik

Beberapa sub tema dikenal pasti oleh pengkaji daripada aspek sikap dan persepsi pelajar terhadap
Fizik.

Persepsi terhadap Fizik

‘susahla Fizik ni madam. SPM pun saya dapat C. PSPM pun dapat C jugak. Memang saya tak bolehla
dengan Fizik ni..’
‘ish soalan ni pun keluar ke dalam exam madam. Kenapa susah je..’
‘saya rasa saya dapat C jugak PSPM II ni madam. Bukan saya reti pun nak buat..’

Berdasarkan kepada dapatan temu bual, Z mengakui beliau begitu yakin bahawa subjek Fizik ini amat
sukar dan pengalaman lepas amat memberi kesan dalam diri beliau. Pengalaman yang diperolehi
dalam subjek Fizik menjadikan beliau mempunyai tahap keyakinan yang rendah terhadap Fizik.

Kerajinan

Pengkaji mendapati kerajinan adalah faktor yang dapat mewakili aspek sikap Z terhadap subjek Fizik.
Z tidak menunjukkan sikap rajin dalam mempelajari Fizik di dalam kelas. Hal ini diakui sendiri oleh
Z, rakan-rakan sekelas malahan pengkaji sendiri dapat memerhatikannya sebagaimana penyataan
berikut:

‘ah, saya malaslah buat susah-susah macam ni, bukan saya dapat pun’
‘memang madam, kelas lain pun dia macam tu jugak madam, asik mengelak je bila buat latihan’

Pemerhatian pengkaji juga mendapati Z sering kali memberikan alasan apabila ditanyakan latihan
yang lepas. Setiap kali kuiz diberikan, Z akan tidur dan menghantar kertas jawapan yang kosong.
Apabila ditanya kenapa Z tidur, dia akan menyatakan:

‘entah apa-apa soalan ni, dahla waktu petang mengantukla..’

Penyataan di atas jelas menunjukkan Z tidak mempunyai tahap kerajinan yang tinggi dalam
pembelajaran. Z juga sering hadir lewat ke kelas kerana tidak sedar daripada tidur dan selalu ponteng
kelas. Dari aspek kerajinan Z didapati mempunyai sikap malas dan bersikap sambil lewa terhadap
pembelajarannya. Perkara ini menjadi kekangan kepada kejayaan Z dalam subjek Fizik.

Minat terhadap Fizik

‘buat apalah saya nak belajar Fizik ni? Saya bukan nak jadi cikgu Fizik ke, nak ambik kursus
engineering ke. Saya nak jadi cikgu PJ je. Tak payah susah-susah score Fizik’

‘malam tadi saya tidur lewat la madam. Mengantuk.’
‘dia main game madam....’

Berdasarkan kepada perbualan dengan Z, pengkaji mendapati beliau tidak berminat terhadap Fizik
kerana tidak mempunyai minat terhadap subjek Fizik. Beliau lebih suka menghabiskan masa bermain
game ataupun tidur. Kekurangan minat untuk belajar Fizik menyebabkan Z menjadi semakin malas
untuk menghadiri kelas keran tidak mahu bersusah-susah untuk belajar. Kekangan ini menghasilkan
sikap yang negatif dalam diri Z.

7

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Tumpuan dan Perhatian Semasa Sesi PdP

‘Z selalu mengantuk dalam kelas. Bila saya tanya soalan dia mulalah tersengih-sengih macam kerang
busuk..’
‘Z tu selalu duduk tepi tingkap. Saya dok kat depan pun dia tak tengok, asyik kena panggil dia je. Suka
sangat tengok kat luar..’

Melalui perbualan dengan rakan-rakan Z, mereka mengakui bahawa Z sering mengganggu rakan-
rakan di dalam kelas. Apabila dilapor kepada pensyarah tentang sikap Z, teguran pensyarah akan
menyebabkan Z termenung menghadap tingkap. Setelah terlalu lama memandang luar atau sering
mendapat teguran daripada rakan-rakan dan pensyarah, Z mula mengantuk dan kadangkala tertidur
pula. Dapatan ini turut disokong oleh pensyarah beliau pada semester lepas yang menyatakan sikap Z
yang kurang memberikan tumpuan dan perhatian semasa beliau mengajar menjadi punca
permasalahan dalam tahap pencapaian Fizik pelajar tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
sikap negatif yang ditunjukkan oleh Z iaitu sikap kurang mengambil perhatian semasa pengajaran guru
di dalam kelas menjadi punca permasalahan kepada pembelajaran Fizik dalam kalangan pelajar
matrikulasi.

8.0 Refleksi dan Kesimpulan

Pendekatan pengajaran BBL-Pheasycs telah memberikan kesan yang amat positif terhadap sikap dan
persepsi Z terhadap subjek Fizik.

8.1 Perubahan yang berlaku

Beberapa perubahan terhadap sikap dan persepsi dapat ditunjukkan oleh pelajar kajian termasuklah:
i) Kerajinan
Perubahan terhadap sikap yang ketara dapat dilihat pada diri Z setelah pelaksanaan pengajaran
menggunakan pendekatan BBL-Pheasycs dilaksanakan. Beliau seringkali datang berbincang
dengan pengkaji mengenai penyelesaian masalah berkaitan subjek Fizik yang kurang difahami.
Selain itu beliau selalu hadir ke kelas untuk mengikuti pembelajaran Fizik dan jarang sekali
lewat hadir ke kelas. Hal ini selari dengan penulisan Mohd (2017) yang menegaskan bahawa
walaupun seseorang pelajar itu mempunyai IQ pada tahap biasa mampu mendapat keputusan
cemerlang jika mempunyai kecekalan dan kerajinan.
ii) Minat terhadap Fizik
Z dilihat semakin aktif di dalam kelas, tidak tidur ataupun mengantuk di dalam kelas. Beliau
seringkali gembira apabila diminta untuk memberikan contoh langkah penyelesaian jawapan
kepada kawan-kawan di dalam kelas. Z juga seringkali tersenyum di dalam kelas Fizik.
iii) Tumpuan dan Perhatian Semasa Sesi PdP
Setelah melaksanakan pembelajaran Fizik menggunakan pendekatan BBL-Pheasycs, pengkaji
dapati Z semakin memberikan tumpuan kepada pensyarah dan pembelajaran di dalam kelas
Fizik. Z dilihat tidak lagi mengganggu rakan dan tidak termenung di dalam kelas. Hal ini
melegakan hati pengkaji sebagai pensyarah Fizik beliau.
iv) Persepsi terhadap Fizik
Z semakin seronok belajar Fizik setelah melalui pengalaman menyelesaikan banyak soalan
Fizik. Hal yang lebih menggembirakan pengkaji sebagai pensyarah adalah apabila Z tanpa
disuruh meminta soalan latihan Fizik tambahan untuk diselesaikan kerana merasakan Fizik itu
mudah. Z juga dengan yakin merasakan beliau akan mendapat keputusan Fizik yang baik dalam
PSPM II. Beliau juga amat berterima kasih kepada pengkaji sebagai pensyarah yang telah
membuka peluang kepada beliau untuk berubah.

8

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

v) Peningkatan akademik
Setelah melalui intervensi yang dicadangkan, maka tibalah hari untuk menghadapi unjian
sebenarnya. Z dengan yakin meminta pengkaji mendoakan kejayaan beliau dalam Fizik.
Walaupun keputusan yang diperolehi oleh Z bukanlah A, namun pencapaian beliau sudah
cukup membanggakan pengkaji. Z sendiri tidak menyangka keputusan B+ yang diperolehi jauh
lebih baik daripada pencapaian beliau dalam peperiksaan SPM dan PSPM I.
Jelaslah, pendekatan yang dicadangkan berjaya diaplikasikan kepada pelajar yang
mempunyai masalah sikap dan persepsi terhadap subjek.
Kekuatan pendekatan BBL-Pheasycs ini adalah dapat dilaksanakan bukan hanya
kepada peningkatan pencapaian dalam subjek tertentu tetap pendekatan ini dapat digunakan
untuk pembentukan sahsiah dan jati diri pelajar.
Namun begitu pendekatan ini masih mempunyai kelemahan di mana tidak semua
pensyarah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menangani krisis dalam diri pelajar.
Pensyarah haruslah mempunyai nilai kesabaran yang tinggi, tambahan pula silibus yang perlu
dihabiskan menjadi kekangan utama untuk melaksanakan pendekatan ini dengan berkesan.

9.0 Kesimpulan

Pendekatan BBL-Pheasycs yang dilaksanakan adalah menggunakan pendekatan yang memerlukan
pensyarah mendekatkan diri dan menyelami hati pelajar. Kesukaran subjek Fizik menjadikan pelajar
kurang mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap Fizik. Pelajar sering kali mencari alasan
untuk mengurangkan penggantungan terhadap pencapaian Fizik. Penggunaan pendekatan ini
memerlukan pensyarah lebih kreatif untuk menyesuaikan diri mereka dengan pelajar. Hal ini
disebabkan setiap pelajar mempunyai sikap dan persepsi yang berbeza terhadap sesuatu perkara.
Pendekatan ini berupaya meningkatkan sikap positif dalam diri pelajar dan membentuk sahsiah
pelajar, dan wajar diperluaskan lagi terhadap persekitaran lain. Maka, pengkaji berharap kajian
tindakan ini dapat memberikan manfaat kepada semua pendidik secara khusus.

Rujukan

Akyurek, E., & Afacan, O. (2013). Effects of Brain-Based Learning Approach on Students' Motivation
and Attitudes Levels in Science Class. Online Submission, 3(1), 104-119.

Kadir, M. N. B. B. A. (2016). Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran Fizik dan Hubungannya Dengan
Pencapaian Dalam Kalangan Pelajar Sains. Mohd Noor Badlilshah Bin Abdul Kadir, Mohd
Mustamam Abdul Karim & Nurulhuda Abd. Rahman. Jurnal Personalia Pelajar, 19, 31-51.

Kemmis, S. and McTaggart, R. (eds) (1988). The Action Research Planner. (Third Edition) Waurn
Ponds: Deakin University Press.

Mazlan, A. (2018). Pembangunan Dan Penilaian Keberkesanan Modul Pendekatan Pengajaran
Berasaskan Otak Dengan Integrasi i-Think Dan Brain Gym Untuk Meningkatkan Kefahaman
Konseptual Dan Motivasi Belajar Fizik Pelajar Matrikulasi (Doctoral dissertation, Universiti Sains
Malaysia).

Mohd, A. (2017). Psikologi Orang Berjaya Edisi 2017. PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Olasehinde, K. J., & Olatoye, R. A. (2014). Scientific attitude, attitude to science and science
achievement of senior secondary school students in Katsina State, Nigeria. Journal of Educational
and Social Research, 4(1), 445.

Sulaiman Ngah Razali. 1998. Pengajaran Sains KBSM. Kuala Lumpur: DBP.

9

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Pembangunan Kaedah Mnemonik Dan Teknik 4q In 1c Dalam Meningkatkan

Kefahaman Pelajar Dalam Sub Topik Krebs Cycle

Cik Jamaliah Binti Abd Manaf1

Kolej Matrikulasi Kedah, 06010 Changlun, Kedah,

[email protected]

Abstrak: Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar bagi sub topik
Kreb’s Cycle dalam kursus SB025 Biologi program matrikulasi dengan menggunakan kaedah mnemonik yang
diintegrasikan bersama dengan teknik 4Q in 1C, seterusnya mampu meninggikan kebolehupayaan pelajar dalam
menjawab soalan yang kebiasaannya berbentuk analisis dan sintesis bagi subtopik tersebut. Kaedah mnemonik
merupakan satu kaedah untuk membantu memori menyimpan maklumat atau informasi yang telah dipelajari.
Teknik 4Q in 1C merujuk kepada Four Quadrants in 1 Circle membantu pelajar membina pemetaan secara visual
langkah-langkah dan substrat-substrat yang terlibat dalam Kreb’s cycle. Seramai 45 orang pelajar dari tutoran
B3T1, B3T4 dan B3T5 yang merupakan pelajar Modul Tiga program matrikulasi di Kolej Matrikulasi Kedah
yang mempamerkan pencapaian rendah telah dipilih dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dibuat melalui kaedah
pemerhatian,penyoalan lisan, kuiz dan temubual secara bersemuka terhadap pelajar. Hasil tinjauan
menunjukkan hampir semua pelajar tidak dapat menguasai isi kandungan pelajaran sub topik Kreb’s Cycle
dengan baik. Keputusan ujian pra menunjukan pelajar ke semua pelajar lulus tetapi dengan hanya mendapat
gred C sahaja. Walaubagaimanapun, keputusan ujian pos menunjukkan ke semua pelajar berjaya mendapat
mendapat markah 90% ke atas. Konklusi daripada data yang diperoleh, kajian telah berjaya membuktikan
bahawa penggunaan kaedah mnemonik dan teknik 4Q in 1C amat berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Biologi yang melibatkan fakta yang padat dan bersifat abstrak.

Kata kunci: Kreb’s Cycle, Mnemonik, 4Q in 1C, Pengajaran dan Pembelajaran

1.0 PENDAHULUAN
Program Matrikulasi ialah transisi untuk para pelajar memasuki alam pengajian tinggi. Biologi
menjadi mata pelajaran teras program matrikulasi sebagai persediaan untuk mengikuti kursus-kursus
kritikal di Universiti Awam (UA) seperti bidang perubatan, farmasi dan pergigian. Sukatan baru mata
pelajaran Biologi di Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Program Dua Semester
(S2S) bermula sesi 2018/2019 telah menggariskan matlamat untuk memastikan semua pelajar dapat
menguasai konsep-konsep Biologi, mempunyai kemahiran-kemahiran mengendalikan maklumat
Biologi dan berkebolehan menyusun fakta mengikut urutan logika dan saintifik.

1.1 Latar Belakang
Sukatan pelajaran Biologi program matrikulasi mengandungi 21 topik, terbahagi kepada dua semester
dengan semester satu mengandungi 10 topik dan semester dua mengandungi 11 topik. Ke semua topik
ini perlu dikuasai oleh para pelajar matrikulasi dalam masa setahun atau dua semester sahaja bagi pelajar
program dua semester. Terbeban dengan sukatan pelajaran mata pelajaran Biologi menyebabkan para
pelajar mempunyai kecenderungan untuk menghafal semata-mata dan penilaian tidak menggambarkan
pencapaian para pelajar yang sebenar (Tekkaya et al., 2002; Chiepetta & Fillman, 1998). Justeru itu
para pelajar matrikulasi yang dibebani dengan sukatan pelajaran yang berat sering menganggap topik-
topik tertentu dalam subjek Biologi sebagai sukar kerana penuh dengan konsep dan fakta. Fazzlijan
(2014) telah membuat satu tinjauan untuk mengetahui tahap kesukaran topik dalam sukatan pelajaran
Biologi program Matrikulasi. Hasil tinjauan beliau seperti dalam Jadual 1 menunjukkan topik respirasi

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

paling sukar dengan hanya 14.2 peratus pelajar sahaja yang menerangkan dengan tepat konsep-konsep
respirasi sel.

JADUAL 1: Jenis dan kekerapan bagi lima konsep respirasi sel

Konsep Peratus pelajar yang memberikan jawapan

Tepat Kurang tepat Salah Tiada Jawapan

Pengoksidaan 16.2 24.8 40.8 18.2

Glikolisis 15.4 27.4 38.6 18.6

Kitar Kreb 11.9 22.3 42.4 23.4

Fosforilasi 12.6 21.8 45.8 19.8

Anaerobik 14.8 23.2 39.2 22.8

Purata 14.2 23.9 41.4 20.6

Sumber: Fazzlijan (2014)

1.2 Tujuan/ Kepentingan
Respirasi Sel ialah kunci bagi proses yang komprehensif untuk memahami fungsi sistem lain dalam
organism hidup sebagai contoh pernafasan, perkumuhan, sistem peredaran darah. Para pelajar yang
gagal menguasai konsep dalam proses Respirasi Sel akan mengalami kesukaran untuk memahami
disiplin ilmu Biologi yang lain (Cakir et al., 2001). Respirasi Sel merupakan topik yang paling sukar
jika dibandingkan dengan topik lain di dalam subjek Biologi (Barrass, 1984). Isu utama yang
ditonjolkan dalam kajian-kajian ini ialah para pelajar gagal mengingat dengan baik dalam beberapa sub
topik dalam Respirasi Sel iaitu definisi respirasi, pernafasan, Kitar Krebs dan hubungan di antara
fotosintesis dan respirasi. Para pelajar gagal untuk menguasai konsep dalam Respirasi Sel dan
menghubungkannya dalam satu bentuk yang berkesinambungan seterusnya gagal menterjemahkan
dalam bentuk ayat yang sempurna. Kekurangan pemahaman terhadap konsep Biologi telah
menyebabkan para pelajar gagal untuk mempamerkan apa yang mereka telah pelajari (Brown, 2000).
Justeru itu para pelajar yang tidak memahami konsep dalam Respirasi Sel agak sukar untuk menyatakan
kepada guru apa yang mereka tidak fahami dan berkaitan secara langsung dengan konsep asas Biologi
yang mereka peroleh sebelum ini (Duit et al., 1996).

Oleh hal demikian para pensyarah di Matrikulasi perlu lebih inovatif dalam proses pembelajaran
bagi memenuhi kemampuan pembelajaran yang berbeza dalam kalangan pelajar matrikulasi. Para
pensyarah matrikulasi perlu menggunakan teknik pedagogi dan ilmu untuk memperkayakan proses
pembelajaran yang berasaskan kemahiran abad ke-21. Para pelajar juga bukan sahaja perlu menguasai
isi kandungan pembelajaran tetapi juga dapat memperbaiki nilai, tingkah laku dan kemahiran sedia ada
seterusnya menggalakkan proses pembelajaran yang berterusan (Boyaci & Atalay, 2016). Pembelajaran
aktif berlaku apabila hubungan konstruktivisme dijalin antara yang baru dan pengetahuan sedia ada
oleh pelajar. Oleh kerana perkaitan konstruktivsime melibatkan pengalaman pelbagai deria mendorong

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

penyelidik untuk mengintegrasikan semua organ deria pelajar melalui penggunaan kaedah mnemonic
bagi membantu mengingat kembali fakta yang dipelajari. Mnemonik yang berkesan adalah
menggunakan citra positif, humor atau kebaruan (Cheery, 2010). Mnemonik adalah kaedah yang
memudahkan ingatan, membuat penghafalan lebih mudah dengan membuat proses penyatuan atau
penukaran jangka pendek memori menjadi memori jangka panjang.setersunya melalui penggunaan
istilah dan frasa yang tidak asing bagi pelajar, penyelidk berharapa dapat memudhakan penghafalan
fakta –fakta biologi yang ummumnya bersifat abstrak, kompleks dan padat.

2.0 REFLEKSI PdP LALU

2.1 Refleksi kendiri pensyarah
Penyelidik merupakan pensyarah kuliah kumpulan tutoran B3 merangkap pensyarah tutoran bagi kelas
B3T1, B3T4 dan B3T5 yang merupakan pelajar program matrikulasi, jurusan Sains Modul Tiga. Setelah
sesi kuliah dan tutoran untuk topik Cellular respiration selesai dijalankan, penyelidik telah menyoal
secara lisan dan membuat pemerhatian serta mentadbir kuiz untuk sub-sub topik dalam Cellular
respiration. Penyelidik mendapati ke semua pelajar iaitu 45 orang pelajar tidak dapat menjawab soalan
berkaitan dengan Glycolysis dan Krebs cycle dengan tepat, walhal pelajar telah mendapat kuliah tentang
topik tersebut sebelum mengikuti kelas tutoran. Penyelidik berasa kecewa kerana telah berusaha
menerangkan langkah-langkah dan proses-proses yang terlibat dalam Krebs cycle kepada pelajar-
pelajar tersebut dan telah meminta pelajar berusaha untuk mengingati semua substrat, langkah-langkah
dan proses yang terlibat. Walau bagaimanapun di dapati pelajar bersifat pasif dan tidak proaktif untuk
menjalankan pembelajaran secara kendiri bagi membolehkan mereka menguasa topik ini dengan lebih
jelas.

Memandangkan jam pertembungan yang ditetapkan untuk sesi bersemuka di musim pandemik
covid-19 ini telah dipendekkan menjadi hanya dua jam seminggu. Ini menghadkan ruang dan peluang
untuk penyelidik mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik dengan lebih terperinci
kerana terikat dengan rancangan pengajaran semester di mana setiap topik perlu di selesaikan mengikut
jumlah jam pertembungan yang telah ditetapkan dan mengikut tarikh-tarikh tertentu yang telah
ditakwimkan bagi memastikan sukatan kursus berjaya dilengkapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sikap pelajar yang tiada daya usaha dan motivasi yang rendah membuatkan penyelidik perlu mengambil
tindakan sebelum perkara ini berlarutan dalam topik-topik seterusnya. Justeru, penyelidik mengambil
langkah proaktif membuat perbincangan dengan rakan sejawat bagi membincangkan permasalahan
tersebut. Hasil perbincangan tersebut penyelidik telah mengesan masalah pembelajaran dalam konsep
ini adalah;

i.) Pelajar tidak mempunyai kaedah untuk memahami proses Krebs cycle.
ii.) Pelajar tidak dapat menyenaraikan substrat-substrat yang terlibat dalam Krebs cycle.
iii.) Pelajar tidak dapat menyatakan langkah-langkah yang terlibat di dalam Krebs cycle.
iv.) Pelajat tidak dapat menyatakan bilangan ATP yang dihasilkan daripada satu kitaran Krebs

cycle.
v.) Pelajar tidak dapat menyatakan hasil akhir/produk Krebs cycle seperti NADH, FADH2 dan

CO2.

Pemilihan kaedah pengajaran adalah satu salah satu faktor penting dalam mengatasi masalah ini, jika
sebelum ini, penyelidik hanya menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan guru dan mengharapkan
pelajar berinisiatif dan bersifat proaktif menjalankan pembelajaran kendiri kerana jam pertembungan

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

yang singkat dan sesi bersemuka yang terhad, maka penyelidik mahu mendedahkan pelajar dengan
pendekatan baru yang menjurus kepada penglibatan pelajar secara maksimum dan memupuk kreativiti
pelajar. De Vita. G, 2010, menyatakan kepelbagaian kaedah pembelajaran wujud sangat tinggi dalam
kalangan lapisan yang mempunyai multi budaya. Untuk itu kepelbagaian gaya dan strategi pengajaran
sangat perlu untuk memenuhi ke semua gaya pembelajaran yang ada di dalam sesuah kelas. Sehubungan
dengan itu, penyelidik telah mentadbir ujian VAK untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang
terbaik. Hasil daripada analisis ujian VAK di dapati seramai 34 orang pelajar kaedah pembelajarannya
adalah secara visual dan selebihnya adalah lapan audio dan tiga kinestetik. Berdasarkan dapatan
tersebut, penyelidik mendapat idea untuk menggabungkan kaedah mnemonik dan menggunakan teknik
gambarajah bagi menyusun substrat, langkah-langkah dan proses-proses yang terlibat dalam Krebs
cycle. Kaedah mnemonik digunakan susulan daripada penguasaan pelajar dalam sub topik Glycolysis
di mana pelajar telah di dedahkan dengan akronim PIPCIOSIDS bagi membantu mereka mengingati
sepuluh langkah-langkah yang terlibat dalam proses tersebut. Kaedah mnemonic ini digabungkan
bersama dengan teknik 4Q in 1C yang merujuk kepada 4 Quadrants in 1 Circle. Dengan menggunakan
teknik ini, ia secara langsung dapat mengaktifkan minda dan meningkatkan kemahiran kognitif pelajar
dalam mendapatkan maklumat, menganalisa dan menstrukturkan semula maklumat tersebut.
Diharapkan teknik ini dapat membantu para pelajar untuk memahami Krebs cycle dengan lebih mudah,
pantas dan berkesan.

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan kaedah mnemonik dan penggunaan teknik 4Q in 1C bagi
membantu pelajar mengingati substrat-substrat, langkah-langkah dan proses serta hasil/produk Krebs
cycle. Rasional penyelidik memilih fokus kajian ini adalah disebabkan oleh kesukaran pelajar untuk
mengingat ke semua lapan substrat-substrat dan langkah-langkah yang terlibat dalam Krebs cycle dalam
tempoh yang singkat. Ini meyebabkan pelajar berasa topik ini sukar untuk dikuasai dan difahami kerana
ianya bersifat abstrak dan isi kandungan yang kompleks. Keadaan ini amat membimbangkan penyelidik
kerana Krebs cycle merupakan salah satu sub topik dalam Cellular respiration yang merupakan topik
yang mengandungi peratusan soalan dan peruntukan markah yang tertinggi dalam Peperiksan Semester
Program Matrikulasi berdasarkan kepada Jadual Penentu Ujian(JPU), Peperiksaan Semester Program
Matrikulasi (Rujuk Lampiran 1).

Pelajar mempunyai masalah dalam mengingati fakta-fakta Krebs cycle dengan betul dan dalam
susunan yang betul, disebabkan kepada fakta bahawa Bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda mereka.
Tujuan kajian ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar ini untuk mengingati fakta-fakta daripada
Krebs cycle dengan susunan yang betul dan membolehkan pelajar untuk memohon maklumat daripada
mnemonik untuk menjawab soalan dan melabelkan gambarajah Krebs cycle. Pengetahuan sedia ada
yang disimpan di dalam otak kita dan dikodkan sebagai 'membina' pembelajaran yang baru tidak
difahami melainkan jika ia adalah dihubungkan dengan konsep yang sedia ada, pengetahuan dan
pengalaman. Oleh itu, pengetahuan baru dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada oleh pelajar tersebut
dan proses ini adalah konstruktivisme. Disebabkan itu, dengan membantu pelajar untuk mengingat ke
lapan-lapan substrat dan langkah yang terlibat, penyelidik yakin pelajar mampu memahami proses yang
terlibat dalam Krebs cycle dan menyatakankan produk atau hasil akhir Krebs cycle dan sekaligus
mededahkan teknik belajar menggunakan keadah Mnemonik dan teknik 4Q in 1C yang
mengintegrasikan kecerdasan audio dan visual pelajar. Selain itu pelajar juga mampu untuk
mendapatkan markah penuh bagi soalan yang melibatkan Krebs cycle.

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan, adalah diharapkan pelajar dapat mencapai objektif berikut;
4.1 Objektif umum
Meningkatkan kemahiran pelajar memahami sub topik Krebs cycle.
4.2 Objekif khusus

4.2.1 Pelajar dapat menyatakan ke lapan-lapan subtrat dalam Krebs cycle dengan turutan yang tepat.
4.2.2 Pelajar dapat menyenaraikan ke lapan-lapan langkah dalam Krebs cycle dengan turutan yang
tepat.
4.2.3 Pelajar dapat mengira jumlah ATP yang dihasilkan daripada satu kitaran Krebs cycle atau
berdasarkan kepada bilangan molekul pyruvate.
4.2.4 Pelajar dapat menyatakan produk atau hasil akhir Krebs cycle.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan ke semua pelajar kelas tutoran penyelidik yang terdiri daripada 45 orang pelajar
daripada tiga kelas tutoran iaitu B3T1, B3T4 dan B3T5 program matrikulasi Sistem Dua Semester
(SDS) Sesi 2020 /2021 Kolej Matrikulasi Kedah untuk gelung pertama. Bagi gelung ke dua kajian
melibatkan tiga orang pelajar dari kelas yang sama di mana mereka merupakan pelajar jurusan Sains
Modul Tiga yang secara relatifnya jika dibandingkan dengan pelajar Modul Satu, secara umumnya
kebolehan dan keupayaan serta motivasi kendiri yang rendah dalam pembelajaran.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

6.1 Pengumpulan Data Sebelum/ Awal (Kaedah & Isu)
6.1.1 Kuiz

Kuiz diberikan kepada kumpulan sasaran selepas selesai sesi kuliah untuk topik Cellular respiration
(rujuk Lampiran 2). Selepas penyelidik menyemak kuiz, penyelidik mendapati pelajar-pelajar lemah
tidak dapat menjawab soalan dengan tepat kerana tidak dapat mengingati ke lapan-lapan susbtrat dan
langkah dalam Krebs cycle. Berdasarkan Taksonomi Bloom jika pelajar tidak dapat menguasai
kemahiran berfikir aras rendah seperti mengetahui, memahami maka pelajar tidak akan berupaya untuk
menyelesaikan soalan yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi seperti mengaplikasi dan
menganalisis.

6.1.2 Pemerhatian

Penyelidik seterusnya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses
pembelajaran berlangsung dan juga sebelum dan selepas kajian.

6.1.3 Ujian Pra

Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman mereka tentang
sub topik Krebs cycle. Selepas penyelidik menyemak kertas Ujian Pra, penyelidik berasa sangat kecewa
kerana pelajar tidak dapat menjawab soalan dan sebahagian soalan kosong tanpa jawapan. Ini jelas
menunjukkan pelajar-pelajar lemah dan tidak faham konsep dan proses yang terlibat dalam Krebs cycle.

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

6.2 Analisa tinjauan masalah

6.2.1 Analisis kuiz

Berdasarkan Jadual 2, untuk pencapaian kuiz gred yang diperoleh oleh kebanyakkan pelajar adalah
sangat rendah di mana melebihi 90% pelajar memperolehi gred C ke bawah untuk sub topik Krebs
cycle.

JADUAL 2: Analisa pencapaian kuiz

Gred Bilangan sampel (N) Peratus (%)
A (80-100) - -
B (65-79) 2 4
C (64-55) 5 11
D (54-40) 15 33
23 51
E (39-0)

6.2.2 Analisis pemerhatian

Sebelum kajian dijalankan pelajar bersifat pasif, kurang meberi respons kepada pengajaran dan
pembelajaran. Sebagaimana biasanya pelajar perempuan lebih bersedia untuk belajar dan menunjukkan
kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang bersungguh-sungguh dan kurang mengambil bahagian
dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Faktor minat dan memberi tumpuan sepenuhnya
amat membantu pelajar untuk mengikuti keseluruhan pengajaran dan pembelajaran

6.2.3 Analisis Ujian Pra

Berdasarkan Jadual 3, tiada pelajar yang berjaya mendapat gred A sebagaimana dalam keputusan kuiz
disebabkan kegagalan pelajar untuk mengingat nama substrat dan langkah yang terlibat dalam Krebs
cycle.

JADUAL 3: Analis pencapaian Ujian Pra

Gred Bilangan sampel (N) Peratus (%)
A (80-100) - -
B (65-79) 5 11
C (64-55) 8 18
D (54-40) 12 27
20 44
E (39-0)

6.3 Tindakan/ Aktiviti PdP (Penggunaan bahan/ aktiviti, Strategi Pengajaran, Inovasi/ Kreativiti &
Justifikasi)

6.3.1 Bahan

Penyelidik berpendapat proses Krebs cycle adalah satu proses yang agak rumit untuk difahami dan
sukar untuk dihafal oleh pelajar. Berdasarkan pengalaman penyelidik sendiri ketika berada dalam
pengajian ijazah pertama dalam bidang Biokimia, Krebs cycle atau lebih juga dikenali sebagai TCA
cycle sukar untuk difahami dan diingati dalam tempoh yang singkat kerana melibatkan proses yang
abstrak dan fakta yang kompleks

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

a. Bahan yang digunakan adalah murah, ringan dan mudah di bawa iaitu sehelai kertas A4, jangka
lukis dan pembaris dan pensil

b. Bahan bantu mengajar sedia ada dalam kelas iaitu papan putih.
c. Mudah untuk dikendalikan di dalam kelas.

6.3.2 Kaedah

Penyelidik telah memilih untuk membangunkan teknik 4Q in 1C iaitu 4 Quadrants in 1 Circle yang
diintegrasikan bersama-sama dengan kaedah mnemonik. Kaedah mnemonik merupakan satu teknik
pembelajaran yang menngunakan pengkodan, puisi pendek, akronim, frasa ingatan untuk menyimpan
malumat dalam memori dan seterusnya menggunakannya. Ini kerana otak manusia lebih senang
mengingati maklumat yang bersifat mengejutkan, kelakar, personal daripada maklumat yang bersifat
abstrak dan tidak berkaitan. Penyelidik telah menerapkan penggunaan kaedah mnemonik akronim bagi
membantu pelajar mengingat kembali langkah-langkah dalam Krebs cycle.

6.4 Intervensi gelung pertama

Dalam melaksanakan tindakan penyelidik telah menjalanakan empat aktiviti seperti di bawah;

6.4.1 Kaedah mnemonik

Langkah 1: Penyelidik telah menerapkan penggunaan kaedah mnemonik akronim bagi membantu
pelajar mengingat kembali langkah-langkah dalam Krebs cycle. Pelajar dikehendaki menulis akronim
CIOD2SOHO di dalam sehelai kertas yang dibahagikan kepada dua bahagain di mana bahagian
pertama adalah akronim dan ke dua adalah langkah-langkah dalam Krebs cycle. berdasarkan abjad
pertama. Seterusnya, pelajar dikehendaki menyebut akronim tersebut dengan jelas secara berpasangan
dan menyenaraikan langkah-langkah tersebut mengikut turutan abjad dalam akronim tersebut.

C | Condensation
I | Isomerization
OD2 | Oxidative Decarboxylation2
S | Substrate Level Phosphorylation
O | Oxidation
H | Hydration
O | Oxydation
* 2proses ini berulang 2x

Langkah 2: Seterusnya kaedah mnemonik melalui teknik frasa pendek digunakan untuk membantu
pelajar mengingati nama-nama substrat. Proses sama di lakukan di mana pelajar menulis dan seterusnya
menyebutnya secara lantang kepada pasangan masing-masing.

Citrate | Citrate
Is | Isocitrate
Krebs | α-Ketoglutarate
Starting | Succinyl Co A
Substrate | Succinate
For | Fumarate
Making | Malate
Oxaloacetate | Oxaloacetate

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Refleksi:

Dengan pengunaan akronim CIOD2SOHO, penyelidik berjaya mempermudah hafalan. Mnemonik
akronim menjadikan penghafalan ke semua substrat lebih mudah dengan menjadikan proses penukaran
memori jangka pendek menjadi memori jangka panjang dengan lebih cekap dan pantas. Mnemonik
akronim menyediakan keadaan yang jelas, menarik, multisensory di mana pengetahuan baru
dihubungkan dengan pengetahuan sedia ada. Ini menunjukkan konstruktivime telah berlaku. Walaupun
kebanyakkan pelajar modul Tiga secara umumnya mengalami kekurangan dalam Bahasa Inggeris
kerana bukan bahasa ibunda namun mereka telah dibantu oleh pendekatan kaedah mnemonik yang
digunakan dalam kajian ini.

6.4.2 Teknik 4Q in 1C

Teknik 4Q in 1C merujuk kepada 4 quadrants in 1 circle. Penyelidik membimbing pelajar melakukan
teknik ini bersama-sama dengan melukis di papan putih dan juga menyediakan handout sebagai rujukan
pelajar (rujuk Lampiran 3).

Langkah 1: Penyelidik telah mengulangkaji semula sub topik Krebs cycle dengan meminta pelajar
membuat satu bulatan besar pada sehelai kertas A4

Langkah 2: Seterusnya penyelidik meminta pelajar membahagikan bulatan tersebut kepada empat
quadrants dan setiap quadrant dilabelkan berdasarkan fungsinya di dalam Krebs cycle.

Langkah 3: Setiap quadrants di letakkan dua anak panah bagi menunjukkan perubahan proses yang
berlaku.

Langkah 4: Seterusnya pelajar dikehendaki meletakkan nama substrat pada setiap anak panah tersebut
berdasarkan mnemonik akronim yang telah dipelajari sebelum ini.

Langkah 5: Bagi melengkapkan Krebs cycle tersebut penyelidik meminta pelajar menyenaraikan
langkah-langkah dalam Krebs cycles di atas substrat berdasarkan mnemonik frasa pendek yang telah
dihafal sebelum ini.

Langkah 6: Pelajar diminta untuk menyatakan jumlah perubahan karbon bagi setiap proses yang
melibatkan proses decarboxylation.

Langkah 7: Pelajar diminta untuk membuat pengiraan jumlah tenaga dalam bentuk ATP bagi proses
yang melibatkan Substrate level phosphorylation.

Langkah 8: Pelajar diminta untuk menyatakan produk yang terhasil di akhir kitaran Krebs cycle
berdasarkan bilangan pusingan dan juga bilangan molekul pyruvate.

Refleksi:

Semasa pelajar menjalankan aktiviti ini, ke semua pelajar memberi tumpuan kepada penerangan yang
diberikan. Terdapat satu peringkat yang dilihat sukar untuk difahami dan diterangkan semula oleh
pelajar iaitu pada langkah yang ke lima di mana Succinyl CoA bertukar menjadi Succinate.
Walaubagaimanapun, dengan bantuan dan penerangan terperinci daripada penyelidik, pelajar-pelajar
terbabit dapat memahami dan menerangkan dengan baik bagi keseluruhan lapan langkah di dalam
Krebs cycle.

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

7.3.4 Aktiviti 4: Ujian Pos

Ujian ini dijalankan untuk melihat pencapaian pelajar selepas kajian dijalankan. Kertas Ujian Pos
disediakan, pelajar menjawab set soalan yang sama dengan set ujian pra.

JADUAL 4: Analisa pencapaian ujian pos

Gred Bilangan sampel (N) Peratus (%)
A (80-100) 37 82.2
B (65-79) 5 11.1
C (64-55) 3 0.07
D (54-40) - -
- -
E (39-0)

7.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN
7.1 Refleksi keseluruhan

Berdasarkan Jadual 3, keputusan Ujian Pra menunjukkan lebih separuh pelajar gagal. Manakala
keputusan Ujian Pos (rujuk Jadual 4) menunjukkan hanya 0.07% pelajar gagal dan selebihnya mendapat
gred yang lebih baik. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan gred di antara ujian pra dan ujian pos.
Walaupun keseluruhan pelajar lulus tetapi masih terdapat sebilangan pelajar mengalami masalah dalam
penulisan esei dari segi pengunaan terminologi/istilah bagi menerangkan proses-proses yang berlaku di
dalam Krebs cycle.

Berdasarkan Jadual 5, keseluruhan pelajar iaitu 100% bersetuju dengan penyataan bahawa
mnemonik yang digunakan sesuai untuk mengingati nama substrat dalam Krebs cycle. 100% pelajar
juga bersetuju kaedah mnemonik dapat meningkatkan penguasaan isi kandungan Krebs cycle. Pelajar
juga memnjadi termotivasi untuk belajar Biologi setelah menggunakan kaedah mnemoniK dalam
memahami Krebs cycle. Selain itu, 100% pelajar juga bersetuju kaedah mnemonic dapat meningkatkn
kemampuan berfikir kritis dan memudahkan pelajar untuk memahami pelajaran serta meningkatkan
penguasaan konsep. Kaedah mnemonik juga berjaya menarik minat pelajar untuk mempelajari Biologi
dan meningkatkan keyakinan diri pelajar.

JADUAL 5: Analisis soal selidik pembelajaran Krebs cycle menggunakan kaedah mnemonik

Bil Penyataan Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
tidak setuju pasti 8.7% setuju
1 Mnemonik yang digunakan sesuai untuk setuju 4.3% 91.3%
mengingati nama substrat dalam Kitar - - 17.4%
Krebs. - 95.7%
- -
2 Kaedah Mnemonik yang digunakan dapat - 82.6%
meningkatkan penguasaan isi kandungan - -
Kitar Krebs. -

3 Saya menjadi termotivasi untuk belajar
Biologi setelah menggunakan kaedah
Mnemonik dalam memahami Kitar Krebs

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

4 Belajar menggunakan kaedah Mnemonik - - - 21.7% 78.3%
dapat meningkatkan kemampuan berfikir
kritis saya

5 Belajar menggunakan kaedah Mnemonik - - - 13% 87%
memudahkan untuk memahami pelajaran.

6 Belajar menggunakan kaedah Mnemonik - - - 17.4% 82.6%
meningkatkan penguasaan konsep.

7 Belajar menggunakan kaedah Mnemonik - - - 13% 87%
menarik minat saya untuk mempelajari
Biologi.

8 Saya rasa lebih yakin setelah - - - 8.7% 91.3%
mempraktikkan kaedah Mnemonik yang
diajar oleh pensyarah (jawab selepas
praktikkan kaedah)

7.2 Kesimpulan

Berdasarkan keputusan ujian dan pemerhatian yang telah dilaksanakan, penyelidik mendapati kaedah
mnemonik yang diintegrasikan bersama-sama dengan teknik 4Q in 1C telah membantu pelajar
memahami subtopik Krebs cycle. Keputusan ujian pra menunjukan pelajar ke semua pelajar lulus tetapi
dengan hanya mendapat gred C sahaja. Walaubagaimanapun, keputusan Ujian Pos menunjukkan ke
semua pelajar berjaya mendapat mendapat markah 90% ke atas. Ini dapat dibuktikan dengan
peningkatan gred di antara Ujian Pra dan Ujian Pos. Berdasarkan soal selidik, selepas dilakukan
intervensi ke dua didapati 100% pelajar setuju dengan penyataan bahawa kaedah mnemonic yang
digunakan dapat meningkatkan penguasaan isi kandungan Krebs cycle. Dapatan ini selari dengan
dengan penyataan ke tujuh iaitu belajar menggunakan kaedah mnemonik menarik minat saya untuk
mempelajari Biologi. Secara keseluruhan didapati pelajar memilih skala 4 dan 5 bagi setiap item yang
terlibat dalam soal selidik tersebut.

Rumusan daripada kajian tindakan yang telah dijalankan dapat disimpulkan bahawa kaedah
mnemonik yang diintegrasikan bersama dengan teknik 4Q in 1C telah membantu meningkatkan
kefahaman dan ingatan pelajar terhadap 8 substrat dan langkah dalam Krebs cycle. Selain itu, teknik
4Q in 1C juga ternyata dapat meningkatkan kemahiran dan kefahaman pelajar melalui pemetaan konsep
dalam memahami cara penghasilan ATP, NADH, FADH2 dan CO2. Seterusnya aktiviti ini dapat
mengubah cara pengajaran pensyarah supaya pelajar merasakan proses pembelajaran adalah
menyeronokkan. Ini dapat dibuktikan dengan analisis soal selidik yang menyatakan sebanyak 100%
pelajar lebih termotivasi, meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan juga menarik minat pelajar belajar
dengan menggunakan pendekatan pembelajaran ini. Penyelidik juga berpuas hati dengan perkembangan
yang ditunjukkan oleh pelajar semasa aktiviti dijalankan. Pelajar terlibat secara aktif dan saling
membantu rakan dalam menjelaskan miskonsepsi yang dihadapi oleh rakan-rakan yang lain. Bukanlah
mudah sebenarnya untuk menggalakkan para pelajar mengikuti aktiviti PdP dengan penuh minat serta
memberi tumpuan sepenuhnya terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah dalam sesi PdP.

7.4 Cadangan kajian selanjutnya

Pelajar dapat mencapai objektif pembelajaran mereka kerana kaedah mnemonik dan teknik 4Q in 1C
membolehkan mereka menggabungkan proses memori mereka. Penemuan ini sejajar dengan kajian
terdahulu yang menggunakan kaedah mnemonik. Berdasarkan penemuan tersebut, penyelidik

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

mencadangkan agar kaedah mnemonik harus digunakan untuk memudahkan hafalan proses Biologi lain
seperti glikolisis, tindak balas cahaya dalam fotosintesis dan Calvin Cycle. Pelajar juga harus
digalakkan menjadi lebih berdikari dan menyusun mnemonik mereka sendiri. Oleh kerana mnemonik
digunakan sebagai alat ingatan, beberapa kriteria harus dipenuhi agar mnemonik tersebut berkesan.
Mnemonik akronim dan frasa pendek perlu ringkas, pendek dan perlu mengelakkan perkataan yang
tidak perlu dan mesti mengandungi sebilangan besar fakta penting kerana itu akan membantu pelajar
memahami isi kandungan yang diinginkan. Pelajar harus dapat melukis carta atau gambarajah Biologi
proses dari mnemonik akronim dan frasa. Dari rajah tersebut mereka akan dapat menerangakn proses
Biologi dalam Bahasa Inggeris yang mudah tanpa menghilangkan fakta penting.

Bagi mnemonik akronim, penyelidik mencadangakan ia harus sederhana dan senang untuk
dingati dan dipelajari. Mnemonik tersebut juga harus membolehkan kata kunci diucapkan dengan jelas.
Penyelidik telah menegaskan perkara ini kepada pelajar dan berharap mereka akan mempertimbangkan
kriteria ini semasa mereka perlu membuat mnemonik mereka sendiri bagi memudahkan ingatan mereka
dalam topik-topik yang lain dan ianya tidak terhad untuk digunakan dalam Biologi sahaja. Ini kerana,
mungkin mnemonik buatan mereka menjadi yang paling berkesan untuk membantu penghafalan
mereka sendiri. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Biologi yang merupakan subjek “wordy” yang
memerlukan penerangan dan penjelasan yang panjang berjaya diajar dalam Bahasa Inggeris sekiranya
guru berinovatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Boyaci, S. D. B., & Atalay, N. 2016. A Scale Development for 21st Century Skills of Primary School
Students: A Validity and Reliability Study. International Journal of Instruction, 9(1): 43-48.

Brown, D. S. 2000. The lack of understanding of Biology concepts has raised questions concerning the
effectiveness of instruction as well as the inability of students to demonstrate what they have
learned., University of Missouri-Kansas City, Kansas City, Missouri.

Cakir, O. S., Yuruk, N., & Geban, O. 2001. Effectiveness of conceptual change text oriented instruction
on students’ understanding of cellular respiration concepts. Paper presented at the Paper
presented at the Annual Meeting of the National Association for Research in Science Teaching,
St Louis, MO.

Chiappetta, E. L., & Fillman, D. A. 1998. Clarifying the place of essential topics and unifying principles
in high school biology. Sch. Sci. Maths, 9: 21-25

De Vita, G. 2010. Learning styles, culture and inclusive instruction in the multicultural
classroom. A business and management perspective. Innovations in Education and Teaching
International. 38(2). 165-174

Duit, R., Teagust, D. F., & Mansfield, H. 1996. Investigating student understanding as a prerequisite to
improving teaching and learning in science and mathematics. Improving Teaching and Learning
in Science and Mathematics, 2(2): 17-31.


Click to View FlipBook Version