The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE NARTC 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by momokocyg, 2022-03-13 10:12:31

NARTC 2021

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE NARTC 2021

Keywords: NARTC 2021

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

6.2 Tindakan/ Aktiviti PdP (Penggunaan bahan/ aktiviti, Strategi Pengajaran,
Inovasi/ Kreativiti & Justifikasi)

Teknik Key-WEM ini diadaptasi daripada Kon Pengalaman Pembelajaran Dale (1964). Teknik
Key-WEM merangkumi ketiga-tiga tahap dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale iaitu
persimbolan (peta minda), pemerhatian (mencari dan menulis kata kunci) dan penglibatan
(penerangan).

Key – Keyword /Kata kunci W – Write/ Menulis
E – Explain/ Menerangkan

M – Mind map /Peta Minda

RAJAH 1: Teknik Key–WEM

6.2.1 Perancangan
Pelajar perlu memahami objektif pembelajaran yang perlu dicapai bagi setiap topik. Langkah
pertama yang perlu dilakukan oleh pelajar ialah dengan mengeluarkan kata kunci bagi setiap
subtopik yang dipelajari.

6.2.2 Pelaksanaan
Selepas pelajar mengeluarkan kata kunci bagi setiap subtopik, pelajar perlu menyediakan
jadual ringkas yang mengandungi dua lajur. Kata kunci ditulis pada lajur pertama dan pada
lajur kedua pelajar perlu menulis ayat yang lengkap berdasarkan kata kunci pada lajur pertama.
JADUAL 1 menunjukkan contoh penyediaan jadual kata kunci dan penerangan. Jadual kata
kunci dan ayat lengkap perlu disediakan di dalam ‘Google Slide’. Penggunaan ‘Google Slide’
ini membolehkan pelajar membuat perkongsian dan kolaborasi secara online (Lampiran 1)

Kata kunci JADUAL 1: Jadual kata kunci dan penerangan
1. Nucleotide Penerangan (ayat lengkap)

The basic unit of DNA is called as nucleotide which consist of
phosphate group, pentose sugar and nitrogenous base

2. Anti-parallel Two strands of DNA run in opposite direction

6.2.3 Penilaian
Selepas melengkapkan jadual kata kunci dan penerangan, pelajar perlu menerangkan kepada
pensyarah semasa sesi konsultasi bersama pensyarah. Pensyarah merekod pencapaian pelajar
di dalam log pelajar (JADUAL 2). Setiap kategori pencapaian direkod berdasarkan skala 1-5
mengikut penilaian yang bersesuaian dengan perincian skala (JADUAL 3). Sesi konsultasi
diadakan secara atas talian (Google meet) dan secara bersemuka (Lampiran 2)

98

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

JADUAL 2: Borang rekod pencapaian pelajar

Peserta Pencapaian (isi kandungan, penggunaan bahasa Inggeris) Skala 1-5, Keputusan

mengikut topik PSPM 1

T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 T8 T9 T10

P1
P2
P3
P4
P5

Skala JADUAL 3: Perincian skala pengukuran
5
4 Perincian/Spesifikasi
3 Pelajar dapat menguasai isi pelajaran dan menerangkan dengan lancar dan
2 tersusun dalam bahasa Inggeris
1 Pelajar dapat menguasai isi kandungan dan menerangkan menggunakan bahasa
Inggeris tetapi masih kurang yakin.
Pelajar dapat menguasai isi pelajaran tetapi menggunakan kedua-dua Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menerangkan isi pelajaran
Pelajar menguasai isi pelajaran dan dan tidak menggunakan bahasa Inggeris
dalam penerangan
Pelajar menguasai sebahagian isi pelajaran dan tidak menggunakan bahasa
Inggeris dalam penerangan

6.2.4 Pengukuhan
Setelah melakukan sesi penilaian bagi setiap topik yang dipelajari, pelajar perlu melengkapkan
peta minda menggunakan kata kunci yang telah dikenalpasti. Pada peringkat awal pelajar
menghasilkan peta minda menggunakan tulisan tangan. Namun dengan kemudahan pelbagai
digital tools dan untuk menggalakkkan pelajar menggunakannya, pelajar perlu menghasilkan
peta minda secara digital. Peta minda yang telah siap dimuatnaik ke aplikasi Wakelet.

7.0 PEMERHATIAN

7.1 Kaedah Penggumpulan Data
Berdasarkan kajian tindakan dengan menggunakan teknik Key-WEM ini, data dikumpul
menggunakan:

7.1.1 Analisis dokumen- Lembaran kerja
Pelajar dapat mengeluarkan kata kunci bagi setiap subtopik dan melengkapkan jadual dengan
baik (Lampiran 3). Pelajar dapat menulis ayat lengkap dan istilah yang tepat bagi setiap kata
kunci. Peta minda bagi setiap topik juga dapat disediakan dengan lengkap dan tersusun.
(Lampiran 4).

99

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

7.2.1 Temubual-transkrip

“Saya dapat ingat lebih cepat dengan menggunakan keywords, lepas dah ingat
senang sikit nak buat ayat”

Pelajar 1

“Saya lebih confident untuk explain di dalam kelas lepas jumpa dan bincang dengan
madam face to face masa konsultasi”

Pelajar 2

“Sebelum ni saya baca dan hafal content dari buku…lepas tu rasa banyak sangat
nak kena baca dan hafal.. tapi lepas madam suruh cari keywords, buat ayat penuh
dalam table tu lebih mudah untuk grab points penting”

Pelajar 3

“Saya lebih yakin untuk explain in English…sebab madam selalu galakkan kami
cakap dan explain content dalam bahasa Inggeris”

Pelajar 4

“Saya bukan tak mau jawab soalan bila madam tanya tapi rasa tak yakin, rasa takut
salah nak explain dalam Bahasa Inggeris.. tapi bila dah tau main points, tulis
dalam table dan paksa diri untuk explain masa jumpa madam, saya lebih paham
dan berani untuk jawab dalam kelas”

Pelajar 5

7.2 Analisis Data
Daripada pemerhatian semasa sesi perbincangan di dalam kelas dan sesi konsultasi (rekod
pencapaian pelajar (Lampiran 5) menunjukkan pelajar berusaha untuk memahami kandungan
pelajar dan pada masa yang sama berusaha meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam
perbincangan. Pelajar lebih aktif di dalam perbincangan dan lebih yakin untuk menjawab
soalan dan terlibat dalam perbincangan.

8.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN

8.1 Penerangan Perubahan
Pelaksanaan dan pendekatan teknik Key-WEM ini sebagai salah satu alternatif
penambahbaikan kaedah pengajaran pensyarah dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran Biologi dalam Bahasa Inggeris. Kaedah ini bukan sahaja dapat digunakan kepada
pelajar yang kurang menguasai Bahasa Inggeris malah pendekatan ini juga sesuai digunakan
untuk semua pelajar untuk meningkatkan ingatan dan kefahaman pelajar dalam matapelajaran
Biologi. Integrasi penggunaan bahan digital secara tidak langsung dapat meningkatkan
kemahiran dan menggalakkan pensyarah untuk meneroka dan mencari idea baru dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran serta merealisasikan pengajaran abad ke-21 dan aspirasi
RI4.0 yang menerapkan penggunaan bahan digital dan pembelajaran berpusatkan pelajar.

Teknik Key-WEM menggabungkan kaedah-kaedah yang dapat meningkatkan
pengusaaan Bahasa Inggeris pelajar secara menyeluruh dari segi pertuturan, penulisan dan

100

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

pemahaman kandungan pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Pendekatan ini sejajar dengan
aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mensasarkan
pelajar menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.

Pendekatan teknik Key-WEM ini juga menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan dapat mewujudkan pembelajaran yang lebih efektif. Perkara ini turut dijelaskan
oleh Dale bahawa pelajar hanya akan mengingat 10% daripada apa yang mereka baca, 20%
daripada apa yang mereka dengar, 30% daripada apa yang mereka lihat, 50% daripada apa yang
mereka dengar dan lihat, 70% daripada apa yang mereka katakan dan tulis, dan 90% dari apa
yang mereka katakan seperti yang mereka lakukan.

Penyediaan peta minda menerapkan elemen Science Technology Engineering, Art and
Mathematic (STEAM) yang secara umumnya sangat membantu pelajar dalam mengingat dan
memahami sesuatu topik. Penggunaan peta minda dalam proses PdP dapat membantu pelajar
untuk meningkatkan kefahaman mengenai isi pelajaran yang diajar (Awaatif & Norizan 2011).
Peta minda lazimnya memberikan ransangan visual dan meningkatkan motivasi pelajar untuk
melaksanakan ulang kaji secara kendiri (Mohd Mahzan, Abdul Razak & Mohd Muhaimi,
2014). Disamping itu, pendedahan dalam penghasilan peta minda secara digital memberi impak
yang lebih positif kepada pelajar apabila pejajar mengembangkan kreativiti mereka melalui
penerokaan aplikasi-aplikasi digital (dalam penghasilan peta minda mereka. Melalui aplikasi
digital, pelajar dapat berkolaborasi dengan rakan lain untuk menghasilkan peta minda dengan
lebih pantas.

8.2 Kekuatan & Kelemahan Kajian, Pencapaian Objektif serta Keberkesanan
Tindakan/ Aktiviti

Daripada pemerhatian dan analisis data, 5 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini telah
mencapai objektif kajian. Disamping itu, semua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang
ketara dalam keputusan Peperiksan Semester Program Matrikulasi berbanding keputusan SPM
(Lampiran 6).

Kesimpulannya penggunaan teknik Key-WEM dapat membantu pelajar menulis dan
mengingat isi pelajaran Biologi dalam bahasa Inggeris dengan lebih tepat serta meningkatkan
pemahaman dan pencapaian pelajar dalam subjek Biologi. Pendekatan teknik Key-WEM yang
melibatkan aktiviti menulis dan penerangan secara lisan juga dapat meningkatkan keyakinan
pelajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Biologi dan secara tidak
langsung meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris
menjadi bahasa teknologi bagi membolehkan negara menjadi lebih kompetitif dan berdaya
saing terutama dalam era dunia tanpa sempadan yang membentuk persekitaran lebih liberal
dalam penggunaan perkhidmatan dan sumber (Yahaya, Mohd Noor, Mokhtar, Mohd Rawian,
Othman, & Jusoff, 2009)

Manakala dari perspektif pengajaran, pensyarah perlu memahami bahawa kegagalan
individu untuk menguasai sesuatu ilmu bukanlah disebabkan oleh ketidakupayaan kognitif
tetapi lebih berpunca kepada pemilihan strategi kognitif yang mereka gunakan, Maizan (2015).
Justeru dengan menggunakan kaedah Key-WEM pensyarah dapat memberi ransangan kognitif
serta panduan kepada pelajar bagi mengoptimumkan ingatan, pemahaman dan keyakinan
pelajar.

Namun begitu terdapat beberapa perkara yang boleh ditambahbaik dalam pelaksanaan
kajian serta penggunaan teknik Key-Wem itu sendiri. Pelaksanaan kajian boleh ditambahbaik
dengan melibatkan sampel kajian yang lebih besar bagi mendapatkan maklumat yang lebih
menyeluruh terhadap keberkesanan penggunaan teknik Key-Wem ini. Namun begitu

101

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

pelaksanaan teknik Key-Wem memerlukan peruntukan masa bagi sesi konsultasi bersama
pensyarah. Sekiranya jumlah pelajar yang memerlukan bimbingan adalah terlalu ramai, kaedah
konsultasi yang bersesuaian perlu dilaksanakan.
RUJUKAN
Awaatif Ahmad & Norizan Esa. (2011). Kesan Penggunaan Perisian Kursus (Courseware)

dengan Peta Konsep Terhadap Pencapaian Pelajar. Asia Pacific Journal of Educators and
Eduction, 26, 51-70.
Maizan Muhammad, 2017. Teknik Mnemonik Sebagai Strategi Kognitif dalam Meningkatkan
Keupayaan Ingatan Pelajar Peringkat Pengajian Pra-U: Sorotan Kajian Lepas. Selangor:
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Mohd Muhaimi Abdul Rahman. (2014).
Penggunaan Peta Minda oleh Pelajar Pintar Cerdas dalam Pembelajaran Sejarah (The Use
of Mind Maps by Gifted Students in Learning History). Jurnal Pendidikan Malaysia 39(2),
95-100.
Surif, J., Ibrahim, N. H. & Kamaruddin, M. I. (2006). Masalah Pembelajaran Matematik Dalam
Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Tingkatan Luar Bandar. Universiti Teknologi
Malaysia
Yahaya, A., Ramli, J. & Boon, Y. Sumbangan Sikap Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata
Pelajaran Bahasa Inggeris. Sejauh Manakah Hubungan ini Relevan? Universiti Teknologi
Malaysia
Yahaya, M. F, Mohd Noor, M. A., Mokhtar, A. A., Mohd rawian, R., Othman, & Jusoff, K.
(2009). Teaching of Science and Mathematic in English: The teacher’s voice. English
Language Teaching, 2(2), 141-147.

102

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

9.0 LAMPIRAN

Lampiran 1: Penyediaan jadual dan kata kunci di dalam Google Slide

C (2021)

103

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Lampiran 2: Sesi konsultasi

Sesi konsultasi secara bersemuka

C (2021)

Sesi konsultasi atas talian

104

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Lampiran 3 : Jadual kata kunci dan penerangan dalam ayat yang lengkap

C (2021)

p

105

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Lampiran 4: Peta minda (tulisan tangan) dan peta minda digital

C (2021)

106

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Lampiran 5: Rekod konsultasi

Peserta Pencapaian (isi kandungan, penggunaan
T1 T2 T3 T4 T5

P1 1 3 3 4 4
P2 1 2 3 3 3
P3 2 2 2 3 4
P4 2 3 3 3 4
P5 2 3 4 4 5

C (2021)

Bahasa Inggeris) Skala 1-5, mengikut topik
T6 T7 T8 T9 T10
55545
44555
45555
45545
55555

107

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Lampiran 6: Rekod Peningkatan Pencapaian Pelajar

C (2021)

108

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Penggunaan Diagram ‘Resphogas’ untuk Meningkatkan Kefahaman dan Ingatan
Pelajar Dalam Pembelajaran Biologi

Noriantie binti Ibrahim

Kolej Matrikulasi Kedah, 06010 Changlun, Kedah,

[email protected]

Abstrak:Kajian ini dilaksanakan untuk menguji keberkesanan penggunaan diagram ‘Resphogas’ dalam membantu
pelajar memahami dan mengingat dengan mengaitkan kandungan pelajaran bagi topik Respirasi, Fotosintesis dan
Pertukaran Gas. Diagram ‘Resphogas’ dihasilkan berdasarkan Teori Pemindahan Pembelajaran (Transfer of
Learning) yang menghubungkan kandungan pelajaran antara topik. Penghasilan diagram ‘Resphogas’ ini juga
mengadaptasi prinsip Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian, dan Matematik (STEAM) dan pembelajaran
berasaskan projek (Project Based Learning, PBL) yang menggalakkan pembelajaran aktif dan kolaboratif dalam
kalangan pelajar. Kaedah ini juga dilaksanakan sebagai satu inisiatif untuk mengatasi masalah kekangan masa untuk
melengkapkan silibus berikutan perubahan takwim pembelajaran Program Matrikulasi 2020/2021. Kajian ini
melibatkan 45 orang pelajar kelas tutorial Biologi Semester Dua Sesi 2020/2021 yang terdiri daripada 7 orang pelajar
lelaki dan 38 orang pelajar perempuan. Hasil dapatan menunjukkan penggunaan diagram ‘Resphogas’ dapat
meningkatkan kefahaman pelajar bagi ketiga-tiga topik dan perkaitan kandungan pelajaran antara topik-topik tersebut
dengan berkesan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Integrasi STEAM dan PBL yang menerapkan pembelajaran
berpusatkan pelajar secara tidak langsung dapat menggalakkan penglibatan aktif dan menarik minat pelajar terhadap
pembelajaran Biologi dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar.

Kata kunci: Respirasi, Fotosintesis, Pertukaran Gas, STEAM, PBL

1.0 PENDAHULUAN

Biologi merupakan subjek wajib Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi
pelajar Modul 1 dan Modul 3. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut topik yang
telah ditetapkan di dalam Silibus Biologi Program Matrikulasi. Sesi pengajaran dan pembelajaran
di peringkat matrikulasi yang dilaksanakan dalam tempoh satu tahun memerlukan perancangan
dan pelaksanaan yang terbaik sebagai persediaan pelajar sebelum ke universiti. Justeru pelajar dan
pensyarah di kolej matrikulasi menghadapi cabaran yang tersendiri terutamanya dalam situasi
penularan wabak Covid 19. Pendidikan dalam norma baru memerlukan pendekatan yang
bersesuaian dan lebih berkesan bagi menangani permasalahan yang dihadapi iaitu dari segi
kekangan masa dan juga keterbatasan untuk pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara
bersemuka dengan pelajar.

Antara topik yang terdapat dalam garis panduan silibus Biologi Matrikulasi ialah
Respirasi, Fotosintesis dan Pertukaran Gas. Ketiga-tiga topik ini disusun dengan objektif
pembelajaran yang berasingan bagi setiap topik serta memerlukan XX jam pertembungan bagi
kelas tutorial. Hal ini menjadi kekangan kepada pensyarah untuk melengkapkan kesemua silibus
dalam tempoh masa yang telah disingkatkan ekoran kesan wabak Covid-19. Bagi pelajar pula,
mereka menghadapi kesukaran untuk memahami ketiga-tiga topik ini kerana ia melibatkan
hubungkait proses di antara ketiga-tiga topik yang diajar dalam sesi berasingan. Tambahan pula,
keadaan menjadi lebih mencabar bagi pelajar apabila tempoh masa disingkatkan.

109

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Justeru, diagram “Resphogas” telah dihasilkan bagi menggabungkan hubungkait antara
ketiga-tiga topik supaya pelajar mendapat gambaran awal tentang hubungkait proses-proses yang
terlibat walaupun ketika mereka baru mempelajari salah satu topik tersebut. Melalui diagram ini,
pelajar dapat memahami ketiga-tiga topik dengan lebih cepat dalam tempoh masa yang lebih
singkat.

2.0 REFLEKSI PdP YANG LALU

2.1 Refleksi
2.1.1 Refleksi Kendiri Pensyarah
Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut topik yang telah ditetapkan di dalam silibus
Program Matrikulasi. Pensyarah akan mengajar sesuatu topik mengikut peruntukan masa yang
telah ditetapkan dan menghabiskan setiap topik secara berasingan. Soalan-soalan juga disediakan
mengikut topik untuk menguji kefahaman pelajar. Namun begitu, perkaitan kandungan pelajaran
antara topik hanya disebut secara tidak langsung semasa sesi perbincangan. Hal ini kerana
hubungkait dengan topik seterusnya memerlukan penerangan yang lebih mendalam dan
menyebabkan kekeliruan kepada pelajar. Pensyarah tidak dapat menghuraikan dengan lebih lanjut
kerana terbatas dengan kekangan masa.

2.1.2 Refleksi/Aspek Pelajar
Berdasarkan pemerhatian dan temubual dengan pelajar, kebanyakan pelajar didapati kerap lupa
akan topik yang telah dipelajari sebelumnya. Apabila pensyarah bertanya dan meminta pelajar
membuat perkaitan kandungan antara topik, pelajar tidak dapat menjawab dan tidak dapat
menghubungkait kandungan pelajaran yang telah dipelajari dengan topik baru yang sedang
dibincangkan. Kebanyakan pelajar tidak dapat mengingat proses dan mereka mengadu terlalu
banyak kandungan pelajaran yang perlu diingat. Apabila pelajar tidak dapat memahami konsep
keseluruhannya, maka pelajar juga tidak dapat menjawab soalan yang memerlukan mereka
menghubungkait kandungan dalam topik-topik yang telah mereka pelajari.

2.1.3 Refleksi/ Aspek Lain
Kaedah pengajaran dan pembelajaran di Malaysia masih terikat dengan silibus. Silibus perlu
dihabiskan dalam masa yang telah ditetapkan kerana kandungan pelajaran akan diuji dalam
peperiksaan. Justeru pensyarah perlu lebih kreatif dan mempelbagaikan kaedah dalam membantu
pelajar memahami kandungan pelajaran dan pada masa yang sama dapat mengatasi kekangan-
kekangan yang ada.

2.2 Huraian Pengalaman P&P Yang Berkaitan Dengan Masalah Kajian
Topik Respirasi, Fotosintesis dan Pertukaran Gas merupakan topik yang melibatkan proses dan
antara topik yang agak sukar difahami oleh pelajar. Sesetengah pelajar hanya menghafal serta
kurang memahami konsep dan perkaitan antara ketiga-tiga topik tersebut. Pelajar mengambil masa
untuk mengingat sesuatu proses dan apabila mempelajari topik seterusnya mereka akan lupa topik
yang telah dipelajari. Pelajar tidak dapat mengaitkan kandungan pelajaran yang telah dipelajari
dengan topik seterusnya. Apabila pelajar tidak menguasai kandungan pelajaran yang menjadi asas
untuk pemahaman kandungan pelajaran seterusnya, ia menyebabkan pelajar merasakan terlalu
banyak kandungan pelajaran yang perlu dibaca. Pada dasarnya jika pelajar dapat mengaitkan

110

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

kandungan pelajaran bagi ketiga-tiga topik tersebut, mereka dapat mengingat dan memahami
keseluruhan topik dengan lebih mudah.

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi tahap kefahaman pelajar terhadap topik Respirasi,
Fotosintesis dan Pertukaran Gas. Namun kajian ini difokuskan kepada kaedah untuk membantu
pelajar memahami dan mengingat dengan mengaitkan kandungan pelajaran bagi ketiga-tiga topik
tersebut. Ketiga-tiga topik ini merupakan antara topik utama yang menyumbang sebahagian besar
markah dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Semester Dua (PSPMII).

Masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar ialah mereka hanya menghafal
kandungan pelajaran dan tidak dapat menghubungkan maklumat antara kandungan pelajaran. Hal
ini menyebabkan pelajar merasakan terlalu banyak kandungan pelajaran yang perlu dihafal
seterusnya tidak dapat menghubungkait proses secara keseluruhan. Justeru diharapkan teknik
Resphogas ini dapat membantu pelajar untuk memahami hubungkait antara ketiga-tiga topik
seterusnya dapat menerangkan keseluruhan kandungan pelajaran dengan baik.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Objektif umum
Meningkatkan pencapaian pelajar dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Semester
Dua (PSPMII)

4.2 Objektif khusus
Menilai keberkesanan penggunaan diagram ‘Resphogas’ dalam membantu pelajar memahami dan
mengingat serta mengaitkan kandungan pelajaran bagi topik Respirasi, Fotosintesis dan
Pertukaran Gas.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 45 orang pelajar dari 3 kelas tutorial Biologi Modul 3 yang dibawah seliaan
pengkaji pada Semester Dua Sesi 2020/2021. Mereka terdiri daripada 7 orang pelajar lelaki dan
38 orang pelajar perempuan. Kesemua pelajar berbangsa Melayu kecuali seorang pelajar
perempuan berbangsa Cina. Kesemua pelajar dari 3 kelas yang berbeza dipilih untuk melihat
keberkesanan diagram ‘Resphogas’ yang digunakan dengan lebih menyeluruh.

6.0 PERANCANGAN & PELAKSANAAN TINDAKAN

6.1 Pengumpulan Data Sebelum/Awal
Tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan
lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan telah dilakukan dengan mengumpulkan data seperti
berikut:

111

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

6.1.1 Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan semasa sesi perbincangan di dalam kelas untuk menilai kefahaman dan
penglibatan pelajar. Pelajar tidak dapat menerangkan proses bagi ketiga-tiga topik dengan baik,
kurang keyakinan dan membaca dari buku rujukan untuk menerangkan kandungan pelajaran
semasa sesi perbincangan. Malah terdapat sebahagian pelajar tidak memberikan jawapan apabila
disoal oleh pensyarah.

6.1.2 Temubual
Pelajar-pelajar yang didapati kurang aktif dan kurang berkeyakinan diri ketika di dalam kelas, telah
dipanggil untuk ditemubual secara tidak formal bagi mendapatkan maklumbalas mereka terhadap
faktor yang menyebabkan mereka bersikap demikian ketika di dalam kelas. Di dalam sesi
temubual ini juga pelajar ditanya beberapa soalan asas berkaitan ketiga-tiga topik bagi mengakses
tahap kefahaman mereka. Daripada temubual yang dilaksanakan, pelajar memaklumkan mereka
mengambil masa untuk memahami dan mengingat kandungan pelajaran yang banyak dan tidak
dapat mengaitkan kandungan pelajaran, apabila belajar topik baru, kebiasaannya pelajar akan lupa
kandungan pelajaran topik yang sebelumnya.

6.1.3 Ujian pra
Ujian pra dilaksanakan untuk menguji kefahaman pelajar. Setelah ujian pra (Lampiran 5)
dilaksanakan tiada pelajar mendapat markah penuh, markah paling tinggi ialah 13/15 dan majoriti
pelajar mendapat 8/15 dan ke bawah.

6.2 Tindakan / Aktiviti P&P
Tinjauan awal menunjukkan pelajar tidak dapat mengingat dan memahami ketiga-tiga topik
dengan baik walaupun perbincangan telah dilakukan di dalam kelas tutorial. Sebahagian pelajar
boleh memahami sesuatu topik tetapi tidak dapat mengaitkan kandungan pelajaran antara topik
dan mudah lupa maklumat yang telah dipelajari. Oleh itu sebagai inisitiatif untuk membantu
pelajar memahami dan mengingat, diagram ‘Resphogas’ dilaksanakan dalam kajian ini. Diagram
Resphogas ini menerapkan pembelajaran berasaskan projek (PBL) dan Science, Technology,
Engineering, Art and Mathematic (STEAM). Pendekatan pemebelajaran berasaskan projek
merupakan kaedah instruktional yang membenarkan pelajar membina dan mendapatkan ilmu
dalam menghasilkan hasil projek akhir secara koperatif dengan teknik ‘hands-on’ dan minds-on’
(Kaldi et al., 2011) . STEAM pula menggabungkan elemen keseniaan dalam STEM iaitu pelajar
diberi kebebasan untuk melukis, mewarna dan merekabentuk diagram ‘Resphogas’ mengikut
kreativiti masing-masing. Langkah-langkah pelaksanaan teknik diagram ‘Resphogas’ adalah
seperti berikut:

6.2.1 Perancangan
Pelajar dibahagikan kepada sembilan kumpulan yang terdiri daripada lima orang pelajar bagi
setiap kumpulan. Aktiviti ini dilaksanakan untuk menggalakkan perbincangan dikalangan pelajar
dan pembelajaran berpusatkan pelajar.

6.2.2 Pelaksanaan
Pelaksanaan aktiviti melibatkan pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBL) dan
mengadaptasikan prinsip Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian, dan Matematik (STEAM).

112

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Setiap kumpulan pelajar perlu menyiapkan tugasan untuk menghasilkan diagram ‘Resphogas’ iaitu
diagram yang mengaitkan kandungan pelajaran bagi topik Respiration, Photosynthesis dan
Gaseous Exchange. Pelajar perlu melukis, melabel, mewarna dan menerangkan proses-proses
yang terlibat dalam kertas lukisan mengikut kreativiti masing-masing.

6.2.3 Penilaian
Proses menilai keberkesanan penggunaan diagram ‘Resphogas’ dalam membantu pelajar

memahami dan mengingat serta mengaitkan kandungan pelajaran bagi topik Respirasi,

Fotosintesis dan Pertukaran Gas ini melibatkan 2 aktiviti iaitu pembentangan dan ujian pos.

6.2.3.1 Pembentangan

Setelah menyiapkan diagram ‘Resphogas’, setiap kumpulan perlu membentangkan diagram yang
dihasilkan. Pensyarah merekod pencapaian pelajar di dalam log pelajar (JADUAL 1). Setiap
kategori pencapaian direkod berdasarkan skala 1-5 mengikut penilaian yang bersesuaian dengan
perincian skala (JADUAL 2).

Kumpulan JADUAL 1: Borang rekod pencapaian pelajar 5

1 Skala pencapaian (1-5)
2 1234
3
4
5
6
7
8
9

Skala JADUAL 2: Perincian skala pengukuran
5
4 Perincian/Spesifikasi
3 Pelajar dapat menguasai isi pelajaran dan mengaitkan ketiga-tiga topik dengan
2 jelas, tepat dan yakin.
1 Pelajar dapat menguasai isi pelajaran dan mengaitkan ketiga-tiga topik dengan
baik
Pelajar dapat menguasai isi pelajaran dan mengaitkan sebahagian isi kandungan
antara ketiga-tiga topik
Pelajar menguasai isi pelajaran tetapi masih tidak dapat mengaitkan kandungan
pelajaran antara ketiga-tiga topik
Pelajar menguasai sebahagian isi pelajaran dan tidak dapat mengaitkan
kandungan pelajaran antara ketiga-tiga topik

113

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

6.2.3.2 Ujian pos
Ujian pos dilaksanakan untuk menguji kefahaman dan ingatan pelajar berdasarkan perbincangan
dalam kumpulan, penghasilan dan pembentangan diagram ‘Resphogas’ (Lampiran 6)

7.0 PEMERHATIAN
Berdasarkan kajian tindakan dengan menggunakan diagram ‘Resphogas’ ini, data dikumpul
menggunakan:

7.1 Analisis dokumen- Penghasilan Diagram ‘Resphogas’
Setiap kumpulan pelajar dapat menghasilkan diagram ‘Resphogas’ yang menerangkan dan
mengaitkan kandungan pelajaran bagi ketiga-tiga topik dengan baik (Lampiran 3). Ketiga–ketiga
topik ini melibatkan proses-proses yang saling berkait. Justeru dengan mengaitkan penerangan
kandungan pelajaran bagi ketiga-tiga topik ini dapat membantu pelajar mendapat gambaran yang
lebih jelas dalam memahami dan mengingat keseluruhan kandungan pelajaran bagi ketiga-tiga
topik tersebut.

Pembinaan diagram ‘Resphogas ini berdasarkan Teori Pemindahan Pembelajaran
(Transfer of Learning) dimana pensyarah perlu mengaitkan perkara baru yang diajar kepada
pengetahuan sedia ada. Apabila bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada, pengajaran
menjadi lebih berkesan. Pelajar perlu diingatkan tentang perkaitan antara pembelajaran baru
dengan yang lama dalam bentuk kategori. Maka maklumat baru akan disimpan dalam kategori
tertentu yang teratur dan memudahkan proses mengingat kembali.

7. 2 Pembentangan
Pelajar dapat membentangkan diagram ‘Rephogas’ yang dihasilkan dengan baik. Enam kumpulan
mendapat skala pencapaian 5 dan tiga kumpulan dengan pencapaian skala 4. Sesi pembentangan
berjalan dengan lancar dan dapat dilihat peningkatan keyakinan pelajar menyampaikan kandungan
pelajaran. Apabila pensyarah menyoal, pelajar juga dapat menjawab dan memberi respon yang
baik. Pelajar dapat mengaitkan kandungan pelajaran, mereka dapat memahami dan mengingat
keseluruhan kandungan pelajaran ketiga-tiga topik dengan baik. (Lampiran 4). Ini membuktikan
bahawa bahan pengajaran yang berbentuk visual bukan sahaja memudahkan pelajar mengingat
idea-idea penting malah juga memudahkan pelajar menghuraikan kandungan pelajaran. Hal ini
bertepatan dengan kenyataan Ismail (2009) yang menyatakan bahawa bahan-bahan grafik dan
gambar-gambar yang dilukis mampu merangsang pemikiran, memudahkan pemahaman dan
mengukuhkan daya ingatan pelajar.

114

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

7.3 Analisis Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

JADUAL 3: Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Markah Bilangan Pelajar

12-15 Ujian pra Ujian pos
9-11 5 17
6-8 8 20
3-5 11 8
0-2 13 0
8 0

Hasil analisis ujian pra dan ujian pos yang dilaksanakan bagi kedua-dua ujian ini menunjukkan
peningkatan pencapaian pelajar di dalam ujian pos. Kesemua pelajar mendapat 8/15 dan ke atas
dan seramai 14 orang mendapat markah penuh iaitu 15/15. Keputusan ini menunjukkan
penggunaan diagram ‘Resphogas’ membantu pelajar memahami dan mengingat kandungan
pelajaran bagi ketiga-tiga topik dengan baik.

8.0 REFLEKSI & KESIMPULAN
Penggunaan diagram ‘Resphogas’ dapat membantu pelajar mengingat dan memahami kandungan
pelajaran Biologi dengan baik bagi ketiga-tiga topik. Teknik diagram ‘Resphogas’ ini boleh terus
dilaksanakan untuk pengajaran pada masa hadapan kerana ia dapat membantu pelajar mengaitkan
kandungan pelajaran antara topik, seterusnya dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar.

Penerapan PBL dalam penghasilan diagram ‘Resphogas’ merangsang kreativiti pelajar
serta menggalakkan aktiviti berkumpulan yang memerlukan kerjasama antara pelajar sekaligus
saling membantu pelajar yang kurang memahami. Dari segi keberkesanan kerja secara berpasukan,
telah banyak kajian menunjukkan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif adalah lebih baik
daripada pembelajaran secara individu (Johnson dan Johnson, 1999). Melalui sesi pembentanan
secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran dan keyakinan para pelajar ketika
berhadapan dengan rakan-rakan lain. Seterusnya, strategi ini juga dapat memupuk minat terhadap
pembelajaran dan daya kreatif pelajar serta mampu mengembangkan kemahiran psikomotor dan
daya kreatif pelajar-pelajar.

Manakala penerapan elemen STEAM dalam menhasilkan diagram ‘Resphogas’ ini secara
tidak langsung menggalakkan stimulasi deria yang meningkatkan kreativiti pelajar. Kajian
penyelidikan yang dijalankan oleh McGrath & Brown (2005) mencadangkan bahawa seni visual
mempunyai potensi sebenar untuk meningkatkan kognisi dalam pendidikan ‘STEM’. Manakala
dapatan utama kajian Henriksen (2011) menunjukkan pengajaran menggabungjalin seni membawa
lebih kepada motivasi, penglibatan dan memberi kesan kepada pembelajaran berasaskan STEM

Pendekatan diagram ‘Resphogas ini juga menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih efektif. Perkara ini turut
dijelaskan oleh Dale bahawa pelajar hanya akan mengingat 10% daripada apa yang mereka baca,
20% daripada apa yang mereka dengar, 30% daripada apa yang mereka lihat, 50% daripada apa
yang mereka dengar dan lihat, 70% daripada apa yang mereka katakan dan tulis, dan 90% daripada

115

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

apa yang mereka katakan seperti yang mereka lakukan. Pendekatan ini dapat merealisasikan
pengajaran abad ke-21 yang menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar

Pelaksanaan dan pendekatan diaram ‘Resphogas’ ini sebagai salah satu alternatif
penambahbaikan kaedah pengajaran pensyarah dengan lebih berkesan dan masa yang sama dapat
melengkapkan silibus walaupun perlu dilaksankan dalam tempoh yang terhad. Konsep diagram
‘Resphogas’ ini juga sesuai digunakan untuk topik-topik lain yang mempunyai hubungkait antara
topik.

Walaubagaimanapun penambahbaikan akan dilaksanakan dengan menerapkan unsur
permainan seperti penggunaan kad imbas dan ‘puzzle’ untuk aktiviti pengukuhan. Pensyarah juga
boleh menganjurkan pertandingan untuk menggalakkan persaingan positif dan meningkatkan
inisiatif pelajar untuk menghasilkan projek (diagram) yang lebih baik. Selain itu, kaedah ini juga
boleh diaplikasikan untuk topik-topik lain yang berkaitan dan digunakan dalam matapelajaran lain
selain Biologi.

.
RUJUKAN
Henriksen, D. (2014). Full STEAM ahead: creativity in excellent STEM teaching practices. The

STEAM Journal: Vol.1: Iss. 2, Article 15. DOI: 10.5642/steam.20140102.15
Ismail Zain (2009). Kepentingan peta minda.Diakses daripada http://www.tutor.com.my

/tutor/motivasi/index.asp?pg=artikel/petaminda1.htm pada 8.4.2021.
Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1999). Learning together and alone. Cooperative, competitive

and individualistic learning (5thed.)
Kaldi,S., Filipatou, D. & Govaris, C. (2011). Project Based Learning in Primary Schools Effects

on Pupils’ Learning and Studies. Education, 39(1), 35-47
Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan

Malayysia 2013-2025
McGrath, M.B., and Brown, J. R. (2005). Visual learning for science and engineering, computer

graphics and applications. IEEE, 25(5), 56-63.

116

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

LAMPIRAN
Lampiran 1: Penghasilan diagram ‘Resphogas’ secara berkumpulan

117

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Lampiran 2: Borang rekod pencapaian pelajar

Kumpulan Skala pencapaian (1-5)
23
1 4 5
/
1 /

2 /

3/ /
/
4 /

5/

6/

7

8

9

118

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Lampiran 3: Diagram ‘Resphogas’ yang dihasilkan oleh setiap kumpulan pelajar

119

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Lampiran 4: Pembentangan diagram ‘Resphogas’

120

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Lampiran 5: Soalan Ujian Pra

121

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Lampiran 6: Soalan Ujian Pos

122

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Tahap Kefahaman Asas Kimia Organik Dalam Kalangan Pelajar Modul 1 Di
Kolej Matrikulasi Kedah

Suhaila Hanim Binti Shaari
Unit Kimia, Kolej Matikulasi Kedah, Kementerian Pendidikan Malaysia

[email protected]

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kefahaman asas pelajar terhadap kimia organik di peringkat
kolej matrikulasi. Kajian asas ini dijalankan secara rawak ke atas 68 orang pelajar modul 1 jurusan sains di
Kolej Matrikulasi Kedah. Instrumen yang digunakan ialah ujian asas kimia organik yang terdiri dari 20 soalan
objektif asas kimia organik yang di ambil dari soalan tutorial dan silibus kimia peperiksaan SPM. Soalan-soalan
ini dipilih untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap kimia organik dan topik yang ditanya juga telah
mereka pelajari di tingkatan 5. Instrumen soalan ini telah dinilai dan ditentusahkan oleh pensyarah cemerlang
dan pensyarah ‘subject matter expert’ (SME) Unit Kimia. Daripada analisis ke atas dapatan kajian, didapati
tahap kefahaman pelajar terhadap kimia organik adalah ditahap sederhana. Sebagai rumusan, pensyarah-
pensyarah Unit Kimia Kolej Matrikulasi Kedah perlu membuat penambahbaikkan terhadap kaedah pengajaran
dan pembelajaran kimia organik agar sesuai dengan tahap kefahaman dan kebersedian mereka. Pelajar-pelajar
juga boleh menyesuaikan teknik pembelajaran agar sesuai dengan tahap kefahaman mereka.

Kata Kunci: Kimia organik, pengajaran dan pembelajaran, tahap kefahaman pelajar.

1.0 PENGENALAN

Kimia merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar program
matrikulasi yang mengkhusus dalam jurusan sains. Berdasarkan objektif yang digariskan
dalam silibus kimia matrikulasi, kurikulum kimia direkabentuk untuk menyediakan pelajar
dengan ilmu-ilmu kimia sebagai persediaan untuk mengikuti kursus-kursus yang berkaitan
dengan sains dan teknologi di peringkat jazah pertama di institusi-institusi pengajian tinggi
dalam dan luar negara (MOE, 2012).

Kimia organik pula merupakan sebahagian besar sub bidang yang perlu dipelajari oleh
peląjar aliran sains dan teknikal. Kimia organik dipelajari semasa pelajar berada di semester
kedua program matrikulasi. Topik-topik yang dipelajari bagi pelajar aliran sains meliputi,
pengenalan kepada kimia organik, sebatian hidrokarbon (alkana, alkena dan sebatian benzena)
hinggalah ke sebatian polimer (MOE, 2012).

Menurut Taber (2000) dan Nieswandt & West (2007), kimia merupakan subjek yang
sukar dipelajari bahkan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi (tertiary level). Kimia juga
telah dikenalpasti sebagai satu subjek yang sukar oleh kebanyakan pelajar dan kemerosotan
bilangan pelajar yang mempelajari kimia telah dikenalpasti di kebanyakan negara (Reid, 2008).
Ini kerana penerangan yang melibatkan fenomena kimia tidak hanya melibatkan konsep dan
model sahaja, bahkan ia juga melibatkan cara penyampaian dan penerimaan daripada
perspektif berbeza yang saling berkaitan seperti pengalaman, model dan visualisasi (Talanquer,
2011).

222

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Pengajaran dan pembelajaran kimia organik di universiti dikategorikan sebagai kursus
yang sangat sukar dengan kadar kegagalan pelajar di beberapa universiti adalah tinggi iaitu
diantara 30-50% (Grove, Hershberger, & Bretz, 2008). Faktor utama mengapa kimia organik
dilihat sukar daripada sudut pemahaman pelajar kerana kimia organik tidak ada penyelesaian
masalah yang melibatkan pengiraan matematik, memerlukan pemikiran secara tiga dimensi
dan ia mempunyai kosa kata baru yang luas (Ellis, 1994). Amalan pengajaran semasa juga
didapati bertumpu pada penggunaan soalan-soalan latihan. Penggunaan pendekatan sebegini
kerap dikaitkan dengan pembelajaran hafalan dan punca ketekalan miskonsepsi dalam kimia
(Gabel,1999). Malah pengajaran sedemikian cenderung membawa kepada amalan yang
dipanggil sebagai "teaching to the test” (pengajaran untuk ujian). Semua ini boleh memberi
kesan negatif terhadap matlamat penguasaan konsep-konsep asas kimia yang disasarkan kursus
kimia matrikulasi (MOE, 2012). Sebagai maklumat awal kepada penyelidik, kajian tahap
kefahaman pelajar terhadap matapelajaran kimia organik ini dijalankan untuk mendapatkan
input tentang kefahaman dan penguasaan asas kimia organik di kalangan pelajar matrikulasi
khususnya pelajar aliran sains.

1.1 PENYATAAN MASALAH
Saban tahun, pensyarah sering mengalami kesukaran dalam mengajar topik kimia organik
kerana bilangan pelajar dalam satu-satu kelas yang agak ramai dan mereka mempunyai banyak
peringkat kefahaman. Terdapat pelajar yang amat tinggi tahap kefahaman dan mudah belajar.
Ada pelajar yang ‘slow learner’ dan mempunyai tahap kefahaman yang rendah. Ini
menyebabkan pensyarah terpaksa mengajar topik yang sama berulang kali kerana ada pelajar
yang boleh masih tidak faham topik kimia organik. Masalah ini sedikit sebanyak telah
mengganggu proses pdp dan melambatkan kelas.

Pada pendapat penyelidik, setiap pensyarah perlu mengetahui tahap kefahaman setiap
kelas yang diajar. Pengetahuan berkaitan dengan kefahaman pelajar sendiri dapat membantu
pensyarah merangka teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kefahaman pelajar.

1.2 PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap kefahaman asas pelajar modul 1, Kolej Matrikulasi Kedah terhadap
kimia organik?

1.3 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji tahap kefahaman asas pelajar modul 1, Kolej Matrikulasi Kedah terhadap
kimia organik.

223

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

1.4 FOKUS KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada topik kimia organik sahaja kerana bidang ini tidak sama dengan
bidang kimia yang lain. Dari pengalaman penyelidik, pelajar agak sukar memahami topik ini
walaupun mereka telah mempelajarinya sejak dari peringkat tingkatan 4 dan 5 lagi. Setelah
pelajar-pelajar ini memasuki alam matrikulasi, mereka seolah-olah lupa dan tidak memahami
banyak perkara. Berdasarkan pengalaman ini, penyelidik ingin memfokuskan untuk mengkaji
sejauh manakah tahap kefahamas asas mereka terhadap bidang kimia organik yang mereka
bawa dari sekolah menengah.

Menyedari hakikat bahawa pelajar jurusan sains akan mempelajari hampir 70% topik
kimia organik semasa semester kedua, penyelidik perlu tahu dari awal tahap kefahaman asas
pelajar agar teknik dan kaedah pengajaran dapat dirancang sesuai dengan tahap mereka. Kajian
ini amat penting untuk para pensyarah dan pelajar supaya meraka dapat bersedia dengan segala
teknik belajar dan juga mengajar.

1.5 SKOP KAJIAN

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar modul 1 jurusan sains di Kolej Matrikulasi Kedah.
Respondan yang terlibat dengan rela hati menjawab soalan Ujian Pencapaian Kimia Organik
yang dimuat naik di laman web Quizizz. Dapatan kajian ini tidak menunjukkan tahap
kefahaman asas keseluruhan pelajar kolej matrikulasi seluruh Malaysia.

1.6 KERANGKA KONSEPTUAL

Rajah 1: Kerangka konseptual kajian

Kimia Organik

Ujian Pencapaian TAHAP Pensyarah
Kimia Organik KEFAHAMAN ASAS Teknik

KIMIA ORGANIK pengajaran
PELAJAR
Pelajar
Teknik belajar

224

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

2.0 KAJIAN LITERATUR

Pembelajaran kimia organik sebenarnya adalah pembelajaran berasaskan konsep. Konsep dan
teori sukar seperti kumpulan berfungsi, sintesis dan mekanisme tindak balas organik,
menyebabkan pelajar memilih untuk memahami terma-terma tersebut secara hafalan. Tetapi
pemahaman sebenar menuntut pelajar lebih memahami kefahaman konseptual dengan cara
yang lebih bermakna (Johnstone, 1991). Jika dilihat kepada pencapaian pelajar di dalam
peperiksaan, kita tidak boleh mengambil kira bahawa jika pelajar mendapat gred yang baik,
mereka faham sepenuhnya apa yang dipelajari. Ini kerana berdasarkan kepada kajian-kajian
yang lepas, penyelidik menemui bukti berlakunya miskonsepsi, pembelajaran hafalan dan pada
topik-topik kimia asas tertentu ada pelajar yang masih tidak memahani apa yang mereka
pelajari (Bodner & Klobucher, 2001).

Tahap kefahaman pelajar biasanya diukur dengan melihat kepada pencapaian pelajar
sama ada melalui skor ujian atau pun skor peperiksaan akhir. Sebagai contoh di Amerika,
pelajar-pelajar diperingkat pra universiti diukur tahap pencapaian mereka di dalam subjek
kimia am dan kimia organik melalui peperiksaan khas seperti peperiksaan SAT dan ACS (Xu,
Villafane & Lewis, 2013). Selain itu, terdapat ujian-ujian pencapaian yang dibangunkan oleh
penyelidik-penyelldik terdahulu yang bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman pelajar
seperti Ujan Kompetens Kimia (Potgieter & Davidowitz, 2011) untuk kimia am, Skala
Pemahaman Konseptual (Bayrak, 2013) untuk kefahaman tentang konsep asid-bes dan Ujian
Pencapaian Kimia (Merchant et al., 2013) untuk aplikasi teori VSEPR.

Ujian pencapaian dilihat dapat mengukur tahap pencapaian seseorang pelajar dalam
topik pengajaran yang dikaji. Oleh itu, penyelidik memilih Ujian Pencapaian Kimia Organik
sebagai instrumen dalam mengukur tahap kefahaman asas kimia organik pelajar-pelajar
matrikulasi aliran sains. Menurut Azraai & Othman (2015), terdapat banyak faktor yang
menyumbang kepada tahap kefahaman asas seseorang pelajar seperti faktor latar belakang
pelajar, demografi, kognitif dan lain-lain. Namun begitu, penyelidik tidak mengkaji berkaitan
faktor-faktor tersebut dan hanya menumpukan kepada tahap kefahaman asas kimia organik
sahaja.

3.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

3.1 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian tindakan secara tinjauan untuk mengenal pasti tahap kefahaman
asas pelajar dalam bidang kimia organik. Kajian ini penting untuk penyelidik membuat
keputusan sama ada jurang yang perlu diperbaiki melalui kajian-kajian seterusnya yang
melibatkan pembelajaran kimia organik. Penentuan tahap kefahaman asas ini ditentukan
dengan menggunakan Ujian Pencapaian Kimia Organik yang telah dijalankan secara online di
laman web Quizizz.

225

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

3.2 SAMPEL KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Kolej Matrikulasi Kedah, Changloon, Kedah. Sampel diambil secara
rawak yang terdiri dari 68 orang pelajar modul 1 jurasan sains. Sampel adalah dari kumpulan
pelajar kelas penyelidik dan tidak dikelaskan ke dalam mana-mana kumpulan. Pelajar-pelajar
ini menjawab soalan Ujian Pencapaian Kimia Organik secara sukarela dan ujian ini telah
dijalankan secara online di laman web Quizizz.

3.3 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Pencapaian Kimia Organik. Ujian ini
digunakan untuk mengenal pasti keperluan tahap pengetahuan pelajar terhadap konsep asas
kimia organik. Soalan-soalan dibina dan dipilih dari soalan tutorial topik ‘Pengenalan Kepada
Kimia Organik’ dan juga soalan-soalan kimia tingkatan 5. Ujian Pencapaian Kimia Organik
ini mengandungi 20 soalan objektif yang telah dimuat naik di laman web Quizizz. Tiada
peruntukan masa yang diperlukan untuk menjawab soalan ini. Markah pelajar akan dipaparkan
setelah pelajar habis menjawab dan semua markah ini direkodkan untuk dianalisis.

3.4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA
Data yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan analisis statistik
deskriptif. Menurut Chua (2012), statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri
pemboleh ubah. Statistik deskriptif yang digunakan data kecenderungan berpusat seperti min,
max, purata, mod dan median. Selain itu data serakan juga digunakan seperti sisihan piawai
dan varians. Data dikumpul dari laman web Quizziz dan dianalisis dengan menggunakan
Microsoft Excell. Dapatan data kemudiannya dibandingkan dengan tahap pencapaian pelajar
dalam peperiksaan yang diguna pakai oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap kimia organik.

3.4 KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN
Ujian Pencapaian Kimia Organik yang digunakan sebagai instrument dalam kajian ini
merangkumi 20 soalan objektif yang diambil dari tutorial topik Pengenalan Kepada Kimia
Organik dan juga soalan-soalan kimia tingkatan 5. Soalan-soalan ini terlebih dahulu telah
disemak oleh seorang pensyarah SME (Subject Matter Expert) dan soalan seorang pensyarah
senior dari Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Kedah. Hasil semakan ini, instrumen ujian ini
mendapat kebolehpercayaan yang tinggi dan komen yang baik.

226

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

4.0 PEMERHATIAN

Dapatan data dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel. Statistik deskriptif digunakan
sepenuhnya untuk mengenalpasti tahap kefahaman asas kimia organik pelajar modul 1 Kolej
Matrikulasi Kedah. Berikut adalah jadual dapatan data:

Jadual 2: Dapatan data deskriptif

KECENDERUNGAN MEMUSAT

MIN/MINIMUM 30.00

MAX/MAXIMUM 100.00

MEDIAN 75.00

MEAN/PURATA 70.74

MODE/MOD 85.00

SERAKAN

RANGE/SELA 70.00

STND DEVIATION/ SISIHAN PIAWAI 18.69

VARIANS 349.45

4.1 HURAIAN DAPATAN DATA

Berdasarkan dapatan data dalam jadual 2, purata pencapaian pelajar dalam Ujian Pencapaian
Kimia Organik adalah 70.74. Pencapaian ini menunjukkan tahap kefahaman asas pelajar modul
1 di Kolej Matrikulasi Kedah adalah dalam tahap sederhana. Penentuan tahap kecemerlangan
ini adalah berdasarkan gred markah yang sering digunakan di Unit Kimia Kolej Matrikulasi
Kedah. Selain dari itu, berdasarkan data mod, didapati ramai pelajar memperolehi markah 85
dan median pula adalah 75. Ini menunjukkan ramai pelajar berada di tahap sederhana dengan
markah 75 ke atas.

Untuk data serakan pula, dapatan menunjukkan bahawa sisihan piawai ialah 18.69. Ini
menunjukkan jurang data markah pelajar agak luas. Ia terbukti dari dapatan sela markah iaitu
70. Huraian dapatan data ini dapat dapat menjelaskan bahawa pelajar-palajar Modul 1 Kolej
Matrikulasi Kedah mempunyai jurang pengetahuan ilmu kimia organik yang jauh. Ada pelajar
yang tinggi tahap pengetahuannya dan ada pelajar yang rendah tahap pengetahuannya terhadap
kimia organik. Namun begitu secara keseluruhan purata tahap pengetahuan mereka adalah di
tahap sederhana.

5.0 KESIMPULAN

5.1 PERBINCANGAN

Dari analisis data, penyelidik dapat merumuskan bahawa tahap kefahaman asas dalam kimia
organik bagi pelajar modul 1 jurusan sains, Kolej Matrikulasi Kedah adalah dalam tahap
sederhana. Terdapat juga jurang yang besar dalam kefahaman mereka dan ini menunjukkan

227

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

terdapat kumpulan pelajar yang bertahap rendah dan kumpulan pelajar tahap tinggi. Keputusan
ini telah menjawab persoalan kajian yang telah dinyatakan.

Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan kajian Azraai dan Othman (2015), yang telah
menjalankan kajian berkaitanan tahap kefahaman kimia organik bagi pelajar-pelajar jurusan
teknikal di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor. Walaupun pelajar cemerlang pada semester 1,
konsep kimia lebih tertumpu kepada kimia fizikal (lebih kepada arithmetik) manakala kimia
organik tertumpu kepada konsep visualisasi yang abstrak di mana pelajar perlu faham secara
terperinci. (Azraai & Othman, 2015).

Walaupun kekurangan kajian berkaitan dengan tahap kefahaman asas kimia organik di
peringkat dalam negara dan luar negara, namun saya bersyukur kerana kajian oleh Azraai &
Othman (2015) amat membantu dan memberi ilham kepada saya. Berdasarkan kajian mereka
saya dapat merangka sendiri metadologi dan perincian kajian ini.

5.5 CADANGAN

Berdasarkan dapatan kajian, terdapat beberapa cadangan dapat dilaksanakan. Cadangan
pertama ada untuk para pensyarah. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman asas kimia
organik bagi pelajar modul 1 adalah tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa pengetahuan
pelajar tidak terlalu lemah dan tidak terlalu cemerlang. Teknik pengajaran dan pembelajaran
pensyarah perlu diubah dan ditambah baik selaras sengan tahap kefahaman pelajar.

Selari dengan peredaran zaman, kaedah pengajaran dan pembelajaran secara maya
(online) dan teknologi digital boleh digunakan. Pelajar juga boleh digalakkan belajar dalam
kumpulan dan membuat pembentangan agar pensyarah boleh mengenalpasti kelemahan
mereka. Pensyarah perlu mengelak dari menggunakan teknik pengajaran satu hala di mana
kaedah ini menyebabkan pelajar menjadi pasif dan penyarah tidak dapat mengenal pasti pelajar
mana yang kurang faham. Pembelajaran secara video dan permainan juga dapat menarik minat
pelajar. Walaupun kaedah ni mengambil masa yang lama, namun pensyarah boleh
menggunakan teknik ini untuk menarik minat pelajar.

Cadangan kedua adalah bagi pihak pelajar. Penyelidik berpendapat pelajar yang telah
menjalani Ujian Pencapaian Kimia Organik ini perlu diberitahu dapatan keputusan ujian
mereka. Dengan cara ini, pensyarah boleh menasihatkan pelajar agar menambahbaik teknik
belajar agar bersesuaian dengan tahap kefahaman mereka. Pelajar yang ditahap lemah perlu
mengambil pendekatan berlainan dari pelajar yang ditahap cemerlang. Dengan berlakunya
penambahbaikkan dari segi teknik belajar ini, pembelajaran kimia organik akan menjadi lebih
menyeronokkan dan mudah difahami.

5.3 KESIMPULAN KESELURUHAN

Setelah kajian ini dijalankan, ia memberikan gambaran tahap kefahaman asas pelajar terhadap
kimia organik. Gambaran ini dapat menentukan keperluan dan masalah yang dihadapi dalam
pengajaran dan pembelajaran kimia organik di Kolej Matrikulasi Kedah. Dapatan Ujian

228

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Pencapaian Kimia Organik menunjukkan tahap kefahaman pelajar dalam kimia organik adalah
tinggi dengan nilai normatif yang tinggi pada tahap sederhana. Berdasarkan kepada dapatan
data, pensyarah perlu merancang satu kaedah pengajaran dan pembelajan yang holistik agar
selari dengan tahap penguasaan pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran pensyarah dan
pelajar juga perlu melalui penambahbaikkan supaya proses pembelajaran kimia organik akan
menjadi lebih bermakna.

6.0 RUJUKAN

Azraai Othman & Othman Talib. Tahap Kefahaman Asas Kimia Organik Dalam Kalangan
Pelajar Kolej Matrikulasi Aliran Teknikal. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Malaysia. Vol.5 No.2 Jun 2015/ ISSN 2232-0393

Chua Yan Piaw. (2012). Asas Statistik Penyelidikan (Edisi Kedua). Malaysia. McGraw-Hill
Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Bayrak, B. K. (2013). Using Two-Tier Test to Identify Primary Students 'Conceptual
Understanding and Alternative Conceptions in Acid Base. Mevlana International Journal
of Education, 3(2), 19-26.

Bodner,G., & Klobucher,M. (2001). The Many Forms of Constructivism. Journal of Chemical
Education, 78(1107).

Ellis, J. W. (1994). How Are We Going to Teach Organic if Task Force Has its Way? Journal
of Chemical Education, 71(5), 399-403.

Gabel, D. (1999). Improving Teaching and Learning through Chemistry Education Research:
A Look to the Future. Journal of Chemical Education, 764), 548.
http:/doi.org/10.1021/ed07p548.

Grove, N.P., Hershberger, J. W, & Bretz, S. L. (2008), Impact of a spiral organic curriculum
on student attrition and learning. Chemistry Education Research and Practice, 9(2), 157.
http:/ldoi.org/10.1039/b806232n.

Johnstone, A. H. (1991). "Why is science difficult to learn? Things are seldom what they seem."
Journal of Computer Assisted Learning, (7), 75-83.

Merchant, Z., Goetz, E. T., Keeney-Kennicutt, W., Cifuentes, L., Kwok, O., & Davis, T.J.
(2013). Exploring 3-D virtual reality technology for spatial ability and chemistry
achievement, Journal of Computer Assisted Learning, 29(6), 579-590.
http://doi.org/10.1111/jcal. 12018.

MOE. (2012). Chemistry SK025 syllabus specification. Syllabus SKO15/SKO25, Matriculation
Division, Ministry of Education Malaysia.

229

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Nieswandt, M., & West, B. S. (2007). Student Affect and Conceptual Understanding in
Learning Chemistry. Journal of Research in Science Teaching, 44(7),908-937,
http:/doi.org/10.1002/tea

Potgieter, M., & Davidowitz, B. (2011). Preparedness for tertiary chemistry: multiple
applications of the Chemistry Competence Test for diagnostic and prediction purposes.
Chemical Education Research & Practice, 12, 193-204. http://doi.
org/10.1039/CIRP90024B

Reid, N. (2008). A scientific approach to the teaching of chemistry. Chemical Education
Research & Practice. 9,51-59. http://doi.org 10,1039/b801297k.

Taber, K. S. (2000). Chemistry lessons for universities: a review of constructivist ideas.
Journal of the Tertiary Education Group of the Royal Society of Chemistry, 4(2), 63-72

Talanquer, V. (2011). Macro, Submicro, and Symbolic: The many faces of the chemistry
“triplet." International Journal of Science Education, 33(2). 179-195.
http://doi.org/10.1080/09500690903386435.

Xu, X., Villafane, S. M., & Lewis, J. E. (2013). College students’ attitudes toward chemistry,
conceptual knowledge and achievement: structural equation model analysis. Chemistry
Education Research and Practice, 14(2), 188. http://doi.org/10.1039/c3rp20170h.

230

DISEDIAKAN OLEH :
SITI MUNIRAH BINTI MOHAMED

JK R&D KMK 2022


Click to View FlipBook Version