The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE NARTC 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by momokocyg, 2022-03-13 10:12:31

NARTC 2021

PENGLIBATAN PENSYARAH KMK KE NARTC 2021

Keywords: NARTC 2021

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Faazlijan Mohamad Ali Khan. 2014. Pembangunan dan Keberkesanan Perisian Multimedia Interaktif
dengan Tiga Strategi Berbeza dalam Pembelajaran Respirasi Sel. Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.

Tekkaya, C. 2002. Misconceptions as barrier to understanding biology. Journal of Education, 23: 259–
266.

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

LAMPIRAN

ampiran 1

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Lampiran 2

KEDAH MATRICULATION COLLEGE SCORE
BIOLOGY UNIT CLO 1
SB025 CLO 3

Name : ____________________________________ TOTAL 10
Tutorial : ____________________________________
Matric No : ____________________________________

Topic 5 : Cellular Respiration and Fermentation

Subtopic 5.1 : Aerobic respiration

Subtopic 5.1.2 : Krebs cycle

1. (a) The following questions refers to FIGURE 1

KREBS
CYCLE

FAD+
2 FADH

FIGURE 1

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

CLO 1: Level C2: Understanding
(i) What is the name of compound X and Y?

[2 marks]
____________________________________________________________________

CLO 1: Level C2: Understanding
(ii) Where exactly does the Krebs cycle take place within the cell?

[1 mark]
___________________________________________________________________

CLO 1: Level C2: Application
(iii) Which part of the diagram shown is Link reaction? Circle it.

[1 mark]
CLO 3: Level C4: Analysing
(vi) State the total number of Krebs cycle products produce from a molecule of glucose?

[2 marks]
____________________________________________________________________

CLO 3: Level C4: Analysing
(vii) What is FAD? Explain its role in the cycle?

[2 marks]

CLO 3: Level C4: Analysing
(viii) If oxygen is unavailable, what will happen to the Krebs cycle?

[2 marks]
_____________________________________________________________________

Lampiran 3

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

4Q in 1C Technique

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Keberkesanan Penggunaan GeoGebra 3D Kalkulator Dalam Meningkatkan Kecekapan Pelajar
Menentukan Isipadu Janaan

Kang Kooi Wei1,
Chow Choon Wooi2,
Nurul Syazwani Binti Omar3
, Khairunnisa Akmal Binti Abdl Azid4
1234Jabatan Matematik, Kolej Matrikulasi Kedah

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan GeoGebra 3D kalkulator dalam
meningkatkan kecekapan pelajar dalam menentukan isipadu janaan. Kumpulan sasaran kajian ini ialah 15 orang
pelajar Program Satu Tahun dari Modul 1, tutoran S1T7 Semester Dua Sesi 2020/2021 di Kolej Matrikulasi
Kedah. Kajian tindakan ini berasaskan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Tinjauan awal
dilaksanakan untuk mengenal pasti masalah pelajar dalam penentuan isipadu janaan. Kaedah yang digunakan
untuk tinjauan awal adalah pemerhatian langkah penyelesaian soalan tutorial dan temubual dengan pelajar serta
soal selidik. Aktiviti-aktiviti intervensi yang dijalankan adalah ujian pra untuk mengenal pasti pelajar yang perlu
diberi lebih perhatian iaitu sampel kajian tindakan ini. Seterusnya pengkaji melaksanakan PdPc dengan
menggunakan GeoGebra dalam topik Pengamiran mengenai penentuan isipadu janaan. Pelajar-pelajar didapati
lebih bersemangat dan yakin dalam pembelajaran dengan menggunakan perisian sumber terbuka GeoGebra.
Suasana pembelajaran yang interaktif dan ceria dapat diwujudkan. Selain itu, PdPc dengan menggunakan
teknologi dapat meningkatkan minat pelajar-pelajar yang celik teknologi dalam alam pembelajaran digital. Hasil
kajian menunjukkan pengajaran dan pembelajaran dengan berpandukan GeoGebra 3D kalkulator ini dapat
meningkatkan kecekapan pelajar dalam penentuan isipadu janaan. 100% pelajar mendapat tahap prestasi
cemerlang dan kepujian dalam ujian pos. PdPc dengan menggunakan perisian sumber terbuka GeoGebra ini boleh
diperkenalkan kepada pensyarah-pensyarah Matematik memandangkan keberkesanan GeoGebra dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Kata Kunci: GeoGebra, Matematik SM025, isipadu janaan, pembelajaran Digital, Kolej Matrikulasi Kedah.

1.0 Pendahuluan

Pengamiran dalam subjek matematik SM025 merupakan salah satu topik yang rumit bagi pelajar. Ramai
pelajar gagal menguasai topik Pengamiran terutamanya dalam penentuan isipadu janaan. Daripada
pengalaman pengajaran, penentuan isipadu janaan merupakan bahagian yang penting yang dapat
membantu pelajar mendapat markah dalam topik Pengamiran. Penentuan isipadu janaan selalu menjadi
tumpuan dalam peperiksaan dan tugasan.

Masalah penentuan isipadu janaan dalam kalangan pelajar ini menjadi isu perbincangan
kumpulan kami. Masalah ini berulang bagi pelajar setiap sesi pembelajaran dalam topik Pengamiran.
Bahagian penentuan isipadu janaan ini penting untuk membantu pelajar mendapat markah tinggi dalam
penyelesaian soalan pengamiran. Pengkaji telah membuat pemerhatian semasa sesi pengajaran
penentuan isipadu janaan. Daripada pemerhatian, masalah ini memang menjadi isu yang perlu diberi
perhatian.

Sebagai pensyarah abad ke-21, selain kemahiran pengajaran pensyarah juga perlu sentiasa
mengemaskinikan pedagogi pengajaran dan pembelajaran. Kerangka pedagogi abad ke-21 untuk
generasi digital hari ini diperkenalkan dan mengandungi lapan komponen utama iaitu pembelajaran
kolaboratif, penggunaan teknologi, pengembangan kemahiran penyelesaian masalah, pembelajaran
berasaskan projek, mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai sumber
maklumat, mengalakkan amalan refleksi, mengembangkan kemahiran berfikir dan pentaksiran.

Oleh hal demikian, peranti mudah alih seperti komputer riba, telefon pintar, tablet dan
pelbagai alatan ICT lain boleh dijadikan platform untuk meningkatkan pembelajaran kolaboratif. Selain
itu, pembelajaran berdigital telah menjadi amalan PdPc dalam era COVID-19 ini. Setelah perbincangan
dengan ahli kumpulan, kami telah mengambil keputusan untuk melaksanakan PdPc dengan
berpandukan perisian sumber terbuka GeoGebra dalam penentuan isipadu janaan.

27

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Pedagogi abad ke-21 menekankan empat tahap teratas dalam Taksonomi Bloom Semakan
Semula iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Dengan bantuan perisian sumber
terbuka GeoGebra, para pensyarah dapat mengendalikan PdPc yang berupaya untuk membantu mereka
mencapai empat tahap teratas dalam Taksonomi Bloom Semakan Semula.

Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah pelajar dalam penentuan isipadu
janaan dengan menggunakan perisian sumber terbuka GeoGebra. Model kajian tindakan yang
digunakan untuk kajian ini ialah Kemmis dan McTaggart (1988).

2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

2.1 Refleksi kendiri pensyarah

Pengkaji dengan pangalaman pengajaran selama 14 tahun berpendapat bahawa ramai pelajar tidak
berupaya untuk mendapat markah penuh dalam topik Pengamiran kerana kekurangan kemahiran dalam
penentuan isipadu janaan. Untuk mengenal pasti masalah pelajar dalam pembelajaran Pengamiran ini,
tinjauan awal telah dilaksanakan. Hasil tinjauan telah menunjukkan pelajar memang lemah dalam
penentuan isipadu janaan dalam topik Pengamiran. Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan untuk
mengatasi masalah pembelajaran pelajar ini.

2.2 Refleksi pelajar

Pengkaji telah membuat tinjauan awal semasa kelas tutorial mengenai subtopik penentuan isipadu
janaan dalam topik Pengamiran. Daripada pemerhatian penyelesaian soalan tutorial pelajar, didapati
pelajar tidak dapat menyelesaikan soalan dengan betul kerana gagal menentukan had dan fungsi yang
perlu dipilih untuk penyelesaian soalan. Daripada temubual dengan pelajar-pelajar, didapati pelajar
kurang yakin dan keliru dalam penentuan isipadu janaan. Seterusnya mereka tidak dapat menyelesaian
soalan isipadu janaan dengan betul dan tepat. Hasil temubual dengan beberapa orang pelajar adalah
seperti berikut:

Pelajar A: Saya tidak dapat menentukan fungsi yang mana akan dipilih untuk menolak
fungsi yang satu lagi.

Pelajar B: Saya tidak dapat membayangkan paparan 3D walaupun pensyarah telah memberi
penerangan secara lisan.

Pelajar C: Kadang-kala saya membuat kesilapan dalam penentuan had atas dan had bawah.
Masalah pelajar dalam penentuan isipadu janaan ini telah dikukuhkan dengan soal selidik. Pelajar diberi
satu borang soal selidik ringkas untuk dijawab.

Penyataan Ya Tidak
1. Saya tidak dapat membayangkan paparan 3D isipadu janaan. 100.00% 0.00%

2. Saya mengalami masalah menentukan had dan fungsi dalam 86.67% 13.33%
penyelesaian soalan isipadu janaan.

3. Saya tidak dapat menyelesaikan soalan pengamiran kerana 93.33% 6.67%
kegagalan saya dalam penentuan isipadu janaan.

Daripada data tinjauan awal kajian ini, seramai 15 orang pelajar iaitu 100% pelajar bersetuju
mereka tidak dapat membayangkan paparan 3D dalam isipadu janaan. Ini memang menjadi isu yang
paling besar kerana pendidik memang susah untuk menunjukkan paparan 3D dalam pengajaran dan
pembelajaran konvensional. 13 orang pelajar iaitu 86.67% pelajar menyatakan mereka mengalami

28

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

masalah menentukan had dan fungsi dalam penyelesaian soalan isipadu janaan. Sebanyak 93.33% iaitu
14 orang pelajar menyatakan mereka tidak dapat menyelesaikan soalan pengamiran kerana kegagalan
mereka dalam penentuan isipadu janaan.

2.3 Refleksi pembelajaran digital dalam pendidikan

Pelajar abad ke-21 merupakan generasi z yang lahir dalam zaman digital. Pelajar-pelajar ini lebih
cenderung untuk belajar dengan menggunakan alatan digital. Perisian sumber terbuka GeoGebra
merupakan platform yang sesuai untuk pelajar dalam pembelajaran matematik terutamanya topik yang
memerlukan gambaran 3D untuk pemahaman pelajar seperti topik Pengamiran. Animasi 3D dalam
GeoGebra dapat mengatasi masalah pelajar dalam memahami rupa bentuk model isipadu janaan.
Gambaran yang berwarna-wani dan “slider” dapat membantu pelajar melihat paparan gambarajah yang
lebih jelas dan mudah. PdPc berpandukan alatan digital dapat menarik minat pelajar yang celik
teknologi. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan seterusnya meningkatkan
prestasi pelajar dalam matematik SM025.

3.0 Fokus Kajian

Penentuan isipadu janaan dalam pembelajaran topik Pengamiran merupakan fokus kajian tindakan
kumpulan kami untuk menyelesaikan masalah PdPc matematik. Masalah penentuan isipadu janaan ini
perlu diatasi supaya pelajar dapat menguasai kemahiran penentuan isipadu janaan seterusnya dapat
meningkatkan prestasi mereka dalam matematik SM025.

Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) bersesuaian dengan langkah yang
diambil oleh pengkaji dalam membuat kitaran kajian tindakan. Bermula dengan membuat refleksi
peringkat awal (tinjauan awal), merancang aktiviti dan bertindak menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh pelajar, membuat pemerhatian dan membuat refleksi selepas setiap aktiviti yang dijalankan.
Pencapaian pelajar dianalisiskan melalui ujian pra dan ujian pos.

1

Tinjauan
awal

4 Mereflek Merancang 2

Bertindak dan
Memerhati

3
Rajah 1: Kerangka Konseptual Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988)

4.0 Objektif Kajian
Objektif utama kajian tindakan ini adalah untuk:

29

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

1. Meningkatkan tahap prestasi pelajar dalam topik Pengamiran dengan penguasaan kemahiran
penentuan isipadu janaan.

2. Meningkatkan kompetensi pensyarah dalam melaksanakan PdPc untuk mencapai kesemua
tahap Taksonomi Bloom Semakan Semula dalam pedagogi abad ke-21.

5.0 Kumpulan sasaran

Kumpulan sasaran kajian ini secara populasi adalah seramai 15 orang pelajar Program Satu Tahun dari
Modul 1, tutoran S1T7 Semester Dua Sesi 2020/2021 di Kolej Matrikulasi Kedah. Seramai 10 orang
pelajar perempuan dan 5 orang pelajar lelaki dalam kelas ini. Responden kajian ini dipilih secara
pensampelan bukan kebarangkalian. Responden terdiri daripada pelajar yang memerlukan lebih
perhatian dimana pelajar ini mendapat gred C+ dan kebawah dalam ujian pra. Oleh itu, seramai 14
orang pelajar menjadi responden kajian ini.

6.0 Perancangan dan pelaksanaan tindakan

6.1 Ujian Pra

Pada peringkat perancangan, ujian pra telah dilaksanakan bagi pelajar S1T7. Ujian pra ini mengandungi
tiga soalan Pengamiran dalam penentuan isipadu janaan (Lampiran 1). Pelajar diberi 30 minit untuk
menyelesaikan soalan ujian pra. Keputusan ujian pra direkod dan dianalisiskan untuk mengkategorikan
pelajar mengikut tahap prestasi (Lampiran 2). Di samping itu, keputusan ujian pra ini dijadikan kriteria
bagi pengkaji untuk menentukan sampel kajian tindakan. Sampel kajian tindakan ini adalah pelajar yang
mendapat gred C+ dan ke bawah iaitu pelajar yang berada di tahap pencapaian baik, lulus dan gagal.
Objektif kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan tahap prestasi pelajar dalam topik Pengamiran
terutamanya menentukan isipadu janaan. Keputusan pelajar dalam ujian pra dianalisiskan dalam Jadual
1.

Jadual 1
Analisis Ujian Pra

Bil Pelajar Keputusan Ujian Pra

1 Pelajar A Peratusan (%) Gred Tahap prestasi
2 Pelajar B
3 Pelajar C 25 G Gagal
4 Pelajar D
5 Pelajar E 44 E Lulus
6 Pelajar F
7 Pelajar G 20 G Gagal
8 Pelajar H
9 Pelajar I 50 C Baik
10 Pelajar J
11 Pelajar K 50 C Baik
12 Pelajar L
13 Pelajar M 36 G Gagal
14 Pelajar N
15 Pelajar O 68 C+ Baik

70 B Kepujian

65 C+ Baik

33 G Gagal

64 C+ Baik

46 D Lulus

42 E Lulus

54 C Baik

48 D Lulus

Petunjuk:
Pelajar Pelajar yang mendapat gred C+ dan kebawah dalam ujian pra iaitu pelajar yang perlu diberikan
lebih tumpuan dalam kajian tindakan (sampel kajian tindakan).

30

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Keputusan ujian pra menunjukkan seramai 14 orang pelajar iaitu 93.33% pelajar memerlukan perhatian
lebih dalam kajian tindakan ini. Tidak terdapat pelajar dalam tahap prestasi cemerlang. Hanya seorang
pelajar iaitu 6.67% yang mendapat tahap prestasi kepujian. 40.00% pelajar iaitu seramai 6 orang pelajar
mendapat tahap prestasi baik. Untuk tahap prestasi lulus dan gagal, masing-masing terdapat 4 orang
pelajar bersamaan dengan 26.67% daripada jumlah pelajar dalam kelas S1T7. Untuk pelajar dalam
kategori tahap prestasi baik, lulus dan gagal yang menunjukkan gred C+ dan kebawah akan dipilih
untuk menjadi sample dalam kajian tindakan ini. Analisis keputusan ujian pra ini dapat ditunjukkan
dengan carta pai.

Analisis Ujian Pra

6.67% Cemerlang
0% Kepujian
26.67% Baik
Lulus
40.00% Gagal

26.67%

Carta 1: Analisis keputusan ujian pra pelajar S1T7.

Refleksi ujian pra

Daripada pemerhatian pengkaji, pelajar tidak yakin dalam menjawab soalan ujian pra. 80% pelajar
menjawab soalan secara tekaan. Kebanyakan masa menjawab mereka dibazirkan dalam proses tekaan
dan tindakan ketidakpastian iaitu menulis dan memadam jawapan yang ditulis.

6.2 Intervensi (PdPc dengan menggunakan perisian sumber terbuka GeoGebra)

Dalam kelas tutorial seterusnya, pengkaji melaksanakan PdPc dengan menggunakan perisian sumber
terbuka GeoGebra untuk kefahaman pelajar terhadap paparan 3D sesuatu isipadu janaan. Daripada PdPc
berpandukan GeoGebra, pelajar juga dapat melihat dengan jelas dimana sesuatu fungsi memotong pada
paksi-x atau paksi-y seterusnya menentukan had atas dan had bawah dalam penentuan isipadu janaan.
Selain itu, daripada paparan 3D dalam perisian sumber terbuka GeoGebra pelajar juga dapat mengenal
pasti fungsi yang mana akan dipilih untuk menolak fungsi yang satu lagi dalam penentuan isipadu
janaan. Applet GeoGebra bagi isipadu janaan telah dikongsikan oleh pengkaji dengan pelajar S1T7.
Suasana pembelajaran yang interaktif dan kolaboratif dapat dipupukkan dalam PdPc berpandukan
alatan digital. Pelajar menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka dengan mengubahkan nilai pada
“slider”.

31

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Slider

Rajah 2
Paparan 3D dalam isipadu janaan dengan Applet perisian sumber terbuka GeoGebra

Setelah pelajar menguasai kemahiran menggunakan Applet Geogebra untuk melihat isipadu
janaan daripada animasi 3D, pengkaji mengalakkan pelajar mencipta fungsi sendiri dengan
menggunakan Applet GeoGebra bagi melihat paparan 3D yang dicipta oleh pelajar sendiri dan
seterusnya membolehkan pelajar memahami pembentukan isipadu janaan sesuatu fungsi tersebut.

Selain itu, pelajar juga diminta untuk membentuk kumpulan ad-hoc untuk cuba mencipta
fungsi-fungsi lain dalam Applet GeoGebra dan melihat paparan 3D yang dicipta. Dalam kumpulan ad-
hoc ini, pelajar yang sudah menguasai kemahiran akan membimbing pelajar yang lemah. Proses
pengajaran dan pembelajaran ini mencapai SKPMg2 iaitu pendidik sebagai perancang, pengawal,
pembimbing, pendorong, penilai dan pelajar sebagai pembelajar aktif. Di samping itu, PdPc pengkaji
juga dapat mencapai tahap teratas Taksonomi Bloom Semakan Semula dalam pedagogi abad ke-21 iaitu
mencipta.

Refleksi intervensi PdPc GeoGebra

Penggunaan perisian sumber terbuka GeoGebra ini dapat mewujudkan suanana pembelajaran interaktif
dan kolaboratif memandangkan pelajar aktif membuat perbincangan dan saling merujuk sesama antara
mereka mengenai hasil paparan animasi 3D isipadu janaan dalam alatan digital masing-masing. Pelajar
teruja apabila digalakkan oleh pengkaji untuk mencipta isipadu janaan masing-masing untuk melihat
animasi 3D fungsi yang direkacipta oleh mereka. Pelajar bersemangat dalam pembelajaran dengan
menggunakan GeoGebra. Mereka ingin tahu paparan 3D isipadu janaan dalam soalan tutorial. Maka
mereka mencuba sendiri memberi “command” dalam GeoGebra untuk melihat animasi 3D bagi soalan-
soalan dalam buku tutorial. Daripada pemerhatian, pengkaji mendapat kepastian bahawa pelajar
semakin yakin dan senorok dalam pembelajaran topik Pengamiran yang panjang dan rumit ini. Selain
itu, pelajar juga tidak berasa keliru dalam menentukan had dan fungsi yang perlu dipilih untuk menolak
fungsi yang satu lagi.

Sebagai penambahbaikan untuk kajian tindakan ini, pengkaji memberikan petua untuk pelajar
menulis dan mengaplikasikan formula isipadu janaan dengan betul. Petua pengaplikasian formula
isipadu janaan adalah

= ∫ [( )2 − ( )2]

32

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Example:

= ∫03.2 [( )2 − (0)2]

Pemerhatian dari paksi-x

Pemerhati

6.3 Ujian pos

Ujian pos dilaksanakan selepas satu minggu intervensi PdPc GeoGebra dilakukan (Lampiran 3).
Sebelum ujian pos, pelajar-pelajar digalakkan untuk mengulagkaji sendiri soalan-soalan isipadu janaan
dalam topik Pengamiran dengan berpandukan perisian sumber terbuka GeoGebra. Terdapat tiga soalan
dalam ujian pos dengan bentuk yang sama dengan ujian pra tetapi nilai-nilai dalam soalan bertukar.
Masa untuk menjawab ujian pos adalah 30 minit. Keputusan ujian pos direkodkan dan dianalisiskan
mengikut tahap prestasi. Keputusan ujian pos ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2
Analisis Ujian Pos

Bil Pelajar Keputusan Ujian Pos

Peratusan (%) Gred Tahap prestasi

1 Pelajar A 74 B Kepujian

2 Pelajar B 80 A- Cemerlang

3 Pelajar C 75 B+ Kepujian

4 Pelajar D 86 A Cemerlang

5 Pelajar E 92 A+ Cemerlang

6 Pelajar F 76 B+ Kepujian

7 Pelajar G 88 A Cemerlang

8 Pelajar H 96 A+ Cemerlang

9 Pelajar I 90 A+ Cemerlang

10 Pelajar J 78 B+ Kepujian

11 Pelajar K 84 A- Cemerlang

12 Pelajar L 78 B+ Kepujian

13 Pelajar M 82 A- Cemerlang

14 Pelajar N 90 A+ Cemerlang

15 Pelajar O 86 A Cemerlang

Petunjuk: Pelajar Pelajar yang mendapat gred C+ dan keatas dalam ujian pos dengan tahap prestasi

cemerlang dan kepujian.

Keputusan ujian pos menunjukkan 100% pelajar S1T7 mendapat tahap prestasi yang
cemerlang dan kepujian. Sebanyak 66.67% pelajar iaitu 10 orang pelajar mencapai tahap prestasi
cemerlang. Untuk tahap prestasi kepujian, sebanyak 33.33% pelajar iaitu seramai 5 orang pelajar berada
di kategori ini. Kesemua pelajar menunjukkan peningkatan dalam prestasi mereka dalam ujian pos. Ini
memberi interpretasi bahawa kaedah PdPc dengan menggunakan perisian sumber terbuka GeoGebra
dapat membantu pengkaji untuk mencapai objektif kajian tindakan ini.

33

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Analisis Ujian Pos

0% Cemerlang
33% Kepujian
Baik
67% Lulus
Gagal

Carta 2: Analisis keputusan ujian pos pelajar S1T7.

Refleksi ujian pos

Pengkaji dapat merasai perbezaan suasana semasa ujian pra dan ujian pos. Daripada pemerhatian,
pelajar-pelajar menunjukkan semangat yang tinggi dan berkeyakinan semasa menjawab soalan ujian
pos. Pelajar-pelajar tidak lagi keliru dalam penyelesaian soalan ujian. Semua pelajar dapat
menyelesaikan soalan ujian pos dalam masa yang diperuntukkan. Terdapat 80.00% pelajar iaitu 12
orang pelajar menghantar kertas penyelesaian soalan ujian pos dalam masa kurang daripada masa yang
diperuntukkan. Ini bermakna pelajar dapat menjawab soalan isipadu janaan dalam pengamiran dengan
cepat dan tepat. Daripada keputusan ujian pos, didapati bahawa pelajar dapat menguasai topik
Pengamiran yang panjang dan rumit ini.

Perbandingan ujian pra dengan ujian pos

Jadual 3
Peratusan pelajar yang bergred tinggi dan bergred rendah dalam ujian pra dan ujian pos

Keputusan Peratusan (%)
Sebelum intervensi (Ujian Pra) Selepas intervensi (Ujian Pos)
Cemerlang
Kepujian 0 67
Baik 6 33
Lulus 40 0
Gagal 27 0
27 0

Jadual 3 menunjukkan perbandingan peratusan pelajar mengikut tahap prestasi dalam ujian pra
dan ujian pos. Data peratusan ini menunjukkan bilangan pelajar yang memperolehi tahap prestasi
cemerlang dan kepujian meningkat secara mendadak. Ini menunjukkan PdPc berpandukan perisian
sumber terbuka GeoGebra berjaya dalam peningkatan prestasi pelajar dalam topik Pengamiran
terutamanya dalam penentuan isipadu janaan. Perbandingan peratusan ujian pra dan ujian pos juga
ditunjukkan dengan menggunakan carta bar.

34

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

67

40
33

27 27
0
0 6 00
CEMERLANG GAGAL
KEPUJIAN BAIK LULUS

Ujian Pra Ujian Pos

Carta 3: Perbandingan Peratusan Ujian Pra dan Ujian Pos

6.4 Aktiviti HOTs

Higher Order Thinking Skill (HOTs) merupakan satu tahap kognitif dalam Taksonomi Bloom
Semakan Semula (Rajah 2).

Rajah 2: Taksonomi Bloom Semakan Semula.

Satu aktiviti telah dilaksanakan pada waktu tutorial selepas ujian pos. Aktiviti ini dilaksanakan
dengan menggunakan Erica’s error (Lampiran 4). Pelajar-pelajar diberikan satu soalan dengan
penyelesaian soalan tersebut. Pelajar diberi masa untuk mencari kesilapan dalam penyelesaian dan
membuat justifikasi pada helaian kertas mereka. Selepas itu, pelajar diminta untuk membuat penerangan
di depan kelas. Proses PdPc ini memberi ruangan kepada pelajar untuk menganalisis dan menilai dalam
pembelajaran mereka bagi topik Pengamiran terutamanya dalam penentuan isipadu janaan. Proses PdPc
ini mengaplikasikan kemahiran kognitif tahap atas Taksonomi Bloom Semakan Semula iaitu analisis
(analyzing) dan menilai (Evaluating).

Selain itu, pelajar diminta untuk membuat pembetulan pada penyelesaian yang disediakan atau
mengubah soalan yang diberi supaya sesuai dengan penyelesaian yang disediakan. Pelajar pada
peringkat pembelajaran ini telah mencapai tahap teratas Taksonomi Bloom Semakan Semula iaitu
mencipta (Creating). Pelajar dapat membuat imaginasi pada gambaran 3D isipadu janaan. Ini adalah
kerana pelajar telah didedahkan animasi 3D GeoGebra dalam Pengamiran dan pelajar memahami rupa
bentuk yang wujud seterusnya berupaya untuk menyelesaikan soalan isipadu janaan secara imaginasi.
Maka pelajar dapat mencipta soalan baru supaya sesuai dengan penyelesaian yang diberi.

35

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Pada akhir aktiviti HOTs ini, pelajar diberi borang penilaian
https://forms.gle/BqqSRWYdEZh7gRqE6 dalam bentuk google form untuk memberi maklum balas
atas hasil PdPc berpandukan perisian sumber terbuka GeoGebra.

Hasil maklum balas pelajar dianalisis dan didapati 86.67% iaitu seramai 13 orang pelajar
berupaya untuk mencari kesilapan dalam penyelesaian yang disediakan. Seramai 11 orang pelajar iaitu
73.33% daripada pelajar S1T7 ini berupaya untuk membuat penerangan kepada rakan-rakan bahagian
kesilapan pada penyelesaian yang disediakan. Selain itu, terdapat 80.00% pelajar iaitu 12 orang pelajar
dapat membuat soalan baru supaya sesuai dengan penyelesaian yang diberikan. Ini bermakna pelajar
berupaya untuk membuat imaginasi kerana sudah mendapat gambaran 3D dalam PdPc berpandukan
perisian sumber terbuka GeoGebra. Keputusan analisis maklum balas pelajar ini memberi impak
bahawa pelajar sudah dapat menguasai tahap kognitif teratas Taksonomi Bloom Semakan Semula
dengan baik dalam pembelajaran topik Pengamiran.
Refleksi Aktiviti HOTs
Daripada pemerhatian semasa pelaksanaan aktiviti HOTs, didapati pelajar-pelajar bersemangat untuk
mencari kesilapan pada penyelesaian yang disediakan. Mereka aktif dan teruja untuk mengesan
kesilapan dalam penyelesaian yang disediakan dan berkongsikan hasil pencarian mereka dengan rakan-
rakan dalam kelas. Reaksi pelajar menjadikan suasana ceria dalam kelas. Analisis maklum balas pelajar
memberi semangat dan sokongan kepada pengkaji kerana peratusan yang tinggi bagi setiap item yang
ditanya. Di samping itu, maklum balas ini memberi satu kepastian kepada pengkaji bahawa PdPc
pengkaji telah mencapai tahap teratas Taksonomi Bloom Semakan Semula selaras dengan pedagogi
abad ke-21.

36

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Jadual 3
Analisis maklum balas Aktiviti HOTs.

Penyataan Peratusan bersetuju (%)

1. Saya dapat mengesan kesilapan dalam penyelesaian yang 86.67%
diberikan. (Erica’s error)

2. Saya berupaya untuk membuat justifikasi pada kesilapan yang 73.33%

dikesan dan membuat penerangan kepada rakan-rakan saya.

3. Saya berupaya untuk membuat soalan baru supaya sesuai 80.00%
dengan penyelesaian yang diberikan.

6.5 Refleksi Keseluruhan Kajian

6.5.1 Refleksi Kajian Terhadap Pelajar

Keputusan ujian pra dan ujian pos telah menunjukkan 100% pelajar dapat meningkatkan prestasi
mereka dalam ujian pos. Selain itu, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan yang mengalakkan
iaitu semua pelajar berada di tahap prestasi cemerlang dan kepujian. Tidak terdapat pelajar yang berada
di gred C+ dan kebawah. Ini menunjukkan objektif kajian tindakan ini tercapai. Peningkatan prestasi
ini menunjukkan perisian sumber terbuka GeoGebra ini sesuai diaplikasikan dalam PdPc untuk
membantu pelajar memahami dan menguasai topik Pengamiran yang memerlukan animasi 3D.

Pelajar juga menunjukkan keyakinan dalam pembelajaran selepas intervensi dilaksanakan
dalam kelas tutorial. Pelajar menunjukkan semangat yang menggalakkan dalam membuat aktiviti dalam
kelas dengan perisian sumber terbuka GeoGebra. PdPc secara interaktif ini membolehkan pelajar
memupuk nilai-nilai murni dalam pembelajaran seperti bekerjasama, saling bantu-membantu,
mengambil berat kawan dan berkeyakinan diri.

6.5.2 Refleksi Kajian Terhadap Pengkaji

Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini mencapai objektif seperti yang dicadangkan pada
awal pengkajian. Pelajar-pelajar dapat meningkatkan prestasi mereka melalui PdPc berpandukan
perisian sumber terbuka GeoGebra. Pengkaji berpuas hati apabila melihat keputusan pelajar meningkat
secara mendadak dalam ujian pos. Semua pelajar terutamanya 14 orang pelajar yang memerlukan
perhatian lebih dalam kajian tindakan ini menunjukkan peningkatan prestasi yang menggalakkan dalam
ujian pos. Keputusan ini memberi semangat dan keyakinan kepada pengkaji untuk melaksanakan PdPc
dengan menggunakan perisian sumber terbuka GeoGebra dalam setiap pengajaran dan pembelajaran.

Pengkaji berasa gembira dan puas hati apabila melihat keputusan pelajar meningkat dalam
ujian pra. Selain itu, reaksi pelajar yang aktif dan positif semasa pengajaran dan pembelajaran
berpandukan perisian sumber terbuka GeoGebra memberitahu pengkaji bahawa mereka amat berminat
dengan PdPc yang dilaksanakan oleh pengkaji. Pengkaji bersemangat untuk berkongsi PdPc
berpandukan perisian sumber terbuka GeoGebra ini dengan rakan pensyarah lain memandangkan reaksi
dan peningkatan prestasi yang menggalakkan dalam kalangan pelajar.

6.5.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Pengkaji dapat merasai suasana yang ceria dan interaktif dalam kelas semasa PdPc dengan
berpandukan perisian sumber terbuka GeoGebra. PdPc dengan menggunakan teknologi merupakan satu
amalan yang baik supaya dapat menggalakkan pelajar terus aktif dan positif dalam pembelajaran dalam
kelas. Keadaan ini membantu pelajar meningkatkan semangat dan keyakinan dalam pembelajaran

37

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

matematik terutamanya topik Pengamiran yang panjang dan rumit. Sehubungan itu, perisian sumber
terbuka GeoGebra ini disaran untuk diaplikasikan oleh pensyarah-pensyarah lain dalam PdPc mereka
supaya dapat membantu pelajar-pelajar menguasai kemahiran menentukan isipadu janaan dan
seterusnya meningkatkan prestasi pelajar. Di samping itu, PdPc berpandukan perisian sumber terbuka
GeoGebra ini juga dapat membantu pensyarah mewujudkan PdPc yang berpedagogi abad ke-21 iaitu
menekankan empat tahap teratas Taksonomi Bloom Semakan Semula.

7.0 Hubungkait dengan Teori dan Kajian-kajian lain

Kajian tindakan ini dilaksanakan dengan berpandukan kitaran Model Kemmis dan McTaggart (1988).
Model Kemmis dan McTaggart (1988) yang padu ini menjadikan kajian tindakan ini berjaya
dilaksanakan dan telah mencapai objektif kajian tindakan ini.

Selain itu, intervensi kajian tindakan ini secara tidak langsung melibatkan pembelajaran
kooperatif tidak formal (informal cooperative learning) (Johnson & Johnson, 2014). Dalam
pembelajaran kooperatif tidak formal ini, pelajar berbincang bersama-sama dalam kumpulan ad-hoc
untuk cuba mencipta fungsi-fungsi lain dalam Applet GeoGebra dan melihat paparan 3D yang dicipta.
Pembelajaran kooperatif tidak formal ini melibatkan masa yang singkat sahaja untuk perbincangan
dalam kumpulan (Johnson et al., 1998).

8.0 Refleksi dan Kesimpulan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan GeoGebra 3D Kalkulator dalam
meningkatkan kecekapan pelajar dalam menentukan isipadu janaan dalam kalangan pelajar S1T7.
Analisis kajian tindakan ini menunjukkan objektif kajian tercapai. Prestasi pelajar meningkat selepas
intervensi PdPc berpandukan sumber terbuka GeoGebra dalam penentuan isipadu janaan. Daripada
pemerhatian, kaedah PdPc ini berjaya untuk meningkatkan minat dan keyakinan pelajar dalam
pembelajaran topik Pengamiran. Pengkaji berharap perkongsian dapatan kajian tindakan ini bukan
sahaja dapat membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi pembelajaran mereka malahan juga dapat
membantu pensyarah-pensyarah lain untuk mengaplikasikannya di dalam kelas masing-masing.
Pengkaji mengamalkan teori yang dinyatakan oleh Stenhouse (1975). Menurut beliau, kajian tindakan
bukan sahaja menyumbang kepada pengajran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan
pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain.

Pedagogi abad ke-21 perlu diterapkan dalam PdPc supaya pensyarah tidak ketinggalan dengan
arus perkembangan pendidikan ke arah revolusi perindustrian 4.0. Objektif kedua kajian ini adalah
untuk menyahut saranan ini iaitu meningkatkan kompetensi pensyarah dalam melaksanakan PdPc untuk
mencapai kesemua tahap Taksonomi Bloom Semakan Semula dalam pedagogi abad ke-21. Objektif ini
tercapai apabila pelajar dapat memahami, menguasai, menilai dan mencipta fungsi sendiri dalam PdPc
penentuan isipadu janaan. Pembelajaran menjadi seronok dan mudah sekiranya pelajar berminat dan
menyukainya. Pengkaji berjaya menggunakan strategi yang tepat untuk melahirkan pelajar yang
berupaya untuk membuat keputusan dengan bijak, berfikir secara kritis, menjana Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Kebijaksanaan
dan kecemerlangan pensyarah dalam kelas amat diperlukan untuk menjadikan PdPc berkesan dan
efektif.

Kajian tindakan ini memberi sumbangan kesusasteraan dalam bidang pendidikan di Malaysia.
Pendidik boleh menjadikan kajian tindakan ini sebagai bahan rujukan dan panduan dalam PdPc mereka
untuk menangani masalah yang mirip dengan kajian tindakan ini. Kajian tindakan ini melibatkan
populasi kumpulan sasaran yang kecil. Dicadangkan kajian akan datang boleh dilaksanakan dengan
melibatkan populasi kumpulan sasaran yang lebih besar dan menggunakan pensampelan rawak untuk
memilih responden seperti kajian tindakan yang dilaksanakan oleh Hajar Natasha (2017).

Rujukan
Carr, W., & Kemmis, S. (1986). Becoming critical: Education, knowledge and action research.
Australia: Deakin University Press.

38

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Johnson, D. W. & Johnson, R. T. (2007). Cooperation and Use of Technology.
Johnson, D. W., Johnson, R., & Smith, K. (1998). Active learning: Cooperation in the college classroom
(2nd ed.). Edina, MN: Interaction Book.
Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Victoria, Australia: Deakin
University Press.
Hajar Natasha Mohamad. (2017). Pembelajaran Koperatif Berbantukan Peta Minda Dalam
Meningkatkan Penguasaan Bahagian Tamadun Islam Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Al-Quran Dan
As-Sunnah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Othman, L. (2014). Kajian tindakan dalam pendidikan – teori dan amalan (Cetakan Keempat ed.).
Tanjung Malim, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Stenhouse, L. (1975). An introduction to curriculum research and development. London: Heinemann.

39

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Lampiran

Lampiran 1
Soalan ujian pra

1. Find the volume of the solid generated by rotating completely the region bounded by the line
+ = 2, − and − about the − .

2. Find the volume of the solid generated by rotating completely the region bounded by = 3,
= 1, = 27 and − about the − .

3. Find the volume of the solid generated by rotating completely the region bounded by = ,
= −1, = 4 and − about the − .

Lampiran 2 Gred Tahap Prestasi
Gred Ujian Pra dan Ujian Pos A+ Cemerlang
A
Markah A- Kepujian
90 – 100 B+ Baik
85 – 89 B Lulus
80 – 84 C+ Gagal
75 – 79 C
70 – 74 D
60 – 69 E
50 – 59 G
45 – 49
40 – 44
0 – 39

Lampiran 3
Soalan ujian pos

1. Find the volume of the solid generated by rotating completely the region bounded by the line
+ = 1, − and − about the − .

2. Find the volume of the solid generated by rotating completely the region bounded by = 3,
= 1, = 9 and − about the − .

3. Find the volume of the solid generated by rotating completely the region bounded by = ,
= −2, = 6 and − about the − .

40

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Lampiran 4

Aktiviti HOTs

Erica’s Errors

Erica is tackling her volume of the solid of revolution homework and knows that she’s made mistakes

somewhere.

Can you spot and correct the mistakes Erica has made?

Can you explain what mistakes Erica has made, and may be give her some tips so that she (hopefully)
doesn’t make them again?

Question 1:

Find the volume of the solid obtained by revolving the region bounded by the curve

= 2 + 3, lines = + 1, = 0 and = 1 about the − .

Erica’s answer: Your answer:

1

= ∫ [( + 1)2 − ( 2 + 3)2]

1) 0

= ∫01( 4 + 6 2 + 9 − 2 − 2 −

= ∫01( 4 + 5 2 − 2 + 8)
1
= [ 5 + 5 3 − 2 +
8 ]
53 0

= 8.8667 3

What mistake has Erica made?

41

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Introo’kit Workbook dapat Meningkatkan Pencapaian Pelajar dalam Topik Pengenalan Kimia
Organik

Nor Adilah binti Mohd Hasnan, [email protected]
Nor Sariwan binti Mt Sha’ban, [email protected]

Juraini binti Ahmad, [email protected]
Vinarti binti Mahmud, [email protected]
1,2,3,4Unit Kimia, Jabatan Sains, Kolej Matrikulasi Kedah

Abstrak: IntroO’kit Workbook merupakan bahan bantu mengajar berbentuk digital yang digunakan untuk
membantu pelajar mempelajari topik pengenalan kimia organik. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan
pencapaian pelajar dalam topik pengenalan kimia organik dan menentukan keberkesanan IntroO’kit workbook
terhadap pelajar. Kajian ini merupakan kajian tindakan satu kitaran berbentuk kuantitatif. Sampel kajian adalah
seramai 17 orang pelajar yang dipilih menggunakan pensampelan bertujuan. Instrumen yang digunakan adalah
IntroO’kit Workbook yang dibina menggunakan aplikasi Liveworksheet. Workbook ini mengandungi lembaran
kerja berbentuk digital dan juga video pengajaran bagi topik pengenalan kimia organik. Analisis kuantitatif yang
digunakan adalah statistik deskriptif berbentuk peratus. Dapatan kajian menunjukkan 100% peningkatan
pencapaian. Manakala 100% pelajar bersetuju IntroO’kit Workbook berkesan dalam membantu mereka
mempelajari topik ini. Kajian memberi impak yang positif terhadap pembelajaran pelajar, perubahan sikap mereka,
juga terhadap pengajaran pensyarah serta unit kimia. Pelajar semakin fokus dan berkeyakinan untuk menyelesaikan
soalan. Kaedah pengajaran dan profesionalisme pensyarah juga dapat ditingkatkan.

Kata kunci Pengenalan Kimia Organik, digital, workbook, livewooksheet,

1.0 Pengenalan

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar
lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah
dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam mahupun swasta. Terdapat tiga
jurusan yang ditawarkan kepada pelajar dalam Program Matrikulasi iaitu jurusan sains, perakaunan dan
teknikal (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Bagi pelajar yang mengikuti jurusan sains, terdapat
tiga subjek sains yang ditawarkan iaitu Fizik, Kimia dan Biologi. Kimia merupakan subjek wajib bagi
semua pelajar yang mengikuti jurusan sains dalam Program Matikulasi. Kurikulum Kimia dalam
Program Matrikulasi digubal bagi memberi pelajar pengetahuan kimia sebagai persediaan mereka
melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah pertama dan meneruskan kerjaya yang berkaitan dengan sains
dan teknologi.

Pengajaran dan pembelajaran subjek Kimia dalam Program Matrikulasi dilaksanakan melalui
kuliah, tutoran dan amali. Terdapat pelbagai strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
diperkenalkan dengan tujuan menarik minat, perhatian dan merangsang minda pelajar. Antara strategi
yang sering dilakukan ialah kaedah pengajaran berbantukan komputer, kaedah simulasi, perbincangan,
sumbangsaran, seminar, lawatan, pembelajaran koperatif dan sebagainya. Melalui tinjauan yang
dilakukan di Kolej Matrikulasi Kedah, diantara subjek sains yang ditawarkan, subjek kimia sering
dianggap sebagai salah satu disiplin yang susah dipelajari. Menurut Anne (2017), kimia dianggap
sebagai satu kelas sains yang sukar untuk dikuasai kerana bukan sahaja melibatkan fakta sains maah
juga memerlukan kemahiran matematik untuk memahami dan menyelesaikan sesuatu masalah serta
mempunyai bahasa dan menggunakan istilah yang saintifik. Pendapat sedemikian disokong dengan
kajian yang telah dibuat oleh De Vos, Bulte dan Pilot (2002) serta Osborne dan Collins (2001), yang
menyatakan bahawa ramai pelajar berpendapat mata pelajaran kimia adalah abstrak, sukar untuk
dipelajari dan tidak berkaitan dengan kehidupan mereka.

Kaedah dan bentuk pengajaran yang sesuai dengan generasi abad 21 banyak diperkatakan bagi
memenuhi keperluan dan harapan pendidikan masa kini. Kaedah konvensional "chalk and talk" semata-

69

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

mata dilihat memerlukan anjakan kepada kaedah yang lebih dinamik dan kreatif, sesuai dengan
teknologi yang ada sekarang. Di dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), guru berperanan
sebagai perancang, pengawal, pembimbing dan pendorong untuk memperkembangkan potensi murid
secara menyeluruh dan menghasilkan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Peranan
murid pula sebagai pembelajar aktif untuk menguasai kemahiran dan pengetahuan serta mengamalkan
nilai positif.

Proses pembelajaran hari ini memerlukan pendidik untuk berhadapan dengan pelajar yang
tergolong di dalam Generasi Z atau pelajar digital. Anak-anak generasi ini dikatakan mempunyai
kecenderungan tersendiri. Ciri terpenting adalah penggunaan internet yang meluas sejak usia muda.
Generasi Z difikirkan sebagai selesa dan fasih dengan teknologi serta lebih suka berinteraksi/bersosial
secara atas talian. Justeru itu kajian ini dilakukan untuk meningkatkan aktiviti pembelajaran pelajar
secara digital di dalam kelas dengan memperkenalkan IntroO’kit Workbook. Inovasi IntroO’kit
Workbook ini dihasilkan menggunakan Model Kemmis dan Mc Taggart (1998). Penghasilan bahan in
diharap dapat memenuhi cabaran teknologi pendidikan yang semakin berkembang maju sekaligus
menyahut cabaran pendidikan norma baharu iaitu memperkasakan pembelajaran dalam dunia digital.

2.0 Refleksi Masalah

Silibus kimia matrikulasi pada semester dua melibatkan 13 topik penting iaitu, tiga topik kimia fizikal
dan 10 topik kimia organik. Salah satu topik kimia organik di dalam silibus adalah topik Pengenalan
Kimia Organik (Introduction to Organic Chemistry). Topik pengenalan kimia organik ini sangat
penting kerana ia merupakan tajuk awal untuk memperkenalkan konsep kimia organik kepada kepada
pelajar pada semester ini. Walaupun ianya tidak mempunyai kredit di dalam peperiksaan kertas II (0%)
dan hanya empat soalan (8%) dalam kertas I. Namun topik ini merupakan topik pilihan subjek kimia
bagi tugasan pelajar yang berjumlah 15%. Topik ini juga mempunyai banyak subtopik penting sebagai
asas kepada tajuk kimia organik yang lain.

Topik-topik subjek kimia organik sangat berkait rapat antara satu sama lain. Justeru itu
pengetahuan asasnya perlulah dikuasai terlebih dahulu sebelum pelajar bergerak ke topik seterusnya.
Maka dengan itu pencapaian pelajar di dalam topik ini sangat perlu dititik beratkan. Oleh yang
demikian, kami telah menjalankan satu ujian diagnostik topik pengenalan kimia organik ke atas pelajar.
Hasil ujian tersebut mendapati 70.50% pelajar telah gagal dalam ujian ini. Analisis markah ini telah
mencetuskan kebimbangan di pihak kami sebagai pensyarah. Kegagalan penguasaan awal topik
pengenalan organik akan membawa kepada lebih banyak salah konsep pada topik-topik akan datang.

Penggunaan bahan pembelajaran digital pula merupakan salah satu kaedah untuk menarik
minat pelajar terhadap topik ini kerana ianya lebih diminati oleh pelajar generasi digital. Kekurangan
bahan digital berkualiti sebagai bahan pembelajaran telah mencetuskan masalah kepada kami untuk
menyampaikan isi pengajaran berbentuk digital di dalam kelas. Oleh yang demikian, kami telah
membina satu bahan pembelajaran digital bagi topik pengenalan kimia organik yang dinamakan
IntroO’kit Workbook menggunakan aplikasi Livewoorksheet. Ianya bagi mengatasi masalah pencapaian
sekaligus bahan pembelajaran digital pelajar dalam topik ini.

3.0 Fokus Kajian dan Isu Keprihatinan

Pembelajaran digital merupakan kaedah pembelajaran yang harus diperkasakan. Ini bagi memastikan
sistem pendidikan di Malaysia mampu berdaya saing serta setara dalam teknologi pendidikan yang
menjadi amalan dunia terkini. Kekurangan bahan pembelajaran digital sebagai rujukan dan sokongan
pembelajaran membuatkan kami ingin menghasilkan bahan pembelajaran yang baru dalam topik ini.
Selain itu, pencapaian pelajar dalam topik ini sangat penting kerana ianya mempengaruhi pencapaian
pelajar untuk topik kimia organik yang seterusnya. Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan

70

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

penggunaan IntroO’kit workbook dalam peningkatan pencapaian pelajar dalam topik pengenalan kimia
organik. Kajian ini seterusnya bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaannya dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelas kimia. Ianya akan diukur melalui satu bentuk pengukuran
secara atas talian terhadap pemahaman pelajar setelah IntroO’kit di perkenalkan di dalam bilik darjah.

3.1 IntroO’kit Workbook

IntroO’kit Workbook adalah singkatan daripada perkataan Introduction to Organik Kit Workbook.
IntroO’kit Workbook merupakan satu bahan pembelajaran digital yang membantu pelajar untuk
mempelajari topik pengenalan kimia organik dengan lebih mudah dan berkesan. Workbook ini dibina
dengan menggunakan aplikasi Liveworksheet. IntroO’kit Workbook terdiri daripada enam lembaran
kerja digital serta enam video pengajaran. Video pengajaran yang dihasilkan adalah video yang
dihasilkan sendiri oleh ahli kumpulan kami. Pensyarah yang menyediakan video ini merupakan
pensyarah berpengalaman dalam proses penyediaan video di media sosial.

Selain itu, kandungan isi pelajaran juga telah disemak oleh pakar rujuk subjek kimia. Kelebihan
penggunaan digital workbook ini adalah pelajar dapat menyemak sendiri jawapan yang diberikan oleh
mereka. Workbook ini juga boleh digunakan berulang kali mengikut tahap pembelajaran masing-
masing. Untuk menggunakan workbook ini pelajar perlu mencipta akaun di dalam aplikasi
Liveworksheet. Kemudian pelajar boleh mendaftar masuk laman IntroO’kit Workbook menggunakan
kod yang diberikan oleh pensyarah. Rujuk Lampiran untuk melihat bahan digital IntroO’kit Workbook
yang digunakan.

3.2 Cara Penggunaan IntroO’kit Workbook

IntroO’kit boleh digunakan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja oleh pelajar. Peranti yang
diperlukan adalah talifon pintar atau komputer serta talian internet yang stabil. Cadangan tempoh masa
penggunaan di dalam kelas adalah selama dua jam. Manakala di luar kelas adalah lebih fleksibel
mengikut kesesuaian pembelajaran kendiri pelajar. Langkah penggunaan IntroO’kit Workbook adalah
seperti Rajah 1 di bawah

Langkah 1: Langkah 2:
Pelajar mencipta akaun di Pensyarah memberi kod IntroO’kit
Liveworksheet akaun di web berikut
https://www.liveworksheets.com/ Workbook kepada pelajar

Langkah 4: Langkah 3:
Pelajar menjalankan aktiviti di dalam Pelajar key-in kod tersebut di paparan
Workbook tersebut yang Workbook yang tersedia

RAJAH 1: Penggunaan IntroO’kit Workbook

Pelajar bebas membuat perbincangan sesama ahli kumpulan, merujuk video yang disediakan
serta berdiskusi bersama pensyarah. Pensyarah berperanan sebagai fasilitator untuk mengawal kelas,

71

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

membimbing dan melancarkan sesi pembelajaran. Peranan IntroO’kit Workbook dalam membantu
pecapaian pelajar adalah pelajar dapat menonton video pengajaran serta membuat latihan yang
diberikan berulang-ulang kali mengikut kesesuaian pembelajaran mereka. Mereka juga dapat
menyemak sendiri markah ujian yang diperolehi.

4.0 Objektif Kajian

Objektif kajian kami adalah
1. meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik pengenalan kimia organik
2. menentukan keberkesanan IntroO’kit Workbook terhadap pelajar

5.0 Sampel Dan Tempat Kajian

Seramai 17 orang pelajar dijadikan sampel kajian. Kaedah pensampelan yang digunakan adalah
pensempelan bertujuan. Kumpulan pelajar ini dipilih kerana 70.50% daripada mereka telah gagal ujian
diagnostik. Mereka merupakan kumpulan pelajar modul 3 yang memperolehi julat gred B hingga C
dalam PSPM. Selain itu, pelajar-pelajar ini merupakan pelajar kelas tutoran yang diajar oleh salah
seorang ahli kumpulan kami. Kajian ini dilakukan di Kolej Matrikulasi Kedah di daerah Kubang Pasu,
Kedah Darulaman.

6.0 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah bahan pembelajaran digital yang dinamakan
IntroO’kit Workbook. Kandungan isi pelajaran dan latihan di dalam workbook ini telah disemak oleh
pakar rujuk subjek kimia. Justeru itu kualiti dan kaedah pengajaran telah menepati silibus kimia
matrikulasi yang terkini. Instrumen lain yang digunakan adalah Borang Tinjauan Keberkesanan. Kami
telah menggunakan aplikasi google form untuk menyediakan borang tinjauan keberkesanan IntroO’kit
Workbook. Penggunaan aplikasi ini lebih mudah kerana data yang diperolehi lebih pantas untuk
dianalisis. Borang ini mengandungi 11 soalan menggunakan skala likert 1-4 iaitu, 1-sangat tidak setuju,
2- tidak setuju, 3- setuju dan 4-sangat setuju.

7.0 Perancangan Kajian

Kajian ini merupakan kajian tindakan. Kajian tindakan merupakan kajian yang bertujuan untuk
memperbaiki amalan proses pengajaran dan pembelajaran serta pedagogi guru. Menurut Elliot dan
Adelman (1976), kajian tindakan dalam bidang pendidikan adalah satu usaha untuk mempertingkatkan
mutu profesionalisma para pendidik dengan cara menyelidik situasi sosial di institusi pendidikan
dengan tujuan untuk memperbaiki kualiti amalan harian. Di dalam kajian ini, kami telah menggunakan
model kajian tindakan oleh Kemmis dan Mc Taggart sebagai rujukan. Kemmis dan Mc Taggart (1988)
mengemukakan model kajian tindakan mereka yang mengandungi empat langkah dalam setiap kitaran
iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Mengikut model tersebut, kajian tindakan
dilaksanakan mengikut urutan ke empat-empat langkah dalam kitaran-kitaran yang berterusan.
Pelaksanaan kajian tindakan yang telah dijalankan adalah seperti Rajah 2 di bawah

72

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

RAJAH 2: Kitaran kajian Kemmis dan Mc Taggart (1988)
8.0 Perlaksanaan Kajian
Kajian ini telah dilakukan dalam satu kitaran sahaja, perincian aktiviti kitaran akan dibincangkan
melalui aktiviti yang telah dilaksanakan. Satu ujian diagnostik topik pengenalan kimia organik telah
dilakukan sebelum intervensi penggunaan IntroO’kit Workbook dilakukan kepada pelajar. Hasil ujian
diagnostik mendapati 70.50% pelajar telah gagal dalam ujian tersebut. Justeru itu, satu perancangan
telah dibuat untuk mengatasi masalah pencapaian pelajar dalam topik ini.
8.1 Kitaran aktiviti
Kitaran aktiviti dimulakan dengan aktiviti merancang dan membina bahan pembelajaran digital. Proses
penghasilan IntroO’kit Workbook ini memakan masa selama 2 minggu.
(a) Aktiviti 1: Penggunaan IntroO’kit Workbook di dalam kelas
Aktiviti pertama kajian ini adalah Penggunaan IntroO’kit Workbook bersama pelajar. Ujian ini
dilaksanakan pada 22 Oktober 2019 pada jam 2.00 petang bertempat di makmal kimia 5. Sesi ini
mengambil masa selama 2 jam. Seramai 10 orang pelajar terlibat dalam aktiviti ini. Pelajar telah
dibahagikan kepada lima kumpulan. Pelajar diminta untuk menjalankan aktiviti seperti yang diarahkan.
Pelajar juga bebas membuat perbincangan sesama ahli kumpulan, menggunakan workbook serta video
yang disediakan serta berdiskusi bersama pensyarah.
i) Refleksi aktiviti 1:
Kami telah berhasil menyediakan bahan bantu mengajar bagi topik pengenalan kimia organik seperti
yang dirancang. Penghasilan bahan pembelajaran ini telah menyumbang kepada peningkatan amalan
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dikalangan pensyarah. Selain itu ia juga menyumbang kepada
penambahan bahan pembelajaran digital bagi unit kimia, KMK. Melalui aktiviti ujian rintis penggunaan
IntroO’kit Workbook yang dijalankan, pelajar kelihatan seronok dan bekerjasama di dalam kumpulan
masing-masing. Mereka berbincang secara aktif dan menggunakan workbook yang disediakan. Namun

73

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

begitu, terdapat juga beberapa kekangan yang berlaku. Kekangan tersebut adalah dari segi penggunaan
talian internet kolej yang tidak stabil.

ii) Tindakan penambahbaikan:
Kami telah meminta pelajar untuk menggunakan data internet telco masing-masing. Data internet dari
talian telco pelajar adalah lebih stabil berbanding talian internet yang disediakan oleh pihak kolej

(b) Aktiviti 2: Ujian pos
Aktiviti seterusnya adalah memberi soalan ujian kepada pelajar. Soalan ujian merupakan soalan yang
disediakan oleh Unit kimia. Kami telah memberikan soalan ujian tersebut kepada pelajar B2T1. Pelajar
diarahkan untuk menyiapkan ujian dalam masa 1 jam sahaja. Hasil dapatan ujian post ini adakan
dibandingkan dengan ujian diagnostik untuk melihat peningkatkan pencapaian mereka.

i) Refleksi aktiviti 2:
Pelajar menjalankan ujian yang diarahkan dalam masa 1 jam. Selepas penandaan dilakukan, didapati
pelajar berjaya menjawab soalan tugasan yang diberikan dengan teratur, terarah dan lengkap. Pelajar
berhasil memberikan jawapan yang memenuhi kehendak pensyarah.

(c) Aktiviti 3: Borang tinjauan Keberkesaan IntroO’kit
Aktiviti diteruskan dengan mengedarkan borang soal-selidik tinjauan keberkesanan penggunaan
IntroO’kit workbook dikalangan pelajar. Pelajar diberikan link borang google form tersebut melalui
aplikasi WhatsApp. Borang ini mengandungi 11 soalan berbentuk skala likert 1-4. Pelajar diminta untuk
menjawab soalan tersebut dalam masa yang ditetapkan.

i) Refleksi aktiviti 3:
Makluman soal-selidik yang diperolehi akan dianalisis dan dibincangkan di bahagian dapatan kajian.
Pelajar tidak mempunyai masalah untuk melengkapkan borang tinjauan yang diberikan. Kesemua
pelajar memberikan kerjsama yang baik dengan menjawab semua 11 soalan yang dinyatakan.

9.0 Dapatan Kajian

Dapatan kajian diperolehi melalui kaedah kuantitatif bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan
penggunaan IntroO’kit Workbook yang telah dilaksanakan. Dapatan hasil kajian diperolehi melalui

kaedah analisis yang ditunjukkan dalam Jadual 1 berikut.

JADUAL 1: kaedah analisis yang dijalankan bagi menjawab objektif kajian

Bil Objektif kajian Kaedah analisis

1 meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik Analisis markah ujian

pengenalan kimia organik Analisis borang soal-selidik
2 menentukan keberkesanan IntroO’kit

Workbook terhadap pelajar

9.1 Analisis Markah Ujian

Para pelajar diberikan ujian diagnostik bagi topik pengenalan kimia organic sebelum menggunakan
IntroO’kit Workbook. Setelah itu, para pelajar diperkenalkan dengan IntroO’kit Workbook dan
menggunakan bahan tersebut. Kemudian para pelajar diberikan ujian pos bagi menilai keberkesanan
penggunaan IntroO’kit Workbook dalam pengajaran dan pembelajaran topik pengenalan kimia organik.

74

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Data bagi ujian pos pelajar dianalisis dan dibandingkan dengan ujian diagnostik bagi menilai
peningkatan pencapaian pelajar.

Berdasarkan Jadual 2.0, terdapat peningkatan 100 % dalam ujian pos. Semua pelajar telah
mendapat peningkatan markah setelah menggunakan IntroO’kit Workbook dengan peratus peningkatan
paling tinggi adalah 100%, iaitu peningkatan markah daripada mendapat 0 markah dalam ujian
diagnostik dan telah mendapat 10 markah dalam ujian pos. Seramai empat orang pelajar (24%) telah
mencapai tahap maksimum dalam ujian ini dengan mendapat markah penuh. Purata peningkatan
markah pelajar adalah sebanyak 47%.

JADUAL 2: Markah ujian diagnostik dan ujian post pelajar

Markah ujian /10markah peratus
peningkatan
Ujian Ujian
60%
Bil Nama diagnostik post 40%
1 Pelajar A 100%
2 Pelajar B 06 40%
3 Pelajar C 60%
4 Pelajar D 48 20%
5 Pelajar E 60%
6 Pelajar F 0 10 60%
7 Pelajar G 60%
8 Pelajar H 48 60%
9 Pelajar I 20%
10 Pelajar J 4 10 60%
11 Pelajar K 20%
12 Pelajar L 02 20%
13 Pelajar M 40%
14 Pelajar N 4 10 20%
15 Pelajar O 60%
16 Pelajar P 06
17 Pelajar Q
06

06

02

06

02

02

6 10

02

06

Jadual 3 pula menunjukkan peningkatan bilangan pelajar yang mendapat markah antara 6-10 markah

iaitu sebanyak 65% peningkatan. Manakala tiada lagi pelajar mendapat 0.0 markah dalam ujian pos
setelah pelajar menggunakan IntroO’kit.

JADUAL 3: Julat markah pelajar

Bilangan pelajar

Julat markah Ujian diagnostik Ujian post
0
1-3 12 0
4-5
6-8 05

9-10 40
Jumlah
18

04

17 17

75

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

9.2 Analisis Borang soal-selidik

Analisis keberkesanan IntroO’kit Workbook dilakukan menggunakan borang selidik empat skala likert
iaitu 1-sangat tidak setuju, 2-tidak setuju, 3-setuju, 4-sangat setuju. Soal selidik ini mengandungi 11
soalan yang disebarkan melalui aplikasi Google Form. Soalan ini telah dibuat oleh ahli kumpulan kami.
Soalan ini juga telah dibuat kesahan kandungan dengan pensyarah pakar rujuk subjek. Berdasarkan
analisis Jadual 4, purata pelajar (47%) tidak bersetuju bahawa kimia dan topik pengenalan kimia organik
merupakan subjek yang sukar dan topik yang tidak sukar untuk difahami. Ini mungkin disebabkan
peratusan bilangan pelajar daripada aliran empat semester (S4S) adalah tinggi (71%). Pelajar dari aliran
S4S telah mempelajari asas topik organik, walaupun tidak secara mendalam. Namun begitu purata
pelajar ini sangat bersetuju (94%) bahawa penggunaan IntroO’kit Workbook dapat memudahkan
pembelajaran topik pengenalan kimia organik lebih cepat dan mudah.

Hasil soal-selidik juga menunjukkan 100% pelajar bersetuju IntroO’kit Workbook membantu
mereka dalam peningkatkan pencapaian topik pengenalan kimia organik. Manakala 94% pelajar
bersetuju IntroO’kit Workbook membantu dalam proses ulangkaji. Selain itu, purata pelajar juga
bersetuju (100%) bahawa IntroO’kit Workbook ini menarik dan juga mesra pengguna serta menarik
perhatian pelajar dalam mempelajari topik ini seterusnya membuatkan mereka lebih meminati subjek
kimia organik. Purata pelajar juga memahami akan kepentingan pembelajaran secara kendiri dan purata
pelajar bersetuju (71%) bahawa IntroO’kit Workbook dapat memudahkan pelajar mengamalkan
pembelajaran kendiri. Daripada peratusan di atas juga menunjukkan, pelajar setuju (100%) bahawa
aplikasi digital yang terdapat dalam IntroO’kit Workbook boleh diakses dengan mudah.

Namun begitu masih terdapat beberapa bahagian aplikasi ini yang boleh diperbaiki. Ini kerana
terdapat juga pelajar (seorang) tidak bersetuju bahawa penggunaan IntroO’kit ini dapat membantunya
mempelajari topik pengenalan kimia organik dengan lebih mudah dan juga tidak dapat membantunya
lebih meminati subjek kimia. Setelah ditemubual, pelajar ini berpendapat walaupun pembelajaran
melalui kaedah digital memudahkan pelajar, namun mereka masih perlukan bimbingan pensyarah untuk
membantu mereka menguasai sesuatu topik. Kami bersetuju dengan pendapat pelajar ini, kerana itulah
kami mencadangkan bahawa IntroO’kit Workbook ini digunakan dalam aktiviti PdP di dalam kelas.
Melalui aktiviti ini pelajar dapat berbincang secara aktif dan kolaboratif sesama rakan sambil dipantau
oleh pensyarah sebagai fasilitator.

JADUAL 4: Analisis peratusan soal selidik pelajar

No Soalan 1 234

1 Kimia merupakan subjek yang sukar 12% 47% 23% 18%

2 Introduction to Organic Chemistry merupakan topik yang

sukar difahami 6% 47% 23% 23%

3 IntroO'kit Workbook membantu saya mempelajari topik

Introduction to Organic dengan mudah, cepat dan

berkesan 0 0 35% 65%

4 IntroO'kit Workbook membantu saya membuat tugasan

individu kimia 0 0 30% 70%

5 IntroO'kit Workbook membantu saya membuat

rujukan/ulangkaji bagi soalan tugasan 0 6% 6% 88%

6 IntoO'kit Workbook merupakan kit yang menarik dan

mesra pengguna 0 0 23% 76%

7 Pembelajaran kendiri (self-learning) merupakan kaedah

pembelajaran yang penting selain dari pembelajaran di

dalam bilik darjah 0 0 23% 76%

76

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

8 IntroO'kit memudahkan pembelajaran kendiri (self- 0 0 29% 71%
learning) saya 0 0 6% 94%
0 6% 29% 65%
9 Saya suka belajar topik Intoduction to Chemistry 0 0 29% 71%
menggunakan IntroO'kit Workbook

10 IntroO'kit Workbook membuatkan saya lebih meminati
subjek kimia organik

11 Aktiviti digital di dalam IntroO'kit workbook mudah
dicapai dan digunakan

10.0 Kesan Kajian

Penggunaan IntroO’kit Workbook telah memberikan kesan positif dalam meningkatkan pencapaian
mereka dalam topik pengenalan kimia organik. Selain itu, pelajar-pelajar juga telah mencapai objektif
khusus kajian seperti yang dipaparkan di Jadual 5.

JADUAL 5: kaedah analisis yang dijalankan bagi menjawab objektif kajian

Bil Objektif kajian Pencapaian

1 meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik 100% peningkatan

pengenalan kimia organik 100% peningkatan
2 menentukan keberkesanan IntroO’kit Workbook

terhadap pelajar

Sepanjang kajian ini dijalankan terdapat beberapa kesan dan impak yang kami perhatikan,
impak tersebut akan dibincangkan mengikut empat kategori iaitu impak terhadap pembelajaran pelajar,
impak terhadap sikap pelajar dan ahli kumpulan kami serta impak terhadap unit kimia dan organisasi.

10.1 Impak terhadap Pembelajaran Pelajar

Sesi pembelajaran yang dilakukan memberi melalui IntroO’kit Workbook melibatkan aktiviti
berkumpulan, latihan individu dan perbincangan bersama pensyarah. Hasil pemerhatian kami, pelajar
kelihatan lebih gembira kerana sesi pembelajaran dan pengajaran tidak berlangsung dalam keadaan
tertekan dan terlalu formal. Mereka sangat mahir dalam penggunaan bahan digital. Pelajar juga dapat
membuat latihan dan melihat video pengajaran dengan berulang-ulang. Selain itu pelajar juga berjaya
memperolehi pencapaian yang lebih baik.

10.2 Impak terhadap Sikap Pelajar dan Ahli Kumpulan Kami

Kajian yang dilakukan ini juga memberi impak terhadap kaedah dan teknik pengajaran kami. Sebelum
ini kami mengamalkan kaedah pembelajaran secara konvensional dimana semua maklumat perlu
diberikan oleh guru. Sesi kelas juga agak bosan dan bersifat satu hala sahaja. Kini melalui aktiviti
berkumpulan yang dilakukan, kami bertindak sebagai fasilitator. Sebagai fasilitator komunikasi kami
dan pelajar berlaku dengan lebih baik. Pelajar dapat berbincang dan menyuarakan masalah mereka
dengan lebih berkesan. Selain itu, pelajar juga mempunyai kesediaan dan literasi yang tinggi dalam
penggunaan teknologi digital dalam pendidikan. Pelajar tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan
diri dengan pengajaran secara atas talian. Justeru itu, kami harus menambahkan ilmu pengtahuan
teknologi pendidikan agar sentiasa seiring dengan norma pendidikan terkini.

77

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

10.3 Impak terhadap Unit kimia dan Organisai

Walaupun topik pengenalan kimia organik ini mempunyai pemberat yang rendah dalam peperiksaan
akhir namun pencapaian pelajar adalah sangat penting. Ini kerana ia mempunyai pemberat yang tinggi
iaitu 15% dari keseluruhan 40% penilaian berterusan pelajar. Selain itu, ia juga merupakan topik asas
kepada topik kimia organik yang seterusnya. Oleh yang demikian, penggunaan IntroO’kit Workbook
dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik pengenalan kimia organik seterusnya mempunyai
konsep asas yang kukuh untuk menguasasi subjek kimia organik. Ia sekaligus memberi keputusan yang
baik bagi kecemerlangan unit kimia.

11.0 Kelemahan Kajian dan Cadangan Penambahbaikkan

Walaupun penggunaan IntroO’kit Workbook yang dijalankan dalam kajian ini memberikan kesan
positif terhadap pencapaian pelajar, namun masih terdapat beberapa kekurangan yang telah
dikenalpasti. Kekangan tersebut adalah dari segi penggunaan internet di mana pelajar-pelajar
menghadapi kekangan sumber internet yang lancar dan stabil. Beberapa cadangan penambahbaikkan
lain telah dikenalpasti antaranya ialah menambahkankan kepelbagaian soalan di dalam Workbook.

12.0 Kesimpulan

Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan penggunaan IntroO’kit Workbook telah berjaya mencapai
objektif kajian iaitu meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik pengenalan kimia organik dan
menentukan keberkesanan IntroO’kit Workbook terhadap pelajar. Kitaran kajian telah dijalankan dalam
satu kitaran. Aktiviti yang dijalankan dalam kitaran melibatkan aktiviti pembinaan bahan digital, ujian
rintis, aktiviti berkumpulan dan ujian. Instrumen yang digunakan adalah bahan digital yang dinamakan
IntroO’kit Workbook menggunakan aplikasi Liveworksheet. Workbook mengandungi enam soalan
latihan dan enam video pengajaran.

Dapatan kajian menunjukkan 47% peningkatan pencapaian pelajar dalam subjek kimia.
Manakala 100% pelajar bersetuju penggunaan IntroO’kit berkesan dalam membantu mereka
mempelajari kimia organik. Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang ditemui namun kelemahan
tersebut boleh diatasi dengan cadangan-cadangan penambahbaikkan yang telah diberikan. Proses
pembelajaran sentiasa berkembang maju dan semakin kompetitif. Justeru itu, sebagai pendidik kita
perlulah sentiasa mempunyai semangat untuk memperbaiki kelemahan diri dengan menjana dan
memperbaharui teknik pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, ia dapat menarik minat pelajar secara
holistik seterusnya dapat melahirkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.

13.0 Rujukan

Anne M.H. (2017). What Makes Chemistry a Challenging Science. Why Is Chemistry So
Hard? https://www.thoughtco.com/why-is-chemistry-so-hard-604145

De Vos, W., Bulte, A. M. W., & Pilot, A. (2002). Chemistry curricula for general education:
Analysis and elements of a design. In J. K. Gilbert, O. De Jong, R. Justi, D. F. Treagust, & J. H. Van
Driel (Eds.), Chemical education: Towards research-based practice (pp. 101–124). Dordrecht, The
Netherlands: Kluwer Academic Press.

78

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Elliot, J., & Adelman, C. (1976). Innovation at the classroom level: A case study of the
Ford teaching project. Curriculum Design and Development, Briston, PA: Open University Press
Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Victoria: Deakin University
Press
Jadual Spesifikasi Tugasan SK015, Kolej Matrikulasi Kedah, Bahagian Matrikulasi, Kementerian
Pendidikan Malaysia, sesi 218,2019
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Syllabus specification chemistry SK015 &SK025. Putrajaya:
Bahagian Matrikulasi.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan
Tinggi) 2015-2025 . Putrajaya, Malaysia

79

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

LAMPIRAN
IntroO’kit Workbook Livewooksheet

80

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Aplikasi Teknik 3-Minos Dalam Meningkatkan Kefahaman Pelajar Ses
Bagi Topik Struktur Sel Dan Fungsinya

Norhamidah Hussain1, [email protected]
1Unit Biologi, Jabatan Sains, Kolej Matrikulasi Kedah

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman pelajar bagi Topik Struktur Sel dan Fungsinya ke
atas pelajar Sistem Empat Semester (SES) yang mengambil subjek Biologi. Model Bridget Somekh (1989)
digunakan sebagai model asas kajian ini dan dijalankan di dalam satu kitaran sahaja. Bagi mengenalpasti masalah
pembelajaran, satu tinjauan awal telah dijalankan melalui pemerhatian di dalam kelas, semakan lembaran kerja,
temubual secara terbuka dan Ujian Diagnostik. Tinjauan ini dijalankan untuk melihat bagaimana pelajar dapat
mengenalpasti dan memahami organel-organel yang terlibat di dalam topik yang dikaji. Dapatan tinjauan awal
menunjukkan pelajar sukar mengenalpasti ciri-ciri dan fungsi sesetengah organel dengan baik. Mereka tidak dapat
memberikan jawapan secara tepat di dalam soalan tutorial. Oleh itu, perancangan kajian tindakan ini telah
memberi tumpuan kepada cara untuk meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar melalui Teknik 3-
MINOS. Melalui teknik ini, pelajar akan menghasilkan suatu info grafik atau ringkasan maklumat tentang ciri-
ciri dan fungsi organel yang dipilih di dalam satu slaid power point dan membuat pembentangan melalui video
yang berdurasi kurang daripada tiga minit. Kajian ini mengambil masa selama empat minggu untuk dilaksanakan.
Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos telah menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara di dalam mengingat dan
memahami ciri-ciri dan fungsi organel. Oleh yang demikian, Teknik 3-MINOS ini diharapkan dapat membantu
pelajar untuk meningkatkan daya ingatan serta kefahaman mereka di dalam topik yang dikaji.

Kata kunci: Teknik 3-MINOS, Kefahaman dan Daya Ingatan, Topik Struktur Sel dan Fungsinya, Info Grafik,
Pembentangan Video.

1.0 Pendahuluan

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan
berperanan sebagai sebuah program persediaan bagi membantu pelajar Bumiputera untuk
membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke universiti di dalam dan luar negara. Di dalam program
matrikulasi, terdapat tiga jurusan pembelajaran utama iaitu Sistem Dua Semester Perakaunan, Sistem
Dua Semester Sains dan Sistem Empat Semester Sains. Hanya Sistem Dua dan Empat Semester Sains
sahaja yang mengambil subjek Biologi.

Biologi merupakan salah satu cabang sains hayat atau kajian saintifik tentang kehidupan
(Campbel et al., 2016). Manurut Lawrence (2016), pembelajaran di dalam Biologi boleh dibahagikan
kepada tiga aspek pembelajaran iaitu bagaimana untuk belajar, memahami kemahiran saintifik dan
menyemai nilai. Secara umumnya, pendekatan konsep Sains dalam pendidikan Biologi di matrikulasi
adalah merujuk kepada bagaimana kurikulum sains disusun begitu rupa berdasarkan kepada konsep-
konsep utama sains. Kebanyakan pensyarah yang berpengalaman bersetuju bahawa penyampaian
maklumat kepada pelajar adalah penting, tetapi mengajar bagaimana pelajar berfikir merupakan perkara
yang lebih penting.

Di dalam pembelajaran Biologi, penekanan kepada konsep pelajaran juga perlu diutamakan.
Konsep pembelajaran merupakan asas kepada kemahiran berfikir (Sternberg & Spear-Swerling, 1996).
Sternberg (1984) menyatakan penilaian dalam pendidikan bukan sekadar untuk mendapatkan jawapan
yang betul sahaja, tetapi menjangkau kepada mutu pengajaran dan pemikiran yang berkaitan dengan
konsep itu. Daripada kenyataan ini jelas menunjukkan kemahiran berfikir penting untuk penyelesaian
masalah dalam pendidikan Biologi dan ianya dapat dikuasai sepenuhnya melalui penggunaan strategi
belajar yang tepat (Ani et al., 2018). Secara tidak langsung, pemahaman konsep pasti berlaku kerana ia
adalah asas kepada kemahiran berfikir.

Sebagai pendidik, penyelidik juga melihat ada sebahagian pelajar yang tidak mampu berfikir
di luar kotak apabila berdepan dengan masalah pembelajaran Biologi. Pemahaman tentang sesuatu

81

konsep kadang-kala hanya dihafal oleh pelajar dan bukannya difahami dan dihayati dengan sepenuhnya.
Ini menyebabkan pelajar kurang beminat dengan subjek Biologi. Ditambah pula dengan penekanan
penggunaan Bahasa Inggeris di dalam program matrikulasi. Oleh yang demikian, kajian tindakan ini
dibuat untuk membantu pelajar memahami ciri-ciri organel dan fungsi bagi topik Struktur Sel dan
Fungsinya yang sememangnya akan diuji di dalam peperiksaan akhir Semester I pelajar nanti.

1.1 Latar Belakang Kajian

Topik Struktur sel dan Fungsinya merupakan topik asas di dalam biologi dan pelajar akan mempelajari
organel-organel tertentu secara lebih terperinci di dalam topik-topik yang selanjutnya seperti
mitokondria di dalam Respirasi sel, kloroplast di dalam Fotosintesis, nukleus di dalam Pembahagian
Sel dan Sistem Pembiakan serta banyak lagi. Jadi pengetahuan asas ini amat perlu dikukuhkan supaya
pelajar dapat menyimpan maklumat topik ini di dalam ingatan jangka panjang mereka serta
menggabungjalinkan semula maklumat nanti di dalam topik-topik yang seterusnya.

Dengan tempoh pembelajaran yang agak lama iaitu 12 jam dan mengambil tempoh selama
hampir empat minggu PdP maka tidak hairanlah topik ini agak bosan bagi pelajar. Tambahan pula jika
proses PdP juga kurang aktif dan tidak menyeronokkan. Dalam tempoh masa ini, pelajar perlu belajar
tentang sel haiwan dan sel tumbuhan serta semua organel yang terdapat di dalam kedua-dua jenis sel
tersebut. Ini termasuklah semua komponen seperti membran plasma, proses pengangkutan keluar-
masuk sel dan banyak lagi. Ini mungkin salah satu faktor yang menyebabkan pelajar bosan dan kurang
berminat untuk belajar. Jadi, jika pelajar tidak dapat menguasai topik ini, pelajar akan mempunyai
masalah untuk mendapat markah terbaik di dalam Ujian Penilaian Semester 1 (UPS1) dan peperiksaan
akhir nanti. Di dalam peperiksaan akhir, topik ini memberikan 17.2% daripada markah keseluruhan dan
merupakan antara markah tertinggi di dalam semua topik Biologi DB014.

1.2 Tujuan/Kepentingan Kajian

Memandangkan pelajar pada zaman kini lebih menjurus menggunakan aplikasi internet dan gajet
elektronik, maka penyelidik cuba menghasilkan satu pembelajaran yang menggunakan media
elektronik dan penggunaan video rakaman untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang menarik
bagi Topik Struktur Sel dan Fungsinya. Teknik 3-MINOS dicadangkan sebagai satu teknik Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) yang digunakan menarik minat belajar pelajar supaya mereka dapat mengingat
ilmu yang dipelajari dalam jangka masa yang lama. Tujuan utama kajian ini adalah sebagai platform
untuk pelajar mengingat dan mampu menjawab soalan di dalam peperiksaan dengan baik. Justeru itu,
eknik ini diharapkan mampu meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar bagi Topik Struktur
Sel dan Fungsinya.

1.3 Andaian, Nilai Dan Kepercayaan Pengkaji Terhadap Pdp

Jadi, untuk menjalankan kajian tindakan ini, penyelidik menggunakan Model Bridget Somekh (1989)
sebagai model asas untuk membina dan menguji keberkesanan terhadap Teknik 3-MINOS. Menurut
Othman (2015), Bridget Somekh telah mengembangkan langkah-langkah kajian tindakan dengan lebih
terperinci berasaskan kajian Kemmis dan John Elliott. Namun begitu, secara kesimpulannya, semua
kaedah yang diperlukan di dalam sesebuah kajian indakan mestilah mempunyai ciri-ciri am yang sama
dan dijalankan dalam bentuk gelung yang merangkumi aktiviti di dalam Rajah 1 berikut:

82

1. Mengenalpasti Masalah

2. Merancang Tindakan

3. Melaksanakan Tindakan

4. Melakukan Refleksi

5. Ke kitaran seterusnya sehingga mendapat data yang lebih jitu

RAJAH 1: Kitaran Kajian Tindakan
Kajian ini mengambil masa selama empat minggu dan dijalankan di dalam satu kitaran sahaja.
Kajian ini mengambilkira semua langkah yang terdapat dalam gelung kajian tindakan. Langkah-langkah
seperti membuat refleksi, menentukan fokus kajian, merancang tindakan serta melaksanakan tindakan,
seterusnya memerhati dan membuat refleksi semula terhadap keseluruhan proses telah dibuat untuk
memastikan proses PdP mengikut kaedah baru tercapai. Kitaran aktiviti kajian ini boleh dilihat di dalam
Rajah 2. Penyelidik percaya bahawa Teknik 3-MINOS ini mampu memberikan satu suasana PdP yang
baharu kepada pelajar serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan semasa pelajar
mempelajari Topik Struktur Sel dan Fungsinya.

2. Mengumpul data

1. Mengenalpasti masalah/ 3. Menganalisis data/
fokus yang diminati membentuk hipotesis

8. Kitaran seterusnya 4. Merancang pelan
tindakan

7. Menganalisis data dan 5. Melaksanakan pelan
menilai keberkesanan tindakan

6. Mengumpul data untuk
mengesahkan perubahan

RAJAH 2: Kitaran Aktiviti Kajian Tindakan oleh Bridget Somekh (1989) (Othman, 2015).
83

2.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu

2.1 Refleksi Pensyarah

Sebagai seorang pensyarah Biologi, penyelidik telah mengajar Subjek Biologi di kolej matrikulasi
selama 14 tahun dan telah mengajar pelajar Sistem Empat Semester (SES) selama enam tahun.
Kebiasaannya, pelajar yang memasuki aliran SES sains adalah pelajar yang mendapat Gred D ke bawah
bagi subjek Matematik Tambahan semasa SPM. Begitu juga halnya dengan gred Biologi dan Bahasa
Inggeris mereka. Kebanyakannya adalah rendah seperti Gred C walaupun terdapat juga pelajar-pelajar
yang baik gred Biologi dan Bahasa Inggeris mereka. Namun disebabkan gred Matematik Tambahan
yang rendah maka mereka dimasukkan ke dalam kelompok pelajar empat semester. PdP di kolej
matrikulasi adalah menggunakan perantaraan Bahasa Inggeris. Jadi, sepanjang pengajaran, penyelidik
mendapati jika pelajar tidak memahami maksud terma atau perkataan sains, pelajar dilihat agak sukar
untuk mempelajari subjek tersebut. Terutamanya bagi subjek Biologi.

Topik 2: Struktur Sel dan Fungsinya merupakan antara topik yang agak sukar untuk dikuasai
oleh pelajar kerana mempunyai terma-terma untuk menggambarkan sesuatu organel di dalam sel. Ada
juga terma yang baharu didengar oleh pelajar. Namun begitu, topik ini sebenarnya telah dipelajari
sebagai asas kepada subjek Biologi di dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar yang
lalu. Berdasarkan pengalaman penyelidik sepanjang mengajar, kaedah yang selalu digunakan untuk
mengajar adalah menerangkan di papan putih dan memberi soalan tugasan kepada pelajar untuk
disiapkan di dalam kelas ataupun dengan melukis gambarajah. Kaedah konvensional ini sebenarnya
memberi kepuasan mengajar kepada penyelidik sebagai pensyarah. Namun dengan kepesatan
penggunaan gajet di dalam zaman yang serba moden ini, kaedah ini dilihat telah menjadi kurang relevan
untuk membantu pembelajaran pelajar. Di dalam meniti arus pemodenan dalam bidang pendidikan,
kaedah chalk and talk mungkin sudah tidak relevan lagi buat masa kini (Mahasan, 2003). Tinjauan awal
tentang ketidakfahaman dan miskonsepsi telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian di
dalam kelas, temubual pelajar, semakan lembaran kerja dan ujian diagnostik. Rata-rata pelajar sukar
untuk menerangkan ciri-ciri organel dengan baik dan hasilnya mereka kurang mendapat markah untuk
proses tersebut.

Tambahan pula dengan suasana norma yang baharu disebabkan penularan wabak Covid-19 ini,
maka kebanyakan kelas dijalankan secara dalam talian. Pelajar didapati begitu keliru dengan segala
terma untuk menggambarkan ciri-ciri organel. Tambahan pula terdapat sembilan organel yang berada
di dalam sel haiwan dan tumbuhan yang perlu pelajar tahu ciri-ciri dan fungsi organel tersebut. Jadi,
jika pelajar tidak dapat mengingati ciri-ciri organel dengan baik ia akan menyebabkan pelajar gagal
menjawab soalan berkaitan organel dan seterusnya memberi kesan buruk kepada keputusan ujian. Jadi,
penyelidik berasa tidak berpuas hati dengan kaedah pengajaran sedia ada dan berasa terpanggil untuk
melakukan inovasi dalam proses PdP.

2.2 Refleksi Pelajar

Melalui pemerhatian di dalam kelas, pelajar kebanyakannya kurang memberi perhatian semasa
pensyarah mengajar topik ini. Mungkin disebabkan masa yang lama pelajar sering kelihatan bosan di
dalam kelas. Apabila aktiviti berkumpulan dijalankan, mereka dilihat agak pasif dan kurang berinteraksi
antara satu sama lain. Jika pensyarah bertanya soalan tentang organel, ada yang tertukar nama organel
dan tidak dapat menyebut nama sesuatu organel dengan baik. Tambahan pula, jika diminta
menyenaraikan ciri-ciri organel di dalam soalan struktur yang membawa dua atau tiga markah, pelajar
hanya dapat menyenaraikan satu jawapan sahaja dan kadang-kala jawapan itu tidak tepat. Penyelidik
dapat melihat pelajar keliru dan sukar mengingat dengan baik. Jadi, pada pandangan penyelidik, pelajar
memerlukan suatu sesi PdP yang menyeronokkan untuk mengekalkan mereka secara aktif di dalam
topik yang agak sukar.

84

2.0 Fokus Kajian

Pembelajaran di matrikulasi pada masa kini, sebenarnya amat mementingkan kerjasama antara pelajar
dengan pensyarah. Pensyarah di kolej matrikulasi kini, perlu berusaha mengaplikasi teknologi yang
penuh dengan cabaran di dalam PdP mereka. Berdasarkan kajian lepas, kaedah PdP pensyarah pada
abad ke-21 masih berpusatkan pensyarah, namun pensyarah tetap memainkan peranan penting dalam
melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran (Mohamad, 2012). Oleh yang demikian,
bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih kondusif, sesuai dengan keperluan
pembelajaran pada abad ke-21 serta lebih bermakna, maka sedikit pengubahsuaian di dalam pedagogi
PdP perlu dilakukan.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang bergerak pantas dan meluas memberi
kesan kepada semua aspek kehidupan termasuklah bidang pendidikan. Secara tidak langsung ianya
telah mengubah cara manusia belajar (Mason, Cooper & Wilks, 2015). Penggunaan media di dalam
proses pendidikan akan menambah proses pemahaman pelajar lebih mendalam dan menjadikan aktiviti
pembelajaran yang lebih divergen (Norah, Nurul Izzati & Radhiah, 2012). Video yang berperanan
dalam menggalakkan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar (Students Centred Learning) sering
dijadikan sebagai alat untuk mengajar. Menurut kajian Syamsulaini dan Mashitoh (2016), penggunaan
video banyak membantu pendidik untuk memudahkan aktiviti pengajaran di samping pelajar lebih
seronok untuk belajar. SCL mampu menghasilkan pelajar yang lebih aktif dan berdaya saing untuk
menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, penggunaan video ini juga mampu mempelbagaikan kaedah
pengajaran guru dalam usaha memberi motivasi dan sekaligus menarik minat dalam pembelajaran.

Berdasarkan kajian lepas juga, ketidakfahaman tentang istilah teknikal di dalam Bahasa
Inggeris (Faridah & Afham, 2018), keupayaan untuk meneroka pengetahuan baharu (Othman, 2015)
dan tahap kesediaan terhadap pembelajaran (Faridah & Saifulnizam, 2017; Lim 2012; Wong, 2014)
merupakan antara faktor penyebab kepada kurangnya minat untuk belajar dalam kalangan pelajar.
Berdasarkan kepada isu tersebut, didapati secara umumnya pelajar yang mempunyai kurang kefahaman
terhadap sesuatu subjek akan mendorong mereka untuk kurang memberi tumpuan dan minat di dalam
kelas. Menurut Ani et al., (2018) pelajar akan kurang berminat apabila subjek yang diajar adalah dalam
bentuk teori dan kurang mencabar. Kenyataan ini disokong oleh Norah et al., (2012) di mana kaedah
pembelajaran interaktif sangat membantu di dalam meningkatkan kefahaman dan minat pelajar di dalam
kelas.

Oleh itu, dengan memperkenalkan kaedah inovasi di dalam pedagogi PdP, penyelidik yakin
para pelajar dapat menguasai Topik Struktur Sel dan Fungsinya dengan baik. Memperkenalkan kaedah
inovasi di dalam PdP juga disokong oleh kajian Mohamed (2012). Beliau berpendapat bahawa
pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan budaya tamadun adalah dengan
bertujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi citarasa tertentu atau memenuhi pasaran
tertentu. Kajian tindakan adalah platform kepada penyelidik untuk memperkenalkan dan
membangunkan kaedah pengajaran baharu yang digarap daripada proses refleksi (mengimbas kembali)
penyelidik terhadap tugasan seharian. Oleh itu, penyelidik telah mencuba untuk membuat refleksi
terhadap perkara yang berlaku di dalam kelas semasa aktiviti PdP dijalankan. Ini adalah penting supaya
lebih banyak inovasi dan pembangunan di dalam PdP dapat dilaksanakan.

4.0 Objektif Kajian

4.1 Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan Teknik 3-MINOS di dalam meningkatkan
kefahaman pelajar Sistem Empat Semester (SES) di dalam Topik 2: Stuktur Sel dan Fungsinya.

85

4.2 Objektif Khusus

Secara khususnya, kajian tindakan ini dijalankan untuk:
1. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan tentang ciri-ciri dan fungsi organel di

dalam Topik Struktur Sel dan Fungsinya.
2. Meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar melalui Teknik 3-MINOS.

5.0 Kumpulan Sasaran

Peserta kajian ini terdiri daripada tiga orang pelajar perempuan Melayu daripada kelas Tutorial P3T18.
Mereka merupakan pelajar SES Modul 3 yang mengambil subjek Biologi Semester I bagi Sesi
2020/2021. Mereka dipilih sebagai peserta kajian disebabkan keputusan Ujian Diagnostik yang kurang
cemerlang iaitu kurang daripada 50% daripada markah keseluruhan.

6.0 Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan
6.1 Pengumpulan Data Tinjauan Awal

Di dalam kaedah pengumpulan data awal, penyelidik telah melakukan empat langkat bagi mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar seperti di dalam Jadual 1 berikut:

JADUAL 1:

Kaedah mengumpul data awal.

Langkah Cara penilaian Tujuan

Langkah 1 Pemerhatian dalam • Untuk memerhati cara pelajar belajar serta masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar apabila
kelas menjawab soalan tentang ciri-ciri organel

Langkah 2 Semakan lembaran • Soalan di dalam lembaran kerja pelajar dikumpul dan
kerja disemak untuk memerhati cara pelajar menjawab
soalan berkaitan ciri-ciri organel
Langkah 3 Temubual soalan
terbuka • Mengenalpasti masalah pelajar dengan lebih
mendalam apabila pelajar menghuraikan masalah
Langkah 4 Ujian Diagnostik semasa temubual.

• Menilai tahap kefahaman awal pelajar terhadap
organel yang telah dipelajari

6.2 Analisis Data Tinjauan Awal

Data tinjauan awal telah dianalisis dan dilaporkan seperti di dalam Jadual 2 di bawah.

JADUAL 2:
Analisis data tinjauan awal.

Dapatan Kajian Awal Refleksi
Langkah 1: Pemerhatian di dalam kelas
i) Terdapat pelajar yang kelihatan bosan apabila ciri-ciri i) Penyelidik yakin pelajar
memerlukan sesuatu kaedah/
organel dibincangkan secara verbal sahaja teknik yang boleh membantu
ii) Pelajar bersikap pasif dan kurang berinteraksi dengan

rakan lain semasa perbincangan.

86

iii) Pelajar tidak yakin semasa menyenaraikan ciri-ciri mengekalkan ingatan jangka
organel ketika menjawab soalan esei pendek berkaitan panjang mereka.
organel
ii) Sesi PdP perlu berlaku dalam
iv) Ada pelajar yang tidak dapat mengenalpasti sesuatu keadaan yang menyeronokkan
organel yang ditunjukkan oleh pensyarah dan bermakna serta pelajar perlu
terlibat secara aktif agar mampu
Langkah 2: Semakan lembaran kerja menarik minat mereka untuk
i) Pelajar tidak dapat menjawab soalan berkaitan cir-ciri terus kekal dan memberi
tumpuan dalam PdP terutamanya
organel dengan tepat dan lengkap. bagi topik yang agak sukar.
ii) Pelajar tidak dapat menulis terma-terma yang saintifik
iii) Pelajar keliru dan sukar
dengan baik kerana lebih menjurus kepada bahasa mengingati ciri-ciri dan fungsi
Malaysia bagi setiap organel yang ada.

Langkah 3: Temubual soalan terbuka iv) Pelajar tidak dapat
menggambarkan sesuatu organel
i) “Saya tak dapat nak ingat semua ciri organel” dengan jelas. Oleh itu, mereka
ii) “Saya keliru dengan ejaan seperti cistae, cisternae… tidak dapat mengingat ciri-ciri
organel tersebut dengan baik.
pastu untuk organel yang mana satu pulak…”
iii) “Saya tak berapa nak ingat fungsi organel-organel tu…

banyak sangatlah.”
iv) “Saya confius dengan fungsi-fungsi organel

tu….macam RER dengan SER… pening dah”

Langkah 4: Ujian Diagnostik • Berdasarkan dapatan Ujian
Diagnostik menunjukkan, 27.2%
Pelajar diminta menjawab 10 soalan objektif dalam masa 15 (n=3) pelajar mendapat markah
kurang daripada 7.
minit. Markah penuh pelajar adalah 10. Dapatan daripada
Ini menunjukkan bahawa hampir
Ujian Diagnostik yang dilakukan ke atas pelajar adalah 1/3 pelajar masih tidak dapat
menguasai Topik Struktur Sel
seperti Jadual 3 di bawah. • dan Fungsinya. Oleh itu,
penyelidik cuba
JADUAL 3: Markah Ujian memperkenalkan satu kaedah
Markah Ujian Diagnostik. Diagnostik (%) pembelajaran yang dinamakan
Teknik 3-MINOS untuk
Bil. Pelajar 50.0* membantu pelajar
70.0 menambahbaik di dalam
1. P1 80.0 mengingat dan merumus ciri-ciri
2. P2 70.0 organel kepada tiga orang pelajar
3. P3 90.0 (*) sebagai Peserta Kajian (PK)
4. P4 50.0* kepada penyelidik
5. P5 100.0
6. P6 30.0*
7. P7 100.0
8. P8 100.0
9. P9 90.0
10. P10
11. P11

6.3 Tindakan/Aktiviti Pdp

6.3.1 Pembinaan Intervensi Pengajaran

87

(a) Sejarah Penemuan Teknik 3-MINOS
Teknik 3-MINOS ini sebenarnya diadaptasi daripada satu kaedah mempersembahkan penulisan tesis
dalam masa tiga minit yang dikenali sebagai 3-minutes thesis presentation (3MT). Teknik ini
sebenarnya dimulakan oleh Universiti Qeensland, Australia kepada pelajar-pelajar Sarjana dan PhD
pada tahun 2008 (Schuhmann, 2010). Tujuan asal 3MT diperkenalkan adalah untuk menarik minat
pelajar sarjana dan PhD untuk berkongsi kajian dengan orang lain yang bukan dari bidang mereka.
Sehingga sekarang, banyak universiti di seluruh dunia mengaplikasikan teknik ini termasuklah di
Malaysia sendiri. Oleh itu, penyelidik cuba mengadaptasi dan mengubahsuai teknik 3MT ini supaya
sesuai dengan pembelajaran pelajar matrikulasi. Jadi, terhasilah Teknik 3-MINOS. 3-MINOS
merupakan singkatan kepada Three Minutes Organelle Presentation in One Slide.

(b) Pendekatan Pembelajaran Teknik 3-MINOS
Penyelidik cuba memasukkan pendekatan pembelajaran yang sering digunakan di dalam proses PdP
pelajar matrikulasi seperti pembinaan info grafik, pengucapan awam (pembentangan slaid power point),
kemahiran berbahasa dan kemahiran ICT kepada pelajar. Pendekatan pembelajaran yang digunakan di
dalam Teknik 3-MINOS ditunjukkan di dalam Rajah 3 di bawah.

Info grafik melalui peta pemikiran (peta
minda/peta konsep/ rumusan/peta i-Think)

Menggunakan konsep 3 TEKNIK Slaid persembahan
minutes thesis presenting 3-MINOS power point

competition (3MT) Rakaman video Pembentangan slaid
(Durasi 3 minit) (konsep pengucapan
Penggunaan Bahasa
Inggeris awam)

RAJAH 3: Pendekatan Pembelajaran Di Dalam Teknik 3-MINOS.

Teknik ini dipilih oleh penyelidik kerana selain untuk melihat pemahaman konsep
pembelajaran oleh pelajar, ianya juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk melahirkan idea dan
kreativiti mereka bagi menyelesaikan masalah pembelajaran melalui pernyataan idea dalam bentuk peta
pemikiran dan diterjemahkan di dalam pembentangan video kreatif.

6.3.2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

(a) Tindakan Menangani Masalah

Oleh kerana pembelajaran sekarang lebih menjurus kepada pembelajaran secara maya, maka penyelidik
juga telah menggunakan pendekatan pembentangan secara maya. Oleh itu, pelajar perlu:
1. Menghasilkan satu info grafik ataupun nota ringkas power point tentang satu organel yang mereka

rasakan sukar untuk dikenalpasti dan difahami dengan menggunakan apa sahaja jenis peta
pemikiran yang digemari
2. Nota ini mestilah dibuat dalam satu (1) slaid power point sahaja
3. Pelajar perlu membentangkan apa yang mereka tulis tersebut secara verbal (di dalam Bahasa
Inggeris) dan divideokan.
4. Video tersebut akan di kongsi di dalam kumpulan watsup kelas dan Google Classroom dan boleh
ditonton serta dikongsi oleh semua rakan sekelas yang lain.

88

(b) Cara Pelaksanaan Tindakan

Perlaksanaan tindakan untuk kajian ini hanya menggunakan satu kitaran sahaja di mana penyelidik
dapat membuat pemerhatian, mengumpul data dan menganalisis data melalui satu kitaran sahaja.
Arahan kepada Peserta Kajian diberikan di dalam kelas dan proses penyediaan slaid dan video dibuat
di luar kelas oleh pelajar tersebut. Pelajar yang bukan Peserta Kajian juga disarankan melakukan aktiviti
ini. Proses pelaksanaan tersebut dinyatakan di dalam Rajah 4.

UJIAN Mengesan pelajar
DIAGNOSTIK yang lemah

UJIAN Pelajar diberi peluang untuk memilih UJIAN
1 organel yang dirasakan sukar untuk 2

Analisis data dikenalpasti Analisis data
dijalankan dijalankan
Pelajar membina satu peta pemikiran
terhadap struktur dan fungsi organel
yang dipilih di dalam satu (1) slaid

power point sahaja

Durasi video Pelajar dikehendaki membentangkan
(tidak lebih 3 slaid tersebut dan membuat rakaman
video tentang pembentangan itu dengan
minit) menggunakan apa sahaja aplikasi video
daripada internet (Contoh: Filmora)

Rakaman video dokongsi di dalam
ruangan watsup kelas dan Google
Classroom dan boleh ditonton oleh

rakan yang lain
RAJAH 4: Proses Pelaksanaan Teknik 3-MINOS

7.0 Pemerhatian

7.1 Pengumpulan Data

Setelah aktiviti untuk kajian ini dijalankan, data kajian dikumpul dan dianalisis. Memandangkan
kesemua Peserta Kajian memilih jasad Golgi sebagai organel yang sukar dikenalpasti, maka soalan
untuk Ujian Pra dan Ujian Pos adalah berdasarkan kepada soalan esei pendek berikut:

89

Question: [5 marks]
Describe the structures and function of Golgi apparatus.

Answer Scheme: Structure Function
Organelle
Single layer membrane • Modifying, packaging and
Golgi apparatus• transport proteins received
• Consists of flattened membranous sacs – from the rough ER to the cell
membrane for export
• cisternae

• Cisternae separates the internal space from

cytosol

Cisternae has cis face and trans face

Manakala markah Ujian 1 dan Ujian 2 (dalam peratusan) bagi ketiga-tiga PK kajian ini
dikumpul seperti berikut:

JADUAL 4: Markah (%)
Data Mentah Ujian 1 dan Ujian 2 Peserta Kajian.
Peserta Kajian (PK) Ujian 2
80
Ujian 1 100
PK1 0 100
PK2 40
PK3 40

Berdasarkan pemerhatian di dalam Ujian 1, tiada Peserta Kajian yang dapat menjawab soalan
mengikut skema jawapan dengan betul. Namun setelah Teknik 3-MINOS didedahkan kepada pelajar,
peningkatan dari segi mengeluarkan ciri-ciri dan fungsi organel dengan betul dan tepat dapat dilihat
melalui Ujian 2.

7.2 Analisis Data

Hasil daripada keputusan Ujian Diagnostik, Ujian 1 dan Ujian 2 telah dianalisis dan ditunjukkan di
dalam Jadual 5 dan Rajah 5. Di dapati, terdapat peningkatan dari segi kefahaman pelajar dalam kalangan
Peserta Kajian dengan lebih baik setelah Teknik 3-MINOS diperkenalkan kepada mereka.

JADUAL 5:
Perbandingan Keputusan Ujian Diagnostik, Ujian 1 dan Ujian 2.

Peserta Kajian (PK) Ujian Diagnostik Peratusan (%) Markah Ujian 2

PK1 30.0 Markah Ujian 1 80.0
PK2 50.0 0.0 100.0
PK3 50.0 20.0 100.0
20.0

90

RAJAH 5: Carta Bar Perbandingan Markah Peserta Kajian
#Maklumat: Ujian 1 = Ujian Pra, Ujian 2 = Ujian Pos

7.3 Kesan Kajian

Penggunaan Teknik 3-MINOS dilihat dapat memberikan kesan positif kepada pelajar di dalam
meningkatkan kefahaman tentang ciri-ciri organel dan fungsinya serta dapat mengukuhkan ingatan
mereka terhadap Topik Struktur Sel dan Fungsinya. Teknik ini juga dapat meningkatkan keyakinan
pelajar di dalam menjawab soalan Ujian Pos dengan lebih baik. Oleh itu, dengan aplikasi Teknik 3-
MINOS ini, kesemua objektif kajian telah tercapai iaitu untuk meningkatkan keyakinan pelajar di dalam
menjawab soalan tentang ciri-ciri dan fungsi organel serta meningkatkan kefahaman dan daya ingatan
pelajar melalui Teknik 3-MINOS di dalam Topik Struktur Sel dan Fungsinya.

Peserta Kajian dilihat lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan penyelidik sebagai pensyarah
kelas mereka. Mereka juga kelihatan lebih berkeyakinan dan mendapat skor yang baik semasa
menjawab koleksi soalan peperiksaan yang lepas. Penyelidik berasa lebih seronok untuk mengajar dan
lebih bersemangat untuk mengajar pelajar-pelajar SES ini. Pada pendapat penyelidik, pelajar-pelajar ini
perlu diberi perhatian yang lebih agar mereka dapat mencari maksud tersirat disebalik keperluan untuk
menuntut ilmu dan bukannya untuk peperiksaan sahaja.

Pencapaian pelajar dalam Ujian 1 dan Ujian 2 menunjukkan peningkatan yang agak ketara.
Teknik 3-MINOS ini berupaya meningkatan memori jangka panjang pelajar untuk mengingat dan
memahami konsep yang diajar di dalam Topik Sel Struktur dan Fungsinya. Ini mungkin disebabkan
pelajar sendiri yang terlibat untuk menyediakan info grafik sebagai nota. Di samping itu, dapatan kajian
juga menunjukkan bahawa persembahan melalui video ini dapat membantu pelajar meningkatkan
keyakinan diri dan keupayaan untuk bercakap dengan lebih bersemangat, meningktan daya ingatan dan
kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana PdP lebih ceria,
menyeronokkan dan bermakna. Di samping itu, Teknik 3-MINOS ini juga boleh dijadikan koleksi
pegadogi di dalam PdP bagi Unit Biologi di Kolej Matrikulasi Kedah.

8.0 Refleksi dan Kesimpulan

Melalui kajian yang dibuat ini, penyelidik berasa puas hati di dalam membantu pelajar memahami
Topik Struktur Sel dan Fungsinya secara amnya dan mengingati struktur organel, ciri dan fungsinya
secara khasnya. Namun terdapat beberapa penambahbaikan dan cadangan yang boleh digunakan untuk
meningkatkan lagi penggunaan teknik ini yang boleh dilaksanakan untuk kajian seterusnya.

1. Menggunapakai Teknik 3-MINOS sebaik sahaja penyelidik mengajar Struktur Sel dan
Fungsinya

91

2. Penyelidik boleh menyediakan satu modul penggunaan Teknik 3-MINOS dalam PdP secara
lebih terancang dan teratur.

3. Menggunakan Teknik 3-MINOS di dalam topik-topik Biologi yang lain

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, penyelidik mendapati terdapat perubahan yang positif
dari segi amalan pengajaran penyelidik iaitu mengajar merupakan satu terapi yang menyeronokkan dan
refleksi bagi setiap PdP dapat membantu penyelidik sebagai pensyarah untuk lebih menjadikan inovasi
PdP sebagai satu platform dalam menghasilkan bahan bantu mengajar serta mencari teknik pengajaran
ke arah melaksanakan pdP yang lebih baik dan berkesan. Bagi amalan pembelajaran pelajar pula,
pelajar di bawah bimbingan penyelidik dilihat lebih yakin untuk bertanya dan lebih bersedia untuk
menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lalu. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan
menjadikan proses PdP lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

9.0 Rujukan

Ani, M.H., Elya, N, Masra, L. & Nurrijal. (2018). Buku Ajar: Strategi Belajar Mengajar Biologi. Kota
Gorontalo: Universiti Negeri Gorontalo Press.

Campbell, N.A., Reece, J.B., Cain, L.A., Wassermen, S.A., Minorsky, P.V. & Jackson, R.B. (2016).
Biology. (11th Ed.) USA: Pearson Benjamin Cummings.

Faridah Che In & Afham Zulhusmi Ahmad. (2018). Kajian Keberkesanan Pembelajaran Interaktif
Berasaskan Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan Keberkesanan Terhadap Kursus Principles of
Marketing. The 6th World Congress on Technical and Vocational Education and Training (WoCTVET
2018), page 1-13.

Faridah Che In & Saifulnizam Zakaria. (2017). Keberkesanan Kaedah Pengajaran Melalui
Pembelajaran Koperatif: Satu Kajian Tindakan Terhadap Kursus Cost Management Accounting 2. e-
Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17), page
1-13.

Ismail Sulaiman. (2018). Pembinaan dan Pengujian Kebolehgunaan Modul Pengajaran
Berasaskan Peta Pemikiran Bagi Topik Nisbah, Kadar dan Kadaran (Tesis Sarjana Pendidikan Tidak
Diterbitkan). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.

Lawrence, E. (2016). Henderson’s Dictionary of Biological Terms. (16th Ed.). USA: Prentice Hall.

Lim Kui Lik. (2012). Penggunaan Peta Minda Dlam Meningkatkan Kefahaman dan Ingatan Murid
Tahun 4 Dalam Subjek Sains. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, page 31-45.

Mahasan Mahmood (2003). Kaedah Nemonik Dalam P&P Matematik. Kuala Lumpur: SMK Yaacob
Latif.

Mason, R., Cooper, G., & Wilks, B. (2015). Using Cognitive Load Theory to Select An Environment
For Teaching Mobile Apps Development. In: D. D’Souza & K. Falkner (Eds). Published in Proceedings
of the 17th Australasian Computing Education Conference. Sydney, Australia.

Mohamed, N.H. (2012). Penglibatan Pelajar Dalam Pembelajaran Koperatif Di Sekolah Menengah
Vokasional (Tesis Doktor Falsafah Tidak Diterbitkan). Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia.

Norah, M.N., Nurul Izzati, H. & Radhiah, A.R. (2013, December). The Framework for Learning Using
Video BasedOon Cognitive Load Theory Among Visual Learners. Published in Proceedings of the 5
th Conference on Engineering Education. pp. 15-20.

92

Othman Lebar. (2015). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Teori Dan Amalan. Tanjung Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Schuhmann, G. (2010). Theree Minutes Thesis (3MTTM). Students Handbook. Australia: University of
Queensland. Retrieved from http://www.uq.edu.au/grad-school/three-minute-thesis
Sternberg, R.J. & Spear-Swerling, L. (1996). Teaching for thinking. Washington: American
Psychological Association.
Sternberg, R.J. (1984). Towards a triarchic theory of human intelligence. Behavioral and Bain Sciences,
7(2), 269-287. Retrieved from
https://doi.org/10.1017/S0140525X00044629
Syamsulaini Sidek & Mashitoh Hashim. (2016). Pengajaran Berasaskan Video dalam Pembelajaran
Berpusatkan Pelajar: Analisis dan Kajian Kritikal. Journal of ICT in Education (JICTIE), 3, 24-33.
Wong Lee Leong. (2014). Kesan Pembelajaran Koperatif (Students Team Achievement Division-Stad)
Terhadap Pembelajaran Matematik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah (Tesis Sarjana
Pendidikan Tidak Diterbitkan). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia.

93

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Penggunaan Teknik ‘Key-WEM’ untuk Menguasai Matapelajaran Biologi Matrikulasi.

Noriantie binti Ibrahim

Kolej Matrikulasi Kedah, 06010 Changlun, Kedah,

[email protected]

Abstrak: Kajian ini dilaksanakan untuk menguji keberkesanan penggunaan teknik Key-WEM dalam menguasai
matapelajaran Biologi Matrikulasi. Matapelajaran Biologi Matrikulasi dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa
Inggeris yang menjadi salah satu cabaran kebanyakan pelajar untuk menguasai matapelajaran ini. Teknik Key-
WEM ini diperkenalkan untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam mengingat dan menulis kandungan
pelajaran Biologi dalam Bahasa Inggeris dengan tepat. Teknik Key-WEM ini merangkumi ketiga-tiga tahap
dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale (1964) iaitu persimbolan (peta minda), pemerhatian (mencari dan
menulis kata kunci) dan penglibatan (penerangan). Kajian ini melibatkan 5 orang pelajar kelas tutorial Biologi
semester satu sesi 2019/2020 yang terdiri daripada dua orang pelajar perempuan dan tiga orang pelajar lelaki
berbangsa Melayu. Peserta kajian ini mempunyai latar belakang pencapaian Bahasa Inggeris SPM gred C dan
ke bawah; dan keputusan Biologi gred B dan ke bawah; serta mengikuti pembelajaran Biologi sepenuhnya dalam
Bahasa Melayu di sekolah. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang melibatkan pengumpulan data
melalui pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Hasil dapatan menunjukkan teknik Key-WEM dapat
meningkatkan keupayaan mengingat dan menulis kandungan pelajaran Biologi dalam Bahasa Inggeris dengan
tepat. 100% peserta menunjukkan peningkatan pencapaian dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 1
(PSPM1) berbanding keputusan SPM. Pelajar juga didapati lebih yakin menggunakan bahasa Inggeris dalam
pembelajaran Biologi.

Kata kunci: Biologi, Bahasa Inggeris, kata kunci, mengingat, menulis

1.0 PENDAHULUAN

Pengajian di peringkat Matrikulasi merupakan antara fasa penting dalam proses pembelajaran
seseorang pelajar sebagai persediaan dan saringan ke peringkat yang lebih tinggi di institusi
pengajian tinggi. Justeru pembelajaran bagi kebanyakan subjek di peringkat Matrikulasi,
terutamanya subjek-subjek sains, dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris agar selari dengan
keperluan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Bagi subjek Biologi, pembelajaran
dalam Bahasa Inggeris sangat penting kerana penggunaan istilah-istilah khusus dalam buku
serta rujukan rasmi hampir kesemuanya menggunakan Bahasa Inggeris. Justeru penguasaan
Bahasa Inggeris dapat membantu secara langsung penguasaan isi kandungan dan pencapaian
di dalam subjek Biologi.

Walaubagaimanapun melalui rekod pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi di
Matrikulasi sejak beberapa tahun kebelakangan didapati terdapat kelompok pelajar yang sukar
mengikuti proses pembelajaran kerana kekangan penguasaan dalam Bahasa Inggeris. Surif et.
al., (2006) menunjukkan pelajar yang mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris pada
tahap sederhana tidak dapat menguasai kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis
dalam bahasa Inggeris dengan baik dan tidak menguasai pengetahuan dalam mata pelajaran
yang diajar dalam bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar dari kelompok ini juga mempunyai
kecenderungan berasa rendah diri dan kurang keyakinan, sekaligus memberi kesan kepada
perkembangan kognitif mereka. . Justeru itu, perhatian yang sewajarnya harus diberikan
kepada kelompok pelajar ini agar mereka dapat meningkatkan tahap pencapaian

94

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

1.1 Latar Belakang
Pelajar-pelajar yang terpilih untuk mengikuti program Matrikulasi mempunyai potensi untuk
cemerlang dalam matapelajaran Biologi. Namun begitu, pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Biologi di Matrikulasi dalam Bahasa Inggeris merupakan salah satu cabaran
yang perlu dihadapi oleh pelajar terutamanya bagi pelajar yang kurang menguasai Bahasa
Inggeris dengan baik. Pelajar mengambil masa untuk beradaptasi dengan persekitaran
pembelajaran yang baru terutamanya bagi pelajar yang mengikuti pembelajaran Biologi
sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu di sekolah. Pelajar mengambil masa yang lebih lama
untuk memahami sesuatu perkara kerana perlu menterjemahkan isi kandungan dalam Bahasa
Inggeris ke Bahasa Melayu. Apabila pensyarah menyoal atau meminta pelajar menerangkan
sesuatu kandungan pelajaran, pelajar lebih selesa menjawab dan menerangkan dalam Bahasa
Melayu. Sebahagian pelajar mengadu mereka faham konsep dan isi kandungan tetapi
menghadapi masalah untuk menulis ayat lengkap dan mengeja istilah tertentu terutamanya
melibatkan istilah sains atau biologi.

Melalui refleksi yang dilakukan pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran subjek
Biologi, didapati beberapa orang pelajar yang kurang menguasai Bahasa Inggeris tersebut
turut tidak mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris
yang berbeza dalam kalangan pelajar turut menjadi cabaran kepada pensyarah untuk
menyesuaikan penyampaian agar semua pelajar di dalam kelas terbabit dapat memahami dan
menguasai topik yang dipelajari. Justeru, kaedah atau pendekatan pembelajaran yang
digunakan perlu ditambahbaik untuk memastikan semua pelajar mencapai objektif yang
ditetapkan.

1.2 Tujuan/ Kepentingan
Kajian ini dijalankan dengan menumpukan kepada teknik “Key-WEM” sebagai satu
pendekatan yang bersesuaian dan berkesan terhadap golongan sasaran agar mereka dapat
menguasai isi kandungan dan meningkatkan pencapaian di dalam subjek Biologi.

1.3 Andaian, Nilai & Kepercayaan Pengkaji Terhadap PdP
Objektif pembelajaran bagi setiap topik dalam matapelajaran Biologi Matrikulasi akan tercapai
sekiranya pelajar dapat menguasai setiap sub-topik dengan baik melalui penterjemahan
kefahaman mereka dalam penulisan, perbincangan secara lisan dan berkeupayaan
menghubungkait isi pelajaran antara sub-topik. Melalui penilaian kefahaman ini, pensyarah
dapat mengesan sekiranya terdapat pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan susulan bagi
memperbaiki tahap kefahaman mereka terhadap sesuatu sub-topik.

2.0 REFLEKSI PdP LALU

2.1 Refleksi Kendiri Pensyarah
Melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, didapati sebilangan pelajar
kurang memberi maklumbalas apabila disoal atau diminta menerangkan sesuatu semasa sesi
perbincangan. Mereka kurang berkeyakinan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris dan lebih
selesa untuk memberi penerangan dalam Bahasa Melayu. Kebiasaannya perkongsian mereka
di dalam bahasa Melayu cenderung untuk berlaku salah konsep atau penggunaan istilah Biologi
dalam konteks yang kurang tepat. Kurangnya keyakinan dalam diri pelajar juga menyebabkan
mereka kurang aktif di dalam kelas. Menurut kajian Sihes & Ei (2008), sikap malu pelajar
mendorong mereka untuk diam sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

95

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

Daripada analisis hasil tugasan pelajar mendapati pelajar ini tidak dapat menulis dengan
baik isi kandungan pelajaran. Penerangan yang diberi kurang tepat dan struktur ayat yang tidak
jelas menyebabkan mereka kehilangan markah walaupun secara asasnya pelajar memahami
topik tersebut.

2.2 Refleksi Pelajar
Berdasarkan temubual bersama pelajar, pelajar memaklumkan bahawa mereka mengambil
masa yang lama untuk mengingat dan memahami kandungan pelajaran disebabkan kurang
memahami bahasa Inggeris. Pelajar menyatakan kadangkala mereka dapat memahami
kandungan pelajaran tetapi menghadapi masalah untuk menerangkan dan menulis isi
kandungan pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Mereka juga menghadapi masalah untuk mengeja
dengan tepat. Selain itu, pelajar tidak dapat memahami kehendak soalan dan menghuraikan
kandungan pelajaran.

2.3 Lain-lain Refleksi/ Aspek Berkaitan
Persekitaran pembelajaran di sekolah juga mempengaruhi pembelajaran biologi dalam Bahasa
Inggeris di peringkat Matrikulasi. Kesemua pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah dari
kalangan pelajar yang mengikuti pembelajaran Biologi sepenuhnya dalam Bahasa Melayu
semasa di sekolah. Pelajar mengambil masa untuk beradaptasi atau menyesuaikan diri dengan
perubahan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Biologi di peringkat Matrikulasi.
Kajian Yahaya et al. (2008) mendapati kebanyakan sekolah tidak memberikan tumpuan untuk
membentuk persekitaran yang membantu kepada pembelajaran yang dapat meningkatkan
pengusaan Bahasa Inggeris

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

3.1 Penentuan/ Pemilihan Konsep
Melalui pemerhatian di dalam beberapa kelas tutorial Biologi Matrikulasi Sesi 2019/2020,
terdapat sebahagian pelajar yang tidak dapat memberi respon yang baik, kurang berkeyakinan
ketika dalam sesi perbincangan serta tidak dapat menerangkan sesuatu topik dalam Bahasa
Inggeris seperti istilah-istilah yang terdapat dalam silibus Biologi Matrikulasi.

Pelajar-pelajar yang terpilih mengikuti Program Matrikulasi merupakan pelajar lepasan
SPM dari pelbagai latar belakang. Pelajar yang terpilih mengikuti pembelajaran Biologi
Matrikulasi telah melepasi syarat minimum kemasukan ke Matrikulasi. Namun, kebanyakan
pelajar-pelajar ini telah mengikuti pembelajaran Biologi menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa perantara di sekolah menengah. Apabila mereka melanjutkan pengajian di peringkat
Matrikulasi yang dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris dan hanya mengambil masa setahun atau
dua tahun, ia menjadi cabaran bagi sebahagian besar pelajar untuk menyesuaikan diri dengan
perubahan yang ketara ini. Hal ini lebih memberi kesan kepada pelajar yang kurang menguasai
Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar ini perlu dibantu dan diberi perhatian agar mereka tidak berasa
terpinggir dan mampu bersaing dengan pelajar-pelajar lain.

Justeru, kajian ini memfokuskan kepada pendekatan kaedah pengajaran yang dapat
membantu pelajar mengingat dan menulis isi kandungan dengan tepat. Teknik “Key-WEM”
dibangunkan dan diuji terhadap 5 orang pelajar yang mempunyai pencapaian Biologi dalam
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang memuaskan serta kurang menguasai Bahasa
Inggeris.

96

Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), Vol 6 No 2: Special Edition NARTC (2021)
eISSN: 0128-0821
http://upikpolimas.edu.my/ojs/

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:
1) Meningkatkan keupayaan 5 orang pelajar yang dipilih dalam kajian ini untuk menulis,

mengingat dan menghubungkait kandungan pelajaran Biologi Matrikulasi dengan
tepat.
2) Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar ini dalam pembelajaran
Biologi Matrikulasi dari segi penulisan, lisan dan pemahaman kandungan Biologi.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Peserta kajian ini terdiri daripada 5 orang pelajar kelas tutorial Biologi semester satu sesi
2019/2020. Peserta terdiri daripada dua orang pelajar perempuan dan tiga orang pelajar lelaki
berbangsa Melayu. Lima orang peserta kajian ini terdiri daripada pelajar yang mempunyai latar
belakang pencapaian Bahasa Inggeris yang kurang memuaskan (Keputusan bahasa Inggeris
SPM gred C dan ke bawah). Pelajar-pelajar ini juga mendapat keputusan Biologi gred B dan
ke bawah dan mengikuti pembelajaran subjek Biologi melalui perantara Bahasa Melayu
sepenuhnya semasa di sekolah.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

6.1 Pengumpulan Data Sebelum/ Awal (Kaedah & Isu)
Tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan
lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan telah dilakukan dengan mengumpulkan data
seperti berikut:

6.1.1 Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Didapati terdapat beberapa kelompok pelajar yang kurang aktif di
dalam kelas dan kurang berkeyakinan untuk menjelaskan sesuatu topik.

6.1.2 Temubual
Pelajar-pelajar yang didapati kurang aktif dan kurang berkeyakinan diri ketika di dalam kelas,
telah dipanggil untuk ditemubual secara tidak formal bagi mendapatkan maklumbalas mereka
terhadap faktor yang menyebabkan mereka bersikap demikian ketika di dalam kelas. Di dalam
sesi temubual ini juga pelajar ditanya beberapa soalan asas berkaitan topik yang telah dipelajari
bagi mengakses tahap kefahaman mereka terhadap sesuatu pelajaran yang telah diikuti.
Didapati pelajar-pelajar ini dapat menerangkan jawapan mereka dengan agak baik
menggunakan Bahasa Melayu tetapi tidak berupaya menjelaskannya dengan menggunakan
Bahasa Inggeris.

6.1.3 Analisis keputusan SPM
Keputusan SPM bagi subjek Bahasa Inggeris dan Biologi untuk setiap pelajar dikumpulkan
bersama maklumat berkenaan medium bahasa pengantar yang digunakan dalam subjek Biologi
di sekolah. Analisa data ini menunjukkan hubungkait yang rapat antara keputusan subjek
Bahasa Inggeris dan Biologi terhadap maklumbalas pelajar di dalam kelas dan di dalam sesi
temubual.

97


Click to View FlipBook Version