l. Mempunyai hubungan dengan trek atau denai untuk bergerak bagi tujuan
kecemasan.
6.0 KEMUDAHAN KECEMASAN
a. Khemah yang sesuai.
b. Beg galas.
c. Dapur.
d. Pelita.
e. Bahan penyala api
f. Kotak pertolongan cemas.
g. Lain-lain.
7.0 GEJET PERKHEMAHAN
NAMA: TARIKH:
KELAS:
1. Sila tandakan (/) jawapan yang betul dalam pemilihan kawasan perkhemahan.
Tapak rata Jauh daripada Mudah
punca air mendapat
bahan bakar
Dikelilingi Mendapat Pandangan
dahan-dahan sumber cahaya persekitaran
mati matahari menarik
2. Selain itu, tapak perkhemahan juga perlulah sesuai.
Apakah sebab bagi pernyataan ini?
GEJET
• Buat daripada bahan semula jadi
• Selain membuat gejet-gejet dapur, buat juga gejet sampingan di dapur seperti :
-Rak pinggan mangkuk
-Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak
-Meja makan
-Penyangkut cawan / gelas
-Rak menyimpan kayu api / tong gas
-Gajet gerobok (camp larder)-Gajet lubang basah dan kering
=-
2. Gejet Pertolongan Cemas
Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan:
1. plaster - berbagai saiz dan bentuk
2. dressing sterill - berbagai saiz
3. kapas
4. kasa sterill serta swab kasa
5.dressing khas untuk kes terbakar
6. bandage 3 segi
7. bandage crepe penggulung
8. pita lekat
9. pad mata
10. termometer
11. gunting hujung tumpul
12. penyepit
13. pin penyelamat
14. kertas tisu
15. losyen antiseptik
16. losyen kalamin
17. beberapa jenis bat seperti panadol, pil-pil rawatan
18. lampu suluh
19. pensil dan kertas
3. Gejet Perkhemahan
1. Gejet rak kasut
2. Gejet ampaian
3. Gejet rak beg
4. Gejet tiang bendera
5. Gejet alatan tajam
6. Gejet papan kenyataan
7. Gejet papan nama sekawan
8. Gejet meja makan
9. Gejet tempat letak cerek dan alatan dapur
10. Gejet dapur pelbagai
11. Gejet tempat letak cawan
12. Gejet tempat letak sudu dan garpu
Tandas
NAMA: TARIKH:
KELAS:
1. Namakan jenis gajet di bawah.
2. Apakah fungsi gajet di bawah?
3. Berikan tiga jenis gajet selain di atas.
4. Senaraikan lima gajet alatan dalam peti pertolongan cemas.
KRAF GEJET
1. PERKHEMAHAN DAN KEM KRAF
• Aktiviti paling menarik bagi Pandu Puteri
• Peluang belajar ilmu perkhemahan.
• Membina pengalaman, keyakinan dan belajar untuk berdikari
• Aktiviti membuat gejet semasa perkhemahan selaras dengan perkembangan
kemahiran fizikal, mental dan kematangan ahli Pandu Puteri
2. GEJET-GEJET PERKHEMAHAN
• Peralatan yang dibuat oleh Pandu Puteri untuk keselesaan sepanjang masa
perkhemahan
• Buatlah gejet-gejet yang diperlukan sahaja di peringkat awal semasa
perkhemahan
• Mengenal gejet perkhemahan:
-Lazimnya gejet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan
daripada bahan sekitar perkhemahan
-kedudukan gejet
-aktiviti membuat gadjet merupakan pertandingan semasa perkhemahan
antara patrol
3. TUJUAN MEMBUAT GEJET
• Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan
keselesaan
• Perekaan membuat gejet disamakan dengan situasi di rumah
• Dalam membina gejet, fungsi gejet perlu dititikberatkan
• Dalam membina gejet, semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan
dan dipraktikkan
• Semangat pertandingan yang sihat
• Dapat melahirkan idea-idea yang baharu
• “Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gejet
• Meninggikan mutu perkhemahan
• Mengisi masa membuat gejet-gejet yang berfaedah
4. BAHAN UNTUK MEMBUAT GEJET
- Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat gejet ini terdiri daripada bahan-
bahan semula jadi yang boleh didapati di dalam hutan.
- Antaranya ialah buluh, remban, rotan, bertam, enau, nibong, resan dan
sebagainya.
- Kita juga memerlukan alatan yang sesuai untuk memotong, membelah dan meraut
bahan-bahan di atas.
- Antaranya ialah parang, gergaji dan pengali.
- Perlu ada asas kemahiran menggunakan alatan tersebut.
- Selain itu, tali pengikat juga diperlukan untuk mencantumkan bahan-bahan semula
jadi tersebut menjadi gajet.
-
Bahan-bahan Semula Jadi
Buluh Bemban
Rotan Bertam
Nibong Enau
Alatan untuk Memotong, Membelah dan Meraut
Parang Pisau
Gergaji
Bahan Pengikat
Tali Rotan
5. JENIS / CARA MEMBUAT GEJET
• Yang boleh dibeli
• Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem
• Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah
• Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem
• Yang dibuat di kem dari bahan semula jadi yang boleh didapati di kawasan kem
atau yang berhampiran
6. JENIS-JENIS GEJET
• Gejet kawasan pintu
• Gejet kawasan dapur dan yang berkaitan
• Gejet kawasan tempat basuhan
• Gejet kawasan tempat tinggal
• Gejet kawasan pengeringan
• Gejet lain-lain
7. GEJET KAWASAN PINTU
• Gejet pintu terletak di bahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan
perkhemahan iaitu:
-Bahagian pintu hadapan
-Bahagian pagar
-Bahagian pintu belakang
• Variasi-variasi pintu hadapan
-Tulis nama patrol/ sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
-Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self-closing type)
-Pintu gerbang bukan gejet tetapi projek perintis
• Bahagian Pagar
-Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur
dan kemas dan adanya kawalan keselamatan
-Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok
menjalar dan menggunakan batang kayu.
8. GEJET-GEJET KAWASAN DAPUR
• Dibuat daripada bahan semula jadi
• Selain membuat gejet-gejet dapur, buat juga gejet sampingan di dapur seperti :
-Rak pinggan mangkuk
-Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak
-Meja makan
-Penyangkut cawan/ gelas
-Rak menyimpan kayu api/ tong gas
-Gejet gerobok (camp larder)
-Gejet lubang basah dan kering
9. GEJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH
• Gejet tempat meletak besen air
• Gejet tempat menyimpan alat pergigian
• Gejet tempat menyimpan sabun
• Gejet mengantung tuala mandi
• Gejet kawasan tempat basuhan
10. GEJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL
• Semua gejet yang dibuat hendaklah diatur/ disusun dengan baik, di samping
menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.
• Gejet-gejet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat
kasut, penyangkut baju, meja tulis, gejet katil, papan kenyataan, buaian,
penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera
dan lain-lain.
11. GEJET TEMPAT MENJEMUR KAIN
• Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina di kawasan tempat membasuh
12. GEJET-GEJET LAIN
• Buatlah gejet lain yang mustahak seperti
-Tiang bendera
-Menara memerhati
-Gendang/ Kantung kem
-Gejet pembawa barang (Indian Travois)
-Gejet pondok lalang (tempat berteduh)
13. PENEMPATAN GEJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN
• Tidak jauh dari tempat memasak (hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang
basah dan kering)
• Berhampiran dapur, dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam seperti
kapak, gergaji dan parang, gejet gerobok makan, tempat meletak kayu api/ tong
gas.
• Berhampiran pintu masuk dirikan gejet papan kenyataan, tempat letak buku dan
tempat letak tongkat
14. PRINSIP MEMBUAT GEJET
• Gejet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh
semua ahli Pandu Puteri.
• Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau
roboh
• Gunakan ikatan yang betul
• Ikatan pada gejet hendaklah betul
• Gunakan bahan semula jadi
• Gejet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran
• Gejet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan
• Gejet yang baik ringkas tetapi praktikal
• Mulakan dengan membuat gejet yang ringkas dahulu
• Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gejet
• Gejet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai
• Buat gejet ciptaan atau rekaan sendiri
15. SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GEJET
Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu dipelajari
lebih dahulu supaya gejetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat.
• Ikatan Seraya (Square lashing) - mengikat tiang gejet kerana memberi sokongan
yang kuat pada tiang yang telah diikat
• Ikatan serong (Diagonal lashing) - mengikat tiang dan juga sebagai penyambung
gejet yang berbentuk serong
• Ikatan Silang Gunting - mengikat dua batang kayu bersama,biasanya diikat pada
pintu pagar
• Ikatan “Figure of eight lashing”/ Silang Tungku - mengikat tiga batang
kayu bersama, sesuai untuk pembinaan gejet berbentuk tiga segi
• Ikatan Lilit Kacang -mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang
kecil diikat kepada batang yang lebih besar
• Simpul Balak (Timber Hitch) - memulakan ikatan serong
• Simpul Manuk - memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya
• Ikatan Pemukat - ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini
digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali.
• Whipping - mengemaskan tali yang berlebihan
NAMA: TARIKH:
KELAS:
Sila padankan gambar dengan jawapan yang betul berkaitan bahan yang
diperlukan untuk membuat gejet.
Gergaji
Tali rotan
Buluh
Enau
Nibong
NAMA: TARIKH:
KELAS:
Jawab soalan-soalan berikut berkaitan kraf gejet.
1. Di manakah bahan yang diperlukan untuk membina gejet dapat diperolehi?
2. Nyatakan 3 bahan yang digunakan untuk membina gejet.
-
-
-
3. Nyatakan 3 alatan untuk memotong, membelah dan meraut.
-
-
-
4. Nyatakan 3 jenis ikatan yang digunakan pada gejet.
-
-
-
PERMAINAN
1. Bola Beracun
2. Mencari Harta Karun
3. Permainan Luas
Cara Pelaksanaan
● Menjalankan aktiviti fizikal yang menggunakan kecerdasan mental
● Aktiviti permainan berstesen (station game)
● Mengandungi jalan cerita yang menarik
● Mengandungi kemahiran tanda mengesan, isyarat wisel atau tangan
Kebaikan
● Mempelajari ilmu yang baharu
● Meningkatkan ilmu pengetahuan Pandu Puteri
● Mengeratkan hubungan antara satu sama lain
4. Permainan Kim
Asal Usul
Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal bernama Kimball O’ Hara.
Beliau sering memerhati dan menghuraikan satu per satu yang dilihatnya. Kepandaian beliau
telah memberi ilham kepada Lord Baden Powell mengadakan satu permainan untuk melatih
pancaindera yang terdapat pada tubuh badan manusia. Permainan Kim ini melatih seseorang
menggunakan semua pancaindera sepeti mata dan ingatan, telinga dan pendengaran, deria rasa
dan deria bau.
Cara-cara permainan
1) Stesen satu: Deria mata dan ingatan
Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen, pensel, botol minyak dan
sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk melihat dan mengingat barang-barang
tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis semasa melihat barang-barang tersebut. Setelah
cukup masanya, dulang ditutup dan pemain dikehendaki mengingat dan menulis semua barang-
barang yang dilihatnya. Pemain yang paling banyak mengingat barang-barang dikira sebagai
pemenang.
2) Stesen dua: Deria sentuh
Pemain ditutup matanya dan dikehendaki memegang dengan tangan lapan hingga sepuluh
barang. Contohnya jam, lilin, kotak mancis dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa dua
minit untuk memegang barang-barang. Kemudian mereka dikehendaki menyenaraikan kembali
barang-barang yang dipegang. Pemain yang paling banyak menyenaraikan barang dengan tepat
dikira pemenang.
3) Stesen tiga: Deria rasa
Beberapa larutan disediakan seperti air garam, air asam jawa, cuka, kopi dan milo. Pemain
dikehendaki menutup
mata dan seorang petugas akan meletakkan sedikit larutan untuk dirasa dengan lidahnya.
Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali jenis larutan yang dirasainya. Pemain yang
paling banyak menyenaraikan larutan dengan tepat dikira sebagai pemenang.
4) Stesen 4: Deria bau
Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun kari, bawang putih,
daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulam raja dipilih. Setiap bahan ini dimasukkan ke
dalam bunjut kain. Setiap pemain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini. Kemudian, mereka
perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu. Pemain yang dapat menyenaraikan dengan
banyak serta tepat dikira sebagai pemenang.
5) Stesen 5: Deria mata dan ingatan
Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jenis dan saiz diletakkan di atas kertas. Setiap kumpulan
diberi masa satu minit untuk melihat dan mengingat daun-daun tersebut. Kemudian, kumpulan
diminta membawa kembali satu set daun-daun yang sama dengan set daun-daun yang
ditunjukkan dalam tempoh satu minit tadi. Kumpulan yang berjaya membawa daun-daun yang
tepat dikira sebagai pemenang.
NAMA: TARIKH:
KELAS:
Sila isi jawapan yang betul pada tempat kosong.
1) Nyatakan kepentingan permainan kecil dalam unit beruniform.
i.
ii.
iii.
2) Apakah antara permainan kecil yang boleh dijalankan semasa perjumpaan
Pandu Puteri?
i.
ii.
iii.
NAMA: TARIKH:
KELAS:
Sila gariskan jawapan yang betul.
ASAL USUL . . DERIA BAU
. DERIA RASA
STESEN SATU . . DERIA MATA&INGATAN
. DERIA SENTUH
STESEN DUA . . KIMBALL O’HARA
STESEN TIGA .
STESEN EMPAT .
STESEN LIMA .
NYANYIAN PANDU PUTERI
1. LAGU DUNIA
Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.
Yang cintakan kebenaran,
Menetapkan janji;
Dengan rela berjasa,
setia abadi;
Kebebasan kita tepati,
Bersedia sama;
Untuk semua miskin kaya,
kita beri, yang terdaya.
Our way is clear as we march on,
And see our flag on high!
It’s never furled,
Throughout the world,
For hope shall never die!
We must unite for what is right,
In friendship true and strong,
Until the earth,
In its rebirth,
Shall sing our song.
Shall sing our song!
All those who loved the true and good
Whose promises we were kept
With humble minds whose acts were kind
Whose honour never slept
Those were the free and we must be
Prepared like them to live
To give to all, both great and small
All we can give
All we can give.
2. LAGU TAPS SIANG
Kami puji,
Nikmat diberi,
Matahari, bintang-bintang, langit biru
Mana pergi, hidup kami,
Tuhan saksi.
Thanks and praise,
For the days,
Neath the sun,
Neath the stars,
Neath the sky,
As we go,
This we know,
God is nigh.
3. LAGU TAPS MALAM
Malam datang,
Siang hilang,
Dari laut, dari gunung, dari langit,
Semua selamat,
Sihat rehat,
Berkat Tuhan.
Day is done,
Gone the sun,
From the sea,
From the hills,
From the sky,
All is well,
Safely rest,
God is nigh.
NAMA: TARIKH:
KELAS:
Sila isi jawapan yang betul pada tempat kosong.
LAGU DUNIA
Arah kita ke depan,
berkibar;
Tidak di dunia
Harapan ;
Bersatu untuk
kukuh;
Selagi masih ada
Akan nyanyi lagu ini.
Yang cintakan kebenaran,
Menetapkan janji;
Dengan rela berjasa,
setia abadi;
Kebebasan kita tepati,
Bersedia sama;
Untuk semua miskin kaya,
kita beri, yang terdaya.
LAGU TAPS SIANG
Kami ,
diberi,
Matahari, , langit biru
,
Mana pergi,
saksi.
NAMA: TARIKH:
KELAS:
Lengkapkan lagu Pandu Puteri di bawah.
LAGU DUNIA
Arah kita jelas ke
Bendera berkibar
Tidak di dunia
Harapan abadi
Bersatu untuk
Persahabatan kukuh
Selagi dunia masih ada
Akan lagu ini (2x)
KAWAD/ ISTIADAT
Contoh Video:
https://youtu.be/xVFHMfzyMtg
i) Kawad Istiadat Ladam Kuda
Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji).
Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda. Melalui
Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan
terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan
arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang
membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain.
Arahan semasa kawad kaki bagi ahli pandu puteri yang tidak melebihi 20 orang:
1. Membentuk ladam kuda (cara pertama)
Pasukan!
Pasukan panji-panji, masuk baris!
Pasukan, masuk baris!
Pasukan, sedia!
Pasukan hentak kaki......... Hentak!
Pasukan ke ladam kuda, sepat jalan!
Pasukan, berhenti!
Ke dalam, pusing!
Pasukan panji-panji, jalankan tugas:
Pasukan panji-panji, masuk baris
Pasukan panji-panji, cepat jalan
Berhenti
Pembawa panji-panji akan mengibarkan bendera selepas lagu dunia dinyanyikan.
Pasukan panji-panji mengikat tali bendera ke tiang.
Pasukan panji-panji, hormat bendera... hormat!
Pasukan panji-panji, ke belakang pusing- cepat jalan! berhenti!
Ke belakang / dalam pusing!
2. Membentuk ladam kuda (cara kedua)
Pasukan!
Ketua, masuk baris!
Pasukan, masuk baris!
Pasukan, sedia!
Pasukan hentak kaki......... Hentak!
Pasukan ke ladam kuda, cepat jalan!
Pasukan, berhenti!
Ke dalam, pusing!
Pasukan panji-panji,keluar baris :
Pasukan panji-panji, sedia!
Cepat jalan!
Berhenti!
Ke kanan / ke kiri pusing!
Pembawa panji-panji akan mengibarkan bendera selepas lagu dunia dinyanyikan. Pasukan
panji-panji mengikat tali bendera ke tiang.
Pasukan panji-panji, hormat bendera... hormat !
Pasukan panji-panji, ke kanan / ke kiri pusing!
Cepat jalan!
Berhenti!
Keluar baris!
3. Arahan untuk istiadat mengambil kedatangan.
Pasukan!
Ketua, masuk baris!
Ketua, bilang!
Ketua, ke kiri pusing!
Ketua bilang (mula dengan 0)
Dua langkah ke hadapan, gerak!
Pasukan, masuk baris!
Pasukan, sedia!
Ke kanan, lurus!
Pandang, depan!
Ketua, ambil kedatangan!
Kumpulan bunga................ Senang diri!
Pasukan sedia!
Pasukan ke kanan, pusin!
Ketua, lapor!
Pasukan ke bentuk ladam kuda, cepat jalan!
4. Pelantikan pandu puteri (setelah ahli membentuk ladam kuda)
Pasukan panji-panji, keluar baris!
Pasukan panji-panji, cepat jalan! Berhenti!
Ke kiri / ke kanan pusing!
Pasukan panji-panji, ke belakang, pusing!
Cepat jalan! (apabila pasukan panji-panji berselang, kapten memberi arahan :
pasukan,hormat bendera, hormat ! )
Berhenti!
Ke dalam, pusing!
Ketua kumpulan .......(nama kumpulan) bawa ahli baharu ke hadapan untuk dilantik !Ahli
baharu, masuk baris !
Ahli baharu, cepat jalan!...... berhenti!
Ke kanan / ke kiri pusing!
Ahli baharu, ke kanan pusing!
Hormat bendera, hormat!
Ke kiri pusin ! .......hormat bendera, hormat!
Ke belakang pusing .... hormat pasukan, hormat!
Ke kanan / kiri pusing!
Cepat jalan .......... Berhenti!.... ke kanan / ke kiri pusing!
Masuk baris!
Ke dalam / belakang, pusing
5. Setelah selesai istiadat pelantikan:
Pasukan panji-panji, jalankan tugas!
Pasukan panji-panji, cepat jalan!
Berhenti!
Ke kanan / ke kiri pusing!
Cepat jalan!
Berhenti!
Pasukan!..... Keluar baris!
6. Istiadat menurunkan panji-panji dan taps (selepas selesai perjumpaan atau majlis)
Ahli membentuk ladam kuda
Pasukan panji-panji, keluar baris!
Pasukan panji-panji, sedia!
Cepat jalan! Berhenti!
Ke kanan / ke kiri pusing!
Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat!
Ke kanan / kiri pusing!
Cepat jalan!
Berhenti!
Keluar baris!
Pembawa panji-panji akan menyerahkan bendera kepada kapten.
Pasukan menyanyikan lagu taps siang / malam, mula!
Pasukan bersurai!
Pembentukan Ladam Kuda
Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda:
Cara 1: Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli)