The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 357-12-hewthung, 2022-09-02 10:34:15

BUKU LOG PANDU PUTERI KADET IPGKRM

LEE HEW THUNG (BMMB4)

(1) BIODATA

Gambar dalam
uniform Pandu Puteri

Bersaiz pasport
Bukan swafoto

Nama
Tarikh Lahir
No. Kad Pengenalan
Nama Pasukan

No. Keahlian
Tarikh Dilantik
Jawatan Dalam
Pandu Puteri Tunas
Alamat Sekolah

No. Telefon
Alamat E-mel
Alamat Rumah

Hobi
Cita-cita
Sebab menjadi ahli
Pandu Puteri Tunas

4

(2) SYARAT-SYARAT UJIAN

Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah:
1.1 mengetahui, menghayati dan mengamalkan:
• Persetiaan;
• Undang-undang;
• Cogan Kata;
• Isyarat dan Hormat; dan
• Berjabat Tangan.
1.2 mengetahui dan memahami:
• Logo, Lencana dan Benfera Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
• Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia
(WAGGGS), Lencana Dunia serta Bendera Dunia.
1.3 mengenal dan mengetahui makna Bendera Malaysia dan menamakan
bendera semua negeri di Malaysia;
1.4 mengenal struktur organisasi pasukan sendiri;

5

(3) LAPORAN

Tarikh Ujian :

Masa :

Tempat :

Laporan keseluruhan ujian:

SYARAT-SYARAT UJIAN

BIL PERKARA
1 Mengetahui, menghayati dan mengamalkan :

(i) Persetiaan Pandu Puteri Tunas
(ii) Undang-undang Pandu Puteri Tunas
(iii) Cogan Kata Pandu Puteri Tunas
(iv) Isyarat dan Hormat Pandu Puteri,
(v) Berjabat Tangan

2 Mengetahui dan memahami:

(i) Logo, lencana dan bendera Persatuan Pandu Puteri
Malaysia

(ii) Logo, lencana WAGGGS dan bendera dunia WAGGGS

3 Mengenal serta mengetahui makna bendera Malaysia dan

namakan bendera semua negeri di Malaysia.

4 Mengenal struktur organisasi pasukan sendiri.

6

(4) PELAKSANAAN UJIAN

1.1 Mengetahui, menghayati dan mengamalkan :
(i) Persetiaan Pandu Puteri Tunas
(ii) Undang-undang Pandu Puteri Tunas
(iii) Cogan Kata Pandu Puteri Tunas
(iv) Isyarat dan Hormat Pandu Puteri,
(v) Berjabat Tangan

(i) PERSETIAAN PANDU PUTERI TUNAS
(A) Tulis jawapan di dalam petak yang disediakan:
Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji
dan bersetia dengan sedaya upaya akan

(B) Melafazkan Persetiaan Pandu Puteri Tunas:
Calon ini telah melafazkan Persetiaan
Pandu Puteri Tunas dengan tepat.
Tandatangan penguji:
..............................................
()
7

(C) Jelaskan cara bagaimana anda menghayati dan mengamalkan:
Persetiaan Pandu Puteri Tunas:

1 Pandu Puteri Tunas menunaikan
kewajipan kepada Tuhan.

2 Pandu Puteri Tunas menunaikan
kewajipan kepada Raja.

8

3 Pandu Puteri Tunas menunaikan
kewajipan kepada Negara.

4
Pandu Puteri Tunas menolong orang
setiap hari terutamanya mereka
di rumah.

9

5 Pandu Puteri Tunas mematuhi
undang-undang Pandu Puteri Tunas.

10

(ii) UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI TUNAS

(A) Tulis :

Undang-undang
Pandu Puteri
Tunas

11

(B) Saya menghayati dan mengamalkan Undang-undang Pandu Puteri Tunas:
12

(iii) COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS
(A) Tulis jawapan di dalam petak yang disediakan:

Saya tolong
orang…….

13

(iv) ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI
(A) Membaca maklumat:

Isyarat Pandu Puteri
melambangkan tiga(3) bahagian
Persetiaan Pandu Puteri, tali
persaudaraan dan rasa kasih
sayang seseorang terhadap
pergerakan Pandu Puteri

(B) Menjawab soalan:
1. Ibu jari yang menindih jari kelengkeng menunjukkan

2. Tiga jari melambangkan

(C) Menunjukkan isyarat dan hormat:

Calon ini telah menunjukkan
Isyarat dan Hormat Pandu Puteri
dengan betul.
Tandatangan penguji:

………………………………………
()
Tarikh:

14

(V) BERJABAT TANGAN

Berjabat Tangan

(A) Cara berjabat tangan:
1. Pandu Puteri Tunas berjabat tangan dengan rakan Pandu Puteri menggunakan

.
2. Pandu Puteri Tunas berjabat tangan dengan orang yang bukan ahli Pandu

Puteri menggunakan
.

(B) Menunjukkan cara berjabat tangan dengan betul:

Calon ini telah menunjukkan cara
berjabat tangan dengan betul.
Tandatangan penguji:

…………………………… )
(

Tarikh:

15

1.2 Mengetahui dan memahami:
(i) Logo, Lencana dan Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
(ii) Logo WAGGGS, Lencana Dunia dan Bendera Dunia.

(A) Tampal dan namakan gambar:
Logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Lencana Pandu Puteri Malaysia.

(B) Tampal dan namakan Lencana Pelantikan Pandu Puteri Tunas:

(C) Tampal dan namakan Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

16

(D) Tampal dan namakan gambar:
Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS)

(E) Warnakan lencana di bawah:

Nama: Lencana Dunia
(F) Warna dan namakan bendera di bawah

Nama:

17

1.3 Mengenal dan mengetahui makna Bendera Malaysia dan menamakan
bendera semua negeri di Malaysia.

(A) Warnakan semua bahagian Bendera Malaysia di bawah dan jawab soalan-
soalan berikutnya:

BIL SOALAN JAWAPAN SAYA

1 Nama bendera Malaysia ialah
.

2. Bendera Malaysia mengandungi jalur
merah dan putih yang sama lebarnya

3. Jalur merah melambangkan

dan jalur putih

melambangkan .

4. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri

melambangkan .

5. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan yang

melambangkan sebagai

agama rasmi Malaysia.

6. Bintang pecah 14 melambangkan
.

7. Warna kuning pada anak bulan dan bintang

melambangkan .

18

(B) Gunting gambar bendera dari Lampiran 2. Tampal dan namakan semua bendera
negeri di sini:

( Tambah helaian kertas jika perlu)
19

1.4 Mengenal struktur organisasi pasukan sendiri
(A) Bina struktur organisasi pasukan Pandu Puteri Tunas anda. Struktur tersebut
merangkumi nama pasukan, jawatan dan nama setiap penyandang jawatan
serta senarai ahli pasukan mengikut kumpulan.
STRUKTUR ORGANISASI PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS SAYA

20

Lampiran 1

Gunting dan tampal di tempat yang betul:

21

Lampiran 2

Gunting dan tampal di tempat yang betul:

22

Lampiran 2

Gunting dan tampal di tempat yang betul:

23

(5) REFLEKSI

24

(6) PERAKUAN DAN ULASAN PENGUJI

1. Dengan ini, diperakui bahawa …………………………………………………..
………………………………………………………………………………………
telah berjaya menjalani semua ujian Prinsip Asas Pandu Puteri Tunas.

3. Calon ini juga telah menyiapkan modul mengikut syarat-syarat yang
telah ditetapkan.

Ulasan Penguji 1:
Calon ini ……………………………………………………………………
……………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………

Tandatangan Penguji 1: …………………………………………………
Nama : …………………………………………………………………….
Jawatan: ………………………………………………………………….
Tarikh: ……………………………………………………………………

Tandatangan Penguji 2: ………………………………………………..
Nama: ……………………………………………………………………..
Jawatan: …………………………………………………………………...
Tarikh: ……………………………………………………………………..

25

(7)
LAMPIRAN SIJIL PELANTIKAN

26

Nama: ………………………………..
………………………………………..
Cawangan: …………………………
……………………………………….

1

ARAHAN KEPADA PENGGUNA MODUL:

Kepada calon (Pandu Puteri Tunas):
1. Calon perlu menyiapkan semua tugasan
dalam modul ini.
2. Calon boleh menjawab dengan tulis tangan
dalam modul ini atau menaip dengan komputer.
3. Calon harus menjawab dengan kreativiti sendiri.
4. Calon digalakkan mewarna dan menambah
grafik yang sesuai dalam modul.

Kepada Penguji:
1. Penguji 1 – Menandatangani dan memberi
ulasan di muka surat Perakuan dan
Ulasan Penguji selepas ujian amali.
- Menulis nama, jawatan dan tarikh
dalam ruang yang disediakan.
2. Penguji 2 – Menandatangani dan menulis
nama, jawatan dan tarikh di ruang
yang disediakan selepas
menyemak modul calon.

2

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Biodata

2. Syarat-syarat Ujian

3. Laporan Keseluruhan Ujian

4. Pelaksanaan Ujian

5. Refleksi calon

6. Perakuan dan Ulasan Penguji

7. Salinan Sijil

3

(1)

BIODATA

Gambar dalam uniform
Pandu Puteri

Bersaiz passport Bukan
swafoto

Nama

Tarikh Lahir
No. Kad Pengenalan
Nama Pasukan

No. Keahlian
Tarikh Dilantik
Jawatan Dalam Pandu
Puteri
Alamat Sekolah

No. Telefon
Alamat E-mel

Alamat Rumah

Hobi

Cita-cita

Sebab menjadi ahli
Pandu Puteri Tunas

4

(2) SYARAT-SYARAT UJIAN
BIL

Kawad dan Istiadat Pandu Puteri Tunas

A. Mengetahui dan melaksanakan istiadat-istiadat berikut:
(i) Lingkungan Pandu Puteri Tunas
(ii) Pow-wow
(iii) Upacara Pelantikan
(iv) Hormat Besar

5

(3) LAPORAN

Tarikh Ujian:
Masa:
Tempat:

Laporan keseluruhan ujian:

6

(4)
PELAKSANAAN UJIAN

A. Mengetahui dan melaksanakan istiadat berikut:

(i) Lingkungan Pandu Puteri Tunas

NOTA:
Lingkungan ini diadakan pada setiap permulaan perjumpaan. Semua
pasukan ada satu bendera kecil (pennant) yang menandakan tempat
lingkungan. Bendera kecil ini diletakkan di tengah lingkungan.

7

Cara Melakukan Lingkungan Pandu Puteri Tunas

Tulis numbor ikut susunan melaksanakan Lingkungan Pandu Puteri Tunas dalam petak-
petak di hadapan setiap ayat berikut:

No. Cara Melakukan Lingkungan Pandu Puteri Tunas

Tiap-tiap kumpulan berenam bergilir-gilir skip ke tengah. Pegang
tangan. Skip ke kiri sekali dan ke kanan sekali sambil menyanyi lagu
kumpulannya.Kemudian skip balik ke lingkungan besar.

Semua ahli baharu skip ke tengah dan duduk bertinggung
mengelilingi bendera kecil.

Semua Pandu Puteri Tunas dan ahli baharu masuk lingkungan dengan
cara rekaan.

Semua ahli baharu bangun. Pegang tangan. Skip ke kiri sekali dan ke kanan
sekali sambal menyanyi lagu Ahli Baharu. Kemudian skip dan masuk balik
ke kumpulan masing-masing di lingkungan besar.

Semua Pandu Puteri Tunas pegang tangan. Skip ke kiri sekali dan ke
kana sekali sambil menyanyi lagu Pandu Puteri Tunas.

Semua Pandu Puteri Tunas pegang tangan. Skip ke kiri sekali dan ke
kana sekali sambil menyanyi lagu Pandu Puteri Tunas untuk kali kedua.

Semua ahli menunjukkan isyarat TOS.

Gambar-gambar lingkungan:

Ahli baharu duduk
bertinggung di
tengah lingkungan

8

Pandu Puteri Tunas pegang tangan dan skip ke kiri sekali sambil
menyanyi lagu Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Tunas pegang tangan dan skip ke kanan sekali
sambil menyanyi lagu Pandu Puteri Tunas

AMALI:
Pandu Puteri Tunas ini telah melaksanakan
Lingkungan Pandu Puteri Tunas dengan
betul dan kemas.

Tarikh: Tandatangan penguji:
………………. Nama:

9

(ii) Mengetahui dan melaksanakan istiadat berikut:
● Pow-Wow

Cara melakukan Lingkungan Pow-Wow

Lingkungan ini di adakan untuk menyampaikan berita, berbincang, menilai kerja atau
merancangkan perkara yang khas. Lingkungan ini khas untuk ahli-ahli pasukan
Pandu Puteri Tunas sahaja. Kakak Setia menjadi pengerusi dalam Lingkungan
Pow- Wow.

1. Semua Pandu Puteri Tunas duduk dengan rapat dalam Lingkungan.
2. Ada isyarat khas untuk Pandu Puteri Tunas jika dia hendak bercakap atau

bertanya, iaitu dengan dua jari tangan kanan diletakkan di lantai di
hadapannya atau dengan isyarat rekaan.
3. Dalam Lingkungan ini Pandu Puteri Tunas juga boleh mengundi. Isyarat
“Undi Rahsia” ialah Pandu Puteri Tunas duduk dengan tangan kanan letak
di belakang, tunjukkan satu jari jika bersetuju atau genggam semua jari jika
membantah atau dengan isyarat rekaan. Siti Setia akan berjalan
mengelilingi lingkungan dan mengira undi.

10

Gambar-gambar Lingkungan Pow-Wow
Tulis kapsyen di dalam petak di bawah gambar-gambar berikut:

AMALI:
Pandu Puteri Tunas ini telah melaksanakan Lingkungan Pow-Wow
dengan betul dan kemas.

Tarikh: ……………………. Tandatangan penguji:
Nama:

11

(iii) Mengetahui dan melaksanakan upacara berikut:
● Upacara Pelantikan

Lengkapkan ucapan pada masa melaksanakan upacara pelantikan:

1

Tahukah anda bahawa apabila
anda melafazkan Persetiaan
Pandu Puteri, anda selalu mesti
mematuhinya dan mencuba
dengan sedaya upaya untuk

menjalankannya ?

KAKAK SETIA

2

AHLI BAHARU

Mari dekat dengan lambang ini
dan lafazkan Persetiaan anda
sebagai seorang Pandu Puteri.

KAKAK SETIA

12

Lengkapkan ucapan pada masa melaksanakan upacara pelantikan:

Tulis persetiaan di sini. 3

AHLI BARU

4

(Menyematkan Lencana Tunas Puteri
pada skaf ahli baru). Anda sekarang
seorang Pandu Puteri Tunas dalam
Pasukan ………………………………

Saya harap anda akan bekerja
bersungguh-sungguh untuk
kebaikan pasukan ini.

KAKAK SETIA

Kakak Setia akan menghulurkan tangan kiri sambil berjabat tangan dengan
Pandu Puteri Tunas. Kemudian Pasukan akan memberi ‘Hormat Besar’
kepada Pandu Puteri Tunas baru itu dan Pandu Puteri Tunas tersebut
membalas dengan tabik hormat kepada Pasukan serta dibawa ke kumpulan
berenamnya.

13

(iv) Mengetahui dan melaksanakan upacara berikut:
● Upacara Hormat Besar

NOTA

Hormat Besar Pandu Puteri Tunas adalah suatu upacara khas untuk menyambut, mengalu-
alukan atau memberi tahniah kepada orang-orang seperti:

(a) Tetamu atau para undangan khas
(b) Pesuruhjaya dan pemimpin
(c) Ahli baharu yang telah dilantik
(d) Pandu Puteri Tunas yang mendapat lencana-lencana lain.

CARANYA

1. Dimulakan dengan Lingkungan Pandu Puteri Tunas.
2. Semua Pandu Puteri Tunas berdiri dalam lingkungan dengan tangan

dalam bentuk kuntum bunga tertutup.
3. Tetamu khas akan diiringi oleh sekumpulan kecil Pandu Puteri Tunas

dan dibawa ke dalam lingkungan besar.
4. (a) Selepas tetamu khas dibawa ke tengah lingkungan, semua Pandu Puteri

Tunas akan beraksi seperti bunga berkembang besar.
(b) Kemudian, semua bertepuk tangan di atas bahu sebelah kiri

sebanyak empat kali dan ucapkan “Selamat datang”.
(c) Kemudian, bertepuk tangan di atas bahu kanan sebanyak empat

kali dan ucapkan “Selamat datang”.
5. Selepas itu semua berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambil

tersenyum.

14

Gambar Hormat Besar

AMALI:
Pandu Puteri Tunas ini telah melaksanakan upacara Hormat
Besar dengan betul dan kemas.

Tarikh: ……………………. Tandatangan penguji:
Nama:

15

(5)
REFLEKSI
(5

16

(6)

PERAKUAN DAN ULASAN PENGUJI

1. Dengan ini, diperakui bahawa …………………………………
……………………………………………………………………..

telah berjaya menjalani ujian Kawad dan Istiadat Pandu Puteri
Tunas pada …………………………. ( nyatakan tarikh )
2. Calon ini juga telah menyiapkan modul mengikut syarat-syarat
yang ditetapkan dan layak memakai Lencana Kawad dan
Istiadat Pandu Puteri Tunas.

Ulasan Penguji 1:
Calon ini
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………

Tandatangan Penguji 1: …………………………………………………
Nama : …………………………………………………………………….
Jawatan: ………………………………………………………………….
Tarikh: ……………………………………………………………………
Tandatangan Penguji 2:……………………………………………
Nama:………………………………………………………………..
Jawatan: …………………………………………………………………...
Tarikh: ……………………………………………………………………..

17

(7)
LAMPIRAN SALINAN SIJIL

18

NAMA: TARIKH:
KELAS:

1. Nyatakan empat syarat-syarat ujian prinsip asas menjadi seorang ahli pandu puteri
yang perlu diketahui?

i.
ii.
iii.
iv.

2. Pilih syarat-syarat ujian tersebut mengikut turutan yang betul.

i. Isyarat dan hormat
ii. Berjabat tangan
iii. Persetiaan
iv. Undang-undang
v. Cogan kata

a) i, ii, iii, iv, v

b) ii, iii, iv, i, v

c) iii, iv, v, i, ii

d) v, i, iv, iii, ii

3. Dalam ujian kecekapan lencana kawad dan istiadat, nyatakan empat syarat ujian yang
perlu diketahui dan dilaksanakan oleh Pandu Puteri Tunas.

i.
ii.
iii.
iv.

Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006, Berikut ialah
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

MUKADIMAH

Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan
Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India.
Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan
sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta
Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991.

Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik
atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan
untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang
berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan
dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang
tertera di bawah.

PERKARA 1 – NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI

Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri.

Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

PERKARA 2 – KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan
Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert
Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas
daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan.

Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu
Puteri Malaysia.

Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut:

Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya:
menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong
orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan.

Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut:

1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai
2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia
3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain
4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun
6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah
8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat
10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan

2.1 Kaedah
Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi:
i. Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang
ii. Perkembangan kendiri yang progresif
iii. Pembelajaran melalui perbuatan
iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan

yang bertanggungjawab
v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa
vi. Khidmat masyarakat
vii. Aktiviti luar
viii. Simbolisme

2.2 Keanggotaan
Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada
semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan
atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan.

Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut:

Ahli Aktif
Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup
kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 13: Keanggotaan seumur hidup dibuka
kepada dewasa berumur 35 tahun ke atas dengan pembayaran yuran keanggotaan seumur
hidup. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada
Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.

Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi:

Bahagian Kepanduan 5 – 25 tahun
Pandu Puteri Pra-Tunas
Pandu Puteri Tunas 6 tahun ke bawah
Pandu Puteri Remaja 6 – 12 tahun
Pandu Puteri Renjer 12 – 15 tahun
Pandu Puteri Kadet 15 – 18 tahun
Pandu Puteri Siswi
+18 tahun

+18 tahun

Pandu Puteri Dewasa +18 tahun

Bahagian Dewasa +18 tahun

Pemimpin Tidak Berwaran +18 tahun

Penolong Pemimpin +18 tahun

Pemimpin +21 Tahun

Jurulatih +24 tahun

Pesuruhjaya +24 tahun

Guild Mantan Pesuruhjaya +30 tahun

Guild Pandu Puteri Raja +18 tahun

Guild Trefoil +24 tahun

Ahli Tidak Aktif
Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri
Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli
Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.

Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah
bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang
telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang
berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu
Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan,
perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat.

Ahli Kehormat
Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu
Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota
untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.

Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, kakitangan
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal
dan penting, serta individu-individu, termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Pemimpin-
Pemimpin yang tidak lagi memegang waran.

Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya
Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan
Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan.

Peletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan
Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada
bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka
seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan
kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan
serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut.

Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-
keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini.

Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga
orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan
terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada ‘Court of Honour” adalah muktamad.

PERKARA 3 – TUJUAN DAN OBJEKTIF

Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-
prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap
Puteri Sedunia, iaitu.:

a) mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk
perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas;
b) melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada
kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan
sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri
dan dunia;
c) menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang
kaum di dalam Negara dan seluruh dunia;
d) untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur
30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

PERKARA 4 – LENCANA

USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang
pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri
Malaysia” di dalam bulatan di sekelilingnya.

Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian
daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan
Pandu Puteri Malaysia.

Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif
untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke
atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan

memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran
Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan.

PERKARA 5 – PENAUNG

Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja
Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut:
- mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.
- menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja.
- menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

PERKARA 6 – LEMBAGA EKSEKUTIF

Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan
dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
antara mesyuarat Majlis Kebangsaan.

Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu,
Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif
Kebangsaan jika perlu.

6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut:

Yang Dipertua
Timbalan Yang Dipertua
Ketua Pesuruhjaya
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat

6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan
1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet
5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri
6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan

6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan
1. Pesuruhjaya Antarabangsa

2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana)
4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat
6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan

USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik
dari semasa ke semasa.

6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan
Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat
Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk
jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua
penyokong, yang terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Yang Dipertua
Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia.
Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu
Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia.

Timbalan Yang Dipertua
USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang jawatan
tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih
sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya.

Ketua Pesuruhjaya
Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima
tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya.

Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat
6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan:
1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet
5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri
6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan

6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan:
1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana)
4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat
6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan

Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Pesuruhjaya-
Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Perkembangan
Kebangsaan akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh
terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, sehingga had tempoh maksimum enam
tahun keseluruhannya.

Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu
yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga
Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan
akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan.

Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik,
yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun
berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih
untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya.

USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh
Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur
35 hingga 60 tahun, and 30% di atas umur 60 tahun.

USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli ex officio
Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia
bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan
pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas perlaksanaan tugas yang ditetapkan dari
semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan
kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

6.3 Kekerapan Mesyuarat
Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan.

Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan
Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya.
Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik
salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.

6.4 Korum and Kuasa Pengundian
Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-undang
apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir.

Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut
akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi
yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan
diambil kira sebagai sah.

Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah
keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada

Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan
pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti.

Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu pertiga
daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

6.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah:

i. bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan;
ii. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia
untuk memastikan pencapaian yang baik;
iii. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi
dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti;
iv. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan
pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan,
dan program latihan terancang;
v. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan
dengan orang awam;
vi. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem
kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan
pematuhan dengan undang-undang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
vii. mencalonkan Ketua Pesuruhjaya.
viii. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

USUL 11: PERKARA 7 – BADAN UNDANGAN

Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis
Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan
polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh
diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

7.1. Keanggotaan Majlis Kebangsaan
Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di
Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang
berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: Tiga (3) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur
di antara 18 – 35 tahun.

Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang
Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan
dibenarkan mengundi.


Click to View FlipBook Version