The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 357-12-hewthung, 2022-09-02 10:34:15

BUKU LOG PANDU PUTERI KADET IPGKRM

LEE HEW THUNG (BMMB4)

Jawapan Yang Boleh Dipilih:

Kenya
Chamathya Fernando
Bronwyn Hughes
Candela Gonzalez
Larissa Esmiralda Byll Cataria
Ntombizine Madyibi
Cindy-Ann Patricia Alexander
Norway
Normala Baharudin
New Zealand

NAMA: _________________________________ TARIKH: ______________
KELAS: __________________

CARTA UNIT KOKURIKULUM

____________
DR. MAZLAN BIN ARIS

TIMBALAN PEGERUSI
EN. _______________

PENYELARAS
EN. TAMICHELVAN A/L PERIASAMY

______________
EN. MUHAMMAD FAIRUZ BIN HASSAN

AHLI
PN. ______________________ (UB)
EN. TAMICHELVAN A/L PERIASAMY (S&P)
CIK__________________________

(PERSATUAN/KELAB)

PERSETIAAN PANDU PUTERI

Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan
menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan
Negara saya, Malaysia, menolong orang setiap hari
terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang-
undang Pandu Puteri.

PERSETIAAN PANDU PUTERI TUNAS

Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan
menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan
Negara saya, Malaysia, menolong orang setiap hari
terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang-
undang Pandu Puteri Tunas.

NAMA: _________________________________ TARIKH: ______________
KELAS: __________________

Lengkapkan persetiaan Pandu Puteri di bawah.

Dengan sesungguhnya saya berjanji dan

_____________ akan menjalankan

_____________ saya kepada

___________, Raja dan Negara saya,

Malaysia, _______________ orang setiap

hari terutamanya mereka di _________ dan

mematuhi ___________________ Pandu

COGAN KATA

Cogan Kata Pandu Puteri

“Selalu Sedia” merupakan cogan kata Pandu Puteri. Ini
bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa
bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan
sebarang imbuhan dan balasan.

Cogan Kata Pandu Puteri Tunas

“Tolong Orang Selalu” (TOS) merupakan cogan kata
Pandu Puteri Tunas. Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu
Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu
Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.

NAMA: _________________________________ TARIKH: ______________
KELAS: __________________
Sila tandakan (√) bagi jawapan yang betul.

1. Cogan kata bagi Pandu Puteri Tunas ialah:
o Tolong Orang Selalu
o Tolong Manusia
o Sedia Selalu
o Selalu Sedia

2. Cogan kata bagi Pandu Puteri ialah:
o Gembira Selalu
o Menolong Orang Selalu Sedia
o Selalu Sedia
o Tolong Orang Selalu

BENDERA

I. Jalur Gemilang

II. Bendera Negeri Sembilan

Kuning: Melambangkan D.Y.M.M. Raja.
Merah: Melambangkan rakyat.
Hitam: Melambangkan Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-
bahagian negeri ini.

III. Bendera Negeri-negeri lain

Johor Kedah Kelantan

Anak bulan dan bintang Merah: Merah:
bewarna putih: Melambangkan warna Melambangkan kejujuran
Melambangkan Raja yang tradisional negeri dan juga penduduk sebagai rakyat
berdaulat. melambangkan kemewahan. kepada Raja.

Merah: Padi: Putih:
Melambangkan hulubalang Melambangkan ngeri makmur Melambangkan kebesaran
yang mempertahankan dalam hal kehidupan.

negeri. Bulan Sabit: dan tanda kesucian Raja
Melambangkan simbol agama negeri ini.
Biru tua: Islam.
Melambangkan kerajaan
negeri. Perisai:
Melambangkan Sultan negeri
sebagai pelindung dan penjaga
rakyatnya.

Melaka Pahang Penang

Merah, putih, kuning dan Hitam: Biru Muda:
biru: Melambangkan warna Melambangkan warna laut
Melambangkan Melaka ialah kebesaran bendahara yang yang indah di sekeliling
sebuah negeri dalam memerintah negeri Pahang pulau itu.
Persekutuan. pada suatu ketika dahulu.
Putih:
Anak Bulan dan Bintang: Putih: Melambangkan negeri Pulau
Melambangkan agama Melambangkan Raja. Pinang yang aman damai.
Islam, agama negeri dan
Malaysia. Nota tambahan: Kuning:

Warna putih di atas hitam Melambangkan

melambangkan negeri Pahang kemakmuran.

adalah negeri yang mempunyai

kedaulatan sendiri dan Pohon Pinang:

pemerintahan beraja. Juga Melambangkan pohon dari

membawa erti bahawa negeri mana pulau itu mendapat

ini ada mempunyai namanya.

keistimewaan-keistimewaan,

undang-undang, adat istiadat,

adat resam, tatasusila serta

kuasa-kuasa yang tertentu

yang ada pada Raja sebagai

negeri beraja dan berdaulat.

Sarawak Selangor Terengganu

Merah: Kuning dan merah: Putih:
Melambangkan keberanian, Melambangkan daging dan Melambangkan D.Y.M.M.
kesungguhan dan darah iaitu unsur-unsur Sultan.
pengorbanan rakyat dalam yang perlu untuk memberi
daya usaha mereka yang jiwa dan tenaga kepada Hitam:
berterusan untuk mengejar negeri ini. Melambangkan rakyat
serta mempertahankan
kemajuan dan ketinggian Bulan Bintang: Anak bulan dan bintang:
maruah dalam proses Melambangkan agama Melambangkan agama Islam
membina Sarawak sebagai Islam, iaitu agama rasmi
negeri contoh. negeri.

Kuning: Putih: Nota tambahan:
Melambangkan keagungan Melambangkan kesucian Warna putih melingkungi warna
Perundangan dan Peraturan agama Islam. hitam melambangkan Sultan
(Order), perpaduan serta adalah memberi perlindungan
stabiliti dalam masyarakat kepada seluruh rakyat baginda.
yang berbilang kaum.

Hitam:
Melambangkan kekayaan
sumber asli seperti minyak
mentah, balak dan
sebagainya yang merupakan
landasan bagi memajukan
rakyatnya.

Bintang yang berwarna
kuning bermuncung
sembilan:
Melambangkan sembilan
bahagian di mana rakyatnya

tinggal di dalam harmonis.
Juga merupakan cita-cita
tinggi rakyat dan hasrat
perjuangan untuk
meninggikan mutu
kehidupan selepas merdeka.

Perak Perlis Sabah

Putih: Kuning: Biru Zirkon:
Melambangkan kebesaran Melambangkan D.Y.M.M. Melambangkan keamanan dan
Duli Yang Maha Mulia Raja. ketenteraman.
Paduka Seri Sultan Perak
Darul Ridzuan. Biru: Putih:
Melambangkan rakyat. Melambangkan kemurnian dan
Kuning: keadilan.
Melambangkan kebesaran Nota tambahan:
Duli Yang Teramat Mulia Maksud bendera Merah cili:
Raja Muda Perak Darul melambangkan kerjasama Melambangkan keberanian dan
Ridzuan. yang erat antara Raja keyakinan.
dengan rakyat baginda.
Hitam: Biru salji:
Melambangkan kebesaran Melambangkan perpaduan dan
Duli Yang Amat Mulia Raja kemakmuran.
di Hilir Perak Darul
Ridzuan. Nilakandi:
Melambangkan kekuatan dan
Nota tambahan: semangat kerjasama.
Maksud bendera
melambangkan sistem Gunung Kinabalu dan lima jenis
kesultanan Negeri Perak. warna:
Melambangkan Negeri Sabah
dan lima Bahagian Pentadbiran
Negeri ini.

Wilayah Persekutuan

Kuning:
Melambangkan kedudukan
yang dihormati, dimuliakan
dan kedaulatan.

Biru:
Melambangkan perpaduan,
keikhlasan, kestabilan,
keharmonian dan
kebenaran.

Merah:
Melambangkan semangat
waja, kekuatan, keberanian
dan bertenaga.

Jata Negara:
Melambangkan Wilayah
Persekutuan sebagai jajahan
penting yang meneraju
pemerintahan, pentadbiran
dan pusat perniagaan
negara.

Tiga bintang di bawah Jata
Negara:
Membawa maksud tiga
Wilayah Persekutuan
terpenting iaitu; Kuala
Lumpur, Labuan dan
Putrajaya yang bernaungn

dan mendokong Wilayah
Persekutuan.

NAMA: _________________________________ TARIKH: ______________
KELAS: __________________

A. Warnakan bendera Malaysia di bawah mengikut warna yang betul.

B. Nyatakan nama negeri bagi bendera berikut.

HORMAT PANDU PUTERI

• Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat
yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pegawai Pandu
Puteri seperti pemimpin, ketua dan juga sesame ahli kumpulan.

• Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan
tetamu kehormat dalam upacara rasmi.

• Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan.
• Upacara mengibarkan bendera.

Cara memberikan hormat adalah seperti berikut:
1. Tiga jari tangan ditegakkan.
2. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan.
3. Tangan di angkat sehingg sama tinggi dengan dahi.
4. Sebaik sahaja dapat hormat balas tangan dijatuhkan dan pandu
puteri boleh bergerak dari situ.



NAMA: TARIKH:
KELAS:
HORMAT PANDU PUTERI

Berdasarkan gambar berikut, tandakan / bagi cara hormat Pandu Puteri yang
betul.

ISTIADAT

ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI KADET

Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji).
Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda.
Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri
yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap
ahli, memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia
merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang
lain.
Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda:
Cara 1: Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli)

Cara 2: Untuk Pasukan Besar.

Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda.
Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk
membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat.
Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat. (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang
akan dijalankan pada hari tersebut)
Kapten memberikan arahan selanjutnya:
Kapten: Pasukan, keluar baris!
(Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri,
rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dari Ladam Kuda.

ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI TUNAS

Lagu Pandu Puteri Tunas
Puteri Tunas bertujuan, menolong dan berkawan

Lagu Ahli Baharu
Ahli baharu suka hati, menjadi Puteri Tunas

Lagu kumpulan

Istiadat Lingkungan Tunas

Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan pennant di
tengah- tengah kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan
contohnya tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. Pemimpin
boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu persatu.

Arahan: Ketua kumpulan berenam akan membentuk lingkungan dimulakan dengan
kumpulan….

Respon: Kumpulan kesidang masuk seperti Arnab bergerak sebaris mengelilingi
pennant dankemudian berdiri dalam lingkungan besar (yang akan terbentuk seteah
enam kumpulan mengambil tempat) Apabila semua kumpulan telah berada dalam
lingkungan besar, semua ahli berpegang tangan dan berskip ke kiri sambil
menyanyikan lagu PP Tunas. Setelah selesai skip ke kiri, skip pula ke kanan dan
menyanyikan lagu PP Tunas.

Masuk secara rekaan Tema kenderaan Tema haiwan

Skip ke kiri Skip ke kanan Kkumpulan berenam

Catatan: Tujuan menggunakan tema adalah sebagai satu cara yang menarik bagi ahli
membentuk satu lingkungan besar

Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir (tanpa pegang tangan), berskip dan
‘humming’ lagu kumpulan “na na na na……”, ahli kumpulan akan membuat lingkungan
kecil di sekeliling penant, pegang tangan dan skip ke kiri dan kanan sambil
menyanyikan lagu kumpulan.
Setelah selesai, ahli kumpulan akan melepaskan tangan dan masuk semula ke
lingkungan besar didahului dengan ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke
lingkungan besar, ahli sekali lagi “humming lagu kumpulan.

Setelai selesai, keenam-enam kumpulan menyanyikan lagu masing-masing, semua
ahlipegang tangan dalam lingkungan besar, skip ke kiri dan ke kanan beramai-ramai
dan menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas.
Setelah selesai menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas dan berskip, semua ahli
berhenti, lepaskan tangan dan berdiri tegak.
Pemimpin: akan sebut perkataan “T.O.S” tiga kali.
Ahli : Tangan dalam keadaan hormat (aras bahu) dan sebut T.O.S tiga kali
Setelah selesai serentak turunkan tangan. Aktiviti semasa dalam lingkungan adalah
seperti menyampaikan maklumat, memeriksa kebersihan ahli dan pakaian seragam,
membuat kutipan dan lain-lain. Lingkungan boleh ditutup dengan cara rekaan atau
cara yang diguna dalam ladam kuda.

Istiadat Lingkungan Tunas Bersama Ahli Baharu
• Setelah semua kumpulan berenam membentuk lingkungan secara rekaan, ahli

baharu akan masuk ke tengah penant dan duduk bertinggung.
• Setelah selesai semua ahli menyanyikan lagu kumpulan, ahli baharu berdiri

berpegang tangan dan menyanyikan lagu baharu sambil skip ke kiri dan kanan. Ahli
baharu akan skip ke kumpulan berenam mereka.
• Semua ahli skip ke kiri dan kanan beramai-ramai menyanyikan lagu Pandu Puteri
Tunas.

Penutupan Perjumpaan Mingguan

Di akhir perjumpaan semua ahli berkumpul dan membentuk lingkungan dan
menyanyikan lagu. Loceng Pandu Puteri Tunas. Apabila pemimpin memberi isyarat
akan menutup perjumpaan, semua ahli berkumpul berpegang tangan dan membentuk
lingkungan besar. Semua ahli akan berdiri tegak dan menyanyikan lagu Loceng. Ahli
boleh keluar dari lingkungan menggunakan rekaan masing-masing. Pemimpin boleh
memberi arahan ‘keluar baris’ dan semua ahli keluar baris cara ladam kuda. Cara ahli
keluar baris boleh dibuat juga secara rekaan.

Istiadat Pow Wow
Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi,
membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow Wow dikendalikan oleh pemimpin.

Cara Melaksanakan
• Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. Ahli akan
memberikan respon dengan berpegang tangan dan menyebut Pow Wow
berulang kali.
• Berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut.
• Pemimpin akan memberikan arahan kepada ahli, sekiranya mereka ingin
memberikan pendapat, letak tangan atas telinga seperti Arnab (3 jari).
• Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letak tangan di belakang dan tunjuk
isyarat seperti genggam jari: tidak setuju / buka genggaman (setuju). Pemimpin
boleh bergerak mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian. Apabila
selesai, Pow Wowsemua ahli boleh berdiri dan bersura

Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu
Puteri Renjer

Istiadat Tapak Ladam Kuda Pandu Puteri Remaja

Arahan:
Kapten mengambil tempat ke kiri tiang bendera jaraknya bergantung kepada
bilangan ahli yang ada.
1. Kapten: Pasukan! (Ahli Pasukan menghadap kapten dalam keadan bersedia.)

Pasukan Panji-panji, masuk baris! (Pasukan Panji-panji berdiri 4 langkah
sebaris di hadapadan kapten dalam keadaan bersedia. Kapten kemudian
bergerak ke tiang bendera dan memuding ke belakang semula untuk
menghadap pasukan)
2. Kapten: Pasukan masuk baris! (Terus berada dalam keadaan senang diri)
Pasukan, sedia!
3. Kapten: Pasukan, hentak kaki, hentak! (Hanya untuk Pasukan yang belum
mahir berkawad)
4. Kapten: Pasukan ke Ladam Kuda, cepat jalan! (Ahli Pandu Puteri maju ke
hadapan dari sebelah kanan dan kiri pengiring sehingga Ladam Kuda
terbentuk dengan baik)
5. Kapten: Pasukan berhenti!
6. Kapten: Ke dalam, pusing!
7. Kapten: Pasukan Panji-panji, jalankan tugas. (Pembawa Panji-panji yang
ditengah memberi arahan kepada pengiring panji-panji di kiri dan kanan secara
perlahan untuk didengari oleh Pasukan Panji-panji sahaja.)
Pembawa Panji-panji: Pasukan panji-panji, cepat jalan. (Mereka bertiga
berjalan terus ke tiang bendera)
Berhenti!
Ketua Panji-panji mengambil satu langkah ke hadapan untuk mengibarkan
bendera, ahli memberi Isyarat kepanduan dan Lagu Dunia dinyanyikan.

Perhatian: Pasukan Panji-panji tidak memberi isyarat dan tidak menyanyi.

8. Selepas nyanyian lagu Dunia, tali bendera dililitkan oleh ketua pasukan panji-
panji. Ketua pasukan panji-panji akan mengundur satu langkah ke belakang
dan memberi arahan.

Kapten: Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat!

Ketua PP memberi arahan.
Ketua PP:Pasukan Panji-panji belakang pusing! Cepat jalan! (Pasukan panji-

panji balik ke tempat asal masing-masing.)
Ketua PP: Berhenti! Ke belakang pusing

Seterusnya, kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli
untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat.
Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat. (Kapten boleh memaklumkan
aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut.)
Kapten akan memberikan arahan yang selanjutnya.

Kapten: Pasukan, keluar baris! (Semua ahli Pandu Puteri akan mengambil
langkah ke hadapan semula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan
terus keluar dari Ladam Kuda.) * Sekiranya hendak bersurai.

Istiadat Tapak Ladam Kuda Pandu Puteri Renjer

Kapten berdiri dengan bendera di sebalah kanannya. Jaraknya bergantung
kepada bilangan ahli Pandu Puteri.

Arahan:
1. Pasukan, sedia!
2. Penanda, masuk baris! (Penanda berdiri 4 langkah di hadapan Kapten, selari

dengan tiang bendera)
3. Pasukan, masuk baris! (Dua Renjer Puteri pertama yang masuk baris

mengambil tempar, seorang di depan penanda dan seorang lagi
dibelakangnya. Renjer Puteri yang lain berbaris bahu ke bahu di sebelah kiri
dan terus berdiri SENANG DIRI). *Kedua-dua Renjer Puteri di depan dan
dibelakang Penanda, juga berada dalam keadaan SENANG DIRI.

Arahan:
1. Pasukan, sedia!
2. Pasukan, bilang! (Hanya barisan depan mula dengan 0,1,2,3 dan seterusnya.

Semasa membilang, Renjer Puteri paling kepala ke kiri sambal menyebut
nombornya kecuali yang terakhir. Barisan belakang menggunakan nombor
yang sama seperti ahli di barisan hadaoan. Kapten bergerak ke hadapan dan
berdiri di sebelah kiri tiang bendera.

Arahan: Penanda ke kanan, barisan belakang ke belakang, pusing!

Arahan: Pasukan ke bentuk V, gerak. (Semua ahli Renjer Outeri bergerak
mengikut hitungan langkah)
Arahan: Unit ke dalam,pusing

Arahan: Pasukan panji-panji jalangkan tugas. (Pasukan panji-panji terdiri
daripada penanda dan dua ahli Renjer uteri di sebelah kiri dan kanannya akan
menjalankan tugas sebagai pasukan panji-panji untuk mengibarkan bendera.

Pembawa panji-panji (Penanda) memberi arahan: Pasukan panji-panji, cepat
jalan! (Mereka bertiga berjalan terus ke tiang bendera). Berhenti!

Penanda bergerak ke hadapan untuk mengibarkan bendera. Apabila bendera
berkibar semua ahli memberi isyarat Kepanduan dan Lagu Dunia dinyayikan
kecuali Pasukan Panji-Panji. Penanda yang telah mengibarkan bendera berdiri
tegak memegang tali bendera. Selepas nyanyian, dia melilitkan tali bendera. Ia
mengambil satu langkah ke belakang, beri arahan:
Pasukan Panji-Panji hormat bendera, hormat!
Ke belakang pusing!
Cepat jalan!
Berhenti! (Apabila telah tiba di kedudukan ahli)
Ke belakang, pusing!
Pemeriksaan boleh dijalankan.
Pasukan, bersurai! (Semua ahli Renjer Puteri ambil satu langkah ke hadapan
bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, beri Isyarat Kepanduan, pusing ke kanan
dan terus beredar dari situ.)

NAMA: TARIKH:
KELAS:

Salin semula petikan tersebut dengan tulisan yang kemas.

Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-
Panji). Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam
Kuda. Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli
Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau
uniform setiap ahli, memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang
paling penting ia merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan
pasukan beruniform yang lain. Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda.

NAMA: TARIKH:
KELAS:

Sila suaikan gambar Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas yang telah
diberikan dengan jawapan yang telah disediakan.

Skip ke
kanan

Tema
kenderaan

Masuk
secara
rekaan

Skip ke kiri

Kumpulan
berenam

Tema
Haiwan

NAMA: TARIKH:
KELAS:
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Ladam Kuda Lagu Dunia belakang Formasi V 4 1 hadapan
atau seorang doa istiadat dan hikmat dua orang

1. digunakan untuk Pandu Puteri manakala
untuk Pandu Puteri Renjer.

2. Ketua Panji-panji mengambil langkah ke untuk
mengibarkan bendera, ahli memberi Isyarat Kepanduan dan
dinyanyikan.

3. Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil ahli

untuk membaca dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata

.

4. Ketua pasukan panji-panji akan mengundur satu langkah ke
dan memberi arahan.

5. Penanda berdiri langkah di hadapan Kapten, selari dengan tiang
bendera.

6. Pasukan panji-panji terdiri daripada penanda dua ahli Renjer
Puteri di sebelah kiri dan kanannya.

ISTIADAT BENDERA

Naik/Turun Bendera

1. Membentuk ladam kuda (cara pertama) - tidak melebihi 20 ahli

Arahan:

Pasukan!
Pasukan panji-panji, masuk baris!
Pasukan, masuk baris!
Pasukan, sedia!
Pasukan hentak kaki .........Hentak!
Pasukan ke ladam kuda, sepat jalan!
Pasukan, berhenti!
Ke dalam, pusing!
Pasukan panji-panji, jalankan tugas :
Pasukan panji-panji, masuk baris
Pasukan panji-panji, cepat jalan
Berhenti
Pembawa panji-panji akan mengibarkan bendera selepas lagu dunia dinyanyikan.
Pasukan panji-panji mengikat tali bendera ke tiang.
Pasukan panji-panji, hormat bendera... hormat!
Pasukan panji-panji, ke belakang pusing- cepat jalan! berhenti!
Ke belakang / dalam pusing!

2. Membentuk ladam kuda (cara kedua)

Arahan:
Pasukan!
Ketua, masuk baris!
Pasukan, masuk baris!
Pasukan, sedia!
Pasukan hentak kaki .........Hentak!
Pasukan ke ladam kuda, cepat jalan!
Pasukan, berhenti!
Ke dalam, pusing!
Pasukan panji-panji,keluar baris :
Pasukan panji-panji, sedia!
Cepat jalan!

Berhenti!
Ke kanan / ke kiri pusing!
Pembawa panji-panji akan mengibarkan bendera selepas lagu dunia dinyanyikan.
Pasukan panji-panji mengikat tali bendera ke tiang.
Pasukan panji-panji, hormat bendera... hormat!
Pasukan panji-panji, ke kanan / ke kiri pusing!
Cepat jalan!
Berhenti!
Keluar baris!

Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas pembentukan Ladam Kuda.
Seterusnya, kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk
membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan
memberikan ucapan dan taklimat. (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan
dijalankan pada hari tersebut.)

Kapten memberikan arahan selanjutnya:

Kapten: Pasukan, keluar baris!
(Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri,
rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda.)

Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik:
Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli)
3 orang bagi Pasukan Panji-Panji
1 orang pembaca doa
1 orang penyampai kata-kata hikmat

Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu
Puteri Renjer.

Istiadat menurunkan panji-panji dan taps (selepas selesai perjumpaan atau majlis).

Kapten akan memberikan arahan seperti berikut:

Ahli membentuk ladam kuda
Pasukan panji-panji, keluar baris!
Pasukan panji-panji, sedia!
Cepat jalan! Berhenti!
Ke kanan / ke kiri pusing!
Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat!
Ke kanan / kiri pusing!
Cepat jalan!
Berhenti!
Keluar baris!

Pembawa panji-panji akan menyerahkan bendera kepada kapten.
Pasukan menyanyikan lagu taps siang / malam, mula!
Pasukan bersurai!

Cara membawa bendera

Cara melipat bendera

Selepas bendera ditarik dan berkibar, Lagu Dunia akan dinyanyikan
Pelbagai bentuk tiang bendera besi atau kayu boleh digunakan mengikut kesesuaian.

Penjagaan bendera

● Jangan sesekali meletakkan bendera di atas tanah pada masa hendak mengibar atau
menaikkannya.

● Semasa bendera berkibar, tali hendaklah dipasti diikat dengan agar tidak terlucut dan
menyebabkan bendera meleret ke bumi.

● Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah
ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.

● Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang
tertentu.

● Semasa hendak mengibarkan bendera separuh tiang, bendera terlebih dahulu hendaklah
dinaikkan sepenuh tiang kemudian barulah diturunkan semula hingga separuh tiang.
Separuh tiang adalah sebagai tanda sesebuah negara sedang berdukacita atas sesuatu
kemangkatan, kematian ataupun sesuatu tragedi. Bendera sama ada dikibarkan separuh
tiang ataupun sepenuh tiang hendaklah diturunkan apabila hari menjelang petang.

● Bendera boleh dikibarkan serentak dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ ataupun lagu negeri
masing-masing. Semasa aktiviti ini, kita hendaklah berdiri dengan tegak dalam keadaan
sedia. Sekiranya kita sedang melakukan sesuatu pekerjaaan semasa lagu kebangsaan
dinyanyikan dan bendera sedang dinaikkan, kita hendaklah berhenti dan berdiri sebagai
tanda menghormati bendera dan lagu tersebut.

● Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu.
● Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak

sepatutnya dikibarkan.
● Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengumpul bendera yang uzur, lusuh dan rosak untuk

dibersarakan dengan penuh hormat.

Pelupusan Bendera

Bendera yang telah pudar warna, koyak dan seumpamanya tidak boleh dikibarkan kerana
dianggap sebagai bendera yang uzur. Pengibarannya menunjukkan rasa tidak hormat kepada
bendera tersebut. Bendera yang sedemikian tidak boleh dibuang di dalam tong sampah
sebaliknya perlu dimusnahkan dengan cara yang sopan seperti dibakar secara tertutup dan
bukan dilakukan di tempat-tempat awam.

NAMA: TARIKH:
KELAS:

Sila tandakan √ pada jawapan yang betul dan x pada jawapan yang salah.

1) Biarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia tidak perlu ditatang
atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.

2) Jangan sesekali meletakkan bendera di atas tanah pada masa hendak mengibar atau
menaikkannya.

3) Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat
yang tertentu.

4) Semasa bendera berkibar, tali tidak perlu diikat dengan agar bendera meleret dapat
ke bumi.

5) . Separuh tiang adalah sebagai tanda sesebuah negara sedang bersukacita atas
sesuatu kegembiraan.

6) Bendera boleh dikibarkan serentak dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ ataupun lagu
negeri masing-masing. Semasa aktiviti ini, kita hendaklah berdiri dengan tegak dalam
keadaan sedia.

7) Bendera boleh digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu.

8) Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan
tidak sepatutnya dikibarkan.

9) Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengumpul bendera yang uzur, lusuh dan rosak
untuk dibersarakan dengan penuh hormat.

NAMA: TARIKH:
KELAS:

Rajah di bawah menunjukkan cara melipat bendera pandu puteri. Label setiap rajah
dengan turutan melipat bendera dengan betul.

1

Ikatan dan Simpulan

Jenis – jenis simpulan:
1. Simpulan Manuk

• Ikatan simpul manuk biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula
mengikat ada kayu atau sebagainya.

• Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan
selamat.

Teknik simpul manuk:
I. Mulakan simpul pada kayu.
II. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.

III. Tarik hujung tali

2. Simpul Buku Sila
• Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kaun oembalut luka atau kain anduh,
menyambung tali yang sama besar saiznya dan digunakan untuk mematikan
sebarang ikatan.
• Ikatan ini direka agar kedua – dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka
semula.

Teknik Simpul Buku Sila:
I. Letakkan hujung A di atas hujung B.
II. Masukkan hujung A dibawah B.

III. Kemudian lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.

3. Simpul Tindih Kasih.
• Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut
atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut.
• Jenis ikatan ini digunakan dalam kerja – kerja menyelamat seperti menyelamatkan
mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.
Teknik Simpul Tindih Kasih:
I. Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
II. Kemudian masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
III. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan Kembali ke dalam bulatan
tersebut.

4. Simpul Bunga Geti
• Ikatan bunga geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar
saiznya. Sebagai contohnya, menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.
• Menyambung dua tali yang tidak sama saiz.

Teknik Simpul Bunga Geti:
I. Mulakan simpul dan masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk
membentuk simpul.
II. Kemudian tarik kedua – dua tali tersebut untuk membentuk simpul.

5. Simpul Balak
• Simpulan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban
seperti tongkol kayu dan sebagainya.

Teknik Simpul Balak
I. Menggunakan tali mengelilingi kayu.
II. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.

6. Simpul Belit

• Bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau ke pacang
kerana cara begini mudah dibuka atau tidak mudah tanggal ikatannya.

Teknik Simpul Belit:

Jenis – jenis ikatan:
1. Ikatan Seraya:

• Digunakan untuk mengikat kayu, atau tiang bagi membuat jambatan, gajet, menara,
tiang bendera dan lain – lain.

2. Ikatan Serong
• Untuk merapatkan dan mengikut dua batang kayu secara bersilang.

3. Ikatan Lilit Kacang.

• Digunakan untuk mengikat batang – batang kayu atau bukuh bagi membuat lantai
untuk sesuatu projek.

• Dimulakan dengan simpul manuk dan diakhiri dengan simpul manuk juga.

NAMA: TARIKH:
KELAS:

Padankan ikatan dan simpulan berikut berdasarkan gambar yang disediakan.

Ikatan dan Simpulan Gambar
1. Simpul Manuk

2. Simpul Buku Sila

3. Ikatan Seraya
4. ikatan Serong

PERKHEMAHAN

1.0 KONSEP

Aktiviti bagi memenuhi
masa lapang dan untuk

merehatkan fikiran

Aktiviti yang boleh PERKHEMAHAN Penghidupan
dilakukan seperti diluar sama ada di
mendaki gunung,
hutan, pantai
berbasikal, bukit, gunung dan
berkayak,
bersampan dan sebagainya.
berakit di sungai

Berkait rapat dengan ikhtiar
hidup secara individu atau

berkumpulan.

2.0 OBJEKTIF

OBJEKTIF PERKHEMAHAN

• Melatih kadet untuk berdikari dan bersedia menghadapi keadaan serba
kekurangan.
• Melatih kadet menyelesaikan segala tugasan dengan penuh
tanggungjawab.
• Memberi pendedahan tentang kehidupan di luar yang lebih mencabar.
• Merapatkan hubungan silaturahim antara kadet.
• Menanam sikap bekerjasama dalam kadet.
• Memberi peluang kepasa pelajar dalam mempraktikkan segala kemahiran
dan kecekapan yang ada pada mereka.

3.0 JENIS KHEMAH
1. Ridge Tent

2. Dome Tent

3. Frame Tent

4. Bell Tent

5. A-Frame
6. Hoop
7. Khemah Awan
8. Wedge

9. Pyramid

4.0 PEMILIHAN KHEMAH

a. Tahan lasak.
- Tidak mudah koyak.

b. Keselesaan
- Mempunyai ruang penyimpanan barang.

c. Perlindungan
- Melindungi kadet daripada cuaca dan serangga.

d. Kalis air
- Terlindung daripada air hujan.

e. Ukuran
- Mengikut bilangan orang.

5.0 PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN

a. Tapak atau tanah rata.
b. Berhampiran punca air.
c. Tapak lebih tinggi daripada punca air atau tidak terlalu hamper dengan punca air.
d. Mudah mendapat bahan bakar.
e. Keselamatan kawasan.
f. Sesuai dengan bilangan peserta.
g. Tapak perkhemahan sesuai, mudah untuk mendapatkan bantuan jika perlu.
h. Jauh daripada dahan mati.
i. Terlindung daripada angin.
j. Pandangan persekitaran menarik.
k. Mendapat sumber cahaya matahari.


Click to View FlipBook Version