di Sekolah PENCEGAHAN RASU AH Panduan PENDIDIKAN RM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
SPRM UPSI Panduan Pendidikan Pencegahan Rasuah di Sekolah
Terbitan BAHAGIAN PENDIDIKAN MASYARAKAT Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tel : 603 8870 0000 Faks : 603 8870 0901 Emel : [email protected] SMS : 019-6000 696 @ HAK CIPTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Cetakan pertama : November 2017 Cetakan kedua : Oktober 2020 ISBN 978-967-5459-15-3
Kandungan Prakata BAB 1: Pengenalan kepada rasuah 1 BAB 2: Rasuah: Apa yang perlu anda tahu? 23 BAB 3: Kesalahan rasuah menurut Akta SPRM 2009 39 • Latar belakang • Jenis-jenis rasuah • Ciri-ciri rasuah • Punca-punca rasuah • Kesan jenayah rasuah • Rumusan • Aktiviti pengajaran • Asal usul perkataan rasuah • Definisi rasuah • Nama-nama lain rasuah • Bentuk-bentuk rasuah • Rumusan • Aktiviti pengajaran • Akta SPRM 2009 • Kesalahan meminta dan menerima suapan • Kesalahan menawarkan dan memberi suapan • Kesalahan membuat tuntutan palsu • Kesalahan salah guna kuasa oleh pegawai awam • Hukuman bagi kesalahan rasuah • Bagaimana melapor jenayah rasuah? • Rumusan • Aktiviti pengajaran
BAB 4: Penerapan nilai murni untuk mencegah rasuah 71 • Jenayah rasuah daripada perspektif Islam • Jenayah rasuah daripada perspektif Kristian • Jenayah rasuah daripada perspektif Buddha • Konsep nilai keperibadian dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan • Nilai murni untuk mencegah rasuah • Langkah pencegahan jenayah rasuah menerusi amalan nilai murni • Rumusan • Aktiviti pengajaran Kandungan BAB 6: Koleksi soalan kuiz antirasuah 105 BAB 5: Contoh kes rasuah sebenar melibatkan 89 warga pendidik dan pelajar • Rasuah melibatkan warga pendidik • Rasuah melibatkan pelajar • Rumusan • Aktiviti pengajaran BAB 7: Aktiviti tambahan 129
PRAKATA Rasuah berlaku bukan kerana faktor bangsa, agama atau ideologi politik. Rasuah berlaku kerana ketiadaan integriti dalam diri individu itu sendiri. Masyarakat mesti berubah daripada toleransi rasuah kepada tidak bertoleransi terhadap sebarang bentuk jenayah itu. Malah, pelaku rasuah juga mesti diperangi dan dibenci. Usaha membanteras rasuah merupakan tanggungjawab bersama. Tanggungjawab tersebut tidak boleh hanya dibebankan sepenuhnya ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pendidikan pencegahan rasuah merupakan langkah penting dan usaha ini mesti bermula seawal alam persekolahan. Pendidikan pencegahan rasuah di peringkat sekolah bermula pada tahun 1998 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17 Tahun 1998 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Surat ini menyatakan persetujuan KPM untuk memasukkan elemen pencegahan rasuah dalam kurikulum sekolah dan institut pengajian tinggi awam. Perkara ini seperti mana diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan Bilangan 2 Tahun 1998.
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, kesalahan rasuah bukan hanya melibatkan pemberian atau penerimaan suapan sahaja. Para pendidik yang perlu menerapkan elemen pencegahan rasuah dalam pengajaran mereka perlu memiliki pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang baik berhubung perkara ini. Justeru, penerbitan buku Panduan Pendidikan Pencegahan Rasuah di Sekolah (PPPRS) dapat dijadikan sebagai panduan kepada guruguru untuk memahami isu-isu rasuah, sebelum menyampaikannya kepada murid-murid mereka. Secara khususnya, dua objektif utama buku PPPRS adalah: i. memberi pemahaman kepada guru mengenai kesalahan rasuah, punca-punca dan langkah pencegahan; dan ii. menyediakan panduan dan bantuan kepada guru-guru dalam menerapkan elemen pencegahan rasuah semasa sesi pengajaran mereka. Buku ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembaca terutamanya guru-guru. Dengan adanya buku ini, penerapan elemen pencegahan rasuah di sekolah oleh guru-guru dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekian. PENERBIT Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris
1 PENGENALAN KEPADA RASUAH BAB1
2
3 Mengenal pasti latar belakang jenayah rasuah Mengenal pasti jenis rasuah Mengenal pasti punca jenayah rasuah Mengenal pasti kesan jenayah rasuah 01 02 03 04 *** HASIL PEMBELAJARAN
4 LATAR BELAKANG Jenayah rasuah merupakan ancaman utama kepada kita. Gejala rasuah yang tidak dibendung akan membawa malapetaka kepada sesebuah negara. Banyak contoh negara yang bergolak dan akhirnya musnah kerana jenayah keji ini. Empayar Rom, Empayar Uthmaniah dan Dinasti Ming yang tidak terurus pentadbirannya menyebabkan tentera dan kakitangan awamnya terpaksa mengamalkan rasuah sehingga akhirnya hancur. Demikian juga dengan kisah kejatuhan Kerajaan Nasionalis Chiang Kai-Shek di China, Richard Nixon di Amerika, Marcos di Filipina dan Presiden Mobuto di Zaire yang tumbang kerana gejala yang sama. Kegiatan rasuah di negara kita berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sifat tamak, dendam, iri hati dan perebutan kuasa dalam kalangan raja dan pembesarpembesarnya, sehingga sanggup menjual prinsip, maruah serta harga diri. Kerana rasuah, mereka sanggup memberikan maklumat sulit kepada Portugis, menyebabkan kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka. Agenda membanteras rasuah mesti dipikul oleh semua pihak. Rasuah mesti dianggap musuh nombor satu negara. Jenayah keji ini wajib diperangi habis-habisan. Bab ini akan memberikan maklumat asas mengenai jenisjenis rasuah, punca rasuah berlaku dan kesan rasuah kepada kita semua. Semoga maklumat ini dapat membuka minda kita untuk bersama-sama membanteras jenayah ini.
5 TAHUKAH ANDA? Sumber: International Chamber of Commerce dan Transparency International Setiap tahun, dianggarkan nilai kerugian yang ditanggung akibat rasuah adalah 5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) dunia. Jumlah ini bersamaan USD2.6 trilion. 01 Setiap tahun, dianggarkan sejumlah USD1 trilion rasuah dibayar untuk pelbagai tujuan. Di seluruh dunia, rasuah menyebabkan penambahan 10% kepada kos untuk menjalankan perniagaan. 4 02 03
6 JENIS 1 RASUAH BERSIFAT TRANSAKSI Transactive corruption RASUAH BERSIFAT MEMPERTAHANKAN DIRI Defensive corruption RASUAH BERSIFAT PEMERASAN Extortive corruption RASUAH BERSIFAT PELABURAN Investive corruption Perbuatan yang dilakukan secara bersama-sama (timbal-balik) antara pemberi dan penerima rasuah demi keuntungan kedua-dua pihak. Rasuah dilakukan oleh seseorang yang berada dalam keadaan terdesak. Contohnya, rasuah diberi bagi mengelakkan sebarang tindakan, tuduhan atau hukuman yang akan dikenakan. Apabila seseorang itu secara paksa diminta atau dikehendaki memberi rasuah kepada satu pihak lain bagi mengelakkan sebarang kerugian yang bakal menimpa dirinya atau menyebabkan kepentingannya tergugat. Pemberian wang, hadiah atau barangan kepada seseorang demi keuntungan atau kepentingan si pemberi rasuah pada masa akan datang. 2 3 3
7 5 RASUAH BERSIFAT NEPOTISME Nepotistic corruption RASUAH BERSIFAT ANTEGENIK Antegenic corruption RASUAH BERSIFAT SOKONGAN Supportive corruption Perbuatan pilih kasih melibatkan rakan, keluarga atau saudara mara untuk memegang sesuatu jawatan dalam organisasi. Seterusnya, individu terbabit bertindak meluluskan sesuatu projek yang akan menguntungkan diri sendiri, rakan, keluarga dan saudara mara, walaupun perkara itu bertentangan dengan peraturan dalam sesebuah organisasi. Bentuk rasuah yang tidak melibatkan orang lain dan pelakunya hanya seorang sahaja. Contohnya, kesalahan rasuah dalam bentuk mengemukakan tuntutan palsu. Perlakuan subahat dengan tidak mengambil tindakan, tidak ambil kisah atau tidak peduli terhadap kesalahan rasuah atau penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai atau kakitangan terlibat. Malah, kumpulan yang terlibat menindas pegawai atau kakitangan yang tidak mahu terlibat dalam perbuatan rasuah. RASUAH 6 7
8 MELIBATKAN DUA PIHAK (PEMBERI DAN PENERIMA) Pemberi - individu yang memberi suapan berbentuk wang, hadiah, ganjaran atau barangan berharga untuk tujuan tertentu. Penerima - individu yang meminta dan menerima suapan untuk melakukan sesuatu perkara. MEMBAWA KEUNTUNGAN Perbuatan rasuah dilakukan untuk mendapat keuntungan peribadi secara salah kepada pihak terlibat. Rasuah menguntungkan kedua-dua belah pihak sama ada si pemberi atau penerima. Jawatan, kuasa atau kedudukan disalah guna untuk kepentingan peribadi, saudara mara dan kenalan. MELIBATKAN PENYALAHGUNAAN JAWATAN CIRI-CIRI
9 RASUAH KEWUJUDAN PELUANG Peluang wujud apabila terdapat kelemahan sistem dan prosedur dalam sesuatu urusan atau pentadbiran. Kelemahan tersebut digunakan oleh individu terlibat untuk melakukan rasuah dan salah guna kuasa. RAHSIA Perbuatan rasuah dilakukan untuk mendapat keuntungan peribadi secara salah kepada pihak terlibat. Rasuah menguntungkan kedua-dua belah pihak sama ada si pemberi atau penerima. Pemberi dan penerima rasuah mempunyai kata sepakat dalam mencapai matlamat masingmasing. Tiada pihak yang rugi dalam transaksi rasuah. SUKA SAMA SUKA
10 10 PUNCA-PUNCA 01 02 03 04 Tiada penyeliaan pegawai atasan Suka bermegahmegah dan berlagak Ingin hidup mewah Menggunakan alasan sosial dan budaya untuk melakukan rasuah 05 Tiada komitmen kepimpinan dalam mencegah rasuah dalam organisasi
11 11 RASUAH 07 08 09 Birokrasi dalam pentadbiran Tiada penghayatan agama dan nilai-nilai murni Kelemahan sistem dan prosedur yang membuka ruang kepada rasuah Tiada keiltizaman 06 pemimpin politik Masalah kewangan dan 10 tekanan hidup
12 Jika sabit kesalahan di mahkamah, pelaku rasuah boleh dipenjara dan didenda. Pelaku rasuah juga akan menerima akibat lain seperti hilang pekerjaan, maruah diri dan kepercayaan masyarakat. Kesan tersebut turut dirasai oleh keluarga mereka. Padah kepada pelaku rasuah dan keluarga 01 Pelabur asing tidak akan membuat pelaburan di negara yang mempunyai masalah rasuah yang serius. Keadaan ini menjejaskan ekonomi dan pembangunan negara. Menjejaskan pelaburan asing dalam negara 02 Pekerja yang menerima rasuah akan sengaja melengahkan tugasnya untuk mendapatkan habuan tertentu. Menjejaskan kecekapan pentadbiran 03 04 Keadaan ini disebabkan pelaku rasuah merasa tidak selamat menyimpan wang di dalam negara. Oleh sebab itu, hasil rasuah cuba disembunyikan di luar negara bagi mengelakkan tindakan pihak berkuasa. Pengaliran wang ke luar negara Amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam dan penguat kuasa menyebabkan pintu masuk sempadan ‘bocor’ sehingga berlaku penyeludupan dadah dan senjata api ke dalam negara. Rasuah juga menyebabkan aktiviti perjudian, kongsi gelap dan sebagainya berleluasa. Mengancam keselamatan negara KESAN JENAYAH 06 Kontraktor yang mendapat sesuatu projek pembinaan melalui rasuah, mungkin tidak berupaya membina bangunan yang berkualiti. Akhirnya akan membahayakan nyawa orang ramai. Membahayakan keselamatan 05
13 Amalan rasuah terutama oleh penguat kuasa boleh menggalakkan berlakunya jenayah lain. Contohnya, tindakan seorang penguat kuasa yang melepaskan pendatang asing tanpa izin (PATI) boleh menyebabkan berlaku jenayah lain seperti penyeludupan manusia dan pemalsuan dokumen pengenalan diri. Menggalakkan jenayah lain berlaku Rasuah boleh mengakibatkan tercetusnya pergolakan sosial dan rusuhan dalam negara. Senario ini berlaku apabila rakyat berasa kecewa kerana ditindas dan ditipu. Pemerintah yang rasuah sudah pasti tidak mendapat sokongan dan akan ditentang oleh rakyat. Mencetuskan pergolakan sosial Jenayah rasuah melebarkan jurang ekonomi antara golongan miskin dan kaya. Golongan kaya menggunakan jalan rasuah untuk memastikan mereka mendapat sesuatu projek, walaupun mereka tidak layak. Keadaan ini menimbulkan ketidakadilan ekonomi rakyat dan menindas mereka yang tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak. Jurang ekonomi rakyat Amalan rasuah akan meningkatkan harga barangan atau perkhidmatan. Segala pembayaran suapan oleh peniaga akan menjadi kos perniagaan. Kos tersebut akan diserap dalam harga barang atau perkhidmatan. Seterusnya menyebabkan harga barang atau perkhidmatan menjadi lebih mahal. Meningkatkan kos RASUAH 07 08 09 10
14 RUMUSAN 1. Rasuah merupakan jenayah berat yang mampu membinasakan sesebuah negara. 2. Secara umumnya, rasuah boleh dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu: ► rasuah bersifat transaksi; ► rasuah bersifat pemerasan; ► rasuah bersifat pelaburan; ► rasuah bersifat mempertahankan diri; ► rasuah bersifat nepotisme; ► rasuah bersifat antegenik; dan ► rasuah bersifat sokongan. 3. Faktor berlaku rasuah antaranya adalah kurang penghayatan nilai murni, kurang penyeliaan pegawai atasan, birokrasi dalam pentadbiran, kelemahan kepimpinan, kelemahan sistem dan prosedur, amalan sosial budaya, tiada keiltizaman politik, ingin hidup mewah dan hidup suka bermegah. 4. Jenayah rasuah mendatangkan kesan buruk kepada individu dan keluarga yang terlibat, membantutkan ekonomi negara, mengancam keselamatan negara dan menggalakkan berlakunya jenayah lain. 5. Rakyat yang sayangkan negara mesti sentiasa berintegriti dan menjauhkan diri daripada perbuatan rasuah. 6. Memerangi jenayah rasuah adalah tugas dan tanggungjawab setiap rakyat Malaysia.
15 AKTIVITI PENGAJARAN Permainan Mencari Perkataan Tersembunyi Pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut: Aktiviti Masa / Tempoh Tempat Pelaksanaan Keperluan Mencari perkataan tersembunyi 5 minit Dalam kelas Guru mengedarkan borang mencari perkataan tersembunyi kepada murid. Murid dikehendaki mencari perkataanperkataan yang berada antara huruf-huruf. Masa 5 minit ditetapkan. Murid yang berjaya menamatkan pencarian paling awal dikira pemenang. Borang mencari perkataan tersembunyi
16 AKTIVITI PENGAJARAN Permainan Mencari Perkataan Tersembunyi (SET 1) DENDA DISKAUN HADIAH HUKUMAN MEMBERI MENERIMA PENJARA TAMAK WANG
17 AKTIVITI PENGAJARAN Permainan Mencari Perkataan Tersembunyi (JAWAPAN) DENDA DISKAUN HADIAH HUKUMAN MEMBERI MENERIMA PENJARA TAMAK WANG
18 AKTIVITI PENGAJARAN Permainan Mencari Perkataan Tersembunyi (SET 2) BONUS DENDA DISKAUN HADIAH HALOBA HARAM HUKUMAN MEMBER MENERIMA PENJARA RASUAH SAKSI SPRM TAMAK UPAH WANG
19 AKTIVITI PENGAJARAN Permainan Mencari Perkataan Tersembunyi (JAWAPAN) Z N R H K T E W A F L I D O N X B F T A W B M T M X S M W J Y F X M A R A J N E P U F A Q N R A N V B A V H M Y Q B X T J K G P K M A M A B O L A H O C Z W V W Y E O I E Z B Y P J R X H M W C P D D R L F F U H M D Z D W I L A A I E K F I Y G Y H S U S E S H X S N T N Q J H U G P K U X E B X K E A P Y E L R A A D N E D R F A M F E E M U H S K Y O Z E G Y U X Y Q X B T N M P H B Q F N K N R L D U Z N G U D X W Y X U A H P J P V E H B Z N D W V H R BONUS DENDA DISKAUN HADIAH HALOBA HARAM HUKUMAN MEMBER MENERIMA PENJARA RASUAH SAKSI SPRM TAMAK UPAH WANG
20 AKTIVITI PENGAJARAN Silang Kata Antirasuah Pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut: Masa / Tempoh Tempat Pelaksanaan Keperluan 10 minit Dalam kelas Setiap murid diberi borang teka silang kata dan dikehendaki menjawabnya. Borang teka silang kata
21 Soalan silang kata Melintang 1. Di Malaysia, rasuah juga dikenali sebagai ................................. . 2. Nama singakatan agensi yang bertanggungjawab membanteras rasuah? 3. Amin seorang murid yang sentiasa bercakap benar, jujur dalam semua perkara dan amanah. Amin merupakan seorang murid yang ......................... . 4. Hasil yang diperoleh melalui jalan rasuah adalah ....................... . 5. Seorang peniaga yang ................ tidak akan mencampurkan air dalam susu untuk mendapat untung yang lebih kecil. 6. Rasuah adalah satu .................... berat. Menegak 3. O rang yang tidak jujur dan tidak amanah akan di ..................masyarakat. 7. A mran, bendahari koperasi sekolah telah menggunakan wang koperasi untuk membeli permainan video untuknya sendiri. Perbuatan itu adalah tidak ......................... . 8. ....................... kepada pihak berkuasa apabila seseorang itu meminta rasuah. 9. A li melakukan kerja tanpa mengharapkan balasan. Ali adalah seorang yang ..................... . 10. A li sebagai seorang pengawas sekolah telah menahan Abu yang datang lewat ke sekolah. A li meminta dua bungkus nasi lemak daripada Abu jika namanya tidak mahu ditulis. P erbuatan Abu itu dianggap meminta ...................... . 7 41 0 5 1 8 2 9 3 6 AKTIVITI PENGAJARAN Silang Kata Antirasuah Melintang 1. Di Malaysia, rasuah juga dikenali sebagai ................................. . 2. Nama singkatan agensi yang bertanggungjawab membanteras rasuah? 3. Amin seorang murid yang sentiasa bercakap benar, jujur dalam semua perkara dan amanah. Amin merupakan seorang murid yang ......................... . 4. Hasil yang diperoleh melalui jalan rasuah adalah ....................... . 5. Seorang peniaga yang ................ tidak akan mencampurkan air dalam susu untuk mendapat untung yang lebih kecil. 6. Rasuah adalah satu .................... berat. Menegak 3. Orang yang tidak jujur dan tidak amanah akan di ..................masyarakat. 7. Amran, bendahari koperasi sekolah telah menggunakan wang koperasi untuk membeli permainan video untuknya sendiri. Perbuatan itu adalah tidak ......................... . 8. ....................... kepada pihak berkuasa apabila seseorang itu meminta rasuah. 9. Ali melakukan kerja tanpa mengharapkan balasan. Ali adalah seorang yang ..................... . 10. Ali sebagai seorang pengawas sekolah telah menahan Abu yang datang lewat ke sekolah. Ali meminta dua bungkus nasi lemak daripada Abu jika namanya tidak mahu ditulis. Perbuatan Abu itu dianggap meminta ...................... . 4 10
22 AKTIVITI PENGAJARAN Silang Kata Antirasuah (JAWAPAN)
23 RASUAH: APA YANG PERLU ANDA TAHU? BAB2
24
25 Memahami definisi rasuah Mengenal pasti nama lain bagi rasuah. Mengenal pasti bentuk-bentuk rasuah 01 02 03 *** HASIL PEMBELAJARAN
26 Perkataan RASUAH berasal daripada bahasa Arab ‘risywah’ iaitu kata terbitan daripada kata dasar perkataan ‘rasya’, ‘yarsyu’ dan ‘rasywan’ yang membawa maksud sogokan atau pujukan. Perkataan CORRUPTION pula berasal daripada bahasa Latin ‘curroptio’ iaitu daripada kata kerja ‘corrumpere’ yang membawa maksud merosakkan dan berkecai. ASAL-USUL PERKATAAN
27 Penerimaan atau pemberian suapan sebagai dorongan untuk seseorang itu melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya. Menyalah guna kuasa atau kedudukan awam untuk mendapat faedah peribadi - melalui suapan, peras ugut, menggunakan pengaruh (influencepeddling), nepotisme, penipuan, duit pelincir (speed money) atau penyelewengan. Menyalah guna kedudukan awam untuk mendapat keuntungan peribadi. DEFINISI RASUAH WORLD BANK UMUM UNITED NATIONS DEVELOPMENT PROGRAMME Kuasa yang diamanahkan disalah guna untuk mendapat faedah peribadi. Perbuatan itu memberi kemudaratan kepada rakyat yang bergantung kepada integriti orang yang diamanahkan kedudukan atau kuasa tersebut. TRANSPARENCY INTERNATIONAL
28 Sleaze (UK) Perbuatan tidak jujur dan tidak bermoral terutama oleh penjawat awam. 01 02 Tangentopoli (Itali) Perbuatan rasuah dalam sistem politik Itali yang terbongkar sekitar tahun 90-an. 03 Les Affaires (Perancis) Transaksi haram dalam perniagaan. 04 Black Mist (Jepun) Merujuk kepada skandal mengatur perlawanan dalam liga profesional besbol Jepun yang berlaku antara tahun 1969 dan 1971. 05 06 Air Supply (Uganda) Pembayaran yang dibuat walaupun barang tidak dibekalkan atau perkhidmatan tidak diberikan. Kopi Lui (Hokkien) Duit minum kopi. NAMA-NAMA LAIN RASUAH
29 419 (Nigeria) Nombor 419 adalah merujuk kepada peruntukan undangundang bagi jenayah 'fraud' dalam Nigerian Criminal Code. Than Wu (China) ‘Than’ bererti haloba dan ‘Wu’ bererti kekotoran. 07 08 Char Chien (Mandarin) Duit minum teh. 09 10 Zowai, Wairo atau Suwai (Jepun) Pemberian wang bertujuan untuk melakukan perkara yang terlarang. 11 Pungli (Indonesia) Gabungan perkataan ‘pungutan’ dan ‘liar’. NAMA-NAMA LAIN RASUAH
30 Makan suap Pelincir Under counter money Tumbuk rusuk Duit kopi Kawtim Bunga emas Speed money Di MALAYSIA, rasuah juga dikenali sebagai... RASUAH
31 Wang Hadiah Bonus Jawatan Upah Diskaun Perkhidmatan RASUAH BENTUK-BENTUK RASUAH Derma
32 RASUAH ILUSTRASI BENTUK HADIAH A, seorang kontraktor memberi hadiah berbentuk set golf kepada B, pegawai kewangan supaya B mempercepatkan proses bayaran bagi tuntutannya. BONUS A, pengarah urusan syarikat berjanji memberikan bonus hujung tahun sebanyak 5 bulan gaji kepada akauntannya, B, dengan syarat B menyembunyikan penyelewengan wang syarikat yang dilakukan A. JAWATAN CEO sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menawarkan kenaikan pangkat kepada akauntannya supaya tidak bocorkan kegiatannya mencuri duit syarikat.
33 RASUAH ILUSTRASI BENTUK PINJAMAN Seorang pembekal memberikan pinjaman wang kepada seorang penyelia makmal universiti (yang kesempitan duit). Sebagai balasan, penyelia berkenaan menerima dan memperakui pembekalan peralatan makmal yang tidak sempurna. DISKAUN A, pemilik syarikat pengedar kereta mewah memberi diskaun 75% untuk sebuah kereta BMW kepada B, seorang pegawai penguat kuasa. Diskaun melampau ini bertujuan agar B tidak mengambil tindakan terhadap A yang sedang disiasat kerana terlibat dalam aktiviti menjual dadah. PERKHIDMATAN A, seorang kontraktor menawarkan rasuah berbentuk khidmat seks GRO kepada B iaitu pengarah perolehan sebuah jabatan. Sebagai balasannya, B akan memastikan A mendapat projek di jabatannya.
34 DERMA Dato’ A adalah Pengarah Bahagian Kewangan di sebuah jabatan. Di luar pejabat, beliau memegang jawatan pengerusi surau. Dato’ A berjanji untuk menawarkan projek kepada sebuah syarikat selepas syarikat tersebut bersetuju memberi derma kepada suraunya. UPAH Kontraktor memberi upah kepada seorang kerani kewangan bagi memastikan tuntutannya dapat diuruskan segera. RASUAH ILUSTRASI BENTUK
35 1. Secara umumnya, rasuah boleh ditakrifkan sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai dorongan untuk seseorang itu melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya. 2. Rasuah mempunyai pelbagai nama, antaranya makan suap, duit kopi, bunga emas, under counter money, pelincir, tumbuk rusuk, speed money dan kawtim. 3. Rasuah tidak hanya berbentuk wang sahaja. Rasuah boleh jadi dalam pelbagai bentuk seperti hadiah, bonus, perkhidmatan, pinjaman, jawatan dan diskaun. RUMUSAN
36 PERBINCANGAN AKTIVITI AKTIVITI PENGAJARAN Perbincangan Dalam Kelas Bincangkan pemahaman anda berkaitan rasuah. 1. Lakonkan satu situasi menunjukkan dua atau lebih individu yang sedang melakukan perbuatan rasuah. 2. Kenal pasti faktor-faktor berlakunya jenayah rasuah di Malaysia.
37 AKTIVITI PENGAJARAN Pertandingan Menulis Esei Antirasuah Aktiviti Masa / Tempoh Tempat Pelaksanaan Keperluan Menulis esei Murid diberi tempoh seminggu untuk menyiapkan esei Luar kelas Guru memberikan tajuk dan meminta murid menulis esei berkaitan tajuk tersebut. Murid digalakkan mencari bahan di internet. Satu tarikh ditetapkan untuk menghantar esei yang telah siap. Tajuk-tajuk esei Huraian pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut: Cadangan tajuk esei adalah seperti berikut: 1. Tingkatkan integriti dan hapuskan rasuah. 2. Rasuah: Jenayah yang wajib diperangi. 3. Rasuah: Apakah puncanya? 4. Mengapa rasuah mesti dibanteras? 5. Peranan murid dalam memerangi rasuah. 6. Rasuah pemusnah nilai diri. 7. Kesan rasuah kepada diri sendiri. 8. Kesan rasuah kepada masyarakat. 9. Kesan rasuah kepada negara.
38 Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan TANGANNYA, jika tidak mampu, maka ubahlah dengan LISANNYA, jika tidak mampu, maka (tolaklah) dengan HATINYA, dan hal tersebut adalah selemah-lemah iman.” Riwayat Muslim “
39 BAB3 KESALAHAN RASUAH MENURUT AKTA SPRM 2009
40
41 Memahami kesalahan meminta dan menerima suapan. Memahami kesalahan menawar dan memberi suapan 01 02 03 *** HASIL PEMBELAJARAN Memahami kesalahan membuat tuntutan palsu Memahami kesalahan salah guna kedudukan oleh pegawai awam Mengetahui cara-cara melapor perbuatan rasuah kepada SPRM 04 05
42 AKTA SPRM 2009 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) merupakan akta khusus berkaitan jenayah rasuah di Malaysia. Kesalahan rasuah bukan sahaja melibatkan kesalahan ‘beri dan terima suapan’. Kesalahan utama rasuah menurut akta ini adalah seperti berikut: Meminta/ Menerima Rasuah Menawar/ Memberi Rasuah Salah Guna Kedudukan oleh Pegawai Awam Membuat Tuntutan Palsu SURUHANJAYA 2009 MALAYSIA AKTA PENCEGAHAN RASUAH