93 Seorang pengetua sekolah agama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 14 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan lebih RM1 juta bagi syarikat milik isterinya. Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabat sekolahnya dari Julai 2011 hingga Julai 2012. Pertuduhan adalah di bawah seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 kerana menggunakan kedudukan sebagai penjawat awam untuk apa-apa suapan, sama ada bagi diri sendiri atau keluarga. Tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana-mana lebih tinggi jika disabit kesalahan. PENGETUA sekolah agama hadapi 14 pertuduhan rasuah 01dan salah guna kedudukan
94 Seorang bekas guru besar dihukum penjara dua tahun dan denda RM148,500 oleh Mahkamah Sesyen setelah didapati bersalah atas lima pertuduhan salah guna kuasa, membabitkan bekalan pakaian seragam kokurikulum sekolah bernilai RM32,400. Beliau didakwa menyalahgunakan kedudukannya sebagai guru besar untuk memilih syarikat adiknya sendiri iaitu ABC Enterprise bagi membekalkan set pakaian Puteri Islam bernilai RM3,300; set pakaian PBSM bernilai RM6,300; set pakaian TKRS bernilai RM8,200; set pakaian Pengakap bernilai RM8,700; dan set pakaian seragam PBSM, Pengakap, Puteri Islam dan TKRS bernilai RM5,900. Semua pembekalan tersebut dilakukan sekitar tahun 2008 dan 2009. Mahkamah turut memerintahkan tambahan hukuman penjara 15 bulan jika tertuduh gagal membayar denda. Bekas GURU BESAR dipenjara 2 tahun kerana salah guna kuasa 02
95 Rayuan terakhir bekas dekan sebuah universiti untuk mengenepikan hukuman ke atasnya ditolak oleh Mahkamah Rayuan. Maka dengan itu, beliau terpaksa menjalani hukuman penjara selama setahun di Penjara Kajang. Pada tahun 2014, beliau dituduh sengaja memperakukan pembekalan peralatan Multi Joint 2 AP berharga RM138,600 di fakultinya. Padahal, peralatan sebenar yang dihantar adalah Multi Hip yang hanya berharga RM27,965. Kesalahan dilakukan di antara 24 Mac 1999 sehingga 2 April 1999. Mahkamah Rayuan memutuskan bekas dekan itu mempunyai niat untuk mengelirukan pihak universiti kerana beliau tahu peralatan sukan Multi Joint 2 AP tidak dibekalkan. Selain penjara, beliau juga turut didenda sebanyak RM10,000 atau penjara tiga bulan, sekiranya gagal membayar denda. Bekas DEKAN dipenjara setahun kerana tuntutan 03 palsu
96 Seorang bekas pensyarah warga Malaysia mengaku bersalah menerima rasuah bagi menambah markah peperiksaan pelajar yang sepatutnya gagal di sebuah universiti di Australia Barat. Beliau dihadapkan ke mahkamah negara itu dengan lima pertuduhan rasuah yang dilakukan pada 2012. Menurut laporan Australian Associated Press, beliau didakwa menambah markah peperiksaan dua pelajar yang sepatutnya gagal dalam subjek sains gunaan alam unit pengurusan pembinaan. Seorang pelajar didakwa telah membayar tertuduh AUD3,000 dan seorang lagi membayar AUD1,500 sebagai dorongan untuknya berbuat demikian. Beliau juga didakwa menambah markah pada satu tugasan dan memberi markah lulus untuk satu projek lain, padahal pelajar itu tidak menghantar tugasan tersebut. PENSYARAH mengaku salah di mahkamah Australia atas 04 tuduhan rasuah
97 PENSYARAH terima rasuah untuk naikkan markah pelajar Mahkamah Khas Rasuah Ipoh menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM25,000 terhadap seorang pensyarah Matematik, selepas didapati bersalah atas lima pertuduhan rasuah. Beliau didapati bersalah menerima wang sogokan sebanyak RM690 keseluruhannya untuk menaikkan markah dua pelajarnya bagi subjek Matematik dan Statistik pada tahun 2011 dan 2012. 05
98 Seorang guru besar dihukum penjara tiga tahun dan didenda RM30,000 oleh mahkamah selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah. Beliau didapati meminta dan memperoleh rasuah RM3,000 daripada seorang pengusaha kantin yang bertujuan menyambung kontrak kantin sekolah bagi sesi 2013. Kesalahan dilakukan pada 8 dan 14 November 2011. Pendakwaan dibuat mengikut seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. GURU BESAR dipenjara kerana terima rasuah 06 daripada pengusaha kantin
99 PROFESOR di universiti Singapura minta habuan seks Seorang profesor undang-undang di sebuah universiti terkemuka Singapura terpaksa meringkuk di dalam penjara selama lima bulan kerana terlibat dengan rasuah. Beliau juga ditamatkan perkhidmatannya sertamerta di universiti terbabit. Profesor tersebut didapati bersalah atas enam tuduhan rasuah iaitu memperoleh habuan seks dan pelbagai hadiah daripada bekas pelajarnya sebagai balasan memberikan gred yang lebih baik. Kesemua kesalahan dilakukan antara bulan Mei hingga Julai 2010. Antara hadiah yang diterima adalah sebatang pen Mont Blanc berharga SGD740 (RM1,841), dua helai baju yang ditempah bernilai SGD236.20 (RM587), seunit iPod Touch bernilai SGD160 (RM398) dan bayaran bil makan malam berjumlah SGD1,278.60 (RM3,181). 07
100 RASUAH MELIBATKAN PELAJAR HATI-HATI PELAJAR DAN SELALU BERINGAT SPRM juga mempunyai beberapa kes rasuah yang melibatkan golongan pelajar. Kebanyakan kes melibatkan pemberian wang rasuah kepada penguat kuasa bagi mengelakkan diri daripada tindakan undangundang. Tindakan menawarkan rasuah itu mengundang padah apabila mereka ditangkap dan dibawa kepada SPRM. Pengajarannya adalah: • Pelajar mesti sentiasa patuh kepada peraturan dan undangundang yang berkuat kuasa; • Jangan sesekali menggunakan rasuah untuk melepaskan diri daripada sebarang tindakan; • Walaupun masih belajar, anda masih boleh didakwa di mahkamah sekiranya terlibat dengan rasuah.
101 PELAJAR ditangkap kerana beri rasuah kepada anggota polis Seorang pelajar kolej berumur 24 tahun ditangkap kerana cuba memberi rasuah RM20 kepada seorang anggota polis. Perbuatan tersebut dilakukan setelah beliau ditahan polis kerana kesalahan trafik iaitu tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu. Bagi mengelakkan disaman, beliau telah menghulurkan wang RM20 kepada polis yang menahannya. 01
102 Seorang pelajar kolej berusia 22 tahun ditangkap SPRM kerana menerima rasuah RM1,300 daripada seorang lelaki bagi pihak pegawai penguat kuasa. Wang itu diterima sebagai balasan melepaskan 18 buah telefon bimbit yang dihantar kepada lelaki tersebut dari negara China dan ditahan penguat kuasa. Pelajar tersebut disyaki menjadi orang tengah kepada pegawai penguat kuasa yang cuba meminta rasuah untuk melepaskan barang-barang bermasalah yang dibawa masuk ke negara ini. PELAJAR menjadi perantara penguat kuasa ditangkap kerana minta rasuah 02
103 1. Warga pendidik menggalas amanah besar untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik golongan muda. 2. Warga pendidik juga berisiko tinggi untuk terjebak dengan rasuah, sama ada secara sedar atau tidak. 3. Murid mesti didedahkan pengetahuan mengenai jenayah rasuah. Kefahaman tersebut amat penting agar mereka dapat mengenal pasti perbuatan-perbuatan yang dikategorikan sebagai rasuah dalam amalan seharian. 4. Murid mesti mempunyai perasaan benci kepada perbuatan rasuah dan mereka yang terlibat dengan jenayah itu. RUMUSAN
104 AKTIVITI PENGAJARAN Ikrar Integriti dan Antirasuah Huraian pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut: Masa / Tempoh Tempat Pelaksanaan Keperluan Sebulan sekali Perhimpunan sekolah Membaca ikrar perhimpunan sekolah oleh semua murid Teks ikrar yang sesuai untuk murid sekolah TEKS IKRAR Teks yang disediakan ini adalah cadangan dan boleh diubah mengikut kesesuaian. Contoh teks ikrar adalah seperti berikut. IKRAR INTEGRITI DAN ANTIRASUAH Kami, murid Sekolah …………(nama sekolah)………………… yang merdeka dan bermaruah, dengan tulus dan suci hati berikrar bahawa: 1. Kami akan berusaha mengamalkan integriti dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian; 2. Kami akan membenci dan menolak sebarang bentuk perbuatan rasuah dan salah guna kuasa; 3. Kami tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sama ada di dalam sekolah atau di luar sekolah; dan 4. Kami akan melaporkan kepada pihak sekolah sebarang bentuk perlakuan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku di sekolah ini.
105 BAB KESALAHAN RASUAH MENURUT AKTA SPRM 2009 KOLEKSI SOALAN KUIZ ANTIRASUAH 6
106 SOALAN ANTIRASUAH SET 1
107 Arahan kepada murid: Bulatkan pilihan jawapan yang betul. KUIZ ANTIRASUAH Nama murid : Kelas :
108 1. Rasuah adalah satu A. hobi B. sukan lasak C. jenayah berat D. jenayah ringan 2. Apakah nama agensi yang bertanggungjawab membanteras rasuah? A. Agensi Dadah Kebangsaan B. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia C. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia D. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Malaysia 3. Di Malaysia, rasuah juga dikenali sebagai A. kawtim B. kopi kaw C. kueteow D. rusuk tumbuh 4. Berikut adakah perbuatan rasuah kecuali A. memberi hadiah supaya dilantik menjadi AJK Kelab B. memberi sedekah ikhlas kepada mangsa banjir C. tidak laporkan perbuatan salah selepas terima duit habuan D. melantik adik beradik menjadi Timbalan Pengerusi dan Bendahari persatuan 5. Akta yang memperuntukkan kesalahan-kesalahan rasuah adalah A. Akta Integriti 2010 B. Akta Tolak Rasuah 2008 C. Akta Perlindungan Pemberi Rasuah 2009 D. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
109 Soalan 6 hingga 8 adalah berdasarkan kenyataan di bawah. “Ali seorang pengawas telah menahan Abu yang datang lewat ke sekolah. Ali meminta dua bungkus nasi lemak daripada Abu sekiranya tidak mahu namanya ditulis.” 6. Perbuatan Ali itu adalah A. meminta rasuah B. meminta hadiah C. meminta bantuan D. meminta sumbangan 7. Perbuatan yang dilakukan oleh Ali dianggap A. baik hati dan mulia B. tiada apa-apa kesalahan C. tidak jujur dan tidak amanah D. membantu rakan dalam kesusahan 8. Apa tindakan yang patut Abu lakukan? A. Tidak berbuat apa-apa. B. Makan nasi lemak bersama Ali. C. Memberi nasi lemak kepada Ali. D. Tidak beri dan laporkan perbuatan Ali kepada guru disiplin. 9. Pilih kesan negatif akibat jenayah rasuah. I. Berlaku kenaikan harga barang II. Pelaku rasuah akan didenda dan dipenjara III. Keluarga pelaku rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat IV. Menyebabkan harta yang diperoleh daripada rasuah disita dan dirampas A. I dan II C. I, II dan III B. III dan IV D. I, II, III dan IV 10. Siapakah yang boleh terlibat dengan jenayah rasuah? I. Guru II. Pelajar III. Ahli korporat IV. Pegawai kerajaan A. I dan II C. I, II dan III B. III dan IV D. I, II, III dan IV
110 SOALAN ANTIRASUAH SET 2
111 Arahan kepada murid: Bulatkan pilihan jawapan yang betul. KUIZ ANTIRASUAH Nama murid : Kelas :
112 1. Amin seorang murid yang rajin belajar, tidak meniru dalam peperiksaan, sentiasa bercakap benar, jujur dalam semua perkara dan amanah apabila diberi tanggungjawab. Amin merupakan murid yang A. ulat buku B. berintegriti C. biasa sahaja D. suka menunjuk 2. Imran adalah ketua pasukan bola sepak sekolah. Gurunya meminta Imran untuk memilih ahli pasukan bola sepak yang terbaik untuk mewakili sekolah. Sebagai seorang yang amanah, Amin akan memilih A. Samsul yang merupakan kawan baiknya B. Safi yang menjaringkan gol terbanyak semasa latihan C. Dodi yang sanggup memberikan RM10 supaya memilihnya D. Arjuna anak pengetua sekolah tetapi malas menjalani latihan 3. Berikut adalah perbuatan tidak beretika kecuali A. Akim meminjam wang yang disimpannya sebagai bendahari kelab untuk membeli buku komik B. Azman berjanji untuk belanja rakan-rakannya dengan syarat mereka mengundinya untuk jawatan ketua kelas C. Jibam menjual nasi lemak kepada rakan-rakannya dengan harga yang berpatutan D. Aminah, ketua pasukan bola keranjang memilih rakan-rakannya sahaja untuk mewakili sekolah walaupun mereka tidak pandai dalam permainan tersebut 4. Amin melaporkan perbuatan rakannya yang merokok di belakang bilik darjah. Perbuatan Amin adalah A. menangguk di air keruh B. menjaga tepi kain orang C. berani dan bertanggungjawab D. berhati mulia tetapi menganiaya kawan 5. Hasil yang diperoleh melalui sumber rasuah adalah A. baik C. haram B. halal D. syubhah
113 6. Di bawah adalah perbuatan tidak berintegriti kecuali A. berani mengaku kesalahan yang dilakukan B. tidak melaporkan perbuatan salah yang dilakukan rakan-rakan C. membantu menukar tayar kereta yang pancit dan mengharapkan balasan wang D. memberi guru hadiah dengan harapan mendapat markah tinggi dalam peperiksaan 7. Adlin hendak mewakili sekolah dalam pasukan bola sepak sekolah bawah 12 tahun. Beliau mesti A. berbuat baik dengan guru ko-kurikulum B. menggunakan khidmat bomoh supaya beliau terpilih C. memberi duit kopi kepada ketua pasukan agar memilihnya D. berusaha bersungguh-sungguh agar kemahiran bermain bola meningkat 8. Seorang Ketua Kelas tidak boleh menggunakan kuasanya untuk mendapat faedah peribadi. Contoh perbuatan salah guna kuasa adalah A. ketua kelas membantu murid yang bermasalah B. ketua Kelas tidak berkompromi dengan mereka yang melakukan kesalahan C. ketua kelas melaporkan semua kesalahan kepada guru kelas tanpa mengira siapa mereka D. ketua kelas bersikap pilih kasih dan tidak mengambil tindakan terhadap rakan-rakannya yang melakukan kesalahan di dalam kelas 9. Orang yang ikhlas A. tidak kisah berapa jumlah upah asalkan diberi B. melakukan kerja tanpa mengharapkan balasan C. mengenakan upah yang murah atas setiap perkara yang dilakukan D. melakukan tugas bersungguh-sungguh sekiranya ada balasannya 10. Yang manakah antara berikut perbuatan amanah dan jujur? A. Pengawas perpustakaan menjual buku perpustakaan B. Penjual mencampurkan air dalam susu untuk mendapat untung yang lebih C. Seorang murid terjumpa dompet duit di tepi jalan dan menyerahkannya ke balai polis D. Murid mengisi maklumat yang salah mengenai gaji bapanya dalam borang permohonan bantuan kewangan
114 SOALAN ANTIRASUAH SET 3
115 Arahan kepada murid: Jawab soalan berikut. KUIZ ANTIRASUAH Nama murid : Kelas :
116 Jelaskan perkara-perkara berikut: 1. Berikan tiga contoh perbuatan jenayah rasuah. a. b. c. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan berikut: a. Amanah: b. Jujur: c. Rasuah: d. Ikhlas: 3. Anda seorang pengawas sekolah. Anda telah menangkap dua murid yang sedang merokok. Murid tersebut merayu supaya dilepaskan. Salah seorang murid telah menghulurkan wang RM20.00 agar anda melepaskannya. Apakah tindakan anda?
117 4. Hasil yang diperoleh melalui sumber rasuah adalah haram. Mengapa agama menghalang penganutnya makan makanan daripada sumber yang haram? 5. Lim membantu ayahnya mencuci kereta. Selepas itu, Lim meminta daripada ayahnya upah sebanyak RM10.00. Patutkah Lim berbuat demikian? Kenapa?
118 SOALAN ANTIRASUAH SET 4
119 Arahan kepada murid: Bulatkan pilihan jawapan yang betul. KUIZ ANTIRASUAH Nama murid : Kelas :
120 1. Etika dan integriti dalam sukan adalah seperti berikut kecuali A. bermotivasi dan berdisiplin untuk kemenangan B. memberi kata-kata perangsang kepada pasukan yang kalah C. sanggup melakukan apa sahaja untuk kemenangan termasuk rasuah D. sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang permainan yang ditetapkan 2. Antara sebab yang menyebabkan jenayah rasuah adalah kelemahan peribadi seseorang individu. Kelemahan peribadi ini disebabkan oleh A. Jujur B. Amanah C. kurang didikan agama D. terlebih kasih sayang 3. Kita hendaklah sentiasa menjaga pertuturan, tingkah laku dan cara berpakaian. Kita juga wajib menghindari diri daripada perbuatan rasuah. Amalan ini bertujuan A. menyusahkan anggota keluarga B. menjaga maruah keluarga C. memburukkan nama baik keluarga D. merosakkan hubungan anggota keluarga 4. Namakan institusi yang paling asas untuk membentuk masyarakat yang berkualiti? A. Institusi awam B. Institusi keluarga C. Institusi pendidikan D. Institusi pendidikan tinggi 5. Apakah hukuman pesalah rasuah jika ditangkap? A. Diberi pujian B. Dipenjarakan C. Diberi ganjaran D. Dinaikkan pangkat
121 6. Anda sebagai seorang jiran, bagaimanakah anda menunjukkan nilai murni dalam kalangan jiran anda? A. Sombong terhadap jiran B. Tidak pernah menegur jiran anda C. Memberi pertolongan kepada jiran D. Tidak mengambil berat terhadap jiran 7. Berikut merupakan kebaikan amalan jujur dalam kehidupan seharian kecuali A. akan mendapat ganjaran B. dipandang mulia oleh masyarakat C. dipercayai oleh rakan dan masyarakat sekeliling D. dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah 8. Antara perlakuan di bawah, yang manakah menunjukkan sikap individu yang bertanggungjawab kepada negara? A. Memburuk-burukkan nama negara sendiri B. Mendedahkan rahsia negara kepada pihak luar C. Membantu ekonomi negara walaupun terpaksa melakukan rasuah D. Mempertahankan maruah dan imej negara daripada dimalukan pihak luar 9. Rasuah berlaku disebabkan sikap tamak dan desakan ingin mendapatkan wang yang banyak. Berikut adalah peranan SPRM dalam membanteras rasuah kecuali A. memberi ganjaran kepada perasuah B. menguatkuasa undang-undang C. mendidik masyarakat mengenai bahaya rasuah. D. memberi nasihat bagi menambah baik sistem dan prosedur yang lemah. 10.Apakah tindakan anda jika ternampak seorang individu cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai kerajaan? A. Mendiamkan diri B. Tidak mahu ambil tahu C. Maklumkan kepada rakan anda D. Melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
122 11. Peranan yang dimainkan oleh agensi di atas ialah A. memajukan industri perikanan B. mencegah dan membanteras rasuah C. meneroka tanah baru untuk pertanian D. memberikan bantuan modal dan khidmat latihan kepada usahawan bumiputera 12. Bagaimana jenayah rasuah boleh berlaku? A. Membayar gaji C. Kerja lebih masa B. Memberi bonus D. Memberi sogokan 13.Ahmad menjumpai dompet kepunyaan kawannya. Beliau memulangkan kembali kepada kawannya. Apakah nilai yang ditunjukkan oleh Ahmad? A. Kepujian C. Keikhlasan B. Kejujuran D. Bertolak ansur 14.Berikut adalah langkah-langkah pencegahan rasuah kecuali A. mengukuhkan jati diri B. memaksa pekerja bekerja lebih masa C. menerapkan elemen antirasuah dalam sistem pendidikan D. meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman 15.Ciri-ciri berikut menunjukkan perwatakan terpuji murid kecuali A. berbudi bahasa B. sentiasa berfikiran positif C. belajar bersungguh-sungguh D. mengharapkan balasan apabila berbuat baik
123 16.Perkataan memberi hadiah dengan ada niat tertentu atau untuk kepentingan diri adalah sama dengan perbuatan A. baik hati C. rasuah B. bodek D. ikhlas 17.Apakah nombor yang patut dihubungi untuk melaporkan rasuah? A. 1-800-88-6000 B. 019-3250077 C. 999 D. 1-300-88-2525 18. merupakan organisasi yang ditugaskan untuk mencegah rasuah. A. Guru C. Bomba B. SPRM D. Jururawat 19.Nilai integriti seseorang individu boleh dipertingkatkan apabila A. bersikap bodoh sombong B. melihat kelemahan orang lain C. mengakui kesalahan dan cuba memperbaikinya D. enggan mengakui kelemahan diri sendiri 20.Di bawah adalah perbuatan tidak berintegriti kecuali A. berani mengaku kesalahan yang dilakukan B. tidak melaporkan perbuatan salah yang dilakukan rakan-rakan C. membantu menukar tayar kereta yang pancit dan mengharapkan balasan wang D. memberi guru hadiah dengan harapan mendapat markah tinggi dalam peperiksaan
124 SOALAN ANTIRASUAH SET 5
125 Arahan kepada murid: Bulatkan pilihan jawapan yang betul. KUIZ ANTIRASUAH Nama murid : Kelas :
126 1. Pada tahun 1999, Ahmad telah dipenjara kerana terlibat dengan rasuah. Apakah kesan tindakan Ahmad ke atas keluarganya? A. Keluarga Ahmad menjadi popular B. Keluarga Ahmad lebih dihormati C. Keluarga Ahmad dipandang hina D. Pendapatan keluarga Ahmad bertambah 2. Mengapa kita perlu amanah dalam setiap perbuatan seharian? A. Untuk memikat seseorang B. Untuk memperluaskan pengaruh C. Untuk dipandang mulia oleh masyarakat D. Untuk mendapat kepercayaan orang tertentu 3. boleh menyebabkan individu terjerumus dalam rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa? A. Keinsafan C. Perbuatan tidak bermoral B. Kepimpinan D. Terlalu mengejar kemewahan 4. Salah guna kuasa bermaksud A. seorang perwira menyalah guna kuasa yang dimilikinya B. Seorang yang mempunyai kedudukan menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri dan keluarganya C. Seorang pegawai menggunakan kedudukannya untuk membantu orang miskin D. Seorang pegawai kerajaan memberi janji palsu untuk melakukan sesuatu 5. Pilih dua nama lain bagi rasuah. I. Makan laju II. Kawtim III. Duit kopi IV. Kopi luak A. I dan II C. II dan IV B. II dan III D. III dan IV
127 6. Apakah nombor yang patut dihubungi untuk melaporkan rasuah? A. 1-800-88-6000 B. 019-3250077 C. 999 D. 1-800-75-7575 7. Kesalahan rasuah menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 adalah ....... I. meminta dan menerima rasuah II. menawar dan memberi rasuah III. membuat tuntutan palsu IV. salah guna kuasa oleh pegawai kerajaan A. I dan II C. I, III dan IV B. II dan IV D. I, II, III dan IV 8. Hasil yang diperoleh melalui sumber rasuah adalah A. baik C. haram B. halal D. syubhah 9. Berikut adakah perbuatan rasuah kecuali A. memberi hadiah supaya dilantik AJK kelab B. memberi sedekah ikhlas kepada mangsa banjir C. tidak laporkan perbuatan salah selepas terima duit habuan D. melantik adik beradik menjadi Timbalan Pengerusi dan Bendahari persatuan 10. Bentuk rasuah termasuklah .......? I. hadiah III. upah II. pinjaman IV. wang tunai A. I dan II C. II, III dan IV B. I, II dan III D. I, II, III dan IV
128 SOALAN ANTIRASUAH JAWAPAN SET 1 1. C 2. C 3. A 4. B 5. D 6. A 7. C 8. D 9. D 10. D SET 2 1. B 2. B 3. C 4. C 5. C 6. A 7. D 8. D 9. B 10. C 1. C 2. C 3. B 4. B 5. B 6. C 7. A 8. D 9. A 10. D 11. B 12. D 13. B 14. B 15. D 16. C 17. A 18. B 19. C 20. A SET 4 SET 5 1. C 2. C 3. D 4. B 5. B 6. A 7. D 8. C 9. B 10. D
129 BAB KESALAHAN RASUAH MENURUT AKTA SPRM 2009 AKTIVITI TAMBAHAN 7
130 AKTIVITI PENGAJARAN Masa : 5 minit Alatan : Kertas A4 dan pen marker Senario: Apa itu? Merupakan satu platform untuk melihat bentuk-bentuk rasuah yang berlaku di persekitaran yang berbeza. Ini amat penting bagi memastikan murid mengenal pasti risiko berlakunya rasuah dan cuba untuk menanganinya sebaik mungkin. Objektif: 1. Mengenal pasti bentuk-bentuk rasuah. 2. Mempamerkan kepekaan terhadap persekitaran yang berpotensi berlakunya rasuah. 3. Menghubung kait antara persekitaran dan bentuk-bentuk rasuah. 01 APA ITU?
131 Prosedur: 1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. 2. Terdapat 6 pilihan bentuk rasuah (hadiah, bonus, perkhidmatan, pinjaman, jawatan dan diskaun) dan 6 persekitaran (universiti, syarikat, mahkamah, balai polis, pasar raya dan sekolah) yang akan ditulis pada kertas. 3. Setiap kumpulan menghantar wakil untuk memilih satu bentuk rasuah dan satu persekitaran. 4. Murid akan berbincang dalam kumpulan dan akan melakonkan situasi yang menggambarkan bentuk rasuah dan persekitaran yang telah dipilih selama 5 minit. 5. Murid tidak dibenarkan menyebut bentuk rasuah dan persekitaran yang telah mereka pilih. 6. Setelah selesai setiap persembahan, setiap kumpulan akan meneka bentuk rasuah dan persekitaran kumpulan lain dan menulisnya di atas kertas A4. 7. Akhir aktiviti, setiap kumpulan akan membentangkan hasil tekaan mereka. 8. Kumpulan yang berjaya meneka paling banyak jawapan yang betul akan memenangi aktiviti ini. Untuk mengelakkan penipuan, kumpulan yang tidak bersungguh-sungguh dalam melakonkan situasi mereka akan terkeluar daripada pertandingan. 9. Murid akan berkongsi pendapat mereka bersama guru. Refleksi: 1. Bentuk-bentuk rasuah perlu dikenal pasti bagi menghindari diri daripada terlibat dengan jenayah ini. 2. Semua persekitaran mempunyai risiko berlaku jenayah rasuah.
132 AKTIVITI PENGAJARAN 02 Masa : 40 minit Alatan : Belon, keratan kertas warna dan kertas mahjung Senario: Siapakah Aku? Merupakan satu aktiviti yang memberi pemahaman secara langsung makna atau definisi mudah rasuah. Pengetahuan mengenai maklumat asas rasuah amat penting bermula daripada peringkat sekolah rendah lagi. Objektif: 1. Memahami maksud rasuah. 2. Menyatakan nama-nama lain rasuah. 3. Membina nilai antirasuah dalam diri murid-murid. SIAPAKAH AKU?
133 Prosedur: 1. Setiap murid diberikan satu belon dan sehelai keratan kertas yang dirahsiakan isi kandungan terlebih dahulu. 2. Murid dikehendaki mengisi keratan kertas dalam belon kemudian meniup belon tersebut dalam saiz sederhana besar. 3. Selepas itu, belon akan dikumpulkan di satu tempat dan guru akan memberi arahan bahawa murid yang mendapat keratan kertas yang mempunyai maksud ‘rasuah’ akan berkumpul di kawasan A. Manakala, murid selebihnya berkumpul di kawasan B. 4. Murid diminta untuk memilih belon secara rawak dan memecahkan belon dengan kreativiti masing-masing untuk mendapatkan keratan kertas dalam belon tersebut. Dalam masa yang sama, guru mesti mesti memastikan keselamatan murid semasa aktiviti dilaksanakan. 5. Guru akan meminta kumpulan murid yang berada di kawasan A dan B untuk berkongsi keratan kertas yang mereka perolehi dalam kelompok besar. 6. Bagi keratan kertas yang mempunyai maksud ‘rasuah’, guru akan menulisnya di papan tulis atau kertas mahjong untuk perhatian murid-murid. 7. Di akhir aktiviti, guru akan menerangkan mesej aktiviti kepada murid-murid sebagai pengukuhan susulan. Refleksi: 1. Mencegah lebih baik daripada merawat. 2. Berfikir dahulu sebelum bertindak supaya tidak menyesal di kemudian hari.
134 03 AKTIVITI PENGAJARAN ADA UMMPH! Masa : 30 minit Alatan : Serbuk kopi, gula, air minuman, sudu teh, sudu camca, senduk, pencungkil gigi dan cawan polisterin. Senario: Ada Ummph! memberi gambaran mengenai kepentingan memilih dengan betul agar tidak terhukum dengan pilihan kita sendiri. Rasuah merupakan satu perbuatan yang akan menyebabkan kita dihukum dengan pelbagai hukuman yang telah diperuntukkan oleh undang-undang. Justeru berhatihatilah dalam memilih. Objektif: 1. Menjelaskan risiko-risiko yang dihadapi apabila membuat pilihan negatif, terutamanya apabila memilih jalan rasuah. 2. Menghubung kait perbuatan buruk dengan hukuman.
135 Prosedur: 1. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan akan disediakan kopi, gula dan air minuman. 3. Sudu teh, sudu camca, senduk dan pencungkil gigi akan dilabelkan dengan huruf A, B, C dan D. 4. Setiap kumpulan perlu memilih 2 huruf bagi mendapatkan sukatan untuk kopi dan gula. Contohnya, jika memilih A dan B, mereka akan mendapat satu sudu teh kopi dan satu camca gula. 5. Seterusnya, mereka perlu membancuh air dengan sukatan tersebut. 6. Mereka perlu menghabiskan minuman tersebut bersamasama. 7. Ahli kumpulan akan dihasut agar ‘kawtim’ dengan guru untuk mengetahui sukatan yang betul (dengan memilih huruf yang betul). Contohnya, mereka berjanji untuk melakukan apa sahaja arahan guru supaya memperoleh maklumat berkaitan sukatan tersebut. 8. Namun, kumpulan yang melakukan ‘kawtim’ sebenarnya akan didenda. Bentuk denda akan ditentukan oleh guru. 9. Murid dan guru akan berkongsi refleksi mengenai aktiviti. Refleksi: 1. Kita perlu berusaha sedaya upaya dalam kehidupan dan jangan sekali-kali mengambil jalan yang salah hanya kerana mahu mendapat kesenangan sementara. 2. Setiap perbuatan buruk pasti akan dihukum.
136 04 Masa : 40 minit Alatan : Kertas warna bersaiz A4 (merah, biru, kuning dan putih), gunting, pembaris, sebatang pensel, gam dan sebatang lidi. Senario: Sehati Sejiwa, merupakan aktiviti yang menilai sikap integriti dalam kalangan peserta berpandukan undang-undang atau peraturan yang telah ditetapkan. Ketiadaan integriti menjadi pemangkin utama seseorang itu melakukan rasuah secara langsung ataupun tidak langsung. Objektif: 1. Memahami kesalahan rasuah dalam bentuk: • meminta dan menerima suapan • menawar dan memberi suapan 2. Melahirkan pemimpin muda yang berintegriti dan antirasuah. AKTIVITI PENGAJARAN SEHATI SEJIWA
137 Prosedur: 1. Guru akan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan mengikut jumlah yang ada. 2. Setiap kumpulan akan diberikan satu sampul surat bersaiz A4 yang mengandungi peralatan untuk membina bendera Malaysia iaitu kertas warna (merah, biru, kuning dan putih), gunting, pembaris, sebatang pensel, gam dan sebatang lidi. Peserta hanya boleh menggunakan bahan yang disediakan. 3. Namun, bahan yang dibekalkan itu hanya cukup untuk membina satu sahaja bendera Malaysia yang lengkap. 4. Ahli kumpulan tidak boleh meminta bahan-bahan daripada kumpulan lain. Mereka juga dilarang memberi bahan-bahan mereka kepada kumpulan lain. Guru akan mengingatkan murid bahawa ‘integriti’ asas kejayaan. 5. Setiap kumpulan membina bendera Malaysia dengan peralatan yang disediakan mengikut tempoh masa yang diberikan oleh guru. 6. Kumpulan yang melanggar peraturan akan dikenakan denda selepas aktiviti berakhir. 7. Di akhir aktiviti, guru akan meminta pendapat murid secara rawak. Guru akan membuat kesimpulan tentang aktiviti yang telah dijalankan dan mengaitkan dengan risiko rasuah yang boleh berlaku semasa aktiviti serta dalam kehidupan seharian. Refleksi: 1. Kejayaan akan dicapai dengan usaha yang bersungguhsungguh, jujur dan penuh integriti. 2. Sentiasa berasa syukur dengan segala pemberian Tuhan.
138 05 AKTIVITI PENGAJARAN LUKISAN TANPA SUARA Masa : 45 minit Alatan : Kertas A4 dan pensel Senario: Lukisan Tanpa Suara merupakan satu metafora yang menunjukkan rasuah itu berlaku secara tersembunyi dan melibatkan pelbagai pihak. Perkara ini menjadikan risiko rasuah berlaku adalah tinggi. Namun, harus diingat, setiap perbuatan yang salah pasti akan dihukum dengan setimpal. Objektif: 1. Mengenal pasti jenis-jenis kesalahan rasuah. 2. Menjelaskan risiko terlibat dengan perbuatan jahat dan akibat yang terpaksa ditanggung.
139 Prosedur: 1. Murid dibahagikan mengikut kumpulan dan membentuk barisan mengikut kumpulan yang ditetapkan. 2. Setiap kumpulan perlu memilih orang yang paling mereka percayai untuk berada di barisan paling hadapan. Hanya murid di hadapan akan berhadapan dengan guru manakala semua murid lain akan menghadap ke arah belakang. 3. Guru akan menunjukkan salah satu jenis kesalahan rasuah kepada murid di hadapan dalam setiap kumpulan (meminta dan menerima suapan; menawar dan memberi suapan; membuat tuntutan palsu; dan salah guna jawatan atau kedudukan). 4. Murid hadapan perlu melakarkan lukisan berdasarkan jenis kesalahan yang telah mereka perolehi. Seterusnya, mereka akan menunjukkan lukisan tersebut kepada murid di belakang dengan mencuitnya dan menunjukan lukisan tersebut untuk beberapa saat. 5. Murid seterusnya akan melukis dan menunjukkan kepada murid di belakangnya. Proses ini diulang sehingga peserta paling akhir dalam barisan. 6. Murid terakhir perlu ke hadapan dan meneka jenis kesalahan tersebut dan menerangkan pengetahuannya tentang jenis kesalahan itu. Ahli kumpulan lain juga boleh membantu. 7. Murid tidak dibenarkan bersuara dan memandang ke arah lain kecuali ketika melihat lukisan rakan di hadapan mereka. 8. Murid dan guru membuat rumusan tentang aktiviti yang telah dijalankan. Refleksi: 1. Setiap kesalahan, pasti akan diketahui, sama ada cepat atau lambat. 2. Kita perlu jujur dan berintegriti dalam mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
140 AKTIVITI PENGAJARAN MISTERI TERUNGKAI Masa : 45 minit Alatan : Keratan akhbar, pita pelekat dan bekas plastik Senario: Misteri Terungkai membolehkan kita mengambil pengajaran dari kisah-kisah lalu yang melibatkan perbuatan rasuah. Seterusnya, kita dapat memupuk budaya membenci rasuah dan berusaha menghapuskan kegiatan tersebut dalam amalan harian. Objektif: 1. Mengenal pasti kes rasuah lalu yang melibatkan guru dan murid. 2. Menghubung kait kes tersebut dengan keadaan semasa agar dapat menghindari perbuatan tersebut. 06
141 Prosedur: 1. Murid dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. 2. Setiap kumpulan akan diberikan 3 rencana akhbar yang telah digunting dan dicampurkan dalam satu bekas plastik. 3. Setiap kumpulan perlu mengasingkan 3 rencana akhbar tersebut dan mencantumkannya semula menggunakan pita pelekat. 4. Mereka perlu membaca dan memahami tentang rencana tersebut. 5. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil dapatan mereka kepada semua. 6. Perbincangan dan sesi soal jawab dilakukan berdasarkan fakta-fakta kes yang telah dicantumkan. Refleksi: 1. Kita perlu mengambil pengajaran dalam setiap perkara yang telah berlaku. 2. Setiap perkara atau perbuatan yang salah pasti akan membawa kesan buruk. Begitu juga dengan perbuatan rasuah.
142 AKTIVITI PENGAJARAN POKOK PINTAR Masa : 40 minit Alatan : kertas mahjung dan keratan akhbar atau majalah Senario: Pokok Pintar merupakan satu usaha membawa murid ke dunia sebenar jenayah rasuah melalui pembacaan dan pengumpulan berita daripada akhbar dan majalah. Justeru, secara langsung dapat memberi pengajaran mengenai akibat amalan rasuah khususnya dalam bidang pendidikan. Objektif: 1. Menilai dan menganalisis kes atau isu semasa yang berkaitan dengan rasuah. 2. Melatih murid supaya memahami amalan rasuah berdasarkan kes atau isu semasa. 3. Memupuk nilai integriti dan antirasuah dalam diri mereka. 07