The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Pendidikan Pencegahan Rasuah di Sekolah - Edisi 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zikri.matderis, 2023-03-18 22:42:06

Panduan Pendidikan Pencegahan Rasuah di Sekolah - Edisi 2020 (1)

Panduan Pendidikan Pencegahan Rasuah di Sekolah - Edisi 2020

143 Prosedur: 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut jumlah yang ada. 2. Setiap kumpulan akan diagihkan sehelai kertas mahjung. 3. Guru memberi arahan-arahan berikut: • Membentuk kertas mahjung menjadi ‘pokok’ mengikut kreativiti kumpulan. • Dapatan keratan akhbar ditampal pada kertas mahjung yang berbentuk pokok tersebut. • Setiap kumpulan dikehendaki ‘highlight’ perbuatan rasuah serta hukuman yang dijatuhkan kepada pelaku rasuah. 4. Setiap kumpulan memulakan aktiviti dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh guru. 5. Hasil kerja kumpulan akan dipersembahkan dan dikongsikan bersama kumpulan lain. Dalam masa yang sama, soal jawab secara lisan dilakukan oleh guru. 6. Di akhir aktiviti, guru akan memberi rumusan. Refleksi: 1. Hukuman kesalahan rasuah adalah denda dan penjara. 2. Kita mesti mesti mengamalkan gaya hidup yang bebas daripada gejala rasuah untuk hidup sejahtera. Catatan: Guru hendaklah memaklumkan seminggu lebih awal agar murid dapat menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti ini.


144 Masa : 30 minit Alatan : Keratan akhbar dan majalah Senario: Cetusan Minda merupakan satu usaha membawa murid ke dunia sebenar jenayah rasuah melalui pembacaan dan pengumpulan berita daripada akhbar dan majalah. Justeru, secara langsung dapat memberi pengajaran mengenai akibat amalan rasuah khususnya dalam bidang pendidikan. Objektif: 1. Menilai dan menganalisis kes atau isu semasa yang berkaitan dengan rasuah. 2. Melatih murid supaya memahami amalan rasuah berdasarkan kes atau isu semasa. 3. Memupuk nilai integriti dan antirasuah dalam diri mereka. AKTIVITI PENGAJARAN 08 CETUSAN MINDA


145 Prosedur: 1. Guru akan mengedarkan kepada setiap murid artikel atau keratan akhbar yang mempunyai isu-isu rasuah yang berbeza. 2. Murid diberi tempoh masa selama 20 minit untuk membaca serta memahami artikel dan keratan akhbar tersebut. 3. Selepas itu, guru akan memulakan perbincangan dengan memberikan beberapa persoalan mengenai artikel atau keratan akhbar yang diberikan. Contohnya: • Apakah amalan dan perbuatan rasuah yang terlibat? • Nyatakan kesalahan rasuah yang dilakukan dalam artikel atau keratan akhbar. • Apakah hukuman yang dijatuhkan kepada pelaku rasuah? • Wajarkah mereka dihukum? Mengapa? 4. Murid diberi peluang untuk melahirkan cetusan minda atau idea masing-masing. 5. Di akhir perbincangan, guru akan membuat rumusan dengan mengaitkan aspek nilai-nilai murni. Refleksi: 1. Kita mesti mengambil iktibar atas setiap perbuatan yang telah dilakukan oleh pesalah jenayah rasuah. 2. Kita mesti sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan.


146 Masa : 25 minit Alatan : Tiada Senario: Evolusi Diri menonjolkan realiti kehidupan di dunia yang menjanjikan kejayaan dan kegagalan. Kita perlu terus gigih berusaha dengan penuh iltizam dan jangan sesekali memilih cara yang salah dan korup hanya kerana mahu hidup senang. Kejayaan yang diraih melalui cara yang salah selalunya tidak akan kekal lama. Objektif: 1. Mengenal pasti nilai amanah dan kejujuran. 2. Menghubung kait sikap berdisiplin dan rasional dalam bertindak. 3. Mempamerkan kesyukuran dan kesederhanaan dalam melahirkan tindakan yang bebas daripada unsur negatif. AKTIVITI PENGAJARAN 09 EVOLUSI DIRI


147 Prosedur: 1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut jantina. 2. Setiap kumpulan perlu membuat bulatan yang besar. 3. Setiap murid perlu bermula menjadi telur, sebelum berevolusi menjadi ayam, dinasour dan manusia. 4. Murid hanya akan berevolusi jika memenangi ‘O-som’ (permainan Batu-Gunting-Kertas) dengan murid yang sama tahap dengannya. Setiap pergerakan perlu mengikut tahap evolusi masing-masing yang akan ditunjukkan oleh guru. 5. Murid perlu mencari peserta lain yang sama tahap dengannya setiap kali sebelum memulakan ‘O-som’ untuk berevolusi ke peringkat yang seterusnya. Murid akan kembali ke peringkat sebelumnya jika kalah semasa ‘O-som’. 6. Contohnya: • Murid yang bermula menjadi telur akan berevolusi menjadi ayam setelah memenangi ‘O-som’. • Seterusnya murid tersebut akan mencari murid lain yang telah menjadi ayam untuk memulakan ‘O-som’ yang baru. • Jika menang, murid akan berevolusi menjadi dinasour. Namun jika kalah, akan kembali menjadi telur. Ini akan berterusan sehingga murid berjaya menjadi manusia. 7. Peserta yang selesai berevolusi menjadi manusia akan keluar dari bulatan dan pergi ke hadapan. 8. Pada akhir aktiviti, 3 murid akan kekal sebagai telur, ayam dan dinosaur. Jika tiada, ini bermaksud wujudnya penipuan dalam kumpulan terbabit. 9. Murid memberikan refleksi dan pendapat bersama-sama guru. Refleksi: 1. Dalam kehidupan, kita akan berhadapan dengan kejayaan dan kegagalan. Kita perlu bersyukur dan bersederhana untuk bahagia. 2. Kita perlu sentiasa jujur dan amanah walaupun tiada siapa yang mengawasi perbuatan kita. 3. Dalam berusaha, kita perlu ikhlas, berdisiplin dan rasional.


148 Masa : 30 minit Alatan : Card board dan keratan kertas warna Senario: Si Jantung Hati adalah aktiviti yang menggalakkan dan menerapkan budaya antirasuah melalui pemupukan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Seterusnya, berupaya menjadi pemangkin kepada masyarakat yang bebas rasuah. Objektif: 1. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. 2. Memupuk sifat syukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan. AKTIVITI PENGAJARAN 10 SI JANTUNG HATI


149 Prosedur: 1. Guru memilih 7 murid (Kumpulan A) secara rawak untuk memegang card board yang bertulis nilai amanah, jujur, ikhlas, kesederhanaan, berdisiplin, rasional dan bersyukur. 2. Manakala selebihnya, murid (Kumpulan B) diagihkan satu keratan kertas warna yang mengandungi situasi, amalan atau perbuatan yang menggambarkan ketujuh-tujuh nilai-nilai di atas. 3. Kumpulan A akan membentuk satu barisan lurus dengan jarak dua depa antara mereka. 4. Guru memberi arahan supaya Kumpulan B bergerak mencari murid di Kumpulan A yang sepadan antara nilai dan situasi, amalan atau perbuatan yang mereka perolehi. 5. Dalam tempoh masa yang ditetapkan, murid akan berkumpul mengikut kumpulan. 6. Bagi memastikan murid berada di kumpulan yang betul, guru akan meminta murid untuk membaca situasi, amalan atau perbuatan. Seterusnya, guru mengesahkan situasi, amalan atau perbuatan itu adalah sepadan dengan nilai ataupun tidak. Refleksi: 1. Kita mesti mengamalkan integriti dan nilai murni dalam setiap masa dan situasi. 2. Manusia yang baik adalah manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.


ISBN 978-000-0000-0-0 997080 000000 0 > SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA www.sprm.gov.my 9 789675 459153 ISBN 9789675459153


Click to View FlipBook Version