The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Pendidikan Pencegahan Rasuah di Sekolah - Edisi 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zikri.matderis, 2023-03-18 22:42:06

Panduan Pendidikan Pencegahan Rasuah di Sekolah - Edisi 2020 (1)

Panduan Pendidikan Pencegahan Rasuah di Sekolah - Edisi 2020

43 Turut menjadi kesalahan adalah sebarang percubaan atau persubahatan untuk melakukan kesalahankesalahan tersebut. INGAT! Rasuah boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Sekiranya anda tidak mahu ambil kisah kerana menyangka anda tidak akan melakukan rasuah, tidak mustahil suatu hari nanti anda akan terjebak. Memahami kesalahan-kesalahan ini bukan sahaja bagi mengelakkan diri daripada terjebak. Pemahaman ini dapat membantu menyalurkan maklumat mengenai sesuatu perbuatan rasuah kepada SPRM.


44 KESALAHAN MEMINTA & MENERIMA SUAPAN Peruntukan undang-undang Kesalahan ini diperuntukkan dalam seksyen 16(a) dan 17(a) Akta SPRM 2009 seperti berikut: Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 – Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi, atau selainnya oleh sebab mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku. Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 – Seseorang melakukan kesalahan jika sebagai seorang ejen, dia secara rasuah menyetuju terima atau memperoleh, atau bersetuju untuk menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh, daripada mana-mana orang, untuk dirinya sendiri atau mana-mana orang lain, apaapa suapan sebagai suatu dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan, apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau kerana memberikan atau tidak memberikan sokongan atau tentangan kepada manamana orang berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya.


45 Penjelasan kepada kesalahan Aplikasi dalam konteks warga sekolah Kesalahan ini boleh dilakukan oleh semua orang sama ada pegawai awam, swasta, ahli perniagaan atau orang biasa. Kesalahan berlaku apabila seseorang itu meminta atau menerima sebarang bentuk rasuah sebagai ganjaran melakukan sesuatu perkara yang tidak mengikut (atau melanggar) peraturan. Berikut adalah contoh perbuatan meminta dan menerima rasuah yang boleh berlaku di sekolah: a. Seorang pengawas sekolah meminta ‘wang’ daripada murid yang datang lewat ke sekolah agar tidak mencatat nama murid berkenaan untuk dikenakan tindakan disiplin. b. Seorang guru menerima ‘hadiah’ daripada murid bagi membolehkan nama murid berkenaan dicalonkan sebagai Tokoh Murid. c. Seorang guru yang menguruskan penjual buku-buku sekolah menerima komisen daripada pembekal bagi setiap buah buku yang dibeli murid. d. Murid yang mengharapkan sesuatu balasan bagi setiap kerja yang dilakukan.


46 Kesalahan ini diperuntukkan dalam seksyen 16(b) dan 17(b) Akta SPRM 2009 seperti berikut: Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009 – Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain, apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi, atau selainnya oleh sebab mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku.” Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 – Seseorang melakukan kesalahan jika dia memberikan atau bersetuju untuk memberikan atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau bagi memberikan atau tidak memberikan sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya. KESALAHAN MENAWAR & MEMBERI SUAPAN Peruntukan undang-undang


47 Sesiapa sahaja boleh terjebak melakukan kesalahan ini. Kesalahan berlaku apabila seseorang itu menawarkan atau memberi rasuah bertujuan untuk mendapat faedah atau mengelakkan diri daripada sesuatu tindakan atau hukuman. Berikut adalah contoh perbuatan menawarkan dan memberi suapan yang berkemungkinan boleh berlaku di sekolah: a. Seorang murid memberikan ‘hadiah’ kepada warden asrama kerana tidak mahu dikenakan tindakan akibat pulang lewat ke asrama. b. Seorang murid memberi ‘wang poket’ kepada pengawal keselamatan sekolah untuk keluar malam tanpa keizinan warden asrama. c. Seorang murid berjanji memberikan ‘habuan’ kepada rakan-rakannya yang menyokong agar beliau dilantik sebagai ketua murid. d. Guru besar memberikan hamper kepada semua guru-gurunya bertujuan ‘menutup mulut’ mereka daripada bercakap mengenai perbuatannya yang menyalahgunakan wang sekolah. e. Murid memberikan hadiah iPad mini kepada gurunya dengan harapan untuk memperbaiki grednya dalam peperiksaan. Penjelasan kepada kesalahan Aplikasi dalam konteks warga sekolah


48 KESALAHAN MEMBUAT TUNTUTAN PALSU Peruntukan undang-undang Kesalahan ini diperuntukkan dalam seksyen 18 Akta SPRM 2009 seperti berikut: Seksyen 18 Akta SPRM 2009 – Seseorang melakukan kesalahan jika dia memberi seseorang ejen, atau sebagai seorang ejen dia menggunakan, dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang berkenaan dengannya prinsipal itu mempunyai kepentingan, dan yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak lengkap tentang apa-apa butir matan dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya.


49 Penjelasan kepada kesalahan Aplikasi dalam konteks warga sekolah Kesalahan berlaku apabila seseorang itu mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi maklumat tidak benar (palsu). Tuntutan palsu yang dikemukakan kepada majikan bertujuan mendapat keuntungan peribadi. Berikut adalah contoh perbuatan kesalahan membuat tuntutan palsu yang berkemungkinan boleh berlaku di sekolah: a. Seorang guru membuat tuntutan kepada kerani kewangan sekolah berkaitan satu program yang kononnya telah dilaksanakan. b. Seorang kerani sekolah mengemukakan sijil cuti sakit yang dibeli sedangkan beliau tidak sakit. c. Seorang murid mengisi maklumat palsu berkaitan pendapatan ayahnya dalam borang untuk mendapatkan bantuan biasiswa. d. Murid yang dipertanggungjawabkan menjaga inventori koperasi sekolah telah merekod jumlah alat tulis yang cukup sedangkan ada beberapa alat tulis yang diambilnya untuk kegunaan sendiri. e. Guru dan pembekal berpakat menerima dan merekod peralatan sukan yang tidak mengikut spesifikasi daripada pembekal yang merupakan rakan guru berkenaan.


50 Kesalahan ini diperuntukkan dalam seksyen 23 Akta SPRM 2009 seperti berikut: Seksyen 23 Akta SPRM 2009 – Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan. Kesalahan ini berkaitan dengan pegawai awam yang menyalahgunakan kedudukan mereka dengan membuat keputusan atau mengambil tindakan yang menguntungkan diri atau keluarga sendiri. KESALAHAN SALAH GUNA KUASA OLEH PEGAWAI AWAM Peruntukan undang-undang Penjelasan kepada kesalahan


51 Berikut adalah contoh perbuatan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan yang berkemungkinan boleh berlaku di sekolah: a. Guru besar melantik syarikat miliknya sendiri untuk kontrak kantin sekolah. b. Pegawai pentadbir sekolah memilih syarikat milik suaminya untuk membekalkan cenderamata kepada sekolah di mana beliau sedang berkhidmat. c. Guru besar menggunakan kedudukan untuk memilih syarikat pembekal yang berjanji untuk memberikan komisen kepadanya. d. Pengetua sekolah menggunakan kuasanya untuk melantik anak kawannya sebagai Ketua Pengawas. Beliau berbuat demikian setelah menerima sejumlah bayaran daripada kawannya itu. Berikut adalah contoh perbuatan yang mirip kepada kesalahan ini, yang boleh berlaku dalam kalangan murid: a. Pengawas perpustakaan membenarkan kawan-kawannya meminjam buku tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. b. Pengawas sekolah ‘pilih kasih’ dalam mengambil tindakan terhadap murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin. c. Pengerusi kelab menggunakan kuasa untuk melantik teman wanitanya (murid) sebagai bendahari kelab walaupun beliau tidak layak dan mendapat bantahan daripada ahli yang lain. d. Presiden kelab bola sepak memilih rakan-rakannya sebagai pemain sekolah walaupun tidak pandai bermain bola sepak. Aplikasi dalam konteks warga sekolah


52 Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 menetapkan hukuman seperti berikut: Penjara tidak lebih 20 tahun; DAN Lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi. Jika suapan berjumlah RM5,000, maka hukuman adalah penjara dan denda RM25,000 (RM5,000 x 5). Jika jumlah suapan adalah RM1,000, maka hukuman adalah penjara dan denda RM10,000. Ini kerana, RM1,000 x 5 hanya RM5,000. Oleh kerana jumlahnya kurang daripada RM10,000 (nilai minimum), maka RM10,000 adalah denda yang akan dikenakan. HUKUMAN BAGI KESALAHAN RASUAH ILUSTRASI HUKUMAN DENDA 01 02


53 Bagaimana MELAPORKAN Jenayah Rasuah? Datang sendiri ke manamana pejabat SPRM Menghubungi pejabat SPRM • Talian bebas tol : 1-800-88-6000 • Talian biasa : 03-8870 0688 / 0689 • SMS : 019-6000 696 • Faks : 03-8870 0934 Mengirim emel kepada [email protected] Layari portal SPRM • Sistem Pengurusan Aduan (CMS) Mengirim surat ke Peti Surat 6000 (tanpa setem) Menghubungi manamana pegawai SPRM


54 Apa yang berlaku dan siapa terlibat dalam kejadian? Laporkan rasuah: Apa yang penting? 1 2 3 • Tarikh • Masa • Tempat kejadian Identiti pemberi, penerima dan orang tengah (jika ada). Saksi yang mengetahui atau melihat kejadian. 4 5 Dokumendokumen yang berkaitan.


55 1. Rasuah bukan hanya melibatkan perbuatan memberi dan menerima suapan. 2. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) menetapkan empat kesalahan utama rasuah iaitu: ► Meminta dan menerima suapan; ► Menawar dan memberi suapan; ► Membuat tuntutan palsu; dan ► Salah guna kedudukan oleh pegawai awam. 3. Sekiranya seseorang itu didapati bersalah kerana rasuah, hukumannya adalah penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda sebanyak lima kali ganda nilai suapan (minimum RM10,000). 4. Sesiapa sahaja boleh terlibat dengan jenayah rasuah, sama ada mereka yang mempunyai kedudukan atau tidak, sama ada penjawat atau kakitangan sektor swasta. 5. Masyarakat boleh memainkan peranan mereka dalam pencegahan rasuah dengan melaporkan jenayah itu kepada SPRM. RUMUSAN


56 Masa / Tempoh Tempat Pelaksanaan Keperluan Sebulan sekali Lokasi perhimpunan sekolah diadakan Teks dibaca semasa perhimpunan sekolah kepada semua murid Teks-teks yang menarik dan sesuai untuk murid Huraian pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut: AKTIVITI PENGAJARAN Mesej 5 Minit


57 AKTIVITI PENGAJARAN Mesej 5 Minit Bil. Tajuk Kandungan 1. Jujur dan ikhlas dalam perbuatan a. Definisi jujur b. Definisi ikhlas c. Mengapa ikhlas penting? d. Contoh-contoh perbuatan ikhlas 2. Patuhi undang-undang a. Mengapa kita perlu mematuhi undangundang? b. Kesan tidak mematuhi undang-undang c. Contoh tindakan tidak patuh kepada undang-undang 3. Mencari rezeki yang halal a. Maksud rezeki yang halal b. Mencari rezeki yang halal c. Kepentingan mencari rezeki yang halal d. Contoh pekerjaan 4. Amanah menunaikan tanggungjawab a. Definisi amanah b. Kepentingan sifat amanah c. Kisah Saidina Umar dengan anak penjual susu d. Kesan amanah dan tidak amanah e. Contoh perbuatan amanah 5. Rasuah, jenayah keji a. Asal usul rasuah b. Maksud rasuah c. Bentuk rasuah 6. Bentuk perbuatan rasuah a. Maksud rasuah menurut undang-undang b. Empat kesalahan utama rasuah Berikut adalah contoh teks sebagai panduan guru bagi melaksanakan aktiviti ini.


58 TEKS 1: Jujur dan ikhlas dalam perbuatan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam PERANGI RASUAH. Guru besar, guruguru dan rakan-rakan yang saya hormati. Jujur bermaksud benar dalam sesuatu perkara, pernyataan, kata-kata atau perbuatan. Dalam erti kata lain yang lebih mudah adalah tidak menipu sama ada dalam perbuatan, tingkah laku, pernyataan atau tutur kata. Orang yang jujur sentiasa bercakap benar serta tidak mengambil hak orang lain. Seorang murid yang jujur akan memulangkan wang yang dijumpainya. Dalam urusan jual beli, murid itu juga akan memaklumkan kepada peniaga sekiranya beliau menerima baki wang yang terlebih kerana tersalah kira. Murid yang jujur faham bahawa mengambil barang yang bukan miliknya adalah perbuatan salah. Ikhlas pula bermaksud melakukan sesuatu kerja tanpa mengharapkan balasan. Contoh perbuatan ikhlas adalah membantu ibu bapa tanpa mengharapkan apa-apa upah dan memulangkan wang yang dijumpai tanpa meminta balasan. Kerana sifat ikhlas juga, seseorang itu akan menolak sebarang pemberian wang atau ganjaran kerana bantuan yang diberikan. Orang yang jujur dan ikhlas akan melakukan kerja bersungguhsungguh dengan sepenuh hati. Sekiranya mereka diberi tugas, mereka akan laksanakannya dengan sempurna dan sebaik mungkin. Oleh sebab itu, kerja yang dibuat akan menghasilkan produk yang berkualiti. AKTIVITI PENGAJARAN Mesej 5 Minit


59 Orang yang jujur dan ikhlas akan disayangi ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Mereka akan dipercayai dan sering diberi tanggungjawab penting dalam sesuatu tugas. Ketiadaan sifat jujur dan ikhlas akan menyebabkan seseorang itu melakukan penipuan, penyelewengan dan rasuah. Oleh itu, amalkan sifat jujur dan ikhlas dalam perbuatan dan amalan kehidupan seharian agar kita sentiasa diberkati tuhan. Sekian, terima kasih.


60 TEKS 2: Patuhi undang-undang Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam PERANGI RASUAH. Guru besar, guruguru dan rakan-rakan yang saya hormati. Undang-undang dan peraturan diwujudkan untuk dipatuhi. Menghormati undang-undang bermaksud mematuhi semua undang-undang serta peraturan yang ditetapkan dan tidak sesekali melakukan perbuatan yang melanggar undangundang atau peraturan tersebut. Negara akan maju dan masyarakat hidup dengan aman dan selesa tanpa merasa takut dan bimbang jika kita mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Di sekolah, peraturan yang perlu dipatuhi adalah seperti berpakaian kemas, datang awal, tidak merokok, tidak meniru dalam peperiksaan dan sebagainya. Peraturan yang ada bertujuan menjadikan murid berdisiplin dan melatih sifat mulia seperti jujur, amanah dan bertanggungjawab. Bayangkan sekiranya tiada sebarang peraturan di sekolah. Suasana sekolah akan menjadi tidak teratur. Murid-murid akan menjadi tidak disiplin, datang sesuka hati, berpakaian selekeh dan membuat perkara-perkara yang tidak bermoral. Jika kita melakukan kesalahan, kita mesti berani mengakuinya. Jadikan hukuman yang dikenakan sebagai iktibar kepada diri sendiri dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Sekiranya kita berbuat begini, kita akan lebih dihormati dalam kalangan guru dan rakan-rakan. AKTIVITI PENGAJARAN Mesej 5 Minit


61 Perbuatan salah mesti dilaporkan segera supaya tindakan boleh diambil. Aduan bukan bertujuan untuk menyusahkan rakan-rakan, tetapi untuk tujuan mendidik dan demi kesejahteraan bersama. Jika kesalahan murid yang merokok tidak dilaporkan, apa akan jadi jika api rokok tersebut menyebabkan berlaku kebakaran di sekolah. Sekiranya murid yang menipu atau selalu ponteng sekolah dibiarkan dan tidak diambil tindakan, maka masa depan murid tersebut juga yang akan rosak binasa. Oleh itu, saya menyeru kepada rakan-rakan semua agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan demi kebaikan kita bersama. Sekian, terima kasih.


62 TEKS 3: Mencari rezeki yang halal Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam PERANGI RASUAH. Guru besar, guruguru dan rakan-rakan yang saya hormati. Rezeki adalah sebarang bentuk perolehan yang kita terima setiap hari. Rezeki boleh jadi dalam bentuk wang ringgit, makanan, minuman, hadiah, anak dan bermacam-macam lagi. Rezeki seorang murid adalah apabila mendapat wang saku daripada ibu bapa atau menerima hadiah kerana pencapaian cemerlang dalam pelajaran. Kita semua wajib memastikan sumber rezeki yang diperoleh adalah halal. Rezeki yang halal bermaksud segala yang diperoleh daripada sumber yang sah. Hasil pekerjaan yang tidak melanggar undang-undang. Makanan dan minuman adalah satu bentuk rezeki yang kita peroleh setiap hari. Untuk melahirkan seorang yang cemerlang, berintegriti dan mempunyai nilai murni, perkara pertama yang mesti dilakukan adalah memastikan perut kita diisi dengan rezeki yang halal dan baik. Adakah sebungkus nasi lemak yang diterima seorang pengawas daripada seorang murid yang datang lewat adalah rezeki yang halal? Sebagai balasannya, murid tersebut tidak dikenakan tindakan. Nasi lemak tersebut adalah rezeki yang baik kerana keadaan makanan itu baik dan menyelerakan. Bagaimanapun, ia telah diperoleh dengan jalan yang salah. Jalan rasuah! Cara nasi lemak itu diperoleh menjadikannya rezeki yang haram. AKTIVITI PENGAJARAN Mesej 5 Minit


63 Mendapat rezeki yang halal bukan sahaja tuntutan semua agama, tetapi juga satu kemestian untuk menjamin kesihatan tubuh badan dan akal fikiran. Makanan boleh mencorakkan peribadi seseorang individu. Seorang yang hidup dengan hasil rezeki yang halal akan memperoleh kehidupan yang berkat. Walaupun rezeki yang diperoleh tidak banyak, keberkatan rezeki tersebut menjadikannya cukup dan mengenyangkan. Rezeki yang halal juga dapat mencantikkan peribadi dan mencerdaskan otak. Murid yang ingin berjaya dalam peperiksaan bukan sahaja perlu belajar bersungguh-sungguh, tetapi juga mesti menjaga pemakanan mereka. Pastikan apa yang anda makan adalah bukan daripada sumber yang haram. Oleh itu, saya menyeru sahabat-sahabat sekalian agar berusaha mencari rezeki yang halal. Jangan melakukan perbuatan yang salah untuk mendapat habuan yang sebenarnya rezeki yang haram. Kita semua boleh melakukannya. Sekian, terima kasih.


64 TEKS 4: Amanah menunaikan tanggungjawab Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam PERANGI RASUAH. Guru besar, guruguru dan rakan-rakan yang saya hormati. Amanah bermaksud sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Sikap amanah ini perlu disemai dalam diri semua manusia. Murid yang amanah akan memastikan tugas yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan dengan bersungguhsungguh. Kisah amanah yang popular adalah mengenai Khalifah Umar Al Khattab dan anak penjual susu. Kisahnya begini: Pada satu malam Saidina Umar bersama khadamnya memantau keadaan rakyatnya di pinggir kota Madinah. Itu memang rutin yang beliau selalu lakukan semenjak dilantik menjadi Khalifah. Pada ketika itu, Umar telah mengisytiharkan larangan mencampurkan air ke dalam susu kerana perbuatan tersebut merupakan satu penipuan. Setelah penat berjalan, Umar duduk berehat dengan bersandar di dinding sebuah rumah. Tiba-tiba beliau terdengar dua beranak sedang bercakap. Berkata seorang perempuan penjual susu kepada anak gadisnya, “Campurlah susu ini dengan air!” Serta merta si anak membantah seraya bertanya, “Apakah ibu tidak takut kalau hal ini diketahui Khalifah Umar bin Al Khattab? “Umar tidak akan tahu”, jawab ibunya spontan. AKTIVITI PENGAJARAN Mesej 5 Minit


65 Dengan penuh keyakinan gadis itu pun menjawab, “Walau pun Umar tidak mengetahuinya, apakah bererti Tuhan yang menciptakan Umar juga tidak mengetahuinya?” Si ibu terperanjat lalu terdiam seribu bahasa dengan kata-kata anaknya. Lalu bergegaslah Umar meninggalkan rumah itu serta memberi arahan kepada pembantunya untuk menandakan rumah tersebut. Kerana terpikat dengan keindahan akhlak anak perempuan itu, beliau telah mengahwinkan anak lelakinya, Ashim dengan anak perempuan itu. Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, keturunan si anak inilah lahirnya seorang khalifah yang hebat. Khalifah tersebut ialah Umar bin Abdul Aziz yang tersohor, bertakwa, wara’ dan adil. Lawan kepada sifat amanah adalah khianat. Orang yang tidak amanah dianggap pengkhianat. Murid juga boleh menjadi pengkhianat kepada amanah yang diberikan. Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, amanah merupakan sifat yang terpuji. Amanah mampu menjadikan kita insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian, terima kasih.


66 TEKS 5: Rasuah, jenayah keji Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam PERANGI RASUAH. Guru besar, guruguru dan rakan-rakan yang saya hormati. Rasuah... Sejak akhir-akhir ini, rasuah menjadi isu yang sering dibincangkan di mana-mana. “Si polan rasuah dan si polan rasuah”. Itulah antara yang selalu kita dengar. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu apakah itu rasuah? Pertama sekali, rasuah bukan masalah sosial. Rasuah adalah satu jenayah berat menurut undang-undang. Secara umumnya, rasuah adalah perbuatan menggunakan suapan untuk memperoleh sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. Perkataan rasuah berasal daripada bahasa Arab ‘risywah’ iaitu kata terbitan daripada perkataan dasar ‘rasya’, ‘yarsyu’ dan ‘rasywan’ yang membawa maksud sogokan atau pujukan. Rasuah tidak sahaja dalam bentuk wang ringgit tetapi juga boleh dalam bentuk hadiah, upah, diskaun, jawatan dan perkhidmatan. Rasuah mempunyai pelbagai nama panggilan. Orang yang meminta rasuah selalunya akan menggunakan ganti nama rasuah seperti ‘kawtim’, ‘duit kopi’, ‘under table money’ atau pelincir. Contohnya, orang yang hendak meminta rasuah akan berkata “Kalau awak tidak mahu dikenakan tindakan tatatertib, bagi sikit duit kopi” atau “Kita kawtim kalau nak selesai”. AKTIVITI PENGAJARAN Mesej 5 Minit


67 Rasuah tetap menjadi jenayah yang dikeji sungguhpun nilai rasuah hanya sebungkus nasi lemak yang diberikan kepada pengawas bagi mengelakkan tindakan tatatertib. Ingatlah, perbuatan rasuah sangat dibenci oleh semua agama di dunia ini. Orang yang melakukan jenayah rasuah hidupnya tidak diberkati Tuhan dan dibenci oleh masyarakat. Oleh itu, rakan-rakan semua, marilah kita tingkatkan integriti diri dan jauhi rasuah. Ingat! Jangan hulur, jangan kawtim dan jangan settle. Sekian, terima kasih.


68 TEKS 6: Bentuk perbuatan rasuah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam PERANGI RASUAH. Guru besar, guruguru dan rakan-rakan yang saya hormati. Hadirin sekalian, perbuatan jenayah rasuah tidak hanya dilakukan oleh pegawai kerajaan atau pekerja swasta, tetapi rasuah boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja sama ada murid, pengawal keselamatan, guru, ahli politik dan sebagainya. Menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, kesalahan rasuah melibatkan perbuatan memberi dan menerima suapan; meminta dan menawarkan suapan; membuat tuntutan palsu; dan salah guna kedudukan oleh seorang pegawai awam. Dalam konteks murid sekolah, perbuatan rasuah boleh berlaku dalam beberapa situasi: Pertama, perbuatan meminta rasuah. Sebagai contoh, seorang pengawas sekolah meminta wang daripada murid yang datang lewat ke sekolah supaya tidak mencatat namanya dalam buku rekod disiplin. Kedua, perbuatan memberi rasuah. Sebagai contoh seorang murid memberikan hadiah seutas jam tangan kepada gurunya dengan hasrat guru tersebut memperbaiki markahnya dalam peperiksaan. Ketiga, perbuatan membuat tuntutan palsu. Sebagai contoh, seorang murid mengisi maklumat palsu berkaitan pendapatan ayahnya dalam borang untuk mendapatkan bantuan biasiswa. AKTIVITI PENGAJARAN Mesej 5 Minit


69 Keempat, perbuatan salah guna kedudukan atau jawatan. Sebagai contoh pengawas sekolah mengamalkan pilih kasih dalam mengambil tindakan terhadap murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, saya menyeru rakan-rakan semua agar menjauhkan diri daripada jenayah rasuah. Untuk menghapuskan rasuah, sama-sama kita amalkan tiga ‘J’ (3J) iaitu jangan hulur, jangan kawtim dan jangan settle. Sekian, terima kasih.


70 Hampir semua orang mampu menghadapi kesusahan. Tetapi, jika anda ingin MENGUJI watak sebenar seseorang itu, beri dia KUASA. Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat ke-16 (1809-1865) “ “


71 BAB KESALAHAN RASUAH MENURUT AKTA SPRM 2009 PENERAPAN NILAI MURNI UNTUK MENCEGAH RASUAH 4


72


73 Mengetahui jenayah rasuah daripada perspektif agama Mengenal pasti konsep nilai keperibadian dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 01 02 03 *** HASIL PEMBELAJARAN Mengenal pasti langkah pencegahan jenayah rasuah menerusi amalan nilai murni.


74 JENAYAH RASUAH DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” Surah al-Baqarah, 2:188 “Allah melaknati pemberi rasuah dan penerima rasuah serta pengantara dalam urusan rasuah.” Riwayat Tarmizi, Ahmad & Ibn Majah “Sesiapa sahaja yang telah kami lantik untuk memegang sesuatu jawatan atau kerja dan kami telah tetapkan pendapatannya atau gaji, maka apabila ia mengambil lebih daripada apa yang ditetapkan, itu dikira sebagai satu penipuan dan rasuah.” Riwayat Abu Daud


75 JENAYAH RASUAH DARIPADA PERSPEKTIF KRISTIAN “Hendaklah kau cari daripada seluruh bangsa itu, orang-orang yang berkeupayaan, takutkan Tuhan, boleh dipercayai, dan benci perbuatan rasuah, jadikan orang tersebut sebagai pemimpin ribuan manusia lain...; Dan biarkan mereka menghakimi orang-orang lain pada setiap masa.” (Exodus, Chapter 18, verse 21, 22) “Jangan kamu memutarbalikkan (mengganggu) keadilan; Jangan kamu bersikap tidak adil; Jangan kamu menerima rasuah, kerana rasuah membutakan mata orang yang bijaksana dan memusnahkan mereka yang benar.” (Deuteronomy, Chapter 16, verse 19) “Anak-anaknya itu tidak hidup seperti ayah mereka; mereka mengejar keuntungan, menerima rasuah dan memutarbalikkan keadilan.” (Samuel, Chapter 8, verse 3)


76 “Jika seorang menteri yang berkuasa mengabaikan tugasnya, bekerja untuk tugas-tugasnya, bekerja untuk mendapatkan keuntungan sendiri atau menerima rasuah, ia akan menyebabkan kerosakan moral yang dahsyat. Orang akan menipu antara satu sama lain... mengambil kesempatan ke atas orang miskin, dan tidak akan ada keadilan untuk sesiapa.” “...hanya pengampu akan mendapat tempat dalam kerajaan, dan mereka akan memperkayakan diri mereka tanpa memikirkan penderitaan rakyat.” “Pegawai yang tidak amanah merupakan pencuri kepada kebahagiaan rakyat... mereka menipu pemimpin dan rakyat serta menjadi punca kepada masalah negara.” JENAYAH RASUAH DARIPADA PERSPEKTIF BUDDHA (Buddha. ‘The Teaching of Buddha’, Tokyo, Bukkyo Dendo Kyokai, edisi semakan ke-630, 1990, muka surat 468, 470)


77 KONSEP NILAI KEPERIBADIAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Murid merupakan aset penting kepada negara. Mereka bakal mewarisi negara yang dibina pada hari ini. Selain kemahiran dan ilmu pengetahuan, mereka mesti dipersiapkan dengan nilai-nilai murni dan etika bagi menghadapi masa depan yang penuh cabaran. Sehubungan itu, penerapan nilai murni, integriti dan budaya antirasuah menjadi aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam sistem pendidikan negara, agar mereka tidak terjebak dalam jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang mampu menjejaskan pembangunan negara. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, mempunyai peradaban dan tatasusila individu dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Dalam sesebuah masyarakat, penerapan nilai murni amat penting bagi mewujudkan suasana yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Usaha penerapan nilai murni perlu dilakukan pada peringkat awal proses sosialisasi iaitu semasa individu berada di peringkat persekolahan.


78 NILAI MURNI Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Orang yang baik hati tidak akan mengambil kesempatan ke atas kesusahan orang lain. Contohnya, meminta rasuah daripada mereka yang terdesak ingin menyelesaikan sesuatu urusan dengan cepat. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Dalam konteks pencegahan rasuah, berdikari membawa pengertian bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan, berupaya bertindak sendiri dengan betul dan jati diri tinggi untuk sentiasa berintegriti. Budi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan masyarakat. Orang yang berhemah tinggi tidak akan sesekali terlibat dengan perbuatan keji yang dapat menjatuhkan maruah dan harga diri mereka. BAIK HATI BERDIKARI HEMAH TINGGI untuk mencegah rasuah


79 Perasaan ini lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri. Contohnya, sayang kepada nyawa, sayang kepada alam sekeliling, cinta kepada negara, cinta kepada keamanan dan keharmonian. Mereka yang mempunyai kasih sayang tidak akan melakukan rasuah yang membawa penderitaan kepada orang lain. Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. Perbuatan rasuah boleh menyebabkan pertimbangan dibuat secara tidak adil, apabila sesuatu keputusan dibuat kerana kepentingan individu tertentu. Melaksanakan tugas dan amanah secara bebas tanpa sebarang pengaruh. Walaupun ada cubaan untuk memujuk dan menawarkan rasuah, seorang yang diberi amanah tidak boleh terpengaruh dan mesti melaksanakan amanah tersebut sebaik mungkin. KEADILAN KEBEBASAN KASIH SAYANG NILAI MURNI untuk mencegah rasuah


80 Merangkumi hormat dan taat kepada ibubapa, guru, orang yang lebih tua, rakan, jiran tetangga dan pemimpin. Hormat kepada raja dan negara serta patuh kepada undang-undang. Paling penting, hormat kepada hak orang lain. Ini kerana, orang yang melakukan rasuah, sebenarnya mereka telah mengambil hak orang lain secara salah. HORMATMENGHORMATI NILAI MURNI untuk mencegah rasuah Bersederhana dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan. Hidup bersederhana bermaksud tidak bermewah-mewah dan hidup sekadar keperluan. Orang yang terlibat rasuah selalunya inginkan kekayaan secara mudah dan cepat. Akibatnya, mereka berbelanja di luar kemampuan. KESEDERHANAAN Bersyukur kepada tuhan atas segala nikmat dan kesenangan yang diperoleh. Tidak mencari kesenangan melalui cara yang salah di sisi undang-undang. Berusaha secara jujur untuk mendapat sesuatu yang dikehendaki. KESYUKURAN


81 Usaha baik yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pencegahan rasuah, kita mesti bersama-sama dan berganding bahu agar jenayah rasuah dapat dihapuskan. KERJASAMA NILAI MURNI untuk mencegah rasuah Berani ini bukan secara membuta tuli, tetapi berani kerana benar. Sifat berani amat perlu dalam melaporkan sebarang jenayah yang diketahui. Berani juga untuk membantu penguat kuasa dalam menahan penjenayah dan memastikan mereka yang terlibat dihukum seadil-adilnya. KEBERANIAN Kebersihan fizikal adalah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Sentiasa mendekatkan diri dengan tuhan, melaksanakan segala arahan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. KEBERSIHAN


82 Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Orang yang rasional semestinya tidak akan terlibat dengan jenayah yang boleh memberi kesan buruk terhadap hidupnya. Orang yang rasional juga akan berfikir baik dan buruk atas segala tindakan yang dilakukan. Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat. Rasuah menghakis nilai kemasyarakatan kerana individu melakukan rasuah demi memperoleh faedah peribadi dan menganiayai orang lain. RASIONAL SEMANGAT BERMASYARAKAT NILAI MURNI untuk mencegah rasuah


83 Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas. Jujur dalam melaksanakan sesuatu tugas bermaksud sentiasa melakukan tugas secara betul berdasarkan peraturan dan udang-udang yang perlu dipatuhi. Usaha berterusan yang penuh dengan ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara. Rajin bekerja untuk mendapatkan rezeki secara halal. KERAJINAN KEJUJURAN NILAI MURNI untuk mencegah rasuah Melaksanakan tugas dengan amanah dan tidak sesekali mengkhianati amanah yang diberikan. Orang yang jujur juga melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang balasan.


84 LANGKAH PENCEGAHAN jenayah rasuah menerusi amalan nilai murni Kesemua nilai murni yang disenaraikan merupakan asas kepada murid dalam membentuk perwatakan dan disiplin diri yang tinggi serta berkeperibadian mulia. Tanggungjawab untuk melahirkan generasi yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial terletak di atas bahu kita semua. Di sekolah, guru yang merupakan suri teladan kepada murid mesti mempamerkan perilaku dan tutur kata yang baik. Perkara ini amat penting dalam usaha menerapkan nilai murni dan integriti kepada generasi muda negara. Individu itu sendiri mesti mempunyai jati diri dan kesedaran dalaman untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Integriti diri mampu menjadi benteng kukuh untuk mengelakkan seseorang itu daripada terjebak dengan jenayah rasuah. LANGKAH dalam pendidikan pencegahan jenayah rasuah menerusi amalan nilai murni adalah seperti berikut: SIKAP INDIVIDU


85 LANGKAH PENCEGAHAN jenayah rasuah menerusi amalan nilai murni Semua agama menghendaki penganutnya untuk melakukan kebaikan dan melarang daripada perbuatan maksiat. Oleh itu, kefahaman ajaran agama dan pegangan agama yang kukuh dapat menghindarkan diri daripada perbuatan rasuah dan perbuatan-perbuatan lain yang tidak diredai tuhan. Nilai-nilai murni perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Pemupukan nilai murni dalam diri mampu menghindari individu daripada anasir negatif. Tanamkan sikap jujur, amanah, bercakap benar dan ikhlas untuk membentuk keperibadian individu yang beretika mulia. KEMBALI KEPADA AGAMA PEMUPUKAN DAN PENGHAYATAN NILAI MEMBENTUK INDIVIDU BERETIKA MULIA


86 1. Semua agama melarang perbuatan rasuah dan penganiayaan terhadap orang lain. 2. Semua agama menyeru penganutnya agar berbuat baik sesama manusia dan alam sekitar. 3. Pendidikan pencegahan rasuah melalui penerapan nilai murni mesti dilaksanakan seawal peringkat sekolah rendah lagi. Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. 4. Penerapan nilai-nilai murni akan dapat membentuk murid berkeperibadian mulia, mampu membuat keputusan yang bijak dan seterusnya menjauhkan diri daripada jenayah rasuah. RUMUSAN


87 AKTIVITI PENGAJARAN Perbincangan dalam kelas PERBINCANGAN 1. Bincangkan langkah-langkah pencegahan jenayah rasuah melalui penerapan nilai murni. 2. Bincangkan peranan agama dalam usaha pencegahan rasuah. AKTIVITI Lakonkan situasi kamu menolak pemberian rasuah kerana pegangan agama dan pengamalan nilai murni.


88 AKTIVITI PENGAJARAN Pertandingan Melukis Kartun Antirasuah Masa / Tempoh Tempat Pelaksanaan Keperluan 7 hari Luar kelas Murid diberi tugasan melukis kartun antirasuah. Tetapkan tarikh lukisan mesti dihantar. Murid yang berjaya melukis kartun yang terbaik akan dikira pemenang. Kertas lukisan dan peralatan melukis Huraian pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut:


89 BAB KESALAHAN RASUAH MENURUT AKTA SPRM 2009 CONTOH KES RASUAH SEBENAR MELIBATKAN WARGA PENDIDIK DAN PELAJAR 5


90


91 Mengetahui kes rasuah sebenar melibatkan warga pendidik Mengetahui kes rasuah sebenar melibatkan pelajar 01 02 03 *** HASIL PEMBELAJARAN Mengambil iktibar daripada kes-kes tersebut


92 Sesiapa sahaja boleh terjebak dengan jenayah rasuah. Rasuah tidak mengira kedudukan, bangsa, warna kulit, agama dan ideologi politik seseorang itu. Pelaku rasuah adalah mereka yang tiada integriti dan mementingkan keuntungan peribadi berbanding amanah yang digalas. Bab ini akan memaparkan keskes sebenar yang melibatkan warga pendidik. Pendedahan ini bukan berniat untuk menjatuhkan martabat warga pendidik, tetapi sebagai pedoman dan iktibar untuk kita semua. RASUAH MELIBATKAN WARGA PENDIDIK IKTIBAR UNTUK SEMUA


Click to View FlipBook Version