Hukum adat sonantiaso tejago, Penjago eh gagah kalahkan badang, Dari buapak datang eh lombago, Dari luak datang eh undang. Hidup kami bersuku-suku, Kojo suku melantik lombago, Hukum adat takdo dibuku, Bilo diwarih an kono la berjago.
• Sekapur Sireh Seulas Pinang YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus • Seuntai Kata YB Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga Dan Kebajikan Negeri Sembilan • Tinta Rasa Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat • Semanis Bicara Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan • Dari Meja Ketua Pengarang Ketua Sidang Redaksi • Ahli Sidang Redaksi KANDUNGAN • Profil JKM Negeri Sembilan • Misi, Visi, Moto, Objektif • Barisan Pengurusan JKMN.NS • Kumpulan Sasar • Dasar dan Perundangan MA LUMAT K ORPORAT 2 3 4 8 9 • Khidmat Pengurusan • Pengurusan Sumber Manusia dan Integriti • Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat • Kebajikan Produktif dan Komuniti • Pembangunan Orang Kurang Upaya dan Warga Emas • Penguatkuasaan • Psikologi dan Kaunseling LAPOR N BAHAGI N 12 18 26 34 44 54 60 • PKMD Jelebu • PKMD Rembau • PKMD Jempol • PKMD Tampin • PKMD Port Dickson • PKMD Kuala Pilah • PKMD Seremban • Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah Seremban • Rumah Perlindungan Rembau • Rumah Kanak-Kanak Rembau • Rumah Seri Kenangan Seremban LA ORAN PKMD & INSTITUSI 70 76 82 88 94 100 106 116 124 132 138 & PENCAPAIAN KEJAYAAN • Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) • Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) • Majlis Perwakilan Kanak-kanak • Program 2YEP 146 149 150 152 • Keratan Akhbar & Media Sosial • Direktori 156 160 i ii iii iv v vi A G ALERI
i Sekapur Sireh Seulas Pinang YB DATO’ DR. RAZALI BIN AB MALIK Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya jua dapat saya mengucapkan sepatah dua kata di dalam Buku Laporan Tahunan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Negeri Sembilan edisi 2021 ini. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga kerja Jabatan atas komitmen mendukung aspirasi Kerajaan Negeri dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Persekitaran ekonomi global pada tahun 2021 amat menggerunkan dengan menyaksikan penguncupan ekonomi yang sangat ketara dalam semua sektor akibat pandemik COVID-19 ini. Penutupan sempadan antarabangsa dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi kesan langsung kepada keseluruhan sektor ekonomi terutamanya sektor perhotelan, pengangkutan awam, pelancongan, perkhidmatan dan pembuatan. Keadaan yang amat sukar ini sudah tentu memberi kesan kepada kehidupan rakyat, termasuk penerima bantuan yang memerlukan sokongan dalam kelangsungan hidup. Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Tahun 2020 dengan tema “Merangsang Ekonomi, Memperkasa Rakyat” melalui Strategi Kedua iaitu Mewujudkan Persekitaran Sejahtera Ke Arah Kehidupan Berkualiti telah menaikkan lagi kadar Bantuan Am sebanyak RM50 sebulan menjadikan jumlah elaun bulanan meningkat di antara RM250.00 hingga RM320.00 bagi setiap penerima bagi tahun 2021. Pelaksanaan inisiatif ini diharapkan dapat membolehkan masyarakat khususnya kumpulan sasar menjalani kehidupan dengan lebih baik dalam persekitaran yang lebih selesa. Difahamkan sejumlah RM129,674,738 juta telah dibelanjakan untuk sepanjang tempoh 2021 dan memberi manfaat langsung kepada 26,806 penerima bantuan di seluruh Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa menyokong usaha mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional serta perkongsian tanggungjawab. Kerjasama multisektoral dan kolaborasi strategik semua pihak adalah amat baik dan perlu diteruskan. Penerapan budaya kerja cemerlang dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan secara berterusan perlu menjadi agenda dan budaya di sepanjang masa. Program yang berkonsepkan turun padang dengan penglibatan bersama rakyat secara terus dan bersemuka (outreach) wajar diperluaskan. Natijah kepada proses ini adalah penghasilan kualiti kerja yang lebih kreatif, inovatif serta memenuhi ekspektasi pelanggan khususnya golongan yang memerlukan. Akhir kalam, saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Negeri Sembilan atas pencapaian cemerlang pada tahun 2021. Moga usaha kita semua diberkati Insyallah.
ii Seuntai Kata YB NICOLE TAN LEE KOON Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga Dan Kebajikan Negeri Sembilan Salam BERSIH, MUAFAKAT, SEJAHTERA Terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Negeri Sembilan yang telah memberi peluang kepada saya untuk berkongsi rasa di ruangan ini. Tahniah kepada Pengarah dan semua warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Negeri Sembilan yang berjaya menghasilkan Buku Laporan Tahunan bagi edisi tahun 2021 ini. Tahun 2021 telah mencoret cabaran yang cukup besar dan getir apabila rakyat terus berdepan dengan pandemik COVID-19 yang masih menular dalam komuniti serta kejadian bencana banjir yang melanda di penghujung tahun. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat peka dan sentiasa komited dalam memberi perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan kumpulan sasar termasuk mangsa bencana. Bagi maksud tersebut Kerajaan Negeri telah menyemak semula dan meluluskan kenaikan kadar bantuan pemulihan Bencana Negeri berkuatkuasa mulai Mei 2021. Pada Bajet 2021 juga, sejumlah RM10 juta peruntukan kecemasan di sediakan menerusi Akaun Amanah Bencana bagi membantu kebajikan rakyat yang terjejas termasuk Petugas Barisan Hadapan. Nasib golongan gelandangan juga tidak dilupakan. Pada tahun 2021 yang lalu, sebuah rumah transit yang memberi perlindungan kepada gelandangan termasuk yang tidak mempunyai tempat tinggal, tidak mempunyai pekerjaan dan merayau dari satu lokasi ke lokasi lain telah ditubuhkan. Peruntukan sebanyak RM500 ribu telah disediakan untuk kerja-kerja penyediaan fasiliti dan operasi rumah transit tersebut. Rumah Minda Ceria (RMC) ini dilihat dapat memberi perlindungan dan pemulihan sehingga mereka benar-benar boleh berdikari dalam masyarakat. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan kerana sentiasa peka kepada permasalahan dan bertindak segera menangani keperluan dan rujukan kes berkaitan perkhidmatan Jabatan. Masa Tindakan Balas adalah norma atau tanda aras bagi semua jenis sektor perkhidmatan masa kini, untuk itu sekali lagi terima kasih saya kepada Jabatan yang memberikan perkhidmatan dengan pantas dalam jangka masa yang diharapkan. Semoga JKM kekal relevan dan berupaya meningkatkan daya saing dengan perubahan persekitaran dan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada kumpulan sasar dan masyarakat di negeri ini selaras dengan aspirasi “Bersih, Muafakat dan Sejahtera’’ Kerajaan Negeri Sembilan.
iii Jinta Rasa DATO’ SHAHARUDDIN BIN ABU SOHOT Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi peluang menyampaikan ucapan alu-aluan di dalam Buku Laporan Tahunan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Negeri Sembilan bagi edisi tahun 2021. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan yang telah berjaya menerbitkan Buku Laporan Tahunan yang penuh bermaklumat ini. Dalam menentukan hala tuju ke arah pencapaian matlamat Jabatan, Pelan Strategik JKM 2021-2025 sewajarnya menjadi asas rujukan dan panduan utama pegawai Jabatan di semua peringkat dalam merancang strategi dan inisiatif secara lebih fokus, terancang dan bersepadu. Pelan Strategik ini juga memusatkan segala komitmen dan fokus seluruh warga JKM dalam memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih mantap serta merancang pengurusan sumber manusia organisasi yang lebih efisyen. Dalam keadaan ketidaktentuan sosio ekonomi semasa rentetan daripada kesan jangka panjang penularan wabak COVID 19, bencana banjir, peperangan wilayah Rusia-Ukraine dan tekanan inflasi disebabkan kenaikan mendadak harga barang keperluan harian, saya menjangkakan cabaran yang lebih besar pada masa mendatang kepada Jabatan dalam menangani isu permasalahan kehidupan rakyat khususnya golongan mereka yang berkeperluan. Sungguhpun begitu, saya yakin dan optimis bahawa warga JKM akan terus tabah dan dengan semangat kerja berpasukan yang jitu, kita akan dapat mengharungi bersama segala cabaran demi memastikan JKM sentiasa relevan, sesuai dengan peredaran zaman dan tuntutan semasa. Menutup bicara, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah serta seluruh warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Negeri Sembilan kerana dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dalam menyampaikan perkhidmatan kebajikan demi pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Moga usaha yang tekun dan ikhlas daripada tuan-puan diberkatiNya jua Insha Allah. BERKAT BERJASA
iv ROSNAH BINTI SARDI Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Negeri Sembilan Tinta Kasih Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kerana dengan limpah dan kurniaNya, Buku Laporan Tahunan 2021 dapat diterbitkan. Syabas kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan buku ini. Umum mengetahui bahawa pendemik COVID 19 masih melanda negara kita pada tahun 2021 namun sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan sosial, Jabatan tetap memberikan perkhidmatan dalam menyantuni masyarakat khususnya kepada kumpulan sasar. Namun begitu, penjarakan sosial perlu diutamakan bagi mengekang penyebaran virus tersebut. Pengagihan bakul makanan masih diteruskan kepada golongan yang berkeperluan. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan strategik Jabatan agensi kerajaan dan NGO iaitu Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Pejabat Daerah, RELA, APM dan PETRONAS yang turut menyumbang bantuan makanan kepada kumpulan sasar jabatan. Ucapan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang telah menaikkan kadar Bantuan Am Negeri dari RM 200 dan RM270 kepada RM 250 dan RM 320 sebulan. Kenaikan kadar tersebut telah memberikan manfaat kepada 4833 orang penerima bantuan di Negeri Sembilan. Tanpa siapa menduga, Negeri Sembilan diuji dengan musibah bencana banjir sekitar bulan November dan Disember 2021. Sebanyak 39 buah Pusat Pemindahan Sementara telah dibuka yang melibatkan 594 buah keluarga dengan seramai 2395 orang ahli keluarga. Bantuan keperluan asas dan sokongan psikologi telah diberikan kepada mangsa yang terlibat. Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berterusan dan berkualiti, pihak Jabatan masih meneruskan pegawai bertugas di Pejabat DUN Kerajaan Negeri Sembilan seminggu sekali sejak tahun 2008 sehingga kini. Rumah Seri Kenangan Seremban yang merupakan institusi penjagaan dan perlindungan warga emas telah mula beroperasi pada 23 Februari 2021 di Temiang Seremban dengan kemasukan penghuni seramai 78 orang dengan kos pembinaan sebanyak RM 38 juta. Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua warga kerja Jabatan yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam membantu menyalurkan bantuan samada dalam bentuk kewangan dan moral untuk kesejahteraan kumpulan sasar jabatan. Ayuh! teruskan perjuangan dan jangan mudah mengalah serta bersama-sama saya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka yang memerlukan.
v Dari Meja Ketua Pengarang ZULYADAIN BIN LIMAT Ketua Pengarang Salam Kebajikan, Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi atas kejayaan penerbitan Laporan Tahunan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan pada tahun ini. Suka untuk saya coretkan disini bahawa penerbitan ini merupakan laporan komprehensif yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan atau panduan terhadap penyampaian perkhidmatan jabatan melalui teras perkhidmatan iaitu pencegahan, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan juga pengintegrasian. Di samping itu, ia juga dirakamkan sebagai satu imbasan tahunan dalam menterjemahkan peranan JKM di pelbagai peringkat bagi membangunkan masyarakat selaras dengan misi jabatan iaitu memperkasa masyarakat yang memerlukan kearah kesejahteraan sosial. Laporan ini juga merupakan wadah penting yang didokumentasikan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan JKM diangkat dan diletakan di tempat yang sepatutnya. Dalam konteks bekerja, setiap orang sudah tentu mempunyai idealisme atau cita-cita yang ingin dicapai namun dengan penerbitan ini menjadikan kita bergerak secara kolektif dan senada sebagai satu pasukan. Buktinya, pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan melalui pencapaian dan kerjasama telah sedia terangkum dan disunting dalam laporan ini. Usaha ini sudah pastinya menjadi bukti kerjasama erat seluruh warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Negeri Sembilan dalam melaksanakan transformasi dari segala aspek penyampaian perkhidmatan sebaik mungkin agar visi, misi dan objektif jabatan dapat direalisasikan. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi serta semua pihak yang telah berusaha gigih bagi merealisasikan penerbitan laporan tahunan ini. Semoga laporan ini menjadi rujukan ramai pihak sama ada melibatkan penyampaian perkhidmatan, kolaboratif dan seterusnya memberi nilai tambah kepada jabatan sebagai agensi yang berperanan besar dalam masyarakat. “Patah Sayap Bertongkat Paruh”
vi Ahli Sidang Redaksi HADAPAN DARI KIRI : PUAN ZUBAIDAH BINTI RASOL , ENCIK ZULYADAIN BIN LIMAT , PUAN ROSNAH BINTI SARDI (PENGARAH) , YM RAJA MUHD ULIYAMIN BIN RAJA YUNUS , CIK KHAIRUNNISA BINTI ZAINAL BELAKANG DARI KIRI : PUAN NORDALINA BINTI MOHAMAD , ENCIK HAZRY BIN MUHAMAD KHAIRI , CIK NURUL FATIHAH BINTI JASLI , PUAN MAHANI BINTI ABDUL WAHAB
vii LAPORAN TAHUNAN 2021 AHLI SIDANG REDAKSI BARIS BELAKANG (DARI KIRI) : Noor Aziealiza Binti Muhammat So I Suriyana Bt Rosli, Maisarah Bt Ismail I Norazita Binti Ismail I Nor Azzawaty Binti Adnan I Noorazira Binti Abdul Ghani I Siti Fairuz Bt Dul Wahab I Nur Suliana Binti Mohd Ramli I Nur Shazelin Bt Che Lah I Nordalina Binti Mohamad BARIS HADAPAN (DARI KIRI) : Khairunnisa Binti Zainal I Nurul Fatihah Binti Jasli I Mahani Binti Abdul Wahab I Zubaidah Binti Rasol I Zulyadain Bin Limat I Raja Muhd Uliyamin Bin Raja Yunus I Amrin Bin Abu I Hazry Bin Muhamad Khairi I Islahuzair Bin Md Nor I Rusle Bin Paim
1 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN MAKLUMAT KORPORAT • Profil JKM Negeri Sembilan • Misi, Visi, Moto, Objektif • Barisan Pengurusan JKMN.NS • Kumpulan Sasar • Dasar dan Perundangan
2 ASAL NAMA NEGERI SEMBILAN Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada Persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang dan Klang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding Negeri Sembilan yang asal. Terdapat 7 daerah di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Jelebu, Jempol, Tampin, Kuala Pilah, Port Dickson dan Rembau. SEJARAH PENUBUHAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Pada tahun 70an Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan berada di bangunan SUK yang telah dirobohkan untuk membina bangunan SUK yang baharu. Penempatan sementara adalah di Pejabat Papan, Jalan Tuanku Khursiah bersebelahan Makam Tuan Hj Said sekitar tahun 80an. Pejabat lain yang turut ditempatkan sementara adalah Jabatan Bekalan Air dan Jabatan Kerja Raya. Bangunan sementara tersebut telah dirobohkan dan kini telah dijadikan tempat letak kenderaan awam. BANGUNAN WISMA NEGERI Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUK) yang dikenali sebagai Wisma Negeri telah siap dibina tahun 1987. Bangunan tersebut dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja’afar Al-Haj Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 26 September 1987 bersamaan 3 Safar 1408 Hijrah. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan Darul Khusus (JKMN.NS) terletak di Tingkat 1, Blok B, Wisma Negeri, Seremban. PROFIL JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN
3 VISI , MISI, MOTO & OBJEKTIF JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN VISI Peneraju utama perkhidmatan kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat MISI Memperkasa masyarakat yang memerlukan ke arah kesejahteraan sosial MOTO BERKAT BERJASA OBJEKTIF • Meningkatkan kompetensi, prestasi, produktiviti dan daya inovasi pekerja sektor kebajikan • Meningkatkan keupayaan dan memberi nafas baharu kepada organisasi • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kebajikan • Memperluaskan jaringan kerja dan kolaborasi strategik (multiple-helix) dalam dan luar negara • Membudayakan patriotisme, nilai-nilai murni, etos dan integriti
4 ROSNAH SARDI PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI NEGERI SEMBILAN ZULYADAIN LIMAT KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN KEBAJIKAN PRODUKTIF DAN KOMUNITI ROHAIZAL UMAR KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN KANAK-KANAK DAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT PENGURUSAN TERTINGGI
5 KETUA BAHAGIAN MOHAMAD AFFENDY MOHD SANI MENANGGUNG TUGAS KETUA BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORANG KURANG UPAYA DAN WARGA EMAS NUR FA’IZAH ABEDOL RAHIM KETUA BAHAGIAN PERUNDANGAN & PENGUATKUASAAN AMER AFHAM HAMDAN KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INTEGRITI NOOR FARIZAN YUSOP KETUA BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN RUZIYATUN AB KADIR KETUA BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
6 PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH MUHAMMAD SHAHRIZAN ZAKARIA PEMANGKU PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH TAMPIN INTAN NORLAILA ABDUL RASHID PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH JEMPOL RAHMAT SAHAT PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH PORT DICKSON MUSTAFAL BAKRI MOHAMMAD YUSOF PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH SEREMBAN RAJA MUHD ULIYAMIN RAJA YUNUS PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH JELEBU NURUL FATIHAH JASLI PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH REMBAU NOORAZURA HASSAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUALA PILAH
7 KETUA INSTITUSI JKMN NEGERI SEMBILAN ZUBAIDAH RASOL PENGUASA RUMAH SERI KENANGAN SEREMBAN HANUNA SALLEH PENGETUA TAMAN SINAR HARAPAN TUANKU AMPUAN NAJIHAH SEREMBAN DALILA MOHD NASIR PENGETUA RUMAH KANAK-KANAK REMBAU BAHIYAH MUHAMMAD PENGUASA RUMAH PERLINDUNGAN REMBAU
8 LAPORAN TAHUNAN 2021 Jabatan telah menetapkan kumpulan sasar Jabatan daripada sepuluh (10) kumpulan sasar kepada lapan (8) kumpulan sasar selaras dengan pindaan Visi, Misi dan Objektif JKM dalam Pelan Strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat 2021-2025. KUMPULAN SASAR JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
9 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN
10 LAPORAN TAHUNAN 2021 AKTA DIBAWAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Akta Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (Diperbadankan)1948 Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta 308] dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Pindaan) 2007 [Akta A1285] Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] Akta Pusat Jagaan Pindaan 2007 [Akta A 1292] Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521] Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2012 [Akta A1414] Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 [Akta A1538] Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 [Akta A1511] Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685] PERATURAN / KAEDAH DIBAWAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak & Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak) 2017 Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Pembantu Pelindung) 2017 Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Sekolah Diluluskan) 2017 Peraturan-Peraturan Asrama Akhlak 2017 Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pengkompaunan Kesalahan) 2011 Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan (Pengkompaunan Kesalahan) 2011 Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Borang dan Daftar ditetapkan) 2007 Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) 2017 Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Orang Yang Layak dan Sesuai) 2017 Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Perlindungan) 2017 Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Pemeliharaan Berasaskan Keluarga) 2017 Peraturan-Peraturan Keganasan Rumahtangga (Borang Yang DItetapkan) 2018 Kaedah-Kaedah bagi Pusat-Pusat Pemulihan Cacat Akal 1977 Kaedah-Kaedah Pengurusan Rumah-Rumah Pesakit Melarat 1978 Kaedah-Kaedah Bengkel Terlindung 1979 Kaedah-Kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-Orang Papa 1981 Kaedah-Kaedah bagi Pengurusan Rumah Orang Tua 1983 AKTA-AKTA LAIN YANG BERKAITAN DENGAN BIDANG KUASA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai iii - Senarai Bersama P.U. (A) 184 Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2013 Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257] Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253] Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta A670] dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015 [A1500] Akta Keterangan 1950 [Akta 56] Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 [Akta 676] Akta Kaunselor 1998 [Akta 580] Akta Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan Akta Kanun Tatacara Jenayah Pindaan 2012 [Akta A1423] Akta Penjagaan Budak 1961 • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • P E R U N D A N G A N
LAPORAN BAHAGIAN • Khidmat Pengurusan • Pengurusan Sumber Manusia dan Integriti • Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat • Kebajikan Produktif dan Komuniti • Pembangunan Orang Kurang Upaya dan Warga Emas • Penguatkuasaan • Psikologi & Kaunseling
12 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGENALAN Secara umumnya, Bahagian Khidmat Pengurusan bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan kepada semua warga kerja JKM di peringkat Negeri, Daerah dan Institusi berkaitan Pentadbiran, Kewangan, Perolehan, Aset & Stor dan ICT BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN BARIS BELAKANG (DARI KIRI) : MOHD SHAHRUL AFFANDI BIN MOHD YUSOF I RUSLI BIN UJANG I MOHAMMAD FAHMI BIN SAMSURI I ISLAHUZAIR BIN MD NOR I MOHD AZUAN BIN JOHAN I AZRUL SHAM BIN KHAIRI I MOHD NUR HAFIZI BIN PUASA I ABD. WAHIDI BIN ABD. WAHAB I MOHD AFFANDI BIN ZAINAL ABIDIN I MOHD KHAIROL AMRIE B. HAMIR AKHBAR BARIS TENGAH (DARI KIRI) : AINI ROZITA BINTI LAMID I NORMALINI BINTI NORDIN I NURUL IZZA BINTI MAHMUD I NUR FATIHAH BINTI YUSUF BARIS HADAPAN (DARI KIRI) : AIDA BINTI ISHAK I NURHAFIZA BINTI AHMAD TAJUDDIN I NOOR FARIZAN BINTI YUSOP ( KETUA BAHAGIAN ) I MASNIDAWATY BINTI YASMAR I NORDALINA BINTI MOHAMAD
13 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN FUNGSI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
14 LAPORAN TAHUNAN 2021 PERUNTUKAN MENGURUS
15 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN TAHUN 2021 JANUARI 2021 8 JAN Taklimat Pasca Belanjawan 2021 Negeri Sembilan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri. 19 JAN Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Bil.4 Tahun 2020 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bil. 4 Tahun 2020 FEBRUARI 2021 10 FEB Mesyuarat Mesyuarat Pengarah JKMN. NS Bil.1 Tahun 2021 APRIL 2021 13 APR Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Bil.1 Tahun 2021 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bil. 1 Tahun 2021 JULAI 2021 13 JUL Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Bil.2 Tahun 2021 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bil. 2 Tahun 2021 OKTOBER 2021 12 OKT Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Bil.3 Tahun 2021 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bil. 3 Tahun 2021 26 OKT Kursus Pengurusan Rekod dan Fail Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan Tahun 2021 secara hibrid
16 “..JKM telah melangkah ke usia 75 tahun dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Sungguhpun telah jauh perjalanannya, banyak pencapaian-pencapaian serta kejayaan yang telah dicapai, namun kita generasi waktu ini tidak boleh berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah disampaikan kepada golongan sasar yang memerlukan. Di kesempatan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya terhadap komitmen dan kesungguhan semua frontliner yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan sepanjang bermulanya pandemik COVID-19 ini pada tahun 2020 sehingga ke hari ini. Teruskan tekad dan semangat padu yang ditunjukkan dalam mengekalkan prestasi kerja yang produktif dan progresif ”.. Rosnah Binti Sardi Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan MAJLIS APRESIASI FRONTLINER DAN PESARA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PADA 16 DISEMBER 2021 BERTEMPAT DI KLANA RESORT, SEREMBAN
17
18 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGENALAN Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Integriti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan bertujuan untuk memberi sokongan dari segi pengurusan perkhidmatan Jabatan. Bahagian ini mempunyai tiga (3) unit seperti berikut: 1. Unit Perkhidmatan 2. Unit Integriti 3. Unit Media dan Latihan BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INTEGRITI DARI KIRI : NOOR SUHANA BINTI MOHD JAMIN I NOORAZLINA BINTI RIPIN I NORANILAH BINTI RAMLI I SHAHRUL AZLIN BINTI MOHD SHAH I AMER AFHAM BIN HAMDAN ( KETUA BAHAGIAN ) I MAZLIZA BINTI MOHD ISA I MAHANI BINTI ABDUL WAHAB I NURUL HUSNA BINTI RAMLI TIADA DALAM GAMBAR : JAMAROLSHAH BIN MD SAID
19 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN FUNGSI BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INTEGRITI
20 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGISIAN PERJAWATAN TAHUN 2021
21 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN SENARAI PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2020 I) PERSEKUTUAN BIL NAMA JAWATAN TEMPAT BERTUGAS 1 Nurhayati Binti Abdul Kadir Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S38 JKMN.NS 2 Nurhafiza Binti Ahmad Tajuddin Penolong Pegawai Tadbir N32 JKMN.NS 3 Amy Mastura Binti Hazaman Pembantu Tadbir (P/O) N22 (TBK1) JKMN.NS 4 Nurul Izza Binti Mahmud Pembantu Tadbir (Kew) W22 (TBK1) JKMN.NS 5 Renuga Devi A/P Nallathamby Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 PKMD Jelebu 6 Norhidayah Binti Abu Samah Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 PKMD Jelebu 7 Elvi Bin Asmil @ Ismail Pemandu Kenderaan H11 PKMD Jempol 8 Tina Binti Abdul Raoff Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 PKMD Kuala Pilah 9 Mohd Irwan Shah Bin Saidi Sukri Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 PKMD Kuala Pilah 10 Nor Farazila Binti Ismail Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 PKMD Kuala Pilah 11 Nurul Asyikin Binti Hamdan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 PKMD Port Dickson 12 Mohammad Taufiq Bin Abdul Rahman Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 PKMD Port Dickson 13 Norazimah Bte Bahauddin Penolong Akauntan W29 (KUP) PKMD Port Dickson 14 Tajol ‘Arus Binti Ramli Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 PKMD Rembau 15 Nor Suhana Binti Shodikhin Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 PKMD Rembau 16 Izati Hanani Binti Tamjis Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 PKMD Seremban 17 Nor Hairun Nisa Binti Mohamad Ali Juruteknik Komputer FT19 PKMD Seremban 18 Raj Kumar A/L Rajasegaran Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 PKMD Seremban 19 Shahrul Nizzad Bin Yahya Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 PKMD Tampin 20 Rahiza Binti Abdul Rahim Penolong Pegawai Latihan E29 RKK Rembau 21 Nur Hidayah Binti Abu Bakar Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 RKK Rembau 22 Siti Noraishah Binti Mohamad Saad Pembantu Penyediaan Makanan N19 RKK Rembau 23 Mohd Fauzie Bin Abd Samad Pengawal Keselamatan KP11 RKK Rembau 24 Muszaidi Bin Abu Mansor Pemandu Kenderaan H11 RP Rembau
22 LAPORAN TAHUNAN 2021 BIL NAMA JAWATAN TEMPAT BERTUGAS 25 Mohamad Norazam Bin Mohamad Noah Pengawal Keselamatan KP11 RP Rembau 26 Nur Syafiqa Binti Suratmin Jururawat Masyarakat U19 RSK Seremban 27 Suriyana Binti Rosli Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 RSK Seremban 28 Muhammad Sabree Bin Ramdan Pembantu Awam H11 RSK Seremban 29 Nurul Aishah Binti Zakaria Jururawat Masyarakat U19 TSH TAN 30 Nor Azman Bin Wahid Pembantu Awam H11 TSH TAN 31 Mahawani Binti Basori Pembantu Perawatan Kesihatan U11 TSH TAN II) NEGERI BIL NAMA JAWATAN TEMPAT BERTUGAS 1 Mohd Norman Bin Zaider Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 (TBK1) PKMD Port Dickson 2 Azrul Sham Bin Khairi Pemandu Kenderaan H11 JKMN.NS PEGAWAI YANG TELAH BERSARA PADA TAHUN 2020 BIL NAMA JAWATAN TEMPAT BERTUGAS TARIKH BERSARA 1. Rosziah Binti Noordin Pembantu Perawatan Kesihatan U14 (KUP) TSH TAN 01/02/2021 2. Salwa Binti Ghazali Pembantu Perawatan Kesihatan U14 (KUP) RKK Rembau 14/06/2021 3. Abd Razak Bin Abu Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 TSH TAN 01/08/2021 4. Norfazlina Binti Zainan Pengawal Keselamatan KP11 RP Rembau 01/08/2021 PEGAWAI YANG TELAH MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 2020 BIL NAMA JAWATAN TEMPAT BERTUGAS TARIKH BERSARA 1. Noor Azimah Binti Ahmad Baharom Pegawai Pembangunan Masyarakat S44 PKMD Port Dickson 29/06/2021 2. Rosiah Binti Mois Pembantu Perawatan Kesihatan U11 TSH TAN 13/10/2021
23 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PEGAWAI YANG TELAH MENERIMA KENAIKAN PANGKAT PADA TAHUN 2020 I) PERSEKUTUAN BIL NAMA JAWATAN TEMPAT BERTUGAS TARIKH NAIK PANGKAT 1 Liza Kalsuma Binti Dris Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S32 (TBK1) JKMN.NS 04/08/2021 2 Nur Suliana Binti Mohd Ramli Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S32 (TBK1) JKMN.NS 01/07/2021 3 Nordalina Binti Mohamad Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA32 (TBK1) JKMN.NS 27/03/2021 4 Mohd Khairul Bin Razali Juruteknik Komputer FT22 (TBK1) PKMD Jelebu 29/04/2021 5 Tina Binti Abdul Raoff Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S32 (TBK1) PKMD Kuala Pilah 04/08/2021 6 Zulida Binti Zulkifli Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S32 (TBK1) PKMD Port Dickson 04/08/2021 7 Masni Binti Ismail Penolong Pegawai Psikologi S32 (TBK1) PKMD Seremban 23/06/2021 8 Emelia Binti Kamarulzaman Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S32 (TBK1) PKMD Seremban 04/08/2021 9 Asnur Hisyam Bin Asura Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S32 (TBK1) PKMD Seremban 04/08/2021 10 Nurlinda Binti Rozak Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S32 (TBK1) PKMD Seremban 03/09/2021 11 Rozaidi Bin Alias Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 (TBK1) PKMD Seremban 10/03/2021 12 Emellia Binti Baharuddin Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 (TBK1) PKMD Seremban 10/03/2021 13 Muhammad Fadzlullah Bin Nordin Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 (TBK1) PKMD Seremban 10/03/2021 14 Nurul Hidayah Binti Abu Bakar Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 (TBK1) PKMD Seremban 10/03/2021 15 Siti Maimunah Binti Rahmat Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 (TBK1) PKMD Seremban 10/03/2021 16 Mohd Assrulnizam Bin Kasim Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 (TBK1) PKMD Tampin 10/03/2021 17 Vijaya Ganthan A/L Mogan Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 (TBK1) PKMD Tampin 10/03/2021 18 Mas Ayu Binti Abd Hamid Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 (TBK1) PKMD Tampin 10/03/2021 19 Norhafiza Binti Mohd Salleh Pembantu Pembangunan Masyarakat S26 (TBK2) Rumah Seri Kenangan 01/02/2021 20 Khuswadi Bin Mohd Ibrahim Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 (TBK1) Rumah Seri Kenangan 10/03/2021
24 LAPORAN TAHUNAN 2021 BIL NAMA JAWATAN TEMPAT BERTUGAS TARIKH NAIK PANGKAT 21 Marlina Binti Mat Johan Pembantu Tadbir (P/O) N22 (TBK1) Rumah Seri Kenangan 10/02/2021 22 Fauziah Binti Mohd Yusof Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 (M) TSH TAN 20/12/2021 23 Noor Faiidah Binti Mohamed Azmy Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 (TBK1) TSH TAN 10/03/2021 24 Dalina Binti Mohammed Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 (TBK1) TSH TAN 10/03/2021 25 Suhaili Binti Abdul Razak Pembantu Pembangunan Masyarakat S22 (TBK1) TSH TAN 10/03/2021 II) NEGERI BIL NAMA JAWATAN TEMPAT BERTUGAS TARIKH NAIK PANGKAT 1 Juriah Binti Kayat Pembantu Pembangunan Masyarakat S26 JKMN.NS 05/05/2021 PENGURUSAN ADUAN TAHUN 2021 i. ADUAN ii. TALIAN KASIH Bilangan aduan meningkat pada tahun 2021 kerana pengadu boleh menggunakan saluran aduan terus ke Pejabat JKM kerana Pejabat telah beroperasi selepas PKP tamat. Penurunan kes aduan Talian Kasih pada tahun 2021 kerana pengadu boleh menyalurkan aduan di Pejabat JKM selepas tempoh PKP tamat.
25 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN 10 Mac 2021 - Program Libat Urus Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan Bersama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jelebu. 9 April 2021 - Program Libat Urus Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan Bersama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Port Dickson. SENARAI PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN
26 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGENALAN Unit Kanak-Kanak memberikan khidmat pemeliharaan, perlindungan, pemulihan dan pembangunan kanak-kanak disediakan dengan cekap dan berkesan. Unit Perintah Khidmat Masyarakat pula bertanggungjawab untuk melaksanakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat kepada Kanak-Kanak, Pesalah Muda dan Pesalah Dewasa. Perintah Khidmat Masyarakat dilaksanakan dengan berpandukan tiga elemen iaitu hukuman, pemulihan dan penginsafan. BAHAGIAN KANAK-KANAK DAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT DARI KIRI : NORHASHIMAH BINTI ISMAIL I NOR AZZAWATY BINTI ADNAN I ROHAIZAL BINTI UMAR ( KETUA BAHAGIAN ) I KHAIRUNNISA BINTI ZAINAL I NAZRUL SHAFIQ BIN ABDUL MANAP
27 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN FUNGSI BAHAGIAN KANAK-KANAK
28 LAPORAN TAHUNAN 2021 LAPORAN STATISTIK UNIT KANAK-KANAK TAHUN 2021
29 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN 20, 21 & 25 Oktober 2021- Peluasan Perkhidmatan Akhlak peringkat Negeri Sembilan telah dilaksanakan mulai 1 Disember 2021. Perkara ini mengambil kira penyediaan Laporan Akhlak versi ringkas mahupun lengkap oleh Pegawai Akhlak bagi lima daerah lain di negeri ini yang tidak terlibat di dalam Projek Rintis Perkhidmatan Akhlak sebelum ini iaitu Seremban dan Port Dickson. Bagi memastikan penyediaan Laporan Akhlak yang disediakan sebelum dikemukakan di peringkat KURSUS PELUASAN PERKHIDMATAN AKHLAK PERINGKAT JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) adalah menepati kriteria, telah diadakan kursus Peluasan Perkhidmatan Akhlak peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan bagi memberi latihan dan kefahaman kepada Pegawai Akhlak di Daerah Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu. Kursus ini juga turut melibatkan Pegawai Psikologi bagi setiap daerah. MESYUARAT MAJLIS PERWAKILAN KANAK-KANAK (MPKK) NEGERI SEMBILAN Mesyuarat Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) Negeri Sembilan telah diadakan pada 12 September 2021 secara atas talian. Mesyuarat ini melibatkan seramai 35 orang ahli MPKK dari seluruh negeri sembilan. Ahli ini akan membentuk sistem pengurusan yang cekap dan berkesan bagi membincangkan isu-isu kanak-kanak dan mengesyorkan perkhidmatan yang dituju khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga. SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 16 Oktober 2021, Bahagian Kanak-Kanak JKMN.NS telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2021 peringkat Negeri Sembilan di Rumah Kanak-Kanak Rembau melalui sidang video. Program inilah adalah bertujuan untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan daripada pihak Kerajaan dan masyarakat kepada kanak-kanak dengan meraikan hak kanak-kanak selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Bagi pelaksanaan Hari Kanak-Kanak pada tahun 2021 masih dilaksanakan dalam suasana sederhana dengan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta Fasa Pemulihan Negara yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia memandangkan negara masih berjuang dalam memutuskan rangkaian penularan wabak pandemik COVID-19. PROGRAM UNIT KANAK-KANAK TAHUN 2021
30 LAPORAN TAHUNAN 2021 FUNGSI BAHAGIAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT
31 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PELATIH PKM YANG AKTIF PELATIH PKM YANG TAMAT 70 ORANG 117 ORANG LAPORAN STATISTIK UNIT PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT TAHUN 2021
32 LAPORAN TAHUNAN 2021 Satu program kemahiran yang diberikan kepada Pelatih PKM melalui kursus kemahiran jangka pendek. Program ini telah dilaksanakan oleh Unit PKM JKMN.NS pada 7 April 2021 di GIAT MARA, Seremban. Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kemahiran kepada pelatih dan memberi pendedahan dalam peluang kerjaya. Seramai 15 orang pelatih yang telah terlibat dalam Kursus Asas Pendawaian Elektrik dengan kerjasama giat mara seremban. PROGRAM KEMAHIRAN GIAT MARA 10 April 2021 telah berlangsungnya Program perkasa keluarga PKM yang telah dirasmikan oleh Puan Rosnah Binti Sardi, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan di Dewan Bakti, Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah. Program Perkasa Keluarga merupakan program keibubapaan yang memberi fokus kepada kemahiran keibubapaan dalam membentuk remaja yang berdisiplin dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran hidup. Program ini adalah anjuran unit Perintah Khidmat Masyarakat dengan kerjasama Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pesalah muda dan pesalah kanak-kanak yang dikenakan PKM bersama-sama ibu bapa dan penjaga mereka. PROGRAM KEIBUBAPAAN PKM TAHUN 2021 PROGRAM PERKASA KELUARGA PKM 27 & 28 Julai 2021 Unit Perintah Khidmat Masyarakat JKMN, NS telah mengadakan Program Kerohanian PKM 2021 secara atas talian. Program ini dijalankan secara dua siri dengan kerjasama Bahagian Kaunseling Dan Pembangunan Insan Jabatan Zakat, MAINS. Siri pertama melibatkan pesalah kanak-kanak dan siri kedua melibatkan pesalah dewasa dan pesalah muda. Program ini memfokuskan elemen keinsafan dan kesedaran kepada pelatih agar tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang sama. Dalam program ini juga membuka peluang dan ruang untuk pelatih membina matlamat baru dalam kehidupan. MESYUARAT MAJLIS PERWAKILAN KANAK-KANAK (MPKK) NEGERI SEMBILAN PROGRAM UNIT PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT
33 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN Pada 18 & 19 Ogos 2021 telah berlangsungnya Program Kerjaya PKM 2021 dengan bertemakan “Gilap Potensi, Lakar Kejayaan” secara atas talian. Dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Dan Integriti JKMN.NS dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Program Kerjaya PKM 2021 telah berjaya dijalankan dengan melibatkan 84 orang pelatih. Program ini menfokuskan kepada bengkel kerjaya, mencungkil minat kerjaya dan pendedahan awal serta platform pencarian peluang kerjaya terutama dalam musim pandemik. 2 & 3 September 2021- Seramai 69 orang pelatih telah terlibat dalam Program Jati Diri PKM 2021 bersama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) N.Sembilan dan Pegawai Psikologi Kolej GENIUS Insan, USIM. Program ini telah dilaksnakan secara atas talian. Pelaksanaan program ini menerapkan elemen membentuk sahsiah diri, sifat sukarelawan dan suntikan motivasi dalam pembangunan diri pelatih pkmdemi mendepani cabaran dalam kehidupan pandemik. Sebagai satu inisiatif dalam memperkasakan kemahiran pegawai dan perkhidmatan Unit PKM, Unit PKM JKMN. NS telah mengadakan Kursus Asas Perkhidmatan Perintah Khidmat Masyarakat pada 8 dan 9 September 2021. Kursus ini dijalankan secara atas talian melalui aplikasi GoogleMeet. Seramai 30 orang peserta terlibat dalam menjayakan kursus ini. Pengisian program banyak menfokuskan kepada modul Perintah Khidmat Masyarakat dan Pengendalian sistem statistik dalam merekod kes PKM. 24 SEPTEMBER 2021 - Program Advokasi @PKM adalah untuk menyebarkan maklumat mengenai Perintah Khidmat Masyarakat dimana program ini melibatkan kerjasama dengan Badan Kehakiman Negeri Sembilan, Timbalan Pendakwaraya, PDRM, dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah serta institusi-institusi yang berkaitan dengan PKM. Program ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan pemahaman mereka mengenai PKM. Seramai 89 orang peserta terlibat dalam menjayakan program ini. PROGRAM KERJAYA PKM 2021 PROGRAM JATI DIRI PKM 2021 KURSUS ASAS PERKHIDMATAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT PROGRAM ADVOKASI @PKM
34 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGENALAN Bahagian Kebajikan Produktif bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program bantuan kebajikan dan usaha mempertingkatkan taraf sosioekonomi kumpulan sasar JKM ke arah hidup berdikari serta menguruskan mangsa bencana. Bahagian Komuniti pula bertanggungjawab terhadap penglibatan masyarakat dalam pembangunan komuniti melalui penyertaan aktif Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), komuniti setempat, sektor swasta, sukarelawan dan komuniti tempatan yang dilakukan melalui kerjasama strategik. BAHAGIAN KEBAJIKAN PRODUKTIF DAN KOMUNITI BARIS BELAKANG (DARI KIRI) : JURIAH BINTI KAYAT I NORSYIDI BIN ISMAIL I NOR KHALIS SYAFIG BIN LOKMAN I NUR SHAZELIN BINTI CHE LAH I AMY MASTURA BINTI HAZAMAN BARIS HADAPAN (DARI KIRI) : THANASELAN A/L PUNICHELVANA I ZULYADAIN BIN LIMAT ( KETUA BAHAGIAN ) I NORHAFIZA BINTI ABDUL SALAM
35 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN FUNGSI BAHAGIAN KEBAJIKAN PRODUKTIF
36 LAPORAN TAHUNAN 2021 BILANGAN KES BANTUAN KEBAJIKAN MENGIKUT DAERAH 26,970 ORANG PENERIMA SKIM BANTUAN DI NEGERI SEMBILAN BILANGAN KES DAN PERBELANJAAN BANTUAN KEBAJIKAN MENGIKUT SKIM BANTUAN PRESTASI PERBELANJAAN PERUNTUKAN BANTUAN KEWANGAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI LAPORAN PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN BAJET BANTUAN KEWANGAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI TAHUN 2021
37 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN LAPORAN STATISTIK DAN PENCAPAIAN UNIT KEBAJIKAN PRODUKTIF MAKLUMAT KESIAPSIAGAAN BENCANA BILANGAN PUSAT KUARANTIN & PUSAT DAN RAWATAN COVID-19 TAHUN 2021 SENARAI DAERAH STATUS BIL PUS / PUI BIL PETUGAS AKADEMI KEPIMPINAN PENGAJIAN TINGGI (AKEPT) SEREMBAN QS 100 5 INSTITUT AMINUDDIN BAKI, ENSTEK SEREMBAN QS 135 5 HOTEL KLANA RESORT SEREMBAN QS 211 3 HOTEL ROYALE CHULAN SEREMBAN QS 260 3 STADIUM TERTUTUP NILAI SEREMBAN PKRC 340 12 POLITEKNIK PORT DICKSON PORT DICKSON PKRC 423 7 ILKKM KUALA PILAH KUALA PILAH PKRC 200 7 HOSPITAL TAMPIN TAMPIN PKRC 200 5 Bilangan dan Kapasiti Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mengikut Daerah STATISTIK KES BENCANA DI DAERAH
38 LAPORAN TAHUNAN 2021 DAERAH / FASA FASA 1 (BPN) FASA 2 (BPN) FASA 3 (BPN) FASA 4 (PERMAI) FASA 5 (MAINS) FASA 6 (NADMA) JUMLAH TAMPIN 800 500 600 3,210 100 120 5,330 JEMPOL 800 800 700 3,382 0 195 5,877 JELEBU 800 500 300 1,819 300 120 3,839 KUALA PILAH 800 500 500 2,584 562 200 5,146 REMBAU 800 500 400 2,680 300 120 4,800 SEREMBAN 1,000 1,000 2,500 8,085 400 125 13,110 PORT DICKSON 800 500 1,000 4,553 0 120 6,973 JUMLAH 45,075 STATISTIK BAKUL MAKANAN MENGIKUT FASA SEBANYAK 45,075 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN KEPADA KETUA ISI RUMAH (KIR) YANG MEMERLUKAN BANTUAN DAERAH BIL KES JUMLAH PERUNTUKAN REMBAU 4 10,800 KUALA PILAH 4 10,800 JELEBU 4 10,800 PORT DICKSON 4 10,800 SEREMBAN 4 10,800 TAMPIN 4 10,800 JEMPOL 4 10,800 JUMLAH 28 75,600 BILANGAN PROGRAM “2 YEARS EXIT POLICY (2YEP)” MENGIKUT DAERAH Program ini diadakan bagi pembangunan kapasiti penerima bantuan kebajikan supaya dapat terus hidup berdikari melalui pembelajaran kemahiran kehidupan (Survival Skills) yang bersesuaian dengan keupayaan dan motivasi mereka agar tidak bergantung kepada bantuan kerajaan secara berterusan.