The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Tahunan 2021 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan memaparkan aktiviti dan program sepanjang tahun 2021.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nordalina, 2023-02-09 04:44:58

Laporan Tahunan 2021 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan

Laporan Tahunan 2021 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan memaparkan aktiviti dan program sepanjang tahun 2021.

39 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN FUNGSI BAHAGIAN KOMUNITI


40 LAPORAN TAHUNAN 2021 STATISTIK DAN PENCAPAIAN UNIT KOMUNITI BIL NAMA PERTUBUHAN JUMLAH (RM) 1 Persatuan Perkembangan Insan Istimewa Seremban (Touch Community) 46,560.00 2 Persatuan Pemulihan Orang Kurang Upaya Negeri Sembilan (Bengkel Seri Sembilan Mambau) 50,000.00 3 Persatuan Kebajikan Shemariah 38,080.00 4 Persatuan Kebajikan Vivekananda Rembau 59,276.00 5 Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan 50,000.00 6 Persatuan Kebajikan Penjagaan Anak-anak Yatim, OKU dan Orang Tua (Makkel Illam) 37440.00 7 Persatuan Pemulihan Orang Kurang Upaya Negeri Sembilan (Bengkel Seri Perkasa Johol) 40,000.00 JUMLAH KESELURUHAN 321,356.00


41 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PROGRAM KOLABORATIF JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN DENGAN AGENSI KORPORAT AGIHAN BAKUL PRIHATIN NEGARA (BPN) BERSAMA TNB Program Pengagihan Bakul Makanan PRIHATIN telah dilaksanakan pada 27 September 2021 di Kuala Klawang, Jelebu bersama TNB. Seramai 38 orang penerima sumbangan yang merupakan klien jabatan di daerah ini. Pengagihan bakul makanan telah disampaikan oleh Puan Rosnah binti Sardi, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan bersama ahli Skuad Prihatin Negara, kakitangan TNB dan PKMD Jelebu. Program ini turut diperluas ke semua daerah di Negeri Sembilan. PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN Program Pengagihan Bakul Makanan sumbangan LHDN telah dilaksanakan pada 9 September 2021 di Dewan Orang Ramai Taman Perwira, Seremban. Bakul makanan ini telah disampaikan oleh Puan Zubaidah binti Hamzah, Pengarah LHDN Negeri Sembilan/Melaka kepada 30 orang penerima yang terdiri daripada klien jabatan dan orang yang tidak berkemampuan. Sumbangan ini turut diagihkan kepada daerah lain secara keseluruhannya sebanyak 330 buah bakul makanan LHDN.


42 LAPORAN TAHUNAN 2021 SUMBANGAN BAKUL MAKANAN OLEH PETRONAS Program Pengagihan Bakul Makanan sumbangan Petronas telah diadakan semasa musim perayaan. Penerima sumbangan ini melibatkan penerima bantuan jabatan dan orang-orang yang tidak berkemampuan dan terjejas akibat pandemik. Program Sentuhan Deepavali telah diadakan pada 28 Oktober 2021 bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson. Sumbangan bakul makanan ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Ravi A/L Munusamy, Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri merangkap ADUN Sri Tanjung bersama Tuan Pegawai Daerah Port Dickson. Selain itu, program ini turut diadakan di Rumah Orang Tua Jimah, Port Dickson yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Yek Diew Ching, ADUN Chuah. Program Sentuhan Kasih Aidilfitri telah diadakan pada 7 Mei 2021 bertempat di Balai Kediaman rasmi YTM Undang Luak Johol. Sumbangan bakul makanan ini telah disampaikan oleh Kebawah Kaus YTM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato‘ Hj. Muhammed Bin Hj. Abdullah, Undang Luak Johol.


43 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN Program Sentuhan Hari Krismas telah diadakan pada 17 Disember 2021 bertempat di Pusat Shekinah Care Centre, Seremban. Sumbangan bakul makanan ini telah disampaikan oleh YB Puan Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan. Program Sentuhan Kasih Tahun Baru Cina telah diadakan pada 10 Februari 2021 bertempat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jempol Sumbangan bakul makanan ini telah disampaikan oleh YB Teo Kok Seong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru merangkap ADUN Bahau. Selain itu, program ini turut diadakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban yang telah disampaikan oleh YB Nicole Tan Lee Koon, Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan merangkap ADUN Kepayang. Program ini juga dihadiri oleh Tuan Haji Sazali bin Zakaria, Pengurus Besar Petronas (Selatan) dan Pn Rosnah binti Sardi, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan.


44 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGENALAN Bahagian Pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU) berperanan menggerakkan program kesejahteraan OKU. Selain itu, memberi perkhidmatan dan kemudahan jagaan, perlindungan, pemulihan, latihan serta peluang pekerjaan kepada OKU di samping menggalakkan penyertaan aktif komuniti setempat melalui pengintegrasian dan pembangunan OKU. Bahagian Warga Emas pula bertanggungjawab untuk merancang, melaksana dan memantau program dan aktiviti yang berkaitan dengan warga emas dalam menangani isu dan cabaran peningkatan warga emas di negari ini. BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORANG KURANG UPAYA DAN WARGA EMAS DARI KIRI : OMAR BIN SAID I MOHAMAD AFFENDY BIN MOHD SANI ( MENANGGUNG TUGAS KETUA BAHAGIAN ) I NUR SULIANA BINTI MOHD RAMLI


45 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN FUNGSI BAHAGIAN ORANG KURANG UPAYA


46 LAPORAN TAHUNAN 2021 LAPORAN STATISTIK PENDAFTARAN KUMULATIF ORANG KURANG UPAYA JANUARI SEHINGGA DISEMBER 2021 1599 PENDAFTARAN KAD OKU PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK) 7 4 7 13 3 3 4 PROGRAM PERKHIDMATAN JOB COACH


47 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN KONVENSYEN PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI NEGERI SEMBILAN Konvensyen Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti telah diadakan pada 19 hingga 21 November 2021 di Palm Mall Seremban Hotel, Seremban. Program melibatkan 210 peserta bertujuan untuk memberi pendedahan maklumat, kemahiran dan juga motivasi kepada peserta serta pengiktirafan melalui Anugerah Penarafan Bintang dan pencapaian cemerlang warga PPDK. Melalui konvensyen ini juga, satu resolusi telah dibangunkan untuk perhatian dan tindakan bersama kerajaan negeri dan persekutuan agar pembangunan PDK di Negeri Sembilan dapat dilestarikan. Program dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. PROGRAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)


48 LAPORAN TAHUNAN 2021 “FUN WALK” PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK) NEGERI SEMBILAN ‘Fun Walk’ Program Pemulihan Dalam Komuniti Negeri Sembilan telah diadakan pada 7 Disember 2021 di City Park Seremban 2. Program melibatkan seramai 200 orang peserta bertujuan memupuk gaya hidup sihat dikalangan OKU di PPDK dengan memberi pendedahan sukan dalaman seperti congkak, karom dan dart kepada OKU di PPDK dan aktiviti luaran seperti ‘treasure hunt’ yang disertai oleh pelatih dan petugas. Selain itu, Ronald McDonald’s Charity House turut menyumbangkan makan tengahari kepada semua peserta. Program dirasmikan oleh YB Puan Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Darul Khusus dan turut hadir bersama Puan Rosnah Binti Sardi, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan. KURSUS ASAS PETUGAS PPDK (29 MAC - 30 APRIL 2021) Kursus Asas Petugas Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) telah berlangsung pada 29 Mac hingga 3 April 2021 di Ancasa Hotel & Residence Port Dickson. Kursus ini dihadiri oleh petugas PPDK yang baru dilantik dalam tempoh 1 tahun. Kursus ini bertujuan untuk memberi kemahiran, latihan dan juga asas pemulihan kepada OKU untuk disampaikan kepada pelatih OKU di PPDK. Seramai 40 orang petugas PPDK baru menyertai kursus ini dan tenaga pengajar adalah terdiri daripada Jurulatih Utama PDK dan beberapa agensi seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan dan PERKESO. Kursus telah dirasmikan oleh Puan Rosnah Binti Sardi, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan.


49 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN FUNGSI BAHAGIAN WARGA EMAS


50 LAPORAN TAHUNAN 2021 LAPORAN STATISTIK WARGA EMAS DAERAH RUMAH SERI KENANGAN (RSK) DESA BINA DIRI (DBD) RUMAH EHSAN (RE) SEREMBAN 0 0 0 PORT DICKSON 0 0 0 KUALA PILAH 2 1 0 REMBAU 0 0 0 TAMPIN 0 0 0 JEMPOL 0 0 0 JELEBU 2 0 0 JUMLAH 4 1 0 STATISTIK KEMASUKAN KE INSTITUSI TAHUN 2021


51 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN SAMBUTAN HARI WARGA EMAS PERINGKAT JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2021 Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan Tahun 2021 telah diadakan pada 28 Oktober 2021 di Rumah Seri Kenangan Seremban Negeri Sembilan. Ia merupakan program anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan dan Rumah Seri Kenangan Seremban. Program dirasmikan oleh YBrs Puan Fatimah Zuraidah binti Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JKMM dan turut hadir bersama Puan Rosnah Binti Sardi, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan. Program melibatkan seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada penghuni Rumah Seri Kenangan, pegawai-pegawai JKM dan ahli-ahli Pusat Aktiviti Warga Emas di seluruh Negeri Sembilan. PROGRAM BAHAGIAN WARGA EMAS


52 LAPORAN TAHUNAN 2021 LAWATAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN KE PAWE SIKAMAT BERSEMPENA PROGRAM IMUNISASI COVID KEBANGSAAN Pada 6 Jun 2021 Pusat Jagaan Warga Emas telah menerima kunjungan daripada Menteri KPWKM YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM Puan Fatimah Zuraidah binti Salleh, Pengarah JKM Negeri Sembilan Puan Rosnah binti Sardi dan Timbalan Pengarah Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Dr Haji Mohd Faid bin Rashid semperna Program Imunisasi COVID Kebangsaan. Seramai 33 penghuni dan petugas Pusat Jagaan Rumah Sejahtera divaksin.


53 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN LAWATAN TAPAK CADANGAN PAWE JELEBU Lawatan ke tapak cadangan bangunan PAWE Jelebu telah diadakan pada 10 Mac 2021 sekitar Kuala Klawang bersempena Sesi Libat Urus Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan bersama kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jelebu. Lawatan ini juga telah dihadiri oleh YDP MDJ, Tuan Abdul Rahim bin A. Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti, Ketua Penolong Pengarah Bahagian OKU dan Warga Emas, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Jelebu, dan juga Penyelaras Warga Emas Daerah Jelebu.


54 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGENALAN Bahagian Penguatkuasaan bertanggungjawab dalam aspek pematuhan dan penguatkuasaan akta dan peraturan JKM serta pewartaan yang dilaksanakan dengan teratur demi kesejahteraan dan kebajikan masyarakat. Di JKMN Negeri Sembilan, terdapat tiga (3) unit berikut ; i) Unit Tindakan Penguatkuasaan ii) Unit Kolaborasi dan Pemulihan iii) Unit Pendaftaran dan Pemeriksaan BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DARI KIRI : LIZA KALSUMA BINTI DRIS I NURHAYATI BINTI ABDUL KADIR I NUR FA’IZAH BINTI ABEDOL RAHIM ( KETUA BAHAGIAN ) I AHMAD GHAZI BIN AHMAD BUSTAMAN


55 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN FUNGSI BAHAGIAN PENGUATKUASAAN


56 LAPORAN TAHUNAN 2021


57 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN TASKA BERDAFTAR PUSAT JAGAAN BERDAFTAR DAERAH TASKA PUSAT JAGAAN JUMLAH PATUH TIDAK PATUH JUMLAH PATUH TIDAK PATUH JUMLAH SEREMBAN 52 2 54 24 2 26 80 PORT DICKSON 1 0 1 6 0 6 7 KUALA PILAH 4 0 4 4 0 4 8 REMBAU 3 0 3 1 0 1 4 TAMPIN 16 0 16 12 0 12 28 JEMPOL 5 0 5 6 0 6 11 JELEBU 1 0 1 1 0 1 2 JUMLAH 81 2 83 54 0 56 139 PEMANTAUAN PEGAWAI DI BERI KUASA (PDBK) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT KE ATAS TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK / PUSAT JAGAAN TERHADAP PEMATUHAN SOP PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19 SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) / BERSYARAT (PKPB) / PEMULIHAN (PKPP) TAHUN 2021


58 LAPORAN TAHUNAN 2021 KURSUS PEMANTAPAN PEGAWAI DIBERI KUASA (PDBK) PENGUATKUASAAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN Kursus pemantapan PDBK JKMN.NS (KPP bahagian perundangan dan penguatkuasaan JKMM) telah diadakan pada 6 hingga 8 April 2021 bertempat di Rumah Seri Kenangan, Seremban. Objektif Kursus ini adalah meningkatkan pengetahuan dalam kalangan peserta berkaitan pendaftaran di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dan memperkukuhkan kemahiran melibatkan aspek pemeriksaan dan pemantauan. Program yang dihadiri seramai 19 orang peserta ini adalah terdiri daripada PDBK ibupejabat dan daerah. Program berlangsung selama tiga hari dengan pengisian dua slot ceramah daripada Puan Norhida binti Abdul Aziz, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perundangan dan Pemeriksaan JKMM dan Puan Maisyarah binti Ismail, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Rumah Perlindungan Rembau, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan Lawatan Pusat Jagaan yang terpilih. PROGRAM JELAJAH JOM DAFTAR TASKA DAN PUSAT JAGAAN NEGERI SEMBILAN Program Jelajah Jom Daftar TASKA dan Pusat Jagaan Negeri Sembilan telah diadakan pada 12 hingga 27 Oktober 2021 bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Rumah Sejahtera (RS) yang dikenalpasti. Program ini diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan mengenai prosedur pendaftaran yang melibatkan agensi-agensi teknikal yang berkaitan, dan menjalankan tinjauan kebolehlaksanaan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Pendaftaran Rumah Sejahtera (RS) berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [506]. Penglibatan seramai 55 orang peserta adalah terdiri daripada Pegawai Diberi Kuasa (PDBK) dan Pembantu Unit Penguatkuasaan, Penyelaras Warga Emas dan Penyelaras Orang Kurang Upaya (OKU), ahli jawatankuasa PDK dan PAWE.


59 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN RUMAH MINDA CERIA (RMC) “.. Inisiatif Keenam – Rumah Minda Ceria Pelaksanaan inisiatif ini juga adalah sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam memberi perlindungan kepada golongan gelandangan atau terpinggir untuk mendapatkan kehidupan yang lebih berkualiti. Penubuhan rumah perlindungan bagi golongan gelandangan atau dinamakan sebagai Rumah Minda Ceria (RMC) yang beroperasi pada 1 April 2021 lalu telah mula menunjukkan prestasi yang positif. Para peserta Rumah Minda Ceria dilihat telah mula menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu mereka yang lebih terurus dan kondusif. Pada tahun ini, seramai 12 orang telah menjadi penghuni RMC. Rumah RMC ini akan dapat menampung 20 orang penghuni dalam satu-satu masa. Justeru, sebanyak RM230 ribu diperuntukkan untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif ini pada tahun 2022”. TEKS UCAPAN YAB MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN SEMPENA PERSIDANGAN KEDUA (BELANJAWAN) PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG KE-14 DI DEWAN UNDANGAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS PADA 26 NOVEMBER 2021


60 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGENALAN Secara umumnya, Bahagian Kaunseling dan Psikologi adalah bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan sokongan kepada warga kerja dan kumpulan sasar jabatan dalam menghadapi isu psikologi ke arah kesejahteraan serta kesihatan mental yang baik. Bahagian ini menjalankan fungsi melibatkan ; • Perkhidmatan Bengkel Interaktif di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 • Perkhidmatan psikologi dan Kaunseling • Program Pengupayaan Kendiri Kakitangan • Program Psikopendidikan • Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Institusi BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING DARI KIRI : NAZATHUL SOFIA BINTI MOHD NORDIN I RUZIYATUN BINTI AB KADIR (KETUA BAHAGIAN)


61 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING


62 LAPORAN TAHUNAN 2021 LAPORAN STATISTIK BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JUMLAH KESELURUHAN STATISTIK PERKHIDMATAN 4392


63 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN SAHABAT PSYCHOLOGICAL SUPPORT TEAM (SPST) JKMN NEGERI SEMBILAN PSYCHOLOGICAL SUPPORT TEAM (PST) JKMN NEGERI SEMBILAN SAHABAT PAWE JKMN NEGERI SEMBILAN


64 LAPORAN TAHUNAN 2021 Program Menuju Puncak JKMN.NS 2021 telah dijalankan bertempat di Bukit Batu Putih, Port Dickson pada 1 April 2021. Program ini bertujuan untuk membantu peserta dalam pengurusan kesihatan mental, memantapkan pendekatan dan terapi yang bersesuaian dalam menguruskan emosi, fizikal, mental dan spiritual dengan baik. Program ini juga dijalankan bagi mewujudkan sikap toleransi dalam mencapai matlamat. Seramai 27 orang peserta telah terlibat dalam program ini melibatkan pergerakan mendaki Bukit Batu Putih dan Rumah Api. Program ini telah dirasmikan oleh En. Amer Afham bin Hamdan, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Integriti PROGRAM MENUJU PUNCAK Program Power of Mind telah dijalankan sekitar daerah seremban pada 7 April 2021. Program ini dilaksanakan bagi membantu kakitangan yang mengalami masalah kesihatan, pengurusan emosi ahli keluarga yang sakit ke arah yang terbuka dan positif. Program ini juga dijalankan bagi mewujudkan sikap toleransi dalam kalangan ketua bahagian bagi memastikan keadaan lebih baik dan terkawal. Seramai 16 orang peserta telah terlibat sepanjang program berjalan di rumah kakitangan yang terpilih bagi melaksanakan sesi sokongan psikologi. PROGRAM POWER OF MIND


65 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PROGRAM ‘PSYCHOLOGICAL CAREGIVERS: POWER OF MIND’ RAMADHAN PROGRAM PEMANTAPAN PERSONEL : TAKE CHARGE! Program Psychological Caregivers : Power of Mind Ramadhan JKMN. NS 2021 telah dijalankan bertempat sekitar Kuala Klawang pada 27 April 2021 . Program ini diadakan bertujuan untuk memberi sokongan psikologi kepada klien jabatan yang dipilih. Program ini juga bertujuan untuk memberi sokongan psikologi kepada ‘caregivers’ kumpulan sasar jabatan, terutama sekali warga emas. Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai reaksi ‘caregivers’ telah didengari, difahami dan disantuni oleh pegawai psikologi. Semoga dengan perlaksanaan program sebegini, mampu mengurangkan rasa tekanan dan kesedihan yang dialami oleh ‘caregivers’. Program ini telah dihadiri seramai 86 orang ini telah dirasmikan oleh En. Zulyadain Bin Limat, Ketua Penolong Pengarah JKMN.NS Program Take Charge! telah dijalankan secara atas talian(Zoom Meeting) pada 14-15 September 2021 bagi memantapkan pengurusan emosi, mental dan spiritual kumpulan Pengurusan & Profesional di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan. Selain itu, pelaksanaan program ini difokuskan bagi memantapkan semangat kerjasama dalam kalangan pegawai dan organisasi sekaligus dapat memperkukuhkan hubungan diantara kakitangan dalam sesebuah organisasi terutamanya dalam mengharungi cabaran. Program ini telah dihadiri oleh 33 orang pegawai pengurusan dan profesional (P&P) telah dirasmikan oleh Puan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan.


66 “..Berikutan kejadian banjir ini, Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan peruntukan tambahan RM12 juta bagi menangani kesan banjir, merangkumi bantuan kepada ketua isi rumah sebanyak RM5 juta, kerja baik pulih infrastruktur jalan dan jambatan rosak (RM5 juta), baik pulih rumah (RM1 juta), lain-lain bantuan keperluan asas (RM700,000) dan kerja-kerja pembersihan RM300,000. Setakat 31 Disember 2021, Kerajaan negeri sudah menyalurkan bantuan berjumlah lebih RM3.4 juta kepada 3,462 ketua isi rumah di Negeri Sembilan menjadi mangsa banjir. Semoga semua yang terkesan akibat banjir ini bersabar dan tabah menghadapi dugaan yang menimpa. Kerajaan Negeri akan berusaha membantu mereka yang terkesan banjir ini dari semasa ke semasa”. TEKS UCAPAN YAB DATO’ SERI HAJI AMINUDDIN BIN HARUN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN SEMPENA PERHIMPUNAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022 PADA 4 JANUARI 2022 (SELASA) DI DEWAN THEATRETTE WISMA NEGERI PENGURUSAN BENCANA NEGERI SEMBILAN TAHUN 2021 BANJIR DI DAERAH JELEBU


67 TARIKH LOKASI PPS BILANGAN BILANGAN KELUARGA BILANGAN MANGSA (ORANG) 18 Disember 2021 PPS Dewan D’SURY, Kuala Klawang 48 152 PPS Masjid Kariah Lubok Cina, Kota, Rembau 4 15 PPS Surau Nerambai, Kota, Rembau 2 7 PPS Balairaya Kg. Permatang Pasir, Port Dickson 8 88 PPS SK Jimah Lama, Port Dickson 31 116 PPS Balairaya Kg. Pengkalan Durian, Port Dickson 2 12 PPS Dewan Orang Ramai Dangi, Kuala Pilah 10 35 PPS SK Seliau, Seremban 5 21 19 Disember 2021 PPS SMK Teriang Hilir, Simpang Durian, Jelebu 22 70 PPS Balairaya Kg. Sungai Raya, Port Dickson 2 8 PPS Dato Hj Md Yusof, Port Dickson 13 52 PPS SK Machang, Seremban 7 21 20 Disember 2021 PPS Dewan Orang Ramai Kg. Puom, Chennah, Jelebu 11 37 PPS SK Dato Undang Abdullah, Chennah, Jelebu 14 57 PPS SK Ulu Beranang, Seremban 6 26 Jumlah Keseluruhan 185 717 CORETAN MONSUN TIMUR-LAUT (MTL) 2021 BANJIR DI DAERAH REMBAU BANJIR DI DAERAH SEREMBAN BANJIR DI DAERAH TAMPIN BANJIR DI DAERAH KUALA PILAH


68 BIL DAERAH KEBAKARAN KES RM 1 PORT DICKSON 2 5900.00 2 TAMPIN 1 2970.00 3 KUALA PILAH 1 2950.00 4 SEREMBAN 10 16830.00 5 JELEBU 1 2820.00 6 JEMPOL 0 0.00 7 REMBAU 1 2620.00 JUMLAH KES 16 JUMLAH ( RM ) 34,090.00 KEBAKARAN DI DAERAH REMBAU KEBAKARAN DI DAERAH SEREMBAN KEBAKARAN DI DAERAH PORT DICKSON


LAPORAN PKMD & INSTITUSI • PKMD Jelebu • PKMD Rembau • PKMD Jempol • PKMD Tampin • PKMD Port Dickson • PKMD Kuala Pilah • PKMD Seremban • Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah Seremban • Rumah Perlindungan Rembau • Rumah Kanak-Kanak Rembau • Rumah Seri Kenangan Seremban


70 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGENALAN Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jelebu telah beroperasi di dalam Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu sejak tahun 1970-an. Sehingga 2021, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jelebu mempunyai perjawatan seramai 24 orang perjawatan diisi daripada 25 perjawatan melibatkan lantikan persekutuan seramai 21 orang dan lantikan negeri seramai 3 Orang. PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH JELEBU BARIS BELAKANG (DARI KIRI) : ROSAINIZAN AK ROSLI I MUHAMAD MUNIR BIN MOHD NOOR I SITI ZAHIRAN BINTI KENANAS @ ARIFIN I TESSA MARIE CHIUH I TIVIYAH A/P KUNASEKARAN I MOHD ALADIN BIN ALWI BARIS TENGAH (DARI KIRI) : W. SHARUL ANUAR BIN BAHARUDIN I SHAHRUL IZHAM BIN MAZLAN I AMRI BIN MOHD AMIN I MOHD KHAIRUL BIN RAZALI I MUHAMMAD RIDZUAN BIN BAHARUM I MOHD NISA BIN MD ARIFF I SUBRAMANIAM A/L RAMIAH BARIS HADAPAN (DARI KIRI) : MOHD RAZIS BIN MD RAIS I AMRIN BIN ABU I SITI SHAHIRAH BINTI RAMLI I RENUGA DEVI A/P NALLATHAMBY I SUHANA BINTI HASAN I RAJA MUHD ULIYAMIN BIN RAJA YUNUS (PKMD) I RUGAIYA BINTI AHMAD I SITI RAHMAH HANIM BT MOHD RASHID I NORHIDAYAH BINTI ABU SAMAH I MOHD AIDUDDIN BIN MOHD FADZIL I SAIRIEN BIN JUHAINI No. 2B, Tingkat 1, Bangunan Pusat Komersil Majlis Daerah Jelebu, 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus


71 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN STATISTIK PENCAPAIAN


72 LAPORAN TAHUNAN 2021 Program Pencegahan dan kesedaran jenayah kanak-kanak telah diadakan pada 26 Mac 2021 bertempat di Balai Raya Kg. Sungai Buloh. Program ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran awal kepada kanak-kanak berkaitan bahayanya penagihan dan penyalahgunaan dadah serta pentingnya pendidikan seksual. Selain itu, ianya membantu kanak-kanak mengenalpasti cara-cara menghindarkan diri daripada terlibat dalam penagihan dadah dan jenayah melalui perkongsian input berkaitan dengan masalah sosial semasa. PROGRAM PENCEGAHAN DAN KESEDARAN KANAK-KANAK Antara pengisian program adalah ceramah berkaitan bahaya dadah kepada kanak-kanak, jenayah membawa padah, dan juga pendidikan seksual kanak-kanak. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Agensi Antidadah Negeri Sembilan, Bahagian Pencegahan Jenayah Dana Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, Unit Kecemasan, Hospital Daerah Jelebu, serta Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK). Program ini telah dihadiri seramai 35 orang kanak-kanak remaja sekitar Mukim Pertang Ilir, Jelebu dan dirasmikan oleh Puan Rohaizal Binti Umar (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kanak-Kanak).


73 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN Pemantauan Program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) dan ramah mesra bersama petugas KBDR telah dijalankan di daerah Jelebu pada 25 november 2021 oleh Unit Komuniti JKMN.NS. Pemantauan diadakan bertujuan memastikan petugas melaksanakan program KBDR mengikut garis panduan yang telah ditetapkan melalui semakan penyediaan dokumen petugas dan lawatan ke 6 buah rumah klien warga emas dan OKU. PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (KBDR) Turut serta semasa pemantauan dijalankan adalah En.Thanaselan a/l Punichelvana (Penyelaras Bahagian Komuniti Negeri Sembilan), Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Jelebu, Penyelaras dan Pembantu Penyelaras Unit Komuniti Jelebu, dan juga Penyelaras Luar KBDR.


74 LAPORAN TAHUNAN 2021 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jelebu telah menjalankan agihan bakul makanan Prihatin dan bakul makanan NADMA sepanjang tahun di sekitar daerah Jelebu. Sebanyak 3819 unit bakul makanan telah diagihkan kepada setiap keluarga yang terjejas, terkesan dan kes kuarantin akibat PKP 2.0 dan PKP 3.0. Sebanyak 6 fasa bekalan bakul makanan telah diterima oleh PKMD Jelebu. Ini termasuklah sumbangan oleh pihak Baitulmal dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sepanjang tempoh tersebut. Semua jenis permohonan bakul makanan iaitu melalui aduan, panggilan telefon dan rujukan pihak ketiga telah diluluskan. Agihan bakul makanan adalah melalui serahan di pejabat dan juga penghantaran ke rumah pemohon melalui kerjasama agensi strategik seperti APM, RELA, TNB, Sukarelawan JKM dan Skuad Prihatin Negara. PROGRAM AGIHAN BAKUL MAKANAN PRIHATIN DAN NADMA


75 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN Program Ziarah Kembara Prihatin Negara bersama YB ADUN Pertang telah dijalankan di sekitar DUN Pertang pada 27 September 2021. Program ini diadakan bertujuan untuk turun bersama pemimpin bagi melihat sendiri pelaksanaan program Khidmat Bantu Di Rumah yang dikendalikan oleh sukarelawan JKM yang telah banyak membantu klien berkeperluan menjalani kehidupan seharian di dalam komuniti tanpa perlu memasuki Institusi kebajikan. Pengisian program ini adalah melibatkan penyampaian bakul makanan kepada 18 orang klien melibatkan warga emas dan OKU di bawah program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) kawasan DUN Pertang. Program ini telah disertai oleh Pegawai-pegawai dari PKMD Jelebu, Sukarelawan JKM dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Noor Azmi bin Yusof (ADUN PERTANG). PROGRAM ZIARAH KEMBARA PRIHATIN NEGARA


76 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGENALAN Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau pada asalnya beroperasi di Pekan Rembau. Pada tahun 1985, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau telah berpindah ke Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau sehingga kini. Pada tahun 2021, sebanyak 31 perjawatan telah dipenuhi merangkumi 29 orang lantikan persekutuan dan 2 orang lantikan negeri. BARIS BELAKANG (DARI KIRI) : HAZRY BIN MUHAMAD KHAIRI I ARIFIN BIN BAHAROM I VICNESH A/L K POONUDURAI I MOHD FAIZAL BIN IDRIS I MOHD SYARIF BIN MOHD ZAKRI I HAMDAN BIN MOHAMAD I MAKHFUZ BIN AHMAT KHAIRI I AHMAD YUSUF BIN ABDULLAH I MUHAMAD FAZRI BIN SAMDIN I MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM I AHMAD AZLAN BIN ABD HAMID BARIS TENGAH (DARI KIRI) : LIM GEOK JING I RAHAYU BINTI IBRAHIM I PUNITHA A/P SELVARAJAN I MASTURA BINTI ENDUT I SITI NORHIDAYU BINTI MD SALEH I NOR SUHANA BINTI SHODIKHIN I RUHAIJAH BINTI ROHANI I ZURAIDAH BINTI YUSOF I NANCEY MALAR A/P EDASIAR BARIS HADAPAN (DARI KIRI) : SA’DIAH BINTI ATAN I SITI AISYAH BINTI IBRAHIM I NORZAWIYAH BINTI SAMAH I NURUL HUDA BINTI MD NOR I NURUL FATIHAH BINTI JASLI (PKMD) I NORSAHRISALINA BINTI NORDIN I TAJOL ‘ARUS BINTI RAMLI I HASNAH BINTI OTHMAN I UMMU UMAIRAH BINTI MD YUSOF PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH REMBAU Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau, 71300 Rembau, Negeri Sembilan


77 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN STATISTIK PENCAPAIAN


78 LAPORAN TAHUNAN 2021 PROGRAM PENYAMPAIAN BAKUL MAKANAN PERMAI Antara inisiatif kerajaan membantu rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah melalui Pakej Bakul Makanan PERMAI. Bantuan bakul makanan ini disalurkan kepada semua penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh Negara. Sebanyak 2,800 bakul makanan PERMAI telah diagihkan di Rembau. Majlis Penyampaian Bakul Makanan PERMAI telah diadakan dan disampaikan oleh beberapa pemimpin Daerah Rembau. Penyampaian bakul makanan PERMAI oleh YB Tuan Haji Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Merangkap Ahli Parlimen Rembau Tarikh : 24 April 2021 Tempat : Dewan Kuliah Masjid Annur Rembau Penyampaian Bakul makanan PERMAI oleh YB Dato’ Zaifulbahri bin Idris, ADUN Kawasan Chembong, Rembau Tarikh : 16 April 2021 Tempat : Dewan Kuliah Masjid Annur Rembau Tarikh : 15 April 2021 Tempat : Pusat Aktiviti Rukun Tetangga Kota Penyampaian Bakul makanan PERMAI oleh YB Dato’ Seri Haji Awaluddin bin Said, ADUN Kawasan Kota,Rembau


79 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PROGRAM BUBUR LAMBUK “TAUTAN KASIH” PPDK DAERAH REMBAU ANJURAN BERSAMA PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH REMBAU, PEJABAT AGAMA DAERAH REMBAU DAN PPDK DAERAH REMBAU Program memasak bubur lambuk ini adalah bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan di samping meraikan anak-anak OKU dan golongan asnaf di Rembau. Program ini telah dilaksanakan pada 28 April 2022 bertempat di PPDK Sri Kendong. Program ini merupakan program kerjasama antara PPDK Daerah Rembau dengan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rembau. Aktiviti memasak bubur lambuk ini telah dikendalikan oleh ahli jawatankuasa PPDK, penyelia, petugas, pelatih serta warga kerja JKM Rembau dan wargakerja PAID. Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Rembau telah mengadakan Sambutan Hari Warga Emas peringkat daerah pada 16 Oktober 2021 dengan tema 'Kesaksamaan Digital Merentasi Usia'. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Puan Rosnah binti Sardi dan dihadiri seramai 50 orang ahli PAWE Rembau. Sambutan ini turut menyelitkan pelbagai program seperti senaman warga emas dan taklimat kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Rembau. SAMBUTAN HARI WARGA EMAS PERINGKAT DAERAH REMBAU


80 LAPORAN TAHUNAN 2021 Kembara Prihatin Negara (KPN) di Daerah Rembau telah dijalankan pada setiap minggu dan telah menyantuni seramai 700 klien. Pada 23 September 2021, program KPN bersama Skuad Prihatin Negara dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dijalankan untuk mengagihkan sebanyak 78 buah bakul makanan kepada penduduk di beberapa kampung. Program ini turut mendapat kerjasama dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). KEMBARA PRIHATIN NEGARA BERSAMA SKUAD PRIHATIN NEGARA DAN TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)


81 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN Program Jati Diri Sempena Hari Sukan Negara telah diadakan pada 9 Oktober 2021 dengan menjalankan aktiviti pendakian Bukit Tampin. Program ini melibatkan kanak–kanak, ahli Pasukan Pelindungan Kanak–Kanak (PPKK) Daerah Rembau dan kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau berjumlah 25 orang. PROGRAM JATI DIRI SEMPENA HARI SUKAN NEGARA DAERAH REMBAU


82 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGENALAN Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jempol telah dibangunkan pada tahun 1980 dan beroperasi di Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Pada tahun 2009 pejabat ini telah berpindah ke Bangunan Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Jempol berikutan kedudukan yang strategik dan mempunyai banyak kemudahan bagi kumpulan sasar jabatan BARIS BELAKANG (DARI KIRI) : FARALIZA BINTI SUDIRMAN I ROSNIZA BINTI LAGIMIN @ SAGIMIN I NURUL SUHAILA BT JELANI I SITI AISYAH BINTI OTHMAN I SHAHRIL AZMI BIN JOHAR I MOHD AZMI BIN ABU I MOHD IZHAR BIN MOHD DARUS I AHMAD AKHMAL BIN AZYAN I MOHD FAIZAL HYSYAM BIN IBRAHIM I ISMAIL BIN MAMAT I NORFAIZA BINTI ALI OTHMAN I NOOR HASLIZA BINTI NOOR HIZAN I DIAN ADZWANI BINTI MIZAN BARIS HADAPAN (DARI KIRI) : AZZATUL FITRIAH BINTI KHAMIS I MAZNAH BINTI AZIZ I INTAN NORLAILA BINTI ABDUL RASHID (PKMD) I SITI NAJWA BINTI ABDUL HAMID I SITI HAJAR BINTI MOHIDDIN I ZAIHANISA BINTI ZAHARUDDIN I NORDIN BIN MOHD MOKHTAR TIADA DALAM GAMBAR : MOHD HANIFF BIN JAAFFAR I NOORHAYATI BINTI TERAH I ELVI BIN ASMIL @ ISMAIL I MOHD ALIF AQMAL BIN MUSTAPA PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH JEMPOL D’Halaman Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan


83 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN STATISTIK PENCAPAIAN


84 LAPORAN TAHUNAN 2021 Kembara Prihatin Negara (KPN) telah dijalankan di beberapa kawasan di Jempol sepanjang tahun 2021. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pengagihan bakul makanan dan membuka kaunter perkhidmatan. Penerima sumbangan adalah penerima bantuan jabatan serta orang yang tidak berkemampuan. Program ini turut melibatkan pemimpin kawasan antaranya YB Tuan Mohd Razi bin Mohd Ali, ADUN Sg Lui di Kampung Orang Asli Sg Lui. Selain itu, syarikat korporat seperti Petronas telah memberi sumbangan bakul makanan sempena Tahun Baru Cina untuk diagihkan kepada penerima semasa KPN diadakan. KEMBARA PRIHATIN NEGARA MAJLIS PENYERAHAN BAKUL MAKANAN DI BAWAH PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI DAN RAKYAT MALAYSIA (PERMAI) 2021 Majlis Penyerahan Bakul Makanan PERMAI telah diadakan pada 3 Mei 2021 bertempat di Dewan Taman Jeniffer. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Haji Salim bin Mohd Sharif, Ahli Parlimen Jempol kepada 218 orang. Penerima sumbangan ini merupakan penerima bantuan jabatan di beberapa kawasan yang terpilih.


85 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PERTANDINGAN “ABYLIMPICS” PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2021 Pertandingan “Abylimpics” PPDK Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan pada 9 November 2021 di PPDK Kompleks Serting, Jempol anjuran bersama PKMD Kuala Pilah dan PKMD Jempol. Objektif pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat kreatif pelatih PPDK seluruh Negeri Sembilan dalam bidang hiasan makanan, kemahiran tangan dan kemahiran teknologi IT. Terdapat 3 jenis pertandingan yang dianjurkan iaitu pertandingan menghias kek, pertandingan gubahan bunga dan pertandingan menaip artikel menggunakan Microsoft Word. Perasmian pertandingan ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Shamsulkahar bin Haji Mohd Deli, ADUN Serting.


86 LAPORAN TAHUNAN 2021 Taklimat Kepentingan PERKESO kepada Pekerja Pertubuhan telah diadakan pada 22 Disember 2021 bertempat di Hotel Era, Bahau. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk meningkatkan pemahaman mengenai PERKESO dan manfaat yang diterima sebagai ahli PERKESO. Program ini melibatkan Jawatankuasa PPDK, Penyelia dan Petugas PPDK iaitu seramai 70 orang. Perasmian program telah disempurnakan oleh YB Tuan Manickam A/L Letchuman, ADUN Jeram Padang. TAKLIMAT KEPENTINGAN PERKESO KEPADA PEKERJA PERTUBUHAN


87 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PROGRAM ZIARAH KASIH KANAK-KANAK Pendemik COVID-19 telah menjejaskan sumber ekonomi rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah selain kehilangan ahli keluarga akibat jangkitan COVID-19. Oleh itu, Program Ziarah Kasih telah dilaksanakan pada 8 Julai dan 3 Disember 2021. Program ini dianjurkan oleh Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Daerah Jempol dan melibatkan empat orang kanak-kanak di bawah seliaan Unit Kanak-Kanak. Program ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Aktiviti program termasuk sesi lawatan ke rumah dan beramah mesra bersama kanakkanak dan keluarga mereka. Sumbangan berbentuk barangan dapur asas turut disampaikan oleh ahli jawatankuasa yang terlibat.


88 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGENALAN Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin telah mula beroperasi pada tahun 1981 di bangunan lama Pejabat Pentadbiran Daerah Tampin yang terletak di Bangunan Tampin Square. Kini Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin beroperasi di Bangunan Majlis Belia Daerah Tampin. Sehingga 2021, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin mempunyai 25 orang kakitangan daripada 27 perjawatan. BARIS BELAKANG (DARI KIRI) : NUR DIANA BINTI SAPARDIN I SITI SALWA BINTI HAMID I SALMIAH BINTI ABDUL WAHAB I K LALITHA A/P KARPAYAH I NOORAZIRA BINTI ABDUL GHANI I MAZNAH BINTI TAMBY I ADRENIYANTY BINTI SAPARI I NOORAZIRA BINTI ABDUL GHANI I AFIFAH BINTI AHMAD NASIR I NAILI ULFAH BINTI HALIM BARIS TENGAH (DARI KIRI) : SITI NADIRAH BINTI AZMI I NURRUL FARHANA BINTI JAMALUDIN I MOHAMAD HUSSIN BIN OMBONG I MUHAMMAD NUR FIRDAUS BIN ZAKARIA I VIJAYA GANTHAN A/L MOGAN I MOHD SYAIFUL BIN MOHD YAIM I SITI RASHIDAH BINTI YUSOF I MAS AYU BINTI ABD HAMID BARIS HADAPAN (DARI KIRI) : MOHD ASSRULNIZAM BIN KASIM I ABDUL RAHIM BIN MAJID I AMRAN BIN ALI I SHAHRUL NIZZAD BIN YAHYA I MUHAMMAD SHAHRIZAN BIN ZAKARIA (PEMANGKU PKMD) I WILLIAM UNG HAN SENG I MOHD AZMER BIN SAFIEE I ZAIRUL HELMY BIN JOHARI I MOHAMAD AMIRUL BIN IBRAHIM PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH TAMPIN Lorong PARR, Jalan Haji Ahmad Zainuddin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus


Click to View FlipBook Version