89 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN STATISTIK PENCAPAIAN
90 LAPORAN TAHUNAN 2021 PROGRAM KEMBARA PRIHATIN NEGARA DAN PENYERAHAN BAKUL MAKANAN BERSAMA TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) Program Kembara Prihatin Negara dan Penyerahan Bakul Makanan telah dilaksanakan pada 28 September 2021 di Balairaya Felda Bukit Rokan, Gemas, Negeri Sembilan. Program yang dianjurkan oleh Unit Komuniti Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) berserta Sukarelawan bertujuan membantu meringankan beban penduduk yang terjejas dari segi ekonomi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seramai 20 buah keluarga telah menerima manafaat daripada program ini
91 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PROGRAM KERJA BERPASUKAN SEMANGAT BERSATU PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKT DAERAH TAMPIN Program Kerja Berpasukan Semangat Bersatu Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin telah diadakan pada 9 Januari 2021 di Tampin Water Park. Program sehari melibatkan seramai 23 orang kakitangan bertujuan meningkatkan semangat kerjasama dan jati diri melalui latihan dalam kumpulan dengan menggunakan aplikasi modul-modul pemantapan kerja berpasukan.
92 LAPORAN TAHUNAN 2021 Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Daerah Tampin anjuran Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Tampin telah diadakan pada 29 Disember 2021 di Dewan Polis Tampin. Program yang melibatkan seramai 80 orang ahli PAWE bertujuan memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga sempena Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Daerah Tampin. Program dirasmikan oleh Encik Mohamad Affendy Bin Mat Sani, Ketua Unit OKU menanggung tugas Ketua Bahagian OKU & Warga Emas JKMN.NS SAMBUTAN HARI WARGA EMAS PERINGKAT DAERAH TAMPIN ANJURAN PERTUBUHAN PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) TAMPIN
93 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN Program MAFI Prihatin kelolaan FAMA Negeri Sembilan telah dilaksanakan pada 13 September 2021 di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kawasan Gemencheh. Program melibatkan 30 orang peserta daripada 5 buah PPDK dalam daerah Tampin. Objektif program adalah mempromosikan Kempen Lebihkan Makanan Buah-buahan dan Sayursayuran Tempatan serta Produk Industri Makanan kepada golongan OKU bagi kelangsungan pengambilan makanan yang sihat. Perasmian program disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Bakri Bin Sawir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan dan turut hadir bersama Puan Rosnah binti Sardi, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan dan Puan Asmizal Binti Jaafar, Pengarah FAMA Negeri Sembilan. PROGRAM MAFI PRIHATIN ANJURAN LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) NEGERI SEMBILAN BERSAMA PPDK DAERAH TAMPIN
94 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGENALAN Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Port Dickson ditubuhkan pada tahun 1975 dan pada tahun 2001 mula beroperasi di bangunan tiga (3) tingkat milik RISDA di Jalan Lama Pekan Port Dickson. Premis ini berada di Bandar Port Dickson dan kedudukannya sangat strategik untuk dikunjungi oleh penduduk setempat. Pejabat Pentadbiran Daerah Port Dickson mempunyai 34 orang perjawatan dari pelbagai gred lantikan dengan 32 pengisian perjawatan. BARIS BELAKANG (DARI KIRI) : MOHD NORMAN BIN ZAIDER I RAVICHANDRAN A/L PERUMAL I FAISAL SHAFIQUE BIN ISMAYUDIN I MOHAMAD SAH BIN AB KARIM I RUSLE BIN PAIM I MUHAMMAD NAJIB BIN ISMAIL I DEFFI BIN ZAABA BARIS TENGAH (DARI KIRI) : ROZITA BINTI MOKTAR I RAFIDAH BINTI AHMAD I NORBAITI BINTI ALIAS I SUZLINDA BINTI MOHD ISA I LATIFAH BINTI MAHMUD I NORAZIMAH BTE BAHAUDDIN I FAZILAH BINTI AHMAD I ZURAINI BINTI ISMAIL I RIZALINA BINTI ISMAIL I SITI NOR ZAINAWA BINTI IBRAHIM I DIANA A/P MARIA DASS I NORHAILISA BINTI NAWI BARIS HADAPAN (DARI KIRI) : NURUL ASYIKIN BINTI HAMDAN I ZULIDA BINTI ZULKIFLI I HAZIDA BINTI HUSSIN I NOR ADILA BINTI SULAIMAN I ARPAH BINTI MOHAMAD I RAHMAT BIN SAHAT (PKMD) I AMY SURAYA BINTI MOHD HASBI I MOHAMMAD TAUFIQ BIN ABDUL RAHMAN I ELMY YUSRIN BINTI MOHD ISA I AHMAD FIRDAUS BIN MUHAMMAD PILOS I YAKOB BIN KHALID TIADA DALAM GAMBAR : MANIMARAN A/L SUBRAAYAN I NOORSHAKILA BINTI JAMALUDIN I NORZIMAWATI BINTI ISMAIL I PUVANESWARAN A/L BATUMALAI PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH PORT DICKSON Bangunan RISDA , Jalan Lama, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus
95 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN STATISTIK PENCAPAIAN
96 LAPORAN TAHUNAN 2021 PROGRAM SKILL @ PKM Program Skill @ PKM Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Port Dickson telah diadakan pada 8 April 2021 di Giat Mara Seremban, Negeri Sembilan. Program bertujuan memberi pendedahan kemahiran kepada Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat bagi pembangunan kerjaya di masa akan datang.
97 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN Program gotong royong membersihkan kawasan rumah klien dijalankan pada 28 november 2021 di DUN Chuah. Program melibatkan seramai 9 orang Sukarelawan JKM Pejabat Kebajikan Masyarakat Port Dickson yang bertujuan membersihkan kawasan dalam dan luar rumah klien. Program turut disertai oleh ketua kampung dan beberapa orang penduduk setempat. PROGRAM GOTONG ROYONG DUN CHUAH
98 LAPORAN TAHUNAN 2021 Program Sentuhan Kasih Deepavali PKMD Port Dickson telah diadakan pada 28 Oktober 2021 di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson. Sempena program ini Yayasan Petronas telah memberikan sumbangan sebanyak 40 buah bakul makanan kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Program telah disempurnakan oleh YB Dato’ M.Ravi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Merangkap ADUN Seri Tanjung, Port Dickson. Sumbangan lain adalah seperti “hygine kit”, lampin pakai buang, kerusi roda dan barang makan kering yang telah diberikan kepada Pusat Jagaan Orang Tua Jimah bagi memenuhi keperluan di situ. PROGRAM SENTUHAN KASIH DEEPAVALI
99 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN Pengagihan Bakul Prihatin Negara bersama warga kerja Tenaga Nasional Berhad kepada mereka yang terkesan dengan pendemik COVID-19 telah berlangsung pada 7 hingga 8 September 2022 di Port Dickson. PROGRAM AGIHAN BAKUL PRIHATIN NEGARA
100 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGENALAN Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah telah mula beroperasi pada tahun 1985 yang terletak di Kuarters JKR. Selepas itu, pada tahun 1997 pejabat ini telah berpindah di Wisma Pentadbiran Pejabat Daerah Kuala Pilah. Kemudian pada tahun 2020, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah telah berpindah buat kali ketiga di alamat terkini. BARIS KEDUA BERDIRI DARI KIRI : NURMANJALINA BINTI SALLEH I NORASYIKIN BINTI HAMZAH I NOOR HIDAYU BINTI MOHD JANI I NOR FARAZILA BINTI ISMAIL I AZIZAH BINTI AMAT PUTEH@PUTEH I FARIDAH BINTI IBRAHIM I NOR ILYARNI BINTI ABDUL RAZAK I AZRIQ BIN AHMAD I MOHD HARIS BIN MOHAMAD NOR I MOHAMAD SYARIFUDIN BIN ZAINAL ABIDIN I MOHD IRWAN SHAH BIN SAIDI SUKRI I MOHD ROZAIAN BIN HUSIN I MD NAZRI BIN SAAD I NORRUL HISHAM BIN IBRAHIM I MOHD NAZRIZAM BIN SULONG I MOHD NOR HAMIZE BIN ABD HAMID I MOHAMAD ZAFRUL BIN MOHAMAD TAJUDIN DUDUK DARI KIRI : MOHD IKRAM BIN ISMAIL I SITI FAIRUZ BINTI DUL WAHAB I AZURIN BINTI ABIDIN I NOORAZURA BINTI HASSAN (PKMD) I TINA BINTI ABDUL RAAOF I SITI NUR SHUHADA BINTI JALI I ZAHIMI BINTI ABDULLAH I MOHD FUDLULLAH BIN AHMAD TIADA DALAM GAMBAR : MOHD FAIZAL BIN MOHD NASIR I NUR SHAMSURIA BINTI SAHADAN I AINOL AZIAN BINTI AHMAD PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUALA PILAH Kompleks Mini KPDNHEP 4339, Taman Desa Melang 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
101 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN STATISTIK PENCAPAIAN
102 LAPORAN TAHUNAN 2021 Program Santuni Warga Emas & Ziarah Kasih telah dijalankan bersama Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Pilah & Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuala Pilah pada 7 April 2021 di sekitar Kuala Pilah. Objektif program ini adalah untuk menyantuni warga emas yang memerlukan sokongan emosi, psikologi dan moral selain dapat meningkatkan kesedaran dan keprihatinan komuniti setempat terhadap golongan warga emas. Pengisian program adalah melibatkan sesi ramah mesra YB Dato’ Eddin Syazlee bin Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah dengan warga emas, penyampaian sumbangan wang tunai dan bakul makanan. PROGRAM SANTUNI WARGA EMAS & ZIARAH KASIH DAERAH KUALA PILAH BERSAMA AHLI PARLIMEN KUALA PILAH Turut hadir adalah Encik Zulyadain bin Limat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti JKMN. NS, pemangku Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah, En Mohd Fudlullah bin Ahmad dan Pengerusi PAWE Kuala Pilah, Tuan Haji Mahamad Rasid bin Siad.
103 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN SEMINAR PENJAGAAN DAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19 DALAM KALANGAN ANAK-ANAK OKU Penjagaan kesihatan semasa Pandemik COVID-19 melanda negara sangat penting sebagai langkah berjaga-jaga dan kawalan daripada risiko jangkitan. Sehubungan itu, satu seminar telah dijalankan oleh Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Seri Menanti dengan kerjasama Unit Pembangunan OKU, PKMD Kuala Pilah pada 25 Februari 2021 bertempat di Seri Menanti Resort. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberikan maklumat dan kaedah pencegahan berkaitan COVID-19 kepada Ibu Bapa, Petugas, Penyelia dan Ahli Jawatankuasa PPDK. Program yang dihadiri oleh hampir 50 orang peserta tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Eddin Syazlee bin Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah.
104 LAPORAN TAHUNAN 2021 Perkhidmatan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah perlanggaran undangundang atau berisiko terlibat dengan jenayah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak JKM bagi memastikan kanak-kanak tidak terus terjebak ke kancah masalah sosial. Bagi memastikan hasrat tersebut tercapai, program Santuni Kanak-Kanak Juvana dan Seliaan Akhlak dan keluarga telah dijalankan di daerah Kuala Pilah pada 14 Disember 2021. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan perkhidmatan sokongan dan khidmat nasihat berkaitan bahaya dan implikasi perbuatan jenayah ke atas kanak-kanak dan remaja. Program ini adalah anjuran Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Kuala Pilah(PKKK) dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah. PROGRAM SANTUNI KANAK-KANAK JUVANA DAN SELIAAN AKHLAK DAN KELUARGA
105 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN Kehidupan ketika pandemik COVID-19 sangat mencabar dan sukar buat anggota masyarakat terutamanya kepada yang kehilangan pekerjaan, tanggungan yang ramai, bekerja sendiri, menjalani kuarantin kendiri dan miskin. Sebagai agensi yang diberi tanggungjawab menyantuni dan membantu masyarakat, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah telah ditugaskan bagi membuat agihan bakul makanan kepada anggota masyarakat yang terjejas dan memerlukan di sekitar daerah Kuala Pilah. Ini termasuklah bagi kes-kes aduan dan rujukan oleh pihak pemimpin setempat, agensi dan juga penduduk setempat. Penyaluran bakul makanan ini adalah melalui pihak jabatan dan sumbangan agensi luar yang turut serta menghulurkan bantuan dalam bentuk bekalan makanan kering kepada pihak JKM. PENYERAHAN BAKUL MAKANAN KEPADA GOLONGAN SASAR YANG TERJEJAS DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
106 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGENALAN Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban bermula sekitar awal tahun 1980-an di Bangunan SUK Lama Negeri Sembilan, Jalan Dato’ Hamzah, Seremban. Pejabat ini kemudiannya berpindah di sebuah rumah kedai di Limbok, Jalan Temiang dan kemudiannya berpindah ke bangunan rumah kedai di Jalan Zaaba, Seremban sebelum kembali beroperasi di Bangunan SUK Lama Negeri Sembilan sehingga tahun 2005. Pada tahun 2006, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban telah beroperasi di Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban. BARIS BELAKANG (DARI KIRI) : MOHD FARIZ BIN ABDUL AZIZ I SYUKUR EFFENDY BIN MOHAMMAD I MOHD MUSTAKIM BIN ISMAIL I MUHAMAD REZA KHALILI BIN CHE ABDUL KHALIL I ASNUR HISYAM BIN ASURA I RAJ KUMAR A/L RAJASEGARAN I A.LATIF BIN KADI I SHAMSURI BIN NORDIN I MOHAMMAD ZAKWAN BIN NASOHAH I ROZAIDI BIN ALIAS, BASIR BIN AMAT BARIS TENGAH (DARI KIRI) : NUR HAZIRAH BINTI ASAARI I DAYANG MASRI BINTI ABDUL RAHMAN I EMELIA BINTI KAMARULZAMAN I MARYANI BINTI AHMAD I NAJIHA BINTI MOHAMAD ALI I NURLINDA BINTI ROZAK I SITI MAIMUNAH BINTI RAHMAT I IZATI HANANI BINTI TAMJIS I RAHAYU BINTI MOHD RAZALI I NOR HAYATI BINTI MOHD NOR I MAZILA BINTI MOHD ABU I NORFAZILAH BINTI SENIN I JAWAHIR BINTI GHAZALLI I JULIANA BINTI ABD ROHAMAN I SARIPAH ROHAYU BINTI SYED HASHIM I YASOTA VANI A/P RAMALINGGAM I MASNI BINTI ISMAIL BARIS HADAPAN (DARI KIRI) : ROSNAH BINTI MAT @ ALI I NORFAIZAH BINTI ALI I AZLINA BINTI MOHD SALLEH I MUSTAFAL BAKRI BIN MOHAMMAD YUSOF (PKMD) I CHAN YI TENG I MAIMUNAH BINTI MOHAMAD NASIR I AHMAD PUAD BIN ABU TIADA DALAM GAMBAR : EMELIA BINTI KAMARULZAMAN I AZLINA BINTI MOHD GORIP I SURYATI BINTI KAMALRUDIN I NUR HAZWANI BINTI HASHRUN I MOHD FADZLULLAH BIN NORDIN I MOHD HAIRUL IEZHARI BIN MISRAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH SEREMBAN Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, Persiaran S2A2, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
107 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN STATISTIK PENCAPAIAN
108 LAPORAN TAHUNAN 2021 17 Mac 2021- Program bersama pelajar daripada Kolej Kejururawatan Universiti MAHSA di PAKK Mantin. Tujuan lawatan yang dijalankan adalah untuk memahami tentang peranan Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Mantin serta kefungsian terhadap komuniti khususnya kanak-kanak. Program ini dirancang khas untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun yang melibatkan seramai 15 orang. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan sebanyak 2 sesi. Sesi pertama bertujuan untuk memberi pemahaman kepada pelajar-pelajar kejururawatan berkaitan fungsi dan peranan pasukan pelindung, ia juga memberi ruang pertukaran idea dan pandangan berkaitan peranan komuniti terhadap isu semasa berkaitan kanak-kanak. Bagi sesi kedua, pelajar-pelajar kejururawatan ini diberi penerangan tentang peranan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak yang dikendalikan di bawah Pasukan Pelindung Kanak-Kanak. PROGRAM BERSAMA PELAJAR KOLEJ KEJURURAWATAN UNIVERSITI MAHSA
109 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PROGRAM PENYAMPAIAN BAKUL MAKANAN ANJURAN JAWATANKUASA MASJID KARIAH PANCHOR JAYA Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Kariah Panchor Jaya dan bantuan bakul makanan diserahkan kepada Pelatih OKU yang berdaftar di PDK Panchor Jaya. Jumlah peserta program adalah 49 orang yang terdiri dari 29 orang Ahli Jawatankuasa Masjid, Ahli Jawatankuasa PPDK Panchor Jaya, Penyelia dan Petugas serta ibubapa/penjaga Pelatih OKU. Manakala kehadiran Pelatih OKU adalah seramai 12 orang. SEMINAR PENJAGAAN DAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19 DALAM KALANGAN ANAK-ANAK OKU Program ini dianjurkan oleh PPDK Nur Kasih Taman Tuanku Jaafar dengan menggunakan peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan KPWKM dan dana akaun sumbangan PPDK Nur Kasih. Seminar ini bertujuan untuk memberi penerangan tentang SOP kesihatan/ implikasi virus COVID-19 dan langkah-langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak OKU. Jumlah peserta program adalah 65 orang yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa PPDK, Penyelia dan Petugas serta ibubapa/ penjaga Pelatih OKU dari PPDK Nur Kasih, Kemuning, Senawang dan Rantau.
110 LAPORAN TAHUNAN 2021 PROGRAM BELIA UNGGUL BEBAS DADAH Program anjuran bersama Unit PKM Daerah Seremban dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Seremban dengan pembiayaan penuh kos oleh YB Adun Paroi melalui Pusat Pembangunan Belia Harapan (TABAH) Negeri Sembilan. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Pengarah AADK Negeri Sembilan dan Pegawai ADK Seremban, Pengarah Jabatan Perhutanan, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban dan Penyelaras PKM Seremban. Dengan merealisasikan objektif utama selaras hasrat kerajaan dalam membentuk belia bebas dadah pada masa hadapan. Satu PROGRAM BELIA UNGGUL BEBAS DADAH telah diadakan dengan hampir keseluruhan peserta seramai 32 orang adalah terdiri daripada pelatih Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) dari Daerah Seremban dengan pelbagai latar belakang dan bangsa. Program kali ini dipenuhi dengan elemen berbentuk memupuk semangat patriotik terhadap kedaulatan negara, menanam perasaan benci kepada najis dadah dalam diri peserta serta membina jati diri dan menghormati orang tua. Selain itu, para peserta dilatih dengan memperkuatkan ketahanan mental dan fizikal dengan aktiviti riadah dan rekreasi pada sebelah petang. Manakala pada sebelah malam lebih kepada menginsafi dan muhasabah diri. Pada hari terakhir, peserta ditampilkan seorang ikon belia yang berjaya dalam bidang yang diceburi untuk dijadikan contoh dan tauladan kepada peserta seperti pemilik King’s CHAR KUEY TEOW Port Dickson.
111 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PROGRAM PASCA BENCANA DAERAH SEREMBAN Aktiviti gotong royong pembersihan rumah yang terlibat bencana banjir telah dijalankan pada 22 Disember 2021 di Kampung Ulu Beranang, Lenggeng dengan dirasmikan oleh Pegawai APM Daerah Seremban. Keterlibatan peserta seramai 80 orang adalah terdiri daripada PDRM, Rela, pejabat daerah, Bomba, Angkatan Tentera Malaysia, Sukarelawan JKM, MPKK dan penduduk setempat. Program ini dapat memupuk semangat kerjasama dan kesukarelawanan dalam kalangan peserta.
112 KERJASAMA STRATEGIK KORPORAT DAN AGENSI PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) COCA-COLA BOTTLERS(MALAYSIA) SDN. BHD DI RUMAH SERI KENANGAN (RSK) SEREMBAN Program Tanggungjawabb Sosial Korporat (CSR) Coca Cola Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd telah dilaksanakan pada 19 November 2021 di Rumah Seri Kenangan Seremban, Negeri Sembilan. Melalui program ini RSK Seremban telah menerima sumbangan RM 30,000.00 dalam bentuk peralatan elektrik dan peralatan klinik. Sumbangan ini telah memberikan menfaat kepada seramai 74 orang penghunidi RSK. Program dirasmikan oleh Encik Eric Tan, Pengarah Komersial Coca-Cola Refreshments Sdn Bhd. Turut hadir bersama Encik Zulyadain Bin Limat Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif dan Pembangunan Komuniti JKMN.NS dan Encik Mat Zamree Bin Abdul Aziz, Pengerusi Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan Seremban, Negeri Sembilan.
113 MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN GUNTING RAMBUT DI RUMAH SERI KENANGAN SEREMBAN OLEH MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN Majlis Penyerahan Peralatan Gunting Rambut Rumah Seri Kenangan Seremban Negeri Sembilan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah berlangsung pada 10 November 2021 di Bengkel Gunting Rambut Rumah Seri Kenangan Seremban. Sumbangan ini telah memberi manfaat bagi keperluan penjagaan dan pengurusan diri kepada semua penghuni. Majlis Perasmian disempurnakan oleh YBhg Dato’ Masri bin Haji Razali, Dato Bandar Seremban dan turut hadir bersama Puan Rosnah Binti Sardi, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan. PROGRAM JALINAN MESRA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN 7 Mei 2021 satu Majlis Penyerahan Peralatan dan Sumbangan di bawah Program Jalinan Mesra Majlis Bandaraya Seremban dengan kerjasama PUSPANITA Negeri Sembilan kepada PPDK Bandar Seremban, Taman Sri Pulai Sikamat telah diadakan di PPDK Bandar Seremban. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Bin Harun. Program ini adalah program Pemberian peralatan rehabilitasi kepada PDK bagi kegunaan pelatih-pelatih yang berkeperluan khas.
114 PROGRAM PEMERIKSAAN MATA DAN PEMBERIAN CERMIN MATA PERCUMA OLEH SYARIKAT SPECKTRUCK BERSAMA CIMB FOUNDATION DAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Pemeriksaan mata dan pemberian cermin mata percuma kepada kanak-kanak telah diadakan pada 31 Oktober 2021 di Dewan Orang Ramai Chengkau, Kota dan 1 November 2021 di Dewan Orang Ramai Pedas. Seramai 77 kanak-kanak dari DUN Kota dan 55 orang kanak-kanak dari DUN Chembong yang menerima cermin mata melibatkan keseluruhan jumlah adalah seramai 132 orang kanak-kanak.
115 18 Januari 2021- Program Bengkel Persediaan SPM anjuran Yayasan Peneraju dengan kerjasama rakan pelaksana Program Peneraju Tunas Azam, QSC Outreach Services Sdn Bhd bagi pelajar Tingkatan 5 (2020 & 2021). Seramai 17 orang penghuni telah terlibat dalam bengkel subjek Bahasa Inggeris dan Sejarah. Program ini dijalankan di Rumah Kanak-Kanak, Rembau, Negeri Sembilan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan teknik menjawab soalan peperiksaan SPM bagi subjek Sejarah dan Bahasa Inggeris dan mendedahkan kepada penghuni contoh-contoh kertas-kertas soalan. PROGRAM BENGKEL SPM ANJURAN YAYASAN PENERAJU
116 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGENALAN Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah Seremban telah ditubuhkan pada tahun 1947 dan masih beroperasi sehingga hari ini. Taman Sinar Harapan merupakan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi penjagaan, pelindungan dan pemulihan kepada Orang Kurang Upaya kategori Masalah Pembelajaran (OKU). Selain itu, Taman Sinar Harapan juga merupakan Tempat Selamat untuk pelindungan khususnya kepada kanak-kanak OKU Masalah Pembelajaran di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Terdapat dua (2) cara kemasukan ke Taman Sinar Harapan iaitu secara sukarela melalui kuasa Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat mengikut Kaedah-Kaedah Pusat-Pusat Pemulihan Cacat Akal 1977 dan melalui Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. BARIS BELAKANG (DARI KIRI) : AZHAR BIN PAIMAN I NUR MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD GHAZALI I MOHD JOHARI BIN IDRIS I NUR AZLI BIN MANSOR I NUR SYASYARINA BINTI CHE HASAN I MAHANI BINTI GHANI I MOHD FIRDAOS BIN DAUD I NURULAMIZA BINTI MAZLAN I HAMIDI BIN KAMARUDIN I NAVAMANI A/P MUNISAMY I KHAIRUDIN BIN MOHD ZAIN I DALINA BINTI MOHAMMED I NOOR FAIIDAH BINTI MOHAMED AZMY I SUZIMAN BIN JUSOH I WAN ZURIENA BINTI WAN ISMAIL I MOHAMAD AKASAH BIN RADZALI I HALIZA BINTI KAMAL, NORSHAM BIN ZAINAL I SUHAILI BINTI ABDUL RAZAK I SYAZWAN BIN MOHAMAD I NOR AZMAN BIN WAHID I MUHAMMAD AZRIFIKA BIN ABDUL RAZAK I MUHAMMAD HANIF BIN MAKHTAR BARIS TENGAH (DARI KIRI) : NORAZLIN BINTI HASSAN I NUR AMIRA BINTI NORZA I MUHAMMAD HANIFF BIN MUSTAFFA KAMAL I MAISARAH BINTI ABD KADIR I ROSMAN BIN SUDIN I DEEPA A/P RAMACHANDRAN I HANUNA BINTI SALLEH (PENGETUA) I SABRINA BINTI SABRI I PUAN FAUZIAH BINTI MOHD YUSUF I SITI NOR HAFIZAH BINTI KAMARUDDIN I ROSMAYANA BINTI EMBI I NURUL NAJWA BINTI RUSLI I AZIZAH BINTI YAACOB BARIS HADAPAN (DARI KIRI) : NURHIDAYAH BINTI ASWAD I NORAZREEN BINTI MOHD NOR I IZWAH BINTI MOHD TANDARIUS I ROSLINDA BINTI MOHAMAD NOR I NORHAMISAH BINTI MALEK I NUR ATIQAH BINTI ZUHADI I MANISAH BINTI ZAINUDDIN I NURUL AKMAL BINTI HASHIM I NOORMASAYULINDA BINTI RAMLI I HALAWATI BINTI MOHD YUSOFF TAMAN SINAR HARAPAN TUANKU AMPUAN NAJIHAH Jalan Temiang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.
117 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN STATISTIK PENGHUNI PECAHAN MENGIKUT JANTINA PECAHAN MENGIKUT BANGSA BILANGAN PENGHUNI 85 ORANG PENGHUNI YANG BERSEKOLAH 38 ORANG
118 LAPORAN TAHUNAN 2021
119 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PROGRAM RONDA-RONDA SEKITAR SEREMBAN Program ronda-ronda merupakan program rutin yang dijalankan melibatkan penghuni di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, Seremban. Program ini telah dijalankan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan sebagai norma baharu bagi memastikan kesihatan penghuni dijaga dengan baik. Program yang dijalankan pada 17 dan 18 Mac 2022 ini bertujuan memberi peluang kepada penghuni Taman Sinar Harapan keluar bersiar-siar dan merasai suasana kehidupan luar institusi di sekitar Bandaraya Seremban. Program yang melibatkan 30 orang penghuni dan 10 orang kakitangan ini telah dijalankan melibatkan lawatan ke Muzium Negeri Sembilan dan juga Taman Tasik Seremban. Sepanjang program dijalankan, penghuni juga telah berpeluang untuk makan di restoran semasa program dijalankan di luar institusi.
120 LAPORAN TAHUNAN 2021 Taman Sinar Harapan telah mengadakan ceramah bencana kebakaran dan latihan pengunsian bangunan melalui penglibatan pihak Bomba dan Penyelamat Daerah Seremban. Program yang dijalankan pada 25 Mac 2022 ini telah dihadiri oleh 40 orang kakitangan dan semua penghuni bagi memastikan tahap kesediaan keselamatan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Program ini diadakan bertujuan memberikan input berkenaan kaedah menyelamatkan diri dan memadam api dari terus marak melalui proses tatacara kakitangan institusi memahami punca dan tindakan yang perlu diambil jika berlaku kebakaran di institusi. Program telah dirasmikan oleh Pn. Hanuna Binti Salleh, Pengetua Taman Sinar Harapan, Seremban. CERAMAH BENCANA KEBAKARAN DAN LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN
121 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PROGRAM “BACK TO SCHOOL” Program ini dilaksanakan dengan pengisian aktiviti seperti penyampaian hadiah bagi penghuni yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum bagi sesi 2020 sebagai suntikan motivasi untuk terus konsisten dengan pencapaian dan kejayaan di masa akan datang. Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Hanuna Binti Salleh, Pengetua Taman Sinar Harapan, Seremban. Program “Back To School” telah dijalankan pada 29 Mac 2021 bagi meraikan penghuni yang akan bersekolah untuk sesi 2021 melibatkan barangan kelengkapan sekolah seperti beg sekolah dan alat tulis. Program yang diadakan di Dewan Bakti Taman Sinar Harapan Seremban ini melibatkan seramai 39 orang penghuni yang bersekolah di 5 buah sekolah sekitar Seremban.
122 LAPORAN TAHUNAN 2021 PROGRAM PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT TAMAN SINAR HARAPAN TUANKU AMPUAN NAJIHAH SEREMBAN Program peringkat institusi pada kali ini diadakan bagi memupuk semangat cinta akan tanah air dalam diri penghuni. Program yang dihadiri oleh 20 orang penghuni dan 5 orang kakitangan tersebut telah dijalankan dengan pelaksanaan aktiviti nyanyian Negaraku, lagu Negeri Sembilan dan juga berkawad mengibarkan bendera Malaysia. Program Perbarisan Hari Kemerdekaan peringkat Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, Seremban telah diadakan pada 20 Ogos 2021 dengan tema Malaysia Prihatin. Penetapan Malaysia Prihatin sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan ke 64 tahun 2021 adalah bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan wabak Covid-19 yang melanda negara.
123 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN Sambutan Hari Orang Kurang Upaya(OKU) telah berlangsung dengan jayanya melibatkan kanak-kanak di Taman Sinar Harapan pada 17 Disember 2021 dengan tema “Kepimpinan dan Penyertaan OKU Menuju Endemik COVID-19”. Tema ini dipilih bagi menerapkan kepentingan supaya golongan OKU bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ke arah fasa endemik COVID-19. Sesuai dengan konsep Keluarga Malaysia yang menekankan nilai keterangkuman, yakni menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluarga maka perlunya lebih banyak ruang dan peluang diberikan untuk memastikan OKU terlibat di dalam agenda pembangunan negara. Antara pengisian program yang diadakan adalah persembahan tarian klasik dan nyanyian. Program yang dihadiri oleh 80 orang penghuni dan kakitangan ini adalah anjuran bersama Ahli Lembaga Pelawat TSH dan telah dirasmikan oleh Puan Rosnah Binti Sardi, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan. SAMBUTAN HARI OKU PERINGKAT TAMAN SINAR HARAPAN TUANKU AMPUAN NAJIHAH SEREMBAN
124 LAPORAN TAHUNAN 2021 Rumah Perlindungan Rembau mula beroperasi pada Mac 2013 di Rembau, Negeri Sembilan. Rumah Perlindungan Rembau merupakan institusi perlindungan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 42 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang menempatkan mangsa pemerdagangan orang bagi kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun. Rumah Perlindungan Rembau beroperasi dalam bangunan rumah pengetua lama Taman Seri Puteri yang telah diubahsuai dengan kapasiti 25 kanak-kanak dan 9 bayi pada satu masa. RP Rembau telah diwartakan dengan No. Warta : P.U.(B)374/20. JKM telah menjalankan tugas perlindungan dan penjagaan di bawah Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) / Pejabat Strategik Nasional (NSO) MAPO melibatkan 5 jawatankuasa: • Perundangan - Jabatan Peguam Negara • Penguatkuasaan - PDRM • Perlindungan dan Penjagaan - KPWKM • Media dan Publisiti - Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan • Mengkaji Isu Perundangan Buruh - Kementerian Sumber Manusia PENGENALAN BARIS BELAKANG (DARI KIRI) : MOHAMAD NORAZAM BIN NOAH I ROHISHAM BIN JEMAIN I MD. HAPIS BIN RAZALI I MOHD ROSLI BIN SAUD I MOHD AZMIN BIN MOHD TOYEB I MOHD SHAFIQ BIN NAZARI I MOHD SAMSUL ISZUAN BIN ROSNI I MUHD ZAINUL ARIFIN BIN JAMIKUN I NORZALI BIN MASARI BARIS TENGAH (DARI KIRI) : SARIMAH BINTI HASSAN I SUYANTI BINTI GANI I MOHAAMAD ZUBIR BIN MUSTAFAR KAMAR I MUSZAIDI BIN ABU MANSOR I SUID BIN ABD HAMID I INDRA SYARIL BIN ZAHID I MOHD FADIL BIN RAZALI I MIMI WAHIDA BINTI MOHD RAZAWI I NOR FARAH IDAYU BINTI MOHD SOFI BARIS HADAPAN (DARI KIRI) : HASLINDA A/P HO KAM FOOK I MASITAH BINTI MUSTAKIM I NOOR AZMIRA BINTI ABD AZIZ I BAHIYAH BINTI MUHAMMAD (PENGUASA) I SATIRAH BINTI HAMID I MAISYARAH BINTI ISMAIL I HERMALENE NAZELA BINTI TALIB I GUAN SIAW MEI RUMAH PELINDUNGAN REMBAU D/A Rumah Perlindungan Rembau 71300 Rembau Negeri Sembilan
125 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN STATISTIK PENGHUNI KEMASUKAN PENGHUNI BERDASARKAN JENIS KES 7 4 6 1 2 0 15 9 PENGHUNI RP YANG DIBERIKAN KEBENARAN BERGERAK BEBAS DAN KEBENARAN BEKERJA 1 1 BILANGAN KEMASUKAN PENGHUNI 44 ORANG 28 1 13 KEMASUKAN PENGHUNI MENGIKUT JANTINA 2
126 LAPORAN TAHUNAN 2021
127 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN Program ‘Jom Bergembira’ telah diadakan pada 27 Oktober 2021 bertempat di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Program ini dilaksanakan untuk mengukuhkan hubungan di kalangan kakitangan dan penghuni serta membentuk keperibadian yang ceria, bersikap terbuka, mengurangkan jurang komunikasi antara satu sama lain dan meredakan tekanan. Program ini juga menjadi salah satu aktiviti bergerak bebas penghuni. Antara aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka, menaiki bot, sambutan hari lahir dan aktiviti kemasyarakatan iaitu mengutip sampah di persekitaran pantai. seramai 25 orang kakitangan dan 2 orang penghuni yang terlibat dalam program ini. PROGRAM ‘JOM BERGEMBIRA’
128 LAPORAN TAHUNAN 2021 Program orientasi penghuni telah diadakan pada 3 Februari 2021 yang dilaksanakan oleh Puan Nurul Huda binti Puwasa, Pegawai Psikologi dari Rumah Kanak-Kanak Rembau. Program ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan kepada penghuni baharu masuk ke Rumah Perlindungan Rembau. Tujuan orientasi diadakan adalah sebagai medium suaikenal penghuni dengan kakitangan dan peraturan institusi turut diterangkan. Dengan adanya program ini membantu penghuni menyesuaikan diri di persekitaran baru. Selain itu, aktiviti lain juga dijalankan seperti terapi muzik dan terapi lukisan. PROGRAM ORIENTASI PENGHUNI BERSAMA KAUNSELOR
129 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA, NEGERI SEMBILAN Pada 10 November 2021, YBrs. Tuan Zainor bin Zailan, Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Negeri Sembilan telah membuat lawatan ke Rumah Perlindungan Rembau bersama beberapa orang pegawainya. Lawatan ini dibuat sebagai suatu kunjungan hormat kepada Penguasa dan juga pegawai-pegawai Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia yang berkhidmat di Rumah Perlindungan Rembau.
130 LAPORAN TAHUNAN 2021 KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN DAN PENGUNGSIAN BANGUNAN Kursus Pencegahan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan telah diadakan pada 14 September 2021 secara atas talian. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai langkah-langkah sistematik sekiranya berlaku kebakaran dan kecemasan di premis. Pengisian kursus telah disampaikan oleh Encik Mohd Arif bin Ahmad Osasi, Ketua Balai BOMBA Daerah Rembau dan Encik Mohd Zuki bin Abdullah, Pegawai Pembantu Kanan BOMBA Daerah Rembau. Seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada penghuni dan kakitangan RP Rembau serta warga kerja RP Bukit Senyum, RKK Tengku Budriah, RSK Cheng, Bengkel Daya Klang dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan institusi seluruh Negeri Sembilan.
131 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN Beberapa program keagamaan telah dijalankan di Rumah Perlindungan. Tujuan diadakan program keagamaan ini adalah untuk meningkatkan keimanan penghuni serta mengeratkan lagi silaturahim antara penghuni dan kakitangan. Antara program adalah Tadarus Al-Quran dijalankan sepanjang bulan Ramadan, Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa pada 8 Mei 2022 dan Bacaan Yassin pada setiap setiap hari Jumaat. PROGRAM KEAGAMAAN
132 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGENALAN Rumah Kanak-Kanak Rembau (RKK) telah dibina pada November 1976 dan dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Dato’ Sedia Raja Undang Luak Rembau. Rumah Kanak-Kanak ini dibina di atas sebidang tanah seluas 7.5 hektar yang terletak 25km ke selatan Bandar Seremban dan 2km menghala ke Pekan Rembau. RKK mula beroperasi sebagai Tempat Selamat pada bulan Oktober 2007 di mana sebelum ini institusi ini merupakan Taman Seri Puteri Rembau. Melalui P.U.(B)169 Tempat Selamat, Taman Seri Puteri Rembau telah bertukar nama kepada Rumah Kanak-Kanak Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Januari 2009. BARIS BELAKANG (DARI KIRI) : KHAIRIL AMRI BIN MOHAMMAD KAMEL I MOHAMMAD NIZAM BIN ROSLAN I MUHAMMAD ZULHILMI BIN ZAINURI I AMIIRUL HAFIIDZ BIN MOHD AMIN I SHARATUL ASHIDAYU BINTI MOHD ARIS I SHAHZURA AB HALIM TOH I AMIR UL HAQ BIN MOHD RASHID I MOHD FAUZIE BT. ABD SAMAD I HELMI AZRA BIN ABDUL MALEK I SUHAIMI BIN ATAN BARIS TENGAH (DARI KIRI) : FAKHRUL RADZIE BIN ABU ZARIN I HAMIDAH BT. AZIZ, NOR ASMAR I ISMALIZA BT. ISMAIL I FARIHAH BINTI MAHADZIR I ADELA BINTI ABD AZIZ I RAHIZA BINTI ABDUL RAHIM I FARAWAHEEDA BT. ABU BAKAR I DYNA RIANNA WILLVISON I NAJWA SALMA BT. MURAD I SITI NURUL NASYAWWARAH BT. A’ADELI I FAUZIAH BT.MOHAMMAD BARIS HADAPAN (DARI KIRI) : NOOR AINI BT. SULAIMAN I NURHAFIZA BT. MOHAMAD ARIPIN I RUZAINIE BT. RAZALI I NORAFIZAH BT. ALI I NURMAIZATUL AKMA BT. MOHD ZAMBERI I NORZAHIRA BT. ZAINUDDIN I DALILA BT. MOHD NASIR (PENGETUA) I NURUL HUDA BT. PUWASA I SITI NORAISHAH BT. MOHAMAD SAAD I ZARINA BT. ABD RAHMAN I FARIDAH BT. ALIM I NUR AMIRA NATASHA BT. MOHD FAUZI TAN I NORAMIRA BT. HUSIN I MOHAMMAD HANAFFI B. ZULKIFLI RUMAH KANAK-KANAK REMBAU Kampung Anak Ayer Kundor, 71400 Pedas, Negeri Sembilan
133 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN STATISTIK PENGHUNI PECAHAN MENGIKUT BANGSA BILANGAN PENGHUNI MENGIKUT SEBAB KEMASUKAN BILANGAN PENGHUNI 94 ORANG 52 32 10 9 9 4 66 6 0 0 0 71 23 BILANGAN PENGHUNI MENGIKUT ALIRAN PERSEKOLAHAN
134 LAPORAN TAHUNAN 2021 RUTIN HARIAN
135 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PROGRAM “JEJAK AEDES” 21 DISEMBER 2021- Seramai 80 orang peserta termasuk penghuni Rumah Kanak-Kanak Rembau telah menyertai Program Jejak Aedes di sekitar asrama Rumah Kanak-Kanak Rembau. Program ini adalah anjuran daripada Biro Kesihatan yang melibatkan semua kanak-kanak institusi bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi mengelakkan demam denggi. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini adalah mengutip sampah di dalam longkang dan saliran air, membuat pembersihan longkang dan sekitar asrama serta meletakkan “abate” bertujuan menghapuskan jentik-jentik di tempat air bertakung. Pertandingan Nyanyian Suara Emas Solo dan Duet mengenai lagu-lagu genre Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah dilaksanakan pada 22 Disember 2021 di Dewan Besar RKK Rembau. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada generasi muda dengan lagu-lagu klasik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee selain dapat meningkatkan keyakinan diri melalui aktiviti mencungkil bakat dan potensi. Peserta yang terlibat adalah seramai 71 orang dalam kalangan kanak-kanak insitusi yang mengambil bahagian dalam mempersembahkan nyanyian lagu secara solo atau duet. Program ini dilihat dapat mempamerkan keceriaan dan keseronokan dalam kalangan peserta mahupun sebagai penonton persembahan. PERTANDINGAN NYANYIAN SUARA EMAS SOLO DAN DUET LAGU-LAGU P. RAMLEE
136 LAPORAN TAHUNAN 2021 PERTANDINGAN MEMASAK “AYAM MASAK MERAH” Program Pertandingan Memasak “Ayam Masak Merah” diadakan sempena cuti persekolahan akhir tahun pada 22 Disember 2021 telah melibatkan 71 orang kanak-kanak institusi. Ia telah diadakan dengan tujuan menambahkan pengetahuan tentang cara menghasilkan lauk ayam masak merah selain mencungkil bakat terpendam dan mewujudkan persaingan yang sihat. Pelaksanaan program ini dijalankan dengan pertunjukan demo masakan menu tersebut sebagai panduan kepada peserta untuk melakukannya. PROGRAM BUAL BICARA KERJAYA Program yang dijalankan atas talian ini adalah melibatkan 20 orang terdiri kanak-kanak perantis SLDN dan calon SPM tahun 2021. Ahli panel yang terlibat dalam bual bicara ini adalah tenaga pengajar Pembuatan Roti dari IKBN Kemasik, tenaga pengajar Rekaan Pakaian Wanita dari IKBN Peretak dan seorang pengasas kecantikan daripada East and Resources, Zahrah SPA. Di akhir program ini, para peserta mendapat pendedahan tentang kemahiran Pembuatan Roti, Rekaan Fesyen Wanita dan Aestetik (Kecantikan) untuk disesuaikan dengan minat masing-masing untuk diceburi.
137 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN Seramai 30 orang peserta telah terlibat dalam sebuah Program Bina Sahsiah Diri di Homestay Kg. Lonek, Batu Kikir, Negeri Sembilan pada 28 Disember 2021. Program anjuran Biro Keceriaan Institusi dan Asrama ini diadakan bertujuan mendedahkan kepada para penghuni institusi dengan suasana damai di kampung dan mengetahui tentang aktiviti penduduk kampung yang semakin lama dilupakan. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan adalah sukaneka berkonsepkan permainan tradisi, mengoca ikan dan mengemping padi. Selain dapat merasai aktiviti dan gaya hidup bermasyarakat secara tradisional, para peserta dapat memupuk nilai-nilai murni untuk dijadikan amalan selain mengalami keseronokan bersama rakan sebaya dan kakitangan yang turut serta dalam program ini. PROGRAM BINA SAHSIAH DIRI KANAK-KANAK
138 LAPORAN TAHUNAN 2021 PENGENALAN Rumah Seri Kenangan (RSK) Seremban ini ditubuhkan pada tahun 1958 yang terletak dalam kawasan seluas 10 ekar dan lebih kurang 1 kilometer dari Bandar Seremban. Objektif penubuhan adalah memberi jagaan dan perlindungan kepada warga emas yang daif demi menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup mereka. Selain itu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, aktiviti rekreasi, rawatan perubatan , terapi cara kerja dan fisioterapi turut disediakan ke arah penuaan yang sihat dan aktif. Terdapat 2 kaedah kemasukan ke RSK Seremban iaitu kemasukan sukarela melalui kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan dan melalui Akta Orang Papa 1977. BARIS BELAKANG (DARI KIRI) : MOHD AZMIL BIN ABU SAPAH I MOHAMMAD RUSYDI BIN MD SAID I MUHAMMAD ALFARAH BIN SAMSUDIN I AZLAN BIN ABD AZIZ I MOHD YATIM BIN ABD KAIRAN I MOHD FIRDAUZ BIN JUMAAT I KHUSWADI BIN MOHD IBRAHIM I NOOR HISHAM BIN ROSLAN I WAN SHAROL AZIZI BIN WAN OSMAN I MOHD ASSWADDY BIN MALEB I MOHAMMAD IBRAHIM BIN AZAHARI BARIS TENGAH (DARI KIRI) : MOHD NORHAFIZAN BIN MOKIT I SAIPUL RIDZUAN BIN ALIAS I RAHAMAN BIN MOHD I MOHAMED FIRDAUS BIN RADZUAN I HASIMAH BINTI MOKHTAR I HUSNA BINTI MOHAMED ZIN I MAHAWANI BINTI BASORI I NORHASIMAH BINTI BASIR I MAIMON BINTI SAADOM I SURIYANA BINTI ROSLI I ZANARIAH BINTI MOHAMAD I SABARIAH BINTI SABTU I SITI AZAWIYAH BINTI MUHAMAD NOR I NOOR JUHAIDAH BINTI AHMAD I MARDIYAH BINTI MUHAMAD I RUSLINA BINTI NOH I AZEEZ BIN HUSSAIN I MD ARIF BIN MD NOR I AZMI MURAT BIN MD NOR BARIS HADAPAN (DARI KIRI) : NOR LYEDIA BINTI ABDUL HAMID I ALISSA BINTI ABDULLAH I NURUL SHAFEENI BINTI HAMDAN I MARLINA BINTI MAT JOHAN I UMI QATHIMAH BINTI MOHD NOR I NOR HAZLINA BINTI ROSDI I ZUBAIDAH BINTI RASOL (PENGUASA) I SITI NOR BINTI MAT SAID I NORHAFIZA BINTI MOHD SALLEH I AINI BINTI ATUK I KASMINI BINTI MOHD ZIN I SITI ZUBAIDAH BINTI HARON I MOHAMAD FIRDAUS BIN ABDUL HAMID RUMAH SERI KENANGAN SEREMBAN Jalan Han Hui Foong 70200 Seremban, Negeri Sembilan.